Khamis, 11 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Guru agama ditahan liwat pelajar

Posted:

Guru agama ditahan liwat pelajar

Guru agama ditahan liwat pelajar

KUALA TERENGGANU 11 Ogos – Polis menahan seorang guru agama di sebuah sekolah menengah di Batu Rakit di sini, awal pagi ini bagi membantu siasatan kes meliwat seorang pelajar lelaki.

Guru berusia 42 tahun itu didakwa meliwat mangsa yang baru berumur 13 tahun antara bulan Mac hingga Jun tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pelajar tersebut bagaimanapun hanya membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Batu Rakit semalam.

Menurutnya, dalam laporan itu, mangsa mendakwa telah diliwat sebanyak tiga kali oleh suspek di sebuah kuarters guru.

"Selepas laporan itu diterima, polis menahan guru agama itu kira-kira pukul 4 pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Manoharan berkata, guru agama itu sudah berkahwin namun isterinya yang juga seorang guru kini tinggal dan mengajar di Kelantan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tawaran individu mahu jadi saksi wajar diterima

Posted:

Tawaran individu mahu jadi saksi wajar diterima

Tawaran individu mahu jadi saksi wajar diterima

KOTA KINABALU 11 Ogos - Tawaran beberapa individu untuk menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu pihak mahkamah mencari kebenaran, wajar diterima kerana mereka pernah rapat dan mengenali 'luar dan dalam' pemimpin pembangkang itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi beranggapan golongan itu lebih relevan untuk menjadi saksi berdasarkan hubungan yang erat dengan Anwar sebelum ini.

"Seperti yang dikatakan oleh Muhamad Rahimi Osman (bekas Setiausaha Sulit Anwar) bahawa dialah yang mengatur segala jadual dan pergerakan bekas ketuanya.

"Dia juga mengaku telah memperkenalkan Saiful (Mohd. Saiful Bukhari Azlan) kepada Anwar sehingga diambil bekerja dan mendapat kepercayaan luar biasa walaupun baru dilantik.

"Bagi saya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak relevan (sebagai saksi), apa kena-mengena mereka dengan kes ini?" soalnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek bantuan kepada sekolah-sekolah mubaligh Kristian bagi daerah ini di Sekolah Menengah La Salle, di sini, hari ini.

Mohd. Puad berpendapat tindakan Anwar itu dibuat kerana sudah ketandusan isu untuk memburukkan Najib dan memainkan emosi rakyat supaya terus membenci Perdana Menteri.

"Anwar ingin gunakan perbicaraan ini untuk memusnahkan kredibiliti Perdana Menteri, dia lihat Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) sudah semakin dilupakan rakyat. Dia juga bimbang dengan perubahan dan transformasi yang dilakukan oleh Najib telah mendapat sokongan rakyat," dakwa beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Chong Wei terlalu hebat

Posted:

Chong Wei terlalu hebat

Chong Wei terlalu hebat

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


LEE Chong Wei membalas hantaran pemain Korea Selatan, Park Sung Hwan pada perlawanan pusingan ketiga Kejohanan Dunia di Wembley Arena, London semalam. - AP


KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei langsung tidak menunjukkan belas kasihan kepada Park Sung Hwan ketika membenam jaguh Korea Selatan itu 21-10, 21-5 hanya dalam masa 29 minit untuk melangkah ke suku akhir Kejohanan Dunia di Arena Wembley.

Sung Hwan, bukan calang-calang pemain, malah turun sebagai pilihan kesembilan, namun semalam Chong Wei membuatkan pemain berusia 26 tahun itu seperti 'budak sekolah' apabila berjaya membalas setiap serangannya dan memaksa Sung Hwan melakukan kesilapan mudah serta kaku di atas gelanggang.

"Saya rasa Park sangat kaku dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan selepas saya berjaya membalas setiap serangannya, ia yang menjadikan kemenangan ini sangat mudah,'' akui Chong Wei.

Malangnya, kemaraan Chong Wei gagal dituruti pasangan muda negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang tunduk 19-21, 14-21 kepada Chayut Triyachart-Yao Lei dari Singapura dalam acara beregu campuran.

Begitupun kejayaan Chong Wei meneruskan buruan untuk mencari kejuaraan Dunia pertama dalam enam percubaan tetap menjadi tumpuan utama di London. Malah jangkaan peuntuk melihat juara All England 2010 dan 2011 itu bertemu musuh tradisi, Lin Dan di final masih pada landasan selepas jaguh China itu turut melangkah mudah ke suku akhir.

Lin Dan, juara dunia tiga kali mara selepas mengalahkan seorang lagi pemain Korea, Lee Hyun Il 21-16, 21-13.

Bagi Chong Wei, yang menang straight set dalam semua tiga perlawanannya setakat ini, pemain tumpuan dari Guatemala, Kevin Cordon atau pemain Sepanyol, Pablo Albian bakal menjadi lawan yang menanti pada suku akhir.

Ditanya mengenai kedua-dua pemain, Chong Wei menegaskan, bertemu Cordon mahupun Albian tidak banyak beza. "Kedua-duanya tidak boleh diambil mudah dan harus ditangani sebagai lawan yang serius.

"Mereka tidak rugi apa-apa kalau kalah, mereka cuma mahu turun gelanggang dan memberi permainan terbaik. Kunci permainan saya esok, jangan ambil mudah perlawanan tersebut.

"Tidak diragui kedua-duanya mempunyai bakat yang besar, sama ada Kevin atau Pablo yang berjaya melangkah diri ke suku akhir, ia akan dianggap sebagai sebagai satu kemajuan besar," kata Chong Wei lagi.

Semalam, Chong Wei langsung tidak memberi muka kepada Sung Hwan apabila mendominasi permainan sejak set pertama dengan mendahului 4-1 sebelum melebarkan kedudukan kepada 9-4, 14-6, 18-19 dan akhirnya menang 21-10. Set kedua lebih mudah buat jaguh No. 1 dunia itu yang mendahului hingga 17-4 dan menang 21-5.

Begitupun khabar gembira yang diharapkan daripada beregu campuran tidak kesampaian. Peng Soon-Liu Ying terpaksa akur mereka masih mentah di pentas antarabangsa apabila gagal melepasi halangan pasangan Singapura, biarpun mempunyai keupayaan untuk memenangi perlawanan.

"Lawan berjaya membaca permainan kami dengan amat baik, walaupun pada awalnya saya menjangkakan kami punya kelebihan di set pertama, namun kami tidak dapat menemui sentuhan penamat pada mata yang sepatutnya.

"Kami telah mensia-siakan satu peluang keemasan, kami sepatutnya memanfaatkan kesempatan ini dan ia sangat mengecewakan,'' akui Peng Soon.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Perlawanan Spurs-Everton ditunda

Posted:

Perlawanan Spurs-Everton ditunda

Perlawanan Spurs-Everton ditunda

LONDON - Perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris membabitkan perlawanan Tottenham dan Everton di White Hart Lane ditunda berikutan rusuhan di London, umum ketua eksekutif, Richard Scudamore semalam.

Scudamore berkata, keputusan itu dibuat atas nasihat polis, namun sembilan lagi jadual perlawanan pada hujung minggu ini tetap diteruskan.

"Perkembangan terkini ialah pertembungan Tottenham dan Everton dibatalkan. Polis telah menjalankan tugas dengan baik, namun jenayah masih berlaku sepanjang minggu dan majlis perbandaran tidak mendapat masa yang cukup untuk membereskan perkara yang mereka perlu lakukan.

"Sembilan lagi jadual perlawanan tampak positif selagi tiada masalah lanjut berlaku. Malangnya, tidak untuk perlawanan Tottenham namun kita menyahut seruan dan menyokong tindakan polis.

"Semua pihak mahu perlawanan diteruskan, begitu juga kami," katanya.

Pertahanan Spurs, Michael Dawson meluahkan rasa kecewa terhadap penundaan perlawanan itu, namun akur dan menyokong keputusan tersebut.

"Perkara paling mustahak pastinya keselamatan peminat-peminat," kata Dawson.

Tottenham ialah antara kawasan paling teruk terjejas dengan insiden keganasan yang melanda sekitar ibu kota London sejak beberapa hari lalu, sebelum keadaan ditenangkan dengan kehadiran polis.

Rusuhan turut menyebabkan aksi persahabatan antarabangsa England dan Holland dibatalkan, di samping beberapa lagi jadual perlawanan Piala Liga di London.- AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


SD Johari, A. Ghani, Lum Yong sudi jadi saksi

Posted:

SD Johari, A. Ghani, Lum Yong sudi jadi saksi

SD Johari, A. Ghani, Lum Yong sudi jadi saksi

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin hari ini menyatakan kesediaannya untuk dipanggil sebagai saksi dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari.

Menurutnya, tindakan Anwar memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk ditemuramah berkenaan kes itu hanya kerana Mohd. Saiful pernah berjumpa mereka adalah tidak relevan dan dilihat mempunyai kepentingan politik.

Katanya, Mohd. Saiful juga secara jelas telah menyatakan bahawa dia turut bertemu bekas pemimpin PKR, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berhubung kes liwat itu.

"Saya turut berada bersama Ezam sewaktu pertemuan kami dengan Mohd. Saiful pada pukul 3 atau 4 pagi di Plaza Tol Rawang, iaitu hanya beberapa jam sebelum dia membuat pemeriksaan doktor berkenaan duburnya.

"Dalam pertemuan itu, Mohd. Saiful menceritakan segala-galanya kepada kami dengan selesa tetapi dalam pertemuan Saiful dengan Najib, ia dilakukan di pejabat Najib dan sudah tentu suasananya berbeza,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, jika benar Anwar dan peguamnya, Karpal Singh mahukan kebenaran, mereka dicabar untuk memanggilnya dan Mohamad Ezam.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Abdul Ghani Haroon pula berkata, kesemua mereka yang menawarkan diri menjadi saksi kes itu pernah mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Anwar serta bekas pembantunya, Mohd. Saiful selaku pengadu mangsa liwat dalam kes tersebut.

"Selain Mohamad Ezam dan Datuk Nallakaruppan, saya sendiri bersedia dipanggil menjadi saksi kes tersebut demi keadilan serta kebenaran dan saya cabar Karpal untuk memanggil kami semua," katanya.

Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong pula menyifatkan tujuan pihak pembelaan Anwar memanggil Najib dan isteri sebenarnya ingin memburukkan pemimpin negara di mata dunia.

"Saya desak Karpal panggil saya beri keterangan kerana sebagai bekas pengasas PKR, saya amat mengenali Anwar dan isteri serta Mohd. Saiful," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Anwar, Karpal dicabar panggil lapan saksi

Posted:

Anwar, Karpal dicabar panggil lapan saksi

Anwar, Karpal dicabar panggil lapan saksi

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan peguam belanya yang diketuai Karpal Singh dicabar memanggil semua lapan individu yang menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwat, jika benar Ketua Pembangkang itu ikhlas memperjuangkan keadilan.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, semua lapan individu tersebut merupakan orang yang pernah mempunyai kaitan rapat dengan Anwar, sekali gus menjadikan mereka sebagai saksi yang relevan.

Katanya, langkah itu penting kerana mangsa liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sendiri ada menemui salah seorang yang menawarkan diri menjadi saksi iaitu Senator Mohamed Ezam Mohd. Noor dan alasan sama diguna pakai Anwar untuk memanggil Perdana Menteri serta isteri.

Menurutnya, jika Anwar dan Karpal gagal serta enggan memanggil semua lapan individu tersebut, ia jelas membuktikan sikap sebenar ketua pembangkang itu sebagai political animal yang berniat untuk mempolitikkan kes liwat, bukannya mencari kebenaran.

"Saya cabar Anwar dan Karpal terima tawaran semua mereka. Mereka ini merupakan bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) suatu ketika dahulu dan mempunyai hubungan yang cukup rapat bukan sahaja dengan Anwar malah dengan Mohd. Saiful sendiri.

"Sudah tentu mereka ini kumpulan saksi yang relevan, yang mampu memberi fakta tepat bagi membantu mahkamah mencari keadilan. Pada saya, mereka ini jauh lebih relevan berbanding Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesediaan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Datuk S. Nallakaruppan, Datuk Zulkifli Noordin, Mohamed Ezam, Wee Choo Keong, N. Gobalakrishnan, Anuar Shaari serta Muhamad Rahimi Osman menjadi saksi kes liwat Anwar.

Dalam pada itu, Mohd. Zahid berkata, langkah Anwar serta peguam belanya mengheret Perdana Menteri dan isteri dalam kes liwat itu sebenarnya bagi menutup ketakutan untuk membela diri dalam kandang tertuduh selain keengganan menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Bandar utama Britain tenang

Posted:

[unable to retrieve full-text content]LONDON 11 Ogos - Keadaan di bandar-bandar utama di Britain tenang hari ini selepas dilanda rusuhan dan kegiatan mencuri yang berleluasa sejak beberapa hari lalu sehingga mencetuskan kecemasan di negara ini.

Somalia perlu bantuan segera AS$2.4 bilion

Posted:

[unable to retrieve full-text content]GENEVA 11 Ogos - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan kebuluran yang melanda Afrika Timur sebagai krisis kemanusiaan paling teruk di dunia ketika ini.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tolong baiki Jalan Bukit Ibam

Posted:

[unable to retrieve full-text content]Saudara pengarang, SAYA salah seorang pengguna laluan Jalan Bukit Ibam menuju ke Muadzam Shah, Rompin.

Parkir teksi diceroboh pemilik kenderaan awam

Posted:

Parkir teksi diceroboh pemilik kenderaan awam

Parkir teksi diceroboh pemilik kenderaan awam

ABDULLAH LEBAI DIN
Bandar Jerantut


BEBERAPA buah kenderaan awam diletakkan sewenang-wenangnya di petak kuning milik Persatuan Pemandu Kereta Sewa di stesen teksi Bandar Baru Jerantut.


Saudara pengarang,
SAYA ingin melahirkan rasa kesal dan tidak berpuas hati dengan sikap segelintir pemilik kenderaan di bandar Jerantut yang menceroboh parkir kuning.

Parkir tersebut merupakan kawasan yang dimiliki oleh Persatuan Pemandu Kereta Sewa (PPKS) di stesen teksi Bandar Baru Jerantut.

Boleh dikatakan setiap hari, khususnya pada waktu puncak pemilik kenderaan terbabit menceroboh masuk ke kawasan petak kuning sehingga mengganggu pemandu teksi meletakkan kenderaan mereka.

Senario yang sama juga semakin serius pada Ramadan apabila pemilik kenderaan awam menceroboh petak kuning dan meletakkan kenderaan mereka untuk berbelanja juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan berdekatan stesen teksi di sini.

Saya dan rakan pemandu teksi lain hairan kenapa mereka seolah-olah tidak memahami papan tanda larangan kenderaan awam yang dipasang oleh Majlis Daerah Jerantut (MDJ) di pintu masuk stesen teksi.

Hal itu menimbulkan kesesakan dan mengundang rungutan malah, timbul rasa marah dalam kalangan pemandu teksi kerana kawasan parkir kuning diceroboh kenderaan lain.

Pada mulanya saya dan rakan pemandu teksi lain menasihat pemilik kenderaan yang menceroboh parkir stesen teksi, tetapi teguran secara baik dan berlembut tidak diendahkan.

Untuk makluman orang ramai, Persatuan Pemandu Kereta Sewa di sini menyewa tapak untuk stesen teksi di sini sebanyak RM400 sebulan daripada pihak MDJ.

Jika keadaan ini berterusan, pemandu teksi tidak dapat meletakkan teksi masing-masing untuk menunggu pelanggan dan berkemungkinan akan mengurangkan punca pendapatan.

Ini menimbulkan masalah bagi pengurusan stesen teksi apabila pelancong dan penumpang domestik terpaksa menunggu lama kerana ketiadaan teksi.

Menerusi ruangan Rakan Pahang ini, saya mencadangkan MDJ mengenakan parkir berbayar di semua lokasi Bandar Baru, Bandar Lama Jerantut dan Bandar Baru Inderapura agar pemilik kenderaan lebih berdisiplin tanpa meletakkan kenderaan sesuka hati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mohon tanah kubur Islam

Posted:

Mohon tanah kubur Islam

Mohon tanah kubur Islam

MOHD. NAZLIFAH MOHAMAD,
Kampung Perpat, Rompin


IMAM masjid Kampung Perpat, Mohd. Nazlifah Mohamad menunjukkan kawasan tanah kubur Islam yang dimohon penduduk berhampiran Jalan Ladang Felcra Tanjung 100, Rompin.


Saudara pengarang,
PENDUDUK Kampung Perpat dan kalangan saudara baru Orang Asli di Kampung Kemendol, Rompin ingin memohon kepada pihak tertentu khususnya kerajaan negeri menyediakan tanah perkuburan di kampung itu dengan segera.

Tanah perkuburan di situ amat penting memandangkan berlaku pertambahan jumlah penduduk dan peningkatan kes kematian di kawasan itu.

Terdapat satu kejadian apabila jenazah penduduk di situ terpaksa dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kuala Rompin atau disemadikan di tanah perkuburan tempat lain.

Ada juga jenazah terpaksa dikebumikan di kampung tempat tinggal ibu bapa mereka yang terletak jauh dari kampung tersebut.

Keadaan itu sudah tentu menyukarkan proses pengurusan jenazah memandangkan terpaksa menghantar jenazah di tanah perkuburan yang terletak jauh dari kampung ini.

Keperluan mewujudkan tanah perkuburan di kampung ini penting kerana urusan pengkebumian jenazah dapat dikendalikan segera tanpa perlu membawa jenazah ke tempat lain.

Selain itu, penduduk juga berhadapan dengan masalah van jenazah kerana tidak mempunyai kemudahan itu sejak sekian lama selain terpaksa menggunakan van sekolah untuk membawa jenazah.

Justeru, penduduk di situ menerusi Jawatankuasa Khairat Kematian Kampung Perpat menjadikan kawasan berhampiran Jalan Ladang Felcra Tanjung 100 di situ sebagai tapak tanah perkuburan Islam.

Permohonan itu dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Rompin dan masih menunggu kebenaran tersebut serta berharap masalah itu dapat ditangani segera.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Mon, Fyza bukan kejar glamor

Posted:

Mon, Fyza bukan kejar glamor

Mon, Fyza bukan kejar glamor

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar ZAKARIA IDRIS


MON dan Fyza akui perjalanan seni mereka masih lagi jauh.


GLAMOR dan mewah. Itulah yang dapat digambarkan apabila bercerita mengenai gaya hidup yang sering ditonjolkan oleh kebanyakan bintang-bintang yang menyinari persada seni tanah air.

Malah gaya hidup yang ditonjolkan oleh mereka ini juga sering menjadi ikutan para peminat sehingga menjadi satu trend dalam dunia fesyen.

Bagaimanapun, kehadiran bakat-bakat baru yang berani untuk terjun menjadi anak seni sering disalah ertikan dan dipandang serong oleh sesetengah pihak.

Lantas, kehadiran mereka yang baru untuk bertapak sebagai pelapis anak seni masa hadapan sering dilemparkan dengan berbagai tohmahan.

Bertemu dengan dua muka baru Metrowelth International Group (MIG), Mon Ryanti dan Fyza Kadir, Hits sempat mengusik mereka dengan soalan adakah glamor dan kemewahan yang dicari di pentas seni yang diceburi?

Bagai menduga soalan itu menjadi fokus utama kami, dengan tenang kedua-dua anak kelahiran Johor itu memberikan jawapan.

Jelas Mon, keterujaannya untuk menjadi anak seni tiada kaitan dengan corak hidup dan gaya mewah yang ditonjolkan oleh artis.

Baginya, jika matlamatnya dalam dunia seni sekadar untuk mengecapi populariti dan mengejar kehidupan glamor, sudah tentu namanya tidak akan bersinar lama dalam dunia seni.

"Tidak pernah terlintas di hati saya untuk mengejar glamor apatah lagi mencari kemewahan mudah.

"Malah untuk berjaya tiada jalan mudah dan kita kena berusaha sendiri untuk mencapai apa yang kita mahukan," ujar Mon ketika selesai sesi fotografi di Studio Utusan, baru-baru ini.

Setuju dengan jawapan yang diberikan Mon, Fyza yang baru sahaja selesai menjalani pengambaran filem Hantu Dalam Botol Kicap turut meluahkan rasa yang sama.

Ujar gadis berusia 26 tahun itu, dia menjengah persada seni bukanlah untuk mengejar glamor atau mencari populariti.

Baginya, apa yang dilakukan itu adalah berlandaskan minat demi menggapai impian yang telah tertanam dalam hati.

"Saya memang minat berlakon dan menganggap lakonan sebagai satu karier.

"Jadi untuk berjaya dalam karier bukan mudah di mana kita kena berusaha dan berkerja keras demi mencapai kejayaan.

"Bagi saya tidak timbulnya soal mencari glamor dan mengejar kemewahan apabila saya menceburi bidang ini," jelasnya yang menjadikan aktres Sofea Jean sebagai idola.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Cubaan bukan aibkan orang ramai

Posted:

Cubaan bukan aibkan orang ramai

Cubaan bukan aibkan orang ramai

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar MOHD FARIZWAN HASBULLAH


AKHIL Hay dan isterinya, Waheeda (empat dari kiri) bersama sebahagian daripada kakitangan Akhil Network meraikan ulang tahun pertama syarikat itu di Kajang, Selangor, baru-baru ini.


ASTRO Oasis di saluran Astro 106 merupakan sebuah saluran alternatif yang menyiarkan rancangan-rancangan berunsur keislaman. Cubaan salah satu rancangan yang kini sedang disiarkan menerusi saluran televisyen (TV) berbayar itu pada setiap Sabtu pukul 7.30 malam.

Meskipun berunsur keislaman, tetapi rancangan yang diacarakan oleh Akhil Hayy itu dikatakan menyerupai rancangan Barat, Candid Camera. Ia berdasarkan konsep rancangan itu yang seperti mengenakan orang ramai melalui rakaman daripada kamera video yang disorokkan.

Bagaimanapun, menurut Akhil, Cubaan bukan sebuah rancangan yang mahu mengenakan atau memalukan orang ramai. Sebaliknya ia tampil dengan elemen pendidikan selain bagi menguji tahap keprihatinan masyarakat terhadap sesuatu insiden yang diketengahkan dalam program itu.

"Kami bukan mahu mengenakan orang ramai tetapi berharap mereka dapat mencari makna di setiap segmen yang kami tampilkan. Contohnya, jika berlaku kes ragut yang kami lakonkan dalam satu segmen, apakah tindakan orang ramai sewaktu mendepani situasi seperti itu," ujarnya kepada Hits.

Pada pertemuan di majlis pelancaran Konsert Mini Kembara Sufi Akhil Hayy itu, bekas penyanyi rock kumpulan D'Riyadh itu berkata, Cubaan juga tidak berniat untuk memalukan orang ramai yang ditemubual secara rambang dalam rancangan tersebut.

Dalam sebuah segmen Cubaan, pendakwah bebas itu misalnya telah menemubual seorang lelaki berusia awal 40-an mengenai bacaan doa qunut tetapi sayangnya individu terbabit tidak mampu menghabiskan bacaan ayat yang dipetik daripada solat Subuh itu.

Jelas Akhil, pihaknya telah memikirkan perkara itu di mana pelbagai persiapan telah dilakukan sebelum Cubaan disiarkan di kaca TV bagi memastikan air muka individu-individu yang disiarkan menerusi program tersebut tidak diaibkan.

"Sebelum menemubual orang ramai, kami akan meminta kebenaran terlebih dahulu untuk menyiarkan rakaman itu. Kami juga mendapatkan tandatangan dalam satu surat persetujuan bagi membenarkan rakaman itu disiarkan dalam Cubaan. Ia bagi mengelakkan pertikaian pada masa akan datang.

"Bagaimanapun, ada segmen-segmen tertentu kami akan menutup muka responden yang ditemu bual bagi mengelakkan mereka berasa malu. Selain itu, kami juga mendapat nasihat dan kerjasama daripada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan polis sebelum rakaman dimulakan," katanya.

Mencari hikmah

Suami kepada penyanyi Waheeda itu berkata, Cubaan yang mempunyai 13 episod itu akan menggunakan pendekatan mendidik para penonton berdasarkan paparan lakonan yang dirakamkan oleh kamera terselindung tentang sesuatu isu yang hendak diketengahkan itu.

"Namun, saya tidak mahu menamakan konsep rancangan Cubaan ini sebagai senda gurau. Sebaliknya, ia adalah sebuah pendidikan kerohanian. Ia sebuah rancangan berkonsepkan ilmu dan pengajaran di mana para penonton boleh mencari hikmah di sebalik sesebuah realiti kehidupan yang dipaparkan," jelasnya.

Sementara itu, sewaktu ditanya tentang Konsert Mini Kembara Sufi yang dianjurkan oleh syarikatnya, Akhil Hayy Network, ia hasil daripada permintaan para peminat yang masih ingin melihatnya menyanyi di atas pentas persembahan,

Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai menjelaskan, menerusi konsert itu pihaknya akan memberi kepercayaan kepada mana-mana juga penganjur persembahan yang sanggup menarik penyertaan sekurang-kurangnya 300 peminat hadir menyaksikan konsert tersebut.

"Kami akan mengeluarkan 300 keping tiket kepada mana-mana penganjur konsert dan terpulanglah kepada mereka untuk menjualnya. Setiap tiket berharga RM30. Apabila semua tiket itu habis dijual maka pihak terbabit akan menganjurkannya.

"Selain menyaksikan konsert, turut diadakan ialah majlis tazkirah di mana Akhil Network juga akan memberi hadiah istimewa berupa produk keluaran syarikat saya kepada yang membeli tiket konsert tersebut. Pada 26 Julai lalu, konsert pertama yang kami adakan di Beranang, Selangor telah ditonton hampir 200 peminat," katanya.

Selain sibuk mengacarakan rancangan Cabaran, menjayakan Konsert Mini Kembara Sufi, Akhil Network juga menganjurkan pakej umrah di mana seramai 30 jemaah telah mengikuti rombongan pertama pada April lalu yang diketuai oleh penasihatnya, Datuk Mohamed Zain Zakaria.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Sederhana selesai kemelut

Posted:

Sederhana selesai kemelut

Sederhana selesai kemelut

TINDAKAN Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi meneliti apakah benar ada usaha untuk mengkristiankan orang Islam dalam majlis makan malam anjuran sebuah pertubuhan kebajikan di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu mengundang pelbagai reaksi: marah, keliru dan paling banyak adalah memuji tindakan itu kerana ia membabitkan akidah umat Islam.

Dari perspektif Islam, sentimen dan dakwaan wujudnya usaha berkenaan pada majlis tersebut masih belum dapat dibuktikan, kerana JAIS masih belum membuat kenyataan. Tapi, dalam sentimen itu nampaknya JAIS sudah menang moral manakala orang ramai semakin melihat gagalnya kepimpinan negeri yang diterajui oleh orang Islam untuk mempertahan dan memperkasakan agama daripada terus diceroboh, diasak dan dipengaruhi oleh bukan Islam.

Berdasarkan undang-undang, meskipun kebebasan beragama menjadi hak setiap orang, kebebasan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mempengaruhi orang Islam agar menukarkan agamanya. Berdakwah atau mempengaruhi orang Islam supaya menukarkan agama adalah satu tindakan salah dan boleh didakwa di mahkamah.

Apa pun peruntukan undang-undang yang ada, penguatkuasaannya adalah satu tindakan wajar dan harus ditentukan melalui pendakwaan. Maka, tindakan JAIS adalah usaha mencari bukti dan bukannya mewujudkan suasana resah, menceroboh rumah-rumah ibadat sebagaimana dilihat para aktivis yang menentang usaha itu.

Setiap rakyat harus faham undang-undang negara yang mana Islam menjadi agama rasmi, iaitu jangan ada sesiapa cuba mempengaruhi rakyatnya yang beragama Islam untuk meninggalkan agamanya sendiri di negara itu. Demikian juga ajaran-ajaran (sesat) lain yang boleh memesongkan agamanya sendiri.

Islam hendaklah difahami secara menyeluruh (syumul) merangkumi seluruh kehidupan dunia dan akhirat. Pengertian Islam berbeza dengan agama-agama lain, tiada pemisahan di antara dunia dan akhirat antara ibadah dan urusan kehidupan sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 200 bermaksud "Wahai tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat." Kerana Islam itu adalah agama yang penuh keseimbangan, sesuai dengan kejadian manusia pada setiap masa dan tempat.

Proses yang seharusnya berlaku sebaik-baik sahaja JAIS dapat mengumpulkan bukti adalah memanggil pihak terbabit untuk mengetahui kedudukan sebenar sama ada ia adalah majlis kebajikan atau majlis memujuk. Jika betul-betul ikhlas untuk menyampaikan bantuan, ia boleh dilihat sebagai satu langkah yang terpuji.

Jika sebaliknya, bersama bukti yang ada maka mereka yang hadir itu boleh diberikan nasihat ataupun peluang membuktikan kehadiran itu tidak boleh diistilahkan sebagai percubaan menjadi murtad manakala pihak penganjur perlu dipanggil untuk mengkaji keikhlasan niatnya.

Dalam konteks Islam, memberikan bantuan atau sedekah kepada mereka yang memerlukan adalah satu tindakan yang amat digalakkan. Atas dasar itulah maka satu kaedah mengumpul dan menyalurkan bantuan melalui institusi zakat diwajibkan ke atas semua orang Islam yang mempunyai harta dan kekayaan.

Keindahan Islam turut tercermin melalui kaedah bagi menyelesaikan sesuatu kemelut, sama ada yang bersifat agama ataupun sosio-politik. Setiap orang yang berbeza pandangan perlu dibawa bersama dalam satu perundingan bagi mencapai satu persetujuan dan persefahaman.

Dalam konteks antara agama, kedua-dua pihak yang berhadapan dengan masalah disebabkan oleh garis pemisah yang kurang jelas, maka berunding adalah kaedah terbaik. Dengan cara melemparkan sesuatu tuduhan atau dakwaan, ia akan memberikan kesan buruk.

Perundingan antara Islam dan Kristian sudah bermula sejak kedua-dua agama itu menjadi titik perbezaan sama ada dalam bentuk teologi ataupun tuduhan melampau sehingga memerangkapkan krisis kosmos.

Sejak Islam dizahirkan sebagai agama wahyu terakhir, Nabi Muhammad SAW melaksanakan pendekatan berhemah dengan tidak memaksa pemeluk Kristian, Yahudi dan lain-lain untuk menukarkan agama asal mereka.

Konteks dakwah tersebut adalah selaras dengan firman Allah SWT, "tiada paksaan dalam beragama" tetapi setelah memeluk Islam, menukarkan agama adalah "dilarang" dan tindakan tersebut dipanggil murtad. Orang yang murtad akan disingkirkan dari jemaah dan mendapat kebenaran sebagaimana dijanjikan oleh Allah SWT.

Perseteruan antara Islam dan Kristian telah lama bermula dan akar umbi masalah itu berpunca daripada prasangka buruk mengenai agama terakhir itu. Mereka menyangka, disebabkan kemurnian Islam sentiasa dipertahankan dan sebarang perubahan ke atas kandungan kitab suci al-Quran akan ditentang habis-habisan.

Berbanding Kristian, ajarannya mengalami pelbagai perubahan disebabkan sikap sesetengah pemegang amanahnya. Atas dorongan untuk menguasai dan mendominasi orang lain, maka terjadi banyak percanggahan dalam Bible. Ia menjadi dua versi yang ada ketikanya tidak boleh berkompromi, seringkali bercanggah antara Old Testament dan New Testament.

Dalam beberapa perkara, dalam Islam turut berlaku perbezaan pendapat tetapi ia atas perkara-perkara yang bersifat nisbi dan bukan mengenai bentuk keimanan. Perbezaan itu telah diselaraskan melalui jumhur ulama, penyelarasan fatwa dan mencari kata sepakat antara alim ulama. Inilah kelebihan yang ada pada Islam, yang mungkin tidak dipraktikkan oleh lain-lain agama.

Jika ada pun perbalahan dan pertelingkahan, ia diselesaikan dengan cara baik. Selagi bukan Islam menghormati dan tidak mengkhianati Islam, selagi itulah keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara dapat dipertahankan.

Masyarakat wajib menghormatinya. Setiap masyarakat harus memandangnya sebagai satu bentuk misi kemanusiaan, tetapi jika terbukti ada penyelewengan maksud, maka tindakan JAIS itu boleh dilihat sebagai sesuatu yang bermaruah. Suatu tindakan yang wajar maka sebelum hasil siasatan itu dirumus dan didedahkan, maka kita tidak sepatutnya melenting keterlaluan. Ia boleh mencemarkan agama Islam itu sendiri.

DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mengurus risiko elak terjebak perlakuan fitnah

Posted:

Mengurus risiko elak terjebak perlakuan fitnah

Mengurus risiko elak terjebak perlakuan fitnah

Oleh Pandangan IKIM

FITNAH boleh membawa pelbagai erti. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, fitnah bermaksud tuduhan, khabar, kisah yang diada-adakan untuk memburukkan seseorang.

Dalam maksud ayat 191 surah al-Baqarah ada disebut "Fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan". Kebanyakan ulama tafsir memberi erti fitnah di dalam ayat al-Quran ini membawa maksud perlakuan kufur dan syirik.

Imam Fakhrulrazi dalam tafsir Kabir memetik Ibn Abbas sebagai berkata, ini kerana pelaku syirik melakukan dosa besar yang melayakkan mereka kekal dalam neraka berbeza dengan kesalahan membunuh. Syirik dan kufur menjadikan pelakunya terkeluar daripada agama.

Ada sebahagian ulama pula memberi erti fitnah sebagai perkara yang mengancam hidup beragama orang Islam sama ada dengan meracuni akidah orang Islam dengan pelbagai perkara yang meragukan atau pun dengan seksaan seperti yang berlaku ke atas sahabat nabi Muhammad SAW seperti Bilal, Sohaib dan Ammar bin Yasir.

Apa pun, semua takrifan fitnah ini membawa maksud negatif yang boleh membawa kucar-kacir dalam masyarakat.

Dari konteks maksud fitnah oleh kamus Dewan, kita dapat melihat di dalam kehidupan bermasyarakat, timbul pelbagai dakwaan terhadap pihak kedua. Dakwaan yang timbul datang daripada pelbagai latar belakang individu dan kelompok dalam masyarakat.

Ada dakwaan yang bersifat jelas dengan bukti sokongan ke atas dakwaan tetapi sebaliknya ada juga yang dibuat tanpa bukti dan tanpa mengetahui latar belakang selok-belok perkara yang didakwa. Ini termasuk pihak ketiga yang membuat dakwaan terhadap suatu isu melibatkan dua pihak lain tanpa terlebih dahulu mengetahui dan menyelidik duduk sebenar perkara, khasnya daripada kedua-dua belah pihak itu sendiri.

Dalam zaman serba canggih dengan teknologi Internet di hujung jari, penyebaran segala dakwaan dibuat tidak terbatas kepada sesuatu kampung, daerah, negeri atau negara bahkan ke seluruh dunia.

Dakwaan yang dibuat apatah lagi jika tidak benar sudah tentu memberi kesan besar kepada orang yang didakwa seperti menjejaskan maruah dan menimbulkan pandangan negatif masyarakat serta boleh mempengaruhi persepsi masyarakat awam dalam sesuatu isu.

Pada masa sama, golongan yang berkepentingan sanggup melakukan apa sahaja termasuk membuat dakwaan tanpa usul periksa, mengadakan-adakan dakwaan untuk menjatuhkan pihak kedua demi memenuhi pelbagai motif seperti mengembangkan fahaman mereka, menguasai minda masyarakat dengan acuan dan agenda mereka atau untuk menjaga kepentingan diri dan pihak-pihak tertentu. Mereka dengan mudah pula mencanangkan dakyah mereka itu ke seluruh lapisan masyarakat.

Sebagai orang Islam, kita tidak harus terikut-ikut menyokong dan menerima sebarang dakwaan apatah lagi yang datang daripada golongan berkepentingan dengan menambah tokok lagi dakwaan mereka sehingga menjadikan dakwaan golongan tersebut seolah-olah benar walaupun ia sebenarnya belum lagi jelas atau matang.

Orang Islam mempunyai asas panduan yang telah pun digariskan oleh agama apabila ingin mengatakan pandangan dalam sesuatu isu atau menerima berita yang berlaku dalam masyarakat.

Asas ini termaktub dalam satu firman Allah SWT yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujurat: 6).

Ayat ini memberi kesimpulan bahawa berita yang diterima dan sebarang ulasan atau dakwaan yang ingin kita lakukan hendaklah berdasarkan kepada kesahihan kebenaran berita berkenaan.

Jika kita memberi komen tanpa maklumat yang matang dan tepat tentang berita berkenaan maka sudah tentu ia boleh menjadi suatu dosa yang disesali kemudian. Apatah lagi berita yang diterima daripada orang fasik.

Jika kita melihat lebih lanjut, maksud fasik dari segi bahasa adalah menyimpang daripada sesuatu atau daripada matlamat tertentu iaitu tidak taat. Dari segi istilah, imam al-Qurtubi mentakrifkan fasik iaitu mereka yang tidak mentaati Allah SWT daripada kalangan orang Islam yang ahli maksiat dan orang kafir.

Al-Alusi pula mentakrifkan fasik itu termasuk orang berakal daripada kalangan orang kafir dan juga orang Islam tetapi ahli maksiat yang selalu melakukan dosa kecil dan besar. Ayat di bawah menerangkan lebih lanjut maksud fasik.

Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (al-Quran) dan tidak ada yang akan mengkufurkannya (mengingkarinya) melainkan orang-orang yang fasik. (Al-Baqarah:99)

Di samping itu agama Islam juga menggalakkan umatnya agar menyatakan perkara kebaikan atau diam tidak memberi ulasan dalam sebarang perkara atau dakwaan yang tidak ada kaitan dengan mereka.

Jika sesuatu perkara tidak diketahui latar belakangnya maka sudah tentu itu merupakan perkara yang kita sebagai umat Islam tidak diberi mandat untuk memberi komen apatah lagi menyokong dakwaan berkenaan.

Kesan sebarang kenyataan menyokong oleh orang Islam khasnya pemimpin masyarakat tanpa usul periksa dan maklumat tepat dalam dakwaan dan isu yang timbul sudah tentu memberi gambaran yang mengelirukan kepada masyarakat awam Islam.

Pada masa sama, tindakan ini sebaliknya lebih memberi keuntungan kepada pihak tertentu yang ingin melihat kelemahan umat Islam.

Oleh itu, dalam isu-isu masyarakat apatah lagi berkaitan dengan hidup beragama orang Islam, kita perlu menyelidik berita atau isu yang ditimbulkan sebelum mengambil sebarang pendirian dan tindakan agar tidak terjebak ke dalam perlakuan fitnah.

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, Institut Kefahaman islam Malaysia (IKIM)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Sekali rasa pasti sukar dilupakan

Posted:

Sekali rasa pasti sukar dilupakan

Sekali rasa pasti sukar dilupakan

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar SAFIYANA SALIM (Pelatih Unisel)


Ainon Naim menunjukkan rendang Minang yang telah siap dan dipek dalam bekas lut sinar.


RENDANG Minang yang berasal dari Sumatera sudah tidak asing lagi di negara ini. Ia bukan sahaja antara juadah wajib untuk dinikmati bersama ketupat atau lemang di pagi Syawal, malah disajikan pada majlis-majlis keramaian lain.

Sekalipun ramai yang mengusahakan rendang Minang di sekitar Kuala Lumpur tetapi hasil air tangan Ainon Naim, 74, yang telah mengusahakan rendang ini sejak lebih 30 tahun lalu nyata mempunyai keistimewaan tersendiri.

''Sedap atau tidak perlu rasa dahulu. Biasanya bagi yang telah mencuba akan mula menjadi pelanggan tetap,'' ujar Ainon ketika ditemui di rumahnya di Wisma Zabedah, Jalan Hamzah, Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sekalipun sudah berusia, Ainon mengakui selagi mempunyai kudrat dan kesihatan yang baik dia akan terus membuat rendang yang dianggap sebagai hobi bagi memenuhi masa lapang.

Balu 10 anak itu mengakui bermula dengan kecil-kecilan membuat rendang akhirnya rendang Minang 'Kak Enon' sudah dikenali.

Ainon memberitahu, rutinnya lebih sibuk pada bulan Ramadan kerana setiap hari akan memasak rendang untuk jualan di pasar Ramadan dan tempahan menjelang Aidilfitri.

Berikutan itu seawal pukul 8 pagi lagi, Ainon sudah mula menyiapkan bahan-bahan membuat rendang iaitu daging yang dipotong selain bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, cili kering, lengkuas, santan, daun limau purut dan daun kunyit.

Ainon mengakui dia agak cerewet dalam membuat pilihan bahan untuk rendangnya bagi mengekalkan rasa dan kualiti.

Atas sebab itu juga Ainon hanya menggunakan daging tempatan kerana katanya, daging import banyak lemak yang akan menjejaskan keenakan rendang.

Katanya, dia hanya membuat rendang Minang jenis kering dan boleh tahan sehingga sebulan.

Jelas Ainon, yang membezakan rendang Minang dengan rendang jenis lain ia tidak dicampur kerisik sebaliknya dilebihkan santan.

Selain itu, katanya, rendang Minang yang dibuatnya tidak pedas kerana lebih banyak menggunakan cili kering dan sedikit sahaja cili padi.

Satu rahsia Ainon ialah rendangnya dimasak menggunakan dapur arang.

Dia lebih senang menggunakan dapur arang kerana bukan saja menjimatkan bahan api tetapi lebih mudah untuk mengawal api.

Lagipun, katanya, untuk memasak rendang perlu menggunakan api perlahan.

''Rendang ini juga mesti dikacau selalu untuk mengelak daripada bahagian bawahnya berkerak dan hangit,'' katanya.

Ainon menceritakan setakat ini dia pernah memasak rendang untuk 50 kilogram (kg) daging pada majlis perkahwinan anaknya.

Setiap hari di sepanjang bulan Ramadan ini pula dia akan memasak sekurang-kurangnya 15 kg daging untuk dibuat rendang.

''Masa yang digunakan untuk masak rendang sebanyak 15 kilogram ini kira-kira lapan jam,'' katanya.

Ketika ditanya di mana mempelajari cara memasak rendang Minang itu, Ainon memberitahu semuanya dipelajari daripada ibu mertuanya yang berketurunan Minang.

Selain itu beliau juga mendapat galakan daripada suaminya seorang penjual daging di pasar Chow Kit supaya mengusahakan rendang Minang secara serius.

Sudah menjadi tradisi pada setiap tahun beliau akan menyewa tapak pasar Ramadan di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan rendang Ainon menghubunginya menerusi talian 017-3217430.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ringkas tetapi sedap

Posted:

Ringkas tetapi sedap

Ringkas tetapi sedap

ALHAMDULILLAH hari ini sudah hari ke-12 kita menyambut Ramadan. Pejam celik pejam celik, kita sudah menghampiri ke minggu kedua bulan Ramadan.

Pada minggu ini saya ingin bercerita mengenai jemput-jemput, cucur dan cekodok. Sebenarnya ketiga-tiga nama ini merujuk kepada satu juadah yang sama.

Jemput-jemput, cucur dan cekodok diperbuat daripada tepung yang dibancuh dengan air dan dengan bahan-bahan yang lain seperti udang, pisang, bawang dan lain-lain mengikut kesukaan anda dan digoreng dengan minyak.

Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu yang manis dan masin. Makanan ini diberikan nama mengikut jenis bahan-bahan yang diadun di dalamnya.

Jemput-jemput selalunya bersaiz sejemput kerana menggunakan hujung jari ketika diletakkan ke dalam minyak untuk menggorengnya.

Oleh itu namanya dipanggil jemput-jemput tapi ada yang lebih suka menggunakan sudu ketika menggoreng juadah ini.

Jemput-jemput yang menggunakan tangan kelihatan lebih comel berbanding menggunakan sudu. Saya lebih suka menikmati yang dijemput dengan tangan kerana rupanya yang comel itu membuatkan saya lebih teruja untuk makannya.

Tetapi jika saya membuat cucur udang atau bilis, saya suka menggunakan sudu kerana cucur akan menjadi tidak sekata. Ini akan membuatkan cucur jadi garing.

Pada minggu ini saya akan berkongsi resipi cucur udang berjagung. Saya akan berikan sedikit tip-tip penting agar cucur yang dibuat akan berasa rangup di luar dan lembut dalam.

Tip paling penting adalah adunan anda jangan terlalu cair dan kurang air. Sebaik-baiknya anda cuba menggoreng sedikit bancuhan yang telah siap dan lihat hasil yang digoreng.

Jika terlalu cair cucur yang digoreng akan menjadi leper, jika kurang air pula, cucur akan berasa keras.

Kecairan adunan yang tidak menepati tidak akan menghasilkan cucur yang enak dimakan. Kawalan api juga penting! Minyak yang tidak cukup panas membuatkan cucur tidak garing dan akan menyerap minyak.

Minyak yang terlalu panas pula dikhuatiri dalam cucur tidak masak. Bikarbonat soda dapat membantu cucur mengembang dan menjadi lembut jika anda menggunakannya. Anda hanya perlu letak sedikit sahaja kerana jika terlebih cucur anda akan bertukar warna dan berasa sedikit pahit.

Ada juga sesetengah resipi yang menggunakan baking powder dan yis untuk mengembangkan adunannya. Jadi terpulanglah kepada anda, bahan penaik mana yang anda suka untuk gunakan. Bahan lain yang mebuatkan cucur anda lembut, garing dan gebu adalah telur.

Jadi saya menasihati anda supaya meletakkan telur dalam bancuhan cucur anda. Resipi cucur udang yang saya kongsikan ini sedikit berlainan kerana ada menggunakan isi jagung di dalam tin. Untuk resipi ini anda boleh menggantikan serbuk pati ikan dengan udang kering yang dikisar.

Jadi apa lagi? Petang ini bancuhlah cucur yang saya kongsikan ini. Selamat mencuba!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Usaha DBKL sia-sia?

Posted:

Usaha DBKL sia-sia?

Usaha DBKL sia-sia?

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


USAHA DBKL membersihkan iklan-iklan haram di tempat-tempat awam bagaikan sia-sia apabila pihak yang tidak bertanggungjawab kembali menampal iklan-iklan mereka di Wangsa Maju dan Bukit Bintang, semalam.


KUALA LUMPUR 10 Ogos – Bagai mencurah air ke daun keladi. Itulah gambaran kepada sikap golongan yang degil dan cetek kesedaran sivik yang berterusan menampal iklan-iklan haram pada dinding, tiang, pondok telefon atau pun papan tanda jalan.

Tidak sampai sebulan selepas beberapa kawasan di ibu negara dibersihkan daripada iklan-iklan haram yang mencemarkan keindahan, ia dilihat muncul kembali, sekali gus menjadikan usaha membersihkannya sebelum ini bagaikan sia-sia.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan sekitar stesen transit aliran ringan (LRT) Wangsa Maju dan Jalan Bukit Bintang mendapati, terdapat banyak iklan haram yang ditampal semula.

Kebanyakan iklan tersebut terdiri daripada tawaran pinjaman wang ah long, jawatan kosong serta menjual barangan dan perkhidmatan tertentu.

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) khususnya membersihkan iklan-iklan haram itu dari semasa ke semasa tetapi kegiatan itu masih tidak berkesudahan.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz berkata, sebanyak 278,000 iklan haram telah diturunkan dari Januari sehingga Julai lalu dalam usaha membersihkan ibu negara daripada masalah tersebut.

Namun, usaha yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan itu hanya sia-sia kerana golongan yang tidak bertanggungjawab itu masih tidak menghentikan perbuatan mereka dan tidak pernah rasa bersalah melakukannya.

Kegiatan itu sudah menjadi seperti perkara biasa sehingga mereka sudah tidak mengendahkan lagi arahan atau larangan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Mungkin sudah tiba masanya langkah yang lebih drastik, tegas dan tiada kasihan diambil oleh pihak berkuasa terhadap golongan itu supaya perkara itu tidak lagi berulang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Perketat, kuat kuasa undang-undang vandalisme

Posted:

Perketat, kuat kuasa undang-undang vandalisme

Perketat, kuat kuasa undang-undang vandalisme

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Warga kota mahu kerajaan bertindak tegas terhadap mereka yang melakukan vandalisme terutama golongan yang menampal iklan-iklan haram di merata-rata tempat.

Kata mereka, selagi kerajaan tidak 'membersihkan' orang-orang yang bertanggungjawab menampal iklan-iklan itu, selagi itulah kerajaan terpaksa bertindak membersihkan iklan-iklan itu.

Kata mereka lagi, kegiatan itu juga sudah berada di tahap kronik dan pendekatan berlembut sudah tidak lagi sesuai digunakan, sebaliknya golongan itu hanya layak diheret ke mahkamah.

Orang ramai yang ditemui berharap agar tindakan dan undang-undang bagi kesalahan vandalisme itu dapat diperketatkan supaya tiada siapa yang berani melanggarnya serta mampu memberi kesedaran pada orang lain.

Seorang pemilik galeri seni lukis, Norehan Kassim, 50, berkata, gejala vandalisme jelas menunjukkan kesedaran sivik di kalangan masyarakat masa kini sangat cetek.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan harus lebih tegas dan bersungguh-sungguh dalam menguatkuasakan undang-undang supaya kegiatan itu tidak berulang, selain menyusun semula sistem pendidikan sivik negara.

"Kita lihat Singapura, tahap kebersihannya amat tinggi kerana undang-undang yang tegas dikenakan yang menyebabkan rakyatnya tidak berani untuk membuat vandalisme.

"Saya yakin kalau undang-undang di negara ini dikuatkuasakan dengan lebih tegas, maka kegiatan vandalisme pasti akan dapat dikurangkan," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sementara itu, seorang pesara, Goh Kee Boon, 57, berkata, iklan-iklan haram yang dilekatkan di merata-rata tempat sememangnya amat menjengkelkan untuk dipandang.

"Pada pandangan saya, mungkin pihak berkuasa perlu menempatkan pegawai tanpa uniform untuk memantau, seterusnya menangkap mereka yang menampal iklan haram ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Muslim Aid rai 1,000 anak yatim, fakir miskin

Posted:

Muslim Aid rai 1,000 anak yatim, fakir miskin

Muslim Aid rai 1,000 anak yatim, fakir miskin


Wan Rusli Wan Muda (kiri) menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Titian Kasih pada majlis berbuka puasa sempena program Fast 2 Feed di Petaling Jaya, baru-baru ini.


PETALING JAYA 10 Ogos - Seramai 100 anak yatim dan fakir miskin dari sekitar Lembah Klang diraikan dalam siri jelajah berbuka puasa Yayasan Kemanusiaan Aid Malaysia (Muslim Aid) ke seluruh Semenanjung di sini baru-baru ini.

Pengurus Muslim Aid, Wan Rusli Wan Muda berkata, siri jelajah Muslim Aid menerusi program Fast 2 Feed (F2F) akan turut diadakan di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan bagi membolehkan penaja menyelami perasaan golongan yang kurang berkemampuan.

"Penganjuran program F2F ini adalah selaras dengan objektif penubuhan Muslim Aid untuk mengurangkan beban dan penderitaan golongan sasar dengan menghulurkan sedikit bantuan.

"Menerusi program ini, penaja dapat meraikan anak-anak yatim dan fakir miskin berbuka puasa," katanya ketika berucap dalam program itu.

Muslim Aid turut bekerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam memberikan sumbangan duit raya dan barangan keperluan kepada golongan sasar itu.

Sementara itu, Presiden Badan Perwakilan Koordinasi Pelajar (BPKP) UIAM, Muhamad Amirul Fais Shahrom berkata, UIAM merupakan salah satu rakan sukarelawan Muslim Aid dengan membuat kutipan amal di kalangan penuntut dan kakitangan universiti bagi mengumpul dana untuk program kemasyarakatan itu.

Wan Rusli berkata, program F2F memperuntukkan RM50,000 sepanjang jelajah ini bagi menyalurkan bantuan kepada hampir 3,000 anak yatim, fakir miskin dan pelarian di seluruh negara untuk meringankan beban mereka.

Menurutnya, program itu diharap dapat menarik minat orang ramai untuk turut sama menyalurkan bantuan dalam meringankan beban golongan yang memerlukan.

Sementara itu seorang anak yatim, Nur Fazlin Abd. Azis, 14, yang telah tiga tahun berada di Rumah Titian Kasih berkata, walaupun sedih berbuka puasa tanpa keluarga namun dia tetap gembira dapat berbuka puasa bersama rakan-rakan senasib.

Anak kelima dari sembilan beradik itu sangat terharu kerana diraikan dan mendapat perhatian daripada Muslim Aid.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved