Sabtu, 21 September 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Tiada anggota ATM alami tekanan jiwa - Panglima

Posted: 21 Sep 2013 12:02 AM PDT

UNIT Anggota Paskal ATM memberi tabik hormat kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak sempena Perarakan Raksasa ATM di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA

HANDAL... Anggota komando bergayut di pesawat Nuri dalam demontrasi menyelamatkan tebusan sempena Perarakan Raksasa Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-80 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, setakat ini tiada anggota tentera yang dikesan mengalami 'Post Traumatic Stress Disorder Syndrome', iaitu sindrom tekanan jiwa akibat kengerian pertempuran.

"Walaupun tentera Malaysia pernah berdepan dengan pertempuran ngeri seperti insiden Pasar Bakara di Somalia sekitar tahun 90-an dan melawan pengganas Sulu pada awal tahun ini, sindrom tersebut tidak dikesan berlaku di kalangan tentera Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perarakan raksasa sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-80 di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang lengkap memakai uniform baharu tentera 'Loreng Digital' turut hadir pada majlis itu dengan menaiki kereta kebal.

Menjelas lanjut, Zulkefli berkata, sehubungan itu, ATM tidak bercadang untuk memperkenalkan elaun khas untuk golongan tentera yang dikesan menghadapi sindrom berkenaan seperti dilaksanakan, kerajaan Amerika Syarikat.

Beliau berkata, selain itu, ATM juga mempunyai unit pasca trauma sendiri dan sedang dalam rancangan untuk memperkukuhkan unit berkenaan.

Malah, unit itu turut dihantar ke Sabah baru-baru ini untuk menangani tekanan yang dialami anggota tentera, berikutan serangan pengganas Sulu pada awal tahun ini, katanya.

Menurut pakar, individu yang mengalami sindrom berkenaan akan terbayangkan kengerian peperangan atau pertempuran yang dihadapi mereka sehingga sukar untuk tidur malam serta mengalami halusinasi. - BERNAMA

Awang Adek tak pertahan jawatan MT

Posted: 20 Sep 2013 08:31 PM PDT

KOTA BHARU 21 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussain tidak mempertahankan jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti itu bulan depan.

Sebaliknya, bekas Timbalan Menteri Kewangan itu hanya akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian apabila menyerahkan borang pencalonan jawatan itu di Bangunan UMNO negeri pada pukul 9 pagi ini. - UTUSAN ONLINE

Proses serah borang calon lancar - Tengku Adnan

Posted: 20 Sep 2013 08:21 PM PDT

PETUGAS UMNO melayani Tan Sri Badruddin Amiruldin yang menghantar sendiri borang pencalonan untuk jawatan Pengerusi Tetap UMNO di PWTC, Kuala Lumpur pagi ini. - UTUSAN/GHAzALI BASRI

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Proses penyerahan borang pemilihan UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, proses tersebut berjalan lancar dengan kerjasama baik semua pihak khususnya daripada para calon. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved