Sabtu, 21 September 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Sarawak baham Perak

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Oleh FARHANA JONI, IFQDAR RAHMAN, MOHD. YASIR JAAFAR, SITI AIRUNNISA ALAUI, MOHD. SHARIZA ABDULLAH, YATIMIN ABDULLAH dan MUHAMMA DAYNE AZMIN

Pemain-pemain Sarawak meraikan kemenangan menewaskan Perak 6-1 dalam saingan Piala Malaysia, di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi sekali gus layak ke suku akhir. - MINGGUAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR - Pelbagai kejutan dan drama berlaku pada saingan terakhir perlawanan Piala Malaysia dengan juara Liga Perdana, Sarawak meraih tumpuan apabila membelasah Perak 6-1 di Stadium Negeri, Kuching bagi mengetuai enam pasukan lain menempah slot ke suku akhir selain PKNS yang telah melayakkan diri lebih awal.

Selain Sarawak, Pahang yang sudah bagaikan tersingkir pada satu ketika bernasib baik layak ke suku akhir hasil bantuan pasukan jiran, Terengganu yang mengikat Negeri Sembilan 2-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman walaupun Tok Gajah dibelasah 4-0 oleh juara musim lalu, Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Johor Darul Takzim (Johor DT) juga mara ke suku akhir meskipun dimalukan 0-2 di kandang sendiri oleh PKNS sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Sime Darby mencukupkan senarai lapan pasukan terbaik yang akan meneruskan perjuangan memburu piala berprestij bola sepak negara musim ini.

Carta saingan suku akhir akan memperlihatkan ulangan perlawanan akhir Piala FA apabila Kelantan akan bertemu Johor DT sementara ATM akan bertembung Lions XII, lain-lain saingan pula Sarawak menentang Sime Darby dan PKNS berdepan Pahang.

Sebaik wisel perlawanan dibunyikan, di hadapan 30,000 penonton, Sarawak tidak menunggu lama untuk mengganas apabila pertahanan Perak, Khairi Kiman tertanduk ke dalam gawang sendiri dan penyerang berbisa, Bobby Gonzales menggandakan kelebihan seminit kemudian sebelum Yong Kuong Yong cuba meniupkan api perjuangan pasukan Perak apabila merapatkan jurang pada minit ke-22.

Namun, kegarangan Sarawak ternyata sukar disekat lagi apabila Muamer Salibasic meledak hatrik pada minit ke-43, 59 dan 72 dengan satu lagi jaringan disumbangkan oleh Zamri Morshidi pada minit ke-56 sekali gus menempah pertemuan dengan Sime Darby di suku akhir, 28 September ini.

Juara Liga Super, Lions XII juga penuh bergaya membenam Kedah, 3-1 di Stadium Darul Aman hasil jaringan Hariss Harun (minit ke-24), Baihakki Khaizan (minit ke-38) dan Muhammad Hafiz Abu Sujad (minit ke-65) untuk Lions XII sementara gol sagu hati skuad Kenari dijaringkan Alen Guc pada minit ke-44.

Negeri Sembilan seperti melepaskan rezeki yang terhidang di Paroi apabila jaringan pada minit ke-87 oleh Ashari Samsudin membunuh segala harapan skuad Hoben Jang Hoben walaupun mereka telah mendahului 2-1 sebelum itu menerusi Fabio Leandro Barbosa pada minit ke-19 dan Nazrin Nawi pada minit ke-70, memadamkan kelebihan awal pelawat menerusi Effa Emmanuel Owona.

Dickson Nwakaeme juga tidak ketinggalan menunjukkan belangnya yang tersendiri apabila meledak jaringan hatrik di Kota Bharu untuk menang 4-0 ke atas Pahang dengan semua gol pada babak kedua iaitu pada minit ke-66, 83 dan 89 manakala satu lagi jaringan datang daripada Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-19, namun kedua-dua pasukan Pantai Timur itu tetap melangkah ke suku akhir.

Pasukan berstatus kelab, PKNS melaungkan amaran awal kepada semua pencabar Piala Malaysia musim ini apabila mencatat kemenangan kelima dalam enam perlawanan dengan Johor DT terus tunduk kepada kehebatan kepada skuad Red Ants di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin hasil jaringan Reeshafiq Alwi pada minit ke-18 dan Roman Chmelo pada minit ke-64.

Kekalahan Johor DT itu bagaimanapun masih belum cukup buat T-Team sekali pun menang 2-1 mengatasi Felda United melalui jaringan Ahmad Syamin Yahaya pada minit ke-21 dan 61 sementara gol tunggal dicipta Mohd. Kamal pada minit ke-86 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu biarpun terikat sama mata dengan Harimau Selatan kerana perbezaan gol yang terlalu jauh.

Sementara itu, gol awal pada minit ke-3 oleh Amiridzwan Taj tidak cukup memberikan kemenangan kepada Gladiators apabila Sime Darby menerusi Fahrul Razi Kamaruddin pada minit ke-35 membuatkan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata di Stadium Majlis Perbandaran Selayang manakala Selangor akhirnya mengecapi kemenangan pada saingan Piala Malaysia apabila menang 2-1 mengatasi Johor di Stadium Shah Alam, namun sudah tidak memberikan sebarang makna.

BAM nafi beri kebenaran

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Tan Aik Mong

KUALA LUMPUR - Seperti dijangka Rashid Sidek tidak hadir pada pertemuan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.

Kelmarin, Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff mengarahkan semua jurulatih, termasuk Rashid untuk hadir pada pertemuan yang dipengerusikan oleh Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG), Tan Aik Mong itu bagi membincangkan mengenai perancangan badminton negara.

Aik Mong enggan mengulas ketika ditanya mengenai Rashid, terutama melibatkan isu peletakan jawatan bekas jurulatih tersebut.

"Saya tidak mahu memikirkan perkara itu kerana fokus saya kini hanya untuk melaksanakan perancangan BAM.

"Saya juga kalau boleh tidak mahu terlibat dengan isu berkaitan Rashid lagi, saya hanya mahu menumpukan kepada jurulatih yang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas bertemu jurulatih di sini, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung BAM, Ng Chin Chai mengakui, satu mesyuarat khas telah diadakan semalam bagi membincangkan kedudukan Rashid yang dikatakan melanggar kontrak sedia ada apabila menyertai kelab Liga Badminton India (IBL), Smashers.

"Mesyuarat ini dihadiri oleh empat peguam dalam kalangan pegawai BAM, namun saya tidak boleh dedahkan hasil perbincangan kerana perlu diberikan kepada Presiden terlebih dahulu," kata Chin Chai.

Dalam perkembangan berkaitan, BAM menerusi satu kenyataan akhbar semalam menafikan telah memberikan kebenaran kepada Rashid untuk menandatangani kontrak dengan sebuah kelab di India.

Pengurus Besar BAM, Kenny Goh dalam kenyataan itu memberitahu, badan badminton itu tidak tahu mengenai kontrak tersebut, malah perkara itu tidak pernah dibawa kepada majlis ketika di bawah kepimpinan Presiden lama, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh.

BAM dalam kenyataan akhbar berasingan turut menafikan dakwaan akhbar bahawa mereka akan mengeluarkan surat amaran kepada pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei kerana mempertahankan Rashid.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Sindiket buat bom tumpas

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
pengarang@utusan.com.my

Ahmad Ibrahim (kiri) dan Nashir Ya (dua dari kiri) bersama anggotanya menunjukkan bom buatan sendiri yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di Alor Setar, Kedah, semalam. - BERNAMA

ALOR SETAR 21 Sept. - Polis Kedah menahan sembilan lelaki termasuk seorang remaja berusia 14 tahun kerana disyaki terlibat dengan sindiket penghasilan bom tangan dalam serbuan di dua lokasi di Sungai Petani semalam.

Dalam serbuan pukul 11.30 pagi dan 2.30 petang itu polis turut merampas 10 bom buatan sendiri termasuk tiga yang telah siap untuk digunakan.

Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, suspek berusia antara 14 dan 49 tahun itu ditahan di sebuah bengkel perusahaan kecil dan sederhana termasuk dua daripada mereka di sebuah rumah.

Kata beliau, bom yang dihasilkan sindiket itu boleh digunakan untuk membunuh dan sekiranya diletakkan di bawah kenderaan dipercayai boleh melambung setinggi dua ke tiga tingkat bangunan.

"Kita masih menyiasat sejauh mana mereka terlibat dengan kes senjata api atau letupan dan siasat sama ada mereka terlibat dengan kes kematian seorang wanita di Sungai Petani tahun lalu yang maut selepas menerima bungkusan berisi bom di hadapan rumahnya.

"Kita juga akan siasat sama ada mereka ini terlibat dengan beberapa kes jenayah di negeri ini atau negeri lain," katanya dalam sidang akhbar hari ini yang turut dihadiri Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Nashir Ya.

Ahmad berkata, peralatan lain yang digunakan untuk membuat bom yang dianggarkan berat setiap satu kira-kira 500 gram turut dirampas.

"Suspek remaja yang berusia 14 tahun dipercayai tidak bersekolah dan kita menyiasat motif dia terjebak dalam kegiatan ini. Mereka direman selama lima hari mulai hari ini untuk membantu siasatan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Hukuman Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api tanpa lesen yang sah," katanya.

Tambah beliau, menerusi Op Cantas Khas, polis akan menjalankan pemeriksaan secara teliti terhadap orang ramai yang keluar masuk dari negara ini terutama hari minggu.

"Bermula semalam, dalam tempoh dua minggu ini, Polis Kedah telah menambah anggota untuk melakukan pemeriksaan berhampiran pintu sempadan Bukit Kayu Hitam bagi menahan individu yang terlibat dalam jenayah," katanya.

Gadis ditemui lemas

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

KOTA BHARU 21 Sept. - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Kelantan berhampiran Pangkalan Pasir di Kampung Sungai Budor dekat sini hari ini.

Mayat Siti Fatimah Zakaria (gambar) ditemui orang ramai yang tinggal berhampiran lokasi kejadian kira-kira pukul 1.15 petang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sebelum kejadian remaja terbabit dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Cina kira-kira pukul 10 pagi.

Menurutnya, mengikut maklumat yang diperoleh daripada keluarga, Siti Fatimah dipercayai mengalami masalah mental.

"Pemeriksaan awal yang dijalankan ke atas tubuh remaja ini mendapati tiada sebarang kesan kecederaan.

"Mayatnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainad II untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu seorang saksi, Wan Karzaman Wan Mohammed, 52, berkata, ketika kejadian dia sedang makan tengah hari di sebuah kedai tidak jauh dari lokasi kejadian.

Katanya, tiba-tiba seorang pekerja asing datang meminta bantuan selepas menemui mayat remaja berkenaan.

"Sebaik sahaja remaja itu di bawa naik ke tebing, saya cuba memberikan bantuan awal untuk menyelamatkannya namun gagal," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Najib, empat lagi Ketua Bahagian tidak dicabar

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 21 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pekan berikutan tiada pencalonan lain diterima selepas proses pendaftaran ditutup pukul 5 petang ini.

Najib yang juga Presiden UMNO merupakan Ketua UMNO Bahagian Pekan sejak September 1982.

Dalam proses pendaftaran calon hari ini, Najib menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahan jawatan itu di Bangunan UMNO Pekan di sini pada pukul 10.10 pagi menerusi Datuk Zainal Abidin Pa' Wan yang merupakan wakil peribadi beliau di Parlimen Pekan.

Borang itu diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Pemilihan UMNO Negeri, Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim.

Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan menyaksikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Abu Bakar Harun menang tanpa bertanding selepas tiada calon lain menawarkan diri untuk jawatan berkenaan.

Sebelum ini, jawatan itu disandang Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Ishak Muhammad.

Selain Najib, empat lagi penyandang Ketua UMNO Bahagian di negeri ini turut tidak dicabar iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob (Bentong); Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (Rompin), Datuk Abdul Rahman Mohamad (Lipis) dan Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin (Temerloh).

Walau bagaimanapun, Ketua UMNO Bahagian Bera yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan ditentang bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Azizan Che Omar yang merupakan Ketua Pemuda UMNO bahagian berkenaan sebelum ini.

Turut mencuri tumpuan, pertandingan di UMNO Bahagian Indera Mahkota yang menyaksikan tujuh calon menawarkan diri merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


20 terbunuh; 7 dijadikan tebusan lelaki bersenjata di Kenya

Posted: 21 Sep 2013 10:55 AM PDT

NAIROBI 22 Sept. - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di dalam sebuah kompleks membeli belah di sini semalam, sebelum mereka bersembunyi di premis itu dan menjadikan orang ramai sebagai tebusan.

Menurut sumber polis, serangan itu turut mencederakan kira-kira 50 pengunjung dengan penyerang menjadikan tujuh orang sebagai tebusan.

Menurut wartawan AFP, dia melihat sekurang-kurangnya 20 orang diselamatkan dari sebuah kedai permainan dan berpuluh-puluh lagi cedera dengan beberapa daripadanya merupakan kanak-kanak yang dibawa keluar dari pasar raya itu. - AFP

Lebih 100 maut akibat banjir dan tanah runtuh di Mexico

Posted: 21 Sep 2013 10:54 AM PDT

ACAPULCO 22 Sept. - Mexico semalam bergelut untuk kembali pulih daripada kesan hujan lebat yang melanda dua pertiga kawasan di negara ini sepanjang minggu lalu yang membunuh lebih 100 penduduk akibat kejadian tanah runtuh dan banjir.

Sejak 14 September lalu, Mexico dilanda ribut tropika Ingrid dan Manuel yang mengakibatkan kemusnahan kepada puluhan ribu rumah, banjir di bandar-bandar dan jalan yang ditenggelami air.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, kali terakhir Mexico dilanda ribut kuat serentak adalah pada 1958. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Memilih barisan terbaik

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Zulkiflee Bakar

pemilihan kali ini dianggap sejarah kepada UMNO kerana ia memberi ruang kepada ahli-ahli di akar umbi membuat pilihan.

BAHANG pemilihan UMNO yang akan diadakan pada Oktober semakin terasa apabila ia memasuki gelanggang secara rasmi semalam setelah di peringkat pusat sebanyak 261 calon menyerahkan borang pencalonan. Jumlah itu tidak termasuk borang-borang bagi perebutan jawatan di peringkat bahagian.

Seperti diduga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diisytihar menang tanpa bertanding.

Apa pun pemilihan kali ini dianggap sejarah kepada UMNO kerana ia memberi ruang kepada ahli-ahli di akar umbi membuat pilihan. Jika sebelum ini sebahagian besar mereka mungkin sekadar pemerhati apabila memberi mandat kepada perwakilan yang berhimpun di Kuala Lumpur dan adakalanya mandat itu 'tercicir' dalam perjalanan kerana 'pelbagai faktor' tetapi kali ini mereka berpeluang memastikan mandat tersebut ditunaikan.

Semua itu tercapai kerana keluhan mereka berhubung 'mandat yang tercicir' dan mahu menjadi UMNO lebih inklusif didengar oleh pemimpin-pemimpin UMNO khususnya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bertanggungjawab mengetengahkan pandangan akar umbi itu kepada Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan UMNO.

Hasilnya ahli-ahli UMNO mendapat hak mereka untuk memilih dan sekali gus memastikan mereka memilih barisan terbaik dalam usaha parti itu terus memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam keterujaan memasuki era baru pemilihan UMNO ini, janganlah keghairahan untuk mencapai kemenangan dan nafsu politik memburu kedudukan mendatangkan petaka kepada parti keramat orang Melayu itu.

Apa yang perlu difahami oleh ahli-ahli UMNO khususnya penyokong pemimpin-pemimpin yang bertanding, ini adalah pemilihan untuk mencari pejuang bagi parti dan bukannya satu pilihan raya bagi menumbangkan 'musuh politik'. Dalam sebuah parti tidak boleh ada 'musuh politik' sesama sendiri, istilah 'musuh politik' hanya terpakai untuk lawan daripada berlainan parti.

Tetapi malangnya, unsur-unsur 'memusnahkan' sesama sendiri dilihat mula menular. Ia melibatkan pengedaran risalah memburuk-burukkan sesama calon, menguar-uarkan pemimpin tertentu berada dalam pasukan tertentu dan menyebarkan tohmahan serta fitnah antara calon yang bertanding.

Apa yang malang ada pula yang muncul dengan tagline, slogan atau menyatakan misi mereka melalui cara memperlekehkan pemimpin yang mereka cabar dan lebih buruk memberi kenyataan seolah-olah UMNO tidak memperjuangkan nasib orang Melayu hanya kerana ia dipimpin oleh individu yang mereka cabar tersebut.

Bertanding

Kalau mahu bertanding, bertanding sahajalah kerana itulah amalan demokrasi yang berlaku dalam UMNO tetapi jangan melakukan tindakan ibarat 'mengumpul peluru untuk musuh'. Mana-mana calon yang mahu bertanding harus menanam tekad bahawa ia demi perjuangan parti, bangsa, agama dan negara, bukannya kerana mahu menjatuhkan mana-mana pemimpin atau demi survival politik peribadi atau menganggap dialah pemimpin terbaik berbanding pesaing dan pencabarnya.

Jika mereka bertindak melihat rakan seperjuangan dalam satu parti ibarat pertembungan dengan 'musuh politik' dalam pilihan raya, percayalah 'musuh-musuh politik' UMNO akan tersenyum girang kerana ahli-ahli UMNO bersedia menjadi 'pengumpul peluru' untuk mereka bagi menghadapi pilihan raya.

Semua 'peluru' ini akan ditaburkan bagi memburuk-burukkan UMNO dan sudah pastilah mereka mempunyai hujah kukuh untuk menyatakan tuduhan yang dibuat bukan dakwaan mereka tetapi oleh ahli-ahli UMNO sendiri.

Keadaan ini amat berbahaya kepada UMNO kerana tiada gunanya seseorang pemimpin itu mencapai kejayaan dalam merebut jawatan dalam parti tetapi apabila pilihan raya, parti kalah disebabkan 'peluru' yang ditaburkan ketika musim pemilihan.

Bagi pemimpin-pemimpin atau calon yang merasakan dirinya hebat dan mampu memberikan sumbangan bermakna kepada UMNO sudah tentu mereka akan bertanding secara sihat, berhemah dan penuh semangat kekeluargaan, bukannya mengamalkan sikap yang memungkinkan 'menang jadi arang, kalah jadi abu'.

Pertarungan sebenar ahli-ahli UMNO bukanlah di gelanggang sendiri tetapi di medan pertempuran Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Pemilihan hanya sekadar mencari pemimpin terbaik dan pejuang kental. Yang menang tidak boleh menganggap dirinya terhebat dan yang kalah tidak boleh menganggap dirinya tidak layak.

Sama ada seseorang pemimpin itu hebat atau tidak, kuat atau tidak, layak atau tidak bukanlah segala-galanya ditentukan oleh ahli-ahli UMNO tetapi rakyat khususnya orang Melayu secara keseluruhannya. Mungkin seseorang pemimpin itu dilihat hebat oleh UMNO tetapi rakyat melihat sebaliknya, sejarah membuktikan bagaimana ada pemimpin UMNO yang popular dalam parti kalah atau 'bala tentera' yang dikemudinya tewas dalam pilihan raya.

Sebab itulah ahli-ahli UMNO tidak boleh membuat pemilihan pemimpin berdasarkan perasaan suka, persepsi, tohmahan dan andaian semata-mata. Malahan tidak wajar sama sekali untuk menilai seseorang pemimpin disebabkan satu faktor sahaja, sebaliknya penilaian harus dibuat secara keseluruhan dengan hati yang ikhlas, minda terbuka dan meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya.

Berhemah

Track record seseorang pemimpin itu harus dikaji sedalam-dalamnya termasuklah dari segi kegigihan, kesetiaan dan keupayaan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya sama ada di dalam parti mahu kerajaan.

Tidak dapat dinafikan untuk menang, seseorang pemimpin itu perlu berkempen tetapi biarlah kempen yang dijalankan dilakukan secara berhemah dengan mengetengahkan misi dan visi. Janganlah mengamalkan sikap pemimpin-pemimpin pembangkang yang menganggap merekalah yang terbaik di muka bumi Allah ini.

Penulis percaya tidak kira sama ada seseorang calon itu seorang ahli UMNO biasa atau bertaraf pemimpin di peringkat pusat, mereka tetap berjasa kepada parti dan mempunyai semangat untuk berjuang demi UMNO. Oleh itu janganlah mana-mana calon muncul dengan kenyataan yang boleh menyakitkan hati penyandang, pencabar atau pesaingnya seolah-olah individu yang dimaksudkan tidak pernah melakukan sekelumit pun jasa kepada UMNO.

Setiap pemimpin pasti ada kelebihan dan kelemahannya, tetapi selagi dia tidak mempunyai apa-apa kes berkaitan rasuah, moral mahupun penyelewengan maka dia layak untuk dipertimbangkan untuk menjadi pemimpin UMNO. Ini kerana kelebihan yang ada harus dimanfaatkan manakala kelemahan boleh diperbaiki.

Janganlah pula kelebihan seseorang pemimpin itu mahu diranapkan dan kelemahan yang dimiliki mahu diperbesar-besarkan sehinggakan ia menggembirakan 'musuh-musuh' politik UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Lebih malang, apabila dalam keghairahan untuk merebut jawatan, pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokong mereka melakukan tindakan yang dilihat mengiyakan segala tohmahan, fitnah dan persepsi yang ditaburkan oleh pembangkang bagi memburuk-burukkan pemimpin UMNO kepada rakyat.

Justeru, keghairahan bertanding bagi perebutan jawatan dalam parti tidak boleh disamakan dengan pertarungan dalam pilihan raya sehinggakan segala pekung mahu didedahkan.

Tetapi acap kali juga kita melihat ada sebahagian ahli UMNO mempunyai pegangan politik yang agak songsang, mereka berjuang bak kata orang bagai 'nak rak' untuk memenangkan pemimpin yang mereka sokong dalam pemilihan tetapi begitu lemah apabila membantu parti dalam pilihan raya, kesudahannya, UMNO berada di ambang 'menang sorak kampung tergadai' dan ia sudah berlaku di beberapa negeri dalam pilihan raya umum lalu.

Apa pun ahli-ahli UMNO perlu memahami bahawa sejarah perjalanan parti itu sudah membuktikan, berkempenlah sehebat mana pun, gunalah apa juga taktik tetapi akhirnya hanya Allah jua yang menentukan siapa yang paling terbaik untuk terus berada dalam parti keramat tersebut.

'Jangan lupa pengorbanan kami'

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

MUKADIMAH>
KEKEJAMAN pengganas komunis telah meninggalkan sejarah hitam kepada negara ini. Statistik menunjukkan pengganas komunis yang dikepalai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng telah membunuh 2,083 anggota keselamatan dan mencacatkan 3,541 anggota lain manakala 2,588 orang awam pula dibunuh dengan 1,490 yang lain cedera.

Sememangnya fasa zaman darurat dari 1948 hingga 1960 dan seterusnya dari 1968 hingga 1989 menyebabkan rakyat negara ini hidup dalam kesengsaraan.

Bagaimanapun, baru-baru ini muncul pula desakan untuk membawa pulang abu mayat Chin Peng ke negara ini dari Bangkok, Thailand. Kerajaan dengan tegas menolak desakan tersebut dan menegaskan bahawa abu mayat ketua pengganas tidak dibenarkan memasuki negara ini.

Ramai dalam kalangan bekas perajurit, tokoh dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut membantah idea berkenaan termasuk bekas Panglima Angkatan Tentera, JENERAL TAN SRI MOHD. GHAZALI MOHD. SETH yang berkata, dosa Chin Peng terlalu besar terhadap negara.

Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, SOFIAN BAHAROM, Mohd. Ghazali turut mengingatkan semua pihak agar tidak melupakan pengorbanan yang dilakukan pasukan pertahanan demi memastikan negara ini bebas daripada sebarang anasir yang didoktrinkan Chin Peng.

MINGGUAN MALAYSIA: Boleh Tan Sri ceritakan serba sedikit pengalaman semasa mengetuai pasukan tentera pada zaman komunis?

MOHD. GHAZALI: Usaha menentang komunis bermula sebelum itu lagi iaitu pada zaman darurat dari 1948 hingga 1960 dan seterusnya dari 1968 hingga 1989. Ops Gonzalez yang saya ketuai memberi impak kepada usaha-usaha memerangi pengganas komunis.

Saya masih ingat sebelum operasi berkenaan dilaksanakan pada 1974, kami berbincang tentang strategi baharu untuk menumpaskan Parti Komunis Malaya (PKM) terutama Setiausaha Agungnya, Chin Peng.

Kami mengkaji kekuatan komunis dari semasa ke semasa dan pada masa sama mempertingkatkan keupayaan tempur pasukan pertahanan sendiri melalui pelbagai jenis latihan. Perisikan kami turut memainkan peranan penting dalam operasi ini.

Jadi, akhirnya kita telah bersetuju untuk menggunakan muslihat. Apa muslihat itu? Dengan menghebohkan ke seluruh negara kononnya angkatan tentera ingin mengadakan latihan. Kami sebarkan propaganda ini di dada-dada akhbar bahawa akan diadakan sebuah latihan ketenteraan dekat Cameron Highlands.

Apabila kita sibuk membuat persiapan untuk latihan berkenaan, dalam diam kita turut membuat persediaan. Kita merangka pergerakan musuh di beberapa pembukaan sekitar kawasan berkenaan. Dengan kekuatan yang ada, kita aturkan briged tertentu di pembukaan-pembukaan tersebut.

Ini adalah perang psikologi. Komunis tertipu dengan topeng latihan ini. Mereka juga telah merancang untuk bertindak pada waktu sesuai. Jerat mengena, mereka masuk dan perisikan mendapat maklumat itu.

Kita juga bertindak dan dapat membunuh pengganas ini melalui kaedah kepungan. Kita telah 'sapu' mereka, ramai daripada mereka telah dibunuh dan kita berjaya mendapatkan kem mereka berserta makanan.

Malangnya, Chin Peng tidak menyertai pertempuran itu. Cuma beberapa pemimpin kanan pengganas kita berjaya bunuh. Mana yang ditangkap telah disoal siasat.

Bagaimana Chin Peng sebagai perancang utama keganasan-keganasan ketika itu?

MOHD. GHAZALI: Komunis bermatlamat mendirikan negara komunis, itu tiada kompromi kepada kita sebagai orang Melayu. Mereka telah memasuki kawasan pedalaman untuk menghasut penduduk terutama kaum Cina untuk berjuang bersama mereka. Matlamat akhir mereka adalah untuk menegakkan negara komunis, itu kita kena ingat selalu.

Mereka menyusup ke kawasan kampung membawa doktrin tersebut serta melancarkan perang psikologi terhadap pasukan pertahanan. Dengan mudah mereka mendapat maklumat pertahanan daripada penduduk-penduduk ini menjadikan mereka selangkah lebih depan.

Kita tahu segala arahan tersebut dibuat Chin Peng yang merupakan perancang utama. Saya tidak mahu cakap tentang kekejaman dia terhadap rakyat kerana ramai yang lain boleh ceritakan kisah masing-masing. Tetapi dalam aspek pasukan pertahanan, saya tidak dapat lupakan anak-anak buah saya yang telah terkorban di tangan pasukan Chin Peng ini.

Ketika beberapa pertempuran dengan mereka, saya dengan kedua-dua mata melihat pasukan kita terbunuh. Semua ini semata-mata kerana doktrin yang dibawa Chin Peng. Ramai yang sengsara, ramai yang hilang tempat bergantung. Jelas di depan mata saya melihat kekejaman mereka terhadap perwira-perwira negara.

Namun hari ini terdapat pula pihak yang mendesak agar abu mayat Chin Peng dibawa ke Malaysia. Apa pandangan Tan Sri?

MOHD. GHAZALI: Kepada saya dan rakan-rakan yang pernah merasa pahit beroperasi mencari pengganas komunis, ada yang mati, luka hilang kerja dan sebagainya, bagaimana senang-lenang melepaskannya begitu? Tentu dia sentuh perasaan kita khususnya kepada tentera dan juga polis yang terlibat.

Jadi, pada kita tidak kena. Kita tidak bersetuju. Kita angkatan tentera dan saya sebagai Presiden Kelab Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (Rafoc) tidak bersetuju perkara ini.

Kenapa sekarang mahu Chin Peng dibawa pulang? Kenapa sewaktu diberi peluang menyerah diri dia enggan, dia masih cari jalan lain untuk terus memerangi negara? Kita bantah ini sekeras-kerasnya.

Orang inilah yang kita cari dan meletakkan nyawa masing-masing demi menjayakan misi tersebut. Dialah yang membunuh dan mencederakan orang kita, tengok ramai balu mereka yang masih menangis terkenangkan orang tersayang terkorban.

Siapa yang bertanggungjawab kalau bukan Chin Peng? Sudah mati mahu ke mari pula? Ini satu gambaran tidak baik kerana saya yakin mayatnya akan diangkat oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab. Inilah bantahan ikhlas kita terhadap perkara ini.

Jadi apa perasaan Tan Sri semasa cadangan ini dikeluarkan oleh golongan tersebut?

MOHD. GHAZALI: Saya tidak dapat menerima sesiapa sahaja yang mempunyai simpati terhadap Chin Peng ini. Apakah ia agenda politik atau sebaliknya saya tidak tahu, tetapi saya betul-betul tidak percaya ada pihak mengusulkan cadangan ini.

Ketika itu saya teringat semula semua anak buah saya yang meninggal sewaktu menentang Chin Peng dan pasukan pengganasnya. Saya dengar sahaja cadangan itu terus berfikir, dia yang menjadi ketua dan membunuh orang diangkat pula sebegini. Saya kecewa.

Kelakuan ini tidak kena. Pada orang yang tidak merasai kekejaman komunis barangkalilah tetapi bagi orang macam saya, memang tidak boleh diterima langsung. Ini bukan kerana kemasukan abu mayatnya semata-mata, ia adalah prinsip maruah kita sebagai rakyat.

Perasaan tersinggung dan sedih ini tidak boleh saya selindung lagi, memang kita sebagai anggota keselamatan berasa sangat terkilan.

Apa kesan sekiranya abu mayat itu dibawa pulang?

MOHD. GHAZALI: Kalau kita tidak tahu kekejaman Chin Peng ini, tidak mengapalah. Tetapi sejak sekian lama kita didedahkan dengan pelbagai informasi berguna sebagai titik rujukan dan teladan. Kita kenal siapa dia dan apa telah dilakukannya.

Semua tahu banyak nyawa telah hilang dan ramai mengalami kecederaan melarat. Adakah elok kita mengagungkan kepala pengganas komunis ini? Kalau kita bawa masuk juga abu mayatnya, orang negara lain akan mengkritik kita, mereka mempertikaikan tindakan tidak bermaruah kita.

Kenapa agaknya simpati ini wujud?

MOHD. GHAZALI: Orang yang tidak sedar tentang kekejaman dia ini, kita boleh maafkan. Tetapi kita sebagai pasukan yang turun ke hutan, memburu mereka dan berdepan dengan situasi hidup mati amat terguris dengan sebarang pengiktirafan terhadap Chin Peng.

Sehingga kini mental kami telah tersentuh. Kita geram dengan kekejamannya. Tiada sekelumit simpati kami akan berikan kepadanya kerana sebelum ini dia telah diberikan peluang menyerah kalah bukan? Separuh menyerah tetapi dia enggan.

Dia berfikiran bahawa ada lagi jalan untuk menyebarkan perjuangannya. Kalau Chin Peng tidak ditentang oleh pasukan pertahanan, saya yakin kita tidak dapat hidup seperti sekarang ini.

Tan Sri sebelum ini menyifatkan dosa Chin Peng terhadap negara ini terlalu besar, namun tetap ada pihak yang meminta agar dia dimaafkan.

MOHD. GHAZALI: Itu orang yang tidak tahu. Mereka tidak tahu keperitan memerangi komunis, mereka terlalu muda. Saya tidak salahkan mereka. Tetapi kerana kami pasukan pertahanan telah menyabung nyawa demi negara. Kita mahu mempertahankan negara daripada anasir sebegini sehingga hari ini semua dapat merasai kemakmuran bersama.

Jangan lupa kepada kami yang berjuang ini. Bukan sahaja dalam tentera dan polis tapi juga orang awam yang turut terlibat dalam pelbagai misi termasuk perang psikologi menentang komunis. Golongan muda kini tidak dapat membayangkan perkara tersebut, sebab itu saya sekarang memberi pesanan, teladan dan nasihat ini untuk bekalan mereka pada masa depan.

Ternyata golongan tersebut boleh disifatkan buta sejarah, dalam isu ini apa yang perlu dilakukan kerajaan untuk mengubah perkara ini?

MOHD. GHAZALI: Itu tanggungjawab kerajaan memikir dan menguatkan strategi untuk meningkatkan kesedaran terhadap perkara ini. Di bahu rakyat juga terletak tanggungjawab untuk menjadi ejen kesedaran bagi generasi seterusnya. Apa yang baik dan jahat perlu diketengahkan.

Kita baiki apa yang kurang dan meningkatkan apa yang berkesan. Kita perlu bersama-sama mengangkat kesedaran ini, bukan bergantung kepada kerajaan semata-mata. Perkara ini makan masa, tetapi semua mesti sabar.

Pihak kerajaan tegas dengan pendirian melarang mayatnya dibawa pulang ke sini. Bagaimana Tan Sri melihat ketegasan ini?

MOHD. GHAZALI: Saya memuji ketegasan kerajaan dalam isu ini. Dalam hal seperti ini kita boleh ukur ketegasan sesebuah kerajaan berhubung maruah negara mereka. Seperti saya sebut tadi, kemasukan Chin Peng biarpun abu mayatnya akan membawa kemudaratan terhadap negara tercinta.

Kerajaan mesti dengar perasaan rakyat kerana kerajaan adalah pembuat keputusan terakhir terhadap sebarang tindakan. Kerajaan yang bagus seperti yang sedia ada ini, mesti mendengar pandangan majoriti rakyat. Setelah dengar semua ini barulah membuat keputusan.

Sebagai ketua angkatan pertahanan negara ketika itu, apakah ingatan Tan Sri kepada golongan muda?

MOHD. GHAZALI: Pengganas komunis telah menghancurkan negara dan membunuh ribuan rakyat. Mereka bijak dalam permainan mental. Jadi, kita mesti mengingatkan generasi muda menggunakan sejarah. Sejak bermulanya ancaman subversif sehingga kekejaman bersenjata mereka.

Selepas itu, tanya mereka semula, mahukah mereka melihat negara menjadi sebegitu? Kalau tidak, inilah masanya anak muda mengelakkan kemungkaran. Dengarlah nasihat generasi terdahulu, kalau tidak tahu tanya. Jangan menurut sahaja apa yang disuap kepada mereka.

Pastikan mereka menumpukan pemikiran mereka dalam perjuangan mempertahankan agama, bangsa dan negara. Ini penting dalam kita mempertahankan kemakmuran sedia ada. Itulah bekalan untuk masa depan, jangan kita lupa perkara itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Song Seung Hun tidak kisah

Posted: 21 Sep 2013 05:02 AM PDT

SONG Seung Hun belum ada jawapan tentang perkahwinan.

PELAKON Song Seung Hun, 37, yang bergaya untuk High Cut sempat menyatakan pendiriannya tentang perkahwinan dalam temu bual dengan majalah tersebut.

Menurut pelakon drama Autumn in My Heart itu, dia sebenarnya tidak ada jawapan untuk soalan tentang perkahwinan.

Saya gembira melihat rakan-rakan seperti Lee Byung Hun melangkah ke alam rumah tangga. Tetapi saya sendiri belum ada jawapan untuk soalan itu.

Lagipun masih ramai lagi orang di sekeliling saya yang belum berkahwin.

Kita tidak tahu perkara yang sama mungkin akan berlaku pada saya bila-bila masa sahaja. Setakat ini, saya selesa menjalani kehidupan sedia ada," katanya terus terang.

Sebelum ini, dalam satu temu bual pelakon drama When A Man Loves itu pernah memberitahu yang dia tidak mempunyai keyakinan untuk menjadi suami kepada seorang wanita atau bergelar bapa.

Untuk menjadi suami dan bapa, saya perlu melakukan banyak kompromi. Setakat ini, saya belum bersedia untuk berkompromi dalam hal berkaitan perkahwinan.

Pada waktu yang sama, saya juga cemburu melihat kebahagiaan yang dinikmati oleh Kwon Sang Woo dan isteri, Son Tae Young.

Tidak dinafikan alam rumah tangga banyak kebaikan tetapi jangan lupa ada kesukaran juga kerana untuk menjadi suami dan bapa pada masa yang sama bukanlah mudah," katanya.

Alvin pentingkan kualiti

Posted: 21 Sep 2013 05:02 AM PDT

SUNGGUHPUN sibuk dengan kerjaya sebagai penyanyi, Alvin sentiasa meluangkan masa berada di restoran miliknya setiap hari.

MEMPUNYAI cita rasa yang hebat di dalam pemilihan makanan memberi peluang buat penyanyi Alvin Anthons menyediakan makanan kegemarannya sendiri.

Tidak pernah kekok untuk ke dapur, sudah menjadi kemestian buat Alvin membantu ibunya menyediakan makanan jika berada di rumah.

Mengakui seorang yang suka merasai makanan baharu, Alvin meneruskan kelebihannya ini dengan membuka sebuah restoran bagi membolehkan dia berkongsi dengan penggemar makanan lain.

Memilih untuk bekerjasama dengan ahli keluarganya yang lain, akhirnya Sri Suria Curry House kini sudah lima bulan beroperasi di Kelana Jaya, Selangor.

Memberitahu restoran miliknya itu mensasarkan pelanggan daripada pelbagai bangsa dengan penyediaan makanan daripada resipi terpilih, harapan Alvin hanya satu agar perniagaannya itu akan terus berkembang pada masa hadapan.

Saya memang seorang yang suka makan, sebab itu jika terdengar mana-mana restoran yang menyediakan makanan sedap, saya akan ke sana untuk merasainya.

Melalui kesukaan ini, saya fikir mungkin adalah lebih baik saya berkongsi pula dengan penggemar makanan yang lain," katanya.

Selain menyediakan makanan tradisi kaum India, menurut Alvin, sudah menjadi impiannya untuk menjadikan restoran ini sebagai restoran pilihan pelbagai kaum.

Setelah lima bulan beroperasi, dapat saya lihat kebanyakan pelanggan saya datang daripada pelbagai kaum.

Sebab itu, saya sudah merencanakan sesuatu yang lebih besar buat restoran ini pada masa hadapan," katanya.

Berkongsi kepayahan membuka restoran ini, menurut Alvin, dalam memastikan kualiti makanan berada pada tahap yang sentiasa memuaskan, dia bersama ibunya akan turun padang setiap hari untuk memantau.

Kami memang mempunyai tukang masak terlatih untuk menyediakan makanan di restoran ini, bagaimanapun ibu saya sangat cerewet. Jadi, dia akan pastikan semuanya berada di tahap yang memuaskan.

Sungguhpun saya sibuk dengan urusan seni dan perniagaan lain, saya sentiasa memastikan saya akan ke restoran ini setiap hari," katanya.

Berkongsi antara masakan terbaik yang disediakan restoran miliknya, menurut Alvin, antara kelainan yang disediakan Sri Suria Curry House adalah pelanggan berpeluang makan dengan menggunakan daun pisang segar setiap hari.

Selain kualiti makanan, apa yang turut dititikberatkan kami adalah kebersihan makanan yang disediakan.

Selain masakan India asli, budaya makan dengan menggunakan daun pisang juga turut menarik perhatian pelanggan daripada pelbagai kaum," katanya.

Menerima dua pencalonan daripada Time Out KL Food Awards 2013 menerusi kategori Makanan India Terbaik dan Makanan Murah Terbaik, Alvin berkata, ini merupakan satu sejarah buat restoran yang baru sahaja beroperasi tidak sampai setahun.

Saya sangat terharu dengan sokongan pelanggan terhadap restoran saya ini.

Saya rasa ini akan menjadi landasan terbaik buat kami untuk menyediakan perkhidmatan terbaik pada masa datang," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kerap tukar gajet kerana trend

Posted: 21 Sep 2013 05:02 AM PDT

Generasi muda cenderung menukar gajet bukan kerana keperluan tetapi lebih kepada terikut-ikut dengan trend terkini sedangkan model baharu yang diperkenalkan tidak mempunyai banyak perbezaan. - GAMBAR HIASAN

TOLEH kanan, toleh kiri, pasti ada gajet yang mendampingi sebahagian besar masyarakat Malaysia yang semakin maju dalam penggunaan teknologi terkini.

Bukan sahaja golongan dewasa, malah pelajar sekolah kini juga mempunyai gajet tersendiri yang menyebabkan budaya bersosial mereka sangat berbeza jika dibandingkan dengan 10 atau 20 tahun dahulu.

Perkara ini jika diamati memang bagus kerana memudahkan kerja seharian dan menjimatkan masa tetapi ada dalam kalangan kita yang sanggup menghabiskan gaji dan wang simpanan mereka untuk membeli gajet model terbaharu.

Mereka cenderung menukar gajet bukan kerana keperluan tetapi lebih kepada terikut-ikut dengan trend terkini, sedangkan model baharu yang diperkenalkan tidak mempunyai banyak ciri-ciri baharu yang ditambah.

Terlalu banyak model baharu yang diperkenalkan, walaupun tidak banyak bezanya tetapi ramai juga yang sanggup 'menyerbu' kedai berhampiran untuk melihat produk berkenaan.

Kita sedia maklum, gajet bukan satu benda yang murah. Jadi, cuba anda bayangkan bagaimana tekanan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa yang didesak oleh kehendak anak-anak mereka apabila meminta-minta untuk memiliki gajet terkini.

Hanya terpengaruh oleh rakan-rakan, iklan di kaca televisyen, radio ataupun internet, menjadikan masyarakat kita rambang mata untuk memiliki gajet tanpa berfikir panjang tentang nilainya.

Sudah pasti tidak berbaloi sekiranya kita membayar dengan harga yang tinggi tetapi kita tidak menggunakan sepenuhnya fungsi yang ada pada gajet kita.

Kita patut sedar dan berfikir panjang dalam mempertimbangkan keputusan untuk memiliki gajet dan pastikan barangan yang dibeli merupakan produk asli.

Ramai juga yang sudah terkena apabila membayar pada kadar harga yang ada di pasaran tetapi malangnya produk berkenaan merupakan produk tiruan yang hanya mempunyai fungsi asas.

MOHD. SYAFIQ ROSLY

Alor Setar, Kedah

Tonton video unik dan pelik

Posted: 21 Sep 2013 05:02 AM PDT

SUKA menonton video-video menarik dan pelik? Kamu mungkin boleh melawat laman Facebook ini untuk mendapatkan pelbagai jenis video yang kamu inginkan.

Laman ini menyediakan video-video unik dan pelik bagi tatapan penonton, bukan sahaja untuk memberikan aspirasi kepada seseorang bahkan juga suasana seram dan mengejutkan.

Pelbagai video dari seluruh dunia dimuat naik di sini bagi tatapan penonton di laman sosial Facebook dan seterusnya memberikan kepuasan kepada penggemarnya.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan bahan tontonan unik dan mengagumkan, bolehlah melayari laman Facebook ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Generasi muda pemacu Wawasan 2020

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

GENERASI muda memainkan peranan penting dalam menuju Wawasan 2020 yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi kerana merekalah pewaris kepada kemajuan negara kelak.

MUNGKIN ramai di antara remaja hari ini sudah terlupa dengan Wawasan 2020 yang dicipta bagi membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Tidak dinafikan ramai yang mengetahui lagu Wawasan 2020 dan pernah mendengar slogan itu, tetapi berapa ramai yang mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Wawasan 2020.

Tinjauan yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur mendapati ramai dalam kalangan pelajar sekolah menengah khasnya tidak dapat memberi jawapan yang tepat, apa itu Wawasan 2020.

Kebanyakan jawapan yang diterima adalah ingin menjadi sebuah negara maju iaitu daripada sudut infrastruktur semata-mata dan ada juga yang tidak mengetahui cabaran yang digariskan dalam Wawasan 2020 itu sendiri.

Wawasan 2020 merupakan sebuah wawasan kerajaan yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1991 untuk menjadi sebuah negara maju secara keseluruhannya dalam tempoh 30 tahun.

Terma kemajuan di sini bukan sahaja meliputi aspek infrastruktur semata-mata bahkan juga dalam aspek ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan perpaduan nasional.

Ia disimpulkan dalam sembilan cabaran utama yang perlu diatasi khususnya oleh generasi muda yang menjadi pemangkin kepada cabaran itu.

Dengan baki masa yang tinggal hanya kurang tujuh tahun, adakah wawasan yang diidamkan ini akan menjadi realiti?

Jawapannya terletak pada generasi hari ini kerana merekalah yang akan memberikan gambaran sebenar kepada sebuah negara maju mengikut corak dan acuan sendiri. - AMIRUL/JEFRI IRAN

Bercerita melalui The Sharkox

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

MINAT yang mendalam terhadap dunia komik dan animasi membuatkan Muhammad Ashraq Salahuddin, 27, menjadikan blog yang dibina semenjak 2009 ini sebagai kertas lukisan maya.

Cerita pemilik blog The Sharkox itu, dia juga seperti kebanyakan blogger lain yang bercerita melalui penulisan pada peringkat awal, namun tidak mengambil masa yang lama untuk mengenal pasti arah tujunya tatkala membina blog tersebut.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Shaq itu mengakui menulis dalam blog bukanlah suatu perkara yang mudah buat dirinya.

Jadi anak kelahiran Teluk Intan, Perak itu memilih untuk bercerita melalui komik, lebih-lebih lagi selepas mengikuti blog The Oatmeal.

Jangan lupa untuk melayari www.thesharkox.com untuk melihat sendiri komik-komik yang dihasilkan pensyarah di Management & Science University (MSU) ini. - LYNN/MOHD AZIM ABD. RAHMAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Rakan Cop dijenamakan semula

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISAbadrul.isa@utusan.com.my

AHMAD Zahid Hamidi (dua, kiri) menunjukkan tanda bagus selepas merasmikan Bilik Pameran Riders Haven dan Pelancaran Kelab Motosikal Riders Haven di Putra Heights, Subang Jaya, semalam. Turut hadir (dari kiri) Pengasas Riders Haven, Ahmad Sabrey Idris; Azman Idris; Setiausaha Agung Persatuan Superbike Malaysia (SAM), Sulaiman Samian dan Kamaruddin Ismail. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Program Rakan Cop yang bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat membantu polis memerangi jenayah akan dilancarkan semula dengan penjenamaan yang baharu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan keahlian yang bertambah, Rakan Cop akan ditambah dengan pelbagai aktiviti dalam usaha pembanterasan jenayah serta memberikan maklumat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kemungkinan nama dan logo Rakan Cop itu akan dikekalkan, namun yang pastinya program itu ditambah baik dengan pengenalan nombor 911 untuk saluran maklumat aktiviti jenayah yang dilihat oleh ahli-ahli Rakan Cop," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas perasmian Bilik Pameran Riders Haven dan Pelancaran Kelab Motosikal Riders Haven di Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Riders Haven, Datuk Kamaruddin Ismail dan Pengarah Urusannya, Azman Idris.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Eksekutif, Persatuan Superbike Malaysia (SAM) memberitahu, pihaknya akan menjemput para penunggang motosikal di negara ini untuk menjadi ahli Rakan Cop.

"Terdapat tidak kurang 50,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi serta ratusan ribu lagi penunggang motosikal berkuasa rendah, kita akan satukan mereka di dalam Rakan Cop.

"Mereka akan diberikan kad autoriti dan asas-asas latihan, sekali gus menjadi 'mata dan telinga' pasukan polis bagi usaha pembanterasan jenayah," katanya.

4 Ketua Bahagian di Wilayah Persekutuan tidak dicabar

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Hanya empat daripada 13 bahagian UMNO di Wilayah Persekutuan menyaksikan jawatan ketuanya tidak dicabar iaitu Cheras, Putrajaya, Kepong dan Titiwangsa manakala selebihnya bakal ditandingi.

Keempat-empat mereka ialah Datuk Syed Ali Alhabshee (Cheras), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Rizuan Abd. Hamid (Kepong) dan Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa).

Selain Rizuan yang tidak dicabar, jawatan ketua setiap sayap bahagian Kepong juga tidak berlaku pertandingan.

Dalam pada itu, selain mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menawarkan diri untuk bertanding Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong juga tidak dicabar.

Perebutan jawatan ketua bahagian di Bandar Tun Razak pula menyaksikan pertembungan enam penjuru yang antaranya turut melibatkan Datuk Rizalman Mokhtar, Datuk Amil Salleh dan Syed Abdul Rahman Mohammad Alhabshi.

Malah, jawatan timbalan ketua dan naib ketua bahagian turut membabitkan jumlah calon yang ramai manakala ketua Wanita bahagian pula ditandingi oleh tiga calon.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Cawangan Taman OUG, Saarah Basham menjadi satu-satunya wanita yang menawarkan diri sebagai calon Ketua Bahagian Seputeh.

Beliau akan menentang dua calon lain iaitu penyandang ketua bahagian, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff dan bekas ketua bahagian itu, Datuk Hisham Abd Majid.

Bumiputera perlu jadi usahawan - Ahmad Maslan

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Orang Melayu khususnya golongan muda disaran mempelopori bidang keusahawanan dengan lebih proaktif demi mencapai hasrat kerajaan memperkasa ekonomi kaum bumiputera.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, walaupun tiga perempat penduduk Malaysia terdiri daripada orang Melayu dan bumiputera namun kuasa ekonomi negara ketika ini didominasi kaum Cina.

"Jika dilihat dari sudut ekonomi, kita masih belum mencapai prestasi yang diharapkan malah terlalu rendah, misalnya dari segi pencapaian ekuiti, pemilikan premis perniagaan, simpanan dalam bank dan sebagainya," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Kebangsaan Pemimpin Muda dan Keusahawanan 2013 di sini hari ini.

Forum yang julung-julung kali diadakan itu disertai lebih 600 peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan turut dihadiri Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Awang Sariyan.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, kaedah terpenting dalam mengangkat ekonomi masyarakat Melayu dan bumiputera adalah melalui keusahawanan.

"Jika kita tidak menjadi bangsa usahawan, negara akan rugi kerana sembilan daripada sepuluh punca kekayaan adalah daripada hasil perniagaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Ubah stail, tampil berani

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

DUNIA fesyen berubah dengan pantas tetapi pada masa yang sama, zaman kegemilangan rekaan klasik mulai menghangat!

Walau apa pun, pilihan terletak di tangan kamu untuk menggayakan stail yang mana satu, sama ada mahu menjadi gadis manis atau tampil berani.

Lebih mengujakan apabila kesemua pilihan itu boleh dibuat di hujung jari sahaja. Ini kerana butik dalam talian, Get Dressed By Dylla Nazirah menawarkan pelbagai pilihan pakaian untuk tampil berani pada harga berpatutan. Justeru, jangan ketinggalan untuk melawat butik itu secara maya. - LYNN/ZAKARIA IDRIS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Zakat MAINJ capai RM135 juta

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

PAGOH 20 Sept. - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menjangkakan hasil kutipan zakat negeri ini meningkat berbanding tahun lalu berdasarkan pungutan yang sudah diperoleh setakat hari ini iaitu berjumlah RM135 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Razak Hassan (gambar) berkata, keyakinan tersebut berasaskan usaha bertemu dengan pengarah syarikat yang diperhebatkan dalam memberi kesedaran mengenai tanggungjawab menunaikan kewajipan itu.

"Dalam masa sama, MAINJ juga mempermudahkan mereka dengan menyediakan kaunter bagi membolehkan proses pembayaran zakat berjalan lancar," katanya dalam sidang akhbar selepas program Briged Ansor MAINJ Bersama Penduduk Kampung Raja, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kutipan zakat tahun lalu sebanyak RM170 juta dan daripada jumlah itu sebanyak RM120 juta sudah dibelanjakan untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan.

Menurutnya, perbezaan kutipan zakat amat ketara dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini misalnya jumlah zakat yang berjaya dikutip pada 2011 hanya RM50 juta.

"Peningkatan ini berikutan pertambahan bilangan syarikat korporat yang mula mempunyai kesedaran dan berminat membayar zakat hasil keuntungan syarikat selain promosi yang dilakukan pihak kami," katanya.

Mengenai keengganan segelintir umat Islam membayar zakat, Abdul Razak berkata, keadaan itu berpunca daripada kurang kefahaman tentang tanggungjawab tersebut menyebabkan mereka memilih membayar sendiri kepada pengutip zakat yang tidak dilantik MAINJ.

Melalui kutipan zakat itu, katanya, pelbagai bantuan diberikan kepada lapan golongan yang dikategorikan asnaf antaranya rawatan dialisis kepada pesakit buah pinggang, baik pulih rumah dan pendahuluan melanjutkan pengajian.

Sebagai contoh, jelasnya, setiap tahun MAINJ memperuntuk sebanyak RM18 juta kepada hampir 3,000 pesakit buah pinggang melakukan rawatan dialisis.

Mengenai program itu, Abdul Razak berkata, program yang dilancarkan tahun lalu tersebut bercorak kemasyarakatan dengan menubuhkan pasukan Briged Ansor untuk turun ke padang bertemu masyarakat.

"Pelbagai acara yang dilakukan seperti bergotong-royong, tazkirah dan menjejak golongan asnaf. Dalam program kelima tahun ini, kita berjaya menjejaki 30 asnaf dan mereka diberikan bantuan termasuk baik pulih rumah berjumlah RM10,000. Mereka yang berpendapatan RM700 ke bawah layak digelar asnaf dan menerima bantuan zakat," katanya.

Empat wakil Johor rebut kerusi Exco Pemuda

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Azizul Kamar Abdul Rahman (berdiri tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada keluarga Paiman Supian di Batu Pahat, kelmarin.

BATU PAHAT 20 Sept. - Empat wakil daripada Pergerakan Pemuda UMNO Johor mengesahkan akan mewakili negeri itu bagi merebut kerusi Exco Pemuda pada pemilihan Oktober ini.

Mereka ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat, Azizul Kamar Abdul Rahman; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, Syahrin Md. Jamaludin; Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sembrong, Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Sheikh Ahmad Nafiq Al-Firdaous.

Daripada empat nama itu, Shahrin akan mempertahankan kerusi Exco Pemuda yang dimenanginya pada pemilihan lalu manakala tiga lagi merupakan muka baharu yang akan memberikan saingan.

Azizul Kamar berkata, keputusan bertanding kerusi Exco Pemuda itu dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan.

"Selepas mengadakan pertemuan dengan akar umbi sebelum ini, keempat-empat nama itu termasuk saya telah membuat keputusan akan bertanding bagi merebut kerusi Exco," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan untuk mangsa bencana di sini semalam.

Sementara itu, mengenai penyampaian sumbangan tersebut, Azizul berkata, bantuan berkenaan diberikan bagi meringankan pasangan suami isteri yang terdiri daripada warga emas selepas rumah mereka dihempap pokok kelapa sawit usang pada awal bulan lalu.

"Dalam kejadian itu, rumah yang dihuni Paiman Supian, 85, dan isterinya Sarah Karim, 70, rosak teruk dan memerlukan kos yang tinggi untuk diperbaiki. Disebabkan itu, Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat terpanggil bagi memberi bantuan.

"Lebih menyedihkan apabila rumah itu turut dihuni oleh anak saudara pasangan berkenaan yang tidak mempunyai sebelah kaki selepas dipotong akibat penyakit diabetes," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved