Khamis, 18 April 2013

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Peluang lepasan SPM, STPM lanjut pelajaran ke IPMa

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

Eksekutif Pemasaran UniKL, Idris Abdul Wahab memberi taklimat kepada sebahagian pelajar mengenai proses kemasukan ke universiti tersebut pada Karnival Pendidikan Mara 2013 di Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/ Irwan majid

KOTA BHARU 17 April - Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi jaminan semua pelajar di Kelantan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di bawah Institusi Pendidikan Mara (Ipma) tanpa mengira keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012.

Pengarah Bahagian Kewangan Mara, Abdul Rashid Mohd. Said berkata, sehubungan itu, ibu bapa digalakkan mengunjungi Karnival Pendidikan Mara (KPM) yang dianjurkan selama dua hari bermula hari ini di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung peluang tersebut.

Beliau berkata, melalui Ipma, Mara mempunyai program pendidikan dan latihan kemahiran yang begitu meluas iaitu melalui Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Jerman Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kolej Profesional Mara (KPM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan GiatMara.

"Saya percaya masih ramai yang tidak mengetahui betapa luasnya peluang pendidikan yang disediakan Mara, maka melalui karnival ini saya mahu kaum bumiputera mengetahui mereka berpeluang melanjutkan pengajian di bawah Ipma," katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Perasmian Karnival Pendidikan Mara 2013 Peringkat Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Karnival itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dalam karnival itu, Mara menjalin kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kelantan untuk membuka sebanyak 140 ruang pameran yang kesemuanya memberi fokus kepada peluang pendidikan dan pekerjaan.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata, penganjuran karnival itu tahun ini dijangka mampu mencatat rekod kehadiran sebanyak 70,000 pengunjung berdasarkan sambutan menggalakkan tahun lalu.

"Secara keseluruhannya, tahun lalu KPM mencatat kehadiran sebanyak 270,000 pengunjung di seluruh negara dan di Kelantan sahaja kira-kira 60,000 pengunjung hadir.

"Sebab itu jugalah kami jadikan KPM ini sebagai acara tahunan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Seludup ketamin RM3.36j gagal

Posted: 18 Apr 2013 12:07 PM PDT

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
pengarang@utusan.com.my

Khazali Ahmad (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan dadah jenis ketamin yang berjaya dirampas ketika mengadakan sidang akhbar di Nilai, semalam.

SEREMBAN 18 April - Kastam menggagalkan cubaan untuk menyeludup 84 kilogram (kg) dadah jenis ketamin bernilai RM3.36 juta melalui kontena yang diisytiharkan sebagai kentang di Pelabuhan Klang, Selangor dekat sini, Selasa lalu.

Turut ditahan seorang pengurus sebuah syarikat penghantaran berusia 37 tahun yang dipercayai terbabit dalam urusan penghantaran kontena itu untuk siasatan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan, sepasukan anggota dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bersama Unit Narkotik Perak menahan kontena terbabit, sebaik sahaja tiba dari Kolkata, India.

"Hasil pemeriksaan di dalam kontena terbabit, kita menjumpai sembilan guni mengandungi serbuk kristal dipercayai ketamin yang disembunyikan bersama 280 guni ubi kentang.

"Susulan itu kita menahan seorang pengurus sebuah syarikat penghantaran ketika hadir ke Ibu Pejabat JKDM. Kastam turut menyiasat suspek lain yang terlibat," katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Khazali berkata, siasatan pihaknya percaya kesemua dadah itu untuk pasaran tempatan dan suspek kini ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dua bot laut dalam, 17 nelayan asing ditahan

Posted: 18 Apr 2013 12:07 PM PDT

Bot nelayan tempatan yang ditahan di lokasi 1.8 kilometer dari muara Tok Bali, Pasir Puteh atas pelbagai kesalahan, semalam.

PASIR PUTEH 18 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menahan dua buah bot laut dalam tempatan bersama 17 awak-awak warga Vietnam dan Thailand kerana beroperasi di luar kawasan semalam.

Ketua Penguat Kuasanya, Kapten Wan Burhanuddin Jusoh berkata, dalam kejadian pertama, Bot Penggalang 18 bersama enam anggota diketuai Pegawai Waran II Maritim, Mohd. Fauzi Ismail menahan sebuah bot nelayan tempatan dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, bot yang didaftarkan di Kedah dengan nombor KHF 1923 itu ditahan di lokasi 125.2 kilometer dari muara Tok Bali pada pukul 12.50 tengah hari.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati lesen dan peralatan menangkap ikan bot itu adalah di Zon C dan didaftarkan untuk kegunaan di perairan Pantai Barat Semenanjung namun beroperasi di Pantai Timur.

"Ini kes pertama membabitkan bot nelayan Pantai Barat menceroboh perairan Pantai Timur dengan niat menangkap hasil laut tanpa mematuhi arahan ditetapkan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Wan Burhanuddin berkata, bot bersama 10 awak-awak warga Thailand berumur 33 hingga 54 tahun itu dibawa ke Pangkalan Maritim Malaysia Kelantan untuk siasatan lanjut. Turut dirampas ialah 1,500 kilogram ikan baja; 1,000 kilogram pelbagai jenis ikan dan 1,400 kilogram sotong.

Dalam kejadian kedua, Mohd. Fauzi berkata, pihaknya menahan sebuah bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran PAF 4654 di jarak 1.8 kilometer dari muara Tok Bali bersama tujuh awak-awak warga Vietnam berumur antara 22 dan 45 tahun.

Katanya, turut ditahan tiga lelaki warganegara sama tanpa sebarang dokumen pengenalan diri ketika sedang bersembunyi di bawah timbunan pukat, guni bawang dan guni beras.

"Bot nelayan itu ditahan oleh Bot Penyelamat 7 bersama lima anggota diketuai Bintara Muda Maritim, Ismail Yaakub.

"Kesalahan bot itu adalah kerana tidak mendaratkan semua hasil tangkapan di pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan niat menyembunyikan atau tidak membuat taksiran sebenar hasil tangkapan," ujarnya.

Bot tersebut, kata beliau, turut membawa serta menyimpan diesel subsidi di dalam tong fiber di atas dek yang dianggarkan berjumlah 4,000 liter dan bernilai RM72,000.

"Kesemua nelayan daripada kedua-dua bot dan tiga warga Vietnam yang ditemui bersembunyi dibawa ke Mahkamah Majistret Bachok bagi mendapat kebenaran tahanan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan pihaknya mendapat maklumat risikan sekurang-kurangnya 20 buah bot yang mendapat lesen menangkap ikan dari Jabatan Perikanan Kedah beroperasi di perairan Pantai Timur.

Katanya, kumpulan nelayan terbabit dipercayai kerap menjalankan operasi pendaratan ikan di Songkla, Thailand dan kes berkenaan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


70 dikhuatiri maut dalam letupan baja di Texas

Posted: 18 Apr 2013 01:19 AM PDT

API masih menjulang di sisa sebuah kilang baja selepas berlaku letupan yang memusnahkan kilang itu dalam kejadian di Waco, Texas semalam. - REUTERS

CHICAGO 18 April - Letupan kuat di sebuah kilang baja di bandar Waco, Texas semalam, dikhuatiri mengakibatkan sehingga 70 orang maut, namun jumlah itu masih belum dapat dipastikan.

Dalam kejadian tersebut, berpuluh-puluh buah rumah musnah, lebih 130 penduduk berhampiran dipindahkan dan sekurang-kurangnya 100 mangsa terpaksa dirawat.

Anggota bomba yang bertugas memadamkan kebakaran itu dilaporkan turut cedera terkena letupan susulan, menurut lintas langsung bersama pengarah kecemasan sebagaimana yang disiarkan CBS News. - AFP

Mahkamah Pakistan arah Musharraf ditahan

Posted: 18 Apr 2013 12:23 AM PDT

ISLAMABAD 18 April - Mahkamah Pakistan hari ini mengarahkan bekas Presiden, Pervez Musharraf ditahan berhubung dakwaan khianat apabila memecat beberapa hakim kanan pada 2007 ketika beliau masih memimpin negara itu.

Setiausaha Agung Parti Liga Muslim Pakistan, Mohammad Amjad berkata, Mahkamah Tinggi Islamabad membatalkan ikat jamin Musharraf dan mengarahkannya ditahan hari ini.

"Mahkamah mengarahkan Musharraf ditahan berhubung tuduhan khianat apabila beliau memecat hakim kanan dan menguatkuasakan perintah darurat ketika beliau ingin mengekalkan kuasa pentadbirannya," katanya. - Reuters

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Felda bertindak ke atas Saifuddin

Posted: 18 Apr 2013 12:07 PM PDT

Oleh AMIRUDDIN HARUN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 April - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah penghakiman ingkar kehadiran terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail berhubung satu kes saman fitnah terhadapnya dan enam yang lain.

Saman tersebut antara lain berkaitan penyiaran artikel yang mendakwa wujudnya urus niaga antara agensi itu dengan Israel dalam lidah rasmi Pas, Harakah dan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan pada tahun lalu.

Saifuddin yang disaman atas kapasitinya sebagai pemegang jawatan PKR dinamakan sebagai defendan ketujuh.

Felda selaku pihak plaintif memfailkan permohonan itu pada 5 April lalu atas alasan defendan ketujuh itu tidak memfailkan memorandum kehadiran dalam tempoh 14 hari.

Walhal, satu salinan writ saman dan pernyataan tuntutan bertarikh 8 Januari lalu telah diserahkan kepada defendan itu pada 17 Januari lalu di pejabatnya di Ibu Pejabat PKR, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, Petaling Jaya, dekat sini.

Dengan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan, faedah, kos, permohonan maaf dan injunksi menghalang defendan ketujuh, pekerja atau ejennya daripada bercakap atau menerbitkan kata-kata fitnah itu.

Permohonan berkenaan disebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dengan kehadiran peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun mewakili Felda dan S.H. Tan mewakili Saifuddin.

Mohd. Hafarizam yang ditemui pemberita selepas prosiding dalam kamar hakim berkata, Heng Cheong menetapkan 30 April ini untuk sebutan semula permohonan itu kerana Saifuddin ingin memfailkan afidavit balasan terhadap afidavit sokongan pihak plaintif.

Mahkamah sebelum ini telah menetapkan perbicaraan kes saman fitnah itu selama tiga hari bermula 22 Julai depan.

Dalam saman yang difailkan pada 7 Januari lalu, Felda menamakan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman defendan pertama hingga ketiga.

Turut disenaraikan sebagai defendan keempat hingga keenam ialah Pengarang Harakah, Taufek Yahya; penulis artikel, Mohd. Arif Atan; dan pencetak akhbar tersebut, Angkatan Edaran ENT Sdn. Bhd.

Dalam pernyataan tuntutannya, Felda menyatakan, saman itu difailkan ekoran ucapan Mazlan dalam perhimpunan haram di hadapan pejabat plaintif pada 23 November 2012 yang turut disiarkan dalam Facebook beliau bertajuk, Bukti Felda jual minyak sawit mentah (MSM) ke Israel.

Rentetan daripada itu, beberapa artikel bertajuk, Felda urus niaga dengan Israel, BN khianati rakyat Palestin, Minyak sawit dijual ke Israel dan Felda urus niaga dengan Israel, BN khianati Palestin diterbitkan dalam Harakah bagi edisi bertarikh antara 26 dan 29 November tahun lalu.

Akhbar Suara Keadilan bertarikh 27 November 2012 pada muka surat 10, pula menerbitkan artikel bertajuk, 2,000 himpun bantah Felda jual minyak sawit ke Israel dan BN jangan tipu rakyat.

Felda juga mendakwa, defendan pertama memfitnahnya pada 19 November 2012 kerana memuat naik satu gambar invois bersama kapsyen di Facebook miliknya bertajuk, Bukti Felda jual minyak sawit mentah ke Israel.

Plaintif dengan itu menuntut ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan atas dasar defendan pertama berniat jahat dan sengaja mahu menghancurkan kepercayaan rakyat bagi meneruskan agenda tersendiri untuk kepentingan politik.

Sementara itu, pernyataan pembelaan defendan pertama hingga keenam mendakwa, pihak plaintif tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memulakan tindakan saman itu.

Keenam-enam defendan berkenaan yang memohon saman itu ditolak, turut bergantung kepada perlindungan bersyarat dan ulasan saksama demi kepentingan awam dalam pembelaan mereka.

Nayati dilarikan guna Gen.2

Posted: 18 Apr 2013 12:07 PM PDT

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 April - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dua lelaki dilihat membawa masuk kanak-kanak Belanda, Nayati Shamelin Moodliar di dalam sebuah kereta Proton Gen.2 pada pukul 7.41 pagi, 27 April tahun lalu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Asisten Supritendan (ASP) A. Sidambaram dari Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menyatakan, rakaman CCTV itu adalah milik Kondominium Almaspuri yang terletak 15 meter dari tempat kejadian iaitu di hadapan Sekolah Antarabangsa Mont Kiara.

Rakaman itu katanya, menunjukkan kereta Proton Gen.2 tersebut berada di hadapan sekolah berkenaan sejak pukul 7 pagi hari tersebut.

Menurut saksi pendakwaan ke-12 berkenaan, sebelum itu terdapat pergerakan dua lelaki yang tidak dapat dikenal pasti bangsanya keluar dari kenderaan terbabit.

Berdasarkan pemerhatian lanjut, dia mendakwa, terdapat seorang lelaki lain berlari ke arah kereta itu dan cuba menghalang dengan menendang pintu kereta tersebut namun kenderaan tersebut memecut laju meninggalkan kawasan berkenaan.

Beliau menyatakan demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jean Sharmila Jesudesan dalam perbicaraan kes tiga lelaki yang didakwa menculik Nayati, 13, pada 27 April tahun lalu bagi mendapatkan wang tebusan RM300,000.

Dalam kes itu, Chong Tat Siong yang bekerja sendiri bersama-sama dua rakannya, jurujual telefon, Foong Khar Fai, 20, dan penganggur, Lee Phak Seng, 25, dituduh melakukan perbuatan itu di hadapan Sekolah Antarabangsa Mont Kiara di Jalan Kiara 1, Mont Kiara pada pukul 7.30 pagi, 27 April 2012.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, saksi itu berkata, sebelum melihat rakaman tersebut, dia berjumpa dengan bapa mangsa, Sham Moodliar yang menceritakan kepadanya, Nayati dilarikan oleh dua lelaki berbangsa India menggunakan kereta Proton Gen.2 dan terdapat saksi melihat kejadian itu selain rakaman CCTV.

Sidambaram seterusnya menemu bual guru sekolah antarabangsa itu, Jonathan Robert Daley, 38, pada pukul 11.10 pagi hari tersebut dan guru tersebut mengakui, dia adalah individu yang berlari ke arah kereta Proton Gen.2 untuk cuba membantu mangsa seperti yang dirakamkan oleh CCTV itu.

Menurut saksi itu lagi, hasil siasatan pakar forensik di tempat kejadian menemui barang kes iaitu satu selipar gelap, sehelai baju singlet putih, empat helai kertas A4 bertulisan Bahasa Inggeris dan tiga puntung rokok.

Sementara itu, Ketua Pasukan 24 Jam Tempat Kejadian Jenayah (CSI), Inspektor Mohd. Aizam Mohd. Razif selaku saksi pendakwaan ke-13 mendakwa, hasil siasatan ke atas sebuah kondominium di Cheras menjumpai dua barang yang dipercayai ada kaitan dengan kes disiasat.

"Satu, sebuah beg hitam yang tidak berjenama yang terletak di tepi tangga tingkat 9 dan dua, satu puntung rokok di atas lantai di tingkat 9," kata pegawai polis yang juga berkhidmat di IPD Brickfields.

Beliau seterusnya menyerahkan barang kes itu kepada pegawai penyiasat, Asisten Supritendan (ASP) Erwanshah Abd. Nasir.

Perbicaraan di hadapan Hakim Kamardin Hashim bersambung esok.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Utusan Online - Hiburan

Posted:

Utusan Online - HiburanIkuti berita penuh untuk ruangan Hiburan menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan Utusan Online - Hiburanhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan Dayang Nurfaizah terima pingat kebesaran Sarawakhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130418/hi_06/Dayang-Nurfaizah-terima-pingat-kebesaran-Sarawak PETALING JAYA 18 April - Penyanyi R&B negara, Dayang Nurfaizah bakal menerima Ahli Bintang Sarawak oleh kerajaan negeri. Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu berkata, sepatutnya dia menerima anugerah...2013-04-18T18:46:24+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADIKonsert K-Pop di Genting Highlandshttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130418/hi_05/Konsert-K-Pop-di-Genting-Highlands KUALA LUMPUR 18 April - Empat kumpulan popular dan seorang penyanyi solo K-Pop akan mengadakan persembahan dua malam berturut-turut pada 23 dan 24 Mei ini sempena K-Pop Dream Concert Live in Malaysia.2013-04-18T17:09:47+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh KHADIJAH IBRAHIMKian serasihttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130418/hi_01/Kian-serasi MEMBENTUK satu gandingan untuk digabungkan dalam segmen pagi memang sesuatu yang sukar kerana ia melibatkan persaingan dengan stesen radio lain. Semua stesen radio begitu fokus dengan segmen pagi berbanding...2013-04-18T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0418/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130418/hi_01/Kian-serasi </image></item><item><title>Jadi gelandanganhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130418/hi_02/Jadi-gelandangan SEJAK kebelakangan ini penampilan pelakon Macaulay Culkin semakin jauh daripada aura seorang bintang filem terkenal. Pelakon filem Home Alone itu selalu dilihat muncul dalam keadaan berserabut seperti orang...2013-04-18T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0418/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130418/hi_02/Jadi-gelandangan </image></item><item><title>Megaboys bukan 'lembut'http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130418/hi_03/Megaboys-bukan-lembut KAMI bukan Max 24:7," itu merupakan jawapan serentak yang diberikan kelima-lima jejaka ini apabila diajukan soalan mengenai persamaan mereka dengan kumpulan Max 24:7 yang sebelum turut berada di bawah pengurusan...2013-04-18T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0418/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130418/hi_03/Megaboys-bukan-lembut </image></item><item><title>Santai dengan orang mudahttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130418/hi_04/Santai-dengan-orang-muda PROGRAM Santai Anak-Anak Muda - acaranya kedengaran begitu menarik sekali. Apa yang kita bayangkan, ia pasti penuh dengan kemeriahan dan keseronokan yang sudah pasti terkawal dan terancang. Bakal dilangsungkan...2013-04-18T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0418/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130418/hi_04/Santai-dengan-orang-muda </image></item><item><title>1,000 penggiat seni hadir majlis bersama PMhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130417/hi_07/1000-penggiat-seni-hadir-majlis-bersama-PM PUTRAJAYA 17 April - Kira-kira 1,000 penggiat seni hadir pada majlis ramah mesra ikon dan persatuan seni budaya tanah air bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman rasminya hari ini.2013-04-17T19:24:47+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh KHADIJAH IBRAHIM dan GARRET DAWUMKad Diskaun 1Malaysia untuk penggiat seni - PMhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130417/hi_06/Kad-Diskaun-1Malaysia-untuk-penggiat-seni---PM PUTRAJAYA 17 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian Kad Diskaun 1Malaysia kepada penggiat seni yang berdaftar dengan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Perkara itu...2013-04-17T18:16:59+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NORLIZA ABDUL RAHMANAdira nafi luahan kecewa Aliff Aziz ditujukan kepadanyahttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130417/hi_05/Adira-nafi-luahan-kecewa-Aliff-Aziz-ditujukan-kepadanya KUALA LUMPUR 17 April. - Penyanyi kelahiran Sabah, Siti Adira Suhaimi atau Adira menafikan pernah menolak cinta Aliff Aziz. Lebih selesa untuk tidak membicarakan soal cinta buat masa ini, Adira juga menafikan...2013-04-17T15:47:57+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh GARRET DAWUM<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0417/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130417/hi_05/Adira-nafi-luahan-kecewa-Aliff-Aziz-ditujukan-kepadanya </image></item><item><title>Melangkah ke Hollywoodhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130417/hi_01/Melangkah-ke-Hollywood PASTI ramai selebriti tempatan, tidak kira pelakon atau penyanyi ingin mengembangkan karier mereka ke persada antarabangsa. Namun semua itu bukanlah sesuatu yang mudah. Jika sebelum ini Yuna dan Shila Amzah...2013-04-17T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh GARRET DAWUM<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0417/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130417/hi_01/Melangkah-ke-Hollywood </image></item><item><title>Ozzy, Sharon berpisah?http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130417/hi_02/Ozzy-Sharon-berpisah KHABAR mengejutkan tentang rocker terkenal Ozzy Osbourne, 64, yang dikatakan telah berpisah dengan isterinya Sharon, 60, sejak tiga minggu lalu. Mereka telah bergelar suami isteri selama 30 tahun. Menurut...2013-04-17T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0417/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130417/hi_02/Ozzy-Sharon-berpisah </image></item><item><title>Bukan jual elemen sekshttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130417/hi_03/Bukan-jual-elemen-seks KONTROVERSI hebat yang menyelubungi filem Mencari Cinta bermula apabila tiga sedutan disiarkan di YouTube untuk tujuan promosi. Bagaimanapun salah satu dari tiga sedutan filem tersebut memperlihatkan babak...2013-04-17T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0417/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130417/hi_03/Bukan-jual-elemen-seks </image></item><item><title>Mahal, serupa sajahttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130417/hi_04/Mahal-serupa-saja SEPANJANG April ini golongan yang bergelar setiausaha boleh tersenyum simpul kerana ini adalah bulan yang khusus untuk meraikan mereka. Penghargaan seperti dapat belanja daripada bos untuk makan tengah...2013-04-17T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Bersama ABD. AZIZ ITAREmma Maembong kekasih Zizan?http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130416/hi_11/Emma-Maembong-kekasih-Zizan KUALA LUMPUR 16 April - Aktres jelita, Emma Maembong, 21, menafikan dakwaan yang mengatakan dia kini sedang bercinta dengan pelawak, Zizan Razak. Menurutnya, khabar angin itu tidak berasas sama sekali...2013-04-16T21:28:16+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADIAzizah Mohamad terima sumbangan RM5,000http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130416/hi_10/Azizah-Mohamad-terima-sumbangan-RM5000 KUALA LUMPUR 16 April - Penyanyi veteran Datin Azizah Mohamad, 63, hari ini menerima sumbangan RM5,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Ketua Pengarahnya, Raja Rozaimie Dalnish...2013-04-16T19:54:23+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh GARRET DAWUMSisa hidup P. Ramlee meruntun emosi Jamalhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130416/hi_09/Sisa-hidup-P.-Ramlee-meruntun-emosi-Jamal KUALA LUMPUR 16 April - Sisa-sisa usia Tan Sri P.Ramlee yang tidak dihargai, akan menjadi babak-babak penting dalam menangkap emosi penonton yang hadir ke konsert solo Jamal Abdillah, Mei depan. Menurut...2013-04-16T18:28:15+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0416/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_09.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130416/hi_09/Sisa-hidup-P.-Ramlee-meruntun-emosi-Jamal </image></item><item><title>Ziana duta Safi Rania Diamondhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130416/hi_07/Ziana-duta-Safi-Rania-Diamond Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN KUALA LUMPUR 16 April - Penyanyi Ziana Zain, 45, diumumkan menjadi duta kepada produk kecantikan Safi Rania Diamond di dalam sebuah majlis yang berlangsung di Subang Jaya...2013-04-16T15:46:06+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Hamil 14 minggu, Nurul tidak alami masalahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130416/hi_06/Hamil-14-minggu-Nurul-tidak-alami-masalah KUALA LUMPUR 16 April - Penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab, 36, memberitahu dia tidak mengalami sebarang masalah atau alahan sepanjang tempoh hamil 14 minggu ini. Bagaimana pun kata Nurul, selera makannya...2013-04-16T14:39:45+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh KHADIJAH IBRAHIMZizan akui hati sudah berpunyahttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130416/hi_01/Zizan-akui-hati-sudah-berpunya KUALA LUMPUR 16 April - Pelawak popular, Zizan Razak mengakui hatinya kini sedang terpaut dengan seorang wanita namun dia belum bersedia untuk mendedahkan perhubungannya itu. Ketika diajukan soalan mengenai...2013-04-16T00:08:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Belajar sambil berlakonhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130416/hi_02/Belajar-sambil-berlakon RAMAI pelajar yang melakukan kerja sambilan sewaktu masih belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) terutamanya sewaktu musim cuti semester yang panjang bagi mengisi masa lapang selain mencari duit poket...2013-04-16T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ABD. AZIZ ITAR<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0416/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130416/hi_02/Belajar-sambil-berlakon </image></item><item><title>Lohan ugut keluar pusat pemulihanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130416/hi_03/Lohan-ugut-keluar-pusat-pemulihan PELAKON Lindsay Lohan mengugut akan meninggalkan pusat pemulihan secepat mungkin, jika pihak pengurusan melarangnya daripada mengambil Adderall. Portal TMZ melaporkan, artis itu sanggup menjalani pemulihan...2013-04-16T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0416/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130416/hi_03/Lohan-ugut-keluar-pusat-pemulihan </image></item><item><title>Saya sayang dia - Azmi Hattahttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130416/hi_04/Saya-sayang-dia---Azmi-Hatta SEBELUM ini jawapan biarlah rahsia sering menjadi benteng Elly Mazlein setiap kali ditanya mengenai status hubungannya dengan pengarah, Azmi Hatta. Mungkin Elly nampaknya lebih senang berteka- teki. Bagi...2013-04-16T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0416/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130416/hi_04/Saya-sayang-dia---Azmi-Hatta </image></item><item><title>Masuk politik sebab kecewa?http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130416/hi_05/Masuk-politik-sebab-kecewa SUATU ketika dahulu tidak ramai artis yang menyatakan minat untuk terlibat secara langsung dalam dunia politik. Mungkin ada yang sudah membabitkan diri, tetapi itu dilakukan secara sembunyi dan tidak terlalu...2013-04-16T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0416/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130416/hi_05/Masuk-politik-sebab-kecewa </image></item><item><title>Zizan akui hati sudah berpunyahttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130415/hi_07/Zizan-akui-hati-sudah-berpunya KUALA LUMPUR 15 April - Pelawak popular, Zizan Razak mengakui hatinya kini sedang terpaut dengan seorang wanita namun dia belum bersedia untuk mendedahkan perhubungannya itu. Ketika diajukan soalan mengenai...2013-04-15T23:45:28+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd 23 penerbit filem terima dana RM5.26 jutahttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130415/hi_06/23-penerbit-filem-terima-dana-RM5.26-juta KUALA LUMPUR 15 April - Sebanyak 23 penerbit filem tempatan bakal menerima Dana Insentif Tayangan Filem Cereka sebanyak RM5.26 juta daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Dana yang...2013-04-15T19:37:05+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh AZIZ ITAR
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Terpedaya ‘perjuangan’ Anwar

Posted: 18 Apr 2013 12:07 PM PDT

SIFAT warak dan imej Islam yang ditonjolkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berjaya mengaburi mata ramai pengikutnya sehingga mereka sukar untuk mempercayai tuduhan salah laku moral beliau.

Perkara itu diakui oleh bekas Yang Dipertua ABIM Amerika Utara dan juga konsultan, DR. AZMI OMAR (gambar) yang menyatakan kebanyakan pelajar Islam Malaysia ketika itu mengagumi Anwar kerana kononnya berjuang menegakkan Islam.

Perjuangan Anwar turut menjadi aspirasi tokoh ilmuwan dan pendakwah, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba ketika mereka bersama-sama membangunkan ABIM pada tahun 1986 hingga 1992 tanpa mengetahui perlakuan sebenar Ketua Pembangkang tersebut.

Namun, sejak pertuduhan liwat pertama beliau, dan timbul banyak lagi keraguan mengenai Anwar dalam mahkamah, media dan maklumat di internet, menyebabkan saya tidak lagi mempercayainya," katanya kepada Utusan Malaysia.

UTUSAN: Dr. pernah terlibat sebagai pemimpin ABIM Amerika Utara. Apakah yang menyebabkan Dr. terlibat dengan pertubuhan dakwah ini dan bagaimana persepsi Dr. tentang Anwar Ibrahim yang pernah suatu ketika memimpin ABIM.

AZMI: Saya menjadi Yang Dipertua ABIM Amerika Utara pada tahun 1990/1992 setelah menyertai ABIM di sana pada tahun 1986. Penglibatan saya dengan ABIM banyak dipengaruhi oleh persekitaran ketika itu.

Paling penting ialah saya sebagai seorang pelajar pengajian agama di Temple University terasa terpanggil untuk sama-sama menyumbang kepada proses islamisasi yang banyak diperkatakan dengan penyertaan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO dan kerajaan. Kepada saya Anwar ketika itu adalah seorang pemimpin Islam yang mempunyai kebolehan untuk menerapkan dan memartabatkan Islam ke dalam pemerintahan negara.

Dr. Sidek Baba bekas Yang Dipertua ABIM Amerika Utara mengambil pendirian tidak lagi bersama dengan Anwar. Setakad mana Dr. mengenali Dr. Sidek dan apakah sikap Dr. kini terhadap perjuangan Anwar Ibrahim.

Dr. Sidek adalah antara individu yang membawa saya ke dalam ABIM di Amerika Utara. Antara lain, daripada beliaulah saya mengenali ABIM sebagai badan tarbiyah dan dakwah. Dr. Sidek juga saya lihat sebagai seorang yang sederhana dan tetapi gigih dengan perjuangan ABIM pada ketika itu. Kita selalu mengadakan perhimpunan di bandar-bandar utama di Amerika di mana terdapat pelajar-pelajar Malaysia.

Dr. Sidek, seperti juga pemimpin ABIM yang lain melihat Anwar sebagai seorang yang amat berkebolehan dan mampu meyakinkan masyarakat terhadap proses Islamisasi yang diperjuangkan oleh ABIM selama ini. Pendek kata, Anwar mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan ahli ABIM.

Saya juga pernah mengkagumi Anwar Ibrahim. Semasa beliau mengunjungi persidangan ABIM di Terra Haute, Indiana 1986, beliau telah memberi alasan yang meyakinkan mengapa beliau masuk UMNO. Semasa episod pemecatan beliau, saya sanggup menaiki bas dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menyertai apa juga bantahan ketika itu.

Namun setelah segala-galanya berlaku terhadap Anwar, ia telah banyak menimbulkan keraguan dalam diri saya terhadap perjuangannya. Keraguan ini timbul kerana banyak perkara yang diperkatakan dalam ABIM dari segi prinsip Islam dan tarbiyahnya tidak diterjemahkan dalam perbuatan semasa beliau mengalami krisis.

Beliau banyak mempunyai peluang untuk membela diri seperti bersumpah, tetapi ini tidak dilakukan. Jadi, walaupun saya tidak menuduh, tetapi maklumat-maklumat yang ada sudah cukup untuk menimbulkan keraguan dalam diri saya terhadap siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim.

Sewaktu Dr. dalam ABIM dulu, pertubuhan ini mengambil sikap non-partisan dalam politik. Apakah keputusan ABIM partisan kepada politik Anwar Ibrahim itu sebagai suatu langkah bijak bagi ABIM sebagai badan dakwah dan tarbiyyah.

Seingat saya ABIM sebagai sebuah pertubuhan tidak pernah berpihak kepada mana-mana parti. Hatta semasa Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri, ABIM tidak berpihak kepada UMNO, walau pun menyokong tindakan yang dilakukan oleh Anwar ketika itu. Untuk menjadi badan dakwah yang berhikmah, adalah tidak bijak bagi ABIM untuk bersikap partisan.

Senario politik umat Melayu agak gawat kini. Bagaimana Dr. membaca senario ini dalam konteks kelangsungan umat supaya orang Melayu tidak terpinggir.

Saya fikir kita orang Melayu tahu bahawa kelangsungan umat Melayu hanya boleh dicapai melalui penyatuan orang Melayu. Malangnya kepentingan politik sempit mengatasi segala-galanya. Sedikit sebanyak kekuatan yang ada pada orang Melayu ketika ini seolah-olah mahu dikorbankan, asalkan cita-cita politik tercapai. Jika tidak, ada pihak yang mahu bertolak ansur dalam soal ini, maka umat Melayu akan terus menuju ke tahap yang lebih divisive.

Pilihan raya kali ini dihubungkan sebagai peperangan minda dan peperangan persepsi". Bagaimana Dr. melihat peranan media baru dan apakah kecenderungan memfitnah sebagai sesuatu yang membawa kesan pecah-belah yang lebih parah.

Perpecahan sedang berlaku dan diburukkan lagi dengan pengaliran maklumat yang tidak sihat daripada media baru. Paparan yang bersifat fitnah dalam media baru boleh meruntuhkan kredibiliti media ini dalam jangka masa sederhana. Tetapi banyak juga isu yang dibangkitkan memberi kesedaran segera kepada orang yang mahu berfikir. Oleh itu media baru ini perlu digunakan dengan penuh bijaksana supaya ia tidak makan tuan.

Dalam membuat pilihan, harus ada kebijaksanaan supaya pilihan yang dibuat menepati maksud dan tidak merugikan umat Melayu. Apakah rekod pencapaian Barisan Nasional sifatnya menyumbang kepada proses transformasi selanjutnya, atau Pakatan Rakyat yang mempunyai ideologi dan fahaman yang saling bercanggah tidak memberi harapan yang baik kepada umat Melayu.

Pada saya pilihan BN adalah jelas. Tetapi sifat taksub, gila kuasa, dendam dan politik yang keterlaluan telah menutup segala pandangan yang rasional kepada golongan yang menentang. Saya harap orang Melayu perlu membebaskan diri daripada belenggu yang saya sebutkan. Buatlah sebelum ia terlalu lambat. Fikirlah dengan lebih terbuka, buatlah pilihan yang tepat.

BN jadi pilihan, “Selamat tinggal Nurul Izzah"

Posted: 18 Apr 2013 12:07 PM PDT

Oleh Lukman Ismail

BARISAN Nasional (BN) bukanlah parti yang sempurna sehingga dapat memenuhi kehendak setiap hati rakyat dan calon-calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini pun bukanlah maksum.

Akan tetapi jika dibandingkan parti-parti pakatan pembangkang dengan para pemimpinnya yang bergelut isu moral dan sengketa perebutan kerusi yang berlarutan, jelas BN jauh lebih baik. Itu pandangan Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com).

Katanya, pemimpin tertinggi PKR, misalnya adalah calon paling bermasalah dalam kalangan pakatan pembangkang dengan isu moral yang begitu dahsyat, amalan kronisme dan nepotisme yang mengelilingi diri dan parti pimpinannya.

Tambah beliau, Pas juga menghadapi pilihan raya umum kali ini dengan bebanan bala yang cukup besar apabila video seks yang dikaitkan dengan setiausaha agungnya terdedah dan tersebar dalam bentuk DVD dan laman-laman sosial,

"(Jadi) Jika dibandingkan antara masalah yang dihadapi BN dan yang dihadapi pakatan pembangkang, ternyata BN lebih layak diberi mandat sekali lagi.

Jika dibandingkan aku janji BN dan manifesto bukan aku janji pakatan pembangkang, ternyata rakyat akan lebih terjamin dan selamat masa depannya di bawah pentadbiran BN. Ternyata manifesto pembangkang tidak berpijak di bumi nyata. Rakyat pasti akan kecewa sepertimana yang telah dialami oleh rakyat Selangor," katanya.

Blog Jokiden (kitopunyo.blogspot.com) pula menyeru ahli-ahli parti pakatan pembangkang yang berhasrat untuk keluar parti dan menganggotai BN segeralah berbuat demikian sebelum tarikh penamaan calon tinggal sehari dan pembuangan undi pada 5 Mei.

Tempoh 15 hari yang tinggal ini adalah masa yang paling sesuai untuk mana-mana ahli pakatan keluar meninggalkan parti mereka yang tidak mempunyai hala tuju perjuangan yang jelas tersebut.

Marilah segera bersama dengan komuniti BN yang ternyata telah berjaya membangunkan negara ini sebaik mungkin. Jangan percaya kepada apa yang pihak pakatan katakan dalam ceramah mereka kerana semua itu adalah tipu muslihat semata-mata untuk memancing undi," katanya.

Katanya, pengundi perlu melihat nasib rakyat di empat negeri di bawah pentadbiran mereka selama lima tahun apabila negeri masing-masing menjadi tidak terurus manakala rakyat pula terpaksa menanggung kebobrokan mereka.

Dalam masa lima tahun tanah-tanah dan hutan balak di Kedah dan Kelantan habis digondolkan dengan rakus. Dalam masa lima tahun pasir-pasir di Selangor yang bernilai lebih RM500 juta habis disapu. Dalam masa lima tahun habis gerai-gerai peniaga kecil di Pulau Pinang dimusnahkan.

... cukup... cukup dan cukuplah. Kembalikan semula negeri tercinta ini kepada UMNO/BN," katanya.

Bagi blog Keris 7 Lok (keris7lok.blogspot.com), semakin ramainya golongan ulama yang menyatakan sokongan terhadap UMNO dan BN membuktikan bahawa kalangan bijak pandai agama sudah meninggalkan Pas.

Katanya, mereka kini semakin sedar dengan perjuangan Pas yang menyimpang jauh daripada Islam apabila pemimpin mereka gagal mempertahankan kesucian kalimah Allah dengan menyokong fahaman pluralisme.

Inilah yang sedang berlaku dalam UMNO. Ulama sentiasa diterima tidak mengira umur kerana perjuangan demi agama, bangsa dan negara oleh UMNO lebih telus berbanding Pas," katanya.

Pada masa yang sama Pas semakin dalam bahaya apabila terdapat pemimpin tertentu dalam proses penyingkiran sama ada dengan kasar mahupun secara halus.

SELAMAT TINGGAL NURUL IZZAH"

ITULAH kata-kata yang tertulis pada satu kain rentang besar yang dipasang di kawasan perumahan rakyat Parlimen Lembah Pantai, seperti mana yang disiarkan dalam blog Apa Kecoh-kecoh (apakecoh2.blogspot.com).

Menurut blog ini, kata-kata itu adalah luahan hati para penduduk Lembah Pantai yang sudah muak dengan sikap Nurul Izzah Anwar yang selama lima tahun menjadi Ahli Parlimen di kawasan tersebut, amat jarang turun padang dan mengabaikan kebajikan penduduk.

Katanya, para penduduk Lembah Pantai sudah sedar selama ini mereka telah diperbodohkan dengan segala janji Nurul Izzah kerana ternyata anak perempuan Presiden PKR itu lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bertujuan memburuk-burukkan nama negara.

Bila ada di Malaysia pun, merata-rata kau pergi untuk bagi ceramah mengutuk kerajaan dan menghambur fitnah, tapi apa sumbangan positif yang kau beri untuk kami semua? Setakat kutuk kerajaan dan cuba menghalang semua kerja baik kerajaan tak menguntungkan kami langsung, Nurul!

Minta maaf, Nurul. Kami dah insaf. Kami dah bertaubat. Kami tak akan ulangi lagi kesilapan yang lepas. Selamat tinggal Nurul Izzah! Selamat datang Raja Nong Chik!' katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Rakyat perlu bersyukur

Posted: 18 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

SEJAK negara mencapai kemerdekaan, pihak pemerintah sentiasa mengambil berat soal kedaulatan agama Islam di Malaysia dengan memperkenalkan pelbagai dasar untuk pembangunan ummah.

Produk-produk yang dikenalkan bukan sahaja untuk umat Islam tetapi masyarakat bukan beragama Islam turut tidak terlepas terkena tempias daripada pembangunan yang dilakukan kerajaan.

Hal ini menepati prinsip Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan. Sehubungan itu, sehinggalah kerajaan pada hari ini yang ditadbir oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah banyak membangunkan dan mengembangkan syariat Islam sejajar semangat kemajuan ummah.

Bagi penganalisis politik, Dr. Asyraf Wajidi Dusuki, umat Islam negara ini patut bersyukur kerana kedaulatan dan kesucian agama itu sentiasa terpelihara oleh kepimpinan kerajaan sedia ada.

"Berbanding negara lain, walaupun mereka majoriti penduduk Islam hampir 98 peratus tapi hendak perkenalkan bank Islam pun tidak dibenarkan, bahkan di mana-mana universiti tidak boleh diwujudkan sebuah fakulti syariah.

"Yang ada hanya fakulti teologi yang dimana kalau hendak mengajar Syariah kena mengajar subjek agama lain," ujar beliau.

Teknik membaca laju

Posted: 18 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar SHIDDIEQIIN ZON

Membaca merupakan satu kemahiran yang boleh dipertingkatkan sekiranya ia dilakukan dengan teknik-teknik yang betul.

MEMBACA merupakan satu amalan yang seharusnya dipupuk sedari kecil malah ia adalah satu kemahiran yang seharusnya 'diasah' dalam usaha memantapkan lagi tahap pembacaan.

Ini kerana membaca adalah satu amalan mulia yang dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan sepatutnya juga menjadi aktiviti harian.

Dalam senario ini, setiap individu mempunyai cara serta gaya masing-masing untuk menghabiskan satu-satu bahan bacaan, cuma yang membezakan sama ada cepat atau lambat.

Tetapi tahukah anda, membaca merupakan satu kemahiran yang boleh dipertingkatkan sekiranya ia dilakukan dengan teknik-teknik yang betul.

Kemahiran membaca boleh dipertingkatkan kelajuannya seterusnya menjadikan individu tersebut dapat membaca dengan pantas dan tepat.

Tidak dinafikan, apabila kemahiran membaca dapat dipertingkatkan, ia mampu membantu sesiapa sahaja mendapatkan maklumat dengan segera dan mampu merubah kehidupan.

Bagaimanapun untuk mendapatkan kemahiran ini (membaca laju), setiap individu haruslah dapat mengatasi halangan membaca laju, membina kemahiran membaca laju, membina strategi membaca, dan meningkatkan kefahaman.

Dalam hal ini, Ketua Pegawai Operasi, LN Learning Hub Asia Sdn. Bhd., Jessica Dang, berkata, banyak manfaat yang boleh diperoleh apabila seseorang individu itu dapat menguasai kemahiran membaca laju.

Antara faedah-faedah yang diperoleh adalah seperti dapat menjimatkan masa serta mengurangkan tekanan.

"Dalam hal ini (membaca laju) tidak dinafikan setiap individu mempunyai gaya serta cara tersendiri ketika membaca.

"Dan kemahiran membaca ini juga turut bergantung kepada individu tersebut dan tidak semua individu dapat membaca dengan laju.

"Bagaimanapun, untuk seseorang individu itu dapat menguasai kemahiran membaca laju adalah tidak susah malah ia boleh diamalkan dengan teknik-teknik tertentu," ujarnya ketika ditemui pada Bengkel Membaca Laju yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai teknik yang digunakan untuk membolehkan kita membaca dengan laju, jelas Jessica ia amat mudah dan sekiranya diamalkan selalu pastinya membaca dengan laju dapat dikuasai dengan mudah.

Katanya lagi, teknik-teknik yang diketengahkan pihaknya dalam bengkel-bengkel yang diadakan boleh dipraktikkan untuk semua jenis bahasa.

Tegas beliau, antara pancaindera yang memainkan peranan penting dalam menguasai teknik-teknik ini ialah otak (ingatan) serta mata (pandangan).

Menurut Jessica, otak berfungsi untuk teknik ingatan manakala mata adalah untuk melihat imej (bahan bacaan).

Turut berkongsi teknik-teknik lain untuk menguasai membaca dengan laju, Jessica memberitahu, mata seharusnya lebih pantas ketika membaca dan pada masa yang sama ia juga seharusnya 'meluaskan' lagi fokus perkataan yang dilihat daripada bacaan biasa yang hanya memberi fokus kepada satu perkataan setiap kali membaca.

Selain itu, bacaan dengan menggunakan alat bantuan seperti kayu penyepit (chopsticks), pensil dan sebagainya didapati dapat membantu membaca dengan laju.

"Dalam bengkel yang dianjurkan, setiap peserta akan diberikan teknik-teknik untuk menguasai bacaan dengan laju. Apa yang boleh dikatakan di sini ia (teknik) bagus dipraktikkan oleh kanak-kanak seawal usia 10 tahun.

"Kita tidak mengajar untuk membaca tetapi mengajar untuk membaca dengan laju kerana peserta yang menghadiri bengkel ini adalah mereka yang sudah boleh membaca," kata Jessic.

"Dan teknik ini boleh dikuasai dalam tempoh satu hari tetapi selepas itu sudah pasti kita kena membuat latihan di rumah selama 10 hari dengan perisian yang diberikan.

"Dalam tempoh 10 hari itu latihan yang perlu dilakukan tidak lama cukuplah memadai dengan 10 minit sehari dan kami memberi jaminan ia akan berkesan dan sekiranya tidak berhasil duit akan dikembalikan," katanya lagi.

Bercerita lanjut mengenai perisian yang digunakan, Jessica memberitahu pihaknya mengambil masa selama dua tahun untuk menyesuaikan perisian tersebut dengan penggunaan tempatan.

Bakal mengeluarkan perisian dalam bahasa Malaysia dalam tempoh enam bulan akan datang, pihaknya turut merancang untuk mengeluarkan perisian tersebut dalam bahasa Cina pada tahun hadapan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti bengkel ini boleh ayari laman sesawang www.SpeedReadMalaysia.com untuk keterangan lanjut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Rakyat jadi keutamaan

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

Oleh ZULKIFLI JALIL dan ABDUL RAZAK IDRIS
kota@utusan.com.my

Sulaiman Abdul Razak (empat dari kiri) sentiasa turun padang bertemu rakyat di DUN Permatang tanpa mengira bangsa dan agama bagi mendengar sendiri masalah yang dihadapi penduduk.

Tanjong Karang 17 April - Beberapa hari sebelum pengundian pilihan raya umum lepas, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, Sulaiman Razak singgah menjenguk penduduk di estet Ladang Mary dan Ladang Sungai Tinggi di sini.

Apabila terlihat sahaja kelibat Sulaiman, beberapa kumpulan penduduk berpaling menghala haluan masing-masing. Waktu itu Sulaiman belum terjangka 'signal' akan terjadinya 'tsunami' di Selangor.

"Kita boleh rasai suara hati sendiri jikalau seseorang itu tidak selesa dengan kehadiran kita, antaranya dengan 'body language' tertentu seperti lima jari tangan kanannya yang menahan mengerikut untuk beramah.

"Tapi itu respons lima tahun lalu. Tahun sudah, apabila saya muncul sekali lagi di situ, sambutan yang saya terima begitu luar biasa sekali. Ada seorang lelaki lingkungan 40-an datang dan kemudian melutut memegang kaki saya...macam yang digambarkan dalam filem, apabila seseorang pegang kaki ibu bapa tanda kasih sayang dan hormat.

"Dan di estet Ladang Mary, apabila penduduk nampak saya, mereka pergi dekat sambil usung dan suakan anak dari belakang ke depan kita. Apabila Perdana Menteri juga muncul dalam satu program di sana, ribuan yang datang....dari Kuala Selangor, Sabak Bernam, Ijok, Sungai Besar dan lain-lain kawasan berhampiran. Mereka kembali alu-alukan kemunculan semula BN," kata beliau kepada kami ketika ditemui di Shah Alam, baru-baru ini.

Selain Permatang, satu lagi DUN yang bernaung di bawah kawasan Parlimen Tanjong Karang diketuai Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar ini ialah DUN Sungai Burong.

Dalam tempoh lima tahun ini, Sulaiman bersama rakan-rakan seperjuangan lain di serata 56 DUN di Selangor terus memperbaiki perkhidmatannya dengan rakyat.

Di estet-estet berkenaan yang dulunya sukar menerima saluran paip dan elektrik, kini lengkap semuanya. Bukan sahaja bekalan air dan api tersedia, malah jalan bertar, klinik dinaiktaraf, tadika merata dan sekolah pula berdekatan rumah penduduk.

Selaku ADUN Permatang, Sulaiman mendalami denyut nadi penduduk di estet-estet dalam dan sekitar kawasan kerusi yang disandangnya.

"Rumah! Itulah isunya. Kalau kita tengok kehidupan di estet-estet dan saya sendiri ramai kenalan di sana...dalam sebuah rumah, itulah dia akan duduk selagi bekerja, kemudian anaknya dan disambung cucunya...tiga generasi.

"Ke mana mereka nak pergi, dengan gaji minimum RM900, rumah berharga RM100,000 pun saya fikir mereka tak mampu nak beli.

"Akhirnya penuh dalam sebuah rumah anak beranak cucu cicit. Kalau estet itu dibangunkan dengan kawasan industri, yang memerlukan mereka berpindah, saya tak tahulah bagaimana mereka nak cari rumah," katanya.

Sulaiman mengajak seluruh rakyat Selangor membuat penilaian sendiri tentang bagaimana kerajaan Selangor ketika ini tidak berbuat apa-apa langsung untuk membina rumah mampu milik. Lebih menyedihkan lagi apabila PKNS yang tujuan asal penubuhannya membina rumah mampu milik rakyat sudah menyimpang dari matlamatnya. PKNS lebih fokus mengaut keuntungan berlipat ganda dengan tumpuan pada projek mewah yang mendatangkan pulangan tinggi.

"Di Seksyen 19, Shah Alam di belakang sebuah masjid ketika ini ada projek 16 unit rumah teres 20 x 70 dengan harga pelancaran RM560,000 seunit. Kalau rakyat berpendapatan sederhana, siapa yang mampu beli?

"Untuk projek PKNS, tanahnya percuma, harga premium tanah tak macam premium swasta tapi lihatlah apa yang PKNS telah buat," katanya.

Sulaiman mendedahkan bagaimana peliknya tindak tanduk kerajaan PKR Selangor dalam isu projek rumah mampu milik.

Contoh terdekat di Taman Sungai Yu Indah di Permatang hari ini ada satu projek menyiapkan rumah 200 unit kos rendah. Projek di bawah program pembesaran kampung sekitar 2005 di bawah BN itu diusahakan oleh anak syarikat kerajaan Selangor waktu itu, PNSB.

Bagaimanapun, BN tidak dapat meneruskan pada 2008 ekoran berlaku pertukaran kerajaan negeri - walaupun sebahagian fasa sudah naik struktur dan bumbungnya.

"Projek ini bukan projek terbengkalai, tetapi cuma tidak diteruskan di bawah kerajaan PKR Selangor. Jawapan yang diberikan oleh exco terbabit pada sidang DUN terakhir Disember lalu ialah 'akan disiapkan pada 2014'.

"Hairan! Walaupun ini dulunya projek BN tapi kalau PKR Selangor nak ambil 'sapi'nya pun (dengan menyiapkannya)... apa salahnya. Tapi sayangnya mereka tak serius dan bagi komitmen," katanya.

Sulaiman menjelaskan, kerajaan Selangor sebenarnya tidak ada sebarang usaha untuk membantu rakyat miskin memiliki tanah apabila mengenakan bayaran premium yang terlalu tinggi.

"Di Sungai Yu, Tanjung Karang kawasan saya, seseorang perlu membayar antara RM230,000 dan RM280,000 bagi harga premium untuk 0.7 hektar. Padahal ini tanah pertanian, bukannya industri.

"Di Kampung Raja Musa, Permatang demikian juga, tanah seluas 0.7 hektar perlu membayar RM68,000 premium tanah. Di Kampung Ampangan di Sungai Burung untuk 0.4 hektar atau 1 ekar tanah, premiumnya mencecah RM38,000. Sedangkan bayaran premium itu semasa BN memerintah hanya berjumlah RM356.

"Semasa era BN, kita nak tolong rakyat sebab itu premium harganya nominal tapi di bawah pakatan pembangkang jual tanah. MB (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) kata kena ikut harga pasaran," katanya.

Kata beliau lagi: "Yang MB bagi geran baru-baru ini pun hakikatnya bukan geran tapi tawaran untuk memiliki tanah. Dalam borang 5A nanti akan disebut cukai-cukai yang perlu dibayar dengan premiumnya. Ya, 'bagi geran' tu nampak cantiklah tapi semuanya bersyarat, kalau tak dipenuhi dalam enam bulan, tawaran boleh terlucut."

Di akhir temu bual, Sulaiman sempat mengajak kami kembali 'singgah' menghayati imbauannya di ladang estet berkenaan.

"Sebenarnya saya telah berjanji dengan mereka baru-baru ini, kalau BN dapat kembali Selangor ini, kami akan sediakan rumah mampu milik untuk anda."

Adzhaliza turun padang temui pengundi

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

Adzhaliza Mohd. Nor (lima dari kiri) bersama penduduk menunjukkan slogan 1Malaysia dalam majlis penyampaian bantuan kepada masyarakat India di Bandar Rinching, Hulu Langat, Selangor, semalam.

HULU LANGAT 17 April - Calon muka baharu Barisan Nasional (BN), Adzhaliza Mohd. Nor yang akan bertanding di Parlimen Hulu Langat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tanpa berlengah lagi telah memulakan langkah dengan mendekati para pengundi dan masyarakat setempat di kerusi berkenaan.

Menurut Adzhaliza, sebagai muka baharu, adalah penting untuknya bertemu seberapa banyak pengundi bagi merampas kembali kerusi tersebut yang sebelum ini disandang oleh Dr. Che Rosli Che Mat daripada Pas.

"Saya menyedari sebagai calon baharu, sudah tentu harapan diletakkan rakyat adalah tinggi terutama para penyokong parti yang mahu supaya BN dapat merampas kembali Parlimen Hulu Langat amnya dan negeri Selangor khasnya daripada pakatan pembangkang.

"Namun dengan sokongan kuat jentera BN di Hulu Langat terutamanya sayap Wanita, saya yakin hasrat tersebut mampu direalisasikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir dalam majlis penyampaian bantuan barangan keperluan harian kepada masyarakat India anjuran Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) di Bandar Rinching di sini hari ini.

Program tersebut disempurnakan Presiden IPF, Datuk M. Sambanthan.

Bendahari Pergerakan Wanita UMNO Hulu Langat itu menambah, gerakan bertemu para pengundi di kawasan ini akan terus dijalankan meskipun dirinya tidak asing dalam kalangan masyarakat tempatan di Hulu Langat.

"Ibu bapa saya berasal dari Beranang dan Cheras, malah saya sendiri menetap di Kajang. Oleh sebab itulah sudah tentu saya begitu faham dan arif apa yang diinginkan penduduk di Hulu Langat.

"Sebagai calon wanita, sudah tentu saya juga akan memberikan tumpuan bagi menambat hati pengundi golongan hawa yang berjumlah 63,083 orang iaitu kira-kira 49 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Hulu Langat," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Che Rosli mengalahkan calon BN, Datuk Markiman Kobiran dengan majoriti 1,745 undi.

Azam calon baharu BN

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

OLEH SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusan.com.my

AMPANG 17 April - Sepak terajang dan pengalaman luas dalam politik adalah wajah sebenar calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Datuk Badresham Jolly.

Ini kerana calon muka baharu BN dalam pilihan raya umum kali ini, pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang dari 2004 sehingga 2008 sebelum kembali ke Ampang, Selangor pada 2010.

"Walaupun tidak memegang jawatan yang signifikan dalam UMNO Bahagian Ampang, saya sebenarnya mewakili seluruh pasukan UMNO yang kuat untuk merampas kembali DUN ini daripada pakatan pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang berusia 45 tahun juga merupakan Ketua Penerangan Cawangan UMNO Lembah Jaya Selatan dan Ketua Penerangan Daftar Pengundi Lembah Jaya Selatan.

Kerusi DUN Lembah Jaya disandang oleh calon Pas, Khasim Abdul Aziz yang mengalahkan calon BN, Datuk Ismail Kijo dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008.

Badresham berkata, beliau tidak menyangka terpilih untuk menjadi calon kerana berpendapat Ismail masih layak untuk bertanding.

Menurutnya, beliau gembira kerana apabila namanya diumumkan sebagai calon, Ismail telah memberi restu selain sokongan penuh daripada seluruh jentera BN termasuk MCA dan MIC Ampang.

Bapa kepada empat orang anak itu juga dilihat mempunyai kelebihan kerana merupakan anak kelahiran dan dibesarkan di Lembah Jaya.

Malah katanya, nostalgia yang tidak akan dilupakan apabila zaman kanak-kanaknya penuh dengan keriangan setiap kali 'berkubang' berjam-jam lamanya di Pusat Rekreasi Air Terjun Bukit Belacan, Ampang.

"Tetapi sejak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor, mereka langsung tidak pandang Bukit Belacan untuk dimajukan sebagai produk pelancongan yang penting di negeri ini.

"Segala-galanya terbiar tidak diurus dengan baik menyebabkan saya sangat berazam untuk menaikkan semula pusat rekreasi itu untuk menjana pendapatan kepada para penduduk Ampang," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Wajah transformasi Gelang Patah

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

Oleh NOR AZAN FITRI
AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

Sebahagian daripada kawasan perumahan rakyat di Lima Kedai, Gelang Patah, Johor Bahru, Johor.

JOHOR BAHRU 17 April - Kemasukan pelaburan domestik dan asing dalam pelbagai sektor membuktikan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) membangunkan Johor seterusnya menjadikan negeri ini sebagai pemangkin utama dalam memacu perkembangan ekonomi negara.

Kerajaan BN menerusi pembangunan di wilayah Iskandar Malaysia giat menjalankan usaha menjadikan kawasan itu sebagai sebuah destinasi pertumbuhan ekonomi mapan di negara ini.

Sebagai contoh, kawasan Parlimen Gelang Patah yang dahulunya hanya dikenali sebagai sebuah lokasi yang agak terpencil dengan menempatkan perkampungan nelayan, kini berubah wajah dengan mendadak serta menuju sasaran menjadi sebuah bandar raya metropolis tidak lama lagi.

Pelbagai bentuk kemajuan fizikal dapat dilihat, sebagai contoh pembangunan Kota Iskandar bagi menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri yang baharu di Nusajaya dengan menempatkan bangunan-bangunan kerajaan yang menarik.

Selain itu, di kawasan Parlimen tersebut turut menempatkan taman tema keluarga bertaraf antarabangsa seperti Legoland Malaysia serta Puteri Harbour yang dibina menggunakan konsep French Riviera dan menempatkan taman tema Sanrio Hello Kitty Town, The Little Big Club dan Restoran Lat's Place.

Pada masa sama, kerajaan BN juga memberikan penumpuan terhadap pembangunan modal insan dengan mewujudkan kota pendidikan yang dikenali sebagai Educity bagi menempatkan pelbagai institusi pengajian bertaraf antarabangsa seperti Universiti Newcastle, Universiti Raffles dan Universiti Southampton yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Penyandang Ahli Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng, berkata, kerajaan sentiasa mencari pendekatan terbaik bagi memastikan setiap lapisan masyarakat di kawasan berkenaan bersama-sama menikmati limpahan pembangunan yang berlaku di dalam Iskandar Malaysia.

Menurutnya, antara usaha yang dilaksanakan termasuk projek-projek kecil di kawasan kampung Melayu di Gelang Patah yang bertujuan membantu menaik taraf kehidupan masyarakat di situ.

"Pelaksanaan projek-projek kecil ini bertujuan mengimbangi kehidupan masyarakat yang tinggal di kawasan perkampungan agar selari dengan pembangunan yang sedang rancak berlaku di kawasan Iskandar Malaysia.

"Kita juga dapat melihat kerajaan sentiasa melakukan proses penambahbaikan termasuk menaik taraf segala kemudahan infrastruktur bagi keselesaan penduduk," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Ah Eng memberitahu, pelbagai bentuk transformasi sedang giat dilaksanakan di kawasan berkenaan terutama dari segi menaik taraf ekonomi penduduk selain memberikan suasana kehidupan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Beliau berkata, kesan pembangunan di dalam Iskandar Malaysia itu secara tidak langsung mewujudkan pelbagai bentuk peluang pekerjaan khususnya kepada masyarakat tempatan.

"Pelbagai bentuk transformasi yang sedang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada waktu ini diyakini mampu mengekalkan sokongan masyarakat di kawasan ini dan kita akan terus berusaha bagi memastikan sokongan terus meningkat," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, soal calon yang bakal bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah akan ditentukan oleh pucuk pimpinan tertinggi MCA serta BN dan beliau menghormati apa juga keputusan yang dibuat.

"Saya akan sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya kepada parti dan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya.

Seorang penduduk Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah, Mohamad Ali Abdullah, 55, mengakui kesan pembangunan di Iskandar Malaysia banyak memberi impak positif kepada penduduk dalam meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Sebelum ini, dia hanya bergantung hidup daripada hasil laut tetapi kini sudah berjaya mengusahakan perkhidmatan bas sekolah dalam kawasan Gelang Patah dan berjaya meraih pendapatan yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

"Sebelum ini kerajaan mengambil tanah saya untuk tujuan pembangunan dan duit pampasan yang diterima itu saya jadikan modal bagi memulakan perniagaan perkhidmatan bas sekolah. Saya akui limpahan pembangunan itu memang dapat dirasai," katanya.

Bagi A. Malik Sabtu, 56, yang mendiami Kampung Pendas Baru, kehidupan nelayan kini jauh lebih senang berbanding dahulu kerana di kawasan kampung itu terdapat pelbagai kemudahan disediakan termasuk rumah yang selesa dan infrastruktur seperti jalan raya yang baik.

"Rumah yang diberikan kerajaan sekarang jauh lebih selesa berbanding dahulu. Kalau dahulu, apabila hujan atau ribut semua keluarga duduk dalam ketakutan. Sekarang tidak lagi, malah apabila air pasang pun rumah kami tidak dinaiki air," katanya.

Sehubungan itu, penduduk di Gelang Patah diingatkan supaya terus memberikan sokongan kepada BN bagi meneruskan agenda pembangunan yang kian rancak dilaksanakan serta tidak terpengaruh dengan janji pembangkang yang belum pasti kebenaran.

Penduduk tolak Kit Siang, mahu pemimpin tempatan

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

Mokhtar Abdullah

Muhamad Haryaf

Jeffery Lau

PARVATHY

Sharif

NUSAJAYA 17 April - Sebahagian besar penduduk di Gelang Patah menolak kehadiran Lim Kit Siang untuk bertanding merebut kawasan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana Penasihat DAP itu sering bertukar Parlimen dan tidak sempat untuk berkhidmat kepada rakyat.

Mokhtar Abdullah, 59, berpendapat Kit Siang sebenarnya tidak perlu datang bertanding kerana pemimpin tempatan dari parti itu sendiri sebenarnya sudah cukup baik selain memberi peluang kepada orang muda untuk mengambil alih.

"Dia (Kit Siang) pun sibuk dengan isu nasional dan tidak jaga kawasan Parlimen dia sebelum ini. Dengan umurnya yang sudah meningkat saya tidak rasa dia mampu berulang-alik ke Gelang Patah kerana jauh dari tempat dia tinggal, jadi tidak perlulah susahkan diri sendiri dan pengundi di sini.

"Tidak ada cadangan yang kukuh daripada dia, hanya banyak kritikan yang mengelirukan rakyat," katanya yang juga Pengerusi Majlis Pendekar Malaysia (MPM) Johor ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Bagi Ketua Kampung Melayu Gelang Patah, Muhamad Haryaf Bujal, 59, berpendapat veteran DAP itu disifatkan sebagai seorang yang berfahaman keras dan perkauman serta yakin penduduk berbangsa Melayu akan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau menyuarakan kebimbangan hubungan baik persahabatan Melayu-Cina di Gelang Patah akan terganggu jika calon pembangkang itu memenangi kerusi Parlimen tersebut seperti mana yang dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.

"Saya setuju dengan kenyataan Tun, kerajaan yang sudah sekian lama memerintah ini berjaya memajukan negara sehingga ke tahap sekarang, yang baru ini (pembangkang) tidak memberi jaminan apa-apa," katanya.

Seorang pengundi muda yang bakal menunaikan kewajipan, Jeffery Lau, 26, mengakui kebiasaannya dia tidak mengambil tahu tentang perihal politik tempatan ataupun nasional tetapi apa yang pasti dia akan memilih parti yang menjanjikan keamanan berterusan baik di Gelang Patah dan seluruh negara amnya.

Menurutnya, dia biasa melihat pemimpin parti BN menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir malah kejadian terbaru yang melanda di Kampung Baru Muafakat, di sini juga menyaksikan pemimpin tempatan itu turun padang dengan segera.

Parvathy Sinnasamy, 41, yang berasal dari Taman Nusantara, di sini berpendapat amalan demokrasi tidak menghalang penduduk memilih siapa sahaja untuk mewakili mereka namun dia menyuarakan kebimbangan jika tercetusnya insiden pergaduhan.

"Bagi saya BN adalah yang terbaik kerana sudah lama bekerja untuk rakyat dan banyak yang telah dibuktikan," katanya.

Seorang ahli pertubuhan bukan kerajaan, Sharif Abdul Razak, 53, berkata, dia sudah tentu tidak akan memilih seseorang pemimpin yang membangkitkan perkara berkaitan dengan perkauman dan mengenepikan pembangunan sama rata kepada setiap lapisan masyarakat.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved