Khamis, 1 Disember 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Zulfadli buka mata BAM

Posted:

Zulfadli buka mata BAM

Zulfadli buka mata BAM

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Zulfadli Zulkifli


KUALA LUMPUR - Selepas menyedari terdapat kekurangan dalam sistem terdahulu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akhirnya mengambil tindakan proaktif dengan bakal menghantar pemain ke pertandingan antarabangsa seawal usia 16 tahun bermula 2012.

Jika dulu, pemain yang masih bersekolah hanya dihantar untuk bertanding pada kejohanan peringkat umur seperti Kejohanan Remaja Dunia dan Remaja Asia, namun mulai tahun depan mereka berpeluang mencabar pemain yang lebih senior serta berpengalaman pada kejohanan berstatus terbuka di Eropah dan Asia.

Pendedahan pada peringkat umur yang awal merupakan kaedah terbaik untuk memastikan pemain Malaysia berupaya bersaing di peringkat antarabangsa pada usia muda dan bukan masih terkial-kial untuk mengukuhkan kedudukan ketika umur sudah menjangkau 25 tahun.

Keputusan untuk menghantar pemain remaja yang bakal dikenalpasti dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ke kejohanan antarabangsa itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pembangunan BAM dalam mesyuaratnya semalam.

"Apa yang berlaku pada Kejohanan Remaja Dunia lalu (Oktober) menyedarkan kami bahawa pendedahan awal amat diperlukan sekiranya kita mahu pemain kita mampu berdaya saing dengan pemain antarabangsa lain pada usia muda.

"Biarpun Zulfadli Zulkifli berjaya muncul juara, namun dia bukan pemain BAM. Dia membuktikan mampu memberi persembahan yang baik kerana telah didedahkan kepada kejohanan antarabangsa sejak usia awal. Walaupun kita menguasai beregu lelaki tetapi tiada seorangpun pemain perseorangan yang berjaya memasuki suku akhir.

"Jadi mulai 2012, pemain-pemain Tingkatan 4 dari SSBJ akan menjadi kumpulan pertama yang didedahkan kepada kejohanan antarabangsa. Begitupun, kami perlu memilih kejohanan dengan berhati-hati kerana kami memerlukan kejohanan yang berkualiti tetapi dalam masa yang sama tidak mahu pemain ini terlepas terlalu banyak kelas kerana khuatir pelajaran mereka terjejas,'' kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan BAM, David Wee.

Menurut David, biarpun pelajar Tingkatan 4 tidak mempunyai peperiksaan besar untuk diduduki, namun pelajaran mereka tidak boleh diabaikan. Selepas berbincang dengan Pengetua SSBJ, Marina Chin, BAM mendapati tiga atau empat bulan pertama, 2012 adalah tempoh terbaik untuk menghantar pemain bertanding di luar negara.

Antara kejohanan yang berpotensi menjadi pilihan adalah Terbuka Sweden (19-22 Januari), Terbuka Jerman (28 Februari hingga 4 Mac), Terbuka Switzerland (13-18 Mac), Terbuka New Zealand (26-31 Mac), Cabaran Antarabangsa Vietnam (26 Mac hingga 1 April), Terbuka Australia (3-8 April) dan Terbuka Belanda (12-15 April).

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan semalam turut mencadangkan, tambahan dua jurulatih bagi menguatkan sektor perseorangan lelaki di SSBJ, dan perkara itu akan diketengahkan ke mesyuarat majlis BAM pada 17 Disember ini.

Kata David, kekuatan bahagian beregu dan perseorangan wanita tidak membimbangkan ketika ini, namun kekurangan ketara wujud dalam perseorangan lelaki, yang diketuai jurulatih dari China, Zhou Kejian.

"Kami akan membawa perkara ini ke mesyuarat majlis dan selepas melihat bajet yang diberikan, barulah kami boleh memutuskan sama ada boleh membawa masuk jurulatih baru. Saya tidak kisah sama ada ia jurulatih tempatan atau asing,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Beri peluang – KLRC

Posted:

Beri peluang – KLRC

Beri peluang – KLRC

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Presiden BAM, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Salleh berbual dengan Zulfadli Zulkifli (kanan) ketika menyambut kepulangan juara remaja Dunia itu dari Taiwan di KLIA, Sepang baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Ia akan memberi pendedahan dan pengalaman yang berguna buat juara remaja Dunia, Zulfadli Zulkifli andai disenaraikan pada kelayakan Piala Thomas di Macau 14-19 Februari ini.

Sebagai pemain masa depan, pengalaman merasai suasana kejohanan besar bakal memberi kelebihan kepada pemain berusia 18 tahun itu apabila tiba masa dia menggalas tanggungjawab sebagai pemain utama negara pada masa akan datang.

Pemilik KLRC, kelab yang menaungi Zulfadli, Datuk Seri Andrew Kam percaya, kelebihan memberi peluang awal kepada pemain muda adalah untuk mendedahkan pemain itu kepada tekanan serta persekitaran pertandingan besar.

"Adalah sesuatu yang sangat bagus untuk pemain muda seperti Zulfadli jika mendapat peluang membawa cabaran negara dalam satu kejohanan besar. Sama ada dia bermain atau hanya turun sebagai simpanan, suasana Piala Thomas itu sendiri bakal memberikan satu pengalaman hebat kepadanya.

"Jika dalam dua tahun lagi, dia sudah boleh beraksi sebagai salah satu pemain utama negara, pengalaman yang diperoleh sekarang tentu banyak membantu, terutama bagaimana mengendalikan tekanan dan tuntutan tinggi kejohanan.

"Zulfadli mempunyai reputasi yang bagus, sebagai juara remaja dunia dan Asia, dia memiliki keupayaan setaraf dengan pemain pelapis kebangsaan yang lain, jadi dia memiliki kelayakan untuk membawa cabaran Malaysia,'' katanya.

Ketika ini hanya jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sudah mengesahkan tempat dalam perseorangan lelaki. Biarpun Liew Daren dan Mohd. Arif Latif menjadi calon untuk mengisi slot perseorangan kedua dan ketiga, masih ada kekosongan yang perlu diisi.

Pemain senior KLRC, Muhammad Hafiz Hashim turut disebut-sebut untuk melengkapkan pasukan. Sekalipun prestasinya tidak menentu, namun pengalaman pemain berusia 29 tahun itu berguna jika saingan memasuki peringkat kritikal. Dalam beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah sudah pasti memikul cabaran.

Kelmarin, Zulfadli tersingkir di pusingan kedua Terbuka Macau selepas tumpas 15-21, 18-21 kepada jaguh Indonesia, Simon Santoso, namun Arif tersingkir lebih awal, di pusingan pertama selepas kalah 21-19, 16-21, 13-21 kepada pemain Taiwan, Hsueh Hsuan Yi.

Hafiz pula mudah mengalahkan Chan Kwong Beng 21-8, 21-18, sekali gus memastikan pemain muda negara itu sukar mendapat tempat dalam skuad Piala Thomas.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggunakan polisi memberikan slot simpanan kepada pemain muda, seperti yang dilakukan pada 2008, di mana Arif disenaraikan buat kali pertama, manakala pada 2010, slot diberi kepada Tan Chun Seang.

Sama ada mereka akan menggunakan pendekatan yang sama dan memberi peluang kepada Zulfadli tahun depan, ia juga bergantung kepada prestasi pemain itu pada Kejohanan Terbuka Malaysia, Januari ini. Pusingan akhir Piala Thomas 2012 diadakan di Wuhan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Anak ajak rakan rompak ibu sendiri

Posted:

Anak ajak rakan rompak ibu sendiri

Anak ajak rakan rompak ibu sendiri

Oleh HAMDAN TAWADi
pengarang@utusan.com.my

BATU PAHAT 1 Dis. - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun tergamak melakukan jenayah dengan mengajak rakannya untuk merompak rumah ibunya sendiri di Taman Tanjung Indah di sini.

Remaja yang tidak bersekolah dan dikatakan telah lari dari rumah ibunya sebelum ini, mengajak tiga rakannya untuk memecah masuk kediaman ibunya yang berstatus ibu tunggal dan bekerja di sebuah kilang.

Dua daripada rakannya itu juga remaja lelaki keciciran sekolah berusia 15 dan 17 tahun, manakala seorang lagi berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, kesemua mereka menetap di Gelang Patah, Johor Bahru.

Mereka memecah masuk rumah wanita berusia 42 tahun itu pada 1 November lalu tetapi kecekapan pihak polis berjaya mengesan kesemua suspek yang ditahan secara berasingan pada 25 November lalu di sekitar Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa membuat laporan rumahnya dipecah masuk setelah menyedari mangga pintu gril hadapan rumahnya dipotong dan kehilangan wang tunai RM5,000 serta sebuah komputer riba jenama Acer.

Ketika kejadian, mangsa tiada di rumah dan hanya menyedari kejadian itu sebaik sahaja pulang bekerja pada pukul 7.40 petang.

"Hasil siasatan polis, semua wang tunai yang dicuri dibahagikan sama rata manakala komputer riba mangsa dijual di sebuah kedai komputer di pusat beli-belah di Plentong, Johor Bahru," katanya.

Suspek yang berusia 42 tahun dikatakan mengambil semua wang hasil jualan komputer riba itu bernilai RM2,500, berdasarkan penemuan resit jualan di kedai komputer tersebut.

Din berkata, anak mangsa yang ditahan di sebuah restoran di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru mengaku menjadi perancang dan terlibat dalam jenayah pecah masuk rumah itu manakala tiga lagi rakannya mengaku tidak bersalah.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah.

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita hamil 4 bulan meragut bersama suami

Posted:

Wanita hamil 4 bulan meragut bersama suami

Wanita hamil 4 bulan meragut bersama suami

MIRI 1 Dis. - Walaupun sedang hamil empat bulan, ia tidak menghalang seorang wanita untuk terlibat dalam kes ragut bersama suami dan seorang rakan jenayah mereka di sekitar bandar raya ini dan Bintulu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka yang dipercayai terlibat dalam tiga kes jenayah ragut barang kemas penghujung bulan lalu melibatkan kerugian lebih RM25,000 ditahan polis, malam tadi.

Wanita berkenaan dan suaminya ditahan di Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir, manakala rakan mereka ditahan di kawasan kedai di Permyjaya dekat sini kira-kira pukul 8 malam.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 17 hingga 26 tahun itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan ragut di sekitar bandar raya ini, selain sering berulang-alik ke Bintulu untuk melakukan jenayah yang sama.

Menurut sumber polis, dalam kejadian pada 22 November lalu, seorang wanita yang berjalan seorang diri di Taman Tunku di sini, kerugian kira-kira RM3,000 selepas rantai emasnya diragut ketiga-tiga suspek.

Pada Isnin lalu, mereka sekali lagi melakukan jenayah ragut membabitkan seutas rantai dan anting-anting emas milik seorang wanita bernilai kira-kira RM2,000 di hadapan sebuah sekolah rendah di Pujut Corner dekat sini.

Katanya, suspek kemudian dipercayai bergerak ke Bintulu keesokannya dan meragut barang kemas yang dipakai seorang wanita bernilai RM20,000 sebelum balik semula ke bandar raya ini.

"Bagaimanapun polis berjaya mengesan suspek berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan yang diberikan oleh ketiga-tiga mangsa ketika membuat laporan polis.

"Polis turut merampas dua buah kereta jenis Proton Iswara dan Nissan Frontier, dipercayai milik suspek yang digunakan dalam kegiatan jenayah mereka," katanya.

Sumber polis memberitahu, polis turut menahan tiga pemilik kedai emas di sebuah pasar raya di Permyjaya kerana bersubahat membeli barang kemas yang diragut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Wanita bunuh anak didapati tidak waras

Posted:

Wanita bunuh anak didapati tidak waras

Wanita bunuh anak didapati tidak waras

KOTA BHARU 1 Dis. - Seorang wanita yang menyebabkan kematian bayinya berusia enam bulan dipercayai dihempas ke lantai dalam kejadian Disember tahun lalu, terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati dia tidak waras.

Hakim Azman Abdullah dalam keputusannya berkata, tertuduh Marsuzana Che Muda, 32, tidak disabitkan hukuman kerana semasa kejadian dia mengalami gangguan mental.

''Berdasarkan peruntukan Seksyen 347 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah, kematian mangsa disebabkan oleh tertuduh namun mahkamah melepaskan dia daripada hukuman atas alasan mempunyai penyakit mental semasa kejadian walaupun tertuduh melakukan kesalahan tersebut,'' kata hakim itu.

Sehubungan itu, beliau memerintahkan tertuduh ditahan sementara di Hospital Bahagia, Hulu Kinta, Perak sehingga mendapat limpah perkenan daripada Sultan Kelantan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azimah Yaacob sementara tertuduh diwakili Mohd. Zawahid Ya dan Nor Erini Mustafa Kamal.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa membunuh Alia Miazara Mohd. Azim di rumahnya di Kampung Gaal Tengah, Pasir Puteh di sini antara pukul 4.30 pagi dan 5.30 pagi, 12 Disember tahun lalu.

Namun mahkamah mengarahkan supaya dia menjalani ujian kesihatan mental kerana dipercayai tidak waras.

Bagaimanapun selepas menjalani rawatan lebih sebulan di hospital tersebut, semalam tertuduh disahkan layak untuk dibicarakan dan mahkamah telah mendengar keterangan empat orang saksi.

Mereka terdiri daripada kaum keluarganya selain seorang pakar psikiatri.

Sepanjang perbicaraan, Marsuzana hanya menundukkan mukanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kematian bayi perempuannya dipercayai dilepaskan ke lantai.

Kejadian itu disedari bapa wanita berkenaan, Che Muda Salleh, 60, yang tiba-tiba mendengar jeritan anaknya itu semasa di rumahnya, kira-kira pukul 5 pagi.

Bayi malang itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pesta Tanglung 1Malaysia

Posted:

Pesta Tanglung 1Malaysia

Pesta Tanglung 1Malaysia

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


Peserta pertunjukan fesyen pakaian pelbagai kaum bersama pemimpin BN dan NGO mengibarkan Jalur Gemilang sempena Pesta Tanglung 1Malaysia di Bandar Baru Inderapura, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 1 Dis. – Menurut kepercayaan, Pesta Tanglung dan perayaan kuih bulan disambut pada hari ke-15 bulan kelapan dalam kalendar Cina.

Ia menandakan berakhirnya musim menuai pada zaman dahulu kala. Masyarakat Cina akan menyambutnya dengan berkumpul bersama ahli keluarga.

Bagi kaum wanita, pada malam itu mereka akan sibuk membuat kuih bulan manakala kaum lelaki pula bersama-sama menghasilkan tanglung.

Amalan memberi kuih bulan kepada rakan-rakan dan saudara-mara adalah bertujuan untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan kerana kuih bulan dianggap sebagai lambang penghormatan di dalam masyarakat Cina.

Kini perspektif amalan menerusi kepercayaan berkenaan sudah diasimilasikan menerusi pesta yang lebih sesuai memenuhi aspirasi semangat perpaduan dan menjana keharmonian kaum di negara ini.

MCA Bahagian Jerantut dengan kerjasama Pasar Raya TF Value-Mart menganjurkan Pesta Tanglung 1Malaysia di Bandar Baru Inderapura, di sini baru-baru ini.

Apa yang menarik pihak penganjur bukan memfokuskan kepada pelbagai bentuk dan keunikan variasi warna-warni tanglung tradisi kaum Cina, tetapi lebih menonjolkan aspek tarian 1Malaysia, persembahan pertunjukan fesyen semua kaum dan nyanyian.

Hadir sama, Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar; Ahli Dewan Undangan Negeri Damak, Datuk Lau Lee dan Pengerusi MIC Jerantut, M. Velaitham.

Pengurus Operasi TF Value-Mart, Yeoh Kay Seng berkata, pesta itu dapat memupuk perpaduan sebenar iaitu semua kaum dapat menyesuaikan diri serta menerima secara terbuka malah lebih baik lagi mengamalkan kebudayaan semua kaum.

''Barulah hasrat 1Malaysia akan tercapai apabila kita melihat semua lapisan penduduk bandar ini tanpa mengira warna kulit dan agama menghayati pesta itu dalam suasana gembira di samping masih menjaga adab ketimuran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Katanya, pesta itu secara tidak langsung dapat memperkenal secara tepat akan identiti dan jati diri sebenar seterusnya menarik lebih ramai pelancong Barat ke daerah ini.

Bagi ADUN Damak Datuk Lau Lee, perancangan untuk menjayakan program tersebut diatur oleh pasar raya itu dan MCA di sini agar ia memenuhi objektif, iaitu merealisasikan perpaduan kaum.

"Saya gembira dengan sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Saya harap semangat perpaduan sebegini akan diteruskan demi sebuah negara yang makmur.

"Negara ini sudah 54 tahun merdeka, perasaan perkauman harus dikikis dan tidak perlu dibangkitkan kerana ia akan menjadikan masyarakat berpecah-belah serta perpaduan negara kita terancam," katanya.

Katanya, semua kalangan masyarakat sinonim dengan Pesta Tanglung dan penganjur mempelbagaikan slot persembahan agar lebih meriah serta memberi pengetahuan kepada pelancong Barat.

Full content generated by Get Full RSS.

Polis Maran sedia hadapi banjir

Posted:

Polis Maran sedia hadapi banjir

Polis Maran sedia hadapi banjir

Oleh SALEHUDDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

MARAN 1 Dis. – Polis Maran kini bersiapsiaga menghadapi banjir yang dijangka berlaku di daerah ini berikutan hujan lebat tidak menentu sejak dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabuddin berkata, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemindahan Mangsa Banjir daerah, pihaknya sentiasa memantau paras air Sungai Pahang di dua stesen penyukat di Chenor dan Kampung Lubuk Paku, dekat sini.

Menurutnya, setakat ini air Sungai Pahang belum mencapai tahap bahaya, bagaimanapun pemantauan tetap dilakukan setiap masa bagi mengesan perubahan paras air.

''Polis Maran sentiasa bersiapsiaga dengan kelengkapan seperti bot dan anggota untuk membantu mangsa banjir,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, hari ini.

Ahmad Johari memberitahu, pihaknya akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah Maran, wakil rakyat, penghulu, Jabatan Kesihatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi melicinkan proses bantuan kepada mangsa banjir.

Tambahnya, Polis juga berperanan sebagai Pusat Kawalan Operasi Bencana yang ditempatkan di Bilik Gerakan kerana memiliki alat komunikasi canggih untuk berhubung di semua kawasan dan situasi.

''Senario banjir di daerah ini pada 2007 menyaksikan seramai 2,211 keluarga daripada 88 kampung telah dipindahkan ke 65 pusat pemindahan dalam tempoh selama 22 hari,'' katanya.

Beliau turut mengingatkan penduduk yang tinggal di tepi Sungai Pahang supaya berwaspada dan segera berpindah jika diarahkan oleh pihak berkuasa.

Full content generated by Get Full RSS.

Pupuk perpaduan rakyat pelbagai kaum

Posted:

Pupuk perpaduan rakyat pelbagai kaum

Pupuk perpaduan rakyat pelbagai kaum


TENGKU Azlan Sultan Abu Bakar (tengah) menyampaikan sijil penghargaan dan hamper kepada seorang peserta Pesta Tanglung 1Malaysia.


JERANTUT 1 Dis. - Pesta Tanglung berkonsepkan 1Malaysia berupaya menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata, menerusi pesta berkenaan semua aspek kebudayaan dan kesenian dapat diasimilasikan ke arah mewujudkan perpaduan serta keharmonian semua kaum.

''Negara yang maju dalam bidang ekonomi, pendidikan dan teknologi tidak akan lengkap dan tersohor, jika sekiranya kebudayaan kaum masing-masing tidak dipulihara serta disuburkan menerusi acara tertentu.

''Oleh itu, pesta itu walaupun nampak santai, tetapi ia menzahirkan nilai perpaduan sebenar semua kaum dengan penuh semangat mempersembah kebudayaan tradisional masing-masing," katanya.

Jelas beliau, peranan parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditagih agar menganjurkan program tertentu yang boleh mendidik semua lapisan kaum memahami nilai kebudayaan termasuk pelancong Barat yang singgah di bandar ini.

Dalam pada itu, seorang penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA), Ain Huda Amir Hamzah, 20, berkata, pesta itu membuktikan kepada pelancong asing khususnya dari negara Barat dapat menikmati keaslian budaya milik pelbagai kaum di negara ini.

''Saya memilih menyertai pesta ini untuk memperagakan baju kebaya kerana berminat dalam bidang peragawati di samping dapat menonjolkan pakaian tradisional Melayu Pahang dalam satu pesta yang besar," katanya.

Seorang pelancong Jerman, Martin Schneider, 45, berkata, dia terhibur dengan persembahan pesta itu kerana dapat menghayati keunikan cara hidup pelbagai kaum di sini.

''Selama ini saya hanya memperoleh maklumat menerusi risalah, buku dan mengakses daripada laman web dan pesta itu melihat lebih jelas konsep perpaduan yang diamalkan oleh penduduk di sini," katanya.

Dia juga menyokong bahawa kebudayaan semua kaum sewajarnya dipulihara dan dipelajari oleh generasi hari ini sekali gus mengangkat imej sesebuah negara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Askar Indonesia lepas tembakan

Posted:

Askar Indonesia lepas tembakan

Askar Indonesia lepas tembakan


Polis dan askar Indonesia dibantu kereta perisai menyuraikan penunjuk perasaan Papua yang menaikkan bendera wilayah itu, Morning Star yang diharamkan kerajaan Indonesia sempena ulang tahun ke-50 wilayah itu menuntut kemerdekaan dari Indonesia di Timika, semalam. - AFP


TIMIKA 1 Dis. - Pasukan keselamatan Indonesia melepaskan beberapa das tembakan ke arah penduduk yang mengadakan upacara menaikkan bendera wilayah Papua itu menjelang ulang tahun ke-50 wilayah itu menuntut kemerdekaan dari Indonesia.

Menurut seorang wartawan AFP, kira-kira 500 penunjuk perasaan menyaksikan tarian tradisional dan mula bersorak serta berjalan dalam satu bulatan besar ketika bendera Morning Star wilayah itu dinaikkan pada tiang buluh di satu tenmpat di wilayah itu.

Seramai 120 polis dan tentera Indonesia bersama-sama sebuah trak tentera, menyerbu penunjuk perasaan serta melepaskan beberapa das tembakan ke udara dan ke arah orang ramai selepas bendera itu dinaikkan.

Polis turut menendang, menumbuk beberapa penunjuk perasaan dan menahan tiga orang penunjuk perasaan.

Pemimpin aktivis remaja Papua, Markus Haluk berkata, sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan ditembak.

Tambahnya, seorang lagi dibawa oleh polis dalam keretanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis wilayah Timika, Mada Indra Laksanta menafikan dakwaan itu dan memaklumkan polis hanya melepaskan tembakan ke udara sebagai amaran untuk meleraikan protes itu.

"Tiada penunjuk perasaan ditembak dan mereka dilaporkan membawa senjata tajam dan batu-batu.

"Tiga polis cedera di muka dan kepala kerana dipukul dengan batu oleh penunjuk perasaan," kata Laksanta. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Bendahari Parti Demokratik dakwa ada penglibatan orang tertentu

Posted:

Bendahari Parti Demokratik dakwa ada penglibatan orang tertentu

Bendahari Parti Demokratik dakwa ada penglibatan orang tertentu

JAKARTA 1 Dis. - Bekas Bendahari Parti Demokratik, Muhammad Nazaruddin mendakwa tuduhan rasuah yang dihadapinya merupakan tindakan untuk menutup penglibatan orang tertentu dalam kes penyelewengan berkenaan.

Beliau menuduh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) mendakwanya atas tuduhan itu bagi melindungi beberapa orang penting dalam parti tersebut.

''Ada cubaan untuk menyembunyikan sesuatu dalam kes ini,'' kata Nazaruddin kepada panel hakim ketika perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Rasuah Jakarta, semalam.

Bekas Bendahari Parti Demokratik itu berkata, beliau memaklumkan KPK ketika disoal siasat buat kali ketiga bahawa dia telah dipanggil ke kediaman Presiden di Cikeas, Bogor pada 23 Mei.

''Kemudian, saya memberitahu penyiasat, saya pergi ke Singapura tetapi mereka menyuruh saya tidak bermula dari itu (kronologi dari hari saya pergi) tetapi bermula dari hari pertama saya di Singapura,'' ujarnya.

Nazaruddin kini dibicarakan kerana didakwa melakukan rasuah berhubung pembinaan kampung sukan untuk Sukan SEA.

Beliau didakwa menerima rasuah berjumlah 4.34 bilion rupiah (RM1.5 juta) daripada ahli perniagaan Muhammad El Idris dari PT Duta Graha Indah yang merupakan kontraktor binaan projek itu.

Peguam bela Nazaruddin, Hotman Paris Hutapea membantah indikmen yang dikenakan terhadap anak guamnya kerana Nazaruddin tidak pernah disoal siasat mengenai projek Sukan SEA itu oleh KPK.

''Kami tidak menerima dosier dan bagaimana seseorang boleh dibicara tetapi tidak pernah disoal siasat,'' ujarnya. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Tidak tumpang populariti Maher Zain

Posted:

Tidak tumpang populariti Maher Zain

Tidak tumpang populariti Maher Zain

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar HAFIZ JOHARI


Irfan Makki pada majlis pelancaran album keduanya, I Believe di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


FENOMENA dan pengaruh lagu-lagu nasyid di Malaysia sudah lama ditelan zaman walaupun sekitar tahun 1997, irama nasyid pernah menguasai industri hiburan tanah air.

Pintu kegemilangan irama nasyid diketuk oleh kumpulan Raihan yang pada ketika itu, pernah mencatat jualan album melebihi 600,000 unit.

Rentetan itu, barulah muncul kumpulan-kumpulan nasyid tanah air yang lain seperti Hijjaz, Rabbani, Brothers dan Inteam.

Ironinya, peredaran masa turut menenggelamkan irama nasyid kontemporari sehinggalah kebelakangan ini, irama itu cuba dibangkitkan semula tetapi bukan oleh penyanyi tempatan.

Sebaliknya anak muda dari Lebanon bernama Maher Zain dilihat menyemarakkan semula lagu-lagu nasyid di kalangan penggemar muzik hari ini.

Selain Maher yang pernah mengadakan konsert di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada Februari lalu, seorang lagi penyanyi nasyid solo yang pernah berkongsi pentas di Stadium Malawati, cuba meneruskan gelombang nasyid di kalangan pendengar muzik tempatan.

Penyanyi yang dimaksudkan itu ialah Irfan Makki yang juga bernaung di bawah label yang sama dengan Maher iaitu Awakening Records.

Irfan kembali mengunjungi Kuala Lumpur untuk mempromosikan album terbarunya berjudul I Believe. Album itu merupakan album keduanya setelah melahirkan Salam pada tahun 2003.

Dilahirkan di Pakistan tetapi kini menetap di Kanada, Irfan berkata, dia memilih untuk bergiat dalam genre nasyid kerana irama itu bukan hanya melodinya indah tetapi lebih daripada itu.

"Nasyid bukan sekadar muzik semata-mata, tetapi ia adalah kata-kata pujian kepada Yang Maha Esa serta Nabi junjungan kita.

"Selain itu, nasyid juga mengandungi kata-kata yang positif, menaikkan semangat serta memberikan pengajaran yang sangat berguna buat kita yang mendengarnya.

"Ringkasnya, nasyid adalah satu muzik yang diselitkan dengan tanggungjawab dan juga tindakan yang mampu mempengaruhi orang ramai untuk berbuat kebaikan," katanya yang ditemui di majlis pelancaran album keduanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Album bertajuk I Believe mengandungi 13 buah lagu dan telah mula dijual di pasaran sejak tiga bulan lalu dan berjaya mencatat jualan melebihi 10,000 unit.

Irfan menjelaskan, keistimewaan album keduanya itu bukan hanya didendangkan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Urdu.

Ia juga diselitkan sedikit lirik dalam bahasa Melayu yang menonjolkan kebolehan penyanyi berusia 36 tahun itu untuk bertutur dalam pelbagai bahasa.

"Lagu yang menyelitkan lirik dalam bahasa Melayu ialah lagu yang berjudul Mabrook.

"Mungkin sebutan saya tidak berapa tepat tetapi saya berpuas hati dengan penghasilannya dan berharap peminat di Malaysia dapat menerima seadanya.

"Selain itu, lagu lain yang dapat dinikmati menerusi album kedua saya ialah Waiting For The Call, Mamma, Palestine, You & I dan juga sebuah lagu duet bersama Maher Zain, I Believe," katanya.

Apabila ditanya apakah dia menumpang populariti Maher Zain yang telah mencipta peminatnya di negara ini, Irfan berkata: "Saya tidak menumpang populariti sesiapapun termasuk rakan saya, Maher Zain.

"Bagi saya, setiap di antara kita pasti ada kekuatan sendiri. Jadi, kolaborasi berduet dengan Maher saya anggap sebagai satu penghargaan daripada seorang sahabat kepada sahabatnya.

"Tidak perlu untuk saya berdiri di atas bayang-bayang orang lain kerana saya percaya, peminat boleh menilai dan juga menerima saya dengan baik seperti mana mereka menerima kehadiran Maher Zain di sini."

Mesej keamanan dalam lagu

Bercakap tentang konsep dalam menghasilkan albumnya, pemilik nama sebenar, Muhammad Murtaza Makki menjelaskan, kebanyakan lagu-lagunya adalah berkonsepkan ketuhanan dan perjuangan kemanusiaan.

"Persekitaran dunia dan isu-isu semasa mencetuskan inspirasi untuk saya melahirkan lagu-lagu dalam album ini.

"Kita semua dapat lihat, bagaimana di dunia luar sana berlaku peperangan, penindasan dan masalah sosial yang tiada kesudahan.

"Saya suka untuk menegaskan di sini bahawa manusia adalah sama dalam segala segi tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

"Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk hidup dalam kesejahteraan dan keamanan. Itu lebih baik daripada perbalahan," tuturnya lembut.

Biarpun hanya sekadar seorang penyanyi, Irfan merasa dirinya terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab bagi menyampaikan mesej bahawa Islam itu bukanlah satu agama yang berkait rapat dengan keganasan.

"Dengan segala kebencian yang ditunjukkan oleh masyarakat dunia terhadap agama Islam, menjadi tanggungjawab penggiat muzik nasyid untuk menjernihkan semula pemahaman tersebut.

"Melalui muzik seperti ini, dapat kita sampaikan kepada orang ramai bahawa Islam adalah sebuah agama yang mementingkan keamanan, nilai-nilai yang murni serta sikap toleransi.

"Ini adalah kerana muzik nasyid itu sendiri bakal dilihat oleh orang lain sebagai lambang dan imej kepada agama Islam bagi mereka yang tidak mengenali agama ini secara dekat," jelasnya.

Suara mirip MJ

Bukan mahu memulakan langkah sebagai penyanyi dengan dipalit kontroversi namun Irfan pernah mencetuskan kekeliruan apabila lagu nyanyiannya, Waiting For The Call kedengaran hampir sama seperti suara legenda pop, Michael Jackson (MJ).

Kekeliruan yang menguntungkan penyanyi yang telah pun mendirikan rumah tangga sejak enam tahun lalu ini berkata, dia tidak dapat lari daripada memiliki suara mirip MJ.

"Saya memang meminati lagu-lagu MJ kerana di dalam lagu-lagunya, diselitkan juga unsur-unsur kemanusiaan tetapi bukan niat saya untuk menyerupai dia.

"Suara adalah anugerah Allah ke atas hamba-Nya dan saya bersyukur kerana dikurniakan suara sebegini kerana melalui lagu dan nyanyian, saya berdakwah.

"Seperkara lagi, mungkin kerana saya membesar dengan mendengar lagu-lagu nyanyian MJ maka sedikit sebanyak ia mempengaruhi gaya nyanyian saya," katanya jujur.

Irfan menegaskan, dia tidak berniat untuk meniru sesiapa termasuk MJ dan Maher Zain tetapi hanya berusaha untuk mempersembahkan lagu-lagunya dengan sebaik mungkin.

Full content generated by Get Full RSS.

Asmidar memukau

Posted:

Asmidar memukau

Asmidar memukau

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB


Persembahan Asmidar bersama Hujan mendapat tepukan dan pujian juri Vokal.


RANCANGAN realiti terbitan TV3, Vokal Bukan Sekadar Rupa (Vokal) sudah menghampiri penghujungnya apabila persaingan hanya berbaki empat minggu sahaja lagi.

Rancangan yang lebih mementingkan kelebihan vokal para peserta berbanding rupa fizikal mereka itu nyata telah menimbulkan suatu kelainan kepada industri hiburan tempatan apabila lebih mengutamakan bakat yang dimiliki berbanding rupa.

Vokal yang kini sudah memasuki minggu ketujuh hanya melibatkan empat peserta iaitu Mafa, Asmidar, Irsa dan Azmarul.

Kelainan yang ditampilkan dalam minggu ini adalah apabila keempat-empat peserta berpeluang beraksi bersama kumpulan muzik terkenal bagi menghidupkan peluang mereka untuk terus memikat hati juri dan juga peminat.

Kumpulan muzik yang diundang untuk membuat persembahan bersama peserta bukan calang-calang apabila membariskan Hujan, Meet Uncle Hussain, Sofarz dan Tilu.

Setiap peserta diberikan peluang menyanyikan dua buah lagu kumpulan yang beraksi bersama mereka di mana sebuah lagu dinyanyikan secara duet manakala sebuah lagi secara solo.

Konsert dimulakan dengan persembahan Mafa berganding dengan Tilu bagi menyanyikan lagu Diam-Diam dan juga Ku Bukan Aku.

Penyanyi kedua yang membuat persembahan, Irsa pula berganding dengan Meet Uncle Hussain untuk menyanyikan lagu Pokok dan Lagu Untukmu.

Persembahan bertenaga pada malam tersebut diteruskan dengan penampilan Azmarul bersama Sofarz menerusi lagu Terasa Di Syurga dan Maaf Dari Hati.

Mengakhiri senarai empat peserta yang tinggal, Asmidar digandingkan dengan Hujan untuk menyampaikan lagu Mencari Konklusi dan Aku Scandal.

Nyata persembahan para peserta pada malam itu mampu meraih komen positif daripada Azmeer dan Erra Fazira selaku juri tetap Vokal.

Secara keseluruhan, antara empat peserta yang membuat persembahan, persembahan Asmidar bersama Hujan mendapat standing ovation daripada kedua-dua juri.

Azmeer memuji persembahan Asmidar kerana itulah yang dinanti-nantikan oleh pihak juri sejak minggu pertama, Vokal dimulakan.

"Ini yang saya mahu dengar dalam pertandingan selepas beberapa minggu, kawalan suara yang cukup baik dan ternyata, gandingan Asmidar bersama Hujan menjadi," jelasnya.

Erra yang juga sependapat dengan Azmeer berkata, walaupun berganding dengan kumpulan yang hebat, namun persembahan Asminda tidak tenggelam.

Erra juga berkata, walaupun berganding dengan kumpulan yang hebat, namun persembahan Asmidar tidak tenggelam dan menonjol.

Dengan komen dua juri tersebut, ia memberi gambaran bahawa persembahan anak jati Kuala Lumpur itu merupakan persembahan terbaik untuk konsert Vokal minggu ketujuh.

Format pemarkahan rancangan itu dibahagikan kepada dua bahagian dimana juri mewakili 50 peratus manakala selebihnya melalui undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Juara Vokal akan memenangi RM50,000 dan naib juara akan memenangi RM30,000.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


UMNO menjuarai transformasi

Posted:

UMNO menjuarai transformasi

UMNO menjuarai transformasi


Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO ke-62 di Dewan Merdeka, PWTC, Kula Lumpur semalam.


MUKADIMAH
Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya.

Berbekal rasa tawadhu' dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.

Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokong dan didamping penuh kemuliaan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Pertama selaku teman setia yang arif berpengalaman, Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah Kedua, Al-Faruq yang menjadi perlambangan ketegasan prinsip beragama.

Seterusnya, Saidina Uthman Al-Affan, Khalifah Ketiga, hartawan amanah dengan kewarakan dan keperibadian tiada tolok bandingnya, manakala Saidina Ali, Khalifah Keempat, simbol ketokohan golongan muda yang sanggup berkorban apa saja. Dimuliakan wajahnya serta turut digelar sebagai Singa Allah seperti mana Saidina Hamzah.

Sayugialah, para cendekiawan dan para pengkaji menyifatkan tali temali perjuangan suci Baginda dalam menegakkan syiar Islam sebagai penuh berstrategi. Semuanya dipintal dan diikat oleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti cinta dan kasih kepada perjuangan, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, amanah, kuat kerja, tidak putus asa, tabah dan pastinya bertawakal kepada Allah.

Menjejaki laluan tersebut, kita mahu terus mencontohi dan mengambil pengajarannya, bagi memperelok dan memperbaiki perjuangan UMNO, yang selama ini turut dipersaksikan oleh perjalanan suka duka, pahit dan manis, selaku sebuah parti penuh berjasa.

Tahun ini, UMNO menyambut kelahirannya yang ke-65. Hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang Melayu.

Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa. Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah dan tidak akan mungkin padam cita-cita.

Bahkan derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan negara.

Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri..., bangkit, untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, warga parti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini. Marilah..., marilah, kita angkat tinggi penghargaan kepada Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah, Tun Sarkaran Dandai dan semuanya.

Bermula dengan gemulah tokoh-tokoh tersanjung yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi seperti Allahyarham Dato' Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba.

Khususnya, kalungkanlah penghormatan kita kepada parti bertuah ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO yang telah memungkinkan sebuah negara merdeka terbina gagah, ilmu pengetahuan digembur dan disebar luas pada anak-anak, belantara dipugar, sawah ladang diusahakan, hingga laba yang lumayan melimpah-limpah ke kaki halaman.

Sememangnya termaktub, ceritera kejayaan Malaysia adalah cerita kejayaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yakni UMNO, bersama dengan rakan-rakannya. Parti Perikatan, yang kemudiannya bergelar Barisan Nasional, adalah satu jelmaan dan terjemahan hasil pakatan ikhlas kaum Melayu/Bumiputera berserta kaum-kaum lain di Malaysia.

Berkat pengurusan negara yang begitu cekap, terutamanya di lapangan ekonomi, wajah Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, diawali dengan lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, di mana kurang daripada empat peratus penduduknya berada bawah paras kemiskinan relatif manakala kemiskinan tegar pula hampir berjaya dibasmi.

Jika dihalusi, susur galur kejayaan ini, mempunyai bibit-bibitnya dalam prakarsa, perancangan rapi, penggubalan dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan yang diterajui UMNO. Dalam kata lain, ia tidak terjadi secara sendiri mahupun dalam vakum atau kelompongan.

Lantas, usahlah kita berasa bimbang dan ragu. Malaysia, nyatanya bukanlah sebuah kisah ditulis parti pemerintah yang gagal. Ia dinukil oleh sebuah parti yang berhak untuk berbesar hati, bahawa, mandat dan kepercayaan diberikan oleh rakyat Malaysia, telah digunakan sebaik-baiknya, demi kebajikan dan kegemilangan pertiwi.

Menghayati ehwal demikian, secara sedar atau tidak, bukan semua parti politik jika membentuk kerajaan akan menghasilkan kejayaan yang sama seperti kita. Lihat saja kepada sejumlah besar negara di dunia, waima, mempunyai pelbagai potensi termasuk sumber asli yang kaya, namun dek sebab kerajaan tidak berkebolehan, sia-sialah segala faktor dimiliki, malah akhirnya mereka menjadi negara yang gagal.

Pada perhimpunan tahun lepas, saya telah bercakap dan membicarakan dari sudut falsafah dan asal usulnya, siapakah itu Melayu. Kita dah dengar bahawa antara terhitung dalam kelompok Melayu adalah Bugis, Minang, Arab, Muallaf, serta berpuluh suku kaum di Sabah dan Sarawak. Hatta Mamak dan Malbari pun dah serap jadi Melayu. Celah-celah itu, ketiga-tiga Naib Presiden kita tampaknya terdiri daripada Jawa, Turki dan Bajau Laut. Saya kata takpalah, yang penting semua kira Melayu…

Jadinya, pada perhimpunan kali ini, setelah saya belek-belek dan saya kaji-kaji pengalaman secara aktif selama 35 tahun dalam parti, bersempena pula UMNO sudah menjangkau satu umur yang sangat dewasa, berpengalaman dan matang yakni 65 tahun, elok rasanya kalau dikupas pula siapakah dan apakah ertinya menjadi orang UMNO.

Maksud saya, bila mana memperkatakan tentang parti, kita semua sebenarnya tidak cukup sekadar didefinisikan sebagai ahli UMNO. Sebaliknya, kita perlu menjadi orang UMNO. Makna kata, orang UMNO yang tergambar dan terpamer perwatakannya melalui tindak tanduk serta sistem nilai yang dipegang.

TAAT DAN SETIA

Pertama sekali, orang UMNO itu adalah orang yang taat dan setia kepada parti. Orang UMNO tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.

Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat.

Dalam berijtihad pula, orang UMNO harus mencipta kebaikan untuk parti. Mengambil mufaham pengertian setia dan taat melalui syura dan musyawarah seperti difirmankan dengan indahnya pada helaian Surah An-Nisa', apabila sesuatu keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat, maka wajiblah ditaati.

Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedang berada di kemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.

Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang. Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang UMNO.

Bercakap tentang taat setia juga, kita tidak mahu, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk, disuruh geleng, dia geleng. Tapi di belakang lain pula halnya. Jangan tikam dari belakang dan jangan pula main belakang. Bak kata pepatah, janganlah telunjuk saja lurus tetapi kelengkeng berkait.

CINTA DAN KASIH

Adapun nilai kedua orang UMNO itu adalah, orang yang cinta dan kasih kepada perjuangan parti. Seperti dimadah oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, dalam lagunya… itulah kasih mesra, sejati dan mulia.

Dalam hal ini, apabila ada rasa cinta dan kasih kepada parti, orang UMNO itu juga adalah orang yang tidak takut dan tidak gentar menyuarakan pendapat serta mendengar pula pendapat orang lain demi kebaikan parti.

Ajaran agama dan pujangga melorongkan pedoman, perkatakanlah yang benar kerana kebenaran itu isi dan makanannya sejarah, tidak akan patah dipukul zaman.

Bersesuaian dengan nilai kesetiaan, bila kuat hawa kasihnya kepada parti, orang UMNO wajib membela dan mempertahankan parti, selagi hayat dikandung badan.

Seperkara utama lagi adalah cerdik pandai berfatwa, tak kenal maka tak cinta. Lantaran, untuk mencintai parti, orang UMNO wajar kenal sejarah parti, sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat. Begitulah, seharusnya menjiwai prinsip serta falsafah perjuangannya.

Pendek kata, orang UMNO harus melihat parti sebagai satu-satunya wadah yang mampu membela untung nasib orang Melayu. Dalam berusaha pula sebagai tanda kasih, orang UMNO sewajibnya bersemangat dan tidak sesekali mengecewakan parti yang dicintai.

Meluncur topik cinta dalam berorganisasi, orang UMNO wajib ada cinta yang satu sahaja kepada parti, tidak boleh cinta poligami, tidak boleh cinta berbelah bagi atau kata orang Indonesia berbagi cinta…tak mungkin Pak...enggak bisa Pak…

BERKHIDMAT TANPA JEMU DAN BERKORBAN

Orang UMNO itu adalah orang yang sanggup berkhidmat tanpa jemu dan sanggup berkorban. Pengorbanan adalah satu sifat yang harus bersebati dalam diri orang UMNO. Bersandarkan prinsip persalingan, orang UMNO harus menunjukkan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat.

Beringatlah bahawa rakyat sedang memerhati kita. Kata orang, rakyat itu sentiasa merasa, mendengar dan mengadili, biar betapa pun senyap suara mereka, biar betapa pun jua diam gerak geri mereka.

Di sudut lain, sambil menghadam peradaban Melayu, orang UMNO perlu bermuhasabah ke dalam diri masing-masing. Masih wujudkah semangat Tun Tuah di sanubari? Masih bergemakah kekentalan jiwa Tun Fatimah?

Mahu tidak mahu, orang UMNO harus berusaha tanpa jemu. Biar berdepan apa pun cabaran, pastikan UMNO menang, biar dilintang apa pun dugaan, orang UMNO mesti terus berdamping dengan rakyat. Sedarlah kita bahawa, dalam sistem demokrasi, tidak ada tempat naib juara. Kita wajib jadi juara.

Kesimpulannya, kemuncak pengorbanan adalah menjunjung kepentingan dan maruah parti, bukannya kepentingan dan maruah peribadi.

(i) 1946

Terpanggu atas segalanya, kejayaan terbesar UMNO adalah menyatupadukan orang Melayu melalui penubuhannya pada 11 Mei 1946. Lantaran itu, perlu ditegaskan bahawa kejayaan ini bukannya kecil, jauh sekali daripada bersifat enteng kerana bangsa Melayu sebelum Perang Dunia Kedua, masih belum endah politik, di samping terbelenggu semangat kenegerian.

Jangan dilupa juga, termusta'id dalam lembaran sejarah bahawa, UMNOlah yang telah berjaya menguburkan penubuhan Malayan Union dan menggantikannya dengan sistem Persekutuan Tanah Melayu. Sekali gus, ditanda dengan episod itu, UMNO telah berbakti menyelamatkan kedudukan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan kesucian agama Islam.

(ii) 1951

Kemudiannya, satu episod getir telah dilalui oleh UMNO apabila Dato' Onn Jaafar seorang tokoh bangsa, selaku Presiden Pengasas meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua dan keluar dari parti.

Pada masa tersebut, banyak pihak telah menitipkan belasungkawa dan membacakan talkin terhadap UMNO kerana hilangnya kepimpinan. Sekalipun begitu, pemilihan parti telah menyaksikan Tunku Abdul Rahman mengambil tempat sebagai Yang Dipertua dengan Tun Razak sebagai Timbalannya yang setia.

Ternyata, telahan kelam oleh pelbagai pihak bahawa UMNO akan karam amat meleset, malah penggantian kepimpinan ini telah merancakkan lagi usaha bagi mendapat kemerdekaan negara. Serentak dengan itu, slogan "Hidup Melayu" telah diubah kepada "Merdeka".

Kendatipun para ahli tidak menerima cadangan Dato' Onn untuk membuka pintu UMNO kepada orang-orang bukan Melayu, kepimpinan parti waktu itu, memahami realiti yang ada dan berfikir panjang, malah berilham jauh ke hadapan dengan mencipta prinsip atau konsep perkongsian kuasa unik, melalui Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO, MCA dan MIC. Yang termustahak adalah taat setia semua kaum kepada Persekutuan Tanah Melayu.

(iii) 1955

Menyentuh usaha tersebut, iltizam UMNO bagi menjayakan prinsip yang dipelopori jelas terpamer sejak dari awal lagi. Sebagai contoh, dalam pilihan raya tahun 1955, untuk memilih 51 daripada 52 ahli Majlis Perundangan Persekutuan, prinsip perkongsian kuasa telah dipraktikkan UMNO apabila kita meletakkan calon di hanya 35 kawasan, berbanding MCA, 15, dan MIC, 2. Walhal, daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti Melayu, dan hanya 2 kawasan majoriti Cina.

Perlu diketahui juga, pecahan pengundi semasa pilihan raya tersebut mencatatkan majoriti kira-kira 84 peratus (%) atau lebih 1 juta pengundi Melayu. 11 peratus atau seramai 143,000 pula adalah pengundi Cina, manakala 50,000 atau hampir 4 peratus sahaja di kalangan pengundi India.

Hakikat tersebut nyatanya, tidak menghalang semua calon parti MCA dan parti MIC untuk menang. Bagi pemimpin dan orang UMNO, demi mencapai perpaduan antara parti-parti komponen Perikatan, mereka harus menunjukkan keikhlasan berkongsi kuasa. Keikhlasan ini dimanifestasikan dalam bentuk kerelaan memberi kerusi majoriti Melayu kepada parti-parti komponen untuk ditandingi.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, ia diikuti pula dengan kesanggupan orang UMNO untuk mengundi calon bukan daripada bangsa mereka sendiri, demi matlamat lebih besar yakni memenangi pilihan raya, kemudiannya membentuk kerajaan, seterusnya mencapai kemerdekaan.

Terbukti, sejak dari dulu lagi UMNO bukanlah sebuah pertubuhan rasis. UMNO sebenar dan sebetulnya adalah pencetus serta perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum yang akhirnya telah mencipta kestabilan sosial, membawa kepada kemakmuran nasional.

(iv) 1957

UMNO juga melalui Parti Perikatan telah mengemudi pelayaran bahtera merdeka, tanpa pertumpahan darah, mahupun revolusi. Ia dimeterai atas meja rundingan. Syukur, tiada kemusnahan, sekalipun terhadap sumber kekayaan negara, sama ada dalam bentuk ladang mahupun lombong. Ini, membolehkan kerajaan yang baru merdeka, membina sebuah watan aman berjaya, di atas asas-asas pemerintahan sedia ada.

Setepatnya, kisah kejayaan kita bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan, 54 tahun yang lalu. Ia bertitik tolak apabila Kerajaan Perikatan dengan kuasa terhad, di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman dibentuk pada tahun 1955. Sebaik sahaja mencapai taraf berkerajaan sendiri, Perikatan mula mengorak langkah bagi membaiki nasib rakyat dengan penggubalan Rancangan Malaya Pertama, antara tahun 1956 hingga 1960. Dalam ketika itu, pada 1956 Felda ditubuhkan, disusuli pula langkah-langkah lebih konkrit pasca merdeka.

Penubuhan Felda menjadi satu langkah yang amat mendahului waktunya. Ia telah memberi peluang kepada mereka yang tidak bertanah, ia telah membawa sinar kepada mereka yang tidak mempunyai harapan, dan ia telah menawarkan permulaan baru untuk warga Malaysia keluar daripada kemelut kemiskinan. Segala tahmid ke hadrat Yang Esa, hari ini terdapat lebih 100,000 peneroka di seluruh negara yang telah menikmati hasil rancangan penuh berwawasan ini, bersama-sama ratusan ribu generasi kedua.

Berbalik kepada salasilah, apabila negara memperoleh kemerdekaan, maka cabaran pertama dihadapi UMNO dan Parti Perikatan ialah bagaimana hendak menangani pengaruh dan ancaman Parti Komunis Malaya serta menamatkan darurat yang telah diisytiharkan pada tahun 1948. Alhamdulillah, matlamat ini telah berjaya dicapai kurang daripada tempoh tiga tahun selepas 1957.

Kejayaan yang dicapai bukanlah sedikit, sebaliknya ia begitu signifikan dan tersergam kepada negara. Kita harus melihat kejayaan ini dari perspektif apa yang berlaku di rantau ini. Kalau diamati, walau ada penglibatan kuasa besar dunia dengan kekuatan ketenteraan tanpa tolok banding, masih tidak mampu menghalang pengaruh komunisme. Sebaliknya, sebuah kerajaan baru merdeka, dengan sokongan padu rakyat, berjaya menyanggah teori domino.

Oleh yang demikian, UMNO mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu yang cuba menulis dan meriwayat semula sejarah, dengan memperlekehkan sumbangan para pahlawan negara. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mengenang budi, kerajaan Barisan Nasional tidak akan sekali-kali membiarkan wirawan serta wirawati kita, tanpa pembelaan sewajarnya. Sesungguhnya, jasa dan bakti mereka akan terus malar serta segar dalam sanubari dan ingatan setiap rakyat Malaysia.

Selepas memenangi keamanan, telah diisytiharkan pula perang terhadap kemiskinan dan kemunduran. Seperti disebut tadi, ini wajar dilakukan kerana, seawal merdeka, lebih 89 peratus rakyat Malaya hidup di kawasan luar bandar dan pedalaman, dengan kadar buta huruf yang tinggi, akses kepada pendidikan yang rendah, ditambah pula kemudahan asas yang terkebelakang.


Sebahagian daripada perwakilan mengangkat tangan melaungkan "Hidup UMNO" pada majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur semalam.


Lucunya, kita kini mendengar pihak-pihak tertentu tanpa segan silu menguar-uarkan konsep negara berkebajikan. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada mereka, kerana baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Sesungguhnya, mereka sudah 60 tahun terlewat.

Soalnya, kenapakah kini, baru prihatin terhadap kebajikan rakyat? Kita ingin bertanya, sebelum ini apa matlamat perjuangan mereka? Adakah matlamatnya semata-mata untuk memecahbelahkan ukhuwah umat? Hakikatnya, dengan segala inisiatif dan perlaksanaan demi rakyat, kerajaan Barisan Nasional sudah sejak melebihi enam dekad, mengamalkan konsep negara berkebajikan.

(v) 1969

Apabila tragedi hitam rusuhan kaum 1969 terjadi, prognosis pemerhati antarabangsa terhadap Malaysia amat buruk. Mereka meramalkan kita akan gagal manakala rakyat seolah-olah telah hilang harapan. Sementelahan pun begitu, UMNO dan rakan-rakannya jauh dari menyerah kalah atau hilang pedoman. Sehubungan peristiwa ini juga, jangan sekali-kali kita alpa bahawa terdapat di kalangan pemimpin pembangkang, turut terlibat mengapi-apikan slogan untuk menghina orang Melayu sehingga berlakunya tragedi 13 Mei.

(vi) 1970

Tarikh 22 September 1970 menyaksikan Tunku Abdul Rahman melepaskan kepimpinan negara diikuti kepimpinan parti. Tun Razak telah mengambil alih kedua-dua jawatan tersebut, maka bermulalah era pelaksanaan DEB. Fokus masih lagi kepada kawasan luar bandar dan pedalaman.

Ini dicerminkan menerusi penubuhan agensi, antara lainnya, RISDA untuk pekebun kecil getah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Kemajuan Ternakan Negara, masing-masing untuk petani, peladang dan penternak. Bagi merancakkan pembangunan wilayah pula, kerajaan telah menubuhkan KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka.

Bagi mencipta masyarakat perdagangan dan perindustrian serta kemasukan kaum Melayu/Bumiputera ke dalam sektor moden pula, kerajaan telah menubuhkan agensi seperti Bank Bumiputra, UDA, Pernas dan Perusahaan Awam Bukan Kewangan atau PABK.

Kesan utama pelaksanaan dasar ini, dan pewujudan Barisan Nasional adalah terciptanya kestabilan sosial yang membolehkan pertumbuhan ekonomi mapan dengan kadar pukul rata hampir 7 peratus untuk dua dekad berturut-turut. Ini secara langsung telah meningkatkan kemakmuran serta taraf hidup semua rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum.

(vii) 1988

UMNO menghadapi saat paling dahsyat apabila parti keramat ini diharamkan pada tahun 1988. Ini kerana keputusan pemilihan parti 1987 tidak dapat diterima dan kes telah dibawa ke mahkamah. Walaupun UMNO berpecah dua, seraya menyaksikan satu percubaan untuk meniru konsep Barisan Nasional melalui Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah, hal ini tidak berjaya, kerana tidak ada keikhlasan.

Sungguh apa pun, segala cabaran telah berjaya diharungi. Bangkit dari runtuhan UMNO lama, UMNO baru telah wujud bagi terus membela umat Melayu dalam satu proses pemulihan parti dengan tidak mengambil masa yang lama.

(viii) 1990

Berlawanan dengan tafsiran cetek oleh sesetengah pihak, DEB sejelasnya tidak pernah merugikan orang bukan Melayu. Buktinya, setelah dua dekad pelaksanaan, pada tahun 1990, orang bukan Melayu masih lagi memiliki ekuiti terbesar dalam kekayaan negara manakala pendapatan pukul rata isi rumah mereka masih yang tertinggi antara kaum di Malaysia.

Diperakui, walaupun matlamat pemilikan ekuiti tidak tercapai sepenuhnya, paling terkesan ialah penciptaan kelas menengah Melayu yang besar menjelang berakhirnya dasar ini. Saiz kelas menengah ini meningkat tinggi dengan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional antara 1991 hingga 2000. DEB, sebenarnya telah mengasaskan kestabilan sosial kebangsaan yang membolehkan penciptaan kekayaan dan kemakmuran dinikmati oleh semua pihak.

Salah satu kisah kejayaan lagi, ialah bertambahnya jumlah profesional Melayu/Bumiputera. Jika dikaji, ketika bermula pelaksanaannya pada awal 70-an, hanya terdapat kurang lima peratus profesional daripada kaum Melayu dan Bumiputera. Jumlah ini telah bertambah kepada 45 peratus dari keseluruhan profesional hasil DEB dan dasar-dasar seangkatan dengannya.

Prakarsa kerajaan melalui penubuhan sekolah berasrama penuh atau SBP dalam bentuk Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains Mara, pusat asasi sains, matrikulasi untuk IPTA tempatan dan penghantaran pelajar ijazah pertama ke luar negara menjadi pemangkin yang telah membawa kepada kemunculan kelas pertengahan Melayu.

Dasar ini juga telah menunjang pergerakan menegak mobiliti sosial, maka tidak pelik melihat anak seorang buruh kasar hari ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan perbankan. Anak pesawah, penoreh getah, nelayan dan peladang pula menjadi anggota pentadbiran tertinggi, penjawat awam dan korporat, usahawan, hartawan dan cendekiawan.

Sebagai dimaklumi, asalnya kita adalah sebuah negara pertanian yang eksport utamanya adalah komoditi seperti getah, kelapa sawit dan bijih timah. Pada pertengahan tahun 80-an, apabila pulih daripada menghadapi kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan harga komoditi utama negara, kerajaan telah memulakan proses industrialisasi.

Tumpuan juga mula diberikan bagi menjadikan Malaysia pusat tarikan pelancongan global di samping pembinaan projek infrastruktur yang besar. Misalnya, Lebuhraya Utara-Selatan yang telah berjaya merangsang pertumbuhan dan proses urbanisasi.

Pucuk pangkalnya, semua inisiatif, dasar dan program ini telah membawa kepada perubahan struktural bukan sahaja kepada landskap sosioekonomi rakyat Malaysia tetapi juga kepada sistem nilai, taraf hidup dan pendidikan lebih tinggi serta akses kepada maklumat yang lebih luas.

(ix) 1999

Direnung-renung dan ditinjau-tinjau semula, dalam Pilihan Raya 1999, sungguhpun penggunaan telefon bimbit makin meningkat, disebabkan keupayaan teknologi masih terbatas ketika itu, ia belum mampu menyalurkan data. Maka, e-mel, faks dan laman sesawang yang tidak interaktif, menjadi medium popular sebagai penyampai berita alternatif. Meneropong kembali, waktu itu, belum ada Google, belum ada Facebook, belum ada Twitter hatta telefon pintar.

Berbanding sekarang ini, menurut data dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kita mencatat 36 juta pelanggan telefon selular iaitu kadar penembusan 124%, atau 124 set bagi 100 penduduk. Penembusan jalur lebar sekarang pula telah meningkat kepada 62% langganan isi rumah. Dengan kata lain, 4 juta isi rumah dari sejumlah 6.5 juta isi rumah, atau lebih 16 juta penduduk Malaysia mempunyai kemudahan jalur lebar.

Selain itu, lebih 40 peratus yang melanggani TV satelit berbayar, mendedahkan mereka kepada saluran berita seperti CNN, BBC dan Al-Jazeera, bagi mengikuti perkembangan dunia secara langsung.

(x) 2011

Bertapak jauh selepas satu dekad, pengenalan SMS, MMS, BlackBerry Messenger, telefon pintar, media sosial, tablet elektronik pintar dan Wi-Fi percuma telah menjadikan akses kepada idea, pendapat dan berita melaluinya menjadi lebih mudah.

Umpamanya, ucapan perayaan Aidiladha, yang disiarkan semasa saya dan rombongan mengerjakan haji baru-baru ini telah dirakam semasa di Padang Arafah dengan menggunakan iPhone, sebelum diedarkan kepada media tempatan.

Berkalam tentang kecanggihan sebegini, demikian kita menyaksikan saat-saat akhir Saddam Hussein di tali gantung, serta juga nasib yang menimpa Muammar Gaddafi. Perubahan yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen serta protes di Syria seperti kita lihat, adalah juga, genesis kepada medium media sosial. Kita dapati, walaupun pemerintah negara-negara berkenaan cuba untuk membuat putaran cerita, namun dengan hanya telefon pintar, jalur lebar dan YouTube, mampu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di negara-negara tersebut.

Berpacu dari sini, kerajaan, melalui SKMM telah mewujudkan lebih kurang 560 pusat jalur lebar masyarakat, iaitu hampir satu di setiap mukim di negara ini. Kita mantapkan lagi usaha penubuhan lebih 1,300 kampung tanpa wayar di merata negara, agar, rakyat keseluruhan, berkemampuan melayari internet manakala 1,700 lagi masih dalam proses.

Malaysia sekarang sudah terletak antara tangga teratas di kalangan negara ASEAN dari segi kemampuan ICTnya. Kita juga mempunyai 17.5 juta pengguna Internet, dan menurut kajian, orang Malaysialah, yang paling ramai mempunyai rakan Facebook, yakni, secara puratanya, 234 bagi setiap seorang.

Begitu juga bermula tahun 90-an, bagi menangani perasaan tidak puas hati terhadap akses pendidikan tinggi, maka bermula tahun 1995, kerajaan telah mengorak langkah untuk meliberalkan sektor pengajian tinggi tempatan.

Kesannya, dari hanya sembilan buah universiti awam, hari ini telah bertambah menjadi 20. Di samping itu, 25 universiti, 22 kolej universiti dan lebih 400 kolej swasta serta lima kampus tempatan universiti asing kini telah wujud.

Hasil peningkatan taraf sosioekonomi dan akses lebih meluas kepada pendidikan pasca menengah, telah mewujudkan generasi rakyat Malaysia baru lebih kritikal dan meningkat ekspektasinya terhadap kerajaan.

Generasi ini adalah anak-anak kepada generasi pertama DEB. Mereka dilahirkan bermula tahun 70-an. Generasi ini, tidak suka dibentak-bentak, tidak suka diarah-arah apa yang perlu dilakukan, tidak gemar diberitahu apa yang benar dan salah, serta paling tidak disenangi mereka apabila kita mengungkit-ungkit jasa-jasa kita yang lalu.

Kita dapati bahawa, mereka ini mahu terus dirundingi, mahu kebebasan untuk menilai, berhujah dan membuat keputusan berdasarkan kepada pasaran maklumat dan idea yang ada. Jadinya, untuk terus kekal, UMNO perlu berkomunikasi mengikut langgam dan laras bahasa anak-anak muda, supaya parti kita difahami.

Lalu, dalam persekitaran inilah kerajaan mengumumkan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU bagi membenarkan mahasiswa dan mahasiswi universiti awam untuk menjadi ahli parti politik apabila mencapai umur baligh undang-undang atau 18 tahun.


Najib Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur, semalam.


UMNO sentiasa mendengar suara dan menghargai peranan serta sumbangan orang muda. Kita mengiktiraf mereka bukan sahaja apabila menghadapi pilihan raya, sebaliknya pada setiap masa dan ketika.

Dalam sejarahnya, UMNO adalah parti politik pertama di negara ini, yang mempunyai sayap untuk orang muda, lelaki, wanita dan diikuti dengan sayap puteri. Bagi meningkatkan peranannya, dalam pindaan Perlembagaan UMNO yang terbaru, kita telah menambah jumlah perwakilan di peringkat Bahagian dan Perhimpunan ini. Malah, jumlah mereka juga ditokok dalam proses memilih pucuk pimpinan parti.

PENUTUP

Kejayaan membentuk wajah Malaysia seperti yang ada, telah menghadapkan kita dengan cabaran terbesar kepada survival parti dan Barisan Nasional itu sendiri. Sama ada kita akan kekal sebagai parti yang dipercayai rakyat dan mendapat mandat bagi terus menjadi kerajaan, bergantung kepada kesedaran, kefahaman dan tindakan kita selanjutnya.

Sepanjang ucapan saya tadi, dirakamkan kronologi 10 detik yang telah menjadi game changer kepada UMNO menyusuri sejarah parti.

Sehubungan itu, suka saya simpulkan, lima kekuatan teras, yang membolehkan kita menghadapi apa pun badai dan mehnah yang merempuh parti, sama ada bersifat dalaman, mahupun luaran. Pertamanya ialah keupayaan menggagas semula parti bagi memanfaatkan persekitaran yang baru.

Kedua, pengamalan prinsip wasatiyyah dalam semua bidang, sama ada urus tadbir, perkongsian kuasa, iktisad yakni ekonomi, perhubungan kaum mahupun perhubungan antarabangsa.

Ketiganya, UMNO sentiasa mengulungi idea atau supremacy of ideas dalam era pertarungan minda dan persaingan sengit pasaran idea serta maklumat.

Keempat, UMNO perlu terus meletakkan kebajikan rakyat di atas segalanya-galanya. Segala dasar yang digubal, prakarsa yang dirancang dan program yang dilaksana mesti mengutamakan kebajikan rakyat.

Kelimanya, kebolehan UMNO untuk mengotakan apa yang dikata dan menunaikan janji. Pucuk pangkalnya, kita bukan seperti sesetengah pihak yang hanya menjadi tukang karut.

Oleh sebab itulah, apabila saya mengambil alih tampuk kepimpinan parti dan kerajaan tiga puluh bulan yang lalu, saya dan rakan-rakan sama ada dalam Majlis Tertinggi UMNO, Dewan Tertinggi Barisan Nasional mahupun Kabinet, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan proses islah dan pembaharuan.

Dalam parti, mula-mula sekali kita telah membesarkan francais pemilih bagi ahli-ahli Majlis Tertinggi. Kita mahu lebih ramai orang UMNO diberi hak untuk memilih pemimpin mereka. UMNO bukan parti yang gentar terhadap demokrasi seperti tuduhan seteru politik kita, malah UMNO adalah parti yang mendakap demokrasi. Kata pepatah Inggeris "the proof of the pudding is in the eating".

Kita bukan seperti pihak lawan. Contoh pertama, Parti A, jawatan Ketua Umum sudahlah tidak dipilih secara demokratik, tetapi lebih berkuasa pulak dari Presiden parti. Contoh kedua, Parti B sebuah parti yang memakai gelar demokrasi, namun tidak demokratik sebenarnya. Apakah demokratik namanya kalau perwakilan cawangan memilih 20 orang ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti? Ini jelasnya, tidak sama sekali mencerminkan kehendak ahli terbanyak.

Manakala contoh ketiga adalah Parti C, yang kononnya memperjuangkan negara kebajikan. Lahawlawala... jawatan Mursyidul Am pun, tampaknya tidak diundi secara demokratik, tetapi ternyata lebih berkuasa dari Presiden. Sama juga dengan Parti A. Tambahan lagi Parti A itu, suami, Ketua Umum, isteri, Presiden, anak perempuan sulung, Naib Presiden, Timbalan Presiden pula... tak payah lah kita cerita, hrmm...

Menelaah perkara-perkara itu, kita mesti insaf, jika UMNO masih gagal memahami dan menghayati faktor-faktor yang menjadi game changer atau peneraju cara gaya baru kepada lanskap politik nasional, serta tidak pula mengambil langkah merangka semula game plan yakni gerakan terancang, maka kita namanya menempah tragedi untuk parti.

Apakah yang dimaksudkan dengan game changer ini? Pertamanya ialah realiti baru. Jika UMNO tidak memahami realiti baru lanskap politik nasional, bagaimana UMNO dan BN mahu berjaya?

Keduanya, media baru. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, UMNO harus menguasai media baru kerana hari ini, detik ini, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan. Ia berupaya mendatarkan the playing field atau ia turut boleh menjadikan satu pertarungan itu, tidak setara. Dari yang demikian, orang UMNO wajib mengetahui cara-cara untuk memanfaatkan media baru demi survival parti.

Memenuhi maksud dan menjiwai realiti baru ini, UMNO selaku sebuah parti siasah yang dinamik, tidak boleh hanya sekadar hebat bertempur dalam pertarungan lalu, kita semestinya juga menjadi juara dalam berperang di medan laga terkini.

Ketiga, UMNO juga harus menghayati pemikiran baru yang ada di kalangan semua segmen pengundi, bagi menarik sokongan mereka. UMNO tidak boleh bersikap atau sekalipun dilihat sebagai bersikap angkuh lagi sombong. Jika tidak, para pengundi dan rakyat akan benci dan menjauhi kita.

Selama hampir enam dekad, UMNO telah menjadi parti teras yang menonggak kejayaan. Selama ini, rekod-rekod membuktikan bahawa, kita tidak pernah mendominasi atau sekalipun berniat untuk mendominasi parti-parti komponen seperti yang difitnah oleh pembangkang.

Jauh sekali dari kemelut gabungan parti pembangkang yang tidak mampu berijma' dan bersatu hati walaupun dalam soal-soal dasar. Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata setuju secara peribadi, Parti B kata, tidak sekali-kali, langkah mayat mereka dulu, Parti C pula kata "kita tukar jadi negara kebajikan". Pening dan keliru rakyat dibuatnya.

Berbeza dengan UMNO, sebagai parti teras, kita mengambil langkah berganding dan bekerjasama dengan parti-parti komponen. Kerjasama kita bersifat pragmatik, realistik dan ikhlas. Kita menerima seadanya rakan-rakan dalam Barisan Nasional. Kita saling percaya mempercayai, saling bergantungan dan saling bersefahaman sejak sebelum merdeka lagi. Inilah yang membuatkan kita berjaya sebagai teraju dalam memakmurkan negara ini.

Sebagai game changer yang kesebelas, kita mulakan dengan Program Transformasi Kerajaan bagi membaiki penyampaian sektor awam. Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta hala tuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju berpendapatan tinggi. Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi menyeimbangkan antara Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu.

Program Transformasi Luar Bandar dilancar, bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan pedalaman, serta, Program Transformasi Sosial yang berpandukan falsafah pemandu 1Malaysia. Kita lanjutkan pula dengan inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PRIMA.

Sebetulnya, apa yang ada hari ini seperti dapat disaksikan oleh semua, bukan dibina dalam masa yang singkat. Ia terbina dengan penuh tatih, pengorbanan dan jerih payah. Ia dibangunkan oleh bapa-bapa kita orang Melayu, orang Cina, orang India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi termasuklah Orang Asli dan orang Siam. Cita-cita mereka, impian mereka, tidak lain tidak bukan demi kehidupan lebih baik untuk kita. Ia diteruskan lagi oleh generasi kini yang mendambakan masa depan lebih cerah untuk anak-anak cucu kita.

Ingatlah..., ingatlah bahawa, semua ini dimungkinkan oleh kita orang UMNO, sebuah parti yang amat berjasa kepada kita semua, bukan sahaja anak-anak Melayu tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya. Namun, alangkah pedih dan alangkah lukanya hati kita, apabila hari ini, UMNO, parti yang sarat jasa dan baktinya, sedang dimomok, dinista dan dicerca semahunya. Malah, jasa kita seolah hendak dipadam terus dari helaian sejarah.

Mereka tanpa malu dan segan, gah mendakwa bahawa, UMNO langsung tiada budi atas kehidupan mereka. Kalau benarlah begitu, siapakah yang mengubur Malayan Union? Siapa yang memenangi kemerdekaan secara aman? Kalau bukan parti bertuah ini.

Mengatasi semua persoalan ini, kata orang, kalau mandi air dikali, jangan lupa pada siapa yang menggalinya. Kerana bukankah UMNO yang menjadi induk, mencipta kemakmuran?

Ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung. Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200,000 orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.

Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkan tidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?

Inilah nasib yang akan melanda, jika UMNO sudah hilang kuasa. Siapa yang akan membela syiar Islam? Siapa yang mampu membela hak umat dan agenda orang Melayu? Siapa pula yang dapat terus memuliakan Raja-Raja kita? Siapa pula nak mentransformasi orang Melayu? Tepuklah dada, tanyalah jawapan.

500 tahun yang lalu, jatuhlah empayar Melaka. Ia jatuh bukan kerana Melayu kurang hulubalang atau kependekarannya, ia rebah bukan kerana kemiskinan atau kefakiran, ia tersungkur menyembah bumi kerana terlerainya perpaduan dan berlakunya pengkhianatan.

Begitu juga nasib tamadun-tamadun besar di dunia yang hancur, mereput dan runtuh. China, terhina akibat siri perang candu, Empayar Rom, dirobek perpecahan dari dalam dan Khilafah Othmanniyah, punah dek kerana kehalusan strategi pecah belah dan perintah. Bertolak dari situ, marilah kita jadikan kisah-kisah ini sebagai teladan dan sempadan. Jangan sekali-kali kita terperangkap olehnya.

Akhir kalam, selaku Presiden UMNO, saya bersyukur kerana mempunyai Timbalan Presiden yang setia, barisan Naib Presiden yang taat, Pergerakan Wanita yang tidak jemu-jemu mendokong perjuangan parti, ketumbukan Pemuda yang lantang dan berani, para Puteri yang cekal dan bersemangat, Majlis Tertinggi yang sentiasa bersiaga, khususnya, orang UMNO sekalian yang menunggu-nunggu panggilan bertempur.

Ayuh, rapatkan saf, nyalakan jamung, gigitlah kuat-kuat perjuangan ini dengan geraham kita. Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba. Bingkaslah orang UMNO, kita turun ke medan bakti.

Mudah-mudahan Allah memberkati perjuangan kita. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Full content generated by Get Full RSS.

Pas dan joget: 'Saya datang, dia lari'

Posted:

Pas dan joget: 'Saya datang, dia lari'

Pas dan joget: 'Saya datang, dia lari'

Oleh Dr. Mohd Puad Zarkashi
(PENULIS ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia)

PADA 1969, Pas memecat Ahli Parlimennya, Hashim Gera kerana berjoget di Parlimen. Tetapi pada hari ini, apakah Pas berani mengambil tindakan yang sama jika ada ahlinya melakukan perbuatan serupa.

Ketika itu Pas amat rigid dalam soal agama. Di depan Jawatankuasa Disiplin, Hashim memberitahu ulama Pas, joget adalah tarian bersih. "Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari. Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari". Bagaimanapun Pas menolak penjelasan Hashim itu dan dia tetap dipecat.

Kini kefahaman pemimpin Pas terhadap makna joget sudah berubah. Kalau UMNO datang Pas lari, kalau DAP datang Pas tidak lari.

Pas sanggup bersentuhan dan berpeluk cium dengan DAP. Sebab itu ada kebenarannya apabila Timbalan Presiden UMNO mendakwa, Pas tidak mungkin ganti UMNO, tetapi DAP mungkin ganti Pas.

Pas semakin liberal dalam banyak hal mengenai hukum agama. Apabila Mat Sabu didakwa atas tuduhan berkhalwat, Pas tuduh ia adalah konspirasi UMNO. Dalam kes video seks Anwar, Haji Hadi berdalih pula, 'besi tidak boleh jadi saksi'.

Semua jawapan itu adalah jawapan nafsu akal. Sebab itu dalam kes gambar bogel Elizabeth Wong, Pas paling kuat membelanya. Hujah Pas, berdosa hukumnya apabila mengaibkan peribadi seseorang.

Tetapi jika berkaitan dengan orang UMNO, mereka akan telanjang habis habisan walaupun ia adalah fitnah. Perkara yang makruf pun mereka sanggup putar belit, contohnya memfitnah ibadat haji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

Pas pengecut bila berdepan dengan DAP. Itu puncanya dia menjadi liberal. Pas sanggup korbankan orangnya sendiri demi menjaga hati DAP.

Dr. Hassan Ali ialah mangsa joget terbaharu ini. Beliau disisih kerana berbeza pandangan dalam soal rampasan arak dan isu memurtadkan orang Islam di Gereja Methodist Damansara Utama.

Dalam isu negara Kristian, Pas bacul dan mendiamkan diri. Siasat pun tidak, komen pun tidak, bagi amaran lagi tidak berani.

Hakikatnya, sikap Pas sudah terbalik. Pas melanggar fatwa lama Haji Hadi, 'politik suku agama suku', iaitu agama dan politik tidak boleh bercampur aduk.

Kenapa Pas tidak berani menyertai 'Himpunan Sejuta Umat' walaupun ia dianjurkan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO)?

Himpunan itu bertujuan menyedarkan umat Islam tentang bahaya gejala murtad. Pas mahu menjaga hati DAP, walaupun tindak-tanduk DAP sering menyakitkan hati orang Islam.

Keputusan DAP untuk meletakkan calon Melayu berkelulusan agama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 mewajarkan keyakinan kita bahawa DAP mungkin mengambil alih peranan Pas.

Kejayaan Mat Sabu menumbangkan Nasaruddin bagi jawatan Timbalan Presiden Pas membuktikan golongan agama dan ulama semakin tersisih dalam Pas.

Pokoknya, Pas tidak akan dapat mengganti UMNO, kerana Pas didokong oleh ahli yang taksub pada pemimpin bukan perjuangan. Sedangkan UMNO parti yang didokong oleh 'Orang UMNO'.

Menurut Presiden parti, satu daripada ciri penting orang UMNO ialah, dia cinta dan kasih pada perjuangan. Perjuangan mendarah dan mendaging pada dirinya. UMNO bermula kerana perjuangan. Terus hidup kerana perjuangan. Itulah UMNO, iaitu UMNO-Perjuangan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved