Ahad, 22 September 2013

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Khairy menang tanpa bertanding

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Oleh Ainol Amriz Ismail
dan Mohamad Yasir Jaafar
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 21 Sept. - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau selepas tiada calon lain tampil menyerahkan borang semasa proses pencalonan pemilihan UMNO hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri, Datuk Khalid Yunus berkata, Khairy merupakan calon tunggal yang menang tanpa bertanding dalam perebutan jawatan utama di peringkat bahagian di Negeri Sembilan.

''Calon bagi bahagian lain perlu bersaing dalam perebutan yang ada sehingga tiga penjuru selain satu lawan satu bagi jawatan ketua, timbalan ketua dan naib ketua yang meliputi lapan bahagian di negeri ini," katanya dalam sidang akhbar di Wisma UMNO negeri di sini hari ini.

UMNO Bahagian Rasah, Telok Kemang dan Seremban bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan ketua selepas tempoh penyerahan borang pencalonan ditutup pada pukul 5 petang.

Datuk Hasim Rusdi akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Rasah dan dicabar oleh Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian itu, Khaidir Jamal yang juga Pegawai Khas (Perhubungan Politik) kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.

Hasim turut akan dicabar oleh seorang lagi ahli UMNO Bahagian itu, Ishak Abdullah.

Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang juga menerima tentangan daripada Mazman Mansor dan Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian itu, Ramli Awang pada pemilihan yang akan diadakan bulan depan.

Persaingan sengit tiga penjuru pula melibatkan UMNO Bahagian Seremban apabila penyandang ketua bahagian itu, Datuk Ishak Ismail dicabar oleh Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md. Yusop Harmain Shah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Abu Ubaidah Redza.

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan Ketua UMNO Bahagian Rembau akan dicabar oleh bekas ADUN Chembong, Datuk Mohamad Rais Zainuddin

Hasan pula hari ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah untuk memberi laluan kepada kepimpinan muda dan kekal bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandang, Datuk Ismail Lasim yang juga Exco kerajaan negeri dan Bendahari Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dengan Ketua Penerangan UMNO bahagian berkenaan, Datuk Abd. Samad Ibrahim.

Bagi UMNO Bahagian Jempol, Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Salim Mohd. Shariff menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian bagi mencabar penyandangnya, Datuk Lilah Yasin.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved