Sabtu, 18 Jun 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


3 parah gas meletup

Posted:

3 parah gas meletup

3 parah gas meletup

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

PETALING JAYA 18 Jun - Tiga pekerja sebuah restoran mamak di Jalan PJ/12 berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, berada dalam kritikal akibat melecur teruk setelah tong gas memasak meletup dalam premis berkenaan hari ini.

Berikutan kejadian pukul 8.30 pagi itu, ia turut menyebabkan empat rakan mangsa dan 15 pelanggan yang sedang bersarapan mengalami kecederaan ringan.

Isteri kepada pemilik restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Ragani memberitahu, letupan berlaku semasa seorang pekerja mahu menukar tong gas yang sudah kosong dengan tong baharu.

Menurut Ragani, tong gas yang mahu ditukar itu tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan tiga pekerjanya cedera parah akibat melecur.

"Letupan kuat itu turut menyebabkan barang-barang dalam restoran tercampak dan siling premis runtuh.

"Pada masa sama, ada empat pekerja dan 15 pelanggan yang berada dalam restoran turut mengalami cedera ringan akibat ditimpa siling runtuh, terkena percikan api dan tercampak keluar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

Ragani berkata, tiga pekerjanya yang cedera parah dikenali sebagai Selvam, 43, yang bekerja sebagai pembancuh air, Latha Krisna, 25, (pelayan pelanggan) dan Samy, 43, (pembuat roti canai).

Katanya, ketiga-tiganya yang dikejarkan ke PPUM untuk rawatan lanjut dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur kerana melecur teruk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

"Beberapa tahun lalu, restoran tersebut pernah dilempar dengan bom petrol oleh pihak tertentu, tetapi letupan hari ini tiada kaitan dengan unsur jenayah dan hanya satu kemalangan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

6 polis ditahan edar dadah

Posted:

6 polis ditahan edar dadah

6 polis ditahan edar dadah

KUALA LUMPUR 18 Jun - Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah pepatah sesuai bagi seorang pegawai dan lima anggota polis yang diamanahkan tugas untuk membanteras kegiatan pengedaran dadah.

Keenam-enam mereka yang bertugas dalam cawangan narkotik di sini, sepatutnya memburu pengedar dadah tetapi sebaliknya mengambil kesempatan untuk terlibat sama dalam kegiatan mengedar dadah kepada para penagih di sekitar ibu negara.

Namun, penglibatan mereka dalam aktiviti menyalahi undang-undang itu akhirnya terbongkar dan mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, mereka yang ditahan ialah seorang pegawai berpangkat Inspektor dan lima anggota pangkat rendah terdiri daripada Koperal serta Konstabel.

"Keenam-enam mereka berusia 30-an ditahan secara berasingan kerana disyaki mengedar dadah secara kecil-kecilan. Mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Langkah-Langkah Pencegahan)," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar semasa mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar merasmikan Majlis Ihtifal Peringkat Kebangsaan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) Kali Ke-12 di Masjid Bukit Aman di sini hari ini.

Menurut Noor Rashid, semasa tangkapan dilakukan, tiada dadah dirampas daripada keenam-enam suspek tetapi pihaknya mempunyai alasan kukuh untuk memberkas mereka.

Beliau berkata, keputusan sama ada mereka akan digantung kerja dijangka diketahui selepas selesai siasatan nanti.

Tegasnya, tangkapan pegawai dan anggota terbabit membuktikan bahawa polis tidak melindungi sesiapa daripada undang-undang.

Beliau turut menasihatkan semua ketua polis peringkat negeri negeri dan daerah agar memantau pegawai dan anggota di bawah jagaan mereka bagi memastikan kejadian tidak berulang.

"Tangkapan pegawai dan anggota ini adalah mesej jelas bagi menunjukkan betapa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersikap telus kepada masyarakat.

"Kita juga minta masyarakat tidak memandang serong PDRM kerana penglibatan pegawai dan anggota polis dalam penyalahgunaan kuasa serta kegiatan jenayah adalah kecil berbanding lebih 100,000 keanggotaan dalam pasukan keselamatan itu," katanya sambil memberitahu tangkapan keenam-enam suspek adalah kes pertama membabitkan anggotanya pada tahun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Bahaya budaya 'gol sendiri' - Ahmad Zahid

Posted:

Bahaya budaya 'gol sendiri' - Ahmad Zahid

Bahaya budaya 'gol sendiri' - Ahmad Zahid

TANAH MERAH 18 Jun - Pemimpin dan ahli UMNO diingatkan supaya menghentikan segera budaya cah keting dan menjaringkan gol sendiri bagi memastikan kelangsungan perjuangan parti dalam membela agama, bangsa dan negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan pemimpin dan ahli UMNO yang terus mengamalkan budaya tersebut pada setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU), boleh mengancam survival parti yang semakin berdepan dengan cabaran sukar.

Beliau mengambil contoh kegagalan UMNO untuk merampas kembali Kelantan sejak lebih 20 tahun lalu, adalah disebabkan tindakan sabotaj sebilangan pemimpin dan ahli UMNO sendiri, bukan kerana kekuatan Pas.

"Kalau kita kuat, tetapi kalau jaring gol sesama sendiri kalah juga. Kalau kita terus terjemah kelemahan ini melalui cah keting sama sendiri, maka kita gantung diri. Kita kena ambil iktibar apa yang menimpa UMNO hari ini, kalau kita tidak berhati-hati, kita akan menuju ke penghujung jalan," katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Hussin selaku wakil Badan Perhubungan UMNO negeri.

Persidangan itu dihadiri hampir 3,000 perwakilan dan ahli UMNO bahagian termasuk veteran. Setiap perwakilan turut diberikan akhbar Utusan Malaysia tajaan UMNO bahagian sebagai tanda sokongannya kepada akhbar arus perdana itu.

Mengenai tindakan Kerajaan Pas Kelantan memboikot Utusan Malaysia kerana didakwa menyiarkan karikatur menghina Islam, beliau berkata, ia hanya merupakan gimik politik parti pembangkang itu.

Tegas beliau, Pas tidak perlu berbuat demikian kerana akhbar rasmi mereka, Harakah juga pernah berbuat demikian.

"Selama ini pun mereka tidak baca Utusan Malaysia. Jadi, tak perlulah buat gimik politik ini, biarlah kami ahli UMNO dan yang atas pagar menyokong suratkhabar yang membawa fikiran rakyat, pencetus fikiran rakyat ini dan saya penyokong kuat Utusan Malaysia,"katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berpuas hati dengan perjalanan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian ini yang disifatkannya terbaik pernah dirasmikan oleh beliau.

Ikmal Hisham dalam ucapannya pula berkata, UMNO bahagian bertekad melakukan pelbagai transformasi bagi membolehkan parti kembali diterima rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pas umpama kelkatu - Zulkifli

Posted:

Pas umpama kelkatu - Zulkifli

Pas umpama kelkatu - Zulkifli

KEPALA BATAS 18 Jun - Pemimpin Pas diselar kerana mengamalkan budaya 'politik kelkatu', iaitu menjadi pak turut dalam melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin menjelaskan, mereka sanggup mengetepikan agama dan perjuangan asal parti semata-mata mahu memegang kuasa.

Katanya, sokongan Pas terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini mencerminkan wajah sebenar para pemimpin parti itu.

"Tuhan bagi akal fikiran, gunakanlah. Jangan sampai jual agama, jual perjuangan semata-mata mahu pegang kuasa.

"Jangan jadi macam kelkatu. Kelkatu tahu cahaya boleh membunuhnya tetapi serangga ini tetap menuju ke arah cahaya meskipun sudah nampak kawan-kawannya yang lain jatuh.

"Jangan kita amal politik kelkatu, iaitu politik yang boleh menjatuhkan kita," katanya ketika menyampaikan ceramah pada program Wajah Sebenar..??!! Pakatan anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Permatang Tok Brain, Penaga di sini malam tadi.

Hadir sama Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris.

Zulkifli menambah, beliau hairan bagaimana pemimpin Pas sanggup menyokong Bersih yang dipengerusikan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan, iaitu penyokong kuat Majlis Antara Agama (IFC).

Kumpulan sama juga pernah menuntut hak sama rata antara Islam dan bukan Islam, selain menjadi pelopor ulung kes murtad Lina Joy.

"Lupakah pemimpin Pas siapa Ambiga? Dialah penganjur IFC yang mereka pernah lawan habis-habisan dulu.

"Namun, hari ini mereka boleh angkat Ambiga. Merekalah hipokrit paling besar," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Perjumpaan unik bekas pelajar

Posted:

Perjumpaan unik bekas pelajar

Perjumpaan unik bekas pelajar

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanpahang@utusan.com.my


SERAMAI 96 bekas pelajar Sekolah Menengah Sulaiman (SMS) Bentong memakai pakaian seragam ketika bergambar bersama bekas guru mereka dalam pertemuan di Kuantan, semalam. - MINGGUAN/MAHATHIR ALI


KUANTAN 18 Jun - Perjumpaan 96 bekas pelajar Sekolah Menengah Sulaiman (SMS) Bentong membawa kelainan apabila mereka memakai pakaian sekolah bagi mengembalikan nostalgia zaman persekolahan sekitar tahun 1970-an.

Lebih menarik, perhimpunan pagi turut diadakan dengan menyanyikan lagu Negaraku dan sekali gus mengimbau kenangan sewaktu persekolahan dahulu.

Suasana ceria jelas terpancar kepada bekas pelajar sekolah terbabit yang kebanyakannya berusia sekitar antara 45 hingga 55 tahun.

Menurut bekas ketua pengawas sekolah itu pada tahun 1977, Datuk Shamsuddin Nawawi, kelainan dalam mengadakan perjumpaan tersebut telah disusun oleh satu jawatankuasa khas terdiri daripada bekas pelajar untuk mencari tema bagi tujuan tersebut.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menambah, jika sebelum ini diadakan perjumpaan biasa sahaja tetapi dengan memakai pakaian sekolah akan memberi kenangan manis kepada mereka.

"Pada mulanya saya bimbang kerana mungkin tidak ramai yang akan memakai uniform itu tetapi gembira kerana mereka memberi kerjasama dan secara tidak langsung mengingatkan kenangan pada zaman persekolahan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain bekas pelajar, bekas pengetua dan guru sekolah tersebut turut hadir dalam perjumpaan itu.

Shamsuddin berkata, pihaknya akan mewujudkan Persatuan Alumni SMS bagi membolehkan semua bekas pelajar di sekolah itu menyertainya.

Dalam pada itu, bekas pelajar sekolah tersebut, Raihana Khudri menyifatkan perjumpaan itu membawa segala kenangan persekolahan yang masih segar dalam ingatan.

"Sukar hendak digambarkan apabila kami memakai pakaian sekolah dan berjumpa semula di sini yang memberi kenangan terindah kepada kami," katanya yang kini bertugas sebagai Ketua Komunikasi Korporat, Kementerian Pengajian Tinggi.

Bagi bekas Pengetuanya, R.I.S Stork, 77, beliau gembira kerana turut sama dijemput pada perjumpaan itu dan dapat berjumpa semula dengan bekas anak didiknya.

Katanya, pendidikan yang dicurahkan oleh para guru telah mengubah kehidupan bekas pelajar terbabit untuk menjalani kehidupan sempurna sehingga kini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita perlu miliki ilmu mendidik anak

Posted:

Wanita perlu miliki ilmu mendidik anak

Wanita perlu miliki ilmu mendidik anak

KUANTAN 18 Jun - Ilmu merupakan elemen penting yang perlu dimiliki setiap wanita dalam mendidik anak-anak untuk menjadi generasi harapan negara.

Cik Puan Tengah Pahang, Datuk Rohaya Abdul Rahim berkata, selari dengan peredaran zaman dan suasana kehidupan yang penuh cabaran, setiap wanita perlu mendalami ilmu agar dapat membina keluarga berlandaskan agama dan pekerti mulia.

"Sejak kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan isu-isu mengenai wanita, pembuangan bayi, penderaan fizikal, gangguan seksual dan perceraian yang berlaku dalam masyarakat.

"Kenapa semua ini berlaku? Jawapannya ada pada kita semua sebagai ibu dan bapa. Justeru, didikan agama dan akademik iaitu ilmu pastinya memainkan peranan dalam melahirkan generasi akan datang yang berwawasan," ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Pahang berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Sayangi Diri, Sayangi Keluarga anjuran majalah Wanita di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarang Majalah Utusan Karya Sdn. Bhd., Badrul Azhar Abdul Rahman dan Pengarang Wanita, Normala Hamzah.

Sementara itu, menurutnya, bengkel yang diadakan dengan tema sedemikian amat bermakna bagi seseorang wanita dalam menjalankan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, rumah tangga dan di tempat kerja.

"Bengkel ini sebagai platform terbaik kepada golongan wanita untuk mencari ilmu dalam memastikan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap keluarga tidak diabaikan terutama wanita bekerja.

"Melihat kepada pengisian bengkel ini yang padat dengan pelbagai topik seperti keagamaan, kecantikan, penampilan, kesihatan dan masakan, saya pasti akan membantu melengkapkan diri setiap peserta dalam membina sebuah keluarga yang harmoni dan cemerlang," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

8 pelajar terima sumbangan

Posted:

8 pelajar terima sumbangan

8 pelajar terima sumbangan

KUANTAN 18 Jun - Seramai lapan pelajar cemerlang dari lapan buah sekolah menengah di sini menerima sumbangan RM600 setiap seorang daripada Badan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) baru-baru ini.

Para pelajar tersebut yang merupakan anak angkat Bakti dipilih oleh sekolah masing-masing berdasarkan pencapaian akademik mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong berkata, bantuan bagi tempoh dua tahun itu disalurkan menerusi program Derma Siswa Bakti untuk membantu pelajar miskin tetapi berpotensi.

"Saya berharap penerima menggunakan sumbangan itu secara berhemah seperti membeli peralatan persekolahan dan perbelanjaan harian," katanya pada majlis penyampaian cek Program Anak Angkat Bakti 2011 di Bangunan MCA di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Chempedak, Nor Fatin Ezati Mohd. Hanafiah, 17, berkata, sumbangan itu akan disimpan bagi membiayai pembelajarannya.

Dia bersyukur dan terharu dengan sumbangan tersebut dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh seterusnya melanjutkan pengajian ke universiti.

Seorang lagi penerima, B. Rajvin Singh, 17, berkata, wang tersebut akan digunakannya sebagai persiapan membeli buku rujukan tambahan bagi menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Pelajar SMK St. Thomas itu menambah, sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan keluarganya dan memberi semangat untuk dia berjaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Perebutan wilayah maritim

Posted:

Perebutan wilayah maritim

Perebutan wilayah maritim


Gambar fail bertarikh 19 April 2010 ini menunjukkan anggota tentera laut Vietnam melambai kepada pelancong di pulau Spratly atau dikenali sebagai Truong Sa yang turut dituntut oleh Vietnam. – AGENSI


WASHINGTON 18 Jun – Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam semalam meminta supaya Laut China Selatan dijadikan kawasan bebas belayar dan menolak penggunaan tentera di perairan itu, ketika ketegangan antara China dan beberapa negara jirannya meningkat berikutan perebutan wilayah.

Selepas mengadakan rundingan di Washington, kedua-dua negara itu menyatakan 'keamanan, kestabilan, keselamatan dan kebebasan berlayar di Laut China Selatan adalah perkara paling penting yang dimahukan masyarakat antarabangsa.

"Pertikaian wilayah di perairan itu perlu diselesaikan melalui kerjasama dan proses diplomatik tanpa penggunaan tentera," kata kedua-dua negara itu dalam satu kenyataan bersama semalam.

Menerusi kenyataan itu, AS dan Vietnam turut menyokong rundingan diadakan mengikut perjanjian 2002 antara China dan 10 negara ASEAN, di mana kedua-dua pihak bersetuju mengikuti peraturan yang ditetapkan di Laut China Selatan.

Pertikaian di kawasan itu semakin meningkat beberapa minggu ini dengan Vietnam mengadakan latihan peluru hidup selepas menuduh kapal China mengganggu sebuah kapal pemantau minyak mereka dan memotong kabel cari gali minyak sebuah lagi kapal negara itu.

China dalam pada itu turut melancarkan latihan tentera selama tiga hari di Laut China Selatan yang disifatkan media sebagai memperkukuh rondaan agensi pengawasan maritim negara itu.

Sementara itu, Filipina hari ini berkata, 15 blok minyak di Laut China Selatan yang bakal ditawarkan kepada syarikat cari gali minyak antarabangsa akhir bulan ini terletak dalam wilayahnya.

Menurut peta yang dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2009, dua daripada 15 blok itu terletak dalam kawasan yang turut dituntut oleh China. – AFP/AGENSI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Korea Selatan silap tembak pesawat penumpang

Posted:

Korea Selatan silap tembak pesawat penumpang

Korea Selatan silap tembak pesawat penumpang

SEOUL 18 Jun - Tentera Korea Selatan melepaskan tembakan ke arah sebuah pesawat dari China yang membawa 119 penumpang selepas menyangka ia adalah jet pejuang Korea Utara.

Kejadian awal pagi semalam itu berlaku ketika hubungan yang semakin tegang antara dua negara berjiran tersebut.

Tentera Korea Selatan yang bertugas di pos kawalan di pulau Gyodong, kira-kira 1.7 kilometer dari pesisir pantai Korea Utara, melepaskan tembakan menggunakan senapang K-2 ke arah pesawat dari China itu yang terbang rendah ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul.

Pesawat penumpang milik syarikat penerbangan Korea Selatan, Asiana Airlines itu melakukan penerbangan menuju ke Incheon melintasi tenggara pulau Jumun, kira-kira 12 kilometer di selatan Gyodong.

"Tembakan dilepaskan selama 10 minit, tetapi pesawat itu tidak mengalami sebarang kerosakan kerana tembakan tidak mengenai pesawat yang berada pada kedudukan agak jauh.

"Tentera menyangka ia adalah jet pejuang Korea Utara sebaik pesawat itu terbang melintasi ruang udara pulau Jumun," lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan pegawai tentera laut.

Jurucakap tentera laut mengesahkan laporan tersebut, namun enggan memberi maklumat lanjut berhubung kejadian itu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


KL Gangster memang terbaik

Posted:

KL Gangster memang terbaik

KL Gangster memang terbaik



JOYAH akui filem KL Gangster memang filem yang hebat. Sampaikan ada kawan-kawan Joyah yang tengok filem tu sampai dua tiga kali. Amboi, hebat sungguh penangan Shamsul Yusof ni.

Hari pertama RM1.5 juta. Memang itu satu penangan yang cukup hebat yang pernah industri kita lalui rasanya. Tiga hari tayang terus naik jumlah kutipan sampai nak cecah RM5 juta. Empat hari sudah lebih RM6.4 juta. Memang macam tak percaya, tetapi kena juga percaya sebab ini cerita betul.

Pada Joyah, kekuatan filem KL Gangster tu bukan terletak pada Shamsul semata-mata. Sebaliknya melibatkan setiap orang yang ada dalam filem itu juga.

Aaron Aziz, Adi Putera, Soffi Jikan dan semua pelakon memang hebat. Mereka tahu apa yang perlu ada dalam filem gangster macam ni. Dan tak mustahil filem ini akan dijadikan contoh kepada pembikin filem yang lain pada masa hadapan biarpun masih banyak perkara yang boleh diperbaiki lagi.

Cuma filem ni mendapat reaksi yang kurang baik daripada PertubuhanKebajikan & Dakwah Islamiah (Pekida) yang menganggap ia telah membocorkan kod rahsia kumpulan itu.

Joyah tak mahu komen lebih sebab Jumaat lalu mereka sudah bersemuka bagi mencari jalan yang terbaik. Perkara macam ni perlu dibincang secara baik, barulah boleh sepakat.Sekali lagi Joyah nak ucap tahniah pada seluruh produksi KL Ganster kerana mengubat kekecewaan Joyah bila menyaksikan sebuah filem berkonsep lebih kurang serupa. Opsss!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Si cantik berceloreng hijau

Posted:

Si cantik berceloreng hijau

Si cantik berceloreng hijau



FUHHH...tak sabar rasanya Joyah nak tengok kelibat penyanyi nombor satu negara yang seorang ini memakai baju hijau siap berceloreng sambil berkawat. Joyah pasti mesti ramai yang ternanti-nantikan kemunculan pertama kali Siti Nurhaliza lengkap beruniform sebagai askar wataniah.

Tapi bukan Siti sahaja yang menyertai pasukan tersebut kerana Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Ana Rafali dan Aizat pun ada sekali untuk menyertai sayap penting pertahan negara itu.

Joyah memang cukup kagum dengan minat dan usaha yang dijalankan oleh orang kuat Kementerian Pertahanan yang mahu menarik lebih ramai golongan artis. Setidak-tidaknya kita tahu masih ramai lagi orang popular macam mereka yang cukup cintakan pada negara.

Semoga usaha yang murni ini dapat membuatkan hasil yang baik pada masa hadapan. Rasanya sikit lagi mesti ramai yang nak berkawad bersama-sama artis pujaan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Pemain muzik dalam air

Posted:

Pemain muzik dalam air

Pemain muzik dalam air

Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN
ridzwan.iman@utusangroup.com.my


SELAIN menyokong muzik MP3, Dolphine Touch juga membolehkan pengguna mendengar siaran radio.


MENYELAM sambil minum air - mungkin pepatah biasa yang sering kita dengar apabila merujuk kepada seseorang yang melakukan dua perkara dalam satu masa tetapi istilah 'menyelam sambil mendengar muzik,' mungkin perkara baru.

Sebenarnya memang sukar untuk mendengar muzik ketika sedang menyelam kerana bunyi sukar menembusi air dan pemain muzik yang terdapat di pasaran pula tidak kalis air untuk direndam.

Bagi orang kaya seperti Bill Gates, tentu beliau dan lain-lain jutawan mampu membina kolam renang yang boleh memainkan muzik tetapi bagaimana pula dengan orang biasa?

Bagaimanapun, perkembangan teknologi kalis air terhadap pemain muzik kini membolehkan anda membawa pemain MP3 untuk beriadah di tepi pantai atau kolam renang, termasuk ketika anda menyelam ke dalam air. Menarik bukan?

Antara pemain MP3 kalis air ialah FINIS SwiMP3 yang mana pemain muziknya akan disambungkan kepada kepada gogal (cermin mata menyelam) dan kemudian ia boleh digunakan untuk menyelam sehingga kedalaman tiga meter.

Bagaimanapun, apa yang menarik dan mungkin juga pelik, pemain muzik ini tidak menggunakan fon telinga tetapi bunyinya dipindahkan ke bahagian dalam telinga melalui tulang pipi yang dikenali sebagai konsep pemindahan audio melalui 'pengaliran tulang' (Bone Conduction).

SwiMP3 juga seperti pemain-pemain muzik MP3 biasa yang boleh memainkan muzik, menghentikan, shuffle dan sebagainya. Ia mempunyai ruang storan 1 Gigababit (GB) untuk membolehkan anda meletakkan dengan anggaran 240 lagu atau muzik selama 16 jam.

Produk hebat ini dijual dengan harga RM450 dan ia boleh ditempah melalui laman web pengeluarnya, FINIS yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat di alamat http://www.finisinc.com/.

Selain menyelam, sudah tentu pemain MP3 ini juga sesuai untuk digunakan untuk aktiviti riadah air yang lain seperti berenang, meluncur air, berkayak dan sebagainya.

Sementara itu, Speedo, syarikat pengeluar baju sukan renang paling popular di dunia juga mempunyai produk pemain MP3 kalis air untuk mereka yang suka menjalankan aktiviti sukan air sambil mendengar muzik.

Produk dikenali sebagai Aquabeat itu dikeluarkan oleh Iriver dengan mempunyai storan 1GB, memainkan muzik sembilan jam untuk sekali caj, mempunyai tiga warna dan berat 35 gram.

Pemain MP3 ini dan fon telinganya boleh dibawa menyelam sehingga tiga meter dan ia boleh terapung di dalam air untuk memudahkan anda mencari jika terjatuh.

Produk ini dijual dengan harga RM464 dan maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh di laman web www.speedoaquabeat.com/.

Sebuah lagi produk pemain muzik yang dikhususkan untuk peminat sukan air ialah pemain MP3 NU Dolphin Lite yang mempunyai fon kepala wayarles dan gajet ini mempunyai ruang storan sehingga 2GB.

Ruang storan sebanyak itu membolehkan Dolphin Lite memainkan muzik selama 20 jam dan menggunakan teknologi Quick Power Charge yang membolehkan bateri dicaj dalam masa singkat. Bagi caj selama lima minit, pengguna boleh memainkan muzik sehingga 120 minit.

Produt seberat 20 gram dengan reka bentuk unik ini bersaiz 65 milimeter (mm) panjang, 20 mm lebar dan 12 mm tinggi.

NU juga telah melancarkan pemain MP3 generasi terbarunya, Dolphin Touch yang mempunyai memori sehingga 4GB, menyokong radio FM di bawah air ((87.5~108MHz)) dan dibantu sistem bunyi 3D Surround Sound Processing.

Pemain MP3 yang menggunakan pad sesentuh itu memudahkan pengguna untuk memilih lagu, mengubahsuai kekuatan bunyi, memilih bahasa dan juga menukar gaya melodi.

Maklumat lanjut mengenai produk yang dijual dengan harga RM510 ini boleh diperoleh di laman web www.nu-global.com.

Bagi merancakkan lagi penawaran produk pemain muzik kalis air ini, seorang pereka Joe Tan telah mereka pemain MP3 Wav yang menarik untuk digunakan oleh mereka yang suka berenang sambil mendengar muzik.

Pemain MP3 ini dilengkapi dengan lilitan lengan yang membolehkan pengguna memasangkan dengan mudah dan muzik dipindahkan secara wayarles kepada set kepala.

Reka bentuk dan warnanya yang menarik sudah tentu mampu menarik perhatian peminat sukan air apabila ia dipasarkan kelak.

Bagi pengguna gajet sedia ada seperti iPod, iPhone dan sebagainya, mereka sebenarnya boleh juga membawa pemain muzik itu ketika melakukan aktiviti di dalam air dengan membeli bekas kedap air seperti H2O Audio iDive 300.

Sememangnya, pemain-pemain muzik tahan air ini sesuai digunakan untuk sebarang aktiviti kerana ia tahan lasak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Gamat jadi sumber inspirasi

Posted:

Gamat jadi sumber inspirasi

Gamat jadi sumber inspirasi

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my
Foto IZHAM JAAFAR & Ihsan PROF. DATUK DR. HASSAN YAAKOB


HEALIN, hasil penyelidikan Dr. Hassan yang tidak dapat ditandingi.


DUA kali hampir mati lemas, dua minggu terlantar di hospital akibat dipatuk ular, terpaksa diselamatkan bomba gara-gara tidak boleh turun dari pokok dan seminggu sesat di hutan sudah cukup untuk menggambarkan betapa 'nakalnya' personaliti hebat ini.

Bukan setakat itu, namakan apa saja permainan yang popular di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 60-an, kesemuanya 'dalam tangan' Prof. Datuk Dr. Hassan Yaacob yang lebih dikenali sebagai Hassan Gamat.

Semuanya mahu dicuba. Laga ayam, laga biji getah, menangkap ikan, masuk hutan mencari buluh untuk dibuat wau, bermain gitar dan pelbagai aktiviti lagi mewarnai zaman kecilnya. Dia juga pandai menganyam jala, tinju siam menjadi kegemaran sehingga mencapai peringkat berlimau.

Justeru tidak hairanlah jika dia menyifatkan adakalanya dirinya seperti mati hidup semula lantaran peristiwa-peristiwa yang dialami semasa zaman kanak-kanak dan di alam persekolahan.

Mengimbau kisah diselamatkan bomba, Dr. Hassan tersenyum. Keinginannya melihat sarang burung helang di atas pokok besar mencabar keterujaannya untuk memanjat pokok tersebut. Selepas hasrat tercapai, tatkala mahu turun baru terasa gayat apabila angin membuai dahan yang dipijak. Maka terpaksalah dia menunggu diselamatkan pasukan bomba.

Di sebalik pengalaman yang pelbagai Dr. Hassan tidak boleh lupa kejadian dia dan rakan-rakannya tersesat di dalam hutan. 'Ekspedisi' ke kawasan air terjun di Manek Urai berlangsung tanpa pengetahuan keluarga. Dari Kuala Krai, mereka menaiki van ke Manek Urai. Dari situ, kumpulan tersebut berjalan kaki selama sejam sebelum sampai ke destinasi.

Ekspedisi ke air terjun berakhir dengan tragedi sesat di dalam hutan selama seminggu menyebabkan keluarga masing-masing membuat laporan polis.

Dr. Hassan mengakui pencapaiannya semasa sekolah rendah 'below average'. Malah, sekolah bukan keutamaannya. Dia sering ponteng. Biar dipaksa mahu pun dirotan - kalau katanya tidak mahu bersekolah, maka buatlah macam mana sekali pun jangan harap dia akan ke sekolah.

Jika pun ke sekolah, perjalanan balik sering melencong ke tempat lain. Beca yang sepatutnya membawanya pulang ke rumah kebiasaannya dibiarkan menunggu lantaran ada 'dunia' lain yang menunggu untuk diteroka Dr. Hassan.

''Selalu saya balik jalan kaki sejauh lima kilometer sebab banyak benda yang diteroka. Masuk hutanlah dan main macam-macam.

''Perasaan ingin tahu sangat tinggi ketika itu lebih-lebih lagi persekitaran saya memang diwarnai dengan corak kehidupan yang aktif dengan pelbagai kegiatan,'' katanya ketika ditemui di House of Healin di Temasya Industrial Park, Shah Alam Rabu lalu.

Sains

Biar pun tidak cemerlang di sekolah dan sering duduk di kelas terakhir, namun bakatnya dalam bidang sains amat menyerlah. Markah bagi mata pelajaran sains sering menyamai malah adakalanya lebih baik berbanding pelajar kelas A.

Auranya sebagai saintis bermula apabila dia curi-curi membawa pulang asid hidroklorik dari makmal dan menggunakannya untuk menyuntik tikus-tikus yang ditangkap setiap Khamis malam Jumaat.

''Semasa sekolah menengah lagi saya dah biasa guna jarum untuk suntik tikus. Perasaan ingin tahu dan berani mencuba telah ada dalam diri saya sejak kecil lagi,'' kata pengasas Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd itu.

Kecenderungan Dr. Hassan untuk berjaya dalam pelajaran terdetik apabila melihat abangnya melanjutkan pelajaran ke Scotland.

Memasuki tingkatan tiga, penuntut Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu itu mula terasa berdebar mengingati peperiksaan LCE yang bakal didudukinya. Ketika itu dia mula 'kehilangan' rakan-rakan sepermainan yang kebanyakannya menghabiskan masa mentelaah pelajaran.

Dr. Hassan turut berbuat demikian sehingga lulus peperiksaan dan satu-satunya pelajar yang terpilih memasuki aliran sains di Maktab Sultan Ismail. Selepas itu beliau terus cemerlang dalam bidang sains sehingga ke tingkatan enam walaupun terpaksa mengulangi peperiksaan MCE kerana gagal mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Kisah budak nakal itu bertukar menjadi siri penjelajahan saintis terkenal apabila beliau atas tiket biasiswa JPA dan UM melanjutkan pelajaran ke Royal College of Surgeons (terkenal sebagai universiti pemenang Nobel Prize). Di situ segala-galanya bermula.

Dr. Hassan yang merupakan satu-satunya anak Melayu di universiti tersebut bijak menyesuaikan diri dengan masyarakat di sana tanpa ada rasa kekok jauh sekali gentar untuk bersaing. Peluang bergaul dengan 'orang putih' mengajar Dr. Hassan tentang cara hidup serta corak pemikiran masyarakat barat.

''Tidak ada budaya mengumpat, daya saing di kalangan mereka sangat tinggi selain terbuka dan bersedia menerima orang lain yang berbeza keturunan dan warna kulit,'' katanya.

Tamat pengajian dengan membawa pulang ijazah kedoktoran, Dr. Hassan meneruskan khidmat di di Jabatan Farmakologi, Universiti Malaya. Dunia penyelidikannya cuba diperluaskan namun terlalu banyak kekangan selain budaya 'yang terpakai hanya dalam jurnal dan buku'.

Keadaan itu menyebabkan kegilaan Dr. Hassan untuk melakukan penyelidikan demi penyelidikan menjadi agak terbatas. Dia cenderung mengkaji tentang gamat yang bukanlah asing bagi dirinya dan orang kampung.

''Saya masih ingat ketika itu baru pulang ke tanah air pada tahun 1989. Satu malam saya terdengar nenek yang baru menjalani pembedahan di bahagian perut mengerang kesakitan. Keesokan harinya saya suruh nenek ke hospital, tapi dia enggan.

''Hari-hari kemudiannya saya tidak lagi dengar nenek mengerang. Apabila ditanya nenek memberitahu dia menggunakan air gamat, lukanya juga sembuh,'' katanya yang memulakan projek perintis penyelidikan gamat pada 1989 iaitu selepas sembilan tahun berada di luar negara.

Biarpun penyelidikan tersebut gagal namun Dr. Hassan tidak berputus asa mahu mencari jawapan bagaimana air gamat yang berbau hanyir itu mampu merawat luka dan mempunyai kuasa penyembuh.

Dia yang teruja turun ke Pulau Pangkor, namun projeknya gagal apabila mentimun laut yang diperolehinya bukan gamat yang sebenar. Dr. Hassan memberitahu terdapat 29 jenis mentimun laut di Malaysia dan lebih 180 di seluruh dunia tetapi bukan semuanya gamat.

''Hanya satu spesies iaitu Stichopus horrens atau mentimun laut keemasan adalah gamat. Dan saya pergi ke Pulau Pangkor sekali lagi untuk melihat bagaimana ekstrak gamat diperbuat,'' katanya.

Beliau berjaya memperoleh geran penyelidikan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menerusi program Penyelidikan Intensif dalam Bidang Keutamaan (IRPA) yang akhirnya membawa kepada kejayaan membuktikan ekstrak gamat yang ditulenkan mengandungi sebatian aktif.

Sebatian tersebut bukan sahaja mampu merawat luka tetapi kesan penyembuhan yang sangat tinggi.

Hasil penyelidikannya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Ditanya prinsip hidupnya, Dr. Hassan mengakui dia bukan seorang yang sensitif, justeru apa saja tohmahan atau cakap-cakap orang langsung tidak menjadi masalah baginya.

''Saya juga amat terbuka, bersedia menerima kritikan dan belajar daripada kritikan tersebut,'' katanya yang sinonim dengan jenama Healin serta berjaya melahirkan usahawan Melayu yang ada di antaranya berpendapatan RM1 juta.

Selepas 15 tahun berkecimpung dalam bidang keusahawan, Dr. Hassan kini masih giat menjalankan penyelidikan. Malah setiap Sabtu beliau sendiri turun padang merawat pesakitnya di Seksyen 14, Petaling Jaya. Healing membina rangkaian usahawannya sendiri sehingga diiktiraf Perbadanan Nasional Berhad (NPNS) sebagai syarikat francais terbesar dan paling berdaya maju.

Tokoh Maulidur Rasul 2008 yang juga bapa kepada tiga cahaya mata itu tekun dalam setiap apa yang dilakukannya. Membaca, berkebun dan beriadah adalah kemestian rutin hariannya. Hasratnya mahu melihat usahawan Melayu berjaya dan dia percaya peranan yang dimainkan mampu menyumbang ke arah itu.

Namun segala-galanya bermula daripada sikap serta keinginan usahawan Melayu untuk membina kejayaan, malangnya kebanyakan usahawan hanya berjaya sekerat jalan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Di sebalik kejayaan Erdogan

Posted:

Di sebalik kejayaan Erdogan

Di sebalik kejayaan Erdogan

Oleh Zin Mahmud

Walaupun parti pimpinan Recep Tayyip Erdogan memenangi pilihan raya umum Turki Ahad lalu, tetapi kegagalannya untuk memperoleh majoriti bagi mengubah perlembagaan membuatkannya berlembut dengan pihak pembangkang.

"Rakyat telah memberikan mesej bahawa perlembagaan baru harus digubal melalui tolak ansur, rundingan dan kesepakatan," ujar Perdana Menteri itu selepas pengumuman keputusan pilihan raya bermakna itu.

Sebenarnya, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) atau Adalet ve Kalkinma Partisi itu hanya kekurangan empat kerusi untuk memperoleh 330 kerusi majoriti baginya membolehkan mengubah perlembagaan.

Namun keputusan pilihan raya itu merupakan paling cemerlang bagi mana-mana parti politik dalam sejarah Turki.

AKP meraih 49.9 peratus undi yang merupakan prestasi terbaiknya dan menjadikannya satu-satunya parti Turki yang memenangi tiga kali pilihan raya berturut-turut di samping memperbaiki kedudukannya sejak ia berkuasa pada tahun 2002.

Perlembagaan baru yang diperjuangkan AKP bersifat liberal yang boleh diterima oleh Kesatuan Eropah (EU) bagi menggantikan legasi rampasan kuasa tentera tahun 1980.

Walaupun banyak pihak politik di EU memandang serong kepada Turki, apatah lagi AKP sendiri yang disifatkan sebagai parti Islam bertopengkan liberal, Erdogan meneruskan agenda demokratiknya.

Tetapi setelah dua penggal mentadbir Turki, terdapat tanggapan bahawa walaupun perlembagaan liberal berjaya digubal oleh AKP kelak, EU tidak akan menerima negara itu.

EU menolak Turki bukan kerana negara itu tidak demokratik seperti yang sering dijadikan alasan, tetapi negara itu disifatkan sebagai sebahagian daripada dunia Islam yang tidak menepati dengan jati diri Eropah.

Dalam hal ini pula, Erdogan berpendirian jelas dalam soal jati diri Turki sebagai sebuah negara Islam. Sokongannya terhadap Palestin adalah jelas dengan hubungan baiknya dengan negara-negara Islam lain, termasuk Iran, yang dimusuhi Barat.

Maka tidak hairanlah jika Erdogan berjaya menerapkan perlembagaan baru kelak, maka beliau akan mendedahkan kepada dunia tembelang Barat. Iaitu betapa negara-negara Barat khususnya EU walaupun melaungkan gagasan liberal dan demokrasi, tetapi hakikatnya mereka masih terperangkap dengan sifat perkauman dan keagamaan.

Demokrasi

Nampaknya Barat tidak akan menerima Turki sebagai sebuah negara Eropah walaupun ia mengamalkan demokrasi, liberalisme dan sekularisme yang serupa dengan nilai-nilai Barat. Penolakan mereka adalah kerana Turki beragama Islam dan berketurunan Asia. Tidakkah itu sifat perkauman dan tidak demokratik?

AKP sendiri adalah sebuah parti berfahaman konservatif, tengah-kanan dan mendokong liberalisme ekonomi.

Walaupun Erdogan serta banyak pemimpin dan pendokongnya memulakan penglibatan mereka dalam politik sebagai aktivis Islam tetapi beliau mengisytiharkan bahawa AKP "tidak berteraskan pada agama".

Beliau mahu dunia mengetahui bahawa AKP bukannya sama dengan parti-partinya sebelum ini.

Ini kerana Erdogan bermula sebagai aktivis gerakan politik Islam. Bukan saja beliau datang daripada keluarga yang kuat berpegang pada agama tetapi juga adalah merupakan lulusan Sekolah Tinggi Vokasional Agama Imam Hatip.

Di Universiti Marmara, beliau aktif dalam Kesatuan Pelajar Kebangsaan Turki yang anti-komunis. Pada tahun 1976, ketika berusia 18 tahun, beliau menjadi pemimpin pemuda Parti Penyelamat Kebangsaan atau Milli Selamat Partisi (MSP) yang berasaskan Islam.

MSP ditubuhkan pada tahun 1972 oleh Necmettin Erbakan. Ia dibubarkan selepas rampasan kuasa tentera tahun 1980 yang menghalang demokrasi dan mengharamkan parti Islam.

Erbakan kemudian menggantikan MSP dengan Parti Kebajikan (Parti Refah) pada tahun 1983 yang menetapkan fahamannya sebagai Islamis.

Erdogan menyertai Parti Refah dan memenangi kerusi di parlimen pada tahun 1991 tetapi dihalang oleh pihak tentera.

Apabila beliau menang pilihan raya Datuk Bandar Istanbul atas tiket Parti Refah, banyak pihak bimbang beliau akan mengenakan undang-undang Islam. Tetapi sebaliknya beliau bersikap pragmatik dan tumpuannya adalah pada soal kebajikan rakyat Istanbul.

Bagaimanapun, Parti Refah diisytiharkan haram kerana dianggap bercanggah dengan sekularisme pada tahun 1998. Erdogan pula dipenjarakan atas dakwaan membaca puisi Islamis dan diharamkan aktif sehingga tahun 1999.

Justeru Erdogan menubuhkan AKP yang menang besar dalam pilihan raya tahun 2002. Bagaimanapun beliau hanya boleh menjadi perdana menteri setahun kemudian,

Banyak tafsiran tentang fenomena Erdogan dan AKP kepada bukan saja politik Turki tetapi dunia.

AKP adalah parti yang mewarisi parti-parti Islam Turki sebelumnya, iaitu Parti Refah, MSP dan Parti Kaedah Kebangsaan atau Milli Nizam Partisi, MNP.

Parti ini ditubuhkan oleh Erbakan pada tahun 1970 dengan fahaman apa yang disebut sebagai Milli Gorus, iaitu fahaman bagi pelaksanaan Islam di peringkat kebangsaan, MNP diharamkan setahun kemudian kerana dianggap bercanggah dengan sekularisme. Selepas inilah Erbakan menubuhkan MSP.

Erbakan boleh dianggap sebagai pelopor politik keislaman Turki. Erbakan berjaya menjadi Perdana Menteri pada tahun 1997 melalui Parti Refah. Tetapi beliau dipaksa melepaskan jawatan setahun kemudian.

Pengalaman Erbakan dan parti-parti pimpinannya dalam berdepan dengan pihak tentera dan fahaman sekularisme mendorong Erdogan memikir kaedah lain untuk mendapatkan kuasa.

Sudah tentu jika berpegang kepada fahaman politik Islam, mereka akan terus diganggu, ditekankan dan diharamkan oleh pihak tentera, maka Erdogan mengambil langkah berbeza apabila menubuhkan AKP.

Parti beliau diisytiharkan sebagai tidak berasaskan pada agama bagi mengelakkan pengharaman seperti mana parti-parti islam terdahulu. Inilah kaedah Erdogan yang telah juga dikritik oleh rakan-rakan seperjuangannya dalam Parti Refah dahulu.

Tetapi ternyata setelah berjaya memegang kuasa selama dua penggal dan menang pilihan raya ketiga, ditambah pula dasar-dasarnya dianggap pragmatik serta popular, baik semasa menjadi Datuk Bandar Istanbul mahukan semasa perdana menteri ini, maka tentu beliau menarik perhatian dunia.

Adakah cara Turki ini lebih berjaya berbanding Iran? Dalam pemerintahannya, Turki tetap mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Tetapi dunia tahu bagaimana Erdogan membuat bantahan jelas apabila beliau keluar dewan forum di Davos kerana soal Palestin.

Bintang Erdogan mula cerah kerana kejayaannya ketika menjadi Datuk Bandar Istanbul dari tahun 1994 hingga 1998.

Beliau mengatasi masalah kekurangan air, pencemaran dan kesesakan lalu lintas. Ratusan kilometer paip baru dipasang. Masalah sampah diatasi dengan kemudahan kitar semula termoden. Bas-bas lama digantikan dengan jenis mesra alam. Lebih daripada 50 jambatan, jejambat dan lebuh raya dibina.

Kejayaan beliau di Istanbul itu memudahkan AKP menang pilihan raya di peringkat negara. Beliau tidak menggunakan slogan Islam. Tetapi apa yang dilakukan dapat dilihat dan dirasakan manfaatnya.

Apabila menjadi Perdana Menteri, cabaran beliau lebih besar. Tetapi komitmennya terhadap demokrasi adalah jelas walaupun sentiasa dicemuh dan diperli oleh media Barat.

Untuk rakyatnya, penekanan adalah kepada perkhidmatan kesihatan dan keselamatan sosial.

Apa yang dilakukan oleh Erdogan adalah melaksanakan Islam tanpa menyebut Islam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Chef legenda dan popular

Posted:

Chef legenda dan popular

Chef legenda dan popular

Oleh Hafizahril Hamid


Persediaan dan ketelitian merupakan kunci utama bagi para chef dalam memastikan masakan mereka dihidang sebagai yang terbaik.


ORANG sering mempersoalkan apakah kita hidup untuk makan atau makan untuk hidup. Namun ia terpulang kepada manusia itu sendiri untuk membuat penilaian apa sebenarnya yang menjadi pegangan.

Walau bagaimanapun jika makanan yang menjadi persoalannya sudah pasti manusia ada pandangan dan perspektif sendiri dalam mendefinasikan makna sedap atau tidak sesuatu makanan.

Ada di antara kita yang berpandangan masakan ibu sebagai yang terbaik, mungkin juga ada yang selesa dengan makanan mamak atau gerai tepi jalan.

Tapi bila mahukan makanan terbaik pastinya kita terbayangkan makanan yang disediakan oleh chef-chef terhebat.

Kebiasaannya chef-chef ini berkhidmat di hotel-hotel besar atau pun restoran mewah dan ternama yang mana harga makanannya juga agak di luar kebiasaan.

Mereka ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam menu yang disediakan, pengurusan kakitangan bahagian dapur termasuklah soal gaji dan jadual kerja, serta juga hiasan dan penyediaan makanan, termasuklah dalam hal-hal tempahan makanan.

Mengetuai

Kebiasaannya juga ketua chef yang menduduki hierarki tertinggi di bahagian dapur dan digelar sebagai chef de cuisine atau executive chef.

Di bawahnya terdapat beberapa lagi chef yang akan mengetuai bahagian tertentu.

Orang kanan kepada ketua chef ini digelar sebagai sous chef yang bertanggungjawab mengambil alih bahagian dapur apabila ketuanya bercuti.

Di bawahnya pula terdapat expediater yang menjadi orang tengah dalam hal ehwal pesanan pelanggan dan memberi sentuhan terakhir dalam dekorasi makanan.

Kemudian barulah chef de partie yang bertanggungjawab mengetuai hampir semua bahagian masakan dan menjaga kesempurnaan makanan yang disediakan oleh chef-chef di bawahnya.

Begitulah ketelitian berlaku di bahagian dapur terutama dalam hal penyediaan dan kesempurnaan makanan yang telah di pesan dan kebanyakan kita tidak mengetahui tentangnya.

Kesempurnaan

Pastinya dengan begitu ramai pekerja yang terlibat di bahagian dapur pastinya soal mutu dan kualiti makanan adalah sesuatu yang di luar kompromi kerana ia melibatkan soal imej dan prestij seseorang ketua chef, termasuk- lah hotel atau restoran di mana mereka bekerja.

Melihat kepada ketelitian dan cara kerja mereka pasti ramai tertanya-tanya apa yang membezakan seseorang chef dengan chef-chef yang lain.

Apatah lagi bagaimana caranya mereka mampu menjadi begitu sempurna dalam soal penyediaan makanan sehingga diiktiraf antara chef terbaik.

Seterusnya diterangkan dengan lebih lanjut siapakah antara chef yang diiktiraf sebagai legenda dan terbaik selain chef popular dunia.

Ini memandangkan sudah terdapat terlalu banyak program televisyen termasuklah program realiti tv yang berkisar kepada kehebatan mereka yang digelar sebagai antara chef terbaik dunia.

Chef legenda

1. Marie-Antoine Careme (1784–1833)

Dikenali sebagai King of Chef kerana antara chef terawal yang mempraktikkan cara memasak yang dikenali sebagai houte cuisine. Teknik ini dimaksudkan sebagai penyediaan makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi hidangan disediakan lebih banyak dan pelbagai.

Dilahirkan di Paris tetapi kemudian ditinggalkan oleh ibu bapanya ketika kemuncak Revolusi Perancis dan terpaksa bekerja sebagai budak suruhan di sebuah kedai penyembelihan sebelum diterima bekerja di sebuah restoran mewah.

Beliau juga dikenali sebagai pencipta Pièce montée, kek bertingkat yang dibuat dan dihias dengan pelbagai bahan. Careme juga sangat dikenali di kalangan golongan bangsawan malah pernah mendapat kepercayaan Napoleon Bonaparte.

Carema kemudian berkhidmat kepada Raja England, King George IV serta ditawarkan bekerja di istana Tsar Alexander di St. Petersburg, Rusia. Beliau juga dianggap sebagai orang pertama di dunia dikenali sebagai chef selebriti.

2. Georges Escoffier (1846-1935)

Escoffier dilahirkan di Villeneuve-Loubet, Perancis merupakan seorang chef legenda, pemilik restoran dan tokoh penting dalam masakan French Cuisine moden.

Beliau bertanggungjawab memodenkan lagi teknik yang diperkenalkan Careme. Namun jasanya paling terpahat adalah memperkenalkan sistem lebih teratur di bahagian dapur yang diketuai chef de partie dan diterima pakai sehingga kini. Escoffier juga menerbitkan sebuah buku Le Guide Culinaire yang diterima sebagai rujukan utama dalam bidang masakan sehingga kini.

3. Fernand Point (1897 – 1955)

Point dianggap sebagai bapa masakan moden Perancis serta telah melatih ramai chef-chef ternama di seluruh dunia.

Beliau juga telah menubuhkan sebuah restoran, La Pyramide di Vienne sejurus selepas Perang Dunia Kedua. Point telah memperkenalkan teknik Nouvelle Cuisine yang mementingkan masakan lebih ringan, lazat serta mengutamakan dekorasi.

4. Joel Robuchon (1945-)

Beliau telah menerima gelaran "Chef of the Century" oleh majalah Gault Millau pada 1989 serta France's Best Craftsman pada 1976.

Robuchon juga memiliki rangkaian restoran menggunakan namanya di Hong Kong, Las Vegas, London, Macau, Monaco, New York City, Paris, Taipei dan Tokyo. Beliau menempa kejayaan dalam bidang ini apabila dilantik sebagai chef rasmi untuk Le Tour de France pada 1966.

Beliau juga dikenali sebagai seorang yang mementingkan kesempurnaan dan menganggap tiada istilah untuk makanan yang sempurna kerana ia senantiasa boleh ditambah baik.

5. Alice Louise Waters (1944-)

Wanita berusia 67 tahun ini dianggap sebagai Mother of American Food. Beliau mempunyai rangkaian restoran Chez Panisse sejak 1971 serta menjadi antara pengasas California Cuisine yang berasaskan makanan segar dari pasar serta menggalakkan penggunaan produk tempatan.

Waters juga menjadi pendokong kuat makanan berasaskan organik sejak lebih empat dekad lalu dan kini mendapat sokongan kuat dari Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS) Michelle Obama.

Chef selebriti

1. Gordon Ramsay

Nama ini tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri masakan dunia. Beliau lebih dikenali sebagai pengacara Hell's Kitchen yang bersiaran hampir di seluruh dunia.

Dilahirkan pada lapan November 1966 di Johnstone, Scotland dan menduduki antara 10 tempat teratas chef terbaik dunia.

Mula berkecimpung dalam dunia masakan sejak berusia 19 tahun. Namun mungkin ramai yang agak skeptikal di atas kelancangannya.

2. Jamie Oliver

Oliver juga dikenali dengan gelaran The Naked Chef merupakan antara chef paling popular di dunia. Beliau yang mempunyai kepakaran dalam Italian Cuisine, merupakan antara bintang yang telah menaikkan minat masyarakat di seluruh dunia dalam bidang masakan.

Oliver juga menentang penggunaan makanan yang telah diproses selain dunia chef terbaik tidak akan lengkap jika namanya tidak tersenarai.

3. Anthony Bourdain

Merupakan antara chef terkenal dunia dan mempunyai pengalaman luas selama 20 tahun dalam bidang ini. Merupakan graduan dari Culinary Institute of America, beliau pernah bekerja di pelbagai negara dalam bidang masakan.

Rancangan televisyen beliau, Anthony Bourdain: No Reservations telah menaikkan populariti beliau.

4. Rachel Ray

Wanita berusia 43 tahun ini dimartabat sebagai antara chef selebriti yang menerima bayaran paling lumayan di dunia iaitu AS$18 juta (RM54 juta) setahun.

Antara rancangan televisyen beliau yang mendapat sambutan adalah Rachael Ray, 30 Minute Meals, Rachael Ray's Tasty Travels dan $40 a Day.

Teknik beliau yang mempopularkan cara masakan yang mudah dan boleh disediakan dalam tempoh yang singkat, kurang dari 30 minit mendapat sambutan hangat.

Beliau mengakui tidak mendapat pendidikan formal dalam masakan selain tidak tahu membuat roti mahupun membancuh kopi!

5. Chef Wan

Nama sebenarnya Redzuawan Ismail memulakan kerjaya sebagai akauntan. Kini namanya termasyhur seluruh dunia dan lebih membanggakan masakan Malaysia semakin diterima ramai atas usahanya.

Dengan 12 buku mengenai masakan sudah ditulisnya dan menjadi Duta Makanan Malaysia, adalah tidak menjadi kesalahan untuk meletakkan beliau sebagai antara chef terbaik negara atas usaha dan jasanya selama ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penjaga tin luar negara

Posted:

Penjaga tin luar negara

Penjaga tin luar negara

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto ABDUL RAZAK LATIF


Gadis berusia 17 tahun ini cukup tertarik dengan reka bentuk setiap tin.


SUSUNAN tin luar negara di dapur rumah ibu saudaranya, Nor Zarina Hamdan sering memikat hati. Barangan tersebut menjadi perhatian utama setiap kali bertandang ke rumah Nor Zarina di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Hatinya meronta-ronta mahu menjadi sebahagian daripada hobi tersebut. Pernah juga beberapa kali dia merengek untuk menjadi penjaga kesemua tin berkenaan.

Bagaimanapun, permintaan Fatin Nabihah Zaimi itu ditolak. Alasan ibu saudaranya, dia belum `cukup umur' lagi.

Akhirnya, pada cuti persekolahan baru-baru ini, hajat Fatin Nabihah Zaimi dipenuhi. Ibu saudaranya membenarkan dia menjadi pemilik bersama. Berita tersebut sudah cukup membahagiakan dirinya sekali gus mencetuskan azam buat dirinya untuk lebih rajin untuk mengelap koleksi bersama ibu saudaranya itu.

Bercerita lanjut sebab utama gadis berusia 17 tahun itu tertarik dengan himpunan tin kosong, wajahnya mengorak senyuman lebar.

"Saya tertarik sebab semua tin ini cukup unik. Jarang dilihat di kebanyakan kedai yang menjual barangan Inggeris," katanya.

Menelek

Pelajar Sekolah Menengah Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor itu memberitahu bahawa dia juga suka menelek reka bentuk yang ada pada setiap jenama tin.

Sebab kebanyakan set tin berisi teh dan coklat sebelum ini membuai rasanya. Seolah-olah hidup di celah-celah golongan aristokrat.

Antara alasan lain yang menyebabkan dia begitu teruja dengan kesemua tin berkenaan adalah kerana dia antara pencinta teh termasuk buatan tempatan.

Bagaimanapun, peluang untuk menikmati kesedapan teh Inggeris hanya didapati setiap kali ibu saudaranya pulang bercuti dari luar negara.

Daripada lebih 100 tin yang dijaga, Fatin paling menyayangi tin jenama Wedgwood, Ahmad, Looleconders Bob Fannings, Dilmah, Fortnum & Masom dan Harrods.

Selain kesemua tin terbabit juga antara koleksi terawal Nor Zarina yang mula menyimpan barangan tersebut sejak lebih 10 tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


MPS mohon maaf atas kekeliruan

Posted:

MPS mohon maaf atas kekeliruan

MPS mohon maaf atas kekeliruan

Oleh FARHANA JONI
kota@utusangroup.com.my


Subahan Kamal (kanan) dan penduduk Taman Prima Selayang melawat tapak yang dijadikan kilang sejuk beku di Selayang, baru-baru ini. - UTUSAN/ZAKARIA IDRIS


SELAYANG 17 Jun - Penduduk perumahan Taman Prima Selayang di sini berasa tertipu dengan tindakan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang menolak permohonan mereka bagi membina surau di kawasan rezab tapak gerai milik persendirian dengan membina kilang sejuk beku.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal berkata, pada peringkat awal, penduduk telah memohon tapak tersebut untuk dijadikan tapak surau bagi kegunaan masyarakat yang beragama Islam di taman itu, namun permohonan tersebut ditolak atas alasan tapak berkenaan akan dibangunkan gerai.

"Saya berasa kesal dengan tindakan Majlis Perbandaran Selayang ini, ia seolah-olah menipu penduduk dengan menolak permohonan membina surau atas alasan mahu membina gerai. tetapi sekarang, lain pula ceritanya.

"Kebanyakan penduduk tidak berpuas hati dengan tindakan MPS yang dilihat cuba merahsiakan sesuatu. Sekiranya betul mereka mahu membina gerai, penduduk di sini boleh menerimanya kerana mereka juga boleh berniaga di situ," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat taman kejiranan tersebut bersama penduduk Taman Prima Selayang di sini baru-baru ini.

Tambah Subahan, lebih malang lagi nasib penduduk taman itu apabila mereka tidak boleh menunaikan solat berjemaah dengan lebih ramai kerana hanya terdapat sebuah surau kecil di kawasan perumahan itu.

Jelasnya, jumlah keseluruhan penduduk di kawasan perumahan ini kira-kira 800 keluarga dan daripada jumlah tersebut hampir 360 keluarga beragama Islam.

"Sepatutnya MPS prihatin dengan perkara ini. Sekiranya mereka tiada peruntukan bagi membina surau berkenaan, saya akan usahakan memohon daripada Kerajaan Persekutuan," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Perhubungan Awam dan Perancangan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, kawasan rezab tersebut bukan milik kerajaan negeri tetapi ia adalah tanah persendirian.

Jelasnya, pihaknya telah memberi kelulusan kepada pemilik kawasan tersebut bagi membina pembangunan pada awal tahun ini dengan permit sementara.

"Saya memohon maaf atas kekeliruan ini. Orang ramai yang ingin maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pejabat Tanah Daerah Gombak," katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga hakim, Pendaftar Mahkamah Syariah terima watikah pelantikan

Posted:

Tiga hakim, Pendaftar Mahkamah Syariah terima watikah pelantikan

Tiga hakim, Pendaftar Mahkamah Syariah terima watikah pelantikan


Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan watikah perlantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor kepada Mohamed Fouzi Moktar di Shah Alam, semalam. - BERNAMA


SHAH ALAM 17 Jun - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenaan menyerahkan watikah pelantikan dua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dalam satu istiadat di Istana Bukit Kayangan di sini.

Dua hakim berkenaan ialah Mohamed Fouzi Mokhtar, 36, dan Mawardi Che Man, 37, yang kedua-duanya telah menjalankan tugas pada 1 Jun lalu.

Pelantikan kedua-dua hakim itu dibuat selaras dengan subseksyen 57(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan Sultan Selangor, selepas berunding dengan, atas nasihat Majlis dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Pada masa yang sama, dua lagi penerima watikah pelantikan iaitu Muhamad Nazri Basrawi, 36, dan Ghazali Ahmad, 35, masing-masing dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor berkuat kuasa pada 15 Mac lalu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Terdahulu, dalam satu majlis berasingan, baginda turut berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) berjumlah RM4.03 juta.

Bayaran Zakat itu diserahkan oleh Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Mohd. Aini Taib kepada baginda sambil disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS), Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Pegawai Eksekutif LZS, Mohamad Izam Mohamed Yusof.

Bayaran zakat itu dibuat bagi tahun kewangan berakhir 2010 bank berkenaan.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat LZS, Akhtar Sahari dalam kenyataannya berkata, pihaknya menyasarkan kutipan zakat perniagaan sebanyak RM65.3 juta pada tahun ini.

Sasaran itu jelasnya, merupakan kenaikan lapan peratus kutipan zakat perniagaan berbanding tahun lalu yang mencatatkan RM60.5 juta.

"Zakat perniagaan adalah penyumbang kedua terbesar kutipan zakat di Selangor selepas zakat pendapatan. Kita sasarkan peningkatan pada kadar lapan peratus kutipan zakat perniagaan pada tahun ini berbanding tahun lalu," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemuda mabuk rosakkan 30 kereta

Posted:

Pemuda mabuk rosakkan 30 kereta

Pemuda mabuk rosakkan 30 kereta


Beberapa penduduk menunjukkan salah sebuah kereta yang dipecahkan di Rumah Pangsa Muniandy, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 17 Jun - Hampir 30 buah kereta dirosakkan lebih enam pemuda yang dipercayai mabuk di Flat Muniandy di Taman Petaling Utama di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, beberapa pemuda yang menaiki motosikal telah datang membuat kacau di flat itu dan memecahkan puluhan cermin kereta penduduk.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Ismail, 39, berkata, sebelum kumpulan itu bertindak liar memecahkan kereta penduduk, mereka terlebih dahulu membuat kacau di sebuah gerai makan di bawah flat itu.

"Mereka membaling dan memecahkan pinggan mangkuk gerai dan mengacau pelanggan serta pekerja di situ.

"Selepas itu, mereka memecahkan cermin kereta diletakkan berdekatan situ dengan menggunakan parang panjang. Tiada pemilik kereta yang berani turun walaupun melihat kenderaan mereka menjadi mangsa," katanya ketika ditemui tempat kejadian.

Seorang lagi saksi, Fairuz, 29, pula memberitahu, dia baru sahaja lima minit meletakkan keretanya di tempat kejadian sebelum melihat cermin kenderaannya itu dipecahkan.

"Saya terdengar bunyi bising di bawah flat dan melihat sekumpulan pemuda memecahkan cermin kenderaan termasuk kereta saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian itu tiada kena mengena dengan isu perkauman sebaliknya dilakukan oleh beberapa orang suspek yang berada dalam keadaan mabuk.

"Tiada kecederaan dalam kejadian itu dan polis menerima 14 laporan daripada pemilik kereta yang dipecahkan," katanya yang memberitahu kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved