Isnin, 23 Disember 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kanak-kanak empat tahun mati disyaki didera

Posted: 23 Dec 2013 11:07 PM PST

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun mati disyaki akibat didera di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini pagi ini.

Mangsa sebelum itu dihantar ke hospital berkenaan oleh ibunya kerana tidak sedarkan diri sehinggalah menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan pada pukul 9 pagi ini.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang dikatakan menghidap penyakit sawan tinggal bersama ibunya di Sungai Besi di sini bersama tiga lagi adik beradiknya.

Polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk memastikan sekiranya terdapat unsur penderaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001," katanya. - UTUSAN

Kediaman Timbalan Menteri Dalam Negeri nyaris disamun

Posted: 23 Dec 2013 10:34 PM PST

KUCHING 24 Dis. - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar nyaris menjadi sebahagian statistik jenayah apabila kediamannya di Green Road di sini cuba dipecah masuk dalam kejadian awal hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, dalam kejadian 3.15 pagi itu, perbuatan penjenayah mengumpil tingkap menyebabkan penggera keselamatan di kediaman tersebut berbunyi.

"Sebaik mendengar bunyi penggera, dua anggota polis dan tiga anggota Rela yang sedang meronda di kawasan berhampiran bergegas ke lokasi dan ternampak dua suspek melarikan diri," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata suspek berjaya meloloskan diri ketika dikejar oleh anggota pasukan peronda berkenaan.

Menurutnya siasatan awal polis mendapati penjenayah membuat lubang pada pagar untuk masuk ke kawasan pekarangan rumah.

Sementara itu, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri itu, Wan Hamzah Wan Paee berkata Wan Junaidi sekeluarga tiada di rumah kerana sedang bercuti.

Saya akan berjumpa dengan pihak polis bagi mendapat laporan lengkap mengenai kejadian, katanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


MSN perlu buat

Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Olahraga sering jadi penyumbang emas terbesar negara pada Sukan SEA, namun pada temasya di Myanmar hanya empat emas berjaya diraih. - BERNAMA

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta Majlis Sukan Negara (MSN) melakukan post-mortem terhadap kemerosotan sukan yang sewajarnya menjadi lubuk emas buat kontinjen negara seperti olahraga dan renang pada Sukan SEA 2013.

Kata Khairy, sungguhpun gembira melihat Malaysia berjaya mencapai sasaran pingat emas ditetapkan, namun masih ada beberapa sukan yang mempamerkan prestasi mengecewakan.

Tambah Khairy, post-mortem itu perlu bagi membangunkan semula sukan tersebut, selain perlu merancang lebih banyak program pada masa akan datang.

"Contohnya, MSN perlu bekerjasama rapat dengan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) untuk melaksanakan program pembangunan khas bagi olahraga dan renang.

"Program pembangunan di peringat daerah dan negeri akan diperbanyakkan untuk mencari lebih ramai lagi bakat baru.

"Barisan jurulatih akan ditambah dan diperkasa melalui Akademi Kejurulatihan Kebangsaan dan kepakaran luar negara juga akan ditambah untuk acara-acara tertentu," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pada Sukan SEA 2013 di Myanmar yang melabuhkan tirainya, Ahad lalu olahraga gagal mencapai sasaran lima emas sebaliknya hanya membawa pulang empat emas.

Malah, acara yang sentiasa didominasi Malaysia seperti 20 kilometer jalan kaki, baling tukul besi wanita, 400 meter lari berpagar wanita dan lompat bergalah wanita gagal menyumbang sebarang pingat ekoran ramai jaguh yang mengambil keputusan bersara.

Sementara renang juga sukar untuk menjelmakan lebih banyak pingat emas seperti temasya dua tahun lalu yang menyaksikan Malaysia meraih lima emas, 10 perak dan tiga gangsa.

Bagaimanapun, kali ini renang hanya mampu menyumbang empat pingat emas.

Dalam pada itu, Khairy turut menegur aksi hambar sukan yang sering dikaitkan dengan Malaysia seperti badminton dan sepak takraw.

Kata Khairy, sebagai menteri, beliau mahu memandang ke hadapan dan memberi tumpuan kepada apa yang termampu untuk mengubah tren kemerosotan sukan tersebut bagi membolehkan Malaysia menjadi sekurang-kurangnya kuasa besar di rantau ini.

"Saya juga telah mengumumkan kesediaan MSN untuk membantu Persatuan Sepaktakraw Malaysia bagi menyelamatkan sukan itu dan harap mereka akan berkerjasama dalam program khas untuk mencapai sasaran emas pada Sukan SEA 2017 di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah.

"Sekali lagi, tahniah pada kontinjen Malaysia, ketua kontinjen, para pegawai, jurulatih dan atlet. Semoga tahun 2014 membawa banyak lagi kejayaan sukan untuk negara," kata Khairy.

Atlet IPT dapat durian runtuh

Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

Menteri Pendidikan II, Idris Jusoh mengangkat Trofi SUKIPT 2014 semasa Majlis Pelancaran SUKIPT 2014 di Dewan Za'ba Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA - Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyumbangkan 24 daripada 43 pingat emas atau 56 peratus yang dimenangi Malaysia dalam Sukan SEA XXVII di Nay Pyi Taw, bakal mendapat 'durian runtuh' sebanyak RM5,000 setiap satunya, daripada skim insentif Kementerian Pendidikan.

Mereka ialah Muhammad Irfan Shamsuddin, Nauraj Singh Randhawa dan Pandelela Rinong Pamg dari Universiti Malaya bagi olahraga dan terjun; Lim Chee Wei dari Universiti Sains Malaysia bagi dua emas karate, Cheong Jun Hoong (Universiti Putra Malaysia - UPM) dengan dua emas terjun serta sebahagian besar pemain skuad hoki wanita (UPM dan Universiti Teknologi Mara).

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pencapaian itu cukup membanggakan apatah lagi 32 peratus atau 186 daripada 582 atlet negara pada temasya dwitahunan itu datangnya dari IPT, berbanding sasaran awal kementerian, hanya 30 peratus.

"Mereka membuktikan tetap mampu cemerlang dalam sukan antarabangsa biarpun sebagai penuntut IPT. Daripada 32 peratus atlet negara dari IPT ini, mereka berjaya menyumbangkan 53 peratus pingat Malaysia dalam Sukan SEA," katanya pada majlis pelancaran Sukan IPT (SukIPT) Kedua di sini, semalam.

Kata beliau, atlet IPT turut menyumbangkan 19 daripada 38 pingat perak atau 50 peratus dan 40 daripada 76 gangsa atau 53 peratus dengan secara keseluruhannya, 83 daripada 157 pingat kontinjen negara yang mewakili 53 peratus di Nay Pyi Taw.

"Insentif bagi Sukan Asia dan Komanwel tahun depan pula ditetapkan sebanyak RM15,000 bagi emas, RM10,000 perak dan RM7,000 gangsa, sementara bagi Sukan Olimpik RM25,000 (emas), RM15,000 (perak) dan RM10,000 (gangsa)," katanya.

Sementara itu, SukIPT yang dilancarkan semalam dengan kos penganjuran RM3 juta, bakal berlangsung dari 3 hingga 16 Februari tahun depan di UiTM, Shah Alam dan akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"SukIPT kali kedua ini akan melibatkan 110 kontinjen (20 IPT awam, 50 IPT swasta, 12 politeknik negeri, 10 kolej komuniti negeri, 14 institusi pendidikan guru dan satu matrikulasi), disertai 8,000 atlet, 2,500 pegawai, 1,500 sukarelawan di 20 gelanggang pertandingan yang mempertandingkan 251 pingat emas," katanya.

Dua puluh empat jenis sukan pada SukIPT 2014 ini ialah bola tampar pantai, catur, hoki, boling padang, memanah, menembak, renang, sepaktakraw, pencak silat, tenis, boling, woodball, badminton, bola jaring, bola tampar, judo, karate, lawan pedang, olahraga, petanque, ragbi, sofbol, skuasy dan taekwondo.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Sukarelawan PMO bantu mangsa banjir

Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

Sukarelawan dari Pejabat Perdana Menteri membersihkan peralatan dapur yang berlumpur di rumah penduduk yang dilanda banjir di Kampung Mengkarak, Bera, baru-baru ini.

KUANTAN 23 Dis. - Prihatin dengan nasib penduduk yang terjejas akibat banjir di negeri itu, sukarelawan Pejabat Perdana Menteri (PMO) juga tidak mahu ketinggalan bagi sama-sama membantu mangsa yang terlibat.

Bantuan yang diberikan bukan sahaja dalam bentuk barangan keperluan seperti beras, gula dan makanan ringan malah sukarelawan terbabit turut membersihkan kediaman penduduk.

Diketuai Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Mohd. Poad Jelani, pasukan tersebut telah pergi ke beberapa kawasan di Pekan dan juga Bera bagi membantu mangsa yang terlibat di kawasan tersebut.

Kehadiran sukarelawan PMO di kawasan terlibat nyata memberikan semangat kepada setiap mangsa seterusnya membantu mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung mereka ekoran bencana banjir.

Pasukan itu telah mula menjalankan kerja sukarela pada 8 Disember lalu dengan mengunjungi pusat pemindahan banjir di Kampung Lamir, Pekan, dekat sini bagi memberikan sumbangan.

Dalam program tersebut, antara sumbangan yang disampaikan adalah air mineral, bekalan makanan kering seperti biskut dan 50 ekor ayam.

Mohd. Poad berkata, program tersebut adalah program pertama sukarelawan PMO turun membantu mangsa yang terjejas akibat banjir.

"Seramai 25 sukarelawan terlibat dalam program ini dan kita bermula di Kampung Lamir. Selepas ini kita akan bergerak ke kawasan lain bagi memberikan sumbangan," katanya.

Seorang mangsa banjir yang ditemui di Kampung Lamir, Mohd. Saudi Mohd. Ali, 57, begitu berterima kasih atas sumbangan yang diberikan pelbagai pihak termasuk daripada sukarelawan PMO.

"Saya dan keluarga amat bersyukur kepada Allah SWT apabila musibah yang menimpa mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan.

"Syukur sangat dengan bantuan yang diterima, bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami sekeluarga," katanya.

Selepas melaksanakan kerja sukarelawan di Pekan, pasukan itu pada 14 Disember lalu telah ke Kampung Mengkarak, Bera dekat sini.

Di situ, sukarelawan PMO bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membersihkan rumah penduduk yang terjejas akibat bencana tersebut.

Seramai 20 sukarelawan PMO terlibat dalam program tersebut manakala 15 daripada UPM termasuk empat mahasiswa antarabangsa universiti berkenaan yang berasal dari Nigeria.

Sukarelawan PMO diketuai Mohd. Poad dan UPM diketuai oleh Pengarah Urusan UPM Holdings yang merupakan anak syarikat universiti terbabit, Prof. Dr. Husaini Omar.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai.

Wakil sukarelawan PMO, Husnita Hussien, 37, berkata, selepas di Pekan, mereka kini di Bera pula bagi membantu mangsa banjir di situ.

Beliau berkata, selain membersihkan rumah, mereka juga turut menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan asas kepada mangsa yang terlibat.

"Kami dari PMO sepatutnya ada program lain minggu ini, tetapi atas dasar prihatin dan simpati kami batalkan dan turun ke sini bagi memberikan bantuan membersihkan rumah," katanya.

Sementara itu, Norol Azali berkata, program yang dilaksanakan antara sukarelawan PMO dan UPM itu adalah amat baik kerana dapat membantu meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir.

"Setelah dilanda banjir, sudah tentu kita tidak dapat mengembalikan keadaan seperti sedia kala tetapi apa yang kita lakukan adalah membantu bagi mengurangkan beban mereka (mangsa banjir)," katanya.

Dalam pada itu, Husaini berkata, UPM sentiasa menyertai program tanggungjawab sosial korporat dalam membantu mereka yang memerlukan.

"Pada program ini, kita juga bawa pelajar antarabangsa kita supaya mereka dapat melihat budaya di negara ini dalam membantu mereka ditimpa sesuatu bencana," katanya.

1,110 sukarelawan cuci sekolah

Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

Khairuddin Mahmud melepaskan peserta program Jom Cuci-Cuci Sekolah anjuran Jabatan Pendidikan Pahang di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 23 Dis. - Kira-kira 1,110 sukarelawan menyertai program Jom Cuci-Cuci Sekolah anjuran Jabatan Pendidikan negeri bagi membersihkan kawasan sekolah yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku awal bulan lalu.

Sukarelawan terlibat membabitkan penuntut daripada institusi pengajian tinggi (IPT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan orang perseorangan.

Lapan buah sekolah di Pekan dipilih untuk dibersihkan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, SK Ganchong, SK Pulau Rusa, SK Pulau Manis, SK Padang Rumbia, SK Kampung Acheh, SK Mambang dan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah.

Majlis pelepasan sukarelawan berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Khairuddin Mahmud di hadapan bangunan Kompleks Yayasan Pahang di sini kelmarin.

Khairuddin berkata, banjir yang berlaku kali ini begitu luar biasa sehingga banyak sekolah di negeri ini yang terjejas akibat musibah berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, program sedemikian adalah amat baik dilaksanakan bagi membantu guru membersihkan kawasan sekolah sebelum sesi persekolahan baharu dibuka awal tahun depan.

"Saya sendiri mempunyai pengalaman dalam membersihkan beberapa sekolah di dalam kawasan saya di Pulau Manis yang turut dinaiki air banjir, ada yang terjejas teruk sehingga dewan sekolah dipenuhi dengan lumpur.

"Jadi, inilah yang memerlukan kerjasama kita semua untuk membantu bagi memastikan apabila sesi persekolahan dibuka nanti adik-adik kita tidak akan menghadapi sebarang kesukaran," katanya.

Beliau berharap dengan adanya program sedemikian, semangat kesukarelaan akan terus berkembang dalam kalangan rakyat di negara ini, khasnya golongan belia.

"Juga diharapkan program membersihkan sekolah pada musim cuti sekolah akan dijadikan amalan bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih dan teratur sebelum sesi persekolahan baharu bermula," katanya.

Produk herba sumber pendapatan utama keluarga Ishak

Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST

Ishak Yatim menunjukkan bungkusan pelbagai jenis herba bagi tujuan perubatan dan minuman kesihatan yang dijual di Kampung Pagi, Jerantut, baru-baru ini.

JERANTUT 23 Dis. - Bermula dengan minat yang mendalam terhadap tumbuhan herba mendorong seorang penduduk menjadikan perniagaan produk herba sebagai pendapatan utama bagi keluarganya.

Ishak Yatim, 53, dari Kampung Pagi, Hulu Tembeling dekat sini yang diperkenalkan menerusi ruangan Keringatku minggu ini begitu obses dengan pelbagai jenis herba yang kaya dengan khasiat tertentu bagi tujuan perubatan.

Tanyalah apa sahaja jenis tumbuhan herba dan khasiatnya, Ishak pasti boleh memberi jawapan berasaskan pengetahuan dan pengalaman mengenai bidang berkenaan.

Antara tumbuhan herba yang diperoleh dan disimpan di rumahnya ialah mahkota dewa, cekur, pokok tunjuk langit, pokok tutup bumi, kunyit putih, kunyit hitam, halia bara dan sebagainya.

Kesemua herba berkenaan diproses secara tradisional untuk tujuan minuman kesihatan dan perubatan penyakit tertentu.

Menurutnya, pengetahuan dan kemahiran memproses herba yang diperoleh daripada bapanya kerana sering mencari herba bagi mengubati penduduk yang sakit, menyuntik minatnya untuk mengkomersialkan bahan berkenaan.

Tumbuhan herba berkenaan, katanya, mudah diperoleh di Hutan Simpanan Pengau berdekatan Kampung Pagi yang banyak menyimpan pelbagai khazanah tumbuhan tropika.

Ishak berkata, ada juga tumbuhan herba seperti pokok tunjuk langit dan pokok tutup bumi yang tumbuh meliar mudah diperoleh di kebun getah dan dusun kampung itu.

"Bahagian daun, batang dan akar tumbuhan (herba) berkenaan akan diracik halus-halus lalu dijemur selama beberapa hari sebelum dibungkus menggunakan plastik," katanya di Kampung Pagi, Hulu Tembeling baru-baru ini.

Menurutnya, cara pembungkusan itu memudahkan pengguna 'merebus' bahan berkenaan sebelum diminum bagi meredakan penyakit selain tujuan menyihatkan badan.

Dia berkata, tumbuhan herba berpotensi luas di pasaran dan kini dia hanya menumpukan kaedah tradisional dan belum mampu melaksanakan proses pengeluaran herba secara moden kerana tidak mempunyai kemahiran dan peralatan.

"Ramai orang datang ke kampung ini mengambil tumbuhan herba untuk diproses bagi tujuan perubatan dan minuman kesihatan secara komersial di pasaran tempatan dan luar," ujarnya.

Katanya, herba yang siap dibungkus boleh dikomersialkan terus kepada pelanggan di sekitar kampung ini, Kuala Tahan dan bandar Jerantut.

Ishak berkata, dia menjual campuran pelbagai jenis herba seberat 500 gram dengan nilai RM15 sebungkus dan setiap hari memperoleh antara RM75 hingga RM150.

Tambahnya, hasil jualan herba berkenaan untuk keperluan dapur selain dapat menampung pendapatan hasil menoreh getah yang tidak menentu ketika musim hujan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Menteri Kabinet Kuwait letak jawatan

Posted: 23 Dec 2013 03:36 PM PST

KUWAIT 24 Dis. - Menteri-menteri Kabinet Kuwait semalam menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada Perdana Menteri, Sheikh Jaber al-Mubarak al-Sabah, satu tindakan yang bakal memberi laluan kepada satu rombakan Kabinet.

Peletakan jawatan itu yang dibuat sehari sebelum satu kemungkinan undi tidak percaya ke atas Menteri Pembangunan dan Perancangan, Rola Dashti dilihat sebagai satu cara mengelakkan pergeseran di Parlimen Kuwait.

Speaker Parlimen, Marzouq al-Ghanim berkata, beliau menerima "sepucuk surat rasmi dari kerajaan yang menyatakan bahawa ia tidak akan menghadiri sesi Parlimen pada hari Selasa dan menteri-menteri telah meletak jawatan," lapor agensi berita KUNA. - REUTERS

Lima wartawan Iraq maut ibu pejabat dibom

Posted: 23 Dec 2013 02:13 PM PST

TIKRIT 24 Dis. - Sebuah ibu pejabat stesen televisyen tempatan di utara Baghdad di sini diserang empat pengebom berani yang membunuh seramai lima wartawan dengan lima pekerja yang lain cedera.

Menurut polis, serangan di stesen televisyen Salaheddin itu mengorbankan ketua pengarang berita stesen tersebut, seorang penyunting pengarang, penerbit, penyampai dan pengurus arkib.

Dua daripada pengebom berani mati itu meletupkan diri mereka dan pengawal keselamatan membunuh dua penyerang yang lain ketika mereka menyerbu premis tersebut. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Anak ahli politik didakwa

Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST

HAMDY Mohd. Nakhaie (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas didakwa atas lapan tuduhan memalsukan dokumen bernilai RM228,700 di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Anak kepada seorang ahli politik bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan memalsukan dokumen melibatkan wang berjumlah RM228,700, tiga tahun lalu.

Hamdy Mohd. Nakhaie, 34, didakwa memalsukan lapan invois bertajuk 'Re: Maintenance Services For KU Band VSAT Remote Terminal Equipment' milik syarikat HMN Global Enterprise dengan niat menipu Pengarah Urusan Syarikat Numix Engineering Sdn. Bhd., Abdul Razak Mohd. Noor antara Disember 2010 dan Februari 2012.

Tertuduh yang merupakan Pengurus Jualan syarikat Government Integrated Telecommunications Network Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat Telekom Malaysia Bhd. (TM) didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat HMN Global Enterprise di No. 35, Jalan P9B 1/4, Presint 9, Putrajaya.

Dakwaan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Firdaus Abu Hanipah mencadangkan jaminan RM50,000 dengan dua orang penjamin serta pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Peguam bela, Shamsul Sulaiman yang mewakili tertuduh pula memohon jaminan dikurangkan kepada RM20,000 dengan seorang penjamin atas alasan perniagaan anak guamnya terganggu sepanjang siasatan dijalankan sejak setahun yang lalu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan.

Mahkamah menetapkan 27 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh diikat jamin oleh bapanya.

2 bersaudara hadapi 116 tuduhan ubah wang

Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST

Mohamad Ismahanif Mohd. Ismail (kanan) dan kakaknya, Noor Ismahanum Mohd. Ismail di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Dua bersaudara termasuk seorang wanita yang bergelar Datuk dan sebuah syarikat pelaburan emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 116 pertuduhan penggubahan wang haram melibatkan urus niaga bernilai lebih RM3.2 juta, dua tahun lalu.

Datuk Noor Ismahanum Mohd. Ismail, 31, dan adiknya, Mohamad Ismahanif, 25, kedua-duanya merupakan pengarah syarikat Worldwide Far East Bhd. serta syarikat berkenaan yang diwakili Noor Ismahanum mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu.

Noor Ismahanum dan syarikat itu, masing-masing menghadapi 57 pertuduhan melibatkan diri dalam penggubahan wang haram dengan mengguna dan memiliki wang berjumlah RM3.28 juta yang merupakan hasil aktiviti haram.

Mohamad Ismahanif pula menghadapi dua pertuduhan serupa dengan memiliki wang berjumlah RM295,883.48 dan sebuah kereta jenis Honda Civic yang didaftarkan atas namanya hasil aktiviti sama.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di CIMB Bank Bhd., Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling di sini antara 6 Julai 2011 dan 31 Disember 2012.

Timbalan Pendakwa Raya, Mardziatun Nisa Ahamad Kabir mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun.

Beliau pada awalnya tidak mencadangkan sebarang ikat jamin untuk Noor Ismahanum dan Mohamad Ismahanif memandangkan pertuduhan itu serius kerana membabitkan wang milik orang awam.

Bagaimanapun Mardziatun menegaskan jika mahkamah cenderung memberikan jaminan, beliau mencadangkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM2 juta dan RM100,000 dengan syarat tambahan, pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam bela yang mewakili kedua-dua tertuduh, Hamidi Datuk Mohd. Noh membantah dengan alasan anak guamnya tidak mampu membayar jumlah jaminan yang tinggi selain Noor Ismahanum merupakan individu yang dikenali masyarakat dan banyak melakukan kerja-kerja kebajikan.

Hakim Ahmad Bache membenarkan Noor Ismahanum diikat jamin RM500,000 manakala adiknya diikat jamin RM30,000 masing-masing dengan dua penjamin serta syarat tambahan tersebut.

Beliau menetapkan 17 Februari tahun depan bagi sebutan semula kes bagi pengurusan kes itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Baja silikon mesra alam

Posted: 23 Dec 2013 06:16 AM PST

Warga syarikat baja SIO4 Sdn Bhd menunjukkan tanda bagus mengenai baja silikon yang digunakan oleh pemilik ladang sawit, Teu Chong Bon, (kanan) di sekitar Tawau, Sabah, baru-baru ini.

Bagi penyelesaian kepada tanah berasid, silikon yang merupakan elemen keempat terbesar dalam tumbuhan selepas tiga daripadanya iaitu nitrogen , fosfat dan kalium (NPK) mampu berperanan dalam proses pembentukan dan kesuburan tanah.

Menyedari kelebihan yang terdapat pada silikon, Syarikat SIO4 Sdn.Bhd yang beroperasi di Tawau, Sabah memperkenalkan Super Baja Silikon 20 yang berfungsi sebagai agen bantuan untuk mengubah keasidan serta meneutralkan semula tanah tanpa penggunaan bahan kimia.

Menurut ahli agronomis syarikat tersebut, Julian Mickey Niun, sampel tanah akan diambil bagi mengenal pasti tahap asid dalam tanah sebelum mengadakan program khidmat nasihat kepada peladang.

"Sembilan sampel cebisan tanah dari ladang pelanggan akan diambil dari kedalaman berbeza dengan tujuan menentukan pada tahap mana keasidan tanah tinggi sebelum cecair larutan penanda unikversal dititiskan.

"Selepas cecair tersebut dititiskan, warna tanah akan berubah dan semakin merah tanah, semakin tinggi tahap asid yang dimiliki.

"Beberapa ketulan baja silikon akan dicampur dan tindak balas akan dapat dilihat dalam masa beberapa minit dengan warna tanah berubah kehijauan sebagai menandakan ia sudah dibaik pulih," katanya ketika ditemui pada program lawatan ke ladang kelapa sawit di Tawau baru-baru ini.

Tambah Jimmy, Super Baja Silikon 20 turut berfungsi dalam memulihkan kesuburan tanah, menguatkan keupayaan tanaman memegang tanah selain berupaya menahan tanaman untuk menentang tekanan persekitaran.

Di samping itu, baja tersebut juga turut membantu mempergiatkan proses fotosintesis pada tanaman serta membekalkan nutrien sebatan bagi menguatkan daya ketahanan dari sebarang jangkitan penyakit dan serangan serangga.

Keberkesanan baja tersebut turut diakui oleh pemilik ladang kelapa sawit di Gudang 4, Merotai, Woo Min Fui, 70, melalui pemerhatiannya menerusi peningkatan hasil tanaman antara 30 hingga 40 peratus.

"Kelapa sawit yang ditanam semakin subur dan sihat, bahagian pangkal membesar, daun melebar selain bahagian biji dan isi juga semakin besar serta tebal.

"Setelah setahun mengunakan empat tan baja silikon terhadap 80 ekar ladang, saya mendapati hasil meningkat sehingga 1.5 tan bagi setiap pusingan berbanding sebelum ini hanya satu tan.

"Selain itu, ia turut menambahkan bilangan tandan buah bagi setiap pokok dan juga saiz sehingga boleh mencapai 20 kilogram sebuah," katanya.

Min Fui yang mempunyai ladang kelapa sawit seluas 32.2 hektar memberitahu, perubahan dapat dilihat jelas dalam masa tiga hingga enam bulan dengan melihat keadaan fizikal buah yang membesar dari biasa.

Berkongsi mengenai pendapatan hasil yang diperolehi menerusi penggunaan baja silikon ini, Min Fui yang juga Ketua Masyarakat Cina di tempatnya memberitahu, pendapatannya meningkat hampir dua kali ganda daripada biasa memandangkan jumlah sawit yang dihasilkan bertambah untuk sekali pusingan.

Menerangkan lebih lanjut mengenai keunikan baja silikon, menurut Jullian, ia merupakan bahan mudah serap yang mana mampu mencegah penyerapan logam berat di samping mengurangkan pencemaran racun pertanian terhadap tanah sekali gus merendahkan kandungan nitrat dalam tanaman.

Produk keluaran SIO4 Sdn. Bhd itu bukan sahaja turut diakui mampu mengurangkan kehilangan air pada tanaman akibat proses transpirasi, malah meningkatkan keberkesanan baja nitrogen, fosforus, kalium (NPK) dan meningkatkan pengudaraan serta pengaliran dalam tanaman.

Secara amnya, tanah di kawasan tropika yang lembap seperti di Tawau kebanyakannya mengandungi silikon rendah dan berasid sekali gus menyebabkan keracunan aluminium boleh mengurangkan pertumbuhan tanaman bagi tanah berasid semula jadi atau yang terjejas oleh hujan berasid.

Oleh itu, penggunaan silikon yang berfungsi sebagai pengubah tahap keasidan tanah mampu meneutralkan keracunan aluminium dengan berkesan berbanding pengapuran. – NOOR DIANA AZIS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Astro siar

Posted: 23 Dec 2013 12:59 AM PST

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Astro akan meraikan kedatangan Tahun Baru dengan penayangan telefilem baharu 'Oh My English' yang difilemkan di Amerika Syarikat, kata Naib Presiden Perniagaan Generasi Seterusnya, Putri Yasmin Megat Zaharuddin.

Beliau berkata telefilem itu, 'Oh My English! - Hello America', akan ditayangkan pada 15 Januari, pukul 9 malam di saluran Astro TVIQ dan saluran definisi tinggi (HD) di Astro Maya.

Yasmin berkata telefilem itu merupakan susulan kepada telefilem pertama Oh My English, 'Oh My Ganu', yang mendapat sambutan amat menggalakkan dengan meraih sebanyak 1.1 juta tontonan pada hari tayangan perdananya dan berada di kedudukan nombor satu trend topik di laman Twitter di Malaysia.

"Oh My Ganu merupakan filem HD Astro yang paling ditonton pada 2013, dan sokongan peminat kami amat menakjubkan," kata Yasmin kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata telefilem itu merupakan cara Astro membalas sokongan tidak berbelah bahagi daripada para peminat.

Menurutnya, peminat program Oh My English! sudah pastinya akan gembira kerana kebanyakan watak kegemaran mereka akan dipaparkan dalam telefilem baharu ini seperti Henry Middleton (Zain Saidin), Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah), Cikgu Malik (Aaron Aziz), Encik Mohd Salleh (Harun Salim Bachik), Azlin (Izara Aishah), See Yew Soon (Roax Tan), Jibam (Akmal Nazri), Mazlee (Zhafir Muzani) dan Anusha (Kaameesha Ravichandran). - BERNAMA

Lefthanded lelong gitar untuk bantu mangsa banjir

Posted: 23 Dec 2013 12:32 AM PST

PEMAIN gitar Lefthanded, Man Kidal (kiri) menunjukkan gitar Fender yang dilelong kepada peminat bagi membantu mangsa banjir sempena persembahan kumpulan rock itu di Hard Rock Cafe Melaka, malam tadi. - UTUSAN

MELAKA 23 Dis. - Kumpulan rock Lefthanded tidak terkecuali membantu mangsa banjir di Terengganu dan Pahang apabila menyumbang sebanyak RM15,000 hasil daripada penjualan gitar dan kemeja T mereka.

Jualan tersebut dilakukan ketika kumpulan berkenaan yang diketuai vokalis utama, Nash, Man Kidal (gitar utama), Man Dayak (drum), Fauzi NRG (bass), Rosa (keyboard) dan Elly (gitar kedua) membuat persembahan di Hard Rock Cafe Melaka di sini malam tadi.

Gitar jenis Fender itu dibeli seorang peminat dengan harga RM10,000 manakala RM5,000 lagi hasil daripada penjualan kemeja T kumpulan tersebut.

Nash berkata, kumpulan Lefthanded begitu prihatin terhadap mangsa-mangsa banjir yang melanda dua buah negeri yang teruk dilanda bencana alam itu di Terengganu dan Pahang.

"Melalui konsert yang kita adakan, kami menjual gitar Fender dan mujurlah ada seorang peminat membelinya dengan harga RM10,000 dan penjualan kemeja T.

"Walaupun jumlah sumbangan yang diperoleh tidak banyak, sekurang-kurangnya kumpulan Lefthanded dapat menyumbang bagi meringankan beban mangsa banjir,'' katanya ketika ditemui selepas konsert tersebut malam tadi.

Lelongan tersebut dibuat sewaktu anggota Lefthanded berehat selepas hampir sejam membuat persembahan di hadapan lebih 500 peminat. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Asus pertaruh kombinasi peranti serba guna

Posted: 23 Dec 2013 06:16 AM PST

Asustek Computer Malaysia Sdn.Bhd (ASUS) terus unggul dalam memacu pembangunan teknologi perhubungan mereka apabila memperkenalkan dua jenis telefon bimbit pintar dalam golongan phablet.

Kehadiran model yang dilengkapi spesifikasi serta piawaian reka bentuk elegan itu sudah tentu akan menarik perhatian pengguna masa kini.

Tampil memperkenalkan dua peranti bagi memberi pilihan kepada penguna memilih gajet yang menepati cita rasa mereka, Asus mempertaruhkan Fonepad Note 6 dan Fonepad 7.

Menariknya, kedua-dua peranti ini membolehkan pengguna membuat panggilan terus melalui phablet terbabit.

Dengan pemproses Intel Inside 1.6 Giga herz Atom Z2560 Dual Core, Fonepad Note 6 menyediakan paparan definisi penuh (HD) Super IPS+ dengan kamera belakang beroperasi pada lapan mega piksel.

Disempurnakan bersama ciri multimedia menyeluruh merangkumi fungsi audio profesional SonicMaster, sudah tentu memberikan pengalaman audio yang sempurna.

Beberapa fungsi khas turut dibina termasuk ruang storan yang mampu menyimpan data sehingga lima giga bait menerusi Asus WebStorage, memo suara, panggilan suara serta sokongan Smart Peek dengan penggunaan stylus.

Sementara itu bagi Fonepad 7 yang berukuran tujuh inci serta ketebalan 10.5 milimeter, peranti ini dikuasakan oleh sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean dengan pemproses Intel Atom 1 giga herz Dual Core.

Melalui sudut paparan panel terbaiknya pula, ia bakal memberi kepuasan tontonan maksimum kepada pengguna.

Dibina dengan paparan WXGA (1280 x 800), ia turut lengkapi dengan kamera belakang lima mega piksel serta kamera hadapan 1.2 mega piksel.

Selain itu, telefon bimbit ini turut dibina dengan dua pembesar suara di bahagian hadapan dengan teknologi SonicMaster bagi memberikan pengalaman hiburan dan bunyi yang menakjubkan.

Disokong dengan fungsi data 3G selular, Fonepad 7 pasti menghubungkan pengguna dengan dunia luar tanpa batasan.

Jangka hayat bateri menyokong penggunaan sehingga 720P video, kecerahan 100 nits, sambungan WLAN atau 3G serta log masuk Gmail untuk email dan kemas kini.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.asuswebstorage.com

Iconia W4 taruhan baharu Acer

Posted: 23 Dec 2013 06:16 AM PST

Mempertaruhkan pemproses Intel Baytrail Z3740, Acer membawakan Iconia W4 untuk kegunaan peminat tablet. Teknologi daripada Intel Baytrail tersebut merupakan antara teknologi terbaik buat masa kini dalam mengoperasikan sebarang perisian yang terdapat pada Windows.

Selain itu, tablet tersebut turut dilengkapi bersama grafik Intel HD (Generation 7, Baytrail), dengan platform Windows 8 serta paparan skrin sesentuh seluas lapan inci dengan kadar resolusi 1280 x 800 piksel.

Paparan skrin tersebut disokong oleh teknologi LED-Backlit IPS LCD dan memiliki 10 poin panel skrin sesentuh bagi memudahkan sebarang pergerakan dilakukan serta lebih tepat.

Hanya seberat 415 gram, tablet Acer Iconia W4 turut memiliki kelebihan sambungan di bahagian tepi bagi memudahkan operasi serta penggunaannya.

Tablet itu juga turut disertakan bersama slot untuk USB mikro untuk tujuan mengecas, slot SD-mikro sebagai memori tambahan, slot untuk set kepala dan 'line' untuk fon telinga, mikrofon dan HDMI mikro.

Untuk kegunaan Internet, kelebihan sambungan WiFi juga turut di sediakan iaitu 802.11 a/b/g/n pada 2GB RAM.

Antara kelebihan lain adalah accelerometer, mikrofon, kamera hadapan - dua mega piksel dan belakang lima mega piksel untuk kepuasan merakam gambar.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Acer di www.acer.com.my.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Siapa dalang serangan terbaru?

Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

Anggota keselamatan Thai memeriksa lokasi serangan bom yang dipercayai dilakukan oleh puak militan Islam di wilayah Songkhla, selatan Bangkok, kelmarin. Dua penduduk kampung terbunuh dan sekurang-kurangnya 20 cedera selepas bom yang disembunyikan dalam sebuah motosikal meletup di wilayah Songkhla, kata polis. - REUTERS

MUNGKIN ramai yang tidak menyedari bahawa serangan bom di Danok, Sadao Thailand dan Padang Besar, kelmarin merupakan kali pertama berlaku dalam sejarah wilayah itu.

Selama ini serangan bom lebih banyak tertumpu di kawasan-kawasan lain di selatan Thailand seperti Narathiwat, Pattani, Tak Bai dan Hatyai. Tetapi serangan terbaru membuktikan bahawa puak pemisah tidak pernah menghentikan perjuangan sia-sia mereka.

Bagaimanapun serangan di Danok, Sadao dan Padang Besar dianggap oleh pasukan keselamatan sebagai satu kejutan dan di luar jangkaan sama sekali.

''Selama ini ketiga-tiga kawasan itu dianggap kawasan selamat dan apa yang lebih banyak dipaparkan di situ adalah berita-berita mengenai penyeludupan dan kemasukan warga asing.

''Tetapi kali ini, ia menunjukkan bahawa kegiatan puak pemisah semakin melebarkan sayap mereka dan ini agak membimbangkan kita," kata satu sumber kepada penulis ketika dihubungi.

Justeru serangan terbaru tersebut tidak harus dipandang ringan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara khususnya Malaysia. Ia memandangkan Danok, Sadao dan Padang Besar adalah antara daerah yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia khususnya pada cuti hujung minggu.

''Saya berpendapat jika serangan itu dilakukan pada hari Sabtu dan pada waktu yang sama, mungkin ada rakyat Malaysia yang akan turut terkorban atau tercedera," kata satu sumber keselamatan ketika dihubungi.

Setakat semalam, dua orang rakyat Thai disahkan terbunuh manakala 25 lagi cedera.

Persoalannya, siapakah dalang di sebalik kejadian ini? Kenapakah mereka menjadikan sasaran kawasan yang selama ini dianggap kawasan selamat? Dan apakah kejadian tersebut ada kaitan dengan pergolakan politik yang melanda Thailand kini?

Sementara pihak berkuasa Thailand mungkin masih berusaha keras menyiasat motif dan dalang yang terlibat tetapi apa yang pasti serangan itu sekali lagi membuktikan ia sama sekali tidak akan menguntungkan masyarakat di selatan khususnya masyarakat Islam Thailand yang merupakan penduduk majoriti di wilayah tersebut.

Mungkin ada yang berpendapat terlalu awal untuk menuding jari kepada puak pemisah kerana siasatan sedang dijalankan, tetapi modus operandi dalam serangan itu ternyata tidak mampu menolak andaian bahawa puak berkenaan sememangnya terlibat.

Jika benar mereka terlibat, ini sudah pastilah satu petanda yang tidak baik bukan sahaja kepada Thailand tetapi juga Malaysia kerana kedua-dua negara bukan sahaja berjiran tetapi juga berkongsi sempadan yang sama.

Apa sahaja yang berlaku di kawasan sempadan sudah pasti akan memberi kesan kepada Malaysia. Oleh itu, Malaysia juga perlu mencari jalan bagaimanakah negara ini boleh memainkan peranan bagi memulihkan situasi di wilayah bergolak tersebut.

''Saya berpendapat, perjanjian damai yang sebelum ini ditandatangani oleh kumpulan yang mendakwa mewakili puak pemisah dan kerajaan Thailand di Kuala Lumpur tidak lama dulu harus dikaji semula.

''Ini penting memandangkan dalam situasi politik di Thailand yang menyaksikan kerajaan sedia ada bagaikan berada ibarat 'telur di hujung tanduk', apa yang termeterai dalam perjanjian itu sudah tidak membawa apa-apa erti lagi.

''Tambahan pula, sebelum ini pun selepas perjanjian yang dianggap 'perjanjian damai' itu ditandatangani, puak pemisah tidak pernah meredakan serangan mereka," kata satu sumber.

Kenyataan seumpama ini mungkin tidak akan menyenangi sesetengah pihak tetapi inilah hakikatnya, apatah lagi satu sumber memberitahu penulis, pihak berkuasa perlu mencari kumpulan yang benar-benar bertanggungjawab mencetuskan huru-hara di selatan Thailand.

''Dalang utama ini tidak berada di luar Thailand mereka berada di dalam Thailand. Oleh itu pihak berkuasa harus berusaha mencari mereka, bukan untuk dihukum tetapi mencari jalan penyelesaian demi masa depan umat Islam selatan Thailand.

''Orang yang dicari itu mestilah orang yang betul, bukannya individu yang bijak mendakwa mempunyai kekuatan atau kuasa mengawal puak pemisah sedangkan dia sendiri pun tidak dikenali oleh puak pemisah atau sudah tidak mempunyai apa-apa lagi kuasa," kata sumber itu lagi.

Mungkin keadaan inilah yang memungkinkan seorang bekas pemimpin puak pemisah baru-baru ini mendakwa, kerajaan Thailand telah berunding dengan pihak yang salah.

Soalnya, siapakah individu yang bertindak sebagai dalang tersebut? Kenapakah mereka tergamak melakukan serangan yang bukannya akan memberikan kesejahteraan kepada umat Islam Thailand tetapi mengundang kesengsaraan berterusan kepada golongan itu?

''Kalau benar mereka berjuang atas nama untuk membela nasib umat Islam maka carilah jalan yang boleh menguntungkan golongan itu, bukannya melakukan serangan bom sehingga membunuh insan-insan yang tidak berdosa," kata sumber itu lagi.

Kini berdasarkan serangan terbaru itu, sudah sampai masanya pihak berkuasa Thailand dengan dibantu oleh pihak berkuasa Malaysia mencari jalan bagaimana hendak menamatkan konflik di selatan Thailand tersebut. Penyertaan Malaysia bukanlah bertujuan campur tangan dalam urusan hal ehwal dalaman Thailand tetapi sebagai negara jiran yang turut akan merasakan tempiasnya jika pergolakan berterusan di wilayah itu, Malaysia mempunyai 'saham' untuk turut membantu.

Komitmen Malaysia dalam soal ini tidak harus diragui lagi. Satu ketika dahulu Malaysia menubuhkan Task Force 2010 yang diketuai oleh bekas Ketua Pengarah Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Tan Sri Wan Abu Bakar Omar.

Task Force ini banyak memainkan peranan dalam membantu masyarakat Islam Thailand sehinggakan ada ketika ia mampu meredakan ketegangan di wilayah bergolak itu.

Keadaan itu berlaku kerana melalui program-program yang dijalankan oleh Task Force 2010, ia turut berjaya menyerapkan pemahaman kepada masyarakat Islam Thailand untuk mencintai kedamaian dan menolak keganasan.

Oleh itu, mungkin dalam situasi sekarang kerajaan Malaysia boleh mempertimbangkan untuk mewujudkan kembali badan yang berperanan seperti Task Force 2010.

Penulis percaya dan yakin dengan disertai oleh bekas pegawai atau anggota keselamatan yang berpengalaman, ia sedikit sebanyak mampu untuk membantu Thailand menangani konflik di selatan negara itu.

Apa pun buat masa ini, pihak berkuasa Thailand harus mencari dalang di sebalik serangan terbaru tersebut. Ia memandangkan apa yang terjadi memberi isyarat yang jelas bahawa wilayah Thailand yang bersempadan dengan negara ini sudah lagi tidak selamat untuk dikunjungi.

Keadaan ini sudah tentulah akan merugikan masyarakat Islam di selatan Thailand yang mengharapkan sokongan rakyat Malaysia bagi menggerakkan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Namun semua itu akan terus menjadi mimpi indah yang mengasyikkan selagi dalang sebenar yang menggerakkan puak pemisah untuk melakukan keganasan tidak dibawa ke meja rundingan atau muka pengadilan.

Lunturkan semangat demonstrasi

Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis penutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada November lalu . Seminar sehari itu bertujuan memberi kefahaman dan penerangan mengenai GST, intipati Bajet 2014 dan agenda pemerkasaan Bumiputera. - BERNAMA

DALAM kebimbangan orang ramai terpaksa menyambut tahun baharu di sebalik bayangan perhimpunan haram pada 31 Disember ini, rupanya secara 'senyap-senyap' telah berlalu satu perhimpunan lain di Kuala Lumpur minggu lalu.

Pelancaran kempen anti-GST (cukai barangan dan perkhidmatan) pakatan pembangkang minggu lalu dikatakan hanya menarik 200 orang 'pengunjung' sedangkan pemimpin-pemimpin tertinggi mereka sanggup hadir sama mengikut laporan sebuah portal propembangkang.

Bagi menutup malu, ada pemimpin pembangkang menyalahkan rakyat kurang memahami isu dan kerana belum merasai kesan GST sebagai punca kurangnya peserta hadir menyertai kempen tersebut, kononnya itu cuma pelancaran kempen dan bukan perhimpunan raksasa.

Agak melucukan bila ada juga yang berucap menyuruh rakyat yang menyokong GST berpindah ke negara yang mengamalkannya seperti Kemboja dan Laos sedangkan mereka sendiri sebelum ini 'meroyan' bila disuruh berpindah ke negara lain jika merasakan tertindas di Malaysia.

Seorang lagi pemimpin pada majlis tersebut mengaitkan kebankrapan dengan pelaksanaan GST seperti yang berlaku di Greece tetapi 'ketua pasukan' mereka pula bersetuju tiada masalah dalam sistem tersebut, kononnya sistem itu berkesan dan telus selagi tiada 'ketirisan'.

Sama ada laporan portal itu sedikit tersilap lapor atau mungkin beberapa pemimpin politik yang 'keliru' tentang alasan untuk mereka mengajak orang ramai berhimpun menolak GST, hakikatnya umum tidak ambil pusing kempen tersebut mungkin kerana penganjur sendiri seolah-olah tidak pasti apa yang mereka 'anti' sebenarnya.

Majoriti rakyat sebenarnya mengharapkan apa yang berlaku itu antara petanda demam demonstrasi jalanan sudah berlalu tetapi cukuplah jika sampai masanya lebih banyak akal rasional mengatasi darah panas membuak-buak yang mahu turun ke jalan raya atas apa jua alasan, asalkan 'meriah'.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr. Zainal Kling berpendapat sambutan dingin dalam kempen tersebut petanda orang ramai sudah jemu dengan pembohongan dan janji kosong pihak terbabit.

"Masing-masing mahu meniru Siam dan Arab (adakan demonstrasi jalanan). Mereka ini peniru-peniru kejahatan dan penjahat, tidak boleh berlembut lagi, kena gunakan kata-kata kasar. Mereka hanya tahu mengganggu kesenangan hidup kita, mereka tidak senang hati bila Perdana Menteri berjaya melakukan sesuatu untuk kebaikan rakyat maka perlu juga menipu, mahu berdemonstrasi konon nak guling kerajaan," katanya.

Beliau yakin orang ramai sudah faham dengan janji-janji kosong golongan tersebut dan sudah malas menunjukkan sokongan dalam agenda dan program yang mereka anjurkan.

Tambahnya, rakyat melihat dan nampak kerajaan tetap membantu dalam bermacam situasi dan tuduhan pembangkang, maka sudah tidak peduli bila diseru keluar berdemonstrasi.

"Orang Cina pun sudah ambil iktibar dan semakin kurang menyertai program sedemikian, begitu juga orang Melayu dalam PKR. Mereka cuba burukkan kerajaan tapi tidak berlaku demonstrasi, sampai masa kita buang sahaja manusia seperti ini (penganjur) yang cuba merosakkan hidup kita.

"Pada 31 Disember ini juga sama, nak tiru Siam dan Arab tapi tak ada sebab nak demonstrasi seperti rakyat di sana. Saya rasa ramai tidak keluar turut serta, tak tahu pula jika orang DAP di Pulau Pinang kerana dikatakan perhimpunan itu akan dianjur di sana," dakwanya.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan pula melihat kempen anti-GST gagal mendapat sambutan kerana rata-rata rakyat sudah memahami kenapa GST perlu dilaksanakan.

"Isu GST melangkaui politik kerana melibatkan kepentingan negara. Mereka yang boleh fikir secara rasional akan terima kenapa GST itu perlu dan kerajaan juga sudah mengambil iktibar daripada beberapa siri demonstrasi sebelum ini.

"Kerajaan telah menggerakkan usaha penerangan isu GST, jelaskan kenapa ia perlu dilaksanakan. Semangat berdemonstrasi boleh dilunturkan dengan fakta dan logik akal dan akhirnya seruan perhimpunan itu tidak akan mendapat sambutan yang diharapkan," katanya.

Beliau melihat trend sambutan demonstrasi yang semakin luntur momentumnya hasil usaha kerajaan menerangkan persoalan dan kekeliruan tentang isu-isu yang cuba dimainkan pembangkang untuk meraih sokongan politik.

Beliau juga yakin penganjur kempen anti-GST tahu dan memahami mengapa GST perlu dilaksanakan tetapi demi laba politik mereka tidak mahu memperakuinya, menentang dan menuduh ia tidak sesuai.

"Mereka bukannya terkeliru tetapi demi kepentingan politik tetap menentang dan membiarkan fakta bertindih dalam isu GST ini, malangnya ia tetap tidak mendapat sambutan.

"Perhimpunan yang dirancang pada 31 Disember ini juga mungkin menghadapi nasib sama. Untuk mengajak rakyat ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan, mereka perlukan pemangkin yang besar," ujarnya.

Tambahnya, di Thailand pemangkin untuk beramai-ramai ke jalan raya adalah rakyatnya membenci Thaksin sementara di Kiev, Ukraine pula kerana rakyatnya bencikan Rusia.

Beliau menegaskan amat sukar untuk pembangkang menarik ramai peserta kerana perlu ada salah laku yang besar dalam kerajaan di mata majoriti rakyat untuk menarik mereka ke jalan raya.

"Segelintir kecil mungkin akan hadir tetapi untuk satu jumlah besar sukar dicapai kerana tiada salah laku besar dalam kerajaan kita.

"Tentu sekali pembangkang boleh mainkan isu kenaikan harga pelbagai produk dan perkhidmatan, itu isu paling mudah tetapi jika kerajaan beri penerangan yang cukup, mereka yang rasional akan terima dan menolak untuk ke jalan raya," jelasnya.

Mengambil contoh kenaikan tarif elektrik, beliau mengulangi penjelasan kerajaan bahawa ia bukan untuk keuntungan TNB mahupun pihak swasta sebaliknya rasionalisasi kos bahan api yang digunakan bagi menjana elektrik.

"Kerajaan perlu teruskan penerangan berlandaskan fakta, saya yakin rakyat boleh terima. Langkah penerangan ini penting walaupun pembangkang mainkan isu habis-habisan agar rakyat tidak menjadi mangsa diheret ke jalanan," tegasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kekotoran masih berulang

Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

Beginilah keadaan longkang di Pasar Pudu, Kuala Lumpur yang masih dipenuh sampah sarap selepas seminggu operasi pembersihan dilaksanakan di pasar berkenaan.

KUALA LUMPUR 23 Dis. -Operasi penutupan dan pembersihan secara besar-besaran melibatkan tiga pasar basah utama di ibu negara kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyaksikan yang terakhir di Pasar Pudu, pada 16 dan 17 Disember lalu.

Sebelum ini operasi sama bagi tujuan keselesaan peniaga dan pengunjung itu dilaksanakan di Pasar Raja Bot atau lebih dikenali Pasar Chow Kit pada 12 dan 13 November lalu, diikuti Pasar Keramat pada 9 dan 10 Disember.

Penutupan sementara selama dua hari itu bagi membolehkan lokasi tumpuan ramai itu 'dipulihkan' semula selepas dikenal pasti sebagai lokasi pembiakan tikus tertinggi dan kotor.

Usaha DBKL dengan kerjasama Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) dan peniaga di pasar berkenaan wajar dipuji.

Bagaimanapun, usaha tersebut perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan tahap kebersihan di ketiga-tiga pasar berkenaan benar-benar terjamin.

Ini kerana selepas seminggu operasi pembersihan dilaksanakan masih terdapat segelintir peniaga bersikap pengotor dan menjadi punca longgokan sampah di kawasan pasar.

Tinjauan Utusan Malaysia ke tiga-tiga pasar berkenaan baru-baru ini mendapati tahap kebersihan masih belum memuaskan dan hanya layak diberi tiga daripada lima bintang.

Hasil tinjauan mendapati faktor yang menyebabkan masalah kebersihan di ketiga-tiga pasar berkenaan juga berbeza.

Ini termasuk dari segi struktur pembinaan, lokasi, jumlah peniaga dan sebagainya.

Tinjauan di Pasar Raja Bot mendapati keadaan di pasar itu dilihat semakin baik apabila para peniaga sudah mula menitik beratkan faktor kebersihan.

Berbanding dahulu, pasar berkenaan hanya mampu bertahan beberapa hari selepas dibersihkan, sebelum kembali kepada keadaan asal.

Tambahan pula, tong-tong sampah kecil yang disediakan di laluan berdekatan gerai buah-buahan banyak membantu peniaga dan pengunjung untuk tidak membuang sampah sesuka hati.

Di Pasar Keramat pula, keadaan pasar itu boleh diandaikan sekadar memuaskan dan hanya terdapat perbezaan kecil selepas kerja-kerja pembersihan.

Tiada apa yang boleh dibanggakan selain melihat keadaan lantai premis itu yang masih lecak dan berlopak.

Cuma apa yang boleh dipuji, susunan bakul-bakul milik peniaga di situ dilihat lebih teratur berbanding sebelum ini.

Jika sebelum ini, sampah seperti kertas, plastik membungkus buah dan kulit buah-buahan yang dibuang merata-rata 'menghiasi' pasar itu, keadaan kini sudah banyak berubah.

Berbeza pula di Pasar Pudu, keadaan kebersihan masih pada tahap kurang memuaskan, lebih-lebih lagi kelibat tikus masih bermaharajalela pada waktu siang tanpa menghiraukan pengunjung yang lalu-lalang.

Dalam tempoh kurang 10 minit berada di pasar berkenaan, sepuluh ekor haiwan perosak itu dilihat 'melintasi' kawasan gerai milik peniaga di situ.

Keadaan longkang tersumbat juga turut menggambarkan betapa teruknya keadaan pasar tersebut yang dikenal pasti paling kotor di ibu negara.

Sehubungan itu pihak DBKL perlu mencari mekanisme terbaik baik memastikan tahap kebersihan di ketiga-tiga pasar berkenaan terjamin.

Penutupan pasar secara berperingkat - DBKL

Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Keadaan pasar yang terlampau kotor menyebabkan kerja-kerja pembersihan Pasar Pudu di sini tidak dapat dilaksanakan secara keseluruhan dalam tempoh dua hari.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, pihaknya akan melakukan penutupan semula secara berperingkat selepas ini untuk memulihkan kebersihan di pasar itu.

Menurutnya, operasi pembersihan baru-baru ini hanya boleh dilakukan untuk skop biasa memandangkan keadaan luar pasar tersebut juga kurang sempurna.

"DBKL bercadang untuk melakukan kerja-kerja menaik taraf pasar tersebut meliputi struktur longkang dan lantainya, namun kerja itu akan mengambil masa yang lama kerana melibatkan lebih 1,000 peniaga.

"Saya juga sudah meminta Jabatan Kejuruteraan menyediakan kertas kerja mengenai program menaik taraf di situ dan saya sendiri akan menelitinya termasuk mendapatkan kerjasama persatuan peniaga di situ," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia sebagai maklum balas terhadap keadaan pasar tersebut yang tidak banyak berubah biarpun operasi pembersihan dilakukan pada Isnin dan Selasa lalu.

Tambah Mhd. Amin Nordin, kegagalan sistem perparitan berfungsi dengan sempurna menyebabkan keadaan longkang di pasar terbabit sering tersumbat.

Dalam pada itu, Jurucakap Alam Flora Sdn. Bhd. memaklumkan, sebanyak 169 tan sampah pelbagai jenis dikutip pihaknya sepanjang kerja-kerja pembersihan itu dilaksanakan selama dua hari lalu.

"Mengenai sampah di tong sampah besar yang belum dibawa ke tempat pelupusan pula, kerja-kerja itu akan dilakukan segera sementara rumah sampah di kawasan itu disiapkan oleh DBKL," katanya.

Ujarnya lagi, Alam Flora berharap peniaga dapat memberi kerjasama untuk tidak meletakkan barang masing-masing di atas longkang kerana keadaan itu menyukarkan mereka untuk membersihkan longkang yang tersumbat.

Pengurusan sisa pepejal terkawal

Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Kerja-kerja pengurusan termasuk pembersihan di stesen pemindahan sisa pepejal Taman Beringin, Kepong, Kuala Lumpur diserahkan kepada Alam Flora Sdn. Bhd sehingga kontraktor baharu dilantik.

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin, Kepong dekat sini dijangka beroperasi semula pada 30 Disember ini selepas kerja-kerja baik pulih kerosakan mesin pemampat siap.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, operasi pengurusan sisa pepejal di seluruh ibu kota kini dalam keadaan terkawal setelah lumpuh sejak tidak diselenggarakan dengan baik oleh kontraktor asal.

Menurutnya, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyerahkan pengurusan stesen pemindahan tersebut kepada Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora).

Alam Flora diminta membersihkan stesen ini di samping membaiki kerosakan mekanikal pada kenderaan, kontena dan mesin pemampat. Kita sedang berusaha supaya stesen pemindahan ini beroperasi lebih awal dari jangkaan asal,"katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di stesen Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Perlaksanaan Projek dan Penyelenggaraan DBKL, Datuk Mohd. Najib Mohd. dan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, segelintir pemandu lori nekad melonggokkan sampah yang sepatutnya dihantar ke pusat pengumpulan di bahu jalan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (JLT2) dari Batu Caves menuju ke Kepong sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa.

Tambah Ahmad Phesal, DBKL bersama-sama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Alam Flora akan bekerjasama bagi memastikan tiada gangguan sepanjang tempoh tersebut.

Kerjasama ini turut melibatkan pemantauan bagi memastikan tiada longgokan sampah haram khususnya di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai lokasi pembuangan sampah haram,"katanya.

Katanya, pesalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 71 Akta PPSPPA (Akta 672) iaitu denda sekurang-kurangnya RM10,000 dan tidak melebihi RM10,000 atau penjara sekurang-kurangnya enam bulan atau maksimum lima tahun.

Dalam perkembangan sama, Zain berkata, pihaknya bersama-sama PPSPPA akan melaksanakan penjadualan semula berhubung pengutipan sampah berikutan jadual asal sedikit terganggu.

Jadual pengutipan sampah di kawasan kediaman dan lain-lain akan mengalami sedikit kelewatan dalam tempoh tersebut, khususnya pada waktu petang.

Bagaimanapun pihak Alam Flora akan berusaha memastikan kerja-kerja pengutipan berjalan lancar,"katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved