Ahad, 28 April 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Penceramah PKR maut dalam nahas di Shah Alam

Posted: 28 Apr 2013 11:55 AM PDT

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM 29 April - Seorang penceramah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17 di sini malam tadi.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.30 malam ketika mangsa, Suhaimi Hassan, 59, yang memandu sebuah Proton Wira, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seksyen 19 selepas selesai menyampaikan ceramah di Seksyen 17 di sini.

"Siasatan mendapati mangsa di serang sakit jantung ketika sedang memandu. Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan jenazah telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk di bedah siasat,'' katanya.

Tambahnya, keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian. - UTUSAN ONLINE

Dibunuh kerana ketegasan?

Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 April - Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya kelmarin, berkemungkinan akibat sindiket jenayah penyeludupan yang tidak berpuas hati dengan ketegasan mangsa.

Seorang penguat kuasa kanan Kastam yang enggan dikenali berkata, ini berikutan skop kerja mangsa yang berkaitan dengan bidang import dan eksport.

Menurutnya, Shaharuddin sudah banyak kali menggagalkan cubaan menyeludup barangan komersial dari pelbagai negara terutama China melalui laut dan sempadan negara.

"Dalam jabatan (Kastam), Allahyarham terkenal dengan sifatnya yang tegas. Perkara ini memang diakui pegawai dan anggotanya yang sememangnya gentar apabila beliau bersuara.

"Allahyarham juga tidak sesekali berkompromi dengan mereka yang melakukan kesalahan terutama sekali dalam aktiviti import dan eksport. Setiap arahan penguatkuasaan wajib dipatuhi semua anak buahnya kerana jika ingkar mereka akan dikenakan tindakan.

"Ketegasannya itu mungkin menyebabkan timbul rasa tidak puas hati kepada sindiket yang rugi selepas banyak kali 'projek' mereka digagalkan. Saya percaya kematian beliau berpunca daripada mereka yang tergugat hingga memaksa mangsa dibunuh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, Allahyarham mati ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya iaitu ketika kenderaan dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan.

Ditanya mengenai kematian mangsa mempunyai hubungan dengan operasi cukai penyeludupan kereta dari Langkawi yang dilakukan secara besar-besaran baru-baru ini, pegawai itu menganggapnya sebagai tiada kaitan kerana jenayah tersebut dilakukan secara individu.

"Operasi itu dilakukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan Shaharuddin mungkin terlibat secara langsung tetapi saya tidak merasakan ia menjadi punca pembunuhannya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Livina X-Gear kecil tetapi luas

Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT

Oleh FADZIL ZAINOL
ekonomi@utusan.com.my

Nissan Livina X-Gear tampak cantik dan bergaya untuk sebuah kenderaan lasak.

KALAU anda sering mengangkut barang yang banyak menggunakan kereta, termasuk ketika membeli-belah atau berpindah rumah, penulis mencadangkan model Nissan Livina X-Gear.

Walaupun kenderaan pelbagai guna (MPV) ini bukanlah model terbaharu di dalam pasaran (sudah dua tahun dipasarkan di Malaysia), namun penulis merasakan Livina X-Gear masih menepati keperluan dan gaya hidup masyarakat Malaysia.

Kelebihan utama model ini adalah ruang butnya yang besar, keselesaan ruang dalaman, dan pada masa sama sesuai untuk kegunaan yang lasak.

Bagaimanapun, penulis yang telah menguji pandu MPV ini, mendapati ciri-ciri dalamannya agak asas dan tidaklah begitu istimewa seperti kereta-kereta keluaran terkini.

Kawalan penghawa dinginnya masih lagi manual, teknologi audio tampak biasa dan tiada but kawalan di stereng.

Kereta ini mungkin tidak sesuai kepada golongan muda yang gilakan gajet-gajet terkini.

Kepada pemandu dan penumpangnya, walaupun mereka mungkin tidak menikmati kelebihan tersebut, namun unsur ergonomiknya agak sempurna.

Bukaan pintu yang luas dan rendah memudahkan masuk keluar penumpang atau barang-barang, keselesaan ruang kaki dan permukaan cermin yang luas yang membolehkan pandangan ke luar yang selesa.

Namun reka bentuk luarnya juga nampak garang dengan disertakan penahan objek di atas bumbungnya dan juga gril berkrum di bahagian hadapan kereta.

Selain itu, di bahagian bawah pintu kereta dan tayar dilengkapi dengan pelindung berplastik yang mengurangkan risiko bercalar jika bukaan pintu terkena objek luar.

Daripada segi pemanduan, kawalannya agak licin meskipun nampak berat atau sesudah dimuatkan barang dengan penuh.

Batang rangkanya yang tidak terlalu tebal memudahkan pemandu mengesan kehadiran kereta di sudut sukar. Hal itu turut dibantu dengan permukaan cermin yang luas.

Tetapi MPV ini nampaknya seperti kurang sesuai dipandu di atas jalan yang tidak bertar (off-road). Serapan hentakan pada jalan lubang kurang dirasai. Tetapi, kestabilannya ketika mengambil selekoh masih baik.

Kadar penggunaan bahan apinya (Ron95) adalah sederhana dengan muatan penuh tangkinya 52 liter atau RM100 jika diisi penuh.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh melalui lebuh raya , menghabiskan kira-kira satu perempat meter penunjuk baki minyak.

Kereta ini didatangkan dengan lima jenis warna iaitu putih, perak, jingga, hitam dan kelabu.

Beberapa ciri keselamatan atau teknologi yang disertakan stereng berkuasa elektrik, beg udara, lampu kabus.

Mereka yang berminat dengan kereta saiz kecil tetapi inginkan but luas, ruang dalaman serta bukaan pintu yang selesa, Livina X-Gear mungkin pilihan yang praktikal.

Tan Chong anjur '4x4 adventure'

Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT

KUALA LUMPUR 28 April - Edaran Tan Chong Motor akan menganjurkan acara 'adventure 4x4' yang diberi nama 'The Nissan Jurassix Park 2013' di Miri, Sarawak dari 24 hingga 26 Mei untuk mempamerkan kemampuan barisan model 4x4 Nissan.

Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong, Datuk David Chen berkata, acara itu terbuka kepada orang ramai dan pemilik Nissan Navara, Frontier dan X-Trail di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, semasa acara utama, pemilik Nissan akan diberikan peluang untuk memahami kemampuan dan ciri-ciri trak 4x4.

Peserta-peserta yang berminat boleh mengunjungi Facebook Nissan Malaysia atau laman web bagi maklumat lanjut. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Terap budaya integriti dalam P&P

Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT

Oleh Norizan Abdul Muhid
pendidikan@utusan.com.my

Datuk Sufa'at Tumin (tiga dari kiri) bersama pemenang Pertandingan Pidato Integriti Piala Menteri Pelajaran Malaysia 2013 antara Instiitut Pendidikan Guru di Auditorium Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Guru disaran membudayakan elemen integriti dan etika secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebagai satu usaha membina serta memelihara generasi masa depan yang berpekerti mulia.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan), Datuk Sufa'at Tumin berkata, pembudayaan integriti adalah satu proses berterusan yang turut melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan media massa yang kini semakin terhakis.

''Dalam Institut Pendidikan Guru (IPG), pembudayaan menuntut pemimpin bertindak sebagai suri teladan manakala anggota lain pula menzahirkan kod itu dalam tindakan mereka.

"Penerapan integriti ini selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 agar setiap murid dipersiap untuk berani menghadapi cabaran dan menegakkan keadilan serta menyelesaikan konflik," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertandingan akhir Pidato Integriti Antara Institut Pendidikan Guru (IPG) Piala Menteri Pelajaran Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Yang turut hadir Timbalan Rektor IPG Malaysia, Dr. Lee Boon Hua dan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.

Pertandingan yang bertemakan 'Integriti Asas Kelangsungan Generasi' itu kali keempat diadakan dan disertai 50 bakal guru mewakili 25 IPG.

Menurut Boon Hua, guru berperanan besar dalam merealisasikan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi Malaysia yang mengamalkan integriti dalam menjalankan tugas sama ada sektor awam, swasta atau bekerja sendiri.

"Guru berperanan menerapkan nilai murni yang berkaitan integriti supaya budaya yang mulia ini tersemai dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi." tegasnya.

Malah, katanya, sebagai role model kepada murid-murid dan masyarakat, sudah tentu guru-guru perlu menunjukkan nilai integriti yang tinggi untuk dicontohi.

''Sebagai bakal pendidik, pengetahuan tentang integriti ini amat berguna untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebagai salah satu cabang ilmu yang merentas kurikulum," tambahnya.

Dalam pertandingan itu, johan disandang oleh penuntut IPG Kampus Datuk Razali Ismail, Hulu Terengganu, Muhammad Iqbal Zahamuddin manakala naib juara pula menjadi milik Ronald James dari IPG Keningau dan Syafiq A.Ghani dari IPG Perlis menduduki tempat ketiga.

Sementara itu, Muhammad Iqbal ketika ditemui berkata, usahanya menyertai pertandingan itu buat kali ketiga tahun ini akhirnya membuahkan hasil.

"Walaupun pernah dua kali gagal, saya menjadikannya sebagai pendorong untuk membaiki kelemahan.

"Saya mengambil masa kira-kira seminggu untuk membuat persediaan menyertai pertandingan ini,'' kata pemuda kelahiran Pahang itu.

Kemenangan itu melayakkan Muhammad Iqbal membawa pulang wang tunai RM3,000, piala iringan, trofi dan sijil penyertaan.

Pemenang tempat kedua menerima RM2,000 manakala tempat ketiga pula menerima RM1,000.

Karisma cungkil potensi murid

Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT

peserta pertandingan 'cubic-rubic' bersiap sedia untuk memulakan pertandingan sempena Karisma 2013 di SMK Sultan Ismail, Kemaman, Terengganu baru-baru ini.

KEMAHIRAN berfikir merupakan salah satu elemen yang perlu dikuasai oleh muridseperti mana digariskan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Melalui kemahiran ini, murid dapat menguasai pelbagai kemahiran supaya mereka berjaya mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan dapat berfikir secara kreatif di luar konteks akademik.

Selaras dengan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail Kemaman, Terengganu baru-baru ini telah menganjurkan Karnival Pendidikan dan Kokurikulum (Karisma) 2013.

Karnival yang berlangsung selama empat hari itu bukan sahaja membuka peluang kepada murid menonjolkan kemahiran dan potensi diri dalam bidang-bidang akademik malahan juga bidang kokurikulum.

Pengetua sekolah itu, Roslina Zakaria berkata, sebanyak 76 acara dipertandingkan dengan melibatkan hampir semua murid sekolah berkenaan di sepanjang Karisma berlangsung.

Antara acara yang dipertandingkan termasuklah pertandingan robotik, bercerita, tulis esei, pidato, kaligrafi, gubah bunga, hias pizza, koir, nyanyian, sukan, pasukan beruniform dan lain-lain.

Katanya, selain penglibatan hampir semua murid dan guru SMKSI, karnival itu juga menarik minat ibu bapa dan masyarakat di sekitarnya melalui pelbagai pameran yang diadakan, program pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

"Melalui program seperti ini, kita berharap dapat mencungkil potensi murid dalam pelbagai bidang dan kemahiran melalui aktiviti yang diadakan sekali gus meningkatkan daya kreativiti dan inovatif mereka," katanya.

Menurut beliau, Karisma yang telah diadakan kembali selepas tiga tahun tidak dapat dilaksanakan itu merupakan usaha bersepadu untuk melahirkan murid yang mempunyai semangat toleransi yang tinggi.

Katanya, sebagai sebuah sekolah yang mempunyai latar belajar murid daripada pelbagai kaum, semangat toleransi ini perlu dipupuk di samping jati diri dan kemampuan bersaing secara sihat dalam mencapai impian masing-masing.

"Apa yang penting Karisma ini mampu melahirkan murid yang cemerlang seimbang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Chong Wei juara Terbuka India

Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT

Chong Wei yang akan mengetuai skuad kebangsaan ke Kejohanan Dunia di Guangzhou, China dari 5 hingga 11 Ogos ini.

KUALA LUMPUR 28 April - Tuah, kegembiraan dan cemerlang terus mengiringi pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei apabila muncul juara Siri Super Terbuka India 2013 di New Delhi, semalam.

Ia adalah kegembiraan ketiga berturut-turut buat pemain kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu kerana sebelum ini beliau baru sahaja menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Kingston Lee dan mengekalkan gelaran Olahragawan di Anugerah Sukan Negara (ASN) 2012 dua minggu lalu.

Bagaimanapun, Chong Wei yang diletakkan sebagai pemain pilihan pertama tidak diberi laluan mudah oleh pemain Jepun, Kenichi Tago yang berjaya mengheret perlawanan tersebut hingga ke Rubber Set.

Perlawanan yang berlangsung selama sejam tiga minit itu menyaksikan Chong Wei berjaya mengetepikan pemain pilihan keenam kejohanan tersebut 21-15, 18-21, 21-17.

Chong Wei yang akan mengetuai skuad kebangsaan ke Kejohanan Dunia di Guangzhou, China dari 5 hingga 11 Ogos ini, berjaya melangkah ke saingan akhir selepas mengetepikan Bonsak Ponsana dari Thailand, kelmarin.

Sementara itu, dalam aksi beregu lelaki, Liu Xiaolong-Qiu Zihan dari China tidak menghadapi masalah untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Ko Sung-Hyun-Lee Yong-Dae 22-20, 21-18.

Saingan akhir perseorangan wanita pula menyaksikan Ratchanok Intanon dari Thailand mengenepikan pemain Jerman, Juliane Schenk 22-20, 21-14 manakala acara beregu pula milik pasangan Jepun, Miyuki Maeda-Satoko Suetsuna yang mengatasi Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl dari Denmark, 12-21, 23-21, 21-18.

Gelaran beregu campuran milik Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia yang menewaskan Sung-Hyun-Kim Ha-Na dari Korea Selatan 21-16, 21-13.

Vincent Tan akan cari jalan

Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT

Daripada NORZIE
MOHD. KHASBI

Vincent Tan

CARDIFF, Wales - Terkenal dengan semangat patriotik yang amat tinggi, pemilik Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan akan mencari jalan bagaimana hendak membawa pemain Malaysia untuk beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) suatu hari nanti.

Jika bukan disebabkan peraturan EPL yang menghalang pemain negara daripada beraksi dalam liga bola sepak paling popular di dunia itu,

Vincent sudah lama memujuk pengurus Cardiff, Malky Mackay untuk membawa beberapa pemain Malaysia yang berpotensi.

Saya masih memasang harapan kita dapat membawa pemain Malaysia bermain di sini (Liga Perdana) suatu hari nanti, tetapi kita kena memenuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak EPL.

Mungkin, mereka (pemain) ini boleh beraksi semusim dulu di kelab-kelab Eropah lain, kemudian baharu dibawa bermain di EPL... Kita tengok bagaimana.

Saya akan cuba meyakinkan Malky (Mackay) kerana sudah tentu dia yang membuat semua keputusan, walaupun saya taukeh (pemilik) tetapi itu kuasa pengurus untuk tentukan siapa pemain yang dia mahu.

Namun kalau saya yang bercakap dengannya, mungkin dia masih boleh mendengar kata-kata saya... Sekurang-kurangnya 50 peratus," ujar Vincent pada sidang akhbar di sini, semalam.

Tegas Vincent, beliau percaya Malaysia mempunyai ramai pemain berbakat yang boleh diketengahkan, malah jika pemain Korea Selatan dan Jepun mampu bersaing dalam bola sepak Inggeris mengapa tidak pemain kita yang memiliki fizikal hampir serupa.

Katanya, isu sebenar ketika ini bukan tentang fizikal dan bakat semata-mata, tetapi lebih kepada Malaysia tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Liga Perdana.

Permit kerja hanya akan dikeluarkan oleh pihak England untuk pemain yang datang dari negara 70 terbaik ranking dunia bagi menjaga kualiti liga bola sepak Inggeris. Malaysia tidak pernah berada dalam kelompok 100 terbaik dunia sekali pun.

Justeru opsyen kedua yang dimiliki pemain negara jika masih mahu bermain dalam EPL adalah dengan beraksi beberapa tahun dalam liga Eropah yang lain, sebelum mencuba nasib di England.

Cardiff City sebelum ini pernah membawa dua pemain Malaysia, Safee Sali dan Safiq Rahim menjalani latihan selama dua minggu. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


iGROW tawar SKM pertanian

Posted: 22 Apr 2013 02:00 AM PDT

Latihan amali tanaman makanan yang ditawarkan di iGrow di Kampung Gajah, Perak.

DUNIA dijangka akan menghadapi krisis makanan pada tahun 2050 walaupun sesetengah pihak meramalkan bahawa bahana itu akan mula dirasai seawal tahun 2030.

Ancaman yang menakutkan itu dianggap faktor yang boleh mengancam keselamatan sesebuah negara selepas perang.

Malaysia juga tidak akan terkecuali kerana isu ini adalah krisis sejagat akibat perubahan cuaca dunia, pertambahan penduduk dunia serta keluasan tanah pertanian subur yang semakin berkurangan.

Menyedari kepentingan isu tersebut, Pelan Strategik Hala tuju Latihan Agro Makanan Negara (2012-2020) telah disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).

Antara lain, blue print tersebut telah mensasarkan unjuran output tenaga mahir profesional sektor pertanian sepanjang tempoh tersebut seramai 107,000 orang.

Daripada jumlah tersebut, hampir 40,000 pelatih disasarkan kepada lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di institusi latihan awam, swasta dan kolej vokasional (Kementerian Pelajaran).

Bakinya pula adalah pengajian di peringkat diploma dan ijazah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Memandangkan jangka masa menuju tahun 2020 adalah amat singkat, peranan institusi latihan kemahiran pertanian swasta seperti Institut Agro Usahawan (iGROW) di Kampung Gajah, Perak adalah sangat penting sebagai pelengkap kepada keperluan latihan pertanian negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif iGROW, Azri Zahir Azmi, kursus yang ditawarkan oleh iGROW adalah menepati kehendak Pelan Strategik Halatuju Latihan Agro Makanan Negara (PSHLAMN).

Katanya pengurusan tertinggi iGROW telah membuat kajian mengenainya menerusi pengalaman hampir 10 tahun dalam latihan pertanian di negara ini.

Perbandingan juga turut dibuat di peringkat antarabangsa bagi memastikan iGROW dapat melahirkan graduan generasi baru iaitu golongan muda sebagai barisan hadapan dan amalan pertanian moden masa depan.

Azri Zahir berkata, sungguhpun baru ditubuhkan tetapi pengalaman dan hasil dapatan kajian pihaknya selama ini telah membolehkan pendekatan latihan diperkenalkan, yang menjamin graduan benar-benar mahir (kompeten) tetapi juga bersedia sebagai pemain utama sektor pertanian mempunyai masa hadapan

Pengalaman kami membuktikan bahawa faktor usia pusat latihan atau saiz kampus bukan faktor mutlak keberhasilan graduan.

Sebaliknya, sejauh manakah pihak pengurusan mampu menerapkan nilai kemahiran serta pembentukan sikap graduan dalam suasana pertanian sebenar.

Kelainan iGROW ialah memberi penekanan kepada suasana sebenar aktiviti pertanian yang lazimnya dijalankan di luar bandar sama ada di kampung atau kawasan pedalaman dengan cabaran-cabaran tersendiri.

Ini menjadikan mereka memahami realiti kehidupan sebagai petani dan berazam untuk menjadi petani moden yang berjaya pada masa hadapan," tambah beliau.

Bagi memastikan semua graduan dapat merasai manfaat dan potensi pertanian semaksimum mungkin, pakej latihan merangkumi bidang pengkhususan (SKM Tanaman Makanan Tahap 1 dan 2) dan bidang tambahan wajib iaitu asas ruminan, akuakultur, inap ladang serta keusahawanan.

Kesemua aktiviti tersebut dijalankan dalam satu kawasan integrasi yang menggabungkan pertanian, penternakan dan pelancongan dalam satu kawasan yang dipanggil Kompleks Warisan Pertanian iGROW.

Azri Zahir turut menjelaskan bahawa SKM yang ditawarkan adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Modul latihan berasaskan Standard Latihan Kemahiran Kebangsaan (NOSS) yang digubal oleh NATC.

Katanya juga, belia kini tiada lagi alasan untuk mengikuti latihan di iGROW kerana Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Kementerian Sumber Manusia telah menyediakan pinjaman penuh yang merangkumi yuran latihan, penginapan dan makan-minum selama setahun.

Sejak kebelakangan ini, PTPK mula memberikan perhatian serius untuk membiayai latihan pertanian kerana bidang ini adalah antara keperluan utama negara kini dan masa akan datang," tegas Azri Zahir.

Kemudi iGROW diterajui oleh tokoh latihan kemahiran pertanian swasta tempatan, Nordin Abdul Malek selaku Pengerusi Eksekutif iGROW yang juga merupakan Ahli Tetap Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).

Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami berhasrat untuk menaik taraf iGROW sebagai universiti kemahiran pertanian swasta bertaraf antarabangsa.

Segala perancangan dan gerak kerja sudah diatur ke arah itu untuk menjadikan Malaysia destinasi pendidikan kemahiran tinggi pertanian di peringkat antarabangsa," tambah Azri lagi.

Buat masa ini difahamkan beberapa kerajaan negeri sudah menawarkan hasrat supaya kampus utama dibina di negeri mereka dan pilihan terbaik akan dibuat oleh iGROW dalam masa terdekat.

Kemudahan Kompleks Warisan Pertanian iGROW

l Kemudahan latihan seperti asrama, surau, dewan makan serta dewan perhimpunan turut disediakan untuk keperluan pelatih.

l Pusat Inkubator Pemprosesan Makanan Jabatan Pertanian Kg. Gajah yang telah dibenarkan untuk digunapakai oleh pihak iGROW sebagai pusat pengeluaran makanan sejuk beku untuk pendedahan keusahawanan di kalangan pelatih.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Azri Zahier Azmi di talian 012-4842144 atau Amira Hamran 019-7635592.

Transformasi industri getah

Posted: 22 Apr 2013 02:00 AM PDT

Arts merupakan teknologi torehan automatik tanpa penggunaan tenaga buruh.

INDUSTRI getah mempunyai sejarah panjang di negara ini dan kedatangannya jauh lebih awal daripada penubuhan Malaysia itu sendiri.

Getah atau nama saintifiknya Hevea brasiliensis dibawa oleh penjajah British ke negara ini pada 1877 dari Sri Lanka ke Singapura dan Kuala Kangsar.

Berdasarkan buku 75th Anniversary of The Rubber Research Institute of Malaysia (1925-2000) Milestones in Rubber Research, penyelidikan mengenai getah bermula sekitar 1909 apabila Persatuan Penanam-Penanam Getah melantik seorang ahli kimia, Sidney Morgan, untuk menjalankan penyelidikan.

Ketika itu, permintaan mengenai getah meningkat ekoran berkembangnya industri kenderaan bermotor yang mana ketika itu, permintaan melebihi bekalan.

Pada 1920, enam saintis terlibat dalam penyelidikan tersebut dan Jabatan Pertanian Persekutuan Tanah Melayu juga terlibat aktif sehinggalah Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) berfungsi pada 1925.

Hari ini, RRIM digantikan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM). Penggabungan institut tersebut bersama Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran dan Pelesenan Getah Malaysia (MRELB) pada 1 Januari 1998 tetap memberi tumpuan kepda penyelidikan mengenai getah.

Malah LGM pada hari ini mempunyai peranan lebih besar memartabatkan industri getah menerusi pelbagai inovasi sebagai meneruskan legasi penyelidikan terdahulu.

Industri getah sebenarnya bukan baru dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bidang sains dan teknologi di negara ini banyak cenderung kepada getah pada peringkat awal dahulu.

Perlu ditekankan bahawa bidang penyelidikanlah yang memainkan peranan penting dalam memajukan industri getah khususnya jika dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasar.

Cabaran lain ialah penggunaan benih yang kurang produktiviti serta tahap penggunaan teknologi dan automasi yang rendah yang mana masalah itu dapat dicapai dengan adanya penyelidikan dan pembangunan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap pada Kongres Teknologi dan Ekonomi Getah Antarabangsa anjuran lGM pada tahun lalu mengakui, penyelidikan sangat penting dalam industri getah.

Bagaimanapun katanya, pelaburan dalam penyelidikan berisiko kerana hasilnya belum dapat dijangkakan.

Beliau memberi contoh, industri farmaseutikal dalam penghasilan ubat, satu produk dikatakan berjaya dihasilkan selepas eksperimen atau percubaan kali ke-693.

Oleh itu katanya, percubaan mungkin perlu dibuat beberapa kali menggunakan bahan kimia yang pelbagai sehinggalah satu produk yang diidamkan dapat dicapai.

Dalam industri getah katanya, kajian boleh dilakukan dengan mengkaji kesesuaian atau kesuburan tanah atau mencari penyelesaian bagaimana merangsang pertumbuhan getah dan meningkatkan produktiviti.

Industri getah bukan bukanlah industri yang kian suram sebaliknya boleh berkembang," ujarnya.

Ketua Pengarah LGM, Datuk Salmiah Ahmad berkata, pihaknya sentiasa memikirkan bagaimana penyelidikan dapat memberi harapan baru kepada industri tersebut.

Antara masalah yang kita hadapi ialah kebanyakan atau 95 peratus merupakan pekebun kecil dan daripada jumlah itu, 50 peratus merupakan mereka yang berumur lebih 50 tahun," katanya.

Imej industri getah yang dikaitkan dengan 3D iaitu Dirty, Difficult and Dangerous memberi kekangan yang tidak kurang hebatnya untuk memberi anjakan kepada industri berkenaan.

Beliau memberi contoh, inovasi terbaharu iaitu untuk penorehan, Automated Rubber Tapping System (ARTS) yang dilancarkan dua tahun lepas bertujuan mengurangkan penggunaan tenaga buruh yang mana kerja-kerja manual telah digantikan dengan operasi secara automatik.

Selain ARTS, beberapa inovasi baru yang telah diumumkan sebelum ini, antaranya teknologi Automatic Planting Machine for Rubber Seedlings atau Penanaman Mesin Automatik untuk Benih Getah.

Mesin tersebut adalah teknologi yang dibangunkan untuk mengatasi isu pergantungan kepada tenaga buruh dan produktiviti dalam industri huluan getah.

Teknologi ini adalah selaras dengan projek NKEA untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan aktiviti penanaman.

Manakala, teknologi Latex Collection Vehicle atau Kenderaan Mengangkut Susu Getah adalah inovasi untuk memudahkan kerja-kerja dalam bidang pengumpulan lateks dan untuk menggalakkan pekebun kecil untuk mengumpul hasil dalam bentuk susu getah berbanding getah beku.

Inovasi ini dapat meningkatkan pengeluaran susu getah untuk memenuhi keperluan pengilang barangan getah berasaskan getah cair serta mengurangkan kebergantungan kepada import.

Pengimportan susu getah kini mencecah 45 peratus daripada keseluruhan jumlah import getah asli ke negara ini.

Penggunaan susu getah tempatan adalah tinggi iaitu 86 peratus daripada keseluruhan penggunaan getah asli di negara ini.

Malangnya pengeluaran susu getah hanya 80,000 tan pada 2011 dan 300,000 tan telah diimport bagi keperluan aktiviti hiliran.

Teknologi RITeS atau Sistem Maklumat dan Kebolehjejakan Getah pula membantu penanam mengenal pasti sumber bahan tanaman dan mesin penanam yang berfungsi sebagai jentera bersepadu untuk menanam benih serta i-Klon atau sistem pengenalpasti dan pengenalan klon getah menggunakan telefon pintar.

LGM juga telah melancarkan dua jenis getah termaju yang bernama Ekoprena dan Pureprena.

Kedua-dua getah ini merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan sepenuhnya oleh LGM bagi memperbaiki ciri-ciri getah asli di samping memberi nilai tambah bagi pemprosesan getah mentah.

Sekali imbas, penanam getah amat bertuah kerana mereka sentiasa mendapat perhatian daripada kerajaan sehingga skim tanam semula getah juga diperkenalkan.

Bagaimanapun menurut Dr. Salmiah, kesungguhan LGM mengubah industri getah menerusi teknologi dan inovasi juga berdepan cabaran.

Pengenalan ARTS sebagai contoh menimbulkan persoalan di kalangan penoreh, apakah nasib atau masa depan mereka jika teknologi tanpa buruh itu berkembang.

Perkara kedua ialah berapakah harga teknologi itu sendiri yang mampu digunakan oleh kumpulan sasar.

Harapan kita ialah apabila memperkenalkan sesuatu teknologi, masalah akan selesai tetapi kadangkala timbul masalah baharu," ujarnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, bukan mudah menghasilkan suatu teknologi kerana penyelidikan memerlukan dana yang besar dan satu risiko memandangkan tidak ada kejayaan yang boleh dijamin akan dicapai.

Penyumbang dana kata beliau, akan bertanya berapakah pulangan akan dapati diperoleh sedangkan pelaburan penyelidikan satu risiko.

Jangan hukum penyelidik yang gagal kerana jawapan saya mudah, kita akan gagal lagi (apabila melakukan penyelidikan). Jangan hukum jika gagal tetapi hukumlah jika tidak berbuat apa-apa," katanya. - LAUPA JUNUS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved