Khamis, 11 Ogos 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Bajet 2012 tumpu kos hidup

Posted:

Bajet 2012 tumpu kos hidup

Bajet 2012 tumpu kos hidup

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Bajet 2012 yang akan dibentangkan nanti akan memberi tumpuan kepada pengurusan kos hidup rakyat.

Kata Perdana Menteri, kerajaan akan merangka strategi terbaik untuk mengurangkan beban kos hidup rakyat menerusi bajet itu serta dalam masa sama menguruskan pembangunan ekonomi negara.

"Kerajaan akan bekerja keras dalam memastikan keresahan rakyat berhubung kos kehidupan berjaya diatasi di tengah-tengah cabaran global yang sukar ini," katanya menerusi entri terbaru bertajuk `Time to Tackle Rising Cost of Living' seperti yang tersiar di laman blog beliau di http://www.1malaysia.com.my hari ini.

Najib menambah, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melakukan apa sahaja dalam menguruskan peningkatan kos hidup dan mencari jalan memperlahankan kesannya kepada rakyat.

Kata beliau, kerajaan juga akan terus menyediakan subsidi bagi mengurangkan beban rakyat antaranya seperti pemberian subsidi minyak, makanan, bil perubatan dan sebagainya.

"Ini juga adalah antara sebab mengapa kerajaan memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) baru dan ketujuh iaitu Perangi Kos Kehidupan baru-baru ini,'' katanya.

Najib menambah, kerajaan akan meneliti kaedah untuk meningkatkan rantaian bekalan pertanian bagi memastikan bekalan makanan yang hilang sepanjang proses penghasilan dan pembekalan dapat dikurangkan.

Kerajaan juga, kata beliau, akan meneruskan sistem kawalan harga barang dan menguruskan subsidi dengan bijak yang mana merupakan antara subsidi tertinggi diberikan di sesebuah negara.

"Di samping itu, kerajaan akan memperluaskan lagi inisiatif berfokuskan rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan yang terbaru, Menu Rakyat 1Malaysia iaitu program yang menggalakkan syarikat pengeluar makanan memperkenalkan pakej menu sarapan pagi serendah RM2 dan makanan tengah hari RM4 di restoran-restoran yang mengambil bahagian," katanya.

Tambah Najib, peningkatan kos hidup tidak hanya dialami oleh rakyat negara ini memandangkan ia merupakan fenomena global yang disebabkan oleh kenaikan harga minyak mentah dunia terutama pada 2007 dan 2008.

Keadaan itu, kata beliau, diburukkan lagi dengan perubahan iklim dunia yang tidak menentu menyebabkan berlakunya banjir dan kemarau termasuk di negara-negara pengeluar makanan utama dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Makan malam mencurigakan

Posted:

[unable to retrieve full-text content]Majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya, pada malam 3 Ogos lalu menimbulkan banyak unsur syak wasangka sehingga menarik perhatian JAIS dan polis.

16,000 polis Britain dikerah

Posted:

16,000 polis Britain dikerah

16,000 polis Britain dikerah


ASAP tebal memenuhi ruang udara sebuah gudang Sony Centre di Enfield, London, semalam selepas dibakar oleh perusuh. – Reuter


LONDON 10 Ogos – Rusuhan terburuk di Britain dalam tempoh puluhan tahun berlarutan ke hari keempat hari ini apabila gerombolan pemuda mengganas di Manchester dan kawasan perindustrian tengah England tetapi keadaan di London agak tenang selepas 16,000 anggota polis dikerahkan untuk membendung keganasan.

Di Manchester, perusuh memecah masuk dan mencuri barang kedai serta menghalau jurugambar dari tempat kejadian dalam keganasan terburuk di bandar raya ketiga terbesar di Britain itu dalam tempoh 30 tahun.

Kejadian mencuri juga berleluasa di Birmingham buat malam kedua dan dalam insiden paling serius malam tadi, tiga lelaki yang baru keluar dari sebuah masjid terbunuh apabila mereka dirempuh sebuah kereta dalam kes langgar lari di bandar raya tersebut.

Di tempat lain, perusuh membakar bangunan di West Bromwich dan Wolverhampton di tengah England dan sebuah balai polis di Nottingham diserang dengan bom petrol, walaupun tiada kecederaan dilaporkan, sementara kira-kira 200 perusuh membaling objek ke arah polis di Liverpool.

Bagaimanapun di London, tiada lagi gelombang keganasan yang menyebabkan beberapa bahagian ibu kota ini terbakar malam semalam, selepas polis dikerahkan beramai-ramai dan kumpulan penduduk membanjiri jalan untuk mempertahankan komuniti mereka.

Scotland Yard awal hari ini berkata, 768 orang ditangkap di London kerana disyaki melakukan keganasan, mencetuskan kekacauan dan mencuri.

Sebanyak 109 lagi ditangkap di wilayah West Midlands, 108 di Manchester dan Salford, dan 44 di Liverpool dan sekitarnya, manakala di Bristol 19 tangkapan dilakukan kerana pelbagai kesalahan termasuk memiliki topeng ski.

Fokus keganasan malam tadi ialah Manchester, barat laut England, di mana polis terpaksa berundur akibat kemaraan ratusan pemuda yang menutup muka dengan skarf dan topeng ski.

Dua perusuh memecahkan pintu kaca pusat membeli-belah Arndale, gedung membeli-belah utama di Manchester, membolehkan ratusan pemuda masuk dan melarikan pelbagai barangan termasuk pakaian dan kasut.

Polis hanya mampu menjadi pemerhati apabila pencuri mengosongkan sebuah kedai barangan elektrik manakala kumpulan lain bersemuka dan memaki-hamun anggota polis.

Dalam perkembangan yang tidak akan membantu meredakan ketegangan, badan pemantau polis Britain berkata, pihaknya tidak menemui bukti Mark Duggan, lelaki yang ditembak mati oleh polis minggu lepas dalam insiden yang mencetuskan protes dan seterusnya rusuhan di London, telah melepaskan tembakan ke arah polis.

Dalam operasi terancang, anggota polis bersenjata menahan teksi yang dinaiki oleh Duggan, 29, di daerah berbilang etnik Tottenham, utara London, tembakan dilepaskan dan Duggan mati di tempat kejadian.

Keluarga Duggan berkata, hasil siasatan itu menyebabkan mereka berasa amat kesal dan mereka menuntut 'jawapan' daripada polis. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved