Rabu, 2 Oktober 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


UMW Toyota sasar jual 36,000 Vios tahun depan

Posted: 02 Oct 2013 12:13 PM PDT

Dua model memperagakan Toyota Vios serba baharu bagi varian TRD Sportivo di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 2 Okt. - UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) menyasarkan untuk menjual sebanyak 36,000 buah kereta segmen B terbaharunya yang dilancarkan hari ini iaitu Vios, pada tahun hadapan.

Setakat ini, Vios generasi ketiga berkenaan telah berjaya merekodkan 8,000 tempahan sejak dibuka untuk tempahan bermula Julai lalu.

Presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki berkata, untuk bagi tiga bulan terakhir tahun ini, kilang milik syarikat mampu mengeluarkan sebanyak 11,000 Vios dengan keupayaan penghantaran sekurang-kurangnya 9,000 buah kenderaan.

Vios merupakan kereta sedan bukan nasional paling popular di Malaysia iaitu menguasai 60 peratus pasaran tempatan tahun lalu.

Secara purata, sejak 2008, jualan Vios amat konsisten iaitu sekitar 30,000 buah setahun dan dengan pengenalan model baharu ini kami meletakkan sasaran lebih tinggi iaitu 36,000 buah setahun," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kereta baharu berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Pengurusan Toyota Motor Corp., Hiroyuki Fukui.

Vios baharu dijual pada harga RM72,200 bagi varian 1.5J manual, RM77,300 varian 1.5J automatik, RM82,900 varian 1.5E, RM88,500 varian 1.5G dan RM93,200 bagi varian 1.5 TRD Sportivo.

Toyota telah membuat beberapa perubahan kepada model baharu ini antaranya 110 milimeter (mm) lebih panjang, 5 mm lebih tinggi dan bonet ditambah kapasitinya sebanyak 80 liter untuk tawaran keluasan yang lebih baik berbanding model sebelum ini.

Ismet berkata, tiga faktor utama kelebihan Vios baharu adalah, rekaan luar yang sporty, ruang kabin yang luas dan tawaran penggunaan yang menjimatkan.

Kami juga berbangga untuk mengumumkan bahawa Vios baharu ini menggunakan 50 peratus komponen tempatan berbanding 15 peratus ketika kali pertama diperkenalkan pada 2003.

Kami yakin Vios akan menjadi faktor penting kepada UMW Toyota mencapai sasaran jualan keseluruhan sebanyak 90,000 buah kenderaan pada tahun ini," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pindaan Akta Cegah Jenayah lulus

Posted: 02 Oct 2013 12:12 PM PDT

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang antara lain memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan arahan menahan penjenayah selama dua tahun akhirnya diluluskan sidang Dewan Rakyat awal pagi Khamis.

Rang undang-undang yang hangat diperbahaskan diluluskan dengan suara majoriti di pihak penyokong kerajaan pada pukul 12.50 pagi (Khamis), setelah perbahasan berlarutan sejak pukul 11.30 pagi hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berada di dewan sehingga malam.

Sebelum rang undang-undang itu diluluskan, kedua-dua pihak, penyokong kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian aktif dengan mengemukakan pelbagai pandangan berhubung perkara tersebut.

Sebelum itu, rang undang-undang berkenaan telah dibacakan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 25 September lalu.

Terdahulu ketika menggulung perbahasan di peringkat dasar, Ahmad Zahid berkata, proses pindaan rang undang-undang itu turut melibatkan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara serta pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri secara terperinci.

Sehubungan itu beliau berkata, dakwaan yang menyatakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak berbincang dengan kerajaan dalam menghasilkan rang undang-undang itu adalah tidak benar.

Malah beliau berkata, para pegawai di Pejabat Peguam Negara telah melakukan yang terbaik dalam usaha menjaga kepentingan rakyat ekoran berlakunya pelbagai kegiatan jenayah.

''Pegawai di Pejabat Peguam Negara telah melakukan terbaik kerana mereka turut rasa terpanggil dengan jenayah yang berlaku. Kepentingan rakyat dipentingkan berbanding soal-soal teknikal. Tujuannya adalah untuk pencegahan dan pembanterasan jenayah," katanya.

Selain itu Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga mengadakan perbincangan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui seminar serta forum bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka berhubung rang undang-undang tersebut.

''Saya berfikiran terbuka dan berlapang dada untuk berunding dan kita tidak melakukan sesuatu secara semberono kerana apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang dibuat untuk menangani masalah penjenayah," katanya lagi.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata, rang undang-undang itu tidak bertujuan sama ada secara tersurat atau tersirat untuk menahan mereka yang memegang jawatan politik, sebaliknya khusus untuk menahan penjenayah.

''Memang tiada niat dan tujuan tersurat atau tersirat untuk menahan mereka yang memegang jawatan politik walaupun berlaku perbezaan pendapat. Lagipun di dalam pindaan ini tiada kuasa menteri berbanding kuasa menteri di dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

''Di dalam ISA, menteri ada kuasa mutlak dan beliau boleh tandatangan penahanan. Namun, di dalam pindaan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah arahkan Peguam Negara menyebut perkara itu kerana kerajaan tidak mahu diimplikasikan berlaku salah guna kuasa menteri," katanya.

Atas asas itu juga Ahmad Zahid berkata, Lembaga Pencegahan Jenayah ditubuhkan di dalam pindaan itu dan dianggotai tiga orang ahli dan mungkin lima orang dan mereka terdiri daripada pengamal undang-undang.

''Niat Perdana Menteri untuk membuat transformasi politik jelas terpancar pada pindaan ini. Tujuannya adalah untuk tangani jenayah berat," katanya lagi.

Tiga penjenayah ditembak mati

Posted: 02 Oct 2013 12:12 PM PDT

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

Khalid Abu Bakar (kanan), Hadi Ho Abdullah (dua dari kiri) dan Acryl Sani Abdullah Sani (kiri) melihat barangan yang dirampas selepas polis berjaya menembak mati tiga penjenayah dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik, Perak, semalam.

GERIK 2 Okt. - Tiga penjenayah yang dikehendaki kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah termasuk bunuh, curi kenderaan dan samun bersenjata ditembak mati setelah berbalas tembakan dengan polis di Jalan Intan dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 1.40 pagi itu, polis terpaksa menembak kesemua suspek berusia 25 hingga 34 tahun setelah mereka melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahan mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketika kejadian, penjenayah yang ditahan oleh sepasukan anggota polis yang menjalankan Op Cantas Khas telah memberhentikan kereta Proton Wira yang dinaiki sebelum mereka secara tiba-tiba mengundurkan kenderaan tersebut.

Beliau berkata, penjenayah kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis menyebabkan anggota pasukan keselamatan terbabit terpaksa membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

"Kumpulan penjenayah dari Kelantan ini telah melepaskan beberapa das tembakan sehingga memaksa polis membalas semula tembakan yang membunuh kesemua mereka," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Hadi Ho Abdullah.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kumpulan penjenayah tersebut terlibat dalam kes bunuh seorang peniaga nasi kukus di Paka, Terengganu, dua cubaan bunuh membabitkan ibu tunggal di Kuantan, Pahang dan tiga kes samun bersenjata.

Katanya, pemeriksaan dalam kereta suspek pula menemukan dua pucuk pistol iaitu jenis .38 di bawah paha sebelah kanan penumpang dan sepucuk pistol jenis .22 di bawah tempat kaki pemandu, selain peralatan digunakan untuk memecah masuk rumah dan mencuri kenderaan.

Tambah beliau, siasatan juga mendapati kumpulan terbabit aktif melakukan kegiatan jenayah sejak awal tahun ini dan kesemua mereka memiliki rekod kesalahan lampau.

"Dengan tertumpasnya kumpulan ini, kita percaya telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes jenayah dan kini sedang mengenal pasti sama ada terdapat saki baki ahli kumpulan mereka yang masih bebas.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan suspek melakukan jenayah di seluruh negara dan kini sedang mengatur strategi untuk melakukan jenayah di daerah ini," katanya.

Katanya, mayat semua suspek dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Rasuah: Dua beradik didakwa

Posted: 02 Oct 2013 12:13 PM PDT

Oleh SITI NOORALINA AHMAD dan MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
pengarang@utusan.com.my

CHOH Chaw Khiang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Dua beradik yang merupakan pengusaha dua buah syarikat perikanan dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan memberikan suapan wang tunai berjumlah RM220,000 bagi melepaskan tiga buah bot milik syarikat mereka yang ditahan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Choh Chaw Khiang, 41, pengarah syarikat Gabungan Mesra Sdn. Bhd. didakwa di Mahkamah Sesyen di sini manakala abangnya, Choh Chew Boon, 46, pengurus operasi Gelombang Utama Sdn. Bhd. didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bahru, Kelantan.

Chaw Khiang mengaku tidak bersalah memberikan suapan wang tunai RM100,000 kepada Arman Alies kononnya untuk diberikan kepada pegawai atasan APMM Putrajaya sebagai dorongan untuk melepaskan dua bot, KNF 7820 dan KNF 7842 milik syarikatnya itu yang ditahan oleh APMM atas kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam tandas Restoran Melting Pot, Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail di sini pada pukul 1 pagi, 8 Jun lalu.

Bagi tuduhan kedua, Chaw Khiang didakwa memberi rasuah wang tunai RM100,000 kepada Arman bagi tujuan sama di Restoran Dine All Day Dining, Hotel Sri Petaling di sini pada pukul 4.25 petang, hari yang sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Nur Lokman Samingan mencadangkan jaminan RM600,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap lelaki itu.

Peguam, R. Kengadharan yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM40,000 memandangkan anak guamnya menanggung isteri warga Vietnam yang tidak bekerja serta tiga anak berusia antara lapan bulan dan tujuh tahun.

Hakim Rosbiahanin Arifin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM150,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sebutan kes ditetapkan pada 7 November depan.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Kota Bahru, Chew Boon mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi rasuah wang tunai RM20,000 kepada pengarah operasi APMM, Kapten Wan Burhanuddin Jusoh di hadapan Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh, Kelantan pada pukul 4 petang, 21 Mac lalu.

Suapan tersebut didakwa sebagai dorongan melepaskan bot KNF 7840 milik syarikatnya yang ditahan APMM Daerah Tok Bali kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Pendakwaan terhadap lelaki itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shahidah Muslimah Roslan mengikut Seksyen 17(b) akta sama yang memperuntukkan hukuman yang sama.

Hakim Mohd. Yusuff Yunus membenarkan Chew Boon diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah sementara menunggu sebutan kes pada 6 November ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh SPRM hari ini, tiga lagi individu berusia antara 20-an dan 60-an ditahan reman antara empat hingga lima hari di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pegawai Undang-Undang Mahkamah Majistret Putrajaya, Samsuddin Zakir.

Menurut SPRM, dua daripadanya ditahan di Kota Tinggi, Johor manakala seorang lagi di Kuantan, Pahang.

Berdasarkan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, SPRM berjaya menumpaskan sindiket nelayan asing yang aktif merasuah penguat kuasa tempatan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang kerana menangkap ikan di perairan negara setelah memberkas lapan lelaki termasuk seorang warga Vietnam.

Hasil tangkapan menerusi operasi khas yang dijalankan di ibu negara, Kelantan, Pahang dan Johor itu berjaya merampas wang tunai RM1.2 juta yang digunakan sebagai bayaran rasuah sejak Mac lalu dan empat buah bot pukat ganding milik syarikat nelayan Vietnam bernilai kira-kira RM5 juta.

Pada 27 September lalu, Utusan Malaysia secara eksklusif melaporkan mengenai keluhan nelayan-nelayan tempatan yang menjadi mangsa kegiatan haram tersebut.

Laporan hasil tinjauan wartawan selama dua hari di tiga kawasan tumpuan nelayan pantai iaitu Sungai Batu, Gertak Sanggul dan Pulau Betong, Pulau Pinang menunjukkan aktiviti pencerobohan itu berlaku sehingga mengakibatkan pendapatan nelayan pantai terjejas serta merosakkan pukat mereka apabila dirempuh bot pukat tunda.

Amuk di JPM: Aksi libas pedang samurai dirakam CCTV

Posted: 02 Oct 2013 12:13 PM PDT

Muhdalena Ahmad

PUTRAJAYA 2 Okt. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, imej yang dirakam oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), tahun lalu menunjukkan aksi seorang lelaki mengamuk dengan melibas cermin kenderaan menggunakan pedang samurai.

Inspektor Mior Samsul Abdul Rahman, 29, memberitahu, imej berkenaan turut merakam kehadiran tertuduh, Muhdalena Ahmad, 28, bersama-sama lelaki mengamuk, Khalil Afandi Abdul Hamid, 47.

Bagaimanapun, Juruanalisis Seksyen Audio Video, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menyatakan, rakaman tersebut tidak menunjukkan sebarang insiden tembakan yang berlaku dalam kejadian amuk itu.

Saksi berkenaan menyatakan demikian ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Mohd. Izhar, hasil yang diperolehinya ketika menganalisis rakaman CCTV berhubung kejadian tersebut.

Sewaktu menjawab soalan peguam M. Visvanathan yang mewakili Muhdalena, Mior Samsul menjelaskan, kejadian tembakan itu tidak ditemui dalam rakaman tersebut walaupun selepas kesemua 17 imej dibesarkan dan dicetak.

Sebelum itu, saksi menyatakan, dia menerima sekeping cakera padat digital (DVD) pada 10 Julai tahun lalu, iaitu sehari selepas kejadian dan membuat analisis terhadap kandungan datanya.

Menurut pegawai itu, cakera tersebut dimainkan pada komputer manakala imej yang dirakam dibesar dan dijelaskan menggunakan perisian khas sebelum mencetaknya satu persatu.

Ujar Mior Samsul, dia kemudian membuat laporan terhadap hasil analisis tersebut dan diserahkan kepada pegawai penyiasat kes.

Saksi tersebut memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Muhdalena yang didakwa melakukan ugutan jenayah dalam kejadian amuk di JPM manakala Khalil Afandi yang mengaku dirinya 'Imam Mahadi' terbunuh dalam kejadian berkenaan.

Hakim Mohd. Kamil Nizam menetapkan perbicaraan disambung pada 20 dan 21 November depan bagi mendengar keterangan dua saksi akhir pendakwaan serta mendengar penghujahan kedua-dua pihak.

Muhdalena dibicarakan atas tuduhan melakukan ugutan jenayah untuk mendatangkan cedera parah terhadap Koperal Ridzuan Megat Ahmad dan tuduhan membawa sebilah pedang yang dikelaskan sebagai senjata berjadual.

Bagi pertuduhan kedua, wanita itu didakwa atas tuduhan tidak mematuhi perintah Ridzuan agar meletakkan senjata di kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan.

Muhdalena turut didakwa tidak mematuhi perintah Menteri dengan berada di tempat kejadian yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan tanpa memiliki pas atau permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai tahun lalu di Kompleks B, JPM, Presint 1 di sini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kerajaan Pahang tidak benarkan

Posted: 02 Oct 2013 12:13 PM PDT

Oleh HERMAN HAMID
herman.hamid@utusan.com.my

KUANTAN 2 Okt. - Projek pembinaan pusat pelancongan kerohanian pelbagai agama di Gambang dekat sini, seperti yang diuar-uarkan sebuah syarikat pemaju, Enchant Acres Sdn. Bhd., tidak pernah dibincangkan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan, pembinaan pusat tersebut yang mencetuskan pelbagai spekulasi di internet ketika ini sememangnya tidak akan dibuat di negeri ini dan apa yang ditimbulkan sebelum ini adalah satu penipuan.

Sebaliknya, menurut beliau, tanah seluas 100 hektar di Gambang itu diluluskan kepada syarikat Waras Mekar Sdn. Bhd., yang hanya berunding dengan Enchant Acres bagi memajukan tanah berkenaan sebagai rakan kongsi untuk tujuan pembangunan bercampur antara komersial dengan kediaman seperti disyaratkan.

''Namun, belum ada persetujuan ditandatangani tetapi tiba-tiba Enchant Acres buat kenyataan akan buat pusat pelancongan kerohanian di Gambang. Dengan itu Waras Mekar telah buat laporan polis.

"Projek ini tidak pernah dibincangkan dan tidak akan dibuat di Pahang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Yayasan Pahang, di sini hari ini.

Sebelum ini, Enchant Acres menerusi dalam laman web syarikat itu menghebahkan mengenai projek pembinaan sebuah pusat pelancongan kerohanian di Gambang melibatkan pelbagai agama selain turut melibatkan pembinaan hotel dan institusi pendidikan di tapak tersebut.

Sementara itu, Adnan berkata, kerajaan negeri hanya membuat kenyataan berhubung isu tersebut ketika ini kerana perlu membuat siasatan terperinci.

"Saya harap dengan penjelasan keadaan sebenar hari ini, maka isu ini selesai. Pembangunan di tanah yang kita luluskan hanyalah untuk projek kediaman dan komersial," jelasnya.

Pembinaan empangan hidroelektrik rancakkan kemasukan pelabur

Posted: 02 Oct 2013 12:13 PM PDT

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (empat dari kiri) bersama G. Palanivel (tiga dari kiri), Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kanan) dan pegawai kanan TNB serta kontraktor dalam terowong empangan hidroelektrik Kampung Susu, Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini.

CAMERON HIGHLANDS 2 Okt. - Pembinaan Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai dapat merancak pertumbuhan ekonomi dan menarik kemasukan pelabur sekali gus memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat negeri ini.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, projek yang mampu menjana elektrik 382 megawatt itu bukan sahaja membekalkan elektrik tetapi dapat menyemarak industri pelancongan tempatan.

Titah baginda, empangan hidroelektrik yang bernilai RM2.4 bilion itu akan menjadi mercu tanda dan tarikan terbaharu bagi pelancong yang ingin ke Cameron Highlands melalui jalan Sungai Koyan dan sebaliknya.

"Empangan ini apabila siap nanti dapat menjadi tarikan terbaharu dan secara tidak langsung dapat memberi peluang ekonomi kepada penduduk tempatan terutama masyarakat Orang Asli yang tinggal di sekitar kawasan ini.

"Mereka boleh berniaga secara kecil-kecilan menjual produk kraf tangan berasaskan sumber hutan seperti rotan, buluh, rebung buluh, madu lebah dan sebagainya kepada orang ramai yang singgah atau berhenti rehat di kawasan empangan ini," titah Tengku Abdullah.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan lencongan Sungai Bertam bagi Empangan Projek Hidroelektrik Ulu Bertam, Kampung Susu di sini kelmarin.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G. Palanivel , Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail.

Tengku Abdullah turut meluangkan masa melawat kerja-kerja membina terowong air yang akan berfungsi untuk melencongkan aliran air bagi membolehkan pelaksanaan kerja asas di empangan tersebut.

Titah baginda, daripada taklimat yang diberi Naib Presiden (Bisnes Baru dan Projek Utama) Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ir. Mohd. Nazri Shahrudin, TNB dan kontraktor utama, TM Salini, projek itu dapat disiapkan mengikut jadual dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2016.

Apabila siap nanti, titah baginda, kawasan Ulu Bertam yang sebelum ini jauh ketinggalan daripada pembangunan kerana kedudukannya yang terpencil dan tidak mempunyai perhubungan jalan raya akan menjadi sibuk kerana Jalan Sungai Koyan akan menjadi laluan utama ke Cameron Highlands bagi penduduk yang duduk di kawasan Pahang Barat.

Sehubungan itu, Tengku Abdullah bertitah, dengan adanya Projek Empangan Hidroelektrik Ulu Bertam tersebut masyarakat Orang Asli tidak seharusnya menjadi pemerhati sebaliknya mengambil peluang berniaga di sepanjang laluan tersebut yang dijangka akan sibuk tidak lama lagi.

Paya Kangsa dimajukan tanaman padi

Posted: 02 Oct 2013 12:13 PM PDT

JERANTUT 2 Okt. - Kawasan seluas 300 hektar di Paya Kangsa, Pulau Tawar dekat sini, akan dimajukan semula dengan projek tanaman padi bagi meningkatkan pengeluaran bahan makanan utama itu di negeri ini.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, kawasan sawah padi yang terbiar sejak 25 tahun lalu akan diselenggarakan menerusi pengurusan estet yang sempurna sekali gus dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk belia.

Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan kerjasama Jabatan Pertanian dan agensi lain untuk memulakan projek tanaman padi 'beras wangi' seperti yang terdapat di Thailand dan Filipina.

"Projek berasaskan sistem estet mampu menghasilkan enam hingga tujuh tan sehektar buat permulaan sekali gus mengubah pendapatan petani kampung tradisional di Pulau Tawar.

"Kita akan berbincang dengan pemilik tanah sama ada untuk mengusahakan sendiri menerusi bantuan agensi kerajaan atau mengadakan perjanjian kerjasama dengan beberapa syarikat swasta yang akan memberi pakej bantuan input pertanian dan khidmat nasihat yang boleh diaplikasi secara tepat oleh petani," katanya di sini semalam.

Menurut Ahmad Nazlan, projek tanaman padi di situ terbantut sejak sekian lama kerana masalah banjir, gangguan haiwan, pengairan, pemilik yang sudah berusia dan beberapa masalah teknikal lain.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan merancang lebih teliti untuk projek tanaman padi 'beras wangi' yang mampu menjana pulangan hasil yang terbaik sekali gus meningkat pendapatan keluarga petani berkenaan.

"Kita akan berbincang dengan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), pemilik tanah dan agensi kerajaan untuk mencari mekanisme baharu agar projek ini berjaya direalisasikan tidak lama lagi," katanya.

Ahmad Nazlan berkata, projek itu wajar dilaksanakan kerana dapat memacu perkampungan tradisional di pesisiran Sungai Pahang di daerah ini menerusi sektor pertanian komersial berasaskan tanah-tanih yang subur.

Katanya, projek tanaman padi di Kampung Gintong dekat sini, antara yang berjaya membabitkan usaha bersungguh-sungguh penduduk di samping bantuan teknikal dan bimbingan Jabatan Pertanian.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Militan tembak jatuh helikopter tentera Iraq

Posted: 02 Oct 2013 11:22 AM PDT

KIRKUK, Iraq 3 Okt. - Militan menembak jatuh helikopter milik tentera Iraq hari ini menyebabkan empat anggota pasukan keselamatan terkorban.

Seorang pegawai berkata, helikopter tersebut ditembak ketika sedang menjalankan operasi besar-besaran membanteras militan di kawasan gurun, di barat bandar Baiji, utara Baghdad.

Kejadian itu telah mengorbankan dua orang anak kapal dan dua orang tentera. - AFP

Berlusconi batalkan cubaan guling Perdana Menteri Itali

Posted: 02 Oct 2013 11:20 AM PDT

ROM 3 Okt. - Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi hari ini membatalkan cubaannya untuk menggulingkan Perdana Menteri, Enrico Letta dalam satu undi tidak percaya.

Berlusconi berkata, beliau menukar fikiran selepas mendengar janji Letta untuk mengurangkan cukai dan `membentuk kerajaan yang mampu melaksanakan perubahan kepada Itali.

Berlusconi pada awalnya menggesa lima menteri dari partinya, Parti Kebebasan Rakyat (PDL) meletakkan jawatan dan menyebabkan undi tidak percaya dilaksanakan terhadap Letta.

Bagaimanapun, beliau menukar fikirannya selepas beberapa Senator PDL akan menyatakan sokongan kepada Letta. - AFP/Agensi

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Meningkatkan kerjasama Beijing-KL

Posted: 02 Oct 2013 12:13 PM PDT

Presiden Xi Jinping dan isterinya Peng Liyuan tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk lawatan rasmi selama tiga hari.

PRESIDEN China, Xi Jinping tiba di Malaysia dalam lawatan pertama kali bersama isterinya, Peng Liyuan selama tiga hari bermula hari ini hingga 5 Oktober.

Kehadiran pemimpin berusia 60 tahun itu bakal disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sekali gus mengimbau sejarah lawatan bapanya, Tun Abdul Razak ke Beijing bertemu dengan Perdana Menteri pertama China, Zhou Enlai pada 28 Mei 1974.

Lawatan Jinping ke negara ini diharap dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan China dalam pelbagai sektor.

Lawatan itu juga dilihat sebagai satu daripada usaha China untuk terus mengukuhkan hubungannya dengan negara-negara ASEAN, selain bakal menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Pemimpin APEC Ke-22 pada tahun depan.

Berikut adalah jawapan bertulis wawancara Presiden Xi Jinping dengan media Indonesia dan Malaysia.

China dan Malaysia telah membentuk kerajaan baharu pada tahun ini. Apakah pendirian Tuan Presiden terhadap perkembangan hubungan China-Malaysia pada masa ini, dan apa harapan kepada hubungan dua hala ini pada masa akan datang?

Hubungan China-Malaysia telah mencapai perkembangan yang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini, dan kini mengekalkan perkembangan yang menyeluruh, stabil dan bersifat pragmatik.

China merupakan rakan dagang yang terbesar bagi Malaysia dalam tempoh empat tahun berturut-turut. Malaysia pula merupakan rakan dagang yang terbesar bagi China dalam kalangan ASEAN bagi tempoh lima tahun berturut-turut.

Jumlah perdagangan dua hala mencatat rekod tertinggi dalam sejarah, iaitu AS$94.8 bilion pada tahun 2012. Malaysia dijangka menjadi negara ketiga di Asia yang jumlah perdagangan tahunannya dengan China mencecah AS$100 bilion selepas Jepun dan Republik Korea.

Taman Perindustrian China-Malaysia di Qinzhou dan Taman Perindustrian Malaysia-China di Kuantan telah merintis usaha penubuhan taman perindustrian peringkat negara antara China dengan negara-negara ASEAN. Kerjasama China-Malaysia dalam bidang kewangan juga mencapai perkembangan yang pesat.

China dan Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertukaran Mata Wang yang bernilai 180 bilion yuan RMB, sekali gus meletakkan jaminan yang kukuh kepada kerjasama kedua-dua negara dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Di samping itu, jumlah pertukaran lawatan antara warga China dan Malaysia telah mencecah dua juta orang dalam tempoh tiga tahun berturut-turut. Kini, jumlah pelajar yang melanjutkan pelajaran antara satu sama lain pula mencecah 15,000 orang. Kerjasama antara China dengan Malaysia telah mencapai permuafakatan bestari.

Kerajaan kedua-dua negara kini memberikan keutamaan kepada usaha memperbaiki kehidupan rakyat dan memajukan negara. China bersedia bekerjasama dengan Malaysia dalam usaha mewujudkan masa depan yang cerah.

Saya menanti-nantikan untuk mengadakan perbincangan yang mendalam dengan pemimpin Malaysia bagi meningkatkan kerjasama yang menyeluruh antara kedua-dua negara, di samping membentuk kerangka yang stabil perkembangan hubungan dua hala yang sihat dalam tempoh yang panjang.

Saya yakin dengan usaha bersama kedua-dua pihak, kerjasama strategik China-Malaysia akan meningkat ke satu tahap yang baharu dan terus memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Baru-baru ini, pasaran kewangan beberapa entiti ekonomi baru muncul di rantau Asia Pasifik telah mengalami pergolakan, malah menghadapi semakin banyak faktor yang tidak menentu dalam pertumbuhan ekonomi.

Di samping itu, kelajuan pertumbuhan ekonomi China juga menjadi perlahan. Sehubungan dengan itu, timbul kebimbangan dalam kalangan masyarakat antarabangsa terhadap prospek ekonomi Asia Pasifik dan ekonomi China. Apa pandangan Tuan Presiden mengenai perkara ini?

Baru-baru ini, pergolakan pasaran kewangan didapati muncul di beberapa entiti ekonomi baru di rantau Asia Pasifik. Punca utama yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah faktor luar yang telah mempengaruhi jangkaan pasaran antarabangsa dan mengakibatkan modal antarabangsa ditarik balik daripada entiti-entiti tersebut.

Kami menyarankan supaya entiti-entiti ekonomi maju yang besar mengamalkan dasar ekonomi makro dengan sikap bertanggungjawab dan mengelakkan kesan limpahan negatifnya.

Pada masa yang sama, entiti-entiti ekonomi baru muncul juga perlu meningkatkan pencegahan terhadap risiko serta kemampuan untuk mengatasi risiko tersebut. Saya juga ingin menekankan bahawa hasrat bersama Asia Pasifik dalam mengekalkan keamanan, kestabilan dan pembangunan tidak berubah.

Trend Asia Pasifik yang prestasi dan peranannya semakin meningkat di arena politik dan ekonomi dunia tidak akan berubah. Peneraju dan potensi pertumbuhan ekonomi yang berterusan di rantau Asia Pasifik juga tidak berubah.

Kita seharusnya yakin kepada prospek pembangunan rantau Asia Pasifik pada masa depan. Anggota-anggota APEC perlu mendorong Asia Pasifik supaya terus memainkan peranan sebagai panduan dalam pemulihan ekonomi global dan pertumbuhannya yang sihat.

Kadar pertumbuhan ekonomi China mencatat 7.6% pada setengah tahun pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Angka ini lebih rendah berbanding masa-masa sebelum ini.

Ini hasil daripada tindakan kawalan proaktif yang diambil oleh kerajaan China. China komited untuk menstabilkan pertumbuhan ekonomi, mengubah suai struktur ekonomi dan mendorong pembaharuan.

Dalam pada itu, Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) bukanlah satu-satunya indeks bagi menilai hasil pembangunan negara, manakala kualiti dan keefisienan pertumbuhan ekonomi bakal menjadi tumpuan. Pengubahsuaian ini bertujuan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih sihat, berkualiti dan berterusan pada masa depan.

Bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi China tidaklah perlahan, malah masih mengekalkan tempat terdepan di rantau Asia Pasifik, malah di seluruh dunia berbanding dengan entiti ekonomi yang lain. China amat yakin akan mewujudkan pembangunan ekonomi yang berterusan lagi sihat. Pembangunan ekonomi China yang berterusan lagi sihat ini akan menjadi peneraju kepada pemulihan ekonomi global, dan memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pembangunan dan kemakmuran bersama di rantau Asia Pasifik.

Integrasi ekonomi Asia Pasifik kini semakin mendalam, pelbagai jenis perjanjian FTA seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) turut timbul. Apa pandangan Tuan Presiden terhadap integrasi ekonomi di rantau ini? Apa peranan yang boleh dimainkan oleh APEC dalam proses ini?

Integrasi ekonomi rantau Asia Pasifik telah menggambarkan prospek cemerlang di rantau ini, iaitu integrasi dan kerjasama ekonomi berkembang secara mendalam. Ini merupakan tugas bersama anggota-anggota APEC dan juga sasaran pembangunan Asia Pasifik.

Kini, pelbagai perjanjian FTA turut timbul, yang menunjukkan kemajuan positif integrasi serantau. Kita patut meningkatkan keterbukaan pasaran dan integrasi ekonomi serantau melalui pelaksanaan perjanjian-perjanjian FTA tersebut.

Menurut pepatah China, yang maksudnya orang seharusnya mempunyai minda yang terbuka seperti laut yang menerima air dari ratusan sungai.

China selalu secara aktif menyokong dan menyertai proses integrasi rantau Asia Pasifik, dan bersikap terbuka terhadap segala rancangan atau mekanisme yang bakal memberikan manfaat kepada integrasi tersebut.

Sementara itu, China berpendapat bahawa pelbagai pihak perlu memegang prinsip yang terbuka, toleransi dan ketelusan, untuk menyediakan lebih banyak pilihan dan lebih fleksibel kepada entiti-entiti ekonomi yang tidak sama taraf pembangunannya untuk menyertai proses integrasi.

Sebagai pertubuhan kerjasama ekonomi yang peringkatnya paling tinggi, bidangnya paling luas dan pengaruhnya paling besar di rantau ini, APEC perlu memainkan peranan sebagai pemandu dan penyelaras bagi meningkatkan pertukaran maklumat, ketelusan dan keterbukaan pelbagai FTA, menggalakkan mereka saling menimba pengalaman, saling mendorong bahkan saling melengkapi, akhirnya menyediakan syarat bagi mewujudkan integrasi ekonomi di Asia Pasifik.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 penjalinan hubungan rakan strategik China-ASEAN. Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, hubungan kedua-dua pihak mencapai perkembangan pesat. Masa depan hubungan China-ASEAN, termasuk bagaimana menangani isu Laut China Selatan telah menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa. Apa pendapat Tuan Presiden terhadap prospek hubungan China-ASEAN dalam tempoh 10 tahun akan datang?

China dan pelbagai negara ASEAN bukan sahaja bersambung dari segi geografi, tetapi juga mempunyai pertalian darah, dan seperti sebuah keluarga. Persahabatan antara kedua-dua pihak telah bersejarah lama. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 terjalinnya hubungan rakan strategik China-ASEAN.

Prinsip saling menghormati, sama kedudukan, berjiran baik dan saling menguntungkan selalu disanjung tinggi dalam perkembangan hubungan kedua-dua pihak dalam 10 tahun yang lalu, malah hubungan China-ASEAN telah melebihi hubungan bilateral dan mempunyai makna penting bagi rantau ini dan seluruh dunia, serta telah menjadi asas bagi kedamaian dan kemakmuran di Asia Timur.

China mengekalkan dasar luar yang memelihara hubungan persahabatan dengan negara-negara jiran dan berusaha berkongsi hasil pembangunannya dengan negara-negara berhampiran. ASEAN selalu diutamakan dalam hubungan luar China.

China akan tetap mempererat hubungan rakan strategik dengan ASEAN, bekerjasama dengan ASEAN bagi memelihara keamanan dan kestabilan serantau, termasuk kawasan Laut China Selatan.

Merujuk beberapa pertikaian dan perselisihan dengan beberapa negara, China sentiasa menyokong penyelesaian sewajarnya melalui perundingan dan dialog, dan akan terus berusaha untuk matlamat tersebut. China juga akan terus menyokong pembangunan ASEAN dan Komuniti ASEAN, menyokong ASEAN memainkan peranan utama dalam kerjasama di Asia Timur.

Sebagai negara pasaran baru muncul di Asia, China dan ASEAN bukan sahaja mempunyai masa depan yang saling berkait rapat, tetapi juga telah menjadi harapan bagi kawasan serantau bahkan dunia untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Sebagai entiti ekonomi membangun, tugas utama yang dihadapi oleh China dan ASEAN ialah pembangunan ekonomi dan penambahbaikan kehidupan rakyat.

Kerjasama antara kedua-dua pihak bukan sahaja akan menyediakan ruangan yang luas dan peluang perdagangan yang berterusan kepada pembangunan masing-masing, tetapi juga akan memberikan sumbangan lebih besar kepada kemakmuran dan kestabilan dunia.

Hubungan China-ASEAN masih mempunyai potensi perkembangan dan ruang kerjasama yang besar. Pada masa depan, kedua-dua pihak patut mengutamakan beberapa perkara seperti perikut: Pertama, mengekalkan lawatan peringkat tinggi antara satu sama lain, meningkatkan komunikasi strategik bagi memperkukuh rasa saling mempercayai.

Kedua, menaikkan taraf Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), terus membuka pasaran, meningkatkan kebebasan dan kemudahan perdagangan dan pelaburan antara satu sama lain.

Ketiga, menggalakkan kesalinghubungan, membentuk platform pelaburan dan pembiayaan untuk pembinaan infrastruktur di Asia, dan menghapuskan halangan dalam usaha tersebut.

Keempat, menggunakan Tabung Kerjasama Maritim China-ASEAN bagi menggalakkan kerjasama maritim yang pragmatik.

Kelima, memperdalam kerjasama dalam bidang pertahanan dan keselamatan, menyempurnakan mekanisme Mesyuarat Menteri Pertahanan antara kedua-dua pihak, menggalakkan pertukaran antara jabatan berkenaan, serta bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.

Keenam, meningkatkan pertukaran pelbagai lapisan rakyat, khususnya dalam kalangan orang awam bagi meningkatkan saling persefahaman, memperkukuh asas hubungan persahabatan dan jiran baik antara China dengan ASEAN.

Ketujuh, meningkatkan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau, serta bersama-sama memelihara kepentingan negara-negara membangun, dan mendorong proses demokrasi dalam hubungan antarabangsa.

GPEC Asia 2013 bantu perluaskan industri keselamatan

Posted: 02 Oct 2013 12:13 PM PDT

Oleh AZMI ABDUL MALEK

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) mulai semalam menganjurkan program General Police and Special Equipment Exhibition & Conference Asia (GPEC) 2013 sehingga 6 Oktober ini dalam usaha memberi peluang kepada beberapa pengusaha tempatan dan lebih 20,000 orang awam melihat sendiri barangan promosi membabitkan industri keselamatan polis di dalam dan luar negara.

GPEC Asia 2013 merupakan program dwi-tahunan yang asalnya dianjurkan di Jerman bagi mempromosikan industri keselamatan dalam negeri.

Penganjuran GPEC Asia 2009 di Malaysia mencatatkan sejarah apabila program itu pertama kali dianjurkan di luar Jerman dan buat julung kalinya diadakan di Asia.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, KDN sebelum ini menjadi hos penganjuran GPEC Asia 2009 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Jun 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur manakala GPEC Asia 2011 pula berlangsung pada 27 hingga 29 Jun 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Program GPEC Asia 2013 kali ini berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) dan Marina Putrajaya.

GPEC Asia 2013 kali ini melibatkan pameran barangan industri keselamatan dan kelengkapan pasukan keselamatan negara, persidangan berkenaan keselamatan dalam negeri, sesi dialog, kunjungan hormat para pemain industri dan juga delegasi rasmi bersama Menteri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

"Program merupakan platform terbaik untuk berkongsi maklumat dan kepakaran pasukan keselamatan antara negara-negara yang terlibat. Seiring dengan landskap keselamatan dan jenayah merentasi sempadan yang semakin mencabar, teknologi dan industri keselamatan dalam negara sentiasa dipertingkatkan di samping memantapkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara-negara lain yang terbabit," katanya menerusi satu kenyataan berhubung GPEC.

GPEC Asia 2013 membabitkan lawatan delegasi negara-negara ASEAN dan 16 negara lain di samping penyertaan pameran penggiat industri keselamatan daripada 15 negara.

Antara negara yang terlibat dengan program/pameran/persidangan ini adalah Amerika Syarikat, China dan negara-negara Eropah.

Sembilan pemimpin negara anggota ASEAN termasuk Menteri, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Imigresen dan Ketua Pengarah Penjara turut hadir.

Sebanyak 16 Ketua Polis dari Australia, China, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, polis antarabangsa (Interpol), ASEAN Sekretariat, Arab Saudi, Amerika Syarikat, United Kingdom, Bangladesh, Turki, Lesotho, Timor Leste, Ameriah Arab Bersatu dan Kuwait dijangka turut serta.

"Setakat ini lebih daripada 100 buah syarikat dalam dan luar negara mengesahkan penyertaan dalam pameran ini," kata Abdul Rahim.

Ada kelainan antara GPEC Asia 2013 berbanding GPEC Asia 2009 dan GPEC Asia 2011 kerana GPEC Asia sebelum ini hanya membabitkan pemain industri daripada kalangan delegasi yang menyertai program ini sahaja, manakala GPEC kali ini, KDN dan penganjur membuka peluang kepada orang awam untuk turut sama menyertai program ini dengan mengunjungi pameran dan pertunjukan PDRM di Marina, Putrajaya.

Pelbagai aktiviti dan demonstrasi aset-aset pasukan keselamatan negara diadakan. Penyertaan negara-negara luar juga semakin meningkat dalam ketiga-tiga program ini.

GPEC Asia 2009 membabitkan pempamer 80 syarikat dari 16 buah negara atas tapak seluas 1,350 meter persegi dengan kehadiran pengunjung seramai 6,940 orang.

Pada program GPEC 2011, jumlah pempamer (121 syarikat), 19 buah negara atas tapak seluas 1,702 meter persegi dan pengunjung (13,492 orang) manakala GPEC 2013 jumlah pempamer dilaporkan meningkat kepada lebih 120 buah syarikat atas tapak seluas 3,441 meter persegi dan menjangka pengunjung hadir seramai 20,000 orang.

Abdul Rahim berharap GPEC kali ini dapat meningkat dan memantapkan perkembangan industri keselamatan dalam negara di samping mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara-negara jemputan.

"Ini juga akan menjadi medium perkongsian maklumat dan kepakaran di samping merangka kerjasama yang boleh diperkukuhkan antara keselamatan negara terbabit," katanya.

Katanya, usaha ini juga dapat meningkatkan prasarana dan kelengkapan agensi-agensi penguat kuasa negara dengan adanya bantuan peralatan serta perkakasan yang terkini dan canggih.

Menurutnya, GPEC 2013 juga dijangka mampu menjelaskan usaha dan komitmen kerajaan dalam membanteras serta mengekalkan keselamatan negara di samping meletakkan Malaysia dalam peta antarabangsa kerana berjaya menganjurkan program terkemuka seumpama ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Ahmad Tamimi Siregar berehat selepas rawatan jantung di IJN

Posted: 02 Oct 2013 01:57 AM PDT

AHMAD Tamimi Siregar Kamaruddin bersama isterinya, Datin Zulhaila Siregar.

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Pelakon popular dan penerbit filem, Datuk Ahmad Tamimi Siregar Kamaruddin, kini berehat di rumahnya selepas menjalani rawatan dan kemudian dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Ketika dihubungi petang ini, Ahmad Tamimi yang dimasukkan ke IJN pada petang Isnin kerana komplikasi jantung akibat dua saluran darahnya tersumbat berkata, selain berehat beliau juga kini perlu menghabiskan ubat yang diberi oleh doktor.

"Saya juga perlu jaga makan dan tidur secukupnya. Walaupun terpaksa mengurangkan aktiviti di luar, namun saya masih melakukan kerja-kerja ringan di rumah," katanya.

Menurut Ahmad Tamimi, ketika di IJN, beliau menjalani rawatan angiogram dan angioplasty, iaitu bertujuan memulihkan saluran darah yang tersumbat tersebut.

"Alhamdulillah, prosesnya pemeriksaan dan rawatan berjaya. Saya bersyukur kerana darah yang tersumbat tidak begitu serius iaitu masih boleh diatasi menerusi proses angiogram dan angioplasty.

"Jika tidak, satu pembedahan mungkin terpaksa dilakukan. Saya berterima kasih kepada Profesor Datuk Dr. Mohamed Ezani Md. Taib dan Datuk Dr. Rosli Mohd. Ali yang merawat dan melakukan prosedur angiogram dan angioplasty ke atas saya di IJN," katanya.

Ahmad Tamimi juga berterima kasih kepada ahli keluarga dan para peminatnya di seluruh negara yang mendoakan kesihatan beliau ketika sepanjang dirawat di IJN. - UTUSAN ONLINE

Raja Azmi mula edar kad kahwin

Posted: 01 Oct 2013 11:42 PM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, hari ini mula mengedarkan kad jemputan perkahwinannya yang akan berlangsung pada 13 Oktober ini.

Kad jemputan berwarna merah hati itu diedarkan bersama tunangnya Mohd Eddie Ghazali, 45 kepada hampir 1, 000 jemputan

Majlis pernikahan bakal berlangsung di Laman Santai, Istana Budaya di sini pada pukul 9 malam hari tersebut, diikuti acara membatalkan air sembahyang dan persembahan serta tarian.

Antara artis yang sudah mengesahkan bakal membuat persembahan istimewa pada acara tersebut ialah Rahim Maarof dan Aris Ariwatan.

"Buat masa ini persiapan sudah hampir siap. Memandangkan kami hanya akan melangsungkan satu majlis sahaja, jadi tumpuan saya dan Eddie tidak terlalu terganggu," katanya yang datang sendiri menyampaikan kad jemputan perkahwinannya kepada Kumpulan Utusan di sini hari ini.

Selain media, turut diundang ialah rakan artis, serta sanak-saudara terdekat kedua-dua belah pihak.

Raja Azmi dan Eddie bertunang pada 15 Julai lalu setelah saling mengenali pada awal tahun ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Suami ganas, Arisa larikan diri

Posted: 01 Oct 2013 11:56 PM PDT

DI depan ahli keluarga pijak semut pun tak mati tetapi di belakang hanya Allah dan saya saja yang tahu," luah Arisa Yusuf (bukan nama sebenar), 26, membuka bicara.

Pada mulanya wanita muda ini enggan berkongsi kisah negatif rumah tangganya yang berlaku kira-kira tiga tahun lalu.

Namun, apabila dipujuk dengan tujuan untuk memberi iktibar dan membuka mata masyarakat, dia akhirnya bersetuju.

"Kami jatuh cinta pada usia muda, waktu di tingkatan lima dan kerana masing-masing tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi kami pun mengambil keputusan untuk bernikah.

"Walaupun kehidupan sederhana dengan pendapatan yang kecil, itu tidak menjadi masalah kerana kami memang menyayangi antara satu sama lain," ujar Arisa yang menetap di Kuala Lumpur sejak dari kecil.

Kira-kira dua tahun selepas berumah tangga, suami Arisa, Affendi Sulaiman (bukan nama sebenar), 26, telah berjaya dalam permohonannya untuk menjadi anggota pasukan beruniform.

Ketika menjalani beberapa sesi latihan, Affendi tinggal di kem dan jarang dapat peluang untuk balik ke rumah.

"Pada mulanya saya amat bersyukur dengan tawaran pekerjaan tersebut. Namun lama kelamaan saya dapat rasakan hubungan kami makin renggang apabila dia semakin jarang balik.

"Sikap Affendi juga berubah. Dahulu dia memang tidak pernah marah saya. Namun semenjak memasuki kem latihan dia menjadi seorang yang baran. Pun begitu dia masih menyayangi saya dan sering menghantar khidmat pesanan ringkas berbunyi romantis pada saya.

"Disebabkan amat jarang berjumpa, pada pertemuan yang ada saya akan berusaha menyediakan hidangan yang begitu enak padanya. Saya pelajari resipi terbaru dan berhias sebaiknya untuk menambat hati suami.

"Satu malam selepas menikmati hidangan makan malam, Affendi turut menghadiahkan saya seutas jam tangan.

"Saya sangka malam kami begitu indah, hinggalah tangan saya direntap dengan kuat dan makanan yang ada di atas meja dilibas Affendi dengan pakaiannya.

"Jantung saya berdebar, saya amat takut dan melihat mata Affendi juga berubah menjadi merah. Dia kata dia sayang saya tapi terpaksa buat begitu supaya saya tidak mengambil kesempatan atas kebaikannya. Saya pelik kenapa dia bersikap begitu padahal dia dulu seorang yang lemah lembut sahaja," cerita Arisa yang masih tidak mempunyai cahaya mata.

Rupa-rupanya bukan sekali, malah episod penderaan emosi dan fizikal pada Arisa terjadi berkali-kali hingga satu hari Arisa mengambil keputusan lari dari rumah selepas Affendi mengugutnya dengan sebilah pisau ketika dia sedang mencuci pinggan di dapur.

"Saya panik, walau pisau itu kecil saja namun ia hampir mengenai tengkok saya. Dalam ketakutan saya pujuk Affendi untuk tidak mencederakan saya. Anehnya Affendi juga menangis tapi dia kata dia perlu melakukan sesuatu supaya cinta saya padanya tidak beralih pada lelaki lain.

"Saya memang musykil dengan sikapnya. Keadaan dirinya juga adakala kemas namun adakala kusut masai dan keanehan dirinya makin menjadi menjelang waktu malam.

"Berbalik kepada kisah saya keluar rumah tadi, saya memang sehelai sepinggang, paling jauh pun saya mampu terfikir rumah kak Nah, jiran belakang yang jarang saya bersembang namun beberapa kali terserempak di kedai. Entah kenapa pada kak Nah saya luahkan semua.

"Kak Nah juga menawarkan saya tidur di rumahnya pada malam itu. Kebetulan kak Nah ibu tunggal jadi saya tidak begitu kekok bermalam di rumah kak Nah.

"Setelah bersembang, kak Nah memberitahu saya bahawa dia pernah mendengar cerita yang hampir sama berlaku kepada sahabatnya dahulu.

"Kata kak Nah lagi sahabatnya itu telah merujuk kes pada seorang pakar psikologi dan juga seorang ustaz. Masing-masing mempunyai hujah yang tersendiri cuma yang payahnya suami memang tidak akan mahu untuk dibawa ke mana-mana atas alasan dia tidak sakit dan dia tidak gila untuk bertemu pakar sakit jiwa.

"Suami saya ini kalau di depan orang lain terutama ahli keluarga memang baik dan bersopan santun, tapi sikap sebenarnya hanya saya yang tahu. Dan sekarang kak Nah juga tahu dan mahu menolong kami," cerita Arisa panjang lebar.

Akhirnya setelah memendam rasa selama setahun Arisa mengambil keputusan menuntut cerai fasakh. dia tidak tahu lagi bagaimana caranya untuk berhadapan dengan suami yang ganas dan sukar diceritakan pada ahli keluarga akan sikap sebenarnya.

Pun begitu kehidupan Arisa tidak tenang kerana masih diganggu Affendi, sehingga akhirnya dia membawa diri ke timur semenanjung dan menemui ketenangan di sebuah perkampungan nelayan di sana.

Arisa juga menukar nama pengenalan diri dan mengubah penampilan diri agar sukar dikesan bekas suami.

Kini Arisa bergelar usahawan wanita dan selepas tiga tahun episod sedih berlalu dari hidupnya dia telah bertemu dengan seorang duda penyayang yang menyintai dirinya sepenuh hati

Cinta pandang pertama

Posted: 01 Oct 2013 11:56 PM PDT

Pasangan pengantin bergambar bersama sebahagian daripada penaja peraduan.

Pada Sabtu lalu bertempat di Kampung Pengantin, Kuala Lumpur, telah berlangsung majlis resepsi Firdaus dan Norain yang begitu meriah dihadiri sanak saudara serta sahabat handai.

Kebanyakan tetamu datang dari kampung halaman Firdaus di Negeri Sembilan dan Norain pula dari Melaka.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah bernikah pada tanggal 21 September lalu di Masjid Tanah, Melaka. Bertemakan tradisional kontemporari, Firdaus dan Norain menjadi raja dan ratu sehari dalam suasana penuh santai lagi meriah.

Gabungan warna ungu pekat dan biru firus menjadi warna tema pilihan pasangan pengantin ini bagi meraikan hari bersejarah mereka.

Pasangan yang masing-masing berusia 26 tahun ini, bertemu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Segamat, Johor, ketika masing-masing melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam jurusan Analisis Pelaburan.

Bermula sebagai sahabat, mereka kemudiannya menyambung ke peringkat ijazah di UiTM Melaka.

"Saya tak tahu kenapa sepanjang Minggu Orentasi selepas mendaftar di UiTM Segamat, saya asyik ternampak Norain.

"Dalam dewan kuliah, di padang perhimpunan, dewan makan, pasti saya ternampak kelibat Norain walau dalam ratusan pelajar baru yang sama masuk mendaftar. Itu agaknya dikatakan cinta pandang pertama.

"Apabila tahu kami sekelas saya memang mahu mengenali Norain dengan lebih dekat kerana saya yakin seperti ada jodoh yang kuat antara kami. Tapi saya tidaklah terlalu terburu-buru kerana takut Norain salah faham tentang maksud saya," imbas Firdaus ketika ditemui sebelum majlis persandingan berlangsung.

Firdaus menyifatkan Norain sebagai gadis yang tinggi budi pekertinya dan memiliki keperibadian yang sangat sesuai bagi seorang wanita Muslim.

"Norain memang seorang yang pendiam, namun bagi saya dia umpama 'diam-diam ubi berisi'. Walaupun tidak banyak cakap tapi dia merupakan pelajar terbaik kategori mahasiswi ketika majlis konvokesyen ijazah kami. Itu yang menjadikan saya makin tertarik dengannya," jelas Firdaus yang merupakan anak keenam daripada lapan beradik.

Selepas mendapat pekerjaan, Firdaus berkhidmat sebagai eksekutif di Amanah Raya Berhad dan Norain pula sebagai eksekutif di Agrobank. mereka mengambil keputusan mengikat tali pertunangan awal tahun ini.

"Kakak saya mencetus idea untuk memasuki pertandingan Gerbang Cinta Musim Ke-4 ini. Ikutkan saya agak kurang yakin boleh menang kerana saya tahu sambutan pasangan terhadap pertandingan ini memang tinggi.

"Namun kakak saya berkali-kali meyakinkan saya bahawa kami boleh menang. Malah dia sering bergurau kalau dia belum kahwin dia pasti akan masuk pertandingan tersebut.

"Kebetulan kami memang pelanggan setia akhbar Utusan Malaysia, jadi dengan galakan daripada kakak saya minta Norain isi borang dan cuba nasib. Alhamdulillah kami dapat masuk ke senarai 30 finalis dan ketika itu baru saya sedar kami ada potensi untuk menang," cerita Firdaus.

Antara kenangan tidak dilupakan sepanjang menyertai peraduan tersebut, kata Firdaus, ketika melakukan tugasan khas di Rumah Orang-Orang Tua Seri Kenangan, di Seremban.

"Saya memang tidak pernah melawat mana-mana rumah orang tua, itulah pengalaman pertama kami dan ia memang menginsafkan.

" Bertemu dengan mereka yang banyak menasihati kami benar-benar menyentuh hati saya," ujar Firdaus yang menginginkan tiga cahaya mata. - NOOR FAZRINA KAMAL

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Cukai taksiran dinilai semula

Posted: 01 Oct 2013 11:19 AM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

AHMAD Phesal Talib (tengah) menjawab soalan peserta dalam Majlis Dialog Bajet 2014 Bersama Warga Kota di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menilai semula cukai taksiran terhadap 500,000 pegangan unit hartanah di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, penilaian kali terakhir yang dilaksanakan pada 1992 perlu dilakukan semula untuk menyelaras dan mengemas kini kepada paras nilai pasaran hartanah semasa.

"Setelah 21 tahun tidak dilaksanakan, penilaian semula itu perlu kerana ketidakseimbangan dalam nilai tahunan yang merupakan asas penentuan cukai taksiran di sesuatu kawasan hendaklah diperbetulkan.

"Langkah itu juga membolehkan DBKL meningkatkan hasil pendapatan yang boleh membantu kami memberikan perkhidmatan perbandaran yang lebih baik kepada warga kota ekoran sumber kewangan yang kukuh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Dialog Bajet 2014 Bersama Warga Kota di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusop.

Bagaimanapun, kata Ahmad Phesal, keputusan selanjutnya bergantung kepada pihaknya sama ada untuk mengekal, menaikkan atau menurunkan kadar cukai yang dikenakan ketika ini.

"DBKL telah mendapat mandat daripada Menteri Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan penilaian semula itu sebelum menguatkuasakannya pada 1 Januari 2014," ujarnya.

Sementara itu, Bajet DBKL 2014 dijangka akan meningkat berbanding RM2.188 bilion yang diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan bagi tahun ini.

"Kemungkinan peruntukan akan meningkat tetapi bergantung kepada cadangan kita sekiranya mahu projek pembangunan infrastruktur dijalankan dan tiada peruntukan besar daripada Kerajaan Persekutuan, maka perlu dimasukkan dalam bajet DBKL.

"Tahun lalu kita beruntung kerana mendapat suntikan dana sebanyak RM1.49 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan beberapa projek di bawah Greater KL," katanya.

Tambahnya, antara program yang diberi perhatian termasuklah penekanan kepada aspek-aspek kebersihan bandar, kemudahan dan penyenggaraan prasarana, kesihatan awam dan alam sekitar, perumahan awam, keselamatan, kawalan pelesenan dan perniagaan serta penguatkuasaan.

"Setiap tahun, DBKL menyediakan peruntukan tetapi dari segi pelaksanaan masih banyak ruang boleh diperbaiki bagi memastikan matlamat dan peranan kami sebagai pihak berkuasa tempatan dipertingkat," katanya.

Dalam pada itu, majlis dialog yang bermula sejak pukul 9 pagi menyaksikan pihak-pihak berkepentingan seperti persatuan penduduk, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan peniaga dan sebagainya melontarkan idea, isu dan pandangan masing-masing.

60 premis makanan diarah tutup di Selangor

Posted: 01 Oct 2013 11:19 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Sebanyak 60 daripada 257 premis menjual makanan telah diarahkan tutup dalam Operasi Gempur Premis dan Penggalakkan Kebersihan Makanan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor baru-baru ini.

Antara lokasi operasi termasuk Selayang Jaya, Gombak, Seksyen 13 di Shah Alam, Bandar Kajang dan pekan Sabak Bernam.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Azman Abu Bakar berkata, arahan penutupan itu dibuat selepas premis terlibat gagal mematuhi syarat-syarat kebersihan yang ditetapkan bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Menurutnya, operasi tersebut antara lain bertujuan menguatkuasakan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 di kawasan terlibat, memastikan premis makanan beroperasi dalam keadaan tahap kebersihan ditetapkan dan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan pengendali makanan tentang peraturan ditetapkan.

"Kehadiran lipas, lalat dan tikus bukan sahaja didapati di premis berkenaan, tetapi juga gagal mematuhi syarat penyediaan dan amalan pengendalian makanan yang bersih," katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Operasi tersebut melibatkan 216 anggota yang terdiri daripada Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Kesihatan Persekitaran yang telah diberi kuasa menjalankan aktiviti di bawah peruntukan Seksyen 4, Akta Makanan 1982.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Selangor sentiasa menjalankan pemeriksaan rutin ke atas premis makanan.

"Pada tahun 2012, sebanyak 10,021 premis diperiksa dan sebanyak 558 premis makanan telah diarahkan tutup kerana didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan.

"Sehingga Julai 2013, sebanyak 7,490 premis diperiksa sebanyak 411 premis makanan yang diperiksa telah diarahkan tutup atas sebab sama," katanya.

Padang UKRC kini diurus MPAJ

Posted: 01 Oct 2013 11:19 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

ANGGOTA Penguat Kuasa MPAJ memotong kunci pintu untuk membolehkan mereka memasuki kawasan padang UKRC, semalam.

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menggantikan nama padang Kelab Rekreasi Ulu Klang (UKRC) kepada Padang MPAJ Kuala Ampang berkuat kuasa hari ini.

Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Hussain berkata, nama baharu itu diberikan seiring dengan pengambilalihan pengurusan padang itu oleh MPAJ bermula hari ini.

"Kami harap selepas ini sesiapa yang ingin membuat tempahan Padang MPAJ Kuala Ampang berurusan terus dengan kami tanpa melalui UKRC.

"Namun, tempahan dibuat orang ramai sebelum ini menerusi UKRC masih boleh diteruskan. Kami tidak akan batalkan, cuma UKRC perlu beri balik yuran sewa yang telah dibayar," katanya di Ampang, dekat sini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pihak UKRC di padang itu.

Tambah beliau, orang ramai dibenarkan menggunakan gelanggang bola keranjang dan tempat letak kenderaan di padang tersebut secara percuma dan bayaran hanya dikenakan untuk menyewa padang bola sepak dengan kadar RM200 sejam.

Abdul Hamid turut mengesahkan bahawa dalam pertemuan hari ini, pihak UKRC tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh MPAJ.

"Mereka sama sekali tidak bersetuju dengan pengambilalihan ini dan akan membawa perkara ini ke mahkamah.

"MPAJ tidak menghalang tindakan tersebut kerana padang ini kepunyaan kerajaan negeri Selangor. Kita tunggu keputusan mahkamah," ujarnya.

Sebelum itu, pihak UKRC menghalang MPAJ daripada memasuki kawasan padang tersebut. Tindakan mereka telah menyebabkan MPAJ terpaksa memotong kunci pagar padang berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved