Sabtu, 21 September 2013

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Generasi muda pemacu Wawasan 2020

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

GENERASI muda memainkan peranan penting dalam menuju Wawasan 2020 yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi kerana merekalah pewaris kepada kemajuan negara kelak.

MUNGKIN ramai di antara remaja hari ini sudah terlupa dengan Wawasan 2020 yang dicipta bagi membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Tidak dinafikan ramai yang mengetahui lagu Wawasan 2020 dan pernah mendengar slogan itu, tetapi berapa ramai yang mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Wawasan 2020.

Tinjauan yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur mendapati ramai dalam kalangan pelajar sekolah menengah khasnya tidak dapat memberi jawapan yang tepat, apa itu Wawasan 2020.

Kebanyakan jawapan yang diterima adalah ingin menjadi sebuah negara maju iaitu daripada sudut infrastruktur semata-mata dan ada juga yang tidak mengetahui cabaran yang digariskan dalam Wawasan 2020 itu sendiri.

Wawasan 2020 merupakan sebuah wawasan kerajaan yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1991 untuk menjadi sebuah negara maju secara keseluruhannya dalam tempoh 30 tahun.

Terma kemajuan di sini bukan sahaja meliputi aspek infrastruktur semata-mata bahkan juga dalam aspek ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan perpaduan nasional.

Ia disimpulkan dalam sembilan cabaran utama yang perlu diatasi khususnya oleh generasi muda yang menjadi pemangkin kepada cabaran itu.

Dengan baki masa yang tinggal hanya kurang tujuh tahun, adakah wawasan yang diidamkan ini akan menjadi realiti?

Jawapannya terletak pada generasi hari ini kerana merekalah yang akan memberikan gambaran sebenar kepada sebuah negara maju mengikut corak dan acuan sendiri. - AMIRUL/JEFRI IRAN

Bercerita melalui The Sharkox

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

MINAT yang mendalam terhadap dunia komik dan animasi membuatkan Muhammad Ashraq Salahuddin, 27, menjadikan blog yang dibina semenjak 2009 ini sebagai kertas lukisan maya.

Cerita pemilik blog The Sharkox itu, dia juga seperti kebanyakan blogger lain yang bercerita melalui penulisan pada peringkat awal, namun tidak mengambil masa yang lama untuk mengenal pasti arah tujunya tatkala membina blog tersebut.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Shaq itu mengakui menulis dalam blog bukanlah suatu perkara yang mudah buat dirinya.

Jadi anak kelahiran Teluk Intan, Perak itu memilih untuk bercerita melalui komik, lebih-lebih lagi selepas mengikuti blog The Oatmeal.

Jangan lupa untuk melayari www.thesharkox.com untuk melihat sendiri komik-komik yang dihasilkan pensyarah di Management & Science University (MSU) ini. - LYNN/MOHD AZIM ABD. RAHMAN

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved