Sabtu, 18 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Tanah tinggi Lojing semakin gondol

Posted:

Tanah tinggi Lojing semakin gondol

Tanah tinggi Lojing semakin gondol

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


PEMANDANGAN sekitar tanah tinggi Lojing yang semakin diancam hakisan dan tanah runtuh akibat penerokaan tanah tidak terkawal.


GUA MUSANG 17 Jun - Tanah tinggi Lojing terletak di wilayah barat daya Kelantan, merupakan sebahagian daripada banjaran Titiwangsa dengan keluasan lebih 25,000 kilometer persegi dan ketinggian antara 610 hingga 1,500 meter dari aras laut.

Terletak bersempadan dengan tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang dengan suhu sekitar 18 hingga 25 darjah celsius, tanah tinggi Lojing menjadi pusat pengeluaran sayur-sayuran di negeri ini.

Begitupun, kerakusan pihak tertentu menjalankan penerokaan secara tidak terkawal di kawasan tersebut, menyaksikan tanah tinggi Lojing semakin 'gondol' dan terdedah kepada ancaman hakisan serta tanah runtuh.

Malah, kewujudan begitu banyak kawasan pertanian fertigasi turut menyaksikan kawasan sekitar tanah tinggi Lojing berdepan dengan ancaman alam sekitar yang semakin serius apabila bahan buangan serta sampah-sarap daripada projek tersebut tidak diurus dengan baik dan dibuang sesuka hati.

Menurut sumber di Internet, nama Lojing sendiri dipercayai berasal daripada perkataan logging bermaksud pembalakan, aktiviti yang dikatakan paling banyak dilakukan di kawasan tanah tinggi berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di sepanjang lebuh raya Cameron Highlands-Lojing-Gua Musang, Sabtu lalu pula menyaksikan kerakusan pihak tertentu meneroka tanah khususnya untuk pertanian hatta sehingga ke puncak bukit habis ditarah.

Malah, terdapat dengan jelas beberapa kejadian tanah runtuh akibat pembukaan secara tidak terkawal tanah tersebut, tetapi tiada tindakan konkrit diambil oleh pihak berkenaan bagi mengelak kejadian lebih buruk.

Perkembangan itu sekali gus menggambarkan kegagalan kerajaan Pas Kelantan dalam menyelia pembangunan di tanah tinggi Lojing supaya pembukaan tanah-tanah dijalankan secara terkawal dan bersistematik bagi mengelak kemusnahan kepada alam sekitar dalam jangka masa panjang.

Pembukaan tanah dalam skala besar dan terbuka itu juga menyaksikan berlaku pencemaran kepada sungai-sungai sekitar Lojing yang airnya bertukar menjadi warna 'teh susu', sama seperti warna air keruh yang mengalir sepanjang Sungai Kelantan. Antara aliran sungai yang terdapat di Lojing adalah Sungai Brooke, Belatop dan Jelai.

Sebelum ini, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu kerajaan negeri mengawal segala aktiviti pembangunan di tanah tinggi Lojing agar selari dengan garis panduan kawasan pembangunan khas supaya kawasan tanah tinggi itu terus terpelihara keasliannya.

Titah baginda, aktiviti di tanah tinggi itu perlu dipantau bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh serta hakisan yang boleh merosakkan ekosistem tanah tinggi itu.

"Kawalan dan pemantauan aktiviti pembangunan di Tanah Tinggi Lojing hendaklah mengikut garis panduan kawasan pembangunan khas yang telah diwujudkan bagi memastikan pembangunan di situ tidak menyebabkan berlakunya masalah tanah runtuh dan hakisan," titah baginda.

Mengulas aktiviti penerokaan tidak terkawal di kawasan tanah tinggi tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff berkata, masalah berpunca daripada sikap kerajaan negeri yang tidak memikirkan kesan penerokaan terbabit kepada alam sekitar dan penempatan Orang Asli.

Beliau berkata, pembukaan tanah secara tidak terkawal turut menyebabkan masalah rumah penduduk di Kampung Sendrop diancam hakisan dan tanah runtuh akibat sikap rakus pemaju menukar aliran sungai semata-mata untuk meluaskan kawasannya.

"Kita terpaksa belanja kira-kira RM200,000 untuk membina benteng bagi menyelamatkan rumah penduduk daripada diancam tanah runtuh," katanya.

Menurut Abdul Aziz, sikap tidak prihatin kerajaan negeri dalam memantau aktiviti pembukaan tanah di Lojing juga telah menyebabkan air di beberapa batang sungai 'tiada masa untuk jernih.'

"Masalah ini sudah lama dan kita juga telah bangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi tiada tindakan konkrit sehingga kini.

"Akibat tidak ada kawalan dalam pengagihan tanah menyebabkan punca air kepada penduduk tercemar selain ancaman kepada alam sekitar. Selain itu, air terjun di Kampung Dakoh, Balar turut terancam disebabkan pembukaan tanah untuk pertanian.

"Kerajaan negeri kena kawal kegiatan di tanah tinggi Lojing bagi mengelak kemusnahan alam sekitar lebih teruk, selain tanah runtuh yang akhirnya menjejaskan penduduk setempat," katanya.

Sementara itu, Ketua Jajahan Lojing, Nik Ab. Rahman Nik Yusoff ketika dihubungi memberitahu, masalah yang berlaku di kawasan tanah tinggi itu kebanyakannya melibatkan tanah milik (tanah yang dipajakkan kepada syarikat) dan pemantauan serta penguatkuasaan terletak di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Daerah Gua Musang.

"Kita tidak ada kuasa untuk mengawal kerana ia tanah milik, kecuali berlaku salah guna tanah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MAIDAM bantu penoreh hidup lebih selesa

Posted:

MAIDAM bantu penoreh hidup lebih selesa

MAIDAM bantu penoreh hidup lebih selesa

KUALA TERENGGANU 17 Jun - Seorang penoreh getah, Mohamad Hassan, 48, dan keluarganya yang dibelenggu kemiskinan kini mampu menarik nafas lega apabila masalah itu mula mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu.

Bapa kepada tiga orang anak itu bakal menerima bantuan RM15,000 daripada MAIDAM dan berita baik itu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Mohammad Ramli Nuh sewaktu mengunjungi rumah Mohamad di Kampung Gemuruh di sini semalam.

Bantuan itu adalah untuk membantu keluarga berkenaan membaik pulih rumah mereka selain penyediaan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air yang lebih sempurna.

Menurut Mohammad, buat masa sekarang, dia bersama isteri, Siti Zaharah Hussin, 34, dan tiga anak, Mohd. Hafizuddin, 14, Siti Nurjanah, 13, dan Mohd. Muaz, 8, tinggal di rumah lama pemberian orang tuanya.

Katanya, rumah yang menjadi tempat berteduh sekarang tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik, selain dinding serta lantai rumah semakin reput manakala atap zinknya pula sudah banyak bocor.

"Bekalan air diambil dari rumah orang tua saya yang terletak bersebelahan rumah baru. Rumah tiada bilik tidur mahupun dapur yang sempurna, ia sekadar tempat untuk berteduh daripada panas dan hujan.

"Apapun, saya bersyukur dengan pemberian ibu bapa yang membolehkan saya mengurus kehidupan dan mampu memberi belanja sekolah anak-anak walaupun dalam keadaan serba kemiskinan," katanya.

Mohammad berkata, dengan pendapatan sebagai penoreh getah yang tidak menentu, amat sukar baginya untuk membina rumah baru bagi keselesaan buat keluarga.

Ini kerana, jelasnya, dengan wang itu juga, dia membeli makanan asas selain menampung perbelanjaan sekolah tiga anaknya yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Guntung dan Sekolah Kebangsaan (SK) Gemuruh.

Lagipun, katanya, dia bersama bersama isteri cuma mengambil upah menoreh getah milik orang lain, bukan milik sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

YT jalin kerjasama dengan Arkib Negara

Posted:

YT jalin kerjasama dengan Arkib Negara

YT jalin kerjasama dengan Arkib Negara

KUALA TERENGGANU 17 Jun - Yayasan Terengganu (YT) menjadi agensi pertama di negara ini mengadakan kerjasama dengan Arkib Negara bagi menghasilkan Buku Jadual Pelupusan Rekod Fungsian YT.

Buku jadual tersebut dihasilkan sebagai pelengkap kepada jadual pelupusan rekod lama serta jadual pelupusan rekod kewangan dan perakaunan yang dikeluarkan Arkib Negara.

Ia juga sebagai panduan bagi membolehkan YT melaksanakan pelupusan rekod-rekod fungsian, rekod am dan rekod kewangan serta perakaunan secara lebih teratur dan cekap.

Majlis menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod Fungsian YT antara Arkib Negara dengan YT itu berlangsung di Bangunan YT di sini, baru-baru ini.

Arkib Negara diwakili Ketua Pengarahnya, Dr. Samsiah Muhamad manakala YT oleh Pengarahnya, Aziz Mamat sambil disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah.

Serentak dengan itu, majlis pelancaran Pelan Strategik YT 2011 - 2015 dan majlis penyampaian Sijil 5S YT turut berlangsung.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, perjanjian itu meletakkan YT sebagai agensi di negara ini yang merintis kerjasama dengan Arkib Negara mengenai pelupusan rekod.

Mengenai pelan strategik YT, beliau menjelaskan, ia menjadi garis panduan serta penanda aras bagi mencapai objektif yang ditetapkan dalam membantu YT bergerak mengikut landasan dalam tempoh 2011 hingga 2015.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved