Selasa, 1 Oktober 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Agong lancar koleksi rencana Tuanku Zarith Sofiah

Posted: 01 Oct 2013 03:07 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan mencemar duli melancarkan buku koleksi rencana tulisan Sultanah Johor, Tuanku Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, On Common Grounds.

Koleksi setebal 234 muka surat berharga RM135 itu memuatkan 80 rencana tulisan baginda yang pernah disiarkan dalam kolum On Common Grounds dan Mind Matters yang masing-masing disiarkan oleh akhbar News Straits Times dan The Star.

Turut dimuatkan dalam buku suntingan bekas pengarang NST, Aishah Ali itu gambar-gambar koleksi peribadi Tuanku Zarith Sofiah.

Dalam titah baginda, Tuanku Zarith Sofiah menyatakan, menjadi kebanggaan bagi seorang penulis untuk melihat hasil karya mereka diterbitkan dan dapat dibaca oleh orang ramai selain daripada keluarga dan rakan-rakan.

"Menulis untuk sebuah akhbar membuka ruang untuk mencapai lebih ramai pembaca. Akhbar bersifat terkini dan pembacanya pula amat responsif dalam memberi maklum balas mengenai isu-isu semasa.

"Saya amat bersyukur dengan perkara ini kerana respons yang sedemikian akan sentiasa berhati-hati serta peka terhadap perkembangan semasa," titah beliau dalam majlis perasmian berkenaan.

Koleksi meja kopi itu kini boleh didapati di kedai-kedai buku utama di seluruh negara. - UTUSAN ONLINE

Bajet 2014 belanjawan untuk semua - KSN

Posted: 01 Oct 2013 01:26 AM PDT

PUTRAJAYA 1 Okt. - Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Oktober ini akan memberi penekanan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

"Ia akan menjadi belanjawan yang menyokong pertumbuhan, jadi penjawat awam sebagai rakyat juga akan menikmatinya (faedahnya)," kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Ditanya sekiranya soal gaji, kemudahan dan elaun untuk penjawat awam akan turut diumum dalam belanjawan ini, Ali berkata, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji tahunan dua kali buat penjawat awam tahun ini, selain menetapkan kenaikan gaji automatik sekurang-kurangnya tiga peratus kepada mereka yang telah mencapai gaji maksimum.

Selain itu, menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat kajian semula 86 elaun dalam pelbagai skim perkhidmatan awam, sebagaimana yang telah diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 Mac lepas.

"Keputusan kajian itu akan diumumkan bulan Disember nanti sebagaimana yang ditetapkan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2013 di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ali berkata, Hari Inovasi diadakan khusus untuk memartabatkan budaya inovasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Beliau berkata, Konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) diwujudkan bagi membolehkan penyampaian perkhidmatan dibuat dengan cepat, tepat dan berintegriti untuk rakyat.

"Sebagai penjawat awam, kita perlu mempraktikkan enam prinsip MPA yang menjadi sebahagian daripada budaya inovasi kerja iaitu bersikap terbuka dalam menerima maklum balas rakyat, rajin turun padang, bermusyawarah dengan pelanggan, mengukuhkan aspek insaniah, aspek kekitaan di kalangan penjawat awam, dan mewujudkan kerjasama strategik antara pihak awam, swasta dan badan bukan kerajaan," katanya. - BERNAMA

Kelantan digesa siasat pencemaran bahan kimia di Tumpat

Posted: 01 Oct 2013 01:25 AM PDT

GEORGE TOWN 1 Okt. - Sahabat Alam Malaysia (SAM) hari ini menggesa kerajaan Kelantan serta jabatan berkaitan menyiasat secara terperinci insiden pencemaran bahan kimia di Pengkalan Kubor, Tumpat, 23 September lepas.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, Presiden SAM, S. M. Mohamed Idris turut menggesa pihak berkenaan mendedahkan status semasa dan tindakan yang telah diambil bagi meredakan kebimbangan orang ramai.

Beliau turut menyarankan undang-undang berkaitan pembuangan sisa di tempat pelupusan sampah diperketat agar kegiatan pelupusan sisa berbahaya tidak mengancam kesihatan orang awam dan menjejaskan alam sekitar.

Dalam kejadian 10.44 malam itu, dua wanita berusia 23 dan 25 tahun mengalami sesak nafas dan gatal di seluruh badan selepas terhidu bahan kimia pereput ikan berhampiran pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved