Rabu, 3 Ogos 2011

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Tidak tidur malam

Posted:

Tidak tidur malam

Tidak tidur malam

JIKA Colas kecut perut terbayangkan buaya yang mungkin membaham dia ketika sedang meluncur, rakannya, Abdillah Ahmad pula tidak tidur malam memikirkan sudut terbaik untuk 'menangkap' sang benak.

Abdillah, 31, bagaimanapun tidak perlu berenang dan meluncur sebagaimana Colas. Berbekalkan sebuah kamera SLR Canon 5D Mark II, misi pemuda ini sebaliknya adalah mengambil gambar benak ketika ombak muara tersebut hadir membelah sungai.

Selain itu, merakam aksi terbaik Colas dan rakan-rakan sewaktu bertarung dengan benak juga merupakan cabaran utama yang perlu disahut jurugambar sambilan ini.

Namun jelasnya, dia tidak keseorangan dalam menjayakan misi tersebut.

"Sebenarnya, bukan saya sahaja yang obses dengan benak. Ramai lagi jurugambar lain yang turut serta dalam operasi 'memburu'nya termasuk isteri saya, Siti Zamrud Ali Hassan.

"Malah, kami sebenarnya bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan gambar terbaik sepanjang Pesta Benak berlangsung," katanya.

Menurut Abdillah, Pesta Benak diadakan bergantung kepada ramalan kaji cuaca. Tarikh penganjuran pesta itu biasanya dipilih berdasarkan perkiraan bilakah benak dijangka mencapai ketinggian maksimum pada setiap musimnya.

Katanya, menjelang Pesta Benak yang biasanya berlangsung selama beberapa hari, dia dan rakan-rakan akan mula sibuk mencari bot untuk disewa.

"Kualiti gambar yang diambil dari tebing sungai tidak begitu memuaskan kerana kami berada terlalu jauh dari benak. Sebab itu kami sanggup bayar berapa sahaja semata-mata untuk dapatkan bot.

"Tahun ini kami bertuah kerana dibenarkan menumpang bot pasukan Jabatan Pengairan dan Saliran negeri yang bertugas memantau pergerakan benak di samping menjaga keselamatan para peluncur ketika mereka beraksi," katanya.

Bercerita lanjut, Abdillah yang mula aktif dalam dunia fotografi sejak 2005 berkata, mengambil gambar di atas bot ketika benak mengganas tidak semudah yang disangka.

"Meskipun terhuyung hayang akibat bot yang teroleng-oleng dipukul gelombang, jurugambar perlu bertahan kerana fenomena ini berlaku dalam masa yang singkat. Lebih-lebih lagi, aksi peluncur sendiri hanya bertahan sekitar tiga hingga lima minit sahaja.

"Justeru, sebaik sahaja mereka dapat berdiri, ia merupakan saat paling genting yang tidak boleh kami lepaskan. Biarlah bot terbalik sekalipun, saya tidak akan lepaskan peluang keemasan untuk merakam aksi terbaik mereka," katanya.

Penat lelah anak jati Sri Aman ini akhirnya berbaloi apabila menjadi salah seorang jurugambar yang berjaya merakam aksi terbaik Colas ketika peluncur itu mencipta rekod dua tahun lalu.

Lebih manis, foto miliknya itu terpilih untuk dipamerkan di galeri awam selain dicetak dalam buku bergambar keluaran khas bertajuk 'Sri Aman Mansang Maju' yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada tahun lalu.

"Secara peribadi, ia adalah hasil terbaik yang saya perolehi dan saya berazam untuk mendapatkan yang lebih baik daripada itu," katanya yang turut dilantik sebagai juri pertandingan fotografi sempena Pesta Benak 2011.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved