Rabu, 2 Oktober 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Petronas sumbang RM732 bilion kepada kerajaan dari 1974

Posted: 02 Oct 2013 02:10 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Jumlah sumbangan Petronas kepada kerajaan sejak penubuhannya pada 1974 hingga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 ialah RM732 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah itu, dividen terkumpul adalah sebanyak RM278 bilion, bayaran hasil petroleum (RM124 bilion), cukai pendapatan (RM310 bilion) dan duti eksport (RM20 bilion).

"Petronas memang telah banyak memberi sumbangan yang besar kepada negara sejak penubuhannya pada 1974," katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan satu persatu sumbangan Petronas kepada kerajaan sejak penubuhan syarikat minyak negara itu dari tahun 1974 hingga kini. - BERNAMA

Awas penipuan, tiada projek pusat kerohanian di Gambang - MB

Posted: 02 Oct 2013 12:56 AM PDT

Oleh HERMAN HAMID

KUANTAN 2 Okt - Projek membina pusat pelancongan kerohanian pelbagai agama di Gambang, dekat sini seperti yang diuar-uarkan sebuah syarikat pemaju, Enchant Acres Sdn. Bhd. tidak pernah dibincangkan oleh kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan, projek tersebut tidak akan dibuat di negeri ini dan apa yang ditimbulkan sebelum ini adalah satu bentuk penipuan. - UTUSAN ONLINE

PDRM bakal dapat aset baharu, mantapkan peranan - KPN

Posted: 02 Oct 2013 12:39 AM PDT

PUTRAJAYA,2 Okt. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperoleh tujuh aset baharu dalam tempoh terdekat untuk memantapkan lagi tugasan pasukan itu.

Beliau berkata, aset berkenaan merupakan alat komunikasi dan teknologi maklumat serta peralatan bagi sistem pengumpulan penganalisaan maklumat jenayah, khusus untuk Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.

Selain itu, PDRM juga akan menerima peralatan tambahan forensik untuk mengukur keupayaan dan keberkesanan penyiasatan di tempat-tempat kejadian, katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri '3rd General Police and Special Equipment Exhibition and Conference Asia' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

"Selain itu sebanyak 1,000 lagi motosikal akan ditambah dalam kita mengetengahkan lagi unit rondaan bermotosikal untuk mecegah jenayah pecah rumah di taman-taman perumahan," katanya.

Khalid berkata, PDRM juga memerlukan kenderaan peronda jenis kereta pacuan empat roda untuk kegunaan di pantai timur Sabah bagi menangani masalah yang berlaku di sana.

"Untuk tempoh terdekat ini kita perlukan sekurang-kurangnya 10 kenderaan pacuan empat roda. Bukan berbentuk kereta perisai pengangkut tetapi trak pikup perisai yang sesuai untuk muka bumi di pantai timur Sabah," kata Khalid.

Menurutnya, keperluan lain termasuklah peralatan tambahan bagi mengukuhkan keselamatan di Sabah antaranya jaket kalis peluru, topi keledar balistik, senjata api, peluru dan kenderaan perisai.

Selain itu, PDRM juga akan membeli 30 lagi kuda tambahan untuk unit berkuda PDRM bertujuan mengawal rusuhan dan mencegah jenayah, katanya.

"Ini adalah usaha kita untuk memantapkan dan memodenkan lagi penugasan pasukan PDRM untuk tempoh jangka pendek melalui tujuh aset yang akan kita peroleh ini," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved