Sabtu, 19 April 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Farmasi rampas ubat dan kosmetik terlarang

Posted: 19 Apr 2014 02:13 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 April - Penguat Kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah semalam merampas ribuan peket ubat dan kosmetik yang mengandungi racun berjadual bernilai RM40,000 di Jalan Raja Bot, di sini.

Seramai 90 penguat kuasa menyerbu 31 premis setelah mendapat aduan dari orang awam. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kerajaan Pusat peruntuk RM2.9 juta

Posted: 19 Apr 2014 10:41 AM PDT

OLEH HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

G. Palanivel menyampaikan sumbangan wang tunai kepada penduduk kurang berkemampuan dalam program Mesra Rakyat di Kampung Beletik, Kuala Lipis, Pahahg, kelmarin.

KUALA LIPIS 19 April - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.9 juta untuk projek kemudahan asas dan kemasyarakatan di kampung tradisional Melayu dan Pos Orang Asli kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, melalui peruntukan itu kerajaan akan membina projek baharu dan menaik taraf kemudahan sedia ada bagi keselesaan penduduk dalam melaksanakan kegiatan menerusi sektor pertanian, pelancongan dan kemasyarakatan.

Menurut beliau, peruntukan tersebut diperoleh menerusi bantuan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel bagi memudahkan pelaksanaan sebanyak 56 projek kecil kemudahan asas dan menjana program kemasyarakatan di DUN Jelai.

"Peruntukan itu akan memberi manfaat kepada 20,000 orang penduduk Jelai di perkampungan tradisional berdekatan Sungai Jelai, tanah rancangan Felda dan 18 Pos Orang Asli di pedalaman kawasan ini.

"Usaha Ahli Parlimen Cameron Highlands itu antara manifestasi utama oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selaras dengan bidang transfomasi pembangunan modal insan dan sosial di sini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat di Kampung Beletik dekat sini semalam.

Dalam majlis itu, beliau bersama Palanivel mengadakan pertemuan dan menyampaikan sumbangan kepada masyarakat kampung tersebut.

Menurut Wan Rosdy, Palanivel juga meluluskan peruntukan menaik taraf jalan di Kampung Lubuk Kulit ke Kampung Bukit Betong dan Kampung Beletik ke Kampung Sungai Padi dengan masing-masing kos membabitkan RM100,000 pada tahun ini.

Katanya, kerajaan negeri juga tidak mengabaikan hasrat golongan belia serta kurang mampu dengan menyediakan peruntukan untuk program riadah, keagamaan dan keusahawanan yang boleh membantu menambah pendapatan keluarga.

"Selepas pilihan raya umum lalu, kita bertekad memberi tumpuan terhadap kemudahan asas dan kebajikan Orang Asli termasuk seluruh penduduk Jelai supaya mereka lebih selesa mencari rezeki selain peluang dalam pendidikan serta keusahawanan," katanya.

Istiadat Berkhatan, Bertintik Diraja Bersama Rakyat

Posted: 19 Apr 2014 10:41 AM PDT

Sultan Ahmad Shah berkenan merenjis cucunda baginda, Tengku Ameera Asya Tengku Abdul Rahman, Tengku Eddie Akasya Tengku Abdul Rahman dan Tengku Ahmad Firhan Shah Tengku Abdul Rahman pada Istiadat Diraja Bersama Rakyat Sempena Istiadat Berkhatan Dan Bertindik Yang Mulia Paduka-Paduka Anakanda Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang dan Yang Amat Berbahagia Cik Puan Muda Pahang di Dataran Temerloh, Pahang, semalam. - Mingguan/MAHATHIR ALI

TEMERLOH 19 April - Istiadat Diraja Bersama Rakyat sempena Istiadat Berkhatan dan Bertindik Paduka-Paduka Anakanda Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang julung kali diadakan di Dataran Temerloh di sini malam tadi mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 50,000 orang daripada pelbagai kaum.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom berkenan berangkat ke istiadat itu.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta kaum kerabat diraja Pahang. Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan isteri, Datin Seri Junaini Kassim.

Majlis penuh adat istiadat diraja itu dimulakan pukul 9 malam dengan keberangkatan tiba Tengku Ameera Asya, 11, bersama Tengku Eddie Akasya, 10, dan Tengku Ahmad Firhan Shah, 9, yang menaiki gajah sambil disaksikan ribuan masyarakat sebelum diarak ke singgahsana Diraja untuk upacara merenjis.

Sebaik sahaja tiba disinggahsana Diraja, putera dan puteri itu disambut denga tarian tradisi selamat datang sebelum upacara merenjis dimulakan oleh Sultan Ahmad Shah dan diikuti Tengku Abdullah, kerabat diraja lain serta pemimpin negeri.

Selepas upacara merenjis, majlis santapan diraja dimulakan dengan hidangan tradisional Pahang sambil diserikan dengan persembahan bunga api.

Selepas itu, ketiga-tiga anakanda Tengku Muda berkenan beramah mesra dengan tetamu dan rakyat.

Dalam pada itu, Cik Puan Muda Pahang, Datuk Seri Julita Aishah Abdul Latif berkata, penganjuran majlis berkenaan merupakan hasrat Tengku Abdul Rahman untuk membawa adat istiadat raja yang tidak pernah ditunjukkan kepada rakyat.

Katanya, penganjuran program itu di sini menunjukkan daerah ikan Patin itu amat dekat dengan hati Tengku Muda Pahang.

"Saya bagi pihak Tengku Muda Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan hadir dalam menjayakan majlis ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya," katanya.

Sementara itu, Tengku Ahmad Firhan berkata, istiadat kali ini amat bermakna dan tidak dilupakan dalam hidupnya.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kerana hadir dan saya sangat gembira," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


28 orang terkorban diserang perompak lembu

Posted: 19 Apr 2014 10:22 AM PDT

JUBA 20 April - Seramai 28 orang awam terkorban selepas mereka diserang oleh sekumpulan perompak lembu di negeri Warrap, Sudan Selatan, hari ini.

"Kami kehilangan kira-kira 28 orang awam selepas diserang perompak di negeri ini," kata Menteri Maklumat Tempatan, Bol Dhel kepada radio Miraya FM, sambil menambah pihak polis dan tentera kemudiannya memburu penyerang tersebut dan berjaya membunuh 85 orang daripada mereka.

Menurutnya, ada sesetengah daripada perompak tersebut berjaya ditahan oleh pihak berkuasa. - AFP

Gempa 7.5 pada skala Richter melanda Papua New Guinea.

Posted: 19 Apr 2014 10:19 AM PDT

PORT MORESBY, Papua New Guinea 20 April - Gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter melanda negara ini semalam sehingga mengakibakan amaran tsunami dikeluarkan terhadap negara-negara di sekitar kepulauan Pasifik dan Kepulauan Solomon, tetapi tiada laporan kerosakan dinyatakan.

Jabatan Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa bumi pada kedalaman 10 kilometer itu berlaku kira-kira 68 kilometer barat daya Panguna di pulau Bougainville.

Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik kemudiannya membatalkan amaran tsunami untuk Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon, selain tiada sebarang ancaman melibatkan Australia dan mana-mana tempat yang berhampiran dengan Lautan Pasifik. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


UMNO tidak pernah tolak hudud

Posted: 19 Apr 2014 10:41 AM PDT

Oleh DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Bukan sahaja Kuala Lumpur yang menunggu penuh debar ketibaan Presiden Barack Obama pada akhir bulan April ini tetapi lebih bermakna lagi apabila Washington juga turut menaruh harapan tinggi daripada hasil lawatan pemimpin tertinggi Amerika Syarikat (AS) itu ke Malaysia. Lawatan yang sepatutnya berlaku pada bulan Oktober 2013 tetapi tertangguh kerana masalah perbalahan bajet yang melumpuhkan pentadbiran kerajaan AS pada ketika itu merupakan lawatan pertama Presiden AS selepas lima dekad Presiden Lyndon Johnson melawat Malaysia pada tahun 1966.

Harapan tinggi Washington terhadap lawatan ini bersandarkan kepada pegangan Obama bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moden dan progresif sepatutnya menjadi contoh kepada semua negara lain.

Tambahan pula Malaysia yang mengamalkan dasar luar yang mementingkan pendekatan sederhana begitu menarik perhatian Obama terhadap peranan Malaysia dalam geopolitik global.

Kadangkala ada yang merasa sangsi dan mempunyai prasangka tidak baik kerana perhatian yang diberikan oleh Washington terhadap Kuala Lumpur sekali sekala melebihi apa yang diterima oleh sekutu kuat AS di rantau Asia Tenggara seperti Manila, Bangkok malah Singapura sekali pun.

Ada pula yang beranggapan pandangan positif tersebut disebabkan kepimpinan Obama dan bukannya kerana Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walau apa pun pandangan sinis tersebut, hakikatnya sebaik-baik sahaja Najib dilantik Perdana Menteri pada April 2009, persepsi Washington terhadap Kuala Lumpur telah mula berubah.

Ketika menyampaikan ucapan kepada dunia Islam di Kaherah pada 4 Jun 2009, Obama yang baru sahaja beberapa bulan menjadi Presiden AS telah mentafsirkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan progresif tetapi masih mampu mengekalkan ciri-ciri kesederhanaan dan patut dijadikan contoh oleh negara Islam yang lain.

Ucapan Kaherah dan pandangan Obama terhadap Malaysia adalah kritikal dan penuh makna kerana ucapan tersebut dianggap sebagai dasar Washington untuk membuka ruang rundingan kepada semua negara Islam, tidak kira lawan atau kawan seperti Iran umpamanya.

Begitu juga ketika Obama menyampaikan ucapan kata alu-aluan melalui sidang video pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Ke-4 (GES) di Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2013, pandangan yang sama terhadap Malaysia juga diperkatakan oleh Obama.

Tetapi ada pula pihak yang berpendapat lawatan Obama dikatakan berlaku tidak kena dengan keadaan semasa dan agak janggal ekoran kehilangan penerbangan MAS MH370 yang masih belum terungkai misterinya.

Kumpulan ini cuba mengaitkan lawatan Obama ke Malaysia dengan lawatan beliau ke tiga negara lain iaitu Filipina, Korea Selatan dan Jepun yang merupakan sekutu kuat Washington.

Lawatan Obama ke tiga-tiga negara sekutu tersebut dianggap tidak akan menghadapi masalah persepsi yang tidak baik kerana agenda yang disusun lebih kepada perkukuhan persefahaman strategik yang sedia ada.

Umpamanya Washington dan Manila besar kemungkinan akan menggunakan kehadiran Obama untuk memuktamadkan perjanjian penggunaan pangkalan tentera di Filipina untuk tentera AS.

Pihak yang sinis ini cuba mengetengahkan hujah bahawa kehilangan MH370 berlarutan lebih sebulan lamanya disebabkan pihak berkuasa Malaysia tidak cekap mengurus misi pencarian dan menyelamat (SAR). Sebab itu kumpulan ini memberi dalil kehadiran Obama dalam senario seperti ini akan memberi gambaran yang agak negatif kepada pemimpin kuasa besar itu.

Tetapi jika diteliti bagaimana Kuala Lumpur mentadbir urus misi SAR yang bermula di Laut China Selatan, kemudian beralih ke Selat Melaka dan Laut Andaman dan terkini di Lautan Hindi yang melibatkan penggunaan aset ketenteraan dan awam dari 26 buah negara, sebenarnya telah mengesahkan kebenaran pandangan Obama terhadap Malaysia selama ini.

Ketenteraan

China umpamanya negara yang begitu sensitif dengan sebarang maklumat mengenai aset ketenteraan mereka telah menghulurkan bantuan bukan sahaja melalui penggunaan pesawat dan kapal perang tetapi juga satelit mereka.

Selama ini Beijing begitu berahsia mengenai keupayaan satelit mereka, tetapi dalam misi SAR MH370 keupayaan satelit tersebut digunakan sepenuhnya.

Jika sebelum ini AS dan Australia begitu sukar mempamerkan keupayaan sebenar Jaringan Operasi Radar Jindalee (JORN) yang terletak di Alice Spring, Australia yang dikatakan dapat mengesan pergerakan udara dam maritim menjangkau sehingga jauh di Lautan Hindi, data dari JORN juga telah digunakan dan dianalisis demi mencari MH370.

Begitu juga dengan Britain dikhabarkan telah menghantar kapal selam berkuasa nuklear HMS Tireless ke Lautan Hindi bagi membantu aset sedia ada.

Penglibatan HMS Tireless dilihat sebagai satu peristiwa signifikan kerana lazimnya lokasi dan kawasan operasi kapal selam setiap negara dikawal dengan begitu rapi sekali.

Sebab itu dikatakan hujah kumpulan yang berpendapat lawatan Obama ke Kuala Lumpur tidak kena pada masanya sebenarnya adalah di sebaliknya kerana ia peluang terbaik bagi Obama untuk menzahirkan pandangan beliau bahawa dasar luar yang sederhana seperti yang diamalkan oleh Malaysia mampu membantu menstabilkan geopolitik dunia.

Sukar untuk menafikan dasar berbaik-baik dengan semua negara adalah antara pemangkin utama mengapa bantuan dihulurkan oleh kesemua 26 negara kepada Malaysia.

Kerjasama yang dipamerkan oleh negara yang terlibat dalam misi SAR MH370 sebenarnya boleh dijadikan model bagaimana rumit senario yang dihadapi ia mampu diselesaikan jika wujud sifat kepercayaan antara satu sama lain.

Bagi mewujudkan suasana kepercayaan ini ia memerlukan pemangkin dan dalam kes misi SAR, ia adalah Malaysia.

Begitu juga dengan termeterainya Perjanjian Komprehensif Bangsamoro antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dua minggu lepas sekali lagi pemangkinnya ialah Malaysia yang berjaya mewujudkan suasana telus dan ikhlas antara pihak yang bertelagah.

Memang benar Malaysia hanya sebuah negara kecil yang tidak mempunyai kekuatan ekonomi dan ketenteraan yang begitu ketara, tetapi pengaruh Kuala Lumpur dalam ASEAN mahupun Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) begitu amat ketara sekali.

Jika tidak mana mungkin ketika Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang julung kali diadakan di Washington pada April 2010, Najib adalah satu-satunya pemimpin ASEAN yang diberi penghormatan mengadakan perbincangan dua hala dengan Obama.

Dalam kalangan negara OIC pula hanya Raja Abdullah dari Jordan diberi penghormatan yang serupa.

Sebab itu tidak keterlaluan jika diandaikan antara empat ibu kota yang akan dilawati Obama iaitu Kuala Lumpur, Manila, Seoul dan Tokyo pada akhir bulan ini, lawatan ke Malaysia sebenarnya paling dinantikan oleh Washington kerana kesannya terhadap kestabilan rantau Asia pada masa hadapan adalah begitu signifikan sekali.

* Penulis ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.

Menggilap usahawan teknologi

Posted: 19 Apr 2014 10:41 AM PDT

Ketika merasmikan Sidang Kemuncak Keusahawanan Global Keempat di Kuala Lumpur Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penubuhan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC).

Tujuannya adalah untuk melahirkan ramai usahawan tempatan yang akhirnya berjaya menghasilkan jenama-jenama bertaraf antarabangsa seperti Facebook, Apple mahupun Samsung, jenama terkenal Korea Selatan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, TAN SRI DR. MOHD IRWAN SERIGAR ABDULLAH ketika berkongsi pandangannya mengenai MaGIC bersama wartawan Mingguan Malaysia, SAIFULIZAM MOHAMAD, HAFIZAHRIL HAMID dan jurufoto, MOHD. NAJIB MOHD. NOR di Putrajaya baru-baru ini berkata, melalui MaGIC kerajaan mahu melihat individu-individu kreatif seperti Mark Zuckerberg serta Steve Jobs dilahirkan di negara ini.

Sekali gus membantu Malaysia mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi. Dengan peruntukan sebanyak RM50 juta MaGIC yang beribu pejabat di Cyberjaya dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mei ini.

MINGGUAN: Bagaimana tercetusnya idea untuk mewujudkan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC)?

DR. MOHD IRWAN: Banyak institusi yang terdapat di negara ini tetapi institusi-institusi tersebut hanya bersifat sector based contohnya kita ada Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dalam bidang komunikasi teknologi maklumat (ICT), biotech dalam Biotech Corporation, kita ada juga SME Corp. yang memberi bantuan memajukan syarikat bersifat kecil dan sederhana tetapi dari segi syarikat-syarikat permulaan (start up company), bagaimana idea-idea penubuhannya boleh kita komersialkan.

Jadi, dalam perkara ini kekurangan berlaku. Sebenarnya idea itu timbul apabila kita anjurkan Sidang Kemuncak Keusahawanan Global Keempat di Kuala Lumpur pada 11 Oktober tahun lepas yang mana pelancarannya telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam ucapannya, beliau telah mengumumkan penubuhan MaGIC ini. Ekoran daripada pengumuman tersebut sebelum pembentangan Bajet 2014, kita bincang secara terperinci dengan Perdana Menteri untuk kita merealisasikan penubuhannya. Kita mahu MaGIC menjadi pusat sehenti kepada usahawan-usahawan dengan meletakkan semua perkara berkaitan dengan latihan, bimbingan dan pembiayaan di bawah satu bumbung iaitu MaGIC atau dikenali sebagai Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia.

Saya juga memanggil beberapa agensi yang sepatutnya memainkan peranan dalam memajukan MaGIC antaranya Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Biotech, MDeC, Malaysia Venture Capital Management (Mavcap), SME Bank dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Kita bermesyuarat dengan matlamat untuk mendokong hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi serta negara yang sentiasa mendokong kreativiti dan inovasi.

Inilah faktor utama MaGIC ditubuhkan dan saya pohon kepada Perdana Menteri mendapatkan suntikan dana dan Perdana Menteri setuju untuk memberi dana permulaan sebanyak RM50 juta.

Beberapa kali juga dalam mesyuarat Majlis Ekonomi dan mesyuarat-mesyuarat lain, saya memberitahu Perdana Menteri, jika kita mahu menjadi negara maju memang senang dan kita sekarang pun telah menjadi negara maju tetapi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi ini satu masalah besar. Walaupun dari segi purata pendapatan perkapita AS$15,000 (RM48,000) boleh dicapai namun bukan semua rakyat mempunyai pendapatan AS$15,000. Sekiranya kita semak di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lebih 60 peratus mereka yang mencarum masih lagi berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Kebanyakannya makan gaji sama ada di sektor swasta atau kerajaan yang gaji rata-ratanya di peringkat rendah.

Di Malaysia, sekiranya lulusan universiti yang bekerja sebagai akauntan atau peguam, gaji permulaan mereka memang rendah iaitu bawah daripada RM3,000. Sekiranya meningkat sekalipun ia berlaku secara perlahan-lahan mungkin gaji mereka bertambah kepada RM4,000. Angka ini masih rendah daripada negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand. Sebab itu ramai profesional di Malaysia bekerja di Singapura atau berhijrah ke Timur Tengah antaranya di Dubai. Oleh itu satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah melalui bidang keusahawanan. Kita perlu melahirkan usahawan yang mempunyai daya kreativiti, inovasi serta mampu mencipta produknya sendiri. Dengan cara ini kita mampu meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia. Para usahawan ini kemudian boleh menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang lain dengan memberi gaji yang lebih tinggi.

Sebab itu kita tubuhkan MaGIC. Di MaGIC ini kita bukan sahaja mengumpul usahawan-usahawan untuk diberikan bimbingan, kemudahan pembiayaan tetapi juga untuk membentuk serta membangunkan produk mereka sendiri.

Apabila pergi ke Amerika Syarikat (AS) saya mengadakan perbincangan dengan Universiti Stanford, tujuannya untuk menjalinkan kerjasama bagi membantu usahawan-usahawan kita merekabentuk produk-produk mereka.

Apakah kriteria-kriteria usahawan yang diperlukan dan apakah sasaran kerajaan melalui penubuhan MaGIC ini?

DR. MOHD IRWAN: Dalam usaha kita mencari usahawan-usahawan ini kita juga melancarkan pangkalan data program Usahawan 1Malaysia (1Met) pada tahun lepas. Sehubungan itu pada 9 Februari lalu kita telah memulakan usaha mengenal pasti lebih ramai usahawan. Program ini bermula di Tawau dan berakhir pada 19 April lalu. Kita mahu kumpulkan 7,000 usahawan muda dan daripada jumlah ini kita akan membuat penapisan melalui pelbagai ujian. Tujuannya kita mahu menilai sama ada seseorang itu benar-benar mempunyai keinginan untuk menjadi usahawan atau sebaliknya. Separuh orang hanya pandai bercakap sahaja tetapi tidak ada apa-apa pun. Namun begitu perlu kita akui terdapat juga sesetengah orang yang mempunyai idea untuk menghasilkan produk mereka sendiri. Mereka yang seperti inilah yang akan kita bawa ke tahap kedua di mana kita akan beri latihan dalam tempoh tiga minggu. Mereka akan dilatih oleh sekumpulan pakar. Sekiranya dalam tempoh tiga minggu itu mereka berjaya menunjukkan hasil produk serta minat yang mendalam, kita akan membawa mereka ke peringkat seterusnya.

MaGIC ini bukan sahaja untuk usahawan teknologi tetapi juga untuk mereka yang tidak berlandaskan teknologi. Usahawan yang bukan berlatar belakang teknologi boleh menggunakan jaringan-jaringan perniagaan yang terdapat di MaGIC. Atas dasar itu MaGIC sentiasa menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain antaranya Mara, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju). Mereka akan ada link dengan MaGIC.

Sebagai contoh sekiranya seorang usahawan mahu membuka kilang, dia akan diberikan bimbingan serta latihan lanjutan oleh entiti-entiti kerajaan yang ada hubungan dengan MaGIC.

Di Malaysia terdapat banyak agensi yang ditubuhkan untuk membantu para usahawan termasuk usahawan bumiputera. Tidakkah penubuhan MaGIC ini akan menjadi menyebab berlakunya pertindihan?

DR. MOHD IRWAN: Perdana Menteri juga yang cetuskan program Superb. Ini satu program khas untuk usahawan bumiputera yang mana kita cari idea dan terus beri peruntukan dan bimbingan daripada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) tetapi di MaGIC lebih besar. MaGIC mempunyai jalinan kerjasama dengan pemain-pemain di peringkat global. Kita jalin kerjasama dengan pihak-pihak di Lembah Silikon, Amerika Syarikat (AS) seperti Stanford University dan dalam jangka masa panjang kita juga akan mengadakan kerjasama dengan beberapa institusi di Singapura serta Thailand. Kita mahu menjadikan MaGIC ini mempunyai hubungan di peringkat serantau dan global.

Saya juga berharap pada satu hari nanti MaGIC ini akan menghasilkan pencipta-pencipta setaraf dengan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg atau pengasas Apple, Steve Jobs dan itulah taraf yang hendak kita hasilkan satu hari nanti. Sama juga dengan jenama Samsung di Korea Selatan. Inilah masa hadapan kita. Kita mempunyai potensi yang cukup besar. Untuk pengetahuan, ketika berada di Lembah Silikon saya menemui rakyat Malaysia. Mereka ini mempunyai idea dan kemudian idea mereka dibeli oleh syarikat-syarikat besar. Mereka ini tidak menonjol sebab idea mereka telah pun diambil oleh orang lain.

Namun di MaGIC adalah di sebaliknya. Kita memberi ruang untuk mereka mencetuskan idea. Sebagai contoh kita ambil kejayaan syarikat Les' Copaque Production Sdn. Bhd. di Cyberjaya. Syarikat ini menghasilkan filem animasi Upin dan Ipin. Syarikat ini berjaya mengeluarkan satu produk yang hit bukan sahaja di Malaysia malah hingga ke Indonesia. Oleh itu untuk masa hadapan, kita mahu melahirkan syarikat-syarikat seperti Les' Copaque bukan sahaja terkenal di peringkat serantau tetapi menjangkau hingga ke peringkat dunia iaitu hingga ke peringkat Hollywood. Malaysia mahu menghasilkan lebih banyak usahawan dalam bidang kreativiti dan inovasi dan seterusnya setaraf dengan negara lain, dengan sendirinya akan meningkatkan pendapatan negara serta individu terbabit.

Adakah fokus MaGIC hanya tertumpu kepada usaha membangunkan usahawan-usahawan tempatan dalam bidang teknologi dan kreatif berbanding yang bukan berasaskan teknologi. Boleh Tan Sri jelaskan?

DR. MOHD IRWAN: Fokus kita sama. Yang bukan teknologi pun boleh datang ke MaGIC dan mereka akan kita perkenalkan kepada agensi-agensi jaringan dengan MaGIC. Kita tidak mahu berlakunya pertindihan. Kita juga tidak mahu berfungsi seperti PUNB. Katakanlah seorang itu mahu membuka kedai dobi secara francais. Di MaGIC kita akan memberikan usahawan ini latihan termasuk menyediakan cadangan kertas kerja selain membantu mereka mendapatkan pembiayaan. Di PUNB pula mereka akan diberi maklumat francais dobi yang hendak dibuka. Contoh lain katakanlah seorang itu mahu membuka kedai foto. Dia boleh pergi ke PUNB dan PUNB pula boleh beri panduan bagaimana dia boleh menjadi francaisi. Di MaGIC mereka akan mendapat latihan lebih menyeluruh. Ramai usahawan, mereka ada idea tetapi tidak mempunyai kertas cadangan perniagaan yang bagus. Di MaGIC ini kita akan membawa pakar-pakar melatih mereka bagaimana hendak menyediakan kertas cadangan tersebut. Tanpa kertas cadangan bank tidak akan memberi pembiayaan.

Ini bermaksud MaGIC berhasrat melahirkan jenama-jenama Malaysia bertaraf global. Komen Tan Sri?

DR. MOHD IRWAN: Ya, itu hasrat saya. Saya mahu melihat banyak jenama yang dihasilkan di Malaysia akhirnya menjadi terkenal di peringkat dunia dan fokus saya adalah kepada usahawan yang berumur 40 tahun ke bawah kerana mereka ini mempunyai idea yang dinamik terutama lepasan universiti atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Inilah kumpulan usahawan yang kita sasarkan. Seperkara lagi, jika mereka tidak berjaya dalam pelajaran maka kita sepatutnya memberi peluang kepada golongan ini untuk menjadi usahawan. Sebagai contoh mereka mahu membuka sebuah bengkel kereta, MaGIC akan menghantar mereka menjalani latihan di pusat-pusat latihan seperti di IKBN atau kolej Mara. Untuk membuka sebuah perniagaan pula MaGIC yang akan memberi latihan dari segi menyediakan kertas cadangan dan membantu mendapatkan pembiayaan.

Ini bermakna MaGIC bukan sahaja memberi tumpuan kepada usahawan dalam bidang teknologi sahaja malah tumpuan yang sama kita berikan kepada usahawan yang bukan dalam bidang teknologi. Sebab itu dalam misi penjelajahan kita di seluruh negara bagi mengenal pasti bakal usahawan berpotensi melalui program 1Met, kita juga mendaftar jenis perniagaan yang mereka minati. Katakanlah mereka berminat membuka sebuah restoran dan kita mahu memastikan jenis restoran yang mahu dibuka, adakah mereka ini mempunyai kepakaran dalam perniagaan makanan selain mahir dalam mengendalikan sebuah restoran. MaGIC sedia memberi latihan.

Boleh Tan Sri perincikan pembabitan pakar dari luar negara seperti Stanford University dalam MaGIC dan bagaimana pula dalam soal hak cipta harta intelek terutama rekaan-rekaan yang dihasilkan oleh para usahawan kita?

DR. MOHD IRWAN: Di MaGIC kita turut menempatkan MyIPO yang mana agensi ini mempunyai pejabat di bangunan MaGIC. Oleh itu setiap ciptaan yang mempunyai nilai komersial kita akan nasihatkan usahawan kita untuk mempatenkannya supaya idea mereka tidak ditiru oleh mana-mana pihak yang lain.

Mengenai kerjasama dengan Stanford University dan Up Global serta institusi-institusi lain kita mahukan kepakaran daripada mereka melalui satu bentuk perjanjian dalam tempoh dua tahun. Pakar-pakar akan datang melatih pakar-pakar kita serta melatih usahawan-usahawan kita dan MaGIC juga akan menghantar usahawan kita untuk ditempatkan di Stanford University selama tempoh tiga bulan. Ini yang sedang kita usahakan melalui jalinan kerjasama tersebut. Diharap kita dapat memeterai perjanjian dengan Stanford University dan Up Global memandangkan kedua-dua organisasi ini merupakan peraju dalam syarikat-syarikat permulaan (start up company) di dunia.

Up Global merupakan satu entiti yang diwujudkan oleh White House sendiri di Amerika Syarikat dan pihak Up Global telah bersetuju dan perjanjian antara kita dengan mereka juga dalam proses penelitian terakhir. Dengan Stanford University pula kita dalam proses perbincangan tetapi memorandum persefahaman (MoU) telah pun ditandatangani dengan universiti berkenaan.

Dalam proses kita mencari 7,000 usahawan, adakah keutamaan hanya diberikan kepada mereka yang lepasan universiti sahaja?

DR. MOHD IRWAN: Tidak, 7,000 usahawan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Yang telah berniaga pun ada. Mereka masih berminat untuk menyertai latihan. Sesetengah daripada itu juga adalah dalam kalangan usahawan berjaya. Di Tawau ada seorang pemohon MaGIC merupakan seorang pembekal gas bagi syarikat Petronas. Usahawan ini telah menjadi jutawan tetapi dia masih tetap mahu menyertai program ini. Kita menerima permohonannya. Mungkin dia mahu perkembangkan lagi perniagaannya supaya menjadi lebih besar.

Satu perkara yang mahu saya tekankan di sini ialah tentang pembiayaan. Ini merupakan perkara penting kerana jika seseorang itu mahu menjadi usahawan, kebiasaannya mereka agak susah untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi-institusi perbankan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Gear 2, Gear Fit trend jam pintar

Posted: 19 Apr 2014 06:22 AM PDT

BUKAN sahaja dikenali sebagai pengeluar peranti telefon pintar, tablet ataupun phablet, Samsung juga pantas mengorak langkah dalam memperkenalkan gajet terbaharu miliknya iaitu Galaxy Gear 2 dan Gear Fit.

Menariknya, peranti keluaran terbaharu syarikat dari Korea yang boleh didapati di pasaran Malaysia mulai 11 April lalu itu adalah akses atau sokongan kepada 13 rangkaian telefon pintar Samsung Galaxy yang lain dengan kebolehan merakam gambar pada resolusi 2MP dan video HD 720p.

Malah, Gear 2 berkeupayaan menjawab panggilan telefon dan bercakap secara terus dengan menggunakan teknologi 'infrared' untuk kawalan jauh.

Jika dibandingkan dengan versi lama, Gear 2 mampu memainkan muzik sendiri tanpa sambungan kepada peranti lain dengan memori dalaman sebanyak 4GB.

Selain itu, tali Gear 2 juga boleh ditukar atau diubah suai bagi dipadankan dengan pelbagai fesyen yang ditampilkan pemakainya memandangkan akses kamera dan mikrofon telah dipindahkan ke badan peranti itu sendiri.

Bukan itu sahaja, jangka hayat bateri Gear 2 turut dipertingkatkan untuk bertahan selama tiga hari bagi penggunaan biasa dan enam hari penggunaan minimum.

Bagi mereka yang memakai untuk tujuan kesihatan seperti berjoging, peranti ini turut dilengkapi dengan sensor pengesan degupan jantung dan mengira setiap langkah ketika bersenam.

Sementara itu, Gear Fit pula menjadi peranti boleh pakai pertama dengan skrin lengkung yang menjadikannya lebih selesa dipakai di tangan.

Sama seperti Gear 2, talinya juga boleh ditukar untuk tujuan kesesuaian gaya dan fesyen si pemakainya.

Bertepatan dengan objektif pembinaannya sebagai peranti kesihatan, Gear Fit dilengkapi sensor pedometer dan degupan jantung dengan kuasa baterinya mampu bertahan sehingga empat hari.

Harga kedua-dua peranti yang kalis air dan debu itu adalah berpatutan sejajar dengan teknologi yang dimilikinya iaitu RM899 dan RM599. - DHIYA'ZULHILMI DAUD

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Catuan air: Patut ada pelan B

Posted: 19 Apr 2014 10:41 AM PDT

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
kota@utusan.com.my

IRMOHIZAM IBRAHIM

KLANG 19 April - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya mempertimbangkan idea mendapatkan bekalan air mentah dari luar bagi penyelesaian jangka pendek krisis air di negeri itu dan bukannya sewenang-wenangnya menolak cadangan tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, Abdul Khalid yang juga pakar ekonomi sepatutnya mewujudkan pelan B bagi menampung permintaan bekalan air di negeri ini dengan meningkatkan aktiviti memperbanyakkan sumber bukannya memberi alasan demi alasan sehingga rakyat menjadi bosan.

"Penduduk di kawasan saya di Kuala Selangor turut terlibat dengan catuan air yang menyusahkan kehidupan seharian mereka. Masalah yang teruk ini sepatutnya diatasi dengan Menteri Besar membeli air dari luar seperti dari Negeri Sembilan yang telah menawarkan untuk menjualnya.

"Sebaliknya, kerajaan negeri hanya tahu mendabik dada mengatakan mereka mempunyai rizab sebanyak RM3.2 bilion, tetapi tidak menggunakan duit tersebut untuk menampung permintaan air dari rakyat dan pemain industri. Apa guna subsidi jika air tidak dibekalkan secukupnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia selepas merasmikan Karnival Mesra Belia 1Malaysia Daerah Klang di Kompleks Rakan Muda Kapar, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Gerakan Belia 4B Selangor, Tuan Ahmad Zakir Abdul Rahman; Pengerusi Gerakan Belia 4B Daerah Klang, Haizi Salleh dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Parlimen Kota Raja, Muhd. Ali Zakaria.

Irmohizam berkata, sehubungan itu, rakyat Selangor seharusnya sedar siapa yang benar-benar komited membantu rakyat dan siapa yang mengambil sikap menyusahkan mereka dengan pelan catuan yang berkemungkinan besar berlanjutan selama dua tahun.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Majlis Belia Selangor (MBS) turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara menyiasat pentadbiran pengurusan Universiti Selangor (Unisel) berhubung kerugian dialami universiti itu berjumlah RM37 juta.

"Siasatan perlu dilakukan bagi mengenal pasti kepincangan yang berlaku. Perkara itu amat penting berikutan memberi impak buruk dan imej negatif kepada penuntut Unisel sendiri.

"Kita juga minta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberitahu jumlah pinjaman yang diperuntukkan kepada pelajar Unisel kerana selama ini kerajaan negeri dengan lantang kononnya mahu memberi pendidikan percuma," tegasnya.

Ubat, kosmetik bernilai RM40,000 dirampas

Posted: 19 Apr 2014 10:41 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 April - Ribuan peket ubat-ubatan dan kosmetik bernilai RM40,000 yang disyaki mengandungi racun berjadual dirampas pasukan penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah dalam serbuan di sekitar Jalan Raja Bot di sini malam tadi.

Dalam operasi kira-kira pukul 8 malam itu, sebanyak 31 premis diserbu selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung penjualan ubat-ubatan serta bahan kosmetik yang kandungannya diragui.

Difahamkan, antara ubat-ubatan yang dirampas adalah ubat kuat yang mampu merangsang nafsu lelaki.

Dipercayai ubat sebegini mengandungi bahan terlarang seperti hydroquinone dan sildenafil yang boleh mengakibatkan pengguna mengalami masalah kesihatan seperti kegagalan jantung dan masalah buah pinggang.

Ketua Cawangan Penguat Kuasa Farmasi, Asniza Alias berkata, risikan pihaknya mendapati banyak ubat-ubatan terlarang serta bahan kosmetik dijual secara terbuka di kawasan ini.

"Kita menjalankan risikan sejak sebulan lalu dan mendapati ubat-ubatan yang mengandungi racun berjadual ini banyak terjual dan lebih membimbangkan kebanyakannya tidak diproses di negara ini sebaliknya diambil dari negara jiran.

"Perkara itu lebih membahayakan pengguna kerana kita tidak mengetahui kandungan sebenar yang ada dalam ubat itu. Sekalipun ubat seperti pil perangsang seks didakwa pengguna amat berkesan namun risiko tetap tinggi.

"Setiap produk yang dirampas ini mengandungi kandungan racun seperti hydroquinone, sildenafil, steroid, antihistamin dan antibiotic yang mampu mengakibatkan kesan kepada tubuh manusia jika digunakan tanpa rujukan pakar perubatan," katanya ketika ditemui di lokasi operasi di sini.

Mengulas lanjut, Asniza memberitahu, pihaknya turut merampas produk kosmetik dan makanan tambahan yang dipercayai turut mengandungi bahan terlarang.

"Produk yang kita rampas kebanyakannya adalah jenis kosmetik pemutih muka dan penambah hormon. Produk ini sebenarnya telah kami jalankan ujian di makmal bagi menentukan kandungannya yang jelas sekali turut mengandungi racun berjadual," katanya.

Tambah beliau, permintaan orang ramai terhadap ubat-ubatan serta kosmetik di sekitar Jalan Raja Bot menyebabkan pertambahan premis di lokasi ini.

"Kita mendapati, kebanyakan peniaga memperoleh pendapatan bersih RM1,000 hingga RM4,000 sehari di sini dan pelanggan mereka bukan sahaja daripada kalangan orang tempatan malah warga asing," katanya.

Ujarnya, kes terbabit disiasat mengikut kesalahan Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah yang boleh disabitkan melibatkan denda hingga RM50,000 atau penjara tiga tahun.

Dalam perkembangan sama, Asniza turut menasihati orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang ubatan atau kosmetik untuk kegunaan harian supaya menyemak status pendaftaran produk farmaseutikal di laman web, www.bpfk.gov.my terlebih dahulu.

"Malah kami turut membekalkan kad pengimbas pelekat hologram ubat di premis penjualan ubat-ubatan dan pengguna dinasihatkan meminta kad itu daripada peniaga bagi mengesan ketulenan setiap produk yang ingin dibeli," katanya.

Tarik balik PPR jika salah guna

Posted: 19 Apr 2014 10:41 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menarik balik mana-mana unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dikhaskan kepada golongan berpendapatan rendah, jika penyewanya didapati menyalahgunakan kemudahan itu, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, ini termasuk penyewa tidak menyerahkan rumah PPR kepada DBKL setelah pendapatan mereka melepasi garis kemiskinan atau telah membeli rumah lain dan menyewakan kemudahaan itu kepada individu lain.

"Kita ambil keputusan drastik, kita sudah beritahu Datuk Bandar Kuala Lumpur kalau perkara ini berlaku kita akan tarik serta-merta dan akan memutuskan bekalan air dan elektrik di kediaman berkenaan tanpa sebarang notis," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci PPR Bukit Jalil, di sini hari ini.

Sebanyak 96 penyewa menerima kunci rumah pada majlis itu dengan kadar sewa RM124 sebulan. Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Tengku Adnan berkata, DBKL tidak akan berkompromi dan setakat ini sebanyak 80 unit PPR telah ditarik balik di seluruh Kuala Lumpur akibat pelbagai penyalahgunaan.

Mengenai 'Perhimpunan 1 Mei' yang dirancang pihak tertentu, Tengku Adnan berkata, DBKL kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di Dataran Merdeka.

"Sekali-kali tidak di Dataran Merdeka, kami mungkin menimbang Padang Merbok atau tempat lain, tapi bukan Dataran Merdeka," katanya.

Perhimpunan berkenaan dirancang bagi menyuarakan bantahan terhadap dasar kerajaan Barisan Nasional termasuk pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP), tuntutan royalti, kenaikan harga barang dan memansuhkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kecewa lesen niaga ditamatkan

Posted: 18 Apr 2014 10:58 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

IDRIS Jaafar menunjukkan lesen peniagaannya di Kampung Rawang, Sungai Mati, Ledang, Johor, semalam.

LEDANG 18 April - Pendapatan lebih 100 petani bakal terjejas jika gerai yang memasarkan hasil pertanian mereka selama ini di Batu 5 Kampung Rawang, Sungai Mati, dekat sini dirobohkan tidak lama lagi.

Gerai berkenaan yang beroperasi sejak 13 tahun lalu menjual 30 jenis buah, tanaman kontan serta produk industri kecil dan sederhana (IKS) dari kawasan berdekatan.

Pemiliknya, Idris Jaafar, 54, berkata, arahan untuk merobohkan gerai tersebut telah dikeluarkan Majlis Daerah Tangkak (MDT).

'Jika gerai ini dirobohkan, aktiviti perniagaan di kawasan Rawang akan terhenti. Bukan itu sahaja, tujuh lagi gerai di sepanjang Jalan Rawang ini dikhuatiri menerima nasib sama. Ini memberi kesan terhadap ekonomi petani serta usahawan IKS.

'Saya menerima dua notis daripada MDT iaitu pembatalan lesen perniagaan dalam surat bertarikh 5 Januari lalu, sedangkan tempoh tamat lesen pada 31 Disember tahun ini,' katanya dalam perbincangan diadakan di sini hari ini.

Perbincangan selama sejam itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abd. Razak Minhat; Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Samat Atan; Naib Yang Dipertua Perkasa negeri, Ghauth Mohd. Yusof serta Ketua Penerangan Perkasa negeri, Rosli Osman.

Idris memberitahu, pada 10 Mac lalu dia menerima satu lagi arahan untuk merobohkan gerai tersebut dalam tempoh 21 hari.

'Dalam pada itu saya turut menerima surat daripada Ahli Parlimen Ledang, Datuk Ir. Hamim Samuri yang menyatakan kerja meruntuhkan kedai tersebut ditangguhkan.

'Saya bukan ingkar arahan tetapi tidak berpuas hati dengan tindakan MDT terutamanya apabila menamatkan lesen perniagaan saya secara mengejut,' kata bapa kepada tujuh anak itu lagi.

Sementara itu, Yang Dipertua MDT, Ab. Han Ramin ketika dihubungi berkata, tindakan merobohkan gerai tersebut diambil berikutan kedudukannya di tepi jalan membahayakan keselamatan orang ramai yang berhenti untuk membeli buah-buahan atau produk IKS.

"Adalah lebih baik peniaga mencari lokasi yang lebih selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini terjadi," katanya.

Hospital Segamat perlu banyak bekalan darah

Posted: 18 Apr 2014 10:58 AM PDT

DR. Faidzal Adlee Abd. Ghafar (dua dari kanan) dan Mohd. Kamil Sukarmi (kanan) melihat anggota Perkep menderma darah di IPD Segamat, kelmarin.

SEGAMAT 18 April - Orang ramai diminta menderma darah untuk Hospital Segamat (HS) yang memerlukan lebih 6,000 beg darah setahun apabila dinaik taraf menjadi hospital pakar tidak lama lagi.

Ketua Unit Transfusi Darah HS, Dr. Faidzal Adlee Abd. Ghafar berkata, setiap bulan kira-kira 300 hingga 400 beg darah digunakan dan tahun lalu kira-kira 5,000 beg diperlukan untuk merawat pesakit.

'Peruntukan sebanyak 300 beg darah setiap bulan dikhuatiri tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit yang memerlukan perkhidmatan tersebut pada masa akan datang dan usaha menambah bekalan memerlukan kerjasama daripada semua pihak.

'Dalam tiga bulan pertama tahun ini, kami menggunakan 1,500 beg darah untuk pesakit. Tambahan pula, kami membantu tabung darah Hospital Tangkak (HT) sekiranya hospital tersebut kekurangan bekalan darah,' katanya semasa ditemui dalam Kempen Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-207 anjuran bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dan HS di Kuarters Perumahan IPD Segamat di sini semalam.

Yang turut hadir Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd. Kamil Sukarmi; Ketua Siasatan Jenayah Narkotik IPD Segamat, Asisten Supritendan Chew Chee Lee dan Pengerusi Perkep IPD Segamat, Rohayah Abu Bakar.

Sementara itu, Mohd. Kamil berkata, program tersebut merupakan acara tahunan yang dianjurkan IPD Segamat sempena memperingati Hari Polis.

'Saya menyeru semua kakitangan IPD Segamat serta individu dan masyarakat setempat agar mengambil kesempatan ini mendermakan darah sebagai salah satu khidmat dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat yang memerlukan,' katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


KDN selaras pemberian kuasa Komandan Esscom kepada polis, tentera - Ahmad Zahid

Posted: 19 Apr 2014 03:29 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 April - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyelaras pemberian kuasa Komandan operasi Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) secara bergilir kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu juga sedang diteliti Majlis Keselamatan Negara sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk keputusan muktamad.

``Perubahan kuasa lazimnya merujuk kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Kementerian Pertahanan.

``Oleh yang demikian, bagi menentukan keseluruhan kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dikawal sepenuhnya, maka Komandan ini lebih baik digilirkan untuk beberapa tahun tertentu kepada pihak polis dan tentera,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga KDN di Kompleks Penjara Kajang dekat sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, penyelarasan penggiliran itu penting bagi mengelak percanggahan kuasa dan melibatkan penggunaan aset yang dibeli oleh PDRM, ATM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

``Pada hemat saya, yang penting keselamatan penduduk di sekitar Esszone dan menghalang kemasukan penceroboh dari negara jiran serta penyeludupan barangan ke dalam atau luar terutamanya barangan bersubsidi,'' katanya.

Ditanya mengenai bidang kuasa ATM dalam membuat tangkapan ketika menjadi Komandan di kawasan Esscom itu, Ahmad Zahid berkata: ``Apa yang telah diselaraskan ialah mereka (tentera), mempunyai kuasa tangkapan, tetapi diserahkan kepada polis untuk tindakan''.

Mengulas tahap keselamatan di pantai timur Sabah ekoran insiden penculikan di Semporna baru-baru ini, Ahmad Zahid berkata, pihaknya telah mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup berdefinisi tinggi di kesemua 11 resort di premis masing-masing untuk memperketat kawalan keselamatan.

Beliau juga berkata satu memorandum persefahaman (MoU) akan ditandatangani dengan kerajaan Nepal dan Bangladesh berhubung pengambilan pekerja negara itu di negara ini.

``Saya telah menjemput Menteri Tenaga Kerja Bangladesh dan Nepal ke Kuala Lumpur untuk tandatangan MoU itu. Namun, oleh kerana ia adalah di bawah kuasa Kementerian Sumber Manusia, maka KDN akan menjadi saksi untuk menentukan pelaksanaannya dapat dijalankan secara teratur,'' katanya.

Beliau mengulas penahanan 15 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang bekerja di sebuah pusat peranginan di Sabah berhubung penculikan di Singamata Adventures Reef and Resort, Semporna, Sabah.

Dalam laporan itu, Ahmad Zahid meminta pengusaha resort dan majikan tidak mengambil warga asing atau individu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah kerana ia akan mengakibatkan pelbagai masalah kelak.

``Macam pekerja asing Bangladesh dan Nepal, mereka minta pihak agensi pekerja asing tak kenakan bayaran tinggi untuk pengambilan pekerja dalam negara. Kita sebenarnya dah tentukan jumlah yang cukup minimum untuk pemprosesan Biometrik dan sebagainya,'' katanya.

Bagaimanapun masalah timbul kerana agensi terbabit mengenakan bayaran tinggi iaitu lebih RM24,000.

``Mereka terpaksa gadaikan harta benda untuk membuat pinjaman... Jadi saya fikir perlu ada tindakan dilakukan bukan sahaja melibatkan kerajaan dengan kerajaan tetapi juga perjanjian perniagaan dengan perniagaan,'' katanya. - BERNAMA

15 jemaah umrah negatif jangkitan MERS-CoV, kata Subramaniam

Posted: 19 Apr 2014 02:53 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 April - Pemeriksaan ke atas 15 jemaah umrah yang pulang dari Tanah Suci bersama-sama seorang lelaki yang disahkan meninggal dunia akibat `Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona' (MERS-CoV), menunjukkan mereka negatif daripada jangkitan wabak itu.

``Tidak ada kes lain. Semua yang diperiksa adalah negatif,'' kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam kepada pemberita selepas merasmikan program kesihatan masyarakat MySihat India 1Malaysia 2014 di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata kementerian akan terus memantau rapi kesemua jemaah terbabit bagi tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi.

Pada 13 April lepas, seorang lelaki berusia 54 tahun dari Batu Pahat, Johor meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail akibat pneumonia teruk susulan jangkitan MERS-CoV.

Mangsa pulang ke tanah air pada 29 Mac dan mengadu mengalami demam, batuk serta kesukaran bernafas selepas kira-kira 10 hari kemduain dan dimasukkan ke hospital berkenaan pada 10 April.

Sementara itu, mengulas program hari ini, Subramaniam berkata terdapat keperluan yang tinggi untuk mempertingkat kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat India di Malaysia. - BERNAMA

Pencarian diteruskan dengan kemungkinan ditambah aset komersial - Hishammuddin

Posted: 19 Apr 2014 02:16 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 April - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memberi jaminan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 akan diteruskan, walaupun terdapat rancangan operasi berkenaan akan dibincang dan dibuat penilaian semula.

Katanya, pasukan operasi mencari di bawah seliaan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang ditubuhkan Australia dan pihak terbabit, bagaimanapun menimbang pendakatan lain, termasuk meluaskan skop pencarian dan menggunakan aset lain yang mungkin relevan dengan pencarian itu yang memasuki hari ke-43 hari ini.

Selain terus menggunakan kapal selam mini Bluefin-21 untuk kerja mencari di dalam air, pihak berkuasa Malaysia kini mengkaji kemungkinan menambah penggunaan aset komersial dalam operasi itu, katanya pada sidang akhbar berhubung perkembangan usaha mencari pesawat berkenaan di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot berkata operasi mencari itu akan dibincang dan dinilai semula sekiranya tidak terdapat perkembangan baharu `dalam masa beberapa hari lagi'.

``Di sini, syarikat seperti Deftech, DRB, Boustead dan beberapa syarikat Malaysia telah bertemu dan berbincang dengan rakan mereka dari luar negara berhubung cara bagaimana kita boleh menambah AUV (kenderaan dalam air autonomi) untuk membantu usaha mencari,'' kata Hishammuddin. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Remaja 18 tahun edar dadah ditahan

Posted: 18 Apr 2014 10:58 AM PDT

Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
utusankedah@utusan.com.my

Remaja yang ditahan bersama 18 lagi penagih dadah dalam operasi Op Sepadu di Pelantar Ikan Ah-lu Kampung Sematang Pinang, Kuala Kedah, kelmarin.

ALOR SETAR 18 April - Seorang pengedar dadah berusia 18 tahun merupakan antara 19 penagih yang ditahan dalam operasi Op Sepadu di Pelantar Ikan Ah-lu, Kampung Sematang Pinang, Kuala Kedah, di sini semalam.

Turut ditahan ialah seorang wanita berumur 25 tahun dan mempunyai tiga anak yang mengakui akan berkunjung ke pelantar tersebut pada waktu tengah hari untuk mendapatkan bekalan daripada remaja terbabit.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kota Setar, Deputi Supritendan Mat Akhir Jaafar memberitahu, operasi yang bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 1 petang itu turut menahan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar, Nepal, Thailand dan China.

Menurutnya, penagih yang ditahan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bagi ujian air kencing manakala PATI pula dibawa ke Jabatan Imigresen negeri Kedah.

'Kesemua yang ditahan kebanyakannya bekerja sebagai nelayan di sini dan berumur antara 18 hingga 45 tahun.

'Seorang lelaki berumur 30-an turut kita tahan atas kesalahan menghalang penjawat awam bertugas apabila dia melawan ketika penguatkuasa cuba menggari salah seorang rakannya yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,' katanya.

Op Sepadu ini turut disertai Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pejabat Tanah Daerah Kota Setar.

Dua sahabat bawa ganja RM80,000 diberkas

Posted: 18 Apr 2014 10:58 AM PDT

ALOR SETAR 18 April - Dua sahabat ditahan bersama 40 ketulan mampat dadah disyaki ganja di Jalan Hutan Kampung di sini, kira-kira pukul 8 malam, Selasa lalu.

Ganja seberat 39 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM80,000 itu disembunyikan di tempat simpanan barang kereta jenis Proton Perdana yang dinaiki kedua-dua suspek.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Kedah, Supritendan Abd. Razak Md. Zin, dadah yang dibawa lelaki berumur 46 tahun dan 38 tahun itu dipercayai untuk edaran di sekitar negeri Kedah.

"Ketika polis JSJ Narkotik negeri melakukan pemeriksaan pada tempat simpanan barang kereta tersebut, kita dapati ada dadah di dalam plastik dan ada juga yang dibiarkan berselerak.

'Kita masih menyiasat dari mana bekalan ini diperoleh dan berdasarkan siasatan awal kedua-dua suspek positif dadah,' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Abd. Razak berkata, lelaki beru mur 46 tahun itu telah berkahwin dan merupakan peniaga kedai makan di sini manakala seorang lagi merupakan duda yang bekerja sebagai pemandu peribadi.

Beliau berkata, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

'Kita turut merampas kereta Proton Perdana milik salah seorang daripada mereka dan kedua-dua suspek direman selama seminggu sehingga 22 April ini,' ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pada Sabtu dan Ahad lalu, satu operasi iaitu Op Tapis Khas diadakan di seluruh negeri Kedah dan berjaya menahan 134 orang atas pelbagai kesalahan dadah.

Menurut beliau, hasil operasi tersebut polis merampas 437 gram dadah jenis heroin, 80.6 gram syabu, 3.37 gram ganja, 88.8 liter air ketum dan 55 kg daun ketum.

2 bot nelayan ceroboh kawasan ditahan

Posted: 18 Apr 2014 10:58 AM PDT

PULAU PINANG 18 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri berjaya menahan dua buah bot nelayan Zon B yang menceroboh kawasan pantai kira-kira pukul 3.50 petang ini.

Bot yang berpangkalan di Teluk Bahang itu dikesan menangkap ikan menggunakan pukat tunda di kedudukan kira-kira sembilan kilometer dari Tanjung Huma.

Ketua Penguatkuasa Maritim Malaysia Daerah Maritim 2, Kapten Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata, pihaknya turut menahan dua tekong dan lima awak-awak warga tempatan namun mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati salah sebuah bot itu memiliki rekod kesalahan lampau juga berkaitan pencerobohan zon menangkap ikan.

'Sejumlah 280 kilogram (kg) ikan dan 320 kg ikan baja dirampas Maritim Malaysia.

'Kedua-dua bot itu melakukan kesalahan dan disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan kurang dari lima batu nautika dari pantai,' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kamaruszaman, pihaknya memandang serius aktiviti pencerobohan bot nelayan zon B itu dan mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negeri ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

1 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


MH370: China-Malaysia tetap kukuh

Posted: 18 Apr 2014 10:58 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Pembelaan hanya penafian - Mahkamah

Posted: 18 Apr 2014 10:58 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Malaysia hargai kerjasama China

Posted: 18 Apr 2014 10:58 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved