Isnin, 28 November 2011

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Kelab robotik di semua sekolah

Posted:

Kelab robotik di semua sekolah

Kelab robotik di semua sekolah

Oleh LEE HOOI BOON
pengarang@utusan.com.my


Pelajar sekolah rendah dari Kuala Lumpur menjulang piala yang dimenangi apabila diumumkan sebagai johan keseluruhan Pertandingan Robothon Muda Kebangsaan Ke-6 di Pulau Pinang, semalam. – BERNAMA


PULAU PINANG 28 Nov. – Kementerian Pelajaran akan memperluaskan kelab robotik di seluruh negara pada tahun depan bagi melahirkan lebih ramai pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat kementerian baru-baru ini dan dipersetujui sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelasnya, setakat ini hanya 500 daripada 10,000 sekolah rendah dan menengah mempunyai kelab robotik dan jumlah tersebut dilihat agak rendah.

"Lantaran itu, kita mahu memperkembangkan pendidikan robotik ini kerana ia akan memberikan kesan positif untuk membina daya fikir, saing dan juga semangat berpasukan di kalangan para pelajar.

"Tambahan pula, kelab ini adalah penting dan selaras dengan transformasi pendidikan iaitu memberi tumpuan terhadap pembangunan modal insan dan tidak lagi berasaskan kepada peperiksaan semata-mata," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas penutupan dan penyampaian hadiah Pertandingan Robothon Muda Kebangsaan Ke-6 di sini hari ini.

Pada perkembangan sama, Mohd. Puad berharap semua pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta syarikat swasta dapat membantu sekolah dalam menubuhkan kelab berkenaan.

Ia kerana, kata beliau, kos untuk menubuhkan sebuah kelab robotik adalah kira-kira RM20,000.

Sementara itu, sebanyak 120 kumpulan dari beberapa sekolah rendah di seluruh negara menyertai pertandingan tersebut.

Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur berjaya memenangi tempat pertama dalam tiga kategori iaitu Lycantron NXT, Galacticon RCX dan Galacticon NXT.

Manakala, SJKC Yuk Chai, Selangor menjuarai kategori Lycantron RCX.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


PKR hanya berani di bibir - Shafie

Posted:

PKR hanya berani di bibir - Shafie

PKR hanya berani di bibir - Shafie

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengugut untuk meruntuhkan kezaliman penjara sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan hanya bertujuan meraih perhatian umum.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyifatkan Azmin hanya 'berani di bibir' apabila mengeluarkan kenyataan itu.

"Negara ini bukan tempatnya untuk mereka tunjukkan kedegilan. Jika undang-undang mendapati seseorang itu bersalah, maka hukuman harus dijalankan.

"Ugutan sebegitu memperlihatkan bahawa PKR merupakan sebuah parti yang hanya tahu memberontak serta taksub melampau terhadap pemimpin mereka," kata Mohd. Shafie ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Azmin yang mahu meruntuhkan kezaliman penjara sekiranya ketua pembangkang (Anwar) itu dipenjarakan ketika menyampaikan ucapan dasar pada majlis perasmian Kongres Nasional PKR Kelapan di Johor, Jumaat lepas.

Kata Mohd. Shafie, pemimpin PKR itu jelas tidak menghormati sistem demokrasi negara apabila mengeluarkan kenyataan itu.

"Tidak harus ada kekebalan pada mana-mana individu dalam berpolitik. Mereka (pembangkang) hanya pandai bercakap sebaliknya tidak patuh kepada undang-undang negara.

"Mereka belum lagi memerintah negara sudah mahu menampakkan belang. Bayangkan jika mereka memerintah nanti, barangkali undang-undang akan dilenyapkan dan kuasa Dewan Rakyat meluluskan undang-undang dihapuskan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Ahli, pemimpin UMNO harus perkasakan iltizam yakinkan rakyat

Posted:

Ahli, pemimpin UMNO harus perkasakan iltizam yakinkan rakyat

Ahli, pemimpin UMNO harus perkasakan iltizam yakinkan rakyat

SHAH ALAM 28 Nov. – Semua pemimpin dan ahli UMNO diingatkan supaya sentiasa memperkasakan iltizam mereka dalam melaksanakan setiap usaha untuk menyakinkan rakyat terhadap parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, iltizam itu harus ditanam dalam setiap pemikiran pemimpin dan ahli UMNO kerana beliau merasakan persepsi bahawa politik adalah mudah bagi parti itu sudah tidak ada lagi pada era ini.

Ini kerana, persepsi sedemikian sebenarnya tidak boleh dipakai lagi kerana UMNO sendiri menerusi Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan transformasi terhadap parti bagi menyakinkan rakyat di negara ini.

"Malah, Presiden sendiri (Najib) sebelum ini telah berulang kali menyebut bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah tidak ada lagi.

"Justeru, kita perlu perkasakan iltizam kita. Kita tahu keadaan politik telah berubah dan era politik itu mudah bagi UMNO telah berlalu. Tumpuan kita ialah menyakinkan dan mendapat kepercayaan rakyat dengan membuktikan UMNO adalah parti yang benar-benar berkhidmat untuk mereka.

Menurut beliau, di Selangor sendiri parti itu mempunyai 430,000 orang ahli iaitu 380,000 adalah pengundi berdaftar dan mempunyai 2,450 cawangan yang sah.

"Tidak ada sebab kita tidak boleh bangkit,'' tegasnya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Seorang lagi Ahli MT, Datuk Ir. Idris Haron menyifatkan UMNO hari ini bukan lagi sebuah parti yang mendominasi landskap politik negara.

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu berkata, ini kerana pemikiran masyarakat hari ini tidak lagi berasaskan pembangunan sosioekonomi tetapi lebih kepada ciri-ciri kepimpinan ahli parti itu sendiri.

''Masyarakat hari ini tidak lagi melihat kepimpinan UMNO di peringkat bahagian atau cawangan sebagai tempat untuk mendapatkan kemudahan infrastruktur atau keperluan-keperluan lain kerana ia sudah ada.

''Apa yang diinginkan adalah untuk melihat sejauh manakah pucuk kepimpinan tersebut menangani keperluan dan kehendak mereka walaupun mereka bukan ahli parti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Ahmad Ramzi dipenjara setahun hantar SMS ugutan

Posted:

Ahmad Ramzi dipenjara setahun hantar SMS ugutan

Ahmad Ramzi dipenjara setahun hantar SMS ugutan

KUALA TERENGGANU 28 Nov. - Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dihukum 12 bulan penjara setelah didapati bersalah terhadap empat pertuduhan memfitnah dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dua tahun lalu.

Keputusan dibuat hari ini oleh Hakim Mahkamah Sesyen, M. Bakri Abd. Majid selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak. Tertuduh turut memberi keterangan membela diri secara bersumpah.

Hukuman itu diperintah dijalankan secara berasingan dengan setiap pertuduhan tiga bulan penjara kerana kesalahan mengugut tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Mohd. Ariffin Abdullah (Paka), Abd. Halim Jusoh (Permaisuri) dan Datuk Rosol Abd. Wahid (Ajil).

Dr. Ahmad Ramzi dituduh melakukan perbuatan itu di alamat E726, Kampung Kubang Parit antara pukul 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009. Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tertuduh juga didapati bersalah memfitnah bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu, Wan Ahamad Wan Muda (kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri) dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Bagi kesalahan itu, tertuduh dihukum tiga bulan penjara mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, M. Bakri, sewaktu membacakan keputusan itu berkata, pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan.

Beliau menjelaskan, hukuman sewajarnya dikenakan ke atas tertuduh mengikut trend dan tuntutan semasa berdasarkan dunia tanpa sempadan apabila perlakuan jenayah telah berubah dengan menggunakan Internet.

M. Bakri seterusnya menyifatkan perbuatan tertuduh adalah berat serta serius dan walaupun tidak membabitkan kecederaan fizikal tetapi ia amat perit kerana telah menjejaskan reputasi atau harga diri.

Dr. Ahmad Ramzi diwakili tiga peguam iaitu Datuk Hazman Ahmad, Mohd. Noor Mahmood dan Rosli Abd. Rahman manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Jazamuddin Ahmad Nawawi selain Ooi Chooi Gaik dan Nur Azimul Azami.

Sementara itu, Hazman dalam hujahnya merayu mahkamah agar meringankan hukuman ke atas tertuduh memandangkan perbuatannya tidak mendatangkan kecederaan fizikal.

Bagaimanapun hujah itu disanggah Mohd. Jazamuddin dengan alasan bahawa hukuman setimpal wajar dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain agar tidak melakukan perbuatan serupa.

Menurutnya, biarpun tidak mendatangkan kecederaan fizikal tetapi ia menjatuhkan reputasi Wan Ahamad dan kerajaan di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Pihak pembelaan memohon mahkamah menangguhkan hukuman, sementara pihaknya memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi sebelum 1 Disember ini.

Hakim M. Bakri membenarkan permohonan itu dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM15,000 dengan dua orang penjamin. Tertuduh kemudian membayar jaminan itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Mahkamah Syariah guna e-nota

Posted:

Mahkamah Syariah guna e-nota

Mahkamah Syariah guna e-nota

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 28 Nov. – Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) muncul yang pertama di negara ini mengaplikasikan penggunaan sistem 'inquisetorial' dan e-nota bicara dalam proses perbicaraan apabila ia digunakan bermula tahun depan.

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya berkata, sistem tersebut dilaksanakan sejak tiga bulan lalu secara percubaan di seluruh jabatan itu dan bakal dikuatkuasakan Januari depan bagi mempercepatkan penyelesaian kes pemohon.

Katanya, melalui penggunaan sistem berkenaan, hakim dibenarkan mengemukakan soalan kepada kedua-dua pihak yang dibicara selain disusuli dengan penggunaan e-nota bicara iaitu kaedah yang mampu memendekkan proses perbicaraan apabila nota bicara diperoleh dalam tempoh satu jam berbanding enam minggu sebelum ini.

"Sistem inquisetorial sangat membantu dalam proses perbicaraan apabila hakim boleh bertanyakan soalan kepada defendan dan plaintif dan bukan hanya menunggu keterangan peguam mereka pada akhir prosiding.

"Selain itu, proses perbicaraan juga akan lebih telus apabila kedua-dua pihak yang dibicara dapat melihat nota bicara yang ditaip oleh hakim secara langsung di skrin yang disediakan ketika proses perbicaraan, malah mereka boleh membetulkan nota bicara itu sekiranya tidak bersetuju dengan kenyataan yang ditulis oleh hakim," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Sambutan Hari Inovasi Peringkat Jabatan Kehakiman Syariah negeri dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011 di Mahkamah Syariah di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah yang turut menyampaikan penghargaan kepada tiga kakitangan JKST yang bersara serta lapan orang penerima APC jabatan itu bagi 2011.

Mengulas perkara sama, Ismail berkata, penggunaan dua sistem itu yang diambil contoh daripada jabatan kehakiman di Arab Saudi diyakini mampu meningkatkan perkhidmatan jabatan kehakiman negeri ini apabila sebanyak 303 kes mampu diselesaikan dalam tempoh sebulan sejak ia dilaksanakan.

Katanya, kerjasama yang erat terjalin di antara pihaknya dengan Arab Saudi membolehkan kuota seramai 40 orang pegawai dihantar menghadiri kursus kehakiman selama sebulan di negara tersebut yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan itu.

"Kursus tersebut diadakan sejak dua tahun lalu dan pada tahun ini seramai 40 orang lagi akan dihantar untuk mengikuti kursus yang sama.

"Melalui kursus itu, pegawai didedahkan dengan perkhidmatan kehakiman yang lebih maju agar ia boleh diaplikasikan di negara ini," jelasnya.

Dalam pada itu, Ismail memberitahu, sebanyak 11 buah televisyen interaktif disediakan di 11 lokasi di jabatan kehakiman itu melibatkan kos RM74,000 bagi memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat terkini status sesuatu kes yang dijalankan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Usaha pencegahan diabetes

Posted:

Usaha pencegahan diabetes

Usaha pencegahan diabetes

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
utusanktn@gmail.com


Hoh Khai Mun mendengar penerangan tentang pemakanan sihat sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat negeri di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 28 Nov. – Diabetes atau juga dikenali sebagai kencing manis adalah penyakit kronik yang sering membawa masalah besar kepada kebanyakan negara.

Pada 2006, bilangan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes ialah seramai 1.5 juta orang dan angkanya semakin meningkat.

Keputusan awal Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 yang bakal diterbitkan pada Disember ini menunjukkan bahawa bilangan penduduk yang mendapat penyakit ini dijangka mencapai tiga juta orang.

Apa membimbangkan adalah meskipun mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi, namun kesedaran untuk mendapatkan rawatan adalah rendah.

Dianggarkan dua juta individu dewasa yang mempunyai masalah kandungan gula tinggi belum mendapatkan pemeriksaan doktor.

Perkara ini menunjukkan bahawa ramai yang tidak mengambil tahu mengenai penyakit mereka walaupun diabetes merupakan penyakit kronik dan boleh mengancam nyawa.

Di Pahang, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dalam aspek kawalan dan pencegahan diabetes.

Pada 2010, terdapat 64 klinik mengendalikan pesakit diabetes dengan 81,217 orang disaring untuk mengesan awal penyakit ini.

Walaupun JKNP mengadakan pelbagai program untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahaya penyakit ini, namun tanpa motivasi diri untuk berubah, ia tidak akan mendatangkan sebarang manfaat.

Bagaimanapun masih ada pesakit diabetes berjaya menurunkan paras gula dalam darah mereka melalui pelbagai cara termasuklah bersenam, menjaga pemakanan dan selalu berjumpa doktor.

Bagi seorang pesakit diabetes, Zabidah Awang Lah, 57, yang menghidap penyakit itu sejak 18 tahun lalu berkata, dia bersyukur penyakitnya itu kini boleh dikatakan pulih seperti sedia kala.

"Kekerapan berjumpa doktor dan mengambil ubat yang disyorkan merupakan salah satu faktor menyebabkan saya boleh menurunkan paras gula dalam darah," katanya ketika ditemui ketika Sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat negeri di Dewan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), di sini, baru-baru ini.

Majlis sambutan tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri, Datuk Hoh Khai Mun.

Seorang lagi pesakit diabetes, Norzalina Kamun, 44, berkata, dia berjaya menurunkan gula dalam darah dengan hanya makan nasi sehari sekali sahaja.

"Saya juga mengamalkan makan beras Taj Mahal yang boleh menurunkan gula dalam darah. Selain itu saya turut bersenam dan memakan ubat yang diberi oleh klinik," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pesakit, Arbain Kochis, 51, berkata, dia banyak mengawal pemakanan terutamanya mengurangkan gula dalam makanan.

Dalam pada itu, Pengarah JKNP, Datuk Dr. Nooraini Baba berkata, pihaknya sentiasa berusaha memastikan pesakit diabetes mendapat perkhidmatan kesihatan berkesan dengan bantuan kepakaran dan bekalan ubat-ubatan terbaik.

Katanya, orang ramai boleh mengelak penyakit ini dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti menjaga pemakanan, mengamalkan gaya hidup aktif dan mengawal pengambilan gula berlebihan.

Full content generated by Get Full RSS.

Abdul Rashid terus berdakwah

Posted:

Abdul Rashid terus berdakwah

Abdul Rashid terus berdakwah

Oleh NOREHAN SALEH
utusanktn@gmail.com


Abdul Rashid Abdul Rahman menunjukkan anugerah yang diterimanya sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang di Auditorium Darul Makmur (ADAM) Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 28 Nov. - Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dikurniakan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Pahang sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di sini, semalam.

Anugerah tersebut diberikan sebagai mengenang jasa beliau dalam bidang dakwah agama Islam bagi mensejahterakan umat di seluruh negeri ini sepanjang perkhidmatannya sebagai Menteri Besar dan selepas bersara.

Abdul Rashid yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Pahang selama 10 tahun berkata, beliau terharu kerana usahanya selama ini dihargai oleh kerajaan.

"Saya bersyukur kerana apa dilakukan selama ini diberkati oleh Allah SWT dan saya akan meneruskan perjuangan dakwah ini melalui Perkim.

"Terima kasih kepada mereka yang menyokong saya selama ini dalam usaha memberi dakwah kepada seluruh ahli masyarakat," kata beliau yang menjadi Menteri Besar Pahang pada tahun 1980-an.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis yang berlangsung di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Pada majlis itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenaan mengurniakan wang tunai RM5,000, piala iringan dan sijil penghargaan kepada beliau.

Sementara itu, Imam Kampung Taman Sedia Cameron Highlands, Zainal Abidin Syafiee dianugerahkan Tokoh Pendakwah manakala Panglima Markas Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Datuk Mohd. Roslan Mohd. Ramli menerima anugerah Inovasi Jabatan.

Masing-masing menerima wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan lupa jasa Felda - Ahmad Shukri

Posted:

Jangan lupa jasa Felda - Ahmad Shukri

Jangan lupa jasa Felda - Ahmad Shukri


AHMAD Shukri Ismail (dua dari kanan) bersama Ahli Jawatankuasa MIC Jerantut sewaktu pertemuan dengan masyarakat India di Felda Kota Gelanggi Dua di Jerantut kelmarin.


JERANTUT 28 Nov. - Masyarakat peneroka kaum India yang tinggal di tanah rancangan Felda di negeri ini diminta berfikiran matang dan bijak menyuarakan rasa tidak puas hati mengikut saluran ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, sebagai masyarakat peneroka, mereka tidak boleh melupakan tanggungjawab dan jasa Felda yang telah banyak mengubah kehidupan golongan itu sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, warga Felda kini mendapat kenikmatan hasil kebijaksanaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memastikan kehidupan masyarakat itu berada dalam keadaan baik.

''Oleh itu, suara sumbang yang cuba memperlekehkan pengurusan Felda dan kerajaan negeri tidak sepatutnya dicetuskan, diambil kira atau pun sekurang-kurangnya termakan hasutan pembangkang.

''Masyarakat India diminta tidak mudah dikaburi dengan dakyah pembangkang kerana berdasarkan segala masalah dalaman mereka, pakatan pembangkang tidak menjamin perpaduan sebagaimana terbukti semangat kerjasama dalam komponen Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan peneroka India di Felda Kota Gelanggi Dua dekat sini, semalam.

Turut hadir, Ketua MIC Jerantut, M. Villaithan.

Pada majlis itu, Ahmad Shukri melancarkan penubuhan cawangan MIC baru di Felda Kota Gelanggi Dua membabitkan penyertaan 60 ahli yang juga pengundi kaum berkenaan.

Menurut Ahmad, biasanya rasa tidak puas hati yang selalu dicetuskan segelintir peneroka kaum itu ialah mengenai isu bantuan pendidikan, rumah ibadat dan kebajikan warga emas.

''Gunakan saluran yang betul, iaitu menerusi MIC untuk menyelesaikan masalah dan wakil rakyat BN akan segera bertindak berasaskan aduan dan permohonan yang betul," kata beliau.

Tegasnya, kerajaan negeri akan meneruskan tradisi membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Penduduk Mesir mengundi

Posted:

Penduduk Mesir mengundi

Penduduk Mesir mengundi


Pengundi wanita Mesir beratur sambil sebahagian daripada mereka memakai payung kerana hujan menunggu giliran untuk mengundi di sebuah pusat pengundian di Iskandariah, semalam. Di atas mereka terentang poster calon-calon Ikhwan Muslimin yang bertanding di bawah Parti Kebebasan dan Keadilan. – REUTERS


KAHERAH 28 Nov. – Rakyat Mesir hari ini keluar mengundi pada pilihan raya Parlimen pertama negara ini, selepas bekas Presiden Hosni Mubarak disingkirkan dalam satu pemberontakan pada Februari lalu.

Pusat-pusat pengundian dibuka seawal pukul 8 pagi waktu tempatan di sembilan daripada 27 daerah bagi pusingan pertama pilihan raya Parlimen yang berlangsung selama dua hari hingga esok.

Menurut statistik kerajaan, seramai 17.5 juta pemilih layak mengundi yang menyaksikan 3,809 calon bertanding bagi merebut 168 kerusi Parlimen.

Pusat pengundian dijadual ditutup pada pukul 7 petang waktu tempatan (1 pagi waktu Malaysia).

Pilihan raya itu dilihat sebagai satu proses penting bagi kebanyakan rakyat Mesir yang berharap untuk mencapai pemerintahan demokrasi selepas berdekad-dekad berada di bawah pemerintahan diktator.

Bagaimanapun, ia dicemari huru-hara ekoran tunjuk perasaan antikerajaan, sekali gus memperlihatkan kekeliruan di kalangan rakyat tentang arah tuju Mesir.

Di Kaherah, pengundi beratur panjang di luar pusat-pusat pengudian sebelum ia dibuka, satu petanda luar biasa yang ditunjukkan orang ramai yang berminat dengan politik selepas berdekad-dekad menunjukkan sikap acuh tidak acuh.

"Saya mengundi untuk kebebasan. Kami telah lama hidup seperti hamba. Kini kami mahukan keadilan dan kebebasan," kata Iris Nawar, 50, di daerah Maadi, pinggir bandar Kaherah.

Parti-parti Islam yang diiktiraf secara rasmi selepas kejatuhan Mubarak, dijangka menang besar dalam pilihan raya tiga pusingan itu yang akan berlangsung sehingga 10 Januari ini.

Parlimen baru perlu membentuk satu jawatankuasa untuk merangka Perlembagaan baru sebelum pilihan raya Presiden yang akan diadakan pada akhir Jun tahun depan. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

WikiLeaks menang Anugerah Walkley

Posted:

WikiLeaks menang Anugerah Walkley

WikiLeaks menang Anugerah Walkley

SYDNEY 28 Nov. – Laman web WikiLeaks menerima anugerah kewartawanan Australia, Anugerah Walkley kerana sumbangannya kepada bidang berkenaan.

Penganjur anugerah itu berkata, WikiLeaks menggunakan teknologi baru untuk menembusi hal dalaman kerajaan dan mendedahkan pelbagai kebenaran.

''Pendedahannya mengenai cara perang terhadap keganasan dilancarkan sehinggalah tindakan diplomatik yang salah dan campur tangan dalam hubungan domestik dalam sesebuah negara, telah memberikan impak yang tidak dapat dinafikan,'' kata penaung anugerah tersebut.

Pemilihan pemenang dipilih oleh satu panel bebas terdiri daripada wartawan dan jurugambar.

Pengasas WikiLeaks, Julian Assange dalam ucapan penerimaannya mengkritik Perdana Menteri Australia, Julia Gillard kerana tidak bertindak bersungguh-sungguh untuk mempertahankannya.

Beliau yang merupakan rakyat Australia mengkritik tindakan yang diambil Australia dalam mempertahankannya ekoran pelbagai pendedahan oleh WikiLeaks,

''Kerajaan Gillard mendedahkan sifatnya yang sebenar dalam menangani tekanan daripada Amerika Syarikat.

''Wartawan Australia adalah berani, penduduknya pula menyokong kami tetapi Gillard merupakan Perdana Menteri yang penakut,'' ujarnya. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Ombak Rindu filem air mata

Posted:

Ombak Rindu filem air mata

Ombak Rindu filem air mata

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR
dan ihsan TARANTELLA PICTURES


HEBAT... Bront Palarae dan Aaron Aziz antara pelengkap cerita Ombak Rindu.


EMPAT buah filemnya sebelum ini iaitu Bukak Api, Puaka Tebing Biru, Anak Halal dan Cun! memperlihatkan kehebatan Osman Ali dalam menghasilkan lakon layarnya selain menjadi pengarah.

Kesemua filem tersebut meninggalkan kesan tersendiri dan mendapat tempat di kalangan penonton mahupun pengkritik, sekali gus meletakkan Osman sebagai salah seorang pengarah hebat di negara ini.

Namun, sebagai pengarah, Osman sentiasa mahu mencabar dirinya dan menongkah arus dengan mencuba sesuatu yang baru.

Atas alasan itulah, kata Osman, dia mengambil keputusan untuk menduduki kerusi pengarah dan mengarahkan filem Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama hasil karya penulis popular, Fauziah Ashari.

Walaupun Ombak Rindu bukan karya asalnya, tetapi kata Osman, dia tidak mahu perkara itu dijadikan sebagai satu alasan untuk tidak menghormati dan menjadikan karya itu seperti naskhahnya sendiri.

Mengakui begitu mengagumi penceritaan Ombak Rindu, Osman begitu teruja untuk mengarahkan filem tersebut dengan barisan pelakon yang menjadi idamannya untuk menzahirkan watak-watak penting dalam novelnya.

"Apabila tawaran yang diberikan oleh Tarantella Pictures untuk mengarahkan filem Ombak Rindu, saya melihatnya sebagai peluang terbaik saya untuk meneroka cabang baru sebagai seorang pengarah.

"Apatah lagi kalau dilihat kepada industri perfileman tempatan ketika ini, memang jarang sekali novel diadaptasi ke layar perak.

"Perkara pertama yang saya lakukan adalah untuk menghubungi penulis asal novel ini dan berkongsi cerita dengannya agar saya mendapat gambaran dengan lebih jelas lagi tentang Ombak Rindu.

"Walaupun saya sudah membacanya tetapi sebagai pengarah, saya menghormati dan perlu mendapat restu Fauziah selaku penulis naskhah Ombak Rindu," jelas Osman dalam sidang akhbar usai majlis pratonton filem Ombak Rindu di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung bicara, Osman yang mula dikenali dengan filem kontroversi, Bukak Api pada tahun 2000 itu memberitahu sebagai pengarah, dia juga telah melakukan rombakan kepada skrip asal yang ditulis oleh Armantono dari Indonesia.

Selepas berbincang dengan penerbit, Sharad Sharan yang bersetuju dan memberikan lampu hijau kepada Osman untuk mengolahnya, dia merombak skrip asal tersebut agar disesuaikan dengan konteks masyarakat tempatan.

"Apabila membaca skrip asal, saya melihat banyak perkara dan senarionya yang kurang sesuai dengan masyarakat serta budaya tempatan. Begitu juga dengan watak-wataknya yang saya olah agar ia menjadi lebih dekat dengan audiens kita.

"Apa yang penting untuk saya adalah untuk mencintai setiap satu karakter dalam filem ini agar jiwa mereka dapat dizahirkan menerusi pembawaan watak masing-masing.

"Walaupun karakter dan watak itu bukan hasil ciptaan saya, tetapi sebagai pengarah, saya harus berbuat demikian untuk mendapatkan kesan yang lebih mendalam," ujar Osman yang baru diiktiraf sebagai Pengarah Filem Terbaik bagi filem Cun! pada Anugerah Skrin 2011, baru-baru ini.

Rombakan juga, jelas Osman bukan hanya terletak kepada jalan cerita tetapi watak-wataknya juga. Dalam konteks itu, Osman memberikan contoh watak Izzah lakonan Maya Karin di mana watak asalnya digambarkan sebagai seorang wanita yang tidak bertudung.

Tetapi selepas diteliti dan dia sendiri mahukan sesuatu yang berbeza dalam dimensi lakonan Maya, dia mengubah watak itu menjadi sebaliknya.

Begitu juga dengan watak Hariz dan Mila yang dibawakan oleh Aaron Aziz dan Lisa Surihani yang sememangnya menepati jiwa Osman serta berjaya menzahirkan emosi seperti mana yang dikehendakinya.

"Saya sendiri mahu bekerja dengan pelakon yang belum pernah saya bekerjasama sebelum ini. Ternyata percaturan saya dan penerbit memilih barisan pelakon Ombak Rindu benar-benar berjaya," ujar anak kelahiran Pulau Langkawi, Kedah itu optimis.

Selain Maya, Aaron dan Lisa, Ombak Rindu turut dibintangi Bront Palarae, Normah Damanhuri, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Delimawati, Julia Ziegler dan Kamarool Yusof.

Luahan rasa Fauziah

Pada sidang akhbar itu juga, pihak media telah dikejutkan dengan pengakuan Fauziah selaku penulis asal Ombak Rindu yang turut hadir pada majlis tersebut.

Sewaktu ditanya pendapatnya tentang hasil kerja Osman dan filem Ombak Rindu secara keseluruhannya, secara tiba-tiba dia meluahkan isi hatinya.

"Sebagai penulis popular, saya akui memang tidak puas hati dengan filem ini. Apabila membaca novelnya yang memakan masa empat hingga lima jam, saya berasa tidak puas menonton filem ini.

"Sudah pasti saya mahu melihat semua cerita di dalam novel ini dizahirkan ke layar perak. Namun, semuanya itu tidak dapat dilakukan dan apa yang ditonjolkan dalam filem ini selama dua jam hanyalah sebahagiannya sahaja.

"Pengikut novel ini ramai dan mungkin mereka juga mahu melihat intipati cerita ini diceritakan semuanya di dalam versi filemnya.

"Cuma saya harap di masa akan datang, diharapkan penulis novel juga diberi peluang untuk melibatkan diri secara langsung apabila ada projek adaptasi novel ke filem," jelasnya memberikan pandangan.

Alasan Sharad Sharan

Mengulas tentang luahan Fauziah itu, sebagai penerbit, Sharad mempunyai alasan tersendiri mengapa pihaknya tidak mahu melibatkan penulis novel dalam projek adaptasi itu.

Katanya, ada kala penulis tidak faham dengan proses adaptasi di mana kesemua cerita di dalam novel tidak boleh disumbatkan ke dalam filem yang hanya memakan masa sekurang-kurangnya dua jam.

Jelas Sharad lagi, ini bukan kali pertama dia berhadapan dengan situasi seperti itu kerana sebelum ini filem Lagenda Budak Setan (LBS) juga mengalami masalah yang sama.

"Namun, Ahadiat Akashah selaku penulis, cepat sedar dan faham bahawa filem dan novel merupakan dua medium yang bermain dengan visual yang berbeza.

"Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana proses adaptasi kerana ia bukan semudah yang disangka. Kalau dimasukkan semua cerita, ia akan menjadi panjang dan jika tidak kena caranya, ia boleh membuatkan penonton bosan," katanya yang akan muncul dengan dua buah lagi filem adaptasi daripada novel iaitu Katerina dan Untuk Tiga Hari.

Mengulas tentang hasil kerja Osman pula, Sharad yang juga pengarah filem LBS dan Diva dengan jujur mengakui Ombak Rindu lebih hebat daripada LBS berdasarkan aspek pengarahan.

Katanya, pemilihan Osman adalah tepat dan tidak mustahil untuk pihaknya bekerja semula dengan pengarah itu dalam projek akan datang.

Full content generated by Get Full RSS.

Teguran pedas Chef Wan

Posted:

Teguran pedas Chef Wan

Teguran pedas Chef Wan

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN


BP dinasihatkan agar lebih tumpu kepada bahan lawak, bukan masalah peribadi.


BAHANA cuba berjenaka tanpa mengambil kira faktor peribadi menyebabkan Sobri daripada kumpulan Bawal Power (BP) ditegur oleh pengkritik tetap Maharaja Lawak Mega (MLM), Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) pada minggu kelima, Jumaat lepas.

Teguran Chef Wan terhadap Sobri ekoran peserta itu memberikan serangan berbaur peribadi terhadap penulis kolum hiburan akhbar mingguan arus perdana, baru-baru ini.

Kolumnis hiburan berkenaan, menegur Sobri yang mempersendakan penyanyi yang pernah popular sekitar tahun 1980-an, Zaiton Sameon.

Justeru, Sobri yang ternyata tidak berpuas hati terhadap penulisan tersebut, dilihat seolah-olah menjadikan persembahan BP minggu lepas di pentas MLM sebagai platform untuk mencabar dan mengutuk kolumnis berkenaan.

Selepas BP mengadakan persembahan, Chef Wan dalam komennya menasihati Sobri agar tidak mengulangi tindakannya yang bukan sahaja tidak profesional tetapi juga lebih cenderung ke arah serangan peribadi.

"Sepatutnya perkara sebegini tidak harus berlaku. Apa yang awak lakukan dengan mempersendakan kembali kolumnis tersebut merupakan satu langkah yang tidak bijak.

"Sepatutnya dalam situasi begini, BP seharusnya lebih profesional dan tidak menyentuh sensitiviti sebarang pihak.

"Cuba bayangkan jika dia sendiri berada di pihak keluarga Zaiton. Apakah perasaannya apabila anggota keluarga menjadi bahan jenaka dan disenda?

"Apa yang penting, ketika berjenaka, janganlah menyentuh sehingga menyakitkan hati orang lain dan sekali gus, tidak sensitif," ujar Chef Wan dalam sidang akhbar sejurus tamat persembahan 10 peserta MLM pada minggu kelima.

Sebelum ini, Chef Wan pernah memberi peringatan kepada semua para peserta MLM yang gemar menggunakan individu termasuk barisan juri, sebagai bahan lawak mereka.

Teguran itu dibuat pada minggu ketiga MLM. Pada minggu keempat, Chef Wan tidak duduk di barisan juri kerana berada di Singapura.

Sementara itu, seperti yang telah dijangka, Hits gagal mendapatkan komen kumpulan BP terutamanya Sobri kerana difahamkan mereka terus beredar sebaik MLM tamat bersiaran.

Selain Sobri, Chef Wan turut menegur peserta tunggal solo, Adlin Aman Ramli yang masih lagi menggunakan pendekatan jenaka berunsurkan lucah atau dobule meaning.

Chef Wan berkata, bahan jenaka seperti itu agak kurang sesuai kerana program realiti televisyen itu yang disiarkan secara langsung di Astro Warna, Astro pada setiap Jumaat, 10 malam, turut ditonton oleh kanak-kanak.

"Adlin mempunyai bakat dan berkebolehan menghidupkan sesuatu karakter, namun, dalam masa yang sama dia juga harus peka dengan apa yang disampaikannya.

"Jadi, saya mengharapkan pada persembahan seterusnya nanti, bukan sahaja Adlin, malah semua peserta MLM agar peka dengan lawak mereka," kata Chef Wan yang turut memuji persembahan kumpulan Boboi dan 3G yang dilihat konsisten.

Minggu lepas, para peserta MLM perlu membuat persembahan bertemakan purbakala yang mana, rata-rata persembahan peserta agak hambar dan kurang mencuit hati berbanding dengan persembahan pada minggu-minggu sebelum ini.

Malahan, kata Chef Wan persembahan peserta pada minggu kelima kali ini juga kurang menyengat.

"Sebenarnya kami mengharapkan persembahan yang semakin meningkat memandangkan ia kini sudah memasuki minggu kelima.

"Namun, apa yang kami jangkakan jauh meleset kerana kebanyakan peserta pada minggu ini tidak dapat mencapai tahap yang kami kehendaki.

"Ini merupakan pentas otai-otai lawak untuk beraksi, jadi kami sememangnya menjangkakan sesuatu yang berkualiti setiap kali persembahan diadakan," tegas beliau.

Selain itu, juri yang dikenali melalui komennya yang jujur dan sedikit pedas ini juga mengatakan, kebanyakan peserta lari daripada tema.

"Saya lihat kebanyakan peserta pada malam ini lebih banyak memberi perhatian kepada kostum daripada isi persembahan mereka.

"Apa yang lebih penting sekarang ialah pengisian persembahan yang mengekalkan momentum lawak tanpa perlu membuat kita semua tertunggu-tunggu untuk ketawa," katanya yang mengharapkan persembahan pada minggu hadapan lebih baik daripada minggu ini.

Pada minggu kelima, kumpulan Boboi mengekalkan takhta dengan 64 markah diikuti oleh 3G (56 markah), Pimai (55 markah), manakala kumpulan Syok dan Bawel dari Indonesia berkongsi kedudukan dengan 45 markah.

Menduduki tangga terakhir kedudukan MLM pada minggu kelima dengan berkongsi mata ialah BP, Adlin dan Saehu (42 markah).

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


'Berpijaklah di bumi yang nyata'

Posted:

'Berpijaklah di bumi yang nyata'

'Berpijaklah di bumi yang nyata'


Raja Dr. Nazrin Shah semasa titah ucapannya pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1433 Peringkat Negeri di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), Ipoh, kelmarin.


ALHAMDULILLAH, beta bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dari Nya juga, beta bersama Raja Puan Besar dapat berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Perak Darul Ridzuan bagi tahun Hijrah 1433.

Peristiwa Hijrah adalah ketentuan Ilahi yang berlaku melalui perjalanan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, berpindah dari Mekah ke Madinah. Perjalanan tersebut tidak sekadar perjalanan zahiriah, tetapi adalah titik permulaan era baru. Perjalanan tersebut menyuntik semangat kesungguhan, ketabahan, kecekalan dan keyakinan yang tinggi di kalangan penganut Islam akan kebenaran risalah ajaran yang disampaikan oleh Baginda.

Peristiwa Hijrah telah menunjukkan contoh kekuatan ummah yang dapat dibina melalui ukhuwah persaudaraan yang berjaya dijalin di antara dua pihak, ia itu pihak Ansar Madinah dengan pihak Muhajirin Mekah.

Hijrah adalah peristiwa yang telah membawa perubahan, mencipta pembaharuan dan mencetuskan transformasi. Peristiwa Hijrah mengandungi pelbagai muslihat pengajaran untuk diselami oleh umat manusia. Enam dari pengajaran yang Beta pilih untuk dijadikan renungan bersama adalah:

Pertama: Pentingnya menerima realiti, memahami realiti dan melakukan tindakan berasaskan realiti. Junjungan Besar kita, menerima realiti bahawa Baginda menghadapi tentangan yang semakin hebat, tentangan yang menghalang usaha-usaha Baginda untuk menyebarkan risalah Islam.

Baginda menerima realiti bahawa penduduk Mekah menjadi semakin ekstrem menentang risalah Islam, setelah kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan setelah kembalinya ke Rahmatullah, Siti Khadijah, isteri Baginda.

Baginda menerima realiti bahawa penganut Islam semakin sukar untuk beribadah, malah mereka diancam, dihina, diseksa dan dibunuh. Baginda nyata tidak menafikan realiti cabaran dan sama sekali tidak berada dalam sifat sangkalan atau denial.

Kedua: Sebagai Rasul dan kekasih Allah, Baginda sebenarnya mendapat sebesar-besar rahmat perlindungan. Baginda boleh diselamatkan untuk diangkat ke langit seperti dalam contoh Allah menyelamatkan Nabi Isa, begitu juga dalam contoh Allah memberikan perlindungan kepada Nabi Ibrahim dari dibakar oleh api yang membara. Perlindungan dari Allah SWT pastinya lebih kebal dan lebih hebat dari kawalan seribu tentera.

Namun Allah telah menetapkan peranan yang berlainan untuk Baginda, peranan untuk dikaitkan dengan cabaran yang bakal dihadapi oleh umat di akhir zaman. Untuk itu, Baginda sama sekali tidak berlagak angkuh meski berada pada status yang tinggi di sisi Allah. Baginda tidak berlagak degil lalu memilih opsyen untuk melakukan Hijrah.

Ketiga: Sifat kesetiaan dan sifat bertanggungjawab seorang pemimpin terhadap pengikut. Kesediaan berundur dan melakukan Hijrah adalah dalam semangat Baginda yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebajikan ummah. Baginda tidak lari ke Madinah mendahului pengikut yang masih ramai berada di Mekah. Malah Baginda adalah yang terakhir meninggalkan Mekah setelah berpuas hati bahawa semua pengikut Baginda telah pun selamat.

Keempat: Contoh jalinan kerjasama dengan bukan Islam. Abdullah bin Areeqat yang menjadi pemandu untuk membantu perjalanan Baginda bukan beragama Islam. Abdullah sebenarnya boleh mendapat hadiah lumayan jika beliau bersifat belot lalu menyerahkan Baginda kepada pihak Quraish.

Tetapi Abdullah walaupun tidak menganut Islam, membuktikan sifat jujur dan setia kepada janji dan tugas dan tidak berpaling tadah. Membuktikan Islam mengharuskan jalinan kerjasama dengan bukan Islam dalam semangat jujur, serta selagi yang bukan Islam tidak melakukan perkara-perkara yang mengkhianati Islam.

Kelima: Misi berteraskan kebenaran, walau betapa berat dan perit sekalipun, bila dilaksanakan secara tabah - secara gigih, bila dilaksanakan secara yakin dengan bertawakal kepada kuasa Yang Esa, akan mendapat rahmat - mendapat keredaan dari Allah SWT. Penghijrahan yang Baginda lakukan bersama pengikut, menghadapi pelbagai ujian, bermula dari pengorbanan terpaksa meninggalkan harta benda, sumber rezeki, kampung halaman dan pekerjaan di bumi Mekah, merantau ke Madinah untuk memulakan penghidupan baru.

Namun misi melakukan penghijrahan tersebut adalah untuk menegakkan kebenaran kalimah tauhid, atas keyakinan untuk menjunjung perintah yang diwahyukan oleh Allah SWT, akhirnya Baginda dan pengikut Baginda dianugerahkan kemenangan gemilang.

Keenam: Apabila dua kumpulan Islam, puak Ansar dan puak Muhajirin memilih untuk bersatu, perpaduan Islam bertambah kukuh, dan kekuatan Islam bertambah hebat memungkinkan kejayaan yang lebih besar untuk memperjuangkan Islam dapat dicapai.

Enam pengajaran tersebut sangat relevan dijadikan rujukan dalam menghadapi senario semasa, lebih-lebih lagi untuk dijadikan pedoman oleh para pemimpin. Setiap hasrat dan usaha yang mahu dilakukan hendaklah dirancang berasaskan premis realiti yang tepat. Tanpa fakta yang tepat, hasrat yang diimpikan dan usaha yang dirintis, tidak akan mencapai matlamat.

Sering kali berlaku kecenderungan untuk pemimpin dilindungi dari realiti sebenar. Malah ada kalanya, lebih tinggi status seseorang pemimpin, bertambah jauh dan bertambah terpisahlah dia dari realiti di bumi nyata, baik dianya seorang Raja, seorang Presiden, seorang Wazir atau seorang Menteri.

Malah jurang di antara kebenaran dan kepalsuan bertambah luas, jika pemimpin dipagari oleh individu-individu yang berkepentingan. Mereka memilih cerita kejayaan dan menyembunyikan sebarang kegagalan. Mereka adalah sokong yang membawa rebah.

Pemimpin diulit mimpi riang sedangkan realiti yang berlaku sangat berlainan. Lalu semakin banyak pemimpin melakukan kesilapan, kerana keputusan yang dirumuskan dan arahan yang dikeluarkan, disandarkan kepada premis yang palsu.

Dinamik yang berlaku di Tunisia, di Mesir, di Libya, di Syria dan di pelbagai negara di serata dunia, termasuk sejarah kejatuhan Kerajaan-Kerajaan terdahulu hendaklah dijadikan pedoman. Oleh itu, amat penting untuk pemimpin pada setiap masa benar-benar memahami realiti yang berlaku untuk dapat berpijak di bumi nyata.

Malah pemimpin yang arif seharusnya berasa aneh jika terlalu banyak cerita kejayaan yang dilaporkan dan jika terlalu tinggi pujian yang di sampaikan. Pemimpin yang arif sepatutnya lebih berminat untuk mengetahui kegagalan yang berlaku supaya setiap kelemahan dapat segera diperbaiki dan sebarang kesilapan dapat segera diperbetulkan.

Insaflah akan pesanan orang tua-tua, semut mati kerana gula. Cerita kejayaan dan kata pujian adalah satu madat atau satu addiction di minda manusia yang amat cepat mempengaruhi manusia untuk bersifat angkuh, menjadi terlalu selesa - cepat bermegah melaungkan kejayaannya. Madat tersebut berpotensi besar menjatuhkan pemimpin.

Pemimpin yang arif akan lebih berminat kepada kebenaran dan memiliki keyakinan - memiliki keberanian untuk menegakkan kebenaran betapa besar tentangan yang perlu dihadapi. Menegakkan kebenaran itu adalah tanggungjawab yang sangat dituntut oleh Ilahi kerana Islam adalah agama yang menganjurkan kebenaran.

Pemimpin yang cekal, yakin dan berani untuk menegakkan kebenaran terutama dalam mempertahankan kalimah tauhid serta menegakkan syariat dan mempertahankan kesucian Islam, akan mendapat rahmat dan perlindungan Ilahi, martabat dan makamnya insya-Allah akan diangkat dan dimuliakan oleh Allah SWT.

Mempertahankan kesucian Islam dari dinodai dan melindungi umat Islam dari dipengaruhi oleh ajaran dan fahaman lain adalah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada Raja-Raja Melayu secara perundangan menurut Fasal-fasal tertentu yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Raja-Raja Melayu mempunyai tanggungjawab berat terhadap Allah, kepada negara dan terhadap ummah.

Dalam menyempurnakan amanah berat tersebut, raja dan ummah wajib bersama, dan ummah pula wajib bersatu. Perkara-perkara menyentuh kesucian Islam akan terus dapat kita pertahankan dan Raja-Raja akan terus dapat memberikan perlindungan kepada ummah selagi kita kekal bersama dan ummah kukuh bersatu.

Setiap kali terbitnya bulan Muharam, umat Islam mengadakan sambutan Hijrah. Niat untuk melakukan perubahan - hasrat untuk melakukan penambahbaikan - rancangan untuk melakukan transformasi tidak mungkin tercapai melalui retorik, melalui janji, melalui ikrar dan melalui ucapan, tanpa disusuli dengan pergerakan zahir - pergerakan batin, diperkukuhkan dengan kesungguhan langkah - dibuktikan dengan ketegasan tindakan; baik dalam usaha membasmi kemiskinan, meningkatkan taraf sosioekonomi ummah, membanteras jenayah, memerangi rasuah, menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

Majlis seumpama ini adalah saat untuk setiap ummah melakukan pemeriksaan dalaman, mengukur kesungguhan langkah - menyukat ketegasan tindakan, yang telah dilakukan sepanjang tahun lalu dalam semangat dan hasrat mahu melakukan penambahbaikan.

Perayaan Maal Hijrah, sehari dalam setahun tidak membawa erti tanpa penghayatan - tanpa keyakinan yang bersungguh untuk membina sebuah negara sejahtera serta mendapat keampunan Ilahi 'baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur' seperti yang telah digambarkan oleh Allah SWT dalam ayat 15, Surah Saba.

Semoga kepimpinan ummah dan kepimpinan negara dikurniakan oleh Mu Ya Allah kepada kalangan hambaMu yang memiliki sifat-sifat amanah, ikhlas dan jujur serta di hati mereka sentiasa tersemai rasa kasih, rasa sayang, rasa belas, rasa ihsan terhadap ummah yang diamanahkan berada di bawah pimpinan mereka.

Full content generated by Get Full RSS.

'Nak ceriakan flat pun dikritik pembangkang'

Posted:

'Nak ceriakan flat pun dikritik pembangkang'

'Nak ceriakan flat pun dikritik pembangkang'

Oleh ZULKIFLI JALIL dan SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my


Raja Nong Chik


APA sahaja yang dibuat kerajaan untuk kebaikan rakyat semuanya serba tidak kena di mata pembangkang. Sebutlah apa sahaja. Produk Kedai Rakyat 1Malaysia, mengindahkan flat-flat perumahan rakyat dan segala yang molek-molek belaka, kononnya 'tidak elok', lalu habis dicungkilnya walau sebesar zarah sekali pun.

Peliknya tidak pula pembangkang ini menghulurkan bantuan sebaliknya pihak yang menolong rakyat itu pula dikritik dan menjadi mangsanya. Hairan dan tentu sekali ajaib.

Tidak terkecuali trend ini merebak ke Wilayah Persekutuan. Memang diakui politik bandar dan luar bandar berbeza tetapi takkanlah warga kota dan pengundi bandar mudah terpedaya atau 'mengangguk-angguk kepala' dengan helah pihak yang berkepentingan ini.

Menarik perhatian Utusan Malaysia untuk menerokai lebih jauh trend terbaru kebelakangan ini yang dimainkan pembangkang, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengambil contoh usaha pihaknya mengecat dan membaik pulih flat-flat di sekitar Lembah Pantai, Sentosa dan Taman Angkasa yang menimbulkan rasa cuak di kalangan pembangkang.

Jika dalam tempoh dua tahun ini, wakil pembangkang terbabit tidak berbuat apa-apa di kawasannya, dengan sibuk mengikut urusan si bapa ke hulu ke hilir, kini disebabkan siri program membantu penduduk setempat digerakkan oleh BN sejak 2009 kian menampakkan keberhasilannya, baharulah 'dia' mula 'buka mata'.

"Seperti mana kerja mengecat flat-flat, pembangkang akan mencari benda negatif sahaja. Ya, kita akui kontraktor ini ada juga yang tak bertanggungjawab tetapi dia highlite pada situ sahaja. Padahal kontraktor terbabit bukan pun di bawah kawalan BN tapi berlandaskan tender terbuka juga di mana 1,000 kontraktor yang masuk secara keseluruhan kerja yang mereka buat adalah baik.

"Sama juga di Taman Angkasa, pihak swasta juga yang buat (kerja mencantikkan flat), jadi kadang-kala kita tidak ada kawalan, ada yang baik dan ada yang tidak, sekarang sudah banyak (flat) di Lembah Pantai sudah dibaiki," katanya.

Raja Nong Chik yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan memberi contoh lain bagaimana pihaknya menyediakan alternatif kepada penjaja dengan menempatkan mereka di satu kawasan dikenali Bazaria Pantai. Ini setelah didapati mereka berniaga di tepi-tepi jalan sehingga menjejaskan lalu lintas dan tahap kebersihan di situ.

"Tapi apa yang berlaku ialah bukan 'dia' nak bekerjasama tapi 'dia' bantah pula seolah-olah 'dia' memperjuangkan penjaja, padahal kita buat pembersihan kawasan untuk bagi keselesaan penduduk di sana. Jadi, 'dia' hanya cari kelemahan dan kesilapan sedangkan pusat penjaja itu pun dibina hasil sumbangan separuh daripada pemaju di Lembah Pantai," kata Raja Nong Chik lagi.

Serupa juga apabila kerajaan hendak membangunkan Kg. Kerinchi. Kira-kira 90 peratus penduduknya sudahpun bersetuju dan berpindah tetapi atas 'tiket politik', baki 10 peratus penduduk lagi enggan dan meminta yang bukan-bukan.

Akhirnya, pembangunan terpaksa dilewatkan setahun. Yang 90 peratus penduduk tadi diyakini akan merasai nikmat pembangunan - dari rumah sebilik dan tidak berbilik kepada empat bilik. Dan dari rumah berharga RM50,000, kelak apabila dibangunkan dijangka mencecah RM200,000. Malah, di tempat sementara yang dihuni mereka sekarang pun dibayar oleh pemaju dengan pemaju itu sendiri dipilih oleh mereka dan bukannya oleh kerajaan.

"Saya mengerti bahawa pembangkang tak setuju dengan pembangunan Kg. Kerinchi ini sebab kalau berjaya, BN yang dapat kredit. Pada saya mungkin politik Melayu antara UMNO dan pembangkang (Pas dan PKR) lain. Tetapi kalau kaum Cina, bila mereka nampak satu program itu akan beri kelebihan pada kaumnya, pasti mereka akan menyetujuinya tidak kiralah apa parti sekali pun (DAP, MCA atau Gerakan).

"Saya tengok DAP umpamanya, kalaulah Kg. Kerinchi ini perkampungan Cina, saya fikir DAP akan setuju 100 peratus (untuk dibangunkan) sebab tak payah keluarkan duit, sudah ada orang majukan. Tapi apa yang berlaku ialah orang Melayu di situ buat bangkangan sehingga sekarang tak boleh dimajukan, mereka hanya tahu kritik dan tak bagi cadangan membina, cuma kata ada rasuah dan lain-lain," kata beliau.

Jelas Raja Nong Chik: "Pada saya 90 peratus sudah setuju, pemaju pun dah bayar, jadi tiada sebab benda ini tak boleh jalan. Terlewat sudah setahun namun Insya-Allah, kita akan jalankan tetapi guna undang-undanglah, padahal kalau sudah dapat persetujuan kira-kira 90 peratus tak payah guna undang-undang pun."

Hakikatnya, banyak program mendekati rakyat telah dilakukan oleh kementerian diterajui Raja Nong Chik. Flat yang dahulunya usang kini ternampak seperti perkampungan moden. Secara keseluruhan di Lembah Pantai, dua masjid dan dua sekolah agama baru telah dibangunkan di situ.

Tambah lagi baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan menaiktaraf sekolah di Pantai Dalam dan di Kerinchi. Jalan-jalan di Bangsar dan Lembah Pantai juga dibaiki manakala kawasan sekitar akan dihijaukan lagi.

Dikatakan di kerusi Parlimen Lembah Pantai sahaja, sudah ketara minat rakyat untuk membuat keputusan menentukan wakil rakyatnya yang baru pada PRU-13 nanti. Hampir 10,000 pengundi baru berada di kawasan itu sahaja waktu ini. Di kerusi Batu, yang mana BN tewas dengan 9,455 undi di tangan Tian Chua (PKR) pada 2008, kini kedapatan 7,000 pengundi baru di situ. Di sebalik penambahan pengundi baru atau pengundi yang bertukar alamat di Lembah Pantai atau di beberapa kerusi Parlimen lain di Wilayah Persekutuan, realitinya sokongan rakyat kini kuat beralih kepada BN.

Tumpuan dalam rating 'boleh menang' ini tentunya di kerusi-kerusi yang majoriti pengundi Melayu seperti Lembah Pantai, Titiwangsa, Bandar Tun Razak, Wangsa Maju dan Batu selain Setiawangsa, Labuan dan Putrajaya sendiri. Dikatakan untuk lima kerusi lain iaitu Seputeh, Segambut, Kepong, Bukit Bintang dan Cheras, peluang untuk MCA dan Gerakan menerobos pembangkang di sana dengan majoriti 70 hingga 80 peratus pengundi Cina nampaknya begitu tipis.

"Apa yang kita lakukan selama ini kepada rakyat boleh dinilai. Dan saya yakin rakyat semakin nampak BN lebih realistik dan praktikal. Mereka kini tawarkan diri untuk bantu BN walaupun dahulu mereka sokong pembangkang. Ini ketara di kalangan orang Melayu dan India di samping kaum Cina juga sudah nampak kesedarannya. Sama ada mampu direalisasikan, hanya Dia yang maha mengetahui," kata Raja Nong Chik.

Senario di 10 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan tidak lagi boleh dinilai mengikut senario politik pada 2008. Ini kerana ia telah banyak berubah. Rakyat Wilayah Persekutuan tidak mahu lagi terus ditipu dengan lakonan mereka yang kononnya membela nasib rakyat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Elak kehamilan tidak dirancang

Posted:

Elak kehamilan tidak dirancang

Elak kehamilan tidak dirancang


Program pendidikan mengenai kesihatan seksual dan reproduktif merupakan langkah positif bagi membendung kehamilan tidak dirancang.


STATISTIK Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan antara Januari hingga April 2010, seramai 111 wanita muda telah mengandung di luar nikah.

Tanpa penyelesaian kepada masalah mereka itu, golongan wanita muda yang dalam kebuntuan mungkin tanpa berfikir panjang bertindak membuang bayi mereka selepas melahirkannya.

Turut merumitkan keadaan adalah hakikat ramai daripada mereka tidak mengetahui hak-hak dan merasa tertekan oleh pandangan masyarakat. Ini mendorong mereka membuat keputusan yang salah.

Kadar tinggi bagi kehamilan yang tidak terancang itu adalah bukti terdapat kekurangan maklumat dan pendidikan mengenai kesihatan seksual serta reproduktif bagi warga muda di Malaysia.

Melengkapkan para remaja dengan maklumat kesihatan reproduktif seksual di samping memberi inspirasi kepada mereka untuk membuat keputusan bijak merupakan isu penting yang perlu diberi perhatian serius.

Justeru, satu program mengenai kesihatan seksual dan reproduktif bagi semua warga kolej, kelolaan Durex telah dianjurkan sepanjang bulan ini.

Harapannya ialah ia akan memperkasakan para remaja dalam memupuk kesedaran mengenai kesihatan seksual dan pilihan kontraseptif yang akan mendorong mereka membuat keputusan yang bijak.

Bertemakan One Voice, Prevention is Key, pelajar muda berusia antara 18 hingga 23 tahun akan diberikan akses kepada satu siri maklumat mengenai isu kesihatan seksual dan reproduktif seperti kehamilan tidak terancang, melalui dua platform - satu pertandingan reka bentuk menggunakan aplikasi Facebook dan satu lagi ialah program di kawasan kolej.

Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Malaysia, Nikhilesh Kalra berkata, para remaja di Malaysia tidak menyedari risiko seks tanpa perlindungan.

Akibatnya, insiden kehamilan tidak terancang dan pembuangan bayi semakin bertambah.

''Program pendidikan kolej Durex mengetengahkan isu serius ini dan membantu menggerakkan aktiviti-aktiviti melalui medium seni yang bertujuan memperkasakan para remaja untuk membuat pilihan bijak berkaitan kehidupan seksual dan reproduktif mereka," jelasnya.

Katanya, program kolej One Voice, Prevention is Key dilancarkan dengan pertandingan reka bentuk.

Ia mengajak para peserta mencipta karya seni serta slogan mereka di sebuah poster, poskad atau fotografi yang memaparkan pandangan mereka mengenai kehamilan yang tidak terancang.

Jelas Kalra, setiap pesanan mengandungi buah fikiran, cogan kata atau reka bentuk unik yang mengumpulkan pandangan mereka mengenai kehamilan yang tidak terancang.

Tambahnya, semua peserta perlu menghantar rekaan kreatif mereka dalam bentuk gambar dan memuat naikkannya ke laman peminat Facebook Durex Malaysia.

''Setiap rekaan yang terpilih bagi setiap kategori berdasarkan bilangan undian tertinggi akan membawa pulang sebuah iPad2. Durex juga akan turut memberi lima iPod Touch sebagai hadiah sagu hati bagi setiap kategori.

''Bagi melibatkan lebih banyak remaja, Durex akan mengunjungi lima kolej bagi meneruskan komitmennya ke arah memperkasa para pelajar. Sepanjang program kolej tersebut, dinding yang dipenuhi maklumat akan didirikan dengan mempamerkan fakta-fakta Tahukah anda...?' mengenai seks dan poster-poster berkaitan dengan maklumat mengenai kesihatan seksual," katanya.

Ini katanya, akan membantu meningkatkan keselesaan pelajar dengan subjek di samping memberikan para pelajar akses untuk berkonsultasi mengenai hal-hal berkaitan seks dengan penuh keyakinan.

"Program pendidikan kolej mengenai kesihatan seksual dan reproduktif serta pertandingan reka bentuk ini adalah satu langkah positif untuk berhubung dengan para remaja. Ini membolehkan mereka meluahkan pandangan mereka mengenai seks selamat di samping menggalakkan perbincangan terbuka mengenai kesihatan seksual.

"Matlamat utama Durex bukan hanya untuk memperkasa para remaja agar memupuk kesedaran mengenai kesihatan seksual dan pilihan kontrasepsi, tetapi juga untuk memecahkan tabu mengenai isu tersebut, agar orang ramai lebih selesa dengan topik tersebut.

"Apabila para remaja diberi akses kepada inisiatif sebegini, kami yakin ini akan membantu mereka membuat pilihan bijak dalam setiap aspek kehidupan mereka.

"Ini juga menyediakan saluran kreatif untuk para remaja berkongsi pandangan positif dan menghancurkan tanggapan negatif mengenai isu-isu kehamilan yang tidak terancang dan pembuangan bayi," tambah Kalra.

Program bergerak Durex One Voice, Prevention is Key telah dianjurkan di lima kampus kolej sepanjang bulan November, iaitu Taylors Lakeside Campus, Universiti Putra Malaysia, Raffles College of Higher Education, INTI International University, Nilai dan IACT College.

Untuk maklumat lanjut mengenai topik-topik isu kesihatan seksual remaja, sila layari www.facebook.com/DurexMalaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelayaran amal Hospis

Posted:

Pelayaran amal Hospis

Pelayaran amal Hospis

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my
(Yang mengikuti pelayaran kapal Star Cruises Superstar Libra ke Krabi dan Phuket, Thailand bersama Persatuan Hospis Pulau Pinang baru-baru ini.)


Dr. Chan Kok Ewe (empat dari kiri) bersalaman dengan Sak Cheng Lum sempena pelayaran kebajikan Star Cruises Penang-Phuket-Krabi, baru-baru ini.


PERSATUAN Hospis Pulau Pinang (PHS) dan Persatuan Kanser Nasional Malaysia cawangan Pulau Pinang berjaya mengutip dana berjumlah lebih RM260,000 melalui penjualan kabin kapal Star Cruises Superstar Libra yang belayar dari Pulau Pinang ke Phuket dan Krabi, Thailand, baru-baru ini.

Dana itu akan digunakan bagi menampung pengurusan program Hospis di rumah dan perkhidmatan yang dijalankan oleh PHS dalam membantu pesakit kronik mendapatkan rawatan susulan di rumah mereka.

Pengerusi PHS Datuk Dr. Chan Kok Ewe berkata, dana itu juga bertujuan menampung pusat jagaan harian yang diuruskan PHS selain memberi kemudahan kepada pesakit kronik terutama mendapat rawatan dan jagaan sebaiknya.

"Kami bertuah kerana mendapat sokongan baik daripada pihak Star Cruises untuk membantu usaha kami melalui penjualan kabin ini selain sikap prihatin para penderma yang menyumbang kepada dana ini.

"Program seumpama ini akan diteruskan pada masa depan dan PHS berharap untuk mengutip lebih banyak dana melalui usaha murni bersama Star Cruises ini," katanya pada sidang akhbar ketika dalam pelayaran terbabit, baru-baru ini.

Pelayaran empat hari tiga malam itu dimeriahkan dengan persembahan kumpulan koir terkenal di Pulau Pinang, Dolci Voci yang turut menyambut ulang tahun ke-10 mereka.

Koordinator Dolci Voci, Tan Sri Sak Cheng Lum berkata, pihaknya amat teruja dan berbesar hati apabila dijemput mengadakan persembahan amal di atas kapal tersebut.

"Peluang yang diberi ini tidak dipersiakan kerana kami sering mengadakan persembahan amal seumpama itu namun ini kali pertama ia dibuat di atas kapal seperti Star Cruises," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Naib Presiden Operasi Star Cruises Pulau Pinang, Eric Sia menjelaskan, pihaknya mempelawa mana-mana pihak yang ingin mengadakan program amal seumpama ini untuk sama-sama menyumbang kepada organisasi masing-masing.

"Dengan cara seumpama inilah kita dapat menyumbang semula kepada masyarakat.

"Semua hasil jualan kabin ini disumbangkan kepada PHS dan berharap program ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved