Selasa, 8 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Kesatuan sekerja bantah DAP

Posted:

Kesatuan sekerja bantah DAP

Kesatuan sekerja bantah DAP

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA, MD. AZRIN ROSLY, FAZRINA AYU RADUIAN dan MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Beberapa kesatuan sekerja hari ini bangkit menentang hasrat DAP yang mahu mengurangkan bilangan penjawat awam.

Sambil menyifatkan, ia satu tindakan berunsur politik dan mempunyai agenda tersirat, kesatuan-kesatuan juga menyifatkan cadangan itu sebagai tidak rasional serta tidak berasas.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, hasrat tersebut adalah tidak rasional kerana tidak mempunyai alasan yang munasabah.

"Kami di bidang perguruan khususnya menolak 100 peratus hasrat tersebut yang dilihat bukan satu langkah bijak.

"Lebih-lebih lagi peningkatan pelajar sebanyak 500,000 orang setiap tahun manakala banyak guru yang akan bersara menyebabkan keperluan guru meningkat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai hasrat DAP untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri tidak bersetuju dengan hasrat tersebut yang dilihat boleh menyebabkan kualiti perkhidmatan terjejas.

"Contohnya, dalam bidang penguatkuasaan seperti kami, sekiranya tenaga kerja dikurangkan, sudah tentu akan menyukarkan untuk mengawal jumlah kenderaan yang berjuta-juta.

"Tidak mungkin, suatu masa nanti kita mahu menswastakan perkhidmatan awam yang menyebabkan lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, pengurangan itu lebih membawa keburukan daripada kebaikan yang mana meningkatkan lagi pengangguran dan kebergantungan khidmat luar sehingga menyebabkan kos lebih tinggi.

"Hasrat DAP dilihat mempunyai agenda tersirat umpama ada udang di sebalik batu. Dalam perkhidmatan kami, bilangan pelajar semakin lama makin meningkat dan memerlukan penambahan kakitangan mengikut keadaan," jelasnya.

Bagi Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM) Cawangan Kuala Lumpur, Ja'apar Mansor berkata, tidak semestinya pengurangan bilangan penjawat awam akan dapat mengurangkan bajet kerajaan malah boleh menyebabkan kesan yang sebaliknya.

Pengerusi Persatuan Pekerja Wanita, Silam Hassan berkata, pengurangan berkenaan adalah agenda DAP untuk mengurangkan hasil ekonomi orang Melayu dan ini membuktikan mereka kurang senang dengan pencapaian bumiputera kini.

"Jika penjawat awam rata-rata bangsa Melayu dikurangkan, mereka juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan di syarikat milik bukan Melayu," katanya.

Menurut Presiden Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB, Abdul Razak Md. Hassan berkata, hasrat tersebut perlu dibantah keras kerana kewujudan pelbagai sektor awam di negara ini adalah inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat di negara ini agar mempunyai punca pendapatan.

"Adakah dengan berniat mengurangkan jumlah penjawat awam maka ruang kerja akan disediakan oleh mereka yang terlibat. Ini sesuatu yang perlu dipandang serius dan ditentang kerana akan meningkatkan jumlah pengangguran," katanya.

Presiden Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Malaysia (KSKM), Hamran Ahmad menyatakan kenyataan yang dibuat Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua itu lebih berat kepada unsur-unsur politik daripada menjaga kepentingan penjawat awam yang lebih 80 peratus terdiri daripada orang Melayu.

"Mengurangkan jumlah kakitangan bermakna ada penjawat yang akan kehilangan kerja. Ini akan membantutkan perkembangan ekonomi negara dan akan memberi impak yang tidak sihat kepada negara," katanya.

Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia turut membantah cadangan DAP dengan menyifatkan ia sebagai tidak berasas.

Presidennya, Alias Aziz berkata, kerajaan yang baik ialah kerajaan yang dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya bagi menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.

Full content generated by Get Full RSS.

NGO cabar DAP kurangkan kakitangan awam di negeri dikuasai

Posted:

NGO cabar DAP kurangkan kakitangan awam di negeri dikuasai

NGO cabar DAP kurangkan kakitangan awam di negeri dikuasai

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencabar DAP melaksanakan hasrat bagi mengurangkan bilangan penjawat awam di negeri-negeri yang dikuasainya terlebih dahulu bagi menunjukkan keberkesanan langkah tersebut.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tindakan itu perlu dibuat sekiranya mereka benar-benar serius dan bukan hanya cakap mulut bagi menimbulkan isu dan provokasi untuk mendapat publisiti.

"Memang sejak dari dulu lagi, kita ketahui mereka (DAP) mempunyai agenda-agenda tersirat dan kebanyakan penjawat awam adalah orang Melayu. Tidak mustahil sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan, lebih banyak perubahan yang berkaitan dengan orang Melayu dibuat.

"Sebelum ini pun, kita lihat dengan jelas banyak isu-isu dipertikaikan dan diprovokasikan atas pelbagai alasan seperti dasar hak asasi manusia dan kebebasan yang boleh mengundang huru-hara serta keresahan di kalangan masyarakat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat DAP mengurangkan kakitangan awam sekiranya memerintah negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Tambah Hilmi, kebanyakan bukan Melayu tidak begitu minat menyertai perkhidmatan awam kerana lebih gemar berniaga dan bekerja dengan swasta yang boleh memberikan lebih banyak pendapatan.

"Justeru, diharap agar orang Melayu sedar dan kembali bersatu hati. Janganlah kerana pangkat dan harta menyebabkan maruah, bangsa serta agama sanggup digadaikan. Tidak guna menyesal jika suatu masa nanti, anak bangsa kita menjadi pengemis di negara sendiri ," tegasnya

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, kenyataan DAP sebenarnya ibarat mahu menabur pasir ke dalam periuk nasi orang Melayu.

Menurutnya, majoriti yang bekerja sebagai kakitangan awam terdiri daripada orang Melayu dan isu yang dibangkitkan ini mempunyai agenda tersendiri bagi DAP yang nyata bersikap rasis terhadap kaum tersebut.

"Apa yang diusulkan oleh DAP memang sengaja dicipta sebagai salah satu langkah untuk mencapai matlamat sebenarnya bagi menjatuhkan orang Melayu seperti yang dirancangkan sejak dahulu lagi.

"Cuma yang menghairankan ialah bagaimana pemimpin pembangkang Melayu yang seolah-olah buta dengan apa yang cuba dilakukan oleh DAP sehingga mereka bebas melakukan keputusan yang mampu menjatuhkan Melayu," katanya.

Beliau turut menyatakan yang AP seharusnya tidak perlu bimbang dengan perkara ini kerana ramai kaum bukan Melayu lebih minat untuk bekerja sendiri.

"Bangsa Cina terutamanya lebih berminat untuk bekerja sendiri dan berniaga berbanding berkhidmat sebagai kakitangan awam dan ternyata pendapatan yang mereka peroleh lebih lumayan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Keselesaan mengerjakan haji

Posted:

Keselesaan mengerjakan haji

Keselesaan mengerjakan haji

MEKAH 7 Nov. - Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan dan yang sedang dirancang oleh kerajaan Arab Saudi ketika ini dilihat mampu menjadikan ibadah haji pada masa akan datang semakin bertambah selesa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, contoh ketara yang dapat dilihat ketika ini adalah pembangunan tempat melontar di ketiga-tiga jamrah secara bertingkat, yang menjadikan ibadah melontar cukup selesa.

Beliau berkata, selain itu, dengan pengenalan tempoh khusus buat jemaah dari pelbagai benua untuk melontar, ia tambah memudahkan dan memberi keselesaan kepada jemaah haji dari seluruh dunia menunaikan kewajipan itu.

"Saya yakin dengan pelbagai inisiatif dan infrastruktur yang sedang dirancang seperti pembesaran Masjidil Haram, pembangunan jaringan kereta api lebih baik, insya-Allah semua ini akan tambah memberi keselesaan kepada jemaah haji pada masa akan datang," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa hendak melontar di tiga jamrah, awal hari ini.

Hari ini merupakan 11 Zulhijjah, yang menyaksikan kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia tahun ini melontar di tiga jamrah, yang merupakan salah satu daripada wajib haji.

Jemaah haji membanjiri kawasan Mina semasa menunaikan kewajipan itu, dengan kerajaan Arab Saudi menyediakan ratusan ribu khemah buat semua jemaah muasassah.

Sementara itu, ada juga jemaah haji yang bermalam di kaki-kaki lima dan bukit berbumbungkan langit di sekitar kawasan melontar di jamrah sehingga menyesakkan lagi keadaan, semasa pihak berkuasa Arab Saudi bekerja keras memastikan orang ramai tidak berhimpun terlalu lama di kawasan laluan jamrah.

Jamil Khir berkata, beliau yakin kerajaan Arab Saudi akan berusaha mencari inisiatif terbaik untuk mengurangkan lagi kesesakan, yang pastinya akan membangkitkan lagi kecantikan persekitaran di tanah suci. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved