Ahad, 22 September 2013

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Pidato bentuk keterampilan murid

Posted: 22 Sep 2013 12:11 PM PDT

Oleh Norizan Abdul Muhid
pendidikan @utusan.com.my

Pelbagai pihak mempertikaikan usaha yang diambil bagi membentuk sahsiah murid sama ada di sekolah rendah atau menengah berkaitan dengan keterampilan diri.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan, Datuk Sufa'at Tumin (gambar) berkata, bagi meningkat dan memperkukuh sahsiah dan keterampilan murid, beberapa aspek berkaitan ciri-ciri itu digariskan pada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang diperkenalkan baru-baru ini.

"Menyedari kepentingan hasrat tersebut, usaha diambil agar sekolah dapat dijadikan medan membina keterampilan murid sebagai seorang yang berani berhujah dengan lancar, sesuai dengan nada, menyakinkan, menunjukkan gaya yang menarik, boleh mempengaruhi dan dapat memukau audien serta pengolahan isi yang tertib dan ber kesinambungan.

"Oleh itu, salah satu pengisian untuk merealisasikannya adalah melalui penganjuran pertandingan Pidato Piala Diraja kali ke-29 peringkat kebangsaan pada 21 hingga 24 September ini.

"Pertandingan tersebut merupakan salah satu usaha kementerian melahirkan murid yang berketerampilan dan puitis sejajar dengan matlamat PPPM," jelasnya ketika ditemui di Putrajaya baru-baru ini.

Menurutnya, pertandingan itu bukan sahaja dapat meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti bahasa di luar kelas malah berupa penggalakan bahasa, pemupukan dan pemantapan bahasa khususnya dalam memperkasakan Bahasa Melayu.

"Malah, dalam semua aktiviti atau program koakademik yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan, bahasa Melayu akan digunakan dalam pertandingan ini.

"Kementerian berharap melalui penganjuran ini akan dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat perpaduan, jiwa yang muhibah dan mencintai bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara selaras dengan matlamat kementerian sekali gus menepati keperluan PPPM," katanya.

Usaha itu, menurut beliau, secara langsung memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bersesuaian dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Hal ini kerana, katanya, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa serta memenuhi hasrat 1Malaysia.

Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran Pidato Piala Diraja kali ini, Sufa'at memberitahu, buat pertama kali peringkat akhir pertandingan akan diadakan di Istana Negara Lama manakala lokasi perdebatan pula diadakan di Kuala Lumpur International Hotel.

Antara objektif pertandingan itu diadakan termasuklah melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran berhujah secara spontan.

Selain itu, murid dapat menggunakan daya fikir dalam berhujah dengan cepat, tepat dan kritis serta kreatif selain bertujuan memberi peluang kepada murid menyerlah bakat dan kepetahan bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih, yakin, kreatif, kritis dan berhemah.

Murid juga dapat membina keyakinan diri dan sedia bersaing secara sihat dalam pertandingan itu selain berhasrat menyokong dasar MBMMBI dalam memartabatkan bahasa Melayu.

Setiap negeri akan diwakili seorang murid sekolah rendah Tahap 2 dan murid tingkatan empat atau lima dengan seorang guru pembimbing, bermakna seramai 16 murid sekolah rendah dan menengah akan menyertai pertandingan itu.

Dijangkakan kira-kira 600 tetamu termasuk 360 murid akan memenuhi Dewan Serbaguna Istana Negara sempena pertandingan tersebut yang dijadual dihadiri Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Juara murid sekolah menengah akan menerima hadiah wang tunai RM1,000, piala pusingan, hadiah iringan dan sijil manakala tempat kedua RM800 dan RM600 pula untuk tempat ketiga.

Bagi tempat pertama murid sekolah rendah pula akan menerima wang tunai RM800, kedua RM600 dan ketiga RM400.

Kelantan terus jadi tumpuan Sekretariat Malaysia Prihatin

Posted: 22 Sep 2013 12:11 PM PDT

PESERTA program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi SMP di Kok Lanas, Kelantan baru-baru ini.

SEBANYAK 200 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari enam buah sekolah sekitar Daerah Ketereh di Kelantan mengikuti program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi SPM, yang dikendalikan oleh guru pakar yang dipilih penganjur - Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP).

Unit Pendidikan Utusan Malaysia merupakan perunding program dan pengisian yang dilantik oleh pihak SMP.

Pelajar merupakan yang terpilih dan berpotensi untuk merangkul trofi kecemerlangan dalam setiap kertas yang diduduki.

Pengisian oleh guru pakar - diselangselikan oleh kata-kata nasihat dan motivasi - turut dimantapkan oleh suntikan kata semangat oleh pakar motivasi Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain - merupakan program yang keenam pada tahun ini di seluruh negara.

Di Ketereh, sekolah yang bertuah terpilih mengikuti program berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kok Lanas - terpilih sebagai tuah rumah, SMK Pangkal Kalong, SMK Kampung Chengal, SMK Melor, SMK Ketereh dan SMK Kadok.

Menurut Pembantu Penyelidik dan Projek Pendidikan SMP, Ahmad Buhari Marzuki, program kali ini disertai oleh 200 pelajar terpilih daripada enam buah sekolah.

"Di Kelantan, program kali ini merupakan yang kedua untuk tahap SPM di Kelantan pada tahun 2014," katanya.

Menurut Ahmad Buhari, pihak SMP juga menawarkan program jangka pendek di Kolej Komuniti bagi lepasan SPM yang sedang menunggu tawaran atau yang gagal memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

"Pihak SMP akan menaja yuran pengajian mengikut bidang yang diminati," katanya.

Pada tahun depan, pihak SMP akan melaksanakan program pendidikan yang lebih berfokus kepada mata pelajaran yang lemah untuk sesuatu jajahan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai persiapan awal, kata Ahmad Buhari.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Karate kutip pingat pertama Malaysia

Posted: 22 Sep 2013 10:28 PM PDT

PALEMBANG 23 Sept. - Atlet karate wanita negara, Celine Lee Xin Yin meraih pingat gangsa pertama Malaysia menerusi acara kata wanita individu pada hari pertama Temasya Sukan Perpaduan Islam yang berlangsung di Sriwijaya Promotion Center, Palembang, Indonesia pada Isnin. - BERNAMA

PAFA gantung pengurusan, lapor SPRM syak wujud rasuah

Posted: 22 Sep 2013 10:01 PM PDT

IPOH 23 Sept. - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) hari ini menggantung kesemua pegawai pengurusan pasukan itu termasuk jurulatihnya, Azraai Khor Abdullah selama dua minggu ekoran kekalahan memalukan 1-6 kepada Sarawak dalam perlawanan Piala Malaysia di Kuching, Sabtu lalu.

Timbalan Presiden PAFA, Khairul Azwan Harun dalam sidang akhbar di sini hari ini berkata, pihaknya juga membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kemungkinan berlaku sabotaj dan rasuah ekoran kekalahan tersebut. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Anggota polis maut dipukul dalam Op Cantas di Melaka

Posted: 22 Sep 2013 10:40 PM PDT

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Seorang anggota polis maut akibat dipukul oleh penjenayah ketika bertugas dalam Op Cantas Khas di Melaka pagi ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, anggota terbabit dipukul dengan batu di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. - UTUSAN ONLINE

Tiga sekeluarga maut nahas di Kuantan

Posted: 22 Sep 2013 10:31 PM PDT

KUANTAN 23 Sept. - Tiga sekeluarga, termasuk kanak-kanak berusia setahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Sungai Lembing berdekatan Kampung Bukit Kuin, di sini malam tadi.

Dalam kejadian 7.45 malam itu, Wan Hassan Basri, 53, dan isteri Zainab Yatim, 57, maut di tempat kejadian manakala cucu mereka, Nur Ameera Amran meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, kira-kira tiga jam kemudian.

Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu oleh Wan Hassan cuba memotong sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak sawit.

"Mangsa yang dalam perjalanan dari Sungai Lembing ke Kuantan bagaimanapun gagal memotong lori itu dan bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pemandu lori dan kereta Proton Waja itu hanya mengalami cedera ringan, katanya.

Dalam satu lagi kemalangan, seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya parah selepas mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan, dipercayai akibat menunggang dalam keadaan mabuk.

Kejadian berlaku 4.50 petang di Jalan Ladang Dara Lam Soon di Pekan, dan mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Izat a/l Rshid, 26, manakala rakannya yang berusia dalam lingkungan 20-an dirawat di Hospital pekan.

Dalam kemalangan di Km 68 Jalan Kuatan-Segamat, seorang lelaki terkorban dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan pada pukul 3.40 petang semalam.

Mohd. Zulkafli Musa, 46, maut di tempat kejadian selepas kereta yang dipandunya memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan sebuah kereta Perodua Kancil dan Proton Saga sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda.

Zainalabidin berkata, pemandu tiga kenderaan lagi hanya mengalami cedera ringan. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Cerato evolusi reka bentuk Kia

Posted: 22 Sep 2013 12:11 PM PDT

Oleh FAIRUS KASSIM
ekonomi@utusan.com.my

Dua varian Kia Cerato akan dipasarkan di negara ini iaitu enjin 1.6 dan 2.0 liter.

MODEL-MODEL keluaran Kia semakin hari semakin menarik untuk diperkatakan. Bermula dengan imej kereta murah, kini ia semakin menghimpit keupayaan jenama kereta Jepun seperti Honda dan Toyota.

Bagi mengubah imej dan persepsi orang ramai, Kia telah mengambil langkah yang cukup drastik dengan meletakkan tanda harga model segmen C terbaharunya iaitu Cerato tidak banyak berbeza dengan pesaing sekelasnya dari Jepun.

Sebelum ini, Kia memperkenalkan model Forte di pasaran tempatan dengan harga sekitar RM78,800 hingga RM97,800, namun dengan penggunaan nama baharu iaitu nama globalnya, Cerato, anjakan harganya begitu ketara bermula dari RM99,888 hingga RM118,888.

Peningkatan harga yang begitu ketara jika dibandingkan antara Forte dengan Cerato, namun sedikit lebih rendah berbanding model kereta Jepun sekelas dengannya tetapi mempunyai teknologi dan juga gajet yang jauh lebih baik.

Namun evolusi harga Kia itu dilihat berbaloi dengan apa yang telah dilakukan syarikat kereta Korea Selatan berkenaan dengan menampilkan reka bentuk cukup menawan, kualiti bahan, keselesaan eksekutif serta penonjolan pelbagai teknologi yang biasanya terdapat dalam kelas premium.

Kali pertama melihat Cerato, penulis terpegun dengan kecantikannya reka bentuk luarannya kerana seolah-olah adik kepada Kia Optima K5 yang berada dalam segmen D, cuma bentuknya sedikit kecil dan pendek.

Reka bentuknya menggunakan ciri konsep dinamik berotot boleh dilihat menerusi jalur bahagian tepinya dari depan hingga belakang, sekali gus tampak bergaya.

Bahagian depannya masih menerapkan jeriji hidung harimau, selain lampu hadapan yang dilengkapi dengan lampu siang LED.

Malah, lampu belakangnya yang berbentuk tajam dengan mengikuti arus rekaan terkini yang dipadankan sistem LED terbalik, memberikan imej moden serta tidak ketinggalan zaman.

Seiring dengan prinsip mahukan pertingkatkan kualiti, jentera itu turut didatangkan dengan teknologi canggih membabitkan kunci pintar dengan butang penghidup enjin, kerusi elektrik dengan memori, skrin sesentuh, kamera belakang dan bumbung matahari.

Selain itu, ia dipadankan dengan Sistem Bantuan Tempat Letak Kereta, lengkap dengan pengesan di bahagian depan dan belakang serta cermin pandang belakang elektrokromik.

Apabila mendekati kereta ini, penulis telah disambut dengan lampu yang menyala secara automatik di bahagian pemegang pintu dan selepas dibuka, kemasan ruang kabin tampak eksklusif dan kelihatan seperti kereta mewah.

Sterengnya terhidang pelbagai butang yang jelas membuktikan jentera itu penuh dengan teknologi terkini, selain bersifat futuristik seperti kenderaan masa depan.

Ketika duduk di kerusi pemandu, mata penulis terpandang butang mod pemanduan pada stereng yang mana boleh ditukar kepada Comfort, Normal dan Sport. Apabila dilaraskan ke mod Sport, stereng menjadi lebih keras, sesuai untuk memandu pada kelajuan tinggi.

Paling menariknya, jentera segmen C itu dilengkapi sistem pembersihan udara, selain didatangkan corong pendingin hawa untuk penumpang belakang.

Jentera itu didatangkan dengan dua jenis enjin iaitu Gamma 1.6 MPI dan Nu 2.0 MPI, yang masing-masing menyalurkan kuasa maksimum sehingga 130 serta 161 PS.

Ia menggunakan transmisi enam kelajuan selain dilengkapi pedal penukaran gear pada bahagian belakang stereng untuk kedua-dua model berkenaan.

Sepanjang menyusuri lebuh raya yang merentasi padang pasir, model Kia Cerato yang menggunakan enjin 1.6 liter memberi pengalaman berbeza.

Pedal minyaknya bertindak balas dengan cepat untuk memecut selepas memasuki lebuh raya.

Bagaimanapun, kelajuan maksimum jentera itu tidak dapat dicatatkan berikutan sesi pandu uji itu dilakukan secara konvoi.

Sistem breknya juga memberi daya cengkaman kuat untuk memberhentikan kenderaan jika berdepan situasi kecemasan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Naza Kia, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar berkata, pihaknya akan membawa masuk dua varian Kia Cerato dengan enjin 1.6 dan 2.0 liter.

Mazda CX-5 ke pasaran Thailand

Posted: 22 Sep 2013 12:11 PM PDT

Kereta-KERETA Mazda model CX-5 yang akan dieksport ke Thailand sedang dibawa naik ke dalam kapal di Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

PELABUHAN KLANG 22 Sept. - Kira-kira 600 unit kenderaan utiliti sport (SUV) Mazda CX-5 yang dipasang sepenuhnya oleh Mazda Malaysia Sdn. Bhd. (MMSB) telah dihantar ke Thailand bagi menjengah pasaran negara itu, baru-baru ini.

Jumlah tersebut termasuk 200 unit SUV itu yang dihantar ke negara jiran itu melalui Westport di sini petang Jumaat lalu.

Presiden Mazda Malaysia, Shinji Sakatani berkata, pihaknya tidak dapat meletakkan sasaran eksport Mazda CX-5 model pemasangan tempatan (CKD) itu buat masa ini kerana semuanya bergantung kepada permintaan pasaran di Thailand.

"Kita akan membuat pelancaran di Thailand pada penghujung Oktober ini dan buat masa ini sasaran jualan masih belum dapat diputuskan memandangkan kita masih mengkaji kehendak pasaran di sana," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penghantaran 200 kereta Mazda CX-5 ke Thailand di Westport di sini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Wilayah Produk Mazda Motor Corporation, Inoue Hiroshi; Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Bermaz Motor, Datuk Ben Yeoh dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Mohd. Madani Sahari.

Mazda CX-5 yang dieksport ke Thailand menggunakan sepenuhnya teknologi Skyactiv dan reka bentuk Kodo.

Sementara itu, Ben pula berkata, Bermaz Motor yang merupakan pengedar eksklusif kenderaan Mazda di negara ini menyasarkan jualan 8,000 unit kenderaan keluaran syarikat itu sepanjang tahun ini dengan jangkaan Mazda CX-5 sebagai model terlaris.

Ujar beliau, jangkaan itu menunjukkan peningkatan berbanding jumlah jualan semua model kenderaan keluaran Mazda yang dicatatkan pada tahun lalu iaitu 6,900 unit.

"Kita jangkakan jualan tahun ini akan lebih baik dengan pengenalan Mazda CX-5 di pasaran," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Proses pencalonan berjalan lancar

Posted: 22 Sep 2013 12:11 PM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
Nahar.latib@utusan.com.my

KUANTAN 22 Sept. - Proses pendaftaran calon-calon yang mahu bertanding bagi jawatan di peringkat UMNO bahagian di negeri ini semalam berjalan lancar tanpa berlaku sebarang kekecohan.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pemilihan UMNO Negeri, Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim berkata, beliau berpuas hati dengan proses pendaftaran tersebut yang melibatkan 14 bahagian.

"Cuma ada sedikit masalah iaitu ada calon datang terlalu awal kerana mahu mendapat nombor pertama dalam kertas undi nanti," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, calon diberikan masa 72 jam untuk menyatakan bantahan ataupun menarik diri.

"Jika ada bantahan, mereka boleh datang terus ke Ibu Pejabat UMNO ataupun ke pejabat UMNO negeri, dua-dua pun boleh sebab jika datang ke UMNO negeri, kita akan terus bawa bantahan itu ke UMNO Pusat," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, bagi jawatan Ketua Bahagian seramai 29 calon telah menghantar borang ke 14 bahagian.

"Bagi Timbalan Ketua Bahagian pula sebanyak 26 calon diikuti Naib Ketua Bahagian (31) dan ahli jawatankuasa (672).

"UMNO Bahagian Indera Mahkota mencatatkan calon teramai bagi jawatan Ketua Bahagian iaitu tujuh orang manakala Rompin, Bentong, Lipis, Pekan dan Temerloh tiada pertandingan," katanya.

Menurut beliau, jawatan Ketua Wanita Bahagian pula melibatkan 30 calon yang menawarkan diri untuk bertanding di 14 bahagian.

Katanya, Naib Ketua Wanita Bahagian pula melibatkan 27 orang dan ahli jawatankuasa sayap itu pula menerima 358 calon.

Beliau memberitahu, bagi jawatan dalam sayap Pemuda bahagian pula, sebanyak 30 calon menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda diikuti Naib Ketua (32) dan 424 calon bagi ahli jawatankuasa.

Katanya, jawatan Ketua Puteri Bahagian pula menerima pencalonan sebanyak 25 diikuti Naib Ketua (22) dan ahli jawatankuasa (279).

Bertanding demi perubahan di Kuantan

Posted: 22 Sep 2013 12:11 PM PDT

Ab. Mutalib Shamsuddin (tengah) menunjukkan borang pencalonan kepada rakan-rakannya selepas menyerahkan borang tersebut di Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 22 Sept. - Kegagalan Barisan Nasional (BN) merampas kerusi Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu menjadi pencetus semangat kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Kuantan, Ab. Mutalib Shamsuddin, 42, untuk bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuantan.

Menurutnya, beliau mahu menggunakan pengalamannya berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kuantan, Datuk Fu Ah Kiow dari 2004 hingga 2008 bagi membawa perubahan di kawasan berkenaan.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Kuantan itu berkata, keputusan menjadi calon itu tidak dipengaruhi sesiapa tetapi kekalahan di Parlimen Kuantan memberi keazaman tinggi untuknya bertanding.

"Perjuangan saya sudah pasti untuk menentukan hala tuju UMNO Kuantan lebih maju, gerak kerja dan pentadbiran lebih sistematik dan pendekatan baharu yang mampu menarik semua golongan," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang pencalonannya di Pejabat UMNO Bahagian Kuantan di sini semalam.

Pada pemilihan parti Oktober nanti, Ab. Mutalib akan menentang penyandang jawatan tersebut, Datuk Wan Adnan Wan Mamat dan Ketua UMNO Cawangan Bandar Kuantan Pusat, Bahuri Geran.

"Biarpun saya mencabar orang lama, saya yakin ada sokongan kerana sudah tiba masanya Kuantan diterajui individu baharu yang boleh mengaktifkan semula parti di peringkat bahagian," katanya.

Bersaing secara sihat - Adnan

Posted: 22 Sep 2013 12:11 PM PDT

KUANTAN 22 Sept. - Calon yang bertanding dalam pemilihan UMNO di peringkat bahagian di negeri ini dinasihatkan bersaing secara sihat demi perpaduan parti.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pemilihan yang akan berlangsung pada bulan depan itu diharap tidak menimbulkan masalah kepada parti.

Menurut beliau, perselisihan faham dan juga sengketa antara mereka harus diketepikan sebaliknya bersaing demi perjuangan parti yang membawa kebaikan kepada UMNO, masyarakat dan negara.

"Soal pertandingan lebih daripada seorang calon untuk bertanding bagi satu jawatan, itu terpulang kepada diri masing-masing.

"Kalau mahu bertanding semata-mata untuk kepentingan agenda sendiri berbanding perjuangan Orang Melayu, baik mereka tinggalkan parti ini kerana UMNO berjuang untuk orang Melayu dan rakyat negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan dan Pelancaran Sistem Pengurusan Sekolah Menengah Agama (SPSMA)di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

Adnan yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri turut menasihatkan calon-calon yang bertanding mengukur keupayaan mereka sebelum membuat keputusan untuk meneruskan niat itu.

"Jika sudah tahu tidak menang, kenapa perlu bertanding juga, lepaskan kepada yang lebih layak kerana bagi saya, jika masuk bertanding kita mesti mahu menang," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Taufan Usagi: Dua maut, 20,000 dipindahkan di Filipina

Posted: 22 Sep 2013 06:59 PM PDT

MANILA 23 Sept. - Sekurang-kurang dua orang terkorban dalam Taufan Usagi dan 20,000 penduduk yang lain terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat, kata agensi bencana kebangsaan, semalam.

Kedua-dua mangsa yang terbunuh adalah penumpang sebuah bot yang karam di luar wilayah Aurora.

Bagaimanapun tiga penumpang lain dipercayai hilang dan dikhuatiri meninggal dunia.

Biro kaji cuaca berkata Usagi bergerak jauh meninggalkan Filipina tetapi negara ini tetapi dijangka mengalami hujan monsun minggu depan. - DPA

Anak saudara Presiden Kenya maut serangan militan

Posted: 22 Sep 2013 06:57 PM PDT

NAIROBI 23 Sept. - Presiden Kenya Uhuru Kenyatta berkata anak saudara dan tunangnya adalah antara 59 orang yang terkorban dalam serangan yang dilakukan oleh kumpulan militan di sebuah pasar raya mewah di bandar ini, semalam.

"Saya rasa sedih dengan kehilangan ini dan berkongsi kesedihan," katanya yang menyifatkan anak saudaranya itu masih muda dan seorang yang peramah.

Kumpulan militan, al-Shabaab berkata pembunuhan beramai-ramai di kompleks membeli belah itu sebagai membalas dendam kerana campur tangan tentera Kenya di Somalia. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Berani bersuara pertahankan hak Melayu

Posted: 22 Sep 2013 12:11 PM PDT

APABILA disebut nama DATUK TAJUDDIN ABDUL RAHMAN (gambar), banyak pihak sudah pasti mengenalinya sebagai pemimpin UMNO yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semata-mata kerana kelantangannya untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu.

Beliau juga pernah dipecat daripada parti setelah difitnah pihak tertentu yang bimbang keikhlasannya memperjuangkan nasib orang Melayu akan mengancam karier politik mereka.

Dalam satu wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia, AZMAN ANUAR dan NIZAM YATIM serta jurugambar, JEFFRI IRAN baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu mengingatkan ahli parti supaya tidak memilih pemimpin yang hanya mempergunakan parti untuk mendapat faedah diri sendiri.

UTUSAN: Bagaimanakah keadaan UMNO sekarang?

TAJUDDIN: Sejak 10 tahun lalu, saya dapati terdapat dalam kalangan mereka yang menyertai UMNO di semua peringkat bukan kerana bagi menegakkan perjuangan orang Melayu tetapi lebih kepada untuk mencari tempat dan kedudukan. Mereka juga nak mempergunakan parti bagi mendapat faedah terhadap diri sendiri.

Mereka yang oportunis ini mengejar jawatan sebagai jambatan untuk mencapai matlamat diri sendiri. Sebab itu, perjuangan sudah di kesampingkan dan suara-suara memperjuangkan hak orang Melayu sudah tidak kedengaran lagi.

Buktinya, apabila ada cabaran-cabaran terhadap agenda perjuangan parti untuk membela nasib orang Melayu dan agama Islam serta apabila kita diasak oleh musuh-musuh politik daripada dalam dan luar negara, begitu jarang kita mendengar suara-suara mereka mempertahankan hak-hak kita itu.

Mereka takut nak ke depan dan takut nak bersuara. Apa sebab? Mungkin banyak difikirkan termasuk dari segi takut tak popular dan takut membuat kenyataan salah yang boleh merugikan diri mereka sendiri.

Saya ambil contoh, ada pemimpin Cina mahu istilah bumiputera itu hendaklah dibuang. Ini bukan perkara kecil dan ia membawa erti yang sama seperti mana yang pernah dibangkitkan oleh bekas pemimpin Cina, yang menafikan Melayu sebagai pribumi.

Mereka bukan sahaja mempertikai dari segi istilah sebaliknya mempunyai matlamat untuk membuang hak-hak kita sebagai bumiputera. Kenyataan ini datang daripada parti komponen, bukan daripada luar Barisan Nasional (BN). Tetapi mana dia suara pemimpin UMNO? Kononnya takut nanti Cina berasa kecil hati. Bila kecil hati, kita takut mereka tak undi kita.

Sebelum Pilihan Raya Umum 2013, kita seolah-olah dibelenggu politik ketakutan. Kita takut tak dapat undi orang Cina. Sebab itu, orang Cina kata atau buat apa pun yang boleh menggugat kewibawaan dan keutuhan perjuangan UMNO, kita mendiamkan diri dan tidak mampu untuk bertindak balas.

Satu lagi contoh, apabila parti-parti pembangkang menghina pejuang kemerdekaan dan juga menghina raja-raja Melayu seperti yang berlaku di Perak dahulu, saya lihat orang UMNO yang berkumpul di Ipoh untuk membantah tak sampai pun 1,000 orang.

Mana suara-suara marah dan suara penentangan? Tak ada. Kita tak boleh terus begini, UMNO tidak boleh menjadi penakut.

Nampaknya peranan membela orang Melayu telah diambil alih pertubuhan bukan kerajaan (NGO)?

Apabila suara-suara memperjuangkan Melayu dalam UMNO tidak lagi lantang, maka orang Melayu terpaksa bersuara melalui saluran lain iaitu NGO. Akibatnya NGO ini dianggap rasis, seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dituduh rasis.

Sebenarnya Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali itu tak rasis. Saya tahu Ibrahim itu mati-mati tidak rasis dan tidak perkauman. Dia banyak kawan Cina dan rakan kongsi perniagaan dia pun orang Cina.

Tetapi kerana dia membawa agenda Melayu dan mempertahankan hak-hak kaum itu, maka orang Cina dan bukan Melayu mengecap dia dan Perkasa sebagai rasis.

Apakah nasihat Datuk kepada ahli dan pemimpin UMNO?

Pemimpin UMNO sama ada yang memegang jawatan atau tidak, kita tidak boleh hanya bercakap sahaja, sebaliknya kita kena bertindak mengikut kemampuan kita untuk membela nasib orang Melayu.

Hari ini kepimpinan kita di semua peringkat, banyak cakap sahaja. Mesyuarat sana dan mesyuarat sini, konvensyen sana dan konvensyen sini tetapi tiada tindakan. Kita sudah menang pilihan raya sebanyak 13 kali, tetapi apa yang orang Melayu dapat? Tidak keterlaluan kalau orang kata, kita menang sorak kampung tergadai.

Jadi nak tunggu berapa pilihan raya lagi, baru kita nak tolong orang Melayu. Mereka pun lama-kelamaan akan menjadi jelak dengan kita kerana tiap-tiap kali pilihan raya kita minta undi mereka. Sudah menang pilihan raya, mereka ditinggalkan dan apa pun tak dapat.

Bagaimanakah kejayaan agenda membangunkan ekonomi orang Melayu?

Selepas saya dibebaskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada tahanan ISA pada 1987, Pemuda UMNO ada mengadakan perhimpunan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Saya yang ketika itu salah seorang Exco Pemuda semasa berdialog dengan beliau pernah berkata, Datuk Seri, saya tak kecil hati Datuk Seri tangkap saya. Cuma saya ada satu permintaan, Datuk Seri jangan lupa orang Melayu. Saya tahu Datuk Seri nak membangunkan Malaysia dengan begitu pantas sekali, tetapi saya tengok Datuk Seri macam tak yakin dengan orang Melayu.

Masa itu dia nak buat pembangunan dengan cepat termasuk di Langkawi dengan bantuan ahli perniagaan Cina. Dengar cerita dia fed up dengan orang Melayu kerana orang Melayu ni kalau bagi projek suruh buat, tak boleh buat.

Jadi saya terpaksa tegur dia. Saya kata, orang Melayu macam mana pun kerenahnya, bangsa kita dan Datuk Seri tempat mereka bernaung. Kalau Datuk Seri sebagai payung tempat bernaung sudah kecewa dengan orang Melayu, habislah mereka. Saya tak mahu besok Malaysia ini menjadi negara maju seperti Singapura dan Hong Kong, kepentingan orang Melayu tak ada.

Dr. Mahathir tengok saya dengan pandangan semacam. Mungkin dia berasa tidak senang dengan cakap saya itu. Sebagai pemimpin muda, saya ikhlas bersuara. Inilah perjuangan dan untuk menjayakan perjuangan orang Melayu, dengan Perdana Menteri pun saya cakap.

Dia tak jawab. Selepas 15 tahun pada 2002 di atas pentas pada Perhimpunan Agung UMNO ketika mengumumkan nak melepas jawatan, apa dia cakap? Dia menangis sambil menyatakan kekesalannya kerana gagal membangunkan orang Melayu.

Adakah terdapat perubahan sekarang dalam membantu membangunkan Melayu?

Alhamdullilah selepas Pilihan Raya Umum 2013, saya dapati baru ada semangat politik di pihak UMNO dan kerajaan untuk mengubah nasib orang Melayu. Allah SWT juga telah memberikan kekuatan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperkenalkan Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PPEB).

Apa yang telah dibuat oleh Datuk Najib ialah mengembalikan hak orang Melayu dalam ekonomi. Beliau mewujudkan balik UPB dan dia telah beri arahan supaya diperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada syarikat milik kerajaan (GLC) bagi menilai pencapaian mereka dalam membantu bumiputera dan saya percaya KPI ini akan diperluaskan kepada kementerian-kementerian.

Saya harap mereka yang melaksanakan PPEB dipantau. Masalah kita ini selalunya di peringkat pelaksanaan apabila mereka yang diberikan tugas tidak bersungguh-sungguh.

Pihak kerajaan dan Perdana Menteri telah membuat satu dasar yang serius dan bersungguh-sungguh, tetapi apabila tiba di peringkat pelaksanaan oleh pegawai-pegawai, mereka tidak menjiwai dan menghayati roh perjuangan bagi membela nasib orang Melayu. Sebab itu, pelaksanaan boleh menggagalkan matlamat perjuangan kita.

Bagaimana pula perubahan di peringkat pimpinan bawahan?

Saya rasa dengan pengumuman PPEB oleh Datuk Najib ini, ia akan memberi semangat pula kepada pemimpin-pemimpin lain yang di bawah ini untuk berani bersuara dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu.

Masalahnya, kita pemimpin di bawah ini selalunya tengok isyarat daripada pimpinan di atas. Kita tidak berani memberikan pandangan yang ikhlas. Kita selalu takut pandangan kita itu tidak disukai oleh ketua atau Presiden kita. Jadi kita beri pandangan apa yang kita sangka bos ataupun ketua kita suka pada lahiriahnya.

Sebenarnya, saya percaya Datuk Najib berkehendakkan pandangan, teguran, idea dan nasihat yang berguna.

Walaupun ada kalanya mungkin teguran dan pendapat itu secara lahiriahnya seolah-olah sesuatu yang bercanggah dengan kemahuan ketua, tetapi kalau kita memberikan pandangan dan nasihat secara ikhlas, saya percaya seseorang ketua itu akan menerima pandangan berkenaan dengan baik. Jadi tak usah takutlah.

Kenapa kita mesti takut nak beri pandangan kepada ketua kita. Mereka manusia biasa, bukannya tahu semua pun. Mereka sebagai pemimpin mesti bersedia mendengar pandangan orang lain dan pengikut pula tak perlulah takut dan bimbang nak memberikan pandangan.

Sindrom takut ini masih ada dalam kalangan orang UMNO. Mereka takut melukai hati orang Cina kerana bimbang tidak mendapat undi. Pengikut-pengikut dalam parti pula, takut kepada bos. Takut kalau tersalah cakap, bos akan marah. Bila bos marah, pendek rezeki.

Orang yang ikhlas memperjuangkan hak-hak Melayu, dia tidak takut kerana dia percaya pucuk pimpinan mempunyai kebijaksanaan untuk menilai sama ada teguran itu ikhlas atau tidak ikhlas untuk kepentingan parti.

Boleh Datuk komen kewujudan golongan liberal dalam UMNO?

Saya akui memang wujud golongan seperti itu dalam parti. Mereka ini kekurangan jiwa dan roh kemelayuan. Melayu liberal akan mengorbankan dan mengkompromikan kepentingan Melayu pada saat dan suasana tertentu.

Mereka cuba nak jadi popular bukan sahaja kepada orang Melayu, tetapi kepada semua kaum. Inilah yang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum 2013. Melayu liberal takut untuk menyatakan pendirian ataupun membuat kenyataan bagi mengukuhkan perjuangan orang Melayu kerana takut ia dianggap sebagai perkauman oleh kaum lain.

Kita takut nanti mereka tidak mengundi kita dan kita takut kehilangan sokongan. Tetapi akhirnya apa yang terjadi apabila mereka bertindak begitu? Pulangannya adalah tak sebagaimana yang mereka harapkan. Ia boleh diibaratkan sebagai satu perniagaan yang merugikan.

Dalam keadaan sekarang adalah jelas dan nyata bahawa pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat tidak boleh lagi bersikap liberal, bertolak ansur dan apologetik dalam mempertahankan dan menegakkan perjuangan orang Melayu.

Jangan mempedulikan apa orang lain kata, sebab kita tahu survival orang Melayu di tangan kita, bukan di tangan orang lain.

Orang Cina telah melakukan segala-galanya sehingga ke tahap maksimum untuk menguasai kerajaan tetapi mereka gagal. Ini menunjukkan Cina bukan penentu, sebaliknya kita mempunyai kekuatan sendiri untuk memastikan kejayaan membela nasib orang Melayu tanpa perlu mengharapkan belas ihsan orang lain. Kita jangan rasa bersalah, rendah diri dan takut untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu.

Jangan muda belaka sahaja

Posted: 22 Sep 2013 12:11 PM PDT

Petugas UMNO memegang 261 borang pencalonan bagi pemilihan UMNO 2013 setelah tamat penyerahan borang penamaan calon di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu. - BERNAMA

SETIAP kali UMNO hendak asah keris dalam memilih pemimpin baharu akan timbullah isu ini - kita amat perlukan gabungan tenaga tua dan muda.

Sebenarnya sejak 1946 lagi, UMNO telah mengamalkan gabungan tenaga yang sihat. Mana-mana pihak khasnya yang muda seandainya berasakan dengan program meremajakan UMNO hanya orang muda yang kebal - maka ini tanggapan yang cukup besar silapnya.

Ungkapan istilah meremajakan UMNO disebut oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak hasil dari terjemahan semua pihak tetapi dengan cara mengguna pendekatan idea-idea baharu. Dan bukan fizikalnya semata-mata, yakni harus muda-muda belaka.

Bagi orang lama, Tan Sri Dr. Rais Yatim, 71, yang pernah berkhidmat di bawah lima Perdana Menteri dalam kerajaan (tetapi sebenarnya juga telah berkhidmat kepada kesemua Perdana Menteri termasuk Almarhum Tunku Abdul Rahman yang pernah menjadi Penasihat Parti Melayu Semangat 46 (S46) yang waktu itu Rais timbalan presidennya), mempunyai pandangan tersendiri yang boleh 3.4 juta ahli parti timbang-timbangkan.

Saya menjadi ahli UMNO mulai 1965 dan mendapat gabungan tenaga muda dan berpengalaman, iaitu sesuatu yang dimestikan dalam parti waktu itu.

Sebab UMNO ini tidak ditubuhkan secara tiba-tiba oleh orang muda, tetapi diwujudkan oleh orang yang berpengalaman yang ada siasah kemelayuan keislamannya yang cukup," kata beliau ketika ditemui penulis di pejabat guamannya di Wisma Packer 195, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di ibu negara baru-baru ini.

Rais yang kini merupakan Penasihat Sosio Budaya kerajaan dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menarik perhatian bagaimana sejak era Presiden UMNO pertama, Datuk Onn Jaafar sehinggalah ke hari ini, gabungan tenaga lama dan muda tetap ada.

Ilustrasinya banyak. Iaitu semasa era Onn ada barisan pemudanya. Anaknya, Hussein yang baru pulang dari India digabungkan tenaganya bersama, tetapi Onn tetap memimpin UMNO.

Semasa Almarhum Tunku berjuang, sebarisan pemimpin bawahan beliau juga daripada kalangan orang muda. Tetapi semasa zaman Tunku, tiga perempat anggota pentadbirannya meliputi tenaga berpengalaman. Satu pertiga pula orang baharu.

Di era Tun Abdul Razak dan Datuk Harun Idris, mereka membawa ramai pemimpin muda seperti Suhaimi Kamaruddin, Mohamed Rahmat (Tok Mat) dan Rais sendiri.

Ketika era Hussein, ada gabungan kepimpinan mudanya, waima Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pun ada pasukan Puteri, Pemuda dan Wanitanya.

Cuma saya lihat keghairahan kononnya dikatakan orang muda sahaja boleh kepalai UMNO itu silap besar sebab UMNO ini ada tamadunnya yang baik. Jangan lagi dipolemikkan UMNO perlu dikepalai atau dikomplotkan oleh generasi muda sahaja.

Jika ini berlaku, kesinambungan nilai akan mati dan rencahan atau gaulan untuk membina parti akan terbengkalai sebab generasi muda tidak dapat perspektif menyeluruh mengenai orang Melayu," katanya.

Bagi Rais, nisbah gabungan pemimpin 50:50 lama dan muda adalah terbaik. Atau sekurang-kurangnya gaulan lama satu pertiga dalam pimpinan.

Barangkali mahu tak mahu kumpulan Naib Presiden, juga perlu diisi seorang muda dan dua lagi yang berpengalaman.

Malah, kalau diteliti ulasan Rais, UMNO sebenarnya telah tersedia ada enam Naib Presiden, iaitu tiga yang dipilih perwakilan manakala tiga orang lagi de facto - Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri.

Kalau dari kaca mata politik dunia pun, Jepun gemarkan kepemimpinan yang berpengalaman. Sebilangan besar Perdana Menteri dan menterinya melebihi usia 60 tahun kecuali Shinzo Abe (Perdana Menteri) dan beberapa orang kebelakangan ini. Demikian juga di China, semua pemimpinnya melebihi 50 tahun.

Malah, dari segi amalan untuk seseorang yang menjadi Perdana Menteri di bawah usia 49 tahun, mahu tidak mahu pergerakannya akan sentiasa dikaitkan dengan kegelojohan dan tidak rasional dalam konteks masyarakat pelbagai kaum.

Cuma, kata Rais, beliau agak hairan kerana dalam begitu banyak polemik politik, tidak begitu nampak pencabar-pencabar yang jelas atas kemampuan mewujudkan situasi mengatasi pihak pemegang jawatan masing-masing.

Kerisauan saya berasaskan semasa era Datuk Harun dan Sulaiman Palestin yang lebih rancak bertanding berbanding hari ini. Sedangkan dengan keadaan sekarang yang mana Perlembagaan UMNO dipinda, kalau sekadar nak jadi pencabar pun lebih mudah. Juga, tidak perlu kuota, dengan situasi itu pun telah terdapat riak-riak tidak begitu ramai muncul di muka pintu nak bertanding dan bersemangat memperjuangkan Melayu.

Ini nampakkan trend ketandusan pemimpin yang cekal dan berkhidmat untuk parti. Bagaimanapun di satu segi lain, ini menampakkan kejayaan pemimpin, yang timbul rasa hormat, budi bicara dan puas hati oleh leftenan-leftenan di bawah termasuk Naib-naib Presidennya yang masih memberi sokongan meluas kepada pucuk pimpinannya," kata beliau.

Dan yang agak dibimbangi Rais ialah apabila kurangnya pencabar terhadap penyandang jawatan, besar kemungkinan petanda orang tidak minat lagi dengan UMNO.

Kata beliau: Imej UMNO sekarang, barangkali tidak semua akan setuju dengan saya, ialah daya tarikannya pada masyarakat umum sudah kendur. Kita tidak nampak lagi ia parti gerakan massa yang sederhana, perbelanjaannya sederhana serta pandangannya berhubung pelbagai isu."

Yang nak masuk UMNO pula, mereka sekadar masuk sahaja. Tapi, fahamkah mereka akan Fasal 3 Perlembagaan UMNO yang menjadi nadi perjuangan parti itu. Inilah juga yang terjadi di bahagian saya (Jelebu) sendiri, nak dapat golongan muda yang faham perjuangan parti...agak susah," katanya.

Fasal 3 Perlembagaan UMNO menyenarai tanggungjawab dan matlamat perjuangan UMNO sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Jual baju dalam Che Ta

Posted: 22 Sep 2013 06:15 AM PDT

MULA-MULA masa Miss J ternampak sahaja gambar merah menyala itu memang Miss J dah pelik. Ada juga orang tak berapa nak cerdik sanggup percaya bila kononnya itu adalah baju dalam pelakon Rozita Che Wan.

Seingat Miss J gambar ini bukan gambar baru tetapi hanya minggu lalu sahaja baru kecoh cerita tentang pemilik akaun Facebook yang mahu menjual baju dalam yang kononnya pernah dipakai oleh Che Ta kita itu.

Agak-agak la kalau nak menjual barang pun. Kalau sampai baju dalam pelakon popular pun mereka kata nak jual, nampak sangat penipunya.

Miss J baca status Facebook Awek Comel tu - 'nak jual bra yang dipakai oleh pelakon Rozita Che Wan. Bau harum semerbak. Dikutip selepas penggambaran drama oleh pihak belakang tabir'.

Tak mungkin la Che Ta itu nak tanggal baju dalam dan tinggal merata-rata. Kalau betul sekalipun itu baju dalam Che Ta dah sah-sah kru yang jumpa itu ambil bawa balik rumah. Memang cerita karut.

Miss J pun tak faham kenapa Che Ta selalu sangat jadi mangsa cerita-cerita keji macam ini. Dulu cerita gambar bogel tersebar, orang pun percaya bulat-bulat. Sekarang dah cerita baju dalam pula jadi perhatian.

Kasihan Che Ta, lagi kasihan pada Zain Saidin terpaksa telan cerita-cerita macam ini.

Rupa-rupanya Tasha - Mahali hanya 'kawan'

Posted: 22 Sep 2013 06:15 AM PDT

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my

HUBUNGAN pelakon Tasha Shilla dengan pemain bola sepak Kebangsaan dan pasukan Selangor, Mahali Jasuli, diperagakan di depan khalayak.

Kelibat mereka berkepit macam belangkas ke sana dan ke sini bukanlah suatu yang mengejutkan. Kerana menjadi belangkas itulah yang membuatkan orang menganggap mereka sedang bercinta.

Tapi jangan terkejut kerana istilah 'berkawan' kepada artis-artis kita bukan seperti orang biasa. Bagi mereka macam belangkas pun 'berkawan', kalau 'bercinta' bayangkanlah. Masyarakat bukan buta dan mereka nampak Tasha kerap menemani Mahali ke stadium. Sebab itu banyak yang anggap mereka sedang bercinta.

Tetapi apabila ditanya, Tasha menafikan perkara itu sambil memberitahu, Mahali tidak lebih sekadar kawan baik. Nampaknya masyarakat kita masih kolot tidak dapat membezakan antara 'berkasih' dan 'berkawan'.

"Tak habis-habis orang bertanya pasal hubungan saya dan Mahali. Kami ini cuma kawan baik. Iya, memang benar saya selalu menemani dia di stadium. Salahkah saya datang menyokong dia?" soalnya.

Dia mengaku rimas dengan desakan peminat supaya dia mengaku sahaja status hubungannya dengan Mahali. Tetapi kata Tasha, dia tidak perlu mengikut kata orang.

Baginya, setakat ini dia tahu status sebenar antara dia dan Mahali dan itulah yang diberitahu kepada umum.

"Tiada apa yang nak disorok. Berulang kali dah saya katakan, kami tak bercinta. Memanglah kami rapat tapi nama pun kawan.

"Macam mana nak beritahu, saya memang tak bercinta dengan dia pun," katanya tegas.

Tasha yang kini sibuk dengan penggambaran drama untuk sebuah stesen televisyen juga mengaku bahawa dia sedar banyak pihak menuding jari padanya apabila Mahali tidak lagi mampu mengekalkan prestasi di padang.

Merasakan hal itu tak sepatutnya berlaku, kata Tasha, dia berharap agar masyarakat tidak menyalahkan dirinya apabila menyentuh isu itu.

"Kenapa bila prestasi Mahali merosot orang tuduh sebab dia berkawan dengan sayalah. Kalau prestasi dia baik dan cemerlang, tak ada pula orang nak kaitkannya dengan saya? Yang buruk, yang tak elok orang tuduh sayalah?

"Bagi saya, mungkin keadaan itu berlaku disebabkan kecederaan yang dialami.

"Kalau tak puas hati juga, cuba pergi tanya dengan jurulatih dia, Rajagobal. Dengar apa jawapan dia dan jangan tanya saya," katanya.

Dalam pada itu, menurut Tasha, dia juga tahu bahawa dia pernah menyatakan kesediaannya untuk berkahwin.

Mengulas mengenai hal itu kata Tasha, dia bagaimanapun tidak dapat meletakkan tarikh atau sasaran untuk itu.

"Jodoh itu kan ketentuan Tuhan. Sebelum ini saya memang pernah cakap yang saya dah bersedia nak kahwin.

"Tapi dengan siapa, saya pun tak tahu. Itu rahsia Dia. Saya serahkan saja pada Tuhan. Cakap lebih-lebih pun tak ada gunanya," katanya ringkas.

Mengulas lanjut kata Tasha, dia juga tidak meletakkan spesifikasi dalam menjalin hubungan dengan lelaki.

"Saya masih muda. Saya berkawan saja dengan semua orang. Apa yang saya boleh katakan setakat ini, saya tak ada teman yang benar-benar istimewa. Apa pun, doakan saya untuk mendapat yang terbaik," demikianlah kata-kata klise yang selalu kita dengar dan Tasha bercakap perkara yang serupa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kamera dasar laut

Posted: 22 Sep 2013 06:15 AM PDT

PELAJARI dahulu sifat kamera tilik dan rakam di dalam kolam sebelum dibawa ke dasar laut.

RAMAI yang tidak tahu bahawa menggunakan kamera tilik dan rakam (point and shoot) juga boleh menghasilkan imej dasar laut yang menarik. Ini berikutan teknologi yang ada sekarang memberi pilihan kepada jurufoto untuk mendapatkan imej-imej menarik di dalam lautan biru.

Namun sebelum kita ke laut, kita perlu tahu apa itu fotografi dasar laut atau fotografi bawah air. Saya senang memanggilnya fotografi dasar laut kerana kebanyakan aktiviti genre ini adalah berkisar di dasar laut semata-mata.

Berbanding dulu, kini fotografi dasar laut boleh dinikmati oleh semua golongan sama ada jurufoto amatur mahupun profesional. Dengan adanya kamera tilik dan rakam ini, semuanya berkemungkinan, namun kita perlu tahu bagaimana cara untuk menggunakannya.

Ada kamera tersebut tidak perlu menggunakan bekas kalis air seperti siri Olympus Tough, namun ada sesetengahnya memerlukan bekas kalis air, jadi ia boleh digunakan di darat dan juga di dalam air.

Ada dua pilihan kepada pengguna jika menggunakan kamera ini. Saya banyak menggunakan Olympus XZ-1 walaupun kini sudah ada XZ-2 dan berkemungkinan XZ-3 sedang dalam pembikinan.

Ini berikutan kamera ini mempunyai bukaan yang besar sehingga f/1.8, sesuatu yang amat diperlukan oleh jurufoto dasar laut. Jadi bagi jurufoto amatur, anda boleh menggunakan tetapan 'underwater' yang memberikan anda dedahan dan bukaan yang sesuai ketika di dalam laut. Ikon bentuk ikan boleh dipilih.

Namun bagi yang sudah serasi, saya sarankan dedahan manual serta imbang putih (white balance) manual digunakan.

Ini bagi membolehkan pilihan warna yang seimbang dilakukan. Sedikit tip, setiap kedalaman berlainan, boleh dilakukan bacaan imbang putih yang berlainan. Gunakan papan loh putih (slate) untuk kiraan imbang putih.

Jika ada sebarang pertanyaan, e-mel dengan subjek 'Dasar Laut' ke klik.mingguan@gmail.com. Sebahagian karya saya boleh dilihat di Flickr - http://bit.ly/fotobobo.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Wajah ala bidadari, badan berotot

Posted: 22 Sep 2013 06:15 AM PDT

Julia Vins si jelita berbadan sasa.

RUSIA sememangnya terkenal sebagai negara yang mempunyai ramai jelitawan berwajah bagaikan anak patung seperti Valeria Lukyanova, Anastasia Shpagina and Anzhelika Kenova yang digelar 'Barbie' hidup.

Namun, tidak seorangpun yang setanding dengan Julia Vins dari Engels.

Paras rupa gadis berusia 17 tahun itu bagaikan patung porselin. Peliknya, si cantik itu mempunyai tangan dan kaki berotot yang mampu membuat lelaki termalu sendiri.

Julia ialah atlet muda bina badan dan baru-baru ini gambar-gambarnya tersebar di Internet membuatkan ramai yang tergamam lalu mengubah persepsi tentang wanita yang suka dengan sukan bina badan.

Menurut Julia, dia bersenam membina badan pada mulanya kerana mahu menjadi lebih kuat dan lebih berkeyakinan dengan diri sendiri.

Pada mulanya, dia tidak berniat untuk menjadi atlet angkat berat profesional.

Tahun pertama menceburkan diri, dia membina otot tanpa mengikuti program senaman yang betul dan akhirnya dia membuat keputusan untuk mendapat tunjuk ajar daripada profesional.

Dalam tempoh setahun mendapat tunjuk ajar jurulatih di gim sekolahnya, perkembangannya amat menakjubkan.

Kini dia bersiap-sedia menyertai pertandingan mengangkat berat pertama.

Walaupun ramai yang kagum dengan kesungguhan si cantik ini, cerita Julia, ada juga yang mengkritik pilihannya itu dan mengatakan dia membinasakan badannya sendiri.

Namun, dia tidak mempedulikan cercaan mereka kerana Julia percaya tiada siapa ada hak menghancurkan impiannya.

Ilham fesyen K-Pop

Posted: 22 Sep 2013 06:15 AM PDT

Wanita hari ini dilihat berani memilih pakaian berasaskan warna terang dan kontra berbanding rona lembut dan gelap. ini termasuklah, memiliki koleksi pakaian konsep funky, comel dan ceria.

Ramai bersetuju dengan pendapat yang mengatakan trend fesyen ini tercetus daripada pengaruh muzik Korea atau K-Pop yang terkenal dengan imej seumpama itu.

Penampilan artis Korea dilihat cukup menarik dan sarat dengan elemen segar serta mempesonakan. Paling ketara, penjualan koleksi baju-T konsep funky dan legging (sarung kaki ketat) pelbagai corak yang dijual secara meluas di beberapa gedung di sekitar Lembah Klang.

Menyedari fesyen K-Pop menjadi trend di Malaysia, butik fesyen tempatan, Magazine Boutique melalui labelnya MAGlifestyle mempersembahkan koleksi ready-to-wear terbaru mereka bersempena musim luruh dan musim sejuk. Koleksi yang dinamakan Work It In Pastel & Monochrome itu menampilkan seleksi pakaian yang direka khas untuk digayakan dalam dua suasana berbeza.

Kedua-dua koleksi yang sarat unsur gaya dari Korea ini meliputi variasi pakaian berpotongan menarik khusus untuk wanita, sama ada dari jenis blaus, dress mini dan peplum, skirt mini sehinggalah gaun malam.

Kebanyakan koleksi ini menampilkan kombinasi warna pastel dan neon tetapi ada juga koleksi yang tampil dengan warna terang.

MAGlifestyle turut menawarkan pelbagai aksesori yang menarik seperti beg tangan, clutch, rantai, cincin dan kasut.

Selain menyediakan pembelian melalui laman sesawang www.maglifestyle.com, anda juga boleh mengunjungi butik di Tingkat 1, Isetan, Suria KLCC dan di Magazine Boutique, 34-1, Tingkat 1, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, Kuala Lumpur.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


3 orang kuat Johor tidak dicabar

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
dan IFQDAR A. RAHMAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 21 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara nama besar dalam politik Johor yang menang tanpa bertanding dalam mempertahankan jawatan ketua di bahagian masing-masing di negeri ini.

Beliau kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh sementara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin masing-masing tidak dicabar sebagai Ketua UMNO Bahagian Sembrong dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Turut menang tanpa bertanding ialah tujuh Ketua UMNO bahagian yang lain iaitu Datuk Ab. Aziz Kaprawi (Sri Gading); Datuk Ir. Hamim Samuri (Ledang); Datuk Nur Jazlan Mohamed (Pulai), Datuk Samsolbari Jamali (Ayer Hitam); Datuk Ir. Dr. Hasni Mohamad (Pontian); Datuk Maulizan Bujang (Tebrau) dan Datuk Daing A. Malek Daing A. Rahman (Kota Tinggi) menjadikan keseluruhannya, 10 jawatan Ketua UMNO bahagian menang tanpa bertanding.

Sebanyak lima jawatan Ketua UMNO bahagian di negeri itu menyaksikan pertandingan empat penjuru manakala lima lagi tiga penjuru pada pemilihan parti kali ini.

Pertandingan empat penjuru melibatkan UMNO Bahagian Pengerang, Kulai, Mersing, Segamat dan Simpang Renggam manakala tiga penjuru pula membabitkan Johor Bahru, Gelang Patah, Tanjung Piai, Labis, Bakri.

Enam jawatan Ketua UMNO bahagian lagi iaitu Batu Pahat, Muar, Parit Sulong, Kluang, Tenggara dan Sekijang menyaksikan pertandingan dua penjuru.

Antara yang menjadi tumpuan ialah Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru ditentang Ketua UMNO Cawangan Taman Suria, Datuk Ahmad Kemin dan Ketua UMNO Cawangan Jalan Utama, Kampung Melayu, Zulkifli Ismail.

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru telah menjadi ketua bahagian tersebut sejak 31 tahun lalu tanpa pernah dicabar.

Bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said turut dicabar oleh tiga lagi iaitu Timbalannya, Datuk Harun Abdullah; Ketua UMNO Cawangan Bandar Penawar, Abdul Jalil Kahar dan Bendahari bahagian, Mohamed Long.

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad turut menghadapi saingan sengit empat penjuru termasuk daripada bekas Timbalannya, Datuk Zainal Abidin Osman, Ishak Awang dan Abdul Razak Pon yang merupakan ahli biasa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim dicabar Ketua UMNO Cawangan Parit Tunggal, Jalaludin Kassim.

Anak Ghani Othman bertanding untuk teruskan legasi bapa

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

JOHOR BAHRU 21 Sept. - Bagi meneruskan legasi bapanya yang merupakan bekas Menteri Besar, Mohammad Jamil Helmi Abdul Ghani menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang yang dilepaskan penyandangnya, Musa Khatiran yang telah melepasi had usia.

Mohammad Jamil, 31, yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sungai Mati hadir menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 11 pagi dan bakal berdepan pencabar, Aidil Roslan Mohamad dan Mohd. Razali Ismail.

Beliau ketika ditemui pemberita berkata, hasratnya untuk bertanding adalah kerana mahu membawa suara generasi muda dalam usaha meremajakan parti.

"Saya mahu mereka melihat saya sebagai anak muda yang mahukan proses transformasi politik dalam UMNO terlaksana. Janganlah melihat saya sebagai anak seorang bekas menteri besar yang sudah menerajui negeri ini selama 18 tahun.

"Bapa juga menyokong saya dengan keputusan ini, malah turut menasihatkan saya untuk bersaing secara sihat. Sokongan yang diberikan adalah sebagai seorang bapa kepada anak, tidak lebih daripada itu," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi anak bekas pemimpin negeri ini iaitu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Nornekman Osman juga bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru.

Nornekman, 39, yang merupakan anak Datuk Osman Sapian bakal menghadapi tentangan empat penjuru apabila dicabar Ketua Pemuda UMNO Cawangan Jalan Cempaka, Musbah Yusof dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Putera, Saiful Rizal Abd. Ghani serta Ketua Pemuda UMNO Cawangan Jiran Sepakat, Tom Gaddafi Anwary.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved