Sabtu, 23 November 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Oleh DHIYA

Utusan Online - Sukan Tempatan

Posted:

Utusan Online - Sukan TempatanIkuti berita penuh untuk ruangan Sukan Tempatan menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan Utusan Online - Sukan Tempatanhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan Problem Parsing :
Error #: -1072896760
Description: An invalid character was found in text content.
In file: file:///E:/utusan/html/today/Utusan_Malaysia.Sukan.xml
Source line: su_01.1.jpg500363su_01.small.jpg90100
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Bapa, anak dikhuatiri lemas jatuh ke laut ketika memancing

Posted: 23 Nov 2013 09:24 PM PST

Oleh AZIZI MAJID

JOHOR BAHRU 24 Nov. - Seorang bapa dan anaknya dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut semasa memancing di sebuah rumah rakit yang terletak kira-kira 800 meter dari jeti Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini semalam.

Kejadian berlaku pukul 5 petang ketika mangsa, Abdul Talib Mohd. Hadhari, 42, cuba menyelamatkan anaknya, Muhammad Taufik, 8, yang terjatuh sebelum kedua-duanya dihanyutkan arus deras.

Difahamkan, Abdul Talib yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di Pasir Gudang dan tinggal di Kampung Baru Sungai Redan, Ulu Tiram turut membawa anak perempuannya, Nurul Humairah, 11, dan dua rakan pergi memancing di kawasan berkenaan sejak pagi semalam.

Sementara itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Zainudin Sabani berkata, seramai 46 anggota termasuk unit skuba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri dan polis terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat itu. - UTUSAN ONLINE

Peniaga kuih maut ditikam rakan di Pasir Puteh

Posted: 23 Nov 2013 08:29 PM PST

PASIR PUTEH 24 Nov. - Seorang peniaga kuih maut selepas ditikam beberapa kali dengan objek tajam disyaki oleh rakannya dalam satu pergaduhan di Kampung Nara di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, Mohd Azizi Abdul Razak, 48, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh di sini.

"Mangsa ditikam bertalu-talu di rusuk, pinggang dan bahagian kaki dalam pergaduhan pada kira-kira 6 petang itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Pada mulanya, mangsa ditikam di rusuk kiri ketika bertengkar dengan suspek dalam sebuah kereta setelah beliau enggan keluar dari kereta berkenaan.

Sejurus keluar dari kereta sambil diikuti suspek, Mohd Azizi jatuh dan berlaku pergelutan dengan suspek hingga beliau ditikam bertalu-talu.

Mohd. Kamal berkata, polis telah mengenal pasti suspek yang berusia 38 tahun dan sedang mengesannya.

Sementara itu, isteri mangsa Zailiah Shafie, 39, ketika ditemui di hospital itu berkata, kali terakhir beliau menemui suaminya ialah 10 minit sebelum kejadian.

Beliau tidak menyangka pesanan supaya menjaga tiga anak mereka dan menyiapkan rumah yang sedang dibina adalah perbualan terakhirnya dengan suami.

Anak mangsa, Mohd Amer Farhan, 15, yang menuntut dalam Tingkatan Tiga di Maktab Rendah Sains Mara, Pasir Tumbuh, berkata beliau sempat berbual dengan bapanya ketika menonton televisyen di rumah mereka kira-kira 3 petang semalam.

"Saya tidak tahu bagaimana nasib kami sekeluarga selepas kematian bapa," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Jengka Sentral mula beroperasi

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

Kompleks Terminal Pengangkutan Bersepadu Jengka Sentral di Bandar Tun Abdul Razak Jengka mula beroperasi awal bulan ini.

MARAN 23 Nov. - Kompleks Terminal Pengangkutan Bersepadu Jengka Sentral yang dibina dengan kos kira-kira RM10 juta mula beroperasi sepenuhnya awal bulan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Datuk Wan Salman Wan Ismail berkata, sepatutnya Jengka Sentral dibuka sebelum Hari Raya Aidiladha lalu, tetapi ditunda berikutan terdapat kerosakan kecil di bahagian bumbung akibat ribut.

Katanya, pembukaan Jengka Sentral secara tidak langsung mengalu-alukan kehadiran tetamu dari seluruh negara sempena majlis konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang di sini baru-baru ini.

"Projek pembinaan Jengka Sentral yang bermula 1 Ogos 2011 diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda Kebangsaan pada Julai 2011.

"Terminal pengangkutan bersepadu Jengka Sental itu kini menjadi mercu tanda baharu Bandar Tun Abdul Razak Jengka sekali gus menjadi kebanggaan warga Jengka.

"Kompleks ini akan menjadi nadi perhubungan pengangkutan awam penduduk Bandar Tun Abdul Razak Jengka untuk ke bandar lain di seluruh negara dengan lebih cepat dan efisien," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, stesen bas dan teksi sementara di sini juga telah ditutup sebaik sahaja Jengka Sentral beroperasi.

Menurut beliau, peniaga di kompleks itu yang terdiri daripada peniaga asal dan penduduk tempatan juga telah melalui situasi baharu yang lebih berdaya saing.

Wan Salman berkata, projek yang dilaksanakan itu adalah manifestasi kepada keikhlasan Perdana Menteri untuk mentransformasikan Bandar Tun Abdul Razak selari dengan kepesatan negara.

Katanya, Jengka Sentral yang mempunyai reka bentuk menarik seperti kapal angkasa itu menjadi pintu masuk utama ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka membabitkan orang ramai termasuk lebih 10,000 warga UiTM Jengka.

"Lebih menarik satu lagi projek besar yang telah memulakan pelaksanaannya pada 1 April tahun ini ialah Kompleks Sukan atau Stadium Felda bernilai RM87.9 juta yang dijangka siap pada 31 Mac 2015," ujarnya.

Jelas beliau, Stadium Felda di Bandar Tun Abdul Razak Jengka sangat ditunggu-tunggu warga Felda kerana merupakan satu kebanggaan untuk mereka dapat memiliki stadium sendiri.

Peniaga digesa segera daftar dengan SSM

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

RAUB 23 Nov. - Peniaga dan penjaja yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) digesa berdaftar segera dengan agensi itu bagi membolehkan mereka mendapat Skim Perlindungan Insurans Peniaga dan Penaja.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin (gambar) berkata, hanya mereka yang berdaftar dengan SSM akan menikmati skim perlindungan terbabit.

Katanya, skim insurans itu turut membabitkan peniaga kecil lain seperti penjual kuih, peniaga ikan dan peniaga nasi lemak.

"Kerajaan menyasarkan kira-kira sejuta peniaga dan penjaja didaftarkan sebelum akhir tahun ini di seluruh negara.

"Skim itu bertujuan memberi perlindungan kepada mereka yang ditimpa kemalangan semasa menjalankan perniagaan yang turut meliputi bayaran kos perubatan serta pendapatan kepada mereka yang terbabit kemalangan," katanya kepada pemberita selepas menemui peniaga kecil di Gali Dong di sini kelmarin.

Menurut beliau, sebahagian besar peniaga dan penjaja di negeri ini tidak mempunyai perlindungan insurans dan jika adapun hanya skim insurans perlindungan nyawa.

Katanya, mereka yang tidak mempunyai skim perlindungan kemalangan akan menghadapi pelbagai kesulitan jika terlibat dalam insiden.

Beliau berkata, skim perlindungan insurans itu diberikan kepada peniaga terbabit kerana kerajaan prihatin dengan nasib mereka jika terlibat dalam kemalangan.

Persiapan terbaik sambut TMM 2014

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

KUANTAN 23 Nov. - Kerajaan negeri sudah melakukan segala persiapan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) termasuk menampilkan 10 ikon pelancongan Pahang bagi menyambut ketibaan jutaan pelancong dari dalam dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, sehubungan itu, pihaknya optimis sasaran kehadiran 10.5 juta pelancong pada tahun hadapan mampu dicapai menerusi pelbagai promosi yang diatur.

"Kita telah mempersiapkan dari segala sudut meliputi mereka yang gemar aktiviti santai hinggalah kepada aktiviti lasak yang disediakan semua ikon pelancongan kita bermula dari Pulau Tioman, Rompin sampailah ke Cameron Highlands.

"Segala persediaan ini tidak hanya dibuat untuk menerima pelancong asing malah juga untuk menerima kunjungan pelancong tempatan," katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran risalah pelancongan berbasikal di Kampung Pantai Sepat dekat sini baru-baru ini.

Sempena program itu, turut berlangsung acara berbasikal melibatkan 150 peserta bermula dari kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan berakhir di kampung tersebut.

Selepas tiba di Kampung Pantai Sepat, para peserta melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid, pantai dan menanam pokok di sekitar lokasi berkenaan.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Mengenai program itu, beliau berkata, risalah pelancongan berbasikal tersebut mengandungi empat buah pakej yang menampilkan laluan berbasikal di sekitar negeri ini termasuk Kuantan, Raub, Pekan, Temerloh dan Bentong.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kenderaan menteri Syria diserang, pemandu terbunuh

Posted: 23 Nov 2013 09:44 AM PST

DAMSYIK 24 Nov. - Kereta Menteri Hal Ehwal Perdamaian Nasional Syria, Ali Haidar diserang lelaki bersenjata yang mengakibatkan pemandunya terbunuh, semalam namun beliau terselamat selepas tidak berada di dalam kenderaan tersebut.

"Menteri Hal Ehwal Perdamaian Nasional Syria, Ali Haidar terselamat daripada cubaan bunuh dalam kejadian di jalan Masyaf-Qadmus manakala pemandunya terbunuh, lapor stesen televisyen negara ini.

Tambah laporan itu, Haidar tidak berada di dalam kenderaan semasa kejadian itu. Masyaf berada di wilayah tengah Hama manakala Qadmus berada di wilayah Tartus. - AFP

Mesir usir duta Turki

Posted: 23 Nov 2013 09:44 AM PST

KAHERAH 24 Nov. - Mesir semalam mengumumkan pengusiran duta Turki ke negara ini, kemelut terbaharu hubungan diplomatik kedua negara yang bermula selepas tentera menggulingkan bekas Presiden, Mohammed Mursi pada Julai lalu.

Keputusan Kaherah menghantar Duta Turki, Huseyin Avni Botsali kembali ke negaranya adalah sebagai reaksi kepada ucapan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan Khamis lalu yang mengkritik tindakan pihak berkuasa Mesir ke atas penyokong Mursi.

Sementara itu, Kementerian Luar Turki berkata, mereka akan mengambil tindakan serupa seperti mana yang dilakukan Mesir. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Seniman: Zed Zaidi sedia pegang jawatan semula

Posted: 22 Nov 2013 11:57 PM PST

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Bekas presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, 33, bersedia menjadi pemimpin persatuan itu semula sekiranya mendapat mandat baharu daripada ahli persatuan.

Ujarnya, dia akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pembatalan Mesyuarat Agung (AGM) Seniman kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu sekali gus menyebabkan dirinya bukan lagi presiden persatuan tersebut.

"Saya akur dengan keputusan mahkamah dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

"Saya juga tidak menolak untuk menerajui persatuan ini sekiranya dipilih sekali lagi untuk menjadi presiden pada AGM yang bakal diadakan dalam tempoh kira-kira dua bulan," ujarnya.

Zed berkata demikian pada majlis sidang akhbar yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) hari ini, yang dihadiri lebih 50 ahli persatuan itu yang turut menyatakan sokongan mereka.

Pada 21 November lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan pembatalan AGM ke-14 yang menyaksikan keseluruhan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman terbubar secara automatik sebelum pelantikan semula diadakan. - UTUSAN ONLINE

Berlayar bersama Pak Nil

Posted: 23 Nov 2013 05:08 AM PST

KEHIDUPAN seorang pengamal media sangat sinonim dengan kesibukan mengejar tarikh akhir menghantar tugasan. Justeru, peluang untuk bekerja sambil bercuti tidak akan dilepaskan.

Bak kata orang, sambil menyelam, minum air. Begitulah yang dirasai penulis apabila berpeluang mengikuti program pelayaran Star Cruises ke Phuket dan Krabi di Thailand.

Program anjuran Star Cruises, Malaysian Harmony Tour & Travel (MHTT) dan Santai Travel yang dinamakan Media Fam Trip itu bertujuan memperkenalkan pakej mesra Muslim di atas kapal persiaran.

Menariknya, pakej itu telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pakej empat hari tiga malam itu memberi peluang kepada kami untuk merasai sendiri pengalaman bercuti di atas kapal persiaran mewah iaitu Star Cruise Superstar Libra yang berwajah baharu setelah menjalani proses ubah suai.

Percutian berkenaan tambah menarik apabila pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi (Pak Nil) meluangkan masa untuk bersama wakil media dan peminatnya sepanjang pelayaran tersebut.

Perjalanan yang bermula dari Pulau Pinang itu seolah-olah tidak terasa apabila pelbagai aktiviti sampingan diadakan seperti sesi beramah mesra bersama Pak Nil, sukaneka, majlis makan malam gala serta sambutan ulang tahun Pak Nil yang ke-51.

Kami turut berpeluang untuk merasai kek yang dibuat sendiri oleh Pak Nil yang diberi nama Kekwat sehari sebelum pelayaran bermula.

Hari berikutnya kumpulan media dibawa menerokai Phuket dan berkunjung ke beberapa destinasi terkenal seperti Kilang Gajus Sri Burapa, Perkampungan Gajah, Promthep Cape, Patong dan pusat beli-belah Jungceylon.

Krabi merupakan destinasi seterusnya dan semua peserta berpeluang merakamkan gambar keindahan pantai serta bersantai di Ao Nang sebelum membeli-belah di Krabi Outlet Village yang menawarkan barangan berjenama pada harga yang jauh lebih rendah.

Kami juga berkesempatan untuk menghadiri majlis makan malam gala bersama kapten kapal serta pembantu kanannya yang mesra melayan kerenah peserta yang ingin bergambar.

Percutian berkenaan berakhir dengan majlis perpisahan yang dibuat di ruang terbuka di atas kapal sebelum majlis makan malam. - AZRIN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Suara ulama semakin terpinggir?

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

Oleh Zulkiflee Bakar

HARUN Taib berucap dalam Muktamar Dewan Ulama Pas di Shah Alam Khamis lalu.

APABILA kumpulan pro ulama dikatakan membuat kesepakatan untuk meletakkan seorang calon sahaja bagi kerusi Timbalan Presiden, ramai yang meramalkan penyandang jawatan itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu akan tumbang.

Andaian yang dibuat ialah pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-59 ini tidak akan berlaku pecahan undi bagi golongan pro ulama seperti tahun 2011 apabila Mat Sabu menduduki jawatan itu selepas menewaskan dua calon ulama iaitu, Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun jangkaan itu ternyata meleset, Mat Sabu kekal sebagai orang nombor dua Pas apabila berjaya mengetepikan pencabar tunggalnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd.Amar Nik Abdullah dengan majoriti 98 undi.

Populariti ternyata memberi kelebihan kepada Mat Sabu memandangkan Mohd.Amar dilihat pemimpin di peringkat negeri sahaja.

Biar pun 'diserang' habis-habisan dalam blog dan media sosial sehingga beliau menganggap inilah kali pertama beliau melihat kempen pemilihan paling buruk dalam Pas namun semua itu tidak menghalang Mat Sabu untuk mencapai kemenangan.

Sama ada Mat Sabu menang 98 undi atau 21 undi seperti mana tahun 2011, beliau tetap pemenang dan berhak menjadi Timbalan Presiden Pas, tidak kira berapa pun jumlah undi yang diperolehi Mohd.Amar.

Bagi Mohd.Amar pula, ini merupakan kekalahan ketiga dalam usahanya untuk menduduki salah satu jawatan tertinggi dalam Pas. Sebelum ini, beliau pernah mencuba sebanyak dua kali untuk kerusi Naib Presiden tetapi tewas.

Sebab itulah, ada yang melihat Mohd.Amar memasuki gelanggang merebut jawatan Timbalan Presiden dalam keadaan rekod yang tercalar berbanding Mat Sabu.

Harapan penyokong golongan ulama sebenarnya kepada Tuan Ibrahim tetapi beliau mengambil keputusan untuk bertanding Naib Presiden sahaja biar pun dikatakan memperolehi pencalonan lebih banyak berbanding Mohd.Amar bagi jawatan Timbalan Presiden.

Sementara Tuan Ibrahim diramalkan tidak akan menghadapi masalah untuk menduduki salah satu kerusi Naib Presiden yang akan diumumkan hari ini, ramai tertanya-tanya apa akan berlaku kepada perjuangan ulama dalam Pas.

Ia memandangkan perwakilan dan ahli Pas ternyata mempunyai pertimbangan tersendiri dalam soal perjuangan politik parti itu.

Sebab itulah, dalam senarai Ahli Jawatankuasa Pas pusat yang terpilih, kumpulan ulama tidak sampai 10 orang. Antara yang terpilih termasuklah dua bekas pemimpin Dewan Pemuda Pas pusat iaitu Nasrudin Hassan dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Walaupun barisan kepimpinan yang terpilih tidak akan meminggirkan golongan ulama namun apa yang menjadi persoalan ke manakah haluan golongan itu selepas ini?

Ia memandangkan mereka tidak mempunyai kekuatan politik yang begitu jitu bagi menentukan hala tuju perjuangan Pas selepas ini. Sebaliknya, agenda politik parti tersebut ini dilihat akan ditentukan sepenuhnya oleh golongan profesional atau lebih popular digelar 'Anwarinas'.

Situasi ini juga akan memungkinkan peranan Dewan Ulama dan Majlis Syura Pas dilihat tidak lebih daripada pelengkap organisasi sahaja.

Kenyataan tegas golongan ulama sebelum ini yang mahu tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikaji semula dikatakan turut menjadi punca calon golongan ulama gagal mencapai kejayaan diharapkan.

Tindakan Dewan Ulama itu dikatakan mengecewakan banyak pihak dalam Pas yang berpendapat jika mahu menawan Putrajaya mereka perlu meneruskan kerjasama dengan kedua-dua parti tersebut.

Malah ada antara mereka begitu bangga menganggap melalui tahaluf siyasi, Pas mampu menawan Kedah dan Perak pada tahun 2008, mempertahankan Kelantan dan berkongsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang sehingga ke hari ini.

Selain itu, mereka juga berhujah bahawa Pas semakin diterima oleh bukan Islam kerana kerjasama tersebut, justeru kenapa golongan ulama memadai-madai mahukan ia dikaji semula?

Ternyata, biar pun dilayan seperti pak turut dan melukut di tepi gantang dalam pakatan pembangkang, namun sebahagian ahli-ahli Pas tidak peduli, apa yang penting mereka mahu meneruskan keterujaan untuk bersama PKR dan DAP bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Mungkin atas sebab itu jugalah, Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib telah dikecam dan dicerca dalam laman-laman sosial sehingga ada ahli Pas tergamak menuduh golongan ulama 'gila kuasa'.

Golongan ulama turut dikaitkan dengan usaha mengadakan kerjasama dengan UMNO biar pun Dewan Ulama sudah menegaskan bahawa seruan supaya tahaluf siyasi disemak adalah bertujuan untuk menilai apakah keuntungan secara keseluruhan terutamanya kepada Islam.

Bagaimanapun niat murni golongan ulama ini tidak dipertimbangkan dengan telus dan ia terbukti apabila dalam sesi perbahasan majoriti perwakilan seolah-olah tidak berani untuk mengkritik layanan PKR dan DAP terhadap Pas.

Sebaliknya, semua lebih selesa mahu ia diperteguhkan dengan andaian sudah banyak keuntungan politik yang Pas perolehi.

Berikutan keputusan dalam pemilihan Pas kali ini, mana-mana pihak juga tidak boleh mengharapkan apa-apa lagi kepada perjuangan golongan ulama dalam parti itu.

Tambahan pula, sebelum ini usul Dewan Ulama yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamarnya pada Khamis lalu iaitu memasukkan satu fasal yang memperuntukkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan sekurang-kurangnya salah seorang Naib Presiden terdiri daripada ulama, tidak mendapat sambutan mana-mana pihak dalam Pas.

Ia secara langsung memberi isyarat kepada golongan ulama bahawa suara mereka semakin terpinggir dalam parti itu biarpun golongan itulah selama ini yang bertanggungjawab memperkasakan Pas. Apa pun, kita harus menghormati keputusan yang dibuat oleh perwakilan dan mengakui keterujaan ahli-ahli Pas untuk menampilkan satu barisan kepimpinan yang akan mampu memenuhi impian mereka untuk bersama-sama PKR dan DAP menawan Putrajaya.

Kalau selepas ini Pas akan terus dilayan sebagai 'penumpang' dalam pakatan pembangkang terima sahajalah kerana itu kehendak ahli-ahli parti tersebut. Oleh itu tidak keterlaluan untuk kita menyatakan tidak payahlah Pas bermimpi melaksanakan hukum hudud termasuklah di Kelantan kerana ia akhirnya akan menjadi retorik politik semata-mata dan sekadar 'hiburan' untuk berbahas di muktamar parti tersebut.

Ini kerana kita percaya dan yakin DAP serta PKR tidak akan memberi laluan mudah kepada Pas untuk berbuat demikian. Setakat ini apa yang kita saksikan, hanya Pas yang ibarat 'syok sendiri' dalam soal hukum hudud dan lebih selesa untuk menuding jari kepada UMNO dan kerajaan BN jika ia tidak dapat dilaksanakan.

Dengan semakin kurangnya suara golongan ulama dalam penentu agenda politik Pas berikutan keputusan pemilihan semalam, maka apa juga agenda parti tersebut selepas ini sudah pasti memerlukan restu daripada PKR dan DAP. Tetapi tidak mengapalah kerana pemimpin, ahli dan penyokong Pas tidak mahu menerima pandangan orang di luar parti tersebut termasuklah media.

Bagi mereka, orang luar hanya bertujuan untuk mengkucar-kacirkan parti itu dan cuba memecah belahkan perpaduan pakatan pembangkang. Oleh itu, berilah peluang dan ruang kepada barisan baru kepimpinan Pas untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Apa yang pasti, keputusan pemilihan kali ini sudah jelas membuktikan bahawa suara golongan ulama semakin dan akan terus 'terhakis' di dalam Pas.

Bagaimanapun sebagai salah seorang yang bertanggungjawab mencetuskan idea kepimpinan ulama dalam Pas, Mat Sabu tentulah memahami sentimen yang wujud berikutan apa yang berlaku. Tambahan pula beliau sudah berjanji, pihaknya akan meneruskan usaha mengukuhkan pakatan pembangkang berdasarkan usul-usul yang diluluskan dalam muktamar tersebut.

Dan untuk rekod, antara usul yang diluluskan tanpa bahas ialah, ''Dewan Ulama Pas Pusat mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatankuasa Pas pusat mewujudkan khusus bagi mengkaji, menyemak serta menilai kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan pendekatan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syariah dengan tujuan penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat untuk lonjakan PRU-14.''

Adakah ini akan dilaksanakan? Terserahlah kepada barisan baru kepimpinan Pas menentukannya. Yang pasti orang Melayu di luar Pas sedang memerhati dan sebahagian besar mereka percaya keputusan pemilihan kali ini memungkinkan bak kata seorang teman dalam parti itu selepas keputusan diumumkan, ''Orang Pas memilih, ahli PKR dan DAP yang bertepuk gembira.' 'Apakah maksudnya, fikirlah sendiri.

DAP sudah jauh menyimpang

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

TINDAKAN bekas Naib Pengerusi DAP, ZULKIFLI MOHD. NOOR mengumumkan peletakan jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri berkuatkuasa serta-merta bulan lepas telah menambahkan lagi kekusutan parti itu.

Umpama telur tembelang yang tidak boleh ditutup lagi, kisah mengenai kecelaruan dan perpecahan dalam DAP memasuki episod parah. Kepada wartawan Mingguan Malaysia, KASTHURI JEEVENDRAN beliau meluahkan perasaan kurang senang terhadap parti itu yang didakwanya semakin lupa diri.

DAP sudah lain sejak menang pada PRU 2008 dan 2013. Sudah bongkak. Daripada demokratik dan sosial, sudah jadi parti kapitalis. Dari makan di gerai-gerai kecil, kini sudah pandai menjamu selera di hotel-hotel lima, tujuh bintang.

Dari gelaran 'saudara' sesama sendiri, kini haruslah dipanggil Yang Berhormat. Tangisan si miskin sudah tidak didengar, yang kedengaran hanyalah gelak ketawa si kaya raya. Ini adalah DAP sekarang. Ini bukanlah parti yang pernah saya bersama selama 26 tahun," katanya.

BOLEH ceritakan penglibatan anda dalam DAP?

ZULKIFLI:Saya mula berjinak-jinak dengan DAP kerana pengaruh Allahyarham Ahmad Noor sekitar 1986 dan membuat keputusan untuk menjadi ahli seumur hidup pada 1993. Sebelum itu saya ialah pegawai kerajaan dalam Kementerian Pertahanan. Saya menjadi tentera selama 21 tahun malah pernah dihantar menjadi diplomat di London selama lima tahun sekitar 70-an. Selama saya dalam DAP, saya sudah tiga kali bertanding pada pilihan raya umum tetapi saya diberi kerusi yang tidak selamat bagi orang Melayu. Selalunya saya akan bertemu dengan calon lawan hebat-hebat dan sukar ditandingi. Antaranya, anak mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu bagi kerusi Bayan Lepas. Saya juga pernah bertanding dengan Pengerusi MCA negeri dan kali ketiga pula dengan Setiausaha Agung Gerakan.

Saya tidak faham mengapa saya perlu berdepan dengan 'gergasi-gergasi politik' seperti mereka sedangkan DAP juga mempunyai ahli politik yang hebat-hebat ketika itu. Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Masing-masing lebih berani bertanding di kerusi-kerusi selamat. Apabila saya bertanya kepada mereka, jawapan mereka sama sahaja. Anda hebat, anda sahaja yang layak lawan dengan mereka, hanya anda 'gergasi' kepada DAP. Walaupun pada hakikatnya, seorang Melayu seperti saya tidak boleh menang di kawasan orang Cina. Berkali-kali saya beritahu mereka, ini adalah strategi yang salah. Namun demi cinta kepada parti, saya akur juga akhirnya. Saya pernah terfikir malah bersuara, mengapa tidak pengerusi di peringkat nasional atau negeri seperti Kit Siang dan Karpal lawan 'gergasi' seperti Tun Abdullah Badawi atau Anwar Ibrahim di Permatang Pauh namun mereka tidak berani. Secara demokratik, ini tidak betul.

Tapi siapa kisah apa yang betul dan salah sebenarnya? Janji agenda dan kepentingan peribadi masing-masing dapat dilaksanakan. Pilihan raya yang lalu pula, saya tidak diberikan kerusi, mungkin kini mereka yakin tanpa saya pun mereka boleh menang berikutan tsunami penolakan rakyat lebih kepada mereka. Kali ini saya tidak diberi kerusi kerana saya rasa (pandangan peribadi) saya mungkin akan menang. Jika menang, nak tak nak mereka terpaksa beri jawatan exco dan sebagainya. Saya pula bukan jenis yang memihak pada sesiapa. Saya lantang dan akan mengkritik apa yang salah. Sikap saya akan membuat mereka hilang arah. Baik diamkan saya dari awal.

Kenapa anda membuat keputusan keluar dari DAP setelah sekian lama berjuang di dalam parti itu?

ZULKIFLI: Saya tidak pernah tinggalkan DAP. Saya masih ahli yang sah dalam DAP. Perjuangan saya dalam parti itu sudah menjangkau lebih 26 tahun. Apabila sudah terlalu kecewa dengan kepimpinan dan prinsip DAP yang pada asalnya sosial demokratik namun berubah kepada kapitalis apabila memegang 'sedikit' kuasa pada tsunami 2008, saya meletakkan semua jawatan dalam parti dan peringkat negeri. Saya sudah tidak tahan. Antara jawatan tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru, Ahli Jawatankuasa DAP negeri dan Pengarah Penang Global Tourism.

DAP sudah lain sejak menang pada PRU 2008 dan 2013. Sudah bongkak. Daripada demokratik dan sosial, sudah jadi parti kapitalis. Dari makan di gerai-gerai kecil, kini sudah pandai menjamu selera di hotel-hotel lima tujuh bintang. Daripada gelaran 'saudara' sesama sendiri, kini haruslah dipanggil Yang Berhormat. Tangisan si miskin sudah tidak didengar, yang kedengaran hanyalah gelak ketawa si kaya raya. Ini adalah DAP sekarang. Ini bukanlah parti yang pernah saya bersama selama 26 tahun. Kekecewaan inilah yang menyebabkan saya jauh hati, saya sakit hati sehingga tidak mahu menjawat apa-apa dalam parti. Bukannya suara veteran dan Melayu seperti saya didengari pun. Jawatan hanya untuk mengaburi mata dan hati umum.

Ada pihak mengatakan anda kecil hati kerana dipinggirkan?

ZULKIFLI: Selama ini pun, saya hidup dengan duit pencen saya, bukan gaji yang di bayar oleh DAP. Ada juga desas-desus dari dalam yang mengatakan saya bersuara kini kerana tidak puas hati dengan jawatan yang diberikan dan elaun yang diberikan oleh parti atau kerajaan negeri. Jangan memandai-mandai membuat tuduhan. Yang buat tuduhan itu, sila berdepan dengan saya, saya ialah antara orang yang telah berkorban wang, masa dan keselesaan diri demi parti. Sebagai kaunselor, saya hanya dibayar sebanyak RM700 yang saya berhabis untuk bil telefon sahaja. Saya tidak mendapat apa-apa daripada jawatan itu. GLC yang saya sebagai pengerusi selama lima tahun tidak pernah dibayar sesen pun. Tetapi beberapa pemimpin lain yang memegang pelbagai jawatan nasional dan kerajaan negeri pula, hidup mewah dengan elaun-elaun yang berpuluh ribu.

Ini dinamakan keadilan? Saya lebih tahu apa yang berlaku di sekeliling saya, janganlah cuba perbodohkan saya. Janganlah hantar 'budak-budak hingusan' untuk menyoal kelantangan saya akhir-akhir ini. Saya berhak kerana saya masuk dalam DAP kerana percayakan prinsip parti. Apa yang saya tahu, selepas tsunami 2008, semuanya telah berubah. Selama ini kami membangkang apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Apa yang tidak betul, semuanya kita bangkang. Apa yang kini kita lakukan (DAP)? Kita memerintah dan menerajui jauh lebih 'teruk' daripada mereka. Mengapa begini? Sekiranya kita ke Putrajaya, apa yang akan terjadi? DAP tidak akan mempunyai pemimpin seperti saya yang telah berjuang untuk negara dan parti namun seperti biasa, agenda mereka lebih penting dan bukannya kita.

Sebagai antara beberapa kerat orang Melayu di dalam DAP, bagaimana anda melihat kesungguhan parti ini memperjuangkan nilai-nilai demokratik dan hak orang Melayu selama ini, atau ia umpama nilai 50 sen sahaja?

ZULKIFLI: Mana ada hak dan nilai orang Melayu dalam DAP? Tidak ada. DAP tidak lagi sosialis demokrat sejak memerintah Pulau Pinang kerana dulu kita (pemimpin DAP) sentiasa bersama rakyat. Tidak kira agama bangsa. Minum air tebu, tau foo fah, cendol di tepi jalan, panggil semua saudara. Hubungan kekeluargaan rapat. Tapi kini, mereka makan di Hotel G, Equatorial, Traders dan sebagainya. Adakah ini perjuangan asal kita? Kita mula berdamping dengan orang-orang kaya sahaja. Dalam parti pun berdamping dengan orang kaya, luar parti juga begitu. Tangisan orang bawah, seperti peniaga kecil (rata-ratanya Melayu dan India) sudah tidak kedengaran. Malah tindakan-tindakan drastik diambil terhadap mereka. Adalah satu kenyataan orang Melayu dan India ditindas di Pulau Pinang.

Mengapa ini terjadi? Kalau orang Melayu boleh mereka tindas, kaum minoriti lain terutamanya kaum India akan kena tempias. Contohnya, dalam tempoh lima tahun ini, peluang pelaburan yang sering menjadi kebanggaan DAP, sekitar RM9 billion hingga RM 20 billion ini diberikan kepada mereka? Berapakah gerai-gerai orang miskin ini dinaik taraf lebih baik? Yang bertaraf antarabangsa seperti Singapura, yang ada cuma gerai-gerai peninggalan BN yang DAP naik taraf sedikit. Bagaimana pula dengan gerai-gerai baru? Usahlah bercakap tentang peniaga-peniaga kecil, rumah mampu milik pun tidak mampu dimiliki. Yang ada semuanya berjuta harganya dan tidak mampu dimiliki. Apakah survival Melayu? Nasib Melayu dalam DAP seperti 'melukut di tepi gantang' sahaja. Demi retorik slogan pelbagai kaum, Malaysian Malaysia.

Apabila saya bercakap sesuatu tentang orang Melayu, mulut saya akan ditutupkan sama ada dengan 'gag order' (arahan jangan bercakap) atau beberapa pemimpin tertinggi pernah menyatakan hal orang Melayu perlulah dibiarkan sahaja kepada PKR dan Pas untuk tangani. Ia bukan hal DAP. Jadi slogan DAP untuk berbilang kaum hanyalah omong kosong. Saya juga baru-baru ini tidak dibenarkan berceramah atau bercakap dengan sesiapa kerana terlalu menyoal kepincangan parti. Kalau demokratik, haruslah dibenarkan bersuara secara demokratik juga. Adakah kerana saya Melayu? Kadang-kadang saya rasa pekerja asing di negara ini nasib mereka jauh lebih baik daripada orang Melayu atau India. Mengapa begitu, pekerja asing ini mampu menghantar beribu ringgit untuk keluarga mereka di sana, kita di sini bolehkah memberi keluarga kita sebanyak itu? Sebelum menang pada pilihan raya, pembangkang begitu gah dalam janji dan manifesto, mampu memperbaiki hidup kita. Mengapa sekarang tidak lagi, bukankah sebagai pembangkang yang kini pemerintah, perubahan yang dijanjikan harus dilakukan? Rata-rata kami dalam DAP hanyalah boneka untuk pemimpin tertentu.

Jelas sekali orang Melayu tidak mendapat tempat dalam DAP, apakah ia berlaku kerana terlalu berkiblatkan negara asing?

ZULKIFLI: DAP bukan tempat berteduh orang Melayu. Tidak sesekali tertipu. Saya ingin tanya, selama ini mengapa kerajaan negeri Pulau Pinang sering berkunjung bagi tujuan pelaburan ke negara-negara seperti Hong Kong, China, Korea Selatan dan Taiwan sahaja? Mengapa semua yang ada di sana diciplak' ke sini? Mengapa tidak ke negara Islam? Timur Tengah? India? Pakistan? Mengapa begitu? Katanya berbilang kaum bukan? Mengapa anjur lawatan ke negara-negara ini sahaja? Mengapa hanya membawa masuk budaya mereka ke sini? Mengapa tidak berkunjung ke negara Islam dan memahami budaya dan cara mereka berfikir pula? Bukankah kononnya perjuangan DAP juga untuk membela orang Melayu dan Islam? Mana datangnya budaya cukur kepala ini sebagai tanda protes? Ini budaya kitakah? Perjuangan DAP bukanlah berbilang kaum sebaliknya perkauman cauvinis dan kapitalis.

Bagaimana pandangan anda tentang tokoh yang kini membentuk dinasti dalam parti iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng?

ZULKIFLI: Idola saya satu ketika dulu ialah Kit Siang dan semangatnya untuk membawa perubahan kepada rakyat di negara ini. Saya juga sangat menghormati mendiang P. Patoo dan Allayarham Ahmad Noor yang banyak mengajar saya tentang budaya politik. Namun Kit Siang telah mengecewakan saya selepas 2008. Semuanya telah berubah. Saya begitu harapkan Kit Siang akan membawa bendera perjuangan kita. Perjalanan kami dalam DAP selama puluhan tahun ini sebenarnya sangat sukar. Dan apabila menang, sudah tentu saya mengharapkan kepada perubahan yang telah menjadi wawasan kami. Namun saya kecewa dengan sikap Kit Siang. Warna sebenar Kit Siang terserlah. Perjuangan Malaysian Malaysia itu tidak benar. Semuanya cauvinis. Dan kini, beliau juga antara yang tidak sukakan saya bersuara lantang kepada umum.

Kit Siang sebenarnya ialah kekuatan kepada anaknya, Guan Eng. Apa yang telah dibina oleh Kit Siang selama ini seolah-olah untuk anaknya. Guan Eng tidak mempunyai kelebihan, kebolehan atau keistimewaan berbanding ramai pemimpin lain dalam parti termasuk saya. Bapanya sahaja kekuatan buat dirinya. Tiga kelebihan Guan Eng hanyalah, pertama beliau seorang berkelulusan akauntan dari segi akademik, tetapi saya ada 10 kelulusan akademik berbandingnya. Kedua, pernah masuk penjara tetapi saya sudah lawan dengan komunis, saya pernah terlibat dengan 13 Mei secara langsung dan pernah ke Sarawak lawan konfrontasi Indonesia. Ketiga dan lebih penting, bapanya Kit Siang. Tidak lebih daripada ini. Sikap bongkak Guan Eng mentadbir Pulau Pinang yang sememangnya sudah maju kerana usaha Gerakan dan BN selama puluhan tahun.

'Tokong' yang sering menjadi gelaran buatnya sebenarnya sangat sesuai berikutan sikap sombong yang keterlaluan. Beliau rasa Pulau Pinang itu kepunyaan mereka. Sudah ramai pemimpin yang menegurnya namun apakan daya, sekali ditegur, habislah karier mereka dalam politik. Guan Eng adalah 'rejected item' dari Melaka yang melompat ke Pulau Pinang. Semua orang di Melaka tahu itu. Sifat bongkak ini akan membawa kepada kehancuran satu hari nanti. Saya sangat pasti. Terperangkaplah orang di Pulau Pinang dengan pemerintahan ala kapitalis ini. Guan Eng dengan senang-lenang mengambil segala kredit pujian yang telah dibina oleh pemimpin lain. Pulau Pinang yang anda lihat hari ini bukanlah Pulau Pinang yang dibina oleh DAP tetapi Gerakan dan BN. Itulah kebenaran dan hakikat sebenar.

Bagaimana pula anda melihat kerjasama antara DAP, PKR dan Pas. Apakah ia satu kerjasama yang hanya dibentuk atas prinsip mahukan kuasa atau bagaimana?

ZULKIFLI: Kerjasama mereka ini olok-olok sahaja demi kuasa memerintah negara ini. Keinginan ke Putrajaya. Tidak pernah ada kerjasama antara mereka terutamanya di peringkat negeri. Mungkin pemimpin di peringkat nasional mempunyai sedikit persamaan dan persetujuan antara mereka namun hakikatnya di peringkat negeri semuanya kucar-kacir. Bayangkan mesyuarat antara ketiga-tiga parti peringkat negeri selama memerintah Pulau Pinang hanya tiga kali dalam tempoh lima tahun. Pas lebih banyak memberi daripada menerima manakala DAP dianggap lebih dominan. Mengapa ketika Barisan Alternatif, DAP boleh keluar daripada Pas tetapi kini tidak dalam Pakatan Rakyat?

Sejarah telah membuktikan. DAP tarik diri daripada bekerjasama dengan Pas dulu kerana tidak boleh menerima polisi dan dasar Pas. Mengapa pula kini tidak boleh walaupun menolak pelbagai perkara? Daripada langkah mayat 'Karpal', mengapa tidak keluar sahaja kerana tidak setuju dengan hudud? Jawapannya hanya satu, menawan Putrajaya. Islam bukan lagi tunjang atau persoalan, yang penting kuasa. Sekiranya keluar, kuasa memerintah bagaimana kerana masing-masing memegang kuasa dan negeri masing-masing. Ini mendukacitakan kita. Pas juga seolah-olah sudah lari daripada perjuangan asal. Usahlah tertipu dengan ideologi Pakatan Rakyat. Saya mohon kepada Pas supaya segera kembali kepada prinsip dan pegangan asal yang bertunjangkan Islam dan Melayu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Tanda ingatan buat seorang teman

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

SETIAP orang mempunyai alasan tersendiri untuk membina blog. Begitu juga dengan Mahadir Mohamed Arifin, 29, yang membina laman web Maha Mahu .Com semenjak 2010.

Menurut anak kelahiran Temerloh, Pahang itu, laman web tersebut dibina sebagai tanda ingatan buat seorang teman sebilik ketika menuntut di Universiti Kuala Lumpur yang telah pulang ke pangkuan Ilahi.

Biarpun saban hari temannya itu sering bercerita mengenai blog yang dibina, katanya, dia selalu membuat endah tidak endah sahaja.

Setelah mengetahui temannya itu menghidap penyakit barah, akui Mahadir, barulah dia mula menunjukkan minat terhadap dunia blog.

Dengan tunjuk ajar daripada temannya itu, maka wujudlah laman web, www.mahamahu.com yang kini telah mempunyai lebih daripada 3,000 pengikut. - LYNN/WAHIDIN SALIM

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


YAS: Hapuskan Ayahanda palsu

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
badrul.isa@utusan.com.my

Syed Husain Al Shahab ketika berucap dalam Majlis Perasmian Seminar Kepimpinan Ayahanda-ayahanda SeMalaysia Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Yayasan Ayahanda SeMalaysia (YAS) mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas menerusi Op Cantas Khas terhadap pertubuhan-pertubuhan Ayahanda palsu ataupun individu menggelar diri sebagai Ayahanda yang terlibat dalam aktiviti jenayah termasuk kongsi gelap dan gangsterisme.

Pengerusi Eksekutif YAS, Syed Husain Al Shabab berkata, gesaan itu bagi membersihkan nama pertubuhan-pertubuhan Ayahanda lain serta mengembalikan imej gelaran itu yang kini dipandang serong oleh masyarakat.

"Apa yang dilaksanakan PDRM menerusi Op Cantas Khas dilihat amat berkesan, jadi selepas ini kami mahu pihak berkuasa bertindak lebih tegas terhadap kumpulan-kumpulan Ayahanda sama ada dari dalam kumpulan itu sendiri ataupun mereka yang tidak mempunyai pertubuhan.

"YAS akan memberi kerjasama kerana kami ada senarai nama pertubuhan-pertubuhan Ayahanda yang akan diserahkan kepada pihak PDRM," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Ayahanda-ayahanda SeMalaysia Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Beliau turut meminta pihak yang menggunakan gelaran Ayahanda supaya mengisytiharkan pertubuhan mereka.

"Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, kami akan meminta kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengambil tindakan dari sudut penguatkuasaan agama," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, penganjuran seminar yang julung kali diadakan itu adalah untuk menjenamakan semula pertubuhan-pertubuhan bertaraf Ayahanda di negara ini.

Tambah Syed Husain, situasi semasa memperlihatkan pertubuhan-pertubuhan Ayahanda berada dalam keadaan berkecamuk ekoran terdapat segelintir yang menggelar diri sebagai Ayahanda telah melakukan perkara negatif serta di luar batas agama.

"Ada yang menggelar diri antaranya sebagai 'Ayahanda Black' dan 'Ayahanda Tiger', malah dalam kalangan mereka dilihat mempunyai moral dan imej tidak baik seperti berambut panjang, bertindik telinga, mabuk serta terlibat dengan aktiviti kongsi gelap.

"Mereka ini tidak ada wadah perjuangan yang tepat tetapi hanya menggunakan gelaran Ayahanda tanpa hala tuju yang sebenar,'' katanya.

Isu kalimah: IRIMM lapor polis

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

Amir Amsaa Alla Pitchay (tengah) bersama beberapa ahli IRIMM menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap seorang pemilik blog dan Wee Ka Siong berhubung isu kalimah Allah di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan seorang pemilik blog dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong berkenaan isu kalimah Allah.

Presidennya, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, pemilik blog berkenaan yang memaparkan imej seorang wanita memakai pakaian seperti syaitan bertanduk dua dan memegang tongkat sambil menyebut perkataan AAAAAAaaaaaaaLLLLLLlllllllll ... merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, artikel yang bertajuk 'Can Sing But Cannot Read Allah In Selangor' yang disiarkan dalam laman blog itu pada 17 November lalu dilihat menghina dan mempersendakan agama Islam.

"Tindakan blogger ini seolah-olah menyindir dan mempersendakan kalimah Allah serta sengaja menyentuh sensitiviti umat Islam.

"Mereka juga bertindak melampaui batas dan tidak menghormati umat Islam kerana sengaja menggunakan imej wanita bertanduk sambil menyebut perkataan yang berbunyi seperti Allah," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 11 pagi ini.

"Sementara itu, Amir Amsaa turut membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong yang tidak bersetuju dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung perkara itu.

Menurut beliau, Ka Siong dalam kenyataan kepada sebuah portal pembangkang pada 15 November lalu menyatakan tidak bersetuju dengan titah baginda yang melarang orang bukan Islam di negeri itu menggunakan kalimah Allah.

"Tindakannya yang mengeluarkan kenyataan seperti itu dianggap tidak menghormati pemerintah tertinggi di negeri Selangor.

"Baginda telah mewartakan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja dan bukan untuk agama lain. Jadi, Ka Siong seharusnya mengetahui perlembagaan dan enakmen yang tertakluk di negeri itu," katanya.

Banjir kilat berulang diatasi

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Johari Abdul Ghani (kanan) bersalaman dengan sebahagian penduduk Kampung Baru selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir kilat di Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam semalam.

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Kebimbangan penduduk di Kampung Baru di sini mengenai masalah banjir kilat yang melanda kampung mereka bakal berakhir apabila peruntukan bagi menyelesaikan masalah itu diluluskan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, peruntukan sebanyak RM3.5 juta itu bagi membolehkan kerja-kerja penggantian rumah pam di Rumah Pam Kampung Baru yang sudah berusia lebih 15 tahun dilaksanakan.

Menurutnya, kegagalan rumah pam di situ berfungsi dengan sempurna menjadi punca banjir kilat di beberapa kawasan di Kampung Baru di sini berulang.

"Saya berharap pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat melaksanakan kerja-kerja penggantian pam tersebut dalam tempoh terdekat dengan segera," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 130 keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir kilat di kawasan Kampung Baru pada 13 November lepas.

Pada majlis tersebut, setiap keluarga menerima sumbangan sebanyak RM300 melalui peruntukan khas daripada Kementerian Wilayah Persekutuan bagi meringankan beban yang ditanggung ekoran kejadian.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB), Naharudin Abdullah.

Sebelum ini dalam beberapa siri lawatan Johari ke Rumah Pam Kampung Baru dan beberapa buah kampung di Kampung Baru mendapati punca utama kejadian banjir kilat berulang disebabkan kegagalan rumah pam itu berfungsi dengan sempurna.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


PPK dinasihat jimat berbelanja

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my

Ramlan Othman (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada peserta yang memenangi kategori masing-masing dalam Majlis Tilawah Al-Quran Dan Berzanji Peringkat PPK Pengerang di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini. - utusan/ FARIK SALLEH

KOTA TINGGI 22 Nov. - Penurunan harga komoditi terutama minyak sawit sedikit sebanyak memberi impak kepada ekonomi pertubuhan peladang yang menjadikan perniagaan dalam sektor itu sebagai aktiviti utama.

Pegawai Peladang Daerah Johor Timur, Ramlan Othman berkata, pertubuhan peladang kawasan (PPK) diharap dapat mengambil langkah berjimat cermat supaya keuntungan yang diperoleh tidak terlalu rendah jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.

"Kami harap penurunan harga komoditi ini hanya sementara waktu sahaja dan pada masa akan datang mungkin ada perubahan dari segi harga disebabkan oleh permintaan minyak sawit," katanya selepas merasmikan Tilawah Al-Quran dan Berzanji Peringkat PPK Pengerang di Masjid As-Syifa', Bandar Penawar, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengerusi PPK Pengerang, Abdul Kadir Ahmad; Pengurus Besar PPK Pengerang, Fairulnizam Maskon dan wakil rasmi kepada Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ), Azizi Baharom.

Seramai 29 peserta tilawah dan berzanji kategori kanak-kanak dan dewasa serta tiga kumpulan nasyid dari kalangan ahli PPK mengambil bahagian dalam majlis tersebut.

Johan tilawah kanak-kanak dimenangi oleh Fikri Mohd. Nizan dari Kampung Air Tawar 5 dan Siti Nurul Najwa Nordin dari Sinaran Mas.

Kategori qariah dimenangi oleh Nur Haffni Salleh dari Kampung Jawa sementara kategori qari dimenangi Badron Markon dari Tanjung Serindit.

Ramlan dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada PPK Pengerang atas kejayaan menganjurkan program tersebut yang bukan sahaja bermatlamat membudayakan membaca al-Quran malah mengikat hubungan silaturahim dan ukhuwah di kalangan peserta.

"Dengan adanya program tilawah seperti ini akan dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk menyertai program tilawah pada masa akan datang. Peserta yang berjaya akan mewakili PPK Pengerang di peringkat pertubuhan peladang daerah dan seterusnya peringkat negeri," katanya.

Pengguna media sosial perlu bijak

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

JOHOR BAHRU 22 Nov. - Pengguna internet dan media sosial seperti Facebook dan Twitter perlu bijak menilai sebarang bentuk maklumat dengan memeriksa kesahihannya sebelum menyebarkan hal tersebut secara berleluasa seperti kontroversi Villa Nabila yang diperbesar-besarkan baru-baru ini.

Ketua Wilayah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Johor, Roszeta Kassim berkata, setiap maklumat yang dikongsi tanpa mengambil kira kesannya mungkin menimbulkan kekecohan malah keselamatan sehingga mengundang bahaya.

"Program Klik Dengan Bijak SKMM sebagai contoh, adalah untuk kesedaran pengguna kerana apa yang kita muat naik ke internet akan kekal di situ.

"Kepada individu pentadbir halaman berkaitan Villa Nabila yang mendakwa 23 daripada 30 hilang, maklumat palsu ini sebenarnya adalah satu kesalahan yang boleh disabitkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sekiranya kita menerima laporan, SKMM akan bantu agensi seperti polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurut Roszeta, pihaknya akan terus berusaha memupuk kesedaran sama ada di pelbagai peringkat agensi kerajaan, sekolah, institut pengajian tinggi dan organisasi lain dan usaha tersebut diperhebat dari semasa ke semasa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Ringkas tapi ada stail!

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

PENGGUNAAN selendang kian mendapat permintaan terutama daripada golongan muda yang gemarkan rekaan serta cetakan motif terkini.

Butik Atika Exclusive, antara pengeluar selendang yang sentiasa menghasilkan koleksi mengikut trend dan pada masa sama mengutamakan pemilihan fabrik demi keselesaan kepada pengguna.

Penggunaan fabrik lycra dalam kebanyakan koleksinya juga memberi kelebihan kepada pengguna kerana selendang tersebut tidak perlu digosok disebabkan kurang berkedut. - LYNN/SHAHRIL AZMAN ZAIN

Menghapus tanda stres, kelesuan

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

KAJIAN saintifik menunjukkan bahawa saat menginjak pertengahan usia 20-an, wanita akan mula melihat impak negatif pada protein utama kulit yang boleh mempercepatkan penuaan.

Sejenis protein pelbagai-fungsi, SP1 cukup penting untuk memastikan jaringan matriks protein kulit kekal terjalin, dan membantu penghantaran nutrisi kulit dengan sempurna. Kehilangan SP1 boleh menyebabkan kerosakan pada kulit, seterusnya membentuk kedutan.

Anew Vitale daripada Avon, dengan Kompleks ProEnergy menyasarkan masalah-masalah ini dengan membantu menghindari impak negatif termasuk impak kulit lesu akibat kekurangan rehat dan garis halus, agar anda tampil segar.

Pengurus Kanan Jagaan Kulit di Pusat Kajian dan Penyelidikan Avon, Anthony Gonzalez, berkata, gaya hidup sibuk, dengan jadual padat dan pelbagai faktor luaran lain boleh menyebabkan stres yang dirasai mula kelihatan pada kulit, terutamanya di awal usia 30-an.

Anew Vitale direka khas untuk membantu melawan tanda awal penuaan dan menjadikan kulit tampak lebih bertenaga.

Rangkaian Anew Vitale mengandungi pembersih, penyegar (toner), krim siang, krim malam dan serum.

Setiap satu direka dengan formula yang dapat mengembalikan keserian kulit, sekali gus memperlahankan tanda-tanda penuaan.

Sebagai contoh pembersih Anew Vitale Cleanser (RM39.90) merupakan pembersih gel yang tidak mengeringkan kulit dan dirumus bagi menanggalkan solekan, lebihan minyak serta kekotoran di permukaan kulit.

Ia membantu memulus tekstur kulit untuk penampilan yang lebih licin dan lembut, dan membantu mengecapi kulit bersih dan sekata. Kulit tampak lebih bertenaga dan rasa lebih segar.

Manakala penyegar, Anew Vitale Toner (RM45.90) pula, membantu kulit melawan tanda stres dan kelesuan, memberi tenaga pada kulit dan menganjak lembapan kulit sehingga 100 peratus serta-merta.

Ia bertindak dari dalam untuk membantu menguatkan asas kulit, mengurangkan penampilan garis halus, mengecilkan liang roma, menjadikan kulit kurang kusam dan lebih tahan terhadap stres serta kelesuan.

Anew Vitale Day Cream (RM79.90) dan Anew Vitale Night Cream (RM79.90) pula memberi perlindungan lembapan berpanjangan dan meningkatkan hidrasi menjadikan kulit sihat berseri.

Sementara itu, Anew Vitale Serum (RM89.90) pula menyasar garis halus, liang roma besar, tekstur tidak sekata dan kulit penat.

Rangkaian jagaan kulit Anew Vitale akan berada di pasaran bermula 1 Disember ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Usul haramkan pokok ketum

Posted: 22 Nov 2013 11:25 AM PST

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

MUKHRIZ Mahathir (tengah) memotong pokok ketum sebagai gimik pelancaran perasmian program Percambahan Minda: Dadah dan Daun Ketum Pemusnah Senyap Anak Bangsa di Dewan Kodiang, Jerlun, Kedah, semalam. Turut kelihatan Hakimi Hamidon (kiri). - BERNAMA

JERLUN 22 Nov. - Kerajaan Kedah akan berbincang dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan ahli-ahli Parlimen dari negeri ini untuk mengusulkan pengharaman penanaman daun ketum dalam usaha menyekat penyalahgunaan bahan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya memandang serius kegiatan menanam pokok ketum yang dilaporkan dilakukan secara berleluasa terutama di kawasan kampung dan pedalaman sehingga menyumbang kepada peningkatan jumlah penagih air ketum di negeri itu.

"Kita akan minta kerajaan supaya memberi perhatian dengan meminda atau mengubah undang-undang sedia ada untuk mengharamkan terus penanaman pokok ketum ini," katanya berucap dalam majlis penutup Program Percambahan Minda: Dadah dan Ketum Pemusnah Senyap Anak Bangsa anjuran AADK Daerah Kubang Pasu di Dewan Pekan Kodiang, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif dan Pengarah AADK negeri, Hakimi Hamidon.

Seramai 200 penduduk setempat hadir dalam program itu yang melibatkan pelbagai aktiviti termasuk tayangan video dan dokumentasi penagihan ketum, bicara ilmu dan pameran AADK.

Kata Mukhriz, beliau melihat sendiri pokok-pokok ketum ditanam di bahagian belakang rumah penduduk, walau bagaimanapun tindakan tidak dapat diambil kerana undang-undang sedia ada tidak begitu jelas mengenai penanaman pokok tersebut.

"Kalau ambil daun dan proses, itu baru salah mengikut undang-undang (Akta Racun 1951) dan jika nak bendung masalah ini kena bermula daripada proses penanaman (pengharaman)," ujarnya.

Sementara itu Hakimi memberitahu, AADK akan terus mengadakan program seumpama itu dengan memfokuskan isu penagihan ketum di kawasan-kawasan berisiko termasuk di Jerlun.

"AADK akan mengadakan program-program pencegahan dalam memastikan gejala penagihan air ketum ini dapat dikurangkan seterusnya dibanteras," katanya.

8 sertai program pertukaran pelajar di Jepun

Posted: 22 Nov 2013 11:25 AM PST

ROSHIDI Hashim beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang akan mengikuti program pertukaran di Fukuoka, Jepun dalam satu majlis meraikan lapan pelajar berkenaan di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh, kelmarin.

IPOH 22 Nov. - Sebanyak lapan lagi pelajar dari sekolah sekitar bandar raya ini terpilih mengikuti program pertukaran pelajar di Fukuoka, Jepun sekali gus merapatkan lagi hubungan bandar berkembar yang telah terjalin sekian lama sejak 1989.

Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim berkata, pelajar-pelajar berkenaan yang akan berada di sana selama sembilan hari bermula 4 Disember ini, diharap dapat mempromosi negara terutamanya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Pada tahun ini, pemilihan pelajar yang dibuat semakin sengit dan mereka dinilai berdasarkan pelbagai kebolehan dan bukannya berpandukan kepada pencapaian akademik semata-mata.

"Oleh itu, saya berharap mereka yang terpilih ini dapat membuat persiapan rapi secukupnya sebelum berangkat ke Jepun kerana mereka membawa nama dan imej Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis meraikan lapan pelajar berkenaan di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), di sini semalam.

Mereka yang terpilih kali ini ialah Ahmad Imran Abdul Jalil, Kyle Loh Cheng Woh, Kee Tze Pheng, Nor Firzanah Mohd Tafkir, Hew Kee Siang, Ahmad Muhseen Firdaus Mohd Fidaus, Nurul Athirah Aminuddin dan Syarifah Syafiqah Said Zaidi.

Program pertukaran pelajar yang dinamakan Sister City Student Exchange 2013 itu dianjurkan secara bergilir-gilir antara bandar raya Ipoh dan Fukuoka pada setiap tahun dengan anjuran bersama MBI, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Fukuoka City Council dan Fukuoka International Association.

Dalam pada itu, Roshidi berharap, pelajar-pelajar berkenaan dapat menimba pengalaman menarik serta mempelajari cara hidup dan budaya masyarakat Jepun di sana.

Beliau berkata, nilai-nilai murni masyarakat Timur itu wajar dijadikan teladan untuk lebih cemerlang dan berdaya saing pada masa hadapan.

"Insya-Allah sekiranya tiada halangan, saya juga akan turut bersama-sama pelajar berkenaan ke Fukuoka pada kali ini bagi menunjukkan sokongan dan komitmen MBI terhadap hubungan yang telah sedia terjalin," katanya.

Petani disaran ceburi kaedah organik

Posted: 22 Nov 2013 11:25 AM PST

PULAU PINANG 22 Nov. - Pengusaha pertanian komersial disaran menaik taraf kaedah yang digunakan kepada pertanian organik bagi membantu negara menghasilkan produk makanan selamat dan berkualiti selain memulihara alam sekitar.

Pengarah Bahagian Kualiti Tanaman Jabatan Pertanian, Halimi Mahmud berkata, produk organik mempunyai masa depan cerah berikutan permintaan di pasaran masih belum dipenuhi.

Menurutnya, selain itu harga produk pertanian organik juga lebih tinggi daripada produk konvensional iaitu dua hingga tiga kali ganda.

"Jabatan Pertanian berharap pengusaha pertanian secara komersial akan bersedia menaik taraf kepada kaedah pertanian organik seterusnya memperolehi sijil Skim Organik Malaysia (SOM) dan sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (MyGAP)," katanya berucap merasmikan Bengkel Pertanian Semulajadi ke Arah Kehidupan Mapan, di sini semalam.

Yang turut hadir Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris.

Kira-kira 100 peserta menghadiri bengkel tiga hari anjuran CAP itu.

Halimi memberitahu, setakat ini terdapat 125 pengusaha tanaman organik di Malaysia membabitkan keluasan ladang kira-kira 600 hektar mempunyai sijil SOM.

Jelasnya, pensijilan SOM bertujuan memastikan hasil pertanian menepati standard MS 1529:2003 dan tidak mengandungi sisa racun.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved