Khamis, 11 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


3 khemah bazar dipukul ribut

Posted:

3 khemah bazar dipukul ribut

3 khemah bazar dipukul ribut

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Beginilah keadaan khemah peniaga bazar Ramadan yang rosak dipukul ribut berhampiran pusat perniagaan Kiara, Bahau, kelmarin.


JEMPOL 10 Ogos - Peniaga bazar Ramadan berhampiran pusat perniagaan Kiara, Bahau dekat sini melalui detik-detik mencemaskan apabila tiga daripada 12 khemah yang menempatkan gerai mereka roboh dipukul ribut petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika bazar tersebut dipenuhi orang ramai yang sedang membeli juadah berbuka puasa di situ.

Ribut dan angin kencang itu menyebabkan beberapa peniaga mengalami kerugian akibat pelbagai makanan jualan seperti lauk-pauk, kuih-muih serta minuman musnah.

Seorang peniaga, Mohd. Nazri Ali, 29, berkata, ketika kejadian, dia bersama beberapa pekerja sedang melayan pelanggan yang datang ke gerai untuk membeli minuman.

"Pada mulanya hujan turun dengan lebat dan diikuti angin yang kuat. Melihat keadaan itu, saya mula menutup barang jualan saya kerana takut terkena air hujan.

"Tiba-tiba, angin kencang melanda lalu memukul khemah peniaga di hadapan. Ia menyebabkan khemah diterbangkan lebih kurang lima meter," katanya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku begitu pantas ketika para peniaga sibuk menjual makanan dan minuman mereka.

Tambahnya, keadaan ketika itu sangat cemas menyebabkan peniaga dan pengunjung lari menyelamatkan diri.

Sementara itu, pengunjung, Alwi Alias, 39, terkejut semasa tiba di bazar berkenaan selepas kejadian ribut itu apabila mendapati keadaan lintang-pukang di situ.

"Makanan dan minuman yang dijual peniaga musnah dan bertaburan di jalan. Kejadian yang sama juga berlaku di hadapan pusat perniagaan Billion di Bahau," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Medan Samudera giat dibaik pulih

Posted:

Medan Samudera giat dibaik pulih

Medan Samudera giat dibaik pulih


BEBERAPA kakitangan Tenaga Nasional Berhad membuat pendawaian elektrik di Medan Samudera, semalam.


MELAKA 10 Ogos - Kerja-kerja membaik pulih pusat menjual pelbagai produk kraf tangan, pakaian dan makanan tradisional terkenal di negeri ini, Medan Samudera di Jalan Quayside, Banda Hilir di sini yang terbakar 28 Julai lalu kini sedang giat dilakukan.

Tinjauan Utusan Malaysia di sini, hari ini mendapati, beberapa pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang membuat pendawaian elektrik di tingkat bawah bangunan dua tingkat itu bermula hari ini.

"Minggu lalu kami sudah buat pemeriksaan dan memasang kabel elektrik baru. Hari ini beberapa buah kedai sudah menerima bekalan elektrik," kata salah seorang pekerja TNB yang ditemui.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.19 pagi itu, sebanyak 25 daripada 50 buah kedai menjual pelbagai produk kraf tangan dan pakaian di tingkat bawah medan selera itu musnah.

Turut terjejas, 50 buah lot gerai makanan di tingkat atas apabila asap hitam menyelubungi bangunan dua tingkat itu.

Kejadian berlaku ketika premis itu dipenuhi produk kraf tangan dan pakaian yang baru ditempah oleh peniaga-peniaga tersebut sempena Ramadan.

Rabu lalu, Setiausaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Azmi Hussin memberitahu memerlukan tempoh sebulan bagi membolehkan kontraktor untuk membaik pulih bangunan tersebut selepas sebahagian besar daripada pusat jualan tersebut hangus terbakar.

Sementara itu, salah seorang pekerja premis perniagaan yang terjejas, Rahmah Hidayat, 24, berkata, dia berasa lega apabila MBMB tidak mengambil masa yang lama untuk membaik pulih bangunan itu.

"Kalau lagi cepat siap, lagi bagus supaya kami tidak perlu lagi berniaga di khemah sementara di hadapan medan selera yang terbakar ini," katanya.

Bagi Yati Yusoff, 28, yang premisnya tidak terbakar dalam kejadian itu berharap medan selera itu dapat beroperasi dengan segera kerana premisnya kurang mendapat sambutan sejak peniaga yang terjejas berniaga di khemah sementara.

"Khemah sementara yang dibuka di hadapan Medan Samudera membuatkan premis saya terlindung dan ia perniagaan saya terjejas sedikit," katanya.

Peniaga kraf tangan dan kuih tradisional, Salleh Derani, 41, pula yakin tempoh sebulan tidak mencukupi untuk membaik pulih bangunan itu seperti keadaan asal.

"Sekurang-kurangnya, pihak kontraktor memerlukan masa selama enam bulan untuk membaiki segala kerosakan, keretakan dan mengecat semula bangunan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Masalah karbon di Taman PD Utama

Posted:

Masalah karbon di Taman PD Utama

Masalah karbon di Taman PD Utama


V.S Morgan (tiga dari kanan) bersama kakitangan Jabatan Alam Sekitar mendengar keluhan penduduk Taman PD Utama, semalam.


TELOK KEMANG 10 Ogos - Jabatan Alam Sekitar negeri ini akan mengambil sampel karbon yang menyelaputi rumah penduduk Taman PD Utama di sini yang mengadu masalah tersebut masih belum dapat diselesaikan sejak 15 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia dan Pengaduan Awam negeri, Datuk V. S. Morgan berkata, sampel tersebut akan diuji di makmal dan pihaknya berharap ia akan dapat menentukan dari mana punca sebenar karbon tersebut.

Beliau berkata, proses tersebut dijangka memakan masa dua bulan.

"Kita akan menentukan punca sebenar masalah ini dan saya minta penduduk supaya meletakkan botol kosong di rumah mereka supaya kita dapat mempercepatkan proses pengumpulan karbon berkenaan," katanya pada para pemberita selepas meninjau taman tersebut, semalam.

Masalah karbon yang menimpa penduduk di Taman PD Utama didakwa telah berlarutan sejak 15 tahun lalu yang mana rumah penduduk akan diselaputi jelaga hitam pada waktu tertentu terutamanya selepas hujan.

Terdapat sebuah kilang memproses karbon berhampiran kawasan tersebut.

Morgan bagaimanapun menafikan kilang tersebut sebagai punca masalah berkenaan.

Katanya, pihak kilang telah menunjukkan analisis saintifik bagi membuktikan bahawa mereka bukan punca sebenar masalah tersebut.

Seorang penduduk, M. Valluvan, 43, berkata, kesihatannya terjejas kerana terpaksa makan makanan yang bercampur dengan karbon berkenaan.

"Selain itu, baju sekolah, kasut sekolah, kereta, lantai rumah dan kawasan sekitar semua habis teruk tercemar dan kehitaman. Kos yang tinggi terpaksa dibelanjakan oleh penduduk bagi membersihkan rumah mereka," katanya yang telah 14 tahun menginap di situ.

Jirannya, P. Anbarasal, 54, berkata, anak dan isterinya menghidap penyakit asma dipercayai akibat terdedah kepada karbon itu.

"Saya terpaksa membelanjakan RM70 setiap bulan bagi membeli ubat untuk mereka.

"Saya merayu kepada pihak berkuasa supaya jangan pandang remeh perkara yang melanda penduduk di sini. Pihak yang tidak bertanggungjawab mengejar keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan masalah alam sekitar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved