Ahad, 21 Julai 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Chelsea libas Harimau Malaya

Posted: 21 Jul 2013 10:27 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dan FERZALFIE FAUZI
sukan @utusan.com.my

NORSHAHRUL Idlan Talaha (kanan) memaksa kapten Chelsea, John Terry bekerja keras apabila mengasak kubu The Blues pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi. Chelsea menang 4-1. - Utusan/Djohan Shahrin

SHAH ALAM - Malaysia XI telah memberikan yang termampu tetapi inilah realitinya, anak-anak buah Datuk K. Rajagobal jelas tidak mampu menandingi kualiti yang ada pada Chelsea apabila tewas 1-4 dalam perlawanan siri Jelajah Asia 2013 di Stadium Shah Alam, semalam.

Di hadapan 50,000 penonton, The Blues mempamerkan aksi kelas tinggi yang cukup berbeza dengan apa yang mereka pamerkan ketika menentang Pilihan Thailand di Bangkok melalui tempo permainan yang lebih pantas dan tersusun yang membuatkan Harimau Malaya terpaku sekali gus hajat untuk mengulangi pencapaian kekalahan 0-1 pada dua tahun lalu.

Empat jaringan Chelsea disumbangkan oleh tiga pemain muda mereka, Bertrand Traore, Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku manakala satu lagi gol melalui Victor Moses sementara pemain pertahanan, Mohd. Fadhli Shas menggembirakan seluruh penyokong Malaysia dengan jaringan tunggal pada minit ke-90.

Cuma aksi dalam tempoh lima minit terakhir perlawanan Harimau Malaya layak diberikan pujian dan hampir berjaya menambahkan gol kedua pada masa kecederaan menerusi Mohd. Nizad Ayub, namun dihampakan oleh Ashley Cole yang mengeluarkan bola di atas garisan.

Selain daripada itu, anak-anak buah Rajagobal terpaksa berhempas pulas sepanjang permainan memberi saingan kepada Chelsea dalam segenap aspek terutama pada aspek fizikal dan kepantasan yang ada pada skuad bimbingan Jose Mourinho.

Benteng pertahanan negara jelas berdepan kesukaran untuk bertarung dengan kelincahan dua penyerang Chelsea, Romelu Lukaku dan Demba Ba yang sering kali mudah mengatasi kawalan Mohd. Aidil Zafuan dan rakan-rakan.

Ketika permainan baru sahaja memasuki minit ke-6, Traore tidak menunggu lama meletakkan The Blues di hadapan dengan sepakan leret kencang yang mudah menewaskan Farizal Marlias hasil gerakan De Brunye.

Harimau Malaya dapat memberikan sedikit ancaman pada pertengahan babak pertama dan K. Gurusamy terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-22 apabila bola percubaannya dalam kotak penalti sempat ditampan keluar oleh barisan pertahanan Chelsea.

Chelsea melebarkan kedudukan pada minit ke-29 dengan jaringan daripada De Brunye yang melepaskan rembatan kencang dalam kotak penalti tetapi gol itu terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila pemain muda Belgium itu terpaksa dikeluarkan kerana mendapat kecederaan.

Ketika permainan hanya menunggu masa ditamatkan pada babak pertama, Lukaku memastikan namanya berada dalam senarai penjaring selepas bijak memanfaatkan hantaran Branislav Ivanocic.

Di babak kedua, Moses menambah pesta jaringan The Blues pada minit ke-89 selepas Farizal gagal menampan keluar bola rembatan leret di dalam kotak penalti.

Akhirnya jaringan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat Malaysia tercapai jua pada masa kecederaan apabila Fadhli memanfaatkan situasi kelam kabut di hadapan pintu gol Chelsea dengan tandukan cantik yang menewaskan penjaga gol nombor satu The Blues, Peter Cech.

Presiden FAP berundur

Posted: 21 Jul 2013 10:27 AM PDT

Oleh MOHD.FIRDAUS ISMAIL
sukan@utusan.com.my

PULAU PINANG - Skuad bola sepak Harimau Kumbang menerima tamparan hebat menjelang saingan Liga Perdana Musim depan apabila kehilangan 'orang nombor satu' Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

Ini berikutan tindakan Presiden FAP, Mohd. Foaz Abdul Hamid meletak jawatan daripada terus memimpin FAP sejak setahun lalu.

Mohd. Foaz berkata, beliau membuat keputusan itu untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya baharu selepas membimbang FAP musim ini dan berjaya membawa pasukan berkenaan ke Liga Perdana musim depan.

"Saya akui cabaran menguruskan sebuah pasukan bola sepak bukanlah semudah yang disangka.

"Sepanjang memimpin FAP, banyak pengorbanan yang telah saya lakukan termasuklah dari segi wang ringgit. Tugas mencari penaja pula juga sangat mencabar dan tidak mudah untuk menarik syarikat-syarikat berkenaan membuat pelaburan untuk pasukan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Musim ini, skuad Harimau Kumbang yang dibimbing Merzagua Abderrazzak menjuarai Liga FAM sekaligus layak beraksi dalam Liga Perdana musim depan selepas dua musim beraksi dalam liga kelas ketiga.

Ditanya mengenai calon pengantinya, Mohd. Foaz berkata, satu sidang akhbar akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti bagi mengumumkan perkara berkenaan.

"Saya sendiri yang cari pengganti dan yakin beliau mampu meneruskan tugas saya membimbing FAP.

"Musim depan penting bagi Pulau Pinang kerana akan bersaing dalam Liga Perdana yang mana dibarisi pasukan hebat dan saingan lebih sukar," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


17 askar Mesir maut kemalangan jalan raya

Posted: 21 Jul 2013 11:23 AM PDT

KAHERAH 22 Julai - Sekurang-kurangnya 17 tentera Mesir terbunuh manakala lebih 30 lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas dan lori di wilayah Beheira, di Delta Nil, semalam.

Menurut sumber, bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di lebuh raya El-Alamein dengan tujuh daripada mereka yang maut merupakan pegawai tentera.

Katanya, angka awal mendedahkan sebanyak 15 askar terkorban namun dua lagi meninggal dunia di hospital akibat cedera parah. - AFP

3 terbunuh terkena kipas helikopter

Posted: 21 Jul 2013 11:22 AM PDT

MOSCOW 22 Julai - Sebuah helikopter yang membuat pendaratan kecemasan terbalik dan membunuh tiga penumpang termasuk dua rakyat Britain dalam kejadian yang berlaku di Far North Rusia, semalam.

Dua rakyat Britain itu yang menyertai ekspedisi memancing di daerah pedalaman Murmansk bersama seorang penterjemah terbunuh setelah terkena kipas helikopter ketika pesawat itu mendarat pada bahagian tepi.

"Dua pelancong rakyat Britain dan penterjemah mereka terbunuh dalam kemalangan itu setelah terkena kipas pesawat," kata Jawatankuasa Penyiasatan dalam satu kenyataan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bekalan ayam Pahang cukup

Posted: 21 Jul 2013 10:27 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

RAUB 21 Julai - Bekalan ayam sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri di negeri ini mencukupi bagi memenuhi keperluan pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepengunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin (gambar) berkata, sebanyak 90,000 kilogram hingga 120,000 kilogram ayam diperlukan di negeri ini setiap hari dan jumlahnya akan meningkat pada bulan Ramadan dan musim perayaan kepada 180,000 hingga 240 kilogram.

Menurut beliau, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang telah membuat persediaan awal bagi memastikan pengguna tiada masalah untuk mendapatkan bekalan berkenaan.

"Masalah yang berlaku ketika ini adalah disebabkan harga ayam yang dijual di pasar basah, pasar malam dan pasar tani adalah berbeza.

"Namun, kebanyakan peniaga masih menjual pada harga tidak melebihi RM9 sekilogram dan bekalan daging itu pula adalah mencukupi.

"Terdapat 384 ladang ternakan ayam berdaftar di Pahang dengan pemborong sebanyak 25 orang yang membekal lebih 90,000 kilogram daging itu setiap hari ke seluruh negeri ini," katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Lebih 300 penduduk berbuka puasa bersama Tengku Abdullah

Posted: 21 Jul 2013 10:27 AM PDT

Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah ditemani Tunku Azizah menyampaikan sumbangan Ramadan kepada peserta di Taman Agropolitan Lepar, Pekan, Pahang, baru-baru ini.

PEKAN 21 Julai - Lebih 300 penduduk Taman Agropolitan Pekan di Batu 8, Lepar di sini diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, Tengku Abdullah turut berkenaan menyampaikan sumbangan kepada 100 peserta Agropolitan berkenaan dan 32 penduduk tempatan sebagai persediaan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Selain berbuka puasa, Tengku Abdullah turut bersama menunaikan solat sunat tarawih bersama-sama penduduk.

Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakanda baginda iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Ishak Muhamad; Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Khairudin Mahmud.

Terdahulu dalam ucapannya, Khairudin berkata, penduduk Taman Agropolitan di sini amat gembira dengan keberangkatan baginda untuk berbuka puasa bersama rakyat.

Menurutnya, selain majlis berbuka puasa, Tengku Abdullah tidak melupakan nasib golongan tidak bernasib baik yang diraikan menerusi bantuan Hari Raya Aidilfitri.

"Selain itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun," katanya.

RapidKuantan ubah laluan sementara

Posted: 21 Jul 2013 10:27 AM PDT

KUANTAN 21 Julai - Sebanyak enam daripada 12 laluan bas RapidKuantan akan menjalani perubahan sementara berikutan beberapa jalan utama di bandar ini akan bertukar menjadi sehala bagi mengurangkan kesesakan bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Zohari Sulaiman berkata, laluan yang terlibat adalah Laluan 200 Hentian Bandar-Teluk Cempedak, Laluan 201 Hentian Bandar-Taman Gelora dan Laluan 302 Hentian Bandar-Indera Mahkota 1.

"Selain itu turut telibat adalah Laluan 500 Hentian Bandar-Sungai Lembing, Laluan 301 Hentian Bandar-Bukit Sagu dan Laluan 401 Hentian Bandar-Kampung Ubai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, jalan-jalan yang terlibat dalam perubahan trafik ini adalah Jalan Penjara, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Tun Ismail, Jalan Beserah, Jalan Teluk Sisek dan Jalan Besar.

"Enam lagi laluan RapidKuantan adalah sama dan tidak berubah. Bagaimanapun kekerapan bas dan tambang untuk kawasan yang terlibat akan tetap sama," katanya.

Beliau memberitahu, langkah ini adalah selaras dengan keputusan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk menukar beberapa jalan dua hala ke satu hala untuk tempoh percubaan selama tiga bulan dari 22 Julai hingga 21 Oktober sebagai inisiatif untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, maklumat mengenai perubahan ini boleh didapati di laman web rapidKuantan www.rapidkuantan.com.my atau www.facebook.com/RapidKuantan.

"Orang ramai juga boleh menghubungi RapidKuantan di talian 09-5663686 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perubahan ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Gajet canggih bantu suri rumah

Posted: 20 Jul 2013 11:14 AM PDT

Memasak lebih menyeronokkan dengan ketuhar gelombang mikro perolakan MC455.

RAYA sudah dekat! Sudah tentu suri rumah yang paling sibuk, mana hendak membuat persiapan Aidilfitri seperti membuat kuih, mana hendak mengemas rumah yang berhabuk dan menghabiskan masa bersama-sama keluarga.

Tambahan pula sekarang, kos mengambil pembantu rumah semakin mahal.

Kini suri rumah tidak perlu bimbang jika mereka kekurangan masa untuk membuat segalanya kerana Samsung Electronics mengeluarkan gajet yang boleh membantu.

Ekoran kejayaan ketuhar gelombang mikro pintar yang terbina dalam fungsi memasak, Samsung memperkenalkan ketuhar gelombang mikro perolakan terkini model MC455 bagi menggalakkan lebih ramai pengguna hidup dengan sihat.

Ketuhar gelombang mikro MC455 dengan muatan 45 liter memastikan pengguna dapat menyediakan makanan lazat untuk keluarga, tetapi pada kapasiti lebih besar terutama menjelang musim perayaan.

Pelbagai mod memasak ketuhar gelombang mikro perolakan baru ini membolehkan suri rumah memasak dengan lebih kreatif.

Mereka boleh memilih daripada gelombang mikro, perolakan, panggang dan terkini penapaian.

Ketuhar gelombang mikro MC455 Sense Teknologi Pintar membolehkan pengguna menyediakan makanan sihat dan lazat melalui penderia terbina dalam.

Penderia berupaya mengesan kelembapan permukaan makanan, mengira masa memasak yang dioptimumkan dan kuasa sebelum memulakan proses memasak.

Pengarah Urusan, Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd, Kwon Jae Hoon berkata, peralatan digital Samsung direka bagi membantu pengguna.

"Kami akan terus menawarkan mereka perspektif yang segar dalam ruang peralatan rumah.

"Usaha berterusan Samsung dalam mewujudkan inovasi maju untuk pengguna menyebabkan kami melengkapkan segala peralatan digital dengan ciri-ciri dan prestasi yang tinggi," katanya.

Berbekalkan teknologi terkini dan pemahaman mendalam tentang keperluan dan gaya hidup pengguna yang berbeza, Samsung berharap dapat menawarkan pengalaman hidup baru kepada pengguna.

Masakan Sihat buat Keluarga SihatBagi memastikan kebersihan, Samsung melapisi sepenuhnya bahagian dalam ketuhar gelombang mikro MC455 dengan seramik enamel untuk melindungi makanan daripada pencemaran bakteria.

Kajian yang dijalankan oleh Institut Hohenstein - sebuah pusat penyelidikan antarabangsa terkemuka Jerman, mendapati enamel seramik menawarkan perlindungan anti-bakteria 99.9 peratus. Malah, enamel seramik tujuh kali tahan karat daripada teras gelombang mikro lain.

Permukaannya tahan calar dan kukuh tidak berubah warna walaupun selepas lama digunakan.

Apabila ditambah dengan ciri-ciri inovatif Samsung - Stim Bersih - ketuhar gelombang mikro perolakan MC455 menjadi alat memasak state-of-the-art yang memberi rasa lebih enak dan membersih mudah tanpa bahan pencuci kimia.

Pengguna hanya perlu meletakkan satu bekas khas yang diisi air dan tekan mod bersih dan ketuhar gelombang mikro akan melakukan proses pembersihan menggunakan wap air hingga ke bahagian paling rumit.

Proses ini bukan saja membersihkan ketuhar tetapi juga menghilangkan bau kurang menyenangkan setelah lama digunakan.

Bagi meningkatkan pengalaman pengguna, Samsung MC455 dimuatkan dengan ciri-ciri tambahan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna.

Mudah membersihkan rumah dengan vakum robot NaviBot-S.

Pertama sekali, paparan luas membolehkan pengguna melihat juadah yang sedang dimasak, manakala kawalan automatik membolehkan pengguna yang kurang arif mengenai masa dan suhu sesuai membiarkan Samsung MC455 melakukannya.

Samsung MC455 datang dengan aksesori, jadi pengguna tidak perlu bimbang untuk mencari item tambahan sebelum memasak.

Dulang seramik lebar yang luas dan amat berguna untuk memasak seperti lasagnas dan pai dalam mod perolakan.

Permukaan dulang licin dan tahan lama senang untuk dibersihkan memudahkan pengguna memasak hidangan seterusnya.

Penggemar roti dan dadih kini boleh menikmati roti dan yogurt buatan sendiri, kerana ciri penapaian yang ada di dalam ketuhar gelombang mikro perolakan.

Samsung MC455 dijual pada harga RM1,799 dan boleh didapati di semua kedai Samsung dan peniaga terpilih.

Selepas memasak, tentu saja suri rumah perlu membersihkan rumah yang berhabuk dan bersepah.

Rumah yang bebas kotoran dan habuk memberikan persekitaran hidup sihat dan lebih selesa.

Bagi membantu suri rumah yang sibuk, Samsung memperkenalkan versi baru dan lebih baik daripada pembersih hampagas robot NaviBot iaitu NaviBot-S yang lebih bijak berbanding sebelumnya.

"Peralatan digital Samsung ini direka untuk membantu suri rumah mengurangkan beban membersihkan rumah.

"Hasilnya, kami sentiasa memperbaiki kaedah pembersihan dengan teknologi inovatif bagi menjadikan kehidupan seharian lebih mudah,"kata Kwon Jae Hoon.

Direka untuk memaksimumkan kemudahan, NaviBot-S datang dengan Sistem Auto Debu.

Fungsi habuk secara automatik mengeluarkan habuk dari pembersih hampagas dipasang di stesen pengisian.

NaviBot-S juga dilengkapi dengan sensor Kesedaran Debu untuk pembersihan kawasan lebih baik.

Dengan ciri ini, NaviBot-S dapat mengesan kawasan berdebu dan membersihkannya berkali-kali, sehingga benar-benar bersih.

Samsung NaviBot-S dilengkapi teknologi revolusi yang memenuhi keperluan pengguna dengan keupayaan melaksanakan tugas pembersihan menyeluruh tanpa pengawasan.

Sistem perisian Samsung NaviBot-S dinaik taraf dengan MappingTM Plus yang membolehkan pembersihan lebih cepat, tanpa menjejaskan keberkesanannya.

Tidak seperti pembersih hampagas robot konvensional, NaviBot-S dapat kembali ke lokasi terakhir dan meneruskan pembersihan selepas membuang isi sampahnya.

NaviBot-S datang dalam reka bentuk nipis dan anggun, membolehkan pembersihan di kawasan sempit dengan berkesan.

Reka bentuk ultra nipis 800 mm NaviBot-S adalah 11 peratus lebih nipis berbanding sebelumnya, dan dengan mudah pergi ke ruang sempit seperti bawah sofa, untuk membersihkan tanpa menjejaskan prestasi pembersihan.

Jangan bimbang jika ada anak kecil kerana NaviBot-S akan berhenti apabila diangkat dan tidak berbahaya kepada kanak-kanak.

Dengan NaviBot-S, pengguna boleh kembali ke rumah untuk persekitaran yang bersih, dengan hanya memprogram pembersih vakum robot seminggu sekali.

Samsung NaviBot-S dijual pada harga RM2,999 dan boleh didapati di semua kedai-kedai Samsung.

Untuk maklumat lanjut mengenai peralatan digital Samsung, sila layari www.samsung.com / my atau halaman facebook Samsung Malaysia www.facebook.com / samsungmalaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Voluntourism@Central Market bangkit semangat kesukarelawan

Posted: 20 Jul 2013 11:14 AM PDT

Kumpulan Suci dari Kuala Lumpur mempersembahkan irama qasidah pada program Voluntourism@Central Market, KL dan Qasidah - Irama dan Lagu di Pasar Seni, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 20 Julai - Orlaith Inc. Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Wilayah Persekutuan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan program Voluntourism@Central Market dan Qasidah-Irama serta Lagu di Pasar Seni hari ini bagi menimbulkan semangat kesukarelaan dalam kalangan masyarakat.

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Suziyana Natasya Abdullah, program itu diadakan bagi mengumpul seramai mungkin sukarelawan untuk bersama-sama membantu membersihkan sesuatu kawasan, sekali gus menjayakan inisiatif 1Malaysia Green 1Malaysia Clean di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Katanya, selain itu program tersebut juga mengetengahkan seni irama qasidah yang dilihat mampu membantu menangani masalah sosial dalam kalangan remaja di negara ini.

"Qasidah ini dialunkan dengan lirik yang menyatakan kecintaan terhadap Allah serta Rasul dan seterusnya diharapkan dapat menimbulkan kesedaran kepada mereka yang menghayatinya.

"Selain itu, program ini juga merupakan platform untuk memupuk semangat kesukarelaan, khususnya dalam membantu meningkatkan kebersihan, seterusnya menaikkan imej sektor pelancongan serta kebudayaan negara ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Program Voluntourism@Central Market yang dianjurkan itu berjaya menarik lebih 300 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan pekerjaan.

Malah, restoran terkemuka D'Tandoor juga sudi menjadi penaja makanan bagi berbuka puasa serta menyediakan kira-kira 1,000 pek makanan bagi diedarkan kepada orang ramai yang berada di sekitar Pasar Seni.

Mengulas lanjut, Suziyana memberitahu, pemilihan Pasar Seni sebagai lokasi program kerana di situ merupakan tempat tumpuan pelancong dan seterusnya dapat mendedahkan keindahan irama qasidah kepada mereka.

"Kami juga ingin melihat program ini dapat menyuntik minat masyarakat serta pelancong mempelajari irama qasidah agar budaya seni negara itu tidak hilang dek kemajuan zaman.

"Malah, dengan memuji Allah SWT melalui qasidah itu juga sebenarnya satu ibadah," ujarnya.

52 masjid, surau terima sumbangan PM

Posted: 20 Jul 2013 11:14 AM PDT

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 20 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyalurkan sumbangan sempena Ramadan kepada tujuh masjid dan 45 surau bagi kawasan Parlimen Shah Alam.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin (gambar) kepada pengerusi dan wakil ahli jawatankuasa masjid dan surau terlibat.

Menurut Ahmad Nawawi, pihaknya berharap menerusi sumbangan tersebut, masjid dan surau dapat mengadakan program keagamaan yang akan memeriahkan lagi sambutan Ramadan tahun ini.

"Hari ini kita menyampaikan sumbangan kepada wakil surau dan masjid, yang mana masing-masing menerima RM300 bagi setiap surau dan RM500 bagi setiap masjid.

"Sebanyak 21 surau dan empat masjid dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dan 24 surau dan tiga surau dari DUN Kota Anggerik menerima sumbangan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia selepas majlis penyampaian sumbangan tersebut di bangunan UMNO bahagian di sini hari ini.

Ahmad Nawawi berkata, sumbangan tersebut membuktikan sikap prihatin Perdana Menteri kepada penduduk Selangor amnya dan umat Islam di bandaraya ini khususnya.

"Walaupun Selangor ditadbir oleh kerajaan pembangkang, kebajikan rakyat negeri ini tidak pernah sama sekali diabaikan oleh kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional (BN) terutama sempena sambutan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini," katanya.

Selain sumbangan wang tunai, setiap wakil surau dan masjid menerima kurma, kain pelikat, kain ihram dan air zam zam.

PAUiTM bawa 46 anak yatim, miskin beli-belah

Posted: 20 Jul 2013 11:14 AM PDT

KLANG 20 Julai - Seramai 46 orang anak yatim dan miskin dari Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Sungai Pinang, di sini bertuah apabila dibawa membeli-belah kelengkapan serta pakaian sempena hari raya oleh Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) hari ini.

Kesemua anak yatim dan miskin tersebut dibawa ke pusat beli-belah Jusco di Bukit Raja, di sini dan masing-masing diiringi lebih 40 sukarelawan yang terdiri daripada bekas pelajar universiti itu.

Presiden PAUiTM, Datuk Zaini Hassan berkata, aktiviti kebajikan tersebut merupakan antara aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan itu di bawah program Pelajaran Rumah Anak Yatim (P.R.A.Y) yang dilaksanakan Biro Pembangunan Alumni PAUiTM.

"Menerusi aktiviti kebajikan seperti ini, diharapkan golongan anak-anak yatim dan miskin ini dapat bersama-sama menikmati kemeriahan suasana hari raya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Yang hadir sama pada majlis itu ialah Naib Presiden PAUiTM, Datin Seri Azlina Ahmad.

Mengulas lanjut mengenai program tersebut, Zaini turut menyatakan ia selaras dengan matlamat PAUiTM untuk mengubah nasib anak yatim dan miskin yang bukan hanya dari segi menjaga keperluan hidup mereka semata-mata tetapi turut melibatkan soal pelajaran mereka pada masa depan.

"Justeru, untuk mencapai matlamat berkenaan, PAUiTM adalah satu platform yang dapat membantu golongan tidak bernasib baik ini meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik. Pada masa yang sama, usaha ini dapat mendekatkan diri anak-anak yatim dan miskin ini kepada UiTM.

"Mereka akan mengenali UiTM dan diharapkan akan meneruskan kecemerlangan di universiti ini kelak," ujarnya yang turut menyatakan PAUiTM memperuntukkan RM350 bagi setiap anak yatim untuk program membeli-belah itu.

Program meraikan anak-anak yatim tersebut yang berumur antara enam dan 17 tahun itu turut dimeriahkan lagi dengan majlis berbuka puasa yang diadakan di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Sungai Pinang selain mengadakan solat sunat tarawih.

Dalam majlis itu juga, PAUiTM turut menyumbangkan peralatan komputer termasuk penyambungan kemudahan internet kepada rumah anak-anak yatim dan miskin berkenaan.

Selain itu, persatuan tersebut turut menyediakan langganan pembelajaran dan penilaian kendiri secara atas talian (online) termasuk khidmat bimbingan khusus kepada anak-anak yatim dan miskin di rumah kebajikan itu yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jumlah keseluruhan sumbangan bantuan pembelajaran yang disalurkan oleh PAUiTM itu dianggarkan berjumlah RM15,000.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


3 perkara utama majukan Pontian

Posted: 20 Jul 2013 11:14 AM PDT

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dalam Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa bersama penduduk di Masjid Jamek Bandar Pontian, kelmarin. - Mingguan/Muhammad Zikri

PONTIAN 20 Julai - Tiga perkara utama akan diberikan tumpuan bagi membolehkan Pontian terus menikmati pembangunan seimbang.

Perkara tersebut ialah penempatan penduduk di beberapa kawasan rizab kerajaan termasuk rizab sungai, pelebaran jalan raya Pontian-Johor Bahru dan memasukkan seluruh daerah itu ke dalam Iskandar Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri akan mengusahakan penempatan yang baharu untuk mereka yang mendiami rizab kerajaan dan rizab sungai memandangkan golongan tersebut berdepan dengan risiko banjir, air pasang besar dan pelbagai perkara berkaitan.

"Perkara ini telah dibangkitkan oleh Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon semasa taklimat pembangunan dan jelas ia merupakan keutamaan kepada penduduk yang terlibat dan menjadi harapan pentadbiran daerah untuk melihat tiada lagi penempatan sedemikian pada masa depan sejajar dengan kepesatan pembangunan.

"Kertas kerja mengenai penempatan semula sedang diperincikan oleh Pejabat Daerah Pontian dan diharap dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun ini," katanya semasa berucap dalam Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa bersama penduduk di Masjid Jamek Bandar Pontian, di sini semalam.

Dalam majlis itu turut disampaikan sumbangan sempena Ramadan kepada 100 penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim, saudara baharu, pelajar institusi pengajian tinggi, hafiz al-Quran, ibu tunggal serta golongan kurang berkemampuan.

Mohamed Khaled berkata, pelebaran jalan Pontian-Johor Bahru melalui bandar Pekan Nanas juga penting bagi mengatasi masalah kesesakan terutama pada waktu puncak yang menjadi keluhan penduduk daerah ini yang berkerja di Johor Bahru, Nusa Jaya, Gelang Patah dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Mercun, rokok seludup bernilai RM15,000 dirampas

Posted: 20 Jul 2013 11:14 AM PDT

Zainuddin Yaacob (dua, kanan) menunjukkan mercun yang berjaya dirampas dari sebuah bazar Ramadan dalam sidang akhbar di Balai Polis Majidee, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 20 Julai - Polis menahan empat lelaki dan merampas mercun serta rokok bernilai RM15,000 dalam serbuan di sebuah bazar Ramadan dan sebuah rumah di Kampung Melayu Majidee di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, dalam serbuan di bazar Ramadan kelmarin, pihaknya merampas mercun dan bunga api bernilai RM8,000.

Katanya, dalam serbuan semalam pula, pihaknya merampas pelbagai jenis rokok bernilai RM7,000 di sebuah rumah.

"Dalam dua serbuan itu, kita menahan empat lelaki berusia 22 hingga 53 tahun," katanya dalam sidang akhbar di balai Polis Majidee di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan itu ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 74 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1973 dan Akta Kastam 1967 bagi kesalahan menyeludup rokok.

Zainuddin seterusnya memberitahu, pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan menerusi operasi ke atas pembekal atau individu yang menjual mercun.

"Saya juga meminta ibu bapa memantau anak masing-masing supaya tidak terlibat membakar mercun atau membuat mercun buatan sendiri," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Kerja lasak pilihan Azra

Posted: 20 Jul 2013 11:14 AM PDT

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto NOOR AZLINA JAAFAR

Nama: Azra Dahiyah Alias
Umur: 26 tahun
Kerjaya: Jurutera
Asal: Kuala Lumpur

TERPESONA melihat keanggunan personaliti ini. Ralit memerhati dia bercerita. Butir kata-kata lancar dan wajah bersahaja. Siapa sangka wanita berperwatakan lemah-lembut ini sebenarnya jurutera Tenaga Nasional Berhad.

Azra Dahiyah Alias, 26 berjaya membuktikan wanita muda mampu memikul kerjaya yang didominasi oleh lelaki.

Menceritakan pelbagai pengalaman manis serta cabaran pekerjaannya, Azra sangat gembira kerana berpeluang menerokai kerjaya ini yang memang diidamkan sejak sekolah menengah lagi.

"Sebenarnya ia sama seperti kerja lain yang ada cabaran sendiri. Mungkin kerana kebanyakan jurutera ialah lelaki membuatkan orang ramai berpendapat pekerjaan ini kurang sesuai untuk wanita. Cuma, kadang-kadang sukar memberi arahan kepada kakitangan lelaki.

Apa yang saya lakukan adalah dengan memberi arahan secara profesional dan menghormati mereka," katanya yang menjadikan ibunya yang juga jurutera sebagai idola.

Kerjayanya sebagai jurutera juga memberikannya pengalaman baru apabila perlu menghadiri mesyuarat di dalam dan luar negara.

Pada masa lapang, Azra gemar melakukan aktiviti sukan lasak seperti walk climbing.

''Saya sudah terbiasa aktif bergerak dan rasanya hidup kurang sempurna bila tidak berkeringat. Memanglah terasa 'sakit' pada awal-awal puasa tetapi bila sudah terbiasa, rasanya ia bukan satu masalah atau alasan yang besar," ceritanya tentang aktiviti pada Ramadan ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


CUEPACS mahu penjawat awam lebih berdedikasi laksana tugas

Posted: 20 Jul 2013 11:08 PM PDT

KUALA BESUT 21 Julai - Penjawat awam digesa meningkatkan dedikasi selain ikhlas dalam melaksanakan tugas selaras dengan pelbagai kemudahan dan insentif yang diberi kerajaan kepada mereka.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, mereka juga perlu mengubah minda daripada menumpukan perhatian terhadap tuntutan kebajikan kepada membantu kerajaan meningkatkan sistem penyampaian.

"Penjawat awam dituntut mahir dalam peranan mereka bagi membantu kerajaan yang telah banyak melayan pelbagai tuntutan yang dikemukakan yang tidak selalu diperoleh di negara lain," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau turut menasihatkan penjawat awam menjalani pemeriksaan kesihatan apabila umur mencecah 40 tahun bagi memastikan mereka berada dalam keadaan yang terbaik untuk terus berkhidmat sehingga umur persaraan.

"Kita tidak mahu ada penjawat awam yang tidak sihat tetapi masih meneruskan perkhidmatan mereka sehingga 60 tahun yang pasti tidak akan membantu dalam meningkat prestasi perkhidmatan awam," katanya.

Aman Palestin rayu sumbangan baik pulih Masjid Al-Aqsa

Posted: 20 Jul 2013 11:22 AM PDT

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

BANGI 21 Julai - Badan amal membantu rakyat Palestin, Amal Palestin Berhad (Aman Palestin) merayu rakyat Malaysia untuk menyumbang dalam membantu membaik pulih Masjid Al-Aqsa di Tebing Barat, Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Sufian Awang Piut berkata, sehingga kini pihaknya berjaya berkerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) di Tebing Barat untuk menyalurkan dana membaik pulih Masjid Al-Aqsa.

"Alhamdulillah, malam ini sahaja kita berjaya mengutip sumbangan RM60, 000 untuk program Iftar Amal Sempena Membaik Pulih Masjid Al-Aqsa.

"Malah sehingga kini kita berjaya menghantar kira-kira RM750,000 ke Palestin termasuk RM320,000 dihantar ke Gaza, RM256,000 ke Masjid Al-Aqsa dan RM96,000 ke khemah-khemah pelarian rakyat Palestin di Lebanon," katanya selepas program Iftar Amal anjuran Aman Palestin dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Hulu Langat di sini malam tadi.

Awang Sufian turut berkata, pihaknya mendapat kerjasama Muasasah Al-Quds, NGO di bawah Syeikh Raed Solah, Baitul Zakat Jenin dan Jamiatul Nisa' Dr. Iqrimah Sobri untuk menyalurkan dana ke Masjid Al-Aqsa.

Ini kata beliau membolehkan NGO-NGO tersebut membeli peralatan pembersihan dan keperluan lain untuk proses membaik pulih Masjid Al-Aqsa.

"Israel sedang berusaha untuk memusnahkan kompleks Masjid Al-Aqsa sejak tahun 1967.

"Jadi, keperluan untuk mengimarahkan Al-Aqsa perlu ada untuk menghalang tindakan itu berterusan. Namun mereka memerlukan dana ekoran rakyat Palestin masih tertindas di negara sendiri.

"Kerjasama yang kita peroleh dengan NGO-NGO di Tebing Barat memudahkan dana disalurkan terus ke Al-Aqsa," katanya.

Terdahulu pada program Iftar Amal itu juga, Isma Cawangan Hulu Langat turut menyerahkan sumbangan RM30,000 kepada imam Gaza, Sheikh Walid Mustafa Salim.

Selain itu, Aman Palestin turut meraikan 93 anak-anak yatim dari Rumah Amal Belaian Kasih, Ampang dan Rumah Peribadi Mulia, Kajang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Aman Palestin melalui laman web

3 parti Cina BN bergabung

Posted: 20 Jul 2013 11:14 AM PDT

Oleh muzdalifah mustapha
pengarang@utusan.com.my

Chang Ko Youn

KUALA LUMPUR 20 Julai - Gerakan, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) akan mengadakan perbincangan rasmi tentang pembentukan satu parti baharu yang berasaskan kaum Cina selepas kesemuanya selesai mengadakan pemilihan.

Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, perbincangan yang julung kali akan diadakan itu menjurus kepada kepentingan untuk mewujudkan satu entiti parti kaum Cina yang menggabungkan kesemua parti Cina dalam Barisan Nasional (BN).

''Saya bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui telah berbincang tentang perkara ini beberapa kali sebelum ini. Bagaimanapun keputusan tentangnya perlu dicapai hanya selepas semua parti memilih barisan kepimpinan yang baharu, mungkin selepas Oktober.

''Sekarang yang penting, MCA perlu memperbaiki isu dalaman, Gerakan juga. Untuk mewujudkan sebuah parti baharu bukan semudah yang disangka, bukan MCA masuk Gerakan dan Gerakan masuk MCA. Kita berbeza. Ini yang perlu dibincangkan,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ko Youn berkata, dalam usaha untuk menggabungkan kesemua parti yang ada kini semua pihak perlu memikirkan tentang satu parti untuk semua kaum memandangkan keahlian Gerakan dan SUPP bukan sahaja terdiri daripada kaum Cina tetapi Melayu, India, Kadazan dan Iban.

Sehubungan itu katanya, di samping mewujudkan satu parti baharu berasaskan kaum Cina, cadangan untuk mewujudkan satu parti baharu berasaskan semua kaum amat perlu atau hanya satu parti iaitu BN.

Terdahulu Ko Youn yang mempengerusikan mesyuarat Gerakan hari ini memberitahu, pihaknya mencadangkan kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menggantikan penggunaan dakwat kekal kepada sistem biometrik semasa pilihan raya akan datang.

Kata beliau, menerusi sistem biometrik kerajaan BN bukan sahaja boleh membantu membersihkan nama SPR daripada mendapat kecaman pelbagai pihak, sebaliknya meningkatkan keupayaan Jabatan Pendaftaran Negara.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan orang ramai terutama mereka yang telah berhijrah dan menetap di kawasan berdekatan tempat bekerja hanya mengundi pada pilihan raya di kawasan tersebut dan bukannya di kampung halaman masing-masing.

''Mereka digalakkan untuk menukar alamat dalam kad pengenalan mengikut kediaman mereka sekarang dan bukan alamat kampung lagi. Dengan cara ini dapat memberi keadilan kepada calon yang bertanding.

''Bayangkan mereka yang menetap di Petaling Jaya tetapi apabila mengundi pulang ke Kuala Kangsar. Sudah pasti mereka tidak kenal calon di Kuala Kangsar dan tidak tahu isu yang melanda orang tempatan. Jika mereka salah memberi undi tidak adil pada orang tempatan dan calon,'' katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


3 parti Cina BN bergabung

Posted: 20 Jul 2013 11:14 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Semut pantau laman media sosial jejas keharmonian

Posted: 20 Jul 2013 11:14 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

K. Besut dapat projek RM250j

Posted: 20 Jul 2013 11:14 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved