Selasa, 25 Oktober 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


UMNO serah writ saman kepada Guan Eng

Posted:

UMNO serah writ saman kepada Guan Eng

UMNO serah writ saman kepada Guan Eng


Peguam, Datuk Jaharberdeen Mohamed Yunoos (tengah) bersama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Ramlan Ishak (dua dari kiri) berbincang sesuatu sambil diperhatikan Abdul Rauf Abdul Samad (kanan) selepas memfailkan saman malu terhadap Lim Guan Eng di Bangunan Komtar, Georgetown, Pulau Pinang, semalam. - BERNAMA


PULAU PINANG 25 Okt. - UMNO negeri hari ini menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng ekoran tindakannya menuduh parti itu terlibat dalam demonstrasi aman di sekitar Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini dan di atas Jambatan Pulau Pinang, 1 Julai lalu.

Tindakan undang-undang juga dibuat berikutan dakwaan Setiausaha Agung DAP itu bahawa UMNO terlibat dalam kejadian cuba membakar pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon di sini pada 17 Ogos lalu.

Peguam Abdul Rauf Abdul Samad dari firma guaman, Tetuan Jahaberdeen & Co berkata, writ saman dan pernyataan tuntutan itu diserahkannya kepada seorang kakitangan Ketua Menteri itu kira-kira pukul 2.45 petang ini di Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28, Komtar.

''Kami pada mulanya memohon untuk berjumpa dan menyerahkan writ saman ini terus kepada beliau (Guan Eng) sendiri tetapi Guan Eng enggan dan sebaliknya hanya menghantar wakilnya sahaja,'' katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan writ saman dan notis tuntutan itu.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang memfailkan saman fitnah berjumlah RM30 juta terhadap Guan Eng dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dua yang lain kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan parti itu dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di negeri itu.

Writ saman difailkan oleh Datuk Zainal Abidin Osman menerusi firma guaman tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Zainal, 51, menamakan Guan Eng, 51, atas kapasiti peribadinya, PKR dan syarikat penerbitan portal berita rasmi parti itu, Keadilan Daily, Segmen Fleksibel Sdn. Bhd. dan Ketua Penyuntingnya, Fazalah Pit masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat.

Menurut Abdul Rauf, mahkamah menetapkan 18 November ini untuk pengurusan kes tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Laporan Audit negara tepis fitnah pembangkang

Posted:

Laporan Audit negara tepis fitnah pembangkang

Laporan Audit negara tepis fitnah pembangkang

IPOH 25 Okt. – Prestasi memberangsangkan kewangan negeri Perak dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang diumumkan semalam dengan sendirinya menafikan fitnah pembangkang kononnya kerajaan negeri akan muflis dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, laporan tersebut juga merupakan satu pengiktirafan kepada pelbagai usaha kerajaan negeri untuk menambah pendapatan serta memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan.

''Reaksi pertama saya ialah dakwaan pembangkang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan dalam akhbar-akhbar sebelum ini bahawa kerajaan negeri diambang bankrap adalah tidak benar sama sekali.

''Pada masa sama, kita akan terus usaha memperbaiki terutamanya dari segi penambahan perolehan dan memikirkan bagaimana apa jua hasil yang diperoleh dapat disalurkan kembali kepada rakyat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Hari Bertemu Pelanggan di sini hari ini.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang diumumkan semalam, Kumpulan Wang Disatukan kerajaan Perak pada tahun lepas merekodkan baki sebanyak RM762.33 juta iaitu pertambahan sebanyak RM73.08 juta berbanding 2009 yang hanya mencatatkan RM689.25 juta.

Perak juga mencatatkan peningkatan sebanyak RM150.57 juta dalam kutipan hasil dan peningkatan sebanyak RM104.20 juta dalam pelaburan negeri.

Laporan itu turut menyebut bahawa Rancangan Perumahan Awam (RPA) di negeri ini berjaya mencapai objektifnya untuk menyediakan rumah berkualiti dan selesa kepada golongan berpendapatan rendah.

Zambry berkata, kerajaan negeri akan berusaha keras untuk memperbaiki kelemahan dan masalah dalam pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) seperti dinyatakan dalam laporan tersebut.

''Saya berterima kasih kepada Jabatan Audit Negara atas cadangan-cadangan yang diberikan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut," katanya.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan antara faktor yang mempengaruhi prestasi PPR ialah gejala vandalisme serta penguatkuasaan yang lemah dalam perjanjian sewa.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Saksi komplot pinjaman dipanggil

Posted:

Saksi komplot pinjaman dipanggil

Saksi komplot pinjaman dipanggil

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS DAN ILAH HAFIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Polis telah memanggil beberapa saksi bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan sebuah bank tempatan yang kerugian RM37 juta melalui satu komplot pinjaman terancang, dua tahun lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Tajuddin Md. Isa (gambar) berkata, jenayah itu didalangi oleh pihak yang menyamar sebagai pemilik daripada dua syarikat tempatan.

Tambahnya, syarikat-syarikat itu menjalankan perdagangan am serta membuat penghantaran barangan kepada pembeli dari luar negara.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan latar belakang komplot berkenaan kerana bimbang akan menjejaskan siasatan.

"Kes itu masih dalam siasatan sejak dilaporkan pada 2009. Siasatan agak mencabar kerana melibatkan beberapa syarikat pembeli dari luar negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini mendedahkan sebuah bank tempatan rugi teruk dalam tempoh 26 tahun beroperasi selepas ditipu sebanyak RM37 juta melalui satu komplot pinjaman sebuah syarikat, dua tahun lalu.

Menurut sumber polis, setelah pinjaman diluluskan sepenuhnya secara sekali gus pada 2009, syarikat itu tiba-tiba lesap tanpa membuat pembayaran balik.

Tajuddin berkata, setakat ini belum ada tangkapan dilakukan.

Full content generated by Get Full RSS.

Lelaki tarik kemaluan bapa tiri, ibu diugut bunuh kerana enggan beri wang

Posted:

Lelaki tarik kemaluan bapa tiri, ibu diugut bunuh kerana enggan beri wang

Lelaki tarik kemaluan bapa tiri, ibu diugut bunuh kerana enggan beri wang

PETALING JAYA 25 Okt. - Kemaluannya ditarik sebelum dia dan isterinya diugut bunuh oleh anak mereka kerana enggan memberikan lelaki itu wang.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa yang merupakan bapa tiri kepada tertuduh mengadu sakit di bahagian kemaluannya.

Demikian kandungan fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas P. Satish, 31, mengaku bersalah atas tuduhan mengugut untuk membunuh ibu dan bapa tirinya dengan sebilah pisau dan tali, minggu lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap G. Thelahawathie, 51, dan M. Munusamy, 56, di rumah mereka di C-1-6 Pangsapuri Fairville, Jalan USJ 22/1, Subang Jaya di sini pada pukul 10.30 malam, 20 Oktober lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dengan pengakuan bersalah tersebut, Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan terhadap lelaki itu.

Terdahulu, Satish yang tidak diwakili peguam bela mendakwa, dia berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedar dengan apa yang dilakukannya terhadap kedua-dua mangsa.

''Saya merayu agar tidak dikenakan hukuman penjara kerana ingin menyambut perayaan Deepavali bersama keluarga,'' katanya dengan nada yang sebak.

Sementara itu di mahkamah sama, Satish turut mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, Bukit Puchong di sini pada pukul 12.50 tengah hari, 24 Ogos lalu.

Bagi kesalahan tersebut, bapa kepada dua orang anak itu yang didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, didenda RM700 atau penjara satu bulan serta dua tahun pengawasan polis.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


SK Presint 11 (3) edar 500 akhbar Utusan Malaysia

Posted:

SK Presint 11 (3) edar 500 akhbar Utusan Malaysia

SK Presint 11 (3) edar 500 akhbar Utusan Malaysia


SEBAHAGIAN murid Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (3) menyertai pertandingan mewarna sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak 2011 di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS


PUTRAJAYA 25 Okt. - Sekolah Kebangsaan Presint 11 (3) hari ini mengedarkan 500 naskhah akhbar Utusan Malaysia kepada murid-murid sekolah tersebut.

Guru Besarnya, Ahmad Badardin Mat Hussain berkata, pengedaran akhbar yang mempunyai sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) itu dapat dijadikan bahan pelajaran tambahan dalam bilik darjah.

"Murid-murid boleh mendapat manfaat dengan memperbaiki pemahaman dalam sesuatu topik pelajaran daripada bahan tambahan itu.

"Secara tidak langsung ia dapat membantu murid meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan," katanya semasa ditemui pada Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak 2011 peringkat sekolah itu di sini hari ini.

Pertandingan mewarna bersama Utusan Malaysia turut diadakan pada majlis sambutan tersebut.

Ahmad Badardin berkata, sekolah itu sudah dua tahun menggunakan ADaP sebagai bahan pembelajaran tambahan kepada murid-murid.

"Saya harap penggunaan ADaP ini akan diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Bebankan peminat!

Posted:

Bebankan peminat!

Bebankan peminat!

Oleh Farabi Sheikh Said Al Jabri
utusanN9@utusan.com.my


Sebahagian daripada penyokong Negeri Sembilan yang membantah tindakan FAM menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di antara pasukan mereka menentang Terengganu di Wisma PBNS Seremban, semalam. - UTUSAN/Abd Razak Aid


SEREMBAN - Keluhan orang ramai ekoran harga tiket melampau yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini turut mendapat perhatian Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS).

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, secara amnya pihaknya tidak bersetuju dengan kadar harga tiket perlawanan yang ditetapkan FAM.

Malah, beliau berpendapat bahawa harga yang tinggi itu akan membebankan penyokong tegar kedua-dua pasukan.

''Ia adalah keputusan pihak jawatankuasa FAM, namun kita tidak setuju dengan harga yang melonjak dari RM30 kepada RM50 kerana ini amat membebankan peminat dan penyokong untuk perlawanan akhir itu nanti.

''RM50 itu nampak terlalu tinggi tetapi terpulanglah kepada budi bicara FAM untuk menentukannya," katanya ketika diminta mengulas mengenai keputusan FAM menaikkan harga tiket di sini semalam.

Mohamad yang juga Menteri Besar tidak menolak kemungkinan bahawa harga tiket yang tinggi itu sedikit sebanyak akan menjejaskan jumlah kehadiran penonton yang akan hadir pada final nanti.

Begitupun, Mohamad tetap menaruh harapan penyokong skuad Hoben Jang Hoben tetap membanjiri Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Katanya, kehadiran penonton mampu menjadi pembakar semangat kepada pemain-pemain mereka untuk membawa pulang kejuaraan berpresjtij itu sekali lagi.

Katanya lagi, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan tiket perlawanan akhir, pihak PBNS mengambil inisiatif dengan menjualnya diseluruh daerah di negeri ini.

''Tiket-tiket ini akan dijual di semua daerah di negeri ini bagi memudahkan orang ramai mendapatkannya tanpa perlu datang ke Seremban.

"Begitupun, bagi mereka yang yang mahu membeli di Seremban, tiket akan dijual di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi," katanya.

Mohamad juga menjelaskan, hasil perbincangan pihaknya, PBNS telah memutuskan untuk mengehadkan pembelian tiket kepada 10 tiket bagi setiap pembeli dalam usaha mengatasi masalah ulat tiket .

''Melainkan mereka yang mempunyai permit bas dibenarkan untuk membeli tiket sehingga 50 keping.

"Arahan telahpun dikeluarkan, dan setiap seorang hanya dibenarkan membeli 10 tiket bagi setiap pembeli," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

30,000 tiket subsidi untuk penyokong Terengganu

Posted:

30,000 tiket subsidi untuk penyokong Terengganu

30,000 tiket subsidi untuk penyokong Terengganu

Oleh Mohd. Iswan Shafiq Mat Isa
sukan@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU - Bagi meredakan keluhan serta bebanan penyokong yang menganggap harga tiket final Piala Malaysia agak melampau, kerajaan negeri akan memberi subsidi sebanyak 50 peratus.

Kerajaan negeri telah mengarah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menempah 30,000 tiket kepada penyokong di seluruh negeri dengan pembayaran terus kepada persatuan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam satu kenyataan berkata, beliau mahu ia diagih ke seluruh negeri dengan 500 keping diperuntukkan bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Langkah itu nyata melegakan penyokong yang terbeban kerana terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk pengangkutan dan penginapan, selain makan minum bagi memberi sokongan kepada pasukan mereka.

"PBSNT diminta mengagihkan 500 keping tiket kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dan dijual kepada penyokong Terengganu," katanya dalam satu kenyataan.

FAM mengumumkan harga tiket pertandingan akhir antara Terengganu dan Negeri Sembilan ditetapkan pada harga RM50 bagi semua tempat duduk, manakala tiket kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah RM5 .

Sementara itu, Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh berkata, tiket itu akan diserah kepada Yang Berhormat (ADUN) dan Pegawai Pembangunan DUN untuk mengagihkan penjualan kepada peminat di DUN masing-masing selepas ini.

"Ini bagi mengelakkan pengagihan dimonopoli pihak tertentu memandangkan harga tiket yang dijual lebih murah daripada harga biasa," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Che Mat berkata, baki bagi pembelian secara individu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pula dihadkan kepada 10 keping seorang.

Che Mat bagaimanapun berkata, peminat Terengganu yang mendapatkan tiket itu di Stadium Shah Alam tidak akan mendapat harga subsidi yang ditawarkan.

"Sebelum ni, MB setuju nak beri 20,000 tiket subsidi tapi dia tambah jadi 30,000 keping. Ini menunjukkan beliau betul-betul prihatin walaupun berada di luar negara ketika ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bekas jururawat warga Jepun edar syabu 3.5 kilogram dihukum mati

Posted:

Bekas jururawat warga Jepun edar syabu 3.5 kilogram dihukum mati

Bekas jururawat warga Jepun edar syabu 3.5 kilogram dihukum mati

SHAH ALAM 25 Okt. - Seorang bekas jururawat warganegara Jepun dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 3.5 kilogram, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Mariko Takeuchi, 37, selepas berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah semasa memberi keterangan membela diri.

Mariko yang berjaket coklat muda dan berseluar jeans biru terus menangis teresak-esak apabila dimaklumkan tentang hukuman itu oleh seorang jurubahasa Jepun.

Dia juga dilihat menggelengkan kepala beberapa kali apabila cuba ditenangkan serta diminta memperlahankan tangisannya yang agak kuat oleh anggota polis memandangkan mahkamah masih bersidang.

Beberapa media asing dan wakil dari Kedutaan Jepun di Malaysia turut dilihat menghampiri Mariko sebelum wanita itu dibawa keluar menggunakan laluan bahagian belakang mahkamah.

Sementara itu, Hakim Siti Mariah dalam penghakimannya menyifatkan pembelaan tertuduh bahawa dia ke Dubai untuk berjumpa seorang lelaki bernama Alex dan mengambil wang bagi pihak kawan baiknya yang juga teman wanita lelaki itu adalah tidak logik.

Beliau turut mendapati keterangan Mariko bahawa dia berulang alik dari Kuala Lumpur ke Dubai sebanyak lima kali antara September dan Oktober 2009 dengan alasan tambang penerbangan itu lebih murah berbanding tinggal di Dubai, tidak dapat diterima serta mencurigakan.

Begitu juga tindakan tertuduh yang bersetuju menolong membawa beg milik rakan Alex yang tidak diketahui namanya tanpa sebarang syak sedangkan beg tersebut mempunyai berat yang luar biasa walaupun hanya dikatakan berisi pakaian.

Katanya, keterangan pembelaan tertuduh hanya rekaan dan tidak munasabah tanpa sebarang keterangan sokongan apabila dia gagal memanggil kawan baiknya untuk memberi keterangan sedangkan wanita itu tidak perlu takut kerana dia tiada kaitan dengan beg yang mengandungi dadah.

''Mahkamah tidak dapat menolak bahawa aktiviti keluar masuk tertuduh antara Dubai dan Kuala Lumpur sebanyak lima kali adalah dengan tujuan tertentu. Wang yang dibelanjakan untuk berulang alik lebih baik diberikan kepada kawan baiknya.

''Mahkamah juga tidak dapat menerima keterangan tertuduh bahawa beg itu tidak berkunci. Tidak ada sebab untuk saksi dalam kalangan pihak penguatkuasaan berbohong atau menganiaya tertuduh apabila mengatakan melihat dia yang membuka mangga (beg).

''Juga tidak munasabah untuk tertuduh menaiki penerbangan antarabangsa tanpa mengunci beg,'' kata beliau.

Mariko didakwa mengedar 3,493 gram methamphetamine di Kaunter Pemeriksaan Kastam D, Unit Khas Penumpang T, Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada pukul 9.55 malam, 30 Oktober 2009.

Wanita yang berasal dari Tokyo itu dibicarakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Gan Peng Kun dan Aimie Yusreena Yunus manakala Mariko diwakili peguam Mohd. Rafik Rahem.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil enam orang saksi manakala hanya tertuduh memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Natasya dakwa tanggung belanja sekolah anak

Posted:

Natasya dakwa tanggung belanja sekolah anak

Natasya dakwa tanggung belanja sekolah anak


ZAINAL Abidin hadir bersama peguamnya pada perbicaraan tuntutan nafkah oleh bekas isterinya di Mahkamah Tinggi Syariah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 25 Okt. - Bekas isteri penyanyi, Zainal Abidin yang terkenal dengan lagu Hijau mendakwa dia telah menanggung semua perbelanjaan persekolahan dua anaknya bagi mengelakkan mereka diberhentikan daripada sekolah dan tidak dapat menduduki peperiksaan jika bayaran tidak dibuat mengikut masa.

Natasya Gabriel Abdullah berkata, dia telah menempatkan dua anaknya itu di sekolah yang bagus dan mendakwa kedua-dua permata hatinya itu telah membesar dengan baik.

Wanita berusia 52 tahun itu berkata demikian di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini ketika disoal oleh peguam syarie yang mewakilinya, Norhusniah Husin dalam perbicaraan kes tuntutan nafkah anak yang dikemukakannya terhadap bekas suaminya itu.

Natasya setakat hari ini telah mengesahkan 85 daripada 224 dokumen yang mengandungi bukti-bukti pembayaran yang ditandakan sebagai keterangannya dalam kes tersebut.

Ia merangkumi bayaran persekolahan di sekolah kebangsaan dan sekolah swasta (pelajar khas) bagi anak lelakinya, Mikhail, 18, yang menghidap autisme serta resit-resit pembayaran persekolahan anak perempuannya, Timur, 16.

Bayaran tersebut termasuk yuran sekolah yang dibayar secara tahunan dan bulanan, tambang pengangkutan ke sekolah, pakaian seragam sekolah, buku-buku serta kos-kos tambahan yang berkaitan.

Natasya yang merupakan bekas model menuntut nafkah anak berjumlah RM167,102.04 ke atas bekas vokalis kumpulan Headwind pada tahun lalu.

Jumlah tersebut merangkumi yuran persekolahan, kelas agama dan bayaran perubatan sejak tahun 2002 sehingga kini.

Natasya bernikah dengan Zainal, 52, atau nama penuhnya, Zainal Abidin Mohamed pada 24 Mac 1987 dan bercerai pada 12 Disember 2000.

Zainal Abidin yang diwakili oleh peguam syarie, Abdul Halim Bahari turut hadir memakai seluar jeans biru, kemeja putih dan bersongkok.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain bersambung 15 November ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Wujudkan perpaduan sejagat

Posted:

Wujudkan perpaduan sejagat

Wujudkan perpaduan sejagat

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


MOHAMAD Shahrom Osman menggunakan rangkaian radio amatur untuk berkomunikasi dengan Ibu Pejabat Pengakap Sedunia di Geneva, sempena perkhemahan antarabangsa JOTA dan JOTI di IPG Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang, baru-baru ini. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD


KUALA LIPIS 25 Okt. - Ahli pengakap di semua peringkat termasuk di institusi pengajian tinggi (IPT) diminta mewujudkan perpaduan sejagat berasaskan nilai kemanusiaan dan semangat sukarela selaras dengan penubuhannya sejak dahulu lagi.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, pertubuhan itu mampu membantu ke arah tersebut berdasarkan falsafah yang memberi penekanan terhadap aspek persaudaraan, kedamaian dan keamanan.

Menurutnya, ahli pertubuhan itu di seluruh dunia disemai dengan semangat persaudaraan yang tinggi, cintakan keamanan, kedamaian dan bersedia memberi pertolongan secara sukarela.

"Pengakap adalah satu pergerakan global yang boleh menyatukan semua bangsa tanpa mengira agama, kepercayaan, bahasa, budaya, etnik dan darjat seseorang ahlinya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Jamboree On The Air (JOTA) ke-54 dan Jamboree On The Internet (JOTI) ke-15 peringkat antarabangsa di Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan (IPGTAA) di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pesuruhjaya Bahagian Latihan Persekutuan Pengakap Kebangsaan, Shukur Mohsin; Pengarah Jambori JOTA/JOTI, Sabri Saad dan Pengarah IPGTAA Lipis, Jaafar Idris.

Jambori selama tiga hari dari 15 hingga 17 Oktober lalu dihadiri seramai 350 ahli pengakap mewakili Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kota Bharu, IPGM Kuala Terengganu, IPGTAA Lipis, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Pengakap Muda dan Pengakap Remaja sekolah menengah dari daerah Lipis, Pekan dan Kuantan.

Mohamad Shahrom yang juga Bendahari Persekutuan Pengakap Kebangsaan berkata, menerusi program tersebut, para ahli boleh berbincang mengenai pelbagai perkara ke arah mewujudkan keamanan dan kedamaian.

Terdahulu beliau berkata, perkhemahan tersebut merupakan platform kepada para ahli berinteraksi dengan ahli lain dari seluruh dunia menerusi perhubungan radio amatur dan Internet.

"Pengakap boleh berkomunikasi dengan lebih mudah menerusi peralatan canggih untuk bertukar fikiran dalam pelbagai perkara berasaskan persaudaraan sejagat," ujarnya.

Katanya, secara tidak langsung program tersebut menzahirkan pertubuhan itu merintis dalam bidang komunikasi sebagai modul latihan kepada pengakap kanak-kanak dan remaja di sekolah.

Full content generated by Get Full RSS.

IPT pemangkin pembangunan kecemerlangan sukan

Posted:

IPT pemangkin pembangunan kecemerlangan sukan

IPT pemangkin pembangunan kecemerlangan sukan


DR. Yuserrie Zainuddin (barisan tengah, enam dari kiri) bergambar bersama para pemenang Karnival Bola Keranjang tiga lawan tiga di Kompleks Sukan UMP, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.


KUANTAN 25 Okt. - Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat menjadikan institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai pemangkin dalam pembangunan kecemerlangan sukan di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, program itu menetapkan sasaran melahirkan sekurang-kurangnya 30 peratus atlet negara dari kalangan atlet IPT.

"Penglibatan mahasiswa bagi pembudayaan sukan dilihat bukan sahaja mendedahkan diri mereka dengan gaya hidup berkualiti, malah mampu menerapkan sifat positif dalam diri mereka," katanya selepas merasmikan Karnival Bola Keranjang tiga lawan tiga di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UMP, Prof. Dr. Yuserrie Zainuddin.

Sebanyak 102 pasukan dari 29 IPT seluruh negara menyertai karnival tersebut yang diadakan selama dua hari bagi merebut Piala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Kejohanan anjuran Pusat Sukan UMP bersama kementerian dengan kerjasama Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) itu disertai 20 IPT.

Mengenai kejohanan tersebut, Saifuddin berkata, penganjuran akan mencungkil bakat baru dan melahirkan lebih ramai atlet di kalangan mahasiswa bagi mewakili sukan tersebut.

Sementara itu Daing Nasir berkata, UMP turut memikul tanggungjawab untuk mencari dan menggilap bakat baharu dalam sukan tersebut.

Menurutnya, kepercayaan itu menuntut suatu perancangan rapi dan strategik bagi memperkasa sukan bola keranjang sebagai sukan tumpuan.

Beliau juga mengharapkan karnival itu menjadi pendorong dalam memartabatkan UMP sebagai Pusat Sukan Tumpuan Bola Keranjang dan sokongan orang ramai diperlukan bagi memajukan sukan itu ke peringkat lebih tinggi.

Pada kejohanan tersebut, pasukan Universiti Sains Malaysia (USM) B muncul johan kategori lelaki diikuti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) C di tempat kedua, manakala Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam B di tangga ketiga.

Bagi kategori wanita pula dimenangi pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) A diikuti USM A di tangga kedua.

Full content generated by Get Full RSS.

Dua beranak rugi RM47,000

Posted:

Dua beranak rugi RM47,000

Dua beranak rugi RM47,000

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanktn@gmail.com

KUANTAN 25 Okt. – Dua beranak kerugian RM47,000 selepas disamun tiga lelaki bersenjatakan parang di rumah mereka di Kampung Sungai Putat, Padang Piol dekat Jerantut, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, mangsa, seorang suri rumah warga emas berusia 69 tahun sedang tidur di ruang tamu bersama anak perempuannya yang berusia 34 tahun.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Bahagian Siasatan dan Perundangan) negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud (gambar) berkata, ketiga-tiga suspek dipercayai memasuki rumah mangsa melalui tingkap dapur.

"Mangsa dan anaknya sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan suspek yang menutup muka mereka sambil mengacukan parang.

"Suspek kemudian mengikat mangsa dengan wayar seterika sebelum menggeledah rumah dua beranak itu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Katanya, suspek berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM1,000 bersama barang kemas bernilai kira-kira RM46,000.

Tambahnya, selepas kesemua suspek melarikan diri, mangsa berjaya membuka ikatan mereka sebelum meminta bantuan jiran.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Jerantut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, katanya.

Mohd. Haris turut menasihatkan orang ramai supaya meningkatkan tahap keselamatan kediaman dan melaporkan kepada polis jika meninggalkan rumah mereka sepanjang musim perayaan ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Harapan selamat makin tipis

Posted:

Harapan selamat makin tipis

Harapan selamat makin tipis


ANGGOTA penyelamat mendukung bayi perempuan berusia dua minggu yang berada dalam dakapan ibunya semasa terperangkap lebih dua hari selepas gempa bumi di Van, Turki, semalam. - REUTERS


ANKARA 25 Okt. - Jumlah kematian akibat gempa bumi berukuran 7.3 skala Richter yang melanda wilayah Van dan bandar Ercis di timur Turki meningkat kepada 432 orang, kata Pentadbiran Kecemasan dan Bencana hari ini.

Katanya, seramai 1,352 orang turut dilaporkan cedera manakala 2,262 buah bangunan runtuh ekoran akibat bencana itu.

Sementara itu, wartawan Televisyen Reuters berkata, seorang bayi berusia 14 hari dan ibunya diselamatkan daripada runtuhan bangunan di Ercis selepas 46 jam gempa bumi melanda kawasan tersebut.

Namun harapan untuk menemui lebih ramai penduduk yang terselamat semakin pudar ketika pasukan penyelamat berusaha keras mencari mangsa di celah-celah runtuhan bangunan.

Beribu-ribu penduduk bermalam untuk hari kedua di bawah kanvas, kereta dan berkumpul dalam kumpulan kecil mengelilingi api di pekan-pekan ekoran dilanda beratus-ratus gegaran susulan selepas gempa kuat tersebut.

"Saya masih menggigil (kerana ketakutan). Selagi gegaran susulan masih berlaku, kami akan tinggal di atas jalan," kata seorang wanita Kurdis berusia 40-an yang memanaskan badan di depan unggun api di Van.

Dengan suhu waktu malam diramal menurun kepada dua darjah Celsius dan salji turun esok, penduduk berlindung mencari perlindungan sama ada di dalam kereta, khemah dan ada juga yang menggunakan sehelai selimut saja.

Di Ercis, pasukan penyelamat bekerja keras untuk mengeluarkan mangsa yang terselamat dari runtuhan bangunan, manakala berpuluh-puluh ambulans dan bantuan perubatan dari seluruh negara dihantar ke kawasan kejadian.

Stadium di bandar itu yang merupakan tempat bersukan dijadikan sebagai hospital padang yang besar.

Mangsa yang patah tulang dirawat di atas bangku, luka dibersihkan di gelanggang bola keranjang dan proses memasukkan darah dilakukan di atas lantai gelanggang.

"Peranan kami memberi bantuan awal serta menstabilkan mangsa sebelum menghantar mereka ke hospital di pekan berdekatan menggunakan ambulans atau helikopter.

"Kami mula bertugas sejam selepas gempa tersebut berlaku dan seramai 500 pesakit dirawat," kata Niyazi Celik, seorang doktor yang terlibat menghulurkan bantuan di bandar itu. - AFP/REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.

Gaddafi dikebumi secara rahsia di gurun

Posted:

Gaddafi dikebumi secara rahsia di gurun

Gaddafi dikebumi secara rahsia di gurun


MAYAT Gaddafi dan anaknya, Mutassim terbujur kaku dalam gambar yang dirakam 22 Oktober lalu. - AFP


MISRATA 25 Okt. - Jenazah Muammar Gaddafi dikebumikan awal pagi ini dalam satu upacara ringkas di kawasan gurun yang dirahsiakan di Libya.

Ia sekali gus menamatkan spekulasi berhubung pengebumian bekas pemimpin Libya itu yang jenazahnya sebelum ini dijadikan 'bahan pameran' di sebuah bilik sejuk beku di Misrata.

Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) berkata, anak Gaddafi, Mutassim bersama bekas Menteri Pertahanan, Abu Bakr Yunis Jaber yang turut terkorban dalam serangan Khamis lalu juga dikebumikan di upacara sama.

''Jenazahnya (Gaddafi) mula mereput dan majlis pengebumian diadakan di satu lokasi yang dirahsiakan.

''Ia dijalankan selepas tiada kata sepakat diambil melibatkan puak-puak yang menyokong Gaddafi yang sebelum ini dikatakan mahu menuntut jenazah beliau,'' katanya.

Sementara itu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Islam dikatakan berada berhampiran sempadan antara Niger dan Algeria.

Sumber NTC berkata, Saif dipercayai merancang untuk melarikan diri dari Libya menggunakan pasport palsu.

''Dia kini di selatan Ghat, sempadan antara Niger dan Algeria. Dia telah diberikan pasport palsu untuk melarikan diri,'' katanya.

Menurut sumber itu, bekas ketua risikan, Abdullah Senussi turut berada di sempadan untuk membantu membawa keluar Saif.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi NTC, Mustafa Abdel Jalil memberi jaminan pihaknya akan menubuhkan satu jawatankuasa menyiasat kematian Gaddafi.

Ini kerana sehingga kini, kematian Gaddafi masih menimbulkan persoalan tentang bagaimana beliau terbunuh dan siapa yang bertanggungjawab membunuhnya. - REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


"Muzik saya untuk semua"

Posted:

"Muzik saya untuk semua"

"Muzik saya untuk semua"

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH
dan ihsan JAG CONCERTS & EVENTS


REAKSI David Foster terhadap salah satu pertanyaan yang diajukan kepadanya sambil disampuk Michael Bolton di sebelahnya.


PERJALANAN seninya yang menjangkau empat dekad membuatkan dirinya berdiri teguh sebagai salah seorang karyawan seni yang cukup dikagumi.

Dengan trek rekod cemerlang - 16 trofi Grammy dan tiga kali dicalonkan untuk Oscar sudah membuktikan David Foster memang bukan sembarangan pemuzik.

Sentuhan magisnya yang berjaya melahirkan banyak lagu popular sekali gus meletakkan setiap penyanyi di puncak kemasyhuran membuatkan ramai yang menyimpan hasrat untuk bekerja sama dengannya.

Nama-nama seperti Whitney Houston, Celine Dion, Madonna, Michael Jackson, Toni Braxton, Barbra Streisand, Michael Buble, Josh Groban, All-4-One, Natalie Cole dan Destiny's Child antara penghibur yang telah menggunakan khidmat Foster sebagai komposer, penerbit album mahupun penggubah lagu.

Namun, kata Foster, bukan mudah untuk mencari seorang penyanyi yang mempunyai bakat semulajadi untuk dibentuk dan diketengahkan menjadi seorang artis ternama.

"Semua orang mempunyai bakat waima dalam apa jua bidang sekalipun. Tetapi, untuk mencari yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam bidang nyanyian terutamanya bukan mudah.

"Kalau diperhatikan kepada bintang-bintang ternama seperti Whitney mahupun Celine, kejayaan mereka bukan hanya bersandarkan bakat semata-mata tetapi juga usaha dan kerja keras.

"Benar, sebagai seorang karyawan, tugas saya adalah untuk menghasilkan karya yang bagus untuk diberikan kepada penyanyi yang bagus juga," kata Foster atau nama sebenarnya David Walter Foster ini dalam sidang akhbar singkat yang berlangsung di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur, hujung minggu lalu.

Kehadiran Foster ke negara ini adalah untuk Konsert Hitman: David Foster & Friends Live In Asia Tour 2011 yang telah berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam Sabtu lalu.

Konsert anjuran JAG Concerts & Events, dibawakan oleh Enrich Malaysian Airlines, juga membariskan lima artis popular iaitu Charice, Michael Bolton, Ashanti, Philip Bailey dan Russell Watson.

Luar biasa

Menyambung bicaranya, Foster memberikan contoh bagaimana dia mengesan bakat Charice menerusi YouTube yang disifatkan sebagai bakat luar biasa.

"Saya percaya kita mampu mencari bakat dan penyanyi yang bagus di serata dunia. Charice misalnya, siapa sangka penyanyi dari Asia sepertinya mampu mencipta kejayaan luar biasa dalam masa yang singkat," ujarnya yang juga telah memberikan sentuhan magis untuk album penyanyi cilik, Jackie Evancho yang kini menempa nama di seluruh dunia.

Dalam pertemuan itu juga, Foster yang berusia 61 tahun itu juga mempunyai justifikasi sendiri terhadap konsep David Foster & Friends hampir dua tahun lalu.

Apatah lagi selepas mencipta kejayaan sebagai karyawan seni yang selama ini hanya duduk di belakang tabir sahaja, pastinya ramai yang mahu tahu apakah misi sebenar Foster menerusi siri konsert itu.

"Selama ini, saya hanya duduk di studio dan melihat bagaimana bintang-bintang saya merakamkan lagu-lagu ciptaan saya.

"Tetapi, saya tidak pernah merasai pengalaman berada di atas pentas dan untuk melihat sendiri bagaimana lagu-lagu saya dinikmati oleh masyarakat.

"Lalu, apabila saya muncul dengan idea ini, saya tidak menyangka ia menjadi satu kejayaan dan diterima baik oleh peminat. Ternyata, lagu-lagu saya berjaya sampai ke lubuk hati pendengar dan barulah saya tahu bahawa karya saya diterima dengan baik selama ini.

"Saya tidak mencipta lagu untuk seorang dua tetapi untuk semua lapisan masyarakat di seluruh dunia. Saya benar-benar bersyukur dengan kejayaan itu," katanya yang kini sedang sibuk menghasilkan lagu-lagu untuk pementasan muzikal terbaru di Broadway, New York berjudul Betty Boop.

Dalam masa yang sama, Foster melahirkan rasa bertuah apabila kerjasama yang diberikan oleh setiap artis dalam siri konsertnya itu cukup memberangsangkan.

"Saya juga gembira untuk kembali ke Malaysia selepas kali pertama ke sini 17 tahun lalu. Saya sukakan persekitaran di negara ini dan untuk itu, tiada alasan untuk saya tidak menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi konsert ini," ujar Foster lagi.

Konsert paling hebat

Bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam Sabtu lalu, Foster membuktikan bahawa gelaran Hitman yang diberikan kepadanya adalah milik mutlaknya.

Dengan rangkaian lagu-lagu popular dan ber status malar segar, Konsert Hitman: David Foster & Friends Live In Asia Tour 2011 boleh dianggap sebagai antara konsert antarabangsa terbaik setakat ini.

Membariskan lima artis popular, ternyata gabungan dalam konsert ini menepati cita rasa muzik dan sasaran penonton.

Charice yang membuka tirai persembahan dengan lagu Louder merupakan antara bintang yang cukup dinanti-nantikan.

Walaupun usianya baru 19 tahun, namun, bakat yang dimilikinya setanding dengan bintang ternama dunia yang lain.

Buktinya, sewaktu dia menyampaikan lagu-lagu seperti Stand Up For Love yang pernah dipopularkan oleh Destiny's Child, Un-Break My Heart (Toni Braxton) dan The Power of Love (Laura Branigan, kemudiannya dipopularkan oleh Celine), stadium menjadi senyap seketika dengan lontaran vokalnya yang cukup bertenaga.

"Saya pasti seluruh penduduk Asia berbangga dengan pencapaian dan kejayaan Charice. Anda di luar sana juga boleh jadi sepertinya kerana semua orang diberikan anugerah bakat semula jadi," kata Foster sebaik sahaja Charice selesai membuat persembahan.

Dayang memukau

Sempena dengan konsert itu juga, Foster telah menganjurkan pertandingan Born To Sing Asia yang memberi peluang kepada bakat di Asia untuk membuat persembahan bersama Foster.

Kejutan pada malam itu datangnya daripada penyanyi popular negara, Dayang Nurfaizah yang merupakan salah seorang pemenang pertandingan itu.

Sesungguhnya Dayang seorang yang cukup bertuah kerana bukan mudah untuk mendapat peluang menyanyi bersama maestro muzik tersohor dunia itu.

Membawakan lagu Look What You've Done to Me yang pernah dipopularkan oleh Boz Scaggs, Dayang berjaya memukau hampir 5,000 penonton dan sekali gus mendapat tepukan gemuruh.

Seorang lagi pemenang, Ann dari Klang, Selangor juga tidak kurang hebatnya apabila membawakan lagu popular Chaka Khan, Through The Fire.

Meneruskan persembahan, penyanyi tenor kelahiran Lancashire, England, Russell Watson menyampaikan lagu-lagu seperti Because We Believe, Volare, You Raise Me Up dan Nessun Dorma.

Memang tidak dinafikan lagi, kemunculan Ashanti juga antara yang dinanti-nantikan walaupun dia tidak pernah menggunakan khidmat Foster dalam mana-mana penerbitan album dan lagunya.

Tetapi, Foster memberitahu dia dan Ashanti dengan pantas menjalin hubungan baik sewaktu dia menghubungi penyanyi itu untuk turut serta dalam konsert tersebut.

Membuka tirai persembahannya, Ashanti menyampaikan medley Foolish, What's Luv? dan Always on Time yang masih lagi mendapat tempat di hati peminat.

Keupayaan vokal Ashanti terus diuji menerusi dua buah lagu dari album runut bunyi, The Bodyguard iaitu I Have Nothing dan I Will Always Love You.

Retro kembali

Philip Bailey muncul dengan rangkaian lagu-lagu popular 1970-an, membuatkan penonton bangun dari tempat duduk masing-masing.

Vokalis kumpulan Earth, Wind & Fire itu menggegarkan stadium dengan lontaran vokal mantapnya menerusi lagu-lagu seperti In the Stone, Fantasy, After The Love dan September.

Kemunculan Michael Bolton boleh dianggap sebagai kemuncak konsert dengan lagu When A Man Loves A Woman.

Dalam usia 58 tahun, vokal Bolton yang bersifat maskulin dan seksi, sungguh enak didengar tatkala dia menyampaikan lagu To Love Somebody dan Georgia On My Mind.

Klimaks persembahan Bolton membawakan lagu yang dianggapnya sebagai karya agung Foster, The Prayer bersama Charice.

Earth Song yang pernah dipopularkan oleh Michael Jackson di mana Foster merupakan penerbitnya menjadi lagu penutup konsert lebih dua jam itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Janji berikan yang terbaik

Posted:

Janji berikan yang terbaik

Janji berikan yang terbaik

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar HAFIZ JOHARI

APABILA nama Khairunazwan Rodzi dipilih sebagai pengarah teater Badai Semalam, ada segelintir pihak bagaikan meragui pemilihan yang dilakukan oleh Istana Budaya (IB).

Jika diselak lembaran diari seninya selama ini, harus diakui, Khairunazwan belum pernah mengarahkan sebuah pementasan berskala besar seperti Badai Semalam.

Lagipun, namanya tidak begitu dikenali seperti pengarah teater lain yang mempunyai pengalaman luas dalam mengarahkan teater-teater hebat sebelum ini.

Lalu, apakah Khairunazwan mampu memberikan impak yang luar biasa menerusi Badai Semalam yang sememangnya merupakan naskhah yang cukup ditunggu-tunggu ramai itu.

Bertemu dengan graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di IB baru-baru ini, dia benar-benar terharu dan bersyukur dengan peluang yang diberikan kepadanya.

Sesungguhnya kata Khairunazwan atau lebih mesra disapa sebagai Azwan ini, kepercayaan yang diberikan oleh IB membuatkannya lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik bagi pementasan teater Badai Semalam.

"Saya harus akui perasaan gementar dan gemuruh itu memang ada kerana ini merupakan kali pertama saya diberikan peluang mengarahkan teater di pentas yang besar.

"Namun, berbekalkan pengalaman sebelum ini sebagai pembantu pengarah untuk teater Natrah, saya yakin mampu memberikan sentuhan tersendiri bagi Badai Semalam," ujar Azwan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Teater dan Diploma Seni Teater dari Aswara ini penuh optimis.

Badai Semalam akan dipentaskan di Panggung Sari, IB, Kuala Lumpur bermula 11 hingga 20 November ini dan dibarisi pelakon popular negara yang bakal membawakan watak-watak ikonik dalam novel karya agung Khadijah Hashim itu.

Mereka yang dimaksudkan itu ialah Erra Fazira yang membawakan watak Mazni, Aaron Aziz (Karim), Umie Aida (Rohana), Fizz Fairuz (Zaki), Ziela Jalil (Bibah), Emelda Rosmila (Mahani) dan Iqbal Taufik (Haris).

Bagi memastikan skrip teater ini mampu meninggalkan kesan mendalam kepada penonton, IB telah melantik tiga orang aktivis teater terkenal iaitu Aminah Raphor, Erma Fatima dan Rahim Bidin sebagai panel skrip Badai Semalam.

Azwan boleh dikatakan sebagai seorang yang cukup bertuah kerana bukan calang-calang pengarah yang dapat peluang mengarahkan artis terkenal dalam satu pementasan hebat seperti Badai Semalam.

Dalam konteks ini, Azwan menjelaskan, walaupun pelakon-pelakonnya terdiri daripada nama-nama besar dalam industri seni tempatan, dia tidak melihatnya sebagai satu halangan untuk berkomunikasi dengan mereka.

Malah, katanya juga, menerusi beberapa perjumpaan dan latihan, kesemuanya memberikan kerjasama yang sangat baik selain melontarkan input dan idea masing-masing bagi memantapkan lagi naskhah Badai Semalam.

"Saya tidak kisah sangat tentang pelakon kerana saya yakin dengan kemampuan mereka tetapi apa yang cukup saya titik beratkan adalah penyampaian emosi cerita ini.

"Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Badai Semalam bukan sembarangan naskhah dan mereka yang sudah membacanya tahu akan intipati serta kekuatan emosi dalam cerita itu.

"Apa yang saya harapkan agar peminat dan pembaca novel ini nanti akan dapat menerima Badai Semalam versi teater ini dengan penuh terbuka," ujar Azwan yang pernah dicalonkan untuk Pengarah dan Skrip Terbaik menerusi Pokok Kelapa Sayang pada Anugerah Seni Boh Cameronian beberapa tahun lalu.

Katanya lagi, sudah menjadi satu kelaziman apabila sesebuah naskhah itu diadaptasi ke mana-mana medium, perbandingan pasti akan dilakukan.

Atas alasan itu jugalah, beberapa rombakan kecil dalam 20 peratus telah dilakukan bagi menyesuaikan dengan senario dan keadaan pentas itu sendiri.

Untuk versi teater ini, Azwan memberi jaminan bahawa dialog dan skrip yang dilontarkan oleh setiap pelakon akan menjadi visual serta bayangan seperti mana yang dialami oleh pembaca yang pernah membaca novelnya.

"Namun, setiap orang ada gambarannya sendiri dan itu adalah sesuatu yang cukup subjektif. Apa yang kami lakukan untuk teater ini adalah mengikut perspektif kami tetapi tidak lari jauh daripada jalan cerita asalnya," kata bekas tenaga pengajar untuk program realiti televisyen Pilih Kasih musim pertama dan kedua.

Teater yang diterbitkan IB dengan kerjasama Frensis Sdn. Bhd., ini juga telah memilih Kumpulan Utusan sebagai media rasmi serta stesen radio nombor satu negara, Sinar FM sebagai stesen rasmi dalam mempromosikan Badai Semalam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Guru menang Anugerah Apicta Terbaik Perdana Menteri

Posted:

Guru menang Anugerah Apicta Terbaik Perdana Menteri

Guru menang Anugerah Apicta Terbaik Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Kaedah e-Pembelajaran menerusi blog bagi mendidik anak Orang Asli melayakkan seorang guru dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik MSC Malaysia (Apicta) Terbaik Perdana Menteri, tahun ini.

Penerimanya, Muhamad Hafiz Ismail, 25, merupakan seorang guru Matematik di Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang, Sungai Siput (Utara), Perak berjaya mengetepikan kira-kira 250 calon lain dalam kategori yang sama.

Anak kelahiran Kedah itu memenangi anugerah tersebut dengan blog www.apistakkisah.blogspot.com yang bertajuk Life Through My Eyes: A teacher's little steps towards perfection dengan menceritakan pengalaman tahun pertamanya di sekolah berkenaan.

"Saya ingin berkongsi pengalaman suka-duka bersama rakan yang lain dalam dunia pendidikan mengenai kaedah yang digunakan oleh saya untuk mendidik murid terutama anak Orang Asli supaya mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas.

"Blog ini juga merupakan satu bentuk jaringan untuk guru meluahkan dan berkongsi apa sahaja mengenai pengalaman mereka memandangkan di negara ini agak jarang adanya jaringan bagi menghubungkan warga pendidik," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambah Muhamad Hafiz, kandungan dalam blognya itu turut telah dibukukan oleh penerbit Universiti USCI dan MPH.

Bagi Anugerah Projek Pelajar kategori Menengah dimenangi oleh Sekolah Menengah Foon Yew, Kulai, Johor manakala kategori Rendah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Dua Sungai, Mukah, Sarawak.

Sementara itu, Idottv Sendirian Berhad pula memenangi merit bagi Anugerah Teknologi Hijau Terbaik dengan memperkenalkan produk bil 'hijau' yang akan memasuki pasaran pada akhir tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrin Mohd. Noor berkata, fokus produk itu adalah bagi mengurangkan penggunaan kertas ke atas bil telefon bimbit oleh syarikat telekomunikasi.

"Dengan adanya bil hijau ini, pengguna boleh menyemak penggunaan alat komunikasi menerusi telefon atau online bagi mengurangkan pergantungan dan penggunaan kertas yang berlebihan.

"Kajian juga menunjukkan setiap tahun penggunaan kertas bil telefon mampu membentuk 222 Menara Berkembar Petronas (KLCC) dengan anggaran 10 juta pengguna," ujarnya.

Kesemua pemenang berjaya membawa pulang sebuah trofi dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili yang turut dihadiri Pengerusi Multimedia Davelopment Corporation, Tan Sri Halim Ali.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Dilema kendali kes murtad

Posted:

Dilema kendali kes murtad

Dilema kendali kes murtad

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

ISU murtad perlu dilihat dari skop umat Islam itu sendiri iaitu bagaimana kita hendak membendung atau menangani gejala penyimpangan akidah dalam agama tersebut agar tidak terus menjadi suatu wabak penyakit.

Mungkin ada dalam kalangan umat Islam yang menganggap mereka boleh menukar agama dengan sewenang-wenangnya dan golongan parasit ini umpama duri dalam daging.

Jika dibiarkan tanpa dibendung ia akan merosakkan tiang agama dan mampu meruntuhkan institusi agama Islam itu sendiri.

Tindakan menukar agama ini bukan sahaja berlaku di kalangan saudara baru yang memeluk agama Islam bahkan kepada penganut jati agama itu.

Apabila ini terjadi, selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Jamil Khir Baharom yang pening kepala, peguam syarie turut tidak terkecuali.

Ini kerana mereka terpaksa mengemukakan hujah-hujah bernas supaya Hakim Syarie dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Tetapi pernahkah kita terfikir bagaimanakah kesukaran atau dilema yang ditanggung oleh para peguam syarie yang terpaksa mengendalikan permohonan daripada orang Islam yang ingin meninggalkan agama tersebut.

Dalam pengertian biasa, barangkali ia boleh diibaratkan umpama diluah mati emak ditelan mati bapa kerana pengamal undang-undang syarie (peguam syarie) sendiri beragama Islam. Masakan tidak, kita seolah-olah menyokong perbuatan untuk memilih jalan mereka sendiri.

Namun itulah realiti yang perlu dihadapi oleh peguam syarie.

Ketika diajukan persoalan tersebut, pengamal undang-undang syarie, Roshdan Sujak Rafie berkata, sepanjang 11 tahun beramal sebagai peguam syarie, beliau pernah didatangi oleh individu yang ingin keluar Islam tetapi menolaknya dengan penuh berhemah.

''Mungkin prinsip saya berbeza sedikit dengan peguam-peguam syarie lain. Saya sebenarnya merasa terbeban jika membawa kes-kes begini kerana dalam hati ini sedikit sebanyak akan tercetus rasa bersalah lantaran menolong orang yang mahu keluar daripada Islam. Walaupun mereka tidak lagi mengerjakan segala ajarannya namun ia nyata berbeza dengan keluar daripada agama Islam.

''Tidak mengerjakan ajaran atau amalan Islam adalah dosa antara si pelaku dengan Allah dan mungkin suatu masa nanti pelaku boleh bertaubat kerana masih kekal dalam Islam.

''Namun jika keluar Islam, pintu taubat dan segala amalan baiknya telah terputus kerana dia tidak lagi menganut agama tersebut. Hukuman bagi orang yang murtad tidak lain tidak bukan adalah bunuh setelah mereka ini diberi peluang untuk bertaubat tetapi enggan,'' ujar beliau.

Dek kerana perasaan itulah, Roshdan berpendapat, jika menolong orang keluar Islam seolah-olah beliau juga menggalakkan mereka untuk memutuskan segala amalan dengan Allah.

Secara tidak langsung terdetik juga di hati beliau, dirinya bersubahat membantu individu terbabit melakukan dosa tersebut dan keadaan itu mungkin memberi kesan ketenangan dalam kehidupannya.

Hukuman itu sendiri menurut Roshdan, menggambarkan betapa besarnya kesalahan itu dan sudah tentu ia akan memalit sedikit dosa jika beliau terlibat sama dalam membantu mereka yang murtad.

Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) itu berkata, antara sebab yang paling ketara sehingga mendorong seseorang itu murtad adalah dia memeluk agama Islam bukan disebabkan kerelaan hatinya tetapi kerana mahu berkahwin dengan orang Islam semata-mata.

Apabila berlaku perceraian atau masalah dalam rumah tangga, kata Roshdan, mereka akan kembali ke agama asal kerana tidak mengamalkan ajaran Islam.

Sekiranya seseorang mahu keluar daripada Islam, suatu permohonan perlu dibuat di Mahkamah Syariah dan hakim syarie akan menilai setakat mana seseorang itu benar-benar murtad dan biasanya melalui pengakuan orang itu sendiri.

Jika mahkamah berpuas hati, pemohon benar-benar mahu meninggalkan Islam biarpun selepas unjuran taubat diberikan maka mahkamah wajar membenarkan permohonannya.

Lazimnya Jabatan Agama Islam akan meminta golongan ini bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam dengan menghantar mereka ke pusat pemulihan akidah selama tempoh tertentu.

Namun begitu, tiada prosedur khusus di setiap negeri kerana ia mengikut kehendak Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama negeri tersebut. Setakat ini hanya Negeri Sembilan mempunyai undang-undang khusus bagi mereka yang ingin murtad.

Berdasarkan pengalaman, beliau akan memperhalusi terlebih dahulu kedudukan dan fakta serta sebab musabab mengapa individu tersebut hendak keluar dari Islam.

Jika ada jalan untuk membetulkan dan mengembalikan akidahnya, individu terbabit akan dinasihatkan dengan berhemah namun sekiranya tiada peluang untuk menanganinya, Roshdan berkata, beliau akan meminta mereka ke jabatan berkaitan termasuk Mahkamah Syariah ataupun Jabatan Agama Islam.

Dari sudut undang-undang, satu ketentuan khusus perlu ada bagi menentusahkan murtad seseorang. Ia tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya dan tanpa pengesahan serta pengiktirafan, seseorang itu belum lagi dikira telah keluar Islam.

Ia penting kerana mahkamah akan menentukan adakah seseorang itu benar-benar telah murtad atau sebaliknya. Ini kerana murtad bukan sahaja lahir daripada perkataan malah boleh terbit daripada perbuatan dan kelakuan seseorang.

Justeru, suatu peraturan dalam memilih dan menukar agama perlu ada kerana apabila seseorang telah membuat pilihan maka dia terikat dengan segala ketetapan dan peraturan agama tersebut agar tidak berlaku kecelaruan.

Islam menjadi teras dalam menentukan sesuatu perkara dan tidak terkecuali dalam kes murtad. Apabila seseorang telah memeluk Islam kemudian berpaling daripadanya, maka peraturan agama Islam wajib dipakai.

Mereka ini perlu diminta bertaubat, diberi peringatan akan hukumannya dan dibunuh jika terus murtad.

Peraturan sesuatu agama perlu dipatuhi sebelum menukar agama lain dan secara jelas ia tidak bertentangan dengan konsep Perlembagaan Persekutuan tersebut.

Sebagai kesimpulan ujar Roshdan, walaupun terdapat kaedah atau peruntukan untuk membenarkan seseorang itu keluar dari agama Islam namun sebagai peguam syarie beliau masih berpendirian, penglibatannya dalam kes demikian akan memberikan impak kepadanya dan juga masyarakat.

Roshdan melihat ia sebagai suatu tanggungjawab yang berat dan harus dipikul kerana sudah tentu beliau tidak mampu menangani individu yang ingin keluar dari Islam tanpa ada suatu bentuk hukuman yang selari dengan kehendak syarak.

Full content generated by Get Full RSS.

Kisah Hudud I: Kaji, kaji, kaji...?

Posted:

Kisah Hudud I: Kaji, kaji, kaji...?

Kisah Hudud I: Kaji, kaji, kaji...?

Oleh Zaini Hassan


Aceh melepasi keghairahan Kelantan dalam melaksanakan hukuman hudud. Jika Kelantan melaksanakan kelak, hukuman seperti ini boleh dicadang diadakan di hadapan Masjid Muhammadi, Kota Bharu setiap kali selepas solat Jumaat. Di Pulau Pinang pula, di hadapan Kompleks Komtar. Gambar ini menunjukkan seorang wanita menghadapi hukuman rotan di khalayak ramai di Aceh kerana melakukan maksiat.


SAYA amat teruja membaca berita utama New Straits Times (NST) semalam (25 Oktober) mengenai langkah kerajaan Pas Kelantan menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal untuk mengkaji "kemungkinan melaksanakan" Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, atau hukum hudud di negeri itu. Jawatankuasa itu terdiri daripada panel 19 anggota.

Saya juga cukup teruja kerana selepas Nik Aziz Nik Mat berhempas pulas membangkitkan isu itu (terutamanya menjelang ketibaan pilihan raya umum) sejak 1990-an (kira-kira 20 tahun lalu), baru kini ia mahu dikaji?

Sepatutnya ia hanya menunggu untuk pelaksanaan sahaja dan soal teknikal telah diselesaikan sejak belasan tahun malah puluhan tahun dulu lagi.

Saya dan mungkin jutaan lagi rakyat Malaysia amat hairan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Pembangunan Islam Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah itu.

"Ia (panel itu) akan mengkaji kemungkinan melaksanakan enakmen itu, kerana ia mempunyai pandangan perundangan yang ia (hudud) boleh dijalankan, tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan.

''Jawatankuasa itu akan melihat sebarang ruang yang ada untuk pelaksanaan. Jika ada, jawatankuasa itu akan membuat syor kepada kerajaan negeri," kata Amar kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri itu kelmarin.

Sekali lagi saya kebingungan. Mahu kaji lagi? Mahu cari ruang lagi, mahu mencari syor lagi. Saya cukup sedih kerana selepas lebih 20 tahun soal hudud digembar-gemburkan ia masih dalam kajian?

Kajian apa lagi wahai Tuan Guru Nik Aziz? Sepanjang pengalaman saya membuat liputan di Kelantan dulu (semasa Nik Aziz mula menjadi MB), setiap kali isu hudud dibangkitkan, inilah bunyi ceritanya – kaji, kaji, kaji...

Sekali lagi saya cukup bingung dan keliru. Apakah Nik Aziz mahu membingungkan rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam? Sudahlah Tuan Guru. Cukuplah.

Saya, yang mengikuti soal hudud ini sudah terlalu lama merayu Nik Aziz cepat-cepatkanlah melaksanakan hukuman hudud itu di Kelantan dan negeri-negeri pakatan pembangkang lain, terutamanya di Pulau Pinang.

Sudah tentu Lim Guan Eng juga akan mengalu-alukan hukum hudud dilaksanakan di negerinya kerana ia boleh menjamin Pulau Pinang bebas daripada jenayah di negeri itu. Lagipun kan Guan Eng seorang pejuang (advocate) anti jenayah dan moral yang hebat.

Sesiapa yang didapati melanggan GRO rakyat China yang terlalu ramai di negeri itu sekarang akan dihukum rotan di khalayak ramai, di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Dengan sendirinya tugas polis pun akan lebih ringan dan sekali gus rumah-rumah persundalan dan kelab-kelab GRO akan dapat ditutup. Selangor juga, dikhabarkan sedang menghadapi masalah kebanjiran rumah urut yang semakin bercambah. Ia juga boleh dilaksanakan di Selangor.

Wahai Tuan Guru Nik Aziz marilah kita berdoa supaya pelaksanaan hukum hudud dapat dilaksanakan dengan segera di Kelantan.

Lagipun, Kelantan mencatatkan kes HIV/AIDS yang tertinggi di Malaysia, yang kini sudah mula menjangkiti isteri-isteri pasangan masing-masing.

Bagi Karpal Singh, yang pernah berkata "langkah mayat" dia dulu jika undang-undang dan konsep negara Islam itu mahu diadakan juga perlulah akur. Hormatilah sedikit Nik Aziz yang merupakan orang berpengaruh dalam pakatan.

Bagi negeri-negeri lain pula, perkasakanlah isu-isu ekonomi, muamalat dan munakahat kerana ia akan menjamin kesejahteraan hidup umat Islam.

Apabila perut kenyang dan terhindar daripada kemiskinan maka tiadalah wujud jenayah dan kekufuran yang bukan-bukan.

(Baca: Di antara Syariat Islam dan hukum hudud di bawah tulisan ini yang dipetik: Dari sekitar 500 ayat-ayat ahkam, hanya sebahagian kecil sahaja yang menyentuh hukum hudud dan selainnya menggarap isu-isu ekonomi, muamalat, munakahat, hubungan antarabangsa dan sebagainya.)

Saya berharap Nik Aziz, ikhlaslah kali ini. Laksanakanlah segera hudud di Kelantan. Jika boleh luluskanlah cepat. Kami semua sudah penat dengan isu yang tidak habis-habis ini. Jangan biarkan orang lain gelak kepada kita.

KISAH HUDUD II: DI ANTARA

SYARIAT ISLAM DAN HUKUM HUDUD

INI adalah perspektif kedua mengenai hukum hudud yang saya mahu berkongsi dengan pembaca. Ia ditulis oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah, Ketua Biro Dakwah, Ikatan Muslimin Malaysia – ISMA (www.isma.com).

Ikuti tulisan beliau:

SEMASA saya belajar di University of Queensland 1984-1987 dulu, apabila pokok Jacaranda yang meranting kering di musim sejuk mula berbunga lebat berwarna ungu hampir di setiap jalan di universiti, di sebalik kecantikannya, jiwa para mahasiswa/i mula gundah gulana kerana ia menandakan peperiksaan hampir tiba.

Begitu juga di Malaysia, di setiap penghujung empat tahun lalu apabila isu hukum hudud mula dilemparkan melalui media massa ke tengah-tengah para pengundi, ia menandakan musim Pilihan Raya Umum Malaysia hampir tiba, hanya menunggu bila tarikhnya ditetapkan, bergantung respons para pengundi di bandar dan kampung, tua dan muda, kafir dan Islam.

Bagi golongan masyarakat yang faham dan beriman, mereka melihat dan menilai isu ini dengan pandangan Syarak dan pertimbangan realiti.

Namun mereka adalah hanya segelintir dari masyarakat umum yang jauh lebih ramai dan tersebar di seluruh negara.

Ada pun pada umum masyarakat, mereka kebingungan kerana sekali lagi isu ini diketengahkan dalam keadaan ilmu dan jiwa mereka yang tidak mampu memahaminya, dan ramai dari kalangan mereka yang akhirnya membuat pertimbangan dari neraca yang tidak Islamik lalu mengambil pendirian yang tidak tepat.

Syariat Islam dan hukuman Hudud mempunyai perbezaan yang sangat jauh. Syariat Islam adalah satu sistem hidup rabbani, keseluruhannya berasaskan al-Quran, kitab Allah dan petunjuk peninggalan dari Sunnah Rasul-Nya, Muhammad SAW, bermula dari membina ilmu dan akidah, melahirkan ibadah dan akhlak pada diri dan masyarakat dalam sesebuah negara, kemudian mereka meluaskan dakwah Islam ke negara-negara jiran sehingga Islam memimpin dan membimbing seluruh dunia, tanpa meninggalkan seinci pun bumi yang tidak diperintah oleh Syariat Islam.

Dengan ini Syariat Islam sifatnya membangunkan manusia dan dunia, lahir dan batin, manakala hukum menghukum seperti hudud, takzir dan seumpamanya boleh kita nisbahkan sebagai hanya 5% sahaja dari Syariat Islam yang sifat umumnya adalah membangun.

Sebab itu al-Quran yang mempunyai lebih 6,000 ayat hanya mempunyai sekitar 500 ayat sahaja mengenai hukum hakam atau dipanggil "Ayat-ayat Ahkam".

Dari sekitar 500 ayat-ayat ahkam, hanya sebahagian kecil sahaja yang menyentuh hukum hudud dan selainnya menggarap isu-isu ekonomi, muamalat, munakahat, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Adapun hukuman yang digelar "Hudud", ia adalah tujuh hukuman yang telah ditentukan Allah dalam al-Quran dan As-Sunnah.

Bagi mereka yang suka penerangan dengan angka, saya gambarkan di sini (sekadar mengemukakan angka yang tidak semestinya tepat, tetapi boleh memberi kefahaman yang lebih jelas), hukuman Hudud yang tujuh itu adalah seperti sekitar 5 peratus (%) dari undang-undang Islam yang 95% lagi adalah Takzir (denda) yang diserahkan kepada Dewan Rakyat di Parlimen menggubalnya dan hakim di kamar mahkamah menentukannya.

Oleh kerana 7 hukuman tersebut (1. bunuh, 2. zina, 3. menuduh zina/qazaf, 4. curi, 5. minum arak, 6. samun/qat' tariq, 7. bughoh – menentang pemerintah dengan kekerasan) telah ditentukan Allah, dan tidak boleh diolah lagi oleh Parlimen atau hakim, maka ia disebut Hudud, di dalam bahasa Inggeris bermakna "already defined".

Kalau begitu, hukuman dan denda (termasuk Hudud) hanyalah 5% daripada ajaran Islam yang bersifat membina umat dan negara, bukan meruntuh dan menghukum, manakala hukuman Hudud hanya 5% daripada undang-undang Islam dalam sesebuah negara yang lengkap dan membangun, maka dari segi matematiknya hudud hanya 5% x 5% = 0.25% daripada keseluruhan ajaran dan Syariat Islam sebenarnya.

Ia bukan segala-galanya mahupun juzuk besar daripada ajaran Islam yang sangat luas, membangun dan membahagiakan umat manusia.

Begitu juga yang kita maksudkan dengan rumah tangga Islam adalah ibu bapa yang berkeperibadian Islam, mendidik anak-anak dengan ajaran Islam, menjaga adab-adab Islam dalam rumah, suami isteri yang saling menghormati perjuangan Islam masing-masing, berdakwah kepada jiran-jiran, dan sebagainya, bukan semata-mata si ayah merotan anak (hukuman).

Begitu juga apabila kita maksudkan dengan sebuah Negara Islam, ia adalah negara yanag tertegaknya Syariat Islam dalam setiap bidang kehidupan rakyatnya, dan bukan semata-mata melaksanakan hukuman Hudud dan cuai pelbagai aspek Syariat Islam yang lain.

Ringkasnya, apa yang rakyat Islam di Malaysia mahu adalah penegakan Syariat Islam dalam semua bidang media massa terutamanya di siaran televisyen, pendidikan, pengurusan negara, kementerian dan jabatan, membebaskan rakyat daripada belenggu budaya Barat, membina umat yang berjihad dan punya kekuatan di rantau, menguatkan kesatuan umat dan membanteras perpecahan, menguatkan hubungan di antara negara-negara Islam, menyebarkan roh Islam ke dalam jabatan dan sektor kerajaan dan swasta, membanteras rasuah, membanteras pelacuran, arak, judi, dadah, kelucahan, pergaulan bebas, bidah, khurafat, syirik, mendorong hafazan al-Quran dan bahasa Arab terutama kepada generasi baru dengan berbagai insentif, kesihatan, ekonomi, akhlak, berjimat dengan wang rakyat dan menyuburkannya, meneroka kekayaan dan hasil bagi negara dan mengelakkan pemborosan dan pelaksanaan undang-undang Islam termasuk Hudud.

Oleh kerana itu kita adalah rakyat yang lebih bijak dari terheret membincangkan isu hudud menjelang pilihan raya, sedang selama tempoh tenang 4-5 tahun di antara dua musim pilihan raya, media massa merosakkan umat dengan memaparkan budaya Barat yang negatif kepada anak bangsa kita, pelacuran, arak, judi, kelucahan, rasuah tersebar ke tahap yang sukar dibendung dan telah menghakis banyak tunggak-tunggak negara terutamanya akhlak dan jiwa rakyat serta wang dan kekayaan negara.

Semangat roh jihad di kalangan belia dan bebas dari pengaruh dominasi Kuasa Barat merupakan tunggak penting yang masih di dalam keadaan yang minimum.

Apa yang kita tuntut adalah Malaysia menjadi sebuah Negara Islam yang didefinisikan oleh Imam Hasan Al-Banna yang bermaksud "tidak akan tertegak Ad-Daulah Al-Islamiyah (Negara Islam) melainkan di atas asas Dakwah, sehingga ia menjadi Negara Risalah (negara yang mempunyai visi dan misi menyebarkan Islam ke seluruh dunia), bukan (semata-mata) ia berbentuk pentadbiran, atau kerajaan material beku pekak yang tidak mempunyai roh.

Seperti mana juga dakwah tidak (dapat) tertegak melainkan dalam satu perlindungan (iaitu negara) yang menjaga, menyebar, menyampai dan menguatkan Dakwah tersebut)". Satu persoalan yang sering dibicara oleh golongan terpelajar.

Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa kebanyakannya dalam hal ehwal tanah, adat resam dan hal ehwal agama Islam manakala Parlimen dan Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dalam bidang jenayah berat lebih-lebih lagi yang membabitkan hukuman mati.

Malah dikatakan sebarang penggubalan hukuman jenayah berat di DUN seperti hudud yang bertentangan dengan Parlimen, maka ia terbatal dengan sendirinya dan tidak boleh dilaksanakan oleh pihak negeri.

Wacana ilmiah mengenainya perlu dianjurkan lebih meluas untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada umat.

Mereka yang benar-benar ikhlas bercakap mengenai hudud yang belum terjadi, seharusnya menegakkan Syariat Islam dalam bidang-bidang yang disebutkan di atas dalam masa yang sama yang sepatutnya telah lama terjadi dan mudah untuk dilaksanakan.

Adapun berbicara mengenai Hudud yang berkait dengan penggubalan dan sebagainya, tetapi membiarkan banyak perkara yang bertentangan dengan Syariat Islam di dalam pentadbiran dalam negara dan penghayatan dalam masyarakat adalah sebenarnya merupakan permainan kata-kata untuk mengeliru dan meraih sesuatu daripada masyarakat awam yang kurang mengerti apa yang sebenarnya sedang dan akan berlaku.

Adalah lebih baik membuktikan keikhlasan dengan perbuatan daripada cuba meyakinkan dengan perkataan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved