Khamis, 11 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Karya lukisan permainan tradisi

Posted:

Karya lukisan permainan tradisi

Karya lukisan permainan tradisi

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my


Seorang pengunjung tertarik melihat lukisan bermain takraw sempena Pertandingan Melukis Permainan Tradisional di Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 10 Ogos - Permainan tradisional peninggalan nenek - moyang kepada generasi muda perlu terus dihidupkan terutama dalam kepelbagaian budaya rakyat di negara ini.

Ia merupakan suatu khazanah amat bernilai yang kewujudannya memperlihatkan betapa manusia mempunyai daya cipta, kreativiti dan imaginasi yang tinggi.

Turut dikenali sebagai permainan rakyat, permainan warisan dahulu kala bagaikan lenyap ditelan arus pemodenan apabila generasi masa kini lebih tertarik kepada permainan video dan komputer.

Perkembangan itu sedikit sebanyak menghakis kegemilangan permainan tradisional seperti congkak, sepak raga, wau, layang-layang, jala itik, cari cucu dan bulu ayam.

Gusar mungkin lenyapnya tinggalan berzaman itu, Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan kerjasama kerajaan negeri menganjurkan Pertandingan Melukis Permainan Tradisional Peringkat Negeri 2011 baru-baru ini.

Pertandingan tersebut mengetengahkan sebanyak 260 karya pelajar melibatkan 48 sekolah menengah di seluruh Johor.

Hasilnya 26 karya terpilih dan layak untuk menerima hadiah dan dipamerkan di Galeri Seni Johor di sini.

Menurut Pengarah YWJ, Muhamad Fuad Radzuan, penganjuran pertandingan itu ternyata memberi pendedahan kepada generasi kini agar dapat mengetahui jenis-jenis permainan tradisional yang terdapat di negara ini.

"Selain dapat mengekalkan warisan tradisi agar terus mekar sepanjang zaman, ia juga menjadi wadah dan sebuah dokumentasi yang berharga untuk tatapan dan kajian pewaris tamadun era mendatang.


LUKISAN ini mungkin mampu mengimbau kenangan Muhamad Fuad Radzuan (kanan) yang tersenyum melihat lukisan kanak-kanak bermain guli. - UTUSAN/RAJA JAAFAR RAJA ALI


"Melalui lukisan, penghayatannya tidak terbatas kerana semua orang tidak mengira latar belakang pendidikan dan bangsa boleh menterjemahkannya mengikut persepsi sendiri.

''Ini sekali gus mampu membangkitkan kecintaan terhadap permainan tersebut," katanya semasa majlis penyampaian hadiah pertandingan itu di sini baru-baru ini.

Tambah Muhamad Fuad, karya seni yang dipamerkan juga mampu dijadikan wadah untuk membangkitkan nostalgia masyarakat terhadap sesuatu yang mungkin menjadi sejarah mahupun pengalaman lampau.

Katanya lagi, program sebegini seharusnya dijadikan acara tahunan dan melibatkan lebih ramai peserta tidak hanya meliputi pelajar, malah individu lain.

"Suka saya mencadangkan agar pada tahun-tahun mendatang penganjuran pertandingan ini diteruskan dengan konsep yang lebih luas merangkumi pertandingan melukis potret tokoh Johor, tapak bersejarah, kesenian dan kebudayaan negeri ini.,'' ujarnya.

Beliau berharap agar usaha untuk mempromosikan karya pelukis pelapis negara ke arah merealisasikan konsep Seni Warisan Bangsa itu terus berkekalan dan mencapai satu tahap amat membanggakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lukisan permainan congkak ungguli pertandingan

Posted:

Lukisan permainan congkak ungguli pertandingan

Lukisan permainan congkak ungguli pertandingan


Kamarul Esariza Muhammad menunjukkan sijil dan trofi setelah menjuarai kategori menengah rendah dengan lukisan kanak-kanak bermain congkak.


JOHOR BAHRU 10 Ogos - Lukisan adik dan rakannya sedang asyik bermain congkak yang menjadi taruhan pelukis muda dari Simpang Renggam membolehkannya dinobatkan sebagai pemenang kategori Menengah Atas Pertandingan Melukis Permainan Tradisional Peringkat Negeri 2011 baru-baru ini.

Percubaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Renggam, Mohd. Riezuan Sha'adon, 16, mengetengahkan permainan tradisional, congkak nyata memberi tuah kepadanya walaupun penyertaan dihantar pada saat akhir ketika tinggal hanya lima hari sebelum tarikh tutup.

"Cikgu beritahu saya tentang pertandingan tersebut dan mereka menyarankan supaya saya mencuba. Dalam tempoh lima hari saya menyiapkan lukisan dan mewarnakan menggunakan beberapa medium.

"Alhamdulillah, kemenangan tersebut di luar jangkaan dan walaupun ia bukan kejayaan pertama saya dalam bidang lukisan, saya tetap gembira dan bersyukur," katanya yang ditemui selepas majlis tersebut baru-baru ini.

Bagi kategori sama, pelajar Maktab Sultan Abu Bakar, Lau Sei Chian mengungguli tempat kedua dengan tajuk lukisan Permainan Ting Ting manakala tempat ketiga milik rakannya, Tai Wan Ying dengan tajuk lukisan Permainan Tradisional Wau.

Bagi kategori Menengah Rendah pula, dijuarai pelajar SMK Dato Sulaiman, Kamarul Esariza Muhammad manakala tempat kedua menjadi milik Ahmad Zaharif Al-Hakim Rusdi, pelajar Sekolah Seni Johor dan ketiga dimenangi pelajar SMK Sultan Ibrahim, Mustika Rahmah Herman.

Hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh Pengarah Yayasan Warisan Johor, Muhamad Fuad Radzuan.

Kamarul Esariza, 14, ketika ditemui bersyukur di atas kemenangan tersebut dan menyifatkannya hadiah untuk keluarga yang sentiasa memberi semangat dan dorongan supaya melahirkan lukisan yang terbaik.

Katanya, lukisan bertajuk Permainan Tradisional Congkak itu diilhamkan daripada tinjauannya di Sungai Balang, Muar.

"Saya pergi ke Sungai Balang dan menyaksikan satu pemandangan yang indah. Jadi saya gunakannya sebagai latar belakang lukisan saya selain menambah elemen kampung seperti sawah padi dan bangsal di tepi sawah," katanya.

Menurutnya, pemilihan congkak dibuat kerana minat yang mendalam terhadap permainan tradisional itu kerana ia melibatkan strategi dan pengiraan untuk mengalahkan lawan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved