Jumaat, 6 September 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


9 ahli kongsi gelap ditahan di sempadan

Posted: 06 Sep 2013 01:18 PM PDT

oleh SAFINA RAMLI

KUBANG PASU 7 Sept - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan sembilan lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap 04 dan 08 di Kompleks Imigresen Kuarantin dan Kastam (CIQ) di sini semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, mereka ditahan ketika cuba melepasi sempadan menuju ke Thailand kira-kira pukul 7.30 malam semalam.

- UTUSAN

Lokasi transit seludup diesel terbongkar, 50,000 liter berjaya dirampas

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memeriksa lori tangki yang digunakan untuk menyeludup diesel di kawasan industri Kuala Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan, kelmarin.

TELOK KEMANG 6 Sept. - Pihak berkuasa menggagalkan cubaan menyeludup 50,000 liter diesel subsidi bernilai RM100,000 setelah menyerbu satu lokasi yang dijadikan transit bagi aktiviti penyeludupan bahan api itu ke negara jiran di kawasan industri Kuala Lukut di sini semalam.

Serbuan kira-kira pukul 1 petang itu adalah hasil maklumat awam dan risikan selama tiga bulan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Ketua Penolong Kanan Penguasa SPRM Putrajaya, Mhd. Yussof Zakaria berkata, ketika serbuan, seramai tiga pekerja berusia antara 50 hingga 60 tahun sedang leka memindah diesel terbabit ke lori tangki untuk dihantar ke kapal tangki.

"Kita mengesyaki diesel itu kemudian akan diseludup ke negara jiran. Kita turut mendapati Lesen Barang Kawalan, iaitu syarat utama jika ingin mengeksport barang kawalan ini (diesel) yang digunakan mereka milik syarikat lain," jelasnya.

Tambah beliau, sepanjang risikan dijalankan pihaknya, lebih daripada lapan buah lori kecil memasuki ke kawasan itu untuk menghantar diesel setiap hari.

"Mereka akan membeli dari stesen minyak berhampiran yang berharga RM2 seliter dan memasukkannya ke dalam tangki itu sehingga penuh sebelum proses pemindahan ke lori tangki dijalankan.

"Kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa dan memiliki barangan kawalan tanpa dokumen yang sah," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Harimau jangan terpedaya

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Pemain Harimau Muda menjalani latihan akhir di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam menjelang saingan pembukaan Pestabola Merdeka menentang Singapura, hari ini. - UTUSAN/Mahathir Ali

KUANTAN - Pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee memberi amaran kepada pemainnya agar tidak terlalu yakin untuk mengalahkan Singapura dalam aksi pembukaan Pestabola Merdeka hari ini, hanya kerana skuad LionsXII mengalami kemerosotan dalam kancah Piala Malaysia.

Tegas Kim Swee, Singapura tetap sebuah pasukan yang harus dihormati dan sukar ditewaskan tanpa mengambil kira perkembangan semasa mereka.

Apa yang berlaku kepada LionsXII, itu bukan perkara penting untuk kita kerana mereka tetap sebuah pasukan yang baik daripada segi persediaan.

Bertemu mereka bukan sesuatu yang mudah, jangan fikirkan dengan situasi yang mereka lalui sekarang tetapi bagaimana untuk bermain dengan mereka nanti.

Pertembungan esok (hari ini) pasti akan berlangsung sengit apabila kedua-dua negara bertemu dan paling penting, pemain boleh merasai tekanan apabila bermain di Sukan SEA nanti, " katanya pada sidang akhbar pengurus pasukan bagi kejohanan Pestabola Merdeka 2013 di Hotel Zenith, semalam.

Biarpun Singapura sedikit tempang kerana mengalami masalah kecederaan tonggak, Kim Swee tetap melabelkan skuad jiran itu sebagai memiliki barisan yang kuat dan semua pemain yang dibariskan kali ini adalah yang terbaik.

Pemain yang paling saya kagumi dalam skuad Singapura adalah Hariss Harun tetapi dia tidak akan berada di sini, jadi semua pemain mereka secara sama ratanya perlu diawasi, " katanya.

Harimau Muda A, yang merupakan skuad bawah 23 tahun Malaysia menggugurkan pemain pertahanan, Wan Ahmad Amir Zafran Wan Nadris kerana mengalami kecederaan, sementara penjaga gol, Muhammad Ramadhan Abd. Rahman dan pemain tengah, Mohammad Ridzuan Abdunloh pula tidak berada dalam senarai 22 terakhir pemain.

Pemilihan pemain ini bergantung kepada posisi yang saya perlukan dan sebab itulah saya memasukkan Ariff Farhan walaupun masih baru berusia 17 tahun kerana dia mampu beraksi di dua atau tiga posisi, " katanya.

Kim Swee juga mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak terlalu terikut-ikut rentak permainan lawan apabila melayani Singapura dan tampil lebih agresif bagi menyekat langkahan lawan mengatur strategi tersendiri.

Pemain-pemain saya sering kali turun dengan gaya permainan berbeza, sebagai contoh jika mereka bertemu dengan lawan yang mempunyai intensiti tinggi mereka mampu memberi saingan.

Namun, ada kalanya mereka terikut-ikut dengan gaya permainan lawan walaupun pasukan itu tidak seberapa dan itu sedikit merisaukan saya.

Apa yang mustahak ialah kita kena ubah perkara ini serta beraksi mengikut cara kita sendiri, " katanya lagi.

Sementara itu ketua pasukan, Mohd. Irfan Fazail berkata, hanya kejuaraan menjadi misi peribadinya sebagai hadiah terbaik untuk diberikan kepada rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-56 pada 31 Ogos lalu.

Saya berjanji kepada semua penyokong Malaysia yang hadir pada perlawanan ini nanti yang kami akan memberikan segalanya dalam usaha mendapatkan kemenangan berdepan Singapura.

Ini adalah saat yang terbaik bagi kami semua memberikan hadiah paling bernilai kepada negara dengan menjuarai Pestabola Merdeka, " katanya.

Pemain remaja Sarawak berusia 19 tahun, Junior Eldstal dijangka memanaskan bangku simpanan hari ini, kecuali dia sempat pulih daripada kecederaan kaki.

Singapura turun skuad tempang

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

V. Sundramoorthy

KUANTAN - Hadir tanpa enam pemain utama, tidak banyak yang boleh diharapkan oleh Singapura menjelang sepak mula Pestabola Merdeka menentang tuan rumah, Malaysia, hari ini.

Walaupun tidak mengeluh, nada jurulatihnya, V. Sundramoorthy, seperti tidak berselera besar apabila bertemu Malaysia dengan menganggap ia sekadar medan terbaik untuk memilih pemain yang akan menggalas cabaran di Sukan SEA Myanmar, Disember ini.

''Perlawanan esok (hari ini) pasti menarik dan menghiburkan kerana pemain dari kedua-dua pasukan akan beraksi sepenuh hati. Cuma saya fikir, Malaysia mempunyai skuad yang lebih baik kali ini.

''Kami pula datang ke sini untuk melakukan pemilihan dan memberi ruang kepada semua pemain melihat siapa yang sesuai diserapkan ke Sukan SEA.

''Biarpun tanpa enam pemain utama, kami masih mempunyai pemain yang boleh menggantikan mereka bagi menghadapi Malaysia, malah mereka masih mampu memberikan masalah kepada pasukan lawan, " katanya.

Hariss Harun, Shahfiq Ghani, Muhd. Faris Ramli dan Safuwan Baharuddin antara empat pemain yang tidak disenaraikan dalam kejohanan kali ini, sementara penjaga gol Mohd. Faiz Mahbud dan Muhd. Shakir Hamzah akan hadir ke Kuantan bagi perlawanan kedua bertemu Thailand, Isnin nanti selepas membantu skuad kebangsaan Singapura dalam perlawanan persahabatan menentang China.

Ketiadaan mereka dilihat satu kesempatan terbaik bagi pasukan Bawah 23 tahun negara dalam usaha mencari tiga mata penuh walaupun berdasarkan rekod pertemuan Malaysia dan Singapura di pentas antarabangsa sering berpihak kepada skuad Singa.

Sundram juga melihat pemain sayap negara yang beraksi bersama FC Ryukyu, Wan Zack Haikal Wan Nor antara yang wajib diberi perhatian, sambil memuji kehebatan anak jati Pahang itu yang dianggap mempunyai kebolehan tersendiri.

''Wan Zack Haikal adalah seorang pemain yang hebat, jika kami memberikan dia terlalu banyak ruang dan masa, kami boleh dihukum kerana dia cukup pantas.

''Kami perlu berwaspada sepanjang perlawanan, Wan Zack adalah seorang pemain yang mempunyai teknikal dan ada skil yang mengagumkan," katanya

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Tutor mampu tingkatkan tahap akademik

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

KOH Kian Choon (belakang, tengah) bersama sebahagian muridnya menunjukkan tanda bagus sambil memegang akhbar Tutor yang diedarkan di SK Duyong, Melaka, semalam.

MELAKA 6 Sept. - Akhbar pendidikan terbaharu Utusan Malaysia, Tutor terus mendapat sambutan menggalakkan daripada sekolah-sekolah di negeri ini sebagai satu usaha meningkatkan tahap penguasaan akademik murid terutama yang bakal menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Paling terbaharu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong di sini yang turut melanggan akhbar berkenaan sebagai bahan rujukan tambahan murid tahun enam sekolah berkenaan yang akan menghadapi UPSR tidak lama lagi.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Muridnya, Koh Kian Choon berkata, hasil penelitiannya terhadap kandungan Tutor mendapati set soalan percubaan UPSR yang disediakan mampu menajamkan lagi ingatan murid terhadap subjek dipelajari.

Selain itu katanya, set soalan latih tubi yang dibuat oleh guru-guru pakar dalam Tutor juga menjadi satu daripada keistimewaan akhbar berkenaan yang akan memberi manfaat kepada muridnya.

"Saya amat berterima kasih kepada pihak Utusan Malaysia kerana menerbitkan akhbar Tutor ini yang banyak membantu murid memperoleh bahan rujukan tambahan dengan harga yang murah untuk menghadapi UPSR" katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan yang mengambil inisiatif menyumbangkan sebanyak 60 naskhah Tutor dilihat sebagai langkah tepat memandangkan UPSR semakin hampir.

Sementara itu Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad cawangan Melaka, Najibfahmi Ali berkata, akhbar bersaiz tabloid berharga 40 sen itu diterbitkan dua kali sebulan.

Menurutnya, beberapa sekolah di negeri ini telah pun mendapatkan akhbar berkenaan, antaranya SK Ayer Molek, SK Bachang dengan jumlah langganan masing-masing 130 naskhah.

Tutor bagi edisi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan mula diedarkan pada 9 September dan 23 September ini disusuli edisi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua minggu selepas itu.

"Set-set soalan latih tubi juga lengkap kerana disediakan oleh guru pakar secara keseluruhannya dan dengan harga 40 sen yang ditawarkan itu adalah amat berbaloi serta mampu dibeli oleh semua murid," kata Najibfahmi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Kereta kompak EEV Great Wall akan dilancar hujung tahun

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

Dari kiri: SM Mohd. Azli SM Nasimuddin, SM Zulkifli SM Amin dan SM Zul Khalis SM Zulkifli bersama kereta Wingle 5 Premium X yang dilancarkan di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 6 Sept. - Green Oranges Sdn. Bhd. (GOSB), pengedar jenama kenderaan Great Wall, merancang melancarkan kereta kompak segmen B pertamanya pada hujung tahun ini.

Kereta dengan kod M4/C20 telah dikelaskan dalam kategori kenderaan efisien tenaga (EEV) tersebut bakal di pasang di kilang GOSB yang terletak di Gurun, Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, SM Mohd. Azli SM Nasimudin berkata, kereta itu kini sedang diuji di jalan raya di Malaysia untuk mendapat maklum balas prestasi dan kualitinya.

"Kami ketika ini sedang menunggu pengumuman Dasar Automotif Nasional (DAN) yang dijangka dibentang bersama Bajet 2014 tidak lama lagi.

"Jika inisiatif untuk EEV dalam DAN diumumkan kelak, kami merancang melancarkan M4/C20 dengan kapasiti enjin 1.5L pada harga yang menarik," katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis pelancaran varian terbaharu Wingle 5 iaitu Wingle Premier X.

Yang turut hadir Presiden SMS Autoworld, SM Zulkifli SM Amin dan Pengarah SMS Auto World, SM Zul Khalis SM Zulkifli

SM Mohd. Azli berkata, pasaran Great Wall di ASEAN ketika ini hanya di Malaysia yang menawarkan dua model iaitu trak pikap Wingle 5 dan kenderaan utiliti sukan H5.

"Kereta M4/C20 tersebut bakal dipasarkan untuk pasaran ASEAN dengan Malaysia akan menjadi hab di rantau ini," jelasnya.

Wingle Premier X baharu menawarkan beberapa aksesori tambahan berbanding model sebelum ini meliputi pemain DVD dengan GPS, kamera undur, lampuh limpah Hella 1000, tayar pelbagai permukaan, sport rim 16 inci dan bampar belakang MMC.

Trak pikap dari China ini menggunakan enjin diesel CRDi 2.5L dengan trasmisi manual lima kelajuan.

Wingle Premier X dijual pada harga RM68, 924.40 bagi jenis pemanduan 4x2 dan RM80, 499 bagi jenis 4x4 termasuk insurans berserta jaminan selama tiga tahun atau 100, 000 kilometer perbatuan.

The McLaren 12C akan dibawa ke Malaysia

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

empat buah kenderaan berprestasi tinggi McLaren bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Sebanyak empat buah kenderaan berprestasi tinggi, The McLaren 12C akan dibawa ke Malaysia tidak lama lagi.

McLaren Kuala Lumpur dan Sime Darby Auto Britannia dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini menyatakan, The McLaren 12C akan dibawa ke negara ini bagi memenuhi permintaan di sini.

Katanya, kenderaan itu telah direka supaya unik dan berlainan dengan kenderaan berprestasi tinggi yang lain.

Jelas kenyataan itu lagi, siri 12C telah diambil bersempena warisan kemenangan dalam kejohanan dunia Formula 1 McLaren.

"Kenderaan ini telah dibina oleh pasukan berkelas dunia dengan pereka dan juruteranya mempunyai pengalaman dalam pengendalian perlumbaan Grand Prix,'' kata kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, The McLaren 12C direka dengan inovasi teknologi tinggi bagi memberi kepuasan kepada pemiliknya.

Jelas kenyataan tersebut, kenderaan itu akan diedarkan oleh pengedar tunggalnya, Sime Darby Auto Britannia.

"Galeri jualan McLaren Kuala Lumpur akan dibuka sejajar dengan sambutan ulang tahun ke-50 tahun jenama McLaren di seluruh dunia,'' ujar kenyataan berkenaan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai The McLaren, orang ramai boleh menghubungi Dellen di talian 019-660 2088.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Peluang Nallakaruppan 'bercerita' di mahkamah

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

S. NALLAKARUPPAN, MUHAMMAD SHAFEE

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Peguam, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Senator Datuk S. Nallakaruppan merayu keputusan terdahulu yang mendapati beliau bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 sebagai peluang untuk mengembalikan kes itu ke mahkamah.

Tambahnya, anak guamnya yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) perlu diberi peluang untuk menceritakan kisahnya di mahkamah.

Bagaimanapun tarikh pendengaran rayuan tersebut masih belum ditetapkan," katanya dalam sidang akhbar ringkas di pejabatnya di sini hari ini.

Nallakaruppan memfailkan permohonan untuk merayu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi yang membatalkan pembelaannya dalam saman difailkan oleh Anwar.

Mahkamah Rayuan pada 21 Januari lalu berpendirian, tindakan Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Nallakaruppan adalah betul selepas dia gagal membekalkan butiran berhubung dakwaannya terhadap Anwar.

Pada 19 Jun tahun lalu, Hakim Datuk Su Geok Yiam ketika menolak pembelaan Nallakaruppan turut memerintahkan beliau membayar ganti rugi dan kos kepada Anwar yang akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar.

Anwar memohon agar pembelaan Nallakaruppan dibatalkan setelah bekas rakan permainan tenis beliau itu gagal memberi butiran terperinci berhubung dakwaan terhadapnya.

Pada 23 November 2011, Mahkamah Rayuan memerintahkan Nallakaruppan mengemukakan butiran terperinci dalam tempoh dua minggu berhubung dakwaannya dalam satu majlis bahawa Anwar menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation.

Butiran itu dimohon oleh Anwar dalam samannya terhadap Nallakaruppan bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berikutan penerbitan artikel bertajuk Anwar Terima RM60 juta yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia dan Sinar Harian, lima tahun lalu.

Nallakaruppan didakwa menyatakan: Anwar mengambil wang sebanyak itu daripada tangan saya sendiri" ketika berucap dalam satu majlis anjuran Pemuda UMNO di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 23 Ogos 2008.

Bagaimanapun, Anwar mendakwa Nallakaruppan membuat tuduhan palsu berhubung penerimaan wang tersebut manakala Nallakaruppan dalam kenyataan pembelaannya pula mendakwa, Anwar memang menerima wang itu daripada orang tengah.

Pada 1 Ogos lalu, panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif membenarkan permohonan itu dan mengarahkan kedua-dua pihak menghujahkan dua persoalan undang-undang dalam rayuan kelak.

Antara persoalan itu ialah sama ada butiran mencukupi yang perlu disediakan oleh pembelaan dalam mematuhi permohonan agar butiran lanjutan dikemukakan, perlu diperiksa oleh ujian objektif yang ketat atau oleh ujian subjektif dengan mengambil kira keadaan keseluruhan kes.

Keadaan kes itu termasuk jurang masa di antara kejadian dan tempoh permohonan bagi butiran terperinci itu dikemukakan serta keupayaan ingatan individu dalam mengingati perincian masa dan tarikh.

2 petisyen Pas Perak ditolak

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

BATU GAJAH 2 Ogos - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak dua petisyen yang difailkan oleh Pas bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi dan Pasir Panjang yang dimenangi Barisan Nasional.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan demikian selepas mendapati petisyen-petisyen tersebut yang difailkan dua pengundi pada 11 Jun lalu gagal mematuhi peruntukan Kaedah 9 dan 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Menurut beliau, berdasarkan peruntukan itu, hanya pempetisyen yang dibenarkan memfailkan petisyen pilihan raya dan bukan melalui firma guaman.

Selain itu, peguam yang dilantik pempetisyen juga perlu membuat pengesahan menerima pelantikan.

Abang Iskandar memerintahkan Ahmad Mansor selaku pempetisyen di DUN Manjoi, membayar kos RM105,000 sementara Hamidun Ahmad bagi DUN Pasir Panjang pula diarah membayar kos berjumlah RM120,000.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Perbicaraan pemimpin Ikhwanul Muslimin ditetapkan 25 Ogos ini

Posted: 04 Aug 2013 10:19 AM PDT

KAHERAH 5 Ogos - Mahkamah Mesir hari ini menetapkan tarikh perbicaraan buat pemimpin Ikhwanul Muslimin, dua pegawai kanan serta tiga anggota pergerakan itu pada 25 Ogos ini.

Agensi berita MENA melaporkan, Mohammed Badie yang kini menyembunyikan diri daripada pihak berkuasa dan dua pegawai kanannya iaitu Khairat al-Shater dan Rashad Bayoumi yang ditahan di penjara Tora didakwa menghasut keganasan menentang penunjuk perasaan di luar ibu pejabat pergerakan tersebut pada 30 Jun lalu.

Tiga anggota pergerakan tersebut pula didakwa atas kesalahan menyebabkan kematian penunjuk perasaan. - AFP

Bimbang ancaman keganasan

Posted: 04 Aug 2013 11:32 AM PDT

Beberapa pegawai polis berkawal di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Tokyo, Jepun, semalam. - AFP

WASHINGTON 4 Ogos - White House semalam mengadakan mesyuarat tergempar berprofil tinggi berhubung ancaman pengganas yang menyebabkan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran perjalanan ke seluruh dunia dan mengarahkan pejabat kedutaannya terutama di seluruh negara Islam ditutup sementara waktu.

Mesyuarat itu juga diadakan selepas Interpol mengeluarkan amaran keselamatan global selepas beratus-ratus militan al-Qaeda terlepas daripada penjara dan insiden serangan berani mati yang mengorbankan sembilan orang berhampiran konsulat India di Jalalabad, Afghanistan.

Mereka yang menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Penasihat Keselamatan Kebangsaan, Susan Rice itu termasuklah Setiausaha Negara, John Kerry, Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel dan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Janet Napolitano.

Turut hadir ialah ketua-ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA), Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), selain duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Presiden Barack Obama bagaimanapun tidak menghadiri mesyuarat itu, tetapi beliau akan diberi penerangan kemudian.

"Awal minggu ini, Presiden telah mengarahkan pasukan Keselamatan Kebangsaan untuk mengambil semua langkah perlu untuk melindungi rakyat AS ekoran potensi ancaman yang timbul atau datang dari Semenanjung Arab," menurut White House dalam satu kenyataan.

Akibat ancaman itu, Jabatan Negara AS mengarahkan 22 pejabat kedutaannya di kebanyakan negara Islam di seluruh dunia ditutup hari ini, sebagai langkah berjaga-jaga.

Jerman dan Britain turut mengumumkan penutupan pejabat kedutaan negara itu di Yemen hari ini dan esok, sementara Perancis bertindak menutupnya selama beberapa hari.

AS kelmarin turut mengeluarkan amaran perjalanan ke seluruh dunia kepada rakyatnya ekoran kebimbangan terhadap komplot serangan oleh al-Qaeda ke atas kepentingan Washington di Asia Barat dan Afrika Utara pada Ogos ini.

Menurut Interpol, 'beratus-ratus pengganas dan penjenayah terlepas' dari penjara di sembilan negara, termasuk di Iraq, Libya dan Pakistan untuk tempoh bulan lalu sahaja.

Menurut agensi polis global itu, bulan Ogos juga adalah ulang tahun serangan di India, Rusia dan Indonesia, selain menjadi ulang tahun ke-15 pengeboman Kedutaan AS di Nairobi, Kenya yang menyebabkan lebih 200 orang maut dan beribu-ribu lagi cedera. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


23 lokasi panas di Pahang

Posted: 04 Aug 2013 11:32 AM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

Zakaria Man (kiri) melihat lesen pemandu ketika operasi pemeriksaan JPJ sempena cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri di Paloh Hinai, Pekan, semalam.

KUANTAN 4 Ogos - Polis menyenaraikan 23 lokasi panas yang kerap berlaku kemalangan di negeri ini dan menasihatkan semua pemandu yang akan pulang berhari raya nanti supaya berhati-hati.

Tiga kawasan bagi daerah Kuantan iaitu Kilometer (KM) 36-48, Jalan Kuantan-Maran berdekatan Maju Ternak; KM 11-20, Jalan Kuantan-Pintasan dan KM 32-35, Jalan Kuantan-Kemaman (Kampung Sungai Ular).

Bagi Pekan iaitu KM 7-11, Jalan Kuantan-Pekan dan KM 62-65, Jalan Kuantan-Segamat (Ladang IOI), Rompin (KM 104-110, Jalan Kuantan-Segamat berdekatan Dara Teh; KM 112-115, Jalan Kuantan-Segamat (Perantau Damai) dan KM 120-124, Jalan Kuantan-Segamat berdekatan Selancar).

Tiga lokasi di Maran pula iaitu di KM 66-82, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berdekatan Ulu Luit, KM 95-102, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Sungai Leng) dan KM 108-112, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berdekatan Kampung Awah.

Di Temerloh iaitu KM 123-125, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Kampung Paya Jauh); KM 162, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Kampung Dala) dan KM 168, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Kampung Jambu Rias) manakala Kuala Lipis (KM 59, Jalan Kuala Lipis-Merapoh-Gua Musang).

Dua lokasi di Bentong iaitu di KM 75, Jalan Kuala Lumpur-Karak dan KM 7, Jalan Raub-Bentong manakala Raub (KM 326-325, Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berdekatan Kuala Atok).

Bagi Jerantut, tiga lokasi terlibat iaitu KM 2-4, Jalan Jerantut-Benta, KM 15-24, Jalan Jerantut-Benta (Kampung Damak) dan KM 42-56, Jalan Jerantut-Kota Gelanggi 1 dan 2 manakala Bera (KM 30, Jalan Temerloh-Bahau dan KM 48, Jalan Temerloh-Bahau).

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Jamaluddin Abd. Majid berkata, selain itu terdapat tujuh kawasan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) juga dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan.

"Kawasan terlibat adalah di KM 203-204, KM 208-209, KM 211.9, KM 182-183, KM 159-162, KM 95-105 dan KM 117-118," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Op Selamat 3/2013 sempena Hari Raya Aidilfitri di sini kelmarin.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkut Jalan (JPJ) negeri, Datuk Zakaria Man, Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad.

Pada majlis berkenaan, turut diedarkan pek berbuka puasa untuk pengguna jalan raya dan topi keledar kepada penunggang motosikal.

Gagal letak tanda harga, empat peniaga dikena kompaun

Posted: 04 Aug 2013 11:32 AM PDT

Wan Rohani Wan Mohd. Hashim (kanan) memeriksa tanda harga barangan di sebuah pasar raya di Bandar Inderapura, Jerantut, baru-baru ini. - utusan/M. RIZAL NOR

JERANTUT 4 Ogos - Empat peniaga dikenakan kompaun sebanyak RM300 setiap seorang oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Jerantut kerana gagal meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual.

Pengerusi Bersama Majlis Rakan Pengguna Jerantut, Wan Rohani Wan Mohd. Hashim berkata, peniaga tersebut dikenakan kompaun di bawah Perintah Kawalan Penandaan Harga oleh Penjual Runcit.

Menurutnya, seramai 38 peniaga di tapak ekspo Bandar Inderapura dan sebuah pasar raya diperiksa dalam operasi yang dijalankan pada pukul 5.30 petang kelmarin.

"Kita mengadakan operasi bersama PPDNKK Jerantut, Ahli Gerakan Pengguna Daerah dan pihak berkuasa lain untuk memastikan setiap peniaga mematuhi arahan meletakkan tanda harga pada setiap barangan.

"Sekarang musim orang ramai keluar membeli-belah, jadi kita tidak mahu peniaga sengaja mengaut keuntungan sempena bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri tidak berapa lama lagi," katanya.

Beliau ditemui semasa mengadakan Operasi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan 2013 dan Harga Maksimum Barangan Harga Terkawal di sini.

Yang turut hadir, Ketua Cawangan PDNKK Jerantut, Hanafi Mahamad.

Wan Rohani berkata, semua peniaga diharap mematuhi peraturan bagi mengelak dikenakan kompaun serta memberi manfaat kepada pengguna.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai peniaga yang tidak memaparkan harga barang dan cuba menipu orang ramai boleh membuat aduan kepada pihak berkenaan.

29 pekerja terima tuntutan Perkeso

Posted: 04 Aug 2013 11:32 AM PDT

KUANTAN 4 Ogos - Seramai 29 pekerja menerima tuntutan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM300,379.62 di Wisma Perkeso negeri, di sini baru-baru ini.

Majlis penyampaian itu disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib dan dihadiri Pengarah Perkeso negeri, Pengarah Perkeso Pahang, Mohd. Shahar Ismail.

Mohd. Shahar berkata, tuntutan faedah berupa cek telah diberikan kepada 24 pekerja hilang upaya kekal sementara, dua orang menerima faedah pencen ilat, tiga orang tanggungan dan faedah pengurusan mayat.

"Selain itu empat pekerja pula menerima alat pemulihan dan berharap pampasan yang diterima itu dapat menceriakan mereka sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya kepada pemberita dalam majlis itu.

Dalam pada itu, pasangan suami isteri, Norliza Mustapa Bakri, 45, dan suaminya, Mohd. Zamri Mat Isa, 44, yang kehilangan anak sulung selepas terbabit dalam kemalangan pada 20 Februari lalu bersyukur kerana menerima wang faedah orang tanggungan sebanyak RM5,413 akibat kemalangan yang dialami arwah.

Katanya, arwah, Muhammad Syahrizal, 24, terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah pacuan empat roda semasa dalam perjalanan dari tempat kerja ke rumahnya di Indera Mahkota.

"Saya bercadang untuk membeli sejadah dan mendermakannya kepada orang ramai selain membuat kenduri tahlil untuk arwah," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Dapat restu keluarga

Posted: 05 Sep 2013 09:40 PM PDT

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF dan NASIRRUDDIN YAZID

KEMESRAAN Johan dan Shila bukan penguat kisah cinta mereka.

GAMBAR mesra pelakon, Johan As'ari dengan penyanyi hebat, Shila Amzah yang dimuat naik oleh Shila di laman sosial menyebabkan ramai membuat andaian bahawa kedua-duanya sedang hangat bercinta. Wow, mungkin boleh dikatakan ya memandangkan Johan dan Shila kini bukan milik siapa-siapa.

Tetapi, percintaan mereka tidak boleh hanya diungkapkan melalui gambar. Mungkin gambar itu hanya sebagai cebisan bukti yang mereka sedang dilamun cinta.

Nasib Hits sungguh baik apabila bertandang ke rumah terbuka Wirefame Entertainment Sdn. Bhd., milik Zizan Razak di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini. Kemeriahan sambutan Syawal itu memang terasa. Hits berusaha mencari Johan untuk 'membongkar' gosip sehangat api itu.

Sungguh bertuah! Selepas sejam berada di situ, Johan yang dilihat khusyuk melayan tetamu didatangi oleh 'kekasih hati', Shila Amzah.

Mungkin kedatangan Shila menguatkan lagi bukti mereka sedang bercinta. Tetapi masing-masing, baik Johan mahupun Shila sudahpun menafikan mereka sedang bercinta.

Sebenarnya mereka ini pasangan serasi. Jadi, jurugambar terus memotret gambar mereka berdua. Tanpa berlengah, Hits terus mendapatkan Johan untuk penjelasan lanjut mengenai sejauh manakah cinta mereka.

Pelakon yang popular dengan panggilan Botak ini memberitahu hubungannya dengan penyanyi Shila Amzah hanyalah sekadar kawan tetapi mendapat restu daripada keluarganya.

Malah mengakui kedua ibu bapanya pernah meluahkan hasrat untuk merisik Shila bagi pihaknya.

"Ibu dan ayah pernah bertanya kepada saya, jika saya berkenan dengan Shila, mereka mahu merisik dia.

"Mereka memang suka sangat apabila tengok saya rapat dengan Shila. Mereka lihat Shila seorang wanita yang baik lebih-lebih lagi dengan penampilannya yang bertudung," katanya.

Ulas Johan, orang tuanya memang nampak ciri-ciri wanita muslimah yang ada pada diri Shila malah ke mana sahaja Shila sentiasa bersama orang tuanya.

"Secara jujur, Shila memang sudah menepati pilihan hati orang tua saya. Namun apa-apa pun, saya anggap soal merisik itu sekadar usikan antara ibu bapa dan anak sahaja," ujar Johan lagi.

Tidak letak sebagai calon

Mengulas lanjut, Johan memberitahu, dia tidak meletakkan Shila sebagai calon jodohnya, namun tidak menolak dengan siapa sahaja jodoh yang datang kepada dirinya.

"Siapalah saya ini jika mahu dibandingkan dia yang berjaya mencipta nama dan mengorak kerjayanya ke peringkat antarabangsa.

"Dia merupakan ikon Malaysia dan berjaya bawa Malaysia di mata dunia.

"Dan saya tidak akan terkejut jika Shila disunting oleh anak raja sekalipun," ungkap Johan.

Kata Johan, apa yang datang pada dirinya, dia akan jaga dengan elok.

"Saya dengan Shila memang berkawan baik. Hubungan kami berlaku secara automatik dan saya hargai pertemuan ini," katanya sambil memberitahu Shila memiliki ciri-ciri wanita yang dicarinya.

Berpegang teguh kepada ajaran agama, Johan berkata, dalam Islam jika hendak mencari calon isteri, kita kena lihat pada empat perkara iaitu paras rupa cantik, keturunan yang baik, harta dan juga agama.

"Bagi saya, Shila ada keempat-empat kriteria tersebut," ujarnya.

Akan bertunang

Timbul lagi gosip mengatakan bahawa Johan akan bertunang pada penghujung tahun ini, tetapi sejauh mana kebenaran itu.

Rungkai Johan, dia masih solo dan tidak mempunyai kekasih tetapi masih berharap dapat merealisasikan hasratnya untuk bertunang pada Disember ini.

"Usia saya semakin meningkat. Jadi saya fikir memang patut untuk saya berkahwin dalam usia 27 tahun ini.

"Tetapi siapakah gerangannya, saya sendiri pun tidak tahu.

"Saya masih samar-samar lagi berkenaan siapa wanita yang menjadi bakal tunang saya. Dia (bakal tunang) masih tiada lagi," katanya yang akan menyambut ulang tahun kelahiran pada 3 Disember ini.

Tambah pelakon berasal dari Pulau Pinang itu, ia hanyalah sekadar perancangannya untuk bertunang pada usianya mencecah 27 tahun itu.

Ketika ditanya mengenai Shila yang dikatakan perampas, Johan menjelaskan supaya semua orang tidak menyalahkan Shila.

"Shila bukan perampas walaupun saya akui dia wanita yang mempunyai semuanya.

"Saya juga punyai seorang kawan yang hanya rakan biasa yang sentiasa menghubungi dan mengingatkan saya tentang solat," jelasnya yang ingin fokus kepada kerjaya.

Bukan impi jadi pelakon

Posted: 05 Sep 2013 09:40 PM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL

SELEPAS 35 tahun berlakon dan berlawak, Ahmad Busu kini akur dengan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan untuk terus aktif.

NAMA Ahmad Busu tersenarai sebagai salah seorang pelakon dan pelawak dalam dunia hiburan tanah air sejak era tahun 1970-an hingga kini. Sungguhpun telah berkecimpung dalam bidang seni sejak 1978 sehingga kini, tetapi dia sebenarnya bukan menghambakan diri sepenuh masa dalam bidang itu.

Ini kerana, sepanjang 35 tahun menjadi anak seni, Ahmad tidak meninggalkan kerjaya tetapnya sebagai kerani di Lembaga Pelabuhan Klang. Dia berlakon secara sambilan sahaja. Namun, itu tidak menghalang dia mencipta populariti yang agak lama dalam bidang yang penuh dengan glamor itu.

Menurut pelawak dan pelakon berusia 60 tahun ini, dia terbabit dalam bidang seni selepas dipelawa oleh dua kawannya yang mahu mementaskan teater di Pelabuhan Klang dan Kuala Lumpur pada penghujung tahun 1970-an dan ia berlaku tanpa dirancang.

"Ketika itu saya tinggal di Pelabuhan Klang, Selangor yang mana seorang guru bernama Cikgu Talib yang kini sudah meninggal dunia. Dia dan seorang lagi kawannya iaitu Syed Zamzam mahu membuat kelas tarian dan mementaskan teater yang bertajuk Tuan Hakim.

"Mereka mengajak saya berlakon dalam teater itu yang mana ia adalah teater pertama lakonan saya. Teater itu dipentaskan bersama kumpulan Angkatan Seni Tanah Air atau Asnita. Itulah permulaan saya sebagai pelakon," kata Ahmad kepada Hits semasa ditemui baru-baru ini.

Jelas bapa kepada empat orang anak dan seorang cucu ini, dia membabitkan diri dalam bidang lakonan bagi mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah. Selain itu, pada masa sama Ahmad juga mahu mengelakkan dirinya daripada bercampur gaul dengan rakan-rakan sebayanya yang ramai menagih dadah ketika itu.

Katanya, ketika itu di Pelabuhan Klang ramai kawan-kawannya terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan salah satu caranya ialah dengan menjauhkan diri daripada mereka. Bidang lakonan adalah salah satu cara yang ada ketika itu bagi menyelamatkan Ahmad daripada dipengaruhi gejala yang negatif tersebut.

"Selain itu, saya juga selalu berulang-alik dari Pelabuhan Klang ke Kuala Lumpur bersama kawan baik saya iaitu pelakon Khairul Azhar. Kami selalu mencari peluang berlakon terutama dalam pementasan teater dan bercampur gaul dengan para penggiatnya di Kuala Lumpur. Mereka sangat aktif ketika itu.

"Pada masa itu, modal saya cuma RM5 sahaja. Dengan duit itulah saya gunakan sebagai tambang bas pergi balik dan makan roti canai dan teh tarik. Saya bersyukur kerana terselamat daripada pengaruh dadah dan pada masa sama dapat pula mencipta nama sebagai pelakon," ujarnya penuh bangga.

Sejak 1978 sehingga kini, Ahmad Busu banyak berlakon teater, siri komedi, drama, telemovie dan filem cereka yang mana kebanyakan watak yang diberikan kepadanya lebih menjurus kepada watak-watak komedi sehingga dia lebih dikenali sebagai pelawak dalam bidang tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Gelombang transformasi pendidikan

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

11 September 2012, iaitu hampir setahun yang lalu dan di dewan ini juga, kita telah sama-sama menyaksikan Pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia. Setahun adalah satu jangkamasa yang agak lama. Jika kita bertanam padi tentu sudah kita nikmati hasilnya, jika dahulu anak-anak pandai bertatih, kini sudah boleh melangkah gagah.

Begitu juga halnya dalam kita merangka satu pelan pembangunan pendidikan yang komprehensif, kementerian tidak bertindak tergesa-gesa malah kita mengambil pendekatan terbuka mendengar pelbagai pandangan daripada segenap lapisan masyarakat. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mendengar suara rakyat, baik di bandar, mahu pun di desa, hatta hingga nun jauh ke kawasan pedalaman, pandangan tulus daripada pelbagai persatuan, agensi kerajaan, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan, serta pakar-pakar pendidikan dalam dan luar negara. Tidak lengkap dengan itu, PPPM ini kita bentangkan dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri serta ahli Jemaah Menteri yang memberi sokongan yang cukup padu kepada pembangunan pelan ini. Pelan ini juga telah saya sembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.

Dalam tempoh setahun setelah pelancaran laporan awal, KPM telah mengambil pertimbangan sewajarnya bagi setiap maklum balas yang diterima. Kami dengar, kami angkat suara hati rakyat dalam bentuk dokumen rasmi. Akhirnya pada hari ini, dengan segala data dan maklumat yang kami cerna sejak 2011 lahirlah PPPM 2013-2025. Pelan ini menjadi suatu dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan negara kerana ia merupakan suatu rangka pelan pendidikan yang terhasil dengan begitu teliti, tuntas, menyeluruh dan mencakupi semua lapisan masyarakat.

Maka hari ini, KPM dengan rasa rendah hati "memulangkan" Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 kepada rakyat dengan pelbagai rangka tindakan yang telah digalurkan sebagaimana yang diingini oleh rakyat untuk kepentingan rakyat seluruhnya. Pelan ini dilancarkan dengan harapan yang begitu tinggi daripada pihak kerajaan agar pendidikan menjadi tunjang kepada transformasi negara yang sedang diusahakan. Penghasilan pelan ini memulakan lembaran transformasi pendidikan tetapi juga menerajui transformasi perkhidmatan awam. Maka, tidak sempurna jika saya tidak mengungkapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan pelan pendidikan ini.

Kelainan dalam penghasilan PPPM

Bagi mencapai cita-cita besar untuk maju dalam pendidikan, KPM telah mencipta kelainan dan melangkaui semua kemungkinan dalam penghasilan PPPM. Suka saya nyatakan di sini, suatu kelainan dalam menyediakan PPPM 2013-2025 ini adalah dari segi penggunaan data dan dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian, universiti tempatan, UNESCO dan juga Bank Negara. Kementerian telah menganalisis semula laporan awal sebelum ini seperti Laporan Penyata Razak, Laporan Kabinet, Pelan Pembanguan Pendidikan 2000-2012 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk menilai pencapaian negara dalam pendidikan.

Kita tidak nafikan dalam usaha mengangkat kecemerlangan sistem pendidikan negara sejak merdeka, telah banyak perkara yang telah dicapai. Kita telah berjaya meningkatkan sebagai contoh kadar enrolmen pelajar sekolah rendah dan menengah hampir 97 peratus; peruntukan pendidikan yang signifikan dan mapan hampir 16 peratus daripada belanjawan negara diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, merapatkan jurang pencapaian bandar dan luar bandar dan kadar literasi yang semakin baik, hampir 100 peratus sudah pun tercapai.

Kejayaan ini memperlihatkan bahawa wujud amalan-amalan baik yang pernah dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah yang membawa kepada keberhasilan dan peningkatan prestasi dalam sistem pendidikan kita. Contoh amalan baik ini juga adalah antara elemen yang diambil dalam merangka strategi pelaksanaan inisiatif-inisiatif PPPM. Sebagai tambahan, kementerian juga meneliti amalan terbaik daripada negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan bertaraf dunia seperti Korea Selatan, Singapura dan Finland.

Dari sinilah kita memulakan perancangan untuk mengorak langkah bagi kembara yang panjang sehingga 2025. Ini bermakna, setiap perancangan pendidikan yang terkandung dalam PPPM ini, tidak dibuat secara sewenang-wenangnya malah berdasarkan kepada fakta dan data selain daripada menerima secara positif pendapat yang disuarakan oleh masyarakat keseluruhannya.

Tumpuan kepada keberhasilan murid

PPPM 2013-2025 memberi tumpuan kepada keberhasilan murid. Pelan ini direncanakan sebegitu komprehensif yang melibatkan semua laluan pendidikan merangkumi pendidikan teknik dan vokasional, pendidikan inklusif, pendidikan agama, pendidikan seni dan sukan di sekolah-sekolah kerajaan. Ia juga merangkumi semua peringkat persekolahan; daripada peringkat prasekolah hingga kepada peringkat lepasan menengah.

Kita telah berjaya meningkatkan sebagai contoh kadar enrolmen pelajar sekolah rendah dan menengah hampir 97 peratus; peruntukan pendidikan yang signifikan dan mapan hampir 16 peratus daripada belanjawan negara diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, merapatkan jurang pencapaian bandar dan luar bandar dan kadar literasi yang semakin baik, hampir 100 peratus sudah pun tercapai.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Dialog Nasional Pendidikan Negara, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin yang mengambil inisiatif turun ke seluruh negara dan berjumpa dengan sejumlah 17,000 rakyat yang mengemukakan pandangan yang pelbagai dan hasil itulah yang kita cerna dan masukkan dalam pelan ini.

Dalam usaha kita untuk mencapai cita-cita yang tinggi bagi tempoh 13 tahun lagi, PPPM 2013-2025 telah memberi tumpuan utama kepada pembelajaran dan keberhasilan murid. Sebagai contoh, Kementerian telah memperkukuhkan dasar bahasa dengan memberi tumpuan kepada dua bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Malahan dalam siri dialog yang kita adakan di seluruh negara sebahagian besar mengutarakan kepentingan tentang bahasa Inggeris diperkukuhkan dan ini kita ambil kira dalam pelan ini. Kita juga, memantapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), ini penting untuk menentukan anak-anak kita bukan sahaja belajar dalam menghafal tapi faham dan tahu apa yang mereka belajar dan menggunakan akal fikiran pada tahap tinggi. Selain itu, kita memantapkan elemen etika dan kerohanian kerana elemen pembelajaran kita tidak hanya mahu menekankan aspek pembelajaran semata-mata, tetapi pembentukan sahsiah, menjadikan insan kamil dan roh pendidikan itu mesti disemai, ditanam dan diperkukuh dalam jiwa setiap anak-anak Malaysia dalam sistem persekolahan kita.

Dasar bahasa

Untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid tanpa mengira peringkat dan jenis sekolah, saya berani mengatakan semua aspek untuk meningkatkan kualiti pendidikan telah dikaji dengan teliti dan dibincangkan secara mendalam. Dasar pendidikan sedia ada yang berasaskan kepada Akta Pendidikan masih dipertahankan dalam pelan ini.

Kementerian tidak berhasrat meminggirkan mana-mana aliran persekolahan yang wujud di negara ini, malah akan memastikan setiap murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan mendapat akses, ekuiti dan kualiti pendidikan. Kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan juga dijamin oleh Akta Pendidikan 1996 (Seksyen 28) dan ingin saya nyatakan di sini bahawa kedudukan bahasa-bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah ini tidak pernah dinafikan sama sekali.

Kementerian juga akan terus memartabatkan Bahasa Malaysia demi menjunjung semangat perpaduan dan jati diri kebangsaan yang kukuh dalam kalangan masyarakat. Pada masa sama untuk melahirkan generasi global, mata pelajaran Bahasa Inggeris turut diberikan perhatian utama dan seperti yang telah diumumkan awal tahun ini akan dijadikan mata pelajaran SPM wajib lulus menjelang tahun 2016. Dalam memastikan pelaksanaan hasrat ini, Kementerian sedang dalam usaha menambah masa ataupun 'contact hours' di dalam kelas agar pendedahan/immersion murid-murid yang lebih dalam Bahasa Inggeris dapat dilaksanakan.

Saya sedang meneliti kerana kita mempunyai sejumlah sekolah satu sesi dan masih ada 1,600 sekolah dua sesi yang akan dijadikan sekolah satu sesi, maka tempoh waktu persekolahan dilanjutkan umpamanya menambah waktu persekolah sejam atau dua jam dan itu boleh kita gunakan untuk menambah contact hours untuk bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau bahasa lain di seluruh sekolah.

Bagi memperkukuh kedua-dua bahasa ini, PPPM menggariskan beberapa inisiatif. Antaranya ialah menambah baik Kurikulum Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan. Bagi murid yang lemah, kelas pemulihan akan diadakan di luar waktu persekolahan dan ini tidak akan menjejaskan waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain.

Dalam usaha meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa Inggeris pula, guru-guru Bahasa Inggeris telah diuji kemahiran mereka melalui Cambridge Placement Test (CPT). Ekoran itu, kohort pertama seramai 5,000 orang telah mengikut latihan lanjutan oleh British Council, manakala seramai 9,000 guru Bahasa Inggeris akan mengikuti latihan pada Oktober nanti.

Suka saya nyatakan di sini, walaupun Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris menjadi agenda utama kementerian, murid juga digalakkan untuk menguasai bahasa tambahan. Kementerian tidak menghalang pengajaran pembelajaran bahasa ibunda malah membuka ruang dan peluang kepada murid untuk mendapatkan pendidikan bahasa tambahan seperti bahasa Arab dan Kadazan Dusun.

Selain berusaha untuk meningkatkan penguasaan dwibahasa, kemahiran berfikir aras tinggi, atau Higher Order Thinking Skills, juga menjadi fokus dalam usaha Kementerian untuk melonjakkan sistem pendidikan negara dalam kelompok negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia. Oleh itu, dalam pelan ini, dasar 60:40 yang mula diperkenalkan pada 1967 akan diperkukuhkan dengan meningkatkan kesedaran tentang Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Kurikulum bersepadu berasaskan standard antarabangsa akan dihasilkan dan penambahbaikan kerangka pentaksiran dengan memasukkan elemen kemahiran berfikir akan dilakukan.

Pendidikan Islam

Kementerian juga beriltizam untuk melahirkan murid yang memiliki sahsiah terpuji serta mempunyai identiti nasional. Dengan itu kurikulum bagi mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral akan dimantapkan. Kurikulum Kebangsaan di sekolah agama akan ditingkatkan dengan pengukuhan kurikulum Dini dan Tahfiz agar murid dapat dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk berjaya dalam pasaran kerja berasaskan nilai dan tasawur Islam yang kukuh. Soal ini sebenarnya banyak juga dibangkitkan oleh ibu bapa Islam yang mahu pendidikan Islam diperkukuh dan diperluas agar menjadi asas kukuh dalam sahsiah dan peribadi moral dan akhlak anak-anak kita.

Sistem pendidikan juga akan menyediakan laluan pendidikan yang bersesuai dengan dengan bakat, minat dan gaya pendidikan di samping akan disepadukan dengan keperluan pasaran buruh yang terarah kepada kerjaya pilihan mereka. Maka, kementerian turut mengambil kira pendidikan teknik dan vokasional, seni, dan sukan

Malahan saya telah melancarkan tahun lalu Program Transformasi Vokasional yang mana kita tahu dalam sistem di negara kita setakat ini, tumpuannya tidak begitu besar terhadap vokasional iaitu kurang 10 peratus. Sasaran kita meningkatkan sehingga 20 peratus.

Di negara maju sudah sampai 60 hingga 70 peratus daripada keseluruhan pelajar dalam sistem persekolahan yang mengambil bidang vokasional dan teknikal. Bermakna, Malaysia masih jauh. Apabila kita melancarkan dasar ini dan menyediakan tempat sebanyak 10,000, tahun ini sahaja terdapat 126,000 ibu bapa yang mendaftar anak-anak mereka untuk mengambil aliran vokasional. Alhamdulillah, sudah meningkat dengan begitu mendadak sekali. Sementara itu, kita juga tidak lupakan pendidikan khas yang lebih inklusif. Dalam blue print awal kita, mungkin kita tidak nyatakan dengan jelas tentang soal pendidikan khas. Jadi mereka yang terdiri daripada kepimpinan persatuan yang mewakili orang istimewa bertanya kenapa tidak ada makmal khas untuk mereka. Jadi, segala cadangan mereka kita masukkan sebagai inti pati penting dalam pelan pendidikan ini khusus untuk anak-anak kita yang kelainan dan keistimewaan ini.

Mengupaya pemimpin sekolah dan guru

Pembelajaran murid tidak akan berlaku jika tidak diiringi dengan perancangan rapi di peringkat pelaksana. Guru adalah tunggak utama dalam meningkatkan prestasi murid di sekolah. Menyedari perkara ini, PPPM telah memperkukuhkan Pejabat Pendidikan Daerah dengan menempatkan pembimbing pakar untuk guru dan pemimpin sekolah dengan program yang dikenali sebagai SISC+ dan SIPartner+. Mereka bukan sahaja dapat membimbing dari segi pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam aspek penilaian seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Harapan saya melalui bimbingan ini, guru-guru dan semua pengetua/guru besar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Kementerian terus berusaha untuk memartabatkan profesionan keguruan dengan inisiatif meningkatkan syarat kemasukan guru iaitu 30 peratus daripada graduan terbaik memasuki profesion perguruan. Mereka ini digalakkan menjadi guru kerana kita mahu guru bukan sahaja dalam kalangan terdidik tetapi terpelajar, banyak ilmu dan ada kecemerlangan dalam pembelajaran mereka.

Selain itu laluan kerjaya guru, cadangan untuk mengurangkan beban tugas guru, dan pelaksanaan program profesionalisme berterusan turut dilaksanakan. Bagi pengetua/guru besar, kriteria perlantikan iaitu yang tidak berdasarkan kepada jangka masa perkhidmatan akan dilaksanakan.

Tidak semestinya yang lebih senior menjadi pengetua atau memegang jawatan yang lebih penting. Berdasarkan merit dan keupayaan mereka, ini yang kita akan ambil kira dalam kenaikan pangkat mereka. Dalam masa lima tahun akan datang, 4,000 pengetua/guru besar akan menamatkan perkhidmatan dan ini membuka peluang kepada calon-calon pengetua/guru besar yang berkelayakan dan berprestasi tinggi mengisi kekosongan. Sudah ada peraturan ketika ini sesiapa yang ingin jadi pengetua dan guru besar mesti melalui satu proses dan latihan khusus dan jika mereka lulus baru kita meletakkan sebagai pengetua atau guru besar di sekolah berkenaan.

Kelainan dalam Pelaksanaan PPPM

Semua aspek perancangan digalurkan didalam pelan ini. Apa yang harus kita tumpukan sekarang ini adalah dari segi pelaksanaan. Saya akui PPPM yang dicadangkan ini luas dan kompleks. Bagi memastikan kejayaan pelan ini, strategi pelaksanaan secara berhemah mengikut fasa atau disebut sebagai gelombang, dirangka dengan memberi tumpuan kepada sokongan terhadap guru dalam gelombang pertama, sebelum memacu peningkatan sistem dalam gelombang kedua dan beranjak ke arah kecemerlangan pendidikan dalam gelombang ketiga. Penyusunan sebegini adalah penting kerana bagi memastikan pelan ini berjaya keutamaan perlu diberikan terhadap inisiatif yang penting khususnya yang membawa keberhasilan murid.

Penubuhan PADU

Untuk mengupayakan pelaksanaan Pelan ini juga, kementerian telah mewujudkan entiti khas yang dinamakan PADU iaitu Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan untuk memantau dan memastikan kejayaan inisiatif. PADU ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai yang berbakat dari dalam dan luar Kementerian kerana pelaksanaan pelan ini menuntut kesungguhan yang kental dan kemahiran pengurusan yang cekap lagi berwibawa. Jelasnya, penubuhan entiti khas ini tidak pernah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan mana-mana perancangan sebelum ini. Malah melalui PADU yang akan mengaplikasikan prinsip-prinsip pengurusan bersifat korporat, kementerian berhasrat untuk menyediakan laporan tahunan dan status pencapaian inisiatif sebagai maklumat kepada semua pihak.

Penglibatan pihak berkepentingan

Suatu lagi keunikan dalam pelaksanaan pelan ini ialah dengan pelibatan pihak berkepentingan. Kementerian tidak mahu Pelan ini menjadi satu dasar yang hanya difahami dan berlegar sekitar warga Kementerian sahaja.

Memandangkan pelan ini terhasil daripada aspirasi rakyat, maka kementerian berhasrat untuk merakyatkan pelaksanaannya. Inisiatif-inisiatif yang direncanakan dalam 11 anjakan yang telah diuar-uarkan, perlu melibatkan komitmen keseluruhan rakyat kerana daripada rakyatlah tercetusnya ilham untuk merangka inistiatif tersebut.

Di samping itu kita turut menekankan betapa pentingnya jaringan yang utuh antara PIBG, ibu bapa dan sekolah. Kita juga memberikan perhatian tentang sumbangan swasta dalam kita mahu meningkatkan PPPM ini.

Teach for Malaysia dan Sekolah Amanah dengan melibatkan pihak swasta. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Yayasan Amir dan Khazanah Malaysia. Secara kebetulan saya baru mengadakan lawatan ke sebuah Sekolah Amanah di Gelang Patah semalam dan menunjukkan hasil yang luar biasa.

Dengan pendekatan baharu yang digunakan sekolah ini saya melihat lonjakan yang berganda. Kalaulah kita ada peruntukan sebanyak itu, dibantu dan diberikan kepada kementerian, alangkah moleknya, semua sekolah kita laksanakan dalam bentuk sama, lonjakan berganda akan kita lihat dalam tempoh yang amat singkat.

Pelancaran ini memberi seribu makna kepada kita dalam meningkatkan kualiti pendidikan. Sempena majlis pelancaran ini kementerian menyediakan dokumen lengkap setebal 300 muka surat dan ringkasan eksekutif dalam bahasa Malaysia dan Inggeris selain brosur dalam empat bahasa. Mana yang rajin bacalah dokumen setebal 300 muka surat itu supaya tahu apa yang mahu kita laksanakan. Mana yang kurang rajin, mungkin baca brosur atau yang malas langsung kita akan sediakan video.

Pendekknya tidak ada sebab rakyat Malaysia tidak tahu mengenai pelan ini. Tidak ada sebab semua pihak tidak boleh terlibat sama mendokong dan menyokong pelan ini. Kalau ada suara-suara yang sumbang itu mungkinkerana bahasanya sumbing, sebab itu mereka tidak faham apa tujuan kita.

Sebab itu saya sebut, walaupun ada halilintar, ribut dan taufan, kita akan terus melaksanakan pelan ini, insya-Allah. Kita mengharapkan dengan sokongan semua pihak, maka akan tercerna satu sistem yang lebih baik dan berkualiti.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja bertungkus-lumus selama lebih dua tahun untuk menyediakan satu dokumen yang menjadi sejarah pada hari ini.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

LANGKAH Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuka peluang kepada majikan yang masih tidak mendaftarkan pekerja asing mereka supaya berbuat demikian perlu disambut baik oleh majikan yang terlibat.

Ia sebenarnya peluang terbaik ketika kerajaan sedang berusaha menghapuskan pendatang tanpa izin (PATI) menerusi operasi bersepadu besar-besaran.

Kita juga melihat kelonggaran ini mengambil kira faktor kemanusiaan setelah terdapat majikan yang mengadu ditipu oleh syarikat penyumberan luar dalam urusan memutihkan pekerja asing mereka.

Sebelum ini terdapat syarikat penyumberan luar selaku ejen mengutip bayaran daripada majikan untuk proses 6P pekerja asing itu tetapi tidak melaksanakannya, menyebabkan status pekerja yang terlibat kekal PATI.

Lagipun ada baiknya kelonggaran itu diberikan setelah mengambil kira keperluan guna tenaga dalam sektor-sektor tertentu.

Namun ia tidak boleh dilihat sebagai sikap berlembut kerajaan dalam menangani PATI di negara kita. Operasi besar-besaran yang sedang berjalan dan melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan perlu diteruskan sehingga masalah PATI yang sekian lama menghantui kita dapat diatasi.

Komitmen agensi-agensi terbabit dengan meredah ladang sawit dan sebagainya lagi bagi mengesan dan memberkas PATI di seluruh negara sekarang wajar dipuji. Tangkapan PATI yang sudah pun melebihi 5,000 dalam beberapa hari operasi bermula adalah antara tanda keberkesanan operasi tersebut.

AWANG - Gempur!

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Herba atau rempah?

Posted: 05 Sep 2013 09:40 PM PDT

HARI ini saya akan bercerita tentang rempah dan herba. Sememangnya ada segelintir yang keliru di antara herba dan rempah.

Rempah adalah bahagian tumbuhan yang beraroma atau berasa kuat yang digunakan dalam jumlah kecil pada makanan sebagai pengawet atau perisa dalam masakan.

Terdapat banyak rempah yang biasanya akan dikeringkan sebelum digunakan. Kebiasaan pelbagai jenis rempah ratus akan dicampurkan dan diadun menjadi satu produk yang sesuai digunakan untuk sesuatu jenis masakan antaranya rempah kari, rempah beriani dan rempah kurma yang boleh juga anda beli secara komersial di pasar raya.

Adunan-adunan ini perlulah dalam sukatan yang betul.

Terdapat juga perusahaan kecil dan sederhana yang menawarkan rempah rempah yang diproses mengikut banyak mana yang anda inginkan. Saya juga biasa membeli rempah di kedai-kedai yang menjual rempah di Pulau Pinang ini.

Saya tidak perlu risau kerana saya hanya perlu memberitahu penjual itu berapa banyak daging yang ingin saya buat dan maklumkan juga rempah apa yang saya inginkan.

Ada juga pelanggan yang hanya memberitahu jenis masakan apa yang ingin mereka masak terus sahaja penjual menyediakan rempah yang paling sesuai untuk masakan itu. Senang sahaja.

Jika anda membeli rempah yang sudah dipaketkan dari pasar raya, anda hanya perlu mengikut arahan penggunaan yang ada di paket rempah itu. Maklumlah mungkin ada yang baru hendak belajar memasak menggunakan rempah. Jangan risau, ikut sahaja arahan yang diberikan insya-Allah makanan yang anda hasilkan itu pasti sedap.

Kita jika di dapur, kena berani dan sentiasa bereksperimen dengan bahan-bahan. Lama-lama mahirlah memasak di dapur nanti.

Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya untuk masakan.

Herba segar dan kering boleh digunakan namun herba yang segar aroma dan rasanya lebih sedap dan kuat berbanding yang kering namun herba kering lebih tahan lama jika disimpan.

Setiap herba yang digunakan dalam masakan Barat perlu digunakan untuk kesesuaiannya. Contoh, herba dill sesuai untuk ikan, herba thyme sesuai untuk pasta, ayam dan daging lembu, rosemary dan daun pudina pula lebih sesuai untuk kambing.

Herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan untuk tujuan kecantikan. Antara herba yang biasa digunakan dalam masakan Melayu adalah daun kemangi, pegaga halia dan serai.

Kebanyakan herba yang kita biasa gunakan adalah untuk tujuan perubatan atau untuk kesihatan. Ada juga yang menggunakan herba untuk tujuan perubatan yang berkaitan makhluk halus.

Bahagian hijau tumbuhan herba (daunnya) digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Namun dalam masakan herba lebih banyak menggunakan daun dan akar.

Pokok herba yang digunakan dalam masakan herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba.

Pada minggu ini saya kongsikan satu resipi kambing yang menggunakan herba rosemary dan rempah kari. Selamat mencuba!

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved