Ahad, 15 September 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Nissan X-Trail kini lebih sporty

Posted: 15 Sep 2013 10:55 AM PDT

Oleh JOHARDY IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

Nissan X-Trail tampil dengan penambahbaikan bagi mencetuskan imej lebih rugged.

MENYEDARI mengenai persaingan sengit dalam segmen kenderaan utiliti sport (SUV), Edaran Tan Chong Motors (ETCM) tampil dengan Nissan X-Trail 2.0 yang lebih segar dan sporty.

SUV ini menawarkan sebuah kenderaan penumpang yang mewah dan kemampuan menyusuri laluan off-road. Di samping itu, ia menawarkan ciri-ciri lebih praktikal, bahagian luaran yang lebih rugged dan ruang dalaman lebih halus.

Nissan X-Trail baharu yang diimport sepenuhnya ini menawarkan keselesaan premium yang sewajarnya ada pada sebuah SUV dalam kelasnya.

SUV itu telah ditambah baik menerusi penampilan luaran yang lebih berani dan sporty. Misalnya, jeriji dan bampar hadapan, lampu utama baharu, rekaan lampu cerah, lampu belakang LED serta lampu brek. Nissan X-Trail nampak semakin rugged sekarang dengan rim aloi 5 jejari berkembar dan tayar bersaiz 17 inci.

Kini dengan ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan, Nissan X-Trail hadir bersama lampu belakang diod pemancar cahaya (LED) baharu. Selain bentuk lampu brek yang direka untuk lebih jelas dilihat oleh kenderaan yang berada jauh di belakang.

Berbanding model terdahulu, Nissan X-Trail baharu mempunyai lampu LED yang menggunakan mentol ambar dan menawarkan lensa isyarat lebih jelas.

Sebagai tambahan, lampu utamanya terdiri daripada lampu jenis xenon bersama lensa projektor dan salutan jernih berbentuk L yang menyerlah. SUV itu bukan sahaja memberikan pemandu penglihatan lebih baik, malah penampilan hadapan yang dinamik.

ETCM turut meningkatkan pertaruhan ke atas keselesaan premium Nissan X-Trail baharu dengan tona dalaman gelap bagi menambah baik ambien kabin. Stereng, brek parking dan tuil gearnya kini dibalut kulit.

Selain rekaan meter visi dengan gegelung krom, sistem audio baharu bersama skrin sesentuh navigasi multimedia enam inci, kamera undur dan fungsi pemanas/penyejuk untuk ruang penyimpanan barang hadapan.

Nissan X-Trail terus memberikan praktikaliti inovatif bersama kehalusan mengagumkan dan penjimatan bahan api. Malah pengenalan semua perubahan terkini ini, Nissan X-Trail akan terus berpegang kepada sifatnya yang multi fungsi, sekali gus menjanjikan pemiliknya dengan ketahanan di jalan biasa dan laluan off-road.

Nissan X-Trail mengekalkan ruang kargo yang terbaik dalam kelasnya. Ia juga mempunyai papan bagasi boleh dibuka dan dibasuh, ruang penyimpanan barang dengan bilah boleh ubah dan kapasiti VDA sehingga 603 liter.

Nissan X-Trail yang serba boleh ini ditawarkan pada harga di atas jalan RM148,800 bersama pengenalan warna baharu, Solid White.

Jaguar perkenal kereta konsep C-X17

Posted: 15 Sep 2013 10:55 AM PDT

JAGUAR C-X17 direka lebih ringan dan boleh mencatat kelajuan maksimum melebihi 300 kilometer sejam.

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Jaguar mengumumkan teknologi terbaharunya yang dikenali sebagai kejuruteraan aluminium monocoque yang terdapat dalam kereta konsep sport crossover C-X17.

Teknologi baharu berkenaan menghasilkan badan kereta yang lebih ringan dan akan digunakan dalam semua model terbaharu Jaguar pada masa depan.

Model pertama yang akan menggunakan teknologi terbaharu ini adalah dari segmen premium C dan D dan dijangka berada di pasaran menjelang 2015.

Dengan rangka yang lebih ringan, ini membolehkan Jaguar menghasilkan kereta sport yang mencatat kelajuan maksimum melebihi 300 kilometer sejam dan pembebasan emisi kurang daripada 100 gram untuk setiap kilometer.

Menurut Jaguar, kereta konsep C-X17 menjadi perintis kepada penggunaan teknologi baharu ini bagi menguji keupayaan dan keberkesanannya.

C-X17 menggabungkan reka bentuk licin berkilat dan imej sport yang menepati ciri-ciri Jaguar dan dalam sama yang sama menawarkan kelebihan crossover untuk memberikan keyakinan yang tinggi kepada pemandu.

Kereta konsep ini juga menawarkan teknologi rekaan kabin baharu termasuk konsol permukaan interaktif melalui skrin paparan yang terhubung dengan penumpang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Menjana kepakaran guru

Posted: 15 Sep 2013 10:55 AM PDT

MD ISHAK A. RAHMAN

Pada alaf ini, pendidikan di sekolah tidak harus memencilkan diri dan bergerak tanpa hala tuju yang jelas dan selaras. Sekolah perlu melihat kejayaan sekolah lain untuk dijadikan model melalui perkongsian bestari.

Demikian juga, guru sebagai petugas pendidikan tidak seharusnya berpuas hati dengan kemahiran yang diterima semasa di kampus. Sebaliknya, mereka perlu menggali dan mencari kepakaran dalam bidang mereka melalui perkongsian bestari.

Mereka boleh membentuk kumpulan rakan sekerja untuk membangunkan program di sekolah. Aktiviti ini dapat meningkatkan kepakaran mereka dalam tugas yang dipertanggungjawabkan.

Setiap sekolah mudah mengakses maklumat daripada pelbagai sumber untuk mendapat maklumat. Pengetua atau guru besar selaku pengurus sekolah mempunyai peranan penting untuk memilih hala tuju masing-masing dan tidak hanya menunggu arahan daripada pihak lain.

Pengetua atau guru besar harus melakukan perkongsian bestari di sekolah dengan institusi pendidikan di tempat lain.

Perkongisn bestari dapat difahamkan sebagai pertukaran pendapat, program, modul, aktiviti dan sebagainya di sekolah atau tempat lain untuk dilaksanakan di sekolah masing-masing.

Program perkongsian ilmu dapat dilaksanakan oleh kumpulan pemimpin dan pelaksana pendidikan di sekolah. Tegasnya, mereka tidak boleh berseorangan untuk membina kecemerlangan sekolah.

Perkongsian bestari harus dimulakan secara mikro hingga peringkat makro.

Mikro melibatkan sekumpulan guru di sekolah. Contohnya program lesson study iaitu sekumpulan guru yang merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersama-sama.

Akhirnya, mereka bukan sahaja mendapat hasil yang cemerlang, malah memperoleh kepakaran yang menjadi rujukan pihak lain.

Sementara program makro melibatkan guru dan pelajar di sekolah dengan guru-guru sekolah lain di peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

Selain mengakses media massa, mereka boleh mengadakan lawatan ke negara lain untuk mengadakan perkongsian bestari. Langkah ini membolehkan mereka melihat sendiri dan merasai pengalaman orang lain.

Sekolah telah melaksanakan program Kumpulan Mutu Kerja (KMK), kajian tindakan dan sebagainya yang diubah suai dengan ukuran pendidikan untuk mencari jalan meningkatkan kecemerlangan di sekolah.

Mereka membuat kajian serta pelaksanaan aktiviti di sekolah berdasarkan kekuatan dan ancaman yang terdapat di sekolah. Penemuan mereka sudah pasti boleh menjadi rujukan guru-guru lain atau sekolah-sekolah lain.

Sekolah juga boleh membuat perkongsian bestari dengan sekolah berhampiran. Mereka duduk bersama dengan mengadakan seminar, pembentangan kertas kerja atau sebagainya. Mereka boleh memanfaatkan guru cemerlang di sekolah masing-masing atau menggunakan kepakaran dan kejayaan sekolah untuk dikongsi bersama dengan sekolah berhampiran.

Sekolah juga boleh mengadakan lawatan penanda aras di sekolah-sekolah yang telah berjaya melaksanakan program mereka. Lawatan tersebut boleh dijadikan asas untuk dilaksanakan di sekolah mereka selaras dengan keperluan dan kekuatan yang ada di sekolah masing-masing.

Sementara sekolah yang telah terbukti dan diiktiraf mencapai kecemerlangan dengan penganugerahan sekolah bestari, sekolah berprestasi tinggi atau sekolah yang mendapat bai'ah, seharusnya menguar-uarkan program mereka melalui media massa atau blog agar dapat dikongsi bersama dengan sekolah-sekolah lain.

Sekolah kluster cemerlang ini boleh menjemput sekolah lain untuk datang ke sekolah mereka bagi melihat program yang telah dilaksanakan. Langkah ini secara tidak langsung membantu negara untuk meningkatkan mutu pendidikan.

Guru yang kreatif boleh merancang dan melaksanakan program kecemerlangan dengan memilih aktiviti yang sesuai di sekolah masing-masing berdasarkan latar belakang dan persekitaran sekolah.

Situasi sekolah di bandar berbeza dengan sekolah di luar bandar, sekolah asrama, sekolah berprestasi tinggi dengan sekolah harian. Kepakaran guru di sekolah berkenaan masih boleh diterapkan di sekolah lain melalui usaha kreatif guru.

Melalui perkongsian bestari dapat membuka minda guru melaksanakan sesuatu di sekolah serta meningkatkan kepakaran mereka. Langkah ini amat dituntut demi melahirkan lebih ramai guru yang benar-benar menguasai pedagogi pendidikan. Pengalaman mereka amat diperlukan untuk melaksanakan program Rakan Peningkatan Sekolah (SiPartners+) dan Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) yang akan dilaksanakan menjelang 2014.

SMK Ledang, Johor

Tutor terus dapat sambutan menggalakkan

Posted: 15 Sep 2013 10:55 AM PDT

Guru Sains SK Desa Pandan, Rauhiyah Che Md. Nor membimbing murid menjawab soalan latih tubi yang terdapat pada Tutor di sekolah itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Akhbar pendidikan terbaharu Utusan Malaysia, Tutor terus mendapat sambutan menggalakkan di sekolah-sekolah dengan yang terbaharu mendapat langganan sebanyak 440 naskhah daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Guru Sains sekolah itu, Rauhiyah Che Md Nor berkata, Tutor membantu meningkatkan pemahaman murid berdasarkan soalan yang ada elemen kemahiran berfikir aras tinggi atau Higher Order Thinking Skills (HOTS).

Menurutnya, set soalan yang terdapat pada buku atau bahan sumber rujukan lain sudah boleh diramal bentuk soalannya berbanding soalan latih tubi Tutor.

''Saya dapati banyak soalan latih tubi Tutor agak mencabar dan ini memberi alternatif baru yang berguna kepada murid.

''Boleh dikatakan sebahagian besar soalan latih tubi Tutor menyerupai soalan sebenar, dan ini jelas membuktikan set soalan latih tubi Tutor disediakan oleh guru pakar dan penggubal soalan peperiksaan,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sekolah tersebut baru-baru ini.

Tutor yang bersaiz tabloid ini diterbitkan dua kali sebulan iaitu pada setiap Isnin minggu pertama dan minggu ketiga bermula awal September lalu.

Akhbar itu dijual 40 sen senaskhah dan eksklusif untuk langganan sekolah.

Sementara itu, murid Tahun 6 Intelek, Muhammad Emis Feshan Azmizan berkata, dia tertarik dengan bentuk Tutor yang agak nipis dan kandungannya mantap.

''Tutor juga mudah dibawa kemana-mana, malah mudah disimpan dalam pakaian seragam dan inimemudahkan pembelajaran saya, ''katanya.

Bagi Nur Anis Athira Mohd Talmizi, biarpun Tutor menyelitkan paparan ilustrasi kartun namun kandungannya berkisar mengenai isu semasa dan berkaitan dengan aspek pembelajaran murid-murid.

''Misalnya, pada kartun Tutor ini menceritakan tentang isu penggunaan bahasa Inggeris di sekolah dan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, kartun tersebut bukan semata-mata hiburan,'' ujarnya.

Melalui aspek itu, menurutnya, murid-murid turut didedahkan dengan isu semasa yang berlaku di dalam atau di luar negara sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan yang mahukan murid negara ini berfikiran kritis seiring keperluan pendidikan abad ke-21.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Budak empat tahun mati

Posted: 15 Sep 2013 10:55 AM PDT

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

Marakar Pekar dan Masirah Berutu kelihatan sugul setelah anak lelaki mereka meninggal dunia dalam kebakaran di Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 15 Sept. - Seorang budak lelaki berusia empat tahun maut manakala kakaknya terselamat akibat terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Bandar Baru Kangkar Pulai di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa, Muhammad Iskandar Marakar ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas bilik tidur utama rumah tersebut bersama kakaknya, Siti Aishah, 7.

Menurut bapa mereka, Marakar Pekar, 45, ketika kejadian, dia dan isterinya Masirah Berutu, 34, keluar ke Pasar Borong Pandan di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam untuk membeli barangan keperluan untuk berniaga.

"Ketika dalam perjalanan ke pasar borong kira-kira pukul 1.30 pagi, kedua-dua anak saya tidur di ruang tamu. Tiba-tiba saya dapat panggilan seorang jiran yang memberitahu rumah kami terbakar.

"Tanpa berlengah saya bergegas pulang ke rumah dan mendapati polis dan bomba sudah ada di situ. Sampai saja di rumah, saya terus buka pintu dan meluru ke dalam rumah untuk mencari anak-anak.

"Keadaan waktu itu sangat gelap dan saya terpaksa guna lampu suluh untuk mencari mereka dan akhirnya saya jumpa mereka di dalam bilik air dengan anak kedua saya sudah pengsan," katanya.

Marakar berkata, dia membawa kedua-dua anaknya ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Kulai dengan menaiki kenderaan polis.

Bagaimanapun, ujarnya, Muhammad Iskandar disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas manakala keadaan Siti Aishah stabil serta dibenarkan pulang ke rumah.

Jenazah anak bongsu daripada dua adik beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, Kangkar Pulai di sini hari ini.

Saksi, Mohd. Nor Saufi Salekun, 29, berkata, ketika kejadian, dia baharu sahaja sampai ke rumah selepas menghadiri majlis perkahwinan sebelum mendengar suara tangisan kanak-kanak memanggil 'mak' dari rumah mangsa.

"Saya terdengar tangisan dan bunyi barang-barang jatuh. Disebabkan kerana rasa tidak sedap hati, saya bergegas ke rumah itu dan mendapati ada asap keluar melalui bahagian dapur.

"Khuatir sesuatu buruk berlaku, saya dan seorang lagi jiran cuba membuka pintu jeriji, namun gagal kerana dikunci. Apabila bapa mangsa sampai, dia terus buka pintu dan kami masuk untuk mencari kedua-dua mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supritendan Nor Hashim Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan punca kejadian masih dalam siasatan.

Motif bunuh isteri, mertua disiasat

Posted: 15 Sep 2013 10:55 AM PDT

LEDANG 15 Sept. - Polis masih menyiasat motif seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang membunuh diri selepas menembak mati isteri dan bapa mertuanya dalam dua kejadian berasingan di Labis dan di sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris berkata, andaian bahawa suspek, Fadzly Omar, 29, mempunyai masalah rumah tangga dengan isterinya, Norakmal Abd. Kadir, 26, atau keluarga mertuanya masih belum dapat dipastikan.

"Kita masih siasat dalam semua aspek punca suspek menembak isteri dan bapa mertuanya. Ketika ini kita dapatkan maklumat ahli keluarga dan sumber lain.

"Siasatan awal mendapati suspek melepaskan satu das tembakan di sebelah tepi kepala bapa mertuanya sebelum menembak dirinya sendiri di kepala.

"Kejadian berlaku di ruang tamu rumah dan semasa itu anak lelaki suspek berusia kira-kira dua tahun berada di luar rumah. Pistol yang digunakan ialah jenis Revolver .38," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, di sini hari ini.

Harun berkata, bapa mertua suspek masih hidup semasa dihantar ke Hospital Tangkak oleh orang awam, namun meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital kerana cedera parah.

"Siasatan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai rekod berkaitan masalah mental dan juga tidak pernah mempunyai masalah disiplin sebelum ini selain berkhidmat dengan cemerlang. Kita tidak pasti semasa kejadian suspek sedang bertugas atau sebaliknya. Dia membawa anak tunggalnya itu bersama ke rumah bapa mertuanya dengan menaiki kereta sebelum meninggalkan anak di luar rumah sebaik sahaja sampai," katanya.

Beliau berkata, kesemua jenazah dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tengku Abdullah puas hati prestasi Harimau Muda

Posted: 15 Sep 2013 06:07 PM PDT

KUANTAN 16 Sept. - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berpuas hati dengan persembahan cemerlang skuad Harimau Muda sepanjang Kejohanan Pestabola Merdeka 2013 sehingga menjadi juara, sekali gus hadiah bermakna kepada negara sempena sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Beliau berkata, pemain-pemain negara telah mempamerkan persembahan terbaik meskipun beraksi dalam cuaca hujan.

"Saya lihat pemain Harimau Muda sudah mempamerkan aksi sebaik mungkin tetapi pemain dilihat sedikit keletihan.

"Namun demikian menerusi kejohanan Pestabola Merdeka ini kita dapat kenal pasti kekuatan dan kelemahan pasukan kita sendiri dan pasukan lawan iaitu Myanmar yang dijangka membuat persediaan rapi bagi temasya Sukan SEA nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Razak ke-51 di Stadium Hoki Kuantan, semalam. - Utusan

Malaysia kempunan cipta hatrik Ragbi Asia 7's

Posted: 15 Sep 2013 05:58 PM PDT

JOHOR BAHRU 16 Sept. - Malaysia kempunan untuk mencipta hatrik selepas tewas kepada Hong Kong pada perlawanan akhir Cabaran Kesatuan Ragbi Asia 7's (ARFU 7's) di sini, semalam.

Hong Kong yang tidak rela tewas ditangan Malaysia buat kali ketiga beraksi cemerlang menundukkan tuan rumah yang diwakili skuad Bawah 20 tahun 33-7. - Utusan

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Obama beri amaran kepada Presiden Iran berhubung isu nuklear

Posted: 15 Sep 2013 10:10 AM PDT

WASHINGTON 15 Sept. - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, beliau dan Presiden baharu Iran Hassan Rowhani kini saling berhubung.

Dalam satu temubual yang ditayangkan di berita ABC hari ini, Obama turut memberi amaran bahawa keenggan pihaknya melakukan serangan ke atas Syria tiada kaitan dengan usaha AS untuk menghalang penggunaan bom nuklear di Iran.

Beliau juga mengesahkan menghubungi Rowhani dan percaya drama penggunaan senjata kimia oleh Syria menunjukkan bahawa cara diplomatik akan berhasil jika ianya disertakan dengan tindakan ketenteraan. - AFP

Tiga pengikut Syiah dipenjara atas kesalahan cuba membunuh polis

Posted: 15 Sep 2013 10:08 AM PDT

DUBAI 16 Sept. - Mahkamah Bahrain menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun kepada tiga orang penganut fahaman Syiah yang disabitkan atas kesalahan cuba membunuh pegawai polis pada bantahan anti-kerajaan.

Jaafar Ali, Hussain Mansur dan Mustafa Abdulkarim telah didakwa cuba membunuh tiga orang polis `dengan sudah dirancang pada 16 Februari di perkampungan Syiah di Karzakan, barat laut Manama.

Pendakwa raya turut menuduh mereka memiliki senapang buatan sendiri, melakukan keganasan terhadap polis dan terlibat dalam bantahan yang tidak dibenarkan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Penternak lembu terlepas hukuman gantung

Posted: 15 Sep 2013 10:55 AM PDT

ALOR SETAR 15 Sept. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang penternak lembu daripada tuduhan mengedar dan memiliki dadah di Kulim, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membuat keputusan tersebut selepas mendapati pembelaan tertuduh, Ahmad Fadzil Hamzah, 34, berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Fadzil didakwa mengedar 16,321.9 gram heroin dan 149.6 gram monoacetylmorphines di dalam sebuah kereta Mercedes Benz bernombor pendaftaran SA 5880J di tepi rumah beralamat No. 9 Kampung Baru Sungai Kob, Kulim pada pukul 1 petang, 5 Ogos 2011.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori bagi pertuduhan itu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki 84.8 gram kanabis di tempat, masa dan tarikh yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama.

Mohd. Zaki ketika penghakiman berkata, terdapat keraguan munasabah berkaitan pemilikan kunci kereta tersebut yang didakwa ditemui dalam beg sandang tertuduh ketika ditahan dalam rumah tersebut.

Katanya, keterangan dua saksi pembelaan juga berjaya menyokong keterangan tertuduh yang menafikan kunci kereta yang ditemui menyorok dadah tersebut adalah miliknya.

"Setelah menimbangkan pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah berkaitan tertuduh yang ada pemilikan terhadap kunci tersebut. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nor Hasnita Wan Daud manakala Ahmad Fadzil diwakili peguam, Datuk Naran Singh.

Sementara itu, Ahmad Fadzil yang ditemui memberitahu, dia bersyukur dengan keputusan tersebut dan melahirkan rasa tidak sabar untuk kembali ke pangkuan isteri dan dua anaknya di kampung.

"Saya inginkan mulakan hidup baharu bersama anak dan isteri, lagi pun sudah dua tahun tidak dapat berhari raya dengan mereka.

"Insya-Allah saya dan keluarga akan buat kenduri kesyukuran sempena Hari Raya Aidiladha ini dengan mengorbankan dua ekor lembu," katanya yang ditemani ibunya, Siti Doyah Ahmad, 65.

Penternak lembu terlepas hukuman gantung

Posted: 15 Sep 2013 12:29 AM PDT

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

ALOR SETAR 15 Sept. - Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini melepas dan membebaskan seorang penternak lembu daripada dua tuduhan mengedar dadah di Kulim, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membuat keputusan tersebut selepas mendapati pembelaan tertuduh, Ahmad Fadzil Hamzah, 34, berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagi pertuduhan perrtama, Ahmad Fadzil didakwa mengedar 16,321.9 gram heroin dan 149.6 gram monoacetylmorphines di dalam sebuah kereta Mercedes Benz bernombor pendaftaran SA 5880J di tepi rumah beralamat No. 9 Kampung Baru Sungai Kob, Kulim pada pukul 1 petang, 5 Ogos 2011.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori bagi pertuduhan itu.

Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengedar 84.8 gram kanabis di tempat, masa dan tarikh yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nor Hasnita Wan Daud manakala Ahmad Fadzil diwakili peguam, Datuk Dr. Naran Singh. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Isu gajah liar ke Dewan Rakyat

Posted: 15 Sep 2013 10:56 AM PDT

Oleh M.RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com

AHMAD Nazlan Idris melihat pokok kelapa sawit yang dirosakkan oleh sekumpulan gajah liar di Kampung Som, Jerantut, semalam.

JERANTUT 15 Sept. - Masalah gajah liar yang sering mengganggu penduduk di daerah ini akan dibentangkan di Parlimen bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, ancaman kumpulan haiwan itu bukan satu fenomena baharu kerana kerap berlaku setiap tahun.

"Penduduk sekitar Hutan Simpan Kampung Som dan Taman Negara Kuala Tahan semakin tidak senang duduk kerana kumpulan gajah sering mengganggu ketenteraman mereka.

"Bukan setakat memusnahkan tanaman malah kumpulan gajah itu semakin berani menghampiri kediaman mereka terutama waktu malam," katanya ketika membuat tinjauan tanaman penduduk yang musnah akibat serangan kumpulan gajah di Kampung Binjai, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, senario ancaman haiwan tersebut tidak boleh dibiarkan berterusan kerana melibatkan nyawa dan periuk nasi penduduk.

Ahmad Nazlan berkata, pembentangan di Parlimen dibuat supaya semua pihak terutama kementerian terlibat dapat mencari jalan penyelesaian segera bagi memastikan masalah berkenaan tidak berlarutan.

"Saya harap penduduk di sini bersabar dan sentiasa menjaga keselamatan masing-masing serta segera melaporkan ancaman gajah kepada pihak berkenaan," ujarnya.

Dalam pada itu, seorang penduduk Kampung Binjai, Mohd. Arif Abdul Manaf, 52, berkata, sebanyak tujuh ekor gajah liar yang datang dari Hutan Simpan Som menyerang kampung mereka minggu lepas.

Beliau berkata, ancaman tersebut semakin menakutkan penduduk kerana haiwan itu menghampiri kediaman mereka untuk mencari makanan.

"Kumpulan gajah itu juga masuk ke kawasan Felcra Jaya Putra dan memusnahkan lebih 1,000 pokok getah melibatkan tanaman seluas 1.6 hektar.

"Kami merayu pihak terlibat menangani masalah ancaman ini dengan segera kerana sudah tidak tahan dengan kerugian dialami apabila banyak tanaman musnah," katanya.

Persepsi bidang pertanian perlu diubah

Posted: 15 Sep 2013 10:56 AM PDT

TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kanan) bergambar bersama penyampai zakat perniagaan dalam majlis Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-40 Pasfa di Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 15 Sept. - Persepsi bidang pertanian sebagai industri tidak menguntungkan perlu diubah dengan suntikan perubahan minda supaya lebih ramai khususnya golongan muda menceburi sektor itu.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa), Datuk Mustaffa Kamal Abdul Hamid berkata, anjakan baharu itu perlu seiring dengan aspirasi keusahawanan dan teknologi yang mampu meningkatkan hasil pengeluaran makanan negara.

Menurutnya, pertanian merupakan agenda peladang yang perlu diberikan tempat dan pengiktirafan kerana bidang tersebut adalah punca kekuatan ekonomi di luar bandar serta menjamin keselamatan negara daripada sudut pengeluaran makanan.

"Pasfa tetap menyokong terutama merealisasikan Wawasan 2020 dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

"Dalam mencapai hasrat itu pertubuhan ini menyediakan pelan perniagaan termasuk transformasi pertanian sehingga 2020," katanya ketika berucap dalam majlis Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-40 Pasfa yang dirasmikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, di sini semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Dalam majlis itu, Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Muip menerima zakat perniagaan yang disampaikan Mustaffa Kamal mewakili Pasfa manakala Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) diwakili Pengerusinya, Datuk Seri Saipolbahari Shuib.

Perhimpunan nilai kekuatan parti

Posted: 15 Sep 2013 10:56 AM PDT

KUANTAN 15 Sept. - Seluruh ahli perlu menjadikan mesyuarat cawangan, persidangan bahagian serta perhimpunan UMNO kali ini sebagai peluang untuk menilai kekuatan sebenar parti terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, persidangan di semua peringkat juga perlu menjawab persoalan kemerosotan semangat juang dalam kalangan ahli parti, khususnya kenapa UMNO perlu dokongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu sebagai pendorong ketegasan membela martabat orang Melayu.

"Kegagalan memenuhi korum mesyuarat yang hanya satu perempat daripada keahlian, adalah petanda kemerosotan keghairahan di arus perjuangan UMNO itu sendiri.

"Sebarang usaha melindungi kelemahan ini yang cuba diperkemaskan oleh Majlis Tertinggi (MT) melalui jawatankuasa pemantau pemilihan adalah pengkhianatan terhadap perjuangan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ahmad Tajuddin berkata, persidangan di semua peringkat juga perlu menjawab persoalan kemerosotan semangat juang di kalangan ahli parti, khususnya kenapa UMNO perlu dokongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu sebagai pendorong ketegasan membela martabat orang Melayu.

"Jika PRU-13 adalah ibu kepada perjuangan, PRU-14 merupakan persimpangan antara UMNO kekal parti keramat pembela Melayu, pentadbir berwibawa atau tinggal dalam lipatan sejarah negara," katanya.

Beliau sehubungan itu berkata, pimpinan parti semua peringkat yang akan dipilih pada pemilihan kali ini menjadi penentu tegak atau rebahnya sesebuah institusi yang dibina oleh pemimpin terdahulu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Masa depan UMNO

Posted: 15 Sep 2013 10:55 AM PDT

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD ialah bekas Presiden UMNO.

SAYA berasa serba salah. Saya setia kepada UMNO. Saya ingin lihat UMNO terus mewakili orang Melayu, mempertahan dan memajukan mereka. Saya sedar akan hakikat bahawa UMNO mengidap sakit tua dan ia akan maut kerana sudah tua. Ini naluri manusia. Lambat laun manusia akan menemui ajalnya.

Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu.

Saya cuba sedarkan UMNO akan usianya yang sudah lanjut. Saya menulis akan perlunya UMNO diperbaharui dengan penerimaan ahli serta kepimpinan dari generasi muda. Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya.

Mungkin secara kebetulan ini akan terjadi. Tetapi jika kerana tuduhan ini saya tidak berusaha untuk kebaikan UMNO, ini bermakna saya lebih utama imej saya daripada tanggungjawab saya kepada parti. Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya jadi Perdana Menteri.

Tetapi saya tidak berbuat demikian. Pada hakikatnya, UMNO sekarang memerlukan pembaikan dan walau apa pun tuduhan saya terpaksalah ketepikan, jika sedikit sebanyak dapat saya sumbang untuk masa depan UMNO dan orang Melayu. Saya tidak penting. UMNO dan orang Melayu tetap lebih penting daripada saya, atau anak saya.

Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut. Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa Melayu. Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan. Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam Majlis Tertinggi. Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda.

Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas UMNO. Mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka.

Dan UMNO pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu. Dan mereka pun berjaya, berjaya menewaskan Malayan Union British, memerdekakan negara dan bangsa, mengatasi segala cabaran setelah mengambilalih pemerintahan, mengisi kemerdekaan secara bermakna sehinggalah negara yang kerdil, bangsa yang terhina dahulu dikenali dunia sebagai bangsa yang berwibawa, yang mampu bersaing dan memajukan negara ini berpuluh kali lebih baik daripada penjajah.

UMNO membangunkan Malaysia sehingga menjadi negara contoh yang dikagumi dunia. Berduyun-duyun orang asing datang untuk mempelajari darinya, mempelajari ilmu berkenaan pembangunan negara dan bermacam lagi.

Sumbangan pengasas UMNO yang muda ini terhadap bangsa, agama dan tanah air tidak dapat dinilai. Orang muda, pemimpin muda yang melakukan semua ini memang berjasa. Negara terhutang budi kepada mereka. Bangsa Melayu terhutang budi kepada mereka. Jasa mereka tetap akan dikenang selama-lamanya.

Tetapi mereka dan pengganti mereka sekarang sudah tua. Masa mereka sudah terlanjut. Sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati.

Ramai yang membongkok di sekeliling pemimpin, yang mengulangi cerita tentang keupayaan dan keberkesanan mereka sebagai pemimpin. Dan mereka pun percaya cerita pembodek ini. Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri.

Tetapi mereka harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka. Lambat laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran.

Untuk ini mereka sanggup buat apa sahaja. Tanpa mengambil kira kesan terhadap budaya bangsa mereka sanggup hulur wang untuk mendapat sokongan, untuk mengekal diri sebagai ahli Majlis Tertinggi atau jawatan-jawatan lain. Percayalah jika ahli memilih perasuah sebagai pemimpin, mereka akan amalkan budaya penerima rasuah semasa menjadi pemimpin. Kuasa mereka akan disalahgunakan. Kita dan bangsa kita akan rugi lebih daripada apa yang kita terima dahulu. Negara akan hancur. Maruah bangsa akan luput.

Malangnya, ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang. Tak banyak. RM200 pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli UMNO. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka. Hentikanlah amalan ini baik oleh yang menghulur mahupun yang menerima.

Kata pepatah Inggeris "Money is the root of all evil" (Duit adalah punca segala kejahatan). Duit boleh beli segala-galanya, membeli bangsa, membeli maruah, membeli masa depan, membeli agama pun.

Percayalah apabila pemimpin yang kita pilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa pun. Ingatlah negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin negara ini.

Kita harus akui bahawa UMNO sekarang tidak lagi dipercayai oleh ramai orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan ratusan badan bukan kerajaan (NGO). Jika mereka mempunyai banyak pilihan, UMNO sudah kalah Pilihan Raya Umum Ke-13. Tetapi janganlah ahli UMNO, pemimpin UMNO percaya walau apa pun yang dilakukan mereka, kerana tidak ada pilihan lain maka UMNO tetap akan menang. Kalau UMNO dipimpin perasuah, parti lawan akan ternampak lebih baik.

Justeru kembalilah kepada perjuangan UMNO. Ketepikan kepentingan diri. Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua. Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan tanah air dapat diteruskan. Sesungguhnya perjuangan orang Melayu belum selesai. Janganlah anak cucu kita mengutuk kita kerana ketamakan kita memusnahkan masa depan mereka.

Elak 'ketirisan poket' menjelang pemilihan dalam parti

Posted: 15 Sep 2013 10:55 AM PDT

Hassan Mohd. Noor

SEMALAM, Ahad berakhirlah mesyuarat agung tahunan UMNO peringkat cawangan di seluruh negara. Setakat ini, khabarnya perjalanan mesyuarat adalah lancar walaupun ada beberapa cawangan mengalami sedikit kekecohan. Diharapkan 'kekecohan' seperti dakwaan tidak cukup kuorum, tidak mengikut jadual, mesyuarat bertukar menjadi jamuan hari raya, cawangan bunian dan sebagainya tidak akan mengganggu perjalanan mesyuarat atau persidangan di peringkat bahagian. UMNO tidak boleh ambil mudah 'kekecohan' yang berlaku ini. Jangan kerana 'nila setitik rosak susu sebelanga'. Lebih-lebih lagi kaedah baharu pemilihan yang diperkenalkan kali ini sudah tentu mendapat perhatian parti-parti politik lain terutama yang berada di luar Barisan Nasional (BN). Jangan ketika kita asyik menghentam pihak lain kerana proses pemilihan mereka dikatakan tidak telus, tiba-tiba diri sendiri pula yang bermasalah.

Pada hari Sabtu kelmarin, bermulalah pengedaran borang pendaftaran calon bagi yang berminat menawarkan diri bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO serta jawatan bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Begitu juga borang untuk jawatan di peringkat bahagian. Sambutan pada hari pertama boleh dianggap menggalakkan kerana ramai calon mengambil borang di ibu pejabat UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bernama melaporkan, antara yang paling awal tiba untuk mendapatkan borang pencalonan ialah Exco Pergerakan Wanita UMNO, Hasnah Salam, mantan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr. Aziz Jamaludin Mhd. Tahir yang juga dari Biro Penerangan UMNO Malaysia dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru, Azura Mohd Afandy. Lebih 4,000 borang pencalonan peringkat pusat dan 100,000 borang pencalonan untuk 191 bahagian UMNO disediakan. Borang pencalonan adalah percuma dan boleh didapati sehingga 20 September ini, sebelum tarikh menyerahkan borang pendaftaran calon pada 21 September. Seperti diketahui umum, pemilihan kali ini membuka peluang lebih luas kepada mana-mana anggota untuk bertanding asalkan mempunyai kelayakan minimum. Di peringkat bahagian, calon mestilah sekurang-kurangnya menjadi anggota parti selama sepenggal atau tiga tahun.

Bagi MT pula, calon sekurang-kurangnya pernah menjadi ahli jawatankuasa bahagian selama sepenggal. Tidak ada lagi sistem kuota yang memerlukan sokongan dalam jumlah tertentu daripada mana-mana 191 bahagian UMNO seperti diamalkan sebelum ini.

Diharapkan pertandingan kali ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai calon untuk menawarkan diri sementara anggota parti pula mempunyai pilihan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Bertandinglah secara adil tanpa adanya elemen politik wang, sogok menyogok atau mengggunakan kedudukan untuk meraih undi. UMNO memerlukan pemimpin yang naik disebabkan kecerdikan dan kebolehan mereka bukannya disebabkan 'ketirisan' poketnya. Diharapkan tidak ada lagi istilah salam isi (SI) atau salam kosong (SK) seperti yang pernah berlaku dalam pemilihan terdahulu.

Menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan kali ini bukanlah untuk berseronok atau sengaja mengambil kesempatan peluang terbuka yang diberi oleh parti. Pemilihan kali ini amat penting dalam usaha parti mengukuhkan pengaruh dalam kalangan orang Melayu bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14. Inilah tanggungjawab besar kepada parti jika mereka terpilih menduduki sebarang jawatan sama ada di peringkat bahagian atau pusat. Pada masa yang sama, pemilihan ini adalah satu proses demokrasi yang perlu dilakukan dalam semangat kekeluargaan. Menang atau kalah perkara kedua. Apa yang penting niat untuk berkhidmat kepada parti diteruskan atas apa jawatan, sekali pun hanya sebagai anggota biasa.

Apa yang penting, kekalkan semangat kekeluargaan seperti pesanan Presiden UMNO, Najib Tun Razak baru-baru ini.

''Kita harus bersatu padu sebagai satu keluarga, jangan ketepikan prinsip kekeluargaan...inilah asas kita, banyak lagi cabaran yang akan kita hadapi pada masa depan,''.

Walaupun tarikh menyerah borang 21 September ini, kempen tidak rasmi sebenarnya sudah bermula. Pada peringkat awal ini, ada yang sudah mencetak kad nama sebagai calon, biografi ringkas dan promosi diri untuk memperkenalkan diri kepada anggota UMNO di seluruh negara. Biarlah mereka berkempen dengan apa cara sekalipun termasuk di laman sosial asalkan tidak melanggar peraturan parti atau memburukkan orang lain yang turut menawarkan diri untuk bertanding.

Pemilihan kali ini juga diharap dapat menampilkan bakal pemimpin pelbagai latar belakang, profesional yang mampu memantapkan parti. Sudah tentulah pemimpin yang bakal bertanding nanti bukan sekadar berlatar belakang 'politik' semata-mata sebaliknya yang mempunyai pengalaman serta hubungan dengan pelbagai peringkat masyarakat melalui penglibatan mereka dalam pelbagai pertubuhan. Golongan seperti ini sudah lama 'terpendam' kerana mereka sebelum ini dibayangi pemimpin-pemimpin 'ternama' yang dikenali kerana kedudukan dan jawatan. Dulu pergerakan mereka terbatas disebabkan beberapa sekatan dan halangan terutama di peringkat bahagian. Kini keadaan sudah berubah. Peluang bertanding tidak terbatas kepada golongan tradisi seperti menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri atau Exco kerajaan negeri. Lebih menarik kali ini, tidak kurang juga yang berjawatan dan berkedudukan tidak mahu bertanding sama ada menawarkan diri atau mempertahankan jawatan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kamera

Posted: 15 Sep 2013 05:42 AM PDT

Pelbagai jenis kamera kecil untuk sukan lasak yang terdapat di pasaran.

BAGI penggiat sukan lasak sudah tentu mereka mahukan kamera yang kecil, ringan dan mudah dikendalikan untuk merakamkan aksi ekstrem yang dilakukan.

Sekarang terdapat pelbagai jenis kamera untuk sukan lasak yang terdapat di pasaran seperti GoPro Hero, CamOne, Sport HD DV, Ion Air Pro HD, Mini MD80 DV, Coleman, Re Play, Kodak Easyshare, Nikon AW, Intova Sport HD, Minolta Weathermatic dan banyak lagi.

Kamera kecil ini boleh dipasang di topi keledar, pergelangan tangan, kaki, pinggang dan hujung kasut selain memegangnya.

Kebanyakan kamera yang dinyatakan mempunyai berat dari 70 gram hingga 150 gram serta mempunyai pixel tinggi, yang menjadi pilihan penggemar sukan lasak.

Butang bersaingan yang ada untuk mengambil gambar, merakam video dan memainkan semula kandungan serta meneliti menu dan menghidupkan LED hadapan adalah sebahagian daripada cara-cara mudah mengendalikan kamera berkenaan.

Malah anda boleh merakam video dengan 60 kerangka sesaat (fps) dalam keupayaan 720p HD dan 30 fps dalam 1080p Full HD.

Kesemua kamera tersebut berupaya membuat tempoh rakaman berterusan dan gambar secara berjarak atau bersiri pada jarak penggunaan yang menarik.

Kamera-kamera ini dilengkapi dengan slot kad memori yang boleh digunakan hingga 32 Gb, WiFi, Bluetooth, GPS, HDMI, USB yang boleh disambung terus pada komputer atau televisyen untuk memainkan semula rakaman.

Selain itu lensa yang mempunyai jarak pandangan hingga 270 darjah memudahkan anda membuat rakaman tanpa melihat skrin di belakang kamera.

Kekal aktif dengan Nike+

Posted: 14 Sep 2013 06:07 AM PDT

Penggemar aktiviti sukan sudah pasti memerlukan gajet yang dapat mengukur tahap kecergasan mereka seharian sebagai motivasi dalam mencapai kesihatan yang baik.

KESIHATAN merupakan satu perkara penting kepada setiap orang tidak mengira usia mahupun jantina dan bagi kekal sihat mereka perlu aktif dalam melakukan senaman.

Kadangkala aktiviti senaman boleh mendatangkan perasaan bosan kepada seseorang apabila terpaksa bersenam berseorangan atau tiada faktor pemangkin untuk melakukan aktiviti tersebut.

Perkara ini membuatkan pengeluar pakaian sukan terkemuka dunia Nike memperkenalkan aplikasi berteraskan kesihatan untuk menggalakkan orang ramai kekal aktif.

Nike+ yang pada mulanya menggunakan aplikasi di iPhone dan iPod untuk menunjukkan aktiviti dan pergerakan dilakukan kini kian berkembang kepada gajet-gajet yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Nike+ kini tampil dengan Nike+ Gear yang terdiri daripada gelang tangan, Nike+ Feulband dan juga jam tangan, Nike+ Sportwatch GPS yang mempunyai pelbagai fungsi menarik untuk kegunaan mereka yang aktif.

Nike+ Feulband merupakan sebuah gajet ringkas tetapi padat dengan pelbagai fungsi menarik seperti dapat mengukur setiap langkah yang dilakukan tidak kira secara berlari mahupun berjalan.

Selain itu, ia juga mampu mengukur jarak perjalanan larian mahupun berjoging dan jumlah kalori yang telah dibakar setiap kali kamu melakukan aktiviti senaman.

Lebih mengujakan, sebagai sebuah gajet senaman, ia bukan sahaja membaca pergerakan semasa berjoging mahupun berlari, bahkan juga aktiviti lain seperti menari, bermain papan selaju, berbasikal, bermain bola sepak dan sebagainya.

Ia menjadikan gajet ini sangat sesuai dengan aktiviti harian yang dilakukan generasi muda hari ini yang inginkan kehidupan yang aktif dan sihat, di samping nampak trendy.

Selain Nike+ Feulband, Nike+ turun mengeluarkan Nike+ Sportwatch GPS yang mempunyai fungsi yang lebih banyak dan padat, sesuai untuk mereka yang ingin mendapat maklumat yang maksimum.

Dikuasakan dengan peranti sistem kedudukan global (GPS) dan mode program senaman, Nike+ Sportwatch GPS mampu menjadi pelatih peribadi kepada seseorang yang ingin mencapai sesuatu tahap dalam senaman.

Ia mampu memberi peringatan kepada pengguna jam tersebut untuk melakukan senaman secara automatik dan secara tidak langsung memberi motivasi untuk mencapai sesuatu tahap.

Bukan itu sahaja, ia turut mampu membaca pergerakan nadi dan degupan jantung semasa bersenam dan mencari kedudukan pengguna yang sedang berlari bagi memberi bacaan jarak dengan tepat.

Rekod-rekod sebelum ini turut disimpan bagi menggalakkan pengguna supaya terus bersenam dan bergerak aktif demi mencapai tahap kesihatan yang diinginkan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Posted: 15 Sep 2013 03:41 AM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR

NORMAN Abdul Halim (kiri) bersama adiknya, Yusry (tengah) dan Edry pada majlis perasmian Tayangan Perdana filem Vikingdom arahan Yusry di TGC Cinema, Sunway Piramid, Bandar Sunway baru-baru ini. - UTUSAN/ABDUL NAZIR MOHAMED

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Vikingdom bakal menjadi filem tempatan pertama yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam di Amerika Syarikat (AS) mulai 4 Oktober ini.

Filem terbitan KRU Studio yang menelan kos mencecah RM20 juta itu juga menjadi filem tempatan pertama yang diedarkan Universal Pictures di negara tersebut.

Menurut Presiden Eksekutif KRU Studio, Norman Abdul Halim, Vikingdom yang juga kini dirancang untuk ditayangkan di negara-negara lain selepas tayangannya di AS.

"Universal Pictures sedang mendapatkan hak pengedaran Vikingdom daripada para pengedar di negara seperti United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil.

"Tayangan di negara-negara terbabit dijangka bermula Oktober ini sehingga Mac tahun depan," katanya dalam satu kenyataan media selepas pratonton filem tersebut.

Vikingdom yang mengisahkan tentang bangsa Viking di Scandinavia dilakonkan antaranya oleh bekas bintang siri televisyen Prison Break iaitu Dominic Purcell dan Natassia Malthe. - UTUSAN ONLINE

Saya serius dengan Mawar - Fizo

Posted: 15 Sep 2013 01:56 AM PDT

Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Pelakon Fizo Omar, 28 mengakui bahawa dia kini sedang serius menjalinkan hubungan dengan seorang model pakaian muslimah, Mawar Abdul Karim, 23.

Menurut Fizo, model tudung jenama Fareeda itu menepati ciri-ciri sebagai calon isteri yang dicari selama ini.

"Sepanjang perkenalan kami, Mawar begitu menyenangkan saya dan keluarga. Malah, ibu saya juga sangat sayangkan Mawar.

"Saya harap semua pihak mendoakan agar dia memang menjadi jodoh saya dan kami akan bergelar suami isteri," kata Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Mencari

Posted: 15 Sep 2013 05:42 AM PDT

KATA orang tua-tua, jauh berjalan luas pengalaman, begitu juga lebih ramai kita bertemu masyarakat, maka banyak pandangan boleh kita kutip daripada pengalaman hidup yang mereka lalui. Itulah yang saya ambil ketika bertemu Sara baru-baru ini.

Banyak pengajaran tentang cara hidup keluarga Sara boleh dijadikan panduan hidup. Kehidupan keluarganya memang unik, mereka tidak bahagikan duit pusaka ratusan ribu ringgit yang diterima sebaliknya dipanjangkan sebagai sedekah untuk arwah ibu bapanya.

Menurut cerita Sara, dia tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya kerana mereka meninggal dunia ketika dia belum bersekolah lagi.

''Setahu saya selepas itu saya dibesarkan oleh abang sulung bersama isterinya, yang ketika itu tinggal bersama ibu bapa saya di kampung. Kami mempunyai keluarga besar, tetapi semua adik-beradik kami dididik menghormati adik-beradik yang lebih tua.

''Adik-beradik saya 12 orang, saya yang kecil. Ketika itu hidup kami memang susah. Ayah peneroka Felda dengan pendapatan cukup makan. Untuk menampung hidup, ibu membantu dengan membuat putu mayam dan putu bambu, yang kami adik-beradik jual keliling kampung.

''Abang turut membantu walaupun sudah berkahwin dengan menyerahkan duit gajinya kepada ayah untuk makan minum keluarga kami setiap bulan. Abang tak minta gajinya kecuali kalau ayah beri untuk buat belanja. Abang amat hormatkan ayah dan emak.

''Bila emak dan ayah meninggal dunia, abang sulung ambil alih tanggungjawab jaga kami adik-beradik, bermula daripada urusan makan minum, perbelanjaan buku dan pakaian sekolah, hinggalah mengurus perkahwinan kami seorang demi seorang.

''Bila emak meninggal dunia, kakak ipar pula ambil alih perniagaan buat putu mayam dan putu bambu. Pendek kata semua dalam rumah membantu antara satu sama lain. Dengan duit jualan itulah abang sulung suami isteri membesarkan kami adik-beradik hinggalah besar, bekerja dan berkahwin. Adik-beradik yang sudah bekerja turut bantu abang sulung menampung belanja makan minum kami adik-beradik perempuan yang masih tinggal dan tidak bekerja.

''Dalam bab kahwin, semua urusan daripada meminang hinggalah kenduri abang sulung uruskan. Adik-beradik lain bantu memasak, menghidang dan sebagainya. Jiran tetangga juga turut membantu pada peringkat awal. Pendek kata walaupun emak dan ayah sudah tiada, kami adik-beradik tetap bersatu dalam sebuah keluarga besar.

''Apabila abang sulung, kakak dan abang lain berpindah ke tanah rancangan Felda, mereka tetap ambil perhatian dan uruskan kami yang masih tinggal di kampung. Pendek kata hubungan kami tidak pernah putus walaupun terpisah kerana mencari rezeki di tempat lain.

''Apabila semua adik-beradik telah berkahwin dan berpindah, rumah pusaka arwah orang tua tetap kami jaga kerana rumah itulah jadi tempat kami berkumpul apabila ada kenduri arwah, hari raya dan pelbagai aktiviti lain. Kami datang bersihkan rumah paling tidak sebulan sekali, bukan dipaksa tetapi sukarela jika ada kelapangan. Paling tidak mesin rumput. Kami lakukan kerana sayang kami kepada emak dan ayah serta tempat di mana kami dibesarkan.

Pusaka''Ketika kampung Felda kami ini melalui proses pembangunan dan kemajuan, keluarga kami menerima harta pusaka bagi pihak arwah berjumlah ratusan ribu ringgit, sebuah banglo dan tapak rumah pusaka keluarga kami sekarang.

''Abang sulung memanggil adik-beradik berbincang apa patut kami lakukan dengan wang tersebut dan rumah banglo mewah yang sangat cantik itu. Keputusan dibuat supaya abang sulung terus simpan duit tersebut bagi pihak kami adik-beradik, setelah dikeluarkan zakat, sedekah serta dibuatkan haji untuk emak dan ayah.

''Tentang rumah banglo kami putuskan tidak mahu jual atau tinggal di rumah tersebut, tetapi disewakan, duitnya kami kumpul untuk disedekahkan atas nama ayah dan emak. Pendek kata semua kami lakukan untuk amal jariah mereka.

''Kami sangat sedih kerana ayah dan emak tidak sempat merasa senang semasa membesarkan kami di tanah rancangan Felda ini dahulu.

''Kami bersyukur diberikan kehidupan yang senang oleh Allah, walaupun tidak kaya raya. Bagi kami apa yang lebih penting boleh hidup aman tidak berbalah apatah lagi bergaduh berebut harta yang akan lebih menyusahkan kehidupan emak dan ayah 'di alam sana'.

''Kami gembira kerana adik-beradik tidak berebut harta sebaliknya hidup harmoni dalam satu keluarga besar bersama anak cucu masing-masing. Pada kami itu lebih penting daripada wang ringgit dan harta yang banyak.

''Walaupun abang sulung simpan duit kami, tetapi dia sentiasa minta izin dan pandangan jika mahu menggunakannya untuk tujuan bersedekah yang telah dinamakan atas nama kami adik-beradik.

''Kini anak-anak kami juga berbudi kepada kami dengan menghulurkan wang setiap bulan bagi mencari keberkatan dalam hidup mereka. Kami bersyukur mereka mengikut didikan kami selain tidak lupakan Allah.

''Keeratan hubungan kami adik-beradik menjadi buah mulut jiran tetangga di kampung. Mereka kagum kerana kami adik-beradik boleh berpakat ketika keluarga lain berbalah pasal harta pusaka,'' demikian cerita Sara panjang lebar.

Dalam pada itu, jutaan terima kasih buat Jabatan Hal Ehwal Veteran Kementerian Pertahanan yang telah memberikan pencen mulai bulan ini kepada Noraini Zakaria, balu anggota tentera udara yang kisahnya dipaparkan di ruangan ini pada 10 Jun 2012 berjudul 'Derita ke akhir hayat'.

Audrey

Posted: 15 Sep 2013 05:42 AM PDT

KANAK-KANAK perempuan dan anak patung sememangnya tidak dapat dipisahkan. Ketika kecil, anak patung menjadi rakan karib sehinggakan ada yang mengusungnya ke mana saja.

Audrey yang berasal dari Los Angeles juga mempunyai seorang 'rakan karib' berupa anak patung bebiri berwarna biru muda yang dianggapnya teman setia.

Bezanya, Audrey bukanlah kanak-kanak. Audrey ialah wanita berusia 27 tahun namun dia begitu obses dengan anak patung bebiri miliknya mengalahkan budak kecil!

Sejak Audrey menerima hadiah berupa anak patung bebiri itu lima tahun lalu, dia tidak dapat menjalani hidup seperti biasa tanpa kehadirannya.

Bukan saja membawa merata-rata di dalam rumah ketika menonton televisyen mahupun makan tengah hari, Audrey turut membawanya keluar bermain di taman permainan, berjalan-jalan di tepi pantai dan membawanya ke gim ketika bersenam.

Audrey mendakwa rakan karibnya itu gemar beriadah di luar.

Setiap malam, dia akan membaca cerita dongeng untuk anak patung bebiri miliknya sebelum tidur.

Audrey juga sering berpura-pura menyuapkan makanan kepada bebiri birunya.

Cerita Audrey, dia ada bermain dengan anak patung lain ketika kecil tetapi perasaannya tidak sama dan setanding dengan anak patung bebiri miliknya itu.

Anak patung lembut itu ujarnya seperti berkomunikasi dengannya dengan cara sendiri, tidak seperti anak patung miliknya yang lain.

Apabila Audrey melihat ke mata anak patung kesayangannya itu, dia dapat merasakan satu perasaan yang menenangkan.

Malah, dia turut berasa semua tekanan dalam hidupnya hilang begitu saja.

Audrey pernah berjumpa dengan pakar psikologi untuk merawat obsesi anehnya itu tetapi dia masih tidak dapat berpisah dengan anak patung bebiri tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved