Khamis, 1 Disember 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pengusaha bas dibantu

Posted:

Pengusaha bas dibantu

Pengusaha bas dibantu

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 30 Nov. - Kerajaan negeri sedia memberi pertimbangan kepada syarikat bas henti-henti kecil di negeri ini bagi mendapatkan bantuan daripada Tabung Pengangkutan Awam yang diwujudkan baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri bersimpati dengan nasib yang dialami oleh syarikat tersebut yang wujud sejak berpuluh tahun lalu tetapi mengalami kerugian akibat kos operasi yang tinggi.

"Kita sedang memantau keadaan sekarang dan kerajaan negeri tidak akan membiarkan situasi itu berterusan kerana ia boleh menjejaskan orang ramai," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan beberapa syarikat bas henti-henti kecil mendapatkan bantuan daripada tabung berkenaan kerana tidak mampu menampung kerugian kerana kos operasi yang tinggi.

Tabung itu diwujudkan oleh kerajaan negeri selepas memorandum persefahaman (MOU) dengan Konsortium Transnasional Bhd. (KTB) pada 21 November lalu bagi membolehkan kerajaan negeri menyalurkan subsidi bagi perkhidmatan bas henti-henti yang dijalankan oleh syarikat berkenaan.

KTB melalui Cityliner sebelum itu menghentikan operasi bas henti-henti di 10 laluan di negeri ini kerana tidak mampu menanggung kerugian yang berterusan.

Mohamad menjelaskan, kerajaan negeri menandatangani MOU dengan KTB memandangkan ia adalah operator bas henti-henti yang paling besar di negeri ini.

"Tetapi kami sedar pengusaha kecil juga mengalami masalah kewangan yang sama dan kami sedia memberi pertimbangan terhadap permintaan itu," katanya.

Bagaimanapun, katanya, bantuan yang boleh diberikan adalah untuk jangka pendek kerana perkhidmatan bas terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau memberitahu, kerajaan negeri telah membuat kertas kerja mengenai masalah yang dihadapi oleh perkhidmatan bas henti-henti dan berharap SPAD dapat melaksanakan tindakan menyeluruh yang boleh menjamin masa depan sektor berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Rayu MBMB naik taraf medan selera

Posted:

Rayu MBMB naik taraf medan selera

Rayu MBMB naik taraf medan selera


Premis medan selesa yang telah uzur di Tanjung Kling, Melaka.


MELAKA 30 Nov. - Beberapa peniaga di Medan Selera, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Tanjung Kling di sini merayu kepada MBMB supaya menaik taraf premis perniagaan itu yang kini semakin daif sejak dibina 22 tahun lalu.

Mereka yang ditemui kecewa dengan keadaan dinding bangunan premis itu yang semakin dimakan anai-anai, saluran longkang yang tidak sempurna dan siling bocor serta reput.

Keadaan itu menurut peniaga, turut menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pengunjung medan selera itu tetapi tidak mempunyai pilihan lain kerana lokasi yang dekat dengan tempat kerja selain harga ditawarkan juga berpatutan.

Seorang peniaga, Omar Aman, 61, berkata, gerainya mengalami kerosakan agak teruk apabila siling bocor dan reput selain dinding juga telah reput dimakan anai-anai.

"Saya telah berniaga di sini sejak hampir 20 tahun lalu dan ramai juga pelancong yang datang ke Melaka melalui jalan lama dari Seremban atau utara akan singgah makan di sini.

"Penduduk tempatan pula gemar makan di sini kerana lokasinya yang dekat dan mereka juga ada mengadu mengapa keadaan medan selera ini daif dan tidak dinaik taraf," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi peniaga, Norlizah Amzah, 43, berkata, dia sedia bekerja sama sekiranya MBMB bersetuju menaik taraf gerai yang disewa daripada pihak berkuasa tempatan itu pada harga RM112 sebulan.

"Malah, kalau gerai baru siap nanti, saya juga tidak kisah jika kadar sewa dinaikkan tetapi biarlah berpatutan dengan lokasinya yang terletak di kawasan kampung ini," katanya.

Seorang pelanggan di medan selera itu, Naimah Azizan, 25, berkata, medan selera itu menjadi destinasi tetapnya untuk menikmati makan tengah hari setiap hari bekerja.

"Saya bekerja di kawasan berhampiran, jadi tentulah medan selera ini menjadi pilihan kerana makanannya yang sedap dan harga yang berpatutan.

"Cuma saya rasa memang sudah sampai masanya MBMB menaik taraf medan selera ini yang dilihat tidak lagi sesuai status Melaka sebagai sebuah negeri maju," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

MPAG serbu empat premis jual barang lusuh

Posted:

MPAG serbu empat premis jual barang lusuh

MPAG serbu empat premis jual barang lusuh


PENGUAT Kuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengambil maklumat daripada seorang lelaki di premis membeli barangan lusuh di Alor Gajah, kelmarin.


ALOR GAJAH 30 Nov. - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menyerbu empat premis membeli barangan lusuh di sini semalam dalam usaha membanteras kegiatan membeli barang curi.

Setiausaha Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Shadan Othman berkata, hasil serbuan itu, pihaknya berjaya menemui sebatang paip pembetung milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) di sebuah premis tersebut di Pangkalan.

"SAMB yang turut menyertai operasi itu telah mengambil maklumat daripada pekerja di situ termasuk daripada siapa, mereka membelinya sebelum dikenakan tindakan lanjut.

"Operasi ini turut disertai 13 anggota termasuk daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water Konsortium (IWK) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi dilakukan susulan banyak aduan yang diterima daripada agensi terbabit tentang kehilangan harta benda mereka seperti penutup najis, kabel dan saluran paip yang dipercayai dijual kepada premis barangan lusuh.

Tambahnya, operasi dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari itu telah memeriksa empat premis barangan lusuh masing-masing dua di Pangkalan dan kawasan industri kecil dan sederhana (IKS) Kuala Inas.

"Namun hanya satu premis di Pangkalan dipercayai memiliki paip pembetung milik SAMB," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved