Sabtu, 21 September 2013

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kerap tukar gajet kerana trend

Posted: 21 Sep 2013 05:02 AM PDT

Generasi muda cenderung menukar gajet bukan kerana keperluan tetapi lebih kepada terikut-ikut dengan trend terkini sedangkan model baharu yang diperkenalkan tidak mempunyai banyak perbezaan. - GAMBAR HIASAN

TOLEH kanan, toleh kiri, pasti ada gajet yang mendampingi sebahagian besar masyarakat Malaysia yang semakin maju dalam penggunaan teknologi terkini.

Bukan sahaja golongan dewasa, malah pelajar sekolah kini juga mempunyai gajet tersendiri yang menyebabkan budaya bersosial mereka sangat berbeza jika dibandingkan dengan 10 atau 20 tahun dahulu.

Perkara ini jika diamati memang bagus kerana memudahkan kerja seharian dan menjimatkan masa tetapi ada dalam kalangan kita yang sanggup menghabiskan gaji dan wang simpanan mereka untuk membeli gajet model terbaharu.

Mereka cenderung menukar gajet bukan kerana keperluan tetapi lebih kepada terikut-ikut dengan trend terkini, sedangkan model baharu yang diperkenalkan tidak mempunyai banyak ciri-ciri baharu yang ditambah.

Terlalu banyak model baharu yang diperkenalkan, walaupun tidak banyak bezanya tetapi ramai juga yang sanggup 'menyerbu' kedai berhampiran untuk melihat produk berkenaan.

Kita sedia maklum, gajet bukan satu benda yang murah. Jadi, cuba anda bayangkan bagaimana tekanan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa yang didesak oleh kehendak anak-anak mereka apabila meminta-minta untuk memiliki gajet terkini.

Hanya terpengaruh oleh rakan-rakan, iklan di kaca televisyen, radio ataupun internet, menjadikan masyarakat kita rambang mata untuk memiliki gajet tanpa berfikir panjang tentang nilainya.

Sudah pasti tidak berbaloi sekiranya kita membayar dengan harga yang tinggi tetapi kita tidak menggunakan sepenuhnya fungsi yang ada pada gajet kita.

Kita patut sedar dan berfikir panjang dalam mempertimbangkan keputusan untuk memiliki gajet dan pastikan barangan yang dibeli merupakan produk asli.

Ramai juga yang sudah terkena apabila membayar pada kadar harga yang ada di pasaran tetapi malangnya produk berkenaan merupakan produk tiruan yang hanya mempunyai fungsi asas.

MOHD. SYAFIQ ROSLY

Alor Setar, Kedah

Tonton video unik dan pelik

Posted: 21 Sep 2013 05:02 AM PDT

SUKA menonton video-video menarik dan pelik? Kamu mungkin boleh melawat laman Facebook ini untuk mendapatkan pelbagai jenis video yang kamu inginkan.

Laman ini menyediakan video-video unik dan pelik bagi tatapan penonton, bukan sahaja untuk memberikan aspirasi kepada seseorang bahkan juga suasana seram dan mengejutkan.

Pelbagai video dari seluruh dunia dimuat naik di sini bagi tatapan penonton di laman sosial Facebook dan seterusnya memberikan kepuasan kepada penggemarnya.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan bahan tontonan unik dan mengagumkan, bolehlah melayari laman Facebook ini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved