Ahad, 21 Julai 2013

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Gajet canggih bantu suri rumah

Posted: 20 Jul 2013 11:14 AM PDT

Memasak lebih menyeronokkan dengan ketuhar gelombang mikro perolakan MC455.

RAYA sudah dekat! Sudah tentu suri rumah yang paling sibuk, mana hendak membuat persiapan Aidilfitri seperti membuat kuih, mana hendak mengemas rumah yang berhabuk dan menghabiskan masa bersama-sama keluarga.

Tambahan pula sekarang, kos mengambil pembantu rumah semakin mahal.

Kini suri rumah tidak perlu bimbang jika mereka kekurangan masa untuk membuat segalanya kerana Samsung Electronics mengeluarkan gajet yang boleh membantu.

Ekoran kejayaan ketuhar gelombang mikro pintar yang terbina dalam fungsi memasak, Samsung memperkenalkan ketuhar gelombang mikro perolakan terkini model MC455 bagi menggalakkan lebih ramai pengguna hidup dengan sihat.

Ketuhar gelombang mikro MC455 dengan muatan 45 liter memastikan pengguna dapat menyediakan makanan lazat untuk keluarga, tetapi pada kapasiti lebih besar terutama menjelang musim perayaan.

Pelbagai mod memasak ketuhar gelombang mikro perolakan baru ini membolehkan suri rumah memasak dengan lebih kreatif.

Mereka boleh memilih daripada gelombang mikro, perolakan, panggang dan terkini penapaian.

Ketuhar gelombang mikro MC455 Sense Teknologi Pintar membolehkan pengguna menyediakan makanan sihat dan lazat melalui penderia terbina dalam.

Penderia berupaya mengesan kelembapan permukaan makanan, mengira masa memasak yang dioptimumkan dan kuasa sebelum memulakan proses memasak.

Pengarah Urusan, Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd, Kwon Jae Hoon berkata, peralatan digital Samsung direka bagi membantu pengguna.

"Kami akan terus menawarkan mereka perspektif yang segar dalam ruang peralatan rumah.

"Usaha berterusan Samsung dalam mewujudkan inovasi maju untuk pengguna menyebabkan kami melengkapkan segala peralatan digital dengan ciri-ciri dan prestasi yang tinggi," katanya.

Berbekalkan teknologi terkini dan pemahaman mendalam tentang keperluan dan gaya hidup pengguna yang berbeza, Samsung berharap dapat menawarkan pengalaman hidup baru kepada pengguna.

Masakan Sihat buat Keluarga SihatBagi memastikan kebersihan, Samsung melapisi sepenuhnya bahagian dalam ketuhar gelombang mikro MC455 dengan seramik enamel untuk melindungi makanan daripada pencemaran bakteria.

Kajian yang dijalankan oleh Institut Hohenstein - sebuah pusat penyelidikan antarabangsa terkemuka Jerman, mendapati enamel seramik menawarkan perlindungan anti-bakteria 99.9 peratus. Malah, enamel seramik tujuh kali tahan karat daripada teras gelombang mikro lain.

Permukaannya tahan calar dan kukuh tidak berubah warna walaupun selepas lama digunakan.

Apabila ditambah dengan ciri-ciri inovatif Samsung - Stim Bersih - ketuhar gelombang mikro perolakan MC455 menjadi alat memasak state-of-the-art yang memberi rasa lebih enak dan membersih mudah tanpa bahan pencuci kimia.

Pengguna hanya perlu meletakkan satu bekas khas yang diisi air dan tekan mod bersih dan ketuhar gelombang mikro akan melakukan proses pembersihan menggunakan wap air hingga ke bahagian paling rumit.

Proses ini bukan saja membersihkan ketuhar tetapi juga menghilangkan bau kurang menyenangkan setelah lama digunakan.

Bagi meningkatkan pengalaman pengguna, Samsung MC455 dimuatkan dengan ciri-ciri tambahan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna.

Mudah membersihkan rumah dengan vakum robot NaviBot-S.

Pertama sekali, paparan luas membolehkan pengguna melihat juadah yang sedang dimasak, manakala kawalan automatik membolehkan pengguna yang kurang arif mengenai masa dan suhu sesuai membiarkan Samsung MC455 melakukannya.

Samsung MC455 datang dengan aksesori, jadi pengguna tidak perlu bimbang untuk mencari item tambahan sebelum memasak.

Dulang seramik lebar yang luas dan amat berguna untuk memasak seperti lasagnas dan pai dalam mod perolakan.

Permukaan dulang licin dan tahan lama senang untuk dibersihkan memudahkan pengguna memasak hidangan seterusnya.

Penggemar roti dan dadih kini boleh menikmati roti dan yogurt buatan sendiri, kerana ciri penapaian yang ada di dalam ketuhar gelombang mikro perolakan.

Samsung MC455 dijual pada harga RM1,799 dan boleh didapati di semua kedai Samsung dan peniaga terpilih.

Selepas memasak, tentu saja suri rumah perlu membersihkan rumah yang berhabuk dan bersepah.

Rumah yang bebas kotoran dan habuk memberikan persekitaran hidup sihat dan lebih selesa.

Bagi membantu suri rumah yang sibuk, Samsung memperkenalkan versi baru dan lebih baik daripada pembersih hampagas robot NaviBot iaitu NaviBot-S yang lebih bijak berbanding sebelumnya.

"Peralatan digital Samsung ini direka untuk membantu suri rumah mengurangkan beban membersihkan rumah.

"Hasilnya, kami sentiasa memperbaiki kaedah pembersihan dengan teknologi inovatif bagi menjadikan kehidupan seharian lebih mudah,"kata Kwon Jae Hoon.

Direka untuk memaksimumkan kemudahan, NaviBot-S datang dengan Sistem Auto Debu.

Fungsi habuk secara automatik mengeluarkan habuk dari pembersih hampagas dipasang di stesen pengisian.

NaviBot-S juga dilengkapi dengan sensor Kesedaran Debu untuk pembersihan kawasan lebih baik.

Dengan ciri ini, NaviBot-S dapat mengesan kawasan berdebu dan membersihkannya berkali-kali, sehingga benar-benar bersih.

Samsung NaviBot-S dilengkapi teknologi revolusi yang memenuhi keperluan pengguna dengan keupayaan melaksanakan tugas pembersihan menyeluruh tanpa pengawasan.

Sistem perisian Samsung NaviBot-S dinaik taraf dengan MappingTM Plus yang membolehkan pembersihan lebih cepat, tanpa menjejaskan keberkesanannya.

Tidak seperti pembersih hampagas robot konvensional, NaviBot-S dapat kembali ke lokasi terakhir dan meneruskan pembersihan selepas membuang isi sampahnya.

NaviBot-S datang dalam reka bentuk nipis dan anggun, membolehkan pembersihan di kawasan sempit dengan berkesan.

Reka bentuk ultra nipis 800 mm NaviBot-S adalah 11 peratus lebih nipis berbanding sebelumnya, dan dengan mudah pergi ke ruang sempit seperti bawah sofa, untuk membersihkan tanpa menjejaskan prestasi pembersihan.

Jangan bimbang jika ada anak kecil kerana NaviBot-S akan berhenti apabila diangkat dan tidak berbahaya kepada kanak-kanak.

Dengan NaviBot-S, pengguna boleh kembali ke rumah untuk persekitaran yang bersih, dengan hanya memprogram pembersih vakum robot seminggu sekali.

Samsung NaviBot-S dijual pada harga RM2,999 dan boleh didapati di semua kedai-kedai Samsung.

Untuk maklumat lanjut mengenai peralatan digital Samsung, sila layari www.samsung.com / my atau halaman facebook Samsung Malaysia www.facebook.com / samsungmalaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved