Jumaat, 21 Mac 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Bekas banduan ditemui mati di rumah kosong

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

PASIR PUTEH 21 Mac - Seorang bekas banduan ditemui mati dipercayai terjatuh dari siling sebuah rumah tidak berpenghuni setinggi kira-kira empat meter semasa dikatakan cuba mencuri wayar di situ semalam.

Lelaki berusia 30-an tersebut ditemui oleh penduduk kampung di kediaman itu yang berkunci di Taman Perumahan Derasa, Kampung Cherang Tuli pada pukul 6 petang.

Dia yang berasal dari Jeram di sini sebelum itu, dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu menceroboh masuk ke rumah tersebut melalui tingkap yang diumpil, lalu memanjat siling dan cuba menarik wayar elektrik dari kotak suis utama sebelum terjatuh.

Katanya, rumah itu tidak didiami berikutan pemiliknya meninggal dunia beberapa tahun lalu.

"Namun terdapat kesan pendawaian elektrik yang baharu disiapkan kerana anak pemilik rumah itu dikatakan bakal berpindah masuk tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Kamal berkata, siasatan mendapati lelaki itu merupakan seorang penagih dadah dan pernah dihukum penjara di Machang selama enam bulan.

Katanya, kes tersebut diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved