Selasa, 8 November 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Ayuh! kalahkan Thailand

Posted:

Ayuh! kalahkan Thailand

Ayuh! kalahkan Thailand


Skuad kebangsaan menjalani latihan ringan di gelanggang tenis dekat Jakarta, semalam menjelang menentang Thailand, hari ini.


JAKARTA - Pengurus skuad bola sepak negara, Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) percaya pasukan negara akan bangkit dengan keputusan lebih baik berbanding berkongsi mata dengan Singapura kelmarin, apabila berdepan Thailand hari ini.

Menurut Hamidin, walaupun memulakan kempen mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan satu mata, ia disifatkan baik berbanding jika menamatkan aksi tanpa mata, kelmarin.

Jelas beliau, sebagai juara bertahan, sudah pasti Malaysia memikul tekanan pada aksi pertama.

"Aksi pertama kelmarin tidaklah terlalu buruk. Jika dikaji, kita juga pernah kalah pada aksi pembukaan ketika saingan Piala Suzuki AFF, juga pada kejohanan-kejohanan lain.

"Lagipun berdasarkan rekod pertembungan kita dengan Singapura, ia menjadi perlawanan yang sukar, baik di pihak kita mahupun Singapura.

"Jadi kita harap setelah pemain mula merasai kehangatan sebenar kejohanan di sini pada perlawanan pertama kelmarin, mereka harus bangkit dan mencatat keputusan yang menggembirakan peminat pada aksi kedua menentang Thailand esok (hari ini).

"Saya yakin setelah kita bermula dengan seri, esok (hari ini) kita mampu menjelmakan keputusan yang diharapkan apabila berdepan Thailand esok," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mengulas lanjut pertembungan dengan Thailand hari ini, Hamidin berkata, pemain dinasihatkan menganggap semua perlawanan adalah penting tanpa mengira sesiapa pun lawan dari kalangan Kumpulan A termasuk lawan selepas ini, iaitu Kemboja apatah lagi tuan rumah, Indonesia.

"Mungkin ramai yang berpendapat kita boleh menyifatkan Kemboja sebagai lawan mudah tetapi tanggapan seperti itu harus dibuang oleh pemain.

"Saya tegaskan kepada pemain bahawa semua perlawanan adalah sukar, semua lawan adalah kuat apatah lagi menentang Thailand" katanya.

Mengulas insiden penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagu kebangsaan Negaraku pada aksi pertama kelmarin, Hamidin berkata, dia memang menjangkakan gelagat sedemikian.

"Saya sudah ada pengalaman sedemikian. Namun, pemain kita sudah bersedia menghadapi gangguan dan provokasi sedemikian. Gelagat penyokong mereka tidak menjejaskan mental dan emosi pemain," katanya. - Utusan

Full content generated by Get Full RSS.

Daniel Bego tidak pertahan 5 emas

Posted:

Daniel Bego tidak pertahan 5 emas

Daniel Bego tidak pertahan 5 emas


Daniel Bego


KUALA LUMPUR – Segala teka teki menyelubungi perenang sensasi negara, Daniel Bego akan cergas sepenuhnya untuk mempertahankan lima pingat emasnya di Sukan SEA Indonesia sudah ada jawapannya.

Daniel, 22, yang mencetuskan fenomena di kolam renang dengan menyapu emas acara 100 meter, 200m dan 400m (semua gaya bebas) serta 100m dan 200m (gaya kupu-kupu) termasuk empat rekod baru temasya di Laos dua tahun lalu, disahkan menarik diri.

Keputusan itu dibuat atas nasihat doktor yang merasakan bahu Daniel yang dibedah enam bulan lalu bagi memperbetulkan masalah Osteophyte, masih belum bersedia melakukan kuakan bertenaga.

Osteophyte ialah ketumbuhan yang terbentuk pada tulang biasa dan ia boleh menjadi amat menyakitkan apabila menyentuh tisu lembut atau ligamen.

Perkembangan itu tentunya kurang menggembirakan buat kontinjen Malaysia yang menagih sentuhan emas daripada pemuda kelahiran Sarawak itu yang pencapaian lima pingat emas pada 2009 turut menobatkannya sebagai olahragawan temasya tersebut.

Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Edwin Chong berkata, Daniel telah bertemu dengan doktor pakar yang merawatnya selama ini, semalam, untuk mendapatkan pandangan terakhir.

"Dia diberitahu mengenai risiko kecederaan lanjut sekiranya memaksa diri bertanding.

"Sebarang kecederaan baru pastinya mengeruhkan lagi situasi sehingga berpotensi menjejaskan peluangnya melayakkan diri ke Olimpik London tahun depan," ujar Edwin.

Ketiadaan Daniel akan memberi kesan kepada hasrat Malaysia mencari pingat emas dalam acara kupu-kupu individu serta melemahkan kekuatan pasukan 4X100m rampaian berganti-ganti dan 4X200m gaya bebas.

Skuad renang akan berlepas ke Palembang hari ini. Malaysia membawa pulang kutipan 9-5-6 pada temasya lalu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Nikah 21 wanita dalam 9 tahun

Posted:

Nikah 21 wanita dalam 9 tahun

Nikah 21 wanita dalam 9 tahun

Oleh ANGELINA SINYANG dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

JEMPOL 8 Nov. - Jika ada anugerah khas mengiktiraf lelaki beristeri ramai diwujudkan di negara ini, seorang lelaki berusia 32 tahun dikenali sebagai 'Shah Bunga' layak menerima anugerah itu kerana kehebatannya memiliki 21 isteri dalam tempoh sembilan tahun.

Bekas banduan dan juga penganggur itu mempunyai 18 isteri berketurunan Melayu dan tiga Siam dari Thailand yang dikahwini mengikut agama Islam dan juga Buddha.

Meskipun berkahwin sebanyak 21 kali dan ada di kalangan isterinya masih beragama Buddha, Shah Bunga tetap berusaha untuk menambah bilangan isterinya kerana menyedari mereka mampu memberi kemewahan kepadanya.

Setiap kali berkahwin baru, lelaki romeo bertubuh sasa itu tidak menceraikan isteri terdahulu sebaliknya meninggalkan mereka tanpa mengambil tahu khabar isterinya bersama anak-anak yang dilahirkan.

Shah Bunga sebenarnya mengahwini wanita terbabit semata-mata untuk menjadikan mereka pelacur dan wang hasil menjual tubuh isterinya itu digunakan untuk berjoli dan hidup mewah.

Lelaki berimej macho yang gemar memakai seluar jean dan baju singlet itu, mampu berkahwin dengan 18 wanita Islam tanpa menceraikan mereka kerana menggunakan khidmat jurunikah palsu melalui satu sindiket di Kodiang, Kedah.

Sijil nikah palsu yang dibeli dengan harga tertentu itu akan digunakan untuk mengaburi pegawai penguat kuasa jabatan agama Islam semasa pemeriksaan bagi mengelak dicekup kerana bersekedudukan atau berkhalwat.

Bagi membolehkan dia berkahwin dengan tiga isteri berketurunan Siam yang dikenali semasa melancong ke Danok, Thailand pula, Shah Bunga sanggup menikahi mereka mengikut upacara pernikahan agama Buddha di negara jiran itu.

Sebelum berkahwin, dia akan melayan baik wanita terbabit sehingga mereka benar-benar jatuh cinta dan percaya terhadapnya.

Namun, selang dua tiga hari selepas bernikah, 'isteri' terbabit akan dipaksa menjadi pelacur dan bekerja dengan sekumpulan sindiket pelacuran di beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Jika enggan menurut arahannya, Shah Bunga tanpa belas kasihan akan memukul dan mencederakan mangsa, malah isteri terbarunya, Julia (bukan nama sebenar) yang kini sarat mengandung tujuh bulan turut dipaksa melacur.

Julia yang dipaksa bekerja di sebuah karaoke di Bahau, Negeri Sembilan nyaris putus kedua belah telinganya akibat dipotong oleh lelaki itu yang berang apabila permintaannya supaya isterinya melayan lelaki lain ditolak.

Penderitaan ditanggung Julia berakhir pada Rabu minggu lalu, apabila diselamatkan oleh sepasukan anggota polis dari Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Gadis malang berusia 18 tahun itu berjaya diselamatkan setelah seorang kakaknya, Fifi, 29, (bukan nama sebenar) yang tinggal di Alor Setar, Kedah, menghubungi Utusan Malaysia meminta bantuan menyelamatkan adiknya itu pada awal September lalu.

Melalui maklumat disalurkan oleh Utusan Malaysia kepada polis, mangsa yang dikurung oleh Shah Bunga di sebuah rumah sewa di Taman Sornam, Bahau berjaya dikesan dan diselamatkan pada kira-kira pukul 1 pagi, Rabu lalu.

Shah Bunga yang turut ditahan dalam serbuan itu, masih direman sehingga Isnin depan, untuk siasatan lanjut di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Difahamkan, semasa ditahan, Shah Bunga turut memakai dua tangkal yang dililit di pinggang dipercayai digunakan sebagai pelindung dan pemikat gadis-gadis yang dijadikan mangsanya.

Lelaki berasal dari Jitra, Kedah itu didapati mempunyai dua rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah).

Dia juga pernah didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh tetapi bernasib baik apabila gagal disabitkan kesalahan dan dibebaskan oleh mahkamah pada 31 Januari tahun ini.

Full content generated by Get Full RSS.

6 lelaki larikan mesin ATM, wang tunai RM316,000

Posted:

6 lelaki larikan mesin ATM, wang tunai RM316,000

6 lelaki larikan mesin ATM, wang tunai RM316,000


PEKERJA membersihkan kaca akibat pintu yang pecah semasa kes curi mesin ATM di Maybank Cawangan Taman Midah, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 8 Nov. - Enam lelaki bertindak nekad melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sejauh 10 kilometer berisi wang tunai RM316,000 dari Maybank cawangan Taman Midah, di sini awal pagi ini.

Kejadian itu bagaimanapun hanya disedari sepasukan anggota polis peronda (MPV) ketika meronda di kawasan bank tersebut kira-kira pukul 3.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, anggota polis peronda ternampak kesan pecah dua cermin di bank itu sebelum segera memeriksa premis tersebut.

"Hasil pemeriksaan, salah satu daripada lapan mesin ATM yang terdapat dalam bank itu telah hilang, dipercayai dilarikan oleh sekumpulan lelaki berusia lingkungan 30-an.

"Siasatan awal juga mendapati, mesin ATM itu ditarik dan diheret keluar sebelum dilarikan menggunakan sebuah kenderaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi bank itu mendapati, kedudukan bank tersebut berhampiran kawasan yang agak sunyi di hujung deretan rumah kedai dua tingkat memudahkan penjenayah melarikan mesin wang tersebut.

Mohan Singh memberitahu, polis percaya penjenayah itu memilih mesin ATM yang diletakkan di tengah-tengah serta berhadapan dengan pintu masuk bagi memudahkan mereka membawa keluar dan melarikan mesin itu.

Menurutnya, ketika kejadian, tiada pengawal keselamatan bertugas berada di bank tersebut dan penjenayah dipercayai mengambil masa antara 5 hingga 10 minit untuk melarikan mesin ATM itu.

"Kurang lapan jam selepas kejadian itu, polis dimaklumkan mesin ATM tersebut ditemui di tepi jalan di Taman Pinggiran, Jalan Hulu Kelang kira-kira pukul 11 pagi ini.

"Jarak antara bank tersebut dengan lokasi mesin itu ditemui adalah kira-kira 10 kilometer dan ketika ditemui, semua wang tunai dalam mesin itu yang dianggarkan RM316,000 lesap," kata beliau.

Katanya, polis sedang menyiasat rompakan ini termasuk mengesan identiti suspek yang terlibat selain kaedah yang digunakan untuk membuka dan melarikan mesin wang itu.

"Sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi menjalankan siasatan dengan lebih terperinci termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV)" katanya yang turut menyiasat sistem penggera di bank itu yang gagal berfungsi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Siswazah disaran sumbang idea

Posted:

Siswazah disaran sumbang idea

Siswazah disaran sumbang idea

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


PENUNTUT Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah bersama Lau Lee (barisan tengah, lapan dari kiri) selepas pelancaran Program Kembara Ilmiah di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 8 Nov. - Lepasan siswazah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) disaran bersama membantu kerajaan dalam pembangunan negara dengan menyumbangkan tenaga serta fikiran demi kesejahteraan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, golongan itu merupakan pelapis kepimpinan negara kerana memiliki pengetahuan dan kemahiran yang dikutip semasa menuntut di universiti masing-masing.

''Justeru itu, saya berharap mereka dapat membantu penduduk setempat khususnya menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu merancang pembangunan selain menjelaskan dasar kerajaan mengenai sesuatu perkara.

''Peranan ini sekali gus memacu pembangunan modal insan rakyat daripada pelbagai perspektif dan maklumat dapat disampaikan ke peringkat akar umbi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Ilmiah Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya, di sini baru-baru ini.

Program disertai oleh 34 penuntut anjuran Persatuan Mahasiswa UUM Sintok itu membabitkan Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Makan Malam bersama keluarga angkat dan Kelab Rukun Tetangga (KRT) di Taman Pelangi di sini.

Menurut Lau, selaku golongan intelek, mereka perlu berperanan secara proaktif dalam mengembangkan maklumat tentang aktiviti kebajikan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

''Golongan itu sepatutnya bersama-sama membantu kerajaan negeri sebagai pembimbing dan mentor kepada generasi muda di kawasan sasaran, iaitu di luar bandar yang turut terlibat dengan gejala sosial," katanya.

Justeru itu, beliau memuji program yang dilakukan oleh penuntut UUM tersebut kerana berjaya menzahirkan kerjasama erat bersama dengan masyarakat setempat.

Katanya, penyertaan mereka sebagai penggerak di dalam program modal insan yang menitikberatkan soal amanah, taat kepada pemerintah dan agama dapat membina kekuatan penduduk setempat khususnya generasi muda hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Lias ditauliahkan jurulatih Pengakap Malaysia

Posted:

Lias ditauliahkan jurulatih Pengakap Malaysia

Lias ditauliahkan jurulatih Pengakap Malaysia


LIAS Mohd. Noor (lima dari kanan) bersama penerima tauliah Jurulatih Pengakap Malaysia sempena program JOTA dan JOTI di Kuala Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 8 Nov. - Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Datuk Lias Mohd. Noor ditauliahkan sebagai Jurulatih Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan, Lipis di sini baru-baru ini.

Anugerah tertinggi 4 Bead (Manikayu) itu disampaikan oleh Pesuruhjaya Latihan Pengakap Malaysia, Abdul Shukur Mohsin semasa perkhemahan Jamboree On The Air (JOTA) dan Jamboree On The Internet (JOTI) di sini.

Lias yang berpengalaman luas dalam bidang pengakap selama hampir 40 tahun itu kini merupakan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pahang.

Hadir sama pada majlis penganugerahan berkenaan ialah Ahli Parlimen Lipis yang juga Bendahari Pengakap Malaysia, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman dan Pengarah IPG Tengku Ampuan Afzan, Lipis, Jaafar Idris.

Full content generated by Get Full RSS.

Spell Master uji penguasaan BI murid

Posted:

Spell Master uji penguasaan BI murid

Spell Master uji penguasaan BI murid


KAMISAH Ariffin ( duduk, tiga dari kanan) bersama para juri, guru serta murid yang menyertai pertandingan Spell Master di UiTM cawangan Pahang di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Maran baru-baru ini.


MARAN 8 Nov. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang berjaya menjadikan pertandingan Spell Master sebagai medium terbaik mendidik dan melatih generasi muda menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.

Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Bahasa UiTM Pahang, Dr.Kamisah Ariffin berkata, program itu merupakan strategi untuk menarik minat terhadap bahasa Inggeris melalui aktiviti menyeronokkan dan mencabar minda.

''Misi dan visi UiTM adalah melihat lebih ramai generasi muda menguasai bahasa itu supaya dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa lain," katanya ketika berucap pada program Spell Master 2011 di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka di sini baru-baru ini.

Program anjuran UiTM cawangan Pahang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Maran itu dirasmikan oleh Pegawai Bahasa Inggeris PPD Maran, Saiful Hisham Yaakob.

Turut hadir, Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Mutalib serta dua guru bahasa Inggeris dari Brighton Education iaitu Monica Kirby dan Robert Shepard.

Pengerusi program itu, Fauzi Azmi berkata, seramai 60 murid tahun dua dari 30 sekolah kebangsaan (SK) sekitar daerah ini menyertai pertandingan itu.

''Kualiti peserta semakin meningkat manakala komitmen sekolah sangat baik bagi menonjolkan pengetahuan bahasa Inggeris pelajar mereka adalah terbaik," katanya.

Menurut Fauzi, beliau kagum dengan komitmen para guru yang sentiasa bekerja keras dalam mendidik murid menguasai bahasa tersebut.

Menurutnya, mereka menunjukkan peningkatan ketara dalam penguasaan bahasa dan secara tidak langsung meningkatkan mutu pertandingan.

Dalam pada itu beliau memuji usaha Akademi Pengajian Bahasa kerana menganjurkan pertandingan tersebut setiap tahun.

Murid SK Maran, Shatirah Sofi Hassanudin diumumkan sebagai juara pertandingan itu manakala sekolah terbaik disandang oleh SK Tanjung Perang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Nurliza nafi memihak pendakwaan

Posted:

Nurliza nafi memihak pendakwaan

Nurliza nafi memihak pendakwaan

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 8 Nov. - Pakar perubatan forensik, Dr. Nurliza Abdullah hari ini menafikan memberi keterangan yang memihak kepada pihak pendakwaan apabila beliau membuat kesimpulan bahawa 2,030 daripada 2,040 spesimen yang ditemui di Ladang Gadong dan Sungai Panchau adalah berkemungkinan besar tulang manusia.

Beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini sejak Rabu lalu menyatakan tidak bersetuju apabila dicadangkan demikian semasa disoal balas oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N. Pathmanabhan.

Nurliza juga memberi jawapan yang sama apabila peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh ketiga, R. Matan, mencadangkan bahawa jawapan ''kemungkinan besar tulang manusia'' diberi bagi memastikan ia selaras dengan perkataan spesimen disyaki tulang manusia yang tertulis pada borang serahan bahan-bahan bukti.

Sebaliknya, pakar tersebut menyatakan, kesimpulan itu dibuat berdasarkan hasil pemeriksaan dan pemerhatian yang dilakukan ke atas semua spesimen yang diserahkan oleh pihak forensik polis kepadanya.

''Saya katakan ia berkemungkinan besar tulang manusia berdasarkan morfologi unik tulang manusia yang ada pada spesimen tersebut. Uniknya berdasarkan ketebalan korteks. Kami buat perbandingan ketebalannya dengan tulang manusia yang ada,'' jelas beliau.

Dalam kes ini, bekas peguam, Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya , 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Nurliza yang bertugas di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta mempunyai kepakaran dalam bidang forensik antropologi bagaimanapun mengaku tidak memeriksa lanjut spesimen bukan tulang manusia atau tulang haiwan kerana tidak mempunyai kepakaran serta tidak pernah melakukannya.

Saksi pendakwaan ke-63 itu juga mengakui bahawa serpihan tulang pelvik yang dikenal pasti daripada spesimen tersebut tidak diketahui sama ada ia milik wanita atau lelaki di samping mengakui kemungkinan tulang tersebut adalah tulang pelvik binatang.

Beliau bagaimanapun menafikan mengambil inisiatif menghantar sebahagian spesimen tersebut untuk ujian radiografi, mikroskopik tulang dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kerana tidak yakin dengan hasil pemeriksaannya sebaliknya ia hanya untuk ujian lanjut.

Sepanjang sesi pemeriksaan balas, peguam-peguam turut mempersoalkan kaedah yang digunakan oleh Nurliza sehingga membawa kepada kesimpulan bahawa 2,030 spesimen itu berkemungkinan besar tulang manusia.

Walaupun diasak bertubi-tubi, beliau yang pernah memberi keterangan dalam perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu bagaimanapun kelihatan tenang.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang masuk hari ke-46 bersambung esok.

Full content generated by Get Full RSS.

Peniaga, bekas askar dihukum mati

Posted:

Peniaga, bekas askar dihukum mati

Peniaga, bekas askar dihukum mati

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 8 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang peniaga dan seorang pesara tentera setelah didapati bersalah mengedar 4,497.3 gram kanabis, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Zainal Nanyan, 48, dan Desar Din, 60, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Zainal yang berkemeja lengan panjang berwarna biru lembut dan rakannya, Desar berkemeja-T biru gelap kelihatan tenang sebaik sahaja menerima keputusan itu.

Mereka dilihat sempat menemui keluarga masing-masing di galeri awam.

Zainal dari Bukit Kayu Hitam dan Desar dari Gurun didakwa secara bersama mengedar ganja tersebut di simpang Jalan Sungai Badak, bersebelahan kedai Tiang Roman/Batu Nesan, Gurun pada pukul 5.45 petang, 21 Mei 2009.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Mohd. Zaki berkata, walaupun kedua-dua tertuduh memberi keterangan secara bersumpah namun pembelaan mereka adalah sesuatu yang diada-adakan yang tidak boleh dipercayai dan diterima oleh mahkamah.

''Pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dan selepas mempertimbangkan keseluruhannya, pihak pendakwaan berjaya buktikan kes terhadap tertuduh. Bagi kesalahan ini satu-satunya hukuman adalah gantung sampai mati,'' kata Mohd Zaki.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norshuhada Mohd. Yatim, manakala Zainal diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin dan Desar diwakili peguam Mohd. Amir Abdul Rani.

Salehuddin dalam rayuannya memberitahu, anak guamnya mempunyai seorang isteri serta tiga anak dan selepas ditangkap, perniagaan kedai makannya telah ditutup.

''Tertuduh yang merupakan anak tunggal juga menanggung kedua ibu bapanya dan ini merupakan kesalahan pertama,'' katanya.

Mohd. Amir pula merayu, anak guamnya merupakan seorang warganegara yang baik kerana pernah bertugas selama 22 tahun sebagai anggota tentera dan tidak mempunyai rekod lampau.

Katanya, selepas bersara datuk kepada 10 orang cucu itu hanya bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan antara RM200 hingga RM300 sebulan selain mendapat duit hasil pemberian tiga anaknya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Ibadah haji hampir selesai

Posted:

Ibadah haji hampir selesai

Ibadah haji hampir selesai


RIBUAN jemaah haji melontar jamrah di Jamratul Aqabah sempena hari tasyrik di Mina, dekat Mekah, semalam. - REUTERS


JEDDAH 8 Nov. - Hampir tiga juta jemaah haji melakukan tuntutan-tuntutan terakhir ibadah tersebut hari ini, sementara perhimpunan tahunan terbesar di dunia itu menghampiri penutupnya tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Jemaah meneruskan ibadah melontar jamrah dengan lancar buat hari ketiga hari ini, berlainan dengan tahun-tahun sebelum ini apabila ratusan orang mati terpijak dalam insiden rempuhan berpunca daripada jemaah yang cuba menghampiri tiang-tiang jamrah.

Sebagai sebahagian wajib haji, jemaah perlu melontar tujuh batu kecil di Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah dan di ketiga-tiga jamrah pada hari-hari tasyrik, iaitu 11 hingga 13 Zulhijjah.

Jemaah kemudian balik ke Mekah untuk melakukan tawaf dan sai bagi menyempurnakan haji sebelum meninggalkan kota suci itu.

Pihak berkuasa Arab Saudi telah membina laluan bertingkat di ketiga-tiga jamrah dalam usaha untuk mengelakkan kesesakan dan berulangnya insiden rempuhan yang menyebabkan kematian 364 jemaah pada 2006, 251 pada 2004 dan 1,426 pada 1990.

Setakat ini tiada insiden besar dilaporkan di kalangan jemaah, yang menurut pejabat perangkaan Saudi berjumlah 2.93 juta pada tahun ini, termasuk 1.83 juta warga asing.

Arab Saudi telah membelanjakan berbilion-bilion dolar sejak bertahun-tahun lalu untuk memastikan jemaah menunaikan rukun Islam kelima itu dengan selamat dan lancar.

Monorail Mashair yang juga dikenali sebagai Metro Mekah, menghubungkan Mina, Muzdalifah dan Arafah, beroperasi buat kali pertama tahun ini dengan kapasiti penuh untuk membawa 72,000 penumpang setiap jam bagi mengurangkan kesesakan.

Untuk kali pertama tahun ini juga, ibadah haji disiarkan secara langsung di laman web YouTube iaitu youtube.com/hajjlive dengan kerjasama kerajaan Saudi.

Kementerian Hal-Ehwal Agama pula mengirimkan 3.25 juta mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap hari ke telefon mudah alih jemaah untuk memberitahu mereka mengenai prosedur yang betul dalam mengerjakan haji bagi 'mencegah perkara memudaratkan', kata pegawai kementerian, Sheikh Talal al-Uqail. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Industri pelancongan Thai rugi RM2.4 bilion

Posted:

Industri pelancongan Thai rugi RM2.4 bilion

Industri pelancongan Thai rugi RM2.4 bilion


Seorang wanita berjalan di atas pembahagi jalan di sebatang jalan yang dipenuhi air banjir di Bangkok, semalam. - AFP


BANGKOK 8 Nov. - Industri pelancongan Thailand dianggar mengalami kerugian sehingga AS$825 juta (RM2.4 bilion) dan 'kehilangan' 300,000 pelawat asing jika banjir terburuk dalam tempoh lima dekad yang kini mengorbankan 527 nyawa berterusan sehingga bulan depan.

Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Suraphon Svetasreni berkata, anggaran itu meliputi AS$387 juta (RM1.1 bilion) dari sektor antarabangsa dan AS$438 juta (RM1.3 bilion) membabitkan pelancongan domestik.

Bagaimanapun katanya, jika banjir dapat diatasi menjelang akhir bulan ini, kerugian dapat dikurangkan kepada AS$520 juta (RM1.5 bilion) dan ketibaan pelawat asing pula hanya menurun 220,000 orang.

''Dari 1 hingga 3 November lalu, jumlah ketibaan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi hanya 72,000 orang iaitu penurunan 25 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

''Namun, terdapat faktor lain selain banjir yang menentukan jumlah ketibaan pelancong seperti ekonomi global dan harga bahan api," katanya.

Beliau juga yakin ketibaan pelancong akan melonjak apabila banjir pulih. Industri pelancongan menyumbang kira-kira enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sementara itu, Menteri Tenaga Thailand, Pichai Naripthaphan berkata, krisis banjir di Bangkok mungkin berterusan sehingga bulan depan.

''Pihak berkuasa juga telah mengeluarkan arahan kepada penduduk di utara Bangkok supaya berpindah manakala banjir kini menghampiri pusat bandar Bangkok,'' katanya.

Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berkata, beliau tidak akan menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Asia Pasifik (APEC) di Hawaii minggu ini ekoran krisis banjir di negaranya.

''Saya telah mengarahkan Timbalan Perdana Menteri, Kittirat Na-Ranong sebagai pengganti. Ini adalah masa untuk kita mengharungi krisis banjir secara bersama,'' katanya. - BERNAMA/AP/AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Jangan undang kemurkaan Allah

Posted:

Jangan undang kemurkaan Allah

Jangan undang kemurkaan Allah

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

NEGARA digemparkan dengan tindakan berani 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menganjurkan program Seksualiti Merdeka 2011 iaitu satu program yang dibimbangi menggalakkan seks bebas.

Walaupun Perlembagaan dalam perkara 3 (1) memperuntukkan bahawa Islam merupakan agama Persekutuan dan menjadi tonggak kepada tertubuhnya Malaysia, ia tidak menjadi penghalang kepada kesemua NGO terbabit menunjukkan 'belang' mereka menganjurkan program yang menjijikkan itu.

Bagaimanapun program yang bertujuan memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mendapat bantahan keras daripada pelbagai pihak bukan sahaja di kalangan masyarakat Islam malah komuniti bukan Islam.

Mereka mahu program seperti itu dihentikan dan pihak penganjur antaranya bekas Presiden Majlis Peguam yang juga Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S.Ambiga dikenakan tindakan undang-undang kerana perbuatan itu bertentangan dengan Perlembagaan selain berlawanan dengan fitrah manusia.

Seperti mana kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin tujuan penganjur program itu adalah untuk menunjukkan mereka selari dengan amalan hak asasi manusia berdasarkan prinsip-prinsip antarabangsa meskipun sedar ia tidak mungkin berlaku kerana Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara Islam.

Jelas, program yang memperjuangkan seks bebas hukumnya haram dan ia dinyatakan sendiri di dalam al-Quran khususnya mereka yang mengamalkan hubungan sejenis.

Harus diingat perbuatan memperjuangkan LGBT atau apa-apa perjuangan yang berlawanan dengan ketetapan hukum Allah SWT sebenarnya hanya akan mengundang kemurkaanNya.

Berdasarkan sejarah umat terdahulu, Allah pernah menurunkan mala petaka ke atas mereka sehingga kaum-kaum tersebut dilenyapkan daripada muka bumi ini.

Puncanya kaum-kaum itu ingkar kepada perintah Allah termasuk golongan yang mengamalkan seks bebas dan seks sejenis. Pada masa itu tiada siapa yang boleh menghalangNya kerana sesungguhnya Allah Maha Berkuasa daripada segala-galanya dan kehebatan kekuasaan Allah terlalu banyak disebutkan di dalam al-Quran.

Cuba lihat bala yang menimpa kaum Nabi Luth dan kemusnahan bandar Pompeii ekoran berlakunya gejala seks bebas serta hubungan seks sejenis.

Tidak dinafikan dua kisah ini sering dipaparkan untuk bacaan umum sama ada di majalah, akhbar mahu pun buku tetapi penulis mahu memaparkan semula dua kisah ini kerana ia amat berkaitan dengan penganjuran seks bebas serta memperjuangkan hak LGBT oleh 20 NGO terlibat.

Kisah pertama ialah mengenai sejarah umat Nabi Luth. Nabi Luth A.S hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim A.S dan baginda diutus sebagai rasul kepada satu kaum yang berjiran dengan kaum Nabi Ibrahim.

Seperti mana yang disebut di dalam al-Quran kaum Nabi Luth membudayakan perbuatan yang bercanggah dengan syariat serta fitrah manusia iaitu melakukan hubungan jenis antara lelaki dan lelaki juga dikenali dengan liwat.

Ekoran budaya tersebut, Nabi Luth dengan segala kudratnya menyeru semua umatnya meninggalkan perbuatan terkutuk itu dengan mengingatkan kepada mereka amaran serta peringatan yang telah disampaikan oleh Allah.

Bagaimanapun kaum Nabi Luth yang angkuh itu menolak seruan tersebut dengan terus melakukan perbuatan liwat sesama lelaki dan paling malang mereka turut menafikan kerasulan Nabi Luth.

Seruan Nabi Luth disambut dengan pelbagai ugutan dan cemuhan daripada kaumnya. Mereka tidak mahu Nabi Luth menganggu budaya liwat yang begitu digemari mereka ketika itu. Nabi Luth dikecam hanya disebabkan baginda menunjukkan kepada umatnya ke jalan yang benar.

Cuba lihat maksud surah al-A'Araf ayat 80-81;

Dan Nabi Luth (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya ''Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun penduduk alam ini sebelum kamu''. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.

Bagaimanapun ingatan yang diberikan oleh Nabi Luth itu dijawab sinis oleh kaumnya. Perkara ini disebut di dalam al-Quran di dalam surah yang sama ayat ke 82; Dan tidak ada jawapan daripada kaumnya selain mereka berkata ''Usirlah mereka (Nabi Luth dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang yang mendakwa mensucikan diri.

Setelah menerima jawapan daripada kaumnya, Nabi Luth memohon berdoa kepada Allah dan ia dinyatakan di dalam surah as-Syuara ayat 169;

(Nabi Luth berdoa) ''Ya Allah selamatkanlah aku serta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan''.

Akhirnya melalui perutusan dua malaikat, Nabi Luth sekeluarga serta pengikut-pengikut yang setia dibawa keluar ke satu tempat lain kerana Allah mahu memusnahkan umatnya yang durhaka itu.

Kaum Nabi Luth yang begitu biadab sebelum itu telah mengepung rumah baginda kerana mahu bertemu dengan dua orang tetamu terdiri daripada dua malaikat berkenaan. Mereka mahu melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah.

Ekoran itu, Nabi Luth seperti mana dalam surat al-Hijr ayat ke 68-69 berkata ; ''Sesungguhnya mereka ini tetamu aku. Maka janganlah kamu memberi malu kepadaku. Dan takutlah kamu kepada Allah, serta janganlah kamu menghina aku.''

Berikutan kebiadapan tersebut, Allah segera menyelamatkan Nabi Luth sekeluarga dan pengikut-pengikutnya yang taat melalui perutusan dua malaikat tersebut, kaum baginda kemudian dimusnahkan dalam malapetaka yang dahsyat pada sebelah pagi.

Surah al-Hijr ayat 73-74 menceritakan segala-galanya: Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan kaum Lut tunggang-terbalik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah terbakar.''

Inilah akibat mereka yang mengingkari perintah Allah dengan melakukan perbuatan hubungan sejenis sesama lelaki.

Peristiwa ini dianggarkan berlaku kira-kira 1,800 sebelum masihi dan kesan sejarah kebinasaan kaum Nabi Luth terdapat di kawasan Laut Mati di sempadan Jordan-Israel.

Kisah kedua adalah mengenai bala bencana yang diturunkan oleh Allah kepada masyarakat yang tinggal di bandar Pompeii kerana berlakunya seks bebas hingga ke peringkat melakukannya secara terbuka.

Pompeii ialah simbol keruntuhan Empayar Rom yang terlibat dengan kegiatan seks melampaui batas. Kemusnahan yang berlaku ke atas rakyat bandar itu serupa dengan balasan dialami oleh umat Nabi Luth. Kehancuran masyarakat di kawasan itu adalah akibat daripada letupan gunung berapi Vesuvius terletak di bandar Naples, Itali.

Kehilangan bandar Pompeii akibat malapetaka itu bukan tanpa sebarang sebab. Rekod sejarah menunjukkan bandar tersebut menjadi pusat memuaskan nafsu dan perbuatan melampau batas kemanusiaan

Jumlah rumah pelacuran tidak terhitung banyaknya. Mereka juga mengikut tradisi daripada kepercayaan Mithra yang mempercayai alat-alat kelamin dan persetubuhan tidak sepatutnya terlindung tetapi hendaklah dilakukan tempat terbuka,

Bagaimanapun perlakuan mereka mendapat kemurkaan Allah dan ia dibuktikan dengan letusan gunung Vesuvius dan lavanya menyapu bersih penduduk di kawasan itu dengan tidak seorang pun terselamat.

Dengan sekelip mata mereka menjadi batu. Malah berdasarkan beberapa penemuan terdapat mereka yang sedang melakukan hubungan seks turut menjadi batu.

Dua contoh di atas menunjukkan bukti kemurkaan Allah terhadap mereka yang sengaja mencabar ketetapan Allah dan kedua-duanya merupakan bukti sejarah yang wajar dijadikan iktibar.

Sehubungan itu, kepada pihak berkuasa mereka perlu membanteras kegiatan seks bebas dan perjuangan LGBT hingga ke akar umbi tanpa sebarang kompromi. Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan kerana ia juga merupakan amanah daripada Allah.

Pusat-pusat pelacuran, homoseks dan apa jua pusat seks bebas di negara ini hendaklah dimusnahkan kerana kewujudan kegiatan maksiat seperti ini hanya akan mengundang kemurkaan Allah sekali gus memberi kesan buruk kepada negara.

Kepada orang Islam yang terlibat dengan kegiatan LGBT serta seks bebas, bertaubatlah sebelum nyawa ditarik oleh Malaikat Maut.

Kembalilah ke pangkal jalan. Apa yang anda lakukan itu dosanya amat besar. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Full content generated by Get Full RSS.

Sidang DUN sebelum PRU-13?

Posted:

Sidang DUN sebelum PRU-13?

Sidang DUN sebelum PRU-13?

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my


Lebih 500 orang berkumpul di pekarangan masjid negeri untuk menyokong tindakan Jabatan Agama Islam (JAIS) dan membantah kegiatan pihak tertentu yang didakwa cuba memurtadkan orang Islam di Shah Alam, Selangor, Ogos lalu.


SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor iaitu mesyuarat ketika penggal keempat membuka tirainya hari ini. Sidang akan berlangsung hingga 18 November ini.

Bagi pemerhati politik, ini merupakan sidang DUN yang begitu penting sama ada di pihak kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP serta Pas manakala Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang.

Ini kerana sidang DUN kali ini diadakan ketika gendang Pilihan Raya Umum (PRU) semakin kuat dipalu. Ada yang menyatakan mungkin ini adalah sidang terakhir sekiranya pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih untuk membubarkan Parlimen sebelum Mac tahun depan.

Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada pakatan PKR, DAP dan Pas akan turut serta membubarkan DUN atau mahu terus menunggu mandat tamat pada 2013.

Setelah Kerajaan Pusat membentangkan bajetnya yang dilihat memberi pukulan kepada parti-parti pembangkang, kini giliran kerajaan negeri pula akan membentang bajetnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pasti menghadapi laluan sukar kerana pasti banyak perkara yang perlu ditawarkan kepada rakyat terutama dari sudut kebajikan.

Beliau pasti terbeban dengan tuduhan-tuduhan negatif penyokong parti dan sekutunya yang menganggap Bajet 2012 adalah gula-gula politik sedangkan Abdul Khalid pula mahu menawarkan apa ketika rakyat menanti-nanti imbuhan daripada kerajaan PKR, DAP dan Pas.

Abdul Khalid sudah pasti akan memastikan bajetnya tersebut memberi impak positif menjelang PRU-13 termasuk menjamin populariti kepimpinannya tidak merudum.

Ini kerana Menteri Besar itu sedar beliau hanya mempunyai cengkaman pentadbiran sahaja tetapi cengkaman dan penguasaan politik dibayangi oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Belum tentu beliau akan terus kekal menerajui negeri ini sekiranya PKR berjaya mengekalkan kerusi yang banyak pada PRU akan datang kerana Pas dan DAP juga sudah pasti mengintai tempat kerusi panas Menteri Besar.

Bajet kali ini menjadi tapak ujian pada Abdul Khalid untuk memastikan ekonomi Selangor akan terus mantap. Beliau turut menghadapi masalah besar sekiranya pertumbuhan ekonomi Selangor tidak mantap selain prestasi anak-anak syarikat terus merudum.

Apatah lagi tahun depan dikatakan kerajaan negeri mahu memperkenalkan skim gaji minimum yang acap kali mereka laung-laungkan sebagai modal politik dan pilihan raya. Kalau prestasi ekonomi tidak mantap bagaimana mereka mahu melaksanakan skim tersebut.

Justeru, menjadi tugas besar BN selaku pembangkang di negeri ini untuk melakukan proses 'semak dan imbang' terhadap pelbagai janji-janji pilihan raya umum 2008 setelah genap tiga tahun tujuh bulan tempoh pentadbiran pakatan PKR, DAP dan Pas di negeri ini selain strategi bajet mereka sejak 2009 iaitu Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Negeri Maju Rakyat Sejahtera (2010) dan Hasil Negeri Untuk Rakyat (2011).

Isu-isu yang berlaku sepanjang tempoh tersebut akan memberikan impak kepada setinggi mana tahap kepercayaan rakyat kepada kerajaan parti pembangkang di Selangor berdasarkan bidang-bidang tumpuan yang diberikan iaitu dari segi kredibiliti, efektif, keberkesanan dan tadbir urus.

Sebenarnya memang mudah membuat pelbagai janji yang manis-manis tetapi apabila sudah mendapat tampuk kuasa dan menghadapi realiti politik dan masalah akar umbi ia tidak semudah dijangkakan.

BN yang mendapat suntikan daripada Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang beberapa kali melengkapkan pusingan program turun padang ke negeri selain pukulan Bajet 2012 yang sekali gus menenggelamkan sinar 'Buku Jingga' harus mengambil peluang ini untuk menampilkan perdebatan yang berkualiti dalam sidang kali ini bagi mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri di bawah teraju PKR, DAP dan Pas.

Isu terbaru berkaitan laporan Ketua Audit Negara 2010 dijangka menjadi topik hangat. Jangan pembangkang hanya menghalakan peluru bagi memburukkan Kerajaan Pusat dengan bermodalkan laporan audit tersebut sedangkan kerajaan negeri juga perlu melihat kepincangan yang didedahkan dalam laporan yang sama.

Jangan menjadi paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Ini termasuk membabitkan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB). Pengauditan yang dijalankan antara Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan KDEB adalah tidak memuaskan kerana terdapat kerugian sebelum cukai pada 2009 berjumlah RM122.25 juta berbanding keuntungan sebelum cukai pada 2008 berjumlah RM34.45 juta.

Pengurusan aktiviti utama KDEB dan prestasi kewangan tiga syarikat subsidiari KDEB juga tidak memuaskan pada 2009 yang mana terdapat kerugian selepas cukai berjumlah antara RM1.08 juta hingga RM139.23 juta.

Menurut laporan itu lagi, selain itu, terdapat beberapa kelemahan tadbir urus korporat seperti mesyuarat Lembaga Pengarah yang tidak diadakan mengikut kekerapan, Audit Dalaman tidak ditubuhkan dan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan yang tidak berfungsi. KDEB juga, jelas laporan itu, tidak membayar dividen kepada kerajaan negeri.

Kerajaan memberikan alasan bahawa program pemberian air percuma 20 meter padu tidak mempunyai kaitan dengan kerugian KDEB. Namun setakat ini tiada sebarang sebab pula diberikan tentang faktor kerugian kalau bukan sebab air. Adakah faktor ketidakcekapan pengurusan baru KDEB?

Kerana berdasarkan perjanjian dengan kerajaan negeri pada September 2008, KDEB telah diberikan pinjaman RM200 juta dengan faedah empat peratus setahun.

Difahamkan kerugian KDEB pada 2009 kerana menanggung kos program air percuma bernilai RM131.47 juta di samping perbelanjaan penajaan gaji Persatuan Bola Sepak Selangor sebanyak RM4.1 juta sedangkan kedua-duanya bukan aktiviti KDEB.

Program air percuma sepatutnya perlu diperjelaskan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor. Pinjaman KDEB daripada kerajaan negeri adalah tidak wajar kerana syarikat tersebut perlu berhutang. Namun demi janji PRU-12, kerajaan negeri terpaksa meneruskan program air percuma meskipun tidak mampu dalam tempoh jangka panjang. Akhirnya KDEB tidak dapat bertahan dan pembayaran perlu diberhentikan. Kalau tidak anak syarikat kerajaan negeri itu akan terus mengalami kerugian.

Pendedahan Laporan Audit Negara terhadap anak syarikat kerajaan negeri, Woldwide Holdings Bhd., PKPS Agro Industries dan Tourism Selangor Sdn. Bhd. juga memerlukan satu bedah siasat secara terbuka dalam sidang kali ini.

Selain itu, kepimpinan Abdul Khalid juga tidak dapat lari daripada kepincangan yang pernah didedahkan sendiri oleh laporan audit dalaman kerajaan negeri berkaitan Yayasan Selangor dan juga kemelut yang menimpa Universiti Selangor (Unisel).

Isu-isu melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) juga memerlukan penjelasan daripada Menteri Besar termasuk melibatkan pelantikan pasukan penasihat dan perunding luar dengan gaji lumayan hingga mengetepikan kemampuan pegawai sedia ada.

Soal pengurusan hasil pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. juga sebenarnya masih menjadi tanya tanya. Sedangkan rakyat ingin tahu sejauh mana kebenaran hasil pasir yang dilombong secara agresif itu benar-benar masuk ke kantung rakyat. Ini kerana membincangkannya pada masa ini menjadi sub judice sementalah ia masih dalam pendengaran Jawatankuasa SELCAT.

Mungkin dalam sidang DUN kali wakil-wakil rakyat BN akan menimbulkan kembali isu pasir. Seharusnya kerajaan negeri bersikap telus sejajar dengan Enakmen Kebebasan Maklumat yang telah diluluskan pada tahun lalu. Diharapkan persidangan kali ini tiada wakil rakyat yang terpaksa diarahkan keluar dewan persidangan sekiranya perdebatan menjadi hangat.

Dari segi program pembasmian kemiskinan pula, langkah kerajaan negeri menaikkan paras pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kepada RM1,500 sebulan membuatkan kadar kemiskinan rakyat negeri ini berada pada paras 30 peratus iaitu melibatkan kira-kira 1.56 juta orang daripada keseluruhan 5.2 juta rakyat negeri ini. Selama tiga tahun tujuh bulan berapa peratuskah kadar itu dapat diturunkan?

Soalnya setakat ini tidak kelihatan lagi program pembasmian secara agresif dilakukan sama ada di bandar atau luar bandar selain jumlah rumah kos rendah yang dibina terlalu jauh daripada mencukupi.

Rakyat juga sering gusar dengan suasana politik di negeri yang dirasakan tidak selesa. Banyak isu sebenarnya dicipta oleh sikap kepimpinan parti-parti pembangkang tetapi sering kali BN dan UMNO yang menjadi kambing hitam.

Tiga parti yang berlainan ideologi selain mempunyai kepentingan berbeza meliputi agama, bahasa, budaya dan kepentingan etnik - menyebabkan banyak isu yang dibangkit hingga menjadikan suasana negeri ini tidak tenteram.

Bermula isu penjualan arak, isu kalimah Allah, bercambahnya hotel-hotel bajet, isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang didakwa sebuah gereja di Petaling Jaya dan akhirnya momokan terhadap Perhimpunan Selamatkan Akidah di Stadium Shah Alam. Kesemuanya menyaksikan pelbagai percanggahan di kalangan rakan-rakan dalam barisan Exco.

Sampai sekarang Abdul Khalid tidak berani mendedahkan apakah status premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang membuatkan JAIS telah dihentam kiri dan kanan.

Dalam konteks Bajet 2012, rakyat sedang menunggu sejauh semua realistiknya tawaran-tawaran yang ingin diberikan oleh Abdul Khalid. Sebab itu pentingnya rakyat menilai sejauh mana janji-janji yang dahulu terlaksana sebelum janji-janji baru ditaburkan kerana ini mungkin juga merupakan bajet pilihan raya bagi parti-parti pembangkang.

Kerajaan negeri juga perlu memastikan selepas bajet ini diluluskan, tiada permohonan peruntukan tambahan yang terlalu tinggi. Jika tidak strategi pengurusan perbelanjaan cekap dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri bakal menjadi retorik semata-mata.

Ingatlah rakyat sudah semakin sedar dan celik jika terdapat sebarang pembohongan dan tipu daya. Tunggu saja PRU-13.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Malam gemilang Sanggul Beracun, Cun

Posted:

Malam gemilang Sanggul Beracun, Cun

Malam gemilang Sanggul Beracun, Cun

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL, MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR dan MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar FAUZI BAHARUDIN, NOORADZRENE MOHD. NOOR, IRWAN MAJID dan BARIQ RAMADHAN


SABRI Yunus bersama trofi Pengarah Drama Terbaik yang dimenanginya menerusi Sanggul Beracun.


SEPERTI mana yang diramal banyak pihak, drama Sanggul Beracun telah mendominasi Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam Jumaat lalu.

Drama terbitan Balang Rimbun Sdn. Bhd., itu membawa pulang empat trofi daripada tujuh kategori yang dicalonkan termasuk gelaran tertinggi, Drama Terbaik.

Dengan kejayaan besar itu, Sanggul Beracun menewaskan pencabar terdekatnya, Airmata Nur Salina terbitan Rumah Karya Cipta Sdn. Bhd., milik pelakon dan pengarah wanita tersohor negara, Erma Fatima.

Sudah semestinya individu yang paling bertuah dan mampu tersenyum puas serta bangga adalah sang sutradara Sanggul Beracun, Sabri Yunus yang secara peribadi menerima dua pengiktirafan iaitu Pengarah Drama dan Lakon TV Terbaik.

Untuk orang baru seperti Sabri yang kali pertama bergelar pengarah hanya selepas hampir tiga dekad bergelar anak seni, boleh dikatakan ia adalah pencapaian yang cukup membanggakan.

Malah, tiada siapa sangka di sebalik gelaran pelakon komedi yang sering dijunjung, rupa-rupanya Sabri mempunyai sisi lain yang tidak pernah ditonjolkan.

Kata Sabri, dia tidak pernah menyangka sama sekali bahawa percubaan pertamanya itu diiktiraf dalam anugerah berprestij seperti ASK 2011.

Sekalipun menjadi calon utama, namun, dengan penuh rendah diri Sabri merasakan calon-calon lain yang bertanding juga mempunyai kekuatan tersendiri dalam memikat hati juri.

Kata anak jati Kelantan itu, walaupun dirinya baru berjinak-jinak dalam dunia pengarahan pada usianya sudah mencecah setengah abad, tetapi dia tidak berasakan keputusannya itu terlambat.

"Benar, saya masih baru tetapi bagi saya, dengan pengalaman yang saya timba selama bergelar seorang aktor telah banyak membantu saya untuk menzahirkan Sanggul Beracun ke layar kaca.

"Dalam erti kata lain, pengalaman saya dalam dunia seni sebenarnya adalah proses pembelajaran yang cukup efektif sebelum saya mencabar diri untuk bergelar seorang pengarah," jelas Sabri sewaktu ditemui pada sidang akhbar selepas Sanggul Beracun diumumkan sebagai pemenang.

Peluang

Selain Drama dan Pengarah Drama Terbaik, Sanggul Beracun yang telah disiarkan di saluran Astro Citra pada Mei lalu itu turut memenangi kategori Videografi Terbaik.

Secara ringkasnya, Sanggul Beracun yang diadaptasi daripada mitos popular di kalangan penduduk Johor mengisahkan bagaimana seorang wanita bernama Siti Aminah yang perlu membunuh 99 lelaki jika mahu terus kekal cantik.

Menyambung bicara, Sabri memberitahu, di awal pembabitannya untuk drama itu, dia hanya ditugaskan untuk mengolah kembali skrip Sanggul Beracun selepas tidak berpuas hati dengan yang asal.

Garapannya itu menambat hati penerbit yang ternyata mengagumi sentuhan Sabri lalu menawarkan peluang kepadanya untuk mengarahkan drama tersebut.

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Sabri tidak menunggu lama untuk memberi keputusannya kerana merasakan peluang seperti itu barangkali sukar untuk mendatangi dirinya sekali lagi.

"Sesuatu yang pasti, kejayaan Sanggul Beracun bukanlah hasil daripada saya seorang sahaja. Tetapi ia adalah kerjasama daripada semua pihak dan krew produksi yang bertungkus-lumus menyiapkan drama ini.

"Rakan-rakan yang mengenali saya tahu sejauh mana kemampuan saya. Mereka tidak terperanjat dengan hasil kerja saya kerana mereka mengenali siapa saya.

"Sebelum mengarahkan Sanggul Beracun, saya pernah mengarahkan VCD berjudul Bukan Pi Mai Pi Mai sewaktu pasaran VCD sedang memuncak. Namun, saya menganggap Sanggul Beracun sebagai karya pertama kerana kehadiran VCD itu tidak disedari," kata Sabri yang cukup terkenal dengan watak Wan Ismail Golok dalam sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu lagi.

Ralat

Dalam anugerah yang dianjurkan oleh TV3 itu, Sabri turut dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Lelaki Drama Terbaik menerusi drama yang sama namun, tewas kepada Allahyarham Faizal Yusop yang memenanginya untuk drama Jangan Hantar Aku Ke Neraka.

Meskipun gembira dengan kejayaannya itu, Sabri berasa sedikit ralat apabila teraju utama Sanggul Beracun, Erra Fazira gagal memenangi Pelakon Wanita Drama Terbaik.

Bagi Sabri, Erra telah memberikan dimensi lakonan yang cukup berbeza kerana karakter yang dibawakan oleh aktres itu sememangnya lain daripada apa yang pernah dibawakan dalam filem mahupun drama.

Selain Erra, Sanggul Beracun turut menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Lelaki Drama Terbaik bagi Namron.

Sementara itu, Sabri menjelaskan, dia baru sahaja selesai mengarah dan membintangi drama keduanya, Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman yang turut diterbitkan oleh Balang Rimbun Sdn. Bhd.

Umie tewaskan Erra

Biarpun nama Erra Fazira disebut-sebut sebagai calon utama untuk membawa pulang gelaran Pelakon Wanita Drama Terbaik, ternyata sudah tertulis bahawa malam itu menjadi milik Datin Umie Aida.

Siapa yang mampu menidakkan kredibiliti lakonan Umie yang sememangnya sudah terbukti sebagai salah seorang aktres terbaik negara.

Sudah pasti malam itu menjadi kenangan terindah buat Umie apabila selepas 11 tahun, dia kembali naik ke pentas untuk menerima trofi ketiganya dalam kategori tersebut.

"Sesungguhnya saya menganggap rezeki ini adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka. Lebih manis untuk saya kenang kali ini apabila dicalonkan bersama Erra yang merupakan sahabat baik saya.

"Lebih-lebih lagi saya sendiri sudah lama tidak dicalonkan dalam ASK dan lebih istimewa apabila saya memenangi trofi ini atas tiket lakonan saya di bawah arahan kakak saya, Erma. Jadi, bagi saya ia adalah kemenangan berganda buat saya," jelas Umie yang sebelum ini memenangi kategori yang sama pada tahun 1999 dan 2000 bagi drama Surah Terakhir dan Ayuni.

Aktres yang berusia 38 tahun ini turut menambah, kemenangannya itu bukan bererti dia sudah berada di kedudukan yang selesa.

Sebaliknya, ia adalah cabaran baginya untuk mempertingkatkan lagi mutu lakonan di masa akan datang.

Full content generated by Get Full RSS.

Antara kualiti dan populariti

Posted:

Antara kualiti dan populariti

Antara kualiti dan populariti

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FAUZI BAHARUDIN dan NOORADZRENE MOHD. NOOR


GANDINGAN Shaheizy Sam dan Rosyam Nor sebagai penyampai anugerah dianggap sebagai penyelamat.


MEMANG dari awal lagi, ramai meramalkan drama Sanggul Beracun akan menang besar pada Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) yang sudah pun melabuhkan tirainya pada malam Jumaat lalu.

Ternyata, Sanggul Beracun yang diterbitkan oleh Balang Rimbun Sdn. Bhd., itu berdepan dengan saingan yang cukup sengit daripada Airmata Nur Salina terbitan Rumah Karya Cipta Sdn. Bhd.

Akhirnya, keputusan berpihak kepada Sanggul Beracun yang memenangi empat trofi iaitu Drama, Pengarah Drama, Lakon TV dan Videografi Terbaik.

Ramai yang bertanya apa hebatnya Sanggul Beracun sehingga ia mampu menewaskan Airmata Nur Salina yang juga bukan calang-calang karya daripada sutradara ternama negara, Erma Fatima?

Bukan mahu bersikap bias mahupun berat sebelah, tetapi Sanggul Beracun telah membawa satu dimensi baru dalam penerbitan drama tempatan.

Dalam erti kata lain, drama arahan Sabri Yunus itu telah mengangkat mutu drama tempatan yang sekali gus meletakkan karya itu di kedudukan yang cukup tinggi.

Boleh dikatakan, Sanggul Beracun dibikin untuk anugerah di mana ia memiliki nilai estetika yang sangat tinggi.

Barangkali penerbitnya mempunyai alasan tersendiri untuk ia ditayangkan di Astro Citra yang secara terangan tidak mempunyai jumlah pelanggan yang tinggi.

Mungkin siapa tahu Sanggul Beracun berdepan dengan kerenah birokrasi daripada sesetengah pihak yang meragui kemampuan drama yang diadaptasi daripada kisah mitos dari negeri Johor itu.

Dengan kejayaan Sanggul Beracun di ASK 2011, ia telah membuktikan bahawa sesebuah karya yang hebat dan bagus tidak semestinya diukur kepada rating.

Benar, Sanggul Beracun bukan sebuah drama popular kerana ia tidak dibintangi oleh barisan pelakon popular yang menjadi pujaan hati peminat masa kini melainkan Erra Fazira sahaja.

Tetapi kualiti yang ditonjolkan dalam drama itu dalam semua aspek termasuk jalan cerita, teknikal, sinematografi dan lakonan menjadikan Sanggul Beracun sebuah santapan lengkap untuk dinobatkan sebagai juara.

Airmata Nur Salina juga hebat dan ia boleh disifatkan sebagai karya Gred A kerana diarahkan dan dibintangi oleh anak seni yang mana kredibilitinya tidak wajar untuk dipertikaikan.

Mungkin tiada rezeki drama itu untuk dijulang sebagai pemenang dan Airmata Nur Salina sewajarnya berasa bertuah kerana maruahnya ditebus menerusi lakonan hebat Datin Umie Aida yang merangkul trofi Pelakon Wanita Drama Terbaik.

Dua drama itu sewajarnya dijadikan contoh oleh pembikin drama tempatan yang seharusnya lebih berani untuk menghasilkan karya yang dapat membawa industri penerbitan drama tempatan jauh ke hadapan.

Bukan hanya mesej atau jalan cerita yang harus dititik beratkan tetapi teknikal juga wajar diambil kira dan perhatian serius.

Tidak berniat untuk merendah-rendahkan sesiapa tetapi ada beberapa syarikat produksi yang dapat dilihat masih lagi berada di takuk lama dari segi kualiti penerbitannya.

Mesej ceritanya bagus tetapi apabila melihatkan kepada teknik pengarahan dan sinematografi, ia kelihatan sungguh stereotaip serta mudah dijangka siapakah pengarahnya.

Seperkara lagi adalah tentang drama rantaian yang masih lagi memperlihatkan kuasa Filmscape Sdn. Bhd., yang mencipta hatrik apabila memenangi Drama Rantaian Terbaik untuk tiga tahun berturut-turut.

Bermula dengan Kekasihku Seru pada tahun 2009, Nur Kasih (2010) dan terbaru, Juvana, kemenangan Filmscape juga wajar dijadikan contoh oleh syarikat produksi tempatan.

Mereka juga antara produksi tempatan yang cukup mementingkan kualiti penerbitan dan penceritaan sehingga hampir kesemua karya mereka mendapat sambutan luar biasa.

Pelakon senior menyerlah

Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan juga tentang ASK 2011 apabila pemilihan beberapa pemenang yang membuktikan bahawa penangan pelakon senior masih lagi hebat.

Kemenangan Eman Manan dan Umie misalnya, yang memenangi kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Drama Terbaik pada malam itu secara muktamad menjelaskan bahawa bakat mereka masih lagi diperlukan dalam industri.

Di sebalik kebangkitan dan gemerlapan bintang pelakon muda popular hari ini, sengatan Eman dan Umie masih lagi berbisa.

Begitu juga dengan Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja yang memenangi kategori Pelakon Wanita Filem Terbaik menerusi filem Janin yang juga disifatkan sebagai sesuatu yang menarik.

Bayangkan, hanya selepas 15 tahun menjadi pelakon, akhirnya Eja dinobatkan sebagai yang terbaik. Ini secara tidak langsung dapat membuang pandangan skeptikal masyarakat yang barangkali sebelum ini memandang sebelah mata kepada bakat Eja.

Tidak dilupakan kehebatan pelakon veteran Sidek Hussain yang memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Filem Terbaik menerusi filem Karak sekali gus menewaskan pelakon-pelakon muda yang bertanding dalam kategori itu.

Tiada yang menarik

Setiap tahun, ASK akan berdepan dengan kritikan mengenai perjalanan anugerah yang dilihat tidak mampu meninggalkan impak besar kepada audiens.

Tahun ini juga nampaknya ASK masih lagi statik dan tiada apa yang menarik untuk diceritakan sehingga atmosfera di dalam Dewan Merdeka terasa begitu hambar sekali.

Dengan tepukan lemau dan lesu oleh penonton yang bagaikan tidak bersemangat memberikan sokongan membuatkan ASK 2011 terasa begitu membosankan.

Seperti mana yang dijangka, pemilihan hos kali ini iaitu Ally Iskandar dan Rozita Che Wan kelihatan sungguh canggung.

Ally tetap Ally manakala Rozita pula kelihatan kaku sehinggakan pergerakannya terlalu dikawal dan mengikut skrip. Dalam erti kata lain, Rozita tidak kelihatan asli (natural) dan nampaknya, dia perlukan masa yang lama untuk menjadi seorang hos.

Persembahan artis pada malam itu juga didominasi oleh penyanyi baru antaranya Najwa Latif, Awi Rafael dan Nashrin yang menyampaikan lagu-lagu popular mereka seperti Cinta Muka Buku, Pulanglah dan Fobia Cinta.

Tertanya juga, apakah rasionalnya pemilihan medley lagu-lagu Anuar Zain iaitu Ketulusan Hati dan Permata yang dinyanyikan oleh Alyah, Shila Amzah dan Jaclyn Victor?

Namun, persembahan yang cukup menyentuh hati adalah sewaktu Datuk Rahim Razali mendeklamasikan puisi karya Ahmad Fedtri Yahya berjudul Tenanglah Di Sana bagi segme Dalam Kenangan.

Pemilihan pelakon remaja wanita popular masa kini iaitu Nur Fathia, Kilafairy, Wawa Zainal dan Liyana Jasmay yang digandingkan bersama penyanyi lelaki popular seperti Ferhad, Aizat, Akim dan Tomok boleh dianggap sebagai penyeri ASK 2011.

Sudah tiba masanya untuk TV3 memikirkan mekanisme baru untuk meletakkan ASK di tempat yang sewajarnya. Bukan hanya sekadar acara anugerah yang hanya mahu menobatkan pemenang sahaja.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved