Sabtu, 12 April 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tok Gajah makin sukar digugat

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN ,
ZAZALI JAMIAN dan SHAHRINNAHAR LATIB
sukan@utusan.com.my

PENYERANG Selangor, Paulo Rangel (kiri) menewaskan dua pertahanan Perak sebelum melepaskan rembatan untuk gol kemenangan pasukannya dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

KUALA LUMPUR - Penguasaan Tok Gajah makin sukar digugat apabila membenam T-Team 2-0 untuk mengukuhkan cengkaman pendahulu Liga Super di Stadium Darul Makmur, semalam.

Kemenangan membolehkan Pahang mengumpul 25 mata selepas 12 perlawanan dan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan berturut-turut.

Beraksi di depan penyokong sendiri, Pahang mempamer aksi cemerlang apabila mendapat jaringan seawal minit kedua menerusi penyerang import, Matias Conti.

Jaringan itu menyuntik semangat Tok Gajah untuk menambah gol dan pada babak kedua, tandukan pemain kebangsaan, Azammuddin Mohd. Akil pada minit ke-57 menjadikan kedudukan 2-0.

Di Stadium Shah Alam, Selangor menghadiahkan kekalahan kesembilan buat Perak selepas menang 1-0 dalam perlawanan yang dicemari insiden dua kad merah.

Jaringan kesembilan Paulo Rangel pada minit kelapan sudah mencukupi buat Red Giants meraih kemenangan di laman sendiri untuk terus menghambat Pahang dengan satu mata di belakang.

Rangel yang menerima hantaran dalam kotak penalti merembat cantik ke penjuru pintu gol Perak tanpa mampu diselamatkan Razi Effendi Suhit.

Namun, momentum Selangor sedikit terencat apabila pemain import Brazil, Evaldo Silva Dos Santos yang kali pertama diturunkan mendapat kad merah pada penghujung permainan sebelum pelawat turut kehilangan pemain apabila Muhd. Raffi Nagorgami diarah keluar padang pada minit ke-66.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, ATM gagal memperbaiki kedudukan liga apabila tewas 0-2 kepada Kelantan.

Dua gol Kelantan dijaringkan Badhri Radzi pada minit ke-44 dan Francis Forkey Doe minit ke-83. Kelantan kini di tangga keempat dengan 20 mata, manakala skuad bimbingan B. Sathianathan kekal di kedudukan kedua tercorot.

Di Stadium Jalan Besar, Singapura Sime Darby melakar kejutan dengan menumpaskan Lions XII 1-0.

Sime Darby menjadi pasukan kedua dari Malaysia berjaya membawa pulang tiga mata di Jalan Besar selepas Kelantan melakukannya pada 2012.

Gol tunggal Sime Darby dijaringkan oleh Syukur Saidin pada minit ke-45.

Pengurusan PBNP kunci mulut

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Oleh Herman Hamid
sukan@utusan.com.my

KUANTAN - Pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) enggan memberi ulasan mengenai laporan Utusan Malaysia semalam berhubung pencalonan persatuan itu kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden PBNP, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Setiausaha Agung PBNP, Fuzzeimi Ibrahim yang dihubungi Mingguan Malaysia masing-masing mengambil pendirian mengunci mulut berhubung isu berkenaan.

Sebaik diminta ulasan mengenai berita utama Sukan Utusan Malaysia semalam, Muhammad Saffian yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, beliau tidak mempunyai sebarang komen.

Kita tunggu sahaja pengumuman seterusnya.

Tiada sebarang ulasan daripada pihak saya," katanya.

Laporan berita utama Sukan Utusan Malaysia semalam memetik sumber dengan melaporkan PBNP mencalonkan Tengku Abdullah sebagai Presiden FAM.

Sultan Ahmad Shah juga setakat ini masih belum menyatakan pendirian sama ada akan mempertahankan jawatan bagi penggal 2014-2018.

Sementara itu, Fuzzemi pula memaklumkan anggota exco PBNP tidak mengetahui mengenai pencalonan berkenaan.

Ya saya baca (laporan Utusan Malaysia). Biarlah dulu, saya pun tidak dapat untuk mengesahkan apa-apa.

Perkara ini diputuskan Yang Teramat Mulia Presiden PBNP (Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman, Sultan Ahmad Shah)," katanya sambil menyatakan tidak tahu menahu mengenai individu yang dicalonkan PBNP sebagai Presiden FAM.

Berhubung pencalonan PBNP yang dianggap memberi isyarat bahawa Sultan Ahmad Shah akan berundur daripada jawatan Presiden FAM yang disandang sejak 30 tahun lalu, Fuzzeimi berkata: Itu dalam laporan akhbar, namun kita pun tidak tahu, elok saya tidak komen apa-apa."

Kongres FAM ke-50 yang akan berlangsung pada 25 Mei ini bakal memilih pucuk pimpinan badan kebangsaan itu bagi penggal 2014-2018.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dua maut, dua lagi parah langgar tiang elektrik

Posted: 12 Apr 2014 06:40 PM PDT

SERIAN 13 April - Dua lelaki maut dan dua lagi cedera parah apabila kereta jenis Proton Satria yang dinaiki mereka merempuh sebatang tiang elektrik di Batu 36, Jalan Kuching-Serian di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 pagi itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala dua lagi dikejarkan ke Hospital Serian untuk mendapat rawatan kecemasan. - UTUSAN ONLINE

Suspek disyaki ahli baharu kongsi gelap

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 April - Suspek yang menembak dua anggota polis sehingga seorang daripadanya cedera parah di Lembah Maju, Ampang semalam, dipercayai gengster amatur yang baharu berkecimpung di dalam kongsi gelap.

Sumber berkata, ini berdasarkan tindakan suspek yang menyerang dan melepaskan tembakan ketika anggota polis cuba menangkapnya.

Kata sumber, kebiasaannya ahli kumpulan kongsi gelap senior tidak akan menyerang polis sebaliknya berusaha untuk mengelak daripada ditangkap.

Difahamkan senjata suspek adalah daripada jenis biasa digunakan oleh mereka yang baru berjinak-jinak dalam gengsterisme," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya tentang tatu harimau di badan suspek, sumber menjelaskan, tatu sebegitu dimiliki banyak kumpulan kongsi gelap di negara ini.

Tatu harimau sebenarnya sangat biasa kerana ia dicacah pada ahli kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina mahupun India. Kemungkinan juga dia sengaja mencacah tatu terbabit untuk menakutkan orang sekeliling," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, Lans Koperal Lionel Richard Jr., 26, cedera parah di kanan perutnya sementara Koperal Zul Fazli Atlahi, 28, pula cedera di ari-ari apabila cuba menahan dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan di lokasi terbabit.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, pihaknya sedang mengumpul bukti bagi menentukan kumpulan kongsi gelap dianggotai suspek.

Setakat ini kita sahkan dia merupakan ahli kongsi gelap namun kita masih tidak pasti dia daripada kumpulan mana," katanya ketika ditemui di program Komuniti Kepolisan di Ukay Perdana, di sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


MH370: Kawasan pencarian visual lebih luas dirancang

Posted: 12 Apr 2014 07:15 PM PDT

PERTH 13 April - Meskipun tiada sebarang isyarat akustik dikesan dalam tempoh 48 jam lepas, misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi diteruskan hari ini dengan kawasan pencarian lebih luas.

Memasuki hari ke-37, Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) berkata, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia merancang melakukan pencarian visual membabitkan kawasan seluas kira-kira 57,506 kilometer persegi berbanding 41,393 kilometer persegi pada Sabtu.

Aset digunakan dalam operasi pencarian hari ini turut diperhebat dengan tambahan dua pesawat tentera berbanding sembilan pesawat semalam.

"Sejumlah 11 pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal akan membantu usaha mencari hari ini," menurut JACC dalam kenyataan pada Ahad dan menurutnya misi pencarian bertumpu di kawasan kira-kira 2,200 kilometer barat laut Perth.

Dalam usaha untuk mengecilkan misi pencarian di dasar laut sebelum Kenderaan Dalam Air Automatik digunakan, JACC berkata Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield menerusi alat Pengesan Pinger Ditunda akan cuba mengesan lokasi isyarat kotak hitam pesawat itu. - BERNAMA

12 maut dalam kemalangan bas, kereta di Myanmar

Posted: 12 Apr 2014 12:42 PM PDT

YANGON 13 April - Seramai 12 maut semalam apabila sebuah bas bertembung dengan sebuah kereta lalu terbakar dalam satu kemalangan di sebatang lebuh raya di Myanmar, kata polis.

"Sebuah bas memecut laju bagi memintas sebuah kereta yang kemudian terperosok ke bawah perut bas itu dan terus terbakar," kata seorang Leftenan Kolonel Polis, Min Aung dari ibu pejabat polis Myanmar di Naypyidaw.

Katanya, enam penumpang bas yang sedang dalam perjalanan dari timur Shan State ke Yangon dipercayai terkorban dan empat cedera manakala beberapa penumpang dari enam buah kereta maut. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Lapor polis jika pelajar laku jenayah

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanktn@utusan.com.my

Sharifuddin Abdul Ghani (tengah) bersama guru dan pelajar selepas Majlis Penyerahan Papan Kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah-Sekolah Kontinjen Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Chempedak di Kuantan, kelmarin. - MINGGUAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 12 April - Perlakuan jenayah dalam kalangan para pelajar seharusnya dilaporkan kepada polis meskipun pihak sekolah mempunyai mekanisme tersendiri untuk menanganinya.

Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, pihak sekolah boleh memaklumkan kegiatan tidak sihat itu kepada polis atau pegawai perhubungan sekolah yang dilantik agar bersama-sama dapat menanganinya.

Kita akui dan faham kadang kala sesetengah sekolah tidak mahu nama baik mereka tercemar jika melaporkan perlakuan jenayah pelajar kepada pihak polis sedangkan mereka mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikannya.

Namun, saya nasihat agar pihak sekolah adalah lebih baik jika memaklumkan kepada pihak polis," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Papan Kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah-Sekolah Kontinjen Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Chempedak (SMKTC) di sini semalam.

Sebanyak 23 unit papan kenyataan pencegahan jenayah diagihkan ke seluruh sekolah di negeri ini sebagai platform menyampaikan berita terkini dan isu semasa mengenai kelab polis dan berkaitan kesedaran jenayah.

Yang turut hadir, Ketua Cawangan Khas negeri, Datuk Riduan Hashim; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zakaria Ahmad; Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan negeri, Mohd. Raaof Jali dan Pengetua SMKTC, Ahmad Razimi Mohd. Ali.

Tambah Sharifuddin, beliau menasihatkan para pelajar agar tidak terjebak dengan kegiatan jenayah kerana sekali mencuba, padah akibatnya.

Jangan mudah terpengaruh dengan ajakan atau pujukan untuk melakukan jenayah daripada individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Statistik salah laku pelajar di negeri ini pada tahun lalu ialah sebanyak 88 kes tangkapan. Kes yang paling ketara ialah pergaduhan 56 kes, rogol (tujuh) dan pecah rumah pada waktu malam sebanyak enam," jelasnya.

Peserta RTK jangan jual tanah - Adnan Yaakob

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Sebahagian peserta yang menerima geran hak milik RTK Seri Damai di Kuantan, baru-baru ini. - MINGGUAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 12 April - Rancangan Tanah Berkelompok (RTK) Seri Damai di sini wajar dimajukan oleh agensi kerajaan seperti Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Felcra dan Lembaga Kemajuan Pertanian Persekutuan (LKPP) supaya semua pihak memperoleh manfaat sepenuhnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika membangkitkan cadangan itu juga berharap seramai 167 penerima geran hak milik RTK memanfaatkan tanah pertanian tersebut dengan baik dan tidak menjualnya kepada pihak lain.

Saya berharap peserta RTK yang mendapat geran itu tidak terpedaya dengan tawaran lumayan pihak luar yang mahu membeli tanah berkenaan.

Jangan jual tanah kerana pada masa akan datang nilainya lebih tinggi. Perlu saya ingatkan semua ini adalah untuk anak cucu kita," katanya ketika berucap dalam majlis Penyerahan Geran Hak Milik Tanah RTK Seri Damai di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai di sini kelmarin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir menyerahkan geran kepada para peserta terbabit.

Yang turut hadir, Penasihat Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud dan Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Norhayad Ahmad.

Sementara itu, seorang penerima geran, Harun Ali, 67, bersyukur penantiannya selama 30 tahun kini berakhir dan dia merancang untuk menjalankan aktiviti pertanian.

Alhamdulillah apa yang saya harapkan termakbul. Saya berhasrat mengusahakan tanaman buah-buahan di atas tanah dengan keluasan 0.4 hektar ini," katanya yang tinggal di Sungai Isap.

Bagi Wan Abdul Razak Wan Abdul Aziz, 65, dia amat terharu kerana geran berkenaan disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri.

Amat besar harapan saya untuk bersemuka dengan beliau dan mengucapkan terima kasih kerana akhirnya penantian kami berakhir dengan kegembiraan.

Saya bercadang mengusahakan tanah berkenaan untuk dimanfaatkan ahli keluarga terutama anak dan cucu," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Makna lawatan Obama ke KL

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Oleh Azmi Hassan

NAJIB Tun Razak (kiri) bersalaman dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika mengadakan pertemuan pada Sidang Kemuncak ASEAN di Nusa Dua, Bali pada November 2011.

Bukan sahaja Kuala Lumpur yang menunggu penuh debar ketibaan Presiden Barack Obama pada akhir bulan April ini tetapi lebih bermakna lagi apabila Washington juga turut menaruh harapan tinggi daripada hasil lawatan pemimpin tertinggi Amerika Syarikat (AS) itu ke Malaysia. Lawatan yang sepatutnya berlaku pada bulan Oktober 2013 tetapi tertangguh kerana masalah perbalahan bajet yang melumpuhkan pentadbiran kerajaan AS pada ketika itu merupakan lawatan pertama Presiden AS selepas lima dekad Presiden Lyndon Johnson melawat Malaysia pada tahun 1966.

Harapan tinggi Washington terhadap lawatan ini bersandarkan kepada pegangan Obama bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moden dan progresif sepatutnya menjadi contoh kepada semua negara lain.

Tambahan pula Malaysia yang mengamalkan dasar luar yang mementingkan pendekatan sederhana begitu menarik perhatian Obama terhadap peranan Malaysia dalam geopolitik global.

Kadangkala ada yang merasa sangsi dan mempunyai prasangka tidak baik kerana perhatian yang diberikan oleh Washington terhadap Kuala Lumpur sekali sekala melebihi apa yang diterima oleh sekutu kuat AS di rantau Asia Tenggara seperti Manila, Bangkok malah Singapura sekali pun.

Ada pula yang beranggapan pandangan positif tersebut disebabkan kepimpinan Obama dan bukannya kerana Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walau apa pun pandangan sinis tersebut, hakikatnya sebaik-baik sahaja Najib dilantik Perdana Menteri pada April 2009, persepsi Washington terhadap Kuala Lumpur telah mula berubah.

Ketika menyampaikan ucapan kepada dunia Islam di Kaherah pada 4 Jun 2009, Obama yang baru sahaja beberapa bulan menjadi Presiden AS telah mentafsirkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan progresif tetapi masih mampu mengekalkan ciri-ciri kesederhanaan dan patut dijadikan contoh oleh negara Islam yang lain.

Ucapan Kaherah dan pandangan Obama terhadap Malaysia adalah kritikal dan penuh makna kerana ucapan tersebut dianggap sebagai dasar Washington untuk membuka ruang rundingan kepada semua negara Islam, tidak kira lawan atau kawan seperti Iran umpamanya.

Begitu juga ketika Obama menyampaikan ucapan kata alu-aluan melalui sidang video pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Ke-4 (GES) di Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2013, pandangan yang sama terhadap Malaysia juga diperkatakan oleh Obama.

Tetapi ada pula pihak yang berpendapat lawatan Obama dikatakan berlaku tidak kena dengan keadaan semasa dan agak janggal ekoran kehilangan penerbangan MAS MH370 yang masih belum terungkai misterinya.

Kumpulan ini cuba mengaitkan lawatan Obama ke Malaysia dengan lawatan beliau ke tiga negara lain iaitu Filipina, Korea Selatan dan Jepun yang merupakan sekutu kuat Washington.

Lawatan Obama ke tiga-tiga negara sekutu tersebut dianggap tidak akan menghadapi masalah persepsi yang tidak baik kerana agenda yang disusun lebih kepada perkukuhan persefahaman strategik yang sedia ada.

Umpamanya Washington dan Manila besar kemungkinan akan menggunakan kehadiran Obama untuk memuktamadkan perjanjian penggunaan pangkalan tentera di Filipina untuk tentera AS.

Pihak yang sinis ini cuba mengetengahkan hujah bahawa kehilangan MH370 berlarutan lebih sebulan lamanya disebabkan pihak berkuasa Malaysia tidak cekap mengurus misi pencarian dan menyelamat (SAR). Sebab itu kumpulan ini memberi dalil kehadiran Obama dalam senario seperti ini akan memberi gambaran yang agak negatif kepada pemimpin kuasa besar itu.

Tetapi jika diteliti bagaimana Kuala Lumpur mentadbir urus misi SAR yang bermula di Laut China Selatan, kemudian beralih ke Selat Melaka dan Laut Andaman dan terkini di Lautan Hindi yang melibatkan penggunaan aset ketenteraan dan awam dari 26 buah negara, sebenarnya telah mengesahkan kebenaran pandangan Obama terhadap Malaysia selama ini.

Ketenteraan

China umpamanya negara yang begitu sensitif dengan sebarang maklumat mengenai aset ketenteraan mereka telah menghulurkan bantuan bukan sahaja melalui penggunaan pesawat dan kapal perang tetapi juga satelit mereka.

Selama ini Beijing begitu berahsia mengenai keupayaan satelit mereka, tetapi dalam misi SAR MH370 keupayaan satelit tersebut digunakan sepenuhnya.

Jika sebelum ini AS dan Australia begitu sukar mempamerkan keupayaan sebenar Jaringan Operasi Radar Jindalee (JORN) yang terletak di Alice Spring, Australia yang dikatakan dapat mengesan pergerakan udara dam maritim menjangkau sehingga jauh di Lautan Hindi, data dari JORN juga telah digunakan dan dianalisis demi mencari MH370.

Begitu juga dengan Britain dikhabarkan telah menghantar kapal selam berkuasa nuklear HMS Tireless ke Lautan Hindi bagi membantu aset sedia ada.

Penglibatan HMS Tireless dilihat sebagai satu peristiwa signifikan kerana lazimnya lokasi dan kawasan operasi kapal selam setiap negara dikawal dengan begitu rapi sekali.

Sebab itu dikatakan hujah kumpulan yang berpendapat lawatan Obama ke Kuala Lumpur tidak kena pada masanya sebenarnya adalah di sebaliknya kerana ia peluang terbaik bagi Obama untuk menzahirkan pandangan beliau bahawa dasar luar yang sederhana seperti yang diamalkan oleh Malaysia mampu membantu menstabilkan geopolitik dunia.

Sukar untuk menafikan dasar berbaik-baik dengan semua negara adalah antara pemangkin utama mengapa bantuan dihulurkan oleh kesemua 26 negara kepada Malaysia.

Kerjasama yang dipamerkan oleh negara yang terlibat dalam misi SAR MH370 sebenarnya boleh dijadikan model bagaimana rumit senario yang dihadapi ia mampu diselesaikan jika wujud sifat kepercayaan antara satu sama lain.

Bagi mewujudkan suasana kepercayaan ini ia memerlukan pemangkin dan dalam kes misi SAR, ia adalah Malaysia.

Begitu juga dengan termeterainya Perjanjian Komprehensif Bangsamoro antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dua minggu lepas sekali lagi pemangkinnya ialah Malaysia yang berjaya mewujudkan suasana telus dan ikhlas antara pihak yang bertelagah.

Memang benar Malaysia hanya sebuah negara kecil yang tidak mempunyai kekuatan ekonomi dan ketenteraan yang begitu ketara, tetapi pengaruh Kuala Lumpur dalam ASEAN mahupun Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) begitu amat ketara sekali.

Jika tidak mana mungkin ketika Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang julung kali diadakan di Washington pada April 2010, Najib adalah satu-satunya pemimpin ASEAN yang diberi penghormatan mengadakan perbincangan dua hala dengan Obama.

Dalam kalangan negara OIC pula hanya Raja Abdullah dari Jordan diberi penghormatan yang serupa.

Sebab itu tidak keterlaluan jika diandaikan antara empat ibu kota yang akan dilawati Obama iaitu Kuala Lumpur, Manila, Seoul dan Tokyo pada akhir bulan ini, lawatan ke Malaysia sebenarnya paling dinantikan oleh Washington kerana kesannya terhadap kestabilan rantau Asia pada masa hadapan adalah begitu signifikan sekali.

* Penulis ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.

Analisis Mingguan: BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Hudud: Pedulikan Dap dan PKR

Dalam ruangan ini, Awang ingin merekodkan sokongan kepada Pas bagi melaksanakan hukuman hudud di negeri Kelantan yang ditadbir oleh parti tersebut.

Sudah sampai masanya Pas diberi peluang. Perjalanan untuk melaksanakan hukum hudud Pas yang telah lama bertangguh kini makin hampir.

Dengan kerajaan Pusat telah memberi laluan kepada kerajaan negeri Kelantan dan perubahan pendirian ramai pemimpin UMNO serta sokongan banyak badan bukan kerajaan (NGO) Islam, ramai orang Islam yang teruja untuk melihat ia menjadi kenyataan.

Awang berharap seramai mungkin Ahli Parlimen terutama yang beragama Islam tanpa mengira parti menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh Pas di Dewan Rakyat bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 atau hudud.

Kini cabaran Pas ialah reaksi rakan sekutu dalam pakatan pembangkang. Beberapa pemimpin DAP dan PKR lantang menentang usaha tersebut dengan kata dua dan ugutan.

Apakah Pas akan tunduk dan akur kepada kehendak DAP dan PKR sebagaimana selama ini atau tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum hudud?

Isu ini akan menguji kekuatan dan jati diri sebenar Pas. Parti itu mempunyai banyak hujah yang boleh digunakan ke atas DAP dan PKR dalam melaksanakan hukum hudud. Awang tidak nampak asas kukuh bagi kedua-dua parti itu menghalang usaha tersebut di Kelantan - ia bukannya di Pulau Pinang atau Selangor.

Apa sekalipun dugaan, Pas tidak boleh berundur. Bujur lalu melintang patah. Pas hanya perlu tunduk kepada undang-undang Allah swt (seperti yang selalu dilaungkan pemimpinnya) dan bukannya DAP dan PKR.

Inilah kesempatan terbaik yang Pas ada. Dalam kaitan lain, kerajaan Brunei tidak berganjak meskipun mendapat tekanan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia selepas mengumumkan pelaksanaan hukum hudud.

Kepada umat Islam, doakanlah ia berjaya di Kelantan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Ezlisa mahu tambah kenalan

Posted: 12 Apr 2014 06:10 AM PDT

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
(Yang mengikuti rombongan AirAsia bersama media ke Kochi, India pada 3 hingga 7 April lalu)

HASRAT Ezlisa ketika melancong untuk menambah kenalan.

ARTIS memang golongan yang serba boleh. Mana tidaknya, mereka bukan sahaja terbabit dalam bidang seni seperti nyanyian dan lakonan, malah, mereka juga boleh digunakan bagi mempromosi destinasi pelancongan.

Baru-baru ini rombongan seramai 15 orang yang terdiri daripada kakitangan AirAsia, media dan selebriti berkunjung ke Kochi, India sebuah kota metropolitan yang kaya dengan budaya.

Bagi golongan selebriti khususnya, melancong adalah satu kemestian kerana dapat memenuhi kehendak mereka yang mahukan kelainan dan kepelbagaian.

Menurut pelakon genit Ezlisa Loy yang turut serta dalam rombongan itu, melancong ke luar negara sememangnya memberikan peluang kepada remaja sepertinya untuk lebih matang dalam berfikir mengenai keadaan sesuatu negara, masyarakat dan kehidupan mereka.

Bukan sahaja dapat bercuti tetapi saya dapat belajar melihat dan melawat tempat lain yang jauh berbeza daripada negara kita.

Dari situ, saya juga boleh belajar mengenali budaya, kehidupan, pergaulan dan keadaan sesebuah masyarakat di tempat yang saya lawati.

Contohnya, di Kochi saya berpeluang melihat sendiri aktiviti nelayan menggunakan teknik jaring di tepi pantai. Selain itu, saya juga boleh melihat struktur bangunan yang dibina oleh penjajah Portugis, Belanda dan British di Kochi yang terletak di Kerala.

Memang tidak dinafikan kunjungan ke pelabuhan Kochi menjanjikan pemandangan yang mempesonakan. Saya juga rasai keseronokan ketika menaiki sebuah bot yang dijadikan umpama rumah," kata anak ketiga daripada empat beradik ini.

Memang benar, membaca menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi melancong pula boleh meluaskan pemandangan.

Kata Ezlisa, ketika melancong dia juga mahu menambah lebih ramai kenalan.

Penghujung Januari lalu, saya dan kakak, Elfira Loy berkunjung ke Korea Selatan. Keadaan di sana (Korea) memang cantik saya sendiri sangat terpegun dengan pemandangannya.

Tidak dijangka ketika berada di lapangan terbang Seoul kami terserempak dengan seorang rakyat Malaysia yang seterusnya menjadi kawan kami sepanjang berada di sana," ujarnya.

Belanja besar

Tidak kurang juga mereka yang melancong adalah atas tujuan ingin berbelanja besar di negara-negara yang terkenal dengan julukan syurga beli-belah.

Akui perkara itu, bintang berusia 18 tahun ini berkata, ketika melancong dia memang akan berbelanja besar.

Jika pergi melancong mesti saya akan belanjakan wang yang saya bawa dengan berhemah. Banyak juga akan dihabiskan. Jumlahnya pula saya tidak boleh nyatakan.

Sebagai wanita, apa sahaja dilihat terutama pakaian memang akan diambil dan dibeli. Selain itu, saya juga akan membeli cenderamata untuk keluarga mahupun kawan-kawan.

Bagi saya, saya tidak kisah jika terpaksa berbelanja lebih, asalkan dapat memuaskan hati," katanya yang pertama kali melancong bersama adik-beradik ke Sabah pada 2009.

Tambah Ezlisa atau nama sebenarnya Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, duit untuk melancong juga adalah hasil titik peluhnya sendiri yang berlakon sejak berusia 11 tahun.

Duit yang saya belanjakan atas usaha saya sendiri. Kadang-kadang ada juga kakak saya yang membantu memberi duit selain ibu saya.

Jadi, saya akan berasa puas jika duit hasil sendiri dibelanjakan dengan betul. Semasa melawat saya akan pastikan perbelanjaan saya cukup untuk semuanya termasuk kos hotel atau makan," katanya.

Kal So-won diurus YG Entertainment

Posted: 12 Apr 2014 06:10 AM PDT

Kal So-won pelakon kanak-kanak yang berbakat.

MELIHAT kepetahan watak Hong Hae-deum yang digambarkan sebagai kanak-kanak genius dalam drama The Secret of Birth, pasti kita terpegun dan terbayang bagaimana Kal So-won, 8, melakonkan karakter tersebut.

Tambahan pula dialog yang perlu diucapkannya adalah panjang dan sukar, namun Kal So-won berjaya menjiwai watak tersebut dengan jaya.

Lagipun The Secret of Birth bukanlah drama pertama lakonannya kerana sebelum ini penampilannya dalam drama Take Care of Us, Captain, Roller Coaster dan filem Miracle In Cell No.7.

Dek kecemerlangannya sebagai pelakon, syarikat pengurusan artis YG Entertainment telah mengambilnya sebagai artis mereka sejak Februari lalu.

"Kal So-won telah menandatangani kontrak secara eksklusif dengan pihak YG Entertainment. Kami melihat dia mempunyai potensi yang besar dalam bidang lakonan selepas melihat dia berlakon dalam filem Miracle In Cell No.7," jelas wakil syarikat tersebut.

Tambahnya, pihak YG Entertainment akan berusaha keras untuk mengembangkan bakat Kal So-won dan bakal mengatur satu projek baharu untuknya.

Kemunculan Kal So Won dalam filem Miracle In Cell No.7 pada tahun 2006 ditonton oleh 10 juta orang dan dari situ namanya mula menjadi bualan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Apa silapnya silibus kelas memandu?

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

MUNGKIN sudah tiba masanya silibus kelas memandu dikaji semula. - Gambar Hiasan

SABAN tahun kita disajikan dengan berita kemalangan jalan raya di media cetak mahupun media elektronik.

Malah, statistik kemalangan termasuk bilangan pengguna jalan raya yang terkorban semakin meningkat terutamanya menjelang musim perayaan.

Banyak kajian dijalankan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bagi mencari punca kemalangan dan ini sudah tentu melibatkan perbelanjaan yang besar.

Pelbagai jawapan dan rumusan yang disajikan kepada kita daripada kaji selidik itu. Ada yang menyalahkan pemandu, masalah jalan raya dan kenderaan sebagai faktor yang menyumbang kepada nahas jalan raya.

Tidak dinafikan rumusan tersebut ada kebenarannya setelah dilihat daripada keputusan kes di mahkamah. Namun, tidak pernah pun kedengaran hasil kaji selidik itu menyalahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terbabit secara langsung dalam mengeluarkan lesen memandu.

JPJ merupakan pihak yang menggariskan panduan atau silibus kepada setiap akademi atau sekolah memandu bagi permohonan lesen memandu.

Di sini, kita dapat lihat garis panduan atau silibus pembelajaran di sekolah memandu terlalu asas dan boleh diibaratkan seperti kata peribahasa sekadar melepaskan batuk di tangga'.

Dalam kursus memandu yang diamalkan sehingga sekarang, calon tidak dibenarkan memotong kenderaan lain semasa belajar atau menjalani ujian untuk lesen memandu.

Selain itu, calon tidak pernah diajar cara mengambil selekoh, memandu ketika hujan mahupun ketika jalan sesak, sedangkan itu adalah situasi sebenar yang perlu dilalui pemandu sama ada suka atau tidak.

Disebabkan calon-calon ujian memandu itu tidak dilatih dengan teknik-teknik itu, maka mereka tidak mempunyai kecekapan memandu apabila memperolehi lesen.

Mereka terpaksa mempelajari sendiri kemahiran tersebut dan sebelum menjadi pemandu yang cekap, mungkin mereka akan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Jadi, saya rasa eloklah sekiranya JPJ mengkaji semula silibus atau teknik-teknik pembelajaran bagi calon yang ingin memohon lesen memandu agar disesuaikan dengan keadaan semasa jalan raya yang sesak dengan kenderaan.

Sekurang-kurangnya, langkah ini dapat mengurangkan statistik kemalangan dan kematian di jalan raya yang berpunca daripada kelemahan pemandu kenderaan.

Perkhemahan dalam taman

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

ADA banyak cara boleh dilakukan ibu bapa bagi memanfaatkan cuti sekolah anak masing-masing. Salah satu daripadanya adalah menghantar anak mereka menyertai program perkhemahan. Bagaimanapun kerana batasan masa, kewangan dan keselamatan, kadang-kadang menyebabkan hajat itu tidak kesampaian.

Bagi komuniti perumahan Saujana Utama 3 (SU3), Sungai Buloh, Selangor, mereka ada cara tersendiri bagi memastikan anak-anak di kawasan perumahan itu dapat mengikuti program perkhemahan walaupun cuti persekolahan baru-baru ini hanya seminggu.

Tanpa mengurangkan unsur-unsur berdikiri, cabaran, ilmu dan keseronokan, komuniti tersebut menganjurkan program perkhemahan di dalam taman itu baru-baru ini. Seramai 60 remaja dan kanak-kanak mengikuti program selama dua hari itu.

Penyelaras program, Mohd. Hanafi Hamzah, 32, berkata, matlamat utama program berkenaan adalah untuk mengisi masa cuti anak-anak penduduk di kawasan perumahan itu dengan aktiviti berfaedah.

"Lebih penting adalah kami mahu memberi peluang kepada remaja melalui suasana perkhemahan sebenar kerana peluang itu amat sukar diperoleh di sekolah kerana bilangan pelajar yang ramai.

"Dengan cara ini juga, kami boleh mengeratkan hubungan anak-anak dan sekali gus ibu bapa di kawasan ini," katanya kepada .com.

Beliau menambah, walaupun hanya diadakan di kawasan lapang di taman berkenaan, ia tidak sedikitpun mengurangkan keseronokan dan cabaran yang biasa ditempuhi dalam aktiviti perkhemahan.

Kelebihan kawasan perumahan berkenaan yang dikelilingi alam semula jadi seperti hutan dan ladang kelapa sawit memudahkan penganjur mempelbagaikan aktiviti.

Antara aktiviti yang diadakan adalah ikhtiar hidup, merentas hutan dan persembahan kebudayaan.

"Kami juga menekankan pendidikan agama dengan memastikan semua peserta melaksanakan solat secara berjemaah dan mengadakan kuliah agama selepas solat," tambahnya.

Mohd. Hanafi berkata, program tersebut diharap dapat melatih serta menyemai nilai-nilai baik kehidupan dalam kalangan peserta.

Nilai-nilai baik seperti bekerjasama, hormat menghormati, bertanggungjawab dan tolong menolong sentiasa diutamakan sepanjang program perkhemahan itu berlangsung.

Program perkhemahan kali kedua diadakan itu mendapat sokongan syarikat pengeluar serta pengedar kelengkapan sukan dan aktiviti luar, Universal Fitness and Leisure (UFL) yang menaja khemah Coleman.

Sementara itu, Pengurus Besar Jualan dan Operasi UFL, Ahmad Termizi Mahmud berkata, syarikat itu sentiasa menyokong aktiviti sihat, apatah lagi jika ia melibatkan remaja yang merupakan aset negara di masa depan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


4 kilang simen haram diarah tutup

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

SIKAP sesetengah pemandu lori yang membawa muatan simen secara berlebihan turut mencemar dan merosakkan jalan raya. - UTUSAN/RIDUAN RIZAL AHMAD

KUALA LUMPUR 11 April - Empat kilang simen yang beroperasi secara haram di Jalan Chan Sow Lin di sini, diarah tutup hari ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan gagal mengemukakan dokumen Perintah Pembangunan kepada pihak berkuasa tempatan itu.

Difahamkan, kilang-kilang terbabit telah beroperasi selama puluhan tahun di kawasan tersebut secara haram.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, tempoh yang sewajarnya telah diberikan kepada pemilik kilang untuk mendapatkan Perintah Pembangunan namun sehingga kini tiada permohonan dibuat kepada DBKL.

Kilang tersebut akan ditutup sehingga semua pemilik bangunan mengemukakan permohonan dan selepas itu barulah kita akan pertimbangkan sama ada hendak meluluskan permohonan itu atau tidak.

DBKL juga akan memastikan lori-lori yang mengangkut simen dari kilang-kilang terbabit mengikut peraturan yang ditetapkan agar masalah jalan rosak di kawasan ini dapat diatasi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas memeriksa dan menyita kilang-kilang tersebut di sini.

Menurut Ahmad Phesal, pihaknya akan mengambil tindakan yang sama kepada mana-mana pengusaha kilang simen yang berdegil dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh DBKL.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan pihaknya akan membuat pemantauan dan pengawasan berterusan terhadap kegiatan lori pengangkut simen yang melalui Jalan Chan Sow Lin .

Kesalahan yang sering dilakukan pemandu lori adalah tidak menutup bahagian belakang ketika membawa muatan bagi mengelak tumpahan sisa konkrit.

Selain itu, kebanyakan lori didapati membawa muatan berlebihan sehingga merosakkan keadaan jalan raya di kawasan ini," ujarnya.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan rungutan penduduk ekoran keadaan Jalan Chan Sow Lin yang rosak akibat kualiti turapan selain dicemari sisa konkrit yang tumpah dari lori yang membawa simen dari kilang berhampiran kawasan itu.

PKB bantu waris urus pemilikan tanah Kampung Baru

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 April - Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) sedia membantu waris pemilik tanah di kawasan petempatan di tengah-tengah ibu kota ini untuk menyelesaikan urusan pemilikan tanah.

Pengerusi PKB, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, antara tugas PKB adalah mengurus hal berkaitan hak milik tanah supaya pembangunan Kampung Baru dapat dilaksanakan dengan lancar.

Kos mengenai penukaran nama dan syarat juga kerajaan telah beri insentif yang agak menarik berbanding jika mereka menggunakan saluran lain untuk tujuan urusan tanah pusaka milik mereka di Kampung Baru ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Astaman berkata, setakat ini hanya 60 orang wakil pemilik lot daripada jumlah keseluruhan 1,355 lot terlibat telah mendaftar di pameran PKB.

Beliau merujuk kepada pameran projek pembangunan Kampung Baru yang bermula Isnin lepas hingga 6 Mei bertujuan memberi ruang kepada semua pemilik dan pewaris tanah berkenaan mengemukakan pandangan dan ulasan kepada PKB mengenai Draf Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru 2020.

Selalunya orang tidak setuju apabila tidak tahu apa yang mahu dirancangkan.

Melalui pameran PKB itu, sekurang-kurangnya sudah ada pelan induk terperinci untuk mereka lihat apa yang dirancangkan supaya dapat meyakinkan mereka untuk bersama PKB membangunkan Kampung Baru," katanya. - BERNAMA

Peniaga mampu raih RM800 dalam masa tiga jam pada hari Jumaat

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

APAM balik yang dijual oleh Nor Hayati Rasid (kanan) menjadi tumpuan orang ramai selepas selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI

KUALA LUMPUR 11 April - Berbanding hari-hari lain, mereka yang berniaga di kawasan masjid pada waktu solat Jumaat mampu mendapat rezeki dan pendapatan lebih lumayan.

Tinjauan Utusan Malaysia di Masjid Jamek Kampung Baru di sini hari ini mendapati, peluang berniaga pada hari Jumaat merupakan rahmat buat peniaga di kawasan itu apabila meraih sehingga RM800 dalam tempoh tiga jam iaitu antara pukul 12 tengah hari hingga 3 petang.

Bagi seorang peniaga, Nor Suzana Ramli, 23, dia gembira kerana laksa yang dijualnya di hadapan masjid tersebut mendapat sambutan daripada jemaah yang menunaikan solat Jumaat.

Saya menjual laksa Kedah di masjid ini hanya pada hari Jumaat. Dengan harga RM4 semangkuk, pelanggan berpuas hati dengan rasa asli dan keenakan laksa yang merupakan resipi warisan daripada ibu saya dari Kedah.

Sebelum ini, ibu berniaga di sini. Sekarang saya yang ambil alih tetapi perisa makanan itu masih mengekalkan resipi air tangan ibu," katanya yang turut menjual mi sup.

Alhamdulillah, dengan berniaga dari pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang di sini, saya mampu memperoleh jualan bersih antara RM700 hingga RM800," katanya yang turut berniaga di pasar malam di sekitar Ampang.

Bagi Mohd. Roslan Abdul Jalil, 44, walaupun berniaga, dia tidak mengabaikan suruhan agama agar menutup perniagaan apabila azan solat Jumaat berkumandang dari masjid tersebut.

Apabila azan dilaungkan, kami wajib hentikan perniagaan dan sambung semula berniaga selepas solat," katanya yang menjual madu, cuka buah-buahan dan buah-buahan kering di masjid itu sejak tiga tahun lalu.

Yang paling menarik, katanya, barang-barang jualan yang dibiarkan begitu sahaja di gerai semasa dia menunaikan solat tidak pernah dicuri atau hilang.

Hari Jumaat juga memberi rezeki lumayan buat peniaga apam balik, Nor hayati Rasid, 32, yang tidak menang tangan untuk menyediakan juadah itu apabila diserbu oleh para jemaah yang selesai menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Saya sudah berniaga hampir empat tahun di sini dan mampu meraih pendapatan bersih sehingga RM800 setiap kali hari Jumaat.

Bagaimanapun, apabila masuk waktu solat Jumaat, saya menghentikan perniagaan bagi menghormati ibadat tersebut. Jika orang bukan Islam hendak membeli apam balik ketika itu, saya minta mereka tunggu sehingga selepas solat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Polis Muar rampas dadah RM3 juta

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

AZMAN Ayob menunjukkan antara dadah yang dirampas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di IPD Muar, Johor, semalam. - UTUSAN/Ishak Rahmad

MUAR 11 April - Polis daerah ini merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM3 juta sejak awal tahun ini hingga kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, heroin merupakan dadah terbanyak yang dirampas setakat ini iaitu melebihi 30 kilogram (kg) dan diikuti syabu seberat 1.5 gram (g).

Selain itu, pelbagai jenis dadah lain turut dirampas yang membabitkan jumlah kurang sekilogram. Bagi tempoh itu juga, seramai 52 pengedar dadah termasuk beberapa wanita ditahan dan telah dituduh di mahkamah.

Hingga kini sebanyak 13 kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, 16 kes di bawah Seksyen 39A (2) ADB 1952 dan 23 kes lagi Seksyen 12(2) ADB 1952 telah dituduh di mahkamah," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa meningkatkan operasi dan serbuan untuk menahan individu yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah bagi membanteras kegiatan tersebut.

Sehubungan itu, Azman meminta orang ramai bekerjasama dengan pihaknya dalam menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui berlaku aktiviti pengedaran dadah di kawasan kediaman mereka.

Dalam kes terbaharu, seorang penganggur berusia 23 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Batu 5, Bakri kerana memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM1,400, pada Ahad lalu.

Difahamkan, dadah itu terdiri daripada heroin seberat 18.8g, syabu (2.7g) serta Eramin 5 (lima biji).

Suspek yang juga penagih dan pengedar secara kecil-kecilan didapati positif syabu dan kini direman hingga Ahad ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B ADB 1952.

Pelancong ke Johor melonjak

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
utusanjohor@utusan.com.my

Tee Siew Kiong

KLUANG 11 April - Usaha menarik kedatangan pelancong ke negeri ini akan sentiasa dipergiatkan termasuk menggalakkan penggunaan kereta api untuk ke beberapa destinasi yang menawarkan pelbagai produk pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, kedatangan pelancong asing terutamanya menerusi Stesen Woodlands di Singapura ke beberapa stesen di negeri itu juga menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

Menurutnya, seramai 12,181 penumpang menggunakan perkhidmatan tersebut pada bulan lalu, sekali gus mencatatkan peningkatan 2,698 orang berbanding Februari untuk ke destinasi pelancongan termasuk daerah ini.

Tren baharu menggunakan perkhidmatan kereta api itu secara tidak langsung membantu promosi pelancongan Johor. Malah penggunaannya lebih menjimatkan masa berbanding memandu sendiri melalui Tambak Johor atau pintu masuk lain," katanya selepas menghadiri taklimat produk pelancongan daerah ini di Pejabat Tanah dan Daerah Kluang di sini semalam.

Siew Kiong berkata, kebanyakan pelancong Singapura yang menaiki kereta api turut singgah di Kluang untuk ke beberapa tempat menarik sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi lain di negara ini.

Kita akan sentiasa menggalakkan para pelancong menggunakan kereta api ke daerah ini kerana Kluang memiliki pelbagai tempat menarik, antaranya ladang agro pelancongan UK Farm, ladang organik Zenxin, Taman Rekreasi Gunung Lambak dan Hutan Lipur Gunung Belumut, selain menikmati menu popular kopi Stesen Keretapi Kluang," katanya.

Mengenai taklimat bersama para pengusaha produk pelancongan di daerah ini, beliau mengakui program itu mencapai matlamat kerana pelbagai idea dan saranan positif dikemukakan untuk bersama-sama memajukan sektor pelancongan di Kluang.

Saya berharap semua pemain industri di Kluang bersatu untuk mempromosikan produk atau destinasi menarik yang ada kerana jumlah kedatangan pelancong ke daerah ini seramai 200,000 orang tahun lalu mampu dilipatgandakan sekiranya semua pihak memainkan peranan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Diusir selepas diami 80 tahun

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh Ani Awang
utusanpenang@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada penduduk mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai membantah pengambilan tanah mereka oleh pemaju di Kampung Permatang Tok Subuh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM

BUKIT MERTAJAM 11 April - Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh di sini meminta kerajaan negeri campur tangan dalam masalah mereka yang diusir pemilik tanah walaupun telah meneroka kawasan tersebut sejak 80 tahun lalu.

Difahamkan tanah itu telah dijual oleh pemilik tanah kepada sebuah syarikat dengan penduduk hanya ditawarkan jumlah pampasan yang sedikit.

Salah seorang penduduk, Jab Samad, 67, berkata, beliau kecewa dengan sikap pemilik tanah yang enggan berbincang tentang perkara itu sebaliknya mengheret penduduk ke mahkamah.

Kami tidak mahu pampasan tetapi apa yang kami mahu adalah rumah sebagai tempat tinggal," katanya ketika ditemui mengadakan demonstrasi secara aman bersama kira-kira 50 penduduk kampung itu di sini hari ini.

Seorang suri rumah, Hamidah Che Embi, 46, berkata, mereka amat memerlukan rumah bagi meneruskan kesinambungan hidup berkeluarga.

Katanya, pampasan sebanyak RM15,000 hingga RM35,000 yang ditawarkan oleh pemilik tanah kepada mereka dilihat sangat tidak berbaloi.

Kami tidak mahukan wang kerana kami memerlukan rumah untuk tempat berlindung.

Apa akan jadi kepada generasi akan datang jika tidak mempunyai tempat tinggal," katanya sambil memberitahu mereka akan diheret ke mahkamah pada 18 April ini.

Tambah Hamidah, tindakan pemilik tanah mahu mengusir penduduk dengan menggunakan mahkamah adalah satu tindakan tidak wajar.

Unimap sedia 5 program buat 20,000 pengunjung

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

ARAU 11 April - Lima program mega bakal menanti pengunjung di kampus induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra di sini yang bermula esok hingga Ahad ini.

Kelima-limanya ialah Program Kesihatan 10,000 Langkah, Upacara Penanaman Pokok, Malaysia International Robot Competitions (MIRoC) 2014, International Engineering Invention & Innovation Exhibition 2014 (i-ENVEX 2014) dan Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN).

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin memberitahu, UniMAP menyasarkan kehadiran lebih 20,000 pengunjung ke kampusnya itu menerusi lima program yang dijangka menarik minat ramai.

Acara pertama, Program 10,000 Langkah akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Helmi Yahaya.

Program ini merupakan inisiatif universiti dalam membudayakan warga UniMAP kepada amalan gaya hidup sihat dan dijangka disertai lebih 3,000 orang terdiri daripada staf dan keluarga serta pelajar UniMAP," katanya.

Selain itu, katanya program sehari itu meliputi Upacara Penanaman Pokok yang akan disempurnakan oleh Ketua Pentagon Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr. Abd. Latif Mohamad.

Menerusi program tersebut FRIM telah menyumbangkan sebanyak 500 pokok untuk ditanam di sekitar kampus UniMAP Pauh Putra, sebahagian daripada usaha FRIM menyokong inisiatif kampus hijau yang dilancarkan oleh UniMAP.

Kata Kamarudin, dua program dalam kategori Sains dan Inovasi akan berlangsung di Dewan Peperiksaan kampus berkenaan iaitu MIRoC 2014 dan i-ENVEX 2014.

MIRoC merupakan program tahunan yang dianjurkan UniMAP sejak 2010, melibatkan empat acara yang terdiri daripada Rope Climbing Robot, Fire Fighting Robot dan Rescue Robot serta Conquere Robot.

Sementara itu, jelas Kamarudin, program i-ENVEX yang mula dianjurkan pada tahun 2009, bakal menyaksikan penyertaan 20 negara, antaranya, Kemboja, China, Mesir, India, Indonesia, Iraq, Korea Selatan, Filipina dan Malaysia.

Beliau berkata, sebanyak 398 produk penyelidikan akan dipamer dan dipertandingkan mengikut empat kategori yang telah ditetapkan iaitu, Sekolah Menengah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), UniMAP Internal dan antarabangsa.

Program terakhir, KPTN Ke-10 bagi zon utara atau lebih dikenali sebagai Program Jom Masuk U bakal memberi peluang kepada pengunjung khususnya pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam ataupun Swasta.

UniMAP telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjadi tuan rumah Program Jom Masuk U bagi zon keempat yang akan berlangsung selama dua hari, bermula esok hingga Ahad ini.

Turut terlibat dengan dalam program dijalankan ialah agensi di bawah KPM serta badan-badan berkaitan seperti pihak yayasan negeri, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan Malaysian Qualifications Agency (MQA).

SK Kampung Kota Bukit perlu bangunan baharu

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

MAHADZIR Abdul Hamid (kiri) meninjau bilik guru yang sempit di SK Kampung Kota Bukit, Sik, Kedah, kelmarin. - UTUSAN/Norlia Ramli

SIK 11 April - Bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kota Bukit di sini akan diganti baharu sekiranya hasil siasatan dilakukan pihak berkaitan mendapati tidak selamat diduduki lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid berkata, perbincangan yang dilakukan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pegawai khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya menunjukkan maklum balas positif.

Perbincangan telah dilakukan dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab dan adalah amat wajar sekolah tersebut digantikan dengan bangunan yang baharu," katanya ketika membuat tinjauan susulan ke sekolah tersebut semalam.

Menurut Mahadzir, sekolah tersebut yang dibina pada tahun 1963 masih mengekalkan struktur bangunan yang lama dengan keadaannya jauh ketinggalan berbanding sekolah-sekolah lain.

Sekian lama pelajar-pelajarnya belajar dalam keadaan daif dan tindakan perlu dilakukan segera demi prestasi akademik pelajarnya yang pada masa ini kurang memberangsangkan," katanya lagi.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SM Zainuddin Md Isa, 48, berkata, beliau berharap agar bangunan baharu dibina bagi mengurangkan kepadatan pelajar di dalam bilik darjah.

Saya harap ini menjadi kenyataan dengan bangunan baharu yang lebih selesa kerana bilangan pelajarnya semakin ramai.

Sekarang zaman dah merdeka, sekolah lain semuanya dapat bangunan yang cantik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti makmal, bilik komputer, bilik bacaan dan kantin yang sempurna, tetapi di sekolah ini keadaannya adalah sebaliknya," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Nelayan Vietnam menyorok 17 jam di perut bot elak dikesan

Posted: 12 Apr 2014 02:10 AM PDT

KEMAMAN 12 April - Gara-gara mahu mengelak daripada dicekup pihak berkuasa, lima daripada 24 nelayan Vietnam sanggup menyorok dan berhimpit-himpit di dalam petak simpanan barang di perut bot selama kira-kira 17 jam.

Malah ada yang cuba menyogok pegawai pemerintah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 8 (DM 8) Kuantan sebanyak RM1,300 semalam.

Pengarah Operasi APMM DM 8, Komander Maritim Rahim Ramli berkata, kelima-lima mereka ditemui setelah pemeriksaan dilakukan ke atas bot itu kira-kira 1.35 pagi, sebaik ia tiba di jeti Pangkalan Maritim APMM Kemaman di Bukit Kuang kira-kira pukul 6.30 petang.

Beliau berkata, ketika ditahan pada pukul 1.35 pagi kira-kira 27 batu nautika utara dari Pulau Tioman, kelima-lima lelaki berkenaan sempat menyusup masuk ke dalam tempat persembunyian itu tanpa dilihat kerana lampu di atas bot itu telah dipadam sebaik kapal maritim APMM mengesan mereka.

"Semasa melakukan rondaan, kita berjaya mengesan bot berkenaan melakukan aktiviti tunda ganding bersama sebuah lagi bot lain, namun sebaik menyedari kapal maritim menghampiri bot mereka, mereka menyuluh pula ke arah kapal pihak berkuasa.

"Pada masa yang sama kesemua nelayan terbabit bertungkus lumus memotong tali serta pukat dan kedua-dua bot itu berpecah melarikan diri ke arah dua haluan berbeza bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa," kata Rahim kepada pemberita di sini.

Menurutnya, sebuah daripada bot berkenaan bagaimanapun berjaya ditahan. - BERNAMA

Jawatankuasa tangani impak ekonomi, pelancongan dengan China

Posted: 12 Apr 2014 01:50 AM PDT

KOTA KINABALU 12 April - Satu jawatankuasa bagi mengkaji impak ekonomi, perdagangan dan pelancongan ditubuhkan semalam bagi memantau, sekali gus menangani kesannya termasuk merangka strategi terbaharu membabitkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan China.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jawatankuasa itu amat penting bagi menghadapi beberapa isu membabitkan negara itu bermula dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan kes penculikan rakyat negara berkenaan di Resort Singamata, Semporna dekat sini pada 2 April lalu. - UTUSAN ONLINE

407 penguat kuasa ditugaskan pada festival mencandat sotong

Posted: 12 Apr 2014 01:10 AM PDT

TERENGGANU 12 April - Tiga ratus dua pegawai dan anggota polis telah ditugaskan bagi memastikan keselamatan para peserta Festival Mencandat Sotong Antarabangsa 2014 yang bermula semalam.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Md Jamil berkata, polis turut dibantu oleh 105 penguat kuasa dari agensi lain seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Beliau berkata, kesemua petugas keselamatan dari pelbagai agensi itu turut dilengkapi dengan 14 aset keselamatan di darat dan laut bagi memastikan perjalanan festival selama tujuh hari itu berjalan lancar.

"Langkah yang dilakukan ini memberi keyakinan tahap keselamatan kepada kira-kira 250 pengamal media cetak dan elektronik dari dalam dan luar negara sepanjang menyertai festival itu di negeri ini.

"Kita bukan sahaja mengawal keselamatan mereka semasa berada di daratan malah ketika melakukan aktiviti di air seperti mencadat sotong juga diberi kawalan keselamatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu di perairan negeri ini disertai kira-kira 250 petugas media dari 25 buah negara untuk menjadi rakan penyiar dan liputan program sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 selama tujuh hari.

Antara negara yang menyertai festival ini antaranya ialah Australia, Brunei, China, Jerman, Korea Selatan, Hong Kong, India, Indonesia, Perancis, Sepanyol, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved