Isnin, 15 April 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tuah anak Chong Wei?

Posted: 15 Apr 2013 01:05 PM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei atau Sazali Samad? Datuk Nicol David atau Pandelela Rinong?. Teka-teki siapa yang bakal bergelar Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2012, akan terjawab dalam Anugerah Sukan Negara Ke-48, malam ini.

Rezeki kelahiran Kingston Lee, Jumaat lalu mungkin akan berpihak kepada Chong Wei untuk naik ke pentas pemenang berdasarkan pencapaian pingat perak badminton pada Sukan Olimpik London, tahun lalu, selain lima gelaran Siri Super dan satu Grand Prix Emas.

Namun gelaran Mr. Universe kategori 70 kilogram pada Kejohanan Bina Badan Dunia WBDF Keempat di Bangkok, Disember lalu yang dimiliki Sazali tidak kurang hebatnya.

Ini akan menjadi pertaruhan anggota polis ini untuk dinobat sebagai Olahragawan selepas turut turut menjuarai Kejohanan Asia Ke-44 di China.

Chong Wei sudah bergelar Olahragawan Kebangsaan pada 2005, 2008 dan 2011 manakala Sazali pernah memenanginya pada 2000 dan 2006, sekali gus mencetuskan daya tarikan kepada pemerhati dan peminat sukan tanah air tentang siapa yang mampu melebarkan rekod kejayaan berprestij itu kali ini.

Kejutan juga mampu didatangkan oleh juara Master Piala Dunia AMF, Mohd. Syafiq Ridhwan, sambil sedikit tentangan bakal cuba diberikan oleh juara kata perseorangan dan berpasukanLiga Perdana Persekutuan Karate Dunia, Ogos lalu - Leong Tze Wai.

Persaingan merebut gelaran turut berlaku di antara ratu terjun negara, Pandelela dan jaguh skuasy No. 1 dunia, Nicol.

Kejayaan Pandelela meraih gangsa 10 meter platform individu pada Olimpik 2012 meletakkannya sebagai pilihan untuk membawa pulang gelaran Olahragawati.

Namun, Nicol dengan deretan kejuaraan, termasuk gelaran dunia ketujuh turut meletakkannya dalam kedudukan pilihan.

Mereka akan disaingi juara keirin berbasikal Asia, Fatehah Mustapa dan pemenang gangsa perseorangan Kejohanan Boling Dunia, Cheah Mei Lian.

Pandelela, Olahragawati Kebangsaan 2011 cuba menambah koleksi peribadi selepas turut dinobat sebagai pemenang Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Olimpian Wanita Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Nicol pula masih memegang rekod selaku Olahragawati Kebangsaan terbanyak dalam sejarah (lapan kali - 1999, 2003, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010).

Trofi dan ganjaran RM20,000 yang dinaikkan sekali ganda sejak tahun lalu, menanti Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2012 dengan majlis penyampaian anugerah kelolaan Majlis Sukan Negara (MSN) ini akan dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Anugerah lain, termasuk Pasukan Lelaki dan Wanita Kebangsaan (RM20,000), Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan (RM10,000); Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan (RM5,000) dengan persatuan sukan yang menaungi pemenangnya, mendapat RM2,000 di samping Tokoh Sukan, Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas.

Kuasa 'bersuara' akan diperluas

Posted: 15 Apr 2013 01:05 PM PDT

KUALA LUMPUR - Artikel 88 Statut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang telah menggantung ramai tokoh bola sepak negara gara-gara mengkritik persatuan, bakal mengalami transformasi.

Jika sebelum ini hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan bersuara, Artikel 88 akan diubahsuai untuk membenarkan lebih ramai pegawai melontarkan pandangan.

Pengerusi Jawatankuasa Peraturan FAM, Datuk Afandi Hamzah berkata, pegawai lain juga akan diberi kebenaran untuk bersuara oleh Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM berdasarkan portfolio masing-masing, sekiranya pindaan kecil artikel itu dipersetujui Kongres, pertengahan Ogos ini.

Katanya, cadangan pindaan yang disifatkannya sebagai lebih jelas dan bertujuan memudahkan semua pihak itu bakal dihantar kepada ahli gabungan FAM, tiga bulan menjelang mesyuarat Kongres.

Ia bertujuan untuk memberi makluman kepada mereka agar dapat diselaraskan dengan perlembagaan persatuan masing-masing.

"Cadangan pindaan Artikel 88 itu memiliki sedikit pengubahsuaian daripada yang sekarang tetapi masih dalam kawalan tertentu. Kami tidak mahu ada lagi pihak yang mengambil tafsiran berbeza. Kami akan senaraikan apa yang boleh dan tidak boleh untuk mereka mengulas (kepada media) berdasarkan portfolio masing-masing," katanya.

Afandi yang juga Naib Presiden FAM, mengulas mengenai hasil mesyuarat Exco dipengerusikan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang turut dihadirinya di sini, semalam.

Agenda utama mesyuarat ialah cadangan pindaan Artikel 88.

Tokoh bola sepak yang digantung dan didenda kerana menyalahi artikel berkenaan ialah Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa; Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim dan yang terbaharu bakal dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib ialah ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Mohd. Taufek Abd. Razak berkata, kes jurulatih berkenaan bakal dibicarakan selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 20 April ini bersama kes pergaduhan dua pemain Selangor dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, Januari lalu.

"Sekarang ini saya sangat sibuk dengan PRU. Tunggulah kemungkinan besar (kes Rajagobal yang dikatakan mengkritik khidmat penyerang import dalam Liga Malaysia) selepas hari penamaan calon.

"Kesnya akan disebut bersama kes pergaduhan pemain Selangor, Afiq Azmi dan Shukur Jusoh dengan ATM dalam Piala FA itu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Adik bakar abang kandung

Posted: 15 Apr 2013 01:05 PM PDT

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

JEMPOL 15 April - Gara-gara marah akibat ditegur kerana jarang pulang ke rumah, seorang adik menjadi hilang pertimbangan sehingga tergamak membakar abang kandung sendiri di hadapan ahli keluarganya di Felda Palong 8 dekat sini, semalam.

Insiden mengejutkan itu berlaku pada pukul 5.30 petang apabila suspek berusia 21 tahun berang setelah menerima panggilan telefon daripada abangnya yang berusia 28 tahun yang menegurnya kerana jarang pulang ke rumah.

Perasaan marah itu semakin meluap apabila dia sekali lagi ditegur sebaik sahaja tiba di rumah, menyebabkan suspek yang hilang pertimbangan bertindak mencurahkan petrol ke muka dan badan abangnya sebelum menyalakan api menyebabkan mangsa melecur teruk.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Hamzah Alias berkata, mangsa yang tinggal di Batu Kikir dekat sini, telah pulang ke rumah keluarganya di Felda berkenaan sebelum bapanya memaklumkan yang suspek jarang pulang ke rumah dan dibimbangi terlibat dalam aktiviti dadah.

Beliau berkata, semasa adik-beradik itu 'berperang mulut', suspek yang ketika itu membawa minyak dipercayai petrol untuk diisi ke dalam motosikal bapanya telah cuba membakar kereta abangnya kerana terlalu marah apabila ditegur.

"Mangsa cuba menghalang suspek membakar kenderaan tersebut menyebabkan adiknya bertambah marah lalu bertindak menyimbah minyak itu di bahagian muka dan badannya.

"Suspek kemudian terus menyalakan api mengakibatkan abangnya terbakar dan kejadian cemas itu disaksikan oleh ibu bapa serta isteri abangnya sebelum suspek bertindak melarikan diri," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Palong sebelum dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah dekat sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan di belakang badan, kepala, muka, dada dan kedua-dua belah tangan akibat melecur.

"Polis berjaya menahan suspek pada pukul 8 pagi ini di rumahnya dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya.

Maut ditembak depan keluarga

Posted: 15 Apr 2013 01:05 PM PDT

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

ANGGOTA polis forensik menjalankan siasatan di tempat Tan Kok Soon dibunuh di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland, Seremban, kelmarin.

SEREMBAN 15 April - Seorang ahli perniagaan maut selepas ditembak secara kejam di hadapan isteri dan dua anaknya ketika sedang menikmati makan malam di dalam sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland dekat sini petang semalam.

Mangsa, Tan Kok Soon, 56, maut di tempat kejadian selepas ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki pada pukul 6.55 petang, ketika beberapa pelanggan lain turut berada di restoran berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Zazali Hashim memberitahu, suspek yang dipercayai warga tempatan dan memakai topi keledar penutup penuh itu dipercayai datang ke restoran terbabit dengan menaiki motosikal.

Katanya, suspek kemudian meluru ke arah mangsa lalu melepaskan tiga das tembakan dari arah belakang lelaki itu menyebabkannya tersungkur di hadapan isteri dan dua orang anaknya.

"Berdasarkan siasatan awal, pihak polis mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya," katanya ketika ditemui pemberita dekat sini malam tadi.

Menurut beliau, polis yang menjalankan siasatan di tempat kejadian menemukan sebanyak tiga kelongsong peluru dan tidak menolak kemungkinan penyerang mangsa menggunakan pistol jenis semi automatik.

Jelas beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar dekat sini untuk tujuan bedah siasat sebelum diserahkan kembali kepada keluarganya untuk tujuan pengebumian.

"Polis masih menyiasat motif kejadian dan juga sedang mengenal pasti pasti suspek yang terlibat dalam kejadian itu. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Dua maut, 100 cedera letupan di Maraton Boston

Posted: 15 Apr 2013 04:39 PM PDT

BOSTON 16 April - Sekurang-kurangnya dua dilaporkan maut dan lebih 100 cedera dalam siri letupan yang berlaku berhampiran garisan penamat Maraton Boston yang berlangsung di Massachusetts, pagi tadi (waktu Malaysia).

Setakat ini pihak polis masih belum mengenal pasti dalang di sebalik letupan yang berlaku manakala media-media tempatan melaporkan bahawa beberapa alat peledak yang tidak meletup telah ditemui di kawasan berhampiran kejadian berkenaan.

Insiden dan jumlah kematian serta kecederaan akibat serangan berkenaan disahkan oleh pihak polis Boston. - AFP

Pengacara televisyen Nepal catat rekod Guinness

Posted: 15 Apr 2013 11:53 AM PDT

KATHMANDU 16 April - Seorang pengacara televisyen berjaya mencatat rekod baru dunia selepas mengendalikan rancangan bual bicara terpanjang yang membicarakan tentang pengasas agama Buddha selama lebih dua hari.

Bekas wartawan televisyen, Rabi Lamichhane telah berhijrah dari Nepal dan menjadi pengurus restoran makanan segera di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat kembali ke negaranya untuk mengendalikan program bual bicara tanpa henti selama 62 jam dan 12 minit, satu pencapaian yang diiktiraf oleh Guinness World Records.

"Bukan sesuatu yang sukar dilakukan tetapi kadang kala saya sukar memberi perhatian," kata Lamichhane. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Guru sekolah antarabangsa dengar jeritan kuat kanak-kanak

Posted: 15 Apr 2013 01:05 PM PDT

KUALA LUMPUR 15 April - Seorang guru sekolah antarabangsa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau mendengar jeritan kuat seorang kanak-kanak yang dalam ketakutan pada pagi kejadian pelajar, Nayati Shamelin Moodliar diculik, tahun lalu.

Jonathan Robert Daley, 38, berkata, sejurus selepas mendengar jeritan itu, dia telah berlari keluar dari kediamannya dan ternampak seorang lelaki sedang menolak seorang kanak-kanak masuk ke dalam sebuah kereta.

Guru berkenaan yang mengajar Pendidikan Fizikal di Sekolah Antarabangsa Mont Kiara di sini turut berkata telah mengejar kereta berkenaan sehingga kenderaan itu membelok dan berada di hadapannya.

''Ketika ini saya berada di tengah-tengah jalan namun saya terpaksa mengelak ke tepi kerana kereta itu terus dipandu laju tanpa ada tanda-tanda untuk berhenti,'' katanya.

Dia bagaimanapun sempat menendang pintu di sebelah bahagian pemandu kereta berkenaan.

Daley yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) berkata demikian sebagai saksi pendakwaan pertama pada perbicaraan kes tiga rakan yang didakwa menculik Nayati, seorang kanak-kanak warga Belanda yang bersekolah di sekolah berkenaan.

Chong Tat Siong, 24, yang bekerja sendiri; penjual telefon bimbit Foong Khar Fai, 20; penganggur, Lee Phak Seng, 24; dan seorang lagi yang masih bebas, didakwa menculik kanak-kanak berkenaan yang kini berusia 13 tahun bagi mendapatkan wang tebusan RM300,000.

Kejadian didakwa berlaku di hadapan sekolah itu, di Jalan Kiara 1, Mont Kiara pada pukul 7.30 pagi, 27 April tahun lalu.

Kesemua mereka menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan.

Nayati dibebaskan penculiknya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rawang arah selatan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pada pukul 7.55 pagi, 3 Mei tahun lalu, seminggu selepas diculik di hadapan Sekolah Antarabangsa Mont Kiara.

Dalam keterangannya, guru berkenaan berkata, ketika kejadian beliau dan anaknya baru keluar dari lif lobi kediamannya di Almaspuri Condo, Mont Kiara di sini, untuk ke sekolah berkenaan yang terletak 200 meter dari kediamannya.

Daley juga memberitahu, tidak tahu pelajar di dalam kereta itu adalah pelajar sekolahnya sehinggalah dia dan Guru Besar sekolah itu, Walter Morris menemui buku dan kerja sekolah yang bertaburan di jalan raya.

Guru berkenaan bagaimanapun tidak dapat mengecam pemandu kereta terlibat kerana kejadian itu berlaku dengan pantas.

Dalam perbicaraan itu juga sebanyak lima jurugambar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Mont Kiara dan Bukit Aman tampil memberi keterangan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran dan Jean Sharmila Jesudesan.

Phak Seng diwakili peguam, Chong Joo Tian dan Rejinder Singh mewakili Tat Siong manakala Khar Fai diwakili peguam, Datuk Hanif Hashim.

Perbicaraan di hadapan Hakim Kamardin Hashim bersambung esok.

12 pemimpin DPMM akan fail rayuan

Posted: 15 Apr 2013 01:05 PM PDT

KUALA LUMPUR 15 April - Sebanyak 12 pemimpin Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) negeri akan memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, minggu lalu yang menolak saman pemula mereka bagi mengisytiharkan Mesyuarat Agung Tahunan DPMM yang diadakan pada 2010 adalah tidak sah dan terbatal.

Pengarah Eksekutif DPMM Selangor, Mohamad Nazri Aiman berkata, tindakan itu diambil kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang menolak permohonan mereka dengan kos RM10,000 serta membubarkan injunksi interlokutori yang telah dibuat pada 17 Julai lalu.

Saman pemula itu difailkan antaranya oleh pemimpin-pemimpin DPMM Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Terengganu, dan Pahang selaku pihak plaintif.

''Plaintif-plaintif melalui saman pemula bertarikh 4 Jun 2012 telah menuntut perisytiharan bahawa pemilihan calon-calon bagi jawatan ahli Majlis Eksekutif Dewan bagi sesi 2010/2013 DPMM adalah tidak teratur dan tidak sah di sisi undang-undang.

''Di samping itu, plaintif memohon perisytiharan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan bertarikh 26 Jun 2010 dibatalkan dan tidak sah serta Majlis Eksekutif Dewan bagi sesi 2010/2013 DPMM dibubarkan,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Menurut beliau, plaintif melalui saman pemula tersebut turut menuntut DPMM mengadakan satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh 30 hari dari tarikh perintah itu di bawah pengawasan dan pengelolaan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Pada Jumaat lalu, Hakim Datuk Rosnaini Saub menolak saman pemula yang dikemukakan pihak plaintif terhadap Presiden DPMM, Datuk Syed Ali Mohamed Al-Attas; Setiausaha Agungnya, Hanafee Yusoff dan Bendahari Agung, Norsyahrin Hamid Hamidon yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Stadium Felda lonjak imej peneroka

Posted: 15 Apr 2013 01:05 PM PDT

MARAN 15 April - Pembinaan Stadium Felda yang akan dimulakan tahun ini di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka di sini akan melonjakkan imej warga Felda sebagai komuniti hebat di negara ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad (gambar) berkata, majlis pecah tanah stadium yang menelan belanja RM90 juta itu akan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.

Menurut beliau, stadium yang serba lengkap itu dapat menampung jumlah kapasiti penonton sehingga 30,000 orang dan sesuai dijadikan gelanggang bagi perlawanan bola sepak Liga Malaysia.

"Pembinaan stadium itu akan membolehkan pasukan Felda United (FU) menjalani latihan dan tempat untuk menentang pasukan lain nanti," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis pecah tanah litar lumba motosikal di Felda Jengka 14 di sini baru-baru ini.

Mohd. Isa berkata, kewujudan stadium itu sangat penting dalam usaha Felda melahirkan sebuah pasukan bola sepak yang mantap dan disegani.

"Stadium ini juga akan memberikan peluang kepada generasi baharu Felda dan peminat bola sepak memenuhi stadium bagi menyokong pasukan FU dalam menentang pasukan lawan nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, pembinaan kemudahan sukan itu di Wilayah Jengka akan mendorong masyarakat peneroka hadir beramai-ramai menyokong FU.

"Pembinaan tersebut merupakan projek kerajaan BN yang bertujuan memberikan peluang kepada generasi baharu mendapat pendedahan dalam bidang sukan berprestasi tinggi seperti bola sepak," katanya.

SKSJ bantu 52,000 penunggang dapat lesen P - Zairi

Posted: 15 Apr 2013 01:05 PM PDT

Zairi Mat Ali (lima dari kanan) dan Shahirudin Ab. Moin (enam dari kanan) bersama wakil penerima lesen P kelas B2 pada program SKSJ di Raub, Pahang, baru-baru ini.

RAUB 15 April - Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak 2009 telah membantu lebih 52,000 penunggang motosikal memiliki lesen P kelas B2.

Pengarah Korporat Dan Penyelidikan JPJ, Zairi Mat Ali berkata, dari 2009 hingga sekarang sebanyak 124 SKSJ dilaksanakan di setiap negeri bagi membantu rakyat yang sukar mendapatkan lesen memandu kerana tinggal di kawasan pedalaman dan jauh dari pejabat JPJ daerah.

Menurutnya, menerusi program tersebut, JPJ memberi kuota penganjuran sebanyak tiga kali setahun bagi negeri di Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak lima kali setahun.

"Sambutan sangat menggalakkan sehingga ada beberapa negeri memohon melaksanakan program itu melebihi kuota ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas menutup program SKSJ di Dewan Orang Ramai Felda Lembah Klau di sini kelmarin

Turut hadir penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin.

Seramai 514 warga emas terdiri daripada 197 kaum Melayu, 12 India, 42 Cina dan 263 Orang Asli telah menerima lesen P motosikal kelas B2

Menurut Zairi, selain pengeluaran lesen secara berkelompok, program itu juga memberikan kemudahan kepada penduduk membuat pelbagai urusan berkaitan agensi tersebut seperti pembaharuan lesen memandu, menukar hak milik kenderaan dan sebagainya.

Malah, jelasnya, program itu wajar diteruskan kerana dapat mendekatkan warga JPJ dengan komuniti setempat selain memberi penerangan mengenai tugas pegawai dan anggota agensi berkenaan.

Beliau memberitahu, menerusi program tersebut peserta hanya dikenakan bayaran RM160 seorang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Zizan akui hati sudah berpunya

Posted: 15 Apr 2013 09:08 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 April - Pelawak popular, Zizan Razak mengakui hatinya kini sedang terpaut dengan seorang wanita namun dia belum bersedia untuk mendedahkan perhubungannya itu.

Ketika diajukan soalan mengenai hal itu, katanya, dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang sebelum umurnya mencecah 30 tahun.

"Perancangan untuk berkahwin memang ada tetapi dengan siapa itu saya belum boleh beritahu. Apa yang saya boleh katakan saya sedang mengenali hati seseorang.

"Wanita itu seorang yang dekat dengan saya tetapi saya jarang bertemu dengannya kerana faktor kerja," katanya ketika ditemui semasa majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang dianjurkan oleh Zizan Twitter Family (ZTF).

Malah, Zizan lebih selesa untuk berseloroh bila ditanya tentang hubungannya itu dan menyifatkan mereka masih lagi dalam proses mengenal hati masing-masing.

Dalam masa yang sama, Zizan turut menolak dakwaan yang mengaitkannya dengan Nora Danish dan menganggap hubungan mereka hanya sekadar kawan sahaja. - UTUSAN ONLINE

Zizan akui hati sudah berpunya

Posted: 15 Apr 2013 08:45 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 April - Pelawak popular, Zizan Razak mengakui hatinya kini sedang terpaut dengan seorang wanita namun dia belum bersedia untuk mendedahkan perhubungannya itu.

Ketika diajukan soalan mengenai hal itu, katanya, dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang sebelum umurnya mencecah 30 tahun.

"Perancangan untuk berkahwin memang ada tetapi dengan siapa itu saya belum boleh beritahu. Apa yang saya boleh katakan saya sedang mengenali hati seseorang.

"Wanita itu seorang yang dekat dengan saya tetapi saya jarang bertemu dengannya kerana faktor kerja," katanya ketika ditemui semasa majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang dianjurkan oleh Zizan Twitter Family (ZTF).

Malah, Zizan lebih selesa untuk berseloroh bila ditanya tentang hubungannya itu dan menyifatkan mereka masih lagi dalam proses mengenal hati masing-masing.

Dalam masa yang sama, Zizan turut menolak dakwaan yang mengaitkannya dengan Nora Danish dan menganggap hubungan mereka hanya sekadar kawan sahaja. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Tinggalkan kerjaya sebagai kontraktor

Posted: 15 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS
Gambar RASHID MAHFOF

Harga runcit bagi sekilogram (kg) rock melon gred A antara RM6 hingga RM9, manakala harga ladang antara RM3.40 hingga RM3.60 sekilogram.

PENANAMAN menggunakan kaedah atau teknologi fertigasi bukanlah perkara baru bagi golongan petani tempatan. Teknologi tersebut terbukti memberi anjakan baru kepada bidang pertanian dan mendapat sambutan memberangsangkan berikutan mudah dilaksanakan berbanding kaedah konvensional lain.

Selain mudah dan cepat, kaedah tersebut juga tidak memerlukan ruang yang luas kerana medium tanaman fertigasi hanya memerlukan sebuah beg plastik berisi medium dengan baja diagihkan melalui sistem pengairan

Sesuai dengan namanya fertigation digabungkan dengan pengairan iaitu irrigation dan pembajaan iaitu fertilizer yang disalurkan serentak kepada tanaman khususnya yang bernilai tinggi seperti rock melon dan tomato.

Melihat fertigasi sebagai kaedah yang mampu memberi keuntungan Shahrom Tumiran, 43, bertekad mengambil risiko dan menceburi bidang tanaman itu demi mendapatkan hasil berkualiti serta meningkatkan pencapaian dalam bidang pertanian.

Menurut anak kelahiran Bukit Kapar, Klang itu, memilih untuk bertukar dari tanaman menggunakan kaedah konvensional kepada fertigasi sejak 2006 ternyata tidak sia-sia apabila hasil tanaman serta keuntungan yang diperoleh berlipat kali ganda.

"Ketika masih menggunakan kaedah konvensional dahulu, saya sering berhadapan dengan masalah terutama dari aspek kawalan baja serta serangan rumput-rumpai.

"Namun, apabila menggunakan kaedah fertigasi ia mampu mengatasi masalah tersebut menerusi penggunaan baja yang dikawal dalam beg poli selain buah yang terhasil lebih bernilai tinggi kerana ditanam dan dikendalikan secara sistematik," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pada majlis penuaian buah fertigasi rock melon di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gombak dan Petaling baru-baru ini yang dihadiri Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Zainal Dahalan.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu sebelum ini pernah bekerja di sektor perkilangan selama tujuh tahun dan mempunyai lesen kontraktor kelas F sebelum menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Dia kini sedang membangunkan tanaman rock melon varieti Glamour di atas tanah seluas 1.8 ekar di Sungai Plong, Kuala Selangor dan telah berjaya menuai sebanyak 4,700 biji buah tersebut pada 31 Januari lalu.

Menurutnya, kesemua rock melon itu mula ditanam pada 1 Disember dengan mensasarkan pengeluaran sebanyak lapan tan.

Tambahnya lagi, komitmen yang tinggi perlu dipupuk pada peringkat permulaan ketika baru mula menceburkan diri dalam bidang pertanian kerana dengan kesungguhan itu, bakal petani dapat menilai sendiri hasil yang akan diperolehi.

"Asas prinsip itu penting dan yang paling utama kita tidak perlu cemas atau bimbang untuk menjual hasil tanaman jika ia benar-benar berkualiti dan menepati ciri-ciri terbaik.

"Secara langsung juga Jabatan Pertanian akan memberikan bantuan dan tunjuk ajar kepada petani tentang cara-cara mengusahakan tanaman agar mengeluarkan produk lebih produktif," ujarnya lagi.

Sementara itu, menurut Zainal, projek tanaman rock melon di PPK Gombak dan Petaling merupakan projek yang dikembangkan hasil daripada kejayaan projek tersebut di PPK Klang.

Di kawasan tersebut katanya, seramai 11 orang peladang mengusahakan tanaman rock melon di kawasan seluas 11 ekar sekali gus mengikat kontrak perladangan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan beberapa syarikat pembeli lain.

Mengulas lanjut mengenai projek di PPK Gombak dan Petaling, beliau berkata, pengusaha telah memperoleh pendapatan lumayan dan menguntungkan dalam masa tiga pusingan tuaian.

"Kami berharap projek seumpama ini akan diperkembangkan lagi ke kawasan lain di sekitar PPK Gombak dan Petaling sekali gus dapat membantu peladang meningkatkan lagi tahap ekonomi dan pendapatan mereka.

"Justeru, LPP telah meluluskan peruntukkan RM200,000 bagi memperluaskan projek rock melon yang sedia ada.

"Di samping itu juga diharapkan pengusaha sedia ada dapat membantu bakal pengusaha yang akan melaksanakan projek tambahan tersebut sekali gus menjadi mentor kepada mereka dalam memastikan projek ini berjaya," ujarnya.

Jaminan jadi usahawan

Posted: 15 Apr 2013 02:00 AM PDT

Latihan amalan pertanian yang memenuhi piawaian dan kehendak pasaran.

PENGALAMAN lebih 17 tahun dalam latihan kemahiran terutama sektor pertanian telah memberikan inspirasi kepada Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (iGROW), Nordin Abdul Malek untuk menjayakan misi melahirkan usahawan tani generasi baru.

Kejayaan beliau melahirkan ramai usahawan tani muda di seluruh negara telah diperakui juga oleh banyak pihak sebagai satu anjakan berganda (quantum leaps).

Kini fokus beliau bukan sahaja mahu melahirkan usahawan baru tetapi pelan melonjakkan pencapaian usahawan tani muda kepada usahawan berpendapatan tinggi dan seterusnya bergelar jutawan.

Oleh itu, beliau telah menubuhkan sebuah pusat latihan pertanian yang dikenali sebagai iGROW.

Modul latihan dan amali iGROW berteraskan keusahawanan sepenuhnya bagi memastikan semua graduan yang dilahirkan bukan hanya berkebolehan dalam bidang teknikal pertanian tetapi juga akan benar-benar bersedia untuk terus menjadi usahawan sebaik sahaja tamat latihan.

"Sudah tiba masanya, kita memberikan perhatian serius kepada usaha memastikan semua graduan pertanian menjadi usahawan dengan mengusahakan pertanian secara komersial dan berskala besar, " katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Penasihat Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) berkata, walaupun pelbagai inisiatif dan insentif disediakan kerajaan tetapi hasilan masih belum begitu membanggakan.

"Ini kerana bilangan usahawan di kalangan graduan pertanian masih rendah, apatah lagi untuk dibanggakan sebagai pengeluar bersaiz besar,'' ujarnya.

Namun, beliau berbangga kerana berjaya menghasilkan ramai usahawan tani muda di kalangan graduan beliau di salah satu pusat latihan pertanian swasta sebelum ini.

Kejayaan terbaru beliau yang terbukti hebat ialah menjayakan program MyAgrosis.

Ini kerana dana MyAgrosis di Agrobank kebanyakannya dimanfaatkan graduan institut milik beliau sebagai kumpulan peminjam tertinggi di negara ini berbanding institusi lain termasuk pusat latihan pertanian awam sendiri.

Selain itu, konsep latihan iGROW juga bersifat pembangunan pertanian di kampung dan desa iaitu dengan cara memanfaatkan ruang dan potensi pertanian di kampung-kampung.

Walaupun begitu, pendekatan dan amalan pertanian adalah berteraskan ilmu, kemahiran, teknologi serta inovasi baru dan segar.

"Konsep ladang iGROW sendiri menggabungkan pelbagai sumber pertanian cara baru di dalam satu kawasan iaitu dusun buah-buahan, tanaman sayur-sayuran, akuakultur, ladang kelapa sawit, ternakan ruminan dan pelancongan inap ladang (moden dan klasik)", ujar Nordin lagi.

Berbeza dengan pusat latihan biasa yang selalunya menempatkan keseluruhan kompleks (kediaman dan ladang) dalam satu kawasan, Nordin pula membahagikan iGROW kepada kawasan kediaman pelatih, tapak amali dan ladang projek berskala besar secara berasingan di sekitar Mukim Pulau Tiga, Kampung Gajah, Perak.

"Kami juga ingin memastikan proses latihan dan keusahawanan ini, akan memberikan impak serta limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat terutama dalam memajukan tanah terbiar di kampung-kampung," tegas Nordin.

Kehadiran iGROW memberi nilai tambah kepada pembangunan Mukim Pulau Tiga yang telah diumumkan sebagai perintis program My Kampung My Future oleh kerajaan pada hujung tahun lalu.

Malah, keserasiannya dengan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, membolehkan beliau mendapat kerjasama pelbagai agensi berkaitan terutama Agrobank.

Pakej latihan bersepadu ini sangat penting sebagai persediaan untuk memastikan keberhasilan yang tinggi dalam usaha beliau melahirkan usahawan tani di kalangan semua graduan beliau.

Sungguhpun iGROW berkonsepkan 'Kolej Latihan Dalam Kampung', Nordin yakin pengalaman dan kejayaan beliau selama ini melahirkan golongan muda sebagai usahawan barisan hadapan pertanian, membolehkan beliau menggunakan resipi baru untuk melahirkan usahawan tani generasi baru bertaraf dunia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Platform Windows Phone 8

Posted: 15 Apr 2013 02:00 AM PDT

BUAT pertama kalinya Huawei memperkenalkan telefon pintar menggunakan platform Windows Phone 8 iaitu Huawei Ascend W1.

Hanya senipis 10.15 milimeter (mm), Ascend W1 turut menawarkan paparan skrin sesentuh IPS LCD (480 x 800) berteknologi OGS seluas empat inci.

Ascend W1 dijana oleh pemproses Qualcomm Snapdragon S4 MSM8230 dual-core 1.2 GHz dan Adreno 305 GPU menjadikan telefon pintar tersebut sebaris dengan telefon pintar hebat jenama terkenal lain.

Malah, pembaharuan keupayaan baterinya 1950 mAh, Ascend W1 mampu bertahan sehingga 470 jam tunggu sedia dan merupakan antara telefon pintar yang memiliki ketahanan bateri paling lama dalam kelasnya.

Seperti biasa, reka bentuk Ascend W1 merupakan kesinambungan legasi inovasi Huawei yang mengambil inspirasi kepulauan tropika.

Hadir dengan empat warna utama, Ascend W1 boleh didapati dalam warna merah, biru, hitam dan putih.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu, Ascend W1 dihasilkan berdasarkan gabungan sentuhan inspirasi pengguna dan juga teknologi perisian terkini iaitu Windows Phone 8.

"Kehadiran Ascend W1 dalam barisan telefon pintar yang sedia ada menjadikan pilihan pengguna terhadap gajet keluaran Huawei semakin luas.

"Pada kadar harga yang berpatutan, Ascend W1 merupakan pilihan tepat kepada pengguna masa kini," katanya.

Antara kelebihan lain yang terdapat pada Ascend W1 adalah skrin paparan IPS LCDnya mampu menangkis kesan silau menerusi teknologi lapisan.

Paparan lebih terang dan jelas biarpun anda menggunakan Ascend W1 di bawah terik matahari.

Manakala aplikasi perisian The Windows Phone 8 Start untuk skrin membolehkan pemilik Ascend W1 menyusun mengatur Live Tiles berdasarkan kreativiti mereka.

Sebagai tambahan, kekunci skrin yang lebih dinamik membolehkan pemiliknya memilih gambar biarpun telefon masih terkunci.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web www.huaweidevice.com.

Telefon pintar LTE

Posted: 15 Apr 2013 02:00 AM PDT

SYARIKAT pengeluar barangan elektronik LG juga tidak melepaskan peluang menghasilkan telefon pintar mereka sendiri.

Bermula dengan siri LG Optimus G yang juga merupakan telefon pintar pertama LG, syarikat tersebut terus mengorak langkah kehadapan.

LG Optimus G didakwa telefon pintar pertama yang dilengkapi bersama pemproses Snapdragon S4 Pro Quad-Core daripada Qualcomm dan juga paparan LG's True HD IPS Plus.

Selain itu, ia juga turut dilengkapi teknologi sesentuh yang sensitif, tinggi kualiti imej dan juga kepelbagaian fungsi.

Telefon pintar itu juga turut dilengkapi bersama aplikasi UX seperti QSlide, QuickMemo dan Live Zooming.

Menyasarkan pasaran LTE, siri LG Optimus G mendapat permintaan hampir di 50 buah negara.

Terbaru, LG turut memperkenalkan Optimus G Pro dengan paparan 5.5 inci, Full HD IPS dan juga ciri-ciri UX iaitu Panorama Dual Recording dn Virtual Reality (VR).

Seterusnya, siri LG Optimus Vu yang memiliki paparan skrin yang luas untuk kepuasan pengguna.

Merupakan peranti hibrid LTE terbaru LG yang menggabungkan telefon pintar dengan kelebihan paparan tablet seluas 5 inci dengan kadar aspek (aspect ratio) 4:3 bagi memudahkan paparan dokumen, ebook dan juga kandungan multimedia.

Di samping itu, dengan pertambahan Optimus Vu: 2 yang mula dipasarkan di Korea, kini peranti tersebut boleh didapati dalam dua pilihan.

Seterusnya, telefon pintar 4G LTE, siri LG Optimus F yang direka khas untuk pengguna mahu menukar rangkaian daripada 3G kepada 4G.

Pelancaran LG Optimus F juga bertujuan mengembangkan LG dalam menembusi pasaran telefon pintar 4G LTE.

Menerusi LG Optimus F, LG membawa pengguna terhadap teknologi LTE pada kelajuan tinggi melalui aplikasi UX tanpa memerlukan yuran yang tinggi seperti mana peranti telefon pintar 4G.

LG Optimus F juga didatangkan dalam dua siri iaitu F5 dan juga F7.

Terakhir, siri LG Optimus LII yang mendapat sentuhan rekaan dan falsafah L-Style LG.

Setiap telefon pintar 3G keluaran LG tersebut menawarkan reka bentuk berdasarkan falsafah dan juga 'DNA' LG yang memiliki nilai-nilai astetik.

Siri LG Optimus LII dibina berdasarkan empat elemen reka bentuk iaitu Seamless Layout, Laser Cut Contour, Radiant Rear Design, dan juga butang home bersama lampu pintar LED.

Siri LG Optimus LII terdiri daripada Optimus L3II, Optimus L5II dan Optimus L7II.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk telefon pintar LG, anda boleh melayari laman web LG di www.LGnewsroom.com.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Inilah pasukan transformasi BN

Posted: 15 Apr 2013 01:05 PM PDT

Najib Tun Razak ketika sidang akhbar Majlis Penyerahan Surat Watikah Pelantikan Senarai Calon Barisan Nasional di Ibu Pejabat BN, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur semalam.

SENARAI calon-calon untuk Barisan Nasional (BN) telah pun dimuktamadkan dan hari ini kita sampaikan senarainya pada presiden parti-parti komponen BN dan di samping itu surat watikah disampaikan kepada Pengerusi BN di peringkat negeri.

Ikut pada jadualnya, parti-parti komponen BN akan memaklumkan senarai masing-masing pada hari ini dan secara serentak esok Pengarah atau Pengerusi BN peringkat negeri akan menyampaikan surat watikah.

Dari segi UMNO kita akan rangkum semua sekali esok. Pengumuman akan dibuat untuk calon-calon UMNO, parti komponen akan maklumkan pada hari ini. Senarai yang akan merupakan barisan calon BN ini merupakan barisan pada hemat saya yang terbaik dan mampu kita sediakan.

Ia merupakan satu proses yang panjang yang dilakukan pada kali ini meliputi banyak perundingan dengan parti komponen BN dan juga Pengerusi-pengerusi BN peringkat negeri. Kita ambil kira sentimen dan jangkaan daripada pengundi untuk melihat perubahan pada senarai calon BN.

Oleh itu dari segi Parlimen kita membariskan muka-muka baru dalam lingkungan 33 peratus. Pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) bilangan muka-muka baru adalah seramai 49 peratus iaitu hampir 50 peratus terdiri daripada calon baru.

Ini untuk memenuhi kehendak dan jangkaan pengundi bahawa mereka ingin melihat kepada BN dan UMNO yang sudah bersedia melakukan perubahan dan pembaharuan. Di samping itu kita juga cuba ambil kira perlunya kita membariskan wakil-wakil rakyat sedia ada terdiri daripada mereka yang ada pengalaman berkhidmat sama ada dalam kerajaan atau wakil rakyat.

Ini adalah kerana imbangan muka-muka baru dan mereka yang ada pengalaman adalah amat penting, sebab kita bukan sahaja perlu menampilkan pembaharuan tetapi sebagai sebuah parti yang dengan mandat baru akan menubuh kerajaan akan datang, kita juga perlu mempunyai mereka yang mampu untuk mentadbir kerajaan dan berkhidmat kepada rakyat.

Kalau mereka yang menduduki kerajaan semuanya muka baru, tiada pengalaman langsung, maka ini akan membantut kemampuan kerajaan BN untuk memenuhi jangkaan dan harapan rakyat. Saya harap penilaian barisan kita ini dilihat dalam konteks secara menyeluruh.

Maknanya bukan sahaja mereka yang bertanding tetapi kemampuan barisan ini dalam konteks untuk menubuhkan kerajaan yang ampuh, kuat dan mampu memenuhi kehendak dan jangkaan rakyat pada masa-masa akan datang.

Maknanya dalam melangkah ke hadapan kita perlu melihat selepas pilihan raya ini, bukan sahaja dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 tetapi apa kesudahannya, dan kita mesti memiliki barisan yang mampu melaksanakan segala-gala aku janji dalam manifesto BN.

Jadi, itulah prinsip dan falsafah yang telah kita gunakan dan pada mereka yang tidak terpilih oleh parti, saya berharap mereka melakukan yang terbaik untuk parti dan sekiranya ada apa-apa kelemahan dan kekurangan, parti akan bertindak untuk mengatasinya.

Pada mereka yang tidak terpilih bukan bererti mereka gagal, bermasalah atau ada kepincangan tetapi dalam keadaan di mana masyarakat serta pengundi menuntut kepada perubahan maka sebahagian daripada anggota kita terpaksalah memberi laluan, kalau tak beri laluan tiadalah perubahan.

Sebab itulah saya nak berterima kasih kepada semua wakil rakyat termasuk dalam anggota pentadbiran, sekiranya mereka tidak bertanding, ini bukan satu penafian atas khidmat mereka dan sumbangan mereka selama ini.

Kerajaan tetap menghargai apa yang mereka telah lakukan dan saya amat berharap mereka terus menyokong parti dan memberi sokongan dalam masa pilihan raya ini dan selepas pilihan raya ini.

(Sidang akhbar diikuti dengan soalan daripada wartawan)

WARTAWAN: Boleh Datuk Seri berikan sedikit latar belakang mereka yang ditampilkan sebagai muka baru ini?

Najib: Kita cuba untuk melakukan secara inklusif umpamanya di peringkat Parlimen kelayakan akademik diploma dan ke atas adalah 91 peratus merupakan calon kita yang memiliki kelayakan akademik minimum. Ini dari segi penyertaannya kita ada pelbagai latar belakang.

Golongan profesional kita ada 31 peratus termasuk profesor universiti, Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), badan-badan agensi kerajaan, ada juga profesional lain seperti doktor, peguam, ulama dan sebagainya serta ada juga mereka yang popular di akar umbi.

Ini kerana tidak semua wakil rakyat akan jadi anggota kerajaan, sebaliknya ramai yang akan menjadi ahli penyokong BN untuk berkhidmat kepada kerajaan, jadi tumpuan adalah kebolehan mereka untuk menjadi pemimpin.

Adakah akan ada perubahan dalam senarai calon yang telah dimuktamadkan ini sekiranya ada calon-calon yang tidak diterima oleh rakyat?

Ini adalah senarai calon terakhir dan saya berharap tidak akan ada perubahan. Saya juga amat berharap tidak akan berlaku suasana yang boleh menyebabkan senarai ini berubah. Dari segi undang-undang dan teknikal memang kita boleh melakukan perubahan tetapi kita tetap berharap inilah senarai calon akhir kita.

Kita juga berusaha menampilkan calon-calon sama ada dalam kalangan pemimpin sedia ada atau daripada golongan muda secara adil dan seimbang. Kadang-kadang pemilihan calon bergantung juga kepada persekitaran sesebuah kawasan. Walau bagaimanapun kita akan lakukan yang terbaik.

Apakah tawaran yang boleh diberikan oleh BN melalui senarai calon kali ini?

Umumnya saya yakin ini pasukan BN yang terkuat mampu kita tampilkan dan saya yakin bahawa inilah pasukan yang mampu memenuhi aku janji manifesto dan membantu kerajaan dalam menjayakan Dasar Transformasi Nasional. Saya juga cuba untuk menampilkan secara inklusif sebanyak mana yang mungkin dari segi prinsip untuk melakukan inklusif.

Dari awal lagi Datuk Seri menjangkakan yang BN boleh menang.

Ya, tetapi kita tidak mungkin boleh menang semua kerusi. Ini tidak realisitik namun kerusi-kerusi yang tidak menang kita cuba tampilkan calon-calon yang serius.

Ada atau tidak antara anggota Kabinet yang tidak tersenarai?

Ada tetapi esok kita akan ketahui.

Pemimpin-pemimpin yang sudah agak veteran terutama berusia 70 tahun dan ke atas, adakah mereka masih lagi terpilih?

Esok akan diumumkan. Saya tidak mahu pergi secara detail. Hari ini saya buat secara prinsip secara umum. Esok akan diketahui.

Dalam manifesto BN ada dikemukakan usaha untuk memperkasakan wanita. Adakah jumlah calon wanita akan ditonjol lebih banyak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini?

Kita cuba tetapi tidak semudahnya sebab kita ada kekangan tertentu. Ini kita akan tokok tambah lagi dengan pelantikan wanita dalam beberapa jabatan yang lain seperti Dewan Negara dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan Pemuda?

Dalam keadaan ini kita akan membuat pembahagian yang sebaik-baik yang mampu kita lakukan.

Berapakah jumlah kerusi yang ditandingi oleh UMNO untuk pilihan raya umum kali ini?

Anda akan tahu esok.

Sudahkah Datuk Seri memuktamadkan pasukan Datuk Seri sendiri?

Bagi saya ini adalah pasukan transformasi untuk BN.

Empat puluh sembilan peratus jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diisi oleh calon-calon baharu. Kawasan manakah yang paling banyak terlibat.

Perubahan yang besar berlaku di negeri-negeri yang kita tewas dahulu. Jadi di negeri-negeri terbabit kita banyak isi dengan muka-muka baharu.

Sejauh mana kekuatan calon BN yang akan bersaing dengan pihak pembangkang?

Itu pun kita ambil kira. Maknanya kita akan letakkan calon kita yang boleh mengatasi calon pembangkang, tidak kira calon pembangkang itu sehebat mana.

Untuk pilihan raya umum kali ini akan menyaksikan banyak perubahan dan sudah tentu ada pihak yang kecewa kerana tidak terpilih sebagai calon. Bagaimana Datuk Seri menghadapi keadaan seperti ini?

Saya lebih risaukan tentang kekecewaan rakyat.

Banyak pemerhati menyatakan pilihan raya umum kali ini merupakan ibu segala pilihan raya. Jadi, apa mesej Datuk Seri kepada rakyat?

Sama ada ini adalah ibu segala pilihan raya atau apa-apa sekali pun, paling penting saya mahu menyatakan kepada rakyat bahawa BN mempunyai aku janji atau manifesto yang terbaik untuk rakyat. Kita juga akan menampilkan barisan calon yang saya yakin akan diterima oleh rakyat. Kita juga akan menggabungkan barisan pemimpin yang bijak dan berpengalaman untuk mentadbir negara ini.

Sepanjang kempen pasti akan ada beratus ceramah oleh parti-parti politik yang bertanding. Bagaimana pula dengan strategi BN?

Saya percaya pada pilihan raya umum kali ini selain yang berbentuk konvensional, 'perang' melalui alam siber juga dijangka cukup hebat. BN akan sentiasa bersiap sedia.

Pendirian Jati patut dijadikan pedoman

Posted: 15 Apr 2013 01:05 PM PDT

PENEGASAN Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr. Hasan Ali adalah sesuatu yang wajar dijadikan pedoman bagi pengundi orang Melayu. Pendirian Jati ini kena pada masanya kerana senario politik yang ada boleh menyebabkan masyarakat sukar membuat keputusan bijak.

Membuat pilihan bijak untuk menentukan kelangsungan umat Melayu memerlukan upaya membaca senario politik kini dan unjuran hari depan yang lebih stabil dan baik. Perkara rekod pencapaian manifesto terdahulu harus diteliti keberkesanannya dan unjuran 'aku janji' yang akan datang perlu disemak kemampuan melaksanakannya.

Jati sudah tentu meneliti keberkesanan kerajaan pakatan pembangkang dalam konteks Islam, bangsa Melayu dan institusi raja. Hasan Ali mempunyai pengalaman langsung di Selangor tetapi beliau tersingkir semata-mata ingin memperjuangkan isu pemurtadan, penjualan arak yang berleluasa, kegiatan maksiat dan pelacuran yang bertambah dan kecenderungan sesetengah pihak yang mempertikaikan institusi raja dan sultan.

Memilih tema Islam, 'Bangsa Melayu dan Institusi Raja' ada kaitan dengan memperkukuh masyarakat teras dan faktor pengimbang masyarakat yang majmuk bagi insititusi raja. Faktor Islam juga berkait rapat dengan kuasa raja.

Senario lain yang menyebabkan Jati mengambil pendirian itu ialah rasa tidak yakin terhadap pakatan pembangkang. Pas masih mahu terus memperjuangkan gagasan negara Islam walaupun Anwar Ibrahim berjaya memujuk Pas untuk menukarkannya kepada Negara Berkebajikan. DAP dengan mendukung faham sosialis demokrat dan bertunjangkan faham sekular. Secara ideologi dan dasar ia adalah bercanggah.

Hal yang sama gagasan Islam yang dibawa oleh Pas tidak senafas dengan kecenderungan liberal dan pluralisme agama yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Hasilnya kita melihat Anwar Ibrahim mempertahankan kalimah Allah dalam versi Bible bahasa Melayu dalam kalangan pakatan pembangkang dan Majlis Syura Pas tetap menolak ketetapan 8 Januari 2013 itu dan menyebabkan Abdul Hadi Awang tidak mampu membuat pendirian tegas.

Bayangkan kecenderungan Anwar Ibrahim terhadap faham pluralisme agama dan percanggahannya dengan Majlis Syura Pas atas perkara pokok Islam iaitu kalimah Allah. Kalau isu pokok ini Anwar masih mendukung fahamnya dan Pas tidak boleh melakukan apa-apa secara berkesan, apa harapan mengenai dasar-dasar yang lebih utama sekiranya terbentuk kerajaan baharu nanti.

DAP ingin menggunakan Pas dan sebahagian penyokong PKR untuk melemahkan keberkesanan orang Melayu di puncak kuasa. Pas juga memerlukan DAP yang umumnya orang Cina untuk mendapatkan kerusi lebih seperti strategi DAP untuk mendapatkan sokongan orang Melayu atas maksud yang sama. Siapa yang dapat lebih banyak kerusi nanti bakal dominan dalam pemerintahan dan bakal mendukung arah tuju sesuai dengan ideologi parti masing-masing.

Contoh mudah ialah mengapa Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man, menyatakan Anwar Ibrahim tidak semestinya bakal menjadi Perdana Menteri dan Karpal Singh dan DAP pula ingin menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Mengapa Pas akhirnya mengambil sikap tidak mahu menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri. Tentu ada yang tidak kena pada diri Anwar yang menyebabkan Pas mengambil pendirian sebegitu.

Dalam masa yang sama Karpal masih tidak mengubah pendirian menyatakan Anwar adalah "Kaki Liwat" seperti yang dilafazkan di Parlimen pada tahun 1997. Apa maksud Karpal Singh ingin menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri sedangkan dalam masa yang ingin berpegang dengan tuduhan yang menggugat kredibiliti. Apa muslihat sebenarnya DAP dan Karpal Singh terhadap Anwar dan orang Melayu.

Anwar Ibrahim yang terkenal memiliki jiwa 'anarki' tidak mudah mengaku kalah menghadapi PRU-13 ini. Tekadnya untuk menang dalam misi regime change atau perubahan kuasa ini akan dilakukan dengan pelbagai cara. Ia bakal menimbulkan ketidakstabilan masa depan Malaysia.

Mood atau perasaan yang ada dalam kalangan rakyat sekarang tidak sama dengan mood yang ada pada rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 dulu. Golongan simpatisan dan atas pagar sudah mula cenderung ke arah tsunami baharu menyokong Barisan Nasional. Bagi Jati pada hemat penulis, ia adalah kecenderungan yang sihat dan pilihan yang betul demi kelangsungan Islam, umat Melayu dan pemerkasaan institusi Raja.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Keselesaan rakyat diutamakan

Posted: 14 Apr 2013 12:20 PM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusan.com.my

RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin (kanan) menikmati roti canai sambil mendengar masalah penduduk dalam program sarapan bersama para penduduk di Blok AC4, Jalan Taman Sri Sentosa dan sesi turun padang di Pasar Simpang 3, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, semalam. - IHSAN Nanyang

KUALA LUMPUR 14 April. - Isu kebersihan akan terus diberi tumpuan melibatkan kawasan dan penjaja pasar di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini .

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, langkah itu selaras dengan misi kerajaan memastikan keselesaan dan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, pihak Alam Flora Sdn. Bhd. telah diarahkan untuk memberi tumpuan terhadap kawasan masing-masing bagi melancarkan matlamat berkenaan.

"Penyelesaian terhadap isu kebersihan dan masalah jalan berlubang akan menjadi agenda utama.

"Untuk itu kita telah mengadakan majlis turun padang khusus untuk mendengar sendiri daripada penduduk berhubung apa juga masalah seterusnya mencari jalan penyelesaian terbaik ," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri program sarapan bersama para penduduk di Blok AC4, Jalan Taman Sri Sentosa dan sesi turun padang di Pasar Simpang 3 hari ini.

Yang turut hadir, isterinya, Datin Nafesah Raja Nong Chik.

Raja Nong Chik berkata, program tersebut merupakan aktiviti mingguan beliau bersama-sama rakan-rakan Barisan Nasional (BN) untuk mendekati penduduk Lembah Pantai dalam suasana santai.

Katanya, isu-isu setempat sentiasa ada dan jika hendak selesaikan sepenuhnya agak sukar, namun pihaknya sentiasa berusaha ke arah itu.

"Selain Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M), penduduk Taman Seri Sentosa juga bakal menerima manfaat kemudahan Terminal Sejahtera di Dewan Komuniti, Taman Seri Sentosa dalam masa terdekat bagi memberi kemudahan kepada pelajar sekolah mengulang kaji pelajaran.

Pasar bergerak karavan di ibu kota

Posted: 14 Apr 2013 12:20 PM PDT

Ahmad Phesal Talib (kiri) menyampaikan tanda harga kepada seorang peniaga pasar tani dalam Majlis Pelancaran Pasar Tani Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 14 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan bekerjasama mewujudkan pasar bergerak karavan di sekitar ibu kota bagi memudahkan pembeli mendapatkan barangan pada harga berpatutan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, rancangan itu masih dalam peringkat perbincangan dan pihaknya masih mengenal pasti kawasan berpotensi untuk pelaksanaannya.

Menurutnya, produk yang dijual akan disediakan dalam karavan dan bukan hanya melibatkan produk makanan, tetapi juga perhiasan, barangan kraf dan barangan kering.

"Penggunaan karavan bukan sahaja lebih sistematik tetapi juga jaminan dari segi kebersihan kerana proses penyediaannya dilakukan di dalam karavan.

"Tiada dapur atau meja sementara di buka di tepi jalan raya, begitu juga sampah akan turut dibawa oleh peniaga,'katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pasar Tani Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak di sini, semalam.

Yang turut hadir Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mhd Amin Nordin Abd. Aziz.

Tambah beliau, pengenalan pasar bergerak karavan itu juga secara tidak langsung bakal menarik perhatian pelancong asing.

Mengulas mengenai masalah kebanjiran peniaga asing di ibu kota, Ahmad Phesal berkata, perkara itu berpunca daripada sikap segelintir peniaga tempatan sendiri yang menyewa premis mereka kepada orang luar.

"DBKL tidak pernah memberi lesen perniagaan kepada orang asing.

"Kita kena salahkan peniaga tempatan sendiri, mereka yang menjual lesen tersebut kepada peniaga asing dan mengambil untung dengan mengenakan sewa dua tiga kali ganda tinggi,"katanya.

Beliau menambah, seharusnya peniaga tempatan merebut peluang yang diberikan untuk membantu meningkat taraf ekonomi mereka, bukan bersikap sebaliknya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Jadikan bidang sukan kerjaya jangka panjang - Razali

Posted: 14 Apr 2013 12:20 PM PDT

RAZALI Ibrahim (di belakang) bersama murid-murid sekolah yang menyertai Karnival Multilateral Institut Sukan Negara Sukan di Stadium Sultan Ibrahim, Muar, Johor, semalam.

MUAR 14 April - Kesedaran ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang sukan sebagai kerjaya pada masa depan, masih berada di tahap yang rendah kerana ramai yang lebih mengutamakan akademik.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, persepsi sukan tidak menjamin masa hadapan perlu diubah kerana bidang itu boleh menjadi satu profesion jangka panjang seperti bidang lain.

"Ibu bapa harus memberi sokongan kepada anak-anak untuk terlibat dalam bidang sukan kerana mereka boleh menjadi jurulatih bertauliah, atlet atau ahli sukan.

"Ini bukan sahaja untuk mempraktikkan gaya hidup sihat tetapi membantu menambah baik prestasi sukan negara pada masa depan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Multilateral Institut Sukan Negara (ISN) - Tarik Minat Kanak-Kanak Dalam Sukan di Stadium Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Seramai 350 orang kanak-kanak daripada 10 buah sekolah sekitar Parlimen Muar mengambil bahagian dalam program anjuran ISN itu yang bertujuan menanam minat bersukan di samping melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Kanak-kanak tersebut diperkenalkan dengan lima sukan popular iaitu bola sepak, hoki, bola jaring, memanah dan ragbi selain turut terdapat aktiviti asas latihan fizikal dan elemen kemahiran multilateral.

Razali berkata, pada masa ini golongan ibu bapa terlalu menumpukan bidang pelajaran supaya anak-anak dapat memegang jawatan tinggi dalam kerajaan atau menjadi ahli profesional contohnya doktor, guru dan jurutera.

"Usaha melahirkan atlet atau ahli sukan sejajar hasrat Kementerian Pelajaran yang mahukan keseimbangan antara akademik dan sukan, bertujuan menambah baik prestasi sukan negara dalam penghasilan atlet bertaraf dunia," ujarnya.

Sementara itu, salah seorang peserta, Mohd. Zahid Azmi, 11, menyifatkan program tersebut amat bermanfaat untuk generasi muda sepertinya memupuk minat dalam bidang sukan terutama kanak-kanak yang mempunyai bakat dalam bidang tersebut.

"Melalui program ini, saya dapat mengetahui undang-undang dalam beberapa jenis sukan, berkenalan dengan rakan baru dan melakukan aktiviti sukan kegemaran saya," ujarnya.

58 nelayan miskin terima bantuan jaring udang

Posted: 14 Apr 2013 12:20 PM PDT

KOTA TINGGI 14 April - Seramai 58 nelayan menerima peralatan jaring menangkap udang bernilai RM400 setiap seorang di pekarangan Nelayan Beach Resort, Teluk Ramunia, Pengerang, di sini sebagai bantuan dalam usaha meningkatkan hasil tangkapan.

Bantuan peralatan yang disampaikan oleh penyandang kerusi Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang berharap bantuan tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

"Ini adalah salah satu usaha dan janji yang ditunaikan kerajaan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi meningkatkan pendapatan mereka. Setiap tahun kerajaan akan mengeluarkan peruntukan bagi membantu golongan yang memerlukan ini," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian tersebut.

Yang turut hadir Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Pengerang, Abdul Fatah Alkhairi Mustapa dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Nelayan Pangkalan Sungai Musuh (PKNPSM), Zakaria Idris .

Azalina yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang turut meminta masyarakat nelayan agar tidak terpengaruh dengan pembangkang yang terbukti hanya pandai berbicara mengenai sesuatu hal namun tidak berjaya dalam pelaksanaan.

Sementara itu, seorang penerima bantuan, Johari Jalil, 74, bersyukur dengan bantuan yang diberikan dan berjanji akan meningkatkan usaha menambah pendapatan keluarganya.

"Dengan bantuan ini, ia akan membantu serta memudahkan saya meningkatkan hasil tangkapan," kata bapa kepada sepuluh orang anak yang berasal dari Kampung Sungai Musuh, dekat sini.

Rakannya, Mohamad Basrah, 64, dari Kampung Baru Teluk Ramunia di sini, berkata, sokongan para nelayan tidak pernah berbelah bagi kepada kerajaan sedia ada kerana sentiasa mendapat bantuan berterusan.

"Terima kasih kepada kerajaan yang tidak putus-putus membantu nelayan seperti kami. Bantuan tersebut sedikit sebanyak meringankan bebanan bagi membeli dan menggantikan jaring yang rosak," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved