Khamis, 12 September 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Op Cantas: 7 ditahan, 3 senjata api, peluru dirampas

Posted: 12 Sep 2013 09:02 PM PDT

ALOR SETAR 13 Sept. - Polis Kedah menahan tujuh lelaki dan merampas tiga senjata api termasuk 12 butir peluru dalam dua operasi berasingan sempena Op Cantas Khas pada Isnin dan Khamis lalu.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, tangkapan pertama melibatkan lima lelaki dipercayai terlibat dalam satu kes rompakan senjata api di Pokok Sena pada 4 September dan kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi berasingan sekitar Kepala Batas dan Jitra.

Dalam satu sidang media di sini, Ahmad berkata, polis turut merampas sepucuk pistol dan 12 butir peluru dipercayai digunakan dalam rompakan tersebut.

Sementara dalam operasi kedua semalam, polis menahan dua lelaki kerana memiliki dua laras senapang angin buatan sendiri di Sik.

Tambah Ahmad, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE

Lelaki ugut bunuh Ketua Polis Negara serah diri

Posted: 12 Sep 2013 08:41 PM PDT

Oleh AZRAI MOHAMMAD

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Seorang peniaga jualan langsung, N. Murugan, 33, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam.

Lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di Melaka itu hadir di IPD berkenaan pada pukul 9.30 pagi ini.

Dalam kejadian itu, seorang individu yang menggelarkan dirinya Murugan Nagaretinam di laman sosial Facebook menulis kenyataan berbahasa Inggeris iaitu "Can anyone just hire gunman to shoot down this police or IGP?" (Bolehkah seseorang mengupah penembak untuk menembak mati polis atau KPN?")

Kenyataan itu dipercayai dipaparkan susulan kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng, Melaka, semalam.

Berikutan itu, satu laporan polis Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada pukul 9.35 malam tadi bagi membolehkan siasatan dilakukan pasukan itu. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Strategi pasukan jadi keutamaan

Posted: 12 Sep 2013 11:41 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Mohd. Rozaimi Abd. Rahman

KUANTAN - Walaupun sudah menjaringkan dua gol, masih belum ada sebarang jaminan buat penyerang dari Sabah, Mohd. Rozaimi Abd. Rahman untuk mendapat tempat secara automatik dalam kesebelasan utama menjelang perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013 berdepan Myanmar di sini, esok.

Bukan mahu menganggap aksi seorang lagi penyerang, A. Thamil Arasu lebih bermutu, namun jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee mahu melihat Rozaimi memperbaiki lagi kemampuan terutama daripada aspek bertahan semasa pasukan sedang diserang oleh pasukan lawan.

Jelasnya, Rozaimi memang seorang penyerang yang baik, cuma apabila memikirkan strategi pasukan daripada segi keseluruhan, dia perlu membuat keputusan berdasarkan kekuatan pasukan lawan.

"Rozaimi yang kita kenali memang mempunyai sentuhan gol yang cukup baik tetapi setiap perlawanan adalah berbeza kerana kekuatan pasukan sentiasa berlainan.

"Banyak perkara yang saya akan ambil kira seperti berapa peratus seseorang pemain itu membantu pasukan dalam situasi bertahan kerana itu cukup penting bagi memastikan pasukan sentiasa beraksi dengan baik sepanjang masa.

"Saya tahu mungkin dia (Rozaimi) kecewa, tetapi tidak ada jalan pintas buat dirinya atau sesiapa pun untuk berada dalam kesebelasan utama, mereka kena berusaha gigih dan tidak menunjukkan sikap cepat berputus asa," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar, kelmarin.

Tidak dinafikan sebahagian peminat pasti menagih aksi Rozaimi menjadi penggempur utama Harimau Muda pada pentas akhir Pestabola Merdeka selepas dua jaringannya membenam Thailand 3-0 pada aksi menentang Thailand.

Berbanding Thamil, pemain itu sekadar menjaringkan satu gol ketika berdepan Singapura pada perlawanan sulung, namun golnya itu sudah cukup memastikan Harimau Muda membawa tiga mata penuh dengan kemenangan tipis, 1-0.

Selain Thamil dan Rozaimi, Kim Swee juga mempunyai seorang lagi penyerang, Mohd. Ferris Danial yang boleh disandarkan harapan jika kedua-dua pemain itu mendapat kecederaan.

Menjelang perlawanan dengan Myanmar, difahamkan pemain tengah, Junior Eldstal, mengalami masalah cirit-birit, namun keadaan itu tidak serius dan dia mampu pulih sebelum esok.

Mengulas kemenangan dengan Thailand, Kim Swee mengakui dia berasakan sukar untuk memilih kesebelasan terbaik selepas lima muka baharu yang diturunkan ketika bertemu Thailand menunjukkan prestasi yang mengagumkan.

"Ini satu situasi yang pasti membuatkan saya sukar membuat keputusan terhadap siapa yang akan diturunkan pada aksi akhir nanti namun saya suka sebenarnya apabila pening kepala sebegini.

"Saya ada banyak pilihan pemain yang boleh diturunkan dan menunjukkan sesiapa sahaja dalam pasukan ini ada kemampuan bila-bila masa untuk berada dalam kesebelasan utama," katanya.

Harimau Muda jangan leka - Tengku Abdullah

Posted: 12 Sep 2013 11:41 AM PDT

Oleh Shahrinnahar Latib
nahar.latib@utusan.com.my

KUANTAN - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan pemain Harimau Muda agar tidak leka dengan kemenangan sebelum ini jika mahu menewaskan Myanmar pada perlawanan akhir aksi Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur, esok.

Tengku Abdullah berkata, beliau berkesempatan melihat perlawanan Harimau Muda dengan Thailand, kelmarin dan gembira para pemain menunjukkan mutu permainan yang baik.

"Mudah-mudahan mereka tidak leka dan riak dengan kemenangan itu kerana apa yang lebih penting adalah mewujudkan satu sistem permainan yang lebih baik pada perlawanan akhir nanti.

"Saya harapkan para pemain harus bersungguh-sungguh untuk mengalahkan Myanmar nanti dan jangan merasa megah dengan kejayaan sebelum ini," kata Tengku Abdullah pada sidang akhbar selepas majlis kesyukuran dan penghargaan Pusat Kutipan Zakat di sini, semalam.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan

Dalam pada itu, Timbalan Presiden FAM itu melihat skuad Harimau Muda sudah bersedia untuk menghadapi Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember ini.

"Jika bermain seperti ini saya yakin mereka mampu pergi jauh pada Sukan SEA nanti. Saya lihat segala perancangan oleh pengendali skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee nampaknya berjaya," ujarnya.

Sementara itu, Tengku Abdullah hampa dengan sambutan daripada penyokong-penyokong yang hadir dalam setiap perlawanan aksi Pestabola Merdeka.

"Mungkin ada sebab yang menyebabkan penyokong tidak datang seperti harga tiket dan cuaca yang tidak menentu sekarang.

"Saya harap penyokong dapat datang ke Stadium Darul Makmur untuk memberi sokongan pada perlawanan akhir ini supaya dapat memberi semangat kepada para pemain," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


UMW Toyota lancar kempen jejak Vios baharu

Posted: 12 Sep 2013 11:41 AM PDT

ORANG ramai perlu mengambil gambar dengan model Vios baharu yang dipamerkan untuk menyertai kempen jejak Vios.

KUALA LUMPUR 12 Sept. - UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) melancarkan kempen Vios Spot & Snap Cruiser yang menawarkan hadiah menarik sempena pelancaran model terbaharu Vios tidak lama lagi.

UMW Toyota dalam kenyataannya hari ini menyatakan, kempen berkenaan berlangsung dari 6 hingga 22 September ini.

Model Vios baharu akan ditunjukkan di beberapa tempat tertentu di sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru sepanjang tempoh berkenaan dan orang ramai perlu mengambil gambar bersama kereta berkenaan untuk menyertai kempen tersebut.

Gambar yang diambil perlu dimuat naik ke akaun Facebook peribadi dan anda berpeluang memenangi hadiah istimewa dari UMW Toyota.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen berkenaan boleh melayari laman sesawang www.toyota.com.my untuk mengetahui lokasi kemunculan Vios baharu.

Vios baharu menawarkan perubahan rekaan sepenuhnya, teknologi terkini dan penambahbaikan dari segi keselamatan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


'Saya sayang isteri, jangan robohkan masjid'

Posted: 12 Sep 2013 11:41 AM PDT

Oleh ANI AWANG
pengarang@utusan.com.my

MUHAMMAD Affandi Ismail yang menghadapi pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dalam lif Hospital KPJ Bandar Perda hadir bagi sebutan tarikh perbicaraan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

BUKIT MERTAJAM 12 Sept. - Pegawai veterinar yang berdepan tuduhan membelasah isterinya di dalam lif pada bulan lalu, menyatakan dia masih menyayangi wanita tersebut dan mahu keluarganya hidup bahagia.

''Saya sayang isteri dan keluarga mentua janganlah robohkan masjid yang sudah dibina,'' kata Muhammad Affandi Ismail, 36, dari dalam keretanya kepada pemberita selepas selesai prosiding kes itu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nur Zafirah Mohamed Ali sebelum itu menetapkan 22 Oktober ini sebutan semula kes terhadap tertuduh yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya yang berusia 36 tahun dalam lif di Hospital KPJ, Bandar Perda di sini, pada pukul 4 petang, 12 Ogos lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Muhammad Affandi diwakili peguam Suhaila Saad manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.

Nama isteri tertuduh dirahsiakan kerana berada di bawah perlindungan sementara (IPO) atas perintah mahkamah.

Pada 12 Ogos lalu, pengguna internet di negara ini digemparkan dengan rakaman video sepanjang 2.20 minit yang memaparkan kejadian seorang isteri dibelasah teruk oleh suaminya di hadapan dua anak mereka yang masing-masing berusia empat dan lima tahun di dalam sebuah lif dikongsi melalui akaun Facebook.

Lebih malang lagi dalam video bertajuk Suami dayus pukul isteri depan anak turut menunjukkan aksi lelaki berkenaan yang dikatakan seorang pegawai veterinar bertugas di Jerantut, Pahang itu menendang isterinya, seorang pekerja kilang sehingga tersungkur sebaik sahaja pintu lif terbuka.

Rasuah: Abdul Kudus dipenjara 6 bulan, denda RM90,000

Posted: 12 Sep 2013 11:41 AM PDT

PUTRAJAYA 12 Sept. - Bekas Pengarah Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad hari ini dihukum penjara enam bulan dan denda RM90,000 oleh Mahkamah Rayuan atas enam tuduhan rasuah melibatkan wang RM15,000, lebih 10 tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Azahar Mohamed yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan akhir Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kuorum berkenaan memerintahkan hukuman penjara enam bulan bagi setiap tuduhan berjalan serentak. Jika responden gagal membayar denda RM90,000, dia diperintah menjalani satu lagi tempoh pemenjaraan berjumlah 54 bulan.

Dengan keputusan itu, Abdul Kudus (gambar), 53, yang mempunyai dua isteri dan 10 anak disabitkan terhadap enam tuduhan daripada keseluruhan 24 tuduhan yang dikenakan manakala baki 18 tuduhan lagi, dibebaskan.

Hakim Azahar ketika menjatuhkan hukuman menyatakan, mahkamah tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pertuduhan rasuah kerana responden telah mengkhianati amanah yang diberikan ibarat 'harapkan pegar, pegar makan padi.'

Kuorum tersebut berpuas hati agar hukuman penjara berjalan serentak selepas menimbangkan bahawa kes itu berlaku dalam transaksi serupa melibatkan pengadu dan restoran yang sama walaupun rasuah dilakukan pada tarikh-tarikh yang berlainan.

Terdahulu, Hakim Mohd. Zawawi ketika membacakan keputusan mahkamah berkata, Mahkamah Tinggi terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang ketika membebaskan responden daripada kesemua tuduhan.

Panel itu berpendirian, Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila mendapati saksi pendakwa keempat (SP4), Steven @ S. Sathiasilan yang juga pemilik restoran adalah saksi yang tidak boleh dipercayai dan berkepentingan.

Mahkamah berpuas hati bahawa Steven yang juga pengadu kes bukan rakan sejenayah kerana keterangannya disokong oleh keterangan Koperal K. Ravintharan (SP8) dan A. Ravindran yang juga seorang setiausaha sulit di Kementerian Pengangkutan (SP10).

Sehubungan itu, panel tersebut berpendapat adalah selamat untuk bersandarkan kepada keterangan SP4 berhubung penyerahan wang rasuah kepada Abdul Kudus.

Hakim Mohd. Zawawi berkata, mahkamah menolak pembelaan responden berhubung teori konspirasi untuk menjatuhkannya melibatkan seorang bekas timbalan menteri, Datuk Seri Dr. M. Kayveas dan beberapa individu lain.

Beliau berkata, keterangan Kayveas sebaliknya mengundang padah apabila bekas timbalan menteri itu menafikan dia bersubahat dengan mana-mana pihak untuk menjatuhkan Abdul Kudus.

Menurut beliau, mahkamah juga tidak dapat menerima hujah pembelaan bahawa Abdul Kudus tidak mengetahui kandungan sampul berisi wang yang diserahkan oleh SP10 kerana keterangan saksi itu konsisten sepanjang perbicaraan.

Terdahulu, peguam M. Manoharan memohon hukuman terhadap anak guamnya berjalan serentak kerana Abdul Kudus yang kini menyara hidup sebagai pemandu teksi mengalami kepayahan hidup akibat kes berkenaan.

Bagaimanapun, Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa dan Khairul Anuar Wahab memohon hukuman berkuat kuasa secara berasingan kerana banyak masa dan wang digunakan ketika perbicaraan hingga kes selesai di peringkat akhir.

SPRM merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 September 2010 yang membebaskan responden daripada kesemua 24 pertuduhan itu.

Mahkamah Sesyen Ampang terdahulunya menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun 10 bulan dan denda RM370,000 ke atas Abdul Kudus kerana meminta dan menerima rasuah RM59,000 antara 2001 dan 2003.

Pada 30 Jun 2009, Mahkamah Sesyen Ampang menjatuhkan hukuman penjara dan denda tersebut ke atas Abdul Kudus selepas didapati bersalah atas 24 tuduhan meminta dan menerima rasuah RM59,000 antara 2001 dan 2003.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Ayuh penuhi Stadium Darul Makmur

Posted: 12 Sep 2013 11:58 AM PDT

TOK GAJAH,
Inderapura

SEBAHAGIAN pemain pasukan Malaysia meraikan kejayaan menumpaskan Myanmar pada pertandingan Pestabola Merdeka antara pasukan Malaysia bertemu Myanmar di Stadium Darul Makmur, Kuantan, baru-baru ini.

Saudara Pengarang,

Pemilihan Stadium Darul Makmur di Kuantan sebagai gelanggang utama saingan Pestabola Merdeka 2013 merupakan penghargaan kepada penyokong bola sepak Tok Gajah.

Malah kejayaan Harimau Muda layak ke perlawanan akhir esok berdepan Myanmar merupakan satu lagi bonus yang amat dinantikan bukan setakat penyokong Tok Gajah malah seluruh peminat bola sepak tanah air.

Kejayaan membenam Singapura 1-0 pada perlawanan pembukaan baru-baru ini membuka mata banyak pihak mengenai keyakinan skuad muda negara untuk muncul juara pada kali ini.

Lantaran itu, jumlah kehadiran penyokong mula meningkat setelah anak buah Ong Kim Swee membenam Myanmar 2-1 Sabtu lalu dan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Thailand kelmarin sudah pasti membuatkan peminat bola sepak tanah air teruja untuk memenuhi stadium pada aksi final.

Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menurunkan harga tiket merupakan satu tindakan yang tepat dan saya yakin puluhan ribu penyokong akan turun menyaksikan perlawanan akhir nanti.

Aksi mantap pemain kebangsaan dalam tiga perlawanan sebelum ini sudah pasti akan bertambah menarik pada perlawanan akhir.

Kepada peminat bola sepak tanah air, ayuh kita beramai-ramai memenuhi ruang di stadium untuk memberi sokongan kepada para pemain.

Kejayaan sesebuah pasukan tidak hanya bergantung kepada kehebatan pemain malah sokongan yang padu turut memberi impak yang besar.

Tidak ada yang lebih menggembirakan melainkan melihat skuad kebangsaan menjulang piala Pestabola Merdeka pada kali ini di depan mata.

Segerakan projek jalan raya di Hulu Tembeling

Posted: 12 Sep 2013 11:58 AM PDT

WAN KEMBOJA,
Hulu Tembeling, Jerantut.

Perahu penambang antara pengangkutan di Sungai Tembeling sebagai alternatif penduduk Hulu Tembeling ke bandar Jerantut.

Saudara Pengarang,

SAYA ingin menarik perhatian kerajaan negeri sekali lagi mengenai projek jalan raya di kawasan Hulu Tembeling, daerah Jerantut yang merupakan antara kemudahan asas oleh penduduk tetapi belum direalisasikan sehingga kini.

Untuk makluman, projek berkenaan yang cuma baru diselenggarakan antara Kampung Tuit, berdekatan Kuala Tahan ke Kampung Pagi sejauh 28 kilometer kini menimbulkan tanda tanya mengenai status projek itu yang kelihatan agak lembap.

Penduduk Hulu Tembeling sememangnya amat dahagakan kemudahan jalan raya yang nampaknya kemudahan itu masih kurang dirasai penduduk kawasan Hulu Tembeling.

Kemudahan itu kerap dijanjikan wakil rakyat dan pegawai pembangunan di peringkat Pusat dan negeri ketika turun padang ke kawasan ini, tetapi setakat ini, hanya sebagai pengisian dalam ucapan mereka semata-mata.

Sektor pertanian amat penting dilestarikan di Hulu Tembeling untuk menambah pendapatan dan mengubah taraf hidup penduduk miskin kawasan itu, tetapi tanpa jalan raya perancangan berkenaan hanya sia-sia.

Selaras dengan transformasi pembangunan kerajaan yang kerap diuar-uarkan di semua peringkat, maka projek berkenaan perlu disegerakan untuk melihat penduduk bebas daripada kepompong kemiskinan dan menikmati peluang agihan ekonomi yang sama rata.

Seperti mana yang kita maklum, ketiadaan jalan raya sudah tentu membantutkan usaha mengembangkan sektor pertanian dan pelancongan sekali gus menyebabkan ramai golongan belia berhijrah ke tempat lain.

Ketiadaan jalan raya menyebabkan lokasi di lima buah kampung masih di takuk lama seakan-akan negara baharu sahaja merdeka malah penduduk yang mampu masih 'bermimpi di siang hari' untuk memandu kereta dan parkir di halaman rumah mereka.

Boleh dikatakan agenda utama perancangan lima buah Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) setiap tahun ialah mengemukakan permohonan dipercepat projek jalan raya untuk memacu sektor ekonomi dan sosial.

Untuk makluman, saya difahamkan projek jalan raya yang menghubungi antara Kuala Tahan hingga ke Kampung Pagi agak perlahan dan penduduk tertanya-tanya mengenai status projek berkenaan.

Saya berharap menerusi Rakan Pahang minggu ini, kerajaan negeri yang mempunyai kepemimpinan berintergriti dan mencerminkan manifestasi kebajikan rakyat dapat mempercepat projek berkenaan untuk keselesaan penduduk.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Mesir lanjut perintah berkurung

Posted: 12 Sep 2013 10:59 AM PDT

KAHERAH 13 Sept. - Presiden sementara Mesir, Adly Mansour, semalam melanjutkan tempoh perintah berkurung di negara ini kepada dua bulan sejak ia dikuatkuasakan pertengahan bulan lalu.

"Presiden Adly Mansour memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung hingga dua bulan lagi, kata jurucakap Presiden, Ehab Bedawy dalam satu kenyataan.

Tambahnya, keputusan itu dibuat berdasarkan perkembangan dan situasi keselamatan di negara ini. - AFP

EU tuntut jawapan Amerika berikutan dakwaan intipan data kewangan

Posted: 12 Sep 2013 10:58 AM PDT

BRUSSELS 13 Sept. - Kesatuan Eropah (EU) menuntut Amerika Syarikat (AS), semalam supaya mengadakan perbincangan bagi membuktikan sama ada perkhidmatan risikan sekutu kepada pertubuhan itu mengumpul maklumat daripada sebuah pangkalan data kewangan global di Belgium.

Pesuruhjaya EU bagi Hal Ehwal Dalam Negeri, Cecilia Malmstrom menerusi laman Twitternya berkata, beliau telah bercakap tentang perkara itu dengan rakan sejawatnya di AS dan melahirkan kebimbangannya tentang tindakan mengambil data kewangan oleh pihak perisikan Amerika.

"Susulan satu surat hari ini meminta nasihat di bawah perjanjian TFTP, kami memerlukan jawapan yang jelas dan memuaskan, katanya. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Hubungan cinta masih baik

Posted: 11 Sep 2013 09:53 PM PDT

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar TV3
Pakaian DOUBLE WOOT

WALAUPUN berjauhan, hubungan cinta antara nelydia dan qi masih lagi utuh.

PUNYA rupa dan popular, tentu ramai yang akan memandang atau memerhatikan kita. Pasti kita akan terasa kita adalah 'hebat' apabila berada di lapangan seni, dunia idaman banyak orang. Tetapi berbeza pula keadaanya dengan pelakon kacukan Melayu-Siam, Nelydia Senrose atau selesa dengan panggilan manja, Nelly.

Akui Nelly, dia sebenarnya takut untuk berjumpa peminat. Jawapan itu agak mengejutkan apabila Nelly memberitahu sebegitu ketika bertemunya dalam satu sesi fotografi khas yang diatur Hits, baru-baru ini.

"Saya ini seorang yang pemalu. Secara jujurnya, saya mengaku saya memang gabra apabila menjadi tumpuan. Sebab itu, apabila melalui peminat saya akan menjadi risau kerana saya tidak suka untuk menjadi perhatian ramai.

"Bukan sebab saya tidak selesa, cuma saya tidak pandai bercakap atau berbual. Biasanya, saya akan ambil masa untuk menyesuaikan diri bukan sahaja dengan peminat malah dengan kawan-kawan saya sebelum ini pun macam itu.

"Tetapi saya harap semua peminat jangan salah faham. Saya masih menghargai jasa baik mereka yang sentiasa membantu dan menyokong karier saya. Nama saya tidak akan naik tanpa adanya mereka.

"Oleh itu, saya minta maaf dahulu kepada semua peminat. Jika ada jumpa saya di mana-mana. Kalau ada yang menegur tetapi saya tidak membalas. Jangan buruk sangka dahulu. Itulah sikap sebenar saya," luah pelakon berwajah comel ini.

Mungkin itu yang dikatakan rendah diri. Yelah, kata Nelly yang sudah menjangkau usia 19 tahun, sejak mendapat tawaran yang mencurah-curah selepas diperkenalkan dalam drama bersiri Spa Q, dia juga tidak pernah untuk mendabik dada mahupun berasa besar memandangkan situasi industri perfileman dan penerbitan drama tempatan tidak menentu.

Keadaan itu ditambah pula dengan persaingan yang sangat besar dan kehadiran bakat baru yang silih berganti.

"Saya berlakon kerana minat yang mendalam dalam bidang seni dan bukan sekadar untuk mencari glamor serta untuk meraih populariti. Terus terang, saya ingin dikenali kerana bakat dan bukan gosip murahan mahupun kontroversi.

"Maklumlah, saya bermula dari bawah dan tiada asas dalam bidang lakonan. Sekarang pun kita lihat banyak muka baru muncul dan tidak kurang juga berbakat.

"Saya tidak pernah meletakkan diri antara yang terbaik kerana ada lagi bakat baru dan muda lebih berkebolehan," katanya yang memulakan pembabitan dalam bidang lakonan sejak usia 13 tahun.

Dalam pada itu, Nelly juga mengakui dia lebih mementingkan sesuatu yang lebih menjamin masa depan dan kini fokus utama adalah pada pelajaran yang menjadi jaminan masa depannya nanti.

Sebab itu, dia memilih untuk berehat sepanjang bulan September ini dan tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

"Saya rasa saya sudah banyak ketinggalan sejak melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi. Jadi, semasa berehat ini, setiap masa saya akan saya habiskan di kolej dengan menghadiri kuliah dan mengadakan perbincangan bersama rakan. Jadi, memang tiada masa untuk saya memikirkan soal menerima tawaran berlakon.

"Saya fikir sekarang penting untuk saya cuba bersikap realistik dalam hidup. Saya belajar untuk masa depan dan sekurang-kurangnya mesti ada segulung ijazah dalam bidang berbeza. Kalau takdir menentukan bakat saya dihargai dan diperlukan sampai bila-bila, saya bersyukur.

"Bagaimanapun, andai orang tidak perlukan saya lagi, dengan kelulusan diperoleh, sekurang-kurangnya saya boleh menyertai bidang baru dan saya minati," kata pelajar Kolej SEGI, Subang Jaya, Selangor ini.

Lakonan lebih dewasa

BARU sekarang nama Nelly menjadi perbualan dan dia semakin menjadi perhatian serta dikenali umum. Semuanya gara-gara kegilaan ramai terhadap drama bersiri lakonannya, Setia Hujung Nyawa.

Sebaik disiarkan di TV3 melalui slot Akasia sepanjang dua minggu, drama terbitan Suhan Movies & Trading dan arahan Emi Maziah itu ditonton hampir tiga juta orang, sekali gus membuatkan penonton buka mata terhadap bakat Nelydia membawakan watak Ersalina berganding dengan Amar Ashraf sebagai Zain Hakimi.

"Saya amat bersyukur dengan perkembangan itu dan gembira kerana sekarang orang memberikan perhatian terhadap lakonan saya," ujarnya.

Terbaru, sekali lagi menerusi slot Akasia, drama bersiri 24 episod, Cinta Jannah telah menambah populariti kepada Nelly.

Gandingannya bersama dengan pelakon kacak, Aeril Zafrel dalam drama yang mula bersiaran pada 14 Ogos lalu setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 petang di TV3 dikatakan telah mendewasakan lakonan Nelly.

Jelas Nelly yang melakonkan watak Jannah dalam drama itu, memang watak itu telah memberikan nafas baru dalam lakonan.

"Jujur saya katakan, banyak perkara yang saya pelajari semasa membawakan watak Jannah.

"Cabaran yang saya perlu hadapi adalah watak itu sendiri yang menceritakan seorang gadis kampung. Perwatakan gadis kampung perlu saya hayati supaya watak yang dibawa berkesan untuk tontonan semua.

"Sebab itu, semasa penggambaran, banyak benda yang saya perhatikan dan amati betul-betul semasa berada di sebuah kampung di Melaka," katanya.

Mungkin, ramai yang berpendapat lakonan Nelly dalam drama itu semakin mantap.

"Ia memang pengalaman baru buat saya. Saya juga mendapat reaksi memberangsangkan daripada peminat yang menyukai lakonan saya dalam cerita itu," jelasnya.

Cemerlang cara Yuna

Posted: 11 Sep 2013 09:53 PM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN

DALAM masa tiga tahun ini dia bertungkus lumus menyediakan tapak terbaik di laman seni suara Amerika Syarikat. Siapa sangka keunikan personaliti serta bakat yang tidak perlu dipertikai dia diterima dengan baik penggerak industri di sana. Mengorak langkah sebagai antara artis Malaysia paling berjaya diluar negara, sambutan yang di berikan gadis berumur 28 tahun ini sungguh luar biasa.

Kita lupakan kisah cinta tidak menjadinya dengan Qi Razali yang kemudian beralih kepada seorang jejaka Inggeris, bagi Hits kekuatan Yunalis Zarai atau Yuna lebih dari cebisan kisah remajanya itu. Menemuinya baru-baru ini selepas menjayakan konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) di Istana Budaya dapat kita nilai kembali sisi kematangan yang ingin gadis yang pamerkan.

Bagaimanapun kesibukan Yuna membuatkan peminatnya di Malaysia hanya menerima khabarnya melalui kekuatan dunia maya.

Namun Yuna telah memilih untuk menutup laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini dan seolah-olah ada sesuatu yang berlaku. Apakah yang dia tidak puas hati? Apakah ada komen-komen peminat yang menyentuh hati wanitanya?

Menyangkal menjadi lebih eksklusif, bagi Yuna sudah sampainya dia meletakkan had perkongsian hidupnya kini.

"Saya tutup akaun Instagram bukan sebab saya mahu eksklusifkan diri. Cuma pada saya selama ini sudah banyak saya kongsikan dengan umum. Saya rasa Ziana Zain juga tiada Instagram, apa yang cuba sampaikan sudah sampai masanya saya simpan sahaja perkara yang terlalu peribadi dan hanya berkongsi mengenai karier sahaja.

"Nilai eksklusif itu akan datang sendiri kemudian. Ia lebih kepada permulaan sebenarnya," kata Yuna mengulas kewajarannya menutup akaun di laman sosial tersebut.

Bagi Yuna, dalam tempoh masa selama tujuh tahun ini, sudah banyak rahsia hidupnya dikongsi dengan semua orang.

"Jadi, ini waktu yang sesuai untuk saya berhenti melakukan perkara ini. Di masa hadapan saya juga akan berkeluarga, dan berkongsi gambar anak serta keluarga bukan sesuatu yang selesa. Saya harap peminat boleh jelas dengan niat saya ini, kerana yang pasti ia bukan soal eksklusif," katanya.

Nikmati cuti dengan keluarga

Dengan konsertnya yang baru sahaja berakhir hujung minggu lalu, Yuna mungkin masih lagi berada di negara ini. Menurut Yuna kelebihan untuk bercuti ini akan digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindunya kepada keluarga. Namun apa yang lebih mencuri tumpuan sewaktu Yuna menjayakan konsertnya ini adalah kehadiran Jules Schratter yang khabarnya mereka kini sedang menjalinkan hubungan cinta.

"Selepas konsert ini saya akan luangkan masa lebih kurang seminggu untuk bersama keluarga, sebelum terbang pulang ke Amerika Syarikat. Soal dia, (Jules) tiada apa yang mahu saya katakan. Tetapi sesuatu yang seronok untuk melihat seseorang yang datang dari jauh untuk menyokong saya di konsert ini. Dan Jules akan pulang dahulu, kami tidak akan pulang ke sana bersama-sama," katanya tersipu malu.

Bercakap mengenai kematangan di dalam karier seninya kini, ternyata Yuna masih seorang yang merendah diri seperti dahulu. Tidak mahu terlalu berbicara mengenai pengalaman selama tujuh tahun bagi Yuna keberaniannya ini berkait rapat dengan cinta yang amat dalam terhadap bidang muzik.

"Memang sewaktu menerima tawaran untuk mengadakan konsert di Istana Budaya saya agak takut, bukan apa mengadakan konsert di sini sepertinya impian semua penyanyi muda seperti saya.

"Berbanding pengalaman muzik penyanyi hebat lain saya tahu tujuh tahun masih lagi baru, bagaimanapun pengalaman mengadakan persembahan di gig seluruh Amerika banyak membantu saya didalam menjayakan konsert kali ini,"katanya.

Sibuk menantikan album terbarunya yang bakal di lancarkan secara global pada 29 Oktober ini, menurut Yuna sebagai anak Malaysia dia tidak lupa untuk menyelitkan beberapa elemen muzik melayu didalam beberapa lagu miliknya.

"Secara dasarnya album ini bergenra pop, bagaimanapun ada di antara lagu-lagu ini kalau kita dengar betul-betul mempunyai unsur muzik melayu.

"Akan dilancarkan secara global, dimana peminat disini juga bakal menikmati album ini serentak dengan peminat lain di seluruh dunia. Dan mungkin juga saya akan pulang untuk melancarkan album ini disini," katanya.

Menjelaskan kerjasama yang terjalin di antara dia dan gitaris kumpulan Incubus, Mike Einziger, menurut Yuna secara jujurnya dia amat terharu untuk mengetahui Mike mempunyai pendapat yang baik mengenai muzik pilihannya.

"Pada 2007, Incubus pernah ke Kuala Lumpur dan saya berada betul-betul di hadapan Mike, sebab saya memang suka dengan gitar. Waktu itu memang saya langsung tidak fikir akan mendapat peluang sebesar ini.

"Mendapat e-mel daripada pihak pengurusan mengenai Mike yang memuji muzik saya bagaikan suatu mimpi. Dan bermula dari situ kami terus berhubung dan dia sendiri yang menawarkan diri untuk bersama saya di konsert ini. Mengenai bayaran, apa yang boleh saya katakan kami mengambil tanggungjawab memastikan semua kelengkapan sepanjang dia berada disini dijaga dengan baik," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


JAIN jangan diam diri bendung Syiah

Posted: 12 Sep 2013 11:41 AM PDT

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah itu telah memutuskan bahawa:

l Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut: Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan al-Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia dimansuhkan.

l Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Di atas merupakan keputusan terkini Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah dibuat 17 tahun lalu melarang Syiah dalam apa jua aliran diamalkan di Malaysia.

Keputusan itu mengandungi lima lagi ketetapan dan boleh dirujuk di portal rasmi fatwa Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di www.e-fatwa.gov.my/.

Jelas yang keputusan tersebut menunjukkan fahaman Syiah adalah haram dan hanya aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja menjadi pegangan umat Islam di negara ini.

Menurut portal berkenaan 11 negeri telahpun mewartakan larangan mengamalkan Syiah dan tinggal lagi empat negeri yang masih belum membuat demikian. Empat negeri terbabit ialah Kelantan, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Ringkasnya, 11 negeri telah mempunyai fatwa membanteras fahaman Syiah, oleh itu mereka mempunyai kuasa untuk memeranginya dalam bentuk penguatkuasaan undang-undang.

Sudah tiba masanya seluruh Jabatan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam negeri-negeri dengan bantuan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerak sepenuhnya menggempur markas Syiah di seluruh negara.

Mereka mempunyai hak di sudut undang-undang dan langkah tersebut juga boleh disifatkan sebagai satu jihad demi memelihara kesucian akidah umat Islam daripada dicemari oleh satu fahaman yang terbukti menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Pusat Islam, Ahad lalu Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam), Dr. Zamihan Md. Zain mendedahkan bagaimana markas-markas Syiah yang terdapat di negara ini masih menjalankan aktiviti mereka secara aktif. Bukan itu sahaja katanya, mereka juga bergerak aktif di sebalik beberapa jenis perniagaan yang dijalankan.

Walau bagaimanapun Zamihan berkata, sejak larangan mengamalkan fahaman itu diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa negeri-negeri serbuan yang dilakukan terhadap markas-markas Syiah di negara ini amat kurang.

Terkini terdapat serbuan yang telah dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah markas Syiah di Gombak pada Oktober tahun lalu. Sementara itu antara negeri paling ramai pengikut Syiah yang direkodkan ialah di Selangor, Kedah dan Johor.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataannya sebelum ini pula pernah memberitahu sebanyak 250,000 pengikut Syiah berjaya dikesan di negara ini dengan 10 kumpulan dikenal pasti bergerak aktif.

Berdasarkan perkembangan yang amat membimbangkan itu, mahu tidak mahu pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) perlu bertindak tegas dan bergerak lebih pro aktif terutama melalui langkah-langkah penguatkuasaan supaya fahaman Syiah dapat segera disekat.

Walaupun ada kalanya kes-kes tersebut gugur sebaik-baik sahaja mula dibicarakan di mahkamah disebabkan masalah teknikal, itu tidak seharusnya menjadi halangan kepada pihak JAIN menjalankan tanggungjawab mereka membanteras fahaman songsang itu dengan lebih agresif.

Setiap anggota penguat kuasa agama perlu mempunyai semangat yang berkobar-kobar dalam melaksanakan tanggungjawab agama ini selain pihak pendakwa syarie perlu memperkemaskan lagi kerja-kerja di peringkat pendakwaan supaya kes-kes berkaitan Syiah dapat disabitkan ketika berlangsungnya proses perbicaraan.

Dalam pada itu syor supaya kerajaan mewujudkan semula undang-undang berbentuk pencegahanan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Ordinan Darurat juga wajar dipertimbangkan demi menjaga akidah Islam yang semakin terdedah dengan ancaman Syiah.

Menurut Zamihan undang-undang seumpama itu amat berkesan bagi mencegah penularan fahaman Syiah di peringkat awal dan ia berlaku ketika era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, antaranya ISA telah digunakan untuk menahan pendokong-pendokong Syiah tegar.

Ataupun menurut Zamihan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang ada pada hari ini dijadikan sebagai perisai bagi mencegah ideologi ekstremis termasuk Syiah.

Kembali kepada seminar tersebut terdapat peserta yang mencadangkan supaya murid-murid di peringkat sekolah rendah lagi didedahkan dengan fahaman-fahaman songsang terutama Syiah melalui sukatan pelajaran pendidikan agama Islam.

Syor itu wajar dipertimbangkan oleh Kementerian Pendidikan agar murid-murid tahu latar belakang serta kesesatan Syiah sejak kanak-kanak lagi.

Maklumat mengenai kesesatan Syiah itu perlu diperincikan lagi di dalam sukatan pendidikan Islam ketika mereka berada di peringkat sekolah menengah bagi memastikan mereka benar-benar faham mengenai bahaya serta kesan yang dibawa oleh fahaman menyeleweng itu.

Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Islam, Universiti Malaya (UM), Mohd. Hamidi Ismail dalam emelnya kepada penulis berkata, terlalu banyak kesesatan yang ditimbulkan oleh Syiah sama ada untuk anutan pengikutnya atau umat Islam lain.

Yang paling besar ialah mendewakan para imam, sehingga ada yang menyembah Ali r.a dan para imam, bukannya Allah SWT.

Beliau berkata, ini boleh dilihat dalam kitab rujukan utama mereka al-Kafi, bagaimana Ali dan para imam dicatatkan mengaku sebagai hamba Nabi Muhammad SAW dan inilah ajaran membolehkan para pengikut Syiah menyembah para imam walaupun mereka sering menafikan hal ini berlaku dalam ajaran tersebut.

Ditambah lagi katanya dengan kepercayaan bahawa 12 imam itu daripada cahaya Allah dan Ali r.a pernah diberikan sebahagian kuasa kenabian oleh Rasulullah SAW.

Ajaran sesat Syiah itu perlu dibanteras dengan segera dan kerajaan serta pihak berkuasa agama negeri tidak boleh berdiam diri. Mereka perlu bertindak segera dengan menggunakan segala peruntukan undang-undang sedia ada sebelum virus Syiah itu menjadi barah sekali gus boleh mengancam kesejahteraan umat dan negara.

Nilai songsang julang penjenayah sebagai wira

Posted: 12 Sep 2013 11:41 AM PDT

ISLAM adalah agama yang syumul - agama yang holistik. Islam tidak hanya menggariskan urusan hubungan ibadah di antara makhluk dengan Penciptanya, dengan keperluan memenuhi tuntutan fardu ain, malah turut menggariskan atur urusan kehidupan di antara makhluk sesama makhluk, dengan keperluan untuk menyempurnakan pelbagai tanggungjawab fardu kifayah.

Islam adalah agama yang menyeluruh - agama yang mencakupi semua bidang kehidupan. Terkandung di dalam al-Quran perkara-perkara berkaitan pokok agama, norma, hukum, hikmat dan pimpinan untuk menjamin kebahagiaan hidup insan, baik di dunia begitu juga persiapan dan amal untuk bekalan di akhirat. Ia menilai dan menghukum setiap perkara yang dilakukan oleh manusia seperti yang dibayangkan dalam ayat 38 Surah Al-An' Aam yang bermaksud:

"...Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhan merekalah, mereka dihimpunkan". (6:38)

Islam telah memperkenalkan pelbagai hukum - pelbagai peraturan hidup untuk menjamin berlakunya keadilan dan kesaksamaan, untuk mencegah daripada berlakunya sebarang kezaliman dan penindasan. Pelaksanaan hukum secara tegas yang dituntut oleh Islam untuk dilaksanakan, adalah bagi memastikan terjaminnya kerukunan hidup alam dan kesejahteraan hidup insan.

Di samping menghukum ke atas dosa yang telah dilakukan oleh manusia, prinsip melaksanakan hukuman secara tegas yang diperkenalkan dalam Islam, bertujuan untuk menjadi pengajaran, peringatan, amaran, contoh dan teladan.

Islam amat mementingkan faktor keselamatan dan kesejahteraan ummah. Ucapan Assalamualaikum Warahmatullah yang dianjur untuk dilafazkan sesama ummah, adalah doa yang membawa maksud:

"Selamat sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatan ke atasnya".

Malah, doa memohon selamat sejahtera turut dilafazkan ke kanan dan ke kiri sebaik-baik selesai mengerjakan solat.

Kesedaran manusia terhadap pentingnya keselamatan adalah naluri semula jadi. Keadaan keselamatan mempengaruhi kerukunan alam dan kesejahteraan hidup insan. Seseorang insan tidak dapat melalui hidup harian yang sejahtera dalam persekitaran hidup yang tidak selamat.

Undang-undang dan peraturan diperkenalkan di sesebuah negara dan di bawah sesuatu pemerintahan, bertujuan untuk memastikan keselamatan insan, membolehkan mereka bekerja untuk mencari nafkah tanpa gangguan, tidak merasa bimbang atas keselamatan nyawa, keselamatan ahli keluarga dan keselamatan harta benda, baik ketika berada di dalam atau di luar rumah; membolehkan isteri, anak dan anggota keluarga bergerak selamat ketika melakukan perjalanan, baik ke tempat kerja, ke sekolah atau untuk melakukan pelbagai urusan harian.

Di semua negara, kerajaan bertanggungjawab menubuhkan institusi yang diamanahkan untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam. Di negara kita, pasukan Polis Diraja Malaysia diamanahkan dengan tanggungjawab penting keselamatan dan ketenteraman awam. Sesungguhnya, tugas Polis Diraja Malaysia adalah satu tugas penting negara, tugas untuk memenuhi satu tanggungjawab fardu kifayah.

Berdasarkan laporan akhbar, kejadian jenayah berat terutamanya jenayah bunuh semakin menjadi-jadi berlaku di negara ini. Jenayah bunuh bukan sahaja dilaporkan semakin sering berlaku, malah dilakukan secara ganas - secara kejam - secara mengerikan, hingga ke peringkat berlakunya kes pembunuhan di hadapan ibu tua, di hadapan anak kecil, di dalam rumah ibadat.

Perbuatan sekejam, seganas dan sengeri tersebut, seolah-olah memperlihatkan sifat angkuh pihak tertentu mahu mencabar undang-undang negara serta perlakuan provokasi mencabar penguat kuasa undang- undang.

Jenayah akan berleluasa jika penjenayah beranggapan pihak berkuasa kurang tegas menguatkuasakan undang-undang. Jenayah semakin berani dilakukan jika penjenayah beranggapan bahawa mereka begitu mudah terlepas daripada tangkapan, mudah bebas daripada dakwaan dan jika disabitkan, sekadar dijatuhkan hukuman yang ringan.

Terkandung dalam lirik sebuah lagu popular pada tahun enam puluhan berbunyi, "dunialah sekarang - sudahlah terbalik, pemudi berbaju belang - pemuda berbaju batik". Lirik lagu tersebut ada unsur-unsur nasihat dan peringatan. Penulis lirik tersebut, mengingatkan bahawa nilai yang songsang boleh merosakkan kehidupan alam.

Betapa nilai songsang, kini kelihatan berlaku, apabila penjenayah dijulang sebagai wira sementara penjaga keamanan dianggap melakukan kezaliman. Nilai sedemikian adalah songsang dan perlu ditolak secara tegas.

Nilai sedemikian, jika diterima akan memberi galakan kepada lebih ramai pihak untuk lebih berani melakukan jenayah, bersifat riak mencabar autoriti, bertindak ganas, terus melakukan jenayah membunuh menurut hawa nafsu.

Negara ini bukan tempat yang boleh membenarkan berlakunya budaya cowboy yang memberi lesen kepada mana-mana pihak sesenang hati menembak dan membunuh.

Usaha membanteras jenayah hendaklah dijayakan secara kolektif. Penjenayah adalah penjenayah; penjenayah harus dilihat dari lensa sedemikian, tanpa dikait paut dengan faktor kaum, tanpa dikait paut dengan motif politik kepartian.

Tugas polis wajib dibantu. Moral anggota polis menegakkan keamanan, berkorban nyawa dan keselamatan diri, wajib dipertahankan dan diberikan sokongan padu oleh setiap warga yang mahukan keamanan.

Tugas membanteras jenayah adalah tugas fardu kifayah. Ia wajib disokong - diambil tanggungjawab secara bersama oleh setiap ummah, demi memastikan keselamatan nyawa, harta benda dan anak isteri. Para penjenayah jangan sama sekali dilindungi, jauh sekali daripada diiktiraf sebagai wira.

Merancang, membantu atau memberi upah untuk melakukan pembunuhan adalah ditegah dalam Islam. Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam menempelak mereka yang membantu serta mendorong berlakunya pembunuhan. Sabda Baginda: "Jika seluruh penduduk bumi bersekongkol untuk menumpahkan darah seorang mukmin, nescaya Allah akan campakkan mereka ke dalam neraka". (Riwayat Tarmizi).

Usaha membanteras jenayah memerlukan kesungguhan usaha dan penumpuan sumber. Jawatankuasa masjid dan surau sewajarnya mempamerkan contoh teladan, mengambil langkah membantu meringankan tugas-tugas polis.

Kesedaran untuk membanteras jenayah perlu ditingkatkan. Anggota polis wajar dijemput menyampaikan taklimat dan penerangan keselamatan dalam sesi-sesi tazkirah yang dianjurkan di masjid dan di surau.

Kesedaran ummah terhadap langkah- langkah preventif mencegah jenayah perlu ditingkatkan melalui kandungan khutbah di mimbar Jumaat. Jawatankuasa masjid, jawatankuasa surau serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung hendaklah tampil ke hadapan membantu polis dalam tugas-tugas kawalan serta menyampaikan maklumat keselamatan dan perlakuan jenayah kepada pihak polis dari masa ke masa.

Dalam kawasan-kawasan yang dianggap kritikal, program pengawalan oleh pihak awam (civilian policing) mungkin perlu difikirkan dan diperkenalkan, agar tugas polis dapat diringankan.

Semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan memberikan perlindungan terhadap agama Islam, negara, ummah, kaum keluarga dan harta benda kita daripada sebarang ancaman. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala memberikan petunjuk kepada Beta serta ahli-ahli Majlis dapat merumus dan menghasilkan keputusan yang bermanfaat dalam persidangan ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Jangan lokek dengan pujian

Posted: 11 Sep 2013 09:53 PM PDT

Oleh DR NOR ASMA LODE
l Penulis adalah seorang pensyarah kanan di Pusat Pengajian Perakaunan, UUM

Mampukah seorang pendidik memuji anak didiknya seandainya anak sendiri tidak pernah menerima sebarang pujian?

Bersegeralah belajar memuji anak, pasangan atau sahabat terdekat supaya pendidik boleh memuji anak didiknya.

Ini adalah kerana pujian itu penting dan mempunyai kuasa 'ajaib'. Ia penting dan diperlukan oleh anak didik agar mereka menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat.

Sebagai contoh, seorang pendidik wajar memuji anak didiknya yang rajin datang ke sekolah walaupun mereka tidak pandai membaca.

Kesan pujian tersebut mampu memberi semangat anak didik terus datang ke sekolah.

Sebaliknya, tanpa pujian, seorang pendidik akan melemahkan keyakinan anak didiknya yang rajin hadir ke sekolah. Anak didik tersebut akan terus berperasaan bahawa beliau tidak dipedulikan.

Akhirnya, tiada lagi tempat mereka menumpang kasih dan sayang apatah lagi mendapat pujian daripada insan bergelar pendidik.

Pujian tidak memerlukan sebarang kos. Pendidik hanya perlu prihatin dan ambil peduli keadaan sekeliling anak didiknya.

Perhatikan tindak-tanduk mereka daripada setiap sudut agar boleh diberi pujian.

Penulis amat kagum melihat bagaimana pendidik di luar negara mampu memberi pujian kepada anak didiknya.

Pujiannya hanyalah kerana anak didik pandai bercakap "please" apabila meminta pertolongan.

Pendidik di Malaysia perlu mencontohi bagaimana pujian diberikan oleh pendidik di luar negara. Mereka tidak langsung lokek dan teragak-agak dalam memberi pujian dalam segala aspek.

Pendidik di Malaysia seharusnya berubah. Jadilah pendidik yang bukan sekadar pandai mendidik subjek dalam kelas.

Mereka perlu mendidik diri supaya pandai memberi pujian yang dibolehkan kepada insan yang bergelar anak didik.

Rasulullah SAW mengucapkannya beberapa kali. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barang siapa yang terpaksa harus memuji saudaranya, maka katakanlah: 'Aku kira si fulan demikian dan demikian, tetapi Allah-lah yang menilai (keadaan sebenarnya). Aku tidak mahu menilai atas nama Allah (kepada seseorang) demikian dan demikian, jika memang kelebihan itu ada pada dirinya." [Hadis sahih, riwayat Bukhari]

Rezeki sedikit dikongsi bersama

Posted: 11 Sep 2013 09:53 PM PDT

Kanak-kanak daripada masyarakat Orang Asli gembira dengan sumbangan beg sekolah yang diterima daripada Ihram Project.

MENYEDARI masih terdapat golongan yang kurang bernasib baik, pasukan Ihram Project di bawah naungan Yayasan Al- Khalifah telah menyumbangkan dana berjumlah RM10,000 dan bekalan makanan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Kuala Mu, Perak, baru-baru ini.

Dana itu diperoleh hasil sumbangan badan-badan korporat dan orang ramai yang bersimpati dengan keadaan masyarakat Orang Asli di perkampungan itu.

Misi menghantar wang sumbangan dan bekalan makanan harian itu diketuai oleh Nor Azhar Mohamed, 27, mewakili pasukan Ihram Project selain turut mendapat kerjasama daripada beberapa badan korporat seperti Tenaga Nasional Berhad Jana Manjung, Emansoft, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 10A, Al- Qayim, dan Ar-Rahmah.

Selain itu, seramai 60 orang sukarelawan yang terdiri daripada penjawat awam, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), dan pelajar turut menyertai program tersebut.

Untuk sampai ke Pos Kuala Mu, pasukan itu menggunakan 20 buah pacuan empat roda yang mengambil masa selama dua jam dari Kuala Lumpur untuk sampai ke perkampungan itu.

Sepanjang berada di Pos Kuala Mu, mereka turut menghulurkan sumbangan kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Gapah Hulu, Kampung Gapah Hilir, Poh, Bersah, Kampung Beswok dan Kampung Kotai.

Dalam program sama, golongan wanita orang asli turut diajar cara-cara membuat kek manakala, aktiviti riadah dan lukisan pula disediakan untuk kanak-kanak.

Dalam pada itu, Pasukan Ihram Project turut merancang meneruskan usaha bagi mengumpul dana untuk membantu masyarakat Orang Asli di beberapa negeri lain termasuk Selangor, Kelantan, Perak, Terengganu, Pahang dan Johor.

Pihak dan individu yang berminat untuk menghulurkan sumbangan, bolehlah melayari laman web www.yayasanalkhalifah.com.my.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kerja naik taraf Jalan Lima selesai

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusan.com.my

Keadaan persimpangan Jalan Lima, Jalan Chan Sow Lin selepas kerja pembaikan selesai.

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Memandu di Jalan Chan Sow Lin kini terasa lebih selesa setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyelesaikan projek menaik taraf dan membaiki permukaan jalan, terutama di persimpangan Jalan Lima.

Persimpangan berlampu isyarat itu kini telah diturap semula dengan menggunakan blok konkrit yang lebih lasak dan mampu menahan bebanan yang dibawa kenderaan berat yang banyak menggunakan jalan itu.

Pengarah Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran DBKL, Tan Keng Chok berkata, sudah tiba masa jalan berkenaan dinaik taraf kerana jalan itu sering rosak, berlubang selain dicemari oleh tumpahan konkrit dan batu kerikil sejak sekian lama.

Menurutnya, sebanyak RM100,000 dibelanjakan untuk kerja-kerja kerja-kerja menurap semula kawasan tersebut, yang sepanjang kira-kira 30 meter dan membabitkan tiga buah laluan di persimpangan lampu isyarat berkenaan demi keselesaan para pengguna.

"Jalan tersebut sering rosak yang berpunca daripada tekanan beban oleh kenderaan muatan berat yang sering keluar masuk di situ. Selain itu, pihak DBKL juga telah beberapa kali menurap jalan tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

"Penurapan dan pembaikan jalan itu adalah dengan menggunakan kaedah interlocking concrete paving block (ICPB) atau blok konkrit bagi memperkukuhkan lagi permukaan jalan tersebut daripada tekanan kenderaan berat," tambah beliau.

Selain itu, beliau turut memberikan jaminan bahawa DBKL akan membaiki dan menurap jalan yang rosak di kawasan Jalan Chan Sow Lin.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, selain memperbaiki persimpangan Jalan Lima, DBKL juga telah menurap semula Jalan Enam dan beberapa tempat yang rosak di sepanjang Jalan Chan Sow Lin.

Sementara itu, Keng Chok berkata, tumpahan konkrit di permukaan jalan adalah disebabkan lori simen membawa muatan lebih daripada had yang dibenarkan.

"Kebiasaannya, had yang dibenarkan adalah sebanyak 4.6 meter isipadu tetapi lori-lori terbabit membawa muatan melebihi had sehingga menyebabkan konkrit tumpah di jalan raya," jelasnya.

Oleh itu, cabaran yang dihadapi oleh DBKL sekarang ialah bagaimana untuk menangani masalah ini daripada terus berulang agar perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membaiki jalan-jalan yang rosak akibat lori simen konkrit membawa muatan berlebihan tidak berulang.

Cerucuk punca tanah mendap

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusan.com.my

Ahmad Phesal Talib (dua dari kanan) bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh (kanan) tertarik melihat hasil fasa pertama projek 'Light Up KL' selepas melancarkannya di perkarangan Galeri Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pihak pemaju dan kontraktor sedang melaksanakan kerja-kerja pembaikan di kawasan kejadian tanah mendap di sebahagian projek pembinaan pangsapuri servis di Jalan 1/76, Desa Pandan dekat sini yang berlaku kelmarin.

Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, beliau berharap agar kerja- kerja pembaikan terbabit dapat disiapkan petang esok.

Beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti punca kejadian adalah disebabkan oleh cerucuk yang gagal berfungsi sekali gus menyebabkan struktur tanah menjadi mendap.

"Kami (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) telah mengeluarkan arahan supaya pihak kontraktor terbabit menghentikan kerja-kerja pembinaan buat sementara waktu.

"Semalam kami telah berbincang dengan pihak pemaju dan kontraktor untuk mengadakan kerja-kerja pembaikan semula. Ia berikutan cerucuk yang tumbang lalu menyebabkan tanah mendap.

"Pada masa sama, air dari parit mengalir masuk ke kawasan pembinaan. Jadi, pihak kontraktor telah mengambil tindakan menimbus dan memampatkan tanah di kawasan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas merasmikan 'Light Up KL' di Galeri Kuala Lumpur di sini malam ini.

Kelmarin, penduduk Desa Pandan digemparkan dengan kejadian tanah mendap di tapak projek itu. Kejadian itu turut menyaksikan jalan raya di hadapan tapak projek berkenaan merekah dan mendap.

Menurut Ahmad Phesal, pada masa sama, pihak DBKL telah meminta pihak perunding untuk melaksanakan pemantauan secara berterusan supaya kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna.

"Projek itu boleh diteruskan kerana tidak melibatkan struktur bangunan. Pada masa sama tidak menimbulkan bahaya kepada penduduk sekitar.

"Cuma cerucuk sahaja yang mengalami masalah dan selepas kerja-kerja itu siap, jalan raya di hadapan tapak projek itu akan diturap semula," jelasnya.

Pameran fotografi Jepun di Perpustakaan Kuala Lumpur

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

Salleh Yusup (kiri) tertarik dengan gambar yang dipamerkan sambil diberi penerangan oleh Shigeru Nakamura pada majlis perasmian pameran 'Gazing At The Contemporary World, Japanese Photography From The 1970's To The Present', di Perpustakaan Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Berita baik buat peminat seni fotografi kerana buat kali pertama sebuah pameran yang menampilkan foto-foto dari Jepun dipamerkan di Perpustakaan Kuala Lumpur di sini, bermula hari ini hingga 30 Oktober.

Pameran 'Gazing At The Contemporary World, Japanese Photography From The 1970's To The Present' itu merupakan anjuran Yayasan Jepun Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan terbuka kepada orang ramai. Masuk adalah percuma.

Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup berkata, pameran tersebut merupakan satu cara untuk masyarakat di negara ini dan pelancong asing mengenali dengan lebih dekat perubahan serta perkembangan negara Matahari Terbit itu melalui foto-foto yang dipamerkan.

"Sebanyak 76 keping gambar yang diambil dan diterjemahkan oleh sebanyak 23 jurugambar profesional dari Jepun dipamerkan. Ini dapat memberi peluang kepada warga kota mengenali dengan lebih mendalam terhadap seni fotografi.

"Selain itu dapat mempromosikan Kuala Lumpur kepada pelancong-pelancong asing khususnya kepada peminat fotografi dari negara tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pameran tersebut hari ini.

Yang turut hadir, Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura; Pengarah Yayasan Jepun Kuala Lumpur, Toyoda Shoichi; Pengerusi Persatuan Perpustakaan Kuala Lumpur, Datuk Seri Mat Shah Safuan; dan Pengarah Perpustakaan Kuala Lumpur, Rosidah Ismail.

Menurut Salleh, pameran berkenaan diharap sebagai satu langkah dalam usaha kerajaan melaksanakan pelbagai program bersama di antara dua bandar berkembar, Kuala Lumpur dan Osaka selain merapatkan hubungan dua hala.

"Saya berharap pameran ini akan memberi cetusan idea dan menarik minat pengunjung serta golongan belia yang ingin menjadi jurufoto profesional pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kejadian tanah mendap yang berlaku di sebahagian projek pangsapuri di Jalan 1/76, Desa Pandan malam kelmarin, beliau mengingatkan pihak pemaju dan kontraktor agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh DBKL.

"Kami sentiasa mengambil pendekatan serius terhadap pihak terbabit supaya mematuhi peraturan-peraturan ketika menjalankan kerja-kerja pembinaan bagi mengelakkan insiden sedemikian berulang," ujarnya.

Kejadian itu turut menyebabkan sebahagian jalan raya di hadapan tapak projek berkenaan merekah dan mendap.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved