Jumaat, 21 Mac 2014

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


SPM, STPM Johor membanggakan

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

Oleh MAZNAH MOHD ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 20 Mac -Peningkatan pencapaian keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi negeri ini adalah hasil usaha yang ditunjangi oleh warga pendidik serta mendapat sokongan daripada ibu bapa.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan usahawan dan Koperasi, Md. Jais Sarday berkata, peningkatan keputusan STPM yang mencatatkan peningkatan dengan nilai Gred Purata Negeri (GPN) 4.87 mata berbanding pencapaian tahun lalu 4.99 mata.

"Apa yang membanggakan, GPN ini juga mengatasi Gred Purata Nasional, 4.93 mata dan pencapaian keputusan SPM 2013 ini juga merupakan yang terbaik bagi tempoh lima tahun ini.

"Kita juga turut berbangga apabila 1,582 (3.13%) memperoleh semua A dengan 64 (0.64%) calon berjaya mendapat A+ (Cemerlang) untuk semua subjek. Ini juga merupakan satu kejayaan apabila mencatatkan peningkatan seramai 191 orang calon semua A, berbanding 1,391 calon pada tahun 2012, " katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota berkata, nilai mata GPN peperiksaan SPM yang lebih kecil menghamipiri 1.0 menandakan keputusan yang lebih baik, sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Katanya, definisi ini berbeza bagi definisi nilai mata GPN peperiksaan STPM yang tertakluk di bawah Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di mana nilai mata GPN menggunakan kaedah Purata Nilai Gred Terkumpul (PNGK) sebagaimana yang dilaksanakan di kolej atau institusi pengajian tinggi lain.

"Kepada anak-anak Johor yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, syabas dan tahniah diucapkan. Saya percaya kejayaan yang diperoleh semua calon adalah hasil usaha dan komitmen yang ditunjukkan seluruh warga pendidik serta restu ibu bapa, " katanya.

1,582 pelajar catat keputusan cemerlang SPM

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

Pengetua Sekolah Tun Fatimah, Kamisah Aziz (tengah) bersama 21 pelajarnya yang mendapat kesemua A+ dalam majlis pengumuman SPM di sekolah itu di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 20 Mac - Sebanyak 1,582 daripada 57,152 pelajar negeri ini mendapat keputusan cemerlang semua A+, A dan A- bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang diumumkan hari ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Md. Hasidin Zaini berkata, sebanyak 64 orang pelajar mendapat gred A+ (Cemerlang Tertinggi), manakala 1,518 memperoleh keputusan A dan A- dalam semua mata pelajaran, peningkatan sebanyak 2.71 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata, pencapaian keseluruhan calon SPM 2013 amat membanggakan berdasarkan indeks Gred Putara Negeri (GPN) iaitu 4.87 mata berbanding 4.99 mata pada 2012.

"Pencapaian GPN kali ini adalah yang terbaik sejak 2009 dan meningkat 0.12 mata berbanding tahun 2012.

"Sebanyak 1,582 calon berjaya mendapat semua keputusan cemerlang Gred A dalam semua mata pelajaran dan sebanyak 64 pelajar daripada jumlah tersebut memperoleh gred cemerlang tertinggi A+," katanya dalam sidang akhbar mengumumkan keputusan SPM 2013 di sini hari ini.

Menurutnya, peratusan calon yang mendapat gred kepujian tinggi B, kepujian C dan sekurang-kurangnya gred lulus E bagi semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2012.

Bagaimanapun, Md. Hasidin memberitahu, peratusan lulus pada tahun ini menurun 1,330 (4.98 peratus) daripada 44,279 (89.89 peratus) pada 2012 kepada 42,949 (84.90 peratus) tahun ini.

"Penurunan ini bagaimanapun tidak wajar untuk dibandingkan dengan tahun 2012 kerana pada 2013 adalah tahun pertama mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah diletakkan sebagai syarat wajib lulus SPM," katanya.

Dalam pada itu, Sekolah Tun Fatimah muncul sekolah paling ramai menghasilkan pelajar cemerlang di negeri ini dalam SPM kali ini.

Menurutnya, sebanyak 100 pelajar sekolah itu memperoleh keputusan Gred A bagi semua mata pelajaran diikuti Sekolah Menengah Sains Muar (76) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent, Johor Bahru (73).

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved