Ahad, 14 Julai 2013

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Tangan Fatimah Lukisan Tiga Dekad

Posted: 14 Jul 2013 02:00 AM PDT

Oleh RASDAN AHMAD
rasdan_utusan@yahoo.com
Foto SAFIYANA SALIM

PAMERAN Pancawarna Karya Pilihan: 1990-2012 Sharifah Fatimah Syed Zubir dianggap sebagai satu penyaksian dan pernyataan serta pengalaman daripada pelukis hebat, Sharifah Fatimah Syed Zubir.

Mempamerkan 100 karya pilihan yang terdiri daripada lima siri daripada pameran terdahulu merangkumi Touch the Earth, Mindscape, Joy is the Theme, Garden of the Heart dan Celebration bermula tahun 1990 hingga 2012 sekali gus menyorot perkembangan kerjaya Sharifah Fatimah selama tempoh tiga dekad.

Menariknya pada pameran ini, pengkarya sendiri menjadi kuratornya.

Sharifah Fatimah dibantu Kumpulan Kuratorial Balai Seni Visual Negara (BSVN) memilih sendiri catan daripada siri-siri tersebut yang merangkumi hasil karya dirinya termasuk 49 buah lukisan peribadi milik pengumpul persendirian.

Sharifah Fatimah pernah menjadi kurator di Balai Seni Lukis Negara(sekarang BSVN) sebelum meninggalkan kerjayanya untuk menjadi pelukis sepenuh masa pada 1990.

Selain melukis, Sharifah Fatimah juga mengurus beberapa pameran dan aktiviti seni rupa disamping meneruskan minatnya mengkaji seni dan adat budaya masyarakat tradisi Asia Tenggara serta menjejak salasilah keturunannya.

Terkenal sebagai pengkarya yang melukis kata hatinya dan mengikut apa yang disukai, Sharifah Fatimah diperkenalkan ke dalam perkembangan seni rupa Malaysia sebagai pelukis abstrak yang menimba ilham dari alam semula jadi.

Merupakan antara kumpulan pertama jurusan seni lukis dan seni reka Institut Teknologi Mara (sekarang Universiri Teknologi Mara) pada 1967, Sharifah Fatimah menyambung pengajian seni di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Selain mengadakan pameran secara solo dan berkumpulan di dalam dan di luar negara, beliau juga pernah memenangi anugerah seni dan budaya.

PerlambanganPameran ini melambangkan 'Tangan Fatimah' yang merujuk kepada satu simbol berkaitan dengan idea 'penjagaan dari unsur-unsur yang tidak baik dan tidak dikehendaki' yang dikaitkan sebagai azimat untuk menjaga kesuburan dan menguatkan kelemahan seseorang wanita yang merentasi pelbagai peradaban dan kepercayaan.

Tangan Fatimah dipilih sebagai simbolik pameran berdasarkan idea 'kebijaksanaan, kekuatan dan kegigihan' seorang wanita yang daripadanya terbit pula bentuk-bentuk indah sama ada secara luaran ataupun dalaman.

Sharifah Fatimah muncul sebagai pelukis daripada kekuatan yang terjaga dan yang terpelihara penuh dengan kebijaksanaan dan kegigihan kewanitaan.

Antara lukisan yang dipamerkan dalam pameran ini juga dibuka kepada jualan bermula pada harga RM2,000 hingga RM50,000.

Pameran ini dibuka setiap hari pukul 10 pagi sehingga 6 petang di Galeri 3A dan 3B Balai Seni Visual Negara. Pameran ini berlangsung sehingga 13 Oktober depan.

Busana Tradisi Aidilfitri

Posted: 14 Jul 2013 02:00 AM PDT

Duta SK II, Fauziah Latif menjadi tetamu istimewa pada majlis peragaan fesyen Aidilfitri rekaan Radzuan baru-baru ini.

SIAPA yang tidak kenal hasil kerja Datuk Radzuan Radziwill . Identitinya terserlah pada setiap juraian renda fabrik sifon dan organza. Penggunaan manik dan labuci juga tidak terlepas daripada menjadi permainannya.

Pada musim ini, Radzuan meneruskan terjemahan fesyen Aidilfitri melalui koleksi 'Busana Tradisi by Radzuan Radziwill'.

Menghasilkan koleksi istimewa sedia pakai (ready to wear) bertemakan tradisional Melayu dengan kerjasama AEON Co. (M) Bhd.

Sentuhannya lebih kepada muslimah bersesuaian dengan kehadiran Ramadan dan Aidilfitri. Koleksi kali ini direka khusus untuk memberi semangat sebenar hari raya.

Koleksi sedia pakai ini mempunyai kombinasi pilihan fabrik, warna dan corak yang sangat menarik.

Warna yang hadir sangat memikat kerana terdiri daripada rona lembut tanpa corak yang sarat.

Pada tahun ini Radzuan turut menghasilkan koleksi baju Melayu.

Menggunakan fabrik tenun dan sifon, Radzuan mereka baju kurung pesak berpoket, baju kurung Riau, baju Kedah dan baju kebaya untuk wanita.

Tahun ini menampilkan kelainan dengan rekaan baju Melayu cekak musang dan baju Melayu teluk belanga untuk lelaki.

Dijual dengan harga RM 199 hingga RM 299 , koleksi ini ideal untuk golongan berumur 20-an hinggan 50-an.

"Koleksi ini menggambarkan budaya kita yang sensitif dengan gaya rekaan. Pelancaran koleksi ini diharap dapat memeriahkan lagi festival membeli-belah pada bulan ini. Lebih-lebih lagi rekaan saya ini ditujukan khusus untuk Muslimah yang dahagakan gaya baru ketika merayakan Aidilfitri nanti," kata Radzuan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved