Selasa, 11 Februari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kredibiliti FAM terjejas jika tidak bertindak - KJ

Posted: 11 Feb 2014 10:50 AM PST

Oleh AIZAWATI AHMAD
aizawati.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Kredibiliti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang diuji sejauh mana badan induk itu mampu bertindak tegas bagi menangani insiden yang berlaku di dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di Johor Bahru pada 1 Februari lalu, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan wajar dihukum tanpa ada rasa pilih kasih kerana di sisi undang-undang tiada sesiapa pun yang kebal dan mereka tidak dapat lari daripada hukuman.

"Ini isu serius. Bila saya dapat tahu bahawa pemain T-Team, penolong jurulatih pasukan, Azlan Johar semua angkat sumpah, sebagai seorang Islam bila kita angkat sumpah, kita kena anggap ia perkara yang lebih serius.

"Walaupun benda ini memang dah serius, tetapi bila angkat sumpah sahaja dia jadi satu benda yang kita tak boleh ketepikan. Saya ada hubungi Datuk Hamidin Mohd. Amin (Setiausaha Agung FAM) pagi tadi (semalam). Saya maklumkan kepadanya kita tak boleh ketepikan isu ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Siri Keupayaan Pentadbiran Kepimpinan Sains Sukan ISN-UPM di sini semalam.

Menurut Khairy, sekiranya benar terdapat insiden yang tidak diingini berlaku di Larkin, FAM perlu mengemukakan pertuduhan kerana mana-mana individu yang terlibat mesti dihukum.

"Kalau ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku di Larkin kita kena buat pertuduhan dan mesti dilihat adil dan tidak ada sesiapa yang kebal dalam perkara ini. Kalau sekiranya ada kesalahan sesiapa sahaja yang buat kesalahan itu mesti dihukum, tidak boleh ada pilih kasih, tidak boleh ada undang-undang yang berbeza," tegasnya.

Jelasnya, sebagai menteri, beliau hanya boleh memainkan peranan untuk menasihatkan FAM jika badan induk bola sepak negara itu masih gagal mengambil tindakan berhubung kejadian di Larkin.

"Kredibiliti FAM, kredibiliti bola sepak negara akan terjejas. Jadi saya maklumkan, apa sahaja keputusan selagi dilaksanakan secara adil tanpa pilih kasih daripada FAM, saya akan sokong," ujarnya.

Biar FAM uruskan - Tengku Abdullah

Posted: 11 Feb 2014 10:50 AM PST

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - "Jangan main-main dengan al-Quran".

Itu pesan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung tindakan T-Team dan pemainnya Muhammad Irfan Ghani yang bersumpah menggunakan al-Quran, rentetan daripada pergaduhan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Johor Bahru pada 1 Februari lalu.

Katanya, kepercayaan seharusnya diberikan kepada FAM untuk melaksanakan siasatan dan mengambil tindakan terhadap insiden itu.

Kelmarin, penolong jurulatih T-Team, Azlan Johar dan seorang pemainnya Khairan Izuan Razali bersumpah dengan al-Quran bagi membuktikan kebenaran berhubung insiden itu.

Semalam pula, pemain T-Team, Muhammad Irfan yang sebelum ini memberikan kenyataan bertentangan dengan pasukannya, turut melakukan perkara sama.

Tengku Abdullah menegaskan, biarlah FAM menjalankan tugas dalam melakukan siasatan berhubung pergaduhan yang berlaku sewaktu masa rehat perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan T-Team itu.

"Janganlah sampai sumpah-sumpah dan jangan main-main dengan al-Quran.

"FAM akan buat keputusan nanti dan terpulang kepada pihak terlibat," katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Lembaga Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), di sini semalam.

Pada 1 Februari lalu, T-Team mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perlawanan Piala FA menentang JDT selepas mendakwa pemainnya dikasari oleh pegawai tertinggi JDT di dalam terowong.

Sementara itu, Tengku Abdullah turut memberitahu tugas menangani samseng dalam kalangan penyokong bola sepak tidak boleh diletakkan seratus peratus kepada FAM sahaja.

Malah Tengku Abdullah mengakui tiada persatuan sukan di dunia ini yang mampu menangani masalah tersebut secara bersendirian.

"Mereka (penyokong) perlu ingat jika mahu jadi samseng ini akan melibatkan undang-undang dan janganlah sampai membuat perkara yang melanggar undang-undang.

"Saya nasihatkan mereka ini jangan buat kecoh kerana kita datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan dan menang atau kalah itu adalah adat dalam perlawanan bola sepak," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Wanita ditahan kes hina Sultan Selangor

Posted: 11 Feb 2014 10:35 PM PST

SHAH ALAM 12 Feb. - Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung sebuah blog yang menyiarkan pautan Facebook mengandungi hasutan, cacian serta fitnah melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Wanita berusia 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Kajang pada kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk diambil keterangan. UTUSAN ONLINE

Nelayan Vietnam mati ditikam ahli keluarga

Posted: 11 Feb 2014 09:46 PM PST

ROMPIN 12 Feb. - Seorang nelayan warga Vietnam maut ditikam dipercayai oleh anggota keluarganya sendiri selepas dikatakan berlaku pertengkaran antara mereka ekoran mangsa didakwa tidak menghantar duit ke kampung.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata, mangsa dikenali sebagai Tran Van Mau, 29, manakala suspek yang dipercayai anggota keluarganya berusia 25 tahun.

Mangsa ditikam di bahagian ketiak kiri dengan pisau pemotong ikan dalam sebuah bot nelayan yang berlabuh dekat jeti Tanjung Gemok di sini awal pagi ini, katanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Rakyat Kemboja dipenjara sabit kesalahan perdagangkan manusia

Posted: 11 Feb 2014 09:58 AM PST

PHNOM PENH 12 Feb. - Seorang rakyat Kemboja yang terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun, semalam, selepas menghantar tiga orang gadis dari negara ini ke Malaysia untuk menjadi pelacur, dan berjanji menawarkan mereka pekerjaan di kilang pakaian dengan gaji yang lumayan, tahun lalu.

Hakim Mahkamah Perbandaran, Keo Mony berkata, Sok Panha yang turut dikenali sebagai Voung, 36, didapati bersalah `menjual, membeli dan menukar manusia dengan mempunyai maksud di bawah undang-undang Penindasan Pemerdagangan Manusia dan Eksploitasi Seksual.

Sementara itu, Ketua Penyeludupan Anti-Manusia dan Unit Perlindungan Juvana Kemboja, Kolonel So Mandy berkata, pihaknya berjaya menahan Panha pada 20 Ogos tahun lalu, selepas menerima maklumat daripada tiga mangsa berkenaan, yang berjaya meloloskan diri daripada rumah pelacuran di Malaysia. - AGENSI

Pakistan: Serangan bom bunuh 10 pengunjung panggung wayang

Posted: 11 Feb 2014 09:56 AM PST

PESHAWAR, Pakistan 11 Feb. - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 16 yang lain cedera dalam satu serangan bom tangan di sebuah panggung wayang yang terletak di wilayah barat laut negara ini, semalam.

Insiden di panggung wayang Shama, auditorium yang menayangkan filem pornografi itu berlaku selepas 11 hari serangan sama di beberapa panggung wayang di bandar yang sama.

"Pada awalnya, kami dapati ada dua letupan iaitu di dalam dewan panggung wayang Sharma yang disebabkan oleh bom tangan," kata pegawai polis Najib-ur-Rehman. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Shafee: Anwar gagal sekali lagi

Posted: 11 Feb 2014 10:50 AM PST

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

Muhammad Shafee Abdullah bercakap kepada pemberita berhubung keputusan rayuan kali kedua oleh Anwar Ibrahim untuk mengetepikan beliau selaku ketua pasukan pendakwaan bagi kes liwat Ketua Pembangkang tersebut di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 11 Feb. - Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat akan diteruskan di Mahkamah Rayuan esok setelah beliau gagal dalam usaha terakhirnya untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan.

Rayuan tersebut dijadualkan didengar selama dua hari sehingga Khamis ini setelah Mahkamah Persekutuan hari ini buat kali kedua menolak rayuan Anwar berhubung pelantikan Muhammad Shafee itu.

Bagaimanapun, sebelum rayuan pihak pendakwaan didengar, Muhammad Shafee yang mengetuai pasukan tersebut akan berdepan permohonan terbaharu Anwar untuk mendapatkan kebenaran memanggil semula bekas pegawai penyiasat kes itu, Supritendan Jude Blacious Pereira memberi keterangan.

Anwar mengemukakan permohonan itu supaya mahkamah dapat memutuskan sama ada keterangan Jude dalam perbicaraan kes liwat boleh dipertahankan dan dipercayai setelah permohonan bekas pegawai polis itu untuk menjadi peguam bela dan peguam cara ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 10 Januari lalu.

Pada prosiding hari ini, panel lima hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara menolak rayuan Anwar selepas mendapati segala dakwaan salah laku yang dikatakan dilakukan oleh Muhammad Shafee seperti dalam akuan berkanun (SD) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim tidak boleh dibuktikan.

Ujar beliau, persoalan utama yang perlu dibuktikan ialah sama ada terdapat prima facie atau kesahihan terhadap dakwaan salah laku yang kononnya dilakukan oleh peguam senior itu.

"Kami mendapati bahawa SD tersebut merupakan keterangan yang dibuat di luar mahkamah dan kami tidak boleh menerima isi kandungan akuan tersebut.

"Tanpa akuan bersumpah itu, lain-lain dakwaan terhadap Muhammad Shafee boleh dipertikaikan.

"Selain itu, tiada sebarang bukti kukuh untuk membuktikan dakwaan-dakwaan tersebut. Oleh itu, rayuan perayu (Anwar) ditolak," kata Hakim Zulkefli.

Yang turut bersidang ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Seri Zaleha Zahari serta Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berusia 67 tahun itu didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Percubaan kali kedua Anwar untuk menggugurkan Muhammad Shafee dibuat setelah beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Disember tahun lalu yang menolak permohonan itu yang bersandarkan kepada SD Mat Zain yang kemudiannya diputuskan sebagai keterangan dengar cakap (hearsay).

Sebelum itu, cubaan kali pertamanya untuk menyingkirkan Muhammad Shafee ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 September 2013 dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 21 November tahun sama.

Selongkar barang kemas cari hantu - Ibu mangsa

Posted: 11 Feb 2014 10:50 AM PST

SHAH ALAM 11 Feb. - Ibu kepada pensyarah Bahasa Inggeris Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC), Zara Eleena Omar Peter yang mati dibunuh bersama bapanya mendakwa, teman lelaki anaknya menyelongkar rumah mereka dan mengeluarkan semua barang kemasnya dengan tujuan 'mencari hantu'.

Menurut Normaliah Mahmood, 53, tertuduh pertama kes pembunuhan itu, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22, yang juga teman lelaki Zara Eleena memberitahunya, terdapat 25 hantu di badannya dan dia perlu diubati.

Kata saksi pendakwaan keempat itu, pada 15 Februari 2012, Mohamad Zul Shahril atau dikenali sebagai Shah atau Ustaz Shah pertama kali datang ke rumah mereka di Taman Kinrara bersama dua lelaki selepas Zara Eleena membuat panggilan telefon kepada Shah memaklumkan Normaliah tidak sihat.

Disoal dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin sama ada dia mempercayai dakwaan Shah bahawa terdapat hantu dalam badannya, Normaliah dengan nada sebak berkata, dia tidak membela hantu, takut hantu dan tidak mempercayai dakwaan itu.

Wanita itu menyatakan demikian dalam perbicaraan terhadap empat bekas pelajar KTAC termasuk Shah yang didakwa membunuh Zara Eleena dan Omar Peter Abdullah, dua tahun lalu di Mahkamah Tinggi di sini.

Perbicaraan masuk hari kedua hari ini.

Shah, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, atau Mat Rof, Azizi Aizat Ibrahim, 22, atau Boy, dan Muhamad Safwan Muhamad, 22, atau Chap didakwa membunuh Zara Eleena, 23, di rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, antara pukul 1.30 dan 2.30 pagi, 9 Mac 2012.

Kesemua mereka juga menghadapi tuduhan kedua, membunuh Omar Peter, 56, di tempat sama, antara pukul 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan pukul 1.30 pagi keesokannya.

Mereka dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dalam keterangannya, Normaliah berkata, pada malam 15 Februari 2012, barang kemas miliknya dikeluarkan oleh Omar Peter dan Shah mengasingkan barang kemas yang dikatakan berhantu dan yang tidak berhantu di atas lantai bilik utama.

Sebelum pulang, menurutnya, Shah mengeluarkan poket seluarnya yang kosong dan berkata, dia tidak ambil apa-apa barang daripada rumah itu dan hanya ikhlas ingin membantu mengubati Normaliah.

Kata saksi itu, Shah dan dua lelaki lain termasuk Boy pulang lebih kurang pukul 1 pagi, 16 Februari 2012 dan dia serta suaminya tertidur selepas minum secawan Nescafe yang dibancuh oleh Zara Eleena dan bangun pada pukul 2 petang.

Keesokan harinya, menurut Normaliah, Zara Eleena yang dipanggilnya Yaya memberitahunya yang dia telah memberikannya ubat tidur atas arahan Shah.

Ditanya mengenai hubungan Shah dan Zara Eleena, katanya, anaknya itu mengakui Shah teman lelakinya selain pelajarnya dan Shah turut bekerja sambilan sebagai penarik kereta.

''Saya beritahu Yaya, orang tarik kereta ini agak berbahaya, kasar, saya ada kawan penarik kereta dan dia memang kasar,'' ujarnya.

Ketika ditanya apa yang berlaku kepada Zara Eleena sebelum wanita itu meninggal dunia, Normaliah menyatakan, duit anaknya sering hilang daripada akaun bank sejak Januari 2012 dan satu laporan polis telah dibuat oleh anak gadisnya itu.

''Saya terkejut bagaimana duit dan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dia boleh hilang sedangkan dia seorang yang berhati-hati.

''Dia selalu hilang duit, hampir setiap hari duit dia hilang sehingga pada satu hari ayahnya terpaksa menghantar wang kepadanya di kolej kerana tiada duit untuk membeli makanan,'' katanya.

Menurutnya, seminggu sebelum kematian Zara Eleena, anaknya itu ada membuat laporan polis kali kedua bersama bapanya selepas kehilangan wang tunai RM500.

Ditanya sama ada Zara Eleena mengesyaki sesiapa, wanita itu menjawab tiada.

Perbicaraan ditangguhkan apabila Normaliah menangis teresak-esak ketika menceritakan saranan Zara Eleena kepada bapanya supaya menghantar ibunya ke kampung halaman di Segambut, Johor bagi mengelakkan gangguan hantu.

''Pada pukul 6 petang, 16 Februari 2012 lepas Yaya balik daripada kerja, dia suruh Omar Peter hantar saya ke kampung supaya hantu tidak ikut saya.

''Pada masa tu saya percayakannya, saya memang bodoh kerana percayakan perkara itu,'' katanya sambil meraung dan menekupkan muka ke meja di kandang saksi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Halim Aman bersambung esok.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Warta tanah didiami Orang Asli

Posted: 11 Feb 2014 10:50 AM PST

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

SHAHIRUDDIN Ab. Moin (dua dari kiri) menyampaikan replika cek dividen kepada wakil peserta Tanam Semula Komersial di Wisma Belia Indera Mahkota, Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 11 Feb. - Masyarakat Orang Asli bakal memiliki tanah sendiri apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju mewartakan tanah yang didiami mereka berdasarkan syarat yang ditetapkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri sebelum ini giat mengadakan rundingan dengan jabatan berkaitan termasuk pejabat tanah berhubung dengan Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Orang Asli.

Menurutnya, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dengan kerjasama agensi berkaitan kini dalam proses penyediaan pelan pewartaan tanah terbabit.

"Apabila pewartaan ini selesai, saya yakin, masyarakat Orang Asli dapat memajukan tanah tersebut seterusnya menjana sumber ekonomi.

"Langkah ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan pembangunan setempat mereka," katanya dalam Majlis Penutup Seminar Pengurusan Tanam Semula Komersial (TSK) dan Pengupayaan Koperasi Orang Asli Negeri Pahang, di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jakoa, Nisra Nisran Asra Ramlan dan Pengarah Jakoa negeri, Isa Abd. Hamid.

Adnan berkata, kerajaan turut memberi tumpuan kepada usaha menyusun semula ekonomi luar bandar dengan menjuruskan kepada program pertanian komersial.

Beliau berkata, melalui projek TSK yang telah dirancang dan disusun diharap dapat menjana sebanyak mungkin aktiviti ekonomi dan sosial.

Menurutnya, projek TSK di negeri ini kini adalah membabitkan 55 kampung Orang Asli meliputi 9,366 hektar kawasan dengan 3,332 peserta.

Sementara itu, Nisra Nisran berkata, Jakoa akan membuka 2,000 hektar ladang baru di negeri ini untuk tanaman sawit dan getah.

Penerima bantuan khas perlu tandatangani surat akuan

Posted: 11 Feb 2014 10:50 AM PST

SHAFIK Fauzan Sharif (kiri) menyampaikan bantuan khas banjir daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri sebanyak RM750 di Kompleks Sukpa Indera Mahkota, Kuantan, semalam. - UTUSAN/MOHD. FAIRUZ YUSOF

KUANTAN 11 Feb. - Mangsa banjir di daerah ini yang menerima bantuan khas daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri sebanyak RM750 wajib menandatangani borang akuan penerima bantuan ihsan bagi memastikan wang tersebut sampai kepada golongan sasar.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenakan syarat tersebut supaya penerima terbabit tidak melakukan penipuan dengan mendakwa mereka merupakan mangsa banjir pada Disember tahun lalu.

"Dalam surat itu penerima perlu menandatangani serta menurunkan cap jari surat akuan tersebut. Borang tersebut perlu diisi semasa mendaftar di kaunter disediakan sebelum bantuan wang ihsan tersebut diserahkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bagi menyampaikan bantuan berkenaan di Kompleks Sukpa Indera Mahkota, di sini hari ini.

Yang turut hadir mengagihkan bantuan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud; ADUN Panching, Datuk Mohd. Zaili Besar; ADUN Lepar, Datuk Suhaimi Jusoh dan Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Nurhayad Ahmad.

Agihan bantuan tersebut diadakan selama tiga hari bermula hari ini di kompleks tersebut melibatkan seramai 14,377 penerima yang terlibat dalam bencana itu.

Shafik berkata, penerima yang menandatangani surat tersebut tetapi didapati berbohong boleh diambil tindakan mahkamah dan dikenakan hukuman tertentu.

Beliau percaya mungkin tidak ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan penipuan itu kerana pengenalan borang berkenaan mampu mengelak berlaku sebarang penyelewengan bantuan tersebut.

Mengenai kelewatan menyampaikan bantuan khas itu, Shafik memberitahu, kerajaan negeri perlu melakukan proses penapisan kerana melibatkan jumlah penerima yang banyak.

"Kita khuatir akan berlaku pertindihan nama. Kita perlukan pengesahan tertentu supaya mangsa yang terlibat dalam bencana itu layak menerima bantuan tersebut," ujarnya.

623 KIR terima bantuan Kami Prihatin MPK

Posted: 11 Feb 2014 10:50 AM PST

KUANTAN 11 Feb. - Seramai 623 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima bantuan berjumlah kira-kira RM436,000 melalui program Kami Prihatin yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada tahun lalu.

Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, pihaknya turut mengadakan kursus dan latihan bagi meningkatkan pendapatan keluarga seperti kursus rawatan alternatif, jahitan baju kurung dan masakan.

"Untuk tahun lalu, pihak majlis mendapatkan dana dan peruntukan bantuan daripada pihak kementerian dan juga daripada perkongsian bijak dengan rakan penaja 'Kami Prihatin' MPK," katanya demikian ketika berucap dalam majlis Penyampaian Sumbangan Basikal Kami Prihatin Kepada Rumah Anak-Anak Yatim Daerah Kuantan di Rumah Anak Yatim Nur Iman Kampung Kempadang di sini kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Majlis MPK, Datuk Wan Salihin Wan Hassan.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Datuk Dr. Yusri Zainuddin dan Yang Dipertua Rumah Anak Yatim Nur Iman, Badrul Huzaini Mohd. Yusof.

Zulkifli berkata, bagi program penyampaian sumbangan basikal itu, MPK telah menjalinkan usahasama dengan UMP dengan menyumbangkan 40 basikal terpakai yang tidak digunakan lagi.

"Pihak MPK membaik pulih basikal berkenaan dan hanya 20 yang boleh digunakan dan disumbangkan kepada tiga rumah anak yatim iaitu Rumah Anak Yatim Nur Iman, Permata Insyirah dan Baitul Husna," katanya.

Menurutnya, 10 basikal disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim Nur Iman dan masing-masing lima untuk RumahAnak Yatim Pertama Insyirah dan Baitul Husna.

Beliau berkata, MPK berharap lebih ramai pihak tampil membuat sumbangan untuk disalurkan kepada golongan memerlukan di daerah ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Agenda memerangi orang tengah

Posted: 11 Feb 2014 10:50 AM PST

Oleh Rohami Shafie

CUKUP menarik lapan strategi yang diumumkan oleh kerajaan dalam memerangi orang tengah bagi sub-sektor perikanan. Strategi-strategi ini bakal menguntungkan nelayan yang sejak dari dahulu keringat mereka diperah oleh orang tengah.

Orang tengah ini tidak perlu bersusah payah menangkap ikan di lautan dalam lagi bergelora. Siapa yang pernah menangkap ikan di lautan dalam sahajalah yang mengetahui betapa susahnya menjadi nelayan.

Tetapi bagi orang tengah, mereka ini tidak peduli pun nasib yang ditanggung oleh nelayan. Nelayan-nelayan kita jarang sekali dapat menjadikan tangkapan mereka sebagai hasil perniagaan yang amat lumayan.

Tidak sebagaimana negara maju seperti Jepun yang meraih pendapatan tinggi, keringat nelayan kita tidak mendatangkan hasil lumayan kepada mereka. Yang untung berlipat kali ganda ialah orang tengah.

Dengan kuasa wang, orang tengah membeli hasil tangkapan nelayan pada harga yang murah dan menjual pula dengan harga yang tinggi. Status kehidupan nelayan kita rata-ratanya tiada perubahan yang ketara berbanding dahulu kerana adanya segelintir golongan ini yang menguasai industri perikanan di Malaysia.

Jadi, apabila kerajaan memperuntukkan RM40 juta bagi melangsaikan hutang mereka dengan orang tengah, maka ia merupakan langkah tepat untuk membantu nelayan daripada dikongkong oleh orang tengah.

Hutang yang ditanggung oleh nelayan menyebabkan mereka terpaksa menjual hasil mereka kepada orang tengah. Mahu tidak mahu, meskipun hasil tangkapan mereka banyak, namun wang yang diterima sedikit kerana dijual pada harga yang murah. Dengan menggunakan hutang, orang tengah menjadikan ia sebagai senjata untuk membeli hasil tangkapan nelayan.

Hasil tangkapan mereka sewajarnya dibeli oleh persatuan nelayan itu sendiri agar ia menguntungkan nelayan. Begitu juga, persatuan nelayan telah diberikan sebanyak RM50,000 bagi memberi pinjaman segera kepada nelayan agar nelayan tidak lagi bergantung kepada orang tengah.

Begitu juga, kerajaan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyediakan pinjaman kepada nelayan jika mereka memerlukan wang untuk membeli bot dan peralatan lain. Dengan cara ini, ia memudahkan nelayan bagi mendapatkan dana untuk membeli kelengkapan yang diperlukan.

Tidak cukup dengan itu, inisiatif kerajaan untuk membantu para nelayan dalam memasarkan tangkapan mereka. Dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) akan menyediakan 200 pusat pengumpulan dan pengedaran hasil tangkapan ikan.

Bahkan, bantuan juga disalurkan kepada para nelayan dengan menambah lagi bilangan pasar nelayan, memberi tapak kepada nelayan di pasar tani untuk berniaga dan memperkenalkan pasar ikan bergerak.

Ini secara langsung membolehkan nelayan menjual hasil tangkapan mereka secara terus kepada pembeli. Secara tidak langsung, harga ikan akan lebih murah berbanding ikan ditolak kepada orang tengah sebelum dibeli oleh pengguna.

AH LONG

Ini bermakna pengguna juga akan mendapat manfaat dengan terhakisnya peranan orang tengah dalam sub-sektor perikanan.

Biarlah harga ikan benar-benar ditentukan oleh pasaran iaitu nelayan dan pembeli dan bukannya kuasa menentukan harga terletak pada orang tengah. Tidak keterlaluan dikatakan selama ini, sektor pertanian terlalu bergantung kepada orang tengah.

Dengan kejayaan memerangi orang tengah dalam sub-sektor perikanan, maka ia boleh dilaksanakan di sub-sektor yang lain seperti perladangan, penternakan dan sebagainya.

Tidak keterlaluan juga boleh dikatakan bahawa selama ini orang tengah berfungsi sebagai ah long dalam sektor pertanian.

Meskipun mereka ini tidaklah sekejam ah long yang memberi pinjaman peribadi, yang mana boleh menggugat keselamatan si peminjam tetapi ah long dalam sub-sektor perikanan memberi kesan yang berpanjangan dek kerana nelayan terlalu bergantung kepada ah long ini.

Ah long ini mengetahui kelemahan-kelemahan nelayan seperti tiada wang untuk membeli dan memperbaiki bot dan alatan untuk ke laut serta tidak mengetahui cara bagaimana untuk menjual secara terus kepada pengguna.

Jadi, bagi meraih keuntungan berlipat kali ganda, mereka menawarkan pinjaman kepada nelayan agar nelayan terikat dengan mereka.

Ini menunjukkan tiada bezanya di antara orang tengah dengan ah long sebenar. Akibat terlalu bergantung kepada mereka, nelayan mahupun si peminjam terpaksa mengikut kehendak mereka meskipun mengetahui bahawa mereka telah dimanipulasikan.

Penindasan ke atas nelayan terdesak sebeginilah menyebabkan hanya orang tengah sahaja yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda manakala yang menjadi mangsanya bukan setakat nelayan bahkan pembeli yang terpaksa membeli hasil tangkapan nelayan dengan harga yang lebih tinggi berbanding sepatutnya.

Justeru, nelayan-nelayan di seluruh Malaysia sewajarnya memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan dalam memerangi orang tengah. Sewajarnya juga, Nekmat dan agensi kerajaan yang berkaitan membantu para nelayan dengan memberi penjelasan sebaik mungkin akan kebaikan lapan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan ini bagi membolehkan para nelayan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan agenda memerangi orang tengah.

Tidak mustahil, inisiatif kerajaan ini bakal melahirkan lebih ramai lagi usahawan pertanian yang berjaya bagi sub-sektor perikanan. Kelak, kerjaya nelayan akan mengalami perubahan ketara yang bakal mengubah status kehidupan nelayan kepada profesion yang berpendapatan lumayan berbanding sekarang.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Pusat Pengajian Perakaunan (SOA) dan Felo Penyelidik Institut

Keusahawanan dan Koperasi (CEDI)

Universiti Utara Malaysia

Apabila yang demam bertambah demam

Posted: 11 Feb 2014 10:50 AM PST

Oleh Fauziah Arof

AKU tunggu lebih tiga jam, dengan badan menggigil demam , rasa nak tumbang dan badan semua sakit-sakit, hujung-hujung aku dapat panadol satu papan sahaja dan doktor minta ambil darah pada petang esoknya. Maknanya kena datang baliklah lagi.

Sudahlah tunggu lama, klinik itu pula dah jadi macam taman rekreasi, budak-budak bermain, berlari-lari, menjerit-jerit tetapi emak ayah dia buat tak kisah, leka layan handphone. Tambah sakit orang yang tengah sakit," cerita seorang kawan kepada saya setelah dia pergi ke Klinik Kesihatan di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, urusan pendaftaran saja sudah ambil masa 45 minit, walaupun ada angka giliran dengan empat kaunter pendaftaran tetapi yang dibuka cuma dua. Masanya pula ketika itu, belum masuk waktu makan tengah hari, pukul 10 pagi. Kalau tiba waktu makan tengah hari mungkin boleh terima alasan dua lagi pergi makan.

Sebab itu, katanya, dia memang lebih suka pergi ke klinik swasta saja apabila demam atau ada sakit-sakit lain. Bagaimanapun, katanya, bila duit tak berapa nak ada terpaksalah juga pergi ke klinik kesihatan.

Sememangnya, cerita-cerita sebegini kita selalu dengar. Menunggu lama untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya mendapat satu atau dua jenis ubat yang sebenarnya boleh saja dibeli di kedai serbaneka seperti 7-Eleven atau lain-lain tanpa membazir masa menunggu lama.

Bagi kebanyakan daripada kita yang bekerja dan syarikat menyediakan kemudahan rawatan dan kesihatan di klinik dan hospital berbayar, kita sebenarnya amat bertuah tidak melalui perkara-perkara sebegini.

Tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai kemudahan itu dan pendapatan mereka pula kecil? Sudah pasti untuk pergi ke klinik swasta, sekurang-kurangnya RM60 diperlukan untuk sesi rawatan termasuk ubat-ubatan untuk demam. Itu belum masuk penyakit-penyakit lain lagi. Mengeluarkan wang sebanyak itu bukanlah mudah bagi mereka.

Kita harus akui bahawa kebanyakan yang mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital atau klinik kesihatan kerajaan ini ialah golongan berpendapatan rendah. Mereka ini, ada yang datang dari jauh dengan menaiki kenderaan sendiri, guna pengangkutan awam atau menumpang kereta saudara-mara. Ada yang datang mengendong anak, siap dengan membawa bekal makanan. Apabila tiba di hospital atau klinik kesihatan pula, mereka perlu menunggu lama dan akhirnya setelah diperiksa, tentunya tidak berbaloi segala kepenatan menunggu itu jika hanya diberi pil paracetamol.

Dalam pada itu, mencari tempat letak kenderaan di kawasan hospital dan klinik kesihatan kerajaan ini memang susah. Selalunya mereka terpaksa meletak kenderaan di kawasan yang jauh dari tempat rawatan. Sudahlah tempat letak kenderaan awam terhad, pantang silap parking sikit , sekejap saja tayar kereta kena clamp.

Inilah antara cabaran-cabaran yang pastinya akan menguji tahap kesabaran tetapi terpaksa juga dilayan kerana tidak mampu untuk pergi ke klinik swasta.

Pun begitu, sudah tentunya apabila kita memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kerajaan, kita mengharapkan layanan, rawatan dan ubat-ubatan yang diberi adalah yang terbaik. Sebabnya, apa pun yang datangnya daripada kerajaan selalunya adalah yang terbaik. Maknanya dari segi perubatan ini, hospital kerajaan sepatutnya lebih baik dan perkhidmatannya mendahului hospital dan klinik swasta.

Memang tidak dinafikan Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan bahawa klinik dan hospital kerajaan ini sentiasa cekap, masa menunggu pun sudah dipendekkan, kakitangannya pun diminta sentiasa mesra pelanggan.

Justeru perkara ini perlulah sentiasa diperingatkan dan dipantau. Memang bukan semua hospital dan klinik kerajaan yang lembab. Di Jabatan Pesakit Luar, Hospital Kuala Lumpur (HKL), kita boleh lihat stafnya bergerak cepat, sudah banyak perubahan, tidak seperti dahulu. Di sana, pesakit boleh berjumpa doktor, periksa darah dan keputusannya boleh dapat dalam masa tidak sampai satu jam. Tidak perlulah datang semula ke hospital hanya untuk diambil darah.

Dalam pada itu, di HKL juga disediakan perkhidmatan bas perantara untuk orang awam ke jabatan-jabatan dalam hospital berkenaan. Ini menunjukkan mutu perkhidmatan di hospital berkenaan sentiasa cuba ditingkatkan.

Tinggal lagi sekarang ini yang perlu dipastikan adalah kecekapan yang sudah tentunya melibatkan sikap kakitangannya. Jika doktor, kita boleh faham bilangannya tidak ramai yang kena mengendalikan ramai pesakit, tetapi takkanlah kelewatan di bahagian pendaftaran pun mahu beri alasan doktor tak cukup.

Dan apabila Malaysia terletak dalam kedudukan ketiga negara terbaik dalam menyediakan penjagaan kesihatan serta paling berpatutan di dunia selepas Perancis dan Uruguay, sepatutnya kenyataan yang amat membanggakan ini selari dengan apa yang dilalui oleh rakyat negara ini dalam mendapatkan perkhidmatan di hospital awam.

Kedudukan itu, menurut kajian laman web pelancongan antarabangsa, International Living, memandangkan negara ini merupakan antara destinasi perubatan pelancongan yang terbaik dan termurah di dunia. Kepakaran perubatan di Malaysia adalah setara atau lebih baik daripada kebanyakan negara Barat.

Kajian itu memberitahu, kos penjagaan kesihatan di negara ini begitu rendah sehingga pesakit boleh membayar daripada poket sendiri untuk banyak prosedur standard.

Hasil kajian ini tentulah menggembirakan kita. Tetapi adakah ia benar-benar memudahkan rakyat di negara ini terutamanya golongan berpendapatan rendah? Saya kira jika semua rintangan itu dapat diatasi, itu lebih baik.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Nikahi Syamsul, Puteri Sarah tidak tertekan

Posted: 11 Feb 2014 03:28 AM PST

Oleh AIDA RIDZMARIZA

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 28, berkata, dia tidak tertekan walaupun tarikh perkahwinannya dengan pengarah filem, Syamsul Yusof, 30, akan berlangsung kurang sebulan lagi.

Kata Puteri Sarah Liyana, persiapan majlis perkahwinannya juga hampir 60 peratus siap.

"Benar, kami akan bernikah pada 8 Mac ini. Buat masa ini, persiapan majlis itu banyak dibantu keluarga dan rakan.

"Saya tidak tertekan dan masih bekerja sehingga ke hari ini. Saya juga belum pasti bila akan bercuti menjelang tarikh itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Maya enggan cinta Remy

Posted: 10 Feb 2014 10:11 PM PST

Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin
Gambar SYEFRY MONIZ

BERCINTA hanya di dalam filem, di alam realiti mereka bersahabat baik.

DALAM kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menyatakan, sejoli" bermaksud pasangan kekasih yang sangat rapat. Benarkah begitu sekali hubungan yang berlangsung di antara dua pelakon ini sehingga boleh membawa kepada maksud tersebut?

Tidak dinafikan suatu ketika dahulu mereka pernah dikaitkan dengan cinta. Tiada kepastian perihal itu memandangkan kedua mereka kekal menafikan. Sementelah pengakuan Maya Karin mengenai kewujudan cinta hatinya sejak enam bulan lalu, sedikit melenyapkan kisah ini daripada buruan ramai. Namun cinta antara dua pelakon hebat ini kembali menjadi tanda tanya apabila Maya dan Remy kini kembali dikenali sebagai dua sejoli" untuk filem terbaru mereka Sejoli.

Kekasihku jauh

Hanya tersenyum bila dinyatakan promosi filem terbaharu ini mampu menghangatkan kembali gosip yang mengatakan dia dan Remy pernah bercinta, Maya tidak sedikit pun ambil pusing soal itu. Ketika awal gosip ini mula diperkatakan, jujur dia mengaku benar-benar terkejut.

Mana tidaknya, tiba-tiba sahaja, cerita itu datang. Kami memang tidak ada apa-apa tiba-tiba bila gosip ini timbul, terkejut sungguh saya. Bagaimanapun, saya dan Remy memang tidak terkesan dengan gosip ini. Bagi kami semuanya tidak lebih daripada gosip tanpa asas," katanya.

Mengakui hari ini dia sedang mengenali seseorang, Maya tidak berselindung untuk menjelaskan keadaan sebenar gosip ini kepada lelaki yang kini sedang menghuni hatinya.

Kekasih saya jauh, dia tiada di sini. Lagipun dia tidak akan percaya perkara-perkara sebegini. Saya fikir gosip ini timbul apabila mereka ingat saya belum ada sesiapa dan Remy juga masih single. Hari ini sudah terbukti bahawa kami memang tiada apa-apa, kami hanya kawan," katanya.

Diminta menjelaskan lebih lanjut siapa sebenarnya kekasih hati yang menghuni hati, Maya kekal dengan pendirian untuk terus diam membisu. Baginya selagi belum sampai waktu yang sudah dijanjikan, dia memilih merahsiakan identiti kekasih misteri itu.

Biarlah rahsia, saya tidak boleh beritahu apa-apa sekarang. Sama ada dia Melayu atau bukan, juga saya tidak boleh jelaskan. Jujurnya dia seorang yang sangat memahami. Tetapi tahun ini bukanlah tahun yang saya lihat untuk mengadakan majlis perkahwinan lagi. Saya fikir 2014 lebih kepada tahun untuk karier," kata pelakon yang bakal muncul dalam filem Juwanita, Lagenda Budak Setan 3 dan Nota ini lagi.

Enggan anak angkat

Pernah berkahwin dengan seorang jejaka kelahiran Britian iaitu Steven David Shorthose atau Muhammad Ali pada 2008, Maya dan lelaki itu bagaimanapun berpisah dua tahun kemudian. Dalam usia melewati angka 30-an, hidup solo sendiri, Maya mengakui selepas menjanda, dia pernah terfikir untuk mempunyai anak angkat. Bagaimanapun fikiran rasional Maya menokhtahkan bahawa dia belum layak menjadi seorang ibu lagi buat masa ini.

Memang saya pernah terfikir, ialah melihat rakan-rakan memang ada terdetik untuk mengambil anak angkat.

Bagaimanapun komitmen yang terlalu berat dengan karier tidak akan membuatkan saya berlaku adil kepada anak itu nanti. Jadi buat masa ini memang saya tidak yakin mampu untuk teruskan dengan niat yang baik itu," katanya.

Bercerita lanjut tentang Sejoli, Maya percaya bakal memuaskan hati peminatnya. Elemen komedi yang diselitkan dalam filem arahan Osman Ali ini juga katanya memberi impak berbeza buat dirinya.

Saya yakin peminat akan lihat saya dalam keadaan yang berbeza dengan memegang watak seorang wanita yang cuba mencuri kembali cintanya. Dalam misi itu dia menempuhi pelbagi cabaran dan diilhamkan dalam keadaan komedi.

Jika ada yang mengatakan saya hanya selesa dengan Osman Ali, saya akui memang selesa. Dan jika ada yang mengatakan dia menganggap saya sebagai anak emas, saya tidak lihat itu sebagai suatu masalah tetapi juga sangat bangga," katanya ringkas.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Mandi air suam berdua

Posted: 10 Feb 2014 10:11 PM PST

Air merupakan salah satu elemen penting untuk kehidupan. Bukan itu sahaja, air mampu memberikan ketenangan kepada manusia sekiranya kena dengan caranya.

Mendengar deruan air terjun atau bermandi-manda di dalam kolam antara perkara yang dapat menimbulkan ketenangan dalam diri.

Begitu juga dengan air yang boleh berfungsi sebagai pemangkin menghangatkan hubungan intim anda.

Berendam di dalam air suam selepas penat pulang dari kerja berdua bersama pasangan anda tanpa gangguan adalah antara ketenangan yang anda boleh kecapi.

Menurut Perunding Terapi Nur Mukmin Home Spa, Sobah Sheikh Abdul Tawab, air suam boleh membantu menyalurkan tenaga sihat ke dalam tubuh selepas seharian bekerja dengan mengembalikan daya kekuatan yang lesu akibat kesibukan sepanjang hari.

Apabila badan kita lesu, sudah tentu kita tidak ada mood untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan, jadi tujuan kita berendam di dalam air suam bersama pasangan adalah untuk melonggarkan semua sel-sel kepenatan agar kita kembali sihat dan bertenaga.

Tetapi jangan berendam terlalu lama, mungkin dalam jangka masa 20 minit sahaja agar badan tidak terlalu sejuk. Kalau mahu berendam pula pastikan tidak terlalu lewat malam dan tiada gangguan daripada anak-anak. Pasang muzik yang menenangkan fikiran ketika berendam agar keadaan lebih damai.

Mungkin aktiviti berendam bersama suami ini tidak boleh dilakukan selalu atas faktor-faktor kesibukan, namun apabila kita melakukannya sekali-sekala pasti memberikan sentuhan kepada hubungan yang lebih erat bersama suami,"jelasnya.

Sobah berkata, aktiviti berendam ini sudah pasti selesa sekiranya ada alatan kelengkapan seperti kolam mandi ala jakuzi atau tab mandi, namun sekiranya tiada, alat pancuran air panas elektrik atau baldi besar juga sudah memadai bergantung kepada kreativiti pasangan untuk melakukan acara mandian berkenaan.

Mengenai pakaian pula, tuturnya, sekiranya anda berdua sahaja dengan suami, pakailah pakaian mandi yang mana anda mahukan dan rasa selesa dengannya kerana itu hak hubungan antara anda dan suami.

Cara-cara mandian

- Alat kelengkapan mandian seperti tab mandi atau jakuzi (bagi yang mampu).

- Letakkan sedikit wangian lavender ke dalam mandian suam. Jika mahu buih, letakkan buih sabun.

- Air yang bercampur wangian lavender akan membantu menenangkan fikiran.

- Masuk ke dalam tab mandi dan kemudian saling bantu menggosok secara lembut badan pasangan dengan sabun.

- Lupakan masalah, jangan bercerita mengenai hal-hal pejabat yang merumitkan. Fokus dengan apa yang anda berdua lakukan.

Sekiranya anda tidak mempunyai tab mandi atau jakuzi, sebaldi air suam bersama haruman lavender juga boleh membantu.

Cara-cara mandian

- Siram kedua-dua belah kaki suami anda dengan air suam. Bantu dia dengan memicit sedikit bahagian kaki.

- sekiranya sudah, suami anda juga boleh melakukan perkara yang sama kepada anda.

- Kemudian saling siram-menyiram air suam ke atas tubuh dan saling menggosok lembut badan dengan sabun.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Denggi di Selangor serius

Posted: 11 Feb 2014 10:50 AM PST

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

SEORANG pekerja melakukan semburan bagi membasmi nyamuk aedes di Pangsapuri Sri Nilam, Ampang, semalam. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

AMPANG 11 Feb. - Demam denggi di Selangor semakin membimbangkan apabila sebanyak 6,582 kes direkodkan sejak awal tahun ini.

Ketua Bahagian Kawalan Penyakit Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat (PKDHL), Dr. Mohd. Nasir Habib berkata, Petaling merupakan daerah yang mencatatkan kes denggi tertinggi dengan 2,943 kes.

"Sejumlah 32,652 kes daftar tahunan direkodkan sejak tahun 2004 hingga 2013 dengan peningkatan yang mendadak dari 2012 iaitu 2,242 kes kepada 6,371 kes pada tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar berhubung Ops Gempur Aedes Siri 2/2014 di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Hussain dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan MPAJ, Dr. Sarodin Shahri.

Sementara itu, Mohd. Nasir menjelaskan, Pangsapuri Sri Nilam menjadi tumpuan operasi itu dijalankan kerana pada setiap tahun, kawasan itu menyumbang kepada kes denggi yang agak tinggi.

"Selain kawasan tersebut, Taman Nirwana juga merupakan satu lagi lokasi ancaman denggi dan setakat ini kami memberi tumpuan di kawasan Ampang, Kajang dan Semenyih.

"Antara halangan yang perlu ditempuhi pada operasi ini adalah untuk memeriksa keadaan di dalam rumah penduduk kerana ada antara penghuni yang tiada di rumah pada waktu pemeriksaan dijalankan," jelasnya.

Pangsapuri Seri Nilam yang mempunyai lebih daripada 5,000 penduduk serta 1,000 unit premis itu diperiksa oleh kira-kira 200 anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, wakil-wakil Pejabat Kesihatan Daerah di negeri itu dan MPAJ.

Mereka yang didapati menjadi punca pembiakan nyamuk aedes akan dikompaun sebanyak RM500 mengikut Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975.

Pasar Minggu Kampung Baru akan dibangun

Posted: 11 Feb 2014 10:50 AM PST

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Kawasan Pasar Minggu Kampung Baru di Jalan Raja Muda Musa di sini akan dibangun bagi mengindahkan lagi imej Kampung Baru sebagai lokasi tumpuan.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada dasarnya telah bersetuju untuk membayar pampasan kepada pemilik tanah terbabit yang sebelum ini enggan berpindah.

"Apabila mereka tidak mahu berpindah, bagaimana kerja-kerja pembangunan hendak dimulakan kerana tapak itu masih lagi berpenghuni.

"Walau bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama DBKL telah meluluskan perkara ini dan sedang berunding dengan pemilik tanah tentang nilai pampasan yang perlu dibayar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Johari turut menyatakan bahawa kawasan itu akan dibangunkan oleh UDA Holdings Berhad dengan syarat DBKL dapat menyelesaikan pampasan kepada pemilik tanah di situ.

"Sekiranya penyelesaian mengenai isu pampasan ini dapat diselesaikan sebelum akhir Februari, kerja-kerja awal pembangunan akan dimulakan pada April nanti.

"Saya telah memaklumkan kepada Tengku Adnan dan akan membawa beliau melawat kawasan ini sebagai projek pemula kepada pembangunan Kampung Baru," katanya.

Katanya lagi, secara umumnya, DBKL memiliki sembilan tanah dengan keluasan kira-kira 1.15 hektar tetapi menghadapi kesukaran dalam membangunkan kawasan itu.

"Terdapat beberapa penduduk yang mempersoalkan usaha membangunkan kawasan mereka oleh DBKL," katanya.

Ujarnya, kerajaan berusaha memajukan kawasan tersebut sebagai suatu lokasi yang boleh dibanggakan oleh penduduk.

Sampah bertimbun selepas berniaga

Posted: 11 Feb 2014 10:50 AM PST

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Kemeriahan Pasar Malam Jalan Alor, Kuala Lumpur turut dikongsi pelancong asing
Suasana Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar negara.
SAMPAH sarap berselerakan di tapak Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala lumpur membuktikan tahap kesedaran mengenai kebersihan kalangan pengunjung dan peniaga masih rendah.
TONG sampah yang disediakan Alam Flora di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur tidak dimanfaatkan peniaga apabila sampah dibuang di luar tong berkenaan.

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Bercerita tentang pasar malam terbayang dalam kotak fikiran kita tentang kemeriahan suasana dan kepelbagaian aneka jenis makanan yang menyelerakan.

Daripada bahan mentah hinggalah makanan siap digoreng semuanya mudah didapati di pasar malam. Keunikan pasar malam menjadikannya pilihan sebilangan besar rakyat di negara ini tanpa mengira umur, bangsa mahupun agama.

Malah kewujudan pasar malam juga menjadi salah satu identiti pelancongan di negara ini yang turut menjadi tumpuan pelancong luar.

Menjelang waktu senja, kelihatan para peniaga berpusu-pusu mengeluarkan barangan jualan dari kenderaan masing-masing.

Bermulalah sesi membakar, menggoreng, tawar-menawar serta lelongan penjual bersama pembeli yang membanjiri pasar malam.

Namun, di sebalik kerancakan dan riuh-rendah suasana pasar malam, mungkin ramai yang terlupa kegiatan itu secara tidak langsung boleh menimbulkan masalah kepada alam sekitar akibat kegagalan pihak bertanggungjawab menguruskan dengan lebih efisien.

Tinjauan Utusan Malaysia di dua pasar malam yang menjadi tumpuan ramai iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Alor mendapati masalah pengurusan dan pembuangan sampah yang kurang cekap turut dihadapi dua lokasi itu.

Kesedaran sivik yang rendah dalam kalangan peniaga dan pengunjung menjadi antara punca lambakan sampah sarap di pasar malam.

Selain itu, kekurangan tong sampah di sekitar pasar malam menjadi alasan utama pengunjung membuang sampah terutama plastik dan lidi pencucuk makanan sesuka hati di atas jalan.

Tidak kurang sikap peniaga sendiri yang membuang sampah ke dalam longkang berhampiran selepas operasi sehingga menyebabkan longkang tersumbat dan mengeluarkan bau busuk.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar tapak Pasar Malam di Jalan Tuanku Abdul Rahman sejurus tamatnya operasi sekitar pukul 11 malam, Sabtu lalu mendapati dakwaan tersebut berasas.

Seolah-olah merentasi jalan ke tapak pelupusan sampah, didapati bungkusan plastik seperti sisa makanan dan sebagainya dilihat bertaburan di sekitar laluan tersebut, berbeza pada awal pasar malam beroperasi.

Tong sampah yang disediakan Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) di laluan pejalan kaki juga didapati sudah melimpah keluar.

Sementara itu, tinjauan di sekitar Jalan Alor di Bukit Bintang tidak jauh bezanya.

Di hadapan sebuah restoran nampak bersih tetapi di bahagian dapurnya amat mengecewakan.

Ini kerana saluran perangkap minyak tersumbat akibat saiznya yang kecil selain dicemari sisa makanan.

Namun, dari segi tahap kebersihan di hadapan premis dan jalan awam kelihatan terkawal dan perlu dipertingkatkan lagi.

Peniaga tidak seharusnya terlalu bergantung kepada pihak Alam Flora yang dipertanggungjawab mengawal kebersihan di kawasan pasar malam.

Sudah tentu tidak wajar meletakkan kebersihan di bahu pihak lain sedangkan di situlah tempat mereka mencari rezeki.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


MDT belanja RM13 juta

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada ahli majlis mengangkat sumpah pengakuan menerima jawatan Ahli Majlis Daerah Tangkak di Ledang, Johor, kelmarin.

LEDANG 10 Feb. - Majlis Daerah Tangkak (MDT) membelanjakan sebanyak RM13 juta untuk menaik taraf kemudahan, menyelenggara dan mencantikkan kawasan awam sepanjang tahun lalu.

Yang Dipertua MDT, Ab. Han Ramin berkata, peruntukan yang diperoleh daripada kerajaan negeri dan Pusat selain sumber pendapatan MDT sendiri melibatkan perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan pembangunan.

"Daripada jumlah itu, sebanyak RM7 juta dibelanjakan untuk pembangunan. Kita juga mendapat RM300,000 tahun lalu untuk mencantikkan Dataran Tangkak, landskap, taman permainan, lampu awam dan membersihkan sistem perparitan.

"Peruntukan ini kita dapat daripada Kerajaan Pusat untuk kerja penyelenggaraan," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Angkat Sumpah Pengakuan Menerima Jawatan Ahli Majlis MDT, di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri yang juga Ahli Parlimen Ledang.

Seramai tujuh muka baharu dan 17 ahli sedia ada kekal dilantik sebagai Ahli Majlis MDT bagi memegang jawatan untuk tempoh mulai 1 Februari 2014 hingga 31 Disember 2015.

Terdahulu dalam ucapannya, Ab. Han mengingatkan Ahli Majlis MDT supaya dapat memberikan sepenuh komitmen dalam menjalankan tanggungjawab bagi membantu organisasi itu mencapai visi sebagai perbandaran yang maju dan tersohor menjelang 2015.

Beliau berkata, mereka berperanan sebagai pembekal perkhidmatan bandar, pihak berkuasa perancangan tempatan, pemangkin pembangunan sosial dan ekonomi, pengutip hasil cukai taksiran dan penguasa perbandaran.

"Mereka akan menjadi 'jambatan' antara kerajaan dan rakyat menerusi aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan menerusi peruntukan yang disalurkan Kerajaan Pusat. Ini dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni yang merupakan antara ciri-ciri pembangunan negeri dan negara," katanya.

Beliau berkata, ahli majlis bukan hanya mewakili sesuatu kawasan tertentu, malah tugas dan tanggungjawab meliputi keseluruhan kawasan pentadbiran MDT.

"Oleh itu, pemikiran dan pandangan ahli majlis harus lebih terbuka dan meliputi keseluruhan kawasan pentadbiran serta tidak tertumpu dengan pandangan di kawasan sekelilingnya. Harus elak unsur kepentingan peribadi serta menyalahgunakan kuasa," katanya.

Singapura hadkan asap kenderaan 40 HSU mulai Julai

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

Ayub Rahmat (tiga dari kiri) mengedarkan risalah keselamatan jalan raya kepada pemandu semasa Operasi Bersepadu Pelepasan Asap Kenderaan Diesel di susur keluar Plaza Tol Skudai, semalam.

JOHOR BAHRU 10 Feb. - Bermula Julai ini, kenderaan diesel dari Malaysia yang memasuki Singapura perlu memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap melebihi had ditetapkan negara itu pada tahap 40 Unit Asap Hartridge (HSU).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, perkara itu merupakan peraturan baharu yang lebih ketat dibuat oleh Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura dalam usaha meningkatkan kualiti udara di negara tersebut.

Menurutnya, bermula 1 Januari lalu, republik itu menguatkuasakan had pelepasan asap hitam kenderaan diesel daripada 50 HSU kepada 40 HSU termasuk kepada semua kenderaan yang memasuki Singapura dan dilaksanakan di bawah undang-undang negara itu.

"Bagaimanapun, pihak NEA Singapura memberi kelonggaran masa sehingga 30 Jun 2014 kepada kenderaan dari Malaysia yang memasuki negara itu dalam melaksanakan had baharu pelepasan asap kenderaan diesel itu," katanya selepas Operasi Bersepadu Pelepasan Asap Kenderaan Diesel di susur keluar Plaza Tol Skudai, di sini hari ini.

Ayub berkata, namun dalam tempoh itu, kenderaan yang memasuki Singapura dan didapati melepaskan had ketumpatan asap antara 41 hingga 50 HSU selepas diuji akan diberi surat peringatan, manakala yang lebih 50 HSU akan tetap dikompaun.

Pada tahun lalu, sebanyak 213 kenderaan diesel terutamanya lori dan bas yang ingin memasuki Singapura telah diminta berpatah balik oleh pihak berkuasa negara berkenaan kerana didapati melepaskan ketumpatan asap melebihi had ditetapkan.

"Sepanjang tahun itu juga, Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri telah melaksanakan sebanyak 338 operasi statik bagi membendung masalah tersebut dan daripada jumlah itu sebanyak 74 operasi dijalankan di dua pintu masuk menghala ke Singapura.

"Dalam operasi yang dijalankan di dua pintu masuk ke negara berkenaan, sebanyak 9,554 kenderaan diesel diperhatikan dan 54 daripadanya telah dikenakan kompaun setelah ujian ketumpatan asap kenderaan dilaksanakan." katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Produk aksesori kraf

Posted: 10 Feb 2014 10:11 PM PST

Oleh Siti Aishah Yusoff
Gambar Najib Mohd. Noor

MUNIRAH Abdullah Bajanuddin (tiga dari kiri) berkata sesuatu kepada peserta-peserta program Promosi Produk Usahawan Aksesori Kraf JPW di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

kkesungguhan dan ketekunan dalam memasarkan produk merupakan antara rahsia kejayaan seseorang usahawan, apatah lagi jika perusahaan itu masih ditahap kecil-kecilan.

Justeru sebagai langkah memperluaskan jaringan pasaran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah menganjurkan Promosi Produk Usahawan Aksesori Kraf JPW.

Program yang berupa bazar jualan, adalah khusus untuk wanita dan ibu tunggal yang terbabit dalam menghasilkan produk aksesori secara kecil-kecilan dan dibangunkan dengan bantuan agensi tersebut.

Ketua Pengarah JPW Wilayah Persekutuan Putrajaya, Datuk Munirah Abdullah Bajanuddin, aktiviti tersebut dilaksanakan bersama rakan strategik iaitu syarikat penyedia perkhidmatan dan pemilik pasar raya besar.

Perlaksanaan program ini adalah kesinambungan daripada Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-Kit) dan program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita), yang mana kami memberi kemahiran kepada golongan wanita dan ibu tunggal menghasilkan produk-produk kraf bagi menambah pendapatan.

"Daripada situ, kami anjurkan bazar untuk golongan ini memasarkan produk mereka dengan lebih teratur

Program ini dimulakan pada tahun lepas dan pesertanya rata-rata dari negeri Selangor dengan kerjasama syarikat Dor Rue Sdn. Bhd. dan dua pasar raya besar, iaitu Aeon co. (M) Bhd. dan Giant Hypermarket Sdn. Bhd," katanya pada majlis pelancaran Bazar Wanita Peserta-Peserta JPW Selangor dan Wilayah Persekutuan, di pasar raya Giant, Cheras, Selangor, baru-baru ini.

Munirah berkata, aktiviti promosi tersebutdisasarkan untuk peserta program I-Kit dan I-keuNita yang berminat serta berpotensi untuk menjadi usahawan berjaya.

Katanya, objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan usahawan yang dilatih JPW dengan bidang pemasaran dan mempromosikan produk sekali gus membantu meningkatkan pendapatan keluarga masing-masing.

Dari segi pencapaian program sangat memberangsangkan dengan jualan mencecah RM20,000, iaitu hasil pembelian secara borong oleh pelanggan, pembelian bahan mentah aksesori kraf dan bayaran perkhidmatan membaiki aksesori kraf," katanya.

Munirah berkata, peserta yang terlibat dalam promosi akan sentiasa dipantau melalui laporan pencapaian pendapatan tiga bulan berturut-turut.

Kami akan melihat keuntungan pada ketiga-tiga bulan tersebut yang bermula dari bulan pertama sebanyak RM3,000 pendapatan minimum dan diikuti kenaikan pendapatan pada bulan-bulan seterusnya.

Saya yakin keuntungan daripada hasil produk kraf yang dijual oleh peserta-peserta di bawah seliaan JPW bergantung kepada pemasaran produk yang dilakukan oleh mereka. Lagi banyak produk dihasilkan dan betul cara pemasarannya, lagi banyak keuntungan yang mereka perolehi," jelasnya.

Tambah Munirah lagi, perancangan jabatan pada masa hadapan adalah meluaskan aktiviti jelajah Promosi Produk Usahawan JPW ini ke negeri-negeri lain.

Ini bagi memberi peluang peserta dilatih di bawah JPW menimba pengalaman dalam bidang pemasaran, mengadakan kerjasama dengan pelbagai syarikat peruncitan dan pemasaran.

Salah seorang peserta, Junaidah Amin berkata, hampir setahun dia mengikuti kursus pembuatan aksesori kraf bersama Dor Rue Sdn. Bhd., melalui program JPW menjadikan dirinya sangat teruja apabila mampu menghasilkan kraf yang cantik dan menarik.

Sebelum menjadi usahawan ini, saya bekerja sebagai tukang kebun. Banyak perbezaan apabila menceburkan diri dalam usahawan produk kraf tangan. Satu kepuasan terasa apabila melihat wanita-wanita di luar nampak cantik dan bergaya dengan produk kraf tangan yang saya hasilkan.

Idea rekaan produk kraf yang dihasilkan diperolehi daripada komen pelanggan yang membeli produk kami. Bila berhadapan dengan pelanggan seperti ini sangat membantu meningkatkan kepelbagaian produk," katanya.

Tambah Junaidah, dia mengetahui program anjuran JPW melalui rakan-rakan dan bernasib baik apabila permohonannya diterima untuk mengikuti kursus di Dor Rue Sdn. Bhd.

Kini pendapatan saya sekitar RM 3,000 setiap bulan dan sangat berbaloi. Jika kami mempunyai tempahan yang banyak, produk tersebut akan diberi kepada usahawan lain melalui kumpulan yang ditubuhkan untuk disiapkan dalam jangka masa tertentu," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved