Ahad, 14 Julai 2013

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Julang bola sepak wanita negara

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
pendidikan@utusan.com.my

Mohd. Sazali Sam (baju batik, duduk tengah) bergambar bersama ibu bapa dan pemain Pasukan Piala Gothia SMK Za'ba yang mewakili negara ke Sweden di sekolah itu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Sekolah Sukan Negeri Sembilan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za'ba terpilih mewakili Malaysia ke kejohanan Bola Sepak Wanita Piala Gothia di Gothernburg, Sweden yang sedang berlangsung dari 11 hingga 21 Julai ini.

Pengetua SMK Za'ba Mohd. Sazali Sam berkata, kejohanan yang dikelolakan oleh Syarikat SKF Bearing Malaysia bersama Majlis Sekolah Sukan Negeri Sembilan itu mampu melahirkan pemain bola sepak yang berkualiti pada masa depan.

"Kejohanan seumpama ini memberikan pendedahan awal kepada golongan remaja tentang teknik dan corak permainan yang berkualiti.

"Di samping itu, kehadiran 61 buah negara di Sweden akan memberikan impak yang positif melalui pertukaran budaya serta pandangan tentang permainan bola sepak wanita," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Pihak SKF menjadi penaja utama kejohanan tersebut bertujuan melaksanakan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.

Sebanyak 140 pasukan berentap bagi merebut Piala Gothia pada edisi kali ini.

Menurut Mohd. Sazali, kejohanan di peringkat antarabangsa sejak 2007 ini mendapat galakan dari semua pihak terutama kerajaan Negeri Sembilan.

"Kami juga terlibat dalam kejohanan di peringkat antarabangsa buat kali pertama di bawah kategori Perempuan Bawah 14 tahun yang diperkenalkan pada tahun ini.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada SKF Bearing kerana memberi sokongan kepada bakat-bakat muda negeri ini dalam mengembangkan bakat mereka serta peluang pendedahan di peringkat antarabangsa," tambahnya.

Selain itu, kejohanan tersebut mendapat sokongan penuh dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dalam pembangunan sukan bola sepak negeri.

Persekitaran pembelajaran kondusif untuk kanak-kanak

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

RASLIN Abu Bakar (dua dari kiri) dan Farah Mahami Tan Sri Mustapha Kamal bertukar dokumen perjanjian selepas sesi perasmian pelantikan Perpustakaan Wan Nong sebagai Perpustakaan Angkat PNM di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PUSAT perkembangan pendidikan awal kanak-kanak, Educate to Learn Sdn. Bhd., (e2L) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memperkenal program PNM i-play untuk membantu golongan itu berkembang serta belajar melalui bermain.

Di bawah program itu, sebanyak 10 perpustakaan dilengkapi permainan i-play tajaan Yayasan EMKAY yang mengandungi alat-alat permainan atau sumber pembelajaran yang boleh diguna atau dipinjam kanak-kanak, ibu bapa, pendidik dan penyelidik.

Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, di bawah kerjasama itu, perpustakaan milik Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak yang dinaungi oleh salah sebuah anak syarikat e2L iaitu Early Years Development Sdn. Bhd., Perpustakaan Wan Nong dijadikan Perpustakaan Angkat PNM.

"Antara keistimewaan yang dinikmati pengunjung termasuklah kemudahan pinjaman buku secara pukal kepada pihak kolej dan pada masa yang sama, pelajar boleh menyertai program atau aktiviti berkaitan bidang pendidikan awal kanak-kanak seperti sesi bercerita bersama kanak-kanak," katanya ketika ditemui dalam majlis perjanjian memorandum bersama antara PNM dan e2L yang diwakili Pengarah Eksekutifnya, Farah Mahami Tan Sri Mustapha Kamal.

Menurut Raslin, disebabkan impak berkesan daripada penubuhan 10 perpustakaan PNM i-play, maka kerjasama ini diteruskan dengan penubuhan Sudut Pembelajaran Kanak-Kanak di 16 buah Perpustakaan Desa.

''Hal ini selaras dengan hasrat kami dalam memberikan peluang kepada kanak-kanak di desa atau di kawasan kampung untuk belajar melalui bermain menggunakan bahan permainan yang berkualiti tinggi,'' ujarnya.

Selain itu, kata Raslin, petugas Perpustakaan Desa juga akan diberikan latihan khusus bagi membolehkan mereka mengaplikasikan aktiviti atau permainan bersama kanak-kanak dalam komuniti mereka.

Sementara itu, menurut Farah Mahami, di bawah usaha itu, pihaknya dan penglibatan aktif PNM bertujuan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selesa dan selamat untuk kanak-kanak berkembang dan belajar melalui bermain.

''Kami mahu menyediakan akses bahan pembelajaran yang berkualiti kepada kanak-kanak terutama mereka yang tinggal di desa atau pedalaman.

''Pada masa yang sama, kami mahu menjadikan perpustakaan sebagai hab ilmu pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat,'' ujarnya.

Beliau berharap melalui program PNM i-play, usaha tersebut mampu meningkatkan minat dan penglibatan kanak-kanak, pelajar serta masyarakat umum di samping membantu mereka memperoleh manfaat dan memahami konsep belajar melalui bermain.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Bapa, anak parah ditembak penyamun

Posted: 14 Jul 2013 08:17 PM PDT

Oleh ASLIZA MUSA

KAMPAR 15 Julai - Seorang bapa dan anaknya berusia 13 tahun parah selepas ditembak salah seorang daripada dua lelaki yang memecah masuk rumah mereka di Taman Sejahtera, Kampar di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, Zahari Din, 51, cedera di perut dan peluru dipercayai menembusi belakang badan lalu terkena paha kanan anaknya, Zaharith Aiman Mahami. - UTUSAN ONLINE

Remaja maut, rakan cedera

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

Oleh NORAZLINA ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my

Unit forensik menjalankan siasatan ke atas sebuah kereta yang turut terkena tembakan dalam kejadian di Ujong Batu, Bagan Dalam, Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

BUTTERWORTH 14 Julai - Seorang remaja lelaki yang sedang berbual dengan seorang rakan maut selepas terkena lima das tembakan rambang di Ujong Batu, Bagan Dalam di sini malam tadi.

M. Ravindran, 19, dari Flat Pantai Bersih meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) akibat kecederaan serius di kepala dan rusuk kiri.

Rakannya, S. Leenesh, 18, yang turut cedera di rusuk kanan kini dirawat di hospital yang sama dan keadaannya dilaporkan stabil.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika dua remaja berkenaan duduk berbual di bawah sebuah jambatan di kawasan itu.

Dua lelaki tidak dikenali menaiki sebuah motosikal tiba-tiba menghampiri mereka sebelum pemboncengnya melepaskan enam das tembakan dari jarak 20 meter ke arah mangsa dan rakannya sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, tiga daripada tembakan yang dilepaskan itu mengenai kepala dan rusuk kiri Ravindran manakala dua das lagi terkena rusuk kiri Leenesh.

"Suspek turut melepaskan satu das tembakan mengenai sebuah kereta jenis Proton Wira yang diletakkan berdekatan kawasan kejadian.

"Serpihan tembakan itu terkena seorang lagi lelaki, A. Sukumar, 51, yang ketika itu berjalan kaki untuk bersembahyang di kuil berhampiran. Bagaimanapun lelaki itu tidak mengalami kecederaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam tadi.

Abdul Rahman memberitahu, siasatan di lokasi kejadian menemukan enam kelongsong peluru jenis 9 mm dipercayai dilepaskan daripada pistol jenis automatik.

Menurutnya, polis percaya kedua-dua suspek merupakan ahli kumpulan samseng dan datang ke lokasi itu untuk mencari mangsa yang berkemungkinan menganggotai kumpulan berlainan.

"Semakan rekod yang dijalankan ke atas mangsa mendapati kedua-duanya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan merupakan penduduk tempatan di Ujong Batu.

"Kita juga mengambil keterangan daripada saksi dan akan menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan gerakan sedang giat dijalankan bagi mengesan suspek terbabit," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Piya tiada niat ingkar

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

Mohd. Badhri Mohd. Radzi hanya menjalani latihan ringan akibat kecederaan setelah menyertai kem latihan skuad negara di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. - UTUSAN/Abdul Razak Latif

KOTA BHARU - Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi mengakui wujud salah faham berhubung isu kegagalannya melaporkan diri bagi menjalani latihan bersama skuad kebangsaan sejak Khamis lalu.

Bagi merungkai segala permasalahan yang timbul berhubung isu berkenaan, Mohd. Badhri atau Piya mengambil keputusan melapor diri ke kem pasukan kebangsaan semalam, bersama surat tunjuk sebab serta laporan perubatannya.

Menurut Piya, surat tunjuk sebab serta laporan perubatan berkenaan akan diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai mana yang diarahkan sebelum ini.

"Saya akui wujud sedikit salah faham dalam isu ini. Kegagalan melapor diri ke kem latihan pasukan bukan bermakna saya ingkar kepada jurulatih dan pasukan.

"Saya berharap FAM dapat menerima surat tunjuk sebab serta laporan perubatan dan membuat keputusan seadilnya berhubung isu ini," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini semalam.

Turut mengiringi Piya ketika di LTSIP ialah Penolong Pengurus The Red Warriors, Wan Badri Wan Omar serta pegawai media Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Mohd. Zuki Abdul Rahman.

Anak kelahiran Kampung Atas Paloh, di sini berharap, keputusannya melapor diri menepis segala tohmahan yang mengatakan dia enggan menabur bakti bersama skuad negara.

Kelmarin, Piya memberitahu dia bersedia menjawab surat tunjuk sebab kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kegagalannya melaporkan diri dalam latihan skuad kebangsaan.

Hasil pemeriksaan kesihatan yang dibuat sebelum ini, doktor mengesahkan pemain tonggak The Red Warriors itu mengalami kecederaan otot paha (hamstring) dan menasihatkannya supaya berehat selama dua minggu daripada menjalani sebarang latihan.

Ditanya sama ada dia bersedia menggalas tugas untuk mengemudi jentera tengah Harimau Malaysia, perancang tengah itu dengan nada tegas memberitahu, dia sudah bersedia sepenuhnya untuk memerah keringat.

Kata Piya, berdasarkan prestasi semasa, dia bersedia dengan tugas tersebut dan berjanji memberikan aksi terbaik bersama Harimau Malaya.

"Jikalau ada peluang memimpin jentera tengah negara, saya bertekad memberikan aksi terbaik bagi membalas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih.

"Bagaimanapun, semua itu terpulang kepada jurulatih. Saya selaku pemain akan memberikan aksi terbaik sekiranya diberikan peluang," katanya.

Raja tunggu pengesahan doktor

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

PETALING JAYA - Isu Badhri Radzi yang lewat melapor diri ke kem latihan skuad negara, hanya akan dianggap selesai setelah doktor dan ahli fisioterapi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memeriksa dan memastikan keadaan kecederaan ketua pasukan Kelantan itu kepada jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal.

Semalam di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, pakar sepakan bebas berusia 31 tahun itu menunaikan tuntutan pihak pengurusan pasukan negara supaya tetap hadir sekalipun sebelum ini mendakwa dia tercedera urat pelipat lutut, sekali gus mungkin melupuskan kemungkinan sebarang tindakan tatatertib ke atasnya.

Kata Rajagobal: "Kita tunggu dan dapatkan nasihat doktor dan ahli fisioterapi yang akan memeriksa Badhri sebelum memulakan sesi latihan (menjelang persahabatan dengan Chonburi Thailand, esok dan Chelsea, 21 Julai) . Selepas itu barulah kita buat keputusan tentang keadaan sebenar kecederaannya."

Mengenai kemungkinan tindakan FAM akibat kelewatannya menyahut panggilan skuad negara, katanya: "Yang penting dia datang melapor diri dan semua pihak kena faham dasar FAM apabila sesiapa pemain yang dipanggil, mesti (berbuat demikian) kecuali kalau alasan kecederaan itu begitu teruk (sampai) tidak boleh jalan.

"Kami juga masih boleh menerima alasan (selain itu) tetapi mesti ada laporan pihak tertentu seperti (pengesahan) doktor," katanya.

Rajagobal juga enggan mengulas sama ada Badhri perlu diarah menjalani sesi pemulihan daripada kecederaan itu hanya di bawah pengawasan FAM, selepas diketepikan dengan Azammuddin Akil daripada senarai 25 pelatih kebangsaan.

Ditanya selama mana pemain tengah Red Warriors itu perlu menjalani pemeriksaan pakar perubatan FAM, kata Rajagobal: "Ini hanya pemeriksaan normal dan doktor atau ahli fisioterapi pasti lebih tahu walaupun saya rasa tidak memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya."

Selain Badhri, dalam kalangan 25 pelatih negara sekarang, hanya Mohd. Amri Yahyah, Farizal Marlias dan Zubir Azmi pernah berdepan Blues kali pertama pada 21 Julai 2011 yang hanya menewaskan tuan rumah 1-0 dengan sepakan bebas kontroversi penyerang Ivory Coast, Didier Drogba.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Mod tentukan pemanduan Civic 2.0s

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

Oleh NORILA DAUD
ekonomi@utusan.com.my

HONDA CIVIC 2.0S

PRESTASI Honda Civic 2.0s amat menakjubkan berbanding kereta yang mempunyai enjin berkapasiti 2 liter jenama lain.

Bukan sahaja saiz yang sederhana dan reka bentuknya yang kontemporari itu memikat hati sesiapa yang memandang malah mutu pengendaliannya turut cemerlang.

Reka bentuk Honda Civic ini menjadi antara ciri-ciri yang berjaya menarik perhatian golongan eksekutif berusia dalam lingkungan 30 tahun ke atas.

Penampilan sedan serba sederhana yang didatangkan dengan tempat duduk yang diperbuat daripada bahan kulit berserta auto cruise membolehkan pemandu mengekalkan kelajuan yang dipilih menjadi nilai tambah kepada Honda Civic terbaharu ini.

Mengimbau kembali pada tahun 1970-an di mana Honda Civic hanya sebuah kereta kecil berpintu dua yang digerakkan oleh enjin berkapasiti kecil, namun evolusi teknologi yang dilaluinya sejak lebih tiga dekad lalu telah mengubah penampilannya kepada sebuah sedan empat pintu yang lebih besar dengan kuasa enjin yang lebih tinggi.

Walaupun Honda Civic berenjin 2,000 c.c ini dengan mudah dipandu melebihi 160 kilometer sejam (km/jam), namun secara psikologi, penulis tidak memecut melebihi kelajuan tersebut berikutan meter laju digital yang sentiasa menunjukkan tahap kelajuan kereta yang sedang dipandu.

Dengan menekan mod eko berwarna hijau yang terdapat pada pemuka hadapan, pemandu tidak menyedari bahawa Honda Civic 2.0s yang sedang dipandu bergerak dengan perlahan bagi menjimatkan tenaga.

Gajet-gajet tersebut merupakan antara ciri-ciri yang menambah keseronokan memandu kerana boleh menukar corak pemanduan di samping menjimatkan penggunaan minyak.

Transmisi mod sport yang terdapat pada varian ini juga boleh mengubah corak pemanduan. Sebaik sahaja menukar ke mod sport, semangat penulis untuk memecut laju dapat dirasai berikutan bunyi deruman enjinnya yang kuat seolah-olah sedang memandu kereta sport.

Prestasi Honda Civic ini tidak menghampakan kerana cengkamannya di jalan raya agak kukuh dan dengan penuh keyakinan mengambil selekoh tajam pada kelajuan yang sederhana.

Dengan kelajuan purata 120 hingga 140 km/jam untuk perjalanan sejauh 380 kilometer, didapati penggunaan bahan bakar agak menjimatkan berikutan paras minyak masih meninggalkan dua takuk apabila kereta dikembalikan semula kepada Honda.

Sedan ini turut dilengkapi dengan padel shift yang mencabar kemampuan pemandu untuk menggunanya.

Terletak sebelah kiri di bawah stereng adalah pedal shift untuk penggunaan gear rendah dan sangat berkesan digunakan tatkala menaiki bukit manakala di sebelah kanan untuk penggunaan gear tinggi dan impak terbaik dirasakan ketika melalui jalan yang lurus.

Honda Civic 2.0s menawarkan lima tahun waranti dan perbatuan tanpa had, enam kali servis percuma yang berselang dengan servis berbayar sehingga 100,000 km.

Honda Civic 2.0s didatangkan dalam pelbagai warna termasuk alabaster perak metalik, mutiara hitam kristal, metal halus metalik dan putih taffeta.

Keistimewaan tersendiri Ford Kuga

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

Ford Kuga

KUALA LUMPUR 14 Julai - Ford Kuga serba baharu yang dilancarkan di Kuala Lumpur baru-baru ini mempunyai keistimewaan tersendiri yang menggabungkan antara tenaga, prestasi dan penggunaan teknologi yang selamat.

Dengan enjin Ecoboost berkapasiti 1.6 liter berserta teknologi Ti-VCT, Ford Kuga yang dilengkapi dengan beberapa teknologi pintar dijangka mampu menambat hati golongan wanita berikutan reka bentuknya yang kontemporari dan sporty.

Antara teknologi pintar yang terdapat pada kenderaan utiliti sukan (SUV) ini ialah pada pintu bamper belakang di mana ia boleh terbuka dan tertutup sendiri dengan hanya menghayunkan kaki di bawah bamper tersebut tanpa perlu menggunakan kunci tatkala tangan dipenuhi barang-barang.

Alat penderia yang terdapat pada Kuga itu boleh mengesan menerusi gabungan kunci akses pintar yang berada di dalam poket, beg atau dompet dengan pergerakan kaki dan cara ini boleh mengelakkan daripada pintu tersebut terbuka dengan tidak disengajakan.

SUV ini turut menggunakan sistem pintar AWD Ford, teknologi SYNC Ford yang eksklusif di samping penjimatan tenaga. Terdapat dalam warna hitam, putih, perak dan perang kemerah-merahan (ginger ale), SUV ini ditawarkan dengan harga RM159,999.

SUV yang menggunakan enjin petrol Ecoboost 1.6L ini mampu menghemburkan kuasa 180PS dan kilasan tenaga 240Nm, turut dilengkapi dengan Kawalan Vectoring Kilasan Tenaga dan Kawalan Selekoh untuk pengendalian yang cemerlang.

Dianugerahkan sebagai SUV kompak yang mendapat penarafan keselamatan tertinggi mengikut Program Penilaian Kereta Baharu (NCAP) Euro ia dilengkapi dengan tujuh beg angin termasuk di bahagian pemandu dan penumpang, tempat duduk hadapan bahagian sisi, bahagian belakang dan bahagian lutut pemandu.

Sehubungan itu, Pengurus Serantau Asia Pasifik Ford (Eksport dan Operasi Perkembangan), David Westerman berkata: Pihak kami menambah sebanyak 10 peratus kepada jumlah pengeluaran Ford Kuga serba baharu di kilang Valencia, Sepanyol atau 8,000 buah bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat".

Kuga baharu ini turut didatangkan dengan Transmisi Automatik Pertukaran Pilihan Enam Kelajuan dengan mod sport dan menawarkan 7.7 liter/100 kilometer.

Suntikan langsung cas turbo dalam enjin ecoboost membolehkan penyaluran tenaga untuk pengeluaran yang rendah, prestasi cemerlang dengan pengeluaran kuasa yang lebih tinggi, efisiensi yang lebih baik dan mengelak daripada hantukan.

Penutup gril aktif menambah baik efisiensi tenaga dengan memaksimumkan efisiensi aerodinamik dan sistem penyejukan enjin.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Qatar rancang beli 118 buah kereta kebal

Posted: 14 Jul 2013 09:33 AM PDT

FRANKFURT, Hesse, 15 Julai - Qatar merancang untuk menempah 118 buah kereta kebal Leopard buatan Jerman dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

Menurut sumber kerajaan, kereta kebal itu dikilangkan di Krauss-Maffei Wegmann dan Rheinmetall.

April lalu, Krauss-Maffei dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah memenangi kontrak sebanyak AS$ 2.5 bilion(RM7.9 bilion) untuk membekalkan kereta kebal ke Qatar. - AFP

Bekas duta ke AS dilantik Menteri Luar Mesir

Posted: 14 Jul 2013 09:32 AM PDT

KAHERAH 15 Julai - Bekas duta ke Amerika Syarikat, Nabil Fahmy menerima jawatan Menteri Luar dalam kabinet baharu menggantikan Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Mursi.

Fahmy menerima tawaran itu daripada pemimpin utama Hazem al- Beblawi yang memegang hari kedua rundingan dengan calon-calon menteri kabinet sementara, lapor sumber Kementerian Luar.

Agensi berita rasmi MENA bagaimanapun mengesahkan pelantikan tersebut.

Fahmy adalah seorang diplomat dan Dekan pengasas sekolah hal ehwal awam di Universiti Amerika di Kaherah, dan pernah berkhidmat sebagai duta di Washington antara 1999 dan 2008. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


3 kumpulan curi motosikal tumpas

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

Oleh M.RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com

AZID Ismail (kanan) bersama pegawai polis melihat rangka motosikal yang dicampakkan ke dalam sungai dan kolam dikumpul sebagai barang kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut, Pahang, kelmarin.

JERANTUT 14 Julai - Polis menumpaskan tiga kumpulan curi motosikal selepas menahan enam suspek serta menemui tujuh rangka motosikal di dalam sungai dan kolam di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Azid Ismail berkata, tiga daripada mereka berusia 21, 27 dan 30 tahun ditahan pada 26 Jun lalu di Felda Sungai Retang, dekat sini.

Menurutnya, siasatan mendapati kumpulan tersebut telah mencuri tujuh buah motosikal dan kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

"Tiga lagi ahli kumpulan curi motosikal ditahan pada 2 Julai lalu di Kampung Sungai Balang, Damak melibatkan dua pelajar sekolah tingkatan tiga dan tingkatan lima.

"Kedua-dua suspek mengaku mencuri dua motosikal jenis Honda EX5 di Kampung Berau serta Kampung Bau. Rangka motosikal itu dibuang ke dalam Sungai Berau manakala komponen motosikal itu dijual," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini semalam.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang remaja berumur 20 tahun kerana memiliki komponen curi tersebut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Azid memberitahu, seorang lelaki berusia 25 tahun dicekup penduduk kampung ketika cuba mencuri motosikal Yamaha RXZ di Batu Leja, semalam.

"Lelaki itu merupakan suspek yang dikehendaki polis di Maran, Lipis dan Jerantut kerana terlibat dalam kes pecah rumah.

"Siasatan mendapati sebanyak 10 buah motosikal dicuri oleh ketiga-tiga kumpulan ini dan polis akan mencari tiga lagi motosikal yang masih hilang," ujarnya.

Pertahankan Islam daripada terus diprovokasi

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

ISMAIL Mohamed Said (kiri) menyampaikan sumbangan kewangan kepada wakil masjid dan surau kawasan Parlimen Kuala Krau di Masjid Baharu Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau, Pahang, kelmarin. - UTUSAN/salehudin mat rasad

KUALA KRAU 14 Julai - Penyatuan umat Islam perlu dilakukan lebih responsif bagi menjamin kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan yang kekal terpelihara di negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, dengan mengukuhkan perpaduan umat Islam maka kedudukan agama itu akan dihormati oleh masyarakat lain yang bukan beragama Islam.

"Sudah sampai masanya orang Islam tanpa fahaman politik berpakat, bersatu dan berjuang mempertahankan agama itu daripada perbuatan provokasi serta kata cacian oleh musuh Islam.

"Keberanian segelintir pihak sejak kebelakangan ini semakin ketara seperti isu kalimah Allah, akidah, mempersenda atau mempersoalkan kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan dan sebagainya yang dinyatakan melalui media baharu," katanya yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan kewangan terhadap masjid dan surau kawasan Parlimen Kuala Krau di Masjid Baharu Kampung Gunung Senyum, di sini semalam.

Sebanyak 46 masjid dan 71 surau dalam kawasan Parlimen Kuala Krau menerima sumbangan keseluruhan berjumlah RM90,000.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Ismail berkata, golongan muda perlu bersama dengan masyarakat Islam lain untuk bersama mempertahankan kesucian agama tersebut daripada diganggu-gugat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Perpaduan ukhuwah umat Islam di negara ini menjadi pemangkin terhadap kemajuan ekonomi, politik dan sosial yang lebih kukuh.

"Rakyat yang bersatu padu akan merangsang produktiviti sekali gus mempengaruhi kestabilan ekonomi negara lebih baik," katanya.

Jangan lepas sisa kimia ke dalam sungai

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

BERA 14 Julai - Kilang kelapa sawit yang beroperasi di daerah Bera dinasihat tidak melepaskan sisa buangan kimia ke dalam sungai bagi mengelak hidupan air seperti ikan mati yang secara tidak langsung boleh menjejaskan mata pencarian nelayan sungai dan penternak ikan sangkar mengalami kerugian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd. Fadil Osman berkata, pengurusan kilang sawit perlu peka dan tidak menyalurkan sisa buangan kotor ke dalam sungai walaupun setakat ini belum ada laporan rasmi kilang berkenaan dikatakan menjadi punca ribuan ekor ikan mati di Sungai Serting dan beberapa anak sungai lain di daerah ini bulan lalu.

Katanya, orang ramai dan pengurusan kilang perlu menjaga kebersihan air sungai kerana sungai turut digunakan oleh penduduk terutamanya masyarakat Orang Asli yang tinggal di tepi sungai sebagai punca bekalan air.

"Saya minta pihak penguat kuasa Jabatan Perikanan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menangkap ikan secara haram dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan bahaya termasuk racun dan tuba di daerah ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Beliau berharap pengurusan kilang dapat membina takungan sisa buangan di kilang masing-masing mengikut piawaian Jabatan Alam Sekitar bagi mengelakkan sisa buangan tersebut di buang ke dalam sungai.

Menurut beliau, bulan lepas beribu-ribu ekor ikan ditemui mati dalam sungai Serting dipercayai terkena racun atau tuba yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, kejadian itu hanya disedari seorang penduduk Orang Asli semasa turun ke sungai itu untuk memancing dan mendapati banyak ikan sungai jenis lampam, kerai, batu ulu, baung dan lain lain mati di dalam sungai dengan keadaan perutnya kembung dan mata merah.

Mohd. Fadil memberitahu, menjadi kebiasaan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab menangkap ikan mengunakan racun atau tuba minyak pada musim kemarau ketika ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Curi toto, warga Thailand dijel 20 hari, denda RM500

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

YAHYA VATAE

KOTA BHARU 14 Julai - Seorang lelaki Thailand dipenjara selama 20 hari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri toto bernilai RM325 di Pasar Siti Khadijah pada 24 Jun lalu.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Yahya Vatae, 28, dan turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama dua bulan lagi sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan.

Berdasarkan pertuduhan, Yahya yang berasal dari Narathiwat didakwa mencuri tiga beg selimut toto berjenama Narita dan dua beg selimut toto berjenama Good Morning bernilai RM325 milik seorang peniaga di tingkat dua pasar berkenaan antara pukul 1.50 hingga 2.05 petang, 24 Jun lalu.

Dakwaan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan didenda atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, semasa peniaga tersebut berada di kedainya, dia diberitahu rakannya yang ternampak seorang lelaki iaitu tertuduh mencuri lima beg selimut toto miliknya yang diletakkan di luar kedai lalu dibawa turun ke tingkat bawah.

Peniaga tersebut kemudian bersama ibu dan rakannya itu telah mencari lelaki itu dan menjumpai tertuduh sedang berada di atas sebuah motosikal di sebelah surau pasar tersebut bersama lima beg selimut toto berkenaan.

Peniaga terbabit kemudiannya meminta bantuan orang ramai untuk menangkap tertuduh lalu membawanya ke balai polis berhampiran.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Ramadan sederhana Maya Karin

Posted: 14 Jul 2013 02:00 AM PDT

Oleh RASDAN AHMAD
rasdan_utusan@yahoo.com

SELAIN mengerjakan amal ibadah, berkumpul menyambut Ramadan dan Syawal bersama keluarga merupakan antara ritual paling bermakna bagi kebanyakan orang. Begitu juga yang dirasai oleh aktres Maya Karin apabila Ramadan tahun ini memberi peluang kepadanya untuk menikmati cuti panjang dan meraikan bersama keluarga.

Ketika artikel ini disiarkan, Maya sudah berada di Kota London untuk berehat dan menyambut Ramadan bersama keluarga di sana.

Ramadan kali ini saya sambut sederhana sahaja. Bagi saya apa yang penting adalah bersama keluarga. Pertemuan dengan keluarga adalah perkara rahmat yang saya impikan setelah lama mengerah keringat di Malaysia.

Walaupun menyambut bulan puasa di Eropah, sambutannya tidak jauh beza berbanding di sini. Kemeriahannya tetap terasa. Kemungkinan tempoh sebulan Ramadan tahun ini memang saya habiskan bersama keluarga di sana.

Peluang berehat panjang ini saya akan gunakan sebaik mungkin kerana peluang sebegini memang jarang saya perolehi sebelum ini," katanya.

Mengenai sambutan Aidilfitri kali ini jelas Maya, dia kemungkinan menyambutnya di Eropah sebelum pulang ke tanah air.

Walaupun tidak semeriah sambutan di negara kita namun suasana sambutan bersama keluarga merupakan satu nikmat yang cukup besar bagi saya," kata Maya.

Cinta baru

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kisah cintanya, pelakon ini sukar berkongsi rahsia.

Mungkin kegagalan melayari bahtera perkahwinan bersama jejaka Itali, Steven David Shorthose beberapa tahun dahulu mengganggu keselesaan Maya untuk bercerita dengan lebih lanjut mengenai isi hatinya.

Pun begitu, Maya tidak pula berahsia malah mengakui bahawa ketika ini dia masih lagi dalam proses mengenali seseorang.

Namun jelasnya, dia tidak tergesa-gesa untuk kembali menjadi isteri.

Bercakap soal teman hidup ini, saya sebenarnya mahukan lelaki yang boleh berdikari, cerdik, menghormati orang lain dan gemarkan aktiviti lasak seperti saya," katanya.

Sebelum ini Maya pernah dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan Remy Ishak namun biarpun kedua-duanya kelihatan intim tetapi mereka menyatakan bahawa hubungan itu sekadar teman baik.

Pengurusan baru

Dalam menjalani aktiviti seni yang cukup sibuk saban hari, Maya mengakui pengurusan yang baik perlu ada bagi setiap artis. Bukan untuk sombong dan meninggi diri tetapi pengurusan perlu bagi memastikan perjalanan seninya berada pada landasan yang betul.

Saya takut akan menimbulkan masalah kemudian hari. Takut kacau-bilau jadinya nanti. Macam saya, sekiranya berada di lokasi pastinya sukar untuk berurusan dengan media atau pihak lain yang mahukan komitmen daripada saya.

Kalau tidak menjawab panggilan, nanti macam-macam berita pula timbul. Jadi saya memang perlukan pihak pengurusan untuk berbincang dan menyelesaikan apa yang patut bagi pihak saya.

Saya tidak boleh menguruskan semua perkara bersendirian. Saya percaya artis merupakan produk untuk dijual dan seseorang artis itu harus fokus pada kerja seni," jelas Maya.

Kata Maya lagi, dia cukup percaya bahawa setiap artis tidak kira pelakon ataupun penyanyi perlu mempunyai pengurusan yang baik bagi memastikan kerjaya mereka berjalan lancar.

Mungkin ada lagi artis yang tidak nampak tugasan pengurus. Kebanyakan pengurus mempunyai matlamat mereka yang tersendiri. Contohnya, di mana kedudukan artis di bawah naungannya dalam tempoh selepas lima tahun dan sebagainya.

Bagi saya artis yang tidak mahu menggunakan khidmat pengurus kerana tidak mahu berkongsi peratusan dengan pihak pengurusan akan merugikan diri sendiri.

Pengurus itu pula bukan untuk jawab panggilan telefon sahaja. Saya perlukan pengurus yang matang dan boleh melancarkan keperluan serta merangka perancangan untuk masa depan," ujarnya.

Bintang Syurga

Kini mengikat kontrak selama lima tahun bersama Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. sebagai artis rakaman syarikat tersebut, Maya baru sahaja melancarkan album terbarunya, Bintang Syurga.

Ini merupakan album ketiga selepas Bukan Qalamaya, sembilan tahun lalu. Sebelum itu Maya pernah muncul dengan album sulung, Erti Cinta pada 2001.

Sehingga tiga bulan pertama ini, saya cukup selesa. Album berjudul Bintang Syurga sudah pun dilancarkan. Single pertama ini menyempurnakan impian saya untuk kembali menyanyi.

Pada album-album terdahulu, bahasa Melayu saya tak berapa bagus. Saya sedar tahap nyanyian saya tidaklah setanding dengan karier lakonan tetapi saya suka dan tetap mahu menyanyi kerana menyanyi sesuatu yang menyeronokkan.

Saya tak mahu cakap besar. Biarlah peminat yang menentukan. Cuma saya sangat puas hati dengan konsep lagu dan album sekarang. Lebih matang, berbentuk pop dan lebih ceria," katanya.

Maya turut mengharapkan album terbaharu yang mengandungi lapan buah lagu dan diterbitkan oleh Audy Mok dan Omar K itu mampu membawanya ke tahap lebih cemerlang di persada seni suara tempatan.

Sandiwara cinta Awi Rafael?

Posted: 14 Jul 2013 02:00 AM PDT

MISS J dengar macam-macam versi tentang kisah penyanyi Singapura, Awi Rafael selepas putus cinta dengan pelakon Hanez Suraya baru-baru ini.

Ada yang beritahu Miss J yang sebenarnya mereka ini tak putus lagi. Sandiwara sahaja sebab masih bersayang-sayang di Twitter.

Ada juga yang kata Awi dah tak nak lagi dengan Hanez. Dia mahu kembali kepada cinta pertamanya dengan penyanyi Shila Amzah.

Entahlah Miss J jadi keliru sebab ada banyak cerita yang Miss J dengar sejak akhir-akhir ini. Sebab apa yang Miss J tahu yang Shila takkan kembali bersama Awi.

Lagipun itu semua kan cerita lama. Buat apa nak dikenang kembali. Dah jadi sejarah dah pun. Orang pun ramai yang dah lupa tentang cerita cinta mereka sebelum ini.

Miss J rasa elok juga kalau Awi buka mulut terangkan kepada semua tentang perkara ini. Bukannya apa... takut jadi fitnah bila ada perasaan syak wasangka!

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


MARDI bantu IDB bangunkan sawah Nigeria

Posted: 14 Jul 2013 02:00 AM PDT

Kaedah menanam padi yang tradisional dan penanaman padi sekali setahun tidak dapat mengeluarkan hasil selaras dengan SSL negara.

SEBAGAI penerima anugerah Sains dan Teknologi Bank Pembangunan Islam (IDB) 2011, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah dipilih oleh IDB untuk menjalankan latihan pembangunan Rangka Kerja Kebangsaan bagi Penanaman Padi di negeri Ondo, Nigeria.

Program berkenaan sebagai satu sumbangan IDB ke arah pembangunan industri padi di Nigeria yang bermula pada akhir April bertempat di Pusat Penyelidikan Padi MARDI Seberang Perai, Pulau Pinang.

Ia melibatkan empat orang pakar iaitu Pembiakbaka Padi, Datuk Dr. Othman Omar, Pembiakbaka Tumbuhan, Dr. Ahmad Zamzam, pakar Agronomi, Abdul Rahman Haron dan pengurusan air, Jamaluddin Jaya.

Menurut Dr Othman, kesemua pakar daripada MARDI dan anak syarikat MARDI iaitu Marditech Corporation telah menjalankan penilaian ke atas status penyelidikan dan pembangunan padi di negeri Ondo dengan kerjasama Kementerian Pertanian Nigeria dan Universiti Adenkule Ajasin, Negeri Ondo.

"Seramai empat orang peserta telah dipilih daripada Jabatan Pertanian Ondo dan Universiti Adenkule Ajasin bagi menjalankan latihan di MARDI Seberang Jaya.

"Mereka sedang menjalani latihan selama empat bulan meliputi teori dan praktikal kaedah menanam padi dan lawatan ke kawasan sawah di Kedah dan Selangor," katanya semasa ditemui di MARDI Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Dr. Othman berkata, latihan bermula dengan memilih varieti, pembiakbaka, menanam padi, membajak serta cara menggunakan mesin moden.

Bagi memudahkan tugasan, mereka diberikan satu petak sawah sebagai latihan hands-on untuk satu musim di Stesen MARDI Seberang Jaya.

Dr. Othman berkata, selesai latihan, mereka perlu merangka pelan penyelidikan pembiakbaka padi bagi negeri Ondo dan melaksanakan program latihan bagi pekerja pengembangan bertujuan meningkatkan pengeluaran padi di Ondo serta seluruh Nigeria.

"Buat masa ini Nigeria adalah pengimport beras terbesar di benua Afrika. Pada tahun lalu Nigeria dengan penduduk 160 juta mengimport kira-kira 1 trilion Naira beras.

"Ini adalah 60 peratus daripada pengeluaran beras memandang tahap sara diri (SSL) hanyalah 40 peratus," katanya.

Terdapat potensi besar bagi mereka mengeluarkan 70 peratus SSL.

Dr. Othman berkata, tugas empat penyelidik ini adalah untuk memastikan bekalan benih padi berkualiti yang berterusan serta menentukan kawasan jelapang di Ondo.

"Selepas tamat latihan mereka perlu melatih pekerja pengembangan bagi menyampaikan teknologi terkini kepada petani. Dan di sini bermula cabaran bagi mereka," katanya.

Dr. Othman berkata, bagaimanapun rakyat Nigeria tidak mengambil beras yang sama dengan rakyat Malaysia.

"Mereka memakan beras nerica (New Rice for Africa) sejenis beras parboil atau beras rebus.

"Walaupun varieti tidak sama tetapi serangga perosak dan penyakit padi adalah sama," katanya.

Justeru, semasa berada di Ondo, Nigeria, Dr. Othman berbincang dengan pihak berkuasa mengenai penilaian pantas bagi pembangunan pengeluaran beras di Ondo yang dijalankan oleh Marditech.

Kajian berkenaan antaranya mencadangkan

1. peningkatan pengeluaran beras di kawasan sedia ada seperti di Ogbese melalui amalan agronomik yang lebih baik, meningkatkan infrastruktur selain integrasi rantaian bekalan seperti petani, pembekal dan pedagang beras.

2. Meluaskan kawasan selaras dengan amalan perladangan baik

3. Membangunkan perladangan komersial berskala besar di Empangan Owena dan Lembah Sungai Oluwa.

Dr. Othman menambah, hasil lawatan ke Ondo mendapati padi ditanam setahun sekali menggunakan sistem moden dan semi tradisional tetapi hanya bergantung kepada air hujan.

"Di sana mereka tidak menggunakan sistem pengairan seperti di sini dan kami akan memperkenalkan sistem pengairan bagi membolehkan mereka menanam padi dua kali setahun," katanya.

Dr. Gbadamosi A. Emmanual, pensyarah dari Universiti Adekunle Ajasin, Ondo berkata, pihaknya amat tertarik dengan kaedah penanaman padi di Malaysia.

"Selama ini kami menanam padi sekali setahun dan hanya bergantung kepada taburan hujan.

"Kami berharap dapat membawa teknologi yang dipelajari balik ke negara kami," katanya.

Osekita Sundarg dari universiti yang sama juga berkata, sebagai pengimport beras terbesar di benua Afrika, Nigeria perlu mempunyai sawah padi dan mengeluarkan berasnya sendiri.

"Jadi inilah peluang untuk kami memperkenalkan teknologi baru tanaman padi kepada petani di negara kami," katanya.

Manakala Shuaib Abdul Wasim pula melihat cabaran yang harus ditempuhi apabila kembali ke tanah air.

"Sebagai kakitangan di Jabatan Pertanian, ini adalah tugas saya untuk menyampaikan kepada petani mengenai teknologi yang kami pelajari di sini.

"Malah saya juga akan memperkenalkan sistem pengairan yang sistematik bagi menanam padi dua kali setahun," katanya.

Sementara itu, rakannya di jabatan yang sama, Omolakin Anthony juga menyedari mengenai cabaran yang bakal dihadapi.

"Saya perlu membuat plot sendiri dengan infrastruktur lengkap bagi satu musim bagi menunjukkan kepada petani.

"Saya perlu meyakinkan petani mengenai penanaman padi dua kali setahun bagi seragamkan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kesabaran orang Islam kian pudar

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

ISU agama merupakan antara perkara sensitif yang tidak sepatutnya dipermainkan mana-mana pihak sama ada individu berlainan agama mahupun penganut yang buta ilmu.

Namun, hinaan demi hinaan terhadap agama Islam semakin kerap dan banyak berlaku sama ada dalam kalangan rakyat biasa, pemimpin komuniti atau politik dan terkini oleh orang luar.

Kenyataan celupar Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini menyebabkan isu yang hampir reda itu kembali panas.

Ditambah pula sepasang kekasih berbangsa Cina menghina bulan Ramadan menyebabkan semakin ramai yang mempersoalkan apa yang akan dilakukan pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Walaupun bilangan orang bukan Melayu yang berterusan menghina Islam kecil sahaja, tetapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga, janganlah berterusan amaran demi amaran tanpa hukuman untuk mengingatkan orang biasa, pemimpin mahupun orang luar kedudukan Islam di negara ini.

Penghinaan beberapa individu ini boleh menyebabkan perbalahan besar antara kaum, masyarakat Islam juga dikhuatiri melihat kerajaan terlalu lemah dalam mempertahankan agama mereka sementara orang luar akan berterusan mempermainkan kedudukan Islam di negara ini.

Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Biro Sosiobudaya dan Warisan, Dunia Melayu Dunia Islam, Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar membantah keras campur tangan orang luar dalam hal-hal berkaitan agama Islam, khususnya oleh seorang wakil diplomatik.

Marino itu duta, patut utamakan hubungan diplomatik, bukannya jaga kepentingan agama dia sahaja. Perlu hormati keadaan di sini, Islam agama rasmi dan telah ditetapkan kalimah Allah tidak dibenarkan untuk orang Kristian.

Saya setuju dengan beberapa cadangan dikemukakan pihak-pihak yang turut membantah sebelum ini, perlu bertindak tegas sama ada batalkan statusnya ataupun hantar balik sahaja," tegasnya.

Tambah Abdul Latiff, jika dibiarkan perbuatan kurang ajar sedemikian, orang lain akan melihatnya sebagai lesen besar untuk bermaharajalela menghina Islam tanpa pedulikan ia sensitif dan menyakiti umat Islam di seluruh negara.

Beliau berharap KDN akan betul-betul bertegas kali ini dan jangan terus bermain amaran dengan pihak-pihak yang mempermainkan kesucian Islam sama ada rakyat biasa, pemimpin komuniti atau politik mahupun warga asing.

Perkara ini boleh menjejaskan pandangan orang di dalam dan luar negara terhadap usaha mempertahankan Islam iaitu agama Persekutuan yang perlu dilindungi kerajaan.

Walaupun pelbagai peringkat telah tetapkan kalimah Allah eksklusif, tetapi masih ada mempermain isu ini tanpa mempedulikan bahaya apabila rasa tidak puas hati membuak dalam kalangan umat Islam," katanya.

Menurut Abdul Latiff, negara lain seperti China dan Singapura tidak pernah berkompromi dengan isu sensitif seperti mempermainkan agama tetapi di Malaysia sudah ada yang berani hina Islam, apatah lagi orang itu bukan Islam yang bangkit dengan angkuh dan berani.

Beliau sedih melihatkan terlalu ramai yang mempersenda agama Islam tanpa provokasi kebelakangan ini dan dikhuatiri boleh membawa kepada pergaduhan antara kaum dan agama.

Ini bukan soal hak asasi, liberalisme dan kebebasan bersuara mereka untuk menghina Islam. Jangan ganggu dan permainkan agama kami kerana ia juga satu kesalahan dari segi undang-undang.

Penguatkuasaan perlu kuat, jangan biarkan orang lain dengan mudah permainkan agama kita. Kes rogol atlet baru-baru ini dalam satu minggu sudah ditangkap, tetapi bila kes perkecilkan Islam lambat pula didakwa," ujarnya.

Abdul Latiff turut mengingatkan pihak berkuasa khususnya KDN agar bertindak tanpa mengira kedudukan pihak yang menghina Islam itu atau hukuman berbeza-beza memandangkan undang-undang sudah ada untuk menyekatnya.

Tegasnya lagi, penguatkuasaan terhadap pihak yang menghina Islam setakat ini sangat lemah walaupun heboh didebatkan tetapi tindakannya lambat, kerap kali berterusan dalam siasatan dan akhirnya tiada yang dibawa ke muka pengadilan.

Jika terus dibiarkan, makin lama semakin teruk mereka akan hina Islam. Jika rasa undang-undang yang ada lemah, gubal akta baharu tetapi pastikan siapa pun yang tidak patuh dan mempermainkan agama diambil tindakan segera.

Ini sangat sensitif, jika terus-menerus senyap sahaja, lama kelamaan dikhuatiri kesabaran orang Melayu dan Islam akan meletup seperti gunung berapi," katanya.

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) yang juga Pengerusi Khairul Group, Datuk Khairul Anwar Rahmat pula menegaskan hubungan diplomatik mempunyai hadnya dan seorang duta tidak patut mencabar keimanan orang Melayu.

Zahirnya memang lemah lembut tetapi keimanan Melayu tebal dalam mempertahankan maruah agama, kita tidak akan benarkan kalimah Allah digunakan sewenang-wenangnya.

Dalam kes ini, kita boleh usir duta itu, gantung taraf diplomatik dengan negaranya ataupun memutuskan terus hubungan. Bukannya Malaysia tidak pernah putuskan hubungan diplomatik dengan negara yang tidak hormati kita lebih-lebih lagi dalam bab agama," tegasnya.

Jika secara suka-suka mempermainkan Islam, boleh juga diambil tindakan bawah Akta Hasutan kerana mencemar kesucian agama Islam, atau atas tuduhan menghina Raja-Raja Melayu yang memayungi Islam. Mereka juga boleh dituduh menghasut perpecahan kaum kerana jelas ini satu tindakan provokasi yang mahu umat Islam bertindak balas, jika orang Melayu bertindak kasar tentu mereka juga akan balas sama," ujarnya.

Beliau melihat soal buta sejarah termasuk Keluhuran Perlembagaan dalam Rukun Negara dalam kalangan orang bukan Melayu yang gagal menghayatinya menyebabkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada mereka tidak dibalas seperti dijanjikan.

Muafakat antara kaum juga semakin terhakis apabila bukan Melayu mula menolak Islam sebagai agama Persekutuan, hak istimewa Melayu bumiputera dan asas kontrak sosial lain seperti yang dijanjikan sebelum merdeka.

Sistem pendidikan kita sememangnya gagal didik orang bukan Melayu mengenai asas-asas ini khususnya toleransi, muafakat dan pengorbanan antara kedua-dua belah pihak," dakwanya.

Khairul Anwar melihat penghinaan terhadap Islam, khususnya oleh golongan muda satu cerminan sikap kurang ajar untuk menafikan siapa tuan punya bumi bertuah ini, apatah lagi selepas Melayu gagal dijatuhkan pada pilihan raya lalu.

Penghinaan pada Ramadan, berulang, berterusan

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

Oleh Hassan Mohd Noor

APAKAH juadah berbuka anda hari ini? Bubur lambuk, ayam golek, nasi Arab, ikan patin atau sekadar kuih muih. Di mana anda berbuka? Di rumah, di pejabat, di restoran atau di hotel? Biar apa pun menu berbuka anda pada petang ini dan di mana sahaja lokasi berbuka, sudah tentu perkara utama yang diberikan perhatian ialah soal makanan yang halal, selamat dimakan serta tidak memudaratkan kesihatan. Perkara ini sememangnya dalam pengetahuan umat Islam.

Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara halal dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada halal atau haram)"- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Makanan dan minuman yang haram tentulah seperti babi dan minuman keras.

Orang Islam malahan bukan Islam terutama di negara seperti Malaysia tentu faham perkara ini. Dalam soal makan dan minum, umat Islam amat menjaga halal haram ini. Walaupun ada seorang dua yang tergelincir minum minuman keras, tetapi bab makan, mereka cukup berhati-hati supaya tidak termakan babi. Sikap berhati-hati ini akan lebih diberi perhatian ketika berada di luar negara. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan makanan juga perlu menitik beratkan soal halal haram ini.

Malangnya masih ada segelintir manusia yang sama ada sengaja atau buat-buat tidak tahu mengenai perkara ini. Mereka tidak sensitif dengan halal haram dalam Islam. Mereka yang tidak bersekolah atau tidak belajar pun tahu membezakan halal haram. Tidak mungkin orang bukan Islam di negara ini tidak mengetahui orang Islam tidak boleh memakan daging babi. Malangnya, kadangkala ada yang belajar tinggi-tinggi tetapi fikiran mereka sempit. Maka tercetuslah idea pasangan bukan Islam Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee yang mempersendakan bulan Ramadan ini melalui akaun Facebook. Mesej dalam Facebook itu berbunyi Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh...wangi, enak dan menyelerakan.

Ucapan selamat berbuka puasa itu memang baik tetapi bukannya dengan makanan haram - bak kut teh atau sup tulang babi. Lebih parah lagi dengan menyertakan logo halal. Babi memang haram tetapi dilabelkan halal pula. Apakah perkataan yang sesuai dilabelkan terhadap perbuatan ini? Kurang ajar atau biadab? Perbuatan ini jelas mempersendakan Islam. Mereka secara jelas tidak menghormati kaum dan agama lain sehingga jika tidak dibendung boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini.

Mereka juga mempermainkan logo halal yang menjadi panduan umat Islam untuk menentukan penyediaan makanan di sesebuah premis atau keluaran pihak pengeluar benar-benar halal. Adakah selepas ini, akan ada pihak yang sengaja menggunakan logo halal terhadap barangan keluaran mereka yang sebenarnya tidak halal?

Kenapa persendaan seperti ini masih berlaku dalam sebuah negara yang majoritinya penganut Islam? Adakah undang-undang kita terlalu longgar atau hukuman yang dikenakan terlalu ringan iaitu sekadar memberi amaran keras? Mungkin undang-undang yang ada sekarang tidak mampu mengajar anggota masyarakat kita untuk menghormati agama Islam. Mungkin juga pendidikan kita gagal menjelaskan isu-isu berkaitan menghormati Islam kepada bukan Islam sejak di bangku sekolah.

Umat Islam pada setiap masa diperintah supaya memakan hanya yang halal. Pentingnya pemakanan halal ditekankan melalui firman Allah SWT dalam al-Quran.

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu - Surah al-Baqarah ayat 168

Begitu juga dengan firman Allah yang bermaksud:

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepada mu, dan bertawaklah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya. - Surah al-Maidah, ayat 88

Selak ingin menyelak kembali peristiwa yang hampir sama berlaku pada bulan Ramadan sebelum ini. Bukanlah bertujuan untuk mengungkit perkara lama tetapi sekadar berkongsi rasa tidak senang dengan apa yang sedang berlaku dan akan terus berlaku. Mungkin ia akan berulang lagi dua tahun dari sekarang. Maka ketika itu seperti biasa, muncul pihak-pihak yang membuat kecaman dan laporan polis. Sampai ke mana kecaman dan laporan polis itu?

Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana iklan Ramadan yang ditarik balik penyiarannya di televisyen berikutan kononnya pengumuman khidmat masyarakat (PSA) itu berbaur hasutan. Dalam tiga klip iklan yang disiarkan, iklan tersebut memaparkan seorang perempuan Cina yang tidak menghormati bulan puasa dan dia digambarkan memakai pakaian seksi, tamak serta tidak beradab ketika mengunjungi bazar Ramadan. Iklan tersebut turut menyiarkan adab yang sepatutnya dilakukan oleh penganut agama lain bagi menghormati Ramadan. Begitu juga dengan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang menerbitkan satu sisipan khas bertajuk Ramadan Delights pada bulan Ramadan pada tahun 2011. Sisipan itu kononnya mahu menyediakan panduan untuk umat Islam berbuka puasa terutama di hotel dan restoran. Malangnya sama ada ia terlepas pandang atau sebaliknya, turut disiarkan gambar-gambar masakan daging babi panggang sebagai promosi berbuka puasa. Jika tidak silap ada juga iklan yang memaparkan satu jenama minuman keras pada sisipan itu.

Apakah maknanya siaran pada sisipan seumpama itu yang mungkin melibatkan sama restoran yang tidak halal?

Jelaslah, masih ada rakyat Malaysia yang tidak tahu menjaga sensitiviti kaum dan agama. Iklan seumpama itu tidak akan menimbulkan kontroversi sekiranya ia berada di luar sisipan Ramadan. Malangnya iklan itu berkait rapat dengan promosi berbuka puasa termasuk di hotel bertaraf lima bintang. Di manakah silapnya? Adakah sekali lagi, mereka yang sudah lama tinggal di Malaysia ini tidak faham mengenai mana satu makanan/minuman haram atau halal?

Mustahil, mereka tidak memahami isu halal haram dalam kalangan masyarakat Islam.

Persoalannya apakah tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka yang mempersendakan Islam seumpama ini? Sukar untuk menjawabnya. Apa yang pasti, melalui Facebook atau Twitter, agama Islam semakin dipersenda. Satu persatu perkara berkaitan dengan Islam dipersendakan termasuk penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW, isu azan subuh, bacaan al-Quran, kalimah Allah dan sebagainya.

Dalam menghadapi isu-isu ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memanggil mereka yang terlibat. Mereka mungkin diberi amaran atau teguran. Mereka yang melakukan ketelanjuran itu sama ada sengaja atau tidak sengaja akan memohon maaf. Tidak lebih daripada itu. Selepas itu apa pula yang akan berlaku? Adakah episod seperti ini akan berulang pada Ramadan akan datang? Jika berulang, sekali lagi, mereka akan dikecam, kemudian dipanggil pihak berkuasa dan akhirnya muncul kami memohon maaf.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Tangan Fatimah Lukisan Tiga Dekad

Posted: 14 Jul 2013 02:00 AM PDT

Oleh RASDAN AHMAD
rasdan_utusan@yahoo.com
Foto SAFIYANA SALIM

PAMERAN Pancawarna Karya Pilihan: 1990-2012 Sharifah Fatimah Syed Zubir dianggap sebagai satu penyaksian dan pernyataan serta pengalaman daripada pelukis hebat, Sharifah Fatimah Syed Zubir.

Mempamerkan 100 karya pilihan yang terdiri daripada lima siri daripada pameran terdahulu merangkumi Touch the Earth, Mindscape, Joy is the Theme, Garden of the Heart dan Celebration bermula tahun 1990 hingga 2012 sekali gus menyorot perkembangan kerjaya Sharifah Fatimah selama tempoh tiga dekad.

Menariknya pada pameran ini, pengkarya sendiri menjadi kuratornya.

Sharifah Fatimah dibantu Kumpulan Kuratorial Balai Seni Visual Negara (BSVN) memilih sendiri catan daripada siri-siri tersebut yang merangkumi hasil karya dirinya termasuk 49 buah lukisan peribadi milik pengumpul persendirian.

Sharifah Fatimah pernah menjadi kurator di Balai Seni Lukis Negara(sekarang BSVN) sebelum meninggalkan kerjayanya untuk menjadi pelukis sepenuh masa pada 1990.

Selain melukis, Sharifah Fatimah juga mengurus beberapa pameran dan aktiviti seni rupa disamping meneruskan minatnya mengkaji seni dan adat budaya masyarakat tradisi Asia Tenggara serta menjejak salasilah keturunannya.

Terkenal sebagai pengkarya yang melukis kata hatinya dan mengikut apa yang disukai, Sharifah Fatimah diperkenalkan ke dalam perkembangan seni rupa Malaysia sebagai pelukis abstrak yang menimba ilham dari alam semula jadi.

Merupakan antara kumpulan pertama jurusan seni lukis dan seni reka Institut Teknologi Mara (sekarang Universiri Teknologi Mara) pada 1967, Sharifah Fatimah menyambung pengajian seni di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Selain mengadakan pameran secara solo dan berkumpulan di dalam dan di luar negara, beliau juga pernah memenangi anugerah seni dan budaya.

PerlambanganPameran ini melambangkan 'Tangan Fatimah' yang merujuk kepada satu simbol berkaitan dengan idea 'penjagaan dari unsur-unsur yang tidak baik dan tidak dikehendaki' yang dikaitkan sebagai azimat untuk menjaga kesuburan dan menguatkan kelemahan seseorang wanita yang merentasi pelbagai peradaban dan kepercayaan.

Tangan Fatimah dipilih sebagai simbolik pameran berdasarkan idea 'kebijaksanaan, kekuatan dan kegigihan' seorang wanita yang daripadanya terbit pula bentuk-bentuk indah sama ada secara luaran ataupun dalaman.

Sharifah Fatimah muncul sebagai pelukis daripada kekuatan yang terjaga dan yang terpelihara penuh dengan kebijaksanaan dan kegigihan kewanitaan.

Antara lukisan yang dipamerkan dalam pameran ini juga dibuka kepada jualan bermula pada harga RM2,000 hingga RM50,000.

Pameran ini dibuka setiap hari pukul 10 pagi sehingga 6 petang di Galeri 3A dan 3B Balai Seni Visual Negara. Pameran ini berlangsung sehingga 13 Oktober depan.

Busana Tradisi Aidilfitri

Posted: 14 Jul 2013 02:00 AM PDT

Duta SK II, Fauziah Latif menjadi tetamu istimewa pada majlis peragaan fesyen Aidilfitri rekaan Radzuan baru-baru ini.

SIAPA yang tidak kenal hasil kerja Datuk Radzuan Radziwill . Identitinya terserlah pada setiap juraian renda fabrik sifon dan organza. Penggunaan manik dan labuci juga tidak terlepas daripada menjadi permainannya.

Pada musim ini, Radzuan meneruskan terjemahan fesyen Aidilfitri melalui koleksi 'Busana Tradisi by Radzuan Radziwill'.

Menghasilkan koleksi istimewa sedia pakai (ready to wear) bertemakan tradisional Melayu dengan kerjasama AEON Co. (M) Bhd.

Sentuhannya lebih kepada muslimah bersesuaian dengan kehadiran Ramadan dan Aidilfitri. Koleksi kali ini direka khusus untuk memberi semangat sebenar hari raya.

Koleksi sedia pakai ini mempunyai kombinasi pilihan fabrik, warna dan corak yang sangat menarik.

Warna yang hadir sangat memikat kerana terdiri daripada rona lembut tanpa corak yang sarat.

Pada tahun ini Radzuan turut menghasilkan koleksi baju Melayu.

Menggunakan fabrik tenun dan sifon, Radzuan mereka baju kurung pesak berpoket, baju kurung Riau, baju Kedah dan baju kebaya untuk wanita.

Tahun ini menampilkan kelainan dengan rekaan baju Melayu cekak musang dan baju Melayu teluk belanga untuk lelaki.

Dijual dengan harga RM 199 hingga RM 299 , koleksi ini ideal untuk golongan berumur 20-an hinggan 50-an.

"Koleksi ini menggambarkan budaya kita yang sensitif dengan gaya rekaan. Pelancaran koleksi ini diharap dapat memeriahkan lagi festival membeli-belah pada bulan ini. Lebih-lebih lagi rekaan saya ini ditujukan khusus untuk Muslimah yang dahagakan gaya baru ketika merayakan Aidilfitri nanti," kata Radzuan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved