Ahad, 14 Julai 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Bapa, anak parah ditembak penyamun

Posted: 14 Jul 2013 08:17 PM PDT

Oleh ASLIZA MUSA

KAMPAR 15 Julai - Seorang bapa dan anaknya berusia 13 tahun parah selepas ditembak salah seorang daripada dua lelaki yang memecah masuk rumah mereka di Taman Sejahtera, Kampar di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, Zahari Din, 51, cedera di perut dan peluru dipercayai menembusi belakang badan lalu terkena paha kanan anaknya, Zaharith Aiman Mahami. - UTUSAN ONLINE

Remaja maut, rakan cedera

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

Oleh NORAZLINA ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my

Unit forensik menjalankan siasatan ke atas sebuah kereta yang turut terkena tembakan dalam kejadian di Ujong Batu, Bagan Dalam, Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

BUTTERWORTH 14 Julai - Seorang remaja lelaki yang sedang berbual dengan seorang rakan maut selepas terkena lima das tembakan rambang di Ujong Batu, Bagan Dalam di sini malam tadi.

M. Ravindran, 19, dari Flat Pantai Bersih meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) akibat kecederaan serius di kepala dan rusuk kiri.

Rakannya, S. Leenesh, 18, yang turut cedera di rusuk kanan kini dirawat di hospital yang sama dan keadaannya dilaporkan stabil.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika dua remaja berkenaan duduk berbual di bawah sebuah jambatan di kawasan itu.

Dua lelaki tidak dikenali menaiki sebuah motosikal tiba-tiba menghampiri mereka sebelum pemboncengnya melepaskan enam das tembakan dari jarak 20 meter ke arah mangsa dan rakannya sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, tiga daripada tembakan yang dilepaskan itu mengenai kepala dan rusuk kiri Ravindran manakala dua das lagi terkena rusuk kiri Leenesh.

"Suspek turut melepaskan satu das tembakan mengenai sebuah kereta jenis Proton Wira yang diletakkan berdekatan kawasan kejadian.

"Serpihan tembakan itu terkena seorang lagi lelaki, A. Sukumar, 51, yang ketika itu berjalan kaki untuk bersembahyang di kuil berhampiran. Bagaimanapun lelaki itu tidak mengalami kecederaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam tadi.

Abdul Rahman memberitahu, siasatan di lokasi kejadian menemukan enam kelongsong peluru jenis 9 mm dipercayai dilepaskan daripada pistol jenis automatik.

Menurutnya, polis percaya kedua-dua suspek merupakan ahli kumpulan samseng dan datang ke lokasi itu untuk mencari mangsa yang berkemungkinan menganggotai kumpulan berlainan.

"Semakan rekod yang dijalankan ke atas mangsa mendapati kedua-duanya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan merupakan penduduk tempatan di Ujong Batu.

"Kita juga mengambil keterangan daripada saksi dan akan menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan gerakan sedang giat dijalankan bagi mengesan suspek terbabit," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved