Khamis, 18 April 2013

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Rakyat perlu bersyukur

Posted: 18 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

SEJAK negara mencapai kemerdekaan, pihak pemerintah sentiasa mengambil berat soal kedaulatan agama Islam di Malaysia dengan memperkenalkan pelbagai dasar untuk pembangunan ummah.

Produk-produk yang dikenalkan bukan sahaja untuk umat Islam tetapi masyarakat bukan beragama Islam turut tidak terlepas terkena tempias daripada pembangunan yang dilakukan kerajaan.

Hal ini menepati prinsip Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan. Sehubungan itu, sehinggalah kerajaan pada hari ini yang ditadbir oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah banyak membangunkan dan mengembangkan syariat Islam sejajar semangat kemajuan ummah.

Bagi penganalisis politik, Dr. Asyraf Wajidi Dusuki, umat Islam negara ini patut bersyukur kerana kedaulatan dan kesucian agama itu sentiasa terpelihara oleh kepimpinan kerajaan sedia ada.

"Berbanding negara lain, walaupun mereka majoriti penduduk Islam hampir 98 peratus tapi hendak perkenalkan bank Islam pun tidak dibenarkan, bahkan di mana-mana universiti tidak boleh diwujudkan sebuah fakulti syariah.

"Yang ada hanya fakulti teologi yang dimana kalau hendak mengajar Syariah kena mengajar subjek agama lain," ujar beliau.

Teknik membaca laju

Posted: 18 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar SHIDDIEQIIN ZON

Membaca merupakan satu kemahiran yang boleh dipertingkatkan sekiranya ia dilakukan dengan teknik-teknik yang betul.

MEMBACA merupakan satu amalan yang seharusnya dipupuk sedari kecil malah ia adalah satu kemahiran yang seharusnya 'diasah' dalam usaha memantapkan lagi tahap pembacaan.

Ini kerana membaca adalah satu amalan mulia yang dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan sepatutnya juga menjadi aktiviti harian.

Dalam senario ini, setiap individu mempunyai cara serta gaya masing-masing untuk menghabiskan satu-satu bahan bacaan, cuma yang membezakan sama ada cepat atau lambat.

Tetapi tahukah anda, membaca merupakan satu kemahiran yang boleh dipertingkatkan sekiranya ia dilakukan dengan teknik-teknik yang betul.

Kemahiran membaca boleh dipertingkatkan kelajuannya seterusnya menjadikan individu tersebut dapat membaca dengan pantas dan tepat.

Tidak dinafikan, apabila kemahiran membaca dapat dipertingkatkan, ia mampu membantu sesiapa sahaja mendapatkan maklumat dengan segera dan mampu merubah kehidupan.

Bagaimanapun untuk mendapatkan kemahiran ini (membaca laju), setiap individu haruslah dapat mengatasi halangan membaca laju, membina kemahiran membaca laju, membina strategi membaca, dan meningkatkan kefahaman.

Dalam hal ini, Ketua Pegawai Operasi, LN Learning Hub Asia Sdn. Bhd., Jessica Dang, berkata, banyak manfaat yang boleh diperoleh apabila seseorang individu itu dapat menguasai kemahiran membaca laju.

Antara faedah-faedah yang diperoleh adalah seperti dapat menjimatkan masa serta mengurangkan tekanan.

"Dalam hal ini (membaca laju) tidak dinafikan setiap individu mempunyai gaya serta cara tersendiri ketika membaca.

"Dan kemahiran membaca ini juga turut bergantung kepada individu tersebut dan tidak semua individu dapat membaca dengan laju.

"Bagaimanapun, untuk seseorang individu itu dapat menguasai kemahiran membaca laju adalah tidak susah malah ia boleh diamalkan dengan teknik-teknik tertentu," ujarnya ketika ditemui pada Bengkel Membaca Laju yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai teknik yang digunakan untuk membolehkan kita membaca dengan laju, jelas Jessica ia amat mudah dan sekiranya diamalkan selalu pastinya membaca dengan laju dapat dikuasai dengan mudah.

Katanya lagi, teknik-teknik yang diketengahkan pihaknya dalam bengkel-bengkel yang diadakan boleh dipraktikkan untuk semua jenis bahasa.

Tegas beliau, antara pancaindera yang memainkan peranan penting dalam menguasai teknik-teknik ini ialah otak (ingatan) serta mata (pandangan).

Menurut Jessica, otak berfungsi untuk teknik ingatan manakala mata adalah untuk melihat imej (bahan bacaan).

Turut berkongsi teknik-teknik lain untuk menguasai membaca dengan laju, Jessica memberitahu, mata seharusnya lebih pantas ketika membaca dan pada masa yang sama ia juga seharusnya 'meluaskan' lagi fokus perkataan yang dilihat daripada bacaan biasa yang hanya memberi fokus kepada satu perkataan setiap kali membaca.

Selain itu, bacaan dengan menggunakan alat bantuan seperti kayu penyepit (chopsticks), pensil dan sebagainya didapati dapat membantu membaca dengan laju.

"Dalam bengkel yang dianjurkan, setiap peserta akan diberikan teknik-teknik untuk menguasai bacaan dengan laju. Apa yang boleh dikatakan di sini ia (teknik) bagus dipraktikkan oleh kanak-kanak seawal usia 10 tahun.

"Kita tidak mengajar untuk membaca tetapi mengajar untuk membaca dengan laju kerana peserta yang menghadiri bengkel ini adalah mereka yang sudah boleh membaca," kata Jessic.

"Dan teknik ini boleh dikuasai dalam tempoh satu hari tetapi selepas itu sudah pasti kita kena membuat latihan di rumah selama 10 hari dengan perisian yang diberikan.

"Dalam tempoh 10 hari itu latihan yang perlu dilakukan tidak lama cukuplah memadai dengan 10 minit sehari dan kami memberi jaminan ia akan berkesan dan sekiranya tidak berhasil duit akan dikembalikan," katanya lagi.

Bercerita lanjut mengenai perisian yang digunakan, Jessica memberitahu pihaknya mengambil masa selama dua tahun untuk menyesuaikan perisian tersebut dengan penggunaan tempatan.

Bakal mengeluarkan perisian dalam bahasa Malaysia dalam tempoh enam bulan akan datang, pihaknya turut merancang untuk mengeluarkan perisian tersebut dalam bahasa Cina pada tahun hadapan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti bengkel ini boleh ayari laman sesawang www.SpeedReadMalaysia.com untuk keterangan lanjut.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved