Selasa, 1 Oktober 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Volvo buka pusat edaran di Gebeng

Posted: 01 Oct 2013 11:19 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
ekonomi@utusan.com.my

Mats Nilsson (dua dari kiri) dan Bengt Carlsson (empat dari kiri) menyerahkan replika kunci kepada dua pelanggan Volvo, pada majlis pembukaan rasmi pusat pengedaran Volvo Malaysia di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN 1 Okt. - Pengedar kenderaan trak, Volvo Malaysia Sdn. Bhd. (Volvo) telah membuka pusat pengedarannya di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini sebagai salah satu strategi untuk meningkatkan jualan khususnya di Pantai Timur, Malaysia.

Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson berkata, syarikatnya memilih untuk membuka pusat pengedaran yang menawarkan khidmat servis, jualan dan alat ganti itu Kuantan kerana bandar ini merupakan hab pengangkutan utama bagi kawasan pantai timur.

"Dalam tempoh lima tahun akan datang, Pahang akan cepat membangun dengan dipacu perancangan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

"Justeru, kita perlu menonjol selari dengan peningkatan permintaan terhadap pengangkutan," katanya pada Majlis Pembukaan Pusat Pengedaran Volvo di sini hari ini.

Pembukaan pusat pengedaran ke-11 di negara ini telah dirasmikan oleh Duta Sweden ke Malaysia, Bengt Carlsson.

Katanya, pusat pengedaran dan servis yang dibina dalam tapak seluas 2.2 hektar yang berada di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) adalah pelaburan strategik dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

"Dengan kos RM7 juta, pusat ini bukan saja menyediakan perkhidmatan servis kepada pemilik trak atau kenderaan berat, malah, menyediakan ruang rehat selesa kepada pelanggan serta bilik tidur kepada mereka yang ingin bermalam di sini.

"Dengan adanya pusat pengedaran baru yang lengkap dan komprehensif ini akan berupaya memberikan pelanggan kami servis dan penyelesaian pengangkutan yang diperlukan," katanya.

Menurut beliau, syarikatnya juga akan memperuntukan sebanyak RM75 juta bagi tujuan pelaburan dalam beberapa tahun akan datang untuk memperkukuhkan jenama itu di negara ini.

Katanya, pelaburan itu membabitkan pembukaan pusat perkhidmatan pelanggan baru serta menaik taraf premis pengedaran sedia ada dimiliki mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


pelumba Terengganu maut

Posted: 01 Oct 2013 10:44 PM PDT

DUNGUN 2 Okt. - Seorang atlet lumba basikal Terengganu,

Mohamad Asmui Ali @ Awang, 20, maut dirempuh van pengiring

setelah beliau terjatuh di Kampung Batu Tiong, Pulau Serai

di sini pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi ketika mangsa bersama sekumpulan

berbelas pelumba dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju Kuantan.

Atlet yang difahamkan di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu dan

rakan-rakannya itu dikatakan akan menyertai pertandingan di Sepang

Ahad depan.

Ini merupakan insiden kedua yang meragut nyawa pelumba di negeri ini pada tahun ini setelah seorang atlet pelapis lumba basikal bawah 15 tahun

maut digilis treler di jambatan Kampung Guntung, Tepoh, Kuala Terengganu 5 Jun lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Muhammad Syafiq Imran Syahril, 15, dan 45 pelumba lain menjalani latihan harian dari pusat bandar raya apabila dia terjatuh di laluan bertentangan. - UTUSAN ONLINE

Tiga penjenayah ditembak mati

Posted: 01 Oct 2013 09:55 PM PDT

GERIK 2 Okt. - Tiga penjenayah yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah termasuk bunuh dan samun, ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Intan dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.40 pagi itu, polis terpaksa menembak kesemua suspek berusia 26 hingga 28 tahun itu setelah mereka melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahan mereka. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Oleh DHIYA

Utusan Online - Sukan Tempatan

Posted:

Utusan Online - Sukan TempatanIkuti berita penuh untuk ruangan Sukan Tempatan menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan Utusan Online - Sukan Tempatanhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan Problem Parsing :
Error #: -1072896760
Description: An invalid character was found in text content.
In file: file:///E:/utusan/html/today/Utusan_Malaysia.Sukan.xml
Source line: su_03.1.jpg500333su_03.small.jpg90100
Khairy (dua dari kanan) bersama Henry Tan (kanan) dan Tunku Imran (tiga dari kanan) pada majlis penyerahan cek bernilai RM1 juta di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Dr. Ramlan (kiri) dan Zolkples (barisan depan, dua dari kiri).
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Jualan GBBS FAMA RM3.2 juta

Posted: 01 Oct 2013 11:19 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

Peserta Agrochallenge 2013 melihat pemilik gerai membuka buah durian semasa singgah di GBBS FAMA, Sungai Merjuk untuk mempromosikan sambutan Hari Peladang, Penternak, Nelayan Kebangsaan 2013 di Bentong, Pahang, baru-baru ini.

BENTONG 1 Okt. - Program Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negeri ini mencatatkan jualan sebanyak RM3.2 juta bagi tempoh antara Januari sehingga Julai tahun ini.

Pegawai Hal Ehwal Ekonomi FAMA negeri, Azman Kaman berkata, hasil jualan itu meliputi 43 gerai peserta usahawan tani yang mana 39 peserta berniaga menggunakan kanopi dan empat lagi gerai kekal.

Katanya, kewujudan GBBS bertujuan untuk mengatasi masalah lambakan buah-buahan supaya pemilik kebun dapat menjual sendiri hasil kebun mereka terus kepada pengguna.

''Selain itu, tujuan GBBS adalah untuk melatih para petani menjadi usahawan tani bagi mengelak mereka menjadi mangsa manipulasi orang tengah.

''FAMA negeri juga bercadang untuk memperluaskan lagi konsep GBBS bagi melahirkan lebih ramai usahawan tani dalam usaha untuk mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan," kata Azman.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa meraikan ketibaan 50 peserta Agrochallenge 2013 di GBBS FAMA, Sungai Merjuk di sini baru-baru ini.

Agrochallenge yang dianjurkan oleh Kelab Usahawan Tani (Kuat) dan Lembaga Pertubuhan Peladang bertujuan untuk mempromosikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2013.

Sementara itu, Penolong Ketua Pegawai Daerah Bentong, Zaidi Yahaya yang turut hadir dalam majlis itu memberitahu, pihaknya kini sedang mengenal pasti tapak perniagaan buah-buahan yang lebih sesuai di Lebuh Raya Karak-Bentong.

Katanya, kawasan yang dikenal pasti ialah di Kilometer 72, lebuh raya itu dari arah Bentong ke Karak bertentangan dengan stesen minyak Petronas kerana di kawasan itu lebih selesa berikutan mempunyai tempat letak kereta yang lebih luas.

Sehubungan itu, beliau menasihati para peniaga buah-buahan bermusim supaya tidak berniaga di sepanjang lebuh raya kerana boleh menyebabkan kemalangan, selain membahayakan nyawa peniaga itu sendiri.

''Majlis Perbandaran Bentong tidak boleh mengeluarkan lesen perniagaan sementara kerana tapak gerai di tepi lebuh raya tersebut sekarang ini tidak sesuai dan berbahaya kepada semua pengguna jalan raya," katanya.

PR1MA diminta bina rumah mampu milik di Bera

Posted: 01 Oct 2013 11:20 AM PDT

BERA 1 Okt. - Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) diminta membina rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan penduduk generasi kedua di daerah ini.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat generasi kedua di kawasan kampung tradisional memerlukan rumah berkenaan untuk hidup lebih selesa.

Menurut beliau, sehingga kini sebahagian besar daripada mereka terutama yang telah berumah tangga masih tinggal bersama ibu bapa atau menyewa rumah di sekitar daerah ini.

"Kita tidak boleh meminggirkan generasi kedua yang tinggal di kampung tradisional kerana mereka sentiasa menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Bagi generasi kedua Felda di gugusan Bera pula, Felda kini sedang membina rumah untuk memenuhi keperluan di beberapa lokasi yang sudah dikenal pasti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan semua ketua-ketua cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di sini kelmarin.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyarankan Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECERDC) membangunkan tanah kerajaan untuk mempercepatkan kemajuan dan Pembangunan di daerah itu.

Katanya, antara projek yang boleh dipertimbangkan ialah pembinaan kem tentera dan institut pengajian tinggi (IPT) awam serta swasta di tanah seluas 1,000 hektar.

"Sejak Lembaga Kemajuan Wilayah seperti Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Dara) dimansuhkan, pembangunan di daerah ini agak perlahan.

"Saya berharap ECERDC yang mengambil alih peranan Dara dapat menimbang cadangan tersebut kerana dengan wujudnya IPT dan kem tentera dapat merancakkan lagi kemajuan di Bera," katanya.

Selain itu, katanya, lebih banyak projek pertanian seperti ternakan lembu, kambing dan ayam akan dilaksanakan membabitkan ramai penyertaan penduduk miskin dan berpendapatan rendah yang boleh meningkatkan pendapatan mereka.

Beliau memberitahu, kewujudan projek tersebut akan dapat membantu penduduk keluar daripada kemiskinan.

MPK peruntuk hadiah RM200,000 setahun hargai pembayar cukai

Posted: 01 Oct 2013 11:20 AM PDT

KUANTAN 1 Okt. - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memperuntuk kira-kira RM200,000 setahun sebagai hadiah untuk program cabutan bertuah bertujuan menghargai komitmen pembayar cukai.

Pengarah Penilaian MPK, Abdul Wahab Abdullah berkata, program itu dalam masa sama dapat menggalakkan warga Kuantan untuk melakukan pembayaran dengan lebih teratur.

"Ketika ini terdapat tunggakan cukai kira-kira RM10 juta dengan kebanyakan cukai tersebut adalah melibatkan rumah kediaman yang merangkumi 70 peratus pembayar cukai MPK.

"Jadi, sebagai menghargai pembayar cukai yang membuat pembayaran secara teratur, kita memperuntuk sebanyak RM200,000 setahun sebagai hadiah cabutan bertuah yang diadakan dua kali setahun.

"Keseluruhannya MPK mengutip hasil kira-kira RM60 juta setiap tahun yang digunakan untuk tujuan penambahbaikan dan penyelenggaraan kemudahan untuk warga Kuantan," katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang cabutan hadiah bertuah di lobi kaunter pembayaran MPK di sini baru-baru ini.

Menurut Abdul Wahab, untuk cabutan kali ini, MPK memperuntuk sebanyak RM100,000 dan menjelang Disember ini iaitu untuk cabutan perdana, MPK menyediakan hadiah berupa sebuah kereta Perodua Viva.

Dalam majlis cabutan hadiah bertuah itu, sebanyak 15 hadiah disediakan berupa televisyen LCD, peti sejuk, mesin basuh dan pelbagai peralatan elektrik lain.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Thailand lulus 5 dokumen dimeterai Sidang Kemuncak ASEAN

Posted: 01 Oct 2013 10:56 AM PDT

BANGKOK 2 Okt. - Kabinet Thailand semalam meluluskan lima draf dokumen yang akan ditandatangani di Sidang Kemuncak ASEAN selama dua hari di Brunei, dari 9 Oktober.

Timbalan jurucakap kerajaan, Sunisa Lertpakawat berkata, dokumen itu termasuk Draf Deklarasi Politik bagi Visi Asean Selepas 2015, dan Draf Kenyataan Bersama bagi Memperingati Ulang Tahun Ke-10 Perkongsian Strategik ASEAN-China.

Tiga lagi ialah Draf Deklarasi Sidang Kemuncak Asia Timur mengenai Jaminan Makanan kali ke-8, Draf Memorandum Persefahaman mengenai Penubuhan Universiti Nalanda dan Draf Bidang Kuasa Pusat Tindakan Periuk Api Rantau Asean (ARMAC). - BERNAMA

Mesir hentikan aktiviti pelancongan dengan Iran

Posted: 01 Oct 2013 10:46 AM PDT

KAHERAH 2 Okt. - Mesir semalam menghentikan semua aktiviti pelancongan dengan Iran atas alasan keselamatan negara.

Jurucakap Kementerian Pelancongan Mesir, Rasha Azaizi berkata, situasi keselamatan di negara ini tidak membenarkan sebarang aktiviti pelancongan dengan Iran.

Penerbangan pesawat komersial pertama antara Mesir dan Iran disambung semula buat pertama kali pada Mac lalu, selepas 34 tahun Revolusi Islam Iran. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


'Seks enam kali fitnah'

Posted: 01 Oct 2013 11:19 AM PDT

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Bekas teman wanita kepada lelaki Bosnia yang mendakwa spermanya dipergunakan untuk mendapatkan anak genetik Eropah berkualiti tinggi, menuduh lelaki itu seorang yang ganas, sering menderanya dan mengugut untuk menyiarkan gambar-gambar intimnya.

Wanita berusia 29 tahun itu juga mendakwa, Ervin Ahbabovic, 41, sering mengugut untuk membunuhnya dan ahli keluarganya jika tidak mematuhi kehendak lelaki tersebut yang merupakan kaki botol dan suka berfoya-foya di kelab malam.

Wanita itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman oleh Ahbabovic terhadapnya menyatakan demikian dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balasnya yang difailkan menerusi firma guaman Tetuan K.F.Ee & Co. di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Ahbabovic juga, dakwa defendan, pernah didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada 2008 bagi kesalahan trafik kerana memandu dalam keadaan mabuk dan dia yang membantu teman lelakinya itu menjelaskan denda tersebut.

Wanita itu mengaku berkenalan dengan Ahbabovic selaku pihak plaintif pada 2008 dan hasil hubungan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang lahir pada 7 Februari 2010.

Berhubung dakwaan bahawa dia berkehendakkan hubungan seksual enam kali sehari dengan setiap sesi berdurasi satu jam, menurut wanita terbabit, itu adalah fitnah dan mustahil untuk berlaku memandangkan dia hanya wanita biasa, mempunyai perniagaan dan seorang anak untuk dijaga.

Dia turut menafikan dakwaan Ahbabovic yang menyatakan dia memukul dan menikam tangan lelaki itu dalam satu pergaduhan, sebaliknya mendakwa, sebenarnya plaintif yang memukul, menjerit, mencaci dan memarahinya selain mengugut untuk mencederakan anak lelaki mereka.

Dakwa defendan, dia hanya bertindak mempertahankan diri ketika itu.

Menurutnya, plaintif yang menikam tangannya sendiri sebelum mengugut untuk membunuh diri pada 31 Mac lalu sekiranya defendan meninggalkannya.

Wanita itu turut menyatakan, plaintif beberapa kali mengekorinya dan ahli keluarganya selain mengugut untuk menghancurkan kereta dan perniagaan defendan.

Menurut wanita itu, dakwaan lelaki itu berhubung penggunaan spermanya untuk mendapatkan genetik berkualiti dari Eropah, adalah tidak bermoral, tiada peruntukan undang-undang dan di luar bidang kuasa mahkamah dan dia memohon tuntutan plaintif ditolak dengan kos.

Dalam tuntutan balasnya, wanita itu menuntut ganti rugi kewangan RM200,000 akibat kehilangan keuntungan perniagaan, ganti rugi kerugian pelaburan dan perbelanjaan defendan RM120,000, ganti rugi am untuk fitnah dan ganti rugi teladan.

Dia juga menuntut RM40,000 wang sewa perniagaan dan bil utiliti, RM33,000 yang dipinjamkan kepada defendan, kos pembaikan kereta jenis Savvy milik defendan yang dirosakkan oleh plaintif berjumlah RM2,000 selain RM16,000 bagi kos guaman, ikat jamin dan denda di Mahkamah Majistret serta ganti rugi lain yang ditaksirkan mahkamah.

Yang turut dituntut ialah perintah injunksi serta-merta bagi menghalang plaintif atau pihak berkaitan daripada membawa, memaparkan maklumat mengenai defendan secara langsung atau tidak kepada semua media dan plaintif dikehendaki membatalkan maklumat defendan di semua media dalam tempoh 48 jam dari tarikh perintah.

Hakim Rohani Ismail yang mendengar kes tersebut di kamar hakim hari ini memerintahkan kedua-dua pihak berunding melalui mediasi bagi menyelesaikan kes itu dan menetapkan pengurusan kes pada 30 Oktober ini bagi mengetahui keputusan perbincangan tersebut.

Plaintif diwakili peguam Mohamad Fauzi Abdul Samad manakala defendan diwakili peguam James Eee Koh Fuk.

Koh Fuk ketika ditemui pihak media menyatakan, pihaknya akan memfailkan permohonan mengetepikan tuntutan plaintif di Mahkamah Tinggi minggu ini.

Bicara kes ubah perintah hak lawatan anak tahun depan

Posted: 01 Oct 2013 11:19 AM PDT

JIMMY Shanley bersama anak perempuannya, Zahra Rania dalam bulan Julai lalu.

SHAH ALAM 1 Okt. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 18 Februari tahun depan perbicaraan kes ubah perintah hak lawatan anak pengacara Jimmy Shanley yang difailkan bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, April lalu.

Hakim Syarie, Mawardi Che Man berkata, Nursuhaila selaku plaintif akan memberi keterangan terlebih dahulu dalam perbicaraan tersebut dan perlu menyatakan sebab-sebab perintah itu perlu diubah.

''Mahkamah sebelum ini telah pun mengeluarkan perintah hak penjagaan anak tetapi plaintif membuat permohonan untuk mengubahnya justeru dia juga perlu menyatakan mana-mana perintah yang perlu dikekalkan dalam keterangan itu,'' ujar beliau.

Beliau turut memerintahkan agar keterangan secara bertulis dan dokumen berkaitan diserahkan kepada pihak peguam dan mahkamah dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh perbicaraan tersebut.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, selaku defendan dan Nursuhaila, 27, tidak hadir pada prosiding hari ini.

Sementara itu peguam syarie yang mewakili Jimmy, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus memaklumkan kepada mahkamah dokumen kedua-dua pihak bagi kes berkenaan telah lengkap justeru prosiding perbicaraan telah boleh dimulakan.

Ketika di luar mahkamah, Mohd. Noor Aizan memberitahu pemberita, Suhaila membuat permohonan agar keputusan hak lawatan dan bermalam yang diberikan kepada Jimmy selama tiga hari setiap minggu iaitu Selasa, Rabu dan Khamis diubah kepada hujung minggu.

Katanya, permohonan itu dibuat pada 19 April lalu mengikut Seksyen 76 Enakmen Keluarga Islam negeri Selangor 2003.

Pada 8 April lalu, mahkamah yang sama telah memutuskan hak jagaan penuh anak pasangan itu, Zahra Rania yang berusia dua tahun diserahkan kepada Nursuhaila, manakala Jimmy diberikan hak lawatan dan bermalam selama tiga hari setiap minggu iaitu Selasa, Rabu dan Khamis.

Jimmy juga dibenarkan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha bersama Zahra Rania bermula tahun ini secara bergilir-gilir dengan Nursuhaila.

Dia kemudian memfailkan notis tunjuk sebab terhadap bekas isterinya itu pada 7 Mei lalu selepas tiga kali gagal mendapat hak bermalam dengan anaknya atas alasan tidak mendapat kerjasama daripada Nursuhaila.

Pada hari yang sama, dia turut memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah komital bagi memenjarakan Nursuhaila akibat kegagalan mematuhi perintah mahkamah.

Sementara itu, Nursuhaila pula memfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan perintah tersebut dan ketika permohonan itu didengar pada 9 Mei lalu, Mawardi telah menasihati pasangan itu agar berdamai demi kebajikan anak tunggal mereka.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh dengan hantaran RM31,186.

Mereka sah bercerai talak satu secara khuluk (tebus talak) berjumlah RM1 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 10 Oktober tahun lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Malaysia maju tanpa paradoks

Posted: 01 Oct 2013 11:19 AM PDT

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

SEPERTI yang kita semua sedia maklum, Malaysia telah meletakkan sasaran untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dalam tempoh kurang sedekad daripada sekarang.

Perkara itu jelas dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Model Baru Ekonomi (MBE) yang menyaksikan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) telah diperkenalkan dengan matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi yang inklusif dan mapan menjelang 2020.

Tetapi mampukah kita mencapai sasaran tersebut jika pembangunan sosio-ekonomi kita masih dipenuhi dengan paradoks yang merujuk kepada hakikat-hakikat yang saling bertentangan antara satu sama lain?

Antara paradoks itu adalah walaupun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terus berkembang pesat, namun kebanyakan anggota masyarakat merasakan tahap hidup mereka adalah lebih buruk.

Kita juga tidak mahu berlaku situasi paradoks yang menyaksikan pendapatan purata keseluruhan rakyat negara ini semakin meningkat tetapi dalam masa yang sama pendapatan golongan terbesar iaitu bumiputera terus ketinggalan.

Penyelesaian terhadap paradoks seperti itulah yang cuba dicari semasa Khazanah Megatrends Forum (KMF) 2013 anjuran Khazanah Nasional Bhd. yang berlangsung selama dua hari bermula 30 September lalu.

KMF adalah forum perniagaan dan sosio-ekonomi tahunan yang paling berprestij di Malaysia yang menghimpunkan para cendekiawan tempatan dan global di Kuala Lumpur untuk membincangkan isu-isu utama yang kritikal.

Forum bertemakan 'Pertumbuhan dengan Keterangkuman dalam Era Paradoks: Permainan Sama, Pemain Baharu' yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dihadiri lebih 800 peserta yang dijemput khas dan lebih 40 ahli panel.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar dalam ucapan alu-aluannya menegaskan, kewujudan paradoks berkenaan adalah satu cabaran dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang bersifat inklusif.

"Paradoks seperti ini sering wujud sepanjang sejarah kehidupan manusia dan ia bukan bersifat falsafah semata-mata, malah turut melibatkan bidang sosio-ekonomi yang bersifat praktikal.

"Semasa sesi panel dalam KMF 2013, kita membincangkan bagaimana caranya menghadapi paradoks berkenaan bagi membolehkan Malaysia meneruskan pembangunan yang bersifat inklusif yang merangkumi semua sektor masyarakat kerana melalui cara itu sahaja dapat dipastikan pertumbuhan itu bersifat mapan.

"Jika ini tidak dilakukan, asas pertumbuhan ekonomi kita boleh menjadi goyah dan tidak boleh dipercayai," ujarnya.

Dalam pada itu, KMF 2013 turut membincangkan satu hakikat bahawa negara-negara sedang membangun seperti Malaysia tidak akan mampu mengejar negara-negara yang terlebih dahulu maju seperti Britain, Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan, tidak kira betapa pantas ia berkembang.

Ia diumpamakan seperti paradoks Yunani purba iaitu Paradoks Zeno yang menjelaskan hero tamadun itu, Achilles sentiasa gagal untuk menandingi kura-kura yang bergerak lebih perlahan daripadanya semata-mata kerana haiwan itu telah memulakan perjalanan lebih awal.

Untuk mengejar negara-negara terbabit, Malaysia tidak boleh meniru kaedah sama yang digunakan oleh mereka, sebaliknya memperkenalkan strategi baru menerusi inovasi dan kreativiti.

Kaedah itulah yang dilakukan oleh AS bagi menyaingi Britain yang terlebih dahulu melalui Revolusi Industri yang menyaksikan pengenalan mesin bagi membolehkan pengeluaran barangan secara besar-besaran.

Walaupun mencontohi kaedah Britain pada awalnya, AS kemudiannya melakukan inovasi baharu bagi menjana ekonominya termasuk memperkenalkan lampu elektrik, telefon dan kereta yang banyak membantu meningkatkan perkembangan industri negara itu.

Kejayaan itu juga berpunca kerana AS memperkenalkan dasar-dasar dan peraturan yang mempermudahkan pertumbuhan ekonomi serta memperhebatkan bidang pendidikan bagi melahirkan lebih ramai pekerja mahir.

Satu lagi hakikat yang perlu disedari adalah Malaysia harus mengelak mencontohi China dan India yang membangunkan ekonomi mereka secara pantas semata-mata dengan meniru segala strategi yang dibuat oleh AS kerana ia tidak akan membolehkan dua negara itu menjadi negara paling maju.

Sementara itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ketika berucap merasmikan forum berkenaan menjelaskan, usaha Malaysia untuk mengatasi segala paradoks berkenaan akan berjaya jika mendapat sokongan syarikat swasta dan rakyat.

Beliau berkata, sektor swasta secara keseluruhan, daripada konglomerat besar sehingga kepada syarikat sederhana dan kecil, perlu memberi sumbangan bagi memastikan matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi tercapai.

"Saya yakin dengan sokongan syarikat swasta kita boleh meningkatkan produktiviti dan mewujudkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh menghasilkan pendapatan lebih tinggi," ujarnya.

Katanya, dalam masa yang sama, kerajaan turut akan memainkan peranan bagi memastikan 67 peratus golongan bumiputera tidak terus ketinggalan.

"Tinjauan di negara-negara maju akan memberitahu anda bahawa di semua negara itu, kumpulan etnik majoriti memegang majoriti kekayaan.

"Sehingga ini dicapai, sejarah mengajar kita bahawa keamanan dan kestabilan tidak boleh dijamin untuk tempoh lama jika terdapat ketidakadilan pembahagian kekayaan negara.

"Lihat kepada Afrika Selatan, Fiji dan beberapa negara Afrika di mana minoriti memegang sebahagian besar kekayaan negara.

"Terdapat juga rasa tidak puas hati di Singapura kerana rakyat biasa republik itu merasakan diri mereka terpinggir dan dikecualikan daripada limpahan kekayaan negara itu.

"Wujud persepsi bahawa mereka yang diberi kerakyatan Singapura dan penduduk tetap sahaja yang menikmati semua yang terbaik di Singapura," katanya.

Tambah beliau, sokongan rakyat yang berbilang kaum juga amat diperlukan bagi membolehkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.

"Kita boleh mempunyai satu demi satu pelan induk kebangsaan yang sangat bijak tetapi jika kita tidak mempunyai rakyat yang mempercayainya dan sanggup sama-sama melaksanakannya, maka pelan induk yang terbaik sekalipun sudah pasti ditakdirkan untuk gagal.

"Perlu ada semangat dan perlu ada rasa sayang. Perlu ada satu keperluan untuk kita semua turut serta dalam satu aspirasi lebih tinggi, mengatasi politik harian, mengatasi perdebatan harian - demi Malaysia," katanya.

Akan adakah suara baru dalam pimpinan UMNO?

Posted: 01 Oct 2013 11:19 AM PDT

DATUK NOOR AZAM ialah pemerhati politik.
noor.azam33@gmail.com

APAKAH sebenarnya yang hendak dan perlu ditransformasikan dalam UMNO? Tidak pernah siapa pun menghuraikan. Ramai ahli UMNO sendiri, termasuk pemimpin di peringkat Cawangan dan Bahagian, tidak jelas. Setelah kira-kira tiga tahun diputuskan, transformasi paling penting sedang berlaku dalam sistem pemilihan pemimpin tahun ini.

Maka orang yang berminat pada politik - khususnya Melayu - sedang menunggu: Apakah akan ada pemimpin yang akan membawa 'suara baru' dalam UMNO? Atau yang dipilih dan terpilih, orang macam itu, itu juga!

Apakah akan terpilih pemimpin yang akan dapat melakukan atau mampu mengajak pucuk pimpinan melakukan apa-apa perubahan positif yang ketara dalam parti?

Akan adakah pemikiran baru dan cara baru dalam kegiatan UMNO, terutama dalam hal-hal yang langsung melibatkan kehidupan rakyat?

Akan adakah usaha serius membersihkan imej dan persepsi buruk rakyat terhadap pemimpin dan orang UMNO? Macam-macam keburukan telah berlaku, bukan rahsia lagi.

Jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan inilah yang dinanti-nanti. Banyak sangat kedengaran cakap-cakap bahawa UMNO memerlukan perubahan dan peremajaan. Banyak pula kenyataan kempen calon-calon yang nadanya gagah berani.

Kata Datuk Idris Haron, beliau menawarkan diri "untuk memperkukuh kedudukan UMNO, Islam dan orang Melayu yang semakin getir selepas PRU Ke-13." (Utusan Malaysia 19 Sept. 2013)

Datuk Seri Ismail Sabri pula menegaskan, "UMNO adalah sebuah parti untuk orang Melayu. Kita perlu pemimpin yang secara terbuka dan berani memperjuangkan hak kepentingan orang Melayu. Kita tidak boleh ada pemimpin yang apologetik." (Utusan Malaysia 25 Sept. 2013)

Senanglah hati orang Melayu mendengar komitmen seperti ini. Namun akan adakah pemimpin seperti ini hasil pemilihan Oktober nanti? Pengalaman menunjukkan, ucapan hebat biasanya bergema dalam media dan di Dewan Merdeka.

Bolehkah UMNO sebagai parti tonggak kerajaan hanya akan memikirkan kepentingan Melayu saja? Presiden UMNO adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat, bukan hanya untuk Melayu.

Akan berjayakah Datuk Mukhriz Mahathir memecah tradisi bahawa Naib Presiden mestilah orang yang senior. Kalau berjaya, apakah beliau mampu mempengaruhi pucuk pimpinan dan ahli UMNO agar "meremajakan" parti dan menerima "suara orang muda" yang akan dibawanya?

Setelah Presiden dan Timbalan Presiden menang tanpa saingan - keberanian Mukhriz mencabar tiga Naib Presiden (menteri-menteri senior) yang 'gagah, selesa dan sekata' - jadi tumpuan utama dalam pemilihan pimpinan UMNO kali ini. Ada implikasinya jika salah seorang daripada Naib Presiden itu tidak terpilih!

UMNO mempunyai amalan dan ikatan tradisi Melayu yang amat kukuh. Dan memang pun tradisi itulah yang menjadikan UMNO tonggak pemerintah yang bertahan cukup lama, yang ampuh menghadapi pelbagai gelombang dan badai besar di dalam dan dari luar parti.

Antara tradisinya, orang tua jangan disanggah. Mukhriz cuba memecahkan sedikit tradisi ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam sidang media mengumumkan pencalonannya sebagai Presiden, menegaskan: "I've always been a great advocate of continuity and change. The important thing is stability and at the same time, permit changes to take place." (NST 20 Sept. 2013).

Tekad Presiden UMNO ini dalam dan luas maknanya: Kesinambungan, perubahan dan kestabilan! Beliau "sentiasa mempertahankan kesinambungan dan perubahan". Namun yang penting adalah "kestabilan". Dan kestabilan itu mestilah memberi ruang kepada perubahan.

Maka sesiapa yang hendak membawa perubahan, mestilah mengambil kira hal ini agar perubahan apa pun jangan sampai menggugat kestabilan.

Kemasukan seorang Mukhriz dalam barisan Naib Presiden, tidak mungkin membawa perubahan yang drastik.

Namun jika tokoh muda - yang baru pertama kali masuk pertandingan MT ini - berjaya dalam pemilihan ini, tandanya sudah ada perubahan besar dalam pemikiran politik 146,500 pemimpin pelbagai peringkat yang diberikan hak menentukan pimpinan peringkat tertinggi.

Pergerakan Pemuda telah mengumumkan empat tokoh mereka sebagai satu pasukan - yang akan bersaing merebut tempat dalam MT. Pada pemilihan yang sudah-sudah, rasanya belum pernah ada pasukan rasmi Pemuda.

Dalam gambar di Utusan Malaysia 6 September, keempat-empat tokoh Pemuda itu nampak yakin dan gagah-gagah belaka. Bersalaman mengikat ikrar setiakawan menghadapi cabaran lawan. Komandernya Ketua Pemuda, Menteri Belia dan Sukan yang baru, YB Khairi Jamaluddin.

Dalam kenyataannya Khairi tidak sekadar berkempen, tetapi juga memberi arahan yang tegas agar semua Pemuda yang terpilih sebagai perwakilan "hendaklah" mengundi empat calon Pemuda ini. Apakah "peremajaan" yang akan berlaku sekiranya pasukan ini menang?

Pelantikan Ketua Wanita (bekas menteri yang terpaksa meletak jawatan akibat tempias kes NFC) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai penasihat kepada Perdana Menteri dengan status menteri telah memperkukuh kedudukannya.

Justeru tiada calon yang mampu menggugat Shahrizat. Namun kiranya Shahrizat tewas, akan tercatatlah satu lagi sejarah baru dalam UMNO.

Sayangnya Pergerakan Wanita - sayap UMNO yang didukung 1.5 juta ahli dan sangat berpengaruh - telah terlepas peluang untuk ikut serta membuat perubahan. Enam daripada tujuh calonnya untuk MT, adalah tokoh-tokoh 'lama' belaka.

Mengapa tidak nampak ada calon Puteri yang bertanding MT, seperti pasukan Pemuda? Bekas Ketuanya yang sudah cukup umur, masuk bertanding sebagai calon pasukan Wanita. Apakah ini bermakna Puteri masih berada di pinggir medan perjuangan.

Entah apalah sebabnya, tiba-tiba Setiausaha Agung UMNO menyarankan agar Menteri Besar (MB) dan Ketua Menteri (KM) masuk pertandingan MT? Kata beliau, mereka tidak seharusnya mengharapkan Presiden akan melantik mereka jadi Ahli MT. Ini suara Setiausaha Agung atau suara Presiden?

Dalam banyak hal, MB dan KM lebih ada kuasa daripada seorang ahli MT. Menteri Pusat pun kena 'tunduk hormat' pada MB dan KM.

Pada akhirnya saranan itu tak dapat sambutan. Yang masuk bertanding hanya KM Melaka yang baru, Datuk Idris Haron. MB Kedah, Datuk Mukhriz masuk, tetapi terus bertanding jawatan Naib Presiden. Jika menang, sesuailah beliau diberikan tugas khas bantu mentransformasikan parti.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Jangan terpedaya pihak guna nama pelakon Izzue Islam

Posted: 01 Oct 2013 01:23 AM PDT

CYBERJAYA 1 Okt. - Pelakon popular, Izzue Islam menasihati orang ramai khususnya peminat agar tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan namanya.

Jelas pelakon berusia 24 tahun itu, sejak bulan Ogos lalu, pihaknya mendapat tahu ada individu tidak bertanggungjawab menipu orang ramai melalui perniagaan menjual telefon bimbit.

"Saya tahu ada beberapa wanita yang telah jadi mangsa penipuan individu tersebut di laman sosial instagram.

"Oleh sebab itu, saya berharap orang ramai agar berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan individu terbabit," katanya.

Izzue berkata demikian sewaktu sidang akhbar filem Hantu Tok Mudim terbitan syarikat produksi Showbiz Sdn. Bhd. di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kos merisik Rozita Che Wan di Carcosa hampir RM10,000?

Posted: 01 Oct 2013 01:08 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN

ROZITA CHE WAN

KUALA LUMPUR 1 Sept.- Pelakon popular Rozita Che Wan, 42, hari ini memberitahu sungguh pun majlis merisik dirinya yang berlangsung Ahad lalu di Carcosa Seri Negara nampak mewah namun jumlah perbelanjaan untuk menjayakan majlis itu tidaklah sebanyak yang disangka oleh pihak lain.

Enggan mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan untuk majlis itu, menurut Che Ta dihitung secara kasar majlis itu tidak mencecah RM 10,000.

"Tidaklah semewah mana, saya hanya bayar untuk lokasi sahaja.

"Baju, solekan serta lain-lain, saya banyak dapat penajaan," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta, Ahad lalu telah dirisik oleh keluarga teman lelakinya, pelakon Zain Saidin dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat itu.

Menjawab mengapa majlis ini tidak hanya berlangsung di rumahnya sahaja, menurut Rozita, kawasan yang kecil serta tidak sesuai untuk menerima tetamu yang ramai membuatkan dia memilih lokasi Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

Ikuti temu bual penuh bersama pelakon ini dalam sisipan Mega akhbar Utusan Malaysia esok. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Menanggung dosa suami

Posted: 01 Oct 2013 12:01 AM PDT

Dr. Ilias Adam Yee menjelaskan mengenai kaedah penularan HIV terutama kepada golongan suri rumah ketika menyampaikan ceramah pada bengkel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

DARIPADA jumlah itu, 268 daripadanya adalah wanita yang terdiri daripada golongan suri rumah.

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana suri rumah yang tidak bekerja dan tidak mungkin mempunyai jangkauan kehidupan sosial yang luas boleh dijangkiti penyakit paling digeruni itu?

Jawapannya mudah. Mereka menerima tempias jangkitan daripada pasangan atau suami tanpa diduga.

Ahli Klinikal dan Penyelidik Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Pusat Kemerlangan untuk Penyelidikan AIDS (CERiA), Universiti Malaya, Dr. Ilias Adam Yee berkata, suri rumah yang dijangkiti virus itu adalah mereka yang berumur lingkungan 30 hingga 39 tahun.

Ilias berkata, kebanyakannya berpunca daripada aktiviti suami atau pasangan mereka.

"Biasanya suri rumah yang mempunyai pasangan yang termasuk dalam kelompok pengguna dadah adalah antara yang paling berisiko untuk menghidap HIV.

"Bagaimanapun, harus diingat tidak semua pengguna dadah boleh menyebarkan HIV kerana penyebaran jangkitan itu hanya boleh berlaku jika ada aktiviti perkongsian jarum suntikan daripada individu yang sudah menghidap HIV," katanya ketika ditemui pada bengkel media Sensisation on HIV & Drug Policy di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain Ilias, beberapa lagi panel turut diundang seperti Datuk Dr. Raj Karim, Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman, Asisten Komisioner Jamaludin Kudin, dan Dr. Anita Suleiman.

Menurut Dr. Ilias lagi, faktor kedua yang boleh menyebarkan virus tersebut adalah melalui aktiviti seksual suami di luar yang tidak selamat.

Beliau berkata, suami yang gemar mencari kepuasan seksual di luar dengan melanggan pelacur atau wanita yang positif HIV secara tidak langsung akan membawa pulang penyakit tersebut kepada isteri di rumah.

"Apabila suami melakukan hubungan intim dengan isteri, tanpa disedari virus itu akan tersebar melalui hubungan tersebut.

"Jika pemakaian kondom tidak diamalkan, maka virus itu akan mudah merebak dan menjangkiti golongan yang berisiko," ujarnya.

Justeru, Dr. Ilias berkata, suri rumah juga harus berwaspada dan boleh mengambil langkah melakukan pemeriksaan kesihatan sama ada secara individu atau bersama pasangan bagi memastikan tiada jangkitan HIV dan penyakit kronik berlaku.

Tambahnya, wanita perlu menggunakan pendekatan berhemah untuk mengajak pasangan melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk ujian darah supaya pasangan tidak terasa hati dengan tindakan tersebut.

"Wanita boleh memberi alasan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengesan penyakit seperti penyakit jantung atau diabetis kerana dalam pemeriksaan itu, akan ada ujian darah dan sebagainya yang boleh mengesan kehadiran penyakit HIV.

"Ini penting dalam usaha untuk mengurangkan risiko jangkitan HIV kepada golongan itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu kebanyakan wanita hanya mengetahui diri mereka menghidap penyakit HIV setelah menjalani ujian sewaktu mengandung.

Dr. Ilias berkata, wanita hamil yang mengetahui dijangkiti virus tersebut juga tidak seharusnya berputus asa sehingga sanggup mengambil jalan untuk menggugurkan kandungan.

"Ibu mengandung yang menghidap HIV perlu bertenang dan dinasihatkan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan khusus secepat mungkin agar bayi dalam kandungan tidak berisiko dijangkiti HIV.

"Jika janin sudah besar dan kandungan mungkin mencecah enam bulan ke atas, doktor akan mengalami sedikit kesukaran untuk menentukan kaedah rawatan yang sesuai.

"Risiko bayi untuk mendapat jangkitan akan turun satu peratus sekiranya mendapat rawatan awal,"katanya.

Ditanya mengenai proses kelahiran pula, Dr. Ilias berkata, doktor akan menyarankan si ibu hamil yang menghidap HIV untuk bersalin secara pembedahan.

Ini kerana sekiranya si ibu dibiarkan bersalin secara normal, risiko jangkitan kepada bayi adalah lebih tinggi.

Satu lagi fakta penting untuk si ibu yang dijangkiti HIV adalah mereka dinasihatkan untuk tidak menyusukan bayi.

Ujarnya, jika si bayi diberi minum susu ibu yang dijangkiti virus itu sejak lahir, dibimbangi akan berlakunya pemindahan HIV ke dalam sistem tubuh bayi hingga mengakibatkan sistem imun bayi menjadi lemah.

Pada masa sekarang, nisbah pesakit HIV wanita ialah daripada empat wanita, satu daripadanya positif HIV.

Ilias turut menolak stigma yang dilemparkan masyarakat yang mendakwa HIV boleh berjangkit melalui pelukan, ciuman atau perkongsian makanan.

"Bagi wanita yang menghidap HIV tidak perlu risau tentang anak-anak mereka kerana risiko untuk mereka dijangkiti adalah sama sekali tidak akan berlaku.

"Rawatan secara konsisten dan pengambilan ubat-ubatan seperti diarahkan doktor mampu memanjangkan hayat seseorang pesakit.

Malah, pengambilan ubat secara betul pada peringkat awal boleh menjadi perisai kepada pesakit daripada serangan penyakit lain termasuklah tibi," katanya.

Kajian juga mendapati virus HIV dalam badan pesakit juga semakin berkurang dan gagal dikesan hasil rawatan dan pengambilan ubat-ubatan yang berterusan.

Di Malaysia kerajaan melalui Kementerian Kesihatan tidak pernah mengabaikan golongan ini dan sentiasa memberikan bantuan seperti pemberian rawatan susulan secara percuma ke atas pesakit.

Justeru beliau berkata, wanita yang menghidap penyakit itu perlu bersikap optimis dan tidak menjadikan ia sebagai titik pengakhiran hidup. - NORAZLINA ISMAIL

Tiada ilmu kontraseptif

Posted: 01 Oct 2013 12:01 AM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar MOHD NAJIB MOHD NOR

Thomas Steffen (kiri) dan Dr. Suresh Kumarasamy dua dari kiri ketika melancarkan kempen Yes! It Takes Two (Ya! Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

SIKAP malu atau stigma sosial digambarkan sebagai halangan nombor satu rakyat Malaysia tidak mendapat ilmu yang cukup tentang kaedah pencegahan kehamilan.

Input ini diperoleh hasil daripada kaji selidik yang telah dijalankan oleh Bayer Healthcare ke atas 400 responden terdiri daripada lelaki dan wanita di Malaysia dan Singapura.

Kajian tersebut turut mendapati sebanyak 50 peratus responden berasa terlalu malu untuk berbincang dengan pakar penjagaan kesihatan profesional tentang keperluan pencegahan kehamilan( kontraseptif ) mereka.

Manakala satu pertiga lagi menganggap perbincangan tentang kaedah kontraseptif atau pendidikan seks adalah satu pantang larang.

Meskipun Malaysia sudah boleh dianggap sebagai negara membangun dan berjaya, hasil kaji selidik menunjukkan kekurangan pengetahuan dan kesedaran tentang kontraseptif di kalangan golongan muda amat membimbangkan.

Bersempena Hari Pencegahan Hamil Sedunia pada 26 September tahun ini, Bayer melancarkan kempen Yes! It Takes Two (Ya! Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi).

Salah maklumat

Satu daripada setiap tiga rakyat Malaysia baik lelaki atau perempuan mengakui sukar untuk mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai tentang kaedah untuk mencegah kehamilan.

Tinjau selidik itu juga mengenal pasti beberapa halangan yang dihadapi golongan muda dalam usaha mencari maklumat dan menambah pengetahuan tentang kontraseptif.

Halangan ini sebahagian besarnya berpunca daripada tekanan sosial. Selain itu, 50 peratus responden berasa terlalu malu untuk berbincang dengan pakar penjagaan kesihatan profesional tentang keperluan kontraseptif mereka.

Pengarah Urusan Bayer Co. (Malaysia) Sdn. Bhd., Thomas Steffen, berkata, pihaknya berhasrat menyediakan saluran bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat maklumat yang tepat dan tidak berat sebelah.

"Kami juga mahu mereka memahami pentingnya perbincangan tentang kontraseptif antara pasangan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi," jelasnya ketika memberi penerangan tentang kempen tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Suresh Kumarasamy berkata, apabila rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat maka akan menyebabkan banyak kehamilan yang tidak dirancang atau membawa kepada kesan lain.

"Kami mahu rakyat Malaysia menjaga kesihatan seksual mereka sendiri dan cuba berdialog secara terbuka dengan pakar penjagaan kesihatan profesional.

Kaedah kontraseptif

"Pelbagai kaedah kontraseptif boleh didapati di Malaysia. Setiap satu berbeza dari segi cara pemberian dan tempoh keberkesanan.

"Untuk membolehkan pasangan merancang kehidupan mereka dengan lebih baik, maka ilmu tentang perancangan keluarga perlu ada dalam diri setiap pasangan suami dan isteri," ujarnya.

Tambah Dr. Suresh, antara kaedah yang ada ialah kaedah hormon seperti kontraseptif oral, kontraseptif suntikan, implan, tampalan kontraseptif dan gegelang vagina.

Kaedah sekatan juga boleh diamalkan seperti kondom dan diafragma dan kaedah lain seperti pemandulan.

"Pasangan hendaklah berjumpa dengan pakar penjagaan kesihatan profesional mereka untuk membincangkan pilihan kontraseptif yang paling baik dan sesuai dengan keperluan mereka," jelasnya.

Kebanyakan wanita hanya mengetahui kontraseptif oral sebagai satu kaedah yang berkesan untuk merancang keluarga dan mencegah kehamilan.

Bagaimanapun ramai yang tidak menyedari tentang manfaat lain penggunaan pil kepada kesihatan.

"Kontraseptif oral memberi perlindungan daripada kanser tertentu seperti kanser endometrium dan kanser ovari di samping boleh membantu merawat jerawat," jelas Dr. Suresh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Projek RoL didakwa jadi punca

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

SEBAHAGIAN daripada kawasan projek RoL yang dilaksanakan merentasi kampung-kampung di Batu Caves, Gombak, Selangor. - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

SELAYANG 30 Sept. - Kelewatan kerja-kerja menaik taraf Sungai Batu di Batu Caves didakwa menjadi punca kepada kejadian banjir kilat yang sering melanda beberapa kampung di sepanjang jajaran sungai itu.

Kerja menaik taraf membabitkan penggantian jambatan baharu dan pelebaran sungai yang masih tergendala sehingga hari ini mengakibatkan penduduk Kampung Laksamana dan Kampung Nakhoda sering berhadapan banjir lumpur sejak beberapa tahun lalu.

Turut menjadi mangsa adalah penduduk Kampung Sungai Tua dan Kampung Sungai Kertas yang terpaksa bersedia setiap masa terutamanya ketika hujan lebat.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Laksamana, Mahmad Ismail berkata, banjir kali terakhir pada 13 September lalu menyebabkan penduduk sudah hilang sabar kerana terpaksa menanggung kerugian mencecah ribuan ringgit.

Menurut Mahmad, kerja-kerja menaik taraf itu sepatutnya siap pada April lalu, namun dilanjutkan ke Jun sebelum tergendala lagi sehingga Julai tahun ini.

Penduduk mengadakan tunjuk perasaan di jambatan yang didakwa menjadi punca kejadian banjir kilat melanda kampung mereka baru-baru ini.

"Terbaharu, kami dijanjikan pula kerja itu akan siap pada bulan ini, tetapi sudah hampir penghujung September masih tiada tanda-tanda akan siap kelihatan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Difahamkan, kerja-kerja naik taraf Sungai Batu dilaksanakan di bawah projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL).

Tambah Mahmad, perjumpaan bersama pihak terlibat juga sudah diadakan sebelum ini, malah pemaju turut meminta kebenaran untuk menutup jalan bagi memberi laluan kepada kerja melebarkan sungai.

"Namun, dalam tempoh penutupan itu tiada kerja dilakukan dan apabila penduduk mendesak baru mereka laksanakan tetapi hanya untuk seketika dan tidak nampak hasilnya," tegasnya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, bahagian bawah jambatan besi tersebut dipenuhi sampah sarap yang terperangkap selepas dihanyutkan air semasa banjir baru-baru ini.

Malah, permukaan sungai di bawah jambatan yang semakin mengecil itu berbanding hulunya menyebabkan aliran air melimpah ke rumah penduduk bersama lumpur.

‘Kami tak berani tinggalkan rumah’ - Penduduk

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

SELAYANG 30 Sept. - Jika hujan dikatakan membawa rahmat, lain pula ceritanya kepada penduduk empat buah kampung di Batu Caves di sini yang bimbang banjir akan melanda sekiranya hujan semakin lebat.

Mana tidaknya, setiap kali hujan lebat luar biasa melanda Kampung Laksamana, Kampung Nakhoda, Kampung Sungai Tua dan Kampung Sungai Kertas, kejadian banjir kilat hampir pasti akan berlaku.

Seorang penduduk, Sukardi Katiman, 61, berkata, penduduk kini bimbang untuk meninggalkan rumah masing-masing sekiranya cuaca menunjukkan tanda-tanda akan hujan.

Kalau keluar pun atas urusan penting dan tidak terlalu lama kerana bukan sekali kami dilanda banjir tetapi sudah berkali-kali sehingga kerugian tidak kurang daripada RM10,000 setiap kali banjir.

Kami juga terpaksa mengambil masa yang lama untuk membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur selain bau yang amat menyeksakan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sukardi berharap, kerajaan Pusat, kerajaan negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dapat mengatasi segera masalah itu.

Kami sudah tidak tahu ke mana untuk merayu, aduan pun sudah jemu untuk dilakukan kerana tiada tindakan proaktif diambil," ujarnya.

Seorang lagi penduduk, K. Bamah, 48, berkata, dia sekeluarga tidak mengharapkan apa-apa selain sebatang jambatan berdekatan kampung mereka yang dikatakan menjadi punca banjir kilat itu dinaik taraf segera.

Saya kini sangat susah hati kerana salah seorang anak akan berkahwin pada Disember depan, saya takut majlis tersebut akan tergendala sekiranya banjir melanda lagi rumah kami," katanya.

Sementara itu, Chin Be Yong, 43, berkata, mereka terpaksa membeli perkakas rumah yang baharu setiap kali banjir melanda kerana peralatan sedia ada tidak sempat diselamatkan.

Barang-barang penting termasuk dokumen memang tidak sempat diambil kerana air naik terlalu cepat dan saya juga perlu menjaga ibu yang berusia 78 tahun kerana tidak begitu sihat," katanya.

Kelewatan projek berpunca daripada isu setinggan - JPS

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan kelewatan kerja-kerja menaik taraf Sungai Batu di Batu Caves, antaranya disebabkan oleh kewujudan setinggan berhampiran lokasi dua buah kolam takungan.

Jurucakap Seksyen Hal Ehwal Korporat JPS berkata, selain itu kelewatan kerja-kerja itu juga disebabkan oleh kesukaran untuk membina sebuah jambatan baharu bagi menggantikan jambatan sedia ada yang kedudukannya berada di bawah talian penghantar elektrik.

Bagaimanapun ujarnya, masalah itu telah diselesaikan dengan mengubah kedudukan jambatan ke lokasi baharu seperti yang disyaratkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Kelewatan tersebut disebabkan isu setinggan di tapak cadangan lokasi kolam takungan No.1 dan No.3 yang kini sedang diselesaikan dengan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak.

"Namun, isu setinggan di kolam No.1 telah diselesaikan sementara menguruskan isu di kolam No.3," katanya dalam kenyataan akhbar kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, kerajaan Persekutuan melalui JPS telah meluluskan peruntukan bagi Projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) Sungai Batu Pakej 1/downstream dan Pakej 2/upstream di bawah program itu.

Projek di bawah Bahagian Projek Khas JPS itu telah bermula sejak 5 September 2011 dan akan berakhir pada 21 Oktober depan.

Katanya lagi, JPS Kuala Lumpur yang bertanggungjawab dalam mengawal operasi Empangan Batu turut menafikan dakwaan penduduk bahawa air empangan telah dilepas keluar ke Sungai Batu semasa banjir pada 13 September lalu.

"Tiada pelepasan air dari empangan dilakukan kerana paras air pada hari kejadian berada pada paras normal iaitu 102.3 meter dan jika memerlukan pelepasan air adalah pada ketinggian 103.5 meter.

"Sebaliknya, punca berlakunya banjir adalah disebabkan hujan lebat melebihi 80 milimeter dalam tempoh sejam di seluruh Kuala Lumpur dan Gombak.

"Aliran hujan mengalir masuk ke Sungai Batu dan disalurkan dengan baik dari kawasan Gombak ke Kuala Lumpur melalui Sungai Gombak dan akhirnya disalurkan ke Sungai Klang.

"Tetapi, kami mendapati limpahan air di kawasan penduduk berdekatan sungai itu akibat daripada halangan jambatan besi sedia ada yang masih belum dinaik taraf," katanya.

Tambah kenyataan itu, pihaknya akan segera membuka jambatan sedia ada dan membina jambatan baharu bagi mengelak aliran air Sungai Gombak terhalang.

"Kami akan segera menyiapkan kerja menaik taraf bagi meningkatkan kapasiti penyaluran air. Selain itu, kontraktor telah diminta menambah waktu kerja dan bilangan pekerja untuk mengatasi kelewatan di samping menambah bilangan pam air sepanjang pembinaan," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Belum ada had warga asing

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Mohamed Khaled

NUSAJAYA 30 Sept. - Kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan melaksana had pembelian harga rumah dari RM500,000 kepada RM1 juta yang dijual kepada warga asing bagi mengelak sebarang implikasi negatif.

Sebaliknya, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri akan mengkaji pendekatan lebih menyeluruh seperti mengawal pembelian mendadak daripada warga asing dan sebagainya.

Menurutnya, jika had harga rumah sedia ada itu dinaikkan hanya akan mendorong pemaju meningkatkan harga rumah.

"Kita sudah membuat perbincangan dan mengkaji dari segi implikasi kenaikan had tersebut dan kalau kita kata RM1 juta ke atas, semua orang akan buat rumah dengan harga itu, akhirnya tiada rumah bernilai di bawah RM1 juta.

"Ini akan menimbulkan satu lagi masalah," katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan negeri akan mengenakan had pembelian harga rumah kuota warga asing dari RM500,000 kepada RM1 juta di negeri ini.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek D'Pristine @ Medini yang dibangunkan D'Pristine @ Medini Sdn. Bhd. di atas tanah seluas 3.28 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.5 bilion, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri sering mementingkan pembangunan seimbang dan mempunyai fokus jelas supaya tiada mana-mana golongan lapisan masyarakat tercicir dalam mana-mana projek pembangunan di negeri ini.

Tambahnya, Johor Bahru yang sedang menuju ke arah menjadi bandar raya antarabangsa memerlukan hasil mantap dan mencukupi dan pembangunan dirancang tidak boleh mengandungi satu jenis sahaja sebaliknya per pelbagai.

"Kerajaan negeri akan cuba memenuhi keperluan semua golongan masyarakat supaya sentiasa melengkapi.

"Sebab itu, di samping kerajaan negeri cuba memenuhi keperluan masyarakat berpendapatan rendah dan pertengahan, kita juga tidak menghalang apa-apa pembangunan seperti yang kita dapati hari ini," katanya.

PLKN bukan tempat cari musuh - Ismail

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

ISMAIL Mohamad meniup wisel bagi memulakan pertandingan tarik tali dalam Program Khidmat Komuniti PLKN di Felcra Bukit Kepong, Pagoh, kelmarin.

PAGOH 30 Sept. - Sebanyak 200 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Pagoh dinasihatkan supaya tidak menjadikan pusat latihan itu sebagai tempat mencari musuh, sebaliknya peluang untuk menimba ilmu pengetahuan dan meluaskan hubungan persahabatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamad berkata, mereka perlu mengambil iktibar daripada insiden seorang pelatih lelaki mati di sebuah kem PLKN di Pahang, Isnin lalu dan kejadian seperti itu dapat dielakkan jika masing-masing bertolak ansur.

"Kita harap kejadian tersebut tidak akan berulang lagi dan semua pelatih harus mempraktikkan sepenuhnya disiplin yang diterapkan di kem berkenaan sepanjang mengikuti latihan itu.

"Ada bekas pelatih menubuhkan persatuan alumni untuk memastikan hubungan antara mereka tidak terputus meskipun telah berpisah selepas menamatkan latihan," katanya semasa merasmikan Program Khidmat Komuniti PLKN di Felcra Bukit Kepong, dekat sini semalam.

Yang turut hadir Komandan Kem PLKN Nasuha Pagoh, Leftenen Kolonel Razali Basri; Pengurus Felcra Bukit Kepong, Mohd. Noor Taib dan wakil Pegawai Penerangan Muar, Juraimi Ali.

Dalam kejadian di Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, Pahang, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, ditemui meninggal dunia di bilik air asramanya dipercayai bergaduh dengan beberapa pelatih lain.

Ismail amat berharap tempoh tiga bulan sepanjang mengikuti latihan itu dapat mematangkan peserta dengan pelbagai ilmu dan kemahiran, sekali gus menjadikan mereka golongan belia yang berketerampilan serta mempunyai jati diri tinggi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri berkata, mereka boleh memainkan peranan untuk membimbing rakan lain yang belum berpeluang mengikuti latihan itu.

"Menyumbangkan bakti kepada masyarakat juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab bekas pelatih sebagai menghargai jasa kerajaan memilih mereka menyertai latihan ini," katanya.

Sementara itu, Razali berkata, kesemua pelatih tersebut yang merupakan kumpulan tiga pada tahun ini menyertai program tersebut sebagai salah satu modul wajib diikuti.

"Dalam program ini, selain didedahkan dengan kehidupan masyarakat Felcra, pelatih turut terlibat dalam beberapa sukan rakyat, antaranya bola api, boling padang dan tarik tali bersama penduduk setempat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved