Rabu, 21 September 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Bilik 'Triaj' di balai polis

Posted:

Bilik 'Triaj' di balai polis

Bilik 'Triaj' di balai polis

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


ISMAIL Omar menandatangani plat pelancaran perkhidmatan 'Triaj' di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI


KUALA LUMPUR 21 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyediakan sebuah bilik khas di bahagian pertanyaan balai-balai polis untuk kegunaan pengadu yang ingin membuat laporan berkaitan kes-kes sensitif.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, selain menjaga kerahsiaan pengadu, kemudahan bilik yang dikenali sebagai 'Triaj' itu diwujudkan bagi mengelak berlaku suasana tidak terkawal di kaunter pertanyaan.

Katanya, kemudahan itu diberikan kepada orang ramai yang membuat aduan berkaitan kes-kes sensitif seperti jenayah seksual, keganasan rumahtangga, culik, ragut dan kemalangan jalan raya.

"Pengadu yang terdiri daripada kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan wanita hamil akan diberi keutamaan menggunakan bilik Triaj (bermaksud 'tindakan mengikut kesesuaian' dalam bahasa Perancis).

"Kita akan menyediakan kakitangan awam dan pegawai penyiasat yang terlatih untuk menerima laporan dan membantu mangsa mengawal emosi mereka ketika ditempatkan di bilik Triaj.

Katanya, bilik ini berbeza dengan kaunter pertanyaan kerana ia tempat menangani masalah pengadu yang menghadapi tekanan emosi atau pengalaman pahit dalam sesuatu kejadian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Perkhidmatan Triaj PDRM di Balai Polis Travers di sini, hari ini.

Menurutnya, perkhidmatan Triaj merupakan satu daripada inisiatif yang disenaraikan di bawah projek Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan PDRM.

Beliau berkata, fasa pertama perkhidmatan Triaj telah dilaksanakan mulai tahun lalu dengan lima balai dipilih sebagai perintis projek tersebut iaitu dua di Kontinjen Selangor dan tiga di Kuala Lumpur.

Balai-balai tersebut adalah Balai Polis Damansara; Seksyen 15, Shah Alam; Travers, Petaling dan Sungai Besi.

"Dalam fasa kedua tahun ini, sejumlah 35 balai polis di beberapa kontinjen lokasi panas iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur akan dibina bilik Triaj.

"Perkhidmatan Triaj akan diperluaskan ke negeri-negeri lain tetapi ia bergantung kepada peruntukan disediakan oleh kerajaan kerana kos menyediakan sebuah bilik sahaja memerlukan antara RM50,000 hingga RM60,000," katanya.

Selain membina bilik Triaj, PDRM juga akan menambah kelengkapan logistik di ruang menunggu seperti set sofa, televisyen, alat pendingin hawa dan air minuman untuk memberi keselesaan kepada pelanggan yang datang berurusan di balai-balai polis.

Laporan Anwar: Polis buka kertas siasatan

Posted:

Laporan Anwar: Polis buka kertas siasatan

Laporan Anwar: Polis buka kertas siasatan

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Polis sudah membuka kertas siasatan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa membuat laporan palsu bagi menafikan beliau ialah pelaku dalam video aksi seks yang tersebar pada Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kertas siasatan kes tersebut dibuka selepas ada pihak membuat laporan polis baru-baru ini.

Ismail bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan kes tersebut kerana ia masih dalam siasatan.

"Berpandukan kepada aduan yang diterima, kita siasat kes ini mengikut prosedur dan justifikasi perundangan negara.

"Kertas siasatan sudah buka dan sekarang kita sedang menjalankan siasatan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran Perkhidmatan Triaj Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balai Polis Travers di sini, hari ini.

Ismail mengulas mengenai desakan orang ramai yang meminta polis tidak menunggu kes liwat membabitkan Anwar selesai di mahkamah sebelum menyiasat laporan yang dibuat pemimpin itu sebelum ini.

Pergerakan Puteri UMNO sebelum ini membuat laporan polis berhubung tindakan Anwar membuat laporan palsu menafikan penglibatannya dalam video seks yang didedahkan trio Datuk T.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


240 ADUN BN berkampung di Selangor

Posted:

240 ADUN BN berkampung di Selangor

240 ADUN BN berkampung di Selangor


Nadzri Ismail (dua dari kanan) memperkatakan sesuatu kepada pengerusi dan setiausaha ADUN Barisan Nasional sebelum memulakan mesyuarat di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 21 Sept. - Seramai 240 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dari seluruh negara berkampung di 45 kawasan DUN di negeri Selangor selama tiga hari bermula hari ini dalam rangka perhimpunan dwitahunan ADUN-ADUN BN (BNBBC).

Perasmian program itu dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan pasar raya besar Tesco Kuala Selangor pada pukul 8.30 malam esok.

Sepanjang program tersebut, seramai 150 orang ADUN BN akan turun padang dan tinggal bersama keluarga angkat masing-masing melibatkan sebanyak 73 kawasan pusat daerah mengundi (PDM) di seluruh negeri ini.

Program tersebut dilihat sebagai satu penggemblengan secara serius BN bagi menawan hati rakyat negeri ini sekali gus mengembalikan semula tampuk pemerintahan negeri ke tangan BN melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pengerusi Kelab BNBBC Malaysia, Datuk Nadzri Ismail berkata, melalui program perkampungan tersebut, semua ADUN yang terlibat berpeluang menyelami masalah rakyat secara dekat selain memberikan penerangan mengenai gagasan 1Malaysia.

''Program itu juga dapat merapatkan lagi hubungan di kalangan ADUN-ADUN BN dan menggabungkan idea dalam menyelesaikan masalah rakyat.

''Ini akan dapat menambahkan lagi kekuatan ADUN-ADUN BN dan kita akan memberikan fokus kepada 45 kawasan DUN di Selangor bagi membolehkan BN kembali menerajui pentadbiran negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO Selangor di sini hari ini.

Program perkampungan BNBBC itu bermula dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama masyarakat di seluruh 73 PDM membabitkan 20 kawasan Parlimen di Selangor malam ini.

Keesokannya, mereka akan bersarapan bersama keluarga angkat dan kemudian bertolak ke Kuala Selangor bagi menghadiri ceramah yang akan disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad bertajuk Peranan dan Cabaran Terkini Wakil Rakyat pada pukul 3 petang esok.

Selepas majlis perasmian perhimpunan itu dan jamuan makan malam bersama Perdana Menteri, wakil-wakil rakyat tersebut akan menghadiri sesi dialog tertutup bersama Perdana Menteri di Bangunan UMNO Kuala Selangor dekat sini.

Perasmian penutup pula akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang pada Jumaat ini.

Nadzri yang juga ADUN Manjoi, Perak berkata, perkampungan tersebut juga dapat memberi pendedahan kepada kesemua ADUN BN supaya mempelajari cara menghadapi keadaan sekiranya mereka tidak lagi menjadi pemerintah sebagaimana berlaku di Selangor.

Pembangkang setuju sertai jawatankuasa khas Parlimen

Posted:

Pembangkang setuju sertai jawatankuasa khas Parlimen

Pembangkang setuju sertai jawatankuasa khas Parlimen

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Pakatan pembangkang hari ini akhirnya bersetuju menyertai Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen yang bertanggungjawab menambah baik proses pilihan raya di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga wakil dari pakatan pembangkang dalam jawatankuasa itu akan ditentukan bersama-sama oleh Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Anwar pada persidangan berita di sini berkata, keputusan untuk menyertai jawatankuasa khas terpilih itu adalah bagi memastikan wakil mereka dapat membawa cadangan pakatan pembangkang yang menuntut pilihan raya yang bersih, iaitu reformasi keseluruhan proses dan pelaksanaan pilihan raya.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarangan maklumat rasmi mengenai usul penubuhan jawatankuasa itu yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula 3 Oktober ini.

Pada 15 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu dalam usaha menambah baik proses pilihan raya. - bernama

Jawatankuasa itu akan diketuai oleh seorang menteri dan dianggotai oleh sembilan wakil rakyat terdiri lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

— BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


FBI kekal ajar Islam salah

Posted:

FBI kekal ajar Islam salah

FBI kekal ajar Islam salah

WASHINGTON 21 Sept. - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mendakwa seminar latihan antikeganasannya yang mengaitkan majoriti penduduk Islam Amerika Syarikat (AS) dengan pengganas adalah insiden 'tunggal' yang bermula dan berakhir pada April lalu.

Namun dua bulan kemudian, penganalisis antikeganasan FBI yang memberikan taklimat kontroversi itu, William Gawthrop menyampaikan ceramah serupa kepada berpuluh-puluh pegawai penguat kuasa undang-undang pada satu acara tajaan FBI di New York City.

Semasa ceramah pada Jun lalu itu, Gawthrop memberitahu hadirin, perang menentang al-Qaeda 'sia-sia belaka', kerana ancaman sebenar adalah daripada 'ideologi' Islam itu sendiri.

"Pada peringkat operasi, kita menghadapi kumpulan seperti Hamas, Hizbullah, al-Qaeda, dan seperti gigi dalam seekor jerung, tidak relevan jika kita menumpaskan satu kumpulan," kata Gawthrop semasa ceramah kepada anggota pertubuhan keselamatan swasta-awam, Infragard Metropolitan New York di Pusat Kewangan Dunia di pusat bandar Manhattan.

Sejak akhbar Huffington Post menyiarkan kandungan ceramah Gawthrop itu, anggota kanan Senat dan wakil pertubuhan Arab dan Islam Amerika membidas FBI kerana menyediakan dokumen latihan sedemikian yang antara lain menggambarkan Nabi Muhammad sebagai 'pemimpin kumpulan ajaran sesat'.

Ceramah Gawthrop pada 8 Jun itu mencetuskan kontroversi dengan cara berbeza kerana pada pandangannya, perjuangan menentang al-Qaeda hanya sampingan dalam perang lebih luas.

"Kita banyak melakukan analisis sia-sia dengan bercakap mengenai jenis senjata, waktu serangan dan taktik, kerana semua itu tidak relevan sekiranya tindakan militan didorong oleh Islam sendiri," kata Gawthrop.

Menurutnya, strategi terbaik untuk melemahkan puak militan adalah dengan menyerang Islam itu sendiri, mempertikaikan kesahihan kitab suci Islam dan pandangan pemimpin utama Islam.

Dalam ceramah itu, Gawthrop menghalakan penunjuk lasernya ke slaid PowerPoint untuk menarik perhatian hadirin kepada perkataan 'Kitab Suci' dan 'Ulama'.

"Kita perlu menjadikan kedua-duanya sebagai sasaran," katanya.

Begitulah penilaian profesional seorang penganalisis daripada agensi antikeganasan domestik utama di AS, orang yang dianggap begitu pakar dalam memahami strategi militan sehinggakan FBI menugaskan beliau mengajar ejen-ejennya. - Agensi

Terselamat dari kereta dihempap lori ayam

Posted:

[unable to retrieve full-text content]LONDON 21 Sept. - Seorang ibu dan anak perempuan nyaris maut ketika sebuah lori yang membawa beribu-ribu ekor ayam terbalik ke atas kereta mereka, kelmarin.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Guru perlu terus jadi ejen

Posted:

Guru perlu terus jadi ejen

Guru perlu terus jadi ejen

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


ADNAN Yaakob beramah mesra dengan sebahagian perwakilan Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia di Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 21 Sept. – Guru diminta terus menjadi ejen perubahan kepada masyarakat setempat ke arah menyatukan masyarakat agar hidup lebih harmoni bagi menjamin keutuhan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sebagai golongan yang dekat dengan masyarakat, mereka boleh memainkan peranan itu bermula di sekolah dengan menanam sifat-sifat murni di kalangan pelajar.

"Keharmonian akan membolehkan pembinaan negara bangsa berjalan dengan lancar," katanya di majlis makan malam dan perasmian persidangan perwakilan dwi-tahunan Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KGLMSM) di sini kelmarin.

Hadir sama Presiden KGLMSM, Jemale Paiman.

Menurut Adnan, guru seharusnya bersyukur dengan pelbagai kemudahan dan faedah yang dikecapi hari ini dan biarlah situasi menang-menang dikekalkan kerana kerajaan sentiasa peka dan amat berterima kasih kepada mereka.

"Dalam masa sama pihak kesatuan perlu terus membela kebajikan golongan pendidik agar tidak menjadikan mereka antara penjawat awam yang kecewa sehingga boleh membawa padah dalam organisasi dan merencatkan sistem pendidikan negara," katanya.

GiatMara peruntuk RM15j latih golongan miskin

Posted:

GiatMara peruntuk RM15j latih golongan miskin

GiatMara peruntuk RM15j latih golongan miskin

RAUB 21 Sept. - GiatMara memperuntukkan sebanyak RM15 juta dalam melaksanakan Skim Latihan 1Malaysia bagi melatih ibu tunggal, suri rumah dan golongan miskin dengan pelbagai kemahiran ekonomi tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Shahiruddin Abd. Moin berkata, program yang dilaksanakan bagi tempoh jangka pendek itu berupaya meningkatkan kemahiran ekonomi golongan sasar.

"Antara kursus ditawarkan ialah membuat kuih tradisional dan moden, katering, masakan, anyaman, salon, solekan dan jahitan. Kursus diadakan antara tempoh seminggu atau sebulan bergantung kepada bidang kemahiran diambil yang dapat mengukuhkan lagi keyakinan mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan bantuan kepada 458 ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong di Kampung Lechar Dong di sini kelmarin.

Menurutnya, GiatMara bersedia membantu mana-mana lepasan kursus asas skim tersebut dalam menyediakan bantuan modal asas bagi memulakan perniagaan.

Katanya, pihaknya menyasarkan kira-kira 20 hingga 100 usahawan daripada golongan terbabit dilahirkan setiap tahun menerusi skim tersebut.

Beliau berkata, mereka yang berminat menyertainya boleh mengunjungi mana-mana cawangan GiatMara atau menghubungi ketua kampung, penghulu dan wakil rakyat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Cameron Highlands kini di bawah seliaan PPDNKK Pahang

Posted:

Cameron Highlands kini di bawah seliaan PPDNKK Pahang

Cameron Highlands kini di bawah seliaan PPDNKK Pahang

KUANTAN 21 Sept. - Semua urusan berkaitan bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Cameron Highlands, kini diserahkan di bawah penyeliaan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang berkuatkuasa 15 September lalu.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Mohd A. Aruwan Abdul Aziz berkata, sejak 1974 segala urusan berkaitan bidang kuasa agensi itu di daerah tersebut berada di bawah kendalian Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak melalui pejabatnya di Tapah.

"Dengan perkembangan semasa dan kemudahan pengangkutan , maka sudah tiba masanya Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang mengambil alih kuasa penyeliaan agensi ini di Cameron Highlands.

"Bermula Khamis lalu, segala urusan di Cameron Highlands diambil alih oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Raub," katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis penyerahan tugas pengawalseliaan daerah Cameron Highlands dan Hari Kesedaran Pengguna di Jalan Gambut di sini semalam.

Hadir sama ialah Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak, Mohd. Hilmi Mohd. Noor.

Menurut Aruwan, sehubungan itu penduduk Cameron Highlands yang mempunyai urusan dengan kementerian itu tidak perlu lagi ke pejabat cawangan di Tapah sebaliknya ke Raub.

"Bagaimanapun, bagi kes tuntutan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), mereka boleh membuat pilihan sama ada mahu mendengar kes mereka di Ipoh atau Kuantan bergantung pada kesesuaian jarak dan sebagainya," jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai urusan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu boleh menghubungi 1-800-886-800 atau 09-3554000.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pakar asing tidak nafikan DNA Lelaki Y

Posted:

Pakar asing tidak nafikan DNA Lelaki Y

Pakar asing tidak nafikan DNA Lelaki Y


Anwar Ibrahim ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 21 Sept. - Walaupun mendakwa kaedah yang digunakan oleh pakar kimia tempatan dalam mendapatkan asid deoksiribonukleik (DNA) adalah tidak tepat, seorang perunding sistem genetik molekular di Australia hari ini tidak menafikan bahawa DNA Lelaki Y wujud pada sampel yang diambil dari rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

DNA Lelaki Y sebelum ini telah dikenal pasti serupa dengan DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.

Dr. Brian McDonald menyatakan demikian semasa menjawab soalan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden pada prosiding pembelaan terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Mahkamah Tinggi di sini.

Sebelum memberikan jawapan sedemikian, McDonald dilihat menjadi begitu defensif dari awal perbicaraan sehingga pada satu ketika 'meluahkan perasaannya' dengan mendakwa Mohd. Yusof cuba memutar-belitkan keterangannya dan keterangan-keterangan lain serta bukti-bukti yang telah dikemukakan.

Terdahulu, saksi pembelaan keempat itu ketika disoal mengenai degradasi sampel-sampel terutamanya berkaitan calitan-calitan putik kapas yang dibuat di bahagian rektum bekas pembantu peribadi Anwar itu menyatakan, adalah mudah untuk mengesan degradasi melalui analisis ujian elektroferograf.

Beliau turut mendakwa bahawa Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong mengelak daripada menjawab soalan-soalan berhubung perkara tersebut apabila disoal oleh pihak pembelaan.

Lay Hong dalam keterangannya pada peringkat pendakwaan sebelum ini menyatakan bahawa terdapat kemungkinan berlakunya degradasi tetapi ia tidak begitu serius sehingga boleh merosakkan atau memusnahkan DNA pada sampel-sampel terbabit.

Bagaimanapun, McDonald ketika ditanya berdasarkan nota keterangan prosiding pakar kimia itu sebelum ini, adakah pihak pembelaan sendiri pernah menunjukkan sebarang bukti berhubung degradasi pada graf, kembali menyatakan bahawa Mohd. Yusof cuba memutar-belitkan keterangan.

Selain itu, saksi tersebut yang sebelum ini mempersoalkan mengenai proses pengasingan ekstrak DNA memaklumkan bahawa beliau 'pernah melakukannya tetapi bukan secara rutin'.

Sebaliknya, beliau lebih kepada mengawasi dan menyelia mereka yang melakukan proses tersebut sebelum tafsiran dibuat olehnya terhadap hasil ujian yang dijalankan.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Perbicaraan bersambung esok dengan pemeriksaan semula ke atas McDonald oleh pihak pembelaan.

Tiga penternak saman kementerian RM1j

Posted:

Tiga penternak saman kementerian RM1j

Tiga penternak saman kementerian RM1j

SEREMBAN 21 Sept. - Tiga penternak lembu hari ini bertindak memfailkan saman RM1 juta terhadap Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana mendakwa ternakan mereka terjejas selepas dibekalkan enam ekor lembu yang dijangkiti penyakit kuku dan mulut.

K. Tamilselvan, C.P. Krishnan dan M. Nganersegaran, dari Jempol dekat sini selaku pihak plaintif memfailkan saman tersebut melalui dua peguam mereka, T. Kumar dan Abdul Nasir Abdul Aziz di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam saman tersebut, mereka menamakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan dan Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Soeraya Norsham sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Turut disenarai sebagai defendan keempat hingga keenam ialah Penolong Ketua Pengarah jabatan yang sama, Dr. Salmiyah Tahir bersama dua kakitangannya, Mohamad Abdullah dan Latip Yasim.

Kumar memberitahu pemberita, anak guamnya mengambil tindakan itu kerana tertekan dengan tindakan pihak defendan yang gagal memberikan rawatan awal terhadap enam ekor lembu yang diterima daripada Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu Gemencheh menerusi program Ternakan Bekalan Trust 2010 pada 16 Disember tahun lalu.

Katanya, selepas enam hari menerima haiwan tersebut, anak guamnya yang masing-masing menerima dua ekor lembu mendapati ternakan itu menunjukkan simptom dijangkiti penyakit mulut berbuih, berair dan tidak boleh makan lalu memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Jempol untuk diperiksa.

''Pada 27 Disember 2010, Jabatan Perkhidmatan Haiwan mengesahkan enam ekor lembu berkenaan positif dijangkiti penyakit kuku dan mulut tetapi mereka gagal memberikan rawatan yang sesuai hingga menyebabkan haiwan berkenaan mati.

''Malah, penyakit itu turut menjangkiti haiwan ternakan lain milik plaintif sehingga menyebabkan kematian haiwan-haiwan terbabit,'' katanya.

Berikutan itu, plaintif menuntut ganti rugi khas sebanyak RM842,000 bagi sejumlah 147 ekor lembu yang mati selepas dijangkiti penyakit itu, ganti rugi kehilangan pendapatan daripada hasil tenusu sehingga Mei 2011 (RM88,000) dan kos perubatan (RM21,000).

Selain itu, mereka menuntut ganti rugi am, faedah lapan peratus di atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh dan kos guaman.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Langkah pertama kebebasan media

Posted:

Langkah pertama kebebasan media

Langkah pertama kebebasan media

PENTADBIRAN Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjanjikan transformasi politik dan ekonomi nampaknya belum lagi bersedia untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984, sama seperti yang ingin dilakukan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan beberapa akta lain yang dianggap mengongkong.

Buat waktu ini kesediaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri ke-6 itu hanyalah untuk memanjangkan hayat permit penerbitan, yang diberi di bawah akta tersebut. Di bawah peraturan yang ada sekarang, seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 12 (1) AMCP kesahan lesen/permit penerbitan adalah untuk tempoh 12 bulan dari tarikh diberi atau dikeluarkan.

Selepas tempoh itu berakhir, permit penerbitan itu – baik untuk akhbar atau majalah atau penerbitan berkala yang lain, perlu diperbaharui dengan sedikit bayaran yang kuantumnya ditentukan oleh kekerapan ia diterbitkan. Yuran tahunan yang dikenakan bagi akhbar harian ialah RM3,000 manakala majalah bulanan pula RM400.

Pembaharuan tahunan permit penerbitan itu juga bukanlah sesuatu yang automatik. Pemegang permit perlu mengemukakan permohonan. Permohonannya boleh ditolak oleh menteri yang bertanggungjawab. Dalam kes-kes tertentu, kesahan permit penerbitan itu juga boleh jadi lebih singkat, tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan sewaktu permit dikeluarkan.

Dalam kes yang ekstrem pula, ada permit penerbitan, atas sebab-sebab tertentu seperti yang telah digariskan oleh AMCP, digantung atau dibatalkan. Dalam sejarah persuratkhabaran negara, akhbar-akhbar The Star, Sin Chew, Watan, Suara Rakyat, Sarawak Tribune, Makkal Osai pernah digantung permit penerbitan mereka kerana menyiarkan tulisan-tulisan yang dianggap memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan dan kemoralan.

Di bawah pindaan yang dijanjikan oleh Najib dalam ucapan sempena menyambut Hari Malaysia ke-48 pada 15 September 2011, permit penerbitan – sebaik-baik sahaja dikeluarkan adalah untuk selama-lamanya kecuali ia dibatalkan oleh pihak berkuasa. Pembaharuan tahunan, seperti yang diamalkan sekarang, tidak lagi diperlukan.

Seperti yang dijangka, pengumuman Najib itu disambut dengan reaksi yang bercampur baur. Para pengarang akhbar dan majalah ada yang melompat kegembiraan apabila diberi jaminan yang permit penerbitan untuk mereka tidak lagi perlu diperharui secara tahunan.

Tetapi pada waktu yang sama ada juga kalangan yang berpandangan apa yang dijanjikan oleh Najib itu adalah langkah kecil yang superficial dan tidak menggambarkan transformasi politik dan ekonomi yang mahu dilaksanakan. Mereka berpendapat seiring dengan pindaan yang mahu dibuat terhadap AMCP, mereka juga mahu melihat bahawa kuasa pembatalan permit yang berstatus kekal itu dibuat dengan cara yang lebih telus.

Kuasa menteri di bawah peraturan sekarang adalah mutlak. Keputusan yang telah dibuat, termasuk menolak pemberian permit penerbitan tidak boleh dicabar di mahkamah. Lalu ada yang mencadangkan supaya kuasa mutlak menteri itu hendaklah turut dimansuhkan dan digantikan dengan suatu sistem yang lebih terbuka dan bertamadun.

Mana-mana penerbitan yang permitnya digantung atau dibatalkan hendaklah diberi ruang untuk mengemukakan rayuan kepada pihak ketiga yang tiada kaitan dengan cabang eksekutif – dalam kes ini tentulah mahkamah.

Dengan itu kaedah check and balance, yang memang dituntut oleh sebuah demokrasi yang matang, boleh beroperasi sepenuhnya. Lagi pun seperti yang berulang kali dinyatakan oleh Perdana Menteri, sendiri era kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir. Maka itu, pertimbangan daripada pihak kehakiman berkait dengan pembatalan permit penerbitan itu, jika ia mahu dilakukan juga, dirasakan wajar.

Ada juga pandangan, jika kerajaan benar-benar serius untuk melakukan pembaharuan politik khususnya dalam kerangka untuk mewujudkan sebuah masyarakat demokratik yang matang seperti yang dihasratkan oleh Wawasan 2020, ia patut memikirkan untuk berhijrah kepada sistem penerbitan akhbar dan majalah tanpa permit penerbitan.

Siapa juga yang ingin menerbitkan akhbar dan majalah bebas berbuat demikian asalkan ia diusahakan oleh sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Serahkan kelangsungan hidup sesebuah penerbitan itu kepada pasaran, bukannya kerajaan. Serahkan hala tuju dasar editorial sesebuah penerbitan itu kepada pemiliknya dan para pengarangnya yang profesional dan berpegang kepada kewartawanan yang bertanggungjawab bukannya AMCP atau garis panduan khusus yang digubal oleh KDN untuk membantu mengawal selia media cetak.

Organisasi persuratkhabaran dan majalah adalah entiti perniagaan yang masa depannya ditentukan untung rugi syarikat.

Jika benar ada antara mereka melakukan kesalahan, mereka boleh didakwa menggunakan pelbagai undang-undang lain, baik yang mengawal media secara langsung atau tidak langsung.

Ini termasuklah Akta Hasutan, 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Hakcipta 1987, Akta Fitnah 1957, Akta Iklan Lucah, 1953, Akta Percetakan Teks Al-Quran, 1986, Akta Perubatan (Iklan dan Jualan), 1956, Akta Paten 1983, Akta Penapisan Filem 1952, Akta Polis 1967, Kanun Keseksaan dan dua undang-undang baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Bergantung pada kesalahan yang dilakukan, media dan penerbitan juga boleh didakwa antara lain di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Perpustakaan Negara, 1972, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka, 1959, Akta Arkib Negara 1966.

Memandangkan terdapat begitu banyak undang-undang yang boleh digunakan untuk mendisiplinkan media, maka kalangan pengamal media cetak ada yang berpendapat bahawa apa yang patut dilakukan oleh kerajaan selepas ini bukan sekadar meminda AMCP secara adhoc, tetapi secara komprehensif. Ini termasuk mempertimbangkan kemungkinan memansuhkan AMCP sama sekali.

Bagi mereka pengekalan AMCP hanya melambangkan sikap double standard kerajaan terhadap kebebasan media. Media cetak – akhbar dan majalah khususnya masih dikawal menerusi akta itu dan satu garis panduan khusus yang telah digubal di bawah AMCP, manakala portal berita dan media sosial yang lain bebas untuk melaporkan apa sahaja, termasuk pembohongan dan tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka.

Malah kekangan AMCP itu kini didakwa menjejaskan kewibawaan akhbar-akhbar itu sendiri di kaca mata audiennya, menyebabkan berlakunya penghijrahan pembaca ke portal berita. Persepsinya di sini adalah selagi ada AMCP, media khususnya akhbar dan majalah sebenarnya berada di bawah telunjuk kerajaan, walaupun kita tahu persepsi itu tidak tepat seratus peratus.

Ini kerana dasar editorial sesebuah penerbitan itu sebenarnya ditentukan dan dicorakkan bukan oleh AMCP tetapi oleh tuan empunyanya. Tetapi selagi persepsi ini wujud, selagi itulah kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia kekal terperosok di tangga terendah.

Atas sebab-sebab itu ada yang mencadangkan selain memansuhkan AMCP, beberapa akta lain yang turut mengongkong pengaliran maklumat turut dijadikan sejarah. Secara lebih spesifik yang disebut adalah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tiga orang wartawan pernah didakwa mengikut akta itu pada 1985 kerana menggunakan bahan-bahan yang dianggap rahsia rasmi dalam penulisan berita dan rencana. Seorang wartawan telah didenda RM7,000 manakala dua yang lain masing-masing didenda RM10,000.

Agaknya sudah tiba masanya Akta Rahsia Rasmi 1972 itu digantikan dengan Akta Pengaliran Bebas Maklumat yang dianggap penting untuk membolehkan para wartawan memainkan peranannya dalam mengukuhkan demokrasi yang dianggap matang.

Selain itu, cadangan juga dibuat oleh sebilangan pengamal media supaya kerajaan memperkenalkan undang-undang khusus yang melindungi para wartawan daripada mendedahkan sumber atau pemberi maklumat yang digunakan untuk menghasilkan berita atau rencana khususnya dalam kes-kes yang membabitkan kepentingan umum.

Beberapa buah negeri di Amerika Syarikat sudah pun mewujudkan undang-undang serupa itu yang dikenali sebagai shield law. Kongres negara itu juga sedang menimbang untuk mewujudkan akta yang sama pada peringkat Persekutuan.

Sudah tentu impian terakhir yang didambakan oleh pengamal media dalam perjuangannya, di mana juga termasuk di Malaysia adalah untuk melihat status kebebasan media itu dimaktubkan dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan sama seperti wujudnya apa yang dipanggil sebagai First Amendment dalam Perlembagaan Amerika Syarikat.

Dalam mengejar impian ini, kita henalah realistik. Perjuangan ini memerlukan ketabahan dan sudah tentu penuh dengan onak dan duri. Ia mengambil masa yang panjang. Kita kena ingat bahawa kota Rome atau malah Putrajaya yang berdiri gagah sekarang, tidak dibina dalam masa satu hari. Jika kita berpegang dengan ingatan ini, maka keputusan Najib untuk memansuhkan tempoh hayat tahunan permit penerbitan bolehlah dianggap sebagai langkah pertama ke arah mengejar cita-cita mewujudkan kebebasan media yang sejati.

DATUK CHAMIL WARIYA

ialah Ketua Pegawai Eksekutif Institut

Akhbar Malaysia (MPI).

Jual Kompleks PKNS: Labur atau lebur?

Posted:

Jual Kompleks PKNS: Labur atau lebur?

Jual Kompleks PKNS: Labur atau lebur?

Oleh Badrul Hisham Abdul Aziz


Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam menjadi pusat perniagaan orang Melayu.


KEWUJUDAN Kompleks PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) di Shah Alam sinonim dengan pembangunan dan kemajuan bandar tersebut. Dari sebuah bandar kecil pada tahun 1970-an, Shah Alam muncul sebagai ibu negeri Selangor menggantikan Kuala Lumpur, yang bertukar tangan menjadi Wilayah Persekutuan pada tahun 1974.

Kompleks tersebut adalah pemangkin kepada perkembangan Shah Alam, kota raya Melayu yang turut menempatkan Istana Bukit Kayangan, kegunaan rasmi Sultan Selangor.

Kompleks PKNS Shah Alam juga sinonim dengan kemunculan dan perkembangan Institut Teknologi Mara (ITM) yang kemudiannya meningkat menjadi Universiti Teknologi Mara (UiTM). Para mahasiswa dan siswazah ITM/UiTM pasti tidak dapat melepasi nostalgia dengan kompleks Melayu itu kerana di sanalah mereka bertumpu saban hari setelah kepenatan berkuliah.

Kompleks PKNS Shah Alam adalah pusat perniagaan usahawan kecil Melayu bertapak di bawah satu bumbung yang diurus sempurna oleh perbadanan tersebut. Di sana bermulanya, perniagaan kecil orang Melayu, perusahaan orang Melayu dan perkhidmatan orang Melayu.

Pendek kata, segala-galanya bermula di situ. Pemusatan tersebut juga merupakan timbal-balik kepada PKNS sendiri. Para peniaga kecil berkenaanlah yang selama ini telah menghidupkan kompleks tersebut sehingga ia bertahan sehingga ke hari ini.

Kini, para peniaga berkenaan yang telah menjadi 'talian hayat' kepada PKNS meneruskan nafasnya mungkin terpaksa berundur. Manakan tidak, mereka telah diberikan notis rasmi baru-baru ini mengenai kadar sewa yang bakal berkuatkuasa mulai Januari 2012.

Kenaikan kadar baharu itu tentulah atas nama pemodenan dan penambahbaikan yang dilakukan melalui pindah milik premis berkenaan kepada pemilik baharu.

Apakah pilihan yang ada pada para peniaga yang sedia ada di sana.

Pilihan yang pasti tentulah merintih seperti bait yang terdapat dalam lagu Warisan: "Air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang."

Para peniaga dan pengusaha yang menjadi penerus kelangsungan PKNS selama ini mungkin terpaksa menjadi mangsa seperti mana bait-bait seterusnya dalam lagu Warisan iaitu: "Tergadai seluruh harta benda, Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman."

Pentadbiran kerajaan Selangor dan juga PKNS mungkin tidak setuju dengan pandangan ini kerana bagi mereka tiga buah aset meganya termasuk SACC Mall di Shah Alam dan ibu pejabatnya sendiri iaitu Menara PKNS di Petaling Jaya perlu dipindah milik untuk menjana pendapatan berganda.

Menurut Pengurus Korporat PKNS, Norhisham Mohd Ghouth kepada akhbar Sinar Harian kelmarin, tiga bangunan tersebut hanya mengalami proses pengambilalihan sebagai usaha PKNS untuk menjana pendapatan sedia ada menerusi pelaburan dalam Real Estate Investment Trust (REIT).

Ini bermakna aset-aset tersebut tidak dijual. Sebaliknya ia adalah usaha mereka untuk menaikkan nilai harta tersebut. Ringkasnya, ia adalah pelaburan!

Barangkali kerajaan negeri Selangor mencontohi 'kepakaran' kerajaan Kelantan dalam proses memindahkan para peniaga Melayu ke Kompleks Tok Guru di Kota Baru yang pastinya tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada para peniaga.

Tentu mereka juga telah mempelajari kaedah menyahkan para peniaga Melayu di Kompleks Komtar di atas kepintaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menggandakan kadar sewa atas nama penambahbaikan.

Sudah menjadi rahsia yang menjadi perbualan umum mengenai tindak-tanduk kerajaan negeri Selangor pimpinan DAP tetapi ditopengkan dengan Menteri Besar PKR, meleburkan pelaburan warisan seperti Yayasan Selangor. Cabang pendidikan khususnya untuk menaikkan tahap pencapaian anak-anak Melayu dari desa yang telah berjasa itu akan diundurkan.

Dua buah bangunan berjasa yang menjadi asrama pusat yayasan itu di Kampung Pandan, Kuala Lumpur bakal dikorbankan atas nama pelaburan juga.

Kononnya lokasinya yang dihimpit oleh pembangunan pelbagai tidak sesuai lagi sebagai asrama. Ironinya, beberapa buah sekolah di kawasan itu termasuk Sekolah Aminuddin Baki (SAB) tidak pula ditimpa masalah – kerana ia bukan milik Kerajaan Negeri Selangor. Jika sekolah-sekolah berkenaan milik Selangor, pasti akan dileburkan juga.

Kini giliran Kompleks PKNS. yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam, dah lebur... Bila pula kompleks PKNS di Bangi akan menerima nasib yang sama...? Adakah Kompleks PKNS Bangi masih belum cukup tinggi nilainya sebelum ia menerima nasib yang sama! Atau, kompleks di Bangi itu akan dileburkan seiring dengan 'pelaburan' hartanah milik Yayasan Selangor di Klang kelak?

Patutkah Datuk Nik Aziz Nik Mat dipersalahkan di Kelantan atau Guan Eng di Pulau Pinang? Salah jugakah Tan Sri Khalid Ibrahim yang menerajui Kerajaan Negeri Selangor. Atau, ada pihak lain yang patut disalahkan.

Buat masa ini kita ucapkan 'tahniah' terlebih dahulu kepada pengundi Melayu di Shah Alam dan Selangor amnya kerana kejayaan mereka membuka peluang kepada usaha menggadai apa sahaja yang boleh dijadikan wang! Mungkinkah Melayu terus layu...?

DATUK BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ ialah bekas Ahli Parlimen Hulu Langat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Kejutan dan penghormatan Emmy

Posted:

Kejutan dan penghormatan Emmy

Kejutan dan penghormatan Emmy

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


AKSI Jane Lynch sebagai hos Anugerah Emmy Ke-63.


MALAM Anugerah Emmy Ke-63 yang berlangsung pada malam Ahad lalu di Tetaer Nokia, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) telah melakar kejayaan manis dan kejutan yang barangkali boleh dikatakan sebagai luar biasa.

Malah, pelbagai rekod juga telah tercipta dalam acara tersebut lalu menjadikan penganugerahan kali ini mencatatkan sejarah tersendiri sepanjang 63 tahun Emmy dianjurkan.

Antara yang menjadi perhatian pada malam itu adalah menerusi kategori lakonan yang menyaksikan enam daripada lapan kategori telah dimenangi oleh mereka yang kali pertama merasai nikmat menggenggam trofi Emmy.

Salah seorangnya ialah Melissa McCarthy yang mengundang kejutan pada malam itu apabila diumumkan sebagai Pelakon Wanita Komedi Terbaik menerusi siri komedi Mike & Molly.

Perjuangannya dalam industri penyiaran Hollywood hampir 15 tahun ternyata berbalas dengan kemenangan pertamanya itu.

"Saya rasa seperti memenangi pertandingan ratu cantik dan tidak pernah menyangka anugerah seperti ini memiliki aura yang sangat positif.

"Melihat trofi ini berada dalam genggaman, membuatkan saya terfikir sejenak apakah benar ini satu realiti mahupun mimpi yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.

"Ini memang merupakan penghormatan tertinggi buat saya dan untuk berdiri bersama calon-calon hebat lain dalam kategori ini sudah cukup untuk membuatkan saya benar-benar dihargai," ucapnya dalam nada terharu sewaktu menerima trofi daripada Sofia Vergara dan Rob Lowe yang telah memakaikan mahkota di kepalanya persis kemenangan seorang ratu cantik.

Nama Melissa bukanlah asing bagi mereka yang mengikuti perkembangan siri komedi Hollywood. Mungkin watak Sookie St. James yang pernah dibawakannya dalam siri komedi, The Gilmore Girls pasti mengingatkan kembali peminat kepada Melissa.

Dia yang memenangi trofi keramat itu berdasarkan wataknya sebagai seorang guru sekolah rendah yang berhadapan dengan isu personaliti ekoran dirinya seorang yang gemuk.

Selain Melissa, lima calon lain yang dicalonkan dalam kategori tersebut termasuklah Edie Falco menerusi Nurse Jackie, Tina Fey (30 Rock), Laura Linney (The Big C), Martha Plimpton (Raising Hope) dan Amy Poehler (Parks and Recreation).

Kelayakan

Emmy kali ini juga menyaksikan aktor kacak, Kyle Chandler akhirnya diiktiraf dengan trofi Pelakon Lelaki Drama Terbaik menerusi siri Friday Night Lights.

Selepas dua kali dicalonkan, akhirnya rezeki berpihak kepada Kyle dan kemenangannya itu juga tidak terlepas daripada menjadi bahan perbualan ramai.

Ada yang mengatakan Kyle mendapat 'undi kasihan' daripada pihak juri yang mahu memberikan kemenangan kepadanya memandangkan Friday Night Lights sudah pun ditamatkan siarannya.

Malah, ketiadaan Bryan Cranston yang sudah memenangi kategori itu tiga tahun berturut-turut juga dikatakan telah memberi laluan kepada Kyle untuk memenangi Emmy pertamanya.

"Saya tahu dan cukup sedar bahawa saya tidak akan mungkin berdiri di sini. Atas alasan itu, saya sendiri tidak menyediakan sebarang ucapan dan ini membuatkan saya semakin risau," kata Kyle sewaktu berucap selepas menerima trofinya pada malam yang cukup bersejarah baginya itu.

Selain Kyle, kemenangan turut berpihak kepada Friday Night Lights yang memenangi kategori Lakon TV Drama Terbaik bagi penulisnya, Jason Katims untuk episod terakhir siri itu berjudul Always.

Kemenangan Kyle itu juga telah melenyapkan impian dan harapan pencabar terdekatnya, Steve Buscemi yang tercalon menerusi drama Boardwalk Empire untuk membawa pulang trofi idaman ramai itu.

Empat calon lain yang tercalon termasuklah Michael C. Hall menerusi Dexter, Jon Hamm (Mad Men), Hugh Laurie (House) dan Timothy Olyphant (Justified).

Putih mata

Bukan hanya Steve yang terpaksa berputih mata tetapi rezeki juga nampaknya masih lagi tidak berpihak kepada Jon Hamm yang sudah empat tahun dicalonkan untuk kategori itu.

Mungkin siapa tahu, Jon akan berpeluang merasai nikmat kemenangan itu apabila Mad Men akan ditamatkan siarannya nanti.

Atau mungkinkah, Jon akan merasai nasib yang sama seperti Steve Carrell yang tidak pernah memenangi sebarang trofi walaupun sudah enam kali dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Komedi Terbaik.

Walaupun nama Steve disebut-sebut untuk memenangi trofi itu tahun ini selepas siri lakonannya, The Office sudah pun melabuhkan tirainya, namun, ia belum cukup untuk menyakinkan juri untuk menobatkannya sebagai pemenang.

Sebaliknya, juri lebih yakin untuk menganugerahkan trofi emas itu kepada Jim Parsons yang mengulangi kejayaannya buat kali kedua bagi siri komedi, The Big Bang Theory.

Tuah

Siri komedi yang terus mendapat perhatian, Modern Family nampaknya masih lagi menjadi pilihan juri untuk menobatkannya sebagai Siri Komedi Terbaik bagi tahun kedua berturut-turut.

Bukan itu sahaja, Modern Family juga memenangi tiga trofi lagi termasuk Lakon TV Komedi Terbaik untuk dua penulisnya Steven Levitan dan Jeffrey Richman.

Malah, tuah juga berpihak kepada dua pelakon siri itu, Ty Burrell dan Julie Bowen yang juga pemenang Emmy untuk kali pertama bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Komedi Terbaik.

Tahun lalu, salah seorang pelakonnya, Eric Stonestreet telah memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Komedi Terbaik.

Sejak pertama kali Modern Family dipertandingkan dalam Anugerah Emmy tahun lalu, hampir kesemua pelakonnya mendominasi kategori lakonan lalu menjadikan peluang untuk mana-mana pelakon siri itu cerah untuk membawa pulang trofi.

Kuasa

Kuasa siri drama televisyen, Mad Men belum menampakkan tanda-tanda untuk 'kebah' dan memberikan laluan kepada siri lain untuk merangkul kejayaan besar di Anugerah Emmy.

Mana tidaknya. Mad Men terus menunjukkan taringnya apabila memenangi Siri Drama Terbaik untuk empat tahun berturut-turut.

Dengan kemenangan itu, Mad Men kini sudah memasuki liga yang serupa dengan tiga siri lain iaitu Hill Street Blues, L.A. Law dan The West Wing yang pernah mencatatkan kejayaan serupa.

Meskipun berdepan dengan saingan yang hebat daripada lima siri drama yang lain iaitu, Boardwalk Empire, Dexter, Friday Night Lights, Game of Thrones dan The Good Wife ternyata Mad Men masih lagi menjadi pilihan juri untuk dijulang sebagai pemenang.

Siri yang memaparkan tentang industri pengiklanan di AS pada era 60-an itu sememangnya bukan calang-calang produk sejak awal ditayangkan pada tahun 2007 (di Malaysia, Mad Men disiarkan di saluran FX HD - saluran 726, Astro B.yond).

Selain itu dalam kategori drama juga menyaksikan kecemerlangan aktres Julianna Margulies yang memenangi Pelakon Wanita Drama Terbaik bagi siri The Good Wife.

Sesungguhnya ia merupakan kemenangan terindah buat Julianna kerana selepas 16 tahun, barulah dia berpeluang memenangi trofi Emmy keduanya.

Kali pertama, dia memenanginya untuk Pelakon Pembantu Wanita Drama Terbaik bagi siri ER pada tahun 1995.

Malam itu juga memperlihatkan kehebatan pemenang Oscar, Kate Winslet yang memenangi Emmy pertamanya untuk Pelakon Wanita Siri Mini atau Filem Televisyen Terbaik bagi siri mini, Mildred Pierce.

Sebetulnya, kemenangan Kate memang sudah dijangka dari awal dan menjadi calon kegemaran untuk merangkul gelaran itu memandangkan dia telah memberikan lakonan hebat dalam siri mini itu.

Secara keseluruhannya, rating untuk Anugerah Emmy tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak lapan peratus apabila hanya 12.4 juta sahaja yang menontonnya berbanding 13.5 juta tahun lalu.

Pesona karpet merah

Posted:

Pesona karpet merah

Pesona karpet merah

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


SEKSI... Pelakon siri Modern Family, Sofia Vergara cukup anggun dengan gaun petang rekaan Vera Wang ini.


ANUGERAH Emmy Ke-63 yang berlangsung di Nokia Theatre, Los Angeles, California, Amerika Syarikat, malam Ahad lalu tidak ubah seperti temasya yang diadakan dengan penuh gilang-gemilang.

Jika Oscar untuk karyawan filem dan Grammy pula mengiktiraf mereka yang terlibat dalam dunia muzik, Emmy juga sama penting dalam memberi pengiktirafan kepada warga televisyen.

Tidak hanya hadir memberikan sokongan dan memeriahkan majlis penuh prestij itu tetapi peluang itu juga diambil oleh artis untuk pasang badan dengan busana indah dilengkapi aksesori menawan lagi mewah.

Tahun ini, karpet merah Emmy tidak kurang hebatnya apabila mereka hadir dengan gaya tersendiri sekali gus menjadi perhatian lensa kamera.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Kedai bawa rezeki tukang kasut

Posted:

Kedai <i>bundle</i> bawa rezeki tukang kasut

Kedai bundle bawa rezeki tukang kasut


Rasli Ishak tekun membaiki kasut para pelanggan dari jenis jenama yang bermutu di kedainya.


KEDAI bundle, satu istilah yang agak eksklusif di rantau ini dan ia mempunyai pengikutnya tersendiri.

Kedai berkenaan kebiasaannya menjual barangan terpakai yang jarang didapati dan berjenama seperti kemeja-T dan kasut.

Antara barangan bundle yang paling popular ialah kasut. Kebiasaannya ia barangan yang berjenama, edisi eksklusif, dan dijual pada harga yang murah berbanding harga asal. Namun kadang-kadang kasut seumpama datang dalam saiz yang tertentu sahaja.

Di sinilah perkhidmatan Rasli Ishak mendapat permintaan ramai.

Lelaki berusia 60 tahun ini yang juga dikenali sebagai Pak Rasli, adalah tukang kasut di Pasar Jerteh, Besut, Terengganu dengan sejumlah pelanggan setia.

Pelanggan akan membayar jumlah yang minimum kepada beliau untuk membaiki bahagian kasut yang koyak dan berlubang dan beliau tidak sedikit pun berasa kecewa.

Selepas kerja membaiki itu siap, kasut berkenaan akan kelihatan seolah-olah kasut baru.

Kerjaya warisan bapa

Rasli memulakan kerjanya sebagai tukang kasut di bandar Jerteh sejak tahun 1971. Ketika ditemui di kedainya yang berukuran 3 x 4 meter di Blok B, Pasar Tambahan Jerteh, Pak Rasli berkata, kemahiran menjahit barangan kulit terutama kasut dipelajari daripada ayahnya Ishak Awang, 85, yang juga seorang pereka kasut di Istana Nilam Puri, Kelantan pada satu ketika dahulu.

"Pada mulanya susah bagi saya untuk mengikuti kemahiran menjahit barangan kulit ini kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi, namun dorongan dan tunjuk ajar ayah membolehkan saya akhirnya mencari rezeki dengan kerja ini," katanya.

Menurut Rasli yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan, dengan bermodalkan RM800, beliau memulakan perniagaan membaiki kasut dan barangan kulit selepas beberapa tahun berguru dengan bapanya.

Pada awal kedainya dibuka, Rasli terpaksa menumpang untuk mencari tempat berniaga di celah-celah ruang pasar lama yang tidak selesa dan kurang mendapat sambutan pelanggan.

Beliau mendapat ruang khas bagi membuka sebuah kedai menjahit kasut di bandar Jerteh beberapa tahun setelah memulakan perniagaannya di bandar itu.

"Ayah berikan saya peralatan untuk membaiki kasut iaitu 'tapak tiga'. Tapak tiga yang ayah beri masih saya guna sehingga hari ini," katanya.

Berkat usaha tanpa mengenal lelah dalam bidang yang diceburinya, Rasli mampu membesarkan lapan anak sehinggalah mereka kini dewasa.

Sejak menularnya trend membeli barangan bundle di daerah Besut, beliau berkata rezekinya juga semakin bertambah.

"Sekarang ramai yang suka membeli kasut berjenama daripada penjual bundle dan mereka akan pasti mencari saya untuk menjahit kasut maupun beg-beg kulit yang dibeli sekiranya terdapat yang terkoyak sedikit.

Mementingkan kualiti kerja

"Saya mementingkan kualiti kerja dan terpaksa berhati-hati apabila menjahit kerana kadang-kadang kasut yang dibawa pelanggan adalah berjenama dan ada sesetengah menjualnya kembali setelah dibaiki dengan harga yang lebih tinggi berbanding yang dibeli," jelasnya lagi.

Begitulah juga dengan beg kulit yang dibawa untuk dibaiki kadang-kadang bernilai tinggi yang antaranya berharga RM500 hingga RM1,000 setiap satu.

Rasli dan isterinya, Rohani Sidek, 48, seorang penjahit pakaian turut kesal kerana tidak ramai anak muda yang ingin menceburi bidang menjahit kasut sepertinya.

Namun begitu, di sebalik kejayaan yang dicipta, Rasli juga mengakui seperti perniagaan lain beliau juga tidak lekang dengan masalah terutama ketika tiba musim tengkujuh.

"Setiap hujung tahun apabila tiba musim banjir perniagaan saya turut merosot kerana pada musim sebegini ramai tidak gemar memakai kasut malah lebih gemar memakai selipar," jelasnya.

Katanya, beliau melihat generasi muda kini semakin kurang dan tidak berminat membaiki kasut.

"Kalau industri tradisional lain seperti pengeluaran makanan, membuat perabot termasuk bahan kraf tangan telah diambil alih oleh mesin rekaan teknologi moden tetapi kerjaya menjahit kasut masih dilakukan secara lama tidak mampu ditukar ganti seperti yang saya lakukan ini," katanya.

Rasli bersyukur kerana dengan tiadanya alatan dan mesin moden menjahit kasut, kerjaya menjahit kasut secara manual ini terus hidup dan tidak terjejas.

Meraih perhatian si kecil

Posted:

Meraih perhatian si kecil

Meraih perhatian si kecil

Kesibukan ibu bapa berkerja kerap kali membuatkan masa untuk berada di sisi anak-anak begitu terbatas.

Maka tidak hairanlah apabila si kecil lebih mesra dan selesa dengan pembantu rumah atau adik beradiknya yang lain berbanding dengan ibu bapa sendiri.

Mengimbangi keadaan itu banyak cara boleh dilakukan bagi 'membayar balik' masa bersama anak-anak yang hilang disebabkan kesibukan bekerja di pejabat.

Antara tip mudah yang boleh dilakukan:

Jangan bawa balik kerja ke rumah

Ketika di rumah, masa ibu bapa sepatutnya milik penuh anak-anak bukannya membuat kerja-kerja pejabat yang dibawa pulang.

Sebaiknya luangkan masa sepenuhnya untuk bermesra dan bergurau senda dengan anak-anak.

Keluar bersiar-siar

Sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan bawalah anak-anak keluar. Banyak yang boleh dituju atau dilakukan seperti keluar makan, ke taman permainan, bermain di pantai, berkunjung ke zoo atau muzium. Lebih bagus kalau tempat atau aktiviti yang mahu dilakukan sesuatu yang disukai anak-anak. Apa yang penting aktiviti itu dilakukan hanya membabitkan ibu bapa dengan anak-anak.

Minta bantuan si kecil

Ibu bapa sering menyuruh anak-anak bermain sendiri supaya mereka tidak menganggu ketika ibu bapa sedang sedang bercakap di telefon atau ketika sedang memasak di dapur.

Jadi supaya si kecil tidak menjadi 'pengganggu' sekali gus tidak membuatkan diri mereka berasa kurang penting, libatkan mereka dalam kegiatan anda yang tidak terlalu rasmi.

Antaranya, seperti meminta mereka bersama-sama membantu mencuci kereta, berkebun, mengemas rumah atau membantu memasak di dapur.

Ini akan membantu membenihkan rasa percaya pada diri sendiri kerana dengan cara sedemikian anak akan berasa dihargai atas usahanya.

Hadiah

Tidak harus selalu memberikan hadiah untuk membuat anak gembira. Sebaliknya, pelukan, ciuman, pujian, belaian dan sentiasa berada di sisinya merupakan hadiah yang luar biasa yang boleh diberi oleh oleh ibu bapa kepada anak-anak.

Secara emosi, pelukan, ciuman, pujian dan belaian akan membekas di benak anak dan membuatkan si kecil selalu mengingati dakapan hangat ibu bapa mereka.

Mereka akan berasa dilindungi secara fizikal mahupun emosi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tunggakan sewa PPR RM51 juta

Posted:

Tunggakan sewa PPR RM51 juta

Tunggakan sewa PPR RM51 juta

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Meskipun hanya perlu membayar antara RM55 hingga RM218 sebulan untuk tinggal dalam rumah selesa di ibu kota, namun jumlah tunggakan bayaran sewa bagi penghuni Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini mencecah RM51 juta pada penghujung tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Sukiman Surahman (gambar) berkata, data menunjukkan lebih 400 individu mempunyai tunggakan melebih RM10,000 sementara 4,000 penyewa lagi mempunyai tunggakan melebih RM5,000.

"Daripada jumlah itu, hanya 10 peratus yang benar-benar hidup susah sehingga terpaksa dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Baitulmal.

"20 peratus lagi adalah golongan yang degil. Disebabkan itu, kita sudah mula mengambil tindakan tegas mulai April lalu termasuk memotong bekalan air ke rumah mereka yang liat membayar sewa sehingga mereka membuat sedikit bayaran," katanya.

Menceritakan pengalamannya berdepan penyewa degil, Sukiman berkata, 'kunjungan' dilakukannya ke atas rumah didiami golongan itu kadang-kala 'melucukan'.

"Apabila saya masuk ke ruang tamu, tersergam televisyen 'flat screen' 48 inci. Dalam bilik pula televisyen sama bersaiz 32 inci manakala di dapur terdapat peti ais tiga pintu.

"Rokok yang dihisap juga dari jenama mahal selain mempunyai kereta yang baik. Malangnya hutang sewa rumah yang sepatutnya dibayar RM124 sebulan tertunggak sehingga mencecah RM18,000," katanya.

Bagi menunjukkan keseriusan mengutip 'hutang', DBKL turut mengubah sistem bil bagi mengeluarkan bil dalam empat warna berbeza.

"Bil putih untuk mereka yang tidak mempunyai tunggakan sementara kuning pula untuk tunggakan kurang tiga bulan. Warna oren untuk mereka yang mempunyai tunggakan lebih tiga bulan hingga setahun manakala bil merah untuk tunggakan lebih setahun.

"Usaha itu tampak berjaya kerana setakat ini kami berjaya mengutip RM6.4 juta. Bagaimanapun, kami masih perlu berusaha keras kerana baki tunggakan masih dalam jumlah yang besar iaitu RM44 juta," ujarnya.

Tidak yakin dipindah semula

Posted:

Tidak yakin dipindah semula

Tidak yakin dipindah semula

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my


Rumah Pangsa Empat Tingkat Kampung Kerinchi di Pantai Dalam, Kuala Lumpur kini kelihatan semakin usang sejak sebahagian besar penduduknya berpindah ke perumahan transit. – UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI


KUALA LUMPUR 21 Sept. – Selesa di rumah lama dan tidak yakin akan dipindahkan semula menjadi punca segelintir penghuni Rumah Pangsa Empat Tingkat Kampung Kerinchi di sini enggan keluar dari kediaman mereka itu.

Walaupun menyedari sebahagian besar daripada jiran-jiran mereka sudah menerima tawaran yang diberikan dan berpindah sementara ke dua Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang disediakan tetapi hati mereka berat untuk berpindah.

Namun, tindakan sebahagian daripada penghuni di 56 unit rumah yang berpindah keluar itu menimbulkan tanda tanya kerana tawaran yang diberikan sangat menarik dan dijamin oleh kerajaan.

Selain sebuah rumah baru secara percuma di tapak yang sama, mereka juga diberikan wang saguhati sebanyak RM5,000 semasa berpindah keluar dan RM8,000 lagi semasa berpindah masuk nanti.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kawasan rumah pangsa tersebut bukan sahaja sunyi kerana majoriti penduduk telah berpindah tetapi juga semakin tidak terurus.

Seorang penduduk yang ditemui, Siti Rubiah Kamaruddin, 59, berkata, dia sudah selesa tinggal di rumah tersebut dan tidak mahu bersusah-payah untuk berpindah.

"Saya sudah tua dan selesa kerana sudah tinggal di rumah ini sejak kecil lagi. Walaupun rumah yang ditawarkan lebih besar berbanding sekarang tetapi saya tidak yakin akan dipindahkan semula ke rumah baru itu nanti," katanya.

Sulaiman Bujang, 70, pula berkata, dia masih ragu-ragu dengan perjanjian yang dibuat bersama pemaju kerana dilihat lebih menguntungkan pemaju dalam banyak aspek.

"Saya tidak kisah penduduk di sini ingin berpindah, tetapi biarlah perjanjian yang dibuat menguntungkan kedua-dua belah pihak terutama penduduk asal yang perlu banyak berkorban," katanya.

Katanya, dia tidak menolak sebarang pembangunan tetapi proses yang digunakan perlulah mengikut prosedur serta tatacara yang adil.

Shaharudin Abu Bakar, 26, berkata, dia akan berpindah bersama keluarganya pada bulan

Oktober depan walaupun masih was-was dengan tawaran yang diberikan.

"Kami akan berpindah juga akhirnya tetapi sehingga sekarang, saya masih tidak yakin dengan perjanjian yang ditawarkan oleh pihak pemaju.

"Tidak dinafikan rumah yang ditawarkan nanti lebih selesa berbanding rumah sekarang tetapi saya bimbang semua itu hanya di atas kertas sahaja," katanya.

Keengganan penduduk berkenaan berpindah telah menyebabkan pembangunan semula kawasan itu tertangguh sehingga lebih setahun dan memaksa Unit Perancang Ekonomi mengambil alih urusan pengambilan tanah di situ.

KL Bandar ekologi: Banyak lagi perlu dilakukan

Posted:

KL Bandar ekologi: Banyak lagi perlu dilakukan

KL Bandar ekologi: Banyak lagi perlu dilakukan

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Banyak yang perlu dilakukan untuk mengubah Kuala Lumpur menjadi sebuah bandar raya ekologi walaupun pelbagai inisiatif ke arah itu telah dilaksanakan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, pelaksanaan perkara tersebut memerlukan kerjasama dan perkongsian pintar antara komuniti, sektor swasta serta kerajaan dari semua bahagian.

Katanya, adalah mustahil bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan proses berkenaan dengan sendiri.

"Meningkatkan biodiversiti bandar raya merupakan satu cara ke arah bandar raya ekologi dan projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) sebagai contoh dalam usaha tersebut," katanya dalam ucapan pembukaannya pada Persidangan Antarabangsa Ketiga Bandar Raya Lestari Bertaraf Dunia (WCSC) 2011 di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perancangan DBKL, Zulkifli Ibrahim.

Turut hadir, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kuala Lumpur, NK Tong; Presiden Pertubuhan Perancangan Malaysia, Datuk Alias Abdullah dan Presiden Pertubuhan Akitek Malaysia, Saiffuddin Ahmad.

Tambah Ahmad Fuad, sejak sekian lama, fokus telah diberikan dalam usaha membangunkan bandar raya bagi menangani isu dan keperluan semasa dan segera.

"Kini, kita berdepan dengan perkara yang lebih besar dan kompleks bagi masa depan bandar kita dan perlu ditambah baik secara berterusan untuk menjadikan bandar raya kita sesuai untuk didiami untuk generasi akan datang," ujarnya.

Beliau berkata, antara strategi ke arah bandar raya ekologi ialah pengurusan sumber air bersepadu, pengurusan tenaga, meminimumkan sisa buangan dan pengurusan sisa pepejal bersepadu serta pendekatan berbeza kepada sanitasi.

Strategi lain termasuk dasar pengangkutan bersepadu, dasar yang berkait dengan isu pencemaran, jangkaan perubahan iklim, dasar perumahan hijau yang baik serta menggalakkan pengagihan faedah saksama.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved