Khamis, 1 Disember 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Iskandar Malaysia patuhi piawaian

Posted:

Iskandar Malaysia patuhi piawaian

Iskandar Malaysia patuhi piawaian

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


JOSEPH Kurup bertanya sesuatu mengenai kraf tangan semasa Seminar Alam Sekitar Transformasi Cintai Alam Sekitar di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 30 Nov. - Kesemua projek pembangunan di Iskandar Malaysia adalah bebas daripada sebarang pencemaran termasuk jumlah pelepasan karbon dioksida yang sangat rendah.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, projek-projek mega di wilayah tersebut dibangunkan mengikut spesifikasi dan piawaian.

"Setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan negatif dan ini bermakna projek-projek itu dibangunkan dengan baik tanpa mencemarkan alam sekitar," katanya pada sidang akhbar selepas Seminar Alam Sekitar Transformasi Cintai Alam Sekitar di Pasir Gudang dekat sini hari ini.

Joseph berkata demikian bagi mengulas dakwaan pihak tertentu yang menyatakan projek-projek di Iskandar Malaysia mencemarkan alam sekitar serta tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan 350 buah kilang di kawasan perindustrian Pasir Gudang supaya mematuhi dan mengamalkan sistem yang mesra alam.

"Ia penting bagi memastikan pencemaran udara, air, sisa-sisa toksik, jerebu dan sebagainya berada pada tahap paling minimum," katanya dan meminta pihak industri turut menyedia program kesedaran alam sekitar untuk para pekerjanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), On Jabbar berkata, pihaknya melakukan pemantauan di semua kilang tersebut secara berkala dan berdasarkan aduan orang ramai bagi memastikan tiada pencemaran berlaku.

Menurutnya, MPPG merupakan satu-satunya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini yang mempunyai unit khas untuk memantau perkembangan alam sekitar kerana Pasir Gudang adalah kawasan perindustrian utama di selatan Semenanjung.

Beliau berkata, pihaknya juga berjaya mengawal kewujudan kilang-kilang haram di Pasir Gudang yang biasanya beroperasi untuk sementara waktu sahaja.

On memberitahu, sebanyak 20 notis dikeluarkan MPPG dalam tahun ini terhadap kilang-kilang yang melakukan pelbagai kesalahan tetapi semuanya tidak berlarutan sehingga ke mahkamah kerana pihak berkenaan mematuhi perintah MPPG.

Sekiranya berlaku sebarang kesalahan katanya, mereka akan didakwa di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang memperuntukkan denda antara RM2,000 sehingga RM10,000.

Full content generated by Get Full RSS.

Semangat 1Malaysia pada sambutan Deepavali

Posted:

Semangat 1Malaysia pada sambutan Deepavali

Semangat 1Malaysia pada sambutan Deepavali


Baderi Dasuki (tiga dari kiri) bersama pemimpin masyarakat setempat menyampaikan duit raya pada sambutan Deepavali di Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 30 Nov. - Semangat 1Malaysia jelas terserlah apabila lebih 1,500 penduduk pelbagai kaum dan agama menghadiri majlis sambutan Hari Deepavali Barisan Nasional Tenggara di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laksamana, di sini baru-baru ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Tenggara, Datuk Baderi Dasuki berkata, majlis bermula kira-kira pukul 8 malam itu mendapat sambutan menggalakkan dan kehadiran adalah melebihi anggaran asal, selain pelbagai juadah, mereka juga dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan artis terkenal.

"Ini menunjukkan sambutan rakyat khususnya di sekitar kawasan Tenggara terhadap konsep 1Malaysia adalah sangat menggalakkan dan ini terbukti apabila mereka menghadiri majlis hari ini bagi meraikan sambutan Hari Deepavali," katanya selepas majlis tersebut.

Turut hadir Pengerusi Parti Progresif Rakyat (PPP) Bahagian Tenggara, F. Thurayraju, Pengerusi MCS Bahagian Tenggara, Gan Ong Pin dan Pengerusi Gerakan Bahagian Tenggara, Albert Teo.

Baderi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti turut menyampaikan sumbangan perayaan kepada lebih 200 kanak bawah 15 tahun pelbagai kaum yang hadir pada majlis itu.

Ketua UMNO Bahagian Tenggara berkata, majlis itu adalah adalah satu cara untuk memperkukuhkan lagi hubungan dan keharmonian masyarakat setempat tanpa mengira perbezaan latar belakang.

Ujuarnya, sekali gus kejayaan itu menjadi bukti gagasan 1Malaysia menjadi amalan penduduk negeri ini dalam kehidupan rukun dan damai.

"Ia membuktikan konsep 1Malaysia diamalkan rakyat di negeri ini yang sentiasa hidup aman dan damai," katanya

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved