Ahad, 14 Julai 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kerajaan bantu bukan bermusim tetapi berterusan

Posted: 14 Jul 2013 01:30 AM PDT

KUALA BESUT 14 Julai - Bantuan yang disalurkan kerajaan kepada golongan nelayan atau petani dibuat secara berterusan dan bukannya bersifat bermusim seperti semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa prihatin dan berusaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya golongan nelayan atau petani.

"Jika bantuan diberikan semasa bahang pilihan raya diadakan, ia adalah secara kebetulan. Seperti saya datang ke Kuala Besut, sudah pasti mengikut adat orang Melayu saya akan bawakan sedikit cenderamata kepada tuan rumah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bersama Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Kampung Baharu sini, hari ini.

Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Terengganu, Nawi Mohamad; Pengarah Perkhidmatan Veterinar Terengganu, Dr. Marzuki Zakaria; dan Pengawai Daerah Besut, A. Rahim Jusoh.

Pada program itu, Tajuddin menyampaikan bantuan bernilai RM147,750 dalam bentuk anak ayam kampung, kambing, makanan ayam dan motosikal roda tiga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu kepada 314 petani sekitar Kuala Besut.

Pada 24 Julai ini, pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan diadakan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan calon Pas Endot@Azlan Yusof.

Sementara itu, seorang daripada penerima bantuan, Mat Yusof Awang Ahmad, 73, dari Kampung Gong Manok di sini berkata, beliau bersyukur menerima bantuan itu dan akan menjaga 15 ekor anak ayam kampung yang diterimanya dengan sebaik mungkin.

"Ini kali pertama saya menerima bantuan seperti ini daripada kerajaan dan ayam ini akan dijaga sehingga cukup umur sebelum dijual pada harga RM8 sekilogram," katanya yang menjalankan penternakan ayam kampung secara kecil-kecilan.

Penduduk Kampung Baharu di sini, Mohammad Ishak, 65, pula berkata, bantuan itu akan dijadikan permulaan untuk beliau berjinak-jinak dalam penternakan ayam kampung untuk menampung perbelanjaan selain bergantung kepada pencen setiap bulan. - BERNAMA

63,000 kakitangan awam kontrak kini dilindungi Perkeso

Posted: 14 Jul 2013 01:13 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD dan SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN 14 Julai - Nasib lebih 63,000 kakitangan kerajaan bertaraf kontrak dan sementara dalam perkhidmatan awam kini lebih terbela kerana kerajaan mencarum untuk mereka kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak 1 Jun lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Mutalib berkata, mereka tidak perlu bimbang kerana dilindungi insurans bagi mengelak menanggung kesusahan jika terbabit dalam kemalangan atau musibah yang tidak dijangkakan.

Katanya, seperti pencarum Perkeso lain, golongan tersebut juga akan dilindungi mengikut peruntukan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 serta kelayakan, terma dan syarat dan tatacara ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

"Secara mudahnya, mereka akan menerima faedah sama dengan pekerja swasta berdasarkan skim perlindungan yang disediakan Perkeso, antaranya Skim Keilatan meliputi pencen ilat, pendidikan dan pencen penakat.

"Selain itu, mereka juga akan dilindungi Skim Bencana Pekerjaan dengan mendapat perlindungan setelah mengalami kemalangan seperti perubatan, hilang upaya sementara dan kekal, pendidikan, orang tanggungan serta pengurusan jenazah ," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Ziarah Ramadan di masjid Felda Jengka 2 di sini semalam yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin. - UTUSAN ONLINE

Harga ayam di Sarawak masih terkawal

Posted: 14 Jul 2013 01:01 AM PDT

KUCHING 14 Julai - Tiada kenaikan harga ayam dilaporkan di Sarawak setakat ini, demikian menurut tinjauan Bernama. Medan Niaga Satok di sini peniaga masih didapati menjual pada harga lama antara RM8.50 hingga RM9.50 seekar, di bawah paras syiling RM9.50.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, secara keseluruhan di Sarawak harga ayam masih terkawal.

"Setakat ini PPDNKK masih belum menerima laporan berlaku kenaikan harga ayam di negeri ini, rata-rata peniaga masih menjual di bawah harga syiling negeri iaitu RM9.50," katanya di sini hari ini.

Mengulas mengenai tindakan PPDNKK mengadakan kaunter perkhidmatan pengguna dan alat timbang bagi memudahkan pelanggan memeriksa berat barangan yang dibeli dari pasar-pasar berkenaan beliau berkata setakat ini belum ada aduan diterima.

Pasar yang mempunyai kemudahan itu ialah di Kuching iaitu di Medan Niaga Satok dan Pasar Komuniti Stutong, cawangan Sri Aman di Pasar Bersepadu Sri Aman, Sarikei (Pasar Basah Sungai Rajang), Sibu (Pasar Sentral Sibu), Kapit (Market Teresang), Bintulu (Pasar Utama Bintulu), Miri (Pasar Besar Krokop) dan Limbang (Pasar Tamu Muhibah). - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved