Sabtu, 24 Mei 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Sultan Ahmad Shah tarik diri rebut jawatan Presiden FAM

Posted: 24 May 2014 10:32 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Presiden FAM: Sultan Ahmad Shah tarik diri

Posted: 24 May 2014 10:07 PM PDT

SHAH ALAM 25 Mei - Penyandang Presiden Persatuan Bola Sepak (FAM), Sultan Ahmad Shah mengesahkan penarikan diri daripada mempertahankan jawatan yang disandangnya itu selama 30 tahun.

Sultan Pahang yang berusia 83 tahun menarik diri daripada terus bertanding atas faktor usia.

"Selama 30 tahun saya memimpin FAM dan ia merupakan satu tempoh yang cukup panjang.

"Sudah tiba masanya untuk saya memberi laluan kepada muka baharu untuk memberi nafas segar dalam FAM," titah baginda ketika merasmikan Kongres Tahunan ke-50 FAM.

Kini kerusi presiden FAM bakal diisi sama ada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah atau Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Nasib Yingluck tidak diketahui

Posted: 24 May 2014 12:40 PM PDT

Penduduk yang menganjurkan bantahan anti-rampasan kuasa mempamerkan kad yang menyatakan bantahan mereka semasa mengadakan tunjuk perasaan di pinggir Bangkok, kelmarin. - AFP

BANGKOK 24 Mei - Nasib bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dan berpuluh-puluh pemimpin kerajaan serta politik masih menjadi teka-teki, sejak mereka ditahan oleh pihak tentera, semalam selepas mereka menghadap kerajaan junta, ketika 21 orang penunjuk perasaan ditahan kerana merancang mengadakan bantahan antirampasan kuasa.

Sumber Parti Pheu Thai mengesahkan Yingluck bersama-sama berpuluh-puluh pemimpin kerajaan dan ketua-ketua parti, aktivis dan kumpulan-kumpulan lain ditahan di sebuah kemudahan tentera.

Bagaimanapun sumber berkenaan tidak pasti lokasi Yingluck ditahan kerana pihak tentera merampas telefon bimbit beliau dan pembantunya.

Jurucakap tentera Thailand, Kolonel Winthai Suvaree berkata, pemimpin-pemimpin kerajaan yang disingkirkan dan beberapa ahli politik mungkin ditahan selama seminggu.

"Tempoh mereka ditahan bergantung sejauh mana penglibatan mereka dalam krisis politik di negara ini," katanya.

Kenyataan beliau itu sekali gus mencetuskan persoalan sama ada semua individu yang ditahan itu akan disiasat oleh pihak tentera.

Sementara itu, timbalan jurucakap tentera, Kolonel Weerachon Sukondhapatipak berkata, tindakan menahan Yingluck, anggota Kabinet dan ketua penunjuk perasaan antikerajaan bertujuan untuk memberi masa kepada mereka untuk berfikir.

Namun, Sukondhapatipak tidak menjelaskan lebih lanjut tentang maksud sebenar di sebalik kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, seramai 21 orang ditahan oleh pihak tentera di timur laut Thailand selepas merancang mengadakan tunjuk perasaan antirampasan kuasa.

Menurut kenyataan tentera, kira-kira 200 askar menyerbu sebuah pangsapuri di Khon Kaen, 350 kilometer di timur laut Bangkok, sebelum menahan kesemua suspek yang mengakui bertindak demikian atas arahan pemimpin Barisan Hadapan Demokrasi Menentang Pemerintahan Diktator atau Kumpulan Baju Merah.

Turut dirampas dua bom tangan dan dua silinder gas. - Agensi/AFP

Candice Swanepoel wanita paling seksi

Posted: 24 May 2014 12:40 PM PDT

LOS ANGELES 24 Mei - Model Victoria's Secret, Candice Swanepoel dinobatkan sebagai Wanita Paling Seksi di Dunia 2014 oleh majalah Maxim, sekali gus mengenepikan saingan daripada penyanyi pop terkemuka, Miley Cyrus.

Swanepoel, yang menceburkan diri dalam dunia model sejak berusia 15 tahun, turut mengatasi beberapa selebriti terkenal lain seperti Scarlett Johansson, Katy Perry. Jennifer Lawrence, Mila Kunis dan Jessica Alba.

Menurut laporan Yahoo yang memetik kenyataan Pengarah Kreatif Maxim, Paul Martinez, pemilihan Swanepoel sebagai wanita terseksi kerana model berusia 25 tahun itu berpontensi besar dalam penjelmaan yang ideal bagi jenama baru Maxim.

"Selain kecantikannya, dia juga mempunyai ciri-ciri yang sangat menakjubkan, moden dan elegan.

"Malah kepintaran Swanepoel sangat dikagumi selepas menjadi seorang daripada model yang terkenal di dunia," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


925,000 hektar tanah ladang

Posted: 24 May 2014 12:40 PM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

KUANTAN 24 Mei - Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH), yakin mampu mencapai sasaran untuk memiliki seluas 925,000 hektar tanah ladang di seluruh dunia menjelang 2022.

Ketua Kluster Peladangan FGVH, Abdul Halim Ahmad berkata, setakat ini pihaknya telah memiliki seluas 450,000 hektar tanah ladang yang ditanam dengan kelapa sawit, getah dan tebu.

"Memang polisi kita adalah untuk menambahkan bilangan ladang bukan sahaja di dalam negara malah seluruh dunia.

"Tetapi sebelum membeli sesuatu tanah tersebut kita ada beberapa kriteria tertentu yang dilihat seperti kawasan itu mestilah bukan kawasan tanah gambut," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Nasional Kumpulan Felda di Stadium Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam masa terdekat beberapa kawasan telah dikenal pasti untuk dibeli dan dijadikan ladang FGVH iaitu di Sabah dan Sarawak.

"Selain itu, beberapa kawasan di luar negara juga sedang dikenal pasti antaranya seperti di Sumatera dan Kalimantan di Indonesia serta Papua New Guinea," katanya.

Dalam pada itu katanya, sambutan hari pekerja yang diadakan oleh pihaknya kali ini adalah untuk meraikan pekerja ladang terutamanya warga asing.

"Kira-kira 350 pekerja asing dari Pantai Timur hadir untuk menyertai beberapa acara sukan seperti bola sepak, sepak takraw dan beberapa permainan rakyat.

"FGVH mempunyai kira-kira 48,000 pekerja asing di seluruh negara dan setiap tahun kita adakan program ini yang turut disertai oleh pekerja tempatan," katanya.

Menurut beliau, sambutan ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada mereka supaya berasa seronok bekerja dengan FGVH.

"Secara tidak langsung membolehkan mereka berasa bangga dan bercerita dengan rakan-rakan di kampung halaman. Jadi mungkin rakan-rakan mereka mahu bekerja dengan kita nanti.

"Langkah itu akan menyenangkan pihak kami untuk mencari pekerja asing selepas ini. Kita memang memerlukan ramai pekerja asing untuk sektor perladangan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Menyusur kejituan strategi ekonomi

Posted: 24 May 2014 12:40 PM PDT

Oleh KHAIRUDDIN MOHD. ZAIN

PROJEK MRT antara perancangan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada masa hadapan. - Gambar hiasan

Penulis sebenarnya rasa cukup khuatir dengan sikap seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang begitu beria-ia mencanangkan kononnya jika sesuatu berlaku kepada politik tanah air, seorang yang kononnya 'pakar' strategi parti lawan wajar diangkat sebagai Menteri Kewangan yang baru. Mungkin sahaja wakil rakyat BN tersebut bergurau, namun wajahnya sama sekali tidak menggambarkan dia sedang berbuat demikian.

Pada asalnya, wakil rakyat tersebut diminta hadir dalam sebuah wacana ekonomi, mungkin di atas niat untuk mempertahan dasar dan polisi kerajaan. Namun, peratusan yang besar daripada hujah wakil rakyat berkenaan terjurus mengiakan pandangan wakil parti lawan. Artikulasi wakil rakyat tersebut longgar.

Ya, ada ketikanya wakil rakyat tersebut seakan-akan mempertahan keputusan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) namun ia dilakukan dalam keadaan yang sangat tidak cermat dan lebih melukakan strategi komunikasi kerajaan. Mungkin wakil rakyat tersebut kurang sedar, namun beliau pada hakikatnya tidak membantu menidakkan pandangan parti lawan.

Dalam suasana dan suhu politik yang kian panas, mengharapkan pujian yang objektif dan ikhlas pihak lawan adalah sesuatu yang hampir mustahil berlaku dalam politik Malaysia. Yang mereka handal dan mahir, hanyalah menggunakan perkataan yang kasar dan memaki hamun waima dalam sidang dewan yang mulia. Semua langkah kerajaan disifatkan tidak tepat dan merosakkan.

Ironi, kerana ketika segala macam umpat fitnah dilanyak semahunya, data dan statistik tepat yang dikeluarkan oleh badan rasmi mahu sahaja diketepikan daripada pengetahuan rakyat terbanyak. Kedudukan ekonomi Malaysia yang nyata positif, pantas disembunyikan dengan serangan perkataan 'celaka' yang seperti mahu meruntuh segala elemen baik dan positif ini.

Yang perlu diakui, laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bukanlah satu laporan yang dibuat-buat sesuka hati. Setakat hari ini, integriti BNM tidak pernah diragui, baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Sebagai sebuah badan yang punya integriti luar biasa, seharusnyalah data dan statistik BNM tidak wajar dipandang sebelah mata.

Oleh yang demikian, apabila diperakui bahawa ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang kukuh sebanyak 6.2 peratus (%) pada suku pertama 2014 - ia tidak wajar tenggelam hanya dengan adab longgar dan sikap kurang ajar seorang ADUN DAP di Pulau Pinang. Ini masanya seluruh kekuatan jentera ditumpukan kepada usaha mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat.

Apa makna pencapaian 6.2% ini kepada rakyat Malaysia seperti kita? Ya, kita mungkin tidak merasainya secara terus dan langsung. Yang perlu kita tahu dan maklum, ini membawa makna bahawa Malaysia sedang berada di landasan ekonomi yang baik dan positif.

Malahan, ada media antarabangsa yang mengatakan angka 6.2% ini melebihi pencapaian banyak ekonomi negara-negara di dunia. Dalam kajian yang dilakukan Bloomberg, pencapaian ini adalah melebihi pencapaian purata hampir 22 ekonomi dunia yang mencatatkan pertumbuhan sekitar 5.7%, pada tempoh sama.

Ini sekali gus menafikan sama sekali hujah banyak wakil pembangkang yang mengatakan Malaysia sedang berhadapan dengan penyakit 'lelah fiskal' yang akut dan kronik. Dengan data yang dikeluarkan oleh BNM, jauh sekali berhadapan dengan asma dan lelah fiskal, ekonomi Malaysia bergerak dengan aktif dan baik.

Data BNM ini diperkukuhkan pula dengan kajian bahawa Malaysia memperbaiki kedudukannya dalam daya saing antarabangsa dalam kalangan ekonomi utama dunia tahun ini apabila meningkat tangga ke-12 daripada tangga ke-15 pada tahun lalu, mengikut laporan Buku Tahunan Keberdayasaingan Dunia (WCY) 2014 yang diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) berpusat di Switzerland.

Kedua-dua data BNM dan WCY ini cukup dijadikan bukti bahawa Malaysia masih lagi menjadi destinasi ekonomi yang menarik dan wibawa. Kesemua ini hanya mampu dilakukan dengan kesungguhan dan kemampuan pengurusan yang cukup dinamik.

Mutakhir ini, jika kita perhatikan DAP cukup jarang untuk berbicara soal pengurusan ekonomi. Mereka tidak mahu 'tajuk' ini terlalu diperdebatkan kerana mereka terpaksa menidakkan data dan statistik tepat yang sama sekali menidakkan pelbagai tuduhan yang longgar dan tidak benar.

Malahan, kalau disusur kembali kepada kenyataan yang dikeluarkan Lim Kit Siang berkait dengan pengurusan ekonomi dan polisi, tarikh 4 Mei 2014 menjadi serangan terakhir Kit Siang dalam menidakkan pengurusan polisi dan dasar. Kepada Kit Siang, sebagai meraikan setahun berlalunya Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Malaysia dikatakan masih bergelumang dengan apa yang disifatkan sebagai 'setahun yang penuh dengan polisi yang gagal' (a year of failed policies).

Hari ini, Kit Siang mungkin perlu menelan kembali kenyataan yang tidak bersandarkan fakta itu. Dengan apa yang dinyatakan oleh BNM dan WCY, mungkin Kit Siang tidak berani untuk berbicara soal 'pengurusan ekonomi' di hadapan pengundi Teluk Intan yang mempunyai 'pecahan' jumlah pengundi yang sangat menarik.

Tanpa mahu bercakap banyak soal ekonomi, pilihan terbaik Kit Siang di Teluk Intan adalah menjual soal simpati dengan perkara-perkara yang bukan pun bersifat dasar dan polisi. Ya, dengan apa yang sedang berlaku ketika ini, dalam konteks pilihan raya kecil Teluk Intan, bukan Dyana Sofya yang bertanding - tetapi Kit Siang dan ego politiknya.

Belanjawan 2015

Sesuatu yang wajar dihargai adalah komitmen Menteri Kewangan Kedua agar Belanjawan 2015 memberikan tumpuan khusus kepada soal kenaikan kos sara hidup yang sedang dirasai oleh keseluruhan rakyat. Andai ada sedikit kerisauan yang ditimbulkan oleh laporan BNM adalah berlakunya inflasi - yang dikaitkan dengan peningkatan perbelanjaan dalam kategori perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain dan pengangkutan.

Rasionalisasi subsidi bukanlah frasa paling manis yang mahu didengar oleh rakyat. Namun, jika difikirkan, sememangnya subsidi perlu lebih terarah dan tersasar. Ucapan yang diucapkan Perdana Menteri bersempena Laporan Tahunan GTP/ETP ada benarnya. Perbandingan mudah, "...yang ber-Kancil subsidinya RM912, manakala yang ber-Mercedez pula subsidinya RM2,400," ada benarnya.

Adalah menjadi harapan kita, agar proses perundingan penyediaan belanjawan dapat berlaku dalam suasana yang telus dalam meneliti impak sebenar ekonomi kepada poket dan pendapatan rakyat.

Pertumbuhan ekonomi di suku pertama 2014 yang tidak mampu diseimbangkan dengan inflasi yang turut sama meningkat akan memberikan tekanan kepada rakyat secara keseluruhannya. Disebabkan itu jugalah, ura-ura kenaikan tarif elektrik disambut dengusan kekecewaan yang bukan kecil dalam kalangan rakyat.

Pokok pangkalnya, segala keresahan rakyat dalam soal peningkatan kos sara hidup tidak boleh diambil mudah. Mungkin wajar penulis merujuk kembali kepada komitmen 'aku janji' yang secara jelas menyatakan peningkatan kos sara hidup adalah perkara utama yang bakal ditangani setelah mendapat mandat.

Kita percaya, jika momentum pertumbuhan ekonomi sedia ada diperkukuhkan, disulami pula dengan iltizam penambahbaikan pengurusan dan disiplin kewangan, Malaysia akan mencatatkan kejayaan lebih cemerlang dalam segala segi.

Suara resah rakyat jangan sesekali diketepikan. Langkah pembangunan iktisad mesti tepat. Slogan perubahan mesti direalisasikan. Jika komitmen pengurusan polisi dan dasar dapat disertai dengan langkah komunikasi strategik yang tepat; rakyat akan mampu memahaminya tanpa ralat.

Pertumbuhan ekonomi yang adil dan mampan adalah impian rakyat terbanyak. Kemenangan besar Narenda Modi di dalam pilihan raya India dikatakan banyak pihak sebagai referendum jelas rakyat yang mahukan 'pembangunan ekonomi merata' dan bukannya 'kebajikan feudal'. Mungkin ada mesej yang sama-sama boleh kita pelajari di sebalik apa yang berlaku di seluruh dunia pada ketika ini.

Tendang pegawai seleweng

Posted: 24 May 2014 12:40 PM PDT

SECARA tiba-tiba isu penyelewengan diesel menjadi begitu hangat kebelakangan ini walaupun ia bukan perkara baharu. Lebih mengejutkan melalui operasi besar-besaran yang dilancarkan di seluruh negara sejak 15 Mei lalu bagi membanteras penyelewengan diesel bersubsidi hanya mendedahkan pelbagai kepincangan agensi penguat kuasa yang sepatutnya bertanggungjawab menghalang kegiatan haram itu. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut wartawan Mingguan Malaysia, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI telah mewawancara Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), MOHD. ROSLAN MAHAYUDIN bagi mendapatkan penjelasan sebenar. "Dalam memerangi penyangak diesel ini, orang pertama saya hendak 'tendang' ialah pegawai KPDNKK yang menyeleweng. Kalau ada pegawai saya yang menyeleweng, mereka ini umpama duri dalam daging dan sangat berbahaya. Kalau ada orang seperti ini, susah kita hendak buat kerja," katanya tanpa berselindung.

MINGGUAN: Bagaimana tahap keseriusan isu penyelewengan petrol dan diesel bersubsidi melibatkan sindiket di negara ini? Penyelewengan ini dikatakan sudah ke tahap serius terutama melibatkan penjawat awam?

ROSLAN: Penyelewengan petrol dan diesel bersubsidi di negara ini agak merisaukan kerana maklumat yang diterima menunjukkan kegiatan penyelewengan ini masih berleluasa. Ia dilakukan dalam dua kaedah iaitu secara bersindiket oleh beberapa kumpulan tertentu dan secara persendirian oleh penduduk tempatan terutamanya di kawasan sempadan negara.

Berhubung dengan penglibatan penjawat awam, saya tidak menolak kemungkinan wujudnya keadaan tersebut tetapi ia tidaklah begitu serius sehingga menjadi penyebab kepada situasi sekarang. Perbezaan harga domestik dan industri yang besar telah memberi margin keuntungan yang tinggi kepada sindiket sehingga mereka sanggup berdepan dengan tindakan undang-undang yang keras sama ada daripada KPDNKK mahupun daripada agensi penguatkuasaan yang lain.

KPDNKK begitu serius menangani isu penyeludupan minyak dengan mengisytiharkan perang melalui Ops Titik. Namun, bagaimana untuk melaksanakan operasi ini tanpa sebarang kebocoran maklumat atau rahsia tidak pecah kepada pihak lain?

ROSLAN: Sebagai sebuah agensi penguatkuasaan, kita sedar kebocoran maklumat boleh berlaku. Kebocoran maklumat ini perkara biasa dalam setiap tindakan operasi yang dilaksanakan. Ia boleh berlaku dari dalam iaitu mungkin daripada pegawai sendiri, persekitaran dan informer (penyalur maklumat). Kadang-kadang informer ini hendak 'makan' dua tiga belah pihak. Jadi, kami sentiasa berjaga-jaga. Perkara ini perlu diuruskan dengan betul, Di KPDNKK, maklumat operasi diurus dengan kawalan yang ketat. Ketika buat serbuan terhadap penjualan video cakera padat (VCD) dan video cakera digital (DVD) sebelum ini, kita terpaksa berhadapan dengan tonto. Kita sudah hadapi semua ini dan kita memang mengatur strategi untuk memperbetulkan keadaan ini.

Pada masa yang sama, kita menggunakan pelbagai taktik dan strategi untuk memastikan kejayaan sesuatu operasi. Antaranya, kalau kita kenal pasti ada pegawai yang kita sangsi, kita akan ketepikan mereka dahulu. Kita gunakan pegawai lain. Malah, dalam keadaan memerlukan, kita melakukan operasi cross-border yang melibatkan pegawai-pegawai yang berbeza dan dari luar kawasan. Misalnya, kalau operasi di Melaka, kita gunakan pasukan dari ibu pejabat di Putrajaya tanpa pengetahuan pegawai di Melaka. Kami sudah amalkan strategi ini.

Isu kepincangan agensi penguat kuasa antara perkara yang mendapat perhatian kerana dikaitkan secara terus dalam hal ini. Malah, peralatan yang disita oleh KPDNKK ditemui semula di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini. Apa komen tuan?

ROSLAN: Memang betul semasa KPDNKK membuat serbuan di sebuah setor haram di Lukut baru-baru ini, kita menjumpai sebuah skid tank (tangki minyak) yang mempunyai kesan sticker (pelekat) KPDNKK. Namun, itu tidak bermakna skid tank tersebut adalah barang kes. Saya telah membuat semakan berhubung perkara ini dan tidak ada mana-mana cawangan yang melaporkan kejadian kehilangan skid tank dalam setor KPDNKK. Saya percaya skid tank tersebut bukan barang kes. Kesan sticker yang dilihat pada skid tank tersebut merupakan tanda yang biasa dibuat oleh pegawai serbuan dalam kes terdahulu sebelum minyak yang terdapat di dalamnya disita. Saya rasa tidak timbul sebarang isu kerana kami menampal sticker pada barang-barang yang kami tahan.

Biasanya, kita akan sita tangki dengan pelekat itu sementara mencari pembeli untuk minyak diesel di dalam tangki itu. Ini mengambil masa kerana perlu ikut proses kewangan. Kalau ada pembeli, kita akan jual minyak itu kepada pembeli mengikut peraturan-peraturan yang selepas itu, kita pulangkan tangki itu kepada pemiliknya. Mungkin, ada kesan sticker kerana kesilapan pegawai KPDNKK yang tidak cabut sticker dengan bersih tetapi kadang-kadang orang ramai beranggapan lain. Saya sebut senario lain supaya orang mudah faham. Misalnya, kita tahan lori pagi ini tetapi esok sudah lepas. Orang yang tengok keadaan ini akan kata kita sudah 'kawtim' sedangkan sebenarnya tidak. Apa yang kami buat, kami lepaskan lori itu dengan bon jaminan bergantung kepada nilai lori tersebut, mungkin RM40,000 atau RM50,000 supaya lori itu boleh digunakan semula. Kita ingat mereka tidak buat kerja tidak elok lagi tetapi kadang-kadang ada yang nakal dan buat balik. Ini menimbulkan persepsi orang ramai macam mana lori ini boleh keluar balik. Mereka ingat kita terima rasuah.

Apakah tempat simpanan menjadi antara masalah penyelewengan ini berlaku?<.b>

ROSLAN: Kalau boleh saya tidak mahu beritahu tetapi kita sebenarnya hadapi kekangan ruang setor kerana boleh dikatakan semua setor di pejabat kami sudah sendat, tidak muat hendak simpan barang. Apabila kita buat Ops Titik, rampasan makin banyak, setiap hari ada rampasan sehingga kami hadapi masalah hendak simpan barang. Masalahnya, kalau kita tidak simpan dengan betul dan barang hilang, tanggungjawab kepada kami. Nanti timbul pula isu mereka saman KPDNKK kerana barang dalam simpanan kami hilang. Bagi mengatasi masalah ini, kita berusaha mencari ruang untuk menyewa tanah di setiap negeri bagi menyimpan barang-barang ini untuk siasatan. Kami berpendapat dengan menahan dan menyimpan kenderaan itu, ia lebih memberi kesan kepada penyangak diesel kerana mereka akan pincang sedikit sebab barang-barang yang digunakan untuk menyeleweng diesel dirampas. Cuma masalahnya, ruang setor untuk menyimpan barang-barang ini.

Adakah terdapat laporan pegawai penguat kuasa pernah menerima ugutan termasuk bunuh atau keluarga diganggu jika tidak bekerjasama dengan pihak penyeludup?

ROSLAN: Ada. Sebagai pegawai penguat kuasa di kementerian ini yang berdepan dengan anggota sindiket dan kumpulan samseng, kita bukan sahaja menerima ugutan tetapi juga diserang. Kejadian kenderaan dilanggar, rumah dilontar bom buatan sendiri, dipukul dan diugut pernah berlaku.

Semua itu kita uruskan dengan Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dan ia terkawal. Pegawai-pegawai saya faham bahaya yang menanti mereka tetapi kita tidak ada pilihan kerana ini adalah amanah yang harus dipikul. Ancaman ini sama sekali tidak melemahkan semangat pegawai-pegawai saya kerana kita sentiasa mendapat bantuan daripada pasukan polis, di samping dibekalkan dengan senjata api.

Apakah yang membuatkan isu ini sukar dibanteras? Ugutan daripada pihak penyeludup atau gelap mata akibat rasuah?

ROSLAN: Kedua-duanya tidak. Walaupun saya tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur salah laku dan integriti kalangan anggota, tetapi ia tidaklah sampai ke tahap yang boleh menggagalkan operasi yang dijalankan. KPDNKK juga telah mewujudkan unit integriti sendiri yang turut dianggotai pegawai kader daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengawasi dan meningkatkan integriti anggota kementerian. Mana-mana pegawai yang didapati ada salah laku, kita ambil tindakan dalaman dan sekiranya mereka terlibat dengan rasuah, kita sentiasa bekerjasama dengan SPRM termasuk sehingga mereka didakwa di mahkamah dan menamatkan perkhidmatan mereka. Kita tidak berkompromi dalam soal ini.

Begitu juga dengan ancaman daripada penyeludup ini sama sekali tidak melemahkan semangat anggota penguat kuasa untuk terus memerangi jenayah yang merugikan wang negara. Sehingga 22 Mei 2014 iaitu dalam tempoh lapan hari Ops Titik digerakkan, sebanyak 56 kes telah diambil melibatkan rampasan bernilai RM1.789 juta. Kita akan terus meningkatkan operasi ini yang bukan sahaja melibatkan petrol dan diesel, malah gas petroleum cecair (LPG) yang nilai subsidinya tinggi.

Baru-baru ini, SPRM dilaporkan menyita akaun simpanan milik seorang pegawai penguat kuasa berjumlah RM1.5 juta atas dakwaan terlibat dengan aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi. Adakah ini melibatkan pegawai daripada KPDNKK dan jabatan tuan turut menerima kesan daripada isu itu?

ROSLAN: Apabila keluar laporan berita mengatakan penguat kuasa terlibat dengan aktiviti penyeludupan diesel, sudah tentu orang ingat melibatkan KPDNKK. Saya akui kes ini memberi kesan kepada KPDNKK sehingga isteri saya sendiri pun tanya apa yang berlaku. Begitu juga dengan di luar. Saya ada selidik perkara ini dan tidak ada pegawai saya yang terlibat. Saya tanya semua ketua cawangan dan negeri dalam kumpulan WhatsApp tetapi mereka pun tidak tahu menahu tentang perkara itu. Ini termasuk kes anggota agensi penguat kuasa menerima rasuah 1 sen bagi setiap 1 liter diesel bersubsidi yang diselewengkan dan membeli lori sendiri untuk menyeludup bahan api ini.

Bagaimanapun, saya tidak pertikai perkara tersebut. Kita profesional dalam hal ini. Mungkin SPRM ada sumber dan maklumat mereka sendiri yang kita dan jabatan-jabatan lain tidak tahu. Biarkan proses siasatan ini berjalan seperti biasa. Selaku ketua penguat kuasa KPDNKK, saya ambil berat perkara ini. Dalam memerangi penyangak diesel ini, orang pertama saya hendak 'tendang' ialah pegawai KPDNKK yang menyeleweng. Kalau ada pegawai saya yang menyeleweng, mereka ini umpama duri dalam daging dan sangat berbahaya. Kalau ada orang seperti ini, susah kita hendak buat kerja. Ada pegawai yang jujur tetapi ada yang menyeleweng pula demi kepentingan dan memenuhi kantung sendiri. Saya amat tidak berkenan dengan sikap begini.

Sebagai individu yang mengetuai Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, adakah tuan turut disiasat oleh SPRM dalam kes ini?

ROSLAN: Alhamdulillah, setahu saya setakat ini tidak ada. Tidak tahulah kalau di pihak jabatan berkenaan. Apa yang penting, kita kerja dengan ikhlas dan tahu apa yang kita buat. Kita perlu jauhkan diri daripada penyangak-penyangak yang cuba rapat dengan kita. Saya juga percaya dengan integriti pegawai-pegawai saya. Dari semasa ke semasa, apabila berpeluang berjumpa pegawai dalam mesyuarat atau perhimpunan mingguan dan bulanan, saya selalu menerapkan elemen integriti kepada mereka. Saya baru balik dari Kangar (Perlis) pada Khamis dan Langkawi (Kedah) pada Jumaat lalu, semasa bertemu pegawai di sana, saya tekankan isu integriti supaya mereka komited dengan kerja.

Saya ingatkan mereka bahawa kerja ini terdedah kepada tawaran rasuah. Kalau kita tidak berhati-hati, diri kita mudah masuk penjara. Saya minta mereka berhati-hati dan jauhkan diri daripada terlibat dalam perkara ini. Yang penting, elak terima ajakan daripada orang yang berurusan dengan kita seperti pergi minum atau terima hadiah daripada mereka. Apa yang kami buat ialah cuba tampal 'kebocoran' dalam pengagihan petrol dan diesel bersubsidi ini. Saya harap orang ramai hargai apa yang kami lakukan dan saya tidak nafikan dalam usaha ini, mungkin ada pegawai yang tidak jujur tetapi kita akan menangani perkara ini.

Apakah selepas ini serbuan atau siasatan akan melibatkan kerjasama semua kumpulan penguat kuasa termasuk polis dan SPRM secara kerap bagi memastikan isu ini dibanteras sepenuhnya?

ROSLAN: Sejak dahulu lagi, kita sudah bekerjasama dengan polis dan SPRM serta agensi-agensi penguatkuasaan yang lain dalam sesuatu operasi. Bagi Ops Titik ini juga, ia digerakkan secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, SPRM, Kementerian Dalam Negeri (Unit Pencegah Penyeludupan), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Persetujuan ini dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Membanteras Penyelewengan Bahan Petroleum Bersubsidi Bil. 1/2014.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek telah mengisytiharkan perang ke atas penjenayah bahan petroleum bersubsidi ini dan saya selaku Pengarah Penguat Kuasa di KPDNKK bersama-sama agensi penguatkuasaan lain akan jalankan operasi ini secara berterusan sehingga jenayah keji yang merugikan wang negara ini dapat dibanteras secara habis-habisan.

Pada pandangan tuan, apakah punca kepada masalah penyelewengan diesel bersubsidi ini dan cadangan bagi membendung perkara ini daripada terus berlaku?

ROSLAN: Sistem pemberian subsidi sekarang terbuka kepada sesiapa. Kalau kita tengok, harga diesel subsidi untuk nelayan ialah RM1.45 seliter, di stesen minyak petrol RM2.10 seliter dan diesel RM2 seliter manakala harganya bagi industri boleh cecah RM3 seliter manakala harga di luar seperti di Thailand mencecah RM4 seliter. Sistem pengagihan petrol dan diesel subsidi sekarang longgar serta terbuka kepada semua. Kalau kita tidak ada sistem untuk mengawal subsidi ini, ia akan terdedah kepada kebocoran mudah. Ia umpama kita bawa barang mahal yang tidak ditutup dan sesiapa sahaja boleh curi. Cuba fikir, ada dua jenis diesel yang keluar dari depot iaitu yang bersubsidi pada harga murah untuk kegunaan nelayan dan stesen minyak serta tidak bersubsidi untuk industri. Dari pandangan pengguna macam kita, diesel ini sama sahaja dari segi kualiti tetapi yang menyebabkan perbezaan harga ialah cukai yang dibayar ketika keluar dari depot.

Kalau diesel bersubsidi untuk nelayan dan stesen minyak ini pergi ke industri siapa yang tahu? Adakah kita hendak tempatkan semua pegawai kita di semua stesen minyak? Ada lebih 3,600 buah stesen minyak di seluruh negara. Itu belum cakap jeti, pelabuhan dan sempadan. Di sempadan, mereka seludup melalui motosikal dan kereta yang diubah suai tangkinya. Ada lori tangki yang kononnya hendak diesel bersubsdi ke jeti milik Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) tetapi melencong ke destinasi lain seperti kilang. Ada yang sampai ke jeti dan bubuh diesel ke dalam bot nelayan tetapi dimasukkan semula ke dalam tangki lain di situ. Begitu juga dengan stesen minyak, kononnya tempah minyak tetapi dihantar ke kilang. Sekiranya kerajaan ingin menstruktur semula sistem. pengagihan minyak bersubsidi ini, saya amat alu-alukan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Sukan rapatkan hubungan

Posted: 24 May 2014 06:51 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar ROY AZIS ABD. AZIZ

Dari kiri, Ikhwan, Bullah, Khairul dan Nazreen sering menjadikan sukan sebagai aktiviti bersama.

Bersukan sememangnya antara salah satu aktiviti yang penting terutamanya bagi seorang penyanyi sebagai salah satu latihan untuk meningkatkan stamina ketika membuat persembahan.

Tidak terkecuali, kumpulan yang kini sedang meningkat naik, Le Rumba yang juga mengamalkan aktiviti bersukan sekurang-kurangnya dua kali dalam masa seminggu.

Minggu ini, S3 berpeluang merakam gambar mereka ketika bersukan dan aktiviti pilihan mereka ialah futsal.

Menurut salah seorang anggota Le Rumba, Khairul, semua anggota kumpulan tidak pernah lekang untuk menjalankan aktiviti bersama biarpun tinggal berasingan.

Kami berempat tidak tinggal sekali kerana masing-masing mempunyai keluarga di ibu kota, tetapi itu tidak menghalang kami untuk melakukan aktiviti sukan bersama.

Malah, belum ada lagi yang tertinggal ketika aktiviti bersukan dilakukan. Semuanya memberi kerjasama yang baik kerana ia memberi kelebihan kepada semua anggota kumpulan.

Lagipun semua anggota kumpulan Le Rumba adalah vokalis dan boleh bermain alat muzik. Kami merupakan kumpulan nyanyian, jadi stamina penting untuk semua ahli kumpulan," ujarnya.

Tidak terhad kepada aktiviti sukan futsal sahaja, jelas Khairul, mereka sering mempelbagaikan aktiviti mereka supaya tidak bosan dengan rutin yang sama.

Kita pelbagaikan mengikut kemudahan semua. Jika minggu itu, ada antara kami yang mahukan kelainan sedikit seperti bermain badminton, kita teruskan dengan badminton.

Kadang-kadang kalau hendak lakukan aktiviti yang menenangkan, kita lakukan aktiviti berenang yang lebih santai supaya jalinan antara kami sesama anggota kumpulan tidak lekang," ujarnya.

Tambah Khairul lagi, sekiranya mereka mempunyai kekangan masa dan tidak sempat untuk melakukan aktiviti bersukan, maka aktiviti yang lebih santai seperti berkelah dan sebagainya dilakukan.

Kadang-kadang kami penat dengan jadual persembahan yang ketat, jadi pilihannya adalah untuk melakukan aktiviti yang lebih santai seperti berkelah.

Jika tidak dapat berkelah, dapat lepak minum teh tarik sambil berbual tentang kumpulan kami juga sudah mencukupi," jelasnya.

Jalinkan kemesraan

Tidak hanya menjalankan aktiviti sukan sesama anggota kumpulan sahaja, Le Rumba tidak pernah lupa untuk menjemput peminat-peminat mereka bersama-sama untuk bersukan.

Biasanya kami yang akan rancang aktiviti bersukan seperti futsal atau sebagainya di laman facebook. Di situ kami akan ajak peminat untuk turut serta.

Sambutan memang baik, setakat ini, peminat yang datang tidak pernah lekang. Setiap jemputan kami pasti akan ada yang datang untuk turut serta.

Lagipun sukan yang kami lakukan seperti futsal dan badminton adalah sukan yang kini diminati oleh golongan muda apatah lagi kami juga lakukan ia di sebelah malam," jelasnya.

Aktiviti seperti ini, jelas Khairul yang membuatkan kumpulan Le Rumba dan peminatnya sentiasa dekat.

Kita tidak mahu jauh dengan peminat apatah lagi kami baru setahun jagung dalam industri muzik tempatan. Malah, peminat ini sudah muncul sejak kami buat persembahan setiap minggu di Rasta, Taman Tun Dr. Ismail lagi.

Selama lima tahun kami membuat persembahan di pentas-pentas kecil, selama itulah mereka tegar menyokong kami dan kini, setelah memasuki arus perdana, kami tidak akan lupakan sokongan mereka.

Itu sebab jika ada sahaja aktiviti bersukan, kami akan ajak sekali kelab peminat. Selain merapatkan hubungan sesama anggota, sekurang-kurangnya hubungan bersama kelab peminat juga dapat dirapatkan," jelasnya.

Tambah Khairul lagi, kini semakin banyak masalah sosial yang melanda remaja dan daripada mereka membazirkan masa terbuang itu, lebih baik diisi dengan perkara berfaedah.

Peminat kami tidak hanya melibatkan golongan dewasa sahaja, tetapi remaja juga antara yang paling ramai menyokong.

Jadi, tindakan kami mengajak golongan remaja terutamanya kelab peminat untuk bersukan adalah salah satu tanggungjawab sosial kepada kami," ujarnya.

Tiada lagi cinta

Posted: 24 May 2014 06:51 AM PDT

Bersama Noona Kha-dijah
ijah_pg@yahoo.com

Kim Bum dan Moon Geun-young bawa haluan masing-masing.

MACAM satu gaya pula artis Korea ini. Bila pihak media kata mereka bercinta, mereka menafikannya dan kemudian pihak pengurusan masing-masing tampil mengesahkan artis mereka bercinta.

Percintaan yang awalnya disorok itu bagaimanapun tidak sempat mencecah setahun, sudahpun putus. Itulah yang terjadi kepada pasangan pelakon Kim Bum dan Moon Geun-young yang sebelum ini pernah melancong bersama ke Eropah, November tahun lalu.

Pasangan itu mula menjalin percintaan pada Oktober lalu, selepas sama-sama berlakon dalam Goddess of Fire, Jung-Yi. Rupa-rupanya percintaan itu tidak berpanjang dan cuma bertahan selama tujuh bulan sahaja.

Menurut agensi Kim Bum, King Kong Entertainment, kedua-dua mereka telah berpisah sebagai pasangan kekasih, namun masih berkawan baik.

Sah mereka tidak lagi bersama tetapi tetap berkawan dan memberi sokongan antara satu sama lain. Masing-masing sibuk dengan karier dan perpisahan itu tidak memberi kesan kerana mereka berpisah cara baik," jelas wakil Kim Bum.

Dalam pada itu, aktor Kim Woo Bin yang namanya semakin melonjak kerana lakonannya dalam drama The Heirs juga disahkan telah berpisah dengan model Yoo Jin Ahn oleh beberapa pihak.

Khabarnya, pelakon yang juga model itu telah menamatkan hubungan dua tahun bersama Yoo Jin Ahn, beberapa bulan lalu dan kini mereka hanya rakan sekerja sahaja.

Kira-kira tiga atau empat bulan sudah, Kim Woo Bin dan Yoo Ji Ahn berpisah. Mereka terlalu sibuk dengan kerjaya dan tiada masa untuk bertemu dan secara tidak langsung hubungan itu putus.

Memandangkan mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain, jadi sekarang mereka masih lagi berkawan," jelas sumber terdekat Kim Woo Bin.

Pasangan itu mula menguar-uarkan hubungan mereka kepada umum pada September lepas walaupun sudah bertemu janji sejak 2011.

Sementara itu, pelakon Ji Hyun Woo yang baharu sahaja selesai menjalani perkhidmatan tenteranya turut menerima nasib yang sama.

Ketiadaan kekasih hati, Yoo In Na sewaktu para peminat merai kepulangan Ji Hyun Woo selepas selesai perkhidmatan tentera menimbulkan tanda tanya.

Namun wakil Yoo In Na, YG Entertainment bijak menjawab pertanyaan tersebut dengan mengatakan yang aktres itu sibuk menjalani penggambaran drama dan filem termasuk di China.

Rupa-rupanya kisah percintaan antara Ji Hyun Woo dan Yoo In Na mungkin telah putus sewaktu aktor itu masih lagi dalam perkhidmatan tentera.

Wakil agensi Ji Hyun Woo menjelaskan, sewaktu perjumpaan dengan para peminat, aktor itu tidak mengumumkan perpisahannya dengan Yoo In Na kerana waktu yang tidak sesuai.

Bukan Ji Hyun Woo sengaja hendak menyorokkan kebenaran, cuma waktu untuk dia beritahu kisah sebenar tentang hubungan itu tidak sesuai," jelas wakilnya.

Ji Hyun Woo dan Yoo I Na mula menjalin percintaan selepas mereka sama-sama berlakon dalam drama Queen In Hyun's Man pada 2012.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kontraktor perlu lebih bertanggungjawab

Posted: 23 May 2014 12:03 PM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 23 Mei - Kesemua konktraktor pembinaan yang dilantik bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diingatkan agar sentiasa memenuhi syarat-syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, ini termasuk mengutamakan kualiti dalam pembinaan kemudahan di ibu kota.

Menurutnya, langkah itu juga sebagai satu usaha melahirkan kontraktor yang bertanggungjawab dan berwibawa.

"Penekanan ini diberikan kepada semua kontraktor seiring hasrat DBKL untuk memberi perkhidmatan terbaik demi keselesaan dan kesejahteraan setiap warganya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Wilayah Persekutuan (PKMMWP) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden PKMMWP, Datuk Mokhtar Samad dan Penasihat Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Tambahnya, kualiti kerja oleh pihak kontraktor merupakan aspek penting dalam penilaian DBKL bagi pemberian sesuatu tender yang ditawarkan dan jika tidak mencapai matlamat ia akan mencalarkan imej pihak berkuasa tempatan itu.

Beliau berkata, DBKL juga bercadang memperluaskan penyertaan kontraktor yang memerlukan bimbingan dan bantuan, terutama dalam kalangan kontraktor bumiputra.

"Jika ada kontraktor mempunyai masalah mengenai projek diberikan, DBKL sentiasa terbuka dan sedia berbincang mengenainya," katanya.

Menurut Ahmad Phesal, setiap tahun DBKL memperuntukkan lebih RM100 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan yang disalurkan kepada kontraktor.

"Dalam pemberian tender kepada kontraktor, DBKL sentiasa telus dan adil.

"Tiada istilah kroni, sebaliknya kontraktor dipilih adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman," katanya.

Tambahnya, perhatian juga akan diberikan kepada kontraktor kelas F dan akan meneliti penambahan kerja-kerja yang bersesuaian.

"Buat masa sekarang, DBKL sedang berunding dan memuktamadkan beberapa projek penting di ibu kota.

"Antaranya, projek Pasar Malam Danau Kota yang akan dipindahkan ke lokasi baharu, projek perumahan di Wira Kota serta bangunan-bangunan awam," katanya.

3,500 peserta sertai Cabaran Towerton Menara KL

Posted: 23 May 2014 12:03 PM PDT

PEMENANG Cabaran Towerton Antarabangsa Menara Kuala Lumpur 2014 bersama hadiah masing-masing di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 23 Mei - Seramai 3,500 peserta menyertai acara berprestij, Cabaran Towerton Antarabangsa Menara Kuala Lumpur 2014 di sini, baru-baru ini sekali gus melebihi sasaran awal iaitu 3,200 peserta.

Menara Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memberitahu, sejak penganjuran kali pertama pada 1998, acara itu telah menerima begitu ba

nyak penyertaan daripada pelari maraton tempatan dan antarabangsa yang ingin mencabar kemampuan fizikal dan mental dalam menawan menara tersebut.

"Pada tahun ini menyaksikan peningkatan peserta dari luar negara iaitu seramai 220 daripada 18 buah negara.

"Selain Kenya dan Azerbaijan turut menyertai acara ini Brunei, Australia dan China," kata kenyataan itu.

Bagi Kategori Lelaki Terbuka, gelaran juara dirangkul oleh Darren Wilson dari Australia dengan masa 12 minit 23 saat.

Manakala bagi Kategori Wanita Terbuka pula diraih oleh Carolyn Jepkosgei Chepkwony dari Kenya dengan masa 16 minit 53 saat.

Pelepasan dan penyampaian hadiah kepada peserta disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zuraidah Mohd. Said.

Dalam cabaran itu, peserta berlari menaiki bukit sejauh 800 meter iaitu titik permulaan di tapak Park Safe yang terletak bertentangan dengan The Weld dan meneruskan larian dengan mendaki 2,058 anak tangga untuk sampai ke garisan penamat di Mega View Banquet Hall.

JKM akan selia keluarga bekas gelandangan

Posted: 23 May 2014 12:03 PM PDT

KUALA LUMPUR 23 Mei - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu keluarga gelandangan yang sebelum ini tinggal di bawah jambatan konkrit di Lebuh Pasar Besar berhampiran Pasar Seni di sini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Norani Mohd. Hashim berkata, bantuan sebanyak RM400 sebulan juga akan disalurkan kepada keluarga berkenaan.

Jelasnya, pada masa sama pihaknya juga akan membuat penyeliaan ke atas kanak-kanak itu dari segi penjagaan oleh ibu bapa mereka termasuk persekolahan.

"JKM juga akan membantu anak sulung pasangan tersebut untuk mendaftar kad orang kurang upaya (OKU).

"Hasil siasatan yang dibuat oleh pegawai pelindung mendapati, pada peringkat awal ibu bapa mereka tidak mahu memberi kerjasama bagi mana-mana pihak mengambil anak-anaknya sama ada bagi tujuan mendapat perlindungan atau penempatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia pada Isnin lalu berhubung sebuah keluarga gelandangan yang tinggal di bawah jambatan sejak Jun tahun lalu.

Susulan itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tanggungjawab menguruskan pemindahan keluarga tersebut di Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, Setapak.

Menurut Norani, pegawai pelindung turut dimaklumkan oleh pasangan itu mereka tidak lagi mahu bergelandangan setelah mendiami rumah berkenaan.

"Setelah mendapat penempatan, keempat-empat kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan selamat," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Gaya jalanan gadis berhijab

Posted: 23 May 2014 12:03 PM PDT

Gaya jalanan atau streetstyle sesuai digayakan oleh gadis lasak.

BAGI gadis berhijab, tidak sukar untuk mengekalkan ciri-ciri manis dan sopan, lebih-lebih jika aktiviti seharian memerlukan anda banyak bergerak serta melibatkan aktiviti lasak.

Tambah lagi jika pekerjaan yang dilakukan memerlukan anda bertemu dengan orang luar. Sudah pasti anda perlu menjaga penampilan dan dalam masa yang sama kekal dengan imej santun.

Apa yang penting, anda perlu bijak memadankan pakaian yang sesuai dengan ciri-ciri gadis muslimah di samping menyerlahkan gaya mempesona.

Minggu ini ruangan Trend menampilkan gaya jalanan atau lebih dikenali dengan streetstyle khas buat gadis berhijab yang lasak. Apa yang unik mengenai gaya jalanan ini ialah konsep layering yang menggabungkan penggunaan jaket, cardigan, kemeja dan lain-lain lagi.

Selain daripada itu, corak fesyen ini juga mempunyai elemen garisan, manakala variasi warnanya juga banyak terarah kepada warna gelap dan putih.

Koleksi pakaian daripada Skullbeats Store, satu jenama tempatan yang kini semakin mendapat perhatian kerana rekaannya yang dekat dengan jiwa gadis remaja. Skullbeats Store juga mengeluarkan kemeja-T dengan corak yang unik di samping skirt labuh dengan corak terkini, dan blaus menggunakan kain yang selesa.

Mari kita lihat padanan yang boleh digayakan oleh gadis berhijab dengan konsep jalanan bagi aktiviti seharian. - FATIEHAH/ NOORADZRENE MOHD. NOOR

PENGHARGAAN:

Facebook: https://www.facebook.com/skullbeatsstore

Instagram: SKULLBEATSSTORE

Pemilik: Ezleen Suhaiza Azzuri

Janice selesa bergerak secara solo

Posted: 24 May 2014 06:51 AM PDT

Janice juga memiliki bakat melukis selain daripada menyanyi, mencipta lagu dan bermain alat muzik.

Alunan gemersik suara uniknya memukau sesiapa sahaja yang mendengar. Selain mampu bermain pelbagai alat muzik seperti gitar, dram dan piano, gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini juga pandai menggubah lagu.

Janice Yap, 32, merupakan bekas anggota kumpulan Janice and The Supertank yang pernah mewarnai industri muzik tanah air suatu ketika dahulu. Peminat-peminat filem Istanbul Aku Datang lakonan mantap Lisa Surihani, Tomok dan Beto Khusyairy ini pasti masih mengingati lagu Kau Di Mindaku yang berjaya mendapat tempat di stesen radio popular tanah air.

Walaupun kehidupan Janice semakin sibuk dengan tugasan baru sebagai penyampai radio di Capital FM, dia masih sudi meluangkan masa untuk bertemu .com di Galeri Petronas, KLCC baru-baru ini.

Ketika bertemu, Janice amat teruja melihat hasil seni kontemporari yang dipamerkan di galeri tersebut, selain berasa bangga dengan buah tangan artis tempatan yang banyak mengetengahkan karya dalam bentuk budaya dan konteks sosial semasa.

Pemenang persembahan solo terbaik tempatan bagi Malaysias BOH Cameronian Arts Awards 2007 dan pemenang pertandingan lagu terbaik dalam Battle Of The Band 2005 ini menjelaskan, dia kini tidak lagi bersama kumpulan tersebut dan lebih selesa bergerak secara solo.

Jelasnya, keputusan yang diambil untuk keluar dari kumpulan tersebut memberi peluang dan kebebasan kepadanya untuk berkarya mengikut aliran muzik yang diminatinya. Setelah dua tahun meninggalkan kumpulan tersebut, Janice masih aktif berkarya mencipta lagu dan sedang dalam proses untuk melancarkan album solo pertamanya.

Selain menulis lagu, saya juga ada menulis sebuah buku berkaitan bidang nyanyian yang kini dalam proses akhir untuk disiapkan. Buku ini dijangka dipasarkan pada bulan hadapan.

Apa yang menarik mengenai buku ini adalah isi kandungannya banyak memberi pendedahan kepada orang ramai bahawa kita semua dikurniakan dengan kebolehan menyanyi. Setiap daripada kita sebenarnya boleh menyanyi jika tahu cara dan kaedah yang betul.

Buku ini juga sesuai untuk semua golongan, tidak kira muda atau tua. Segala-galanya saya kongsi berdasarkan pengalaman sebagai guru vokal," katanya.

Sememangnya wanita ini sangat berpengalaman dalam bidang seni muzik kerana sudah didedahkan dengan dunia muzik sejak berumur tujuh tahun. Sehingga kini, apa sahaja yang dilakukannya adalah atas dasar kecintaan kepada muzik dan seni.

Berkongsi cerita terbaharunya dalam bidang penyampaian radio yang bermula tahun lalu, katanya, menjadi penyampai radio merupakan salah satu impiannya. Ini kerana bidang muzik yang diminatinya mempunyai perkaitan dengan kerjaya yang diceburinya sekarang.

Namun begitu, katanya, gaya hidupnya kini sedikit berbeza apabila perlu bangun seawal pukul 4.00 pagi bagi memulakan segmen kendaliannya di radio pada pukul 6.00 pagi, setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Pada mulanya memang agak kekok untuk menyesuaikan diri dengan perubahan jadual harian, akuinya, tetapi lama-kelamaan ia menjadi perkara biasa.

Apa yang paling menarik mengenai cabang kerjaya ini, dia dapat berkongsi pandangan dan pendapat mengenai masalah wanita.

Menurutnya lagi, segmen yang dikendalikan bersama Pamela Chong ini juga sangat bermanfaat buat diri sendiri kerana dapat belajar banyak perkara berkaitan perihal wanita, lebih-lebih lagi apabila sesuatu topik yang dibincangkan mendapat respons dan perhatian daripada pendengar. - Fatiehah/ SAIFUL BAHARI ASHARI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Guru pemangkin patriotisme

Posted: 23 May 2014 12:03 PM PDT

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

MOHAMED Khaled Nordin (tengah) dan Md. Jais Sarday (kiri) serta Md. Hasidin Zaini (kanan) bersama Tokoh Guru 2014, Ho Kee Liong Nee (tiga dari kiri) dan Deraman Mahat (tiga dari kanan) sewaktu majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2014 di MRSM, Pontian, kelmarin. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

PONTIAN 23 Mei - Golongan pendidik diseru memainkan peranan secara proaktif dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar yang kini didapati semakin pudar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, didikan di sekolah diyakini mampu mengembalikan semangat cinta dan menyayangi negara.

"Di sekolah warga guru boleh didik mereka tentang pentingnya negara iaitu dengan menanamkan semangat nasionalisme, patriotisme dan menghormati apa sahaja tentang tempat, negeri dan seterusnya negara mereka dilahirkan.

"Kebimbangan tentang semangat nasionalisme yang kian pudar dalam generasi muda memang ada ini kerana lepasan sekolah yang berada dalam masyarakat sudah cukup berani melakukan perkara-perkara yang menghina negara sendiri.

"Ini kerana mereka terperangkap dengan pergeseran politik, sedangkan tidak mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan mereka sehingga ada yang sanggup untuk menukar bendera, lambang, jata dan apa juga yang berkaitan negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat negeri di Pontian, dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday dan Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Md. Hasidin Zaini.

Terdahulu dalam ucapannya, Menteri Besar berkata, pencapaian pendidikan di negara ini cukup progresif dengan banyak kejayaan diraih di peringkat nasional mahupun antarabangsa, namun perlu dipertingkatkan.

Beliau berkata, ada yang mengaitkan kejayaan itu kerana kurikulum bersepadu, sistem sekolah yang teratur, guru terlatih dan banyak faktor lain.

"Namun bagi saya, sistem pendidikan kita tidak akan mempunyai rekod cemerlang jika kita tidak mempunyai barisan warga guru yang berdedikasi dan ikhlas. Apa juga sistem teknologi mahupun imbuhan, tanpa wibawa guru semuanya tidak membuahkan sebarang kejayaan," katanya.

Mohamed Khaled berkata, tugas guru kini tidak seperti 40 tahun lalu dengan tahap kehormatan dan darjat guru sangat tinggi di mata masyarakat.

"Namun hari ini kita berada pada zaman yang berbeza, kita berada dalam zaman teknologi yang serba canggih. Cara komunikasi antara kita juga kini telah berubah dengan adanya sistem teknologi maklumat.

"Kini generasi muda yang merupakan para pelajar lebih gemar memilih untuk berkomunikasi dalam media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram dan sebagainya," katanya sambil menyeru guru-guru agar menguasai media sosial bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelajar.

Fesko52 jadi platform asah bakat berniaga

Posted: 23 May 2014 12:03 PM PDT

KEMPEN derma darah antara aktiviti yang diadakan sempena Fesko52 yang akan berakhir pada 26 Mei ini di Dataran UTM, Skudai, Johor.

JOHOR BAHRU 23 Mei - Penganjuran Festival Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-52 (Fesko52) merupakan platform bagi golongan mahasiswa untuk mengasah kebolehan mereka dalam bidang perniagaan serta pengurusan majlis.

Pengarah Programnya, Muhd. Aliff Nazzrull Dzulfakar berkata, lebih 200 mahasiswa terlibat secara langsung dengan festival yang bermula sejak kelmarin hingga Isnin ini, manakala kira-kira 50 mahasiswa turut membuka gerai jualan di Dataran UTM.

Beliau berkata, selain merupakan aktiviti tahunan sempena konvokesyen universiti tersebut, festival itu turut berupaya membudaya dan melahirkan usahawan baharu, khususnya dalam kalangan penuntut UTM.

"Penglibatan mahasiswa dalam festival ini bukan sahaja dapat melatih tentang ciri-ciri kepimpinan, malah mampu memupuk sifat keusahawanan apabila mereka berinteraksi dengan pengunjung dan pembeli.

"Secara tidak langsung mengajar mereka bagaimana cara terbaik untuk berinteraksi dengan masyarakat pelbagai lapisan dan bagaimana menguruskan kewangan perniagaan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Fesko52 menyasarkan kehadiran melebihi 60,000 pengunjung dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan, antaranya pertandingan nasyid kontemporari, festival makanan 1Malaysia, sukan ekstrem, pencarian bakat, kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Muhd. Aliff berkata, Fesko52 yang bertemakan "Sains, Teknologi dan Inovasi" itu menerapkan konsep aktiviti pembelajaran sambil berhibur dan menerusi kaedah tersebut, golongan mahasiswa dapat mempelajari ilmu sains teknologi secara santai agar lebih mudah menarik generasi muda.

"Selain itu, hiburan yang disediakan bukan hanya hiburan kosong, malah terdapatnya pengisian menerusi penganjuran program seperti Forum Malam Cahaya Ilmu dan Perintis Ummah UTM," katanya.

Orang ramai yang berminat mendapatkan maklumat lanjut tentang penajaan boleh menghubungi talian 016-6851789 manakala 017-7931400 bagi gerai korporat.

Info terkini juga boleh didapati menerusi laman Facebook iaitu www.facebook.com/Festivalkonvoutm.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Terap patriotik peringkat sekolah

Posted: 23 May 2014 12:03 PM PDT

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

IDRIS Haron (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada penceramah undangan, Ustaz Wan Sohor Bani Leman pada Seminar Suntikan Semangat Patriotisme Melalui Penghayatan Islam Peringkat Negeri Melaka anjuran Institut Kajian Sejarah dan Patriotik di Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka, semalam. - UTUSAN/GAIE UCHEL

MELAKA 23 Mei - Semua sekolah rendah dan menengah di negeri ini akan diwajibkan untuk menyanyikan lagu Melaka Maju Negeriku Sayang pada perhimpunan sekolah sebagai usaha meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dari peringkat awal.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, usaha mensyaratkan tambahan lagu itu sudahpun dimulakan dan surat pekeliling mengenainya telah dikeluarkan oleh portfolio pelajaran negeri awal bulan lalu ke semua 298 sekolah di negeri ini.

Menurutnya, semua sekolah rendah dan menengah ini juga telah dibekalkan dengan cakera padat lagu berkenaan sebagai tambahan bagi lagu sedia ada iaitu Negaraku, Melaka Maju Jaya serta lagu sekolah.

"Buat masa ini, beberapa buah sekolah telah mula melaksanakannya semasa perhimpunan serta program rasmi dan ia diharap dapat dilaksanakan di semua sekolah seluruh negeri dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Suntikan Semangat Patriotisme Melalui Penghayatan Islam peringkat negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang turut hadir, sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhamad; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Warisan negeri, Datuk Norpipah Abdol dan Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (Iksep), Prof. Datuk Dr. Mohd. Jamil Mukmin.

Idris berkata, beliau percaya tambahan lagu tersebut akan mampu menaikkan rasa sayang terhadap negeri ini khususnya dengan lirik yang cukup baik.

"Rentak dan melodi lagu ini juga sesuai dan diminati golongan muda dan dengan menghayatinya kita boleh menerap dan membuka fikiran mereka serta mempunyai semangat cintakan tanah air yang mendalam," kata beliau.

Sementara itu katanya, program suntikan semangat patriotik melalui penghayatan Islam itu amat bertepatan malah bersesuaian dengan Hari Kemerdekaan negara yang bakal disambut tiga bulan lagi.

Namun katanya, usaha menanam semangat patriotisme tidak perlu berlaku mengikut musim tetapi harus dilaksanakan sepanjang masa serta konsisten bagi mengingatkan kumpulan masyarakat untuk bersyukur atas nikmat kemakmuran dan keamanan negara.

"Melalui program ini, orang muda dapat diterangkan mengenai betapa penting rasa kasih dan sayang kepada watan mengikut penghayatan Islam dan jika tidak dilakukan, ia dikhuatiri akan mengakibatkan kelalaian seterusnya merosakkan apa yang telah kita bina selama ini," tegasnya.

Tambahnya, masyarakat bukan Islam turut diseru untuk sama-sama meningkatkan semangat patriotisme mengikut cara masing-masing berlandaskan kepada rukun negara.

Penswastaan penuh pengurusan sisa pepejal kini di peringkat akhir

Posted: 23 May 2014 12:03 PM PDT

SEREMBAN 23 Mei - Syarikat pengurusan sisa pepejal SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) kini di fasa terakhir bagi menjayakan penswastaan penuh pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurut Pengurus SWM Wilayah Selatan, Dr. Uzir Abdul Malik, syarikat itu percaya dengan bermulanya penswastaan sepenuhnya, pihaknya mampu melaksanakan tanggungjawab pada tahap sebenar.

"Sebelum akhir tahun ini, kita akan melaksanakan dasar penswastaan sepenuhnya untuk tiga negeri dan ini akan dapat menyaksikan SWM menggunakan sepenuhnya petunjuk prestasi utama (KPI).

"Pada masa yang sama juga, ia akan menyaksikan penambahan aset SWM untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Makan Malam Bersama Media di sini malam tadi.

Jelas beliau selama ini, perkhidmatan yang dijalankan SWM adalah di peringkat interim yang mana ia terbelenggu dengan isu utama seperti bayaran rendah serta bayaran lewat daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan tunggakan bayaran pengurusan yang tinggi.

"Perjanjian interim juga menghalang syarikat mendapat pembiayaan pinjaman daripada institusi kewangan bagi pelaburan kos modal yang amat diperlukan untuk pembelian kenderaan, jentera dan kelengkapan kerja," kata beliau.

Menurutnya, dengan cara ini, SWM ingin meningkatkan tahap perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam mulai tarikh pengumuman dibuat yang mana prestasi kerja akan mengikut KPI baharu yang ditetapkan.

"Dari segi persiapan, secara ringkasnya SWM telah merancang dengan teliti berhubung keperluan tenaga kerja, kenderaan, jentera serta kelengkapan kerja," tambahnya lagi.

Dr. Uzir berkata, kerja-kerja yang dilakukan sama ada perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam setiap hari diatur dan dipantau mengikut jadual yang telah ditetapkan serta menepati kehendak KPI yang ditentukan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPA).

Sementara itu pada majlis yang berlangsung malam tadi beberapa acara diadakan yang turut dihadiri pegawai SWM peringkat negeri, Ketua-Ketua Biro agensi media serta wartawan, bagi menghargai sumbangan media terhadap SWM.

"Media telah banyak membantu mempromosikan segala usaha yang dilakukan oleh SWM dan untuk itu, kita amat menghargai sumbangan media serta berharap hubungan baik ini dapat dipertingkatkan," kata beliau.

Murid cemerlang SK Datuk Akhir Zaman diraikan

Posted: 23 May 2014 12:03 PM PDT

MOHAMAD Hasan bersama pelajar cemerlang dalam UPSR dan Kokurikulum sewaktu majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR/ UPKK dan Bantuan KWAPM di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau, kelmarin.

REMBAU 23 Mei - Lebih 200 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Akhir Zaman, Rantau dekat sini yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam sepanjang tahun 2013 diraikan dalam majlis Anugerah Khas Kecemerlangan di sini semalam.

Mereka menerima sijil penghargaan dan sagu hati berdasarkan keputusan cemerlang dalam Ujian Penulisan Kelas Kafa (UPKK), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Turut menerima anugerah ialah murid yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun ini, kokurikulum serta penyampaian bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP).

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di dewan sekolah berkenaan.

Mohamad dalam ucapannya berkata, ibu bapa dan guru perlu melakukan gerak kerja secara bersama dalam usaha membantu murid mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang sama ada akademik dan kegiatan di luar bilik kelas.

Katanya, tanpa gandingan kedua-dua pihak itu, usaha untuk melihat murid mencapai kejayaan tidak akan akan kesampaian.

Beliau berkata, sikap sesetengah ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak mereka kepada guru adalah tidak baik dan perlu dihindarkan.

"Tidak ada yang mustahil dalam kehidupan ini kerana yang penting ialah meletakkan matlamat untuk berjaya dan bergerak secara bersama menuju ke arah itu," katanya.

Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid dan Guru Besar SK Datuk Akhir Zaman, Fadilah Haroon.

Dalam ucapannya, Mohamad mengucapkan tahniah kepada sekolah tersebut yang telah mencatatkan pelbagai pencapaian akademik, kokurikulum dan kegiatan luar sekolah sepanjang tahun lalu.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan sebanyak RM285,000 untuk 16 buah sekolah di Dewan Undangan Negeri Rantau.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved