Rabu, 3 Ogos 2011

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


MRSM Tun Ghafar Baba raih tiga emas di ESI 2011

Posted:

MRSM Tun Ghafar Baba raih tiga emas di ESI 2011

MRSM Tun Ghafar Baba raih tiga emas di ESI 2011

JASIN 3 Ogos - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Jasin mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih tiga pingat emas pada Ekspo Sains Antarabangsa (ESI 2011) di Bratislava, Slovakia baru-baru ini.

Edisi ke-13 ESI 2011 yang berlangsung dari 18 hingga 24 Julai lalu turut menyaksikan MRSM Tun Ghafar Baba dianugerahkan medal khas Delegasi Terbaik ESI 2011.

Pengetuanya, Dr. Mariam Mat Salleh berkata, maktab itu menghantar seramai 36 pelajar daripada tingkatan empat dan lima ke ekspo berkenaan untuk mengambil bahagian dalam empat daripada 13 kategori yang dipertandingkan.

"ESI 2011 mendapat penyertaan 70 buah negara dengan lebih 600 projek sains dihasilkan namun saya bersyukur apabila MRSM Tun Ghafar Baba dinobatkan sebagai juara dalam semua kategori yang kita ambil bahagian," katanya kepada pemberita di MRSM Tun Ghafar Baba di sini hari ini.

Menurutnya, tiga hasil penyelidikan sains yang berjaya menggondol pingat emas adalah kajian mengenai Penjanaan Tenaga Bahan Bakar Pejal daripada Bahan Buangan Industri Perladangan Ayam.

Kajian kedua pula katanya, berkaitan Tindakan Sel Kimia ke atas Larutan Sodium Klorida dengan Elektrod yang Telah Dipolimerkan sebagai Gantian Tenaga Masa Depan.

''Satu lagi hasil kajian adalah Sabut Kelapa sebagai Pemangkin Bio-Enzim Minyak Sawit untuk Menghasilkan Biofuel bagi Penjanaan Tenaga," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Taktik terbaru seludup dadah

Posted:

Taktik terbaru seludup dadah

Taktik terbaru seludup dadah

Oleh AZIAN AZIZ
utusan@pengarang.com.my


Tun Hisan Tun Hamzah (kiri) melihat ukiran kepala harimau diperbuat daripada dadah jenis syabu di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 3 Ogos – Polis memberkas seorang lelaki warga Iran yang membawa masuk replika kepala harimau seberat 8.4 kilogram diperbuat daripada dadah jenis syabu bernilai RM1.6 juta yang dikeraskan dalam acuan sebelum dibentuk dan diwarnakan.

Suspek berusia 26 tahun ditahan sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, ini merupakan kali pertama pihaknya merampas syabu yang telah dibentuk dan diwarnakan menjadi replika kepala harimau.

Beliau berkata, replika itu kemudian dimasukkan ke dalam kotak agar nampak seperti cenderahati bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Namun hasil penelitian dan siasatan, pihak kami berjaya mengesan taktik terbaru yang digunakan sindiket dadah ini dan memberkas keldai dadah yang terlibat," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Dalam satu lagi serbuan yang dibuat di KLIA kelmarin, Tun Hisan memberitahu, seorang lelaki warga Nigeria berusia 31 tahun diberkas setelah polis menemui 15 potong ikan masin yang disumbat dengan 1.01 kilogram syabu di dalam bagasinya.

Ujar beliau, taktik itu dipercayai digunakan mungkin kerana sindiket pengedaran dadah terlibat menyangka ikan masin tersebut dapat menyembunyikan bau dadah daripada dihidu oleh anjing pengesan.

"Mereka ini menggunakan pelbagai taktik. Jika beberapa bulan lepas, mereka menggunakan taktik memotong ubi kayu dan menyumbat dadah di bahagian tengahnya, kali ini mereka memasukkan dadah ke dalam perut ikan masin pula," ujar beliau.

Tambah Tun Hisan, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hilang ikut lelaki beristeri dua

Posted:

Hilang ikut lelaki beristeri dua

Hilang ikut lelaki beristeri dua

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my


AZLAN Maidin (kiri) bersama wakil Pembela BN, Amir Hamzah Tapa menunjukkan gambar anaknya, Nabilah Ashazra Azlan pada sidang media di Pejabat Pembela BN, Ayer Keroh, Melaka, semalam. – UTUSAN/GAIE UCHEL


MELAKA 3 Ogos – Seorang bapa hari ini mendakwa anak keempatnya yang juga atlet pelapis penembak wanita kebangsaan, yang akan beraksi di Sukan SEA Palembang, November ini, dilarikan seorang lelaki yang sudah mempunyai dua isteri.

Azlan Maidin, 53, mendakwa, anaknya, Nabilah Ashazra Azlan, 20, yang mewakili Melaka dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) XIII Melaka tahun lalu ditahan di rumah keluarga lelaki itu di Kampung Kor, Lorong Kubur Kota Bharu, Kelantan.

Nabilah, 20, menyumbang dua pingat perak dalam acara 'air-pistol' individu dan berpasukan dalam temasya sukan itu.

"Saya mendapat tahu anak saya dilarikan lelaki itu setelah dia tidak pulang ke rumah di Batu Berendam dan tidak masuk ke asrama di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SBJ) pada 25 Julai lalu.

"Saya bimbang mengenai masa depan anak saya dalam sukan menembak kerana dia telah terpilih mewakili skuad kebangsaan di Sukan SEA Palembang, November ini tetapi hingga sekarang tidak pulang ke asrama," katanya kepada pemberita di pejabat Pembela Barisan Nasional (BN) di Kota Cemerlang, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Menurut Azlan, dia mendapat tahu anaknya berada di Kota Bahru, Kelantan selepas dihubungi oleh isteri pertama lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zah, 42.

"Dia bagi tahu, anak saya telah bernikah dengan suaminya (Mohd. Sophee Yaacob, 44) dan saya terkejut mendapat berita itu lalu menyuruh dua anak lelaki saya pergi ke rumah lelaki tersebut untuk menyelamatkan Nabilah," ujarnya.

Azlan berkata, pada 29 Julai lalu, dua anak lelakinya berjaya ke rumah bapa lelaki tersebut di Kampung Kor hasil pertolongan isteri pertama lelaki itu.

"Bagaimanapun, Nabilah gagal ditemui sebaliknya anak lelaki saya berjaya menemui beg baju, sijil nikah Nabilah di Patani dan beberapa barang hiasan milik anak saya," ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada 26 Julai lalu dan satu lagi laporan turut dibuat di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 29 Julai lalu.

"Setelah dua laporan dibuat, anak saya masih gagal dikesan dan belum balik ke SBJ untuk meneruskan latihan serta persekolahannya," ujarnya.

Sehubungan itu, dia merayu kepada mana-mana pihak untuk membantu mengesan anak keempatnya daripada tujuh beradik itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Nik Aziz terus dicabar

Posted:

Nik Aziz terus dicabar

Nik Aziz terus dicabar

oleh Raja Syahrir Abu bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dicabar supaya membuat penafian dengan al-Quran bagi membuktikan beliau atau mana-mana ejennya tidak pernah mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai pakatan pembangkang pada masa depan.

Pengarah Hal Ehwal Agama, Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar berkata, ini kerana penafian Nik Aziz mengenai perkara itu melalui laman facebooknya merupakan satu penafian tidak serius dan janggal.

Pada masa yang sama, katanya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula tidak layak membuat penafian bagi pihak pembangkang berhubung perkara itu kerana tawaran kepada Tengku Razaleigh memang dibuat tanpa pengetahuan beliau.

Selain itu, katanya, para pemimpin pembangkang lain juga mahu menyingkirkan Anwar berikutan dakwaan keterlibatannya dalam isu rakaman video seks yang tidak berkesudahan serta kes liwat yang dihadapinya di mahkamah.

"Nik Aziz tidak pun membuat penafian secara serius dan tidak ubah seperti seorang hipokrit yang akan bertukar lidah mengikut keperluan politik.

"Anwar pula ibarat 'hidung tak mancung pipi tersorong-sorong' sebab pakatan pembangkang serta rakyat Malaysia sudah muak dengan skandal seks peribadi beliau," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengemukakan cabaran itu kepada Nik Aziz selepas Menteri Besar Kelantan tersebut menyifatkan pelawaan pembangkang ke atas Tengku Razaleigh atau Ku Li bagi mengetuai mereka sebagai satu lawak jenaka.

Nik Khairul turut menempelak Anwar kerana menafikan perkara tersebut seperti dipetik daripada laporan portal propembangkang Malaysiakini, semalam.

Isu pelawaan pembangkang ke atas Ku Li yang merupakan pemimpin senior UMNO timbul selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkannya kepada media pada 28 Julai lalu melalui maklumat yang diterimanya daripada rakan-rakannya dalam PKR.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pembangkang terdesak cari pemimpin

Posted:

Pembangkang terdesak cari pemimpin

Pembangkang terdesak cari pemimpin

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Parti pembangkang kini terdesak mencari pemimpin berkelayakan sebagai ketua setelah penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi dilihat mampu meraih sokongan rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum yang semakin hampir.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Anwar menjadi liabiliti kepada Pas dan DAP dan Ketua Pembangkang itu tidak boleh menggalas tugas yang lebih besar sekiranya diberi mandat mentadbir negara.

''Pembangkang bimbang liabiliti Anwar akan menghakis sokongan rakyat kepada mereka, jadi mereka perlu bertindak segera untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

''Tidak ada tokoh lain dalam Pas, DAP atau PKR yang boleh menjadi faktor penyatu masyarakat berbilang kaum kerana perjuangan mereka mementingkan kaum, maka mereka terpaksa mencari orang luar yang lebih berpengalaman seperti Tengku Razaleigh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li telah dipelawa memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Mohd. Puad berkata, pembangkang kini gentar dengan pendekatan Barisan Nasional (BN) melalui imej penyatuan dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mampu menarik parti-parti politik lain menjadi 'kawan BN' seperti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Makkal Sakti.

''Mereka perlu mencari pemimpin yang sepadan dengan pemimpin BN, Anwar sudah jauh tertinggal ke belakang untuk bersaing menjadi Perdana Menteri, oleh itu mereka perlukan orang seperti Ku Li berdasarkan pengalaman beliau ketika memimpin Angkatan Perpaduan Ummah (APU)," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkeyakinan Ku Li akan menolak pelawaan itu kerana beliau ialah seorang pemimpin matang berdasarkan pengalaman politik ketika Semangat 46 membuat pakatan dengan DAP dan Pas dahulu.

''Berdasarkan pengalaman pahit yang dilalui itu, beliau akan berfikir panjang untuk menerima pelawaan tersebut dan akan lebih berhati-hati," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


FAM akan teliti sedalam-dalamnya

Posted:

FAM akan teliti sedalam-dalamnya

FAM akan teliti sedalam-dalamnya

Oleh YUSRI SAHAT
sukan@utusan.com.my


Tengku Abdullah


ROMPIN - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan meneliti cadangan mengadakan penasihat atau pengarah taktikal yang berperanan membantu ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal meningkatkan kualiti pemain skuad negara.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat FAM selepas Hari Raya Aidilfitri.

''Semua pihak boleh mengeluarkan cadangan dan saya juga ada pendapat saya. Kita memang sentiasa memandang ke hadapan dan dari segi pelantikan pengarah taktikal, kita akan meneliti dengan sedalam-dalamnya," kata Tengku Abdullah selepas menghadiri majlis pengurniaan zakat dan berbuka puasa di Masjid Al-Muadzam Shah dekat sini, kelmarin.

Hadir sama, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.

Utusan Malaysia dalam laporan eksklusif sebelum ini mencadangkan FAM mengadakan seorang penasihat atau pengarah taktikal dalam membantu meningkatkan permainan skuad negara yang kelihatan tidak konsisten dalam persembahannya.

Ia termasuk persembahan yang tidak mencapai standard diharapkan ketika menentang Singapura dalam kelayakan Piala Dunia 2014 apabila skuad kebangsaan tersingkir selepas tewas dengan agregat 4-6.

Mengulas lanjut, Tengku Abdullah memberitahu, pihaknya akan mengadakan post-mortem untuk mengkaji punca kekalahan skuad kebangsaan ketika menentang Singapura tempoh hari.

''Kita tidak boleh menafikan antara sebab kekalahan ialah pemain kita lebih muda berbanding Singapura. Nasib juga tidak menyebelahi kita. Saya harap Rajagobal ada perancangan untuk pertingkatkan semula prestasi pasukan kita," ujar Tengku Abdullah.

Tengku Mahkota Pahang itu juga berharap Rajagobal mampu membentuk skuad yang lebih mantap dalam menghadapi Sukan Asia pada 2013.

Ditanya sama ada FAM akan memanggil beberapa pemain senior yang beraksi ketika menentang Chelsea, baru-baru ini untuk diserapkan ke skuad kebangsaan, jelasnya, perlawanan persahabatan itu tidak boleh dijadikan ukuran menilai prestasi pemain.

''Kita masih ada masa dan kita berharap ketua jurulatih dapat membentuk pasukan yang lebih baik dalam tempoh dua tahun ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penyudah skuad Olimpik semakin berbisa

Posted:

Penyudah skuad Olimpik semakin berbisa

Penyudah skuad Olimpik semakin berbisa

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Pengendali skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee mungkin boleh sedikit tersenyum lebar dengan tahap penyudah yang dipamerkan oleh barisan serangannya dalam tiga perlawanan persahabatan di Slovakia.

Lima gol yang tercipta sudah cukup menceritakan bahawa skuad Olimpik yang bertapa di Slovakia selama sebulan ini semakin menunjukkan perkembangan positif bagi menempuh gelora pusingan akhir kelayakan Olimpik yang dijadualkan berlangsung September depan.

Pada perlawanan yang terakhir, Selasa lepas skuad Olimpik berjaya membenam MFK Topvar Topolcany 2-1, kali ini hasil sumbangan penyerang Kuala Lumpur, Ahmad Hazwan Bakri dan pemain tengah, Mohd. Irfan Fazail.

Sebelum itu, dalam perlawanan sulung, skuad Olimpik menang tipis 1-0 ke atas FK Bodva Moldova 1-0 hasil jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan meneruskan rentak kemenangan 2-1 semasa pertemuan dengan MFK Topvar Topolcany, jaringan dicipta penyerang muda, Mohd. Ferris Danial dan Fandi Othman.

Biarpun begitu, Kim Swee berkata, dia hanya boleh membuat rumusan yang tepat terhadap barisan serangan selepas empat perlawanan persahabatan terakhir di Slovakia.

''Kita berjaya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan, itu perkara yang membuatkan saya cukup gembira selepas tiga perlawanan dilalui di sini.

''Namun ia masih terlalu awal untuk menyatakan tahap penyudah pemain sudah berada di tahap menyakinkan cuma saya harapkan petanda positif ini akan berterusan," katanya yang dihubungi, semalam.

Tambahnya, apa yang mustahak, dia melihat tahap keyakinan pemain sudah menjangkau jauh jika mahu dibandingkan aksi mereka dalam dua musim terdahulu.

''Mereka semakin berani membuat keputusan dan tahap disiplin juga semakin baik dari setiap perlawanan.

''Cuma yang saya kurang berpuas hati sedikit, tahap konsentrasi pemain yang saya lihat tidak konsisten terutamanya sehingga 90 minit perlawanan pada perlawanan semalam.

''Gawang kita boleh bocor pada masa kecederaan ekoran pemain sudah hilang fokus, saya harap ia tidak berulang lagi selepas ini, mereka sepatutnya kekalkan konsentrasi jika tidak mahu lawan menghukum kita," katanya.

Skuad Olimpik bakal berdepan kelab Divisyen Satu Hungary, Budapest Honved FC pada 9 Ogos ini dan akan mendapat kembali sentuhan tujuh pemain yang beraksi bersama skuad Harimau Malaya selepas tiba di Slovakia hari ini.

Mereka adalah ketua pasukan, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, K. Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan dan Ahmad Fakri Saarani.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Saksi dengar jeritan wanita, nampak api

Posted:

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM 3 Ogos - Seorang pembantu rumah warganegara Indonesia memberitahu dia terdengar suara perempuan menjerit sebanyak dua kali pada pukul 9 malam semasa berada di Ladang Gadong, Banting dekat sini, pada hari Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dikatakan dibunuh.

Terma surat Liong Sik tak sama

Posted:

Terma surat Liong Sik tak sama

Terma surat Liong Sik tak sama

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik didakwa menghantar surat mengandungi terma persetujuan berhubung urusan pembelian tanah di Pulau Indah yang berbeza dengan cadangan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.

Ketua Pengarah JPPH, Datuk Mani Usilappan memberitahu, kandungan surat mengenai pembelian tanah seluas 335.8 hektar di Pulau Indah untuk pembinaan projek pembangunan dan pusat pemindahan kapal itu didapati tidak sama dengan penilaian yang telah diperakukan oleh JPPH berkenaan terma persetujuan bersama tuan tanah, Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB).

Jelas beliau, daripada 10 terma persetujuan bersama KDSB yang terkandung dalam surat kepada Dr. Mahathir bertarikh 29 Jun 2002 itu, terdapat enam terma penilaian yang tidak diperakukan oleh jabatan berkenaan.

Antaranya, surat tersebut menyatakan keluasan tanah asal adalah 404.4 hektar berbanding keluasan yang dinyatakan dalam surat tersebut adalah 43,538,200 hektar dan jumlah harga pembelian sebanyak RM1,088,456,000.

Dalam surat tersebut juga, menurut Mani yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Penilaian II, tempoh pembayaran balik dibuat secara berperingkat selama 15 tahun dan pembayaran balik tahunan ditetapkan pada pertengahan tahun.

Katanya, bekas menteri Kabinet itu turut menyatakan dalam surat tersebut bahawa pendahuluan sebanyak 10 peratus dibayar dalam dua peringkat (dua peratus setelah mendapat kelulusan dan lapan peratus sebaik sahaja Perjanjian Jual Beli ditandatangani).

Saksi pendakwa ketiga itu berkata, turut dinyatakan oleh Liong Sik adalah pengecualian caj faedah bagi tahun pertama dan kedua serta moratorium (penghentian sementara) selama empat tahun.

Beliau berkata demikian ketika disoal semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup dalam perbicaraan terhadap Liong Sik yang didakwa menipu Jemaah Menteri di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi masuk hari ketiga hari ini.

Mani seterusnya berkata, nilai tanah yang diperakukan oleh JPPH adalah RM21 sekaki persegi (skp) berdasarkan nilai khas walhal dalam suratnya kepada Dr. Mahathir, tertuduh itu menyatakan kadar pembelian tanah sebanyak RM25 skp.

Surat tersebut juga menyatakan, kadar berkenaan berasaskan kepada nilai khas yang meliputi kos tanah, kos yang dibiayai oleh tuan tanah, kerja-kerja penyediaan kemudahan infrastruktur asas dan kos kewangan yang meliputi tempoh bayaran balik.

Liong Sik dibicarakan atas tuduhan utama (pindaan) iaitu telah menipu Kerajaan Malaysia dengan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri tentang kaedah faedah tambahan terhadap urusan pembelian dua lot tanah. Perbicaraan bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pernah rasa ikan bakar tempoyak?

Posted:

[unable to retrieve full-text content]JERANTUT 3 Ogos – Pahang cukup terkenal dengan masakan berasaskan tempoyak terutama ikan patin.

Bazar Ramadan jadi pilihan warga Kuantan

Posted:

Bazar Ramadan jadi pilihan warga Kuantan

Bazar Ramadan jadi pilihan warga Kuantan


MUHAMMAD Khairul Abdul Latiff membakar Murtabak menggunakan dapur panjang di bazar Ramadan berhampiran Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam.


KUANTAN 3 Ogos - Kehadiran Ramadan sememangnya memberi seribu satu kenikmatan yang sangat besar kepada umat Islam.

Bukan itu sahaja, bulan penuh keberkatan ini sentiasa dinantikan kerana segala ibadah yang dilakukan selain berpuasa akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Malah, satu perkara yang cukup sinonim dengan bulan seribu rahmat ini adalah kewujudan bazar Ramadan yang menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa.

Apa yang boleh diperhatikan ialah 'perebutan' di kalangan peniaga yang berlumba-lumba mendapatkan tapak untuk berniaga di bazar bermula kira-kira dua bulan sebelum Ramadan menjelma.

Senario tersebut jelas menggambarkan kehadiran Ramadan mengundang rezeki yang berlimpah ruah terutama kepada peniaga.

Ini kerana, bazar Ramadan dilihat sebagai satu keperluan kerana kebanyakan golongan wanita masa kini adalah bekerja dan tidak mempunyai masa untuk menyediakan juadah berbuka.

Soal sedap atau sebaliknya bukan lagi menjadi persoalan asalkan semuanya terhidang di depan mata dan memudahkan.

Kemeriahan di bazar Ramadan juga menyebabkan golongan suri rumah tidak ketinggalan untuk mengunjunginya walaupun telah menyiapkan juadah berbuka di rumah.

Seolah-olah mengunjungi bazar Ramadan setiap kali tibanya bulan puasa seperti satu kemestian yang tidak boleh dilepaskan.

Segala jenis juadah seperti kuih-muih, lauk-pauk dan minuman yang tidak pernah disajikan selama ini, semuanya muncul.

Bagi seorang kakitangan kerajaan, Farhana Alias, 30, kekangan kerja menyebabkan dia memilih mengunjungi bazar untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.

"Kewujudan bazar ini sememangnya memudahkan golongan seperti saya mendapatkan juadah berbuka puasa.

"Bukannya tidak terfikir untuk menyediakan sendiri tetapi masa yang terhad selepas balik kerja kira-kira pukul 5 petang menyebabkan niat untuk memasak terbatal," katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Jalan Stadium di sini semalam.

Menurut Farhana, makanan yang dijual di bazar Ramadan juga semakin berkualiti sejak mendapat pemantauan daripada pihak berkuasa.

Sementara itu, Iskanda Awang Ismail, 43, berkata, dia lebih suka menikmati hidangan yang disediakan isteri di rumah tetapi pada masa sama sering mengunjungi bazar-bazar Ramadan di sekitar bandar ini.

"Saya suka melihat pelbagai juadah menarik terutama kuih-kuih tradisional yang jarang ditemui pada bulan-bulan biasa seperti kuih netbat dan apam baghdad.

"Kadangkala saya membeli juga beberapa juadah sampingan selepas berbuka puasa dengan juadah yang disediakan isteri," ujarnya yang merupakan seorang pekerja swasta.

Bagi Kadir Hussin, 37, dia yang bekerja sebagai pegawai pemasaran akan mengunjungi bazar setiap kali bulan Ramadan.

"Memang sangat wajar bazar-bazar Ramadan diwujudkan kerana ia memudahkan orang ramai yang seharian bekerja mendapatkan juadah berbuka puasa.

"Setiap kali tibanya Ramadan, saya tidak pernah melepaskan peluang mengunjunginya," katanya yang begitu menggemari nasi beriani Pakistan di Bazar Ramadan Jalan Stadium di sini.

Katanya, dengan adanya bazar Ramadan, dia tidak perlu bergegas pulang ke rumah untuk berbuka puasa.

''Seperti tahun-tahun sebelumnya, jika tidak sempat, adakalanya saya berbuka puasa di pejabat bersama rakan-rakan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jalur lebar ‘bijak’ tangani jenayah

Posted:

Jalur lebar 'bijak' tangani jenayah

Jalur lebar 'bijak' tangani jenayah

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 3 Ogos – Semua pegawai dan anggota polis di negeri ini digalakkan menggunakan kemudahan jalur lebar bagi membasmi budaya buta komputer dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, kebolehan menguasai jalur lebar dilihat sangat penting bagi melicinkan tugas harian mereka.

Kata beliau, penggunaan jalur lebar secara meluas juga dapat membanteras jenayah dengan lebih bijak dan efektif.

"Usaha banteras jenayah ini mempunyai banyak cara antaranya dengan maklumat, kerjasama dan kelengkapan.

"Mereka turut dibekalkan dengan perkhidmatan jalur lebar dan kita sangat mengharapkan mereka menggunakannya dalam membantu tugasan harian," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis sumbangan komputer riba kepada Polis Kontinjen Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, sebanyak 10 unit komputer riba dan modem diterima oleh IPK Pahang daripada syarikat pembekal telekomunikasi tanah air, Digi.

Sehingga kini, syarikat terbabit menyumbang sebanyak 700 unit komputer riba di ibu pejabat polis dan balai polis di seluruh Pantai Timur sebagai tanggungjawab sosial korporat syarikat itu.

Sharifuddin turut meminta badan korporat lain menyumbang keperluan yang boleh diguna pakai untuk mencegah jenayah selain dapat mengeratkan hubungan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Kontroversi Nora J

Posted:

Kontroversi Nora J

Kontroversi Nora J

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN


Paduan suara Nora dan VOU menerusi single berjudul Pedoman.


MENGGUNAKAN huruf J sebagai singkatan kepada Johan untuk digabungkan dengan nama Nora, tidak pernah dilihat akan mengundang satu pandangan yang negatif.

Sebaliknya, gabungan nama penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema hanya sekadar nama alternatif untuk mengelakkan kekeliruan apabila melakukan pencarian data maklumat di Internet.

Sayangnya hasrat Nora untuk tampil dengan nama pentas sebagai Nora J dikaitkan dengan pandangan yang cukup negatif.

Ada yang berpendapat, Nora J membawa maksud Nora Janda!

Pedih dengan kaitan istilah janda pada namanya sedangkan maksud huruf J yang sebenar ialah Johan Nawawi (nama suami Nora), Nora tenang dalam memberikan jawapan terhadap soalan-soalan bacul sesetengah pihak.

"Mengapa begitu cetek pandangan orang yang mengaitkan huruf J itu dengan istilah janda pada nama saya?

"Apakah saya tidak boleh mengkomersialkan nama saya sendiri tanpa ada niat untuk mengenepikan nama bapa saya?

"Sebagai anak seni, tidak salah jika saya komersialkan nama saya termasuk mahu dikenali sebagai Nora J iaitu Nora Johan dan bukannya Nora Janda.

"Saya berasa pelik kerana hasrat saya itu turut dikaitkan dengan hukum hakam agama.

"Apakah sebelum ini, tidak pernah ada artis tanah air yang menggunakan nama suaminya di akhir namanya?" soal Nora dalam nada tenang walaupun terpalit rasa kesal kerana dipandang serong oleh mereka yang mudah melabelkan orang lain tanpa menggunakan landasan fikiran yang lebih rasional.

Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, 35, berkata, mengapa seniwati Datin Rosnani atau Mak Nani, menggunakan nama pentas yang digabung dengan nama suaminya, Jamil, tidak pernah dipersoalkan?

Begitu juga dengan Norlia Ramli (kini dikenali sebagai Norlia Ghani) dan Aida Khalida yang suatu ketika dahulu, muncul dengan menggunakan nama Aida Rahim, diubah kepada Aida Radzwil tidak pula dipandang serong?

"Kalau berdosa dan hukumnya haram kerana saya menggunakan nama suami sebagai alternatif untuk nama pentas saya, maka artis-artis lain yang sebelum ini melakukan perkara yang sama, pun berdosa dan haramlah hukumnya.

"Bukan saya mahu mengelak daripada memberi jawapan mengapa saya tidak menggunakan nama bapa saya, Ariffin , bukan nama suami dan dikenali sebagai Nora Ariffin.

"Untuk pengetahuan, saya pernah terfikir mahu menggunakan nama Nora Ariffin tetapi apabila disemak dalam Internet, sudah ada yang menggunakan nama itu.

"Apa yang saya cuba lakukan hanyalah untuk memudahkan peminat mencari data mengenai diri saya dalam Internet, bukannya mahu mencetuskan isu.

"Lagipun, Nora J bukannya didaftar atas kad pengenalan atau sijil kelahiran. Ia sekadar nama komersial," tegas Nora.

Kata isteri kepada komposer Johan Nawawi ini lagi, dia tidak pernah mahu mengundang kontroversi sepanjang 17 tahun bergelar penyanyi.

Tetapi apabila ada pihak yang sengaja mahu mencetuskan isu kontroversi, dia sama sekali tidak senang dengan keadaan itu.

"Saya bukan artis yang mencari publisiti murahan.

"Pengalaman banyak mengajar saya erti kehidupan sebagai anak seni dan saya juga berharap, mereka yang lama berada dalam bidang yang berkaitan dengan hiburan agar membuka minda seluas-luasnya.

"Jangan berada di takuk lama kerana sebagai artis, saya juga perlukan sesuatu yang baru dan segar agar sesuai dengan imej saya hari ini," ujar ibu kepada tiga orang anak ini bersungguh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sajian Ramadan terbaik RTM

Posted:

Sajian Ramadan terbaik RTM

Sajian Ramadan terbaik RTM

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

SEIRING dengan kehendak penonton setia mereka yang sentiasa dahagakan rancangan berkualiti, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengambil inisiatif dengan menyediakan rancangan terbaik untuk tontonan sepanjang Ramadan 1432 Hijrah.

Barangkali RTM sendiri telah mencipta rekod baru sepanjang 65 tahun bersiaran apabila untuk Ramadan kali ini, stesen keramat negara itu menawarkan 63 rancangan menarik menerusi tiga saluran mereka iaitu TV1, TV2 dan TVi (saluran 180, Astro).

Kesemua 63 program yang disediakan itu merangkumi pelbagai genre bersesuaian dengan sambutan Ramadan itu sendiri.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail berkata, kesemua rancangan yang diterbitkan itu telah dibahagikan kepada empat slot yang sudah pun ditayangkan sejak 31 Julai lalu sehingga 26 Ogos ini.

"Ia termasuklah rancangan khas berbentuk keagamaan, kulinari dan kesihatan, kanak-kanak, serta telemovie dan drama bersiri yang pastinya akan menarik perhatian penonton setia kami.

"Daripada jumlah itu, sembilan rancangan adalah merupakan tonggak kepada rancangan keagamaan yang merangkumi majalah, dokumentari dan bicarawara yang diterbitkan khusus untuk menyambut Ramadan kali ini.

"Tujuh daripadanya ditayangkan di TV1 manakala selebihnya adalah untuk TV2 dan TVi setiap satu," jelas Norhyati yang optimis dengan sambutan penonton RTM terhadap program-program yang disajikan sepanjang Ramadan ini.

Sudah pasti, dokumentari kegemaran ramai, Syahadah kembali menghiasi saluran TV1 dan TV2 yang sudah pun menjadi signature programme untuk RTM sejak tujuh musim lalu.

Kali ini, krew Syahadah memberikan pendekatan yang sedikit berbeza berbanding musim terdahulu di mana musim ketujuh ini akan menyingkap perkembangan Islam di Malaysia.

Paparannya pula lebih menjurus kepada peranan ulama dan tokoh-tokoh Islam tempatan selain tentang sejarah kedatangan awal Islam dan kejayaan umat Islam di negara ini.

Tidak dilupakan, Syahadah musim ketujuh juga telah menyediakan bingkisan eksklusif dari Morocco dan Sepanyol khusus untuk penonton setia RTM yang tidak pernah henti memberikan sokongan terhadap program tersebut.

Syahadah yang mula ditayangkan di TV1 sejak 31 Julai lalu akan bersiaran pukul 6.30 petang manakala siaran ulangannya pula pada 5.30 pagi keesokannya.

"Sebagai memberi pilihan kepada penonton kami, Syahadah musim terbaru ini juga diterbitkan dalam versi bahasa Inggeris yang boleh ditonton menerusi TV2 bermula hari ini (4 Ogos) pukul 4 petang," katanya lagi.

Rancangan keagamaan lain termasuklah siaran secara langsung solat tarawih dari Masjidil Haram, Mekah setiap hari pukul 1.30 pagi sementara Tadarrus al-Quran pula pada 2.45 pagi.

Selain itu, sebuah lagi dokumentari menarik berbentuk majalah berjudul Hasratun pula ditayangkan setiap hari Rabu dan Khamis pukul 4.30 pagi di TV1.

Menariknya tentang Hasratun apabila ia menyentuh tentang lapan jenis serangga seperti mana yang pernah disebut oleh Allah SWT dalam al-Quran termasuk lebah dan semut.

"Kami juga tidak melupakan penonton cilik kami terutama pengikut setia rancangan Adik-Adikku. Untuk itu, istimewa untuk Ramadan ini, kami menyajikan program Kisah Adik-Adikku yang diterajui oleh juara Adik-Adikku musim pertama, Muhammad Wajih Zakwan Hanif dan teman-temannya yang lain.

"Penonton akan dapat menyaksikan telatah dan gelagat kanak-kanak ini menceritakan pelbagai kisah tentang bulan Ramadan yang ditayangkan di TV1 pukul 7 pagi," jelas Norhyati panjang lebar.

Drama, telemovie terbaik

Bukan itu sahaja, RTM yang terkenal dengan penayangan telemovie dan drama bersiri terbaik juga menjanjikan sesuatu yang istimewa untuk penonton sepanjang Ramadan ini.

Menurut Norhyati, sebanyak 34 buah telemovie dan lapan drama bersiri akan ditayangkan yang sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Ditambah pula dengan barisan pelakon hebat dan popular, Norhyati yakin ia akan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.

"Setiap drama mempunyai mesej dan pendekatan positif yang memiliki sentuhan kerohanian dan ketuhanan seiring dengan sambutan Ramadan kali ini.

"Daripada jumlah telemovie yang telah ditetapkan itu, sebanyak 16 buah judul akan ditayangkan di TV1 manakala selebihnya di TV2.

"Begitu juga dengan drama bersiri di mana TV1 akan menayangkan lima judul, TV2 (lima) dan TVi (satu). Kesemuanya ditayangkan bagi mengisi slot dari 31 Julai hingga 26 Ogos ini sebelum rancangan untuk Aidilfitri dan Merdeka mengambil alih," katanya lagi.

Bagi siaran TV1, sebanyak lima slot untuk tayangan telemovie dan drama bersiri merangkumi Nurani, Panggung 1, Panggung Seri Sabtu, Panggung Ahad dan Cindai.

Sementara slot Mustika Khas Ramadan, Pilihan Jumaat, Citra, Sinema Ahad, Galeri Famili dan Seikhlas Ramadan pula akan menghiasi saluran TV2.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Merungkai kos hidup tinggi

Posted:

Merungkai kos hidup tinggi

Merungkai kos hidup tinggi

Oleh ROHAMI SHAFIE
PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia

Akhirnya, kerajaan mengumumkan satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang amat penting untuk rakyat iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat.

Walaupun sepatutnya isu ini menjadi agenda paling utama bagi kerajaan dari awal lagi sejak pengumuman enam NKRA, namun masih belum terlewat untuk kerajaan menangani kos sara hidup yang begitu tinggi tatkala ini.

Isu ini ialah isu global, Malaysia juga terkena tempiasnya. Bagaimanapun, masih ada caranya untuk menanganinya apabila meneliti secara terperinci punca-punca kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia.

Merungkai punca-puncanya barulah setiap permasalahan kos sara hidup rakyat dapat di atasi dengan baik.

Antara penyumbang utama kenaikan kos ialah sikap tamak segelintir peniaga yang menguasai pasaran negara. Mereka mempunyai kuasa untuk mendesak kerajaan untuk menaikkan harga. Jika kerajaan tidak mengikut kata-kata mereka, mereka tetap akan menaikkan harga.

Sebelum itu, mereka akan memberi seribu satu alasan untuk menaikkan harga. Alasan paling mudah, stok tak mencukupi atau tekanan harga di luar kawalan dek kerana terpaksa mengikut harga import.

Rakyat mengetahui perkara ini tetapi apakan daya mereka tidak mempunyai kuasa untuk menekan peniaga-peniaga yang tamak ini. Mengharapkan persatuan-persatuan pengguna pun mereka tidak disokong sepenuhnya oleh rakyat sedangkan jika rakyat bersatu melalui persatuan-persatuan pengguna, peniaga-peniaga yang tamak ini akan gerun dan merasai tekanannya.

Walhal, di Malaysia perkara ini tidak berlaku, maka, peniaga-peniaga ini menjadi angkuh kerana cukup kuat untuk mengenakan tekanan kepada kerajaan dan rakyat melalui kuasa monopolinya.

Kita jangan sesekali salahkan peniaga-peniaga kecil kerana mereka ini hanya mengaut keuntungan yang kecil. Yang perlu dipantau dan diambil tindakan tegas ialah terhadap peniaga-peniaga monopoli.

Pecahkan monopoli mereka sebanyak yang mungkin. Lagi banyak peniaga besar, lagi baik untuk rakyat. Dengan cara ini, mereka terpaksa bersaing sesama sendiri dan akhirnya mereka tidak boleh menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sesuka hati.

Selain itu di Malaysia terlalu banyak lapisan atau 'orang tengah' di kalangan peniaga. Setiap mereka ingin mengaut keuntungan. Natijahnya, pengguna akhir terpaksa membayar segala 'keuntungan' bagi setiap lapisan ini.

Penulis mencadangkan agar kurangkan lapisan ini. Seboleh-bolehnya hanya tinggal satu lapisan sahaja, iaitu barangan dibekal terus kepada pengguna akhir. Bukan sahaja rakyat dapat manfaatnya tetapi negara juga boleh menambahkan peniaga-peniaga tulen yang bukan menempel sebagai peniaga orang tengah sahaja.

Kerajaan boleh mempergunakan sepenuhnya agensi-agensi kerajaan seperti Felda. Bahkan tidak salah sekiranya kerajaan menggerakkan seluruh koperasi di Malaysia sebagai pembekal utama barangan kepada rakyat.

Lagi pun, NKRA ini sememangnya di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Melalui kementerian ini, kajian secara teliti perlu dibuat untuk mendapatkan bilangan sebenar barangan keperluan rakyat Malaysia.

Sistem subsidi juga wajar dikekalkan pada tahap yang sepatutnya. Selain itu, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga wajar ditangguhkan sehingga rakyat benar-benar mampu menyerap tekanan harga.

Pada masa ini, lebih baik kerajaan fokus secara mendalam kos kehidupan rakyat yang semakin tinggi berbanding untuk mempertingkatkan pendapatan negara melalui pelaksanaan GST.

Kajian juga seharusnya dijalankan bagi setiap kawasan di Malaysia dan bukan sahaja melibatkan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Ini kerana ada kawasan yang mana harga barangan terutamanya makanan lebih kurang sama seperti bandar-bandar besar walhal ia boleh dikategorikan sebagai kawasan yang kurang maju.

Ambil contoh Terengganu. Berbanding Kedah, harga makanan di Terengganu jauh mahal. Apakah puncanya? Tiada lagi persepsi bahawa hanya di bandar-bandar besar sahaja kos sara hidup cukup tinggi.

Justeru, tindakan paling segera yang boleh kerajaan laksanakan ialah memperbanyakkan Kedai Rakyat 1Malaysia di seluruh negara. Penulis juga ingin mencadangkan agar kerajaan mewartakan seluruh pasar basah dan pasar borong sebagai pasar harga patut seumpama Kedai Rakyat 1Malaysia.

Selain barangan dan makanan, satu lagi punca kos sara hidup yang tinggi ialah harga rumah dan kenderaan yang tinggi. Rakan penulis yang merupakan seorang pemaju perumahan pernah menyatakan keuntungan bagi setiap rumah banglo ialah dalam lingkungan RM30,000-RM40,000 dan ini menyebabkan pemaju perumahan lebih berminat untuk membangunkan rumah mewah berbanding rumah mampu milik kerana keuntungan yang amat tinggi.

Sekali lagi, kerajaan perlu mengawal harga rumah. Jangan sesekali membiarkan sistem pasaran bebas menguasai harga rumah di Malaysia. Itu baru bab rumah. Belum lagi kenderaan.

Harga kenderaan di Malaysia juga masih tinggi berbanding luar negara sehingga ada pembeli terpaksa berhutang selama 9 tahun. Apabila habis membayarnya, kereta pun sudah tidak begitu elok. Terpaksalah membeli sebuah lagi. Jadi, terpaksalah menanggung hutang sehingga ke tua.

Tekanan ini bukan sahaja dirasai oleh golongan berpendapatan rendah tetapi juga bagi golongan berpendapatan sederhana. Kerajaan perlu memerangi kos kehidupan rakyat yang tinggi dengan mengambil kira tekanan yang dirasai oleh dua golongan ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Cabaran dan perubahan dasar pendidikan

Posted:

Cabaran dan perubahan dasar pendidikan

Cabaran dan perubahan dasar pendidikan

PENULIS adalah bekas Ketua Pengarah Pelajaran

ABAD ke-21 akan mengalami perkembangan pesat lagi mencabar dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Perkembangan ini berlaku di seluruh dunia tidak kira sama ada di negara maju atau negara sedang membangun. Ramai penulis berpendapat perubahan itu berkait rapat dengan sistem pendidikan dan perkembangan sistem maklumat.

Alvin Toffler seorang penulis terkenal pernah menyatakan bidang pendidikan di abad ini sangat penting dan mesti berupaya melahirkan pelajar yang kreatif yang mampu menyelesaikan masalah dan boleh berfikir secara kritis.

Ini memberi gambaran bahawa pendidikan tidak lagi berkisar hanya memberikan pengetahuan asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Tetapi mestilah boleh melahirkan orang yang berilmu pengetahuan dan mempunyai pelbagai kemahiran bagi menghadapi cabaran di abad ini.

Bagi mencapai hasrat itu pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya.

Kini perubahan terus berlaku di mana masyarakat dunia di abad ke-21 telah memasuki zaman baru yang dikenali sebagai knowledge age atau k-ekonomi. Keperluan kepada perubahan baru ini menekankan tentang peri pentingnya maklumat, kreativiti dan inovasi dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Perubahan ini juga menekankan perlunya pendekatan berfikir secara kreatif, menyediakan strategi penyelesaian masalah dan turut melibatkan aktiviti ekonomi berbentuk global.

Apa yang menariknya dalam zaman maklumat ini ialah ia sentiasa memberi ruang dan peluang kepada setiap individu untuk mengembangkan bakat, kebolehan dan potensi mereka melalui techology-powered knowledge yang boleh didapati di mana-mana melalui kemudahan ICT.

Seorang lagi penulis terkenal yang mengupas tentang perubahan dan cabaran abad ke-21 ialah Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat : A Brief History of the Twenty-First Century. Menurutnya ekonomi dunia adalah sangat terikat serta terjalin rapat antara satu negara dengan lain dalam suatu bentuk ekosistem ekonomi.

Ini bermakna jika berlaku krisis ekonomi dalam sebuah negara ia akan memberi kesan kepada negara lain. Sebagai contoh, krisis pinjaman perumahan yang baru-baru ini berlaku di Amerika Syarikat maka tempiasnya dirasai negara-negara lain. Keduanya, terdapat kecenderungan bertambah lebar jurang perbezaan ekonomi antara negara maju dan negara sedang membangun.

Perkembangan yang tidak sihat ini dikatakan akan membawa kepada berlakunya ketegangan sosial, konflik, munculnya kumpulan pelampau dan menjadikan dunia seolah-olah tidak selamat.

Ketiganya, wujudnya isu kepanasan global yang membawa kepada kemarau panjang atau perubahan iklim yang boleh menjejaskan bidang pertanian dan keperluan bahan makanan.

Selain itu pertambahan mendadak penduduk dunia yang seolah-olah tidak dapat dikawal terutama di negara-negara sedang membangun. Keadaan ini menyebabkan bertambahnya kadar kemiskinan dan melebarnya perbezaan dalam strata masyarakat yang boleh membawa kepada berlakunya krisis sosial dan politik.

Menurut Friedman ketiga-tiga isu besar itu sebenarnya boleh dikurangkan atau ditangani melalui transformasi dan perubahan dasar pendidikan. Jelasnya pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini.

Perkembangan pendidikan di negara kita juga tidak terlepas daripada keperluan masyarakat serta persekitaran politik, sosial dan ekonomi pada masa tersebut. Ini dapat dibuktikan dengan terbentuknya Dasar Razak 1956, Dasar Rahman Talib 1961 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan 1970 semuanya adalah berkait rapat dengan tuntutan dan keperluan negara pada masa itu.

Bagi menangani perubahan dan cabaran baru di peringkat global maka negara juga tidak terlepas dari memperkenalkan dasar-dasar baru dalam pendidikan. Oleh itu baru-baru ini Menteri Pelajaran, Tan Sri Mahyuddin Yassin, mengumumkan pelaksanaan Transformasi Kurikulum yang bertujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran berbentuk kreatif dan inovatif serta menarik minat pelajar.

Selain itu, diperkenalkan dasar 'Satu Murid Satu Sukan' yang bertujuan meningkatkan minat dan keupayaan pelajar dalam permainan dan sukan supaya lebih aktif. Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) pula bagi mengembalikan semula peranan utama bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu di samping meningkatkan keupayaan pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris.

Sementara itu, dasar mengehadkan 12 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan penambahbaikan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah adalah jelas untuk meningkatkan kualiti pendidikan supaya melahirkan pelajar yang seimbang dan mampu mengembangkan potensi diri. Dengan kata lain dasar ini mengubah persepsi pendidikan supaya tidak hanya berorientasikan peperiksaan tetapi berupaya melahirkan modal insan cemerlang.

Satu lagi dasar baru ialah mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM mulai 2013. Ini bertujuan meningkatkan semangat patriotik dan menanamkan rasa cintakan negara. Usaha menanamkan semangat cintakan tanah air melalui pendidikan khususnya dalam mata pelajaran Sejarah sebenarnya turut menjadi amalan di negara-negara lain di dunia ini.

Cabaran baru dunia sekarang ialah melalui k-ekonomi. Dalam hal ini sebenarnya negara kita bersedia dan bertindak awal. Sejak awal 1980-an apabila bermulanya ledakan teknologi maklumat, sekolah-sekolah kita telah mula memperkenal dan menggunakan peralatan komputer.

Kini penggunaan ICT begitu meluas sekali di mana makmal komputer didirikan di semua sekolah. Guru-guru diberi kemahiran melalui latihan dan penggunaan LCD, laptop dan Internet dan pelajar-pelajar kita mendapat manfaat yang besar.

Kesimpulannya, Malaysia akan bertambah maju jika rakyatnya dapat menguasai teknologi maklumat dan menggunakan kemudahan ICT dalam semua urusan. Sesungguhnya zaman k-ekonomi merupakan perubahan global dan cabaran baru yang perlu kita tangani melalui perubahan dalam dasar pelajaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Nurzhafarina minat gajah

Posted:

Nurzhafarina minat gajah

Nurzhafarina minat gajah

Oleh ROSMAH DAIN
Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN dan koleksi NURZHAFHARINA


Nurzharafina menunjukkan kolar bersatelit dan radio telemetri untuk menjejaki gajah.


KALAU kita menonton rancangan National Geographic, Discovery Channel atau Animal Planet, tentu dapat melihat bagaimana fokusnya individu yang terlibat mengkaji haiwan-haiwan yang menjadi 'hos' dalam rancangan itu.

Lahir daripada rancangan seperti itu jugalah, terimbau beberapa nama seperti mendiang Steve Irwin yang popular dengan gelaran The Crocodile Hunter.

Hasil daripada kajian mereka inilah yang membawa fakta dan maklumat mengenai haiwan-haiwan liar yang dapat dimanfaatkan oleh penonton berpandukan kepakaran pengkaji-pengkaji ini.

Di negara ini, mungkin tidak berapa ramai yang terlibat dalam bidang pengkajian habitat dan perilaku haiwan tertentu. Apatah lagi jika ia melibatkan wanita. Kalau ada pun ia masih terbatas dengan haiwan atau unggas tertentu.

Nurzhafarina Othman boleh dikatakan telah memecah tradisi dengan menjadi satu-satunya wanita yang melibatkan diri dalam bidang seumpamanya khususnya kepakaran mengenai gajah.

Berasal dari Kedah, Nurzhafarina , 27, yang merupakan ibu kepada seorang anak perempuan berusia satu setengah tahun sentiasa mendapat sokongan padu daripada keluarga dan suami dalam bidang ini.

Setelah tamat pengajian dalam bidang Biologi Pemuliharaan (Conservation Biologhy) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 2003 sehingga 2006, dia mendalami pula bidang Pemuliharaan Genetik Gajah di universiti yang sama pada tahun 2006 hingga 2010,

Sekarang, dia berada di Pusat Penyelidikan Danau Girang, Kinabatangan, Sandakan, Sabah sebagai Felo Penyelidik dan pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dari Cardiff School of Biosciences, Universiti Cardiff, United Kingdom.

Di pusat ini dia melakukan kajian perilaku gajah terutamanya di sekitar Kinabatangan.

''Saya bersyukur kerana setakat ini keluarga merestui kerjaya yang saya pilih biarpun bidang ini di luar daripada kebiasaan kerjaya profesional lain," jelasnya yang sudah lima tahun terbabit dalam bidang pengkajian gajah di pusat berkenaan.

Jelasnya, apa yang penting, menerusi usaha-usahanya itu dapat menambahkan kesedaran dan pemahaman terhadap gajah dan cuba memberikan pendidikan kepada orang ramai betapa pentingnya pemuliharaan haiwan tersebut agar tidak pupus.

Beliau ditemui di pusat berkenaan ketika menerima jemputan Yayasan Sime Darby bagi pelancaran sumbangan dana pemuliharaan untuk monyet proboscis di kawasan itu, baru-baru ini.

Katanya, bukan mudah untuk menjadi seorang penyelidik haiwan terutamanya melibatkan haiwan yang hampir pupus seperti gajah.

Namun apabila ditanya mengapa memilih bidang ini, dia mengakui segala yang dilakukannya adalah untuk kepuasan diri.

''Saya sukakan kelainan dan cabaran. Saya memilih bidang ini untuk menentukan perjalanan kerjaya yang saya pilih berlainan dengan apa yang dilakukan oleh orang lain.

''Tanpa diduga apabila saya memilih bidang ini saya terus meminatinya dan sekarang saya rasa ia satu bidang yang tepat buat saya," katanya.

Jelasnya, antara kajian yang dilakukan ialah perilaku gajah dan menentukan struktur kumpulan gajah.

Setakat ini dianggarkan terdapat 200 hingga 250 populasi gajah di Kinabatangan tersekat di hutan akibat pembangunan dan penempatan manusia.

''Hasil kajian juga kita dapati, populasi gajah di Kinabatangan mempunyai kepelbagaian genetik yang tertinggi dibandingkan dengan populasi gajah lain di Sabah.

''Gajah Borneo juga istimewa kerana hanya dijumpai di Kalimantan dan Sabah iaitu di sekitar Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Gajah-gajah ini pastinya memerlukan perhatian istimewa," katanya.

Nurzhafarina mengakui tugas sebagai penyelidik haiwan kurang digemari kerana selain perlu lasak, ia juga tidak menentu masa.

''Kita mesti punya rasa hormat terhadap gajah yang kita kaji dan pastinya ia akan hormat dengan kita," ceritanya yang pernah hampir 'disepak' gajah ketika sedang melakukan kajian.

Dari segi tugasan, dia perlu mengikuti sekumpulan gajah yang sama dalam tempoh beberapa lama bagi mengkaji habitat, perilaku dan najis.

Gajah akan 'dikalungkan' kolar bersatelit dan radio telemetri bagi mengenal pasti kedudukan gajah yang sedang dikaji itu berada.

''Kolar itu akan kekal 18 bulan sebelum habis baterinya dan kemudian ditanggalkan. Setakat ini lima ekor gajah betina telah ditanda dan tiga lagi akan ditanda dalam tahun ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Othman derita kanser usus

Posted:

Othman derita kanser usus

Othman derita kanser usus

Oleh SHOLINA OSMAN

Pelanggan yang sering memenuhi gerai milik sepasang suami isteri yang menjual pelbagai jenis makanan sarapan di pinggir Jalan Raja Syed Safi, Kangar, Perlis, mungkin tertanya-tanya apabila sudah lebih tiga bulan mereka tidak berniaga.

Biasanya sejak awal pagi lagi, gerai pasangan suami isteri yang peramah itu menjadi tumpuan memandangkan makanan yang dijual bukan sahaja enak malah harganya amat berpatutan.

Bagaimanapun sejak gerai itu tidak lagi dibuka, pemiliknya, Rohana Othman, 42, bukan sahaja kehilangan pendapatan bahkan terpaksa menjaga suaminya Othman Abd Ghani, 48, yang kini menderita kanser usus.

Kalau sebelum ini, setiap awal pagi sejak lima tahun lalu Rohana dan Othman bersama-sama menyingsing lengan menyediakan masakan untuk dijual di gerai mereka tetapi kini semua itu terpaksa dilupakan buat sementara.

"Sebelum mengetahui menghidap penyakit ini, beberapa hari badan saya berasa letih yang teramat sangat.

"Bayangkan, hendak buat kerja yang ringan seperti memasak nasi pun saya rasa tak larat,'' kata Othman ketika ditemui di rumahnya di 19A, Jalan Raja Syed Saffi, Kangar, Perlis baru-baru ini.

Jelas Othman, memang selama ini dia menghidap gastrik tetapi tidak menyangka sama sekali bahawa penyakit tersebut merebak hingga menjadi kanser.

Atas nasihat doktor Othman setuju menjalani pembedahan sebelum penyakit itu merebak dengan lebih teruk.

Katanya, lebih memeritkan dia terpaksa mengharungi tiga kali pembedahan.

Bagaimanapun, Othman bernasib baik kerana sepanjang tempoh itu dia sentiasa ditemani isterinya yang setia di sisi biarpun Rohana sendiri menghidap penyakit jantung.

"Saya pun tidak tahu sampai bila saya akan berada dalam keadaan terlantar seperti ini dan isteri pula tidak dapat meninggalkan saya sendirian selagi tidak pulih sepenuhnya," katanya.

Ini kerana Rohana perlu kerap membersihkan tiub plastik sisa kumuhan yang disambung pada bahagian perut Othman yang ditebuk.

Katanya, jika dibiarkan penuh akan menyebabkan sisa itu meleleh dan menyebabkan rasa pedih pada luka tebukan tersebut.

Bekas pembedahan di bahagian bawah pusatnya juga masih belum sembuh dan bernanah.

Kadang kala Othman berusaha sendiri membersihkan luka tersebut dengan menggunakan kapas.

Dia itu memberitahu, doktor tidak dapat melakukan rawatan kemoterapi bagi merawat kansernya selagi luka tersebut masih tidak sembuh.

Ketika ditanya mengenai rawatan kemoterapi, katanya, setakat ini dia tidak tahu dari mana untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menjalani rawatan itu.

Selain itu, menurut Othman, doktor juga tidak menggalakkan dia mengambil makanan pepejal.

Untuk itu dia hanya boleh minum susu khas yang berharga RM68 setin seberat 430 gram untuk keperluan sehari sahaja.

"Harga susu ini memang mahal dan bekalan yang diberikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebenarnya masih tidak cukup untuk menampung keperluan dalam tempoh yang lama,'' katanya yang tidak dikurniakan anak walaupun sudah lama berkahwin.

Sementara itu, Rohana berkata, disebabkan bekalan susu yang diberi begitu terhad maka dia terpaksa mencampurkannya dengan susu yang murah.

"Apa yang merisaukan kami sekarang ini bukan saja tidak ada pendapatan, malah wang simpanan yang ada juga habis digunakan untuk perbelanjaan harian, membayar bil rawatan dan tambang ulang-alik ke hospital,'' katanya sayu

Malah, katanya, ketika ini sewa rumah sebanyak RM250 sebulan sudah tertunggak tiga bulan.

Justeru bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rohana atau Othman menerusi talian O12 5692407 atau memasukkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 021114-29-84128838-5.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved