Selasa, 18 Oktober 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Sindiket kad kredit palsu tumpas

Posted:

Sindiket kad kredit palsu tumpas

Sindiket kad kredit palsu tumpas

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


Tajuddin Md. Isa (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian kad kredit palsu yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Perdana, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 18 Okt. - Polis berjaya menumpaskan sindiket membuat kad kredit palsu terbesar di negara ini dengan menahan dua lelaki dan merampas sebanyak 3,246 keping kad kredit dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Puteri, Pelabuhan Klang, dekat sini semalam.

Dalam serbuan pukul 6.30 petang yang dilakukan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sejak lima bulan lalu itu turut membongkar kegiatan sebuah syarikat yang berdaftar sebagai pembuat kad komersial dalam jenayah itu.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, dalam serbuan tersebut pihaknya menahan pemilik premis itu yang berusia 44 tahun dan pekerjanya berumur 21 tahun.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui ribuan kad kredit pelbagai bank tempatan dan luar negara yang dibuat menggunakan mesin berteknologi moden.

"Siasatan lanjut mendapati, sindiket itu bertanggungjawab membuat kad kredit termasuk meletakkan cip sebelum ia dijual kepada sindiket tempatan dan Eropah yang kemudian akan memasukkan palsu pengguna sebelum digunakan.

"Setiap keping kad kredit dijual serendah RM15 secara pukal kepada sindiket tertentu dan kad-kad tersebut dihantar melalui khidmat kurier kepada pembeli yang membayar wang pendahuluan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JSJK di Bukit Perdana di sini, hari ini.

Tajuddin memberitahu, hasil serbuan tersebut JSJK turut merampas 11 jenis mesin yang digunakan oleh sindiket berkenaan untuk menghasil kad-kad kredit yang keseluruhan dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Beliau berkata, syarikat tersebut beroperasi sejak tujuh tahun lalu, namun mula membuat kad kredit palsu sejak lima bulan lalu.

Tambahnya, sindiket itu dikesan menghasilkan 50,000 keping kad kredit palsu setiap bulan untuk dijual kepada sindiket dalam dan luar negara.

Berikutan itu, katanya, JSJK akan bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan sindiket di Eropah yang membeli kad kredit itu untuk memasukkan data palsu.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman untuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Siasat segera ibu, bapa pembunuh bayi

Posted:

Siasat segera ibu, bapa pembunuh bayi

Siasat segera ibu, bapa pembunuh bayi

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta polis segera menyiasat kejadian pembunuhan kejam seorang bayi perempuan di Betong, Sarawak semalam bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab.

Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai satu perbuatan jenayah yang amat kejam, tegasnya, sesiapa jua yang terbabit, sama ada wanita atau lelaki perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

Menurutnya, ia perlu bagi memastikan pembelaan sewajarnya diberikan kepada keluarga terbabit yang terpaksa menanggung tekanan emosi akibat kejadian itu.

"Cuma saya terkilan bila ada kes seumpama ini, tumpuan hanya diberikan kepada wanita mengandung dan melahirkan bayi itu, sebaliknya di mana bapa atau lelaki atau pasangan rakan wanita ini.

"Saya minta polis melakukan siasatan secepat mungkin dan mencari siapa lelaki yang bertanggungjawab itu. Tidak kira siapa mereka, sama ada pelajar, ibu muda atau sesiapa jua perlu bertanggungjawab kerana telah melanggar undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan perutusan sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia ke -58 di Taska Permata Timang Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini, hari ini.

Semalam, seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui mati dengan kesan kelar di lehernya dan tikaman di perut sehingga terburai.

Bayi perempuan itu yang baru dilahirkan dan mayatnya ditemui di bilik asrama perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Layar, dekat Betong, Sarawak.

Shahrizat berkata, kejadian menyayat hati itu bukan sahaja tidak berperikemanusiaan, malah mencemarkan nama ibu bapa lain yang menyayangi dan membelai dengan penuh kasih sayang anak-anak mereka.

"Saya terkilan apabila ada kes seumpama ini, seolah-olah menggambarkan semua keluarga di negara ini mempunyai sifat tidak baik," katanya.

Sementara itu, sempena sambutan Hari Kanak-Kanak pada Sabtu ini, Shahrizat berkata, kebajikan untuk kanak-kanak menjadi fokus utama di bawah program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma) termasuk membela golongan itu daripada menjadi mangsa keganasan dan penganiayaan.

"Kita mahu semua anggota masyarakat terlibat sama, demi kebajikan kanak-kanak tanpa dipertanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan.

"Saya tidak mahu kanak-kanak teraniaya, mereka perlu diberikan sepenuh kasih sayang dan dijaga sebaik-baiknya kerana anak-anak diibaratkan seperti kain putih untuk kita mencorakkannya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Terengganu, NS di ambang akhir

Posted:

Terengganu, NS di ambang akhir

Terengganu, NS di ambang akhir

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan iswan shafiq mat isa
sukan@utusan.com.my


Pemain T-Team, Indra Putra Mahayuddin (tiga dari kiri) mengasak penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd. Farizal Marlias pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi. Negeri Sembilan menang 4-2. – UTUSAN/Shaifudin Mohd Nor


KUALA LUMPUR – Terengganu dan Negeri Sembilan mampu membayangkan pentas akhir Piala Malaysia selepas memperoleh bekalan selesa babak pertama separuh akhir Piala Malaysia, semalam.

Terengganu menewaskan Selangor 2-0 manakala satu lagi separuh akhir menyaksikan Negeri Sembilan menang 4-2 ke atas T-Team.

Di Stadium Shah Alam, Abdul Manaf Mamat menjulang Terengganu menerusi dua jaringannya.

Kemenangan itu meletakkan skuad Penyu itu kini bagaikan sebelah kaki ke pentas akhir buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun sementara 'Misi 33' Selangor mungkin sekadar impian untuk dicapai pada musim ini kerana perlu mencari kemenangan sekurang-kurangnya 3-0 di Kuala Terengganu, Sabtu ini.

Tidak sampai seminit perlawanan bermula, Manaf berjaya mendiamkan 30,000 penyokong Selangor apabila meletakkan Terengganu di depan.

Berpunca daripada hantaran lintang Ashaari Samsudin di sebelah kiri, dia bijak melepasi perangkap ofsaid dan tanpa diduga penjaga gol Selangor, G. Jeevananthan, Manaf tanpa melihat ke arah pintu gol melepaskan sepakan melalui tumit belakang ketika bekas penjaga gol USM FC itu tergamam.

Tersentak dengan gol tersebut, Selangor segera bangkit dalam usaha mendapatkan gol penyamaan tetapi dua percubaan Safiq Rahim, satu melalui percubaan jarak jauh pada minit ke-13 dan tiga minit kemudian menerusi sepakan percuma jauh melepasi palang gol.

Ketika Selangor leka dalam usaha mencari gol pembakar semangat, Manaf sekali lagi menghukum kerapuhan benteng Red Giants pada minit ke-32 dengan sepakan leret dari jarak 25 meter bagi meletakkan Terengganu semakin kukuh bergelar pendahulu perlawanan.

Jurulatih Selangor, P. Maniam terpaksa membawa keluar Hardi Jaafar pada minit ke-36 dan digantikan dengan Rudie Ramli dalam usaha menghidupkan jentera tengah yang banyak dikuasai pasukan pelawat, namun perubahan taktikal itu tidak memberikan kesan buat Selangor di samping kecekapan Sharbinee Allawee turut menjadi penghalang kepada anak-anak buah Maniam mendapatkan sebarang gol untuk dibawa ke Kuala Terengganu pada separuh akhir kedua.

Peluang terbaik Selangor hadir pada separuh masa kedua di minit ke-51 melalui Bunyamin Omar yang melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti tetapi mudah ditampan keluar oleh Sharbinee.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, Negeri Sembilan mencerahkan laluan ke perlawanan akhir apabila membenam cabaran tuan rumah, T-Team 4-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Skuad Hoben Jang Hoben tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Shahurain Abu Samah bijak menyudahkan umpanan cantik daripada S. Kunanlan seawal minit kelima.

Gol itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat T-Team apabila tidak sampai lima minit kemudian, Indra Putra Mahayuddin kembali menyamakan kedudukan setelah menyambut bola lintang daripada Mohd. Fitri Omar.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Negeri Sembilan terus melancarkan serangan balas ke kubu tuan rumah dan hasilnya, bekas penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar menanduk masuk gol kedua pelawat pada minit ke-25 bagi membolehkan pasukannya mendahului 2-1.

Semangat melawan T-Team nyata tidak luntur apabila Nor Farhan Muhammad kembali menceriakan penyokong tuan rumah dengan gol penyamaan pada minit ke-40.

Gol itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Hairuddin sekali lagi menjadi 'duri dalam daging' kepada pasukan T-Team apabila menjaringkan gol ketiga juga menerusi tandukan pada minit ke-42.

Masuk separuh masa kedua, skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah terus menggandakan asakan untuk menambah jaringan.

Hasilnya, S. Kunanlan terus menambah derita tuan rumah apabila tidak mensia-siakan peluang di depan jaring untuk gol keempat pelawat pada minit ke-50.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi dalam separuh akhir kedua di Stadium Paroi, Sabtu ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Harap tuah di Sepang

Posted:

Harap tuah di Sepang

Harap tuah di Sepang

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my


(Dari kiri) Hafizh Syahrin Abdullah, Mohd. Zamri Baba dan Muhammad Zulfahmi Khairuddin yang akan memikul cabaran Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini.


SEPANG – Pelumba negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin mengharapkan tuah menyebelahinya apabila beraksi buat kali kedua di hadapan penyokong sendiri pada Grand Prix (GP) Malaysia di Sepang, hujung minggu ini.

Setelah kecewa pada saingan di Phillip Island, Australia minggu lepas, anak muda kelahiran Banting itu mengharapkan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berlaku sebaliknya.

"Saya amat berharap cuaca di Sepang pada hujung minggu ini baik dan motosikal saya juga dapat berfungsi dengan lancar," katanya kepada pemberita menjelang GP Malaysia di Litar Go-Kart di sini, semalam.

Pada sidang akhbar itu juga, sebuah syarikat alat ganti motosikal, Faito yang menaja Zulfahmi turut menghadiahkan sebuah topi keledar baru yang tertera logo Harimau Malaya atas permintaan pelumba itu.

Mengulas lanjut mengenai saingan di negara Kangaroo itu, pelumba Air Asia-SIC-Ajo Motorsports itu memberitahu, keadaan cuaca yang kurang baik jelas tidak memberi kelebihan kepadanya.

Tambahnya, dia tidak berhadapan masalah teknikal pada jenteranya, tetap keadaan cuaca telah menyebabkan pasukannya memutuskan untuk menggunakan tayar licin.

"Pada dua pusingan awal saya terpaksa berhati-hati kerana keadaan permukaan litar yang basah dan kami pula memutuskan untuk menggunakan tayar licin.

"Tetapi malangnya, apabila keadaan litar kembali kering, saya telah ketinggalan agak jauh di belakang pelumba lain," ujarnya.

Justeru, Zulfahmi amat berharap, dia dapat melakukan sesuatu untuk memberikan persembahan terbaik dan sekali gus mengutip mata berharga di tanah air sendiri.

Prinsipal pasukan, Aki Ajo pula berkata, anak didiknya itu telah mengambil satu langkah yang besar pada saingan musim ini, selepas menimba pengalaman berharga pada perlumbaan tahun lalu.

"Saya berharap Zulfahmi dapat mempamerkan potensi sebenarnya pada perlumbaan GP Malaysia kali ini," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, kehadiran empat pelumba tempatan pada GP Malaysia bakal menarik kehadiran pengunjung yang lebih ramai ke Sepang.

Katanya lagi, rakyat Malaysia lebih gemar membeli tiket pada saat akhir dan beliau yakin kehadiran penonton bakal mencapai sasaran seperti yang telah ditetapkan SIC sebelum ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Saya tahu apa yang berlaku – Razali

Posted:

Saya tahu apa yang berlaku – Razali

Saya tahu apa yang berlaku – Razali

PULAU PINANG 18 Okt. – Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mengingatkan semua pihak agar tidak mempertikaikan apa yang berlaku dalam majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau sendiri berada dalam majlis berkenaan dan tahu apa yang telah berlaku ketika itu.

Beliau menjelaskan, sebarang kenyataan yang dibuat secara terbuka bagi menafikan perkara itu wujud hanya akan mencetuskan kekeliruan di kalangan masyarakat umum.

"Janganlah ada pihak mempertikaikan kredibiliti pihak berkuasa dalam menyiasat isu ini.

"Saya ada dalam majlis itu. Saya tahu apa yang berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mencabar Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menyaman Utusan Malaysia jika yakin pendedahan akhbar tersebut mengenai agenda menjadikan Kristian agama rasmi negara ini pada Mei lalu adalah salah.

Cabaran itu dibuat sebagai menjawab dakwaan Ooi yang dipetik daripada akhbar The Sun dan disiarkan dalam portal Malaysiakini bahawa beliau mengesahkan tidak ada bukti bagi menyokong dakwaan wujud konspirasi oleh kumpulan Kristian untuk menjadikan agama itu sebagai agama rasmi Malaysia.

Ooi sebelum ini menafikan dakwaan terlibat dalam satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Wakil rakyat DAP itu mendakwa hanya hadir sebagai tetamu.

Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali tampil menjadi saksi dengan membuat laporan polis bagi membantu pihak berkuasa melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu.

Beliau berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Jeff Ooi dicabar saman Utusan

Posted:

Jeff Ooi dicabar saman Utusan

Jeff Ooi dicabar saman Utusan

PUTRAJAYA 18 Okt. – Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dicabar menyaman Utusan Malaysia jika beliau yakin laporan akhbar tersebut mengenai agenda menjadikan Kristian agama rasmi negara ini pada Mei lalu sebagai tidak betul.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika membuat cabaran itu berkata, Ooi boleh berbuat demikian jika dia merasakan pendedahan Utusan Malaysia itu adalah salah.

"Bukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak ambil tindakan, kita siasat tetapi Pejabat Peguam Negara memutuskan tidak mencukupi untuk tujuan pendakwaan.

"Tiada tindakan lanjut (NFA) seperti yang saya katakan di Parlimen semalam bukan bermakna tidak ada tindakan langsung kerana siasatan telah kita buat.

"Dia (Ooi) bolehlah saman Utusan Malaysia dan saya tidak nampak ada apa-apa silap dalam jawapan bertulis yang dibuat di Parlimen," katanya di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Ooi yang dipetik daripada akhbar The Sun dan disiarkan dalam portal Malaysiakini bahawa beliau mengesahkan tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan wujud konspirasi oleh kumpulan Kristian untuk menjadikan agama itu sebagai agama rasmi Malaysia.

Majlis pertemuan paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan terlebih dahulu didedahkan oleh dua laman blog iaitu 'bigdog' di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Lemah di sekolah, cemerlang di IKIP

Posted:

Lemah di sekolah, cemerlang di IKIP

Lemah di sekolah, cemerlang di IKIP

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALILutusanktn@gmail.com


ADNAN Yaakob (tiga dari kiri) bersama penerima Anugerah Menteri Besar Pahang, Mohd. Shazwan Jalani (dua dari kiri) dan keluarga graduan tersebut pada Konvokesyen Kolej Antarabangsa IKIP di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 18 Okt. - Kecurian kereta salah seorang ahli keluarga yang datang bagi menghadiri konvokesyennya telah memberi kejutan dan menyebabkan penerima Hadiah Menteri Besar Pahang iaitu anugerah utama pada Majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa IKIP berasa begitu sedih.

Mohd. Shazwan Jalani, 21, lulusan Diploma Sains Komputer (Multimedia) berkata, kecurian itu berlaku sewaktu ahli keluarganya menginap di sebuah hotel di sini.

Namun, beliau yang turut diumumkan penerima Hadiah Yayasan Pahang melahirkan rasa syukur dan gembira apabila segala usaha kerasnya selama ini membuahkan hasil.

''Saya sedih mengenangkan apa yang terjadi, namun tetap bersyukur kerana keluarga tetap hadir memberi sokongan pada majlis konvokesyen ini di sebalik insiden itu.

''Hari ini juga penuh bermakna buat saya apabila meraikan kejayaan ini serentak dengan sambutan hari jadi ibu, Pauziah Asri, 50, yang selama ini tidak jemu memberi sokongan," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Beliau adalah antara 667 graduan yang menerima ijazah dan diploma daripada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pada majlis konvokesyen kolej tersebut yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini.

Sementara itu, Mohd. Shazwan berkata, pada mulanya rasa kecewa timbul apabila pencapaian di peringkat sekolah menengah tidak memberangsangkan, namun beliau tekad membuktikan kepada keluarga bahawa kejayaan boleh dicapai sekiranya terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa.

''Kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada adik-adik saya yang masih bersekolah supaya berusaha lebih gigih untuk mengecapi kejayaan pada masa depan.

''Saya berterima kasih dan bersyukur dengan kejayaan yang dikecapi hasil dorongan daripada keluarga, rakan-rakan serta pensyarah yang tidak jemu mendidik saya," katanya yang kini menyambung pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Bahru.

Sementara itu, seorang graduan orang kurang upaya (OKU), Sayed Muzammil Sayed Mohamad, 24, yang turut memperolehi Hadiah Yayasan Pahang berharap pihak majikan tidak memandang rendah kepada keupayaan golongan OKU.

Pemegang Diploma Grafik dan Media Digital yang mengalami kecacatan pada mata sebelah kanan sejak lahir berkata, keadaan fizikal beliau tidak sedikit pun menghalangnya untuk bersaing bersama rakan yang lain sehingga memperoleh keputusan cemerlang.

''Saya berharap ada majikan di luar sana memberi peluang kepada golongan OKU untuk mempamerkan kemahiran yang dimiliki kerana itu lebih bermakna bagi kami kerana setiap individu mempunyai keistimewaan tersendiri," katanya yang juga penerima Anugerah Dekan selama enam semester berturut-turut.

Full content generated by Get Full RSS.

Graduan perlu berfikiran kritis

Posted:

Graduan perlu berfikiran kritis

Graduan perlu berfikiran kritis

KUANTAN 18 Okt. - Para graduan diingatkan supaya berfikir secara kritikal dalam menilai dan membuat sebarang keputusan terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keperluan itu penting memandangkan arus globalisasi yang menuntut graduan lebih berkualiti dan sentiasa menambah ilmu pengetahuan mereka.

Menurut beliau, memiliki segenggam ijazah atau diploma tidak cukup menyakinkan para majikan dan kemahiran lain diperlukan supaya mereka dapat berdaya saing dalam dunia pekerjaan.

"Graduan diingatkan bahawa penerimaan diploma atau ijazah bukan menandakan mereka tamat pengajian.

"Ilmu pengetahuan mesti sentiasa dicari dan tingkatkan kemahiran selari dengan perkembangan semasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa IKIP di Dewan Jubli Intan Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini baru-baru ini.

Seramai 667 graduan menerima ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma masing-masing pada majlis tersebut.

Adnan yang juga Pengerusi Yayasan Pahang berkata, keperluan itu secara tidak langsung dapat memberi nilai tambah kepada diri sendiri dan kelebihan dalam menempuhi alam pekerjaan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan golongan tersebut tidak terpengaruh dengan maklumat yang disebarkan dalam Internet kerana kadangkala ia menunjukkan fakta tidak benar.

Katanya, pelbagai maklumat disalurkan dalam dunia siber dan seharusnya graduan perlu menilai secara mendalam dan berfikiran kritikal dalam membuat keputusan.

"Kalau boleh sentiasa semak dan cari fakta sebenar kerana kadangkala terdapat maklumat tersebut berbentuk fitnah dan ia tidak baik kepada kita dan masyarakat sekeliling," jelasnya.

Justeru, beliau berharap, golongan terbabit tidak terpengaruh dengan dakyah tersebut dan menjadi seorang graduan intelektual bagi menjana kesejahteraan masyarakat.

Full content generated by Get Full RSS.

Operasi Agropolitan Februari ini

Posted:

Operasi Agropolitan Februari ini

Operasi Agropolitan Februari ini

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

PEKAN 18 Okt. – Pembinaan kemudahan untuk Projek Agropolitan Pekan di Kampung Tanjung Batu di sini dijangka siap sepenuhnya menjelang Februari tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Ishak Muhamad berkata, untuk itu, projek yang berteraskan aktiviti perladangan kelapa sawit tersebut dijangka bakal dimulakan kira-kira sebulan selepas segala kemudahan disiapkan.

"Pembinaan kawasan itu hampir 80 peratus siap dan dijangka kira-kira 200 orang akan dipilih menyertai program tersebut," katanya ketika berucap pada Majlis Taklimat Projek Agropolitan kepada pemimpin setempat di sini, semalam.

Ishak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar berkata, projek kedua di dalam kawasannya itu bakal dilengkapi dengan 213 buah rumah, tadika, surau dan dewan.

"Sebanyak 20 hektar tanah digunakan untuk kawasan penempatan manakala kawasan ladang kelapa sawit pula merangkumi kira-kira 1,000 hektar tanah," katanya.

Tambahnya lagi, selain kelapa sawit sebagai aktiviti utama, terdapat juga aktiviti sampingan seperti penternakan burung walit, penanaman nanas dan juga penternakan ayam.

Beliau memberitahu, projek agropolitan ini merupakan salah satu projek kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib rakyat yang tidak berkemampuan.

Katanya, beliau berharap pemimpin masyarakat di kawasan DUN Bebar supaya dapat mengenal pasti penduduk di kawasan mereka yang sesuai untuk dijadikan peserta projek ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Batal pembelaan Anwar didengar 27 Oktober

Posted:

Batal pembelaan Anwar didengar 27 Oktober

Batal pembelaan Anwar didengar 27 Oktober

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 27 Oktober ini permohonan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk membatalkan sebahagian perenggan dalam pernyataan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnahnya terhadap Ketua Pembangkang itu.

Peguam Sunil Abraham yang mewakili Hishammuddin ketika dihubungi mengesahkan, permohonan itu akan didengar oleh Hakim Datuk V.T. Singham.

Hishammuddin selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 25 April lalu kerana mendakwa Anwar mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya berkaitan penayangan video yang memaparkan aksi seks pelaku mirip seorang pemimpin pembangkang.

Menurut plaintif, pernyataan yang dibuat oleh Anwar yang dinamakan sebagai defendan, benar-benar palsu dan tiada kewajaran serta berniat jahat untuk merosakkan reputasi serta memalukannya sebagai ahli politik sehingga diheret dalam skandal umum dan dibenci.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pertukaran tawanan dilaksanakan

Posted:

Pertukaran tawanan dilaksanakan

Pertukaran tawanan dilaksanakan


Gilad Shalit (tengah) disambut oleh pegawai tentera Zionis di simpang Kerem Shalom di Genting Gaza, dalam gambar yang dipetik dari video, semalam. - REUTERS


GAZA CITY 18 Okt. - Pergerakan Hamas hari ini membebaskan askar Israel, Gilad Shalit yang ditahan di Genting Gaza selama lebih lima tahun, sebagai pertukaran dengan 1,027 tahanan Palestin yang dipenjarakan oleh rejim Zionis.

Shalit diserahkan oleh pasukan keselamatan Hamas kepada perantara Mesir yang membantu mengatur pembebasan askar Yahudi itu.

Dalam wawancara dengan stesen televisyen Mesir beberapa minit selepas dia diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu, Shalit, 25, berkata, dia berharap pertukaran tahanan itu akan membawa kepada perdamaian antara Israel dengan Palestin.

Perjanjian pertukaran tahanan itu, yang paling berat sebelah dalam sejarah Israel, menamatkan isu yang berlarutan selama lima tahun setengah, menyaksikan tentera Israel melancarkan beberapa serangan di Gaza, mengenakan sekatan ke atas wilayah itu dan mengadakan banyak rundingan yang gagal membebaskan Shalit.

Di pihak Palestin, tahanan termasuk berpuluh-puluh pejuang yang menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana serangan maut ke atas rakyat Israel.

Kumpulan pertama yang dibebaskan berjumlah 477 orang termasuk 27 wanita tiba dengan konvoi bas di Genting Gaza dan Tebing Barat tidak lama selepas Shalit dibebaskan, dengan disambut sebagai wira oleh ahli keluarga serta para pemimpin dan penduduk Palestin.

Lebih 200 tahanan tersebut yang berasal dari Tebing Barat sebaliknya akan dihantar ke Genting Gaza manakala kira-kira 40 lagi akan dihantar ke Syria, Qatar, Turki dan Jordan kerana tidak dibenarkan pulang ke wilayah Palestin.

Sejumlah 550 lagi tahanan dijadual dibebaskan oleh Israel dalam tempoh dua bulan lagi di bawah perjanjian pertukaran itu.

Israel dan Hamas sebelum ini mengadakan banyak pusingan rundingan mengenai pembebasan tahanan menerusi perantara Jerman dan Mesir.

Namun pegawai di kedua-dua pihak berkata, situasi semasa yang sebahagiannya berpunca daripada revolusi Mesir baru-baru ini membantu mereka melangkah ke arah mencapai perjanjian. - AP

Full content generated by Get Full RSS.

Terminal kapal angkasa pertama Virgin Atlantic dibuka secara rasmi

Posted:

Terminal kapal angkasa pertama Virgin Atlantic dibuka secara rasmi

Terminal kapal angkasa pertama Virgin Atlantic dibuka secara rasmi


Richard Branson (tengah) mengejutkan para hadirin apabila muncul bersama artis menuruni dinding bangunan menggunakan tali di hangar Spaceport America di New Mexico, Amerika Syarikat, kelmarin. - AP


LONDON 18 Okt. - Jutawan Britain, Richard Branson hari ini merasmikan pembukaan lapangan terbang kapal angkasa yang pertama di dunia bernilai AS$209 juta (RM627 juta) bagi memberi peluang kepada pelancong untuk terbang ke orbit.

Terminal itu dibina di kawasan gurun di New Mexico dan akan memulakan operasi pada tahun depan.

Terminal tersebut akan menempatkan kapal angkasa Virgin Galactic, pusat kawalan misi dan kawasan menunggu khas apabila penerbangan pertama dijangka berlepas pada akhir 2012.

Semasa upacara pembukaan, jutawan tersebut disertai Gabenor New Mexico, Susana Martinez, angkasawan Buzz Aldrin serta orang ramai bagi menyaksikan ciptaan unik itu.

Syarikat Virgin kini dalam usaha melakukan ujian roket di lapangan terbang itu.

"Lapangan terbang itu sangat hebat dan menjadi antara yang paling unik di dunia.

"Kami berharap mempunyai sumber kuasa yang mencukupi untuk melakukan penerbangan ke angkasa lepas menjelang 2012," kata Branson.

Sementara itu, kira-kira 450 orang telah membeli tiket untuk menyertai penerbangan ke orbit dengan 150 daripada mereka hadir pada upacara pembukaan tersebut.

Sebelum memasuki kawasan hangar, pengunjung disajikan dengan simulator penerbangan kapal angkasa WhiteKnightTwo yang akan menjadi kapal utama untuk membawa penumpang ke orbit.

Tambang bagi penerbangan ke orbit menaiki kapal angkasa WhiteKnightTwo melibatkan kos sebanyak AS$200,000 (RM600,000) bagi perjalanan pergi balik.

Penerbangan ke orbit itu dijangka mengambil masa selama dua jam setengah dan penumpang berpeluang menyaksikan Bumi dari orbit serta berada dalam keadaan terapung-apung, yang sebelum ini hanya dialami oleh angkasawan. - AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Hormati Perlembagaan negara

Posted:

Hormati Perlembagaan negara

Hormati Perlembagaan negara

Oleh SAODAH ABD. RAHMAN
PROF. MADYA DR. SAODAH ABD RAHMAN, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

SETIAP negara di dunia ini mempunyai perlembagaan dan sistem perundangan yang sesuai dengan konteks kemasyarakatan dan kenegaraan masing-masing. Oleh itu terdapat perbezaan sistem dan perundangan sesebuah negara dengan negara yang lain.

Berdasarkan kepada perbezaan budaya, adat istiadat dan perlembagaan maka pepatah Melayu mengatakan "Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung". Peribahasa ini sepatutnya difahami oleh keseluruhan masyarakat dalam negara ini sama ada beragama Islam atau bukan Islam.

Konteks dan suasana kemasyarakatan dan kenegaraan Malaysia tidak boleh disamakan dengan perlembagaan dan perundangan di negara Barat apabila masyarakat diberi kebebasan sepenuhnya untuk bersuara dan bertindak.

Kebebasan tanpa batasan boleh mengundang pelbagai reaksi negatif dalam negara yang dihuni oleh penduduk pelbagai bangsa dan agama. Berdasarkan kepada konteks masyarakat berbilang agama dan bangsa maka pakar undang-undang dalam negara ini menggariskan perlembagaan yang khusus berkaitan dengan sensitiviti keagamaan terutama berkaitan dengan agama Islam.

Masyarakat Islam dalam negara ini memberi kuasa kepada Sultan dalam hal ehwal keagamaan kerana Sultan dianggap sebagai simbol kepada kekuatan Islam.

Persepsi begini adalah berhubung kait dengan fakta sejarah yang menjelaskan bahawa penyebaran agama Islam di Nusantara terutamanya di Melaka adalah bermula dari istana.

Pada dalam tahun 1409 Parameswara, Raja Melaka memeluk agama Islam apabila baginda berkahwin dengan puteri raja dari Pasai. Nama baginda ditukar kepada Sultan Iskandar Shah. Pengislaman baginda diikuti oleh para pembesar, ahli-ahli keluarga dan rakyat jelata.

Apabila raja dan para pembesar memeluk agama Islam maka sistem kasta dihapuskan dan hubungan rakyat dengan istana adalah akrab kerana Islam menganjurkan konsep persaudaraan sesama Islam dan manusia mempunyai sama taraf kedudukan di sisi Allah.

Balai atau dewan istana dijadikan tempat untuk mengajar ilmu Islam dan al-Quran. Berdasarkan kepada fakta sejarah begini, maka masyarakat Islam di negara ini beranggapan bahawa Sultan mempunyai kuasa dan mandat dalam membicarakan hak dan kekuatan Islam. Perkara ini juga diperuntukkan dalam Perlembagaan negara.

Berdasarkan kepada sejarah dan peranan raja-raja Melayu yang begitu prihatin terhadap hal ehwal keagamaan dan adat istiadat, maka ketika negara ini dijajah oleh kuasa Barat, raja diberi kuasa atau mandat dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat.

Kuasa Barat memahami sensitiviti masyarakat Islam berkaitan dengan keagamaan. Walaupun berada dalam penguasaan Barat, masyarakat Islam masih bertolak ansur dengan kuasa penjajah kerana perkara berkaitan dengan hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu masih lagi diiktiraf oleh penjajah Barat.

Masyarakat Islam dan bukan Islam dalam negara ini masa kini sepatutnya memahami Perlembagaan Malaysia dan memahami sejarah pembentukan negara ini daripada sebuah kerajaan Melayu bertukar menjadi negara Malaysia yang dikongsi oleh pelbagai kaum dan agama, bukan menafikan hak-hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan kepada bangsa tertentu.

Kejahilan terhadap sejarah dan kedegilan untuk menerima Perlembagaan negara merupakan faktor utama menyebabkan golongan tertentu bertindak di luar batas Perlembagaan yang mana boleh menimbulkan perasaan prejudis kaum dan agama.

Kegiatan begini sepatutnya tidak berlaku dalam negara yang masih mengekalkan sistem Raja Berperlembagaan di mana raja diberi kuasa untuk mengukuhkan kekuatan akidah Islam.

Konteks dan suasana dalam negara ini tidak boleh disamakan dengan negara luar kerana budaya dan adat istiadat kaum pribumi Islam dalam negara ini masih lagi terikat dengan budaya Islam yang berorientasikan ajaran sufi atau tasawuf Islam yang mana setiap aspek berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam dianggap sebagai suci dan tidak boleh dicerobohi.

Individu-individu yang diberi mandat dan kuasa dalam hal ehwal agama Islam sepatutnya bermuhasabah sejauh manakah sifat, keperibadian dan tingkah laku mereka bertepatan dengan bidang kuasa yang diberikan kepada mereka agar penampilan diri mereka boleh memberi keyakinan kepada umat Islam bahawa mereka adalah simbol kepada kekuatan Islam. masyarakat Islam di negara ini masa kini.

Bagi memperkukuhkan akidah dan Perlembagaan negara berkaitan dengan bidang kuasa dalam hal ehwal agama Islam, setiap individu Islam sama ada rakyat atau pemerintah perlu meletakkan keutamaan agama melebihi kepentingan politik.

Realiti yang wujud masa kini ialah perjuangan politik melebihi kepentingan agama sehingga sanggup mempertikaikan hak dan kepentingan agama demi kepentingan politik. Perjuangan politik yang tidak berlandaskan kepada prinsip dan objektif yang mantap sering berubah prinsip dan falsafah perjuangan.

Jika perkara begini berlaku di kalangan umat Islam maka kehancuran agama dan penghakisan akidah amat ketara dapat dipertontonkan kepada dunia.

Oleh itu umat Islam sepatutnya menggunakan akal yang rasional dan pengamatan yang luas supaya negara ini kekal sebagai negara Islam yang dihuni oleh pelbagai kaum dan agama agar makmur dan adil.

Full content generated by Get Full RSS.

Al-kisah tarikh PRU 13: Antara November dan Mac?

Posted:

Al-kisah tarikh PRU 13: Antara November dan Mac?

Al-kisah tarikh PRU 13: Antara November dan Mac?

Oleh Zaini Hassan

MOMENTUM Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 semakin hangat. Saya merasakan ia semakin dekat. Terlalu dekat. Tapi bila, itu hanya ada dalam ilham Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baru-baru ini beliau secara berseloroh berkata "sehari dua lagi..."

Tapi sesiapa sahaja yang membaca akhbar mahupun menonton berita TV akan dapat merasakan bahawa bahang pilihan raya umum akan berlaku terlalu hampir.

Semuanya bermula apabila PM yang juga Menteri Kewangan mengumumkan Belanjawan 2012 yang cukup menggembirakan rakyat. Saya mendengar kakitangan kerajaan bersembang sesama sendiri mengenai imbuhan-imbuhan yang bakal mereka terima.

Yang paling banyak mereka bercakap ialah bonus akhir tahun ini. Walaupun ia hanya akan dibayar setengah bulan gaji, tapi itu sudah cukup menggembirakan mereka. Bonus akan masuk ke dalam gaji mereka akhir Disember ini.

Ada pihak yang berkata sebelum pilihan raya umum diadakan biarlah kakitangan kerajaan dan rakyat merasa dulu sebulan dua hasil belanjawan yang diumumkan itu.

Imbuhan-imbuhan lain yang diumumkan dalam belanjawan hanya akan berkuat kuasa mulai Januari 2012.

Namun, yang penting sekarang ialah timing yang sesuai untuk membubarkan Parlimen. Setiap masa ialah amat kritikal sekarang. Tun Dr. Mahathir Mohamad merasakan masa sekarang tidak sesuai untuk diadakan pilihan raya.

Menurut beliau "suasana politik semasa" tidak mengizinkan ia diadakan. Beliau menyarankan apa salahnya dilonjakkan ke akhir mandat kerajaan sehingga April 2013.

April 2013? Betul juga, ini akan membolehkan banyak masa digunakan untuk mengatur strategi bagi menawan hati nurani rakyat. Malah tempoh itu pun boleh digunakan untuk memperbaiki kelemahan dalaman parti.

Tapi ada yang berkata timing sekarang sudah cukup cantik. Belanjawan yang cukup menggembirakan sudah diumumkan, jika ditarik ke tahun 2013 maka satu lagi belanjawan yang sama harus dibentangkan.

Namun dari segi strategik, masa sekarang adalah amat sesuai sekali. Pembangkang pun nampaknya banyak yang buat silap. Paslah yang paling banyak sekali buat silap dalam perancangan kempennya. Isu komunis oleh Mat Sabu cukup mengazabkan parti itu untuk menepis.

Isu hudud yang dibawa oleh Nik Aziz pun cukup menyiksakan parti itu untuk berhadapan dengan rakan pakatan DAP. Namun kita berharap Nik Aziz tidak berganjak dengan prinsipnya selaku MB Kelantan lebih 21 tahun itu.

Kita menggalakkan Nik Aziz mengotakan janjinya untuk melaksanakan hukum itu di Kelantan dulu. Kemudian, diikuti di Pulau Pinang dan Selangor.

Kita nak lihat hukuman rotan dilaksanakan di khalayak ramai di hadapan Masjid Muhammadi di Kota Bharu. Kita berharap Kelantan dapat mengatasi negara-negara Arab lain dalam melaksanakan undang-undang syariah itu dulu.

Kita amat berharap Nik Aziz tidak bercakap politik lagi. Sudah terlalu lama Nik Aziz bercakap mengenai hukum hudud – yang isunya hanya timbul setiap kali menjelang ketibaan pilihan raya.

Faktor Anwar Bin Ibrahim pula, pihak pakatan pembangkang sendiri pun sudah muak dengan beliau. Tidak habis-habis cerita mengenai Anwar yang menyusahkan semua pihak dalam pakatan pembangkang itu. Kini kedengaran daripada kalangan Pemuda Pas sendiri, ''lupakanlah mengenai Anwar''.

Kisah video Anwar, difahamkan akan keluar lagi sedikit demi sedikit – dan dikatakan lebih hangat!

Sesungguhnya Anwar sekarang ialah liabiliti atau biawak hidup kepada kalangan pakatan itu. Namun bagi DAP pula, mereka masih lagi melihat Anwar sebagai elemen penyatuan dalam pakatan itu. Tanpa Anwar pakatan pembangkang akan hancur.

DAP masih mahu 'menggunakan' Anwar melalui peguam Karpal Singh sekurang-kurang sehingga pilihan raya ini. Setakat ini Karpal berjaya melengah-lengahkan perbicaraan anak guamnya itu sehingga hampir dengan pilihan raya. Sama ada kes Anwar menang atau kalah, mereka akan tetap mempolitikkannya.

Secara strategik, DAP juga difahamkan sedang mempromosi calon-calon baru yang dikatakan boleh menang untuk pilihan raya umum kelak. Ada juga akhbar arus perdana secara sedar atau tidak turut membantu mempromosikan personaliti-personaliti itu sebagai aktivis anak yatim, wanita, mangsa rogol, alam sekitar dan haiwan. Mereka ini dikatakan bakal menjadi calon pakatan pembangkang.

Di pihak BN pula, ada yang melihat masih banyak yang perlu dibuat. Sikap para pemimpin bawahan, pertengahan dan atasan yang tidak betul harus diperbetulkan. Mereka sepatutnya mengambil iktibar daripada PRU 12. Analisis popular selepas pilihan raya umum lalu ialah rakyat muak dengan sikap buruk yang ditunjukkan oleh segelintir pemimpin BN.

Diharapkan ia sudah tidak berlaku sekarang dan mereka sudah sedar. Tapi sudah sedarkah mereka?

Sebaliknya daripada analisis terkini mendapati pula rakyat semakin muak dengan kerajaan pakatan pembangkang, terutamanya yang memerintah Selangor dan Pulau Pinang. Walaupun Pulau Pinang sukar untuk dimenangi atas faktor sentimen kaum, tapi di Selangor rakyat sudah mahukan perubahan.

Antara teorinya ialah: Walaupun rakyat masih membenci calon-calon lama BN yang akan bertanding sekali lagi dalam PRU 13 ini, mereka sudah tiada pilihan. Mereka mahu kembali kepada Kerajaan Pusat. Kali ini mereka akan mengundi untuk Kerajaan Pusat dan bukan calon (jika calon BN itu masih muka yang tidak disukai).

Mereka melihat kerajaan yang ada sekarang, contohnya Selangor lebih teruk dan lebih rakus lagi daripada kerajaan terdahulu.

Begitu juga di Kelantan, saya tidak pasti sama ada tempoh 21 tahun di bawah Pas sudah cukup untuk orang Kelantan. Atau mereka sudah sepakat mahu kalih dan memberi mandat kepada anak emas negeri itu, Mustapa Mohamed (Dato' Pa) sebagai Menteri Besar akan datang?

Buat pertama kalinya, saya difahamkan, UMNO Kelantan sudah sepakat. Mereka bersetuju berdiri 100 peratus di belakang Dato' Pa sebagai MB selepas Nik Aziz.

Isu air yang gagal diselesaikan Pas cukup merimaskan rakyat Kelantan, sementara BN pula menjanjikan akan mengambil masa lima tahun sahaja untuk menyelesaikan isu infrastruktur asas manusia itu.

Biarlah orang Kelantan membuat keputusan untuk menentukan hala tuju negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Kedah pula hanya akan menang jika semua para pemimpin UMNO berpakat. Jangan jadi seperti Kelantan. Selepas jatuh pada pilihan raya 1990, UMNO Kelantan yakin boleh mendapatkan balik negeri itu, tapi ternyata meleset sehingga selepas 21 tahun!

UMNO Kelantan gagal selama ini kerana berpecah sesama sendiri. Oleh itu pengajaran bagi UMNO/BN Kedah dan di mana-mana negeri sekali pun, sesiapa yang merasa perlu berundur dan memberi laluan kepada muka baru yang lebih segar, silalah turun.

Kita masih dengar ada yang tidak lancar dalam UMNO Kedah, Perlis dan Terengganu. Kita berharap Najib dapat menyelesaikan masalah itu segera.

Perak perlu diperteguhkan segera, dan Negeri Sembilan yang hanya dipisahkan dengan empat kerusi juga perlu diperkasa. Kerusi-kerusi bandar di Johor juga perlu dipertahankan.

Berbalik kepada bila pilihan raya akan diadakan, ada yang meramalkan Disember ini dan yang paling popular ialah Mac tahun depan. Namun satu ramalan paling ekstrem ialah pilihan raya akan berlaku seawal bulan depan, November.

Namun, kita bukan PM. Hanya PM sahaja yang mempunyai 'ilham' bila beliau akan memanggil PRU 13 itu. Tapi yang pasti rakyat sudah tidak sabar untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Setiap undi, untuk PRU 13 kali ini amat-amat bernilai.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


'Kami sudah seperti adik-beradik'

Posted:

'Kami sudah seperti adik-beradik'

'Kami sudah seperti adik-beradik'

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
(Yang mengikuti lawatan Anugerah Skrin 2010 ke Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini)


SEPANJANG di Los Angeles, Bront Palarae sempat berjumpa dengan Ka Hoe (kanan).


HAMPIR seminggu di bumi Los Angeles (LA), California, Amerika Syarikat, baru-baru ini, penulis begitu asyik memerhatikan gelagat dua pelakon muda ini.

Ke mana sahaja mereka pergi tetap berdua. Ibarat belangkas yang amat sukar dipisahkan.

Cuma sesekali akan disertai oleh aktor popular masa kini, Shaheizy Sam dan juga pengarah drama terkenal yang merupakan sahabat baik Bront Palarae dan Sharifah Amani iaitu Shahrul Ezad Mohamedin.

Canda dan tawa Bront dan Sharifah Amani sememangnya menarik perhatian delegasi Malaysia yang ke LA atas urusan lawatan sambil belajar untuk meraikan pemenang Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010).

Sehinggakan Bront dan Sharifah Amani sanggup melepaskan waktu untuk membeli-belah yang telah diperuntukkan selama dua hari lalu membuat rancangan mereka sendiri.

Seperti kata Bront dan Sharifah Amani, mereka bukannya kaki shopping seperti mana ahli rombongan lain yang sememangnya menunggu waktu untuk membeli-belah di Camarillo Premium Outlets dan Desert Hills Premium Outlets.

Keakraban dan hubungan mereka yang begitu rapat itu membuatkan penulis berasa kagum dengan menyelami hubungan yang terjalin antara Bront dan Sharifah Amani atau lebih mesra disapa Nani itu.

Sempat juga penulis mencuri masa Bront dalam lawatan itu untuk bertanyakan tentang hubungannya dengan Nani yang seperti adik-beradik itu.

"Saya memang tidak nafikan hubungan saya dengan Nani memang rapat. Seperti mana yang anda katakan itu, benar, saya dan Nani sudah seperti adik-beradik.

"Apatah lagi, saya perlu memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh ibu Nani, Fatimah Abu Bakar yang meminta saya untuk menjaga puteri kesayangannya di sepanjang di LA ini.

"Jadi, apa yang anda perhatikan sepanjang lawatan ini, itu adalah keluhuran dan kejujuran kasih sayang kami yang bukan sahaja sebagai sahabat tetapi adik-beradik," jelas Bront tanpa selindung.

Rapat

Menyingkap sejarah, Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin memberitahu dia mengenali pelakon kecil molek itu menerusi kakak Nani, Sharifah Aleya sewaktu di sekolah menengah.

Daripada situ, hubungan mereka mula terjalin dan mereka menjadi lebih rapat selepas membintangi beberapa buah drama bersiri antaranya Rona Roni Makaroni dan Sindarela serta filem 1957 Hati Malaya.

Menyambung bicara, aktor tinggi lampai berusia 33 tahun itu turut memberitahu dia dan Nani memiliki keserasian lalu mereka berkongsi cita rasa yang hampir serupa terutama tentang filem.

Kerana itu kata Bront, di kala ahli rombongan lain sibuk dengan aktiviti membeli-belah, dia dan Nani lebih selesa mencari haluan sendiri dengan mengelilingi bandar raya LA.

Salah satu tempat menarik yang sempat dilawati adalah Griffith Observatory di Griffith Park, Mount Hollywood yang pernah menjadi lokasi dalam filem klasik lakonan James Dean, Rebel Without A Cause.

"Untuk saya, apabila tiba di tempat seperti LA, adalah lebih baik jika peluang itu diambil untuk melawat tempat bersejarah seperti itu kerana kita tidak tahu bila kita akan ke sini lagi.

"Bukan itu sahaja, saya dan Nani juga telah melawat Yuna di Downtown Los Angeles dan menghabiskan masa dengannya di kafe berhampiran kediamannya.

"Menariknya, ketika itu juga penggambaran siri CSI sedang dilakukan. Sempatlah juga kami merasai pengalaman melihat sendiri penggambaran siri popular itu," kata bekas pengacara program hiburan Beat TV ini sambil ketawa kecil.

Pengalaman

Sepanjang berada LA yang diberi jolokan kota perfileman dunia itu, Bront ternyata kagum dengan kecanggihan teknologi yang terdapat di Universal Studios dan Warner Bros. Studios.

Daripada kunjungannya ke dua buah studio terkemuka itu, aktor itu dapat menyimpulkan bahawa Hollywood tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata dalam setiap penerbitan filem dan televisyen.

"Sebaliknya, mereka mengimbangi antara nilai komersial dan estetika dalam setiap penghasilan produk mereka.

"Tiada lain yang mampu saya katakan melainkan terima kasih kepada pihak TV3 kerana lahir dengan idea seperti ini.

"Selain berseronok, saya percaya sebagai seorang anak seni, kami mendapat sesuatu yang berharga daripada lawatan ini," jelas Bront yang berpeluang ke LA atas tiket kemenangannya sebagai Pelakon Lelaki Filem Terbaik ASK 2010 menerusi filem Belukar.

Nani teruja di LA

MENGALIH perbualan kepada si kecil molek ini, Nani yang sememangnya memiliki perwatakan ceria itu melahirkan rasa bertuah apabila dapat menjejakkan kaki ke LA untuk pertama kalinya.

Tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada TV3 terutama ketua delegasi, Pengurus Perhubungan Awam dan Acara TV3, Muhammad Aziz dan Penganalisa Jenama Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Asyraf Hamdi Dusuki, Nani menyifatkan lawatannya ke LA umpama percutian yang menyeronokkan.

Di LA jugalah, kata Nani, peluang itu diambil untuk meluangkan masa bersama Bront, Shaheizy Sam dan Shahrul Ezad yang merupakan sahabat baiknya di dalam industri.

"Kami memang sentiasa sibuk dengan agenda masing-masing. Jadi, apabila dapat bercuti seperti ini, secara tidak langsung kami sendiri dapat beramah-mesra dan bertanyakan khabar.

"Saya juga gembira kerana mereka semua dapat turut serta dalam lawatan ini dan apa yang boleh saya katakan ia telah membuka mata saya seluas-luasnya dalam pelbagai aspek," luah Nani yang dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Filem Terbaik ASK 2010 menerusi filem Muallaf ini tanpa selindung.

Mengulas tentang hubungannya dengan Bront pula, Nani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya ini dengan pantas memberitahu, dia memang cukup selesa berdampingan dengan aktor yang dianggapnya sebagai seorang abang itu.

Borong buku

Sementelah adik-beradiknya semua perempuan, kata Nani, kehadiran Bront disifatkan sebagai penerang kehidupannya apabila banyak perkara yang boleh dikongsi bersama.

"Bront bukan sahaja seorang sahabat tetapi abang yang menjaga adiknya dengan baik. Kami saling berkongsi pandangan dalam pelbagai perkara yang kami bincangkan terutama filem.

"Kerana itu, kami banyak menghabiskan masa bersama dan membeli buku-buku tentang filem yang susah didapati di Malaysia.

"Bukannya saya menolak atau sengaja tidak mahu turut serta dalam aktiviti membeli-belah dengan anggota rombongan yang lain tetapi saya mahu menikmati peluang ini dengan sebaik mungkin.

"Saya memang suka membeli-belah tetapi kepuasan itu lebih dapat dirasai seandainya saya dapat melakukan aktiviti yang kena dengan jiwa saya," ujar Nani yang telah memborong lebih daripada 10 buah buku tentang filem dan novel.

Bangga

Daripada penjelasannya itu, barulah dapat disimpulkan mengapa Nani lebih selesa menghabiskan masa yang lama di kedai buku popular seperti Barnes & Noble bersama Bront.

Sempat juga Nani berbisik kepada penulis bahawa dia tidak membawa wang yang banyak ke LA iaitu sebanyak AS$300 sahaja.

Selain dapat berjumpa dengan Yuna, aktres genit berusia 25 tahun itu juga melahirkan rasa gembiranya apabila dapat meluangkan masa dengan salah seorang anak didik Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu Howard Hon Ka Hoe atau lebih kenali sebagai Ka Hoe.

Mungkin ada yang terlupa, Ka Hoe diperkenalkan menerusi filem Talentime oleh arwah Yasmin pada tahun 2008.

Kata Nani, dia cukup berbangga dengan Ka Hoe yang sudah setengah tahun mengikuti kursus ijazah sarjana muda dalam bidang perfileman di LA.

"Saya gembira kerana semua anak-anak arwah Mak (panggilan untuk Yasmin) berjaya dalam bidang masing-masing. Mendengar Ka Hoe bercerita tentang pelajaran dan pengalamannya di LA, saya pasti arwah Mak juga akan tumpang gembira dengan kejayaannya," kata Nani yang mula dikenali menerusi filem Sepet ini tenang.

Full content generated by Get Full RSS.

Kurangkan filem seram

Posted:

Kurangkan filem seram

Kurangkan filem seram

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar WAHIDIN SALIM

ISU filem tempatan yang membanjiri pawagam sejak kebelakangan ini menjadi bualan banyak pihak. Ia dikomen oleh banyak pihak termasuklah bekas Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir Mohamad kira-kira dua minggu lalu.

Filem-filem seram antara lain dikatakan banyak membawa implikasi kurang sihat ke atas pemikiran para penonton. Secara tidak langsung isu itu turut mengheret Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) untuk tampil ke depan.

Ini kerana, PFM yang menaungi para penerbit filem tanah air berasa bertanggungjawab memperjelaskan isu tersebut. Ia juga dilihat sebagai salah satu cara PFM bagi membela ahli-ahlinya dalam menangani isu itu.

PFM tidak terkecuali memberikan pandangannya bagi mengurangkan kebanjiran filem-filem seram tempatan. Presiden PRM, Datuk Paduka Shuhaimi Baba berkata, antaranya dengan menggunakan dana sedia ada.

Menurutnya, PFM mencadangkan agar para penerbit, pengarah atau penulis skrip diberi bantuan daripada Dana Perkembangan Projek bagi menggalakkan mereka mencari jalan cerita selain daripada filem seram.

"Saya mahu mencadangkan agar golongan terbabit diberi bantuan daripada Dana Perkembangan Projek atau Developement Fund Project yang telah disediakan sebelum ini. Ia sebagai suatu galakan untuk mereka.

"Daripada dana itu ia boleh digunakan bagi menjalankan penyelidikan supaya mereka dapat mencari idea dan jalan cerita yang lain selain daripada cerita-cerita seram. Penulis skrip paling utama dalam projek seperti ini.

"Dana sebanyak 15 hingga 20 peratus peruntukan daripada kos bajet pembikinan sesebuah filem itu boleh disaluran kepada golongan terbabit," katanya pada sidang akhbar di Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini.

Pada sidang akhbar itu, Shuhaimi bersama Setiausaha PFM, Norman Abdul Halim dan Naib Presidennya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri tampil menjelaskan isu yang sedang hangat diperkatakan dalam dunia perfileman hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Shuhaimi menafikan berlakunya lambakan filem-filem seram sejak kebelakangan ini kerana katanya daripada 42 filem cereka tempatan yang dihasilkan tahun ini cuma terdapat 18 sahaja filem seram.

"Daripada jumlah 18 filem seram itu pula, hanya enam daripadanya adalah filem komedi seram. Jumlah filem-filem seram itu juga tidak termasuk filem-filem luar seperti daripada Thailand, Hong Kong ataupun Hollywood.

"Dalam hal ini, saya sendiri tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia membabitkan soal bisnes. Ahli-ahli PFM mempunyai hak untuk menghasilkan filem yang mereka suka mengikut pasaran semasa. Mereka semua mengikut trend.

"Mereka mempunyai data dan asas yang kuat berdasarkan realiti dan trend semasa dalam dunia perfileman. Kami memberi maklum balas dan data tentang kecenderungan para penonton termasuklah dalam filem seram," katanya.

Bagi mengatasi masalah itu PFM bercadang untuk mengadakan pertemuan ataupun menghantar surat penjelasan kepada Dr. Mahathir bagi menjelaskan isu itu. Ia bagi menjaga kepentingan ahli-ahli PFM pada masa depan.

Selain itu, Shuhaimi juga berharap PFM akan mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak yang terbabit dalam industri ini bagi menyelesaikan isu itu. Antaranya dengan Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Finas, Mohd. Naguib Razak berkata, perbadanan itu memandang teguran Dr. Mahathir selain pada masa sama memahami tanggungjawab yang terpaksa digalas oleh ahli-ahli PFM dalam menerbitkan filem.

"Finas akan mengumpulkan data-data untuk rujukan para penerbit filem. Pada masa sama kami juga akan mengadakan pertemuan dengan mereka bagi berbincang bagaimana mahu menghasilkan lebih banyak genre filem.

"Contohnya dalam genre fiksyen sains yang masih belum banyak diterokai dalam industri perfileman di negara ini. Saya anggap lambakan filem seram hanya trend sahaja. Di negara Thailand, Korea dan Jepun trend itu semakin berkurangan," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Terjebak akibat kurang perhatian

Posted:

Terjebak akibat kurang perhatian

Terjebak akibat kurang perhatian


Para peserta Program Tabung Kami Prihatin Karakter Bangsa anjuran ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. (ESQ) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia, khusyuk mendengar amanat yang disampaikan oleh salah seorang penceramah.


"SAYA menjadi liar dan terjebak dengan pelbagai masalah sosial kerana tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa malah selepas mereka mengetahui kegiatan saya, mereka tetap begitu (tidak ambil peduli)," ujar Sham (bukan nama sebenar), salah seorang peserta remaja Program Tabung Kami Prihatin Karakter Bangsa anjuran ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), yang ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Malah kenyataan mengatakan mereka tidak mendapat perhatian keluarga turut disuarakan empat lagi peserta program tersebut.

Walaupun hanya lima peserta program yang ditemu bual, ternyata alasan utama kenapa mereka terjebak dengan masalah sosial adalah disebabkan kurangnya perhatian daripada ibu bapa.

Apa yang menyedihkan, rokok menjadi teman setia kepada kelima-lima remaja tersebut seawal usia 13 tahun lagi.

Daripada lima remaja tersebut, empat daripadanya merupakan remaja lelaki.

Hasil daripada sembang-sembang dengan keempat-empat remaja itu juga mendapati melepak, minum arak, mencuri, meragut, menyamun, mengambil dadah dan bertukar perempuan adalah aktiviti harian mereka tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Malah mereka bangga dengan apa yang dilakukan dan sedikit pun tidak takut sekiranya mereka ditangkap.

Sham yang turut berkongsi cerita dengan penulis sebenarnya merupakan seorang pelajar yang pandai tetapi kerana menurutkan kata hati dia akhirnya kecundang.

Tersilap langkah

Akibat tersilap langkah, Sham yang diberi pendidikan agama secukupnya oleh keluarga akhirnya terpesong jauh dari landasan.

Bukan setakat meneguk 'air kencing setan' bagai meneguk air putih, dia yang kini telah kembali ke pangkal jalan menyedari apa yang dilakukan selama ini, semuanya tidak berfaedah dan tidak ke mana.

"Saya merupakan bekas pelajar tahfiz dan akibat daripada tidak tahan dugaan dan apabila tinggalkan al-Quran, saya tidak boleh kawal diri dan tidak jumpa kekuatan diri.

"Itu adalah peringkat pertama perubahan diri saya dan seawal usia 14 tahun saya sudah pandai mabuk dan ambil dadah.

"Masa tu tak fikir apa malah makin seronok, tetapi apabila makin dewasa dan berfikir jauh sebenarnya baru tahu semua ini tidak ke mana-mana dan bila buat jahat pun sudah tidak rasa apa-apa lagi," katanya.

Walaupun hari ini Sham boleh dikatakan hampir pulih daripada dihantui kenangan silam, tetapi masih ada satu perkara yang membuatkan dirinya menyesal tidak sudah.

Menurut Sham, semasa zaman 'jahilnya', dia pernah membuntingkan anak dara orang dan dia berazam ingin menebus kesalahannya dengan menjadi seorang yang bertanggungjawab.

Tersalah pilih kawan

Dalam pada itu, Awie (bukan nama sebenar) yang kini masih merupakan pelajar sekolah menengah di sekitar ibu kota amat bersyukur kerana dirinya tidak terlalu lama terpesong daripada landasan sebenar.

Ini kerana menurutnya, dia cepat disedarkan oleh rakan-rakannya malah dia amat berterima kasih kepada mereka.

Bercerita lanjut mengenai dirinya, Awie menyatakan bahawa dia tersalah memilih kawan.

Akibat daripada itu dia mula menjadi liar dengan melakukan kegiatan menyamun, bergaduh dan juga terlibat dengan perempuan.

Malah rentetan daripada itu juga dia hampir-hampir menjadi hamba dadah.

"Segala-galanya bermula ketika saya berusia 15 tahun dan alhamdulillah apa yang berlaku tidak berpanjangan kerana kini saya telah disedarkan oleh rakan-rakan yang sayangkan diri saya.

"Tetapi boleh dikatakan sepanjang setahun menjalani kehidupan seperti seorang gangster ia banyak memberi pengalaman hidup.

"Usah ditanya sama ada saya menyesal atau tidak kerana sudah pasti jawapannya menyesal yang teramat sangat," tambahnya.

Katanya lagi, selain dibantu rakan-rakan untuk kembali ke pangkal jalan, dia turut bermimpi mengenai kematian.

Rentetan daripada peristiwa itulah, Awie tanpa menoleh ke belakang telah menyahut tawaran rakan-rakan untuk menyertai program yang anjurkan oleh ESQ ini.

Dikuasai arak

Seorang lagi anak muda yang ditemui, Wan (bukan nama sebenar) turut menyesali apa yang telah berlaku kepada dirinya sebelum ini.

Hanya disebabkan mempunyai masalah keluarga, dia tanpa berfikir panjang telah terjebak dengan pelbagai masalah sosial.

Seawal usia 14 tahun, Wan telah mula pandai menghisap rokok dan meminum arak.

Bukan itu sahaja malah sepanjang dia bergelar remaja yang bermasalah, keluar malam merupakan rutin harian dan tidak ketinggalan berkepit serta melakukan seks bebas dengan pelbagai wanita.

"Apa yang saya buat serta segala aktiviti harian saya, keluarga tahu malah mereka diam sahaja.

"Apa yang dicari adalah keseronokan dan masa itu sudah tidak fikir apa-apa lagi, yang penting apa dikehendaki masa itu mesti dapat," katanya jujur.

Kini, setelah menyedari apa yang dilakukan hanyalah membuang masa, Wan mengambil keputusan untuk keluar daripada kelompok tersebut dan membaiki diri.

Bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, Wan mengharapkan terbaik buat dirinya untuk bekalan di masa hadapan.

Akibat hasutan

Cerita yang dikongsi Man (bukan nama sebenar) bersama penulis tidak jauh bezanya dengan cerita-cerita Sham, Awie dan Wan.

Ini kerana penglibatannya dengan gejala sosial juga adalah hasutan daripada rakan-rakan sendiri.

Begitupun, Man tidak pernah menyalahkan rakan-rakan kerana menurutnya pokok pangkal diri sendiri.

"Apa yang terjadi kepada saya memang hasutan rakan-rakan tetapi saya tidak sekali-kali menyalahkan mereka.

"Kerana pokok pangkalnya diri saya sendiri dan saya boleh katakan 'tidak' kepada mereka tetapi saya dengan rela hati mengikut ajakan mereka.

"Yang pasti saya cukup menyesali dengan apa yang terjadi dan berharap dengan perubahan diri setakat ini akan terus berkekalan dan menjadi masyarakat yang berguna untuk negara," katanya sebak.

Hari ini dengan menyambung pelajaran di salah sebuah kolej di utara tanah air, Man mengharapkan yang terbaik buat dirinya.

Malah program ESQ tersebut merupakan kursus motivasi kedua yang dihadirinya.

Ini semua adalah untuk menambah ilmu pengetahuan selain menyediakan diri dengan perkara-perkara asas yang telah lama ditinggalkan.

Bagi Mona (bukan nama sebenar) pula, walaupun dilabelkan sebagai seorang remaja yang bermasalah tetapi dia masih tahu batas-batas agama.

Katanya, dia hanya seorang remaja liar yang suka keluar malam, melepak dan hisap rokok.

Tidak lebih daripada itu, Mona memberitahu semuanya berlaku akibat masalah keluarga.

"Saya sebenarnya anak angkat kepada keluarga yang membela saya sekarang ini.

"Saya merupakan anak bongsu. Akibat daripada masalah keluarga serta tiada perhatian daripada mereka, saya mula memberontak," katanya sambil bersyukur kerana ditawarkan untuk mengikut kursus yang dianjurkan oleh ESQ baru-baru ini.

Begitupun baik Mona, Sham, Awie, Wan dan Man mereka kini sepakat untuk memperbaiki diri malah ingin menjadi remaja yang berguna dan boleh dibanggakan negara.

Maka tidak hairan ketika ditemui masing-masing memberitahu agar cerita mereka ini seharusnya dijadikan pengalaman kepada remaja-remaja di luar sana untuk berubah.

Bukan itu sahaja malah mereka juga berpendapat tiada faedah serta manfaat yang diperoleh selain daripada keseronokan yang hanya bersifat sementara.

Full content generated by Get Full RSS.

ESQ bawa remaja ke pangkal jalan

Posted:

ESQ bawa remaja ke pangkal jalan

ESQ bawa remaja ke pangkal jalan

PROGRAM Tabung Kami Prihatin Karakter Bangsa anjuran ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. (ESQ) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dilihat satu lagi jalan penyelesaian kepada gejala sosial golongan remaja.

Pengarah Besar ESQ, Marhaini Yusoff berkata, program tersebut yang diadakan untuk kali kedua adalah bertujuan membantu dan membimbing golongan remaja serta anak muda yang bermasalah kembali ke pangkal jalan.

Tambah beliau lagi, program kali ini merupakan program latihan untuk remaja mensasarkan mereka yang berusia 14 hingga 24 tahun.

"Program ini merupakan program kali kedua diadakan selepas yang pertama pada Jun lalu.

"Ia merupakan program untuk mencetus kesedaran terutama dalam memulihkan semula pembentukan karakter golongan remaja ini.

"Dalam program ini, tumpuan yang istimewa diberikan kepada mereka yang hard core dan apa yang diharapkan agar pengisian dalam program ini akan berjaya mencetus kesedaran dari hati mereka sendiri," katanya ketika ditemui selepas pelancaran Program Tabung Kami Prihatin Karakter Bangsa di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, untuk mendapat keberkesanan selepas program, pihaknya dan PPIM akan saling berhubung bagi memastikan kumpulan itu dapat memulihkan diri sepenuhnya.

Malah jika dilihat keputusan yang diperoleh daripada tinjauan, sebanyak 97 peratus perubahan telah berlaku kepada para peserta program tersebut.

Sementara itu, menurut Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Hashnoel Murshim Hashim, inilah kali kedua pihaknya bekerjasama dengan ESQ dalam usaha memberi kesedaran kepada para remaja yang mempunyai masalah sosial.

Ini kerana selain ingin kembalikan mereka ke pangkal jalan, mereka juga berharap agar jumlah kes-kes yang melibatkan gejala sosial di kalangan remaja akan menurun.

"Mengikut statistik 2010, setiap 17 minit anak luar nikah akan dilahirkan dan dalam sehari 19 orang Melayu membunuh diri.

"Manakala di Malaysia terdapat lebih 400 ribu minah dan mat rempit serta bagi kelahiran anak sumbang mahram adalah sebanyak 150,000.

"Bukan itu sahaja, kerajaan telah membelanjakan RM550 juta untuk memberi makanan kepada banduan dan juga penagih dadah setiap tahun," ujarnya.

Jelasnya lagi, statistik tersebut adalah satu beban kepada negara dan program yang diadakan bersama-sama ESQ merupakan salah satu program untuk meringankan beban negara.

Oleh itu, Hashnoel berharap agar semua permasalahan ini dapat diselesaikan secara bersama dan penganjuran program-program sedemikian merupakan salah satu caranya.

Ini juga menurutnya, merupakan tanggungjawab semua dan jangan tuding jari pada mana-mana pihak malah.

Secara umumnya, tiada siapa mampu memberi jawapan tepat kepada persoalan mengapa anak-anak remaja hari ini semakin runtuh akhlaknya kerana yang pasti akhlak remaja-remaja ini semakin rosak dan liar.

Dalam pada itu ESQ memerlukan sumbangan berbentuk dana dan sumbangan kewangan daripada insan-insan mahupun sektor-sektor korporat untuk meneruskan segala usaha dalam menjalankan pelbagai latihan yang diperlukan untuk golongan remaja ataupun aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian lain.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved