Khamis, 27 Oktober 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis tahan suspek curi bagasi

Posted:

Polis tahan suspek curi bagasi

Polis tahan suspek curi bagasi


Imran Abdul Rahman (kiri) dan timbalannya, Deputi Supritendan Zaldino Zaludin menunjukkan bagasi mangsa kecurian di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, semalam.


SEPANG 27 Okt. - Polis berjaya membongkar kes kecurian bagasi yang berlaku sejak awal tahun ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah menahan tiga lelaki warga asing berusia lingkungan 50-an di Ampang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, tangkapan itu hasil siasatan polis terhadap aduan seorang penumpang di KLIA apabila sebuah beg yang dibawa bersamanya hilang disyaki dicuri.

Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Sepang menyerbu sebuah kondominium di Ampang dan berjaya merampas 16 unit beg pelbagai jenis, sebuah komputer riba, lima utas jam tangan dan tiga cermin mata.

"Polis mendapat laporan pada Sabtu lepas seorang penumpang yang akan ke Kota Kinabalu kehilangan beg yang mengandungi sebuah Ipad, satu cermin mata, sebatang pen dan dokumen ketika diletakkan di atas troli semasa hendak mendaftar masuk.

"Kemudian pada Selasa lalu sekitar pukul 6 petang polis menyerbu kondominium yang dijadikan tempat penginapan mereka dan menahan dua lelaki warga Peru dan seorang warga Sepanyol.

"Melalui siasatan yang kita jalankan, suspek turut mencuri di beberapa kawasan tumpuan orang ramai seperti KLCC, hotel dan restoran dengan seorang suspek berlagak bertanyakan sesuatu manakala yang lain bertindak menarik perhatian orang ramai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini hari ini.

Imran memberitahu, ketiga-tiga lelaki yang ditangkap kini ditahan reman hingga 7 November ini untuk siasatan lanjut.

"Polis percaya dengan tertangkapnya suspek-suspek ini kita berjaya membendung dan menyelesaikan 12 kes kecurian barang yang dilaporkan menggunakan modus operandi yang sama di KLIA.

"Justeru, kepada mangsa-mangsa yang kehilangan beg di KLIA dan pernah bersemuka dengan suspek diminta datang ke balai polis untuk pengecaman," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Imran memberitahu, sepanjang tahun ini polis berjaya membuat tangkapan tujuh kes terhadap pemilikan senjata tiruan merupai senjata api di KLIA.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak membeli senjata tiruan tersebut kerana ia menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang dan boleh didakwa di bawah peruntukan 36 akta senjata 1960.

"Hasil siasatan mendapati terdapat tiga modus operandi yang diguna pakai untuk menyeludup senjata ini iaitu dengan membeli di luar negara dan membawa masuk sebagai barang permainan, beli di luar negara dan kemudian pos dalam bentuk bungkusan serta pos senjata tersebut dalam bentuk bungkusan ke pelbagai destinasi dalam Malaysia.

"Kepada sesiapa yang memiliki senjata tiruan walaupun untuk tujuan perhiasan boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun dan denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sindiket cipta kartrij palsu tumpas

Posted:

Sindiket cipta kartrij palsu tumpas

Sindiket cipta kartrij palsu tumpas

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my

SEREMBAN 27 Okt. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menumpaskan satu sindiket menghasilkan kartrij pencetak komputer tiruan berjenama setelah merampas peralatan bernilai RM2 juta dalam lima serbuan yang dilakukan di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Serbuan pada pukul 12.30 tengah hari Ahad lalu itu dijalankan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK di lima premis berhampiran Taman Sri Manja selepas menerima aduan daripada wakil syarikat pengadu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasanya, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, dalam serbuan tersebut, pihaknya merampas 5,000 unit kartrij tiruan pelbagai jenama seperti 'Hewlett-Packard' (HP), 'Epson', 'Canon' dan 'Samsung' yang dipercayai dihasilkan untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

"Dalam serbuan tersebut, pihak kami turut merampas lapan buah mesin bagi menghasilkan serta mengisi serbuk toner, mesin pencetak logo dan pelekat serta mesin penghasilan kartrij.

"Pihak kami percaya lokasi serbuan menjadi tempat penghasilan serbuk toner, pencetakan kotak dan pelekat, stor simpanan, pejabat urusan termasuk stor penyimpanan kartrij yang siap dibungkus," katanya.

Mohd. Roslan berkata demikian kepada pemberita di Kompleks Penyimpanan KPDNKK di Taman Industri Arab-Malaysia, Nilai dekat sini hari ini.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang disyaki pemilik perniagaan dan lima premis terbabit.

"Siasatan lanjut mendapati pemilik tersebut telah menjalankan operasinya hampir dua tahun," kata Mohd. Roslan yang turut memberitahu pihaknya telah menjalankan risikan selama dua minggu sebelum menggempur lima premis terbabit.

Kes ini, kata beliau, disiasat di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Perihal Dagangan 1972.

Jika disabit kesalahan, pesalah akan didakwa di bawah Seksyen 18(1) yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun bagi orang perseorangan, manakala bagi badan korporat, pesalah boleh dihukum di bawah Seksyen 18 (2) dengan hukuman denda tidak melebihi RM250,000," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


30,000 peluang kerja

Posted:

30,000 peluang kerja

30,000 peluang kerja


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin melancarkan Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 dengan menampal pelekat pada kenderaan awam sambil diperhatikan oleh Nazir Hussin Akhtar Hussin (kiri) di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 27 Okt. - Atas dasar prihatin terhadap nasib siswazah menganggur, Pemuda Barisan Nasional (BN) sekali lagi tampil menganjurkan Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 atau BN Youth Job Fair.

Karnival ini bakal menawarkan lebih 30,000 peluang pekerjaan.

Pengerusi program itu, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, karnival tiga hari dari 18 hingga 20 November ini adalah edisi keenam dan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

"Karnival ini pernah diadakan di Kedah, Pahang, Melaka, Sabah dan Perak. Rentetan kejayaan sebelum ini, Pemuda BN sekali lagi tampil menganjurkannya di PWTC pada November ini dengan penyertaan lebih 600 majikan dari seluruh negara.

"Susulan penganjuran di lima negeri pada Julai lalu, sebanyak 24,000 jawatan sudah diisi," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pra pelancaran karnival itu oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Menara Datuk Onn hari ini.

Justeru, Nazir Hussin yang juga Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda BN memberitahu, pengunjung karnival kali ini dijanjikan dengan peluang pekerjaan yang berkualiti oleh syarikat termasuk Petronas, Proton, Maybank dan Airod.

Tidak ketinggalan jelasnya, karnival itu akan disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional.

"Mereka yang berminat menyertai tentera, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut terlibat dalam karnival ini bagi merekrut anggota baru.

"Ini adalah karnival pekerjaan terbesar pernah diadakan di Malaysia dan saya berharap ia mampu mengurangkan kadar pengangguran kalangan siswazah dan juga lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Bukan itu sahaja tambah beliau, mereka yang mahu menukar kerja juga dialu-alukan mengunjungi karnival itu.

Bagi majikan yang ingin menyertai karnival kerjaya ini bolehlah menghubungi sekretariat karnival di talian 03-41427777.

Full content generated by Get Full RSS.

BEPU, Perdasama bina Maahad di Kemboja

Posted:

BEPU, Perdasama bina Maahad di Kemboja

BEPU, Perdasama bina Maahad di Kemboja

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO (BEPU) dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) melancarkan Tabung Dana Pembinaan Maahad Tahfiz Antarabangsa Malaysia-Kemboja.

Pengerusi BEPU, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya berharap dapat menarik pelbagai pihak terutamanya sektor korporat untuk menyumbang kepada pembinaan maahad itu dengan sasaran mengumpul sebanyak RM500,000 dalam tempoh enam bulan.

Menurutnya, maahad tersebut akan didirikan di atas tanah seluas 0.8 hektar di Kampung Cham, Kemboja.

''Kita harap ia dapat disiapkan pada penghujung tahun hadapan dalam usaha membantu masyarakat Islam Kemboja mendapatkan pendidikan dan keluar daripada kepompong kemiskinan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden 3 Perdasama, Datuk Shawaludin Mohd. Din dan Setiausaha Perdasama Muda, Ahmad Zaffry Sulaiman.

Sohaimi berkata, selain sumbangan wang tunai, pihaknya juga mengalukan-alukan sebarang sumbangan lain bagi membantu masyarakat Islam di negara itu.

Menurutnya, maahad tahfiz itu bukan sahaja memberi tertumpu terhadap pengajian al-Quran, sebaliknya, turut menekankan pengajian dalam bidang lain seperti Sains, Komputer dan bahasa Melayu.

Beliau berkata, pihaknya mensasarkan seramai 1,000 pelajar seawal usia 10 tahun termasuk pelajar antarabangsa dari Laos dan Vietnam akan mengikuti pembelajaran di maahad tersebut.

Katanya, sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank di nombor akaun 162740137269 atau menghubungi pejabat Perdasama di talian 03-20952002 atau sekretariat BEPU di talian 019-3229507.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Allenby ungguli hari pembukaan

Posted:

Allenby ungguli hari pembukaan

Allenby ungguli hari pembukaan

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


aksi Robert Allenby pada lubang ke-15 Kejohanan Golf CIMB Asia Pacific di The Mines Resort & Golf Club, semalam.


SERI KEMBANGAN - Robert Allenby bermula langkah kanan pada Kejohanan Golf Klasik CIMB Asia Pasifik 2011 apabila mendahului pada hari pertama dengan catatan lapan di bawah par 63 di The Mines Resort & Golf Club, semalam.

Pemain Australia itu cemerlang seawal lubang kedua apabila membenam birdie sebelum mengulanginya pada lubang ketiga, kelima, keenam, ke-11, ke-15, ke-16 dan ke-17.

Catatan lapan birdie membolehkan Allenby mengatasi Jhonathan Vegas dari Venezuela pada tempat kedua yang mencatat tujuh di bawah par 64,

Tempat ketiga milik pemain Sweden, Frederick Jacobson dengan enam di bawah par 65.

Allenby berpuas hati dengan permainannya terutama pada lubang ke-18 apabila berjaya melakukan pukulan dengan baik untuk melakukan par.

"Saya gembira kerana melakukan banyak birdie hari ini, tidak melakukan bogey adalah sesuatu yang cemerlang," katanya.

Allenby juga berpuas hati dengan keadaan lapangan The Mines Resort & Golf Club, di mana setiap lubang membolehkan pemain melakukan pukulan bola jauh dan lurus.

Pemain terbaik Malaysia semalam menjadi milik Danny Chia, yang berkongsi tempat ke-31 bersama tujuh pemain selepas melakukan catatan menyamai par 71.

Danny bercadang menukar strategi pada hari kedua hari ini, terutama ketika melakukan pukulan pada lubang pertama.

"Saya sedikit gementar hari ini, kali pertama beraksi pada kejohanan ini menyebabkan saya tertanya-tanya apa yang akan berlaku sebaik sahaja saya memasuki lapangan.

"Saya juga seakan hilang fokus kerana mempamerkan corak permainan yang agresif. Bagaimanapun pukulan yang saya lakukan terutama pukulan putt sangat baik," katanya.

Seorang lagi pemain negara, Shaaban Hussin menduduki tempat ke-40 bersama tiga pemain termasuk bekas pemain No. 1 dunia, Vijay Singh selepas melakukan satu di atas par 72.

Full content generated by Get Full RSS.

Hai-O harap tuah final keempat

Posted:

Hai-O harap tuah final keempat

Hai-O harap tuah final keempat

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Beraksi buat kali keempat pada pentas akhir Piala Malaysia, Hairuddin Omar berharap tuah sekali lagi memihak kepadanya apabila berdepan pasukan negeri kelahirannya, Terengganu di Stadium Shah Alam.

Hairuddin, juga dikenali Hai-O menjaringkan gol pada perlawanan akhir edisi 2009 dan 2010, masing-masing ketika mewakili Negeri Sembilan dan Kelantan.

Dia juga beraksi pada final 2001 mewakili Terengganu di mana pasukannya muncul juara.

Ini bermakna pasukan yang diwakilinya, belum pernah kecewa pada final Piala Malaysia.

"Saya harap tuah akan bersama saya sekali lagi pada final kali ini, iaitu final keempat buat saya.

"Tidak kisah siapa yang menjaringkan gol, asalkan Negeri Sembilan muncul sebagai pemenang," katanya ketika dihubungi, semalam.

2001 menyaksikan kemunculan pertama Hairuddin Omar pada final Piala Malaysia, membantu Terengganu muncul juara mengalahkan Perak 2-1.

Pada 2009, dia membantu Negeri Sembilan menang 3-1 ke atas Kelantan, dengan turut menjaringkan satu gol.

Tuah terus memihak kepada Hairuddin pada 2010 apabila sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring, ketika Kelantan menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan.

Dia mengetepikan sentimen berdepan negeri kelahirannya pada perlawanan esok, sebaliknya bersikap profesional terhadap pasukan yang diwakilinya.

"Memang perasaan sedikit terasa kerana berdepan negeri kelahiran saya. mungkin ada segelintir peminat Terengganu yang akan mencemuh saya.

"Saya ketepikan semua itu kerana buat masa ini keutamaan saya adalah pasukan Negeri Sembilan iaitu majikan saya.

"Jika saya menjaringkan gol nanti, saya berjanji tidak akan meraikannya keterlaluan kerana menghormati negeri asal saya, Terengganu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Mat Sabu dibicara 19 Dis.

Posted:

Mat Sabu dibicara 19 Dis.

Mat Sabu dibicara 19 Dis.

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

BUTTERWORTH 27 Okt. - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 19 hingga 23 Disember ini untuk perbicaraan kes terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong.

Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajudin menetapkan tarikh tersebut di kamar beliau hari ini dengan kehadiran Timbalan Pendakwa Raya, Lailawati Ali dan peguam Aminuddin Zulkifli yang mewakili Mohamad.

Tarikh tersebut dipilih selepas Lailawati memohon tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 5 hingga 9 Disember ditukarkan ke tarikh lain kerana pihak pendakwaan perlu menghadiri satu persidangan pada tarikh berkenaan.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu dituduh melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, beliau didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Mohamad turut dikenakan tuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, Mohamad dalam ceramahnya itu antara lain menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor ialah wira sebenar, bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Mohamad menerima kecaman hebat apabila klip rakaman video ceramahnya itu disebarkan menerusi Internet dan mendapat liputan meluas pihak media menyebabkan lebih seribu laporan polis dibuat termasuk oleh tiga ahli keluarga anggota polis yang terkorban iaitu Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yusof.

Full content generated by Get Full RSS.

Dapat tangguh kosongkan pusat komuniti

Posted:

Dapat tangguh kosongkan pusat komuniti

Dapat tangguh kosongkan pusat komuniti

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini membenarkan permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim untuk penggantungan pelaksanaan perintah mengosongkan premis Pusat Komuniti ADUN yang diwakilinya.

Penggantungan tersebut diberikan sehingga rayuan terhadap kes tersebut diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Hakim Datuk Rohana Yusuf memutuskan demikian sewaktu kes berkenaan disebut di kamar beliau di sini.

Peguam Mohd. Zaharudeen Harun hadir mewakili Azhar, manakala pihak responden iaitu Pegawai Daerah Seberang Perai Utara dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwakili peguam Jenine Gill.

Pada 26 Julai lalu, mahkamah menolak permohonan Azhar untuk membatalkan arahan kerajaan negeri Pulau Pinang agar beliau mengosongkan pusat komuniti terbabit.

Hakim Rohana membuat keputusan tersebut selepas mendapati Azhar selaku pemohon tiada locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk membuat permohonan tersebut.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang itu memfailkan permohonan semakan kehakiman berkenaan pada 19 November 2010 bagi memohon perisytiharan bahawa arahan yang dikeluarkan oleh pejabat daerah tersebut sebagai tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.

Arahan untuk mengosongkan pusat komuniti tersebut didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Seberang Perai Utara pada 8 November 2010.

Azhar kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan pada keesokan harinya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Mangsa gempa perlu bantuan

Posted:

Mangsa gempa perlu bantuan

Mangsa gempa perlu bantuan


Sebahagian daripada bangunan yang runtuh dalam gempa di bandar Ercis, timur Turkey pada Ahad lalu. Kerja-kerja membersihkan runtuhan bangunan dimulakan menggunakan jentera berat dan jentolak di Ercis, kelmarin. - AP


ERCIS 27 Okt. - Pasukan penyelamat menarik keluar seorang remaja lelaki yang masih hidup dari runtuhan sebuah bangunan hari ini, empat hari selepas satu gempa bumi kuat melanda wilayah majoriti Kurdis, Van di timur Turki.

Siaran televisyen menunjukkan pekerja penyelamat mengeluarkan remaja yang kelihatan lesu itu dari celah runtuhan.

Remaja berusia 19 tahun itu adalah mangsa pertama yang dikeluarkan hidup-hidup sejak penyelamat membawa keluar seorang pelajar universiti dan dua guru, semalam.

Dalam pada itu Turki memberi keutamaan kepada usaha melindungi beribu-ribu penduduk yang hilang tempat tinggal akibat gempa bumi, sementara peluang semakin tipis untuk mencari mangsa yang terselamat empat hari selepas bencana itu melanda wilayah majoriti Kurdis, Van di timur negara ini.

Angka kematian meningkat kepada 523 orang manakala 1,650 lagi cedera berikutan gempa bumi 7.2 skala Richter pada Ahad lalu, paling kuat di Turki dalam tempoh lebih sedekad.

Beberapa negara menyahut permohonan bantuan daripada Turki yang meminta bekalan khemah, rumah pasang siap dan kontena, termasuk Israel walaupun hubungan antara kedua-dua kerajaan keruh sejak komando Zionis membunuh sembilan rakyat Turki yang menyertai flotila kapal bantuan ke Genting Gaza tahun lepas.

Di Ercis, bandar yang mempunyai 100,000 penduduk dan paling teruk dilanda bencana itu, mangsa melahirkan rasa kesal ketika berbaris panjang untuk mendapatkan bekalan khemah di jalan utama, selepas hujan lebat malam tadi bertukar menjadi salji pagi ini.

"Semua orang terkena hujan dan jatuh sakit, kami beratur selama empat hari tetapi tidak mendapat apa-apa.

"Apabila tiba giliran kami, mereka memberitahu kami, mereka kehabisan khemah," kata seorang ejen hartanah, Fetih Zengin, 38, yang rumahnya rosak teruk dalam gempa itu.

Katanya, mereka sekeluarga termasuk 10 kanak-kanak tidur berbumbungkan sehelai kain plastik yang direntangkan di atas papan.

"Semua orang memerlukan khemah kerana musim salji akan tiba, tetapi keadaan sangat teruk," katanya.

Gerakan mencari mangsa yang terselamat masih diteruskan di sesetengah lokasi tetapi di tempat lain, penyelamat sudah putus asa dan menghentikan operasi.

Sementara itu, mayat seorang ibu dan bayinya dikeluarkan dari runtuhan sebuah bangunan malam tadi, kata saksi. - AP/Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Bangkai kapal Kublai Khan ditemui

Posted:

Bangkai kapal Kublai Khan ditemui

Bangkai kapal Kublai Khan ditemui


Gambar yang diambil oleh Profesor Yoshifumi Ikeda menunjukkan penemuan serpihan kapal dipercayai daripada armada tentera laut Kublai Khan yang mahu menakluk Jepun. – AFP


OKINAWA 27 Okt. - Ahli arkeologi marin percaya bangkai sebuah kapal purba yang ditemui di dasar kawasan perairan Nagasaki, Jepun adalah sebahagian daripada armada purba milik Raja Mongolia kurun ke-13, Kublai Khan yang hilang, lapor stesen CNN.

Bangkai tersebut ditemui kira-kira 25 meter dari pantai Nagasaki, menggunakan peralatan ultrabunyi.

Ahli arkeologi percaya kapal purba itu digunakan pada 1281 dan merupakan sebahagian daripada 4,400 armada Raja Mongolia yang ditugaskan sebagai pasukan penjajah ketika pemerintahan Dinasti Yuan.

''Penemuan bangkai kapal dengan lunas sepanjang 12 meter dan masih dalam keadaan baik itu akan membantu pengkaji mengenal pasti ciri dan sifat kapal perang sepanjang 20 meter tersebut,'' ujar CNN yang memetik ketua pasukan penyelidik yang menemui kapal itu, Yoshifumi Ikeda.

Ikeda berkata, pihaknya merancang memperluaskan usaha-usaha penerokaan kawasan itu dan mencari lebih banyak maklumat bagi membantu mengembalikan kapal purba itu ke bentuk asal.

CNN melaporkan berdasarkan legenda Jepun, dua taufan dikenali sebagai Kamikaze menyelamat Jepun sebanyak dua kali dalam tempoh tujuh tahun daripada dua penjajahan armada Mongolia dengan memusnahkan kapal-kapal berkenaan.

China bagaimanapun tidak terselamat apabila diperintah Dinasti Yuan Mongolia antara 1271 hingga 1368.

''Menurut buku bertajuk Lost Fleet: In Search of a Legendary Armada oleh ahli arkeologi, James P. Delgado mengenai Kublai Khan, kemusnahan 4,000 kapal penjajahan Dinasti Yuan yang mewujudkan kuantiti besar serpihan bangkai, membolehkan seseorang berjalan dari satu lokasi di darat ke lokasi kemusnahan itu,'' ujar CNN.

CNN melaporkan, kapal purba itu diperbuat dari papan kayu dan dipercayai dicat dengan warna kelabu cerah merupakan antara lebih 4,000 artifak termasuk serpihan seramik, bata, peluru meriam dan sauh diperbuat daripada batu, ditemui di lokasi berkenaan.

''Penemuan artifak itu menimbulkan kaitannya kepada armada penjajahan Dinasti Yuan,'' kata CNN. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Perkasa pemangkin perpaduan

Posted:

Perkasa pemangkin perpaduan

Perkasa pemangkin perpaduan

DATUK IBRAHIM ALI
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) lahir untuk memperkasakan Perlembagaan Persekutuan - melindungi Islam sebagai Agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan Raja-Raja Melayu sebagai simbol bahawa bangsa Melayu dan Bumiputera adalah penduduk asal Tanah Melayu.

Perkasa juga bangkit untuk mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu, memperkasakan kaum pribumi, serta menyatupadukan bangsa Melayu dan kaum pribumi dengan seluruh rakyat jelata Malaysia yang majmuk.

Hakikat, aspirasi dan cita-cita ini adalah dalil bahawa Perkasa wujud untuk mempertahankan kedaulatan serta kemerdekaan negara, keunggulan Perlembagaan Persekutuan, di samping menjamin perpaduan rakyat, keselamatan masyarakat serta kelangsungan Malaysia.

Ringkasnya, Perkasa berjuang untuk memastikan negara dan seluruh bangsa di Malaysia bebas daripada sebarang ancaman.

Ini juga bermakna Perkasa bukannya pertubuhan yang terlalu obsessed atau terlalu menumpukan matlamat dan cita-cita perjuangannya hanya kepada soal bangsa Melayu dan Bumiputera sahaja. Perkasa adalah pemangkin perpaduan bangsa Malaysia seluruhnya.

Hasrat, matlamat dan cita-cita ini juga membuktikan Perkasa bukannya pertubuhan rasis, organisasi Melayu ultra atau persatuan perkauman. Perjuangan Perkasa adalah selaras dengan falsafah Rukun Negara dan menepati Konsep 1Malaysia.

Oleh sebab itu, biarpun aktiviti dan program Perkasa selama ini tidak pernah dibiayai oleh mana-mana dana rasmi, dan walaupun Perkasa bergerak dalam serba kekurangan, kita tetap tidak akan lemah semangat, malahan terus mara dan berjuang secara konsisten.

Hakikat ini penting untuk difahami oleh seluruh rakyat Malaysia serta parti politik aliran perdana dan alternatif. Perkasa tidak lahir untuk mengambil alih atau mengatasi peranan UMNO sebagai tunggak pemerintahan Malaysia. Perkasa juga tidak lahir untuk memusuhi parti-parti pembangkang tanpa sebarang sebab.

Perkasa lahir untuk sama-sama membentengi pemerintahan negara daripada ancaman musuh yang menggugat Perlembagaan Persekutuan, keharmonian agama, perpaduan rakyat, kesejahteraan ekonomi, ketenteraman awam, keselamatan negara dan kelangsungan Malaysia.

Perjuangan Perkasa hari ini jadi semakin relevan dengan tuntutan zamannya. Ini kerana sejak awal abad ke-21, Malaysia mula berhadapan dengan berbagai-bagai kerenah yang boleh mengancam keselamatan identiti atau jati diri bangsa Melayu dan Bumiputera serta jati diri lain-lain keturunan. Karenah ini juga boleh mengancam Malaysia sebagai negara majmuk.

Perkasa amat prihatin terhadap perkembangan ini kerana matlamat akhir perjuangan Perkasa adalah untuk memastikan Malaysia selamat dan rakyat Malaysia pula terbebas daripada ganggu-gugat.

Perkasa menitikberatkan hal ini kerana keselamatan adalah hak seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, atau budaya. Sekali lagi saya ulangi, Perkasa adalah pemangkin perpaduan pelbagai bangsa.

Lantaran itulah Perkasa sentiasa memantau apa jua perkembangan, tindakan dan kenyataan yang menjejaskan kepentingan agama Islam serta bangsa Melayu dan Bumiputera, terutama sekali yang berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perkasa prihatin dalam konteks ini kerana Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama negara yang mempunyai tiga komponen penting.

Pertama sekali, Perlembagaan Persekutuan mengandungi komponen kontrak bangsa atau racial contract. Keduanya, Perlembagaan Persekutuan mengandungi komponen susunan nasional atau national order. Ketiganya, Perlembagaan Persekutuan mengandungi komponen prosedur pengurusan negara atau national management procedure.

Ketiga-tiga komponen ini wujud untuk menjamin perpaduan seluruh warganegara Malaysia, keselamatan tanah air, dan kemakmuran negara.

Kontrak bangsa dalam Perlembagaan Persekutuan dimanifestasikan oleh Perkara 3 (Islam sebagai agama Persekutuan), Perkara 14 (kewarganegaraan), Perkara 32 (Yang di-Pertuan Agong), Perkara 152 (Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan) dan Perkara 153 (keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera).

Seluruh peruntukan ini dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan oleh kerana adanya permuafakatan, persetujuan dan penerimaan majoriti bangsa Melayu dan Bumiputera, keturunan Cina, keturunan India dan lain-lainnya, sewaktu Perlembagaan negara digubal pada tahun 1956.

Pada ketika itu, majoriti bangsa ini diwakili oleh Perikatan - UMNO mewakili majoriti bangsa Melayu dan Bumiputera, MCA mewakili keturunan Cina, dan MIC mewakili keturunan India. Kesemua parti politik ini memberikan persetujuan dan menerima seluruh peruntukan dalam kontrak bangsa ini.

Mereka bersetuju berasaskan dua mandat utama yang diberikan oleh Ratu Inggeris dengan perkenan Raja-Raja Melayu kepada Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan.

Mandat pertama adalah untuk memberikan perlindungan kepada kedudukan istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera. Mandat kedua adalah untuk melindungi kepentingan yang sah yang dimiliki oleh lain-lain bangsa yang menjadi warganegara secara jus soli menerusi kemerdekaan Malaysia.

Mandat-mandat ini diberikan pertimbangan serius oleh Suruhanjaya Reid sebab kedua-duanya sudah termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, iaitu perlembagaan Tanah Melayu di ambang kemerdekaan.

Lebih penting lagi, kedua-dua mandat ini bukannya dicipta oleh bangsa Melayu atau diketengahkan oleh keturunan Cina dan India. Menurut rekod di arkib negara, kedua-dua mandat ini dikemukakan oleh Leftenan Duff, seorang pegawai tentera British yang kemudiannya menduduki jawatankuasa yang membentuk Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Kedua-dua mandat ini dirangkumkan ke dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Persekutuan demi memelihara perpaduan rakyat dan negara Malaysia yang berbilang agama, bangsa dan sosio-budaya dalam era merdeka.

Oleh itu, janganlah kita asyik curiga bahawa peruntukan-peruntukan strategik mengenai bangsa Melayu dan Bumiputera serta peruntukan-peruntukan strategik mengenai bangsa-bangsa lain di Malaysia di era merdeka ini adalah dibentuk dan digubal atas kehendak bangsa Melayu dan Bumiputera atau sebaliknya.

Dengan itu, marilah kita semua, baik bangsa Melayu dan Bumiputera atau keturunan Cina, India dan lain-lainnya, sama-sama berganding bahu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Para sarjana purba mengenai politik, keselamatan, kenegaraan dan kemasyarakatan menegaskan bahawa permuafakatan, persetujuan dan penerimaan pelbagai kumpulan masyarakat terhadap kepentingan masing-masing dalam usaha membentuk suatu masyarakat atau negara yang baru, adalah dikenali sebagai kontrak sosial.

Oleh sebab itu, persetujuan majoriti bangsa Melayu dan Bumiputera serta keturunan Cina dan India terhadap seluruh peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti di atas adalah dikenali sebagai kontrak sosial.

Namun begitu, oleh kerana perkataan sosial dalam konteks Malaysia, lazimnya membawa makna yang kurang serius, inilah sebabnya saya mengistilahkan kontrak sosial ini sebagai Kontrak Bangsa.

Saya memilih istilah ini oleh kerana peruntukan-peruntukan di dalam kontrak bangsa inilah yang membolehkan 1.9 juta keturunan Cina dan India serta lain-lainnya dijadikan warganegara Malaysia secara jus soli pada 31 Ogos 1957.

Kontrak bangsa inilah juga yang menyebabkan majoriti keturunan Cina, India dan lain-lainnya menerima hakikat bahawa bangsa Melayu dan Bumiputera adalah penduduk asal di negara ini.

Pada waktu yang sama, kontrak bangsa inilah yang menyebabkan bangsa Melayu dan Bumiputera sedia berkongsi tanah air ini dengan seluruh keturunan Cina, India dan lain-lainnya setelah mereka menjadi warganegara.

Oleh sebab itu, kontrak bangsa ini bukannya diwujudkan untuk menonjolkan ketuanan Melayu. Sebaliknya, ketuanan Melayu telah lebur apabila kontrak bangsa diwujudkan dan Malaysia pula ditransformasikan menjadi sebuah negara majmuk.

Maka, inilah sebabnya kontrak bangsa ini mesti dipelihara pada setiap masa. Sebarang ganggu-gugat terhadapnya pasti menyebabkan ancaman kepada seluruh bangsa.

Contohnya, pada 1964, apabila seluruh peruntukan Perlembagaan di bawah kategori kontrak bangsa ini dipertikaikan oleh pihak-pihak yang memperjuangkan propaganda Malaysian Malaysia, situasi keselamatan di negara kita tergugat, keharmonian seluruh bangsa kita terjejas, dan kelangsungan Malaysia turut terancam.

Lantaran inilah beberapa sarjana sejarah dan keselamatan di Malaysia dan Singapura pernah menegaskan bahawa pada ketika itu, situasi keselamatan di Malaysia Semenanjung dan juga Singapura, sangat-sangat membimbangkan.

Oleh sebab itulah Singapura disingkirkan daripada Malaysia, kerana pemerintah mahu mengelakkan pertumpahan darah yang dijangka meletus di Singapura daripada merebak ke seluruh Malaysia Semenanjung.

Maka, inilah buktinya, apabila kontrak bangsa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan diganggu-gugat pada tahun 1964-1965, pemerintah terpaksa mengorbankan sebuah daripada wilayahnya untuk dipisahkan daripada Malaysia.

Contoh kedua adalah mengenai ancaman kepada kontrak bangsa pada tahun 1969. Apabila beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang dirangkumkan dalam kategori kontrak bangsa ini diganggu-gugat, termasuk oleh segolongan parti politik yang mewarisi propaganda Malaysia Malaysia, maka tercetuslah satu konflik kaum yang serius.

Oleh sebab itulah Laporan Rasmi Mageran atau Majlis Gerakan Negara yang diterbitkan pada 9 Oktober 1969, menyatakan bahawa antara punca yang menyemarakkan sentimen perkauman pada ketika itu adalah ganggu-gugat terhadap Perkara 3 mengenai Agama Islam, Perkara 152 mengenai Bahasa Melayu dan Perkara 153 mengenai keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dengan ini, terbuktilah apabila Perkasa bangkit untuk menentang sesiapa sahaja yang mengancam Perlembagaan Persekutuan, niat Perkasa adalah untuk mengelakkan kontrak bangsa ini daripada dijadikan punca menyemarakkan api perkauman yang boleh membakar kita semua, waima bangsa Melayu dan Bumiputera, keturunan Cina, keturunan India dan lain-lainnya.

Inilah sebabnya perjuangan Perkasa adalah difokuskan ke arah memangkinkan perpaduan negara. Malangnya, pada hari ini wujud kalangan buta sejarah yang menyatakan bahawa kontrak sosial atau kontrak bangsa tidak pernah wujud di Malaysia.

Pihak yang memutarbelitkan realiti sejarah pula menegaskan, kontrak sosial atau kontrak bangsa ini tidak pernah disebut oleh Suruhanjaya Reid.

Kelompok pak turut atau burung kakak tua pula termakan dengan dakyah kononnya kontrak sosial atau kontrak bangsa ini dicipta oleh UMNO sebagai taktik untuk mendominasikan keturunan Cina, keturunan India dan lain-lainnya.

Kepada seluruh golongan ini, perkasa tegaskan bahawa kontrak sosial atau kontrak bangsa wujud di Amerika Syarikat, wujud di Malaysia dan wujud di beberapa negara lain.

Teori dan konsep mengenai kontrak sosial atau kontrak bangsa ini pernah dikemukakan dalam karya sarjana serta ahli falsafah politik dan keselamatan seperti Thomas Hobbes (1588-1679), John Locke (1632-1704), Jean-Jacques Rousseau (1712-1778), John Rawls (1972) serta David Gauthier (1986).

Di Malaysia, konsep ini pernah diperjelaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Oleh sebab itu, kontrak sosial atau kontrak bangsa di Malaysia adalah sesuatu yang benar dan perlu dihargai oleh seluruh bangsa Melayu dan Bumiputera serta keturunan Cina, keturunan India dan lain-lainnya. Kontrak bangsa inilah yang memanifestasikan permuafakatan ke arah cita-cita membina sebuah negara Malaysia yang majmuk secara aman, damai, makmur dan sejahtera.

Rumusannya, seluruh peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mencerminkan kewujudan kontrak bangsa ini adalah bertujuan untuk mengelakkan perbalahan kaum di Malaysia di era merdeka.

Komponen susunan nasional dimanifestasikan dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 8 (kesamarataan), Perkara 10 (kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan) serta larangan-larangannya, Perkara 11 (kebebasan beragama) serta sekatan-sekatannya, dan Perkara 149 (perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan lain-lainnya, termasuk permusuhan kaum.

Seluruh peruntukan Perlembagaan dalam kategori ini diwujudkan untuk memelihara perpaduan rakyat, ketenteraman awam serta keamanan negara. Jika peruntukan-peruntukan ini dicabar atau diprovokasikan, kesannya adalah kepada seluruh bangsa Malaysia, tanpa mengira agama atau sosio-budaya.

Maka, inilah sebabnya seluruh pemimpin bangsa Melayu dan Bumiputera serta pemimpin keturunan Cina dan India mempersetujui peruntukan-peruntukan ini supaya dimaktubkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka bersetuju sebab mereka prihatin terhadap perpaduan bangsa, ketenteraman awam dan keselamatan negara Malaysia di era merdeka. Lantaran itulah susunan nasional ini sama pentingnya dengan kontrak bangsa.

Komponen ketiga, dalam Perlembagaan Persekutuan adalah prosedur pengurusan negara yang dimaktubkan untuk meregulasikan sistem pentadbiran negara serta menyelaraskan kerjasama antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri. Perkara-perkara ini tidak pernah dipertikaikan sebab tidak mengandungi unsur-unsur politik.

Bagaimanapun, prosedur pengurusan negara ini saling kait-mengait dengan kontrak bangsa dan susunan negara. Lantaran itu, ia juga tetap penting untuk dipelihara.

Full content generated by Get Full RSS.

Guna kuasa pengguna

Posted:

Guna kuasa pengguna

Guna kuasa pengguna

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

SUNGGUH, memang benar berlaku kenaikan harga ayam. Ia terjadi di beberapa negeri ket ika ini. Malah bukan daging ayam sahaja. Produk-produk lain turut terpalit sama, antaranya susu pekat manis, Nestle dan Milo.

Maka tidak hairanlah setiap waktu rehat tengah hari atau selepas waktu pejabat sekitar pukul 5 petang, Aras G Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Putrajaya yang menempatkan Kedai Rakyat 1Malaysia di situ diserbu orang - sebahagian besarnya penjawat awam.

Yang 'menyerbu'nya bukan semuanya daripada kakitangan sokongan pun (kerani atau budak pejabat) tetapi yang berkereta mewah dari Camry dan Mercedez Benz. Kalau tidak percaya, cuba-cubalah lepak di situ waktu tersebut.

Mana tidaknya, produk kicap kipas udang sahaja anda boleh jimat hampir RM2 berbanding membeli di luar. Itu belum lagi barang makanan lain.

Permintaan terhadap produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia memang cukup hangat sehinggakan Mydin yang berperanan sebagai pengedar barangan tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan orang ramai.

Bukan setakat itu sahaja, Mydin juga dikatakan masih berusaha mencari lebih banyak setor untuk menempatkan produk Kedai Rakyat 1Malaysia yang kualitinya sama dan terjamin meskipun tidak berjenama dengan berlogokan 1Malaysia.

Berbalik kepada kenaikan harga ayam yang menjadi sebab Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barang, Utusan Malaysia difahamkan ia turut mendapat sokongan daripada kementerian.

Meskipun kementerian berkenaan lebih gemar menggunakan istilah 'kuasa pengguna harus ditunjukkan untuk menggalakkan perniagaan beretika' manakala CUEPACS yang kini disokong Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Perkasa terarah kepada tindakan protes dan boikot, nadanya tetap sama - demi kepentingan pengguna.

Sebenarnya, kenaikan harga ini dipantau oleh Majlis Harga Barang Negara (MHBN). Data dikumpul setiap minggu. Seorang jurucakap MHBN memberitahu Utusan Malaysia petang semalam, kenaikan harga ayam tersebut di luar skim kawalan musim perayaan memang berlaku.

"Barang-barang kawalan bagaimanapun tidak naik tetapi untuk barangan yang dikawal pada musim perayaan, kenaikan biasanya berlaku selepas ia di luar tempoh skim tersebut.

"Untuk isu semasa ini seperti mana dituntut oleh CUEPACS, kita mengesahkan memang ada kenaikan harga ayam. Tetapi kenaikan berbeza-beza mengikut kawasan dan negeri antaranya mencecah RM9.30 sekilogram untuk ayam standard berbanding RM7.30 yang ditetapkan," menurut jurucakap tersebut.

Seorang pegawai KPDNKK pula memberitahu akhbar ini, peniaga atau pihak tertentu tidak boleh sesuka hati menaikkan harga barang setelah kerajaan memberikan subsidi.

Harga tidak boleh dinaikkan walaupun harga komoditi barang mentah yang diimport adalah tinggi kerana kadar perbezaannya ditanggung kerajaan.

Yang pasti, sesuatu perlu diusahakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membendung kenaikan harga ayam.

Di Johor pada Jun lalu, masalah anak ayam berpenyakit dikatakan menjadi antara faktor menyebabkan bekalan daging ayam berkurangan di negeri ini sekali gus mencatatkan peningkatan harga terlalu tinggi sehingga menghampiri RM9 sekilogram.

Juga, punca kenaikan harga ayam disebabkan oleh kenaikan tarif elektrik di ladang pembekal serta penternak dan pengurangan subsidi diesel untuk pengangkutan lori membawa ayam.

Tetapi lebih ramai yang merasakan ia lebih kepada sikap tamak pembekal yang mahu berbuat demikian menjelang musim cuti sekolah dan Hari Raya Haji (di mana ayam mendapat permintaan tinggi).

Tambah lagi, seperti mana kata CUEPACS, kenaikan harga seperti satu fenomena apabila kerajaan mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam pada pembentangan bajet tahunan.

Ini menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang walaupun kakitangan awam belum menerima imbuhan tersebut.

Ketika ini kerajaan sudah membuat apa sahaja untuk membela nasib rakyat yang terus berhadapan dengan kenaikan harga barangan sehingga menjejaskan kualiti kehidupan mereka.

Antaranya mengambil langkah proaktif mengawal harga beberapa jenis barangan asas seperti petrol, diesel, gula, tepung gandum, minyak masak, gas petroleum cecair (LPG) dan beras yang memberi kesan langsung terhadap kos barangan akhir yang lain.

Kawalan harga ini dibuat melalui pemberian subsidi oleh kerajaan dimana perbezaan di antara harga pasaran dan harga kawalan ditampung oleh pemberian subsidi yang bertambah setiap tahun.

Jadi, mengapa harga ayam di sesetengah kawasan di Pulau Pinang sahaja kini sudah mencecah RM12 sekilogram.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Gosip itu tidak benar

Posted:

Gosip itu tidak benar

Gosip itu tidak benar

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD ALI
Gambar MUHAMAD IQBAL ROSLI


Ning menjanjikan persembahan yang terbaik dan berkualiti buat peminatnya di konsert akan datang.


DUNIA artis memang tidak boleh dipisahkan daripada gosip yang sentiasa mengekori mereka dalam setiap langkah yang diambil, tidak kira artis baru ataupun yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni.

Gosip kadangkala boleh menjurus kepada kebaikan seseorang artis itu sama ada ia mampu menambah lagi populariti mereka atau sebaliknya.

Adakala gosip juga boleh menjatuhkan maruah dan karier seseorang artis itu jika mereka tidak tahu selok-belok untuk kembali bangkit setelah nama tercemar.

Terpulang kepada bagaimana seseorang artis itu meletakkan diri mereka selepas dilanda gosip dan mengorak langkah seterusnya dalam meneruskan karier seni mereka.

Itulah yang dialami Ning Baizura, 37, baru-baru ini apabila timbul gosip mendakwa suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton (Omar) menjalin hubungan sulit dengan setiausahanya, seorang wanita berketurunan Cina.

Gosip itu bukan sahaja memeranjatkan Ning, malah apa yang nyata ia lebih menguatkan rasa cinta Ning terhadap Omar.

Penyanyi itu yang ditemui pada sidang akhbar pelancaran muzik video terbarunya berjudul Bila mengakui agak terkejut dengan gosip itu sambil berkata;

"Mana mungkin Omar menjalin hubungan sulit dengan setiausahanya kerana Omar sudah berhenti kerja sejak beberapa bulan lalu untuk menguruskan kerjaya seni saya sepenuh masa.

"Itu semua gosip liar dan saya tidak perlu risau atau curiga terhadap Omar kerana saya tahu dan kenal siapa suami saya.

"Lagipun saya bersetuju untuk diuruskan oleh suami sendiri kerana dia mempunyai perancangan dan strategi untuk masa hadapan saya dalam meneruskan langkah dalam bidang seni.

"Gosip-gosip seperti ini adalah normal dan setelah 18 tahun menceburi bidang seni saya sudah lali dengan pelbagai gosip.

"Kalau nak tahu, sewaktu gosip liar itu bertebaran, suami saya sendiri lebih terkejut berbanding saya kerana sebelum dia menguruskan kerjaya saya, dunia kami terlalu berbeza," kata Ning dalam nada tenang.

Menyentuh siapakah wanita Cina yang dikatakan menjalin hubungan dengan suaminya, Ning secara jujur mengatakan bahawa dia tidak tahu siapa wanita tersebut dan dia berharap agar gosip liar ini dihentikan segera.

Menurut Ning, setelah Omar menjadi pengurusnya sepenuh masa dia merasakan perjalanan seni dan kehidupan rumahtangganya semakin bahagia kerana Omar sudah mula memahami akan dunia seni dan tugasnya.

"Saya gembira kerana suami saya terlibat secara langsung dengan perjalanan seni saya dan ini membantu meningkatkan lagi komunikasi dan persefahaman serta kasih sayang antara kami," cerita Ning sambil memandang mesra Omar di sisinya. Omar pernah bekerja dengan sebuah syarikat cari gali minyak yang terkenal di ibu kota.

I love my wife, the one and only - Omar

Omar yang ditemui ketika menemani isterinya, Ning Baizura di majlis itu menzahirkan bahawa rumah tangga mereka sedang bahagia dan tiada masalah orang ketiga seperti dikhabarkan baru-baru ini.

Ketika ditanya berhubung gosip tersebut, pantas Omar menegaskan bahawa tiada insan istimewa dalam hidupnya selain daripada Ning Baizura.

"Saya sendiri tidak tahu siapakah wanita berketurunan Cina yang digosipkan dengan saya.

"Saya terkejut apabila mendengar gosip tersebut tetapi saya tahu perkara seperti ini adalah sesuatu yang biasa bagi seorang artis," katanya.

Berfikiran positif

"Saya tiada ramuan tertentu untuk terus bertahan dalam industri ini tetapi saya sentiasa berfikiran positif bahawa setiap tindakan saya akan mendatangkan hasil pada kemudian hari.

"Sejujurnya pada awal penglibatan saya dalam bidang ini, saya tidak pernah terfikir akan dapat bertahan selama ini," kata Ning apabila ditanya rahsia beliau terus bertahan dalam industri ini.

Ning Baizura yang bakal menyambut ulangtahun ke-20 sebagai anak seni dalam masa dua tahun lagi, tidak menafikan sepanjang kariernya pernah terpalit dengan pelbagai isu kontroversi yang mampu memadamkan terus namanya dalam industri muzik tempatan.

"Peminatlah yang banyak memberikan saya inspirasi untuk terus mencipta nama dan segala yang saya lakukan adalah untuk membalas jasa dan kepercayaan yang telah mereka berikan kepada saya.

"Selain itu, saya juga banyak mengambil contoh yang baik dari artis yang lebih dahulu mencipta nama seperti Allahyarham Datuk Sudirman Arshad dalam mempertingkatkan cara saya berkomunikasi dengan peminat," katanya.

Konsert selepas 15 tahun

Kali terakhir Ning Baizura mengadakan konsert solonya, Konsert Teguh adalah pada tahun 1996 di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Selepas itu, dia tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar kecuali persembahan korporat termasuk majlis makan malam.

Maka itu, kata Ning, sekiranya tiada aral melintang, pada penghujung tahun ini dia bakal mengadakan sebuah konsert, Ning @ KL Live bertempat di Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Kata Ning, konsert itu nanti bolehlah dianggap sebagai menamatkan penantian peminat-peminat tegarnya yang mahu melihat anak jati Selangor ini beraksi diatas pentas berbayar.

"Persiapan untuk konsert yang bakal diadakan pada 2 Disember ini sudah 80 peratus siap. Hanya tinggal 20 peratus lagi untuk melengkapkan persiapan menjelang konsert saya itu.

"Istimewanya konsert saya itu nanti, ia menceritakan perjalanan seni saya selama 18 tahun dalam bidang ini dan saya berharap peminat akan terhibur dengan persembahan saya pada konsert itu nanti.

Pada malam tersebut, Ning bakal menyanyikan lebih daripada 20 buah lagu yang telah dinyanyikan sepanjang perjalanan seni beliau dalam industri muzik tempatan dan antarabangsa.

Sehingga kini, jualan tiket sudah hampir 50 peratus dan tempahan tiket boleh dilakukan dengan melayari laman web www.tickethotline.com.my pada harga bermula RM150 hingga RM375.

Muzik video terbaru

Pelancaran muzik video terbaru Ning Baizura yang berjudul Bila adalah sesuatu yang berbeza berbanding kebiasaan yang dihidangkan oleh penyanyi ini.

Ning berkata, lagu ini yang membawa irama pop rock lebih kepada konsep kemanusiaan dan ia menyentuh kepada penglibatan kita dalam hidup seseorang itu tanpa kita sedari.

"Sememangnya lagu ini menampilkan sesuatu yang baru dan saya berpuas hati dengan hasilnya.

"Terdapat perbezaan yang ketara berbanding dengan lagu-lagu saya yang terdahulu dan saya pasti, peminat pasti akan menghargainya," kata penyanyi yang juga popular kini bersama 3 Suara.

Full content generated by Get Full RSS.

Siapa juara Cipta Lagu Malaysia Ambank?

Posted:

Siapa juara Cipta Lagu Malaysia Ambank?

Siapa juara Cipta Lagu Malaysia Ambank?

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN


Antara peserta dan juga tulang belakang pertandingan Cipta Lagu Malaysia Ambank yang hadir di Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KEGIGIHAN pihak RTM dalam melahirkan penggiat-penggiat seni yang berkualiti dan mampu menyinar di peringkat antarabangsa tidak pernah padam.

Sejajar dengan cita-cita tersebut, RTM tampil bersama penaja, Ambank, menganjurkan Pertandingan Cipta Lagu Malaysia Ambank.

Menawarkan hadiah wang tunai RM40,000 kepada juaranya, pertandingan ini dilihat sebagai salah satu platform bagi mencungkil bakat baru.

Menurut Pengarah Program TV, Suhaimi Jamalim, pertandingan yang turut mendapat kerjasama Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (Kopstar) dan Erama TV bertujuan memberi galakan kepada penghasilan lagu berkualiti.

"Dengan adanya pertandingan seperti ini, banyak karya menarik dan kreatif dapat dicipta dan dikumpul untuk membantu mengembangkan seni muzik tanah air.

"Selain itu, muzik yang bersifat sejagat ini dilihat boleh difahami oleh semua manusia.

"Jadi, saya yakin hasil daripada pertandingan ini nanti dapat diterima ramai," katanya pada sidang akhbar pertandingan itu di Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Pemimpin Orkestra RTM, Mohd. Asnawi Mutaal memberitahu, pertandingan bertemakan Muzik Bahasa Dunia berjaya menarik lebih 3,000 peserta menghadiri uji bakat yang telah diadakan di seluruh negara sejak Jun lalu.

Menurut beliau, setiap peserta dinilai oleh individu yang berpengalaman dan mahir dalam bidang penciptaan lagu berdasarkan melodi, susunan lagu dan juga lirik yang dipersembahkan.

"Memandangkan setiap peserta diberi kebebasan di dalam pemilihan rentak lagu, kami memilih juri yang betul-betul berpengalaman untuk menilai setiap peserta yang layak.

"Malah pihak kami juga turut berbincang bersama Kopstar selaku rakan penjurian untuk proses pemilihan peserta.

"Kini, hanya tinggal 20 peserta yang akan bertanding bagi melayakkan diri ke peringkat akhir," katanya.

Beliau berkata, daripada 20 peserta, mereka akan memilih lapan orang sahaja yang akan mencuba nasib di final Pertandingan Cipta Lagu Malaysia Ambank yang akan disiarkan secara langsung di TV2 pada pukul 9 malam, 11 Disember nanti.

Selain hadiah wang tunai RM40,000 untuk juara, naib juara bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000, trofi dan sijil.

Manakala pemenang di tempat ketiga akan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, trofi dan sijil.

Sebagai saguhati kepada peserta yang melayakkan diri ke peringkat akhir, lima peserta akan menerima saguhati RM4,000 setiap seorang.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Hal Ehwal Awam Kumpulan Ambank, Syed Anuar Syed Ali, Pengerusi MACP & Kopstar, Habsah Hassan dan Ketua Pegawai Operasi Erama TV, Shukor Ahmad.

Mereka yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan lagu yang bertanding daripada Lufya yang menyampaikan lagu ciptaannya, Kawan Ku, Nabil Zamanhuri (Satu Malaysia Satu Jiwa), Boboi (Segala Hanya), Toi (Lali Lala) dan lagu Tamil, Lets Our Hands Merged ciptaan D. Vijayanathan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Serunding kampung laut ke luar negara

Posted:

Serunding kampung laut ke luar negara

Serunding kampung laut ke luar negara

Oleh nizam hamid


Daging perlu direbus lebih empat jam bagi membolehkan serunding yang dihasilkan mampu bertahan sehingga setahun.


SEBUT sahaja sambal daging dari Kampung Laut, Tumpat, pasti ramai yang tahu mengenai keenakan serunding itu terutama penduduk di negeri Kelantan.

Sudah 20 tahun serunding kampung tersebut berada dalam pasaran dan sentiasa mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai.

Sehingga kini terdapat seramai 52 pengusaha serunding di kampung itu yang menghasilkan bertan-tan serunding setiap minggu dan Perusahaan Serunding Wan Esah Wan Husin atau lebih dikenali sebagai Sambil Daging Mak Sah merupakan salah satu yang terkenal di kampung berkenaan.

Serunding Mak Sah bukan sahaja dijual sekitar Tumpat dan Kota Bharu tetapi juga di luar Kelantan termasuk di Pekan Rabu, Alor Setar dan Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Keistimewaan serunding Mak Sah terletak pada ramuan rempah-ratusnya. Rasanya yang sedikit pedas menambahkan lagi selera penggemar serunding tersebut.

Sebab itu perusahaan serunding keluarga Mak Sah mampu menghasilkan lebih 100 kilogram serunding setiap hari untuk diedarkan ke seluruh negara.

Walaupun Mak Sah kini sudah bersara daripada perusahaan serunding itu, anak-anaknya meneruskan perusahaan tersebut termasuk Che Hasmah Hassan yang merupakan pesara guru dan giat memasarkan serunding tersebut termasuk merancang untuk memasarkannya ke luar negara.

Menurut Che Hasmah, serunding Kampung Laut telah lama dibawa ke luar negara. Tetapi bukan secara komersial, sebaliknya dijadikan bekalan untuk kegunaan sendiri oleh rakyat tempatan yang ke luar negara dalam tempoh yang lama.

Impian mengkomersialkan serunding di luar negara bakal menjadi realiti tidak lama lagi apabila perusahaan serunding keluarga itu akan beroperasi di sebuah kilang di bawah Projek Diraja Kelantan (PDRK) menerusi kerjasama dengan Itqaan Ventures Sdn. Bhd. di Kubang Panjang, Tumpat.

Langkah itu bukan sahaja akan dapat meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran serunding tetapi juga dapat mematuhi Amalan Pengeluaran Yang Baik (GMP) yang menjadi syarat penting dalam memasarkan barangan makanan ke pasaran luar negara.

Che Hasmah berkata, negara yang menjadi tumpuan adalah lokasi yang permintaan produk halal tinggi khususnya yang mempunyai ramai rakyat Malaysia seperti London, Ireland, Brunei, Arab Saudi dan China.

"Kalau pork floss boleh memasuki pasaran London kenapa beef floss atau serunding daging kita tidak boleh dijual di negara berkenaan," ujarnya yang memasarkan serunding di bawah jenama Haswide.

Beliau yakin serunding keluaran keluarganya akan mendapat sambutan yang baik di negara berkenaan kerana selama ini sudah beribu kilogram ia dibawa ke luar negara. Ia menerusi rakyat Malaysia yang mahu membawa makanan tempatan bersama sebagai bekalan terutama di kalangan jemaah haji dan pelajar Malaysia.

"Serunding kami boleh bertahan selama setahun tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk," katanya yang turut menghasilkan serunding ayam, ikan, udang dan cendawan.

Pemilik syarikat Hasmah Wide Enterprise tersebut berkata, serunding itu mampu bertahan lama kerana daging dan ramuan yang digunakan direbus lebih daripada empat jam selain dikeringkan dengan cara yang betul.

Namun katanya, tanpa amalan pengilangan yang baik adalah sukar untuk mereka menembusi pasaran antarabangsa secara komersial.

Menurutnya, langkah memperluaskan perusahaan itu melalui pembinaan kilang dengan kerjasama Itqaan Ventures Sdn. Bhd. juga akan membolehkan mereka memenuhi permintaan terhadap serunding yang meningkat beberapa kali ganda menjelang sambutan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban.

"Apabila kilang itu beroperasi, kami mampu menghasilkan sehingga 500 kilogram serunding sehari kerana segala-galanya iaitu daripada merebus bagi melembutkan daging, mencarik, memasak sehingga pembungkusan akan menggunakan mesin.

"Lebih penting rasanya masih tetap sama. Kerja menyediakan serunding juga akan menjadi lebih cepat dengan penggunaan mesin.

"Sebagai contoh untuk mencarik 150 kilogram daging hanya akan mengambil masa 15 minit berbanding cara biasa yang boleh memakan masa sehingga enam jam," katanya.

Malah katanya, urusan merebus daging di kilang berkenaan juga hanya akan mengambil masa satu jam berbanding empat jam jika menggunakan kayu api seperti yang dilakukan sejak 20 tahun lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Melariskan kuih-muih

Posted:

Melariskan kuih-muih

Melariskan kuih-muih

Keenakan rasa kuih-muih yang dijual adalah kunci utama untuk menjadikan ia laris. Jika kuih sedap pasti ramai yang akan berulang membelinya.

Saya menerima beberapa pertanyaan daripada pembaca yang meminta pendapat kuih apa yang sesuai untuk dijual. Senang sahaja, kuih itu mestilah sedap dan perlu mengikut selera pembeli dengan harga berpatutan.

Memang tidak dapat disangkal bahawa bidang makanan boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Kadang-kadang kuih yang disukai ramai begitu laris dijual walaupun ramai yang menjual kuih yang sama . Jadi rasa memainkan peranan utama.

Selain daripada selera pembeli, lokasi tempat di mana kuih itu dijual dan strategi pemasaran juga membantu menentukan kuih mendapat sambutan ramai atau sebaliknya.

Kini terdapat banyak buku mengenai cara membuat kuih-muih dijual di pasaran. Kemudahan Internet juga membuatkan banyak lambakan resipi kuih-muih yang boleh anda cuba dan pasti ada antaranya yang berpotensi untuk dijual.

Bagaimanapun anda perlu bijak memilih dan menentukan jenis kuih-muih yang berpotensi akan laris jika dijual.

Mungkin ada antara kuih-muih itu biasa-biasa sahaja. Tetapi saya percaya kuih-muih yang biasa itu mampu bertahan dan sentiasa akan laris.

Suka saya menasihatkan, jika anda takut untuk mencuba resipi kuih-muih yang biasa dijual kerana khuatir ia tidak laris apa kata anda berikan sentuhan kreatif dengan melakukan sedikit perubahan.

Ia memerlukan keberanian anda sendiri untuk mengubahsuaikan kuih muih biasa-biasa itu supaya menjadi kuih yang rasanya lebih enak dengan rupa yang baru.

Siapa tahu ia akan berhasil dan mungkin menghasilkan keuntungan yang berlipatganda.

Saya sangat menggalakkan anda bermula dengan perniagaan menjual kuih muih kerana modalnya tidak banyak.

Untuk memulakan perniagaan kuih muih ini anda hanya perlu menggunakan peralatan yang sedia ada di rumah.

Bermula secara kecil-kecilan mungkin kemudian hari, setelah perniagaan maju anda boleh membesarkan perniagaan ke pasaran yang lebih luas.

Baiklah untuk informasi anda, pada hari ini 28 Oktober 2011 sehingga 30 Oktober Dari Dapur Azli Razali akan bekerjasama dengan Daisy Marjerin dan Minyak Masak Cap Buruh untuk mendemonstrasi lima jenis masakan iaitu ayam boxing, roti gulung tuna mayonis, churos, kek baldu merah dan biskut Marjerin Daisy di Pameran dan Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia ( MICCOS 2011) yang akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Acara dwi tahunan itu berperanan untuk mempamerkan pencapaian sektor perladangan dan komoditi.

Daisy marjerin dan minyak masak Cap Buruh adalah antara produk makanan dari sektor perladangan yang membuka gerai mereka di sana.

Saya secara tidak langsung terlibat memberi informasi dan pendidikan tentang kelebihan dan cara menggunakan produk Marjerin Daisy dan minyak masak Cap Buruh dalam makanan yang akan saya akan saya tunjukkan.

Antara kelebihan marjerin Daisy adalah ia mengandungi sembilan vitamin yang berkhasiat iaitu vitamin A,B1, B2,B6,B12,D dan E), tidak mengandungi kolesterol dan rendah asid lemak trans.

Minyak Masak Cap buruh pula merupakan minyak masak yang berkualiti dengan slogan 'tahan tiga kali goreng dengan antioksida asli'. Ia diperbuat daripada 100 peratus minyak sawit bertapis bermutu tinggi dan kaya dengan vitamin E serta tiada kolesterol.

Lihat betapa berkhasiatnya produk-produk ini. Pada minggu ini bersesuaian dengan slogan MICCOS 2011 iaitu Menjana Kekayaan Melalui Inovasi' saya telah berinovasi dengan satu resipi kuih dengan menggunakan marjerin Daisy dan Minyak masak Cap Buruh untuk anda cuba.

Resipi ini anda boleh gunakan untuk berniaga bagi menjana kekayaan di masa hadapan. Jangan lupa untuk berkunjung ke MICCOS 2011 dan hadir ke demonstrasi memasak saya dari pukul 11 pagi-1 petang dan pukul 3 petang-5 petang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved