Sabtu, 8 Jun 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Shahidan 'belasah' FAM

Posted: 08 Jun 2013 11:10 AM PDT

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - ''Saya akan lepaskan dan kena melepaskannya.''

Demikian ujar Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) berhubung kesediaannya untuk melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) bagi membolehkan jawatan itu dipegang Menteri Besar Perlis, Azlan Man.

Namun, alang-alang digantung 30 bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas kesalahan mengkritik badan induk itu, Shahidan tidak sesekali gentar untuk terus 'menghamburkan' rasa marahnya terhadap FAM.

''Saya kena lepaskan (jawatan Presiden PFA) tetapi saya cuma marah kepada FAM. Mereka 'buang' saya, gantung saya tetapi tiada seorang pun pihak dalam FAM bertanya khabar PFA.

''Tahukah mereka, PFA tiada siapa pegang jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Ia satu badan yang tiada orang nak tolong bayar gaji. Saya sendiri terpaksa keluar duit poket nak bayar gaji (PFA),'' tegasnya.

Ujar Shahidan, FAM selaku badan yang kaya seharusnya membantu PFA yang kini dilanda masalah kewangan.

''Saya nak minta FAM tolonglah PFA. Kalau dahulu tak boleh kena tegur, sekarang saya nak tegur. Perlis (PFA) kena teruk dan miskin tidak bergaji, bantulah.

''Kepada Menteri Besar Perlis (Azlan), mahu atau tidak, beliau kena pegang jawatan Presiden PFA,'' katanya.

Selain digantung 30 bulan, Shahidan turut didenda RM39,000 menyebabkan bekas Menteri Besar Perlis yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu hilang status sebagai Presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota Jawatankuasa Kewangan FAM sehingga September 2015.

Atas dasar itu, Ahli Majlis PFA dikatakan sudah sebulat suara bersetuju untuk melantik Azlan sebagai presiden yang baharu dalam Mesyuarat Agung PFA yang bakal diadakan 16 Jun ini.

Dalam pada itu, Shahidan turut menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Kabbadi Malaysia dan Persatuan Petanque Malaysia.

Bagaimanapun beliau meminta 'jasa baik' Kementerian Belia dan Sukan supaya dikekalkan untuk menerajui Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).

''Kalau boleh, saya nak kekal dalam renang (ASUM) sebab sukan ini boleh dimajukan ke peringkat lebih tinggi,'' katanya.

Fatehah rangkul emas pertama

Posted: 08 Jun 2013 11:10 AM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Fatehah Mustapa melakukan hayunan hebat dalam laluan menjuarai acara 500 meter ujian masa pada Grand Prix Kedua Asia Tenggara di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam. - MINGGUAN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

KUALA LUMPUR - Fatehah Mustapa mula mengorak langkah untuk menguasai kejohanan Grand Prix Kedua Asia Tenggara 2013 selepas memenangi pingat emas dalam acara 500 meter ujian masa wanita di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Pelumba kebangsan itu, yang mewakili Sime Darby Foundation tidak berdepan masalah untuk mengungguli perlumbaan dengan kepantasan 36.313 saat. Dia mengatasi rakan sepasukan, Ummi hamimah Mohamad dengan perbezaan dua saat (38.093s), manakala gangsa milik pelapis kebangsaan, Farina Shawati Mohd. Adnan (40.327s).

Bagaimanapun tumpuan di Velodrom terarah kepada Muhammad Firdaus Mohd. Zonis, pelumba remaja yang memasang misi besar untuk menggondol empat pingat emas.

Terkenal dengan nama timbangan Toi, pelumba berusia 17 tahun itu memberi amaran awal dalam saingan pembukaan semalam selepas meraih emas pertama dalam acara satu kilometer ujian masa bagi kategori remaja.

Ia seakan dendam yang perlu dilunaskan oleh pelumba kelahiran Kuala Selangor itu selepas pada perlumbaan edisi pertama hujung minggu lalu dia hilang satu emas apabila tewas kepada rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut.

Menurut Firdaus, pada GP Kedua Asia Tenggara ini dia tidak mahu kehilangan pingat emas lagi walaupun dengan rakan sepasukan kerana misinya adalah memburu empat emas sebagai persiapan terbaik menjelang Kejohanan Trek Remaja Dunia 2013 Glasgow Ogos depan.

Saya beraksi baik hari ini (semalam) apabila berjaya mencatat masa satu minit 7.513, malah catatan ini lebih pantas berbanding di GP Pertama minggu lepas," katanya selepas menewaskan pelumba Akademi Serantau MSN, Akmal Hakim Zakaria (1:13.149s) di tempat kedua dan Muhammad Danial Aiman, Selangor (1:13.672s) ketiga.

Masa yang dilakukan itu adalah catatan peribadi terbaiknya bagi perlumbaan di velodrom terbuka. Minggu lalu, Firdaus turut meraih emas dalam acara yang sama dengan masa 1:08.621s

Melihat daripada catatan tersebut Firdaus telah membuktikan kemampuannya dengan menunjukkan peningkatan hanya dalam tempoh seminggu dan dia masih mempunyai banyak masa untuk mencatat masa lebih pantas menjelang kejohanan di Glasgow.

Selepas ini saya hanya akan berlatih di trek ini sehinggalah ke Kejohanan Trek Remaja Dunia. Saya yakin mampu mencatat masa yang lebih pantas dalam acara ini," katanya.

Namanya mula meniti di bibir peminat sukan berbasikal tanah air selepas menggondol tiga emas dan satu perak di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2013 New Delhi Mac lalu.

Dia terus membuktikan kejaguhan apabila meraih tiga emas di GP Pertama hujung minggu lalu dalam acara satu kilometer ujian masa, keirin dan pecut berpasukan.

Kini tiga emas lagi menjadi buruan Firdaus di GP Kedua ini, iaitu dalam acara pecut, keirin dan pecut berpasukan. Jika impiannya tercapai, kelibat Firdaus di Glasgow Ogos ini harus diberi perhatian.

Sementara itu dalam acara satu kilometer ujian masa lelaki elit pula menyaksikan Muhamad Edrus Md. Yunos meraih perak dengan catatan 1:08.015s, ketinggalan tiga saat kepada pemenang pingat emas dari Ulsan Cycling Team, Gyeong Su Son (1:05.383s). Gangsa dimenangi pelumba Pishgaman Kavir, Iran, Hamid Khormizi Beik dengan masa 1:08.181s.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Facebook Calvin hina Nabi

Posted: 08 Jun 2013 11:09 AM PDT

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

Catatan menghina Nabi Muhammad yang dibuat oleh Programmer Calvin Gani di Facebook. Mingguan Malaysia tidak menyiarkan catatan penuh berkenaan kerana ia amat keji.

KUALA LUMPUR 8 Jun - Seorang lagi pengguna laman sosial Facebook dikesan menghina Islam selain membuat penghinaan melampau terhadap junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.

Perbuatan biadab oleh pengguna Facebook berkenaan yang menggunakan nama Programmer Calvin Gani didedahkan sebuah blog di dalam satu entrinya bertarikh 5 Jun lalu.

Blog Just Read ketika mendedahkan Facebook berkenaan hanya menulis Another one! See for yourself! (Seorang lagi! Lihat sendiri!)

Sementara itu, pengikut-pengikut blog berkenaan mengecam serta mengutuk keras tindakan individu terbabit ekoran penghinaan melampau dilakukan terhadap Islam dan Rasulullah SAW.

Antaranya, seorang pengikut yang menamakan dirinya sebagai Dayak Laut berkata: "Apa yang perlu ditunggu lagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)? Tangkap lelaki ini dan fail kes terhadap beliau. Saya mahu melihat dia pergi ke mahkamah dan dihantar ke penjara!"

Alam Maya pula berkata: "Kenapakah makin meningkat penghinaan terhadap Islam oleh golongan pemuda keturunan Cina di Malaysia ini? Tidakkah mereka sedar bahawa negara ini dihuni oleh pelbagai kaum dan agama?

"Tidakkah mereka terfikir bahawa perbuatan mereka mudah dikesan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang?

Dalam pada itu, pengikut blog Just Read yang dikenali sebagai Panas Baran menyebut: "Ini paling biadab! Patut dikenakan hukuman penjara. Dia lebih selamat di dalam daripada di luar ini."

Pendapat sama dinyatakan oleh Penangan: "Inilah pelampau namanya. Tindakan tegas perlu diambil ke atas orang ini.

"Dalam kita menganjurkan perpaduan sesama pelbagai kaum dan agama, masih ramai yang begini. Biarlah dikenakan tindakan tegas sebagai panduan kepada yang lain."

Seorang lagi pengikut dengan tegas mahu Kementerian Dalam Negeri bertindak menangkap individu yang melakukan penghinaan tersebut.

Pertubuhan Gerakan Siber 1M buat laporan

Posted: 08 Jun 2013 11:09 AM PDT

MOHAMAD Sharom Rahman (dua dari kanan) bersama ahli pertubuhan GS1M menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap kenyataan dua pemilik laman sosial yang menghina Nabi Muhammad dan pihak polis di Balai Polis Bayan Baru, Pulau Pinang, semalam. - MINGGUAN/MALINDA ABDUL MALIK

PULAU PINANG 8 Jun - Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa menyiasat tindakan biadab dua orang pengguna laman sosial Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook masing-masing semalam.

Gesaan itu dibuat Pertubuhan Gerakan Siber 1 Malaysia (GS1M) yang diwakili oleh Presidennya, Mohamad Sharom Rahman dan seorang jawatan kuasa GS1M menerusi laporan polis di Balai Polis Bayan Baru di sini kira-kira pukul 3 petang hari ini.

Mohamad Sharom yang ditemui selepas itu berkata, kenyataan menghina Nabi Muhammad dilakukan seorang pemuda yang dikatakan berasal dari Sarawak dengan menggunakan nama Programmer Calvin Gani di laman Facebooknya.

Katanya, seorang lagi yang menggunakan nama Rakyat Anarki pula menghina polis sebagai anjing dan Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak layak menjawat jawatan Ketua Polis Negara.

"Tujuan saya buat laporan ini kerana kita mahu pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua mereka ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Mohamad Sharom, SKMM perlu menggunakan undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pemilik laman sosial yang mencetuskan provokasi agama kerana boleh mengganggu-gugat ketenteraman negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


12 terbunuh bas terhumban gaung di Filipina

Posted: 08 Jun 2013 09:15 AM PDT

LA TRINIDAD 9 Jun - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh selepas sebuah bas yang membawa penyokong parti politik tempatan terhumban ke dalam sebuah gaung di pergunungan utara Filipina semalam.

Mangsa merupakan penyokong Datuk Bandar Buguias, Melchor Diclas dan mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis meraikan kemenangan yang dianjurkannya yang mengekalkan kedudukannya pada pilihan raya bulan lalu.

Pasukan penyelamat menemukan 10 mayat di bawah gaung sedalam 80 meter dan dua lagi disahkan maut sejurus tiba di hospital.

Tujuh lagi penumpang dirawat kerana cedera, kata jurucakap polis tempatan, Vicente Lim-Mong. - AFP

5 terkorban, berpuluh hilang akibat hujan monsun

Posted: 08 Jun 2013 09:13 AM PDT

COLOMBO 9 Jun - Sekurang-kurangnya lima terkorban dan berpuluh lagi hilang selepas hujan monsun dan angin kuat melanda Sri Lanka hari ini serta mengakibatkan kerosakan kepada bangunan di pulau tropika itu.

Jurucakap polis, Buddhika Siriwardena berkata, lima orang disahkan maut, empat di laut dan seorang lagi di daratan manakala berpuluh nelayan dikhuatiri hilang.

"Tentera laut dan udara telah digerakkan mencari puluhan nelayan yang dilaporkan hilang akibat laut bergelora," katanya. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


JPJ buru motosikal tiada cukai jalan

Posted: 08 Jun 2013 11:10 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gamil.com

Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan mengambil maklumat peribadi pemilik motosikal yang melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam operasi di Temerloh, kelmarin.

TEMERLOH 8 Jun - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus menjalankan operasi memburu pemilik motosikal yang tidak memiliki ciri-ciri keselamatan termasuk tidak mempunyai cukai jalan.

Pengarahnya, Datuk Zakaria Man berkata, motosikal dalam kategori berkenaan boleh diistilah sebagai 'motosikal tidak layak' berada di atas jalan raya.

Katanya, sebab itu usaha mengesan motosikal berkenaan dilakukan bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

"Jika berjaya menghalang dan mengatasi kehadiran motosikal tak layak di atas jalan raya, ia dapat mengurangkan kemalangan," kata Zakaria.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan operasi bersepadu bersama 40 pegawai JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini semalam.

Dalam operasi tersebut, JPJ mengeluarkan 62 saman daripada 299 pelbagai kenderaan yang diperiksa kerana pelbagai kesalahan.

Dalam perkembangan lain, Zakaria memberitahu, JPJ akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti AADK dan PDRM dalam usaha mengesan pemandu kenderaan yang memandu di bawah pengaruh dadah.

Terap budaya hayati al-Quran di peringkat awal kanak-kanak

Posted: 08 Jun 2013 11:10 AM PDT

Mustapa Long (dua kanan) mengemudi Ujian Tasmik (ujian bacaan al-Quran) sempena penutupan Kem Tahfiz al-Quran Musim Cuti anjuran Maahad Tahfiz Kampung Relong, Kuala Lipis, kelmarin.

KUALA LIPIS 8 Jun - Budaya membaca, memahami dan menghayati al-Quran wajar disemai pada peringkat awal dan dijadikan sebagai agenda harian kehidupan sekali gus membentuk nilai kepemimpinan setiap umat Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, amalan berkenaan sewajarnya dimulakan pada peringkat anak-anak manakala ibu bapa menjadi pemangkin pembabitan isi rumah mencintai al-Quran.

"Selepas itu ia disemarakkan pula dalam institusi kemasyarakatan sehingga amalan ini diperluaskan di seluruh negara bagi menjadi panduan kehidupan di negeri kita.

"Kesannya, ia mampu meningkatkan kadar celik al-Quran dan memastikan kemuliaan kitab suci ini sentiasa dijaga dan dipelihara," katanya kepada pemberita selepas penutupan Kem Tahfiz al-Quran Musim Cuti anjuran Maahad Tahfiz Kampung Relong, dekat sini semalam.

Yang hadir sama Penghulu Mukim Hulu Jelai, Abdullah Zawawi Kamaruddin dan Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Relong, Zahari Imam Uda.

Sempena majlis berkenaan, Mustapa turut memantau ujian Tasmik (bacaan al-Quran) membabitkan 18 pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun yang mengikuti program berkenaan.

"Al-Quran merupakan nas-nas yang mempunyai pelbagai bidang boleh dirujuk untuk menjana akhlak dan sebarang urusan kehidupan yang wajar dihayati pada peringkat anak-anak dan pelajar.

"Pelajar sepatutnya sedar iaitu mendalami bacaan al-Quran dan menghayati kandungannya menerusi bimbingan guru Pendidikan Islam, tok imam, guru di pondok dan pusat-pusat tahfiz yang mempunyai kemahiran bidang ini," ujarnya.

Terdahulu, beliau memuji Ahli Lembaga Pengarah dan tenaga pengajar Maahad Tahfiz Relong menganjurkan siri tahfiz dan penghayatan al-Quran setiap kali musim cuti sekolah untuk mengisi masa senggang pelajar.

"Cuma saya berharap ibu bapa di daerah Lipis dan kawasan berdekatan mempunyai kesedaran menghantar anak-anak belajar di sini semasa musim cuti sekolah mahupun sepenuh masa sebagai pelajar tahfiz al-Quran," katanya.

Mustapa yang juga Naib Ketua UMNO Lipis, berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai agenda pembangunan insan ke arah penghayatan umat Islam terhadap al-Quran.

Ibu kandung Nor Irdina dicari

Posted: 08 Jun 2013 11:10 AM PDT

Hasnah Dali (kanan) bersama Nor Irdina Qistina yang ditinggalkan oleh ibu kandungnya, Rina Sagino di Felda Kota Gelanggi Satu, Jerantut, kelmarin.

JERANTUT 8 Jun - Seorang suri rumah di Felda Kota Gelanggi Satu, dekat sini merayu seorang wanita warga Indonesia supaya mengambil semula anaknya, Nor Irdina Qistina , 5, yang kini dalam jagaan keluarga itu demi masa depannya.

Hasnah Dali, 62, yang juga seorang peneroka di Felda Kota Gelanggi Satu masih tertanya-tanya kenapa wanita Indonesia itu yang dikenali sebagai Rina Sagino sanggup meninggalkan anaknya.

Dia berkata, ibu kepada Nor Irdina Qistina itu juga merupakan anak angkatnya dan tinggal bersamanya sejak tiba di negara ini beberapa tahun lalu.

"Namun beberapa minggu lalu, dia keluar rumah dan menghilangkan diri tanpa dapat dikesan walhal kami tidak ada perselisihan faham langsung dengan dia mahupun ahli keluarganya.

"Puas saya mencari Rina menerusi jiran dan rakan-rakannya, tetapi tidak tahu khabar berita wanita itu. Saya bertambah khuatir apabila Rina meninggalkan anaknya tanpa sebarang dokumen kelahiran," katanya kepada pemberita di Felda Kota Gelanggi Satu semalam.

Menurutnya, atas dasar perikemanusiaan dan sayangkan Nor Irdina Qistina, dia mengambil keputusan untuk mengambil anak kecil itu sebagai anak angkatnya.

"Saya sedia menjaga Nor Irdina Qistina kerana saya amat sayangkan dia sejak menjaganya dari usia kecil," ujarnya.

Hasnah berkata, Nor Irdina Qistina merupakan seorang kanak-kanak yang pintar, tetapi tidak dapat mengikuti pelajaran dan asuhan di prasekolah kerana tidak mempunyai dokumen kelahiran.

Dia berhasrat mengambil Nor Irdina Qistina sebagai anak angkat supaya anak itu dapat membesar dengan sempurna dan mempunyai kad pengenalan apabila dewasa kelak.

"Saya tidak mahu melihat masa depannya gelap. Oleh itu, saya bertekad ingin mendidik Nor Irdina Qistina menjadi insan yang berguna pada masa akan datang," ujarnya.

Dia menambah, seluruh ahli keluarganya sangat sayangkan Nor Irdina Qistina dan menganggapnya sebagai darah daging sendiri.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Wincci pilih tarian

Posted: 07 Jun 2013 12:11 PM PDT

Gambar AZMAN ASMAYATIM

MEMILIKI rupa paras yang menjadi idaman ramai wanita, siapa sangka wanita ini sebenarnya mempunyai kelebihan dari pelbagai sudut. Bukan sahaja boleh menyanyi, malah ketekunan wanita ini dibuktikan melalui usahanya dalam bidang pengajian apabila dia kini sibuk menghabiskan program pengajian peringkat ijazah kedoktoran (Ph.D) di salah sebuah universiti swasta.

Memegang gelaran Miss World Malaysia 2008, wanita yang secara luarannya ini nampak lembut sebenarnya seorang yang suka menerima cabaran aktiviti lasak. Baru-baru ini, Soo Wincci bersama rakan-rakan artis lain berpeluang menunjukkan kehebatan mereka di dalam satu cabaranlasak yang dianjurkan oleh sebuah majalah hiburan tempatan.

Bercerita mengenai aktiviti yang dilakukan, Wincci berkata, ini merupakan kali pertama dia melakukan aktiviti lasak di dalam hutan memandangkan dia bukan seorang yang suka aktiviti luar. Sungguhpun ada aktiviti yang dilihat dirinya agak sukar, Wincci tidak menolak untuk melakukannya kerana ia merupakan antara pengalaman terbaik untuk dirinya.

"Ini merupakan kali pertama saya melakukan aktiviti sedemikian, kalau diikutkan memang saya bukan seorang yang suka melakukan aktiviti luar.

"Bagaimanapun, sebab utama saya memilih untuk berada di sini adalah kerana pengalaman. Saya pasti akan mengukir senyuman setiap kali mengingatinya," katanya.

Terus bercerita mengenai aktiviti yang disediakan, menurut Wincci antara aktiviti yang paling sukar untuk dirinya adalah ketika dia diminta untuk menyelam di dalam air berlumpur.

"Untuk satu ketika, saya bagaikan terpegun melihat air lumpur yang sebelum ini saya langsung tidak terfikir perlu menyelam di dalamnya.

"Walaupun teragak-agak pada mulanya, namun saya tetap meneruskannya kerana pasti pengalaman ini tidak mungkin dapat dilupakan saya seumur hidup," katanya jujur.

Sebagai seorang yang sentiasa mengelakkan kulitnya terdedah kepada cuaca panas, Wincci mengakui, itu antara sebab mengapa dia lebih menggemari senaman di dalam gimnasium sahaja.

"Sebagai seorang selebriti, saya perlu pastikan tubuh sentiasa sihat .Tiada kompromi untuk saya mengelak melakukan senaman setiap hari.

"Bagaimanapun, bercakap soal aktiviti luar, saya sebenarnya lebih suka untuk berada di gim sahaja memandangkan kulit saya agak sensitif dengan cuaca panas," katanya.

Sungguhpun kesemua aktiviti yang dilakukan dirinya itu agak kasar dan bahaya, Wincci bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kalau nak ikutkan, aktiviti mengharungi sungai dengan arus yang deras serta terpaksa menempuh laluan batu-batu kecil yang tajam agak merbahaya untuk saya.

"Pada mulanya, saya tidak tahu aktiviti yang ditawarkan cabaran ini agak berat, sebab itu saya terpaksa pulang lebih awal selepas menyelesaikan kesemua aktiviti kerana tiada pakaian ganti," katanya yang agak kecewa tidak dapat melihat rakan-rakan lain menerima hadiah kemenangan di atas pentas.

Melihat kembali gambar-gambar yang dirakam sepanjang dia melakukan aktiviti lasak ini, menurut Wincci dia tahu ada gambar-gambar tersebut kelihatan jauh berbeza dengan gambar-gambar yang dikeluarkan media sebelum ini.

"Bukanlah sepanjang masa kita perlu nampak cantik sahaja, mungkin gelaran artis dan ratu cantik ini menyebabkan orang sentiasa mengharapkan saya perlu sentiasa nampak cantik.

"Bagi saya kecantikan itu sebenarnya bukan dari luaran sahaja tetapi dalaman juga perlu dijaga," katanya tersenyum manis.

Rahsia cantik

Tidak lokek berkongsi petua kecantikan dirinya, menurut Wincci di kala umurnya kini, dia tahu bukan sekadar memiliki kulit yang cantik sahaja mampu melekakan pandangan orang terhadap dirinya tetapi pengetahuan yang setanding dengan umurnya.

"Dengan bantuan teknologi kini, saya pasti banyak cara untuk sentiasa kelihatan cantik.

"Tetapi apa yang perlu seorang wanita itu tahu, bukan sekadar memiliki kulit yang mulus serta badan yang langsing sahaja yang perlu diutamakan mereka tetapi pengalaman yang baik untuk sentiasa mematangkan diri, selain mendapat penghormatan orang lain," katanya.

Selain senaman berterusan serta penjagaan makanan, menurut Wincci ada aktiviti lain yang turut membantunya mendapatkan tubuh yang kekal langsing.

"Kurus tidak semestinya sihat. Bagi saya seorang wanita perlu memahami kehendak tubuhnya sendiri sebelum memilih untuk mengamalkan sebarang diet.

"Selain senaman serta menjaga pemakanan, antara aktiviti yang saya anggap sebagai alat bantuan mengurangkan tekanan adalah tarian. Sebagai penyanyi, saya tahu tarian merupakan penyeri kepada setiap persembahan. Oleh itu, saya tidak melepaskan peluang untuk menghadiri kelas tarian," katanya.

Bercerita mengenai perjalanan kariernya kini, menurut Wincci dia kini semakin sibuk kerana terpaksa berulang alik dua minggu sekali ke Taiwan.

"Saya sudah menyiapkan sebuah album berbahasa Mandarin di sana, yang berjudul Happiness.

"Peluang yang ditawarkan pasaran di sana lebih luas memandangkan ia melibatkan tiga negara iaitu Taiwan, China dan Hong Kong," katanya.

Gembira untuk memberitahu dia kini menerima julukan penyanyi lagu tema drama, menurut Wincci ini merupakan kali kedua lagunya dipilih untuk menjadi lagu tema sebuah drama popular di Taiwan.

"Memang peminat di sana tidak mengenali saya, namun apabila lagu ini menjadi lagu tema drama bersiri, barulah mereka ingin mengenali saya.

"Dan kini, sekali lagi lagu saya dipilih untuk menjadi lagu tema sebuah drama berjudul A Hint Of You yang kini sedang ditayangkan di sebuah stesen televisyen di sana," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Nano tampil lebih besar

Posted: 08 Jun 2013 06:01 AM PDT

BAGI peminat pemain mp3, sudah pasti jenama iPod akan menjadi pilihan kerana reka bentuk yang kecil dan senang dibawa tidak memerlukan ruangan yang besar untuk menyimpannya.

Setelah melancarkan iPhone 5 hujung tahun lalu, Apple turut membariskan iPod generasi ketujuhnya yang lebih besar daripada sebelumnya.

Dengan ciri-ciri menarik dan penggunaan power lightning sama seperti iPhone 5, ia dilihat menjadi ciri-ciri yang diidamkan oleh penggemar pemain muzik ini.

Masih mengekalkan ciri skrin sesentuh, ia tampil seakan iPod Touch kategori mini yang mempunyai skrin lebar 2.5 inci.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, ia memperlihatkan pelbagai perubahan yang agak ketara dan berbeza dengan apa yang sepatutnya dilakukan oleh Apple.

Nama Nano sebenarnya merujuk kepada sesuatu yang kecil, tetapi kini iPod Nano dilihat semakin membesar sejak ia dilancarkan.

Namun ia tidak menghalang pengguna untuk mendapatkannya kerana setiap daripadanya pasti akan menampilkan ciri-ciri yang berbeza dan lebih menarik.

Tidak seperti generasi sebelum ini, iPod ini boleh memainkan video dan melihat gambar yang seakan album gambar bergerak untuk ditunjukkan kepada rakan dan keluarga.

Selain itu, ciri-ciri radio turut diselitkan dalam gajet kecil ini bagi memberikan pilihan kepada pengguna yang ingin mendengar muzik sedia ada mahupun radio.

Bagi iPod generasi ketujuh ini, ia ditampilkan dengan aplikasi bluetooth yang lebih baik.

Kepada pengguna yang ingin mendengar lagu, mereka boleh memilih untuk menyambungnya melalui speaker, headphone mahupun sistem audio di dalam kereta dengan menggunakan bluetooth.

Bagi mereka yang membeli iPod ini, setiap pembelian akan disertakan dengan Earpod daripada Apple yang sama dibekalkan kepada pemilik iPhone 5 dan iPod Touch terbaru.

Bagi mereka yang suka bersenam, iPod sudah pasti akan menjadi pilihan apatah lagi dengan perisian Nike+ yang telah disambungkan pada sensor untuk mengetahui jarak dan kadar kalori yang dibakar.

Secara keseluruhannya, iPod Nano generasi ketujuh ini jauh lebih baik dan memenuhi ciri-ciri sebuah pemain muzik yang mengagumkan serta menjadikan iPod paling nipis dalam pasaran.

Namun, ada di antara penggemar iPod tidak senang dengan model ini terutamanya bagi mereka yang menjadikannya sebagai peneman ketika bersenam.

Ini kerana, ciri klip yang membolehkan ia disangkut pada baju tidak disertakan dan tampak seakan membawa iPhone ketika bersukan kerana saiz yang lebih besar.

Apa pun terpulang pada kegunaan. Bagi penulis, ia merupakan antara Nano yang terbaik pernah dihasilkan Apple terutama ciri bluetooth untuk menjadi peneman ketika memandu. - AMIRUL

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


UMNO dan masa depan politik negara

Posted: 08 Jun 2013 11:10 AM PDT

Mohamed Mustafa Ishak

SUDAH sampai masanya untuk UMNO berubah secara total demi memastikan perjuangan parti itu kekal relevan pada PRU-14 nanti.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) sangat bernasib baik kerana terus diberikan mandat memerintah negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Dengan BN memperolehi 133 kerusi dan pakatan pembangkang 89 kerusi, maka hanya 23 buah kerusi sahaja yang memisahkan pembangkang daripada tampuk kuasa dalam Parlimen yang mempunyai 222 buah kerusi. Jika tidak kerana sumbangan besar daripada para pengundi di Sabah dan Sarawak, BN dan UMNO mungkin sudah menjadi pembangkang di Parlimen hari ini.

Demikianlah realiti pahit yang harus dihadapi oleh UMNO dan BN hari ini. Justeru kemenangan yang dicapai UMNO dan BN, walaupun sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan, akan tetapi ia bukanlah suatu kejayaan besar yang terlalu boleh dibanggakan sangat.

Jika tidak kerana kerja keras Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menjayakan pelbagai agenda transformasi kerajaan dan politik semenjak mengambil alih tampuk kuasa pada tahun 2009 yang lalu, prestasi UMNO dan BN mungkin jauh lebih buruk daripada itu.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam entri blognya pada 4 Jun lalu dengan tajuk UMNO Dahulu dan Sekarang", menyebut:

Mungkin kita boleh tepuk belakang kerana UMNO masih menjadi parti yang menang terbanyak dalam PRU-13. Tetapi ini bukan kerana orang Melayu masih sokong UMNO. Sebenarnya kemenangan UMNO dalam PRU-13 disebabkan mereka tidak ada pilihan. Mereka amat takut kalau-kalau Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP. Akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali.

Seburuk-buruknya UMNO, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu. Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong UMNO. Namun demikian dalam PRU-14 UMNO tidak boleh harap keadaan ini berterusan. Jika UMNO tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain."

Kesimpulan Dr. Mahathir bahawa orang Melayu amat takut Anwar menang bersama dengan DAP dan membentuk kerajaan yang akan mengubah nasib dan kedudukan mereka di negara ini mengikut acuan DAP dan PAP di Singapura adalah sesuatu yang benar-benar dirasai oleh majoriti orang Melayu yang keluar mengundi pada 5 Mei lalu dan mereka sekali gus menolak Anwar dan pembangkang.

Justeru itulah berlakunya polarisasi kaum yang amat ketara dalam PRU-13. Sementara kaum Cina yang termakan dan berjaya diumpan oleh DAP dan Anwar bahawa pembangkang akan menang dan akan membentuk kerajaan mengikut agenda Malaysian Malaysia dan membawa negara ini menuju ke arah sistem pemerintahan ala republik, nekad memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pembangkang. Sebaliknya, orang Melayu, (kecuali ahli-ahli Pas dan penyokongnya), pula yang bimbang akan masa depan mereka dan nasib yang bakal menimpa mereka jika Anwar dan DAP menang, terpaksa terus terus berpaut kepada UMNO dan BN kerana tiada lagi parti lain yang boleh mereka harapkan bagi melindungi mereka.

Namun pertanyaan Dr. Mahathir bahawa apakah hanya atas alasan ini sahaja sudah mencukupi untuk UMNO dan BN terus bertahan dan menang dalam PRU-14 akan datang adalah sesuatu yang harus direnungi dengan mendalam oleh UMNO khususnya.

Sesungguhnya perubahan bersifat kosmetik dan penggilapan imej dan persepsi sahaja tidak mencukupi buat UMNO dan BN. UMNO perlukan penggilapan dan pengukuhan nilai-nilai murni perjuangan parti itu. Bersihkan UMNO daripada semua unsur negatif yang membelenggu imej parti itu selama ini. UMNO perlu menjadi parti yang bersih dan kaya dengan nilai-nilai perjuangan untuk terus memelihara agama, bangsa dan tanah air.

Ahli-ahli UMNO mesti memilih hanya mereka yang bersih sahaja untuk menjadi pemimpin di semua peringkat. Hanya mereka yang terbaik sahaja yang harus diangkat ke saf kepimpinan UMNO. UMNO juga harus membuka pintu seluas-luasnya dan memberikan tempat yang sewajarnya kepada semua orang Melayu yang ingin berjuang dalam parti tersebut. Janganlah mereka ini dianggap sebagai orang luar yang ingin merebut kedudukan dalam UMNO.

Kebolehan

UMNO tidak boleh terus menjadi eksklusif hanya untuk orang UMNO dalam cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi sahaja. UMNO harus mempelawa dan menjemput seramai mungkin elit Melayu berkebolehan dari pelbagai latarbelakang serta mereka yang jauh dari UMNO supaya menyertai dan mendekati parti tersebut.

Di sinilah keikhlasan kepimpinan UMNO di peringkat cawangan dan bahagian dituntut. Kalau mereka hanya terus selesa dengan eksklusiviti UMNO hanya untuk orang UMNO sahaja, maka jangan salahkan orang Melayu kalau parti itu terus ditolak oleh generasi baru orang Melayu sedikit demi sedikit sebelum UMNO ditolak sepenuhnya oleh orang Melayu dalam PRU-14 yang akan datang.

Buktikan bahawa orang Melayu belum lagi meluat dengan UMNO dan parti itu masih lagi relevan untuk orang Melayu. Buktikan bahawa UMNO masih lagi berjuang untuk semua orang Melayu dan bukan hanya untuk orang tertentu dan orang UMNO sahaja. Buktikan bahawa UMNO berjuang bukan untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.

Inilah sebetulnya agenda UMNO hari ini yang perlu dihidupkan kembali dalam parti tersebut oleh setiap peringkat kepimpinan UMNO. Pemilihan parti UMNO yang akan datang adalah untuk menjayakan agenda ini. Inilah agenda untuk merejuvenasi parti yang UMNO tiada pilihan, melainkan melakukannya dengan penuh keikhlasan, dedikasi dan komitmen padu.

Justeru, yang paling diperlukan UMNO ialah modul latihan ahli yang mantap dan berkesan. Sehingga kini UMNO masih lagi teramat miskin dengan modul latihan pemantapan perjuangan parti untuk ahli-ahlinya. Ramai daripada ahli-ahlinya termasuk sebahagian besar kepimpinan UMNO di peringkat cawangan dan bahagian sudah lama atau tidak pernah langsung melalui proses latihan dalam parti untuk sekian waktu.

Bagaimanakah UMNO ingin menjadi parti perjuangan dan bukan parti untuk orang mencari peluang menjadi kaya kalau ia amat miskin dengan latihan untuk ahli-ahlinya.

Bagaimanakah nilai-nilai perjuangan ingin dipupuk jika program latihan tidak dibangunkan dan dilaksanakan di dalam parti? Sebuah pasukan bola yang hanya diberikan seorang pengurus pasukan yang baik tetapi tidak melaksanakan program latihan yang secukupnya pasti kecundang dalam mana-mana pertandingan getir yang disertainya.

Tentera yang hanya diberikan senjata dan makan minum yang cukup tetapi tidak pernah diberikan latihan yang berkesan tidak akan berjaya dalam peperangan yang dihadapinya.

Tidak perlulah untuk membandingkan UMNO dengan Pas dan puluhan atau ratusan usrah, tamrin, nadwah dan proses tarbiyyah yang dijalankan oleh parti tersebut untuk ahli-ahlinya. Hasil daripada latihan-latihan yang diberikan, ahli-ahli Pas sangat kental semangat perjuangannya dan patuh kepada semua arahan pucuk pimpinannya termasuklah apabila disuruh menjadi penampal poster dan pengibar bendera roket dalam pilihan raya sekali pun.

Justeru, ahli UMNO sememangnya ramai. Tetapi yang berkualiti adalah terlalu sedikit dan semakin kurang hari demi hari. Jadi jangan salahkan ahli sahaja. Kepimpinan UMNO juga turut bertanggungjawab kerana gagal menyediakan modul latihan yang mencukupi, mantap dan berkesan untuk ahli-ahli dan kepimpinan UMNO. UMNO nampaknya mengandaikan bahawa semua yang menyertai UMNO itu sudah faham dan menghayati serta sebati dengan falsafah dan agenda perjuangan UMNO. Lalu agenda latihan dan pembangunan jiwa di kalangan ahli tidak lagi menjadi keutamaan dalam UMNO. Maka parti semakin kehilangan satu rencah penting yang menjadi pemangkin kepada agenda perjuangan UMNO.

Jika proses pendidikan politik atau pentarbiyyahan ahli dan kepimpinan UMNO tidak berlaku di dalam parti itu, bagaimanakah UMNO ingin menerapkan dan melahirkan barisan kepimpinan yang berwibawa dan kental dengan semangat perjuangan di dalam parti itu? Kalau UMNO terus dengan sindrom penafian, maka teruskanlah dengan cara sekarang dan berdoalah banyak-banyak semoga UMNO terus kuat di masa-masa yang akan datang.

Nasi belum lagi menjadi bubur buat UMNO dan BN. Tapi nasi yang ditanak itu masih lagi mendidih dan airnya semakin kering kerana apinya kuat dan sedang marak. Namun, jika UMNO hanya menambah air sahaja dan tidak mengawal api yang kuat itu, maka nasi itu sudah pasti sama ada menjadi bubur atau pun terus hangit akhirnya.

Bagi mengawal api politik perkauman yang sedang marak ini UMNO, BN dan kerajaan yang mereka pimpin dengan mandat yang sah dan mencukupi dari rakyat, harus menjadi sebuah kerajaan yang berani dan berwibawa. Bertindaklah dengan penuh bijaksana tetapi penuh keadilan bagi menyelamatkan negara ini daripada pertembungan politik kaum yang sedang di bawa oleh puak cauvinis dan ekstremis dalam DAP yang disokong padu oleh Anwar dan PKR.

Akta Derhaka

Posted: 08 Jun 2013 11:10 AM PDT

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

GEJALA menghina institusi diraja makin menjadi-jadi kebelakangan ini. Tidak sukar untuk meramalkan trend tersebut akan berterusan.

Jika tidak ditangani dengan tegas, ia akan menggugat Perlembagaan negara, yang kini sudahpun di ambang kehakisan.

Atas sebab itu, Awang menyokong cadangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd. Noor Abdullah agar diwujudkan Akta Derhaka bagi membendung penularan gejala tersebut.

Walaupun banyak pihak terutama parti-parti pembangkang membantah, ia tidak bermakna akta itu nanti tidak boleh menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Setidak-tidaknya apa yang disuarakan oleh Mohd. Noor sangat relevan dalam keadaan sekarang. Menerusi akta tersebut, ia memberi mesej jelas bahawa institusi diraja tidak boleh dipersenda apatah lagi dihina selain dapat membantu menangani ekstremisme.

Tiada sesiapa yang perlu gusar terhadap akta seumpama itu jika tiada niat serong. Rakyat yang cintakan Perlembagaan negara dan menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu, tidak sepatutnya menolak.

Pada Awang, cadangan Mohd. Noor sedikit sebanyak mencetuskan perhatian terhadap sejauh manakah komitmen kita semua dalam menjaga institusi diraja. Ia boleh membuka perdebatan apakah undang-undang sedia ada termasuk Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sudah memadai.

Jika ia memadai, mengapa makin banyak kes menghina raja kita. Lalu Awang tertarik dengan ketegasan Thailand menangani kes-kes seumpama itu.

Mahkamah Thailand di bawah undang-undang lese-mejeste menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang lelaki kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menghina raja pada 2011.

Di Malaysia, hukuman ke atas pesalah menghina Raja-raja Melayu masih ringan, yang sesiapa pun tidak gerun untuk melakukan perbuatan itu. Ada beberapa kes, mencuri sebotol serbuk minuman di pasaraya lebih berat hukumannya daripada menghina raja. Ada kelompongan termasuk dalam perundangan maka ramai yang bagai kaduk naik junjung ambil kesempatan. Pada masa yang sama pihak berkuasa kita tidak cukup ke hadapan dan pre emptif dalam mempertahankan institusi diraja. Renungkanlah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Melangkah ke alam pekerjaan

Posted: 07 Jun 2013 12:11 PM PDT

Persaingan hebat dalam mendapatkan pekerjaan membuatkan graduan perlu lebih bersedia dalam pelbagai aspek seperti komunikasi, keterampilan diri dan skil bagi membezakan di antara satu sama lain.

KITA seringkali mendengar ungkapan belajar hingga ke menara gading ketika di bangku sekolah lagi, hinggakan kita terlupa apakah yang akan berlaku setelah itu.

Jika ditanya bilakah saat paling manis dalam hidup, sudah pasti mereka akan terkenangkan zaman belajar tidak kira di sekolah, kolej mahupun universiti.

Saat-saat manis itu sudah pastinya akan memberikan banyak pengalaman tidak kira dalam bidang akademik, kehidupan mahupun kematangan seseorang itu untuk berfikir.

Namun adakah mereka telah bersedia melangkah ke alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran dalam berlumba mencari tapak untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Pelbagai pilihan dibuat, antaranya bekerja di syarikat besar, bekerja sendiri, berniaga, sambung belajar dan juga bekerja dalam sektor kerajaan bagi mencari kehidupan yang lebih selesa.

Tetapi kenapa masih ramai yang tidak berjaya mendapatkan kerja yang mereka idamkan walaupun menerima keputusan cemerlang semasa belajar di universiti.

Rata-rata menyatakan masih ramai graduan kita tidak mempunyai skil untuk berkomunikasi, menghadiri temu duga, keterampilan diri dan sebagainya.

Ruangan Fokus kali ini mencari formula bagi menyiapkan diri graduan sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang lebih mencabar,

tidak kira dari segi mental dan

fizikal.

Usaha yang dilakukan oleh syarikat milik kerajaan seperti Talent Corporation ini dilihat dapat membantu graduan menerusi pelbagai program pembangunan graduan. - AMIRUL/NAZIR

Faizal Sulaiman, Seindah Dunia Kita

Posted: 08 Jun 2013 06:01 AM PDT

BIARPUN kini bergelar pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta, hal itu sedikitpun tidak pernah melunturkan semangat Muhamad Faizal Sulaiman, 28, daripada terus berkarya.

Graduan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan dan minor dalam Pengurusan Pelancongan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini sebenarnya seorang yang gemar menulis.

Karya pemilik blog Seindah Dunia Kita yang merupakan anak jati Johor ini pernah diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan yang begitu sinonim di hati pembaca terutama golongan remaja.

Anak kedua daripada lapan orang adik beradik ini juga mengakui minatnya dalam bidang penulisan sudah bercambah sejak dari bangku sekolah lagi, namun sering kesuntukan masa untuk berkarya.

Menurut Muhamad Faizal lagi, walaupun sibuk dengan aktiviti dalam bilik kuliah, namun pada masa senggang dia gemar melepaskan gian untuk menulis melalui blog dengan tagline yang berbunyi Espressi Lelaki Memekak.

Buat kamu yang tertanya-tanya siapa blogger lelaki yang kami pilih untuk mengisi ruangan blogger pilihan minggu ini, nah! teruskan membaca. - LAILISUHANA/AZIM

Pendorong ketika berblogging

Saya memang minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi dan selalunya saya akan memperuntukkan satu buku khas (buku amali sains sering menjadi mangsa) untuk saya menulis. Teman rapat saya turut menyokong minat saya dalam bidang ini. Tetapi itu sekitar tahun 2002.

Sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, minat menulis mulai terkubur. Ketika itu, saya banyak menulis tentang sinopsis cerita tetapi tidak pernah dikembangkan untuk menjadi sebuah novel.

Sehinggalah pada tahun 2008, teman sekelas saya yang juga teman blogging, Cik Kedondong mencadangkan saya menghasilkan blog. Oleh itu, pada bulan Ogos 2008, blog Seindah Dunia Kita dengan tagline Ekspressi Lelaki Memekak pun terhasil.

Daripada sinopsis

ke novel

Sebenarnya saya dicabar oleh seorang rakan untuk menghasilkan sebuah cerita atau novel yang berkaitan dengan kursus yang saya ambil semasa di universiti dahulu. Jadi, pada Oktober 2006, saya mula menulis sinopsis Sumbat (ketika itu judulnya Farcir).

Saya simpan sinopsis tersebut sehinggalah pada 2010, saya mendapat tawaran menulis di sebuah blog (Aksara Keraian), kelolaan penulis Anuar Kamarudin.

Cerita Farcir saya kembangkan di sini. Apabila menulis, saya selalu berpesan kepada diri sendiri iaitu Beri sesuatu manfaat atau ilmu kepada pembaca. Tetapi lewat tahun 2010, blog Aksara Keraian ditutup dan karya dipulangkan semula kepada penulis asal dan di situ, saya tak berfikir panjang terus hantar ke Fixi. Alhamdulillah, ia diterima dan muncullah karya-karya seterusnya seperti Antologi Kopi, Bola dan KLCC.

Tak risau tentang follower

Dahulu sewaktu mula-mula blogging, saya terlalu memikirkan tentang follower. Tetapi, lama kelamaan apabila sudah lama menulis blog, saya sudah mula tidak memikirkan sangat tentang follower ataupun jumlah bilangan komentator yang ditinggalkan pembaca.

Pada saya, biar kita menulis dengan gaya kita yang tersendiri. Follower sudah tentu akan mengikut blog kita jika mereka suka. Tiada paksaan yang pernah diletakkan sebagai syarat di dalam dunia blogging untuk ikut itu dan ini.

Blog mempunyai banyak keistimewaan yang boleh menjadi sumber pendapatan, gedung ilmu malahan medan peperangan. Saya yakin generasi Y dan Z yang lahir sekarang boleh berfikir baik dan buruk ketika menulis entri. Kaji entri sebelum mula menulis. Bukan jenis copy and paste daripada sumber yang tidak sahih. Hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan kredibiliti blogger itu sendiri.

Gender fight

Penulisan dan blog seringkali dikaitkan dengan perempuan. Isu sebegini (gender fight) sebenarnya sudah lama diperkatakan. Saya berpendapat, bilangan blogger lelaki yang tenggelam timbul ini disebabkan faktor tiada masa yang sesuai diperuntukkan untuk berblogging.

Harus diingat bahawa adalah lumrah bagi majoriti lelaki memberitahu dan wanita pula lebih kepada bercerita. Kebanyakan blogger wanita yang agak ramai dan konsisten mungkin disebabkan isu yang mereka ketengahkan itu lebih mendapat perhatian.

Dominasi wanita

Kebanyakan wanita memang gemar menulis. Kalau dahulu di dalam diari, tetapi kini bila wujudnya teknologi yang pelbagai, blog selalu menjadi pilihan utama wanita sebagai medan untuk mencurahkan kata-kata. Hal yang sama juga berlaku kepada penulis novel di Malaysia. Memang wanita yang lebih mendominasi dunia tersebut.

Jadi, dengan adanya blogger-blogger lelaki, diharapkan supaya mereka dapat mengubah persepsi tentang dominasi itu. Saya rasa perspektif ini jika masih diamalkan sehingga sekarang, keadaannya tidak ubah seperti kita berpatah balik ke era 80-an yang menyaksikan lambakan penulis lelaki berbanding wanita.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


KL destinasi beli-belah utama

Posted: 08 Jun 2013 11:10 AM PDT

KUALA LUMPUR 8 Jun - Kuala Lumpur kini sedia berkembang di samping London, sebagai destinasi beli-belah utama dunia dengan pelbagai program, kempen dan aktiviti usaha sama yang dilaksanakan antara Malaysia dan United Kingdom (UK).

Untuk menjadikannya realiti, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Simon Featherstone (gambar) berkata, kempen Great British Fashion" akan diadakan di Malaysia pada November depan.

Ini merupakan inisiatif bersama pada skala besar pertama oleh kedua-dua kerajaan bagi mempromosi Kuala Lumpur sebagai destinasi beli-belah dan dengan itu memperluas pasaran runcit UK di Malaysia dan Asia.

Kempen tersebut menyokong kuat komitmen kedua-dua perdana menteri kita untuk menggandakan perdagangan antara negara kita dari 4 bilion kepada 8 bilion menjelang 2016 di samping mendorong perkembangan pelaburan.

Pertunjukan fesyen hari ini adalah langkah pertama dalam program aktiviti bagi mempromosi Kuala Lumpur di samping London sebagai salah satu destinasi beli-belah utama dunia," katanya dalam ucapan alu-aluan di pertunjukan previu Fesyen Hujung Minggu Kuala Lumpur di kediaman rasminya di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Azizan Noordin dan Duta Pelancongan Malaysia, Datuk Jimmy Choo.

Lima restoran kotor ditutup

Posted: 08 Jun 2013 11:10 AM PDT

Tengku Adnan Tengku Mansor (tiga dari kiri) menunjukkan merasmikan program Hari Bersama Pelanggan 2013 di KL Sentral, semalam. Turut hadir, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan (kanan) dan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Adnan Md. Ikshan (dua dari kiri) dan . - BERNAMA

KUALA LUMPUR 8 Jun - Sekurang-kurangnya lima restoran di ibu negara diarahkan tutup sejak beberapa minggu lepas kerana gagal menepati tahap kebersihan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Beliau berkata, sejak mengambil alih kepimpinan kementerian itu, beliau mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Kesihatan meninjau tempat makan awam seperti restoran dan medan selera yang didakwa kotor serta mempunyai tikus hasil maklum balas daripada pengguna.

Kalau restoran itu terlalu kotor, ia akan ditutup dan setakat ini, lebih daripada lima atau enam restoran telah pun ditutup," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutuan bersama agensinya di sini hari ini.

Beliau berkata, selain tempat makan, pemantauan kebersihan itu membabitkan jalan raya dan taman-taman rekreasi.

Ini adalah untuk memastikan persekitaran hidup kita bersih dan tidak lagi dibelenggu isu penyakit dan kotor," katanya. - BERNAMA

SP Setia tambah polis bantuan

Posted: 08 Jun 2013 11:10 AM PDT

Liew Kee Sin menyerahkan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota polis bantuan di Majlis Pentauliahan Polis Bantuan SP Setia di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 8 Jun - Pemaju hartanah, SP Setia Berhad (SP Setia) merancang menambah 500 lagi anggota polis bantuan di kawasan perbandaran yang dibangunkan syarikat itu bagi meningkatkan kualiti kehidupan penduduk terutama daripada aspek keselamatan.

Presidennya, Tan Sri Liew Kee Sin berkata, dengan adanya ramai polis bantuan di kawasan perumahan perbandaran SP Setia, secara tidak langsung ia dapat membantu mengurangkan kadar jenayah yang dilihat semakin membimbangkan dan menjadi ancaman kepada masyarakat.

"Polis bantuan akan sentiasa membuat rondaan di setiap kawasan bagi memberi jaminan kepada penduduk dan masyarakat setempat yang kami sentiasa mementingkan aspek keselamatan mereka.

"Buat masa ini, kami mempunyai seramai 120 anggota polis bantuan yang telah tamat latihan pada Mei lalu dan bersedia memberikan perkhidmatan kepada masyarakat," katanya kepada pemberita dalam Majlis Pentauliahan Polis Bantuan SP Setia di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi SP Setia, Tun Zaki Tun Azmi. Yang hadir sama ialah Pengerusi Yayasan SP Setia, Tan Sri Lee Lam Thye.

Menurut Kee Sin, SP Setia akan menempatkan 77 anggota polis bantuan yang telah ditauliahkan di kawasan di Lembah Klang, manakala selebihnya akan ditempatkan di pembangunan mereka di Pulau Pinang dan Johor Bahru.

"Kita berharap agar anggota polis bantuan ini dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan dan sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugasan mereka demi keselamatan masyarakat.

"Penduduk tidak perlu khuatir dengan keselamatan masing-masing kerana kita turut menawarkan latihan dalaman bagi memastikan dan memudahkan proses asimilasi anggota polis bantuan ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Gaya minimalis hitam putih

Posted: 08 Jun 2013 06:01 AM PDT

WARNA hitam dan putih telah menjadi antara warna yang digemari remaja hari ini, lebih-lebih lagi warna-warna itu tampil dengan gaya elegan, ringkas dan senang dipadankan dengan pelbagai keadaan.

Namun jika tidak mahir, warna itu juga boleh membuatkan seseorang tampak agak membosankan dan muram, apatah lagi warna itu sering digambarkan dengan kesedihan.

Pada minggu ini, ruangan Trend menampilkan beberapa gaya hitam dan putih dari Eimteeyax Boutique (EB) yang menjadi kegemaran remaja hari ini.

Dengan gaya bertudung juga membolehkan mereka tampak cantik, moden dan kontemporari serta sopan dipandang.

Kamu juga tidak perlu risau kerana warna-warna itu boleh digayakan ke mana-mana acara sekalipun, tidak kira ke majlis rasmi, santai bersama rakan dan juga majlis-majlis sosial yang lain.

Mari kita lihat antara koleksi di bawah siri EB Exclusive yang menjadi tema untuk jenama Eimteeyax Boutique.

Gaya EB Exclusive lebih tertumpu kepada tema classy, edgy dan juga elegan yang menekankan konsep ringkas dan minimalis serta menggunakan rona hitam dan putih sebagai pilihan utama. - AMIRUL

Tip mudah cuci berus solekan

Posted: 07 Jun 2013 12:11 PM PDT

WAJAH yang cantik dan kulit yang mulus seakan bebas daripada sebarang cela, sudah tentulah terhasil daripada penggunaan berus solekan yang betul.

Penggunaan berus solekan yang kerap biasanya akan meninggalkan kesan kotor termasuk lebihan warna yang kurang menyenangkan pada bulu berus solekan kamu.

Jika tidak dibersihkan, kulit wajah kamu akan menerima tempiasnya seperti jerawat, alahan atau kulit pipi mungkin bertukar warna kemerahan jika kamu masih menggunakan berus solekan yang kotor itu.

Jangan risau, masih belum terlambat buat kamu untuk mencuci berus solekan. Ini kerana proses mencucinya sangat mudah dan menjimatkan masa.

Ruangan Kecantikan kali ini menunjukkan cara-cara membersihkan berus solekan. Jom kita baca selanjutnya. - LAILISUHANA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Penduduk terharu Menteri Besar hadir majlis penghayatan Israk Mikraj

Posted: 07 Jun 2013 12:11 PM PDT

Mohamed Khaled Nordin bersalaman dengan para hadirin semasa program Israk Mikraj di surau Taman Mawar di Pasir Gudang, Johor Bahru, malam semalam.

JOHOR BAHRU 7 Jun - Kira-kira 600 penduduk di sekitar Taman Mawar, Fasa 5, Pasir Gudang dekat sini hadir dalam Majlis Penghayatan Israk Mikraj yang diadakan di Surau Al-Hakim, semalam.

Pada majlis berkenaan, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut meluangkan masa menunaikan solat Maghrib berjemaah selain menikmati juadah makan malam bersama mereka yang hadir.

Mohamed Khaled dalam ucapan ringkasnya melahirkan kegembiraan melihat perpaduan yang ditunjukkan para jemaah dalam majlis itu selain menasihatkan mereka untuk terus menghayati pengisian program Israk Mikraj yang dianjurkan.

Majlis tersebut diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk program solat Maghrib serta Isyak berjemaah, jamuan makan malam serta ceramah agama berkaitan pengertian dan penghayatan Israk Mikraj daripada penceramah tersohor, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz.

Sementara itu, Pengerusi Surau Al-Hakim, Azlee Yunos berkata, beliau juga gembira dengan kehadiran penduduk sekitar pada program itu selain kesudian Menteri Besar meluangkan masa bersama masyarakat di situ.

"Kita mahu orang ramai terus meramaikan rumah Allah ini dan jelas hari ini Menteri Besar juga tidak menyangkakan kehadiran jemaah seramai ini.

"Walaupun ini bukan kali pertama beliau ke sini tetapi kesudiannya menghadirkan diri selaku Menteri Besar mencatatkan sejarah buat jemaah di sini," katanya.

Jual produk sendiri bantu petani, pelanggan

Posted: 07 Jun 2013 12:11 PM PDT

KOTA TINGGI 7 Jun - Usaha Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang memberi galakan di peringkat bawah dengan menonjolkan golongan yang berupaya membawa bekalan sendiri ke pasar membolehkan pelanggan memberi produk yang berkualiti tinggi pada harga yang murah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Dr. Adham Baba berkata, selain menggalakkan para peniaga pasar tani mempunyai kebun sendiri bagi mengelakkan orang tengah mengaut keuntungan, usaha tersebut adalah selaras dengan kehendak kerajaan yang mahu pasar tani menjadi pilihan utama masyarakat untuk membeli barangan.

"Jika boleh, produk yang dijual hendaklah datang dari ladang sendiri dan terus ke pasar bukan diambil melalui orang tengah. Walaupun sekecil mana ladang mereka, sekurang-kurangnya setiap peniaga pasar tani perlu mempunyai kriteria tersebut.

"Tambahan pula khidmat orang tengah akan menyebabkan perniaga mudah berputus asa. Akhirnya mereka (peniaga) akan menggunakan pasar tani sebagai tempat mencari komisen sahaja bukan tempat untuk menzahirkan harapan bahawa pertanian itu satu perniagaan," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pasar Tani Sanggar Kota di Taman Kota Besar di sini. ini baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah FAMA Johor, Faridulatrash Md Mokri; Pegawai FAMA Daerah Kota Tinggi, Hamin Ludin Turin; Penghulu Mukim Ulu Sungai Sedeli, Noorsham Abu Bakar dan Penghulu Mukim Sedeli Kecil, Muhamad Zaini Musa.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved